Tuesday, October 23, 2018

Malaysia Guna 'Spyware Israel' Untuk Mengintip?

Malaysia Guna 'Spyware Israel' Untuk Mengintip?

Bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein berkata tiada pembelian perisian intip (spyware) daripada syarikat-syarikat perisikan siber Israel setakat yang diketahuinya semasa memegang portfolio itu.

Spyware Israel

Beliau dihubungi bagi mendapatkan pengesahan tentang laporan akhbar terkemuka Israel, Haaretz, mengatakan Malaysia melanggani syarikat-syarikat perisikan siber Israel dan membeli sistem yang membolehkan pihak berkuasa mengumpul maklumat daripada rangkaian sosial dan mengintip rakyat.

“Semasa saya, tiada yang saya tahu,” katanya.

Bekas timbalan menteri dalam negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed meminta wartawan merujuk isu pembelian perisian intip (spyware) kepada Kementerian Pertahanan.

“Saya rasa bawah tentera. KDN tidak ada. Pertahanan luar negara itu semua tentera,” kata Nur Jazlan.

Menurut Haaretz, sistem yang dibeli Malaysia itu tidak invasif dan tertumpu kepada maklumat sumber terbuka yang dikaji dalam cara yang membolehkan kesimpulan diperoleh daripada data raya dan untuk membantu pihak berkuasa.

Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong ketika dihubungi berkata beliau akan menyemak perkara itu dengan angkatan tentera.

Pada 2012, bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan hubungan dagangan antara syarikat-syarikat di Malaysia dan Israel.

Sebilangan besar perdagangan itu adalah komponen elektronik atau bahagian-bahagian yang dimasukkan ke dalam jentera atau peralatan oleh syarikat-syarikat asing besar yang beroperasi di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Neelofa Orang Ketiga Di Dunia Menginap Di The Muraka, Berharga RM200k Satu Malam!

Neelofa Orang Ketiga Di Dunia Menginap Di The Muraka, Berharga RM200k Satu Malam!

Bertuahnya Neelofa apabila bukan hanya fesyen, apa sahaja yang dilakukannya menjadi perhatian umum dan baru-baru ini, tular foto penginapan mewah pengacara bergelar jutawan itu bercuti di kepulauan Maldives.

Neelofa The Muraka

Bukan biasa-biasa percutian itu memandangkan harga hotel mewah bawah air tempat Neelofa menginap sebenarnya mencecah harga RM200,000 semalaman (tidak termasuk cukai)! Wow!

"I feel very, very, very lucky to be the third person in the world to experience this! This is definitely one for the books," kata Neelofa.

Istimewanya, menurut carian di laman rasmi lokasi penginapan mewah The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island itu, villa bawah air itu merupakan yang pertama dibina di dunia.

The Muraka diberitakan akan mula dibuka kepada pengunjung bermula November 2018 ini dan Neelofa menjadi individu ketiga dunia yang diberikan kesempatan menginap di situ.

Neelofa The Muraka

The Muraka membawa erti batu karang dalam bahasa Dhivehi dibina di bawah 16.4 kaki dari paras laut.

Tetamu akan berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di dasar laut dan dikelilingi oleh hidupan akuatik.

Selain kamar tidur, ruang dasar laut The Muraka turut dilengkapi dengan ruang tamu dan bilik air.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Marisa Papen Berbogel Lagi Di Hagia Sophia!

Marisa Papen Berbogel Lagi Di Hagia Sophia!

Marisa Papen, model Playboy yang pernah dipenjarakan kerana bergambar bogel dalam sebuah kuil di Mesir, tetapi tidak serik-serik kerana kali ini dia kembali dengan mencemari kesucian masjid ikonik, Hagia Sophia di Turki.

Marisa Papen Hagia Sophia
Marisa Papen.

Marisa Papen dari Belgium ini pernah menjadi tajuk utama berita sensasi di seluruh dunia selepas dihukum penjara kerana berbogel di Kompleks Kuil Karnak berhampiran bandar Luxor.

Dia juga mencetuskan kemarahan kumpulan agama kerana mengambil gambar telanjang di Kota Lama Baitulmaqdis dengan berlatarbelakang Tembok Ratapan yang menjadi tempat suci bangsa Yahudi.

Marisa Papen menggelar dirinya sebagai 'individu dengan ekspresi bebas dan berjiwa liar' bersama jurugambar Australia, Jesse Walker, berkunjung ke Turki untuk sesi bergambar jenama keluarannya, ENKI Eyewear.

Mereka membuat percubaan berani untuk mengambil gambar bogel Marisa di Haghia Sophia yang kini dijadikan muzium di Istanbul.

"Selepas membeli burqa di Grand Bazaar, kami menuju ke Haghia Sophia. Setiap ruang di dalam Haghia Sophia dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV).

"Jadi, kami terpaksa mencari masa yang sesuai untuk mengambil gambar memandangkan ia dikunjungi ramai pelancong," kata Marisa.

Tidak lama selepas itu, ketika jurupandu sedang sibuk memberi penerangan kepada pengunjung, wanita itu dengan 'selamba' mengangkat sebahagian burqa yang dipakainya dan mendedahkan bahagian kemaluannya untuk bergambar.

Difahamkan, pihak berkuasa Turki ada menyoal siasat kakitangan hotel di mana model dan jurugambar itu menginap sehari selepas mereka keluar untuk ke destinasi lain di negara tersebut.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Pada masa kini, negara kita masih mempunyai pelbagai sumber ekonomi seperti minyak dan gas, pembalakan, perindustrian, pelancongan dan banyak lagi.

Sumber-sumber ini sekiranya diuruskan dengan baik oleh pemerintah negara boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

Walau bagaimanapun, tidak semua negara kaya dengan hasil bumi. Negara Brunei misalnya, tetap kaya kerana mempunyai sumber gas dan minyak yang sangat banyak.

Bagaimana pula dengan negara-negara kecil yang tidak mempunyai sumber ekonomi yang banyak seperti Malaysia?

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa cara unik dan pelik yang dilakukan oleh beberapa negara kecil di seluruh dunia untuk menjana pendapatan ekonomi negara.

Cara-cara ini kebanyakannya terpaksa dilakukan kerana ketiadaan alternatif dan sumber lain yang boleh dimanfaatkan di negara-negara tersebut.

1. Negara Saint Kitts & Nevis, Menjual passport kepada orang kaya

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Dengan populasi hanya 48,000 penduduk dan industri gula yang semakin merudum, 2 buah negara Caribbean, Saint Kitts & Nevis berada dalam krisis ekonomi pada tahun 2006.

Kerana sangat terdesak, kerajaan telah mendapatkan kerjasama seorang peguam daripada Switzerland untuk meminda undang-undang negara itu bagi membolehkan pelabur daripada luar untuk mendapatkan kerakyatan di negara mereka.

Dengan pelaburan minuman $250,000 dalam bidang hartanah di negara ini, sesiapa sahaja boleh memperolehi taraf kerakyatan penuh walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke negara ini.

Program ini mendapat sambutan hangat memandangkan pasport negara ini boleh digunakan untuk ke 132 buah negara tanpa memerlukan visa.

Pada tahun 2013 sahaja, negara ini memperolehi sekitar $100 juta daripada program ini sahaja, iaitu 13% daripada pendapatan GDP negara ini.

Lama-kelamaan, beberapa negara kecil lain seperti Antigua dan Barbuda turut memperkenalkan program serupa.

Walau bagaimanapun, program ini dikecam oleh beberapa buah negara seperti Kanada dan Amerika Syarikat kerana dikhuatiri ianya boleh disalah gunakan oleh pengganas.

Sebagai tanda protes, Kanada sudah mewajibkan pemegang pasport negara-negara kecil ini untuk mendapatkan visa sebelum masuk ke negaranya.

2. Negara Comoros, Menjual pasport kepada orang miskin

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Bukan sahaja menjual pasport kepada golongan kaya, malah ada juga negara yang menjual pasport kepada golongan miskin.

Dianggarkan 10 juta manusia di seluruh dunia tidak mempunyai taraf kerakyatan daripada mana-mana negara.

Antara golongan ini adalah orang Arab daripada etnik Bedoon yang tidak diberikan taraf kerakyatan daripada Kuwait mahupun UAE apabila kedua-kedua negara ini mencapai kemerdekaan.

Terdapat kira-kira 100,000 orang Bedoon yang tidak mempunyai taraf kerakyatan.

Akibat daripada desakan masyarakat antarabangsa, kerajaan UAE akhirnya memberikan kerakyatan kepada kira-kira 8000 orang Bedoon.

Pada masa yang sama, terdapat kira-kira puluhan ribu lagi masyarat daripada etnik ini yang masih memohon kerakyatan.

Pada tahun 2006, seorang warga Kuwait bernama Bashar Kiwan mendapat idea bagaimana untuk membantu golongan ini.

Beliau merupakan seorang pelabur yang banyak melabur di Comoros, sebuah negara kecil yang terletak di Lautan Hindi.

Dengan populasi hanya 800,000 penduduk, Comoros merupakan sebuah negara miskin dengan purata pendapatan penduduk sehari hanyalah sekitar RM5.

Kerajaan sangat terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan dan dengan usaha Bashar Kiwan, akhirnya berjaya mendapatkan persetujuan UAE dimana UAE akan membayar Comoros $200 juta dengan syarat negara tersebut memberikan kerakyatan dan pasport kepada 4000 buah keluarga Bedoon dengan maksimum 8 orang ahli bagi setiap keluarga.

Walau bagaimanapun, kerjasama ini dihentikan apabila kerajaan Comoros mendapati Bashar Kiwan tidak membayar sepenuhnya bayaran daripada kerajaan UAE kepada mereka seperti yang dijanjikan.

3. Negara Tuvalu, Menjual alamat domain

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Domain merupakan alamat atau rujukan untuk sesuatu laman web yang wujud di internet. Sebagai contoh, pengguna hanya perlu menaip google.com untuk melawat laman web Google.

Di Malaysia misalnya, kita mempunya akhiran domain .my yang boleh dibeli oleh setiap rakyat Malaysia ataupun pemilik bisnes yang mempunyai bisnes di Malaysia.

Tahukah ada bisnes jualan domain ini begitu lumayan sehingga boleh menjana pendapatan ekonomi bagi sesebuah negara?

Hal ini berlaku bagi akhiran domain ".tv" dimana pada tahun 1999 domain ini dikhususkan untuk negara Tuvalu, sebuah negara kecil di Lautan Pacific.

Domain ".tv" ini sudah tentulah menjadi rebutan bagi syarikat-syarikat penyiaran dari seluruh dunia.

Tidak kurang daripada 5 syarikat besar yang menyediakan servis menjual domain telah melakukan bidaan terhadap domain ini untuk dijual semula kepada pembeli luar.

Perjanjian dengan pembida-pembida ini berjaya memberikan keuntungan sebanyak $30 juta kepada Tevalu pada tahun tersebut.

Pendapatan ini telah menggandakan pendapatan GDP negara Tevalu pada tahun tersebut.

Pada tahun 2011, Tuvalu menerima kira-kira $1 juta royalti tahunan untuk domain ".tv", satu jumlah yang dianggap masih banyak untuk negara kecil ini.

4. Negara Eritrea, Cukai secara paksa

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar nama negara Eritrea, sebuah negara yang terletak di benua Afrika.

Walau bagaimanapun, ia terkenal sebagai sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan diktator yang sangat kejam.

Amalan pemerintahan diktator ini memaksa kebanyakan pemuda disana untuk melarikan diri ke negara lain untuk mencari pekerjaan dan memulakan hidup baru.

Pemerintah Eritrea bijak mengambil kesempatan ini untuk memaksa mereka yang melarikan diri ke luar negara untuk menyumbang kembali kepada negara Eritrea.

Ahli-ahli keluarga dan saudara mara mereka akan diugut dan dijadikan tebusan sehingga ahli keluarga mereka yang bekerja diluar negara membayar sejumlah wang kepada kerajaan setiap tahun.

Sejumlah wang yang wajib dibayar ini dianggap sebagai cukai dan dikenali sebagai "Cukai Diaspora".

Mengikut undang-undang ini, mereka wajib membayar 2% daripada gaji tahunan mereka kepada kerajaan.

Sekiranya tidak dibayar, ahli keluarga mereka yang berada di Eritrea akan diugut.

Malah, kerajaan juga akan menyukarkan urusan memperbaharui pasport bagi mereka yang enggan membayar cukai pelik ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Monday, October 22, 2018

Kota Palu Pusat LGBT, Tsunami Murka Tuhan?

Kota Palu Pusat LGBT, Tsunami Murka Tuhan?

Kota Palu, Sulawesi. Tak terlintas dihati di mana tempat itu. Namun gempa bumi kuat yang berlaku tepat 6.02 petang waktu Malaysia, 28 September 2018 hari Jumaat; magnitud 7.2 skala Richter di kedalaman 39 kilometer, memberi kita gambaran mengenainya.

Kota Palu Pusat LGBT

Pusat gempa itu berlaku di Semenanjung Minahassa, kira-kira 80km di Utara Palu. Gempa itu mengorbankan banyak nyawa.

Ribuan nyawa terkorban apabila gelombang tsunami melanda pesisir Kota Palu, walaupun kekuatannya tidak seperti di Acheh pada 2004.

Layaran internet di kota itu mendapati, ia banyak juga didatangi pelancong asing, mempunyai stesen TV sendiri. Mempunyai lebih 300,000 penduduk. Pendek kata kota itu cukup istimewa.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini timbul kekhuatiran dalam kalangan warga kotanya. Ia diluahkan dalam portal-portal berita Kota Palu dan oleh NGO-NGO Islam tempatan.

Kekhuatiran itu mengenai bercambahnya aktiviti songsang kaum Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di situ.

Salah satu link itu bertajuk, "Astagfirullah, ada rencana (rancangan) pesta LGBT di Palu pada malam Tahun Baru."

(Lihat: https://sultengterkini.com/2017/12/30/astagfirullah-ada-rencana-pesta-lgbt-di-palu-pada-malam-tahun-baru/)

LGBT mulai terang-terangan di Kota Palu. (https://www.infopena.com/lgbt-mulai-terang-terangan-di-kota-palu/)

Tanda-tanda kemaksiatan LGBT sudah dibincangkan hangat. Malah TV Palu pada Mac 2018 lalu juga membincangkan fenomena LSL atau “Lelaki Suka Lelaki” di kota itu.

Maka, ekoran gempa itu, ramailah netizen yang menghebahkan siaran TV Palu itu dengan mesej, Kota Palu, Sulawesi.

***

Sasaran Tsunami Merupakan *Kota LGBT*. Boleh saksikan video tentang berita itu yang bertarikh 6 March 2018. *5 bulan selepas berita itu Allah turunkan bala di kota Palu.*

*Mohon ampun pada Allah. Mohon dijauhkan bala seumpamanya di bumi Malaysia ini. Ayuh, kita tentang LGBT hingga ke akar umbi!!!!*”

***

Jika kita berfikiran liberal maka kita akan katakan ia sebagai ‘suatu kebetulan’. Adakah apa yang diutuskan oleh Allah SWT suatu kebetulan?

Sebenarnya Allah SWT telah memberi petunjuk kepada umatnya sejak ribuan tahun lalu, sejak zaman para Ambiya lagi, namun aktiviti pro-LGBT semakin rancak berlaku. Semakin banyak pula sokongan terhadap gerakan LGBT.

Siapa yang menentangnya dianggap kuno, ketinggalan zaman, walaupun zaman itu sendiri pernah menghukum para pengamalnya.

Slogan LGBT semakin gah dilaungkan kononnya atas nama kebebasan hak asasi manusia. Kita tidak mahu bercerita lebih daripada itu. Soal moral cukup penting, waima memilih pemimpin sekali pun, ia teramat penting.

Malah di Amerika Syarikat (AS) walaupun LGBT itu adalah budaya, soal pemilihan calon Hakim Mahkamah Agung AS, Brett Kavanaugh sebelum ini menjadi riuh kerana dia didakwa terlibat dalam keganasan seksual di zaman sekolah tingginya pada 1982.

Maka sebuah tribunal dibentuk untuk `mengadili’ Kavanaugh. Seorang kawan saya yang tinggal di AS menghantar Whatsapp kepada saya semasa siaran langsung tribunal itu.

Katanya, “Soal moraliti mengatasi segala-galanya di sini. Pemilihan seseorang pemimpin harus mengatasi soal itu.”

Oleh itu, soal moral amat penting. Tetapi apa yang dipersoalkan ke atas Kavanaugh adalah mengenai serangan seksual, bukannya LGBT.

LGBT bagi rakyat Amerika ialah soal peribadi, naluri kehendak seksual, bukan jenayah.

Namun, dalam masyarakat Timur, kita ini, adakah budaya LGBT yang songsang itu boleh diterima? Lebih-lebih lagi jika kita mengaku bangsa yang kuat dengan keIslamannya? Adakah masyarakat Kota Palu yang rata-rata Islam pun boleh menerima cara hidup sebegitu?

LGBT sudah semakin menjadi budaya di Palu. Adakah kita kisah? Adakah kita bermati-matian akan mempertahankan budaya itu? Adakah apa yang berlaku di Kota Palu itu, bukan disebabkan oleh “hukuman Allah” tetapi lebih kepada “kebetulan”?

Wallahu a'lam. Simpati kita semua kepada mangsa korban Kota Palu.

Munafik

Kota Palu Pusat LGBT

Sebagai pedoman kita yang hidup, marilah kita ikuti ceramah mengenai musibah ini oleh pendakwah terkenal Indonesia, K.H Muhammad Arifin Ilham:

Bila kami mahu menghancurkan suatu negeri, maka kami amanahkan kekuasaan, kekayaan kepada para pemimpin mereka, pemimpin negeri itu.

Tapi ternyata mereka mengkhianati Allah, mereka mengkhianati Kami, maka, terjadilah seperti kaum terdahulu - Kaum Ad, kaum Tsamud, kaum Luth, kaum Nuh - kami datangkan bencana demi bencana.

Dengarkan dengan iman, sekarang bencana terjadi bukan lagi secara teguran, bukan lagi tempelengan —tapi tamparan yang sangat hebat.

Surah At-Taubah ayat 126, “Tidakkah mereka orang-orang munafik memerhatikan, Kami datangkan musibah hebat sekali, kemudian dua kali, dalam satu tahun, tapi mereka tetap tidak mahu mengambil pelajaran dan tidak pernah mahu bertaubat.”

Ini teguran, ini peringatan, ini ujian bagi hamba-hamba Allah yang soleh solehah — kerana kita munafik.

Kita senang beribadah tapi zina dibiarkan, kita berangkat haji tapi korupsi terus dilakukan. Allahuakbar di masjid, Allahuakbar di mushola, Allahuakbar di atas sejadah tapi di kantor (pejabat), di hotel, di lapangan, nafsu akbar — kelakuan kita munafik, ini yang mengundang bala bencana dari Allah SWT.

Dengarkan dengan iman, kemalangan-kemalangan terjadi, musibah-musibah terjadi, krisis demi krisis terjadi kerana kelakuan dosa keterlaluanmu kepada Allah.

Langit bumi punya Allah, hati keadaan semua punya Allah. Tidak ada kebetulan di muka bumi ini. Orang yang menyebut kebetulan adalah manusia yang tidak bertuhan.

Teguran ini sudah hebat, wahai Wakil Rakyat. Teguran ini sudah hebat. Selamatkan negara kita. Allahuakbar!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Air Paip Perlu Dimasak Sebelum Diminum!

Air Paip Perlu Dimasak Sebelum Diminum!

Air paip perlu dimasak terlebih dahulu sebelum ia boleh diminum, walaupun telah diproses sebelum disalurkan kerana ia melalui saluran batang paip air yang berkemungkinan telah lama digunakan serta berkarat.

Bahaya Air Paip

Walau bagaimanapun, air paip yang telah diproses menerusi loji rawatan air boleh dan selamat diminum kerana ia memang memenuhi piawaian ditetapkan.

Tetapi, apabila ia disalurkan ke paip yang jaraknya berpuluh kilometer sebelum air itu sampai ke rumah, kita tidak tahu sama ada ia selamat untuk diminum.

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, adalah lebih baik orang ramai tidak meminum air secara terus daripada paip tetapi perlu memasaknya terlebih dahulu.

Kenyataan ini adalah bagi mengulas kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli semasa Persidangan Dewan Rakyat 2018 yang memberi jaminan bahawa air paip di Malaysia selamat untuk terus diminum.

Sistem bekalan air di negara ini sebenarnya bukan saja bersih dan selamat diminum secara terus, malah bebas bakteria e-Coli.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Sunday, October 21, 2018

Bagaimana Fenomena Hujan Ais Batu Terjadi?

Bagaimana Fenomena Hujan Ais Batu Terjadi?

Hujan batu (hail storm) adalah ketulan ais yang turun bersama hujan, terjadi dari awan kumulonimbus, iaitu awan petir atau awan yang terbentuk meninggi ke langit, terhasil apabila ketulan ais terbentuk dalam awan ribut petir atau awan kumulonimbus yang sangat sejuk, iaitu sumber utama pembentukan hujan ribut petir, disebabkan oleh arus perolakan yang kuat dalam awan itu.

Fenomena Hujan Ais

Hujan batu lazimnya berlaku ketika ribut petir kuat dalam ketinggian awan yang melepasi takat beku diketinggian 10,000 kaki sehingga mencapai 40,000 kaki.

Saiz hujan batu yang terhasil lazimnya adalah antara 5mm atau sebesar biji kacang sehingga 1.5cm iaitu sebesar sebiji guli.

Kejadian hujan batu biasanya berlaku setempat iaitu disekitar kawasan yang berada di bawah awan kumulonimbus dan tempoh kejadian juga agak singkat iaitu hanya lebih kurang 20 minit sahaja.

Hujan air batu tidak hanya terjadi di kawasan sub-tropika sahaja tetapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.

Kejadian ini berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal mencair sebelum ia mencecah bumi.

Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar dan disebabkan itulah, semasa ia turun ke aras yang lebih rendah, suhu relatif panas tidak berupaya mencairkan ketulan ais ini sepenuhnya.

Kejadian fenomena alam ini bukanlah disebabkan oleh faktor pertukaran cuaca yang mendadak akibat perubahan suhu dunia.

Khatulistiwa

Keadaan landskap seperti kawasan berbukit juga antara faktor penyebab arus angin menolak lebih kuat titisan air naik ke lapisan atmosfera yang tinggi.

Disebabkan Malaysia merupakan negara beriklim khatulistiwa dan musim tengkujuh sering melanda negara ini pada setiap tahun, peluang untuk mengalami hujan ais batu juga adalah sangat tinggi.

Hujan lebat dan ribut petir disertai ais batu sebenarnya fenomena biasa dalam musim peralihan monsun.

Hujan ais batu juga dianggap sebagai ‘natural hazard’ atau tabi’i yang akan berlaku dan tiada sebarang konotasi lain meskipun ketulan ais batu boleh membahayakan orang dan persekitaran.

Di negara yang mengalami iklim sejuk turut mengalami hujan air batu, namun keadaan ini disebut ‘sleet’ iaitu kejadian hujan yang turun berserta salji atau lebih dikenali dengan nama hujan ais.

Updraft

Dari sudut pandangan meteorologi; hujan batu terbentuk ketika arus angin yang kuat (updraft) membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Bebola ais kemudiannya terbentuk apabila semakin banyak titisan ais membeku menyebabkan saiznya bertambah.

Ini menyebabkan ketulan ais tersebut menjadi berat dan terpengaruh dengan tarikan graviti bumi, menyebabkan bebola ais tersebut jatuh ke bumi selaju 90 batu sejam!

Semakin kuat updraft, maka semakin besar saiz bebola ais akan terbentuk, namun kadang-kadang hujan batu tidak terjadi walaupun hujan tersebut datang dari awan kumulonimbus.

Ini berkemungkinan kerana bebola ais tersebut tidak sempat terbentuk kerana updraft yang tidak kuat atau bebola ais telah cair semasa jatuh ke bumi.

Peristiwa Hujan Batu dalam Al-Quran

Peristiwa hujan batu yang terselit di dalam surah Al Fiil yang menceritakan tentang peristiwa serangan Ka’bah oleh pasukan bergajah, terjadi di tahun yang sama dengan kelahiran Rasulullah SAW.

Berikut ayat yang membahas peristiwa ini;

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kapada mereka burung berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (QS. Al Fiil: 1-5)

Pada peristiwa ini, pasukan gajah atau ashabul fiil yang digerakkan oleh Raja Abrahah bermaksud menghancukan rumah Allah atau Ka’bah.

Mereka menyiapkan diri dengan ribuan bala tentara yang termasuk dengan pasukan gajah tersebut yang kekuatannya dipercayai dapat menghancurkan Ka’bah.

Belum jelas apakah pasukan gajah itu terdiri dari tentera-tentera yang masing-masingnya menaiki satu gajah atau hanya terdapat satu gajah di dalam pasukan.

Ketika tentera bergajah tersebut mendekati Mekah, orang-orang Arab ketakutan dan memilih untuk bersembunyi kerana tidak memiliki apa-apa untuk menghalang mereka.

Ketika itulah Allah menurunkan pertolongan, berupa bantuan burung-burung datang secara berkelompok, masing-masing membawa batu untuk melindungi Ka’bah.

Batu-batu yang dibawa oleh burung itu digunakan untuk melempar pasukan bergajah dan berdasarkan tafsiran Ibnu Abbas, batu-batu yang dibawa oleh burung-burung tersebut berasal dari lumpur yang dibentuk menjadi batu.

Ada juga yang menafsirkan bahawa batu tersebut merupakan batu yang telah dibakar.

Dalam surah Al Fiil, pasukan yang terkena batu tersebut akan hancur seperti daun-daun yang dimakan ulat.

Hujan Batu untuk Kaum Nabi Luth

Selain peristiwa penyerbuan Ka'bah oleh raja Abrahah, hujan batu juga diceritakan dalam Alquran pernah diturunkan untuk kaum Sodom, yakni kaum Nabi Lut yang sebahagian besarnya gemar melakukan perbuatan yang keji. Mereka tidak juga berubah meskipun telah diberi peringatan oleh Nabi Luth.

Mereka gemar melakukan hubungan sesama jenis, perilaku homoseksual dan lesbian yang sangat berleluasa pada zaman itu, sehingga Allah mengazab mereka dengan hujan batu sebagaimana dijelaskan dalam surat Al-A’raf ayat ke 84, Hud ayat ke 82, Al Hijr ayat ke 74, Al- Furqon ayat ke 40 dan Asy-Syuara ayat ke 173:

“Dan kami hujani mereka dengan hujan (batu). Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat dosa itu.” (QS Al-A’raf:84)

“Maka ketika keputusan Kami datang, Kami membalik-balikkan negeri kaum Lut, dan kami hujani mereka bertubi-tubi dengan batu dari tanah yang terbakar,” (Q.S Hud: 82)

“Maka Kami balik-balikkan (negeri itu) dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras.” (Q.S Al-Hijr: 74)

“Dan sungguh, mereka (kaum musyrik Mekah) telah melalui negeri (Sodom) yang (dulu) dijatuhi hujan yang buruk (hujan batu). Tidakkah mereka menyaksikannya? Bahkan mereka itu sebenarnya tidak mengharapkan hari Kebangkitan.” (Q.S Al-Furqan:40)

“Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat buruklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.” (QS. Asy-Syu’arĂ¢: 173)

“Dan Kami turunkan hujan atas mereka (hujan batu), maka amat buruklah hujan yang ditimpakan atas orang-orang yang diberi peringatan itu.” (QS. An-Naml : 58)

Hujan batu tersebut memporak-porandakan tempat tinggal sekali gus merengut nyawa mereka, sehinggakan kota Sodom rata dengan tanah.

Hujan Batu sebagai Azab Allah

Fenomena Hujan Ais

Pada surat Al-Ankabut ayat ke 40 juga disebutkan bahawa hujan batu merupakan salah satu dari banyaknya azab Allah yang diturunkan kepada orang-orang berdosa, yang disebutkan pada ayat sebelumnya.

Maka, masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan dan Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (Q.S Al-Ankabut: 40)

Demikianlah kisah-kisah peristiwa hujan batu yang terdapat dalam al-quran, merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah, yang mengandungi khabar-khabar gembira untuk orang-orang yang beriman tentang kasih sayang Allah dan ganjaran terbaik yakni surga kelak sekali gus pembawa peringatan untuk orang-orang yang ingkar kepada Allah.

Oleh kerana itu, kita harus mengimani bahawa peristiwa hujan batu pernah terjadi kepada umat-umat terdahulu yang ingkar kepada Allah.

Ia adalah sebagai peringatan untuk kita bahawa azab Allah itu nyata dan pengajaran kepada umat manusia saat ini agar tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bksempoi | dalamislam

Turun 16 Kg Sebulan, Gadis Kongsi Rahsia Elak Ambil 2 Makanan Ini!

Turun 16 Kg Sebulan, Gadis Kongsi Rahsia Elak Ambil 2 Makanan Ini!

Turun berat badan 16 kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim kerana tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal, dia nekad membuat perubahan.

Turun 16 Kg Sebulan, Gadis Kongsi Rahsia Elak Ambil 2 Makanan Ini!

Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan.

Hari ni I nak share tips macam mana I loss my weight from 59kg to 43kg in 1 month.

Untuk pengetahuan semua, I punya tinggi 145cm. So can you imagine dengan ketinggian tu then berat 69kg? Tak tertanggung badan rasa.

So time tu I nekad nekad nekad, I kene diet (sebab masa tu nak masuk praktikal).

1. Hati kena kental

Kalau kejap nak diet kejap tak nak, jangan beranganlah berat tu nak turun. Serious talk. Yang penting uols kena ada goal korang.

2. Ini kena elak

Dari segi pemakanan, I tak makan langsung NASI, KUEW TIAW, MEEHOON, MEE, SPEGETTI, MAGGIE DAN ROTI (azab jugaklah).

In one month tu memang i tak makan semua tu langsung. Mula mula tu nangis jugaklah tengok orang kat rumah ni makan nasi tu semua.

3. Next, jangan sentuh ini

I tak sentuh langsung semua benda yang manis manis. Coklat, Aiskrim, air gas dan segala adik beradik dia (tapi kadang kadang terlepas jugak). Lagi satu paling pantang mak bapak dalam rules diet ni NO FAST FOOD.

4. Nak makan apa?

So mesti korang bengang kan, semua tak boleh nak makan. Habis nak makan apa kan? Actually, banyak je makanan yang boleh makan.

PAGI: Telur 2 biji

TENGAH HARI: Ambil lauk ayam, ikan, udang, ketam, dan sewaktu dengannya. Sayur! Itu paling penting nanti uols sembelit pulak.

PETANG: Makan lauk jugak. Menyirap jugaklah ibu sebab selalu habiskan lauk kat rumah.

MALAM: Jarang makan malam, tapi incase kalau lapar, makan buah atau kudap kudap.

KUDAPAN: Kalau lapar atau mulut korang memang jenis nak kena ada makanan dalam mulut kan.

Caranya goreng ikan bilis letak dalam tupperware. So kalau lapar mengonyel je lah makan ikan bilis tu.

5. Okey, part yang paling penting

EXERCISE. Pagi, petang, siang, malam buat zumba. Boleh pergi kat youtube search persian zumba. I follow step zumba yang tu.

Hari hari buat sampai naik hafal jugak lah step dia. Tak kan boleh kurus kalau korang malas exercise, trust me.

6. Lastly, minum air putih

Paling penting korang kena minum air putih. Putih tau bukan oren, purple hijau tu semua. Kalau korang rasa lapar je, minum air, lapar je minum air.

So tu je lah yang i buat dalam 1 bulan. Alhamdulillah hilang 16 kg. So good luck pada korang yang nak start diet tu ye.

There is no success without sacrifice.

BACA INI JUGA:

sumber: karangkraf

Ketahui 10 Bahaya Kanak-kanak Makan Mi Segera

Ketahui 10 Bahaya Kanak-kanak Makan Mi Segera

Bukan orang dewasa saja tapi anak kecil sekarang pun suka sangat makan mi segera, sampai satu tahap hingga buat para ibu risau bila anak asyik merengek meminta makanan ini.

Bahaya Anak Makan Mi Segera

Malah trend ini juga turut membimbangkan pegawai perubatan Dr. Zubaidi Haji Ahmad sehingga beliau menyentuh tentang perkara ini dalam satu statusnya.

Fakta tentang mi segera:

1. Penyerapan Nutrien

Mee menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

2. Risiko Menghadapi Kanser

Terdapat bahan dalam mee segera yang dipanggil “Styrofoam”. Ia merupakan punca menghidapi kanser.

3. Keguguran

Wanita mengandung yang makan mee segera semasa kehamilan boleh menjadi punca keguguran.

Hal ini kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan janin.

4. Makanan Ringan

Mee segera diperkayakan dengan penuh karbohidrat, tetapi tidak mempunyai vitamin, serat dan mineral. Kerana itu, mee segera dianggap sebagai makanan ringan.

5. Sodium

Mee segera mempunyai kandungan yang tinggi natrium dan penggunaan berlebihan natrium membawa kepada penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan kerosakan buah pinggang.

6. MSG

Monosodium Glutamat digunakan untuk meningkatkan rasa mee segera. Orang yang alah kepada MSG dan mengambil mee segera sebagai sebahagian daripada diet, maka mereka akhirnya akan mengalami sakit kepala, curahan muka dan sakit.

7. Berat badan berlebihan

Makan Mee adalah punca utama obesiti kerana ia mengandungi jumlah lemak dan jumlah natrium yang tinggi.

Ia juga menyebabkan pengekalan air dalam badan dan sudah tentu ia membawa kepada berat badan berlebihan.

8. Penghadaman

Mee segera adalah tidak baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan mee segera menyebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan kembung.

9. Propylene Glycol

Bahan dalam mee segera dipanggil “Glikol Propylene” mempunyai anti-beku, bahan yang digunakan kerana ia menghalang mee dari pengeringan dengan mengekalkan kelembapan.

Ia melemahkan sistem imun badan kita dan mudah diserap oleh badan dan berkumpul di dalam buah pinggang, jantung dan hati.

Ia menyebabkan keabnormalan dan kerosakan kepada kawasan-kawasan tertentu dalam tubuh.

10. Metabolisme

Pengambilan mi segera menjejaskan metabolisme badan, kerana bahan-bahan kimia seperti bahan tambahan, pewarna dan bahan pengawet di dalam mee segera.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: karangkraf