Friday, October 05, 2018

Merawat Bengkak Tonsil Dengan Vitamin

Merawat Bengkak Tonsil Dengan Vitamin

Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita yang bertindak menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan.

Merawat Bengkak Tonsil

Tompokan putih menunjukan jangkitan kuman dan hanya bertindak pada peringkat tahun pertama kita lahir sahaja. Selepas itu, limfa akan mengambil peranan untuk “menapis” semua bakteria yang cuba masuk.

Apabila tonsil dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus), dipanggil tonsillitis, ia akan membengkak dan menyebabkan kita sakit dan susah untuk menelan makanan. Ia boleh membawa kepada demam, batuk, pening dan muntah-muntah.

Lebih teruk, bengkak tonsil ini akan menyempitkan saluran penafasan kita dan akan menyebabkan nafas berbau.

Bengkak tonsil akan surut secara semulajadi tetapi dengan pengambilan antibiotik akan mempercepat proses penyembuhan.

Tonsil akan bengkak berulang kali jika sistem pertahanan badan lemah kerana jangkitan kuman dan sebenarnya ada kes yang kritikal apabila tonsil membengkak teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting iaitu ke bahagian jantung dan buah pinggang.

Saya kongsikan disini cara yang mudah, senang dan murah untuk menghilangkan bengkak tonsil.

Rawat dengan vitamin untuk bengkak tonsil (kuatkan sistem imunisasi)

Untuk mereka yang berulang kali tonsil membengkak, ini menunjukkan jangkitan kuman menyebabkan sistem pertahanan badan lemah.

Cadangan terbaik untuk merawat bengkak tonsil dan hilangkannya boleh mengambil Garlic, Vitamin C, GLA dan Omega.

1. Garlic

Garlic atau bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang sangat bagus, bertindak untuk menghalang jangkitan bintik-bintik putih ataupun kuman.

2. Vitamin C

Vitamin C dan Zink membantu untuk menyokong sistem imunisasi badan, iaitu mengurangkan demam, selesema dan batuk. Juga membantu sel darah putih menghalang bakteria yang wujud dalam badan.

3. GLA

Di dalam tubuh manusia, asid gamma-linolenik (GLA) digunakan untuk menghasilkan prostaglandin (hormon yang membantu untuk mengawal selia sistem imun).

Ia dapat meningkatkan fungsi metabolik dan memberikan penebatan dalam tubuh untuk membantu berfungsi dengan baik dan bertindak sebagai sistem pertahanan terhadap kuman dan penceroboh.

Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi fungsi prostaglandin.

Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

GLA boleh didapati di dalam minyak yang berasaskan tumbuhan seperti evening primrose oil, borage oil dan black currant seed oil.

GLA dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

4. Omega-6

Omega-6 adalah asid lemak penting (EFAs) yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh sebab itu, hanya ada satu cara untuk mendapatkannya iaitu melalui makanan dan makanan tambahan.

Walaupun omega-6 adalah EFA pro-radang, tubuh badan kita masih perlu mengambil kedua-duanya.

Omega-6 telah menunjukkan kepada:
  • Mengurangkan kesakitan saraf.
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Menyokong kesihatan tulang.
  • Menyokong kesihatan otak.

Asid lemak omega-6 dalam bentuk asid linoleik akan ditukar kepada GLA dalam badan.

Pembedahan

Ada sesetengah bengkak tonsil sampaikan perlu dibedah untuk mengelak jangkitan ke bahagian lain. Agak menakutkan sebenarnya kalau kita dengar.

Untuk bengkak tonsil ini, bergantung kepada sistem imunisasi badan untuk mengecut dan kembali kepada asal.

Vitamin membantu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kita. Jangan sampai dibedah padahal ada cara alternatifnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: azeniahmad

Rosmah Mansor Hadapi 17 Pertuduhan Penggubahan Wang Haram

Rosmah Mansor Hadapi 17 Pertuduhan Penggubahan Wang Haram

Isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor akan menghadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM7 juta.

Rosmah Mansor Hadapi 17 Pertuduhan
Gambar masa bahagia bersama.

Rosmah akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Berikut merupakan 17 yang disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi:

Pertuduhan 1

Bahawa kamu pada 4 Disember 2013, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM200,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 2

Bahawa kamu pada 16 Disember 2013, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 3

Bahawa kamu pada 23 Disember 2013, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM200,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 4

Bahawa kamu pada 28 Januari 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 5

Bahawa kamu pada 29 Januari 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 6

Bahawa kamu pada 28 Februri 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM200,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 7

Bahawa kamu pada 14 Mac 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 8

Bahawa kamu pada 8 April 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 9

Bahawa kamu di antara 4 September dan 22 Disember 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam lapan transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM1,604,450 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 10

Bahawa kamu di antara 21 Januari 2015 dan 12 Disember 2015 di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam 127 transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM3,863,300 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 11

Bahawa kamu antara 28 Januari 2016 dan 7 November 2016, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam 87 transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM510, 000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 12

Bahawa kamu antara 29 Mac 2017 dan 8 Jun 2017, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam lima transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM30,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 13 (LHDN)

Bahawa kamu pada 1 Mei 2014, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim , di Kuala Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM500, 000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 4 Disember 2013 dan 23 Disember 2013 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2013 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pertuduhan 14 (LHDN)

Bahawa kamu pada 1 Mei 2015, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM2,204,450 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 28 Januari 2014 dan 22 Disember 2014 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2014 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2015 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pertuduhan 15 (LHDN)

Bahawa kamu pada 1 Mei 2016, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM3,853,300 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 21 Januari 2015 dan 12 Disember 2015 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2015 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2016 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pertuduhan 16

Bahawa kamu pada 1 Mei 2017, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM510,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 28 Januari 2016 dan 7 November 2016 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2016 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2017 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pertuduhan 17 (terakhir)

Bahawa kamu pada 1 Mei 2018, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM30,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 29 Mac 2017 dan 8 Jun 2017 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2018 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

ROSMAH DIIKAT JAMIN RM2 JUTA

Mahkamah Sesyen pada Khamis menetapkan Datin Seri Rosmah Mansor diikat jamin RM2 juta setelah dia mengaku tidak bersalah atas 17 tuduhan pengubahan wang haram.

Pasukan pendakwaan dibarisi oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ahmad Akram Gharib manakala Rosmah diwakili Datuk K.Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent.

Hakim Azura Alwi turut membenarkan wang jaminan dibayar secara berperingkat dengan RM100,000 dijelaskan pada Khamis. Baki jaminan selebihnya perlu dilunaskan sebelum 11 Oktober ini.

Selain ikat jamin, Rosmah turut diarahkan untuk menyerahkan pasport dan tidak mengganggu mana-mana saksi berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu tiba di Mahkamah Sesyen kira-kira pukul 8.27 pagi Khamis.

Rosmah hadir menaiki kenderaan rasmi SPRM dengan diiringi pegawai suruhanjaya itu bagi dibacakan pertuduhan terhadapnya.

Beliau memakai baju kurung warna oren dan selendang rona sedondon.

Rosmah ditahan pada pukul 3.20 petang Rabu selepas lima jam memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk sesi ketiga.

Beliau juga bermalam di lokap SPRM selepas ditahan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian | mstar

Jadilah Manusia Yang Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

Jadilah Manusia Yang Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

Hiduplah seperti akar yang rela memberikan segalanya, meskipun terkadang sang pohon tak pernah melihatnya ke bawah.

Jadilah Manusia Yang Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

Hiduplah seperti akar yang memberi dan tak pernah meminta kembali.

Hiduplah seperti akar yang menjadi peranan utama, meskipun tak pernah ada yang memujinya.

Hiduplah seperti akar yang menjadi penyebab setiap kebaikan, meskipun tak pernah ada yang memberikan penghargaan.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sebaik-baiknya seseorang diantara kalian adalah yang paling bermanfaat terhadap yang lainnya."

Duhai saudaraku, siapapun engkau dimanapun engkau berada, jadilah manfaat bagi sesama insan yang rela berbagi dan ikhlas memberi yang hadirnya menggembirakan dan ketiadaannya dirindui.

Jika engkau tak mampu menjadi akar yang pohonnya menghasilkan banyak buah, maka jadilah akar yang menumpang pohon yang memberikan keteduhan bagi yang lelah.

Jika tak mampu menjadi akar bunga yang memberikan keharuman kepada dunia, maka jadilah akar rumput yang mengenyangkan haiwan-haiwan ternak.

Jika kau tak mampu menjadi bunga, maka janganlah menjadi duri. Muhasabah diri itu indah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, October 04, 2018

Bahaya Fenomena Air Pusar Dan Kepala Air Di Sungai Atau Lombong

Bahaya Fenomena Air Pusar Dan Kepala Air Di Sungai Atau Lombong

Saban tahun kita sering dikejutkan dengan berita yang menyayat hati dengan kejadian lemas di sungai, kolam, tasik, lombong dan dihanyutkan arus deras. Mengapa ini terjadi? Adakah faktor alam, peralatan, manusia atau pihak berwajib patut disalahkan?

Fenomena Air Pusar

Fenomena kepala air sering berlaku bila aliran air sungai yang kuat akibat hujan lebat di kawasan anak sungai atau hulu sungai dan mengalir ke sungai utama. Fenomena ini berlaku ketika hujan lebat dan cuaca tidak menentu.

Perlu penjelasan

Kadangkala kawasan hilir sungai tidak berlaku hujan lebat, namun hujan lebat dan luar biasa di kawasan hulu. Keadaan ini juga mengakibatkan berlaku fenomena kepala air.

Keadaan ini sangat berbahaya kerana aliran arus dan air yang kuat ini membawa puluhan sampah-sarap seperti daun kering, ranting kayu, kelodak, batu dan sisa batang pokok atau balak yang dibuang di sungai.

Aliran air sungai dan arus yang kuat ini merempuh apa sahaja yang ada di laluannya.

Disebabkan aliran yang kuat inilah mangsa tidak dapat berbuat apa-apa ketika aliran air yang kuat ini berlaku.

Air pusar atau 'hidraulik' ini berlaku secara semula jadi disebabkan faktor morfologi sungai di kawasan jeram dan faktor ketinggian air. Tidak semua jeram mempunyai pusaran air yang berbahaya.

Berdasarkan pengetahuan, pusaran air ini dapat dikelaskan kepada dua, iaitu jenis 'frowning' dan 'smiling.'

Jenis 'frowning' ini agak berbahaya kerana pusaran air di dalamnya akan menarik apa sahaja objek yang melaluinya ke tengah jeram, manakala jenis 'smiling' ini tidak bahaya kerana objek yang melaluinya dapat keluar dengan mudah dari sudut tepi jeram.

Tanda berlaku fenomena kepala air ini ialah cuaca gelap di hulu sungai (puncak bukit) yang menandakan hujan di kawasan berkenaan.

Air yang meningkat naik secara tiba-tiba, air berubah warna kepada kekuning-kuningan secara tiba-tiba dan air sungai berbuih dengan jumlah yang banyak di permukaan.

Bagaimanapun, tidak semua tempat atau kawasan seumpama ini mempunyai siren amaran bagi memberi amaran kepada pengguna di kawasan itu.

Pusaran air ini boleh dilihat melalui laluan arus sungai sama ada kuat atau perlahan. Pusaran air ini sering berlaku di kawasan sungai yang mempunyai jeram.

Faktor ketinggian air juga memainkan peranan penting kerana jika berlaku kenaikan air akibat hujan pada hari sebelumnya, kawasan pusaran air menjadi lebih kuat disebabkan arus yang menolaknya.

Kaedah menguji pusaran air itu dengan membuang objek seperti ranting kayu ke pusaran, adalah cara yang amat berguna dan sering digunakan oleh penggiat kayak dan rafting arus deras.

Jika objek yang dibuang ke dalam pusaran itu tidak ditolak keluar, menandakan pusaran air berkenaan berbahaya kerana pusaran air menarik objek yang melalui kawasan itu.

INFO: Punca Lemas

Pusaran air
  • Terhasil dari pertemuan arus berlawanan.
  • Memiliki aliran air ke bawah secara vertikal.
  • Mangsa seolah-olah ditarik ke bawah.
  • Pusaran kecil hanya berlaku di kawasan air terjun.
  • Menghasilkan pusaran berskala kuat.
  • Kawasan sempit menghasilkan pusaran kuat.

Tanda terdapat pusaran air
  • Sering berlaku di sungai yang mempunyai jeram.
  • Ketinggian air selepas hujan penentu kekuatan pusaran.
  • Uji kawasan dengan membuang objek seperti ranting kayu.
  • Jika objek itu tidak ditolak keluar menandakan air berkenaan bahaya.

Terbahagi kepada dua

1. Frowning
  • Berbahaya.
  • Pusaran air akan menarik apa sahaja objek yang melalui ke tengah jeram.

2. Smiling
  • Tidak bahaya.
  • Objek yang melaluinya dapat keluar dengan mudah dari sudut tepi jeram.

Kepala air
  • Gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti besar.
  • Mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama.
  • Lazimnya berpunca takungan daripada hujan lebat di hulu sungai.
  • Amat bahaya kerana ia menghasilkan arus besar dan deras.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Najib Tawar RM3.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais!

Najib Tawar RM3.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais!

Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais mengakui di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa dia ditawarkan wang RM3.5 juta oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

Bunuh Kevin Morais

S. Ravi Chandaran, 47, turut mengakui bahawa tawaran itu dibuat melalui pegawai penjara kepadanya dan selain tawaran itu, dia turut menerima tawaran dari adik Kevin Morais sendiri iaitu Datuk Richard Morais untuk membuat pengakuan sama.

Ravi Chandaran yang juga saksi pembelaan keenam berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam Datuk N.Sivananthan yang mewakili pakar patologi tentera, Dr R. Kunaseegaran, pada prosiding membela diri hari ke-24.

Sivananthan: Kamu katakan Dr Kunaseegaran tawar wang RM1.5 juta untuk kamu mengaku salah. Ini dibuat pada 29 Dis, 2017.

Ravi Chandaran: Benar

Sivananthan: Kamu juga ada buat satu laporan polis bahawa pada 26 Jan 2018, Richard Morais tawarkan RM2 juta untuk kamu mengaku salah.

Ravi Chandaran: Ya, benar.

Sivananthan: Dalam laporan yang sama, pada Februari 2018, kamu kata ada pegawai penjara yang menawarkan kamu RM3.5 juta untuk mengaku salah bagi pihak Najib Tun Razak.

Ravi Chandaran: Ya, benar.

Ravi Chandaran turut bersetuju dengan cadangan Sivananthan bahawa keseluruhan wang yang ditawarkan oleh individu-individu terbabit kepadanya untuk mengaku bersalah dalam kes itu adalah berjumlah RM7 juta.

Kepada cadangan Sivananthan bahawa tertuduh telah mereka cerita berhubung tawaran wang itu sehingga ia kelihatan tidak masuk akal, Ravi Chandaran berkata dia tidak bersetuju.

Tertuduh turut tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa tidak ada sebab untuk kesemua individu itu menawarkan wang kepadanya.

Ditanya Sivananthan adakah Dr Kunaseegaran telah mengarahkannya untuk membunuh Kevin Morais, tertuduh berkata “tidak”.

Dia juga menjawab “tidak” kepada soalan Sivananthan mengenai adakah Dr Kunaseegaran mengarahkannya melakukan sesuatu seperti menculik Kevin Morais.

Pada prosiding sebelum ini Ravi Chandaran mendakwa Dr Kunaseegaran menawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath; S. Nimalan, Ravi Chandaran, dan Dr Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara pukul 7.00 pagi dan 8.00 malam, 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dinishwaran, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath; 28, Nimalan, 25, dan Ravi Chandaran, diwakili peguam Rajehgopal manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

3 Punca Sakit Belakang Yang Anda Perlu Tahu

3 Punca Sakit Belakang Yang Anda Perlu Tahu

Sakit belakang merupakan antara salah satu penyakit yang tidak asing lagi terutamanya bagi golongan yang sudah meningkat usia dan kebiasaannya, orang yang selalu mengangkat barangan yang berat dan kurang bersenam akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.

Punca Sakit Belakang

Majoriti orang akan mendapat penyakit ini walaupun hanya sekali, jadi tidak perlulah terlalu bimbang dan risau sekiranya anda tiba-tiba merasakan sakit belakang, terutama kepada yang masih belum pernah merasakannya.

Sakit belakang boleh disebabkan oleh 3 perkara, iaitu penyakit yang dihidapi oleh belakang badan, masalah sakit puan dan faktor dari bahagian badan yang lain.

Secara terperinci ia akan dinyatakan seperti apa yang tertera di bawah:

1. Masalah Pergerakan

Masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda boleh merasakan kesakitan apabila setiap kali anda melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.

Pergerakan tersebut boleh merangkumi sebarang jenis termasuk semasa anda membongkok, semasa mengangkat barang yang berat dan selainnya.

Kebiasannya masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh tulang belakang anda yang dijangka sudah haus ataupun tulang belakang anda sudah tua.

Apabila ini berlaku, cakera (disc) yang menyambungkan tulang-tulang belakang akan hilang keberkesanan dan hilang fleksibeliti.

Hal ini boleh membawa kepada masalah sakit belakang sekiranya anda melakukan sebarang pergerakan yang berat dan kuat.

2. Kecederaan

Kecederaan yang berlaku pada tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah juga berpotensi untuk menyebabkan sakit belakang sama ada ia hanyalah bersifat sementara ataupun kronik.

Terseliuh boleh berlaku sekiranya ligamen berpusing atau diangkat secara tidak wajar. Vertebra yang patah sering daripada penyakit osteoporosis, satu keadaan yang menyebabkan kelemahan pada tulang poros.

Jarang sekali, sakit belakang boleh disebabkan oleh kecederaan yang lebih teruk akibat daripada kemalangan dan jatuh.

3. Penyakit

Terdapat juga banyak masalah medikal yang dikatakan boleh menyebabkan atau menyumbang kepada terjadinya masalah sakit belakang.

Masalah vertebrata selalunya berlaku apabila pesakit tersebut mempunyai masalah osteoporosis, (keadaan yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh).

Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, namun ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.

Namun, sakit belakang adalah sangat jarang berlaku jika disebabkan oleh akibat jatuh dari tempat yang tinggi ataupun kecederaan dari kemalangan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Sambutan Minggu Angkasa Sedunia, World Space Week

Sambutan Minggu Angkasa Sedunia, World Space Week

Sambutan Minggu Angkasa Sedunia, World Space Week disambut pada 4 hingga 10 Oktober setiap tahun berikutan persefahaman yang dicapai pada persidangan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1999.

Sambutan Minggu Angkasa Sedunia, World Space Week

Permulaan minggu sambutan pada 4 Oktober adalah sebagai memperingati tarikh kejayaan manusia meneroka angkasa dengan pelancaran Sputnik 1, sementara 10 Oktober merupakan tarikh Outer Space Treaty di tandatangani.

Sambutan Minggu Angkasa Sedunia juga adalah untuk meraikan kejayaan manusia meneroka angkasa lepas dan hasil daripada penerokaan tersebut telah memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kehidupan seharian kita.

Sebagai contoh, satelit-satelit telah dihantar ke angkasa untuk mencerap permukaan muka Bumi, sebagai alat navigasi dan telekomunikasi yang kita gunakan setiap hari sepanjang masa.

Di Malaysia, sambutan Minggu Angkasa Sedunia adalah selaras dengan Teras ke Tujuh Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang menekankan pembudayaan Sains, Teknologi, Inovasi dan keusahawanan menerusi peningkatan program-program kesedaran dan penghayatan pembudayaan sains dan teknologi.

Di negara ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bertanggungjawab menganjurkan sambutan Minggu Angkasa Sedunia ini.

Adalah menjadi harapan, selepas ini agar lebih ramai rakyat Malaysia khususnya generasi muda, berminat untuk meneroka dan mempelajari faedah dan kepentingan teknologi angkasa dalam usaha membangunkan negara.

Selamat menyambut Minggu Angkasa Sedunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, October 03, 2018

Maksud Mimpi Melihat Rumah

Maksud Mimpi Melihat Rumah

Erti bermimpi rumah biasanya mengacu kepada diri anda sendiri, yang menggambarkan fizikal dan juga aspek keperibadian yangmembawa maksud bahawa rumah di dalam mimpi juga merupakan cermin diri sendiri.

Mimpi Melihat Rumah

Struktur bangunan juga merupakan sudut pandang yang telah anda bangunkan melalui hubungan dengan orang di sekitar.

Dalam konteks yang lebih luas, rumah boleh menggambarkan cara anda mengizinkan orang lain masuk ke dalam hidup anda.

Rumah adalah sebuah simbol dan dapat dihubungkan dengan banyak aspek dalam kehidupan.

Jadi, untuk benar-benar mengetahui maksud mimpi rumah, anda harus benar-benar spesifik tentang jenis rumah tersebut dan selain itu, pelbagai ruangan dalam rumah dalam mimpi tersebut juga saling berhubungan.

Berikut adalah beberapa erti mimpi tentang rumah menurut Ibnu Sirin.

Rumah Batu

Mimpi masuk ke dalam rumah yang tidak dikenali, tidak melihat penghuninya, kemudian melihat beberapa orang mati di dalamnya bererti, rumah itu adalah rumah akhirat dan yang masuk ke sana bermaksud telah dekat ajalnya. Mimpi keluar dari rumah tersebut bererti sakit teruk kemudian sembuh.

Mimpi masuk rumah yang sudah dikenali, yang dibuat dari batu-bata dan tanah liat, bererti mencari rezeki halal.

Bila rumahnya dari batu-bata dan kapur bererti mencari rezeki haram. Mimpi keluar dari rumah tersebut bererti bertaubat.

Mimpi atap rumah atau loteng atau temboknya runtuh atau terbakar, bererti tertimpa musibah.

Melihat rumah besar yang longgar, bererti memperoleh kenikmatan yang cukup.

Mimpi pindah rumah yang sudah lama, bererti rezekinya menjadi longgar dan usahanya menjadi lancar.

Mimpi masuk ke rumah yang baru, bila kaya bertambah kaya, bila fakir menjadi kaya.

Dikatakan bahawa di tengah-tengah rumah bererti anak perempuan dan saudara perempuan, maka mimpi tentang rumah bahagian tengah adalah bererti anak perempuan atau saudara perempuan, baik dan buruknya tergantung keadaan pada mimpi.

Mimpi masuk ke dalam rumah dan rumah itu miliknya sendiri bererti dikurniakan anak. Apabila rumah itu luas bererti banyak rezeki dan baik ibadahnya.

Mimpi melihat rumah yang bagus bererti sihat dan selamat serta panjang usia kedua-dua orang tuanya.

Mimpi tentang rumah yang dikenali bangunannya dan berjajar dengan rumah yang lain, bererti mendapat wang sesuai dengan baiknya rumah.

Mimpi melihat rumah dicat putih, di dalam rumah itu terdapat orang sakit, bererti mati.

Mimpi melihat rumah yang tidak dikenali bangunan dan tempatnya, bila rumah itu tidak ada rumah di dekatnya bererti rumah itu adalah akhirat. Bila masuk ke dalam rumah dan keluar lagi, bererti terhindar dari kematian. Bila tidak keluar bererti mati.

Mimpi melihat mahligai bererti kawin dengan seorang wanita yang cantik.

Mimpi rumahnya tidak seperti rumah yang lain bererti memiliki harta kekayaan dan jadi orang terpandang.

Mimpi membina rumah, bererti usaha mencari wang dan keberhasilannya sesuai dengan perolehan pembangunannya itu.

Mimpi keluar dari rumah, tidak berbicara dengan seseorang bererti mati.

Mimpi pancuran air di rumahnya mengalirkan air, bererti penghuni rumah itu menangis atas kematian seseorang yang dihormati di rumah itu.

Basah pada rumah di dalam mimpi bererti kesedihan.

Mimpi rumahnya berupa jalan yang dilalui orang-orang bererti musibah yang besar.

Mimpi melihat rumah yang baru bererti kerabatnya mati.

Mimpi memperluas rumah bererti kesusahan.

Mimpi melihat robohnya rumah imam besar, bererti terjadi perpecahan di kalangan umat Islam.

Runtuhnya tembok rumah, bagaimanapun bentuknya, bererti berita yang mengejutkan.

Kamar (Bilik)

Mimpi berada di kamar, bererti aman dari apa yang dikhuatirkan dan ditakuti.

Mimpi berada di dalam kamar baru, bila miskin bererti kaya, bila berniaga mendapat untung.

Mimpi berada di kamar yang sudah lama, bila miskin bertambah miskin, bila kaya bertambah kaya, bila tekun ibadahnya bererti bertambah bagus ibadahnya.

RUMAH KAYU

Rumah yang sendirian bererti seorang wanita.

Mimpi masuk ke dalam rumah baru, bererti mengahwini wanita lalu mendapat wang dan kaya.

Mimpi masuk rumah yang dijaga dengan baik atau dicat putih, bererti telah dekat ajalnya apabila tidak diketahui pemiliknya.

Mimpi berlari lalu masuk ke dalam rumah kemudian pintunya dikunci dari dalam, bila rumah itu bertemu dengan rumah-rumah yang lain, bererti lepas dari kesusahan. Bila sakit bererti sembuh.

Mimpi rumahnya roboh, bererti menyimpan wangnya.

Mimpi merobohkan rumah orang lain, bererti mendapat wang dari orang lain.

Mimpi tertimpa rumah roboh atau tembok, bererti memperoleh wang yang melimpah.

Mimpi menempati rumah baru, bererti kaya. Bila rumah terdiri dari prak, bererti bertaubat kepada Allah. Bila orang itu kaya maka akan bertambah kekayaannya.

Mimpi rumahnya lebih luas, bererti mendapat kenikmatan dan bertambah rezekinya.

Mimpi rumahnya sendirian bererti tidak baik.

Mimpi menyiram rumahnya dengan air, bererti berbuat sesuatu yang menjadikannya susah dan ini tidak baik ertinya.

Mimpi berada di dalam rumah dan tidak boleh keluar, bererti memperoleh kebajikan dan terpuji akibatnya.

Mimpi diseksa di dalam rumah, bererti memperoleh kehormatan, kebaikan dan kenikmatan.

Mimpi naik ke atas rumah yang tak dikenali, sedang rumah itu tinggi bererti kawin dengan seorang gadis. Bila rumah itu usang, bererti kawin dengan janda.

Mimpi mengangkat dan memindahkan rumah, bererti mengahwini wanita yang perlukan biaya hidup yang tinggi.

Dapur

Adapun dapur bererti usaha mencari nafkah hidup. Dapur mengandung erti penanggungjawabnya dan keadaan keluarganya.

Bila dapur terbuat dari kapur, bererti diantara keluarganya ada yang takbur.

Bila terbuat dari kayu bererti wanita di rumahnya ada yang munafik.

Mimpi tungkunya rosak, bererti hilangnya kenikmatan bagi yang memilikinya.

Rosaknya dapur memasak, bererti meninggal pemiliknya.

Mimpi di rumah penguasa ada dapur roti dan terdapat banyak abu, bererti mengahwini wanita yang tidak punya kebaikan sama sekali.

Atap rumah

Mimpi atap rumahnya roboh, bererti kematian yang empunya rumah atau yang menempati rumah itu.

Mimpi atap rumahnya meneteskan air, bererti warga rumah itu menangisi kematian seseorang, kerana sakitnya.

Mimpi debu pada atap rumahnya hilang, bererti mengalami kemiskinan lalu hilang kenikmatannya.

Mimpi ada beberapa tumbuh-tumbuhan tumbuh di atas atap rumahnya bererti ada beberapa orang yang menipunya.

Mimpi atap rumah pecah-pecah bererti terjadi sesuatu yang tidak disukai.

Runtuhnya atap bererti musibah besar menimpa pemiliknya.

Atap yang terbuat dari kayu, bererti orang yang tinggi martabatnya.

Mimpi masuk ke dalam atap lalu tertutup daripadanya langit, bererti ada pencuri masuk lalu mengambil barang-barangnya.

Loteng

Loteng rumah yang tidak dikenali bererti seorang wanita yang dikenali, kehormatan dan kebesaran.

Mimpi naik ke atas loteng rumahnya yang ditempati, bererti kemuliaan dan martabat tinggi akan diperoleh.

Mimpi ada tumbuhan di bahagian atas loteng bererti kurang baik.

Mimpi ada air mengalir di loteng bererti kesusahan.

Dinding tembok

Dinding tembok di dalam mimpi bererti keadaan orang di dalam dunia.

Mimpi menghilangkan tembok, bererti keadaanya di dunia bagus.

Mimpi merobohkan tembok yang telah lama bererti mendapat wang atau ilmu.

Bila temboknya baru bererti mendapat kesusahan.

Bila tembok itu lemah, bererti keadaan orang itu lemah.

Mimpi berdiri di atas tembok, bererti keadaan orang itu tidak tenang.

Mimpi bergantung di tembok bererti keadaanya berubah dan ekonominya juga berubah.

Mimpi mendirikan tembok besar, bila temboknya tegak dan lurus bererti naik martabatnya.

Mimpi membangun tembok dari kapur (batu-bata) bererti berubah niatnya dan kerosakan dalam agamanya.

Mimpi membangunkan tembok yang rosak bererti sesuatu yang baik kepada orang lain.

Mimpi membiarkan tembok yang telah rosak bererti keadaanya menjadi baik.

Mimpi membuat tembok dari batu dan kapur bererti tertipu di dunia padahal ia mencari kebaikan dan keperluan dunia akhirat.

Mimpi bersandar pada dinding tembok, bererti menyandarkan sesuatu kepada orang lain.

Mimpi menunggang tembok, bererti mencari sesuatu untuk keperluan dunia.

Disebutkan pula bahawa mimpi jatuh tembok, bererti memperoleh peti penyimpanan wang.

Mimpi terjun dari atas tembok, bererti tidak berhasil apa yang dicita-citakan.

Bermimpi tentang rumah juga boleh dihubungkan dengan kesihatan kita, jadi jika anda berlari ke rumah, maka itu boleh menjadi tanda merasa lelah dan letih.

Dalam hal ini, anda mungkin berfikir atas apa yang telah menyebabkan kelelahan anda dan juga mungkin bertanya bila anda akan sembuh.

Sebuah rumah juga merupakan simbol dari kesederhanaan. Cubalah untuk melihat bagaimana bentuk rumah dan kesederhanaan yang telah ditampilkan dalam mimpi anda.

Ketika anda bermimpi rumah, sangat penting untuk menilik kehidupan dan yang perlu anda lakukan adalah mendengarkan intuisi anda ketika menafsirkan mimpi.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: pemimpi

10 Manfaat Vitamin E Untuk Kesihatan

10 Manfaat Vitamin E Untuk Kesihatan

Vitamin E adalah vitamin yang larut lemak, memainkan peranan penting sebagai antioksidan, juga membantu mencegah radikal bebas kepada lemak di dalam badan yang diperlukan untuk kesihatan.

Manfaat Vitamin E

Vitamin E sangat penting yang diperlukan bagi fungsi organ yang baik dan sangat berguna untuk melambatkan tanda-tanda penuaan.

Ia terkandung banyak dalam banyak makanan seperti minyak, kacang, produk tenusu, telur, buah buahan dan minyak zaitun. Juga terdapat dalam bentuk suplemen.

Vitamin E memberikan manfaat seperti merawat dan mencegah penyakit jantung dan salur darah seperti sakit dada, tekanan darah tinggi atau arteri yang tersumbat atau keras.

Mengambil makanan yang kaya dengan vitamin E memiliki banyak manfaat kesihatan.

1. Menyeimbangkan Kolestrol

Kolestrol ialah bahan yang wujud secara semula jadi, dihasilkan oleh hati dan diperlukan untuk fungsi sel dalam badan yang sihat, saraf dan hormon.

Apabila paras kolestrol berada dalam keadaan semula jadi, ia akan seimbang, normal dan sihat namun, apabila teroksida, ia akan menjadi berbahaya.

Kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa Vitamin E bertindak sebagai antioksidan pelindung yang melawan pengoksidaan kolestrol.

Hal ini adalah disebabkan oleh vitamin E boleh melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh badan yang mana ia akan membawa kepada pengoksidaan kolestrol.

2. Melawan Radikal Bebas dan Mencegah Pembentukan Penyakit

Radikal bebas melawan dan memecahkan sel-sel sihat yang ada dalam tubuh badan anda dan semua ini boleh membawa kepada penyakit jantung dan kanser.

Molekul-molekul ini terbentuk secara semula jadi dalam tubuh dan ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk apabila dioksidakan.

Vitamin E merupakan antioksidan berkuasa yang memiliki keupayaan untuk mengurangkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas, melawan keradangan dan sekali gus membantu memperlahankan tanda-tanda penuaan selain membantu menyelesaian masalah kesihatan seperti penyakit jantung.

Kajian telah menunjukkan bahawa Vitamin E boleh meningkatkan keimunan dan dalam masa yang sama dapat membantu mencegah kedua-dua penyakit yang biasa dan juga penyakit yang serius daripada terbentuk.

3. Memperbaiki Kulit yang Rosak

Vitamin E membantu menguatkan dinding kapilari kulit serta meningkatkan kelembapan dan keanjalannya sekali gus bertindak sebagai nutrien anti penuaan kepada tubuh.

Kajian telah menunjukkan bahawa Vitamin E membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh badan dan kulit anda, mengekalkan kesihatan serta keremajaan kulit.

Semua sifat antioksidan juga bermanfaat apabila anda sering terdedah kepada asap rokok atau sinaran ultra unggu daripada matahari dan melindungi kulit daripada kanser kulit.

Pengambilan Vitamin E bersama Vitamin C dapat membantu melawan keradangan kulit selepas ia terdedah kepada sinar UV dan juga membantu untuk mengurangkan tanda-tanda jerawat dan ekzema.

Vitamin E juga membantu untuk proses penyembuhan kulit dan diserap oleh lapisan epidermis kulit dan boleh merawat kulit yang terbakar disebabkan sinaran matahari yang menjadi salah satu punca utama kepada gejala kanser kulit.

Disebabkan oleh Vitamin E ini mempercepatkan pembinaan sel, ia boleh merawat calar, jerawat dan kedutan kulit. Akhirnya, kulit anda akan menjadi kelihatan lebih sihat dan muda.

4. Menebalkan Rambut

Disebabkan oleh Vitamin E merupakan antioksidan yang berkuasa, ia membantu untuk mengurangkan punca-punca yang menyebabkan rambut anda rosak.

Ia juga berupaya untuk menyihatkan kulit rambut dan minyak yang mengandungi Vitamin E akan memberikan kelembapan kepada kulit yang akhirnya akan mencegah kulit kepala menjadi kering.

Minyak ini juga akan menjadikan rambut kelihatan lebih sihat dan segar.

Anda boleh titiskan beberapa titis minyak Vitamin E kepada rambut lebih-lebih lagi ketika ianya anda kering dan pucat.

5. Menyeimbangkan Hormon

Vitamin E boleh membantu dalam memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan sistem endokrin dan saraf.

Secara semula jadinya, ia membantu dalam mengekalkan keseimbangan hormon.

Antara simptom-simptom ketidakseimbangan hormon termasuklah PMS, berat badan berlebihan, alergi, jangkitan saluran kencing, perubahan kulit, gemuruh dan kepenatan.

Dengan memastikan hormon seimbang, anda akan mendapati bahawa adalah mudah untuk mengekalkan berat badan yang sihat, kitaran haid yang baik dan anda akan merasakan diri lebih bertenaga.

6. Membantu Menghadapi Simptom PMS

Pengambilan suplemen Vitamin E 2-3 hari sebelum dan 2-3 hari selepas waktu haid boleh mengurangkan kekejangan, gemuruh dan kelaparan kesan daripada PMS.

Vitamin E boleh mengurangkan kesakitan dan tempoh haid dan ia juga boleh juga mengurangkan kehilangan darah yang banyak.

Caranya dengan menyeimbangkan hormon-hormon secara semula jadi dan mengekalkan kitaran haid anda yang teratur.

7. Meningkatkan Penglihatan

Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko pereputan makular yang menjadi punca kepada kebutaan.

Sentiasa ingat, bahawa untuk membolehkan Vitamin E berkesan kepada penglihatan, ia mesti disertakan dengan pengambilan Vitamin C, Beta Karotina dan Zink.

Juga didapati bahawa apabila pengambilan Vitamin E dan A yang tinggi setiap hari, is berkesan merawat penglihatan bagi mereka yang menjalani pembedahan mata secara laser.

8. Membantu Pesakit Alzheimer’s

Vitamin E boleh memperlahankan masalah kehilangan ingatan daripada menjadi lebih teruk bagi mereka yang menghidapi penyakit Alzheimer’s tahap sederhana.

Ia juga boleh melambatkan hilangnya kebergantungan dan keperluan kepada bantuan.

Vitamin E apabila diambil dengan Vitamin C juga boleh mengurangkan risiko kepada beberapa bentuk penyakit dementia.

9. Memperelokkan Kesan Selepas Rawatan Perubatan

Vitamin E kadang-kadang digunakan untuk mengurangkan kesan sampingan selepas menjalani rawatan perubatan seperti radiasi dan dialisis.

Hal ini adalah disebabkan oleh Vitamin E yang merupakan satu bahan antioksidan yang berkuasa untuk melawan radikal-radikal bebas di dalam tubuh badan.

Ia digunakan untuk mengurangkan kesan sampingan daripada pengambilan dadah dalam proses perubatan tersebut yang menyebabkan keguguran rambut dan kerosakan paru-paru.

10. Meningkatkan Tenaga Fizikal dan Kekuatan Otot

Vitamin E boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan fizikal, meningkatkan tenaga dan mengurangkan tahap tekanan oksidatif terhadap otot ketika bersenam. Vitamin E juga boleh meningkatkan kekuatan otot.

Ia boleh menghilangkan kepenatan dengan cara melancarkan pengaliran darah dalam tubuh dan menguatkan dinding kapilari darah dan menyegarkan sel-sel.

Sumber Vitamin E

Berdasarkan kepada USDA, RDA bagi Vitamin E ialah 15 mg/sehari (22.5 IU). Anda disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin E 2-3 kali sehari.

1. Biji Bunga Matahari
1 cawan: 33.41 mg (220%)

2. Kacang Almond
1 cawan: 32.98 mg (218%)

3. Kacang Hazel
1 cawan: 20.29 mg (133%)

4. Mangga
1 biji mentah: 3.02 mg (20%)

5. Avocado
1 biji: 2.68 mg (18%)

6. Labu
1 cawan yang dimasak dan dipotong dadu: 2.64 mg (17%)

7. Brokoli
1 cawan yang dimasak: 2.4 (12%)

8. Bayam
½ cawan yang dimasak atau 2 cawan yang tidak dimasak: 1.9 mg (10%)

9. Kiwi
1 biji: 1.1 mg (6%)

10. Tomato
1 biji mentah: 0.7 (4%)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mrtengkuasmadi