Hujan batu (hail storm) adalah ketulan ais yang turun bersama hujan, terjadi dari awan kumulonimbus, iaitu awan petir atau awan yang terbentuk meninggi ke langit, terhasil apabila ketulan ais terbentuk dalam awan ribut petir atau awan kumulonimbus yang sangat sejuk, iaitu sumber utama pembentukan hujan ribut petir, disebabkan oleh arus perolakan yang kuat dalam awan itu.
Hujan batu lazimnya berlaku ketika ribut petir kuat dalam ketinggian awan yang melepasi takat beku diketinggian 10,000 kaki sehingga mencapai 40,000 kaki.
Saiz hujan batu yang terhasil lazimnya adalah antara 5mm atau sebesar biji kacang sehingga 1.5cm iaitu sebesar sebiji guli.
Kejadian hujan batu biasanya berlaku setempat iaitu disekitar kawasan yang berada di bawah awan kumulonimbus dan tempoh kejadian juga agak singkat iaitu hanya lebih kurang 20 minit sahaja.
Hujan air batu tidak hanya terjadi di kawasan sub-tropika sahaja tetapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.
Kejadian ini berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal mencair sebelum ia mencecah bumi.
Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar dan disebabkan itulah, semasa ia turun ke aras yang lebih rendah, suhu relatif panas tidak berupaya mencairkan ketulan ais ini sepenuhnya.
Kejadian fenomena alam ini bukanlah disebabkan oleh faktor pertukaran cuaca yang mendadak akibat perubahan suhu dunia.
Khatulistiwa
Keadaan landskap seperti kawasan berbukit juga antara faktor penyebab arus angin menolak lebih kuat titisan air naik ke lapisan atmosfera yang tinggi.
Disebabkan Malaysia merupakan negara beriklim khatulistiwa dan musim tengkujuh sering melanda negara ini pada setiap tahun, peluang untuk mengalami hujan ais batu juga adalah sangat tinggi.
Hujan lebat dan ribut petir disertai ais batu sebenarnya fenomena biasa dalam musim peralihan monsun.
Hujan ais batu juga dianggap sebagai ‘natural hazard’ atau tabi’i yang akan berlaku dan tiada sebarang konotasi lain meskipun ketulan ais batu boleh membahayakan orang dan persekitaran.
Di negara yang mengalami iklim sejuk turut mengalami hujan air batu, namun keadaan ini disebut ‘sleet’ iaitu kejadian hujan yang turun berserta salji atau lebih dikenali dengan nama hujan ais.
Updraft
Dari sudut pandangan meteorologi; hujan batu terbentuk ketika arus angin yang kuat (updraft) membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Bebola ais kemudiannya terbentuk apabila semakin banyak titisan ais membeku menyebabkan saiznya bertambah.
Ini menyebabkan ketulan ais tersebut menjadi berat dan terpengaruh dengan tarikan graviti bumi, menyebabkan bebola ais tersebut jatuh ke bumi selaju 90 batu sejam!
Semakin kuat updraft, maka semakin besar saiz bebola ais akan terbentuk, namun kadang-kadang hujan batu tidak terjadi walaupun hujan tersebut datang dari awan kumulonimbus.
Ini berkemungkinan kerana bebola ais tersebut tidak sempat terbentuk kerana updraft yang tidak kuat atau bebola ais telah cair semasa jatuh ke bumi.
Peristiwa Hujan Batu dalam Al-Quran
Peristiwa hujan batu yang terselit di dalam surah Al Fiil yang menceritakan tentang peristiwa serangan Ka’bah oleh pasukan bergajah, terjadi di tahun yang sama dengan kelahiran Rasulullah SAW.
Berikut ayat yang membahas peristiwa ini;
“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kapada mereka burung berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (QS. Al Fiil: 1-5)
Pada peristiwa ini, pasukan gajah atau ashabul fiil yang digerakkan oleh Raja Abrahah bermaksud menghancukan rumah Allah atau Ka’bah.
Mereka menyiapkan diri dengan ribuan bala tentara yang termasuk dengan pasukan gajah tersebut yang kekuatannya dipercayai dapat menghancurkan Ka’bah.
Belum jelas apakah pasukan gajah itu terdiri dari tentera-tentera yang masing-masingnya menaiki satu gajah atau hanya terdapat satu gajah di dalam pasukan.
Ketika tentera bergajah tersebut mendekati Mekah, orang-orang Arab ketakutan dan memilih untuk bersembunyi kerana tidak memiliki apa-apa untuk menghalang mereka.
Ketika itulah Allah menurunkan pertolongan, berupa bantuan burung-burung datang secara berkelompok, masing-masing membawa batu untuk melindungi Ka’bah.
Batu-batu yang dibawa oleh burung itu digunakan untuk melempar pasukan bergajah dan berdasarkan tafsiran Ibnu Abbas, batu-batu yang dibawa oleh burung-burung tersebut berasal dari lumpur yang dibentuk menjadi batu.
Ada juga yang menafsirkan bahawa batu tersebut merupakan batu yang telah dibakar.
Dalam surah Al Fiil, pasukan yang terkena batu tersebut akan hancur seperti daun-daun yang dimakan ulat.
Hujan Batu untuk Kaum Nabi Luth
Selain peristiwa penyerbuan Ka'bah oleh raja Abrahah, hujan batu juga diceritakan dalam Alquran pernah diturunkan untuk kaum Sodom, yakni kaum Nabi Lut yang sebahagian besarnya gemar melakukan perbuatan yang keji. Mereka tidak juga berubah meskipun telah diberi peringatan oleh Nabi Luth.
Mereka gemar melakukan hubungan sesama jenis, perilaku homoseksual dan lesbian yang sangat berleluasa pada zaman itu, sehingga Allah mengazab mereka dengan hujan batu sebagaimana dijelaskan dalam surat Al-A’raf ayat ke 84, Hud ayat ke 82, Al Hijr ayat ke 74, Al- Furqon ayat ke 40 dan Asy-Syuara ayat ke 173:
“Dan kami hujani mereka dengan hujan (batu). Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat dosa itu.” (QS Al-A’raf:84)
“Maka ketika keputusan Kami datang, Kami membalik-balikkan negeri kaum Lut, dan kami hujani mereka bertubi-tubi dengan batu dari tanah yang terbakar,” (Q.S Hud: 82)
“Maka Kami balik-balikkan (negeri itu) dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras.” (Q.S Al-Hijr: 74)
“Dan sungguh, mereka (kaum musyrik Mekah) telah melalui negeri (Sodom) yang (dulu) dijatuhi hujan yang buruk (hujan batu). Tidakkah mereka menyaksikannya? Bahkan mereka itu sebenarnya tidak mengharapkan hari Kebangkitan.” (Q.S Al-Furqan:40)
“Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat buruklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.” (QS. Asy-Syu’arĂ¢: 173)
“Dan Kami turunkan hujan atas mereka (hujan batu), maka amat buruklah hujan yang ditimpakan atas orang-orang yang diberi peringatan itu.” (QS. An-Naml : 58)
Hujan batu tersebut memporak-porandakan tempat tinggal sekali gus merengut nyawa mereka, sehinggakan kota Sodom rata dengan tanah.
Hujan Batu sebagai Azab Allah
Pada surat Al-Ankabut ayat ke 40 juga disebutkan bahawa hujan batu merupakan salah satu dari banyaknya azab Allah yang diturunkan kepada orang-orang berdosa, yang disebutkan pada ayat sebelumnya.
Maka, masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan dan Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (Q.S Al-Ankabut: 40)
Demikianlah kisah-kisah peristiwa hujan batu yang terdapat dalam al-quran, merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah, yang mengandungi khabar-khabar gembira untuk orang-orang yang beriman tentang kasih sayang Allah dan ganjaran terbaik yakni surga kelak sekali gus pembawa peringatan untuk orang-orang yang ingkar kepada Allah.
Oleh kerana itu, kita harus mengimani bahawa peristiwa hujan batu pernah terjadi kepada umat-umat terdahulu yang ingkar kepada Allah.
Ia adalah sebagai peringatan untuk kita bahawa azab Allah itu nyata dan pengajaran kepada umat manusia saat ini agar tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber:
bksempoi |
dalamislam