Air mineral adalah air yang mengandungi mineral dan bahan terlarut yang lain yang akan mengubah rasanya sedikit dan memberi nilai terapeutik ke dalam air tersebut. Garam, sebatian sulfur dan gas adalah antara bahan-bahan yang boleh terlarut di dalam air.
Air mineral boleh disediakan di makmal atau kilang dan ia juga boleh terhasil secara semula jadi yang mengandungi mineral alami yang terbaik
Tidak seperti air minuan biasa, air mineral sememangnya diakui mengandungi mineral semula jadi yang baik, terutamanya jika diambil dari kawasan sungai atau tasik, yang kaya dengan mineral semula jadi.
Ini bermaksud, tidak semua air adalah air mineral, kerana air yang biasa seperti air paip tidak mengandungi mineral yang diperlukan.
Kebaikan Air mineral semulajadi berbanding air biasa
Jika dibandingkan, air mineral merupakan sumber nutrien yang lebih baik berbanding air biasa, kerana kandungan yang terdapat di dalam air mineral dapat memberikan kesegaran kepada tubuh badan anda.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa rasa air mineral sedikit berbeza dengan air minuman biasa.
Apa sebenarnya air mineral?
Di Malaysia semua pengilang yang mempunyai lesen membotolkan air mineral tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Akta ini mewajibkan semua pemilik lesen menyatakan punca air dan keputusan analisis air dari makmal yang diluluskan.
Ini termasuklah analisa mikrobiologi setiap tiga bulan, analisis kimia setiap enam bulan dan analisis radioaktif yang dilakukan setahun sekali.
Selain itu, pengilang diwajibkan menggunakan penutup botol berwarna kecuali putih. Ini adalah untuk membezakan antara air mineral semulajadi atau air minuman biasa.
Air mineral di Malaysia didapati dengan dua cara
Pertama air yang berasal dari bawah tanah yang dikorek dan dipam naik dan akan melalui proses penyulingan. Kemudian air itu dibotolkan.
Air ini mengandungi beberapa mineral semula jadi dari dalam tanah. Proses penyulingan ini menggunakan beberapa langkah penapisan bertujuan membuang kuman dan bahan-bahan asing. Ianya boleh dikenali dengan warna tudung botol yang berwarna.
Oleh itu pengilang mesti menyatakan punca air secara jelas dan cara pemprosesannya.
Sebagai contoh saya mengambil satu jenama air mineral ”MELODIES”. Pengilang menyatakan pada labelnya ‘AIR MINERAL SEMULAJADI’ dengan isipadu minima 500ml.
Pengilang menyatakan alamat kilang dan pengedarnya. Di samping itu, sumber air dinyatakan dengan jelas “Lot 919 Mukim Batang Kali, Daerah Hulu Selangor, 44300 Selangor."
Proses yang digunakan juga dinyatakan ”Air Mineral Semulajadi ini diperolehi dari mata air sedalam 320 kaki dan diproses melalui teknologi penapisan dan pensterilan ultraviolet yang moden.”
Kandungan mineral juga tertera di label. Ini adalah contoh perlabelan yang baik.
Cara kedua ialah dengan menggunakan air paip yang disuling. Dalam proses itu beberapa elemen mineral ditambah pada air paip.
Namun, setelah menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan kimia dalam air, kadar mineral dalam air juga dikurangkan. Ia boleh dikenal dengan warna tudung botol yang berwarna putih.
Terdapat pelbagai jenama air mineral di pasaran. Air mineral seharusnya mengandungi bahan-bahan mineral dengan kadar 250 ppm, sama ada yang ditambah atau diperolehi secara semulajadi.
Air mineral seharusnya mengandungi:
1. Magnesium
Ia diperlukan untuk mengawal pengecutan otot, pengaliran impulse saraf dan mengaktifkan enzyme yang menghasilkan tenaga.
Struktur tulang memerlukan magnesium. Magnesium juga perlu dalam mengembangkan saluran darah bagi mengelakkan serangan sakit jantung.
Mereka yang tidak mempunyai cukup elemen ini akan mudah merasa
nervous, hilang tumpuan, pening, sakit kepala dan migraine.
Air mineral selalunya mengandungi bawah 20 mg/l magnesium di dalamnya.
2. Kalsium
Orang dewasa memerlukan kira-kira 800mg kalsium setiap hari. Kalsium diperlukan untuk menguatkan struktur tulang, gigi dan selaput sel.
Kalsium juga mengawal pengecutan otot dan pengaliran impulse dalam saraf. Pereputan tulang (osteoporosis) dan patah tulang juga disebabkan oleh kekurangan kalsium.
Selalunya kandungan kalsium dalam mineral water ialah kurang 100 mg/l.
3. Potassium
Dua hingga empat gram biasanya diperlukan dalam sehari. Seperti mana kalsium dan sodium, potassium juga diperlukan untuk pengecutan otot dan penghantaran impulse saraf.
Jika potasium kurang dalam badan, ia menyebabkan tubuh akan menjadi lemah dan mudah penat dan biasanya kandungan potassium kurang dari 5 mg/l dalam air mineral.
4. Sodium
Jumlah yang biasa diperlukan ialah 3 gm sehari. Fungsinya juga serupa dengan kalsium, potasium iaitu penting untuk pengecutan otot dan pengaliran impulse.
Dalam air mineral mengandungi antara 10-1,200mg/L sodium.
5. Sulfate
Sulfate membantu perkumuhan dan penyahtoksinan (detoxification) dalam hati dan membantu merangsangkan pengeluaran hempedu. Ia penting bagi pergerakan usus (peristalsis).
Kebanyakan air mineral yang dibotolkan mengandungi kurang dari 100 mg/l sulfates.
6. Bikarbonat
Ia penting untuk menstabilkan pH cecair dalam badan. Ia juga boleh didapati dalam perut. Apabila kita terlalu penat, asid laktik akan terhasil dan dineutralkan oleh bikarbonat.
Kandungan bikarbonat antara 50-200 mg/L dalam air mineral yang dibotolkan.
7. Elemen mineral yang lain
Selain dari mineral-mineral tadi, tubuh kita memerlukan beberapa elemen mineral yang lain, antaranya iron (zat besi), iodine, copper, fluoride dan zinc.
Ia diperlukan hanya beberapa milligram, namun kadang kala elemen ini tidak ada dalam air mineral.
Oleh itu harus dipastikan sama ada air itu benar-benar mengandungi mineral asas antaranya kalium, magnesium, sodium, potassium, chloride dan sulphate.
Air mineral juga digunakan sebagai air mandian ketika zaman Roman. Pancuran air di Abano Terme berdekatan Venice adalah pancuran air yang hangat digunakan sejak dulu untuk mandian dan minuman.
Air paip yang disalurkan dalam paip dalam sesetengah negara mempunyai kandungan mineral yang baik.
Sebagai contoh, Zurich adalah bandar yang mempunyai air paip yang baik. Di Amerika Syarikat, US FDA mengkelaskan air mineral sebagai air yang mempunyai sekurang-kurangnya 250 bahagian mineral di mana satu juta bahan pejal dilarutkan (ppm).
Mereka mewajibkan semua mineral ini harus diambil dari air dalam tanah dan bukannya ditambahkan ke dalam air paip.
Oleh itu jangan terperanjat jika terdapat air mineral yang agak mahal. Ia haruslah berbaloi dengan sumber air dan cara pemprosesannya. Sebelum membeli air mineral, lihatlah dulu labelnya.
Tahukah anda maksud warna penutup botol air mineral?
5 jenis kod minuman warna penutup botol air minuman yang diterima di Malaysia.
1. Penutup biru
Diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses menyulingan kemudian dibotolkan. Baru boleh dilabelkan sebagai air mineral.
2. Penutup Putih
Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan dan dicampur bahan kimia yang menyebabkan keaslian air itu hilang.
Kos pengeluaran air jenis ini adalah rendah berbanding air mineral yang mana eksplorasi sumbernya sahaja mencecah jutaan ringgit.
Sebab itu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau drinking water dan harganya pun lebih murah dari air mineral yang berpenutup biru.
3. Air Suling (Distilled water)
Air suling adalah sejenis air yang ditulenkan atau dibersihkan melalui proses penyulingan berperingkat.
Ia adalah air yang telah melalui proses penapisan penyulingan yang ketat dan rapi untuk menghilangkan bukan sahaja bahan cemar, tetapi bahan-bahan mineral semula jadi yang terdapat dalam air.
Air ini adalah yang terbaik untuk digunakan untuk seterika stim dan bateri kenderaan tanpa meinggalkan enapan.
4. Air yang ditapis (Purified Water)
Datang dari pelbagai sumber tetapi telah disucikan, ditapis atau dirawat untuk mengeluarkan bahan-bahan kimia atau bahan cemar.
Jenis-jenis penulenan termasuk penyulingan, deionization, osmosis songsang, dan penapisan karbon.
Seperti air suling, ia mempunyai kebaikan dan keburukan. Kelebihannya adalah bahan kimia yang berbahaya telah dinyahkan dari air tersebut dan kelemahan adalah bahan mineral yang berfaedah juga telah dinyah-keluar.
5. Spring Water
Ia adalah dari sumber bawah tanah yang dirawat atau tidak. Kajian yang dilakukan oleh NRDC (Sumber Asli Majlis Pertahanan) di Amerika Syarikat telah menemui bahan cemar di dalam air mineral botol seperti koliform, arsenik dan phthalates.
Banyak air botol dilabelkan sebagai air mineral, sedangkan pada hakikatnya ia datang dari sumber perbandaran dan tidak lebih daripada air paip yang telah dirawat.
Pastikan baca label dan ketahui punca di mana air mineral (air bawah tanah) tersebut diambil. Jangan tertipu!
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber:
azzahrah |
drzubaidi