Monday, October 01, 2018

10 Negara Penyimpan Rizab Emas Terbesar Di Dunia

10 Negara Penyimpan Rizab Emas Terbesar Di Dunia

Emas merupakan unsur kimia ‘Au’ dengan nombor atomic 79, yang juga dikenali sebagai material yang “tidak pernah bernilai kosong" merupakan simbol kekayaan dan kekuasaan. Bertitik-tolak dari sinilah, emas kekal sebagai bahan paling bernilai dan sangat berharga.

Rizab emas

Di antara tahun 1816 dan 1931, matawang Great Britain Pound (GBP) telah dihubungkan dengan nilai emas, iaitu GBP1 sentiasa disamakan nilai 7.3g emas 22-karat.

Emas dengan berat yang sama jika dinilaikan menggunakan nilai emas hari ini maka akan menjadi GBP 230.

Negara-negara lain termasuklah US, Perancis dan Jerman turut menilaikan matawang mereka dengan harga pasaran emas (maksudnya; sebagai contoh, GBP1 akan sentiasa membolehkan anda membeli sesuatu yang berharga $4.85 apabila matawang keduanya dinilaikan mengikut harga emas).

Namun kali terakhir matawang diniagakan mengikut harga emas (di Switzerland) telah ditinggalkan (abandoned) pada tahun 2000.

Sekalipun piawaian emas telah tidak lagi digunakan, “metal” yang berharga ini masih menimbun di serata dunia.

Berikut disenaraikan 10 negara yang memiliki simpanan (rizab) emas terbesar di dunia.

1. Amerika Syarikat (8,133.5 tan)

Sekalipun US telah menamatkan penggunaan piawaian emas sejak tahun 1971, negara ini masih memiliki simpanan emas terbesar di dunia, jauh meninggalkan mana-mana negara lain.

Kebanyakan emas ini disimpan di Fort Knox di Kentucky, selain di US Mints di Philadelphia dan Denver dan beberapa lokasi lain.

2. Jerman (3,371 tan)

Bank pusat Jerman, the Deutsche Bundesbank di Frunkfurt adalah pengurus kepada rizab emas negara.

Namun, terdapat dakwaan bahawa sejumlah besar emas Jerman secara fizikalnya diletakkan di bawah jagaan Simpanan Persekutuan Amerika di New York.

Beberapa tahun lalu, jurnalis Maz Keiser menerima maklumat berkaitan pengurusan simpanan emas Jerman di US melalui sumber langsung di Bundesbank.

International Monetary Fund (IMF) (2,814 tan)

*IMF bukan sebuah negara.

IMF menyelia aktiviti ekonomi di 187 negara “ahlinya” di serata dunia dan sekalipun polisi emas IMF sering berubah, simpanan yang dimiliki seringkali digunakan bagi “membantu” memulih dan menstabilkan ekonomi negara ahli dan pasaran.

IMF juga turut membeli dan menjual simpanan emasnya bagi mengumpul modal untuk menggerakkan inisiatif ekonominya dari masa ke semasa.

3. Itali (2,451.8 tan)

Simpanan emas Itali dijaga dan diurus oleh the Banca D’Italia dan sekalipun Itali tergolong di dalam PIIGS nations (bersama-sama Portugal, Ireland, Greece dan Spain), yang kesemuanya sedang dihantui krisis ekonomi yang meruncing saat ini, yang mengancam survival keseluruhan Eurozone, negara ini masih memiliki emas dengan nilai GBP90 billion.

4. Perancis (2,436 tan)

Negara ini memainkan peranan penting sehingga US menamatkan pergantungan matawang Dollar kepada emas.

Selepas Perang Dunia ke-2, perjanjian the Bretton Wood telah dibuat untuk mengikat wang Dollar kepada emas pada kadar tukaran $35 per ounce.

Presiden Perancis waktu itu, Charles de Gaulle telah mengurangkan simpanan French Dollar dengan menukarkannya ke dalam bentuk emas dari Fort Knox.

Tidak senang dengan tindakan “licik” selain pertimbangan ekonomi jangka panjang, Presiden Richard Nixon menamatkan tukaran matawang Dollar kepada emas pada tahun 1971.

5. Russia (1909.8 tan)

Simpanan emas Russia diletakkan dibawah jagaan the Central Bank of the Russian Federation. Negara ini juga turut “galak” berbelanja membeli emas dan meningkatkan pegangannya.

The Wall Street Journal melaporkan yang Rusia merancang untuk membeli tambahan 90 tan emas setiap tahun untuk mengukuhkan simpanan semasanya.

6. China (1,842.6 tan)

Disebalik status China sebagai negara paling ramai penduduk, emas hanya mewakili 1.6% simpanan luar negaranya.

China merupakan negara pengeluar emas terbesar dunia dan logiknya secara mudah ia boleh membeli emas dari lombong yang ia keluarkan tanpa perlu memaklumkan transaksi berkenaan kepada umum.

Begitupun, China mempunyai alasan untuk tidak membeli emas di pasaran terbuka kerana sebarang transaksi terbuka hanya akan meningkatkan nilai emas yang akan menurunkan pegangannya di dalam Perbendaharaan Amerika.

Maknanya, jika negara kuasa besar seperti China mendominasi pasaran terbuka, harga emas akan naik gila-gila sehingga akhirnya China sendiri sukar menambah pegangannya sebab harga membeli pegangan akan menjadi lebih tinggi juga.

China juga muncul sebagai salah satu pembeli utama apabila UK menjual 395 tan simpanan emasnya pada tahun 1999.

The Wall Street Journal melaporkan yang China telah meningkatkan usaha pembelian emasnya secara drastik sebagai persediaan menghadapi serangan inflasi.

7. Switzerland (1,040 tan)

Swiss diletakkan pada kedudukan ke-8 senarai ini memandangkan ekonominya adalah yang ke-38 terbesar dan populasinya pula di tempat ke-95 terbesar di dunia.

The swiss National Bank bertanggungjawab mengurus simpanan emas dan polisi-polisi berkaitan kewangan negara itu.

8. Jepun (765.2 tan)

Emas hanya mencakupi 3.3% daripada jumlah keseluruhan rizab luar dan diurus oleh the Bank of Japan.

9. Netherlands (Belanda) (612.5 tan)

Simpanan emas dan kewangan negara ini diurus oleh the Netherland Bank.

10. India (560.3 tan)

Rumah kepada 1.25 bilion orang, merupakan pengguna kedua terbesar logam berharga dan merupakan salah satu pemacu permintaan global yang paling boleh dipercayai.

Musim perayaan dan perkahwinan India, yang berlangsung dari bulan Oktober hingga Disember, telah menjadi rahmat besar kepada perdagangan emas.

Pegangan emas rasmi sedunia (Tahun 2018) Dalam Nilai Tan (1,000kg);
  1. Amerika Syarikat (8,133.5)
  2. Jerman (3,371)
  3. IMF (2,814)
  4. Itali (2,451.8)
  5. Perancis (2,436)
  6. Rusia (1909.8)
  7. China (1,842.6)
  8. Switzerland (1,040)
  9. Japan (765.2)
  10. Belanda (612.5)
  11. India (560.3)
  12. ECB (504.8)
  13. Taiwan (423.6)
  14. Portugal (382.5)
  15. Arab Saudi (322.9)
  16. United Kingdom (310.3)
  17. Kazakhstan (295.7)
  18. Lubnan (286.8)
  19. Sepanyol (281.6)
  20. Austria (280.0)
  21. Belgium (227.5)
  22. Filipina (175.9)
  23. Algeria (173.6)
  24. Libya (143.8)
  25. Singapura (127.4)
  26. Sweden (125.7)
  27. Afrika Selatan (124.9)
  28. Bank Pembayaran Antarabangsa (120)
  29. Turki (121.4)
  30. Greece (111.7)
  31. Romania (103.7)
  32. Poland (102.9)
  33. Thailand (99.5)
  34. Australia (79.9)
  35. Kuwait (79.0)
  36. Mesir (75.6)
  37. Indonesia (73.1)
  38. Kazakhstan (67.3)
  39. Denmark (66.5)
  40. Pakistan (184.4)
  41. Argentina (54.7)
  42. Finland (49.1)
  43. Bulgaria (39.9)
  44. Malaysia (37.6)
  45. Kesatuan Ekonomi dan Kewangan Afrika Barat (36.5)
  46. Belarus (30.18)
  47. Peru (34.7)
  48. Brazil (33.6)
  49. Slovakia (31.8)
  50. Bolivia (28.3)
  51. Ukraine (27.2)
  52. Ecuador (26.3)
  53. Syria (25.8)
  54. Maghribi (22.0)
  55. Nigeria (21.4)
  56. Sri Lanka (17.5)
  57. Korea Selatan (14.4)
  58. Cyprus (13.9)
  59. Bangladesh (13.5)
  60. Serbia (13.1)
  61. Antillen Belanda (13.1)
  62. Jordan (12.8)
  63. Republik Czech (12.7)
  64. Kemboja (12.4)
  65. Qatar (12.4)
  66. Laos (8.8)
  67. Latvia (7.7)
  68. Mexico (100)
  69. El Salvador (7.3)
  70. Komuniti Ekonomi dan Kewangan Afrika Tengah (7.1)
  71. Guatemala (6.9)
  72. Colombia (6.9)
  73. Macedonia (6.8)
  74. Tunisia (6.8)
  75. Ireland (6.0)
  76. Lithuania (5.8)
  77. Bahrain (4.7)
  78. Mauritius (3.9)
  79. Kanada (3.4)
  80. Tajikistan (3.3)
  81. Slovenia (3.2)
  82. Aruba (3.1)
  83. Hungary (3.1)
  84. Kyrgyzstan (2.6)
  85. Luxembourg (2.2)
  86. Hong Kong (2.1)
  87. Suriname (2.0)
  88. Iceland (2.0)
  89. Papua New Guinea (2.0)
  90. Trinidad dan Tobago (1.9)
  91. Albania (1.6)
  92. Yaman (1.6)
  93. Cameroon (0.9)
  94. Mongolia (0.9)
  95. Honduras (0.7)
  96. Paraguay (0.7)
  97. Republik Dominica (0.6)
  98. Gabon (0.4)
  99. Malawi (0.4)
  100. Republik Afrika Tengah (0.3)
  101. Chad (0.3)
  102. Republik Congo (0.3)
  103. Uruguay (0.3)
  104. Fiji (0.2)
  105. Estonia (0.2)
  106. Chile (0.2)
  107. Malta (0.2)
  108. Costa Rica (0.1)

Penutup

Pihak terbesar yang memiliki dan menguruskan simpanan emas adalah kerajaan, bank-bank pusat dan entiti antarabangsa yang mewakili 30,500 tan daripada anggaran keseluruhan 160,000 tan emas global.

Kadar pengeluaran emas dari aktiviti perlombongan pula meyumbang kira-kira 2,497 tan setahun.

Dengan nilai emas yang terus meningkat ini, adalah tidak mustahil lebih banyak lombong baru akan dibuka atau yang sedia tutup, akan dibuka semula.

Emas telah menarik perhatian pelbagai pihak kebelakangan ini dan dengan harganya yang begitu tinggi sekarang (sekalipun masih dikira rendah berbanding waktu semakan inflasi 1980 – emas bernilai $2400 per ounce ketika itu).

Tidak seperti wang kertas, anda tidak boleh mencetak lebih banyak emas justeru, emas akan terus menjamin pelaburan yang selamat buat anda terutama ketika mengharungi ketidaktentuan ekonomi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hargaemas | statista

Sunday, September 30, 2018

SKMM Kongsi Cara Hentikan SPAM SMS Telco Di Malaysia

SKMM Kongsi Cara Hentikan SPAM SMS Telco Di Malaysia

Semua orang benci spam SMS. Bukan rakyat Malaysia sahaja, satu dunia membencinya. Ia merupakan iklan SMS yang dipaksa kepada kita walaupun tidak diminta. Paling teruk, kredit dipotong tanpa kebenaran sampai licin habis!

STOP SMS ADVERTISING

SKMM sebelum ini telah mendedahkan rahsia bagaimana untuk menyekat terus daripada menerima spam SMS. Cara ini juga dikongsikan kepada consumer info atau persatuan pengguna.

Ini bukan arahan global opt out maksudnya, tidak ada satu arahan yang dapat dihantar bagi menyekat semua spam SMS sampai bila-bila. Pekhidmatan auto opt out tiada di Malaysia.

Ini kerana kerajaan hendak menggalakkan syarikat pembekal kandungan berkembang dalam industri Telco Malaysia. Oleh itu arahan opt out cuma dapat diberi apabila kita sudah menerima spam SMS.

Shortcode

Syarikat pembekal kandungan menghantar spam SMS menggunakan gateway tertentu yang sudah melanggan nombor kod khas atau shortcode.

Cara untuk mengenali shortcode di Malaysia:
  • 1XXX – kerajaan
  • 2XXX – Telco
  • 3XXX – pembekal kandungan
  • 6XXX – bulk SMS

Setiap shortcode pula mungkin dikongsi oleh beratus syarikat yang menggunakan servis syarikat pembekal.

Jadi jangan terkejut jika anda terima spam SMS daripada bank dan juga spammer menggunakan shortcode yang sama.

Arahan Shortcode

Ini adalah arahan rahsia yang tidak banyak pembekal kandungan akan beritahu anda dalam iklan mereka di media walaupun ia merupakan undang-undang SKMM.
  • OUT
  • STOP
  • STOP ALL
  • HELP

Jika anda terima spam katakan daripada 3XXX.

Anda boleh hantar arahan OUT kepada 3XXX untuk berhentikan SPAM daripada syarikat tersebut.

Banyak syarikat menghantar SPAM promosi perkhidmatan yang baru dilancarkan. Arahan OUT ini adalah satu-satunya arahan untuk menghentikan segala jenis promosi daripada shortcode tersebut.

Arahan untuk no 2 dan 3 adalah khas untuk SMS premium. Maksud servis premium ini adalah servis berbayar dan ia berbentuk langganan. Ada langganan bulanan, mingguan dan juga harian.

Siapa yang guna khidmat Telco pra bayar susah nak kesan servis langganan ini, tahu-tahu sahaja baki sudah habis. Kalau anda guna khidmat pasca bayar, anda boleh rujuk dalam bil bulanan anda dan terus hantar arahan dibawah.

Arahan STOP biasanya perlu ditambah dengan nama servis contohnya RING. Jadi kita hantarkan STOP RING kepada 3XXX bagi memberhentikan servis langganan SMS premium.

Arahan STOP ALL adalah langkah terbaik jika anda tidak tahu nama servis dan anda geram kerana sudah kena caj sampai habis baki setiap kali top up.

Kadang kala kita tidak sedar anak-anak yang main telefon terlanggan servis. Kadang-kadang secara tak sedar pula kita terlanggan servis apabila menggunakan khidmat semak saman contohnya.

Hati-hati apabila anda di minta hantar kod YES kepada mana-mana shortcode. YES ini biasanya adalah arahan untuk melanggan.

Berwaspada juga apabila memuat turun aplikasi mobile percuma daripada internet atau Google Play. Anda mungkin terus akan melanggan servis tertentu.

Arahan terakhir HELP akan menerangkan arahan-arahan lain kepada anda. Arahan ini tidak boleh dicaj premium oleh syarikat pembekal.

Mungkin ada ahli keluarga, rakan dan kenalan yang tidak tahu mengenai rahsia menghentikan spam SMS dan servis langganan premium SMS.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan semua orang yang mungkin menghadapi masalah ditipu syarikat TELCO di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iklanlahpercuma

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Selain daripada bencana alam dan penyakit maut, pembunuhan sesama manusia merupakan antara penyebab kematian manusia tertinggi.

Beberapa buah negara masih mempunyai kadar pembunuhan yang sangat tinggi. Kami ingin kongsikan 5 buah negara dengan kadar pembunuhan paling tinggi di dunia.

1. Honduras

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Honduras yang mempunyai populasi 8.25 juta penduduk, adalah negara dengan kadar pembunuhan tertinggi di dunia setakat ini.

Kadar purata 90.4 pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk negara ini. Angka ini bermakna, setiap 1 dalam 1,000 penduduk Honduras, berisiko untuk dibunuh.

Dan disebabkan Honduras adalah destinasi pelancongan yang sangat popular, pelancong sering menjadi sasaran pelbagai jenayah kejam dan ganas.

Jadi, jika Honduras berada dalam senarai lokasi pelancongan, mungkin anda patut batalkan saja.

2. Venezuela

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Terletak di pantai utara Amerika Selatan, Venezuela bukan sahaja terkenal sebagai salah satu pengeksport utama minyak di dunia, tetapi juga sebagai negara dengan pembunuhan yang sangat berleluasa.

Pada tahun 2017, hanya 19% daripada penduduk tempatan berasa selamat ketika berjalan bersendirian pada waktu malam.

Mereka mempunyai sebab kuat untuk berasa begini, iaitu setiap tahun lebih daripada 5 dalam 10,000 orang telah terbunuh di Venezuela dan angka ini semakin bertambah dalam 10 tahun yang lepas.

3. Belize

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Dengan keluasan 22,800 kilometer persegi dan populasi sekitar 340,000 orang, Belize adalah negara yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di Amerika Tengah.

Walaupun keindahan semula jadi dan hidupan liarnya adalah sangat menakjubkan, namun negara ini jauh daripada status negara yang selamat untuk didiami.

Kadar pembunuhan yang tinggi iaitu hampir 4.5 pembunuhan bagi setiap 10,000 menjadikan Belize sebagai antara negara paling berbahaya di dunia.

Pembunuhan sangat kerap berlaku di Belize City di mana pada tahun 2007, separuh daripada jumlah pembunuhan pada tahun itu berlaku di daerah ini.

4. El Salvador

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Teruk terjejas akibat perang saudara yang sangat panjang dan dahsyat dari tahun 1979 hingga 1992, El Salvador adalah negara Amerika Tengah dan rumah kepada kira-kira 6.4 juta orang.

Kadar pembunuhan yang sangat tinggi di negara ini dibuktikan oleh jenayah berkaitan dengan gangster dan golongan bawah umur yang sangat kerap berlaku.

Pada tahun 2004, setinggi 60% daripada pembunuhan yang berlaku di Salvador dilakukan oleh kumpulan-kumpulan gangster tempatan yang bersaing untuk mendapatkan kuasa dan kawasan.

5. Guatemala

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Guatemala adalah negara yang mempunyai penduduk tertinggi di Amerika Tengah, iaitu seramai 16 juta orang.

Purata kira-kira 100 pembunuhan berlaku setiap bulan. Hampir 40 pembununuhan berlaku dalam setiap 100,000 orang penduduk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Saturday, September 29, 2018

Potensi Lumayan Tanaman Limau Kasturi

Potensi Lumayan Tanaman Limau Kasturi

Limau Kasturi (Citrus microcarpa) merupakan sejenis limau yang mudah ditanam dan merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana.

Bisnes Limau Kasturi

Penelitian menunjukkan petani yang menjual buah limau kasturi secara sendiri dan tidak melalui orang tengah hasil pendapatannya adalah amat menggalakkan sekali.

KOS

Anggaran kos untuk aktiviti penanaman seekar limau kasturi mudah dikira dan sederhana rendah.

Kos pembersihan tanah dan membajak kawasan sekitar RM800 seekar.

Seterusnya, kos benih untuk seekar limau kasturi dengan jarak penanaman 10x8 kaki memerlukan sebanyak 540 batang pokok.

Jika kos benih sekitar RM3 sebatang maka jumlah kos beli benih adalah kira-kira RM1,600.

Dikira seterusnya adalah kos tenaga kerja menanam dengan 2 orang pekerja selama 2 hari iaitu sekitar RM200 seekar.

Kos untuk pembajaan sebanyak RM400 untuk keseluruhan dan kos bahan racun pula sekitar RM480 untuk setahun.

Jumlah kos tenaga kerja upahan bagi kerja membaja, menuai adalah sebanyak RM 12,000 setahun.

Ini menjadikan keseluruhan kos untuk menanam limau kasturi adalah lebih kurang RM15,000 seekar.

PENDAPATAN

Sepokok dewasa limau kasturi akan mengeluarkan sekitar 5-7 kg sepokok sebulan dan jika 500 pokok berbuah maka anggaran hasil sebanyak 30,000 - 42,000 kg setahun.

Harga ladang limau kasturi serendah RM0.80 - RM1.00 sekilogram. Ini akan menjadikan anggaran pendapatan kasar sekitar serendah RM24,000 sehingga RM30,000 seekar.

Analisa diatas menunjukkan penanaman limau kasturi mungkin antara tanaman yang menguntungkan dengan jaminan pasaran yang wujud.

PERMINTAAN TINGGI

Pekebun di Pahang digalakkan menjadikan tanaman limau kasturi sebagai salah satu produk utama mereka ekoran permintaannya yang tinggi dalam pasaran, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri.

Menurutnya, penanaman limau kasturi di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di sini juga setakat ini hanya menghasilkan 700 tan metrik sedangkan terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk pengeluaran jus limau kasturi.

Kilang memproses limau di sini mendapat permintaan untuk menghasilkan sehingga 400 tan metrik jus limau kasturi dalam tempoh setahun yang bersamaan dengan 1,200 tan metrik buah.

Buah limau kasturi yang telah diproses juga mendapat permintaan tinggi di luar negara termasuk dieksport ke Taiwan.

TKPM yang terkenal dengan pengeluaran nangka madu dan rebung madu itu juga sehingga kini telah menghasilkan pendapatan RM82 juta dalam tempoh 14 tahun sejak mula di tubuhkan pada tahun 2004.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: animhosnan | astroawani

5 Air Pancut Paling Mahal Di Dunia

5 Air Pancut Paling Mahal Di Dunia

Di sesetengah tempat, air pancut biasanya dijadikan sebagai perhiasan sampingan terutamanya di hadapan bangunan-bangunan besar ataupun taman-taman awam.

Ianya menjadi tempat untuk menenangkan fikiran sambil bersantai walau bagaimanapun, ada juga sesetengah tempat dimana air pancut dibina sebagai tarikan untuk menarik pelancong luar.

Air pancut yang dibina untuk pertunjukan seperti di Masjid Jamek bukan sahaja cantik, malah ianya diiringi irama bunyi yang pastinya menarik perhatian pelancong.

Kali ini kami ingin berkongsi senarai 5 binaan air pancut termahal di dunia. Air pancut yang kami senaraikan ini bukan sahaja mahal, tapi juga cantik.

1. The Dubai Fountain - USD218 juta

The Dubai Fountain

Dubai sememangnya terkenal sebagai negara yang kaya dengan hasil minyak yang banyak, maka tidak hairanlah mereka mampu menghabiskan wang sebanyak ini semata-mata untuk pembinaan air pancut.

Air pancut ini boleh mengeluarkan air setinggi 900 kaki, membolehkannya mendapat status sebagai air pancut tertinggi di dunia.

Ianya terletak di Tasik Burj Khalifa, iaitu sebuah tasik buatan manusia yang terletak di tengah-tengah bandar Dubai.

2. Bellagio Fountain - USD40 juta

Bellagio Fountain

Kota Las Vegas sememangnya terkenal sebagai pusat hiburan dan kasino, maka tidak hairanlah disana terdapat juga binaan air pancut termahal di dunia yang dikenali sebagai Bellagio Fountain.

Dibina pada tahun 1998, ianya menjadi lokasi popular di Las Vegas untuk melangsungkan perkahwinan.

Air pancut ini dibina di kawasan seluas 9 ekar tasik buatan manusia di Las Vegas. Kira-kira 4400 buah lampu dan 1200 saluran air digunakan untuk menghasilkan corak air pancut yang menarik.

Setiap persembahan air pancut juga diiringi dengan irama lagu popular mengikut corak air pancut.

3. The Fountain of Wealth - USD6 juta

The Fountain of Wealth

Berada dalam tangga ketiga dalam senarai air pancut paling mahal ini adalah The Fountain of Wealth yang terletak di negar jiran negara, Singapura.

Ianya siap dibina pada tahun 1995 dan pada 1998, telah diisytiharkan oleh Guinness Record sebagai air pancut terbesar di dunia.

Air pancut ini terletak di Suntec City, iaitu pusat membeli-belah terbesar di Singapura. Kawasan air pancut ini meliputi kawasan seluas 1700 meter persegi dan mempunyai ketinggian 14 meter.

Pada waktu pagi, air pancut ini ditutup tetapi pengunjung boleh melihat air pancut kecil yang terdapat di tengah-tengah air pancut ini.

Pada waktu malam pula, pengunjung boleh melihat pertunjukan air pancut pada pukul 8 hingga 9 malam setiap hari.

4. Multimedia Fountain Roshen - 1.5 juta EURO

Multimedia Fountain Roshen

Air pancut ini terletak di Ukraine dan merupakan air pancut terbesar di Eropah. Projek pembinaan air pancut ini menelan belanja kira-kira RM6.34 juta dan siap dibina pada tahun 2011.

Air pancut ini terkenal dengan persembahan air pancut yang unik diiringi lampu laser, unjuran 3D dan alunan muzik.

Walau bagaimanapun, persembahan air pancut disini hanya boleh dilihat sepanjang awal April hingga penghujung Oktober.

5. Buckingham Fountain - USD750,000 juta

Buckingham Fountain

Air pancut Buckingham merupakan antara tarikan utama pelancong di Chicago, Amerika Syarikat.

Ianya siap dibina pada tahun 1927 dimana kos pembinaanya pada waktu tersebut dianggarkan RM3.2 juta.

Ianya juga merupakan antara air pancut terbesar dunia dimana corak air pancut ini diinspirasikan daripada bentuk kek kahwin bertingkat.

Persembahan air pancut disini boleh dilihat sepanjang bulan April hingga Oktober dan pada musim salji, ianya akan dihiasi dengan pertunjukan lampu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Friday, September 28, 2018

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Pembunuh Bersiri Kanak-kanak

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Pembunuh Bersiri Kanak-kanak

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mungkin kedengaran biasa, malah ada ketika dilupakan masyarakat. Wabak HFMD pernah berlaku kali pertama di negeri Sarawak pada 1997 melibatkan sebanyak 2,628 kes dengan 31 kematian (29 kes disahkan meninggal kerana Enterovirus 71 (EV71)).

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Pembunuh Bersiri Kanak-kanak

Wabak kedua menyerang kembali pada 2006 dengan 80 peratus kes melibatkan kanak-kanak berumur di bawah tujuh tahun dengan seramai 12 orang pesakit meninggal dunia berusia lapan bulan hingga lima tahun.

Walaupun kes kematian berkenaan seolah-olah dilihat tidak terlalu merisaukan memandangkan ia dikatakan ‘disyaki’ akibat HFMD, hakikatnya masyarakat perlu lebih waspada dan meningkatkan kefahaman tentang penyakit berkenaan.

Bukan sekadar memborong tisu basah antibakteria di farmasi semata-mata atau tidak membenarkan anak-anak dicium atau disentuh orang, kefahaman dan kesedaran tentang bagaimana penyakit berkenaan boleh merebak juga amat penting ketika ini.

Peningkatan sebanyak 28 peratus melibatkan kes HFMD iaitu sebanyak 27,296 kes berbanding hanya 21,303 kes pada tempoh yang sama tahun 2017 seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan, seharusnya menjadi ‘tanda aras’ buat ibu bapa untuk lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan anak-anak.

Menurut Pakar Kesihatan Masyarakat, penyakit HFMD disebabkan oleh virus dari keluarga entrovirus yang sangat cepat menular dan senang berjangkit kepada manusia sekeliling, yang mana kadarnya boleh berlaku 100 peratus dikalangan kanak-kanak pada masa singkat.

Tempoh inkubasi iaitu dari masa virus dipindahkan kepada pesakit hingga munculnya gejala adalah tiga hingga tujuh hari.

Apa yang lebih menakutkan, tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan penyakit berkenaan.

Virus HFMD

Penyebab kes di negara ini adalah daripada EV71 dan virus Coxsackie (CA16) dan ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak kira paras imun sistem.

Namun, jika pesakit yang dijangkiti mempunyai masalah kesihatan yang lain seperti asma dan ekzema, ia akan memburukkan lagi simptom dan komplikasi jangkitan.

Apa yang paling dibimbangkan adalah komplikasi EV71 terutama kanak-kanak di bawah empat tahun iaitu radang selaput otak, radang selaput jantung, dehidrasi dan paru–paru berair, yang semua ini boleh menyebabkan kematian.

Pun begitu, mengikut prognosis, hampir kesemua kes yang tiada komplikasi akan sembuh sendiri selepas tujuh hingga 10 hari.

Enterovirus hidup di dalam saluran gastrousus manusia (sistem penghadaman), maka ia mudah merebak dari individu ke individu lain dengan kaedah sentuhan secara langsung.

Dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama, ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas menukar lampin atau tersentuh air liur yang boleh menyebabkan virus berpindah.

Enterovirus adalah virus yang tidak mempunyai selaput dan ia boleh bertahan dengan tekanan alam sekitar seperti suhu tinggi dan kekeringan, malah boleh hidup di permukaan persekitaran sehingga dua minggu.

Langkah Pencegahan

Justeru, pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan adalah paling utama iaitu seluruh ahli keluarga, penjaga taman asuhan kanak-kanak (taska) dan pengasuh.

Mereka perlu mengamalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun terutama selepas menyentuh sebarang kesan lepuh pada kulit, sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.

Memandangkan HFMD tiada rawatan yang khusus, semburan yang mengandungi klorin amat digalakkan dengan nisbah yang betul.

Semburan dibuat pada permukaan atau alat permainan yang tercemar dan bukannya disembur pada kulit.

Dalam keadaan kritikal ketika ini, teguran harus dibuat pada pengiklan, yang tidak sepatutnya mengambil kesempatan mempromosikan produk masing-masing dengan mengatakan mampu menghindari virus HFMD dan menggunakan tagline ‘mampu membunuh 99 peratus kuman’, yang hakikatnya tidak tepat.

Buat ibu bapa pula, tidak salah rasanya menjadi ibu bapa yang sedikit paranoid dengan cuba mengelakkan membawa anak-anak ke tempat tumpuan seperti pusat beli-belah, taman permainan, taman tema serta tempat terlalu ramai orang bagi mengelakkan jangkitan HFMD terutama jika anak-anak pernah menghidap penyakit berkenaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

10 Penghuni Bumi Sebelum Nabi Adam

10 Penghuni Bumi Sebelum Nabi Adam

Djinn (Jin) ialah makhluk Allah yang mendiami bumi jauh lebih lama sebelum penciptaan Al-Insan ADAM dan terdapat beberapa bangsa dari kalangan Djinn yang disebut dalam Kitab Al-Quran, Injil dan Taurat.

10 Penghuni Bumi Sebelum Nabi Adam

Antara yang kerap disebut dan terkenal dikalangan manusia dari tiga bangsa Jin adalah Ifrit, Marid dan Nasnas, yang pernah berkhidmat dibawah kerajaan Agung Raja Sulaiman.

Selebihnya dari bangsa-bangsa primitif yang mendiami dan melata diseluruh pelusuk bumi sebelum Khalifah Khalifah Anak Adam mendominasi Dunia.

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (Al-Jinn 72:6)

"Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala." (Al-Jinn 72:8)

KENALI MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGHUNI DAN MELATA DISELURUH PLANET BUMI SEBELUM ERA ANAK-ANAK ADAM BERKUASA.

1. ‘IFRIT

Antara bangsa yang agak rapat dengan Manusia, makhluk Djinn paling berpengaruh, mahir dalam ilmu arkitek, sering terlibat dalam membantu pembinaan monumen gergasi tamadun manusia.

Bangsa bengis dengan tubuh berapi. Terlibat dalam membantu Kerajaan Nabi Sulaiman.

2. MARID

Bangsa paling bertamadun, memiliki raut seiras manusia, hebat dalam ilmu sihir dan Magik. Ada dikalangan mereka yang berpengaruh diangkat sebagai Dewa dalam tamadun Purba Manusia. Sering diseru untuk membantu Maharaja dan Pawang.

3. NASNAS

Bangsa ketiga terbesar, mendiami dasar laut terdalam, bertubuh separuh Djinn separuh hidupan laut.

Sering menjauhi hidupan darat terutama semenjak kemunculan anak-anak Adam. Menyerang kapal-kapal yang melalui kawasannya.

4. GHUL

Berkemampuan merubah rupa bentuk (shape-shifting) menjadi apa saja. Kerap memperdaya kumpulan pengembara manusia.

Makhluk primitif pemakan bangkai dan mayat. Menghuni kaki Bukit, kawasan gurun dan hutan-hutan tebal.

5. HINN

Mempunyai fizikal besar dan bersayap, kehidupan sangat misteri dan sangat sedikit jumlahnnya.

Hidup dalam kelompok kecil, jauh dari kumpulan-kumpulan lain dan antara yang terawal mendiami bumi.

6. JANN

Makhluk gergasi dan bersayap yang mampu menyemburkan api. Musuh kepada bangsa Hinn dan mengawal serta menjaga sumber emas dibumi. Antara yang terawal mendiami bumi.

7. PALIS

Hidup secara bersendirian, tinggal didalam sarang-sarang yang dibina dicelah bukit dan hutan.

Menyerang haiwan, menghisap darah manusia dan hanya bergerak diwaktu malam dan tidak gemar pada cahaya.

8. SHAITAN

Kumpulan pemberontak dari kalangan Ifrit yang sangat menyanjung Iblis.

Selepas mendapat berita tersingkirnya Iblis yang dihalau ke bumi, mereka membentuk sebuah bala tentera dibawah arahan Iblis.

9. SHIQQ

Bangsa yang memiliki fizikal yang sangat besar digelar Rakshasha di sesetengah tempat. Gemar melakukan kerosakan dan sangat digeruni oleh bangsa-bangsa lain.

10. SI’LAT

Makhluk Yang hidup di udara, juga mampu bertukar wajah dan menyamar sebagai manusia.

Sering menonjolkan diri seperti pusaran angin dan tinggal dikawasan pergunungan tinggi dan diatas awan. Musuh kepada makhluk Ghul.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: diribathinku

Thursday, September 27, 2018

Rakyat Malaysia Paling Ramai Jadi PTI Di Australia

Rakyat Malaysia Paling Ramai Jadi PTI Di Australia

Pelancong Malaysia dilaporkan semakin sukar memasuki Australia ekoran ramai rakyat negara ini datang ke negara itu untuk bekerja sebagai pengutip buah haram.

Rakyat Malaysia Paling Ramai Jadi PTI Di Australia
Gambar hiasan.

Lapor portal news.com.au memetik seorang sumber di konsulat Malaysia sebagai berkata, ramai rakyat Malaysia dihalang daripada menaiki pesawat walaupun mempunyai visa pelancong yang sah.

“Mereka menelefon kami mengharapkan bantuan tetapi tiada apa yang dapat kami lakukan kerana halangan itu dibuat oleh pihak berkuasa tempatan,” kata sumber tersebut.

Jurucakap kepada Jabatan Hal Ehwal Dalam Negara Australia mengesahkan Malaysia menduduki tangga teratas untuk kes pembatalan visa, diikuti oleh China, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan India.

Ujarnya lagi, beliau juga menafikan rakyat Malaysia tidak menerima layanan sebaiknya ketika berada di sempadan Australia.

“Australia mengalu-alukan kedatangan kira-kira 400,000 rakyat Malaysia ke negara ini setiap tahun untuk tujuan pengajian, perniagaan dan melancong, tetapi kami juga mempunyai proses yang ketat bagi memastikan tidak berlaku sebarang eksploitasi dalam sistem visa kami.

“Sebelum berkunjung ke Australia, orang ramai perlu memastikan mereka mempunyai jenis visa yang betul,” jelas jurucakap terbabit.

Tambah sumber terbabit, rakyat Malaysia juga dilihat semakin sukar untuk memasuki Australia kerana sejumlah besar daripadanya mendapatkan visa perlindungan berikutan kesulitan ekonomi.

“Kami baru-baru ini mengiklankan dua jawatan kosong di konsulat itu dan terdapat banyak rakyat Malaysia yang mempunyai visa perlindungan hadir untuk temu duga.

“Apabila seseorang menerima visa perlindungan Australia, mereka boleh mendapat semua kemudahan termasuklah juga hak pekerjaan yang tidak terhad dengan serta-merta,” ujar sumber itu.

Dalam pada itu, The Daily Telegraph melaporkan, lebih 64,000 orang melepasi tempoh visa mereka ketika berkunjung ke Australia pada tahun lalu dengan rakyat Malaysia mendahului senarai berkenaan.

APA ITU VISA PERLINDUNGAN?

VISA PERLINDUNGAN Australia

Visa ini boleh difahamkan sebagai sejenis perlindungan yang diberikan oleh kerajaan Australia kepada individu yang dikenalpasti sebagai ‘refugee’ yang sudah berada di dalam Australia samada mendarat atau memasuki sempadan negara ini secara sah ataupun tidak.

Menurut konvension PBB berkaitan Status of Refugee 1951, pindaan protocol 1967, Australia adalah negara yang menawarkan perlindungan kepada bukan-rakyatnya yang berada di dalam Australia, yang mana individu ingin dilindungi tersebut berjaya membuktikan bahawa dirinya adalah pelarian (refugee).

Kepada individu yang tidak boleh didefinisikan sebagai ‘refugee’ tetapi berada di dalam negara Australia, berupaya untuk membuktikan dirinya akan teraniaya dan menderita teruk (significant harm) jika dia dihantar balik ke negara asalnya, layak diberikan perlindungan oleh kerajaan Australia atas dasar definisi Perlindungan Pelengkap, CP (Complimentary Protection).

Sejak 9 Ogos 2008, kepada individu yang memohon visa perlindungan ini akan di berikan ‘Permanent Protection visa’ (PPV) subclass 866 XA.

Visa ini membolehkan anda;
  • Menjadi Penduduk Tetap (PR) Australia.
  • Berhak untuk diberikan kelas pembelajaran Bahasa Inggeris.
  • Berhak untuk perlindungan sosial secara penuh serta manfaatnya termasuk ‘Medicare’.
  • Membenarkan anda ‘sponsor’ ahli keluarga.
  • Membenarkan anda untuk bekerja.
  • Membenarkan anda mencapai khidmat ‘Settlement Support’.
  • Membenarkan anda ‘leave’ dan ‘re-enter’ Negara Australia.

Keadaan yang pasti tidak akan dipertimbangkan untuk kelulusan visa perlindungan ialah:
  1. Alasan yang kukuh bahawa pemohon telah/sudah/dalam proses; terlibat dengan jenayah keamanan, jenayah perang, atau jenayah kemanusiaan; ATAU terlibat dengan isu jenayah politik yang serius sebelum memasuki Australia; ATAU bersalah terhadap akta atau prinsip kemanan dan kebebasan yang telah diwartakan oleh pihak PBB.
  2. Asas dakwaan yang kukuh bahawa pemohon adalah individu yang; berbahaya/memudaratkan perlindungan Australia; ATAU telah disahkan dengan keputusan juridikasi akhir bahawa individu pemohon mampu/boleh/berupaya untuk mendatangkan kesan bahaya/mudarat kepada komuniti masyarakat di Australia.

BURUKKAN NEGARA SENDIRI

Suatu ketika dahulu, para pekerja haram Malaysia yang terdesak untuk mendapatkan visa perlindungan di Australia sanggup memfitnah negara sendiri dengan maklumat palsu sewaktu mengisi borang permohonan yang akhirnya memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

Ketika itu, alasan paling popular iaitu terlibat dengan pertubuhan haram Bersih sehingga diburu oleh polis dan kerajaan Malaysia.

Alasan diburu kerajaan Malaysia selepas terlibat dengan Bersih amat popular, tetapi kena pastikan yang sebelum datang memang ada perhimpunan besar. Baru nampak lojik.

Ejen-ejen visa pun menggunakan alasan ini, semacam ada satu set alasan popular yang tidak memerlukan pembuktian secara berdokumen dan perkara ini sudah tersebar dari mulut ke mulut pada masa itu.

Apa pula alasan sebilangan rakyat Malaysia ketika ini? Kurang pasti pula admin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

8 Negara Paling Berbahaya Bagi Golongan LGBT

8 Negara Paling Berbahaya Bagi Golongan LGBT

Seluruh negara kecoh membincangkan mengenai perihal golongan LGBT dengan gelombang dilihat semakin berkembang pesat dengan tokoh-tokoh ternama dilihat menyokong gerakan LGBT ini dengan begitu terang-terangan.

8 Negara Paling Berbahaya Bagi Golongan LGBT

Terbaharu, perjuangan terhadap hak-hak golongan LGBT menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak senang di atas penerimaan sosial yang diinginkan mereka.

Jika dilihat, undang-undang di Malaysia sudah patut membuatkan golongan ini berpuas hati kerana tidak diancam, dibandingkan dengan negara-negara lain yang lebih ekstrem.

Kami kongsikan 8 negara yang paling berbahaya di dunia untuk golongan LGBT.

1. Iraq

"Ia bergantung kepada bahagian negara yang mana anda berada, namun bagi saya hanya 2 perkataan iaitu, "tidak selamat" bagi golongan LGBT," kata Amir Ashour, satu-satunya aktivis homoseksual Iraq.

Dia menerangkan bahawa ia bukan sahaja ancaman darpada ISIS di Mosul dan Hawija.

Di Baghdad dan tengah-tengah Iraq kekejaman adalah lebih jelas daripada kumpulan yang disokong oleh kerajaan, yang mana melakukan kempen pembunuhan.

Yang terbaru adalah pada Januari 2017 di mana beberapa orang telah dibunuh namun khabar angin mengatakan terdapat senarai 100 nama yang terbunuh.

Serangan terhadap individu homoseksual di bawah Isis telah dilaporkan secara meluas.

Namun, kempen pembunuhan individu homoseksual di Iraq yang sistematik berlaku sebelum kumpulan pengganas ini bertindak dan masih berterusan sehingga kini.

Amir Ashour yang merupakan pengasas kumpulan LGBT IraQueer, menganggarkan sekurang-kurangnya berlaku satu kempen pembunuhan setiap tahun sejak tahun 2006.

Kawasan komuniti yang disyaki telah dibakar atau dibom dan tidak selamat untuk bertemu dengan orang sekurang-kurangnya 6 tahun terutamanya apabila mereka disasarkan melalui aplikasi temu janji.

"Kami tidak ada ruang sama ada online atau offline," tambah Amir dengan sedih.

Adalah jelas LGBT di Iraq masih mencari cara untuk berhubung dengan apa cara sekalipun.

Amir berkata, rangkaian NGOnya berkembang pesat dengan laman web organisasi yang mendapat 11,000 lawatan sebulan, kebanyakannya dari Iraq.

"Apa yang hebat adalah kita dapat menyediakan sumber untuk LGBT Iraq yang tidak pernah ada untuk kita satu ketika dulu," katanya.

2. Iran

Para pemimpin Iran menggambarkan homoseksual sebagai "kehancuran moral" atau "barbarisme barat moden".

Amnesty International menganggarkan bahawa 5,000 gay dan lesbian telah dibunuh di Iran sejak revolusi Iran 1979.

Walaupun ia agak kurang berlaku ketika ini, namun ia masih berlaku.

Pada musim panas 2016 seorang remaja lelaki berusia 19 tahun digantung di wilayah Markazi Iran dan pada tahun 2014 dua lelaki telah dibunuh.

Ancaman peras ugut kini menjadi masalah besar bagi lelaki homoseksual, jelas Saghi Ghahraman, pengasas Pertubuhan Queer Iran.

Ini kerana undang-undang yang rumit di Iran mengenai homoseksual bermakna lelaki berhadapan dengan hukuman yang berbeza atas kesalahan persetubuhan hubungan seksual, bergantung sama ada mereka adalah "aktif" atau "pasif".

Inividu pasif berhadapan hukuman mati, tetapi individu yang aktif hanya berhadapan dengan hukuman yang sama jika sudah berkahwin.

Undang-undang ini boleh menyebabkan ketidakpercayaan antara pasangan, jika tertangkap, satu-satunya pertahanan untuk pasangan pasif adalah dirogol. Ini juga mewujudkan suasana untuk memeras ugut.

Dan dalam undang-undang yang luar biasa, bapa dan datuk diberi hak di bawah undang-undang Iran untuk membunuh anak mereka, membuatkan pembunuhan "kehormatan" sah di sisi undang-undang.

"Sejak kecil, kanak-kanak belajar dari rumah bahawa dunia sangat bermusuhan dengan golongan LGBT," kata Saghi Ghahraman.

Layanan kerajaan terhadap komuniti transgender tidak begitu jelas. Sejak tahun 1983, ketika Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa yang membenarkan penerimaan transgender di dalam masyarakat, pembedahan semula jantina telah tersedia dan warga Iran boleh mengambil pinjaman kewangan untuk melakukan pembedahan.

Malah, Iran adalah negara yang menjalankan lebih banyak operasi penukaran jantina daripada mana-mana negara lain di dunia, selain Thailand.

Ia memberikan dua kelebihan kepada komuniti LGBT, iaitu pembedahan telah menjadi penyelesaian kontroversi bagi lelaki homoseksual yang cuba menerima kepercayaan terhadap seksualiti mereka dan kerajaan enggan mengiktiraf individu transgender yang tidak mahu menjalani pembedahan.

3. Honduras

Satu kajian global mendapati bahawa Honduras mempunyai jumlah pembunuhan transgender tertinggi berbanding penduduknya. Tetapi ia bukan hanya transgender sahaja orang yang berisiko.

Selepas presiden berhaluan kiri, Manuel Zelaya, digulingkan pada tahun 2009, pembunuhan LGBT melonjak naik; 215 nyawa telah terbunuh sejak rampasan kuasa tersebut.

Adalah penting untuk memahami konteks yang lebih luas iaitu dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Honduras boleh membunuh tanpa dihukum tanpa menghiraukan jantina mangsa.

Ini sekali gus menjadikan Honduras sebagai ibu kota pembunuhan di dunia dengan kadar pembunuhan nasional sebanyak 60 setiap 100,000 orang.

Namun, kes pembunuhan LGBT lebih cenderung untuk tidak dihukum, menurut laporan Suruhanjaya Antara-Amerika mengenai Hak Asasi Manusia, kerana stereotaip diskriminasi yang popular di kalangan anggota polis.

Apa yang menariknya, walaupun menerima ancaman pembunuhan, komuniti LGBT Hondurans aktif dalam kedua-dua masyarakat madani dan politik.

Apabila René Martínez dibunuh, beliau adalah ahli parti yang menerajui kerajaan Honduras.

Aktivis LGBT, Erick Martinez juga merupakan calon untuk kongres Honduras. Dia memberitahu bahawa keadaan semakin baik tetapi masih ada cabaran.

"Aktivis LGBT mula dipilih pada tahun 2012 dan kami kini melihat hasilnya kerana kami mempunyai lebih ramai orang LGBT yang dapat mempengaruhi parti-parti politik," kata Erick Martinez.

4. Uganda

Bilangan pelarian LGBT yang dihasilkan oleh sesebuah negara merupakan satu penunjuk lain tentang betapa berbahaya sesebuah negara itu untuk orang LGBT.

Antara tahun 2014 hingga 2016, Friends Ugandan Safe Transport Fund, sebuah persatuan Quaker yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan bahawa mereka menyokong lebih daripada 1,800 individu LGBT untuk melarikan diri dari Uganda.

Adalah sangat mudah untuk memahami mengapa golongan ini mahu meninggalkan Uganda.

Pada 2014, kerajaan Uganda cuba memperkenalkan Akta Anti-Homoseksual yang kontroversi, pada mulanya termasuk peruntukan hukuman mati.

Ia kemudiannya diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan di mahkamah Uganda, tetapi kerosakan telah berlaku, dan keganasan homophobik telah dihalalkan.

Orang ramai muncul di akhbar Uganda, yang menerbitkan senarai "200 orang homoseksual", walaupun mengetahui bahawa pendedahan identiti individu LGBT boleh menyebabkan mereka dibunuh.

Laporan oleh NGO Ugugo SMUG menunjukkan bahawa penganiayaan berdasarkan orientasi seksual telah meningkat dalam dua tahun selepas tindakan tersebut.

5. Rusia

Satu acara homoseksual masih diterima di Moscow, tetapi kerajaan Putin secara terbuka menunjukkan mereka adalah anti-homoseksual dan membincangkan undang-undang homofobia yang lain.

Undang-undang tersebut mencadangkan mereka yang memaparkan orientasi bukan heteroseksual atau identiti jantina berlainan di tempat awam agar dipenjarakan.

Hampir tiga perempat daripada orang Rusia percaya bahawa homoseksual tidak dapat diterima secara moral.

Sikap Rusia terhadap homoseksual telah berada di tahap genting ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi.

Hanya lapan bulan sebelum pertandingan, badan kerajaan Rusia, Duma, meluluskan undang-undang mengharamkan penyebaran propaganda homoseksual kepada individu bawah umur, yang termasuk acara kebanggaan homoseksual dan menyokong hak-hak homoseksual.

Undang-undang ini juga mengharamkan pasangan homoseksual asing daripada mengambil anak angkat daripada Rusia.

Malah, acara-acara yang telah dipublisikasikan dengan baik telah diganggu oleh kumpulan samseng yang ganas.

Tidak ada tindakan yang diambil terhadap kumpulan samseng yang menyerang golongan LGBT seperti Occupy Pedophilia, rangkaian nasional Rusia yang menyeksa lelaki homoseksual dan kemudiannya menyiarkan video tindakan mereka di atas talian.

6. Mesir

Mesir secara meluas dianggap sebagai negara yang memenjarakan golongan homoseksual terbesar di dunia.

New York Times menganggarkan sekurang-kurangnya 250 orang daripada golongan LGBT telah ditangkap sejak tahun 2013 manakala blog LGBT, "76 Crimes" menganggarkan bahawa jumlah itu menghampiri 500 orang.

Menjadi homoseksual atau transgender tidak menyalahi undang-undang di Mesir, namun sejak tentera menggulingkan presiden Mohamed Morsi pada tahun 2013, pihak berkuasa telah terlibat dalam tindakan keras terhadap komuniti LGBT.

Mereka memenjarakan golongan LGBT atas tuduhan "perbuatan jahat", yang mana dihukum penjara sehingga 17 tahun.

Tempat mesyuarat tradisional menjadi semakin tidak selamat dan sejak tahun 2014 aplikasi temu janji homoseksual seperti Grindr, telah memberi amaran kepada pengguna Mesir mereka bahawa "polis mungkin menyamar sebagai LGBT di media sosial untuk memikat kamu".

Pihak polis juga telah menjemput wartawan dan jurukamera bersama-sama dalam serbuan (seperti rancangan 999), individu yang ditangkap boleh didedahkan identiti homoseksualnya ke seluruh negara, walaupun tersalah tangkap.

Pada tahun 2014, 26 lelaki telah difilemkan ketika mereka ditangkap dalam keadaan telanjang dan dituduh oleh penyampai TV sebagai "sedang meninggalkan pelacuran homoseksual".

Kesemua 26 lelaki kemudiannya dibebaskan tetapi akibat daripada kes itu menyebabkan seorang lelaki cuba membakar dirinya hingga mati.

7. Nigeria

Daripada mereka yang ditemubual untuk Kaji Selidik Sikap Global ILGA-RIWI mengenai Golongan LGBT, 51% mengatakan mereka sangat bersetuju dengan kenyataan, "menjadi lesbian, gay, biseksual atau transgender sepatutnya dikategorikan sebagai jenayah," menjadikannya negara yang paling homofobia daripada 45 negara yang dikaji.

Nigeria mengenakan ancaman hukuman penjara 14 tahun atas perbuatan homoseksual dan di bawah undang-undang yang diluluskan pada tahun 2013, mana-mana rakyat Nigeria yang terlibat dengan organisasi homoseksual juga boleh dipenjara selama 10 tahun.

Undang-undang ini, bersama-sama dengan undang-undang Syariah di kawasan Islam di negara ini bermakna adalah tidak selamat untuk mendedahkan secara umum identiti LGBT di banyak bahagian Nigeria.

Tetapi bagi Olumide Makanjuola, pengarah eksekutif The Initiative for Equal Rights (TIERS), penerimaan sosial merupakan isu yang lebih besar daripada perlindungan undang-undang untuk masyarakat LGBT.

"Anda boleh melaksanakan semua undang-undang yang anda mahu tetapi ia tidak penting kecuali anda menerima golongan LGBT secara sosial" katanya.

Menurutnya, sebagai negara yang terlalu beragama dengan populasi 182 juta, apa-apa penglibatan perlu berada di tahap kritikal untuk mengubah sikap.

Tambah Olumide lagi, bagi setiap 100 ahli politik, contohnya, mungkin seorang sahaja yang progresif tetapi kempen pilihan raya rapat dengan sistem keagamaan, jadi jika seorang ahli politik mendapat kuasa dengan bantuan gereja atau masjid, dia mempunyai kewajipan terhadap mereka.

Olumide Makanjoula menambah, walau bagaimanapun, Nigeria telah banyak berkembang.

"Hakikatnya, 10 tahun yang lalu kami tak dapat mengadakan perbualan ini. Tetapi pada hari ini kami mempunyai organisasi LGBT yang ramai, kami dapat mengadakan acara awam dan kami boleh melakukan penglibatan komuniti."

8. Brunei

Jiran negara kita juga mengenakan hukuman maksimum iaitu hukuman mati bagi pesalah LGBT.

Sejak tahun 2014, Brunei Darussalam memasukkan secara berfasa ke dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah (SPC Order 2013), walaupun mendapat kritikan pelbagai negara luar terhadap defisit hak asasi manusia.

Fasa kedua dan ketiga dilaksanakan pada tahun 2015 dan 2016, di mana hukuman mati untuk tingkah laku seksual sesama jantina dilaksanakan, untuk kedua-dua lelaki dan wanita beragama Islam.

Walaupun menerapkan hukuman mati dalam undang-undangnya, namun pelaksanaan tidak pernah berlaku di Brunei.

UHCHR mendesak Kesultanan Brunei untuk membatalkan hukuman tersebut.

"Ini kerana kita memerlukan Allah Yang Maha Kuasa, dengan segala rahmat-Nya, telah membuat undang-undang untuk kita, supaya kita dapat menegakkan keadilan," kata Sultan Hassanal Bolkiah.

SENARAI NEGARA ANTI-HOMOSEKSUAL

Senarai 74 negara dan entiti politik bebas yang melaksanakan undang-undang anti-homoseksual:

Benua Afrika;
  1. Algeria
  2. Angola
  3. Botswana
  4. Burundi
  5. Cameroon
  6. Comoros
  7. Mesir
  8. Eritrea
  9. Ethiopia
  10. Gambia
  11. Ghana
  12. Guinea
  13. Kenya
  14. Liberia
  15. Libya
  16. Malawi
  17. Mauritania
  18. Mauritius
  19. Morocco
  20. Namibia
  21. Nigeria
  22. Senegal
  23. Sierra Leone
  24. Somalia
  25. Sudan Selatan
  26. Sudan
  27. Swaziland
  28. Tanzania
  29. Togo
  30. Tunisia
  31. Uganda
  32. Zambia
  33. Zimbabwe

Benua Asia, termasuk Timur Tengah;
  1. Afghanistan
  2. Bangladesh
  3. Bhutan
  4. Brunei
  5. India
  6. Iran
  7. Iraq
  8. Kuwait
  9. Lubnan
  10. Malaysia
  11. Maldives
  12. Myanmar
  13. Oman
  14. Pakistan
  15. Palestin
  16. Qatar
  17. Arab Saudi
  18. Singapura
  19. Sri Lanka
  20. Syria
  21. Turkmenistan
  22. Emiriah Arab Bersatu
  23. Uzbekistan
  24. Yaman

Benua Amerika;
  1. Antigua & Barbuda
  2. Barbados
  3. Dominica
  4. Grenada
  5. Guyana
  6. Jamaica
  7. St Kitts & Nevis
  8. St Lucia
  9. St Vincent & the Grenadines

Amerika Syarikat

Undang-undang anti-liwat telah diperintah tidak mengikut perlembagaan oleh Mahkamah Agung AS pada tahun 2003, tetapi masih terdapat dalam undang-undang di 13 negeri:
  1. Alabama
  2. Florida
  3. Idaho
  4. Kansas
  5. Louisiana
  6. Michigan
  7. Mississippi
  8. North Carolina
  9. Oklahoma
  10. South Carolina
  11. Texas
  12. Utah
  13. Virginia.

Oceania;
  1. Kepulauan Cook
  2. Indonesia (Aceh Province and South Sumatra)
  3. Kirbati
  4. Papua New Guinea
  5. Samoa
  6. Kepulauan Solomon
  7. Tonga
  8. Tuvalu

Benua Eropah

Tiada negara di Eropah mempunyai undang-undang menentang homoseksual. Lokasi Eropah yang terakhir dengan undang-undang seperti itu adalah Cyprus Utara (hanya diiktiraf sebagai negara oleh Turki), yang memansuhkan undang-undangnya pada Januari 2014.

Juga di Eropah dan patut disebut tetapi tidak tersenarai dalam negara-negara dengan undang-undang terhadap homoseksual adalah:

1. Rusia

Menggubal undang-undang anti-homoseksual pada tahun 2013, melarang sebutan positif tentang homoseksual di hadapan kanak-kanak di bawah umur, termasuk dalam talian.

2. Lithuania

Mempunyai undang-undang yang sama; pada tahun 2015, ia dipertimbangkan tetapi belum lagi diterapkan dalam undang-undang lanjut yang akan mengenakan denda untuk mana-mana paparan awam yang "menentang nilai keluarga tradisional."

3. Ukraine

Mempertimbangkan undang-undang seperti itu pada 2012 dan 2013, tidak mengamalkannya dan nampaknya sudah dilupakan.

4. Moldova

Menggunapakai dan kemudian memansuhkan undang-undang sedemikian pada tahun 2013.

5. Belarus

Membincangkan undang-undang LGBT pada awal 2016.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi