Tuesday, October 30, 2018

Program Food Bank Malaysia, Mengumpul Makanan Berlebihan Untuk Diagihkan Kepada Isi Rumah Kurang Berkemampuan

Program Food Bank Malaysia, Mengumpul Makanan Berlebihan Untuk Diagihkan Kepada Isi Rumah Kurang Berkemampuan

Program Food Bank Malaysia yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah bagi meringankan beban ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM940 sebulan.

Program Food Bank Malaysia

Projek pengumpulan lebihan dan pengagihan makanan itu merupakan anjuran bersama pasar raya-pasar raya utama di negara ini.

Ini merupakan satu inisiatif peduli rakyat bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung kesan daripada kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan.

KPDNHEP sedang dan telah merancang percubaan bagi program Food Bank Malaysia bersama pasar raya-pasar raya utama di seluruh negara sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara pada awal tahun 2019.

Pogram tersebut telah dilaksanakan sebelum ini membabitkan pengendali pasar raya besar Tesco yang dimiliki Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) menerusi projek 'Tesco Food Surplus Donation' pada 2016.

Program tersebut juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengurangkan pembaziran makanan selaras dengan komitmen Malaysia di peringkat global di bawah matlamat pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Matlamatnya adalah bagi mencapai pengurangan setengah daripada lebihan makanan daripada keseluruhan yang dikeluarkan menjelang 2030.

Kerajaan menjemput rangkaian peruncit, pengilang dan industri perhotelan di negara ini untuk turut serta bersama-sama KPDNHEP dalam menjayakan program Food Bank Malaysia.

Program ini tidak memberikan implikasi yang besar dari segi kewangan kerana setiap pasar raya ada lebihan makanan sendiri daripada seksyen buah-buahan, sayur-sayuran dan bakeri (roti dan kek) cuma, ia perlu diselaraskan kutipan dan pengagihannya sahaja.

Menerusi projek tersebut, lebihan makanan khususnya yang masih elok dan belum terjual akan diagihkan untuk dinikmati oleh golongan yang kurang berkemampuan.

Sehingga kini, KPDNHEP sudah mengenalpasti Kenchara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation sebagai rakan strategik bagi pengumpulan data golongan sasar dan pengedaran makanan kepada golongan memerlukan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Bahaya Zakar Patah Ketika Hubungan Intim

Bahaya Zakar Patah Ketika Hubungan Intim

Ramai yang menganggap zakar patah adalah omongan kosong, tapi ia sebenarnya boleh terjadi! Sebab itu penting untuk lelaki tahu bagaimana zakar patah atau penis fracture boleh terjadi untuk mengelaknya.

Zakar Patah

Kali ini, kami bawakan sedikit info tentang bagaimana zakar patah boleh terjadi dan apa yang boleh suami isteri lakukan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini ini.

Apa itu Zakar patah?

Secara teknikalnya, zakar tidak mempunyai sebarang tulang, jadi ia tidak boleh dipatahkan namun, kejadian penis facture berlaku kerana corpora cavernosa, sejenis tiub di dalam zakar mengisi darah apabila ia tegang.

Jika corpora cavernosa ini tiba-tiba pecah atau zakar membengkok pada sudut yang aneh, maka terjadilah zakar patah.

Semasa corpora cavernosa pecah, anda boleh mendengar bunyi seakan bunyi retak dan patah keluar.

Rasanya? Sangat menyakitkan! Ia juga boleh menyebabkan zakar lebam dan membengkak!

Menurut pakar urologi dari Pusat Perubatan Universiti Rush, Laurence Levine, biasanya tiada pendarahan yang akan keluar dari kulit jika zakar patah.

Namun sebenarnya, terdapat keretakan di bahagian dalam tisu di sekeliling silinder ereksi. Darah akan memenuhi silinder ereksi tersebut dan akan menyebabkan zakar bengkak.

Zakar yang patah akan kelihatan macam terung di mana ia bertukar warna menjadi warna ungu kerana bengkak.

Bagaimana zakar patah boleh terjadi?

Jawapannya, aktiviti hubungan intim antara punca utama mengapa zakar patah.

Bagaimana nak mengelak zakar patah?

Oleh sebab zakar patah sering terjadi kerana aktiviti hubungan seks, maka penting untuk pasangan suami isteri mengetahui posisi apakah yang berisiko untuk mendatangkan masalah.

Berikut antara posisi hubungan intim yang boleh mendatangkan risiko “zakar patah”.

1. Posisi isteri di atas

Menurut Dr. Levine, salah satu posisi yang paling biasa menyebabkan penis fracture adalah posisi wanita duduk di atas lelaki.

Ini kerana tujahan zakar boleh tersasar dan mungkin melanggar tulang pelvik atau punggung isteri.

Akibatnya, zakar boleh terbengkok secara tiba-tiba dan tisu dalam kulit terkoyak.

Jadi, jika kalian ingin cuba aksi ini, sila fokus pada aktiviti grinding, bukannya tentang teknik mendayung.

2. Reverse cowgirl

Zakar Patah

Sama seperti posisi isteri di atas, posisi reverse cowgirl juga mendatangkan risiko yang serupa. Posisi ini menyebabkan zakar berada di angle ke bawah, maka ia diberi lebih tekanan.

Oleh itu, anda suami isteri memang diminta untuk lebih fokus.

3. Posisi dari belakang

Posisi seks dari belakang atau doggy style boleh menyebabkan zakar patah kerana ia memberi terlampau banyak tekanan pada penis.

Jika posisi ini dilakukan dengan rakus, zakar berisiko untuk patah.

Jadi, lakukan ia dengan perlahan-lahan dan tanpa paksaan untuk mengelak kesakitan.

4. Sebarang aksi seks yang ganas

Akhir sekali, penting untuk anda tahu yang aksi seks ganas mampu mendatangkan kecederaan.

Cara untuk mengelaknya? Lakukan hubungan intim mengikut ritma anda sendiri.

Apa patut dibuat jika zakar anda patah?

Zakar patah mungkin kedengaran macam satu mimpi ngeri, tapi jangan risau. Walaupun ia menyakitkan, namun penis fracture masih boleh diselamat.

Berikut antara perkara anda patut buat jika anda mengalami mimpi ngeri ini.

1. Jangan tunggu!

Jika anda rasa penis anda mengalami kecederaan, segera berjumpa dengan doktor. Lagi lama anda tunggu, lagi parah kecederaan itu boleh terjadi!

2. Tanda-tanda zakar patah

Antara tanda yang paling jelas ialah kesakitan yang melampau dan bengkak. Anda juga boleh dengar bunyi “popping” atau “cracking” ketika ia terjadi. Cuba lihat air kencing anda. Adakah ia berdarah?

3. Pembedahan

Kejadian patah ini boleh dirawat dengan pembedahan oleh doktor pakar.

4. Akan sembuh

Seorang lelaki masih boleh bersenggama selepas pembedahan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

5 Bintang Kpop Paling Kaya

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Populariti bintang Kpop dari Korea Selatan menjadikan ramai di antara mereka berpengaruh di seluruh dunia dan ia membolehkan mereka berhelar jutawan.

Daripada penjualan album, tiket konsert, duta produk dan jenama mereka sendiri, portal Koreaboo menyenaraikan 5 bintang yang paling kaya di negara itu.

1. PSY – AS$45 juta (RM187 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Penyanyi PSY menduduki tangga pertama sebagai bintang kpop paling kaya.

PSY mula menjadi perhatian dunia apabila lagunya, Gangnam Style menjadi tular dan popular di seluruh dunia selain muzik video itu mencipta rekod sebagai paling banyak di tonton selama lima tahun di YouTube.

2. Siwon – AS$35 juta (RM146 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Memulakan karier sebagai anggota kumpulan Super Junior, Siwon mencipta nama dan kekayaan bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi lakonan dan model sejak 15 tahun lalu.

3. G-Dragon – AS$21 juta (RM87.6 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

G-Dragon bukan sahaja menganggotai kumpulan kpop terkenal Big Bang tetapi dia antara yang berjaya mencipta nama sebagai artis solo.

Kekayaan G-Dragon diperolehi termasuk daripada koleksi fesyennya, PeaceMinusOne.

4. Rain – AS$20 juta (RM83.7 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Rain barangkali bintang Korea Selatan yang memperkenalkan Kpop ke seluruh dunia menerusi muzik dan drama lakonannya, Full House.

Penyanyi itu juga berjaya mencipta nama di Amerika Syarikat apabila berlakon dalam filem Ninja Assasin yang diterima baik penonton.

5. Dara – AS$16 juta (RM66.7 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Dara memulakan karier sebagai penyanyi dan pelakon di Filipina namun sejak mengembangkan kerjayanya di Korea, ia bagaikan tidak dapat dihentikan lagi.

Wajah cantik dan bakat luar biasa, membuatkan dia sentiasa menjadi pilihan membintangi drama dan duta produk terkenal sehinggakan berjaya mengumpul kekayaan pada usia muda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Sunday, October 28, 2018

7 Bandar Paling Kotor Di Dunia

7 Bandar Paling Kotor Di Dunia

Tahukah anda beberapa buah bandar dibawah ini merupakan tempat yang paling tercemar dan kotor di dunia yang menyebabkan penduduknya menghadapi pelbagai masalah kesihatan, namun sebahagiannya adalah lokasi popular untuk melancong.

Mungkin anda boleh menukar atau membuat perancangan sewajarnya jika ingin melawat ke bandar-bandar ini.

1. New Delhi, India

New Delhi Dirty

Kebanyakan bandar di India mengalami masalah yang sama iaitu dari segi kebersihan, dengan kadar populasi yang tinggi, lebih daripada 1.3 billion penduduk, tidak mustahil bagi negara ini tersenarai sebagai negara dengan bandar paling kotor di dunia.

New Delhi Dirty

India juga mengalami masalah pencemaran udara dan air yang menyebabkan penduduknya terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan.

Namun, kerajaan India sedang giat mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

2. Mexico City, Mexico

Mexico City terkotor dunia

Mexico City yang merupakan ibu negara Mexico adalah antara salah satu pusat kewangan paling penting di benua Amerika, yang mempunyai populasi 22 juta orang.

Bandar ini sangat terkenal dengan pencemaran lalu lintas dan juga udara.

Tempoh yang paling berbahaya terhadap pencemaran udara adalah di antara bulan November dan Mei di mana asap toksik dianggarkan menjadi punca kematian puluhan ribu orang.

Lokasi geografi Mexico yang terletak di tengah-tengah kawah gunung berapi dan dikelilingi pergunungan, memburukkan lagi pencemaran udara menyebabkan kabut sentiasa berada di atas bandar ini.

3. Port au Prince, Haiti

Port au Prince Dirty

Port au Prince ialah ibu negara dan merupakan bandar terbesar di Haiti, terletak di Teluk La Gonave.

Antara sebab mengapa bandar ini berdepan dengan pelbagai masalah pencemaran dan kesihatan adalah kerana ia juga terkenal sebagai pusat perdagangan dan perniagaan.

Port au Prince Dirty

Selain itu, penduduk di sana juga berpendapat kegagalan kerajaan menguatkuasakan undang-undang antara punca negara ini tercemar.

4. Antananarivo, Madagascar

Antananarivo bandar paling kotor

Ibu kota Madagascar, di Tanah Tinggi Tengah di pulau ini berada di antara senarai teratas dari segi pencemaran udara, pencemaran air minum, sistem pembuangan sampah yang tidak betul, kotor dan tidak bermutu serta pembangunan taman hijau yang tidak memuaskan di kawasan bandar.

Perkembangan bandar yang pantas dan pertumbuhan industri yang pantas menjadi punca kepada pencemaran udara, pembalakan dan pencemaran air yang tinggi.

5. Luanda, Angola

Luanda, Angola

Walaupun digelar sebagai bandar termahal di dunia, pasti anda tidak tahu bahawa penduduk di sana hanya mendapat bekalan air kotor untuk di minum dan tidak sihat untuk kesihatan mereka.

Luanda, Angola

Menurut sumber, negara ini sedang giat menjalankan proses pemulihan daripada bakteria cholera yang melanda Angole pada 2016.

6. Baku, Azerbaijan

Baku bandar terkotor

Jika anda tidak terlibat dalam perniagaan minyak, tak ada sebab untuk anda hidup di bandar yang tercemar ini.

Azerbaijan sudah lama menjadi hab minyak dan akibatnya, ibu kotanya iaitu Baku mempunyai air yang berbau busuk, kolam minyak dan tahap pencemaran udara yang mengancam nyawa.

Semua ini adalah hasil daripada penggerudian dan penghantaran minyak, menjadikan bekas pusat pengeluaran Kesatuan Soviet ini sebagai bandar paling kotor di dunia.

Selain itu, Baku juga mengalami masalah besar pencemaran air, sekali gus menjejaskan reputasi Baku yang terkenal dengan seni bina abad ke-21 yang mengagumkan.

7. Dhaka, Bangladesh

Dhaka, Bangladesh Dirty

Dhaka terletak di Buriganga dan merupakan ibu kota Bangladesh, terkenal sebagai pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran.

Dhaka, Bangladesh Dirty

Dengan populasi seramai 15 juta penduduk, bandar ini kini mengalami masalah penduduk yang padat, menyebabkan tercetusnya masalah pencemaran air dan udara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Punca Dan Penyebab Sakit Tonsil

Punca Dan Penyebab Sakit Tonsil

Pasti ramai yang terkena masalah ini, sakit tekak. Nampak macam biasa, tapi bila dah terkena, azabnya diri sendiri sahaja yang tahu dan sebenarnya, sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks.

Punca Sakit Tonsil

Masalah sakit tekak sangat mudah berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira tua atau muda. Biasanya, apabila dah terkena, ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak dan lagi teruk kesakitan bila nak menelan. Sebab apa boleh jadi masalah ini?

Sakit tekak biasanya disebabkan oleh:

1. Jangkitan bakteria

Bakteria bernama Group A Beta-Hemolytic Streptococci atau singkatkannya GABHS adalah antara punca sakit tekak.

Tanda- tanda jangkitan bakteria ini adalah:
  • Demam panas.
  • Kelenjar bengkak.
  • Kurang selera makan.
  • Keletihan.

Perlu diingat, bakteria ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan penyakit lain seperti scarlet fever, penyakit jantung rheumatik dan keradangan di bahagian buah pinggang.

2. Jangkitan virus

Kebanyakan masalah sakit tekak berpunca daripada pelbagai jenis virus, contohnya Epstein Barr yang menyebabkan demam dan bengkak pada kelenjar di leher. Virus-virus ini juga mengambil masa beberapa hari untuk hilang.

3. Kelenjar limfa membengkak

Biasanya kelenjar limfa ini membengkak di bawah rahang dan leher.

4. Tonsilitis

Juga boleh dikategorikan sebagai keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku sekiranya banyak kerosakan pada tonsil.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, tonsil yang bengkak boleh menghalang laluan udara dan menyukarkan pernafasan dan menyebabkan sleep apnea dan pengumpulan nanah di antara tonsil dan tisu lembut di sekelilingnya.

Antara gejala tonsilitis ialah:
  • Tekak bengkak dan merah.
  • Ada tompokan putih pada tonsil.
  • Sakit tonsil.
  • Sukar atau sakit untuk menelan.
  • Sakit kepala.
  • Demam dan menggigil.
  • Hilang suara.
  • Sakit perut.
  • Mulut berbau.

Jadi, untuk mereka yang dah rasa-rasa macam nak sakit tekak, boleh segera berjumpa doktor untuk mengelakkan ia menjadi parah!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Saturday, October 27, 2018

Indahnya Pulau Rawa Di Johor Sangat Memukau Mata

Indahnya Pulau Rawa Di Johor Sangat Memukau Mata

Ramai lagi dikalangan penduduk Malaysia yang belum mengetahui kewujudan Pulau Rawa di Johor merupakan pulau yang tersangat indah ini di Malaysia.

Indahnya Pulau Rawa Di Johor Sangat Memukau Mata

Pulau Rawa, sebuah pulau ibarat mutiara yang tersimpan rapi wujud di negeri Johor terletak kira-kira 16km diluar pesisiran laut Johor berhampiran dengan beberapa pulau lain, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir yang bersih, boleh membuat anda terpegun dengan pasirnya dengan hanya sekadar melihat dari jauh.

Bahkan, air lautnya yang sangat cantik dan bersih dapat mendamaikan pandangan dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin merehatkan minda.

Pantai Pulau Rawa

Kawasan mandi di sekitar pantai Pulau Rawa tersangatlah cantik dengan kejernihan airnya yang kehijauan dan kebiruan apatah lagi ditambah dengan keindahan batu karang serta ribuan anak-anak ikan di laut.

Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri pemandangan dalam air dengan melihat batu karang dan ikan-ikan yang cantik dengan melakukan aktiviti scuba dengan syarat anda telahpun mempunyai lesen scuba untuk memudahkan proses pendaftaran.

Pantai Pulau Rawa

Kepada mereka yang menyukai keindahan alam, Pulau Rawa hill top bakal menjadi tarikan sampingan buat anda dengan mendaki ke puncak bukit dan pasti akan terpesona dengan pemandangan di atas bukit ketika waktu senja dan juga waktu matahari terbit.

Pulau Rawa sangat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan mereka yang ingin berehat dari tekanan dan ketegangan kehidupan moden.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Benarkah Lelaki 40-an Tidak Setia?

Benarkah Lelaki 40-an Tidak Setia?

Benarkah kesetiaan lelaki mula bertukar ketika berusia 40-an? Itu mungkin satu teori. Namun, sekiranya mereka sendiri mengiyakan ‘kata-kata hikmah’, “Life begins at 40”, tentu ungkapan berkenaan satu realiti kehidupan golongan ini.

Lelaki Curang

Bagi kita, setiap tahun, peningkatan usia hanyalah satu angka, namun, bagi sesetengah lelaki, ia dijadikan penanda aras, sejauh mana pencapaian telah diperoleh yang pada ketika itu, duit, pangkat, kestabilan dan kematangan sudah berada dalam tangan.

Ketika ini, kes-kes cabaran dan godaan daripada wanita pun mula timbul. Kalau hati dan iman tidak kuat, sudah tentu nafsu menguasai diri.

Menurut pakar keluarga, ungkapan Life begins At 40, adalah bersangkutan dengan fitrah lelaki yang berkeinginan berkahwin lebih dari satu.

Namun sebab dikurniakan akal, golongan ini membataskan kemahuan dengan kemampuan mereka, dicampur rasa kasih dan simpati terhadap isteri juga anak-anak.

Apabila berbicara mengenai lelaki yang berubah sikap selepas umur 40-an, rumah tangga yang harmoni akhirnya berkecamuk disebabkan suami mula melupakan peranan sebagai bapa dan suami sebaik ada orang ketiga.

Namun, tidak ramai pun golongan seperti ini sebenarnya. Masih ramai lelaki yang setia dan menjadikan rumah tangga aman bahagia.

Bagi golongan seperti ini, apabila semakin berusia matang, mereka perlu membahagiakan keluarga dan isteri yang bersusah payah membangun kehidupan dari awal, tapi terjadi sebaliknya.

Kenapa 40an?

Ketika berusia 40-an, lelaki dilihat lebih matang, berada di kemuncak kerjaya, stabil kedudukan, tidak mudah marah, emosi lebih stabil, gentlemen dan pengasih.

Biarpun begitu, tidak semua yang berjaya kerana masih ada yang bergelut membina kehidupan, malah masih bergantung kepada duit isteri kerana tidak cukup duit setiap bulan.

Lelaki 40-an pada kategori ini masih pada kesihatan yang optimum dan terserlah ciri kelelakian sejati.

Ketika ini, ego golongan Adam terarah menjadi super ego iaitu satu keadaan di mana mereka mula sudah tidak mendengar kata, terasa bebas dan mampu melakukan apa sahaja yang mereka mahukan.

Bagi mereka, apa yang dilakukan ketika ini bukan lagi untuk keluarga, tetapi untuk keseronokan diri sendiri, teman wanita (selalunya) dan rakan-rakan dan sanggup melupakan keluarga.

Jika dilihat, lelaki pada kategori ini masih tidak cenderung ke arah akhirat kerana beranggapan kematian itu masih jauh dan berpendapat hanya akan beramal selepas usia tua nanti.

Dari segi penampilan, golongan 40an ini dilihat lebih berketrampilan, berimej, cerdas dan berkarisme namun, golongan wanita perlu berhati-hati dengan lelaki golongan ini apa lagi yang mempunyai duit berlebihan.

Mereka merasakan kasih sayang boleh dibeli dengan duit. Pada waktu ini bukan kesetiaan yang mereka perlukan, tetapi belaian gadis-gadis manis yang dapat ‘ditatang’ dengan wang demi keseronokan.

Berani Curang

Apabila semuanya sudah ada dalam tangan, anak-anak pun sudah menginjak dewasa, masa lapang pun banyak, mulalah terfikir dan ligat mencari wanita di luar.
Namun, kebanyakannya hanya untuk berseronok apatah lagi dapat pula respons daripada gadis yang diidamkan.

Masalahnya, antara faktor lelaki 40an ini curang ialah kurangnya layanan isteri atau pun isteri sudah tidak lagi ‘berseri’ macam dulu.

Walaupun kaum hawa membantah bahawa fahaman kurangnya layanan isteri sebenarnya salah, kerana suami harus faham mengenai tanggungjawab isteri yang kepenatan setelah menguruskan rumah tangga dan pada masa yang sama bekerja dan suami sepatutnya membantu isteri dalam hal ehwal rumah tangga, itu juga bukan satu perkara yang membolehkan golongan wanita menidakkan layanan yang diperlukan suami.

Secara biologinya, semakin berusia lelaki itu, mereka perlukan kasih sayang dan tuntutan seks, berlainan wanita yang semakin menghampiri menopaus akan merendahkan tabiat seksual mereka.

Kebanyakan isteri juga tidak menjaga pemakanan dan bersenam selepas berkahwin menjadikan badan mereka obes dan tidak pasang badan macam dahulu.

Apapun dalam apa jua keadaan, sifat curang sepatutnya tidak berlaku dalam hubungan suami isteri.

Hubungan suami isteri perlu terjalin dengan sifat saling berterus-terang dan bertimbang rasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Friday, October 26, 2018

HZMB Jambatan Laut Terpanjang Di Dunia

HZMB Jambatan Laut Terpanjang Di Dunia

Jambatan dan terowong sepanjang 55 kilometer yang menghubungkan Hong Kong, China dan Macau (HZMB ), akhirnya dibuka untuk laluan selepas ditangguhkan selama beberapa tahun.

Kenapa ia dibina? Sudah tentu untuk menjimatkan masa kerana sebelum ini, perjalanan di sekeliling delta itu mengambil masa kira-kira empat jam, namun dengan pembinaan jambatan baharu ini, ia akan menjimatkan masa selama 30 minit.

1. Sepanjang 55 Kilometer

Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau

Jambatan menghubungkan Hong Kong-Zhuhai-Macau menjangkau Delta Sungai Pearl adalah sepanjang 55 kilometer.

2. Jambatan Golden Gate

Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau
Golden Gate.

Ia adalah 20 kali ganda lebih panjang daripada Jambatan Golden Gate di San Francisco.

3. Tahan Lasak

Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau

Struktur itu direka untuk menahan gempa bumi, taufan bermusim yang melanda rantau terbabit selain insiden dilanggar kapal secara tidak sengaja.

4. Ditenggelamkan

Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau Island

Bagi membolehkan kapal melalui muara, jambatan tersebut dibenamkan sedalam 6.7 kilometer di bawah laut melalui dua pulau buatan.

5. Had Ketinggian

Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau Height

Projek itu juga melintasi laluan pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang bermakna, jurutera perlu mengambil kira had ketinggian.

6. Bernilai AS$20 Bilion

Projek pembinaan itu bermula pada 2009, namun ditangguhkan beberapa kali atas alasan keselamatan. Ia juga melangkaui bajet beberapa kali dan menelan kos lebih AS$20 bilion (RM83.2 bilion).

7. Tertangguh 3 Tahun

Tarikh asal pembukaannya adalah pada 2016.

8. 3 Lokasi Berbeza

Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau 3 Location

Jambatan itu menghubungkan tiga bahagian berbeza di China yang bermakna projek itu merangkumi pelbagai undang-undang dan sistem politik berbeza.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

10 Jenis Rezeki Selain Duit Kepada Setiap Manusia

10 Jenis Rezeki Selain Duit Kepada Setiap Manusia

Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang. Ramai masyarakat yang kurang peka dengan konsep sebenar rezeki yang Allah beri kepada setiap manusia.

10 Jenis Rezeki Selain Duit

Masing-masing hanya nampak wang ringgit dan kekayaan sahaja, sehingga ada yang sanggup menggadaikan segalanya demi mengaut segala kekayaan dunia. Jika rezeki diukur dengan harta benda, maka individu yang paling kaya itulah yang paling banyak dilimpah rezeki.

Tapi sebenarnya, tanggapan ini salah dan amat jauh menyimpang, dan persepsi ini perlu segera diubah

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah namun begitu, ini bukanlah bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih.

Fahami 10 jenis rezeki dari Allah di bawah:

1. Rezeki Yang Telah Dijamin

Rezeki Dijamin

Setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing di dunia ini.

2. Rezeki Kerana Usaha atau Kerja

Rezeki Kerana Usaha

Lebih banyak usaha, insyaAllah lebih banyak rezeki seseorang.

3. Rezeki Kerana Bersyukur

Rezeki Bersyukur

Bersyukurlah setiap hari dengan segala apa yang kita ada sebelum kita kehilangan semuanya.

4. Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka

Rezeki Tidak Disangka

Pernah dapat rezeki yang tak terduga? Contohnya seperti kawan belanja makan, dapat panggilan kerja yang kita tak harapkan, dan macam-macam lagi. Mesti pernah, kan?

5. Rezeki Kerana Istighfar

Rezeki Istighfar

Ucapan 'Astaghfirullahal'azim' itu sangat powerful untuk kita amalkan.

6. Rezeki Kerana Menikah

Rezeki Menikah

Jangan takut untuk berkahwin. Allah sudah menetapkan rezeki untuk kamu.

7. Rezeki Kerana Anak

Rezeki Anak

Lebih ramai anak, lebih banyak limpahan rezeki.

8. Rezeki Kerana Sedekah

Rezeki Sedekah

Setiap harta yang kita miliki pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan.

9. Rezeki Kerana Keberkatan Pagi

Rezeki Pagi

Bangun pagi, solat Subuh, dan bergegaslah menunaikan ibadah kerja demi mencari rezeki.

10. Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim

Rezeki Silaturrahim

Silaturrahim sesama manusia hendaklah dijaga sebaik-baiknya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says