Thursday, November 24, 2016

Zhao Yaqi Mohon Maaf, Skandal Terbaru Lin Dan Terbongkar Lagi?!

Zhao Yaqi Mohon Maaf, Skandal Terbaru Lin Dan Terbongkar Lagi?!

Model dan pelakon, Zhao Yaqi yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan jaguh badminton dunia, Lin Dan akhirnya tampil memohon maaf.

Zhao Yaqi

Zhao Yaqi menyatakan permohonan maafnya itu di hadapan pihak media dalam satu sesi sidang media yang diadakan Selasa lalu.

“Perbuatan saya telah memberikan gambaran buruk kepada semua orang. Ahli keluarga saya juga turut menerima tempias disebabkan perlakuan saya.

“Saya tidak dapat memaafkan diri di atas kesalahan ini. Saya langsung tak fikir yang perbuatan saya boleh melukakan hati orang lain.

“Saya tak beri maklum balas sejak perkara ini terbongkar kerana berasa sangat takut, bersalah dan tidak tahu macam mana cara nak menghadapinaya.

“Namun, selepas melihat pelbagai kritikan di Internet, saya perlu tampil ke hadapan bagi memohon maaf dan memperbetulkan keadaan.

“Saya tidak mahu pihak yang tidak bersalah dalam hal ini merasa terluka,” katanya.

Lin Dan sebelum ini juga sudah membuat permohonan maaf menerusi akaun sosial Weibo miliknya, sehari selepas video kecurangannya tersebar.

Sebaik sahaja gambar-gambar tersebut tersebar, Lin Dan segera memohon maaf di Weibo dalam bahasa Cina, "Sebagai seorang lelaki, saya tidak mencari alasan untuk diri sendiri, tetapi kelakuan saya ini telah melukakan keluarga saya. Di sini saya memohon maaf kepada mereka."

Kisah skandal Lin Dan tersebar dua minggu selepas isterinya, Xie Xingfang selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 5 November lalu. -Mynewshub

Lagi Hubungan Sulit Lin Dan Terbongkar

Selepas hubungan sulitnya dengan seorang model terbongkar, bintang badminton China, Lin Dan dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang lagi wanita ketika isterinya Xie Xingfang sedang mengandung anak pertama mereka, lapor Sin Chew Daily.

Memetik laporan sebuah laman web hiburan Quan Ming Xing Tan, akhbar tersebut mendakwa Lin Dan turut mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemain badminton di sebuah universiti di Beijing.

Wanita itu yang dikenal pasti sebagai Li Zhi dipercayai memadam banyak gambar dan tulisannya di Weibo termasuk gambar bersama Lin Dan baru-baru ini. -mStar

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

Seram! Peralatan Bersenam Bergerak Sendiri Di Singapura!

Seram! Peralatan Bersenam Bergerak Sendiri Di Singapura!

Laman Stomp berkongsi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Migo Serna menunjukkan sebuah peralatan bersenam bergerak sendiri secara tiba-tiba.

Misteri+Buaian

Menerusi video amatur berdurasi kurang 30 saat itu, sebuah peralatan senam berwarna hitam dirakam bergerak sendiri seolah-olah ada ‘seseorang’ sedang menggunakannya.

Kejadian yang dirakam pada waktu siang itu disaksikan beberapa pengunjung taman berkenaan seperti yang dipaparkan video tersebut.

Lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, namun menurut laman web tersebut, sesetengah daripada netizen mendakwa kejadian itu dipercayai berlaku di Singapura.

Walau bagaimanapun, berdasarkan suara yang kedengaran pada video yang tersebar itu ianya kedengaran seperti bahasa Sepanyol yang dipertuturkan.

Video berkenaan telah ditonton 191 ribu kali dan dikongsi lebih 4,690 perkongsian sejak dimuat naik setakat artikel ini ditulis.

Sesetengah netizen yang melihat video tersebut percaya ia adalah kejadian mistik manakala sesetengah yang lain merasakan ianya suatu yang lucu.

Tonton video di YouTube.

BACA INI JUGA: Gempar 'Wajah' Misteri Muncul Di Gunung Kinabalu!

Sumber: Mynewshub

Vivo V5 Kamera Selfie Terbaik, Rakaman Setinggi 20MP!

Vivo V5 Kamera Selfie Terbaik, Rakaman Setinggi 20MP!

Vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar Vivo V5 terbaru mereka, dengan fokus utama diberikan terhadap kamera selfie.

Vivo V5

Vivo V5 yang baru ini menampilkan kamera depan 20MP, resolusi paling tinggi untuk kamera depan yang pernah dilihat setakat ini.

Untuk memastikan pelancaran Vivo V5 lebih meriah, Vivo Malaysia buat pertama kalinya telah melantik duta mereka.

Seorang penyanyi terkenal, rajin berselfie dan memuat naik gambar ke Instagram, beliau adalah Dato’ Siti Nurhaliza.

Dato’ Siti Nurhaliza akan berkongsi pengalamannya menggunakan Vivo V5 dalam percutiannya ke Sepanyol & Dubai baru-baru ini. Beliau juga akan menghiasi semua iklan vivo di suratkhabar, majalah dan TV selepas ini.

Sekali pandang, rupa Vivo V5 tidak ubah seperti V3 Max yang diperkenal awal tahun 2016 ini. Ia memiliki badan besi sepenuhnya, bersama skrin berukuran 5.5-inci.

Sayangnya resolusi skrin hanya HD, 1280×720 sahaja. Spesifikasi yang dilihat agak ketinggalan.

Tenaga pemprosesannya dijana oleh cip Mediatek MT6750 8-teras, bergandingan dengan 4GB RAM serta storan dalaman seluas 32GB. Ia mampu menerima storan tambahan dalam bentuk mikroSD sehingga 128GB.

Kamera Selfie Paling Hebat

Vivo V5 with Siti Nurhaliza

Perkara terhebat pada Vivo V5 adalah kamera selfie 20MP yang menggunakan sensor Sony IMX376, berukuran 1/2.78″ dengan apertur f/2.0.

Vivo V5 turut mendapat gelaran ‘Softlight Camera’ kerana memiliki LED Flash di depan, yang menghasilkan cahaya lembut untuk mencerahkan lagi tangkapan selfie.

Tangkapan selfie ini kemudiannya mendapat sentuhan Face Beauty 6.0 bagi menjadikan kulit lebih licin dan gambar lebih menawan.

Untuk kamera belakang pula, ia memiliki sensor 13MP dengan auto fokus pengesanan fasa (PDAF).

Vivo V5 dibekalkan bateri berkapasiti 3,000mAh tetapi ia tiada pengecasan pantas. V5 menjalankan antaramuka Funtouch OS 2.6 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Selain kamera yang hebat, V5 turut dilengkapi pengimbas capjari yang pantas di hadapan, serta cip audio Hi-Fi AK4376 untuk kualiti bunyi yang menakjubkan.

Bunyi ini dapat didengari melalui lubang pembesar suara yang terletak di bawah telefon.

Harga Vivo V5

Telefon Vivo V5 boleh dibeli bermula 26 November, dengan harga RM1,299 termasuk GST.

Vivo Malaysia turut memberikan petunjuk ketibaan sebuah lagi telefon pintar, iaitu V5 Plus. Adakah ia akan menampilkan kamera selfie yang lebih dahsyat?

Sama-sama kita nantikan.

BACA INI JUGA: 5 Gaya Selfie Yang Buat Orang Menyampah!

Sumber: Theskop

Pengganas Buddha Terus Membunuh Umat Islam Rohingya, Kenapa Dunia Membisu?!

Pengganas Buddha Terus Membunuh Umat Islam Rohingya, Kenapa Dunia Membisu?!

Suasana di Arakan dilaporkan semakin getir apabila tentera Myanmar semakin menggila dan meracau terutama di daerah Maungdaw dan merebak hingga keseluruhan Arakan.

Pengganas+Buddha

Difahamkan ribuan tentera Myanmar telah dikerah bagi meneruskan ‘genocide halal’ Asia Tenggara.

‘Genocide Halal’ atau pembunuhan beramai-ramai demi penghapusan etnik ini kita katakan 'halal' apabila tidak ada sebuah Negara atau pertubuhan pun bangun dan bertindak menghalang di atas sifat tidak bertamadun tentera Myanmar ini.

Seolah-olah darah umat Islam Rohingya itu seperti darah seekor nyamuk yang tiada nilainya disisi manusia antarabangsa.

Masakan dunia tidak sedar ‘genocide halal’ ini, sedangkan serangan roket, mortar dan helikopter secara terang-terangan dilakukan oleh tentera Myanmar tanpa sebarang alasan.

Bukti bergambar serta pengakuan mangsa telah viral keseluruh dunia.

"Mana mata hati Negara-nagara dunia, masih butakah dunia hari ini?"

Dimanakah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Dimanakah OIC? Dimanakah ASEAN? Dimanakah pemenang Nobel Keamanan Dunia, Aung San Suu Kyi yang benjanji semasa berucap dalam persidangan PBB ke-71 sebagai Ketua Negara untuk lebih menegakkan hak asasi manusia di negara yang dipimpinya dalam masalah Muslim Rohingya di Myanmar?

Sangat–sangat mendukacitakan apabila isu Rohingya dilihat sebagai masalah dalaman Myanmar sedangkan PBB terutamanya Amerika Syarikat sering mewar-warkan isu keamanan dan memerangi keganasan dunia tetapi buta dalam isu Rohingya kerana menjaga kepentingan ketenteraannya di Myanmar.

Dimanakah OIC, adakah Negara-negara Islam juga buta hati terhadap isu Rohingya. Adakah Negara–negara Islam menjadi dayus terhadap kerajaan Myanmar yang merogol wanita wanita dan anak –anak gadis Muslim oleh regim tentera Myanmar?

Dimanakah komuniti ASEAN sebagai Negara jiran bersama dan negara segugus di Asia Tenggara?

Dimanakah nilai diplomatik dan kejiranan apabila berlaku kekejaman di sebelah rumah?

Pengganas Buddha

Adakah ASEAN juga mengamalkan peribahasa ‘jangan jaga tepi kain orang’ walaupun yang ditumpah darah adalah darah daging seakidah kita?

Kerajaan Malaysia dan OIC sepatutnya segera menyatakan pendirian mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar serta bertindak seperti ‘anak jantan’ untuk menggerakkan inisiatif dari pihak ASEAN dalam menegur, memberi amaran serta bertindak tegas kepada regim tentera Myanmar.

PBB sewajarnya menghantar pasukan pengaman tentera ke Arakan sebelum Arakan menjadi padang jarak padang terkukur.

Segala bentuk kerjasama dengan Myanmar wajar di gantung seperti penerbangan Air Asia ke Myanmar, hubungan dagang perlu di tangguh dan pengambilan pekerja Myanmar ke Malaysia perlu di bekukan selagi mana isu ‘genocide halal’ di Arakan tidak selesai.

Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan.Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan.

Adakah kita rela melihat 'Bosnia Kedua' berlaku di bumi ASEAN?

*Penulis adalah Datuk Mahfuz Omar adalah Ahli Parlimen Pokok Sena dan amat bersimpati terhadap nasib yang menimpa rakyat etnik Rohingya Myanmar di Arakan. -AA

Imej Satelit Dedah Kemusnahan 1,200 Rumah Penduduk Rohingya

Rumah+Dibakar
Rumah+Dibakar
Rumah+Dibakar

Tidak cukup dengan membakar kanak-kanak dan wanita hidup-hidup, kini lebih dari 1,200 rumah penduduk Muslim di wilayah utara Myanmar, Rohignya dimusnahkan.

Menurut laporan dari Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW), imej yang diambil dari satelit menunjukkan kemusnahan kawasan akibat dari operasi tentera Myanmar.

Sebelum ini imej dari satelit yang diambil pada 13 November mendapati sebanyak 430 bangunan di tiga perkampungan Rohingya turut dimusnahkan. Perkara ini membangkitkan kebimbangan kepada etnik minoriti tersebut.

Pengarah HRW Asia, Brad Adams berkata, gambar-gambar itu memaparkan kemusnahan yang lebih meluas berbanding sangkaan sebelum ini.

Sekurang-kurangnya, lebih dari 500,000 orang Islam dari Rohingya telah lari ke Bangladesh sebagai pelarian.

Manakala sebahagian saksi mengaku melihat tentera Myanmar membunuh dan memperkosa kaum wanita, mereka mengambarkan apa yang berlaku sebagai ‘Neraka Dunia’. -Thevocket

BACA INI JUGA: Sejarah Penghapusan Etnik Rohingya

-SENTIASAPANAS.COM

10 Perkara 'Menakutkan' Apabila Nilai Mata Wang Negara Jatuh!

10 Perkara 'Menakutkan' Apabila Nilai Mata Wang Negara Jatuh!

Nilai mata wang sesebuah negara boleh jatuh apabila hutang negara melebihi kebolehan untuk membayar balik hutang dan kadar faedah hutang tersebut.

Nilai+wang+jatuh

Kebiasaannya negara akan mencetak sejumlah wang kertas atau menangguhkan pembayaran untuk meredakan keadaan itu.

Krisis mata wang pula berlaku apabila wujud keraguan yang serius sama ada sesebuah negara itu mempunyai rizab pertukaran asing yang mencukupi atau tidak untuk mengekalkan kadar pertukaran tetap di negara itu.

Keadaan bertambah kritikal apabila keraguan itu disusuli dengan serangan spekulasi dalam pasaran tukaran matawang asing.

Kemudian, ia dikaitkan dengan baki defisit pembayaran yang kronik dan krisis ini memuncak dalam penurunan nilai mata wang.

Apakah yang akan berlaku selepas penurunan nilai mata wang sesebuah negara?

Itulah persoalan yang mahu dirungkaikan di dalam artikel ini berdasarkan apa yang pernah berlaku sebelum ini.

1. Apabila mata wang jatuh, kerajaan akan cuba mengapungkan mata wang baru

Nilai+wang+jatuh

Pada 2009, dolar Zimbabwe telah lumpuh menyebabkan beberapa mata wang lain digunakan dan mata wang yang popular digunakan ialah dolar Amerika Syarikat kerana ia adalah mata wang simpanan di Bank Dunia.

Tetapi kerajaan Zimbabwe telah mengenakan denda kepada mereka yang menggunakan dolar Amerika atau mata wang lain kerana kerajaannya mahu mengawal ekonomi dan rakyat.

Kebiasaannya nilai satu mata wang baru menyebabkan kadar pertukaran wang lama kepada wang baru boleh mencecah sehingga berbillion.

Itulah antara sebab ramai orang menukarkan mata wang tempatan kepada mata wang lain yang lebih stabil.

Dalam kes Zimbabwe ini, antara mata wang alternatif mereka ialah dolar Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.

2. Situasi hiperinflasi berlaku membuatkan mata wang tidak bernilai lagi

Nilai+wang+jatuh

Rakyat Zimbabwe perlu membawa beg plastik untuk membawa wang bagi membeli barangan harian. Harga pula sekurang-kurangnya meningkat dua kali dalam satu hari.

Ini contoh penjual meletakkan harga 3 biji telur dengan nilaian 100 bilion dolar Zimbabwean yang baru di Harare pada Jun 2015.

Ini berpunca daripada kadar inflasi yang meningkat mendadak setiap tahun:
  • inflasi mencapai 624% pada tahun 2004
  • inflasi mencapai 1730% pada tahun 2006
  • inflasi mencapai 11000% pada tahun 2007

Pernah satu detik pada tahun 2008, hiperinflasi mencecah 500,000,000,000% telah membuatkan mata wang tempatan langsung tidak bernilai.

3. Negara lain menduduki kawasan perindustrian selepas negara gagal membuat pembayaran balik

Nilai+wang+jatuh

Selepas Perang Dunia Pertama, Republik Weimar merupakan original poster child untuk mata wang gagal.

Pada waktu itu, Jerman perlu mematuhi syarat Perjanjian Versailles yang memerlukan Jerman membayar pampasan perang kepada negara-negara bersekutu.

Oleh kerana Jerman gagal membayar balik kepada negara terbabit, kawasan-kawasan perindustrian Jerman diduduki Perancis dan Jerman.

Ini menyebabkan kerajaan Jerman tertekan dan terpaksa mencetak wang kertas untuk membayar gaji dan hutang perang, dan hiperinflasi ditetapkan.

Apabila Rentenmark diperkenalkan untuk menggantikan mata wang sedia ada, kadar pertukaran adalah 1 untuk 1 trilion.

4. Wujudnya dua kadar pertukaran yang berbeza

Nilai+wang+jatuh

Ini berkisar tentang peranan wang fizikal dalam kehidupan sehari-hari penduduk Argentina.

Di sana perlu berhati-hati dengan bil palsu dan sebaik-baiknya wang yang dibayar sama dengan jumlah yang dinyatakan.

Ini kerana wujud dua kadar pertukaran yang berbeza telah merumitkan keadaan tersebut.

Kerajaan mengeluarkan kadar rasmi dengan menetapkan pada sekitar 8 peso kepada 1 dolar dan ada satu lagi kadar yang diwujudkan oleh pasaran gelap.

Kadar pasaran gelap atau kadar tidak rasmi menetapkan kira-kira 11 peso bagi setiap dolar.

Pelancong akan memilih menukarkan wang dengan kadar pasaran gelap kerana kuasa membeli lebih tinggi.

Tambah menarik apabila kedua-dua kadar dipaparkan di dalam surat khabar harian tempatan.

Malah, sesetengah servis pertukaran wang pasaran gelap boleh menghantar peso ke hotel bagi memudahkan urusan pelancong.

Rugi ke? Bagi penduduk tempatan yang terlibat tindakan ini telah melindungi nilai mata wang mereka apabila dapat menukarkannya dengan mata wang yang lebih stabil.

5. Rakyat terpaksa membelanjakan wang dengan segera untuk membeli barangan

Ramai fikir jika mata wang jatuh teruk itulah masa untuk simpan wang. Sebenarnya tidak di dalam dunia realiti kerana rakyat tidak ada pilihan lain terpaksa membelanjakan wang untuk membeli barangan.

Sekiranya gagal berbuat demikian, kemungkinan kuasa membeli mereka akan berkurangan menjadi separuh dalam masa beberapa jam sahaja.

Itulah situasi yang dialami di Argentina antara tahun 2001 hingga 2002 dan juga di Rusia apabila nilai mata wang jatuh setiap masa.

Keadaan menjadi kelam-kabut dan menekan rakyat. Bayangkan pekerja kedai perlu berlari ke rak-rak barang dan menukarkan harga barang mengikut kadar semasa.

Malah, pertukaran harga pernah berlaku di dalam jam yang sama. Bayangkan anda ke kedai dan mengambil barang-barang di rak.

Apabila tiba di kaunter bayaran, jumlah harga melambung tinggi kerana harga di rak tadi sudah tidak relevan lagi dan harga baru yang dikenakan adalah lebih tinggi.

6. Bank ditutup atau menghadkan operasi perbankan

Nilai+wang+jatuh

Sebenarnya bank kekurangan wang fizikal. Apa yang mereka ada hanyalah wang dalam bentuk nilaian digital.

Disebabkan itu bank menggalakkan pengguna menggunakan kad debit dan kad kredit dalam urusan belian harian.

Apabila mata wang negara jatuh, rakyat menjadi panik dan mahu mengeluarkan wang daripada bank sebelum bank muflis atau kehabisan wang fizikal.

Bagi mengekang usaha itu, bank akan menghadkan transaksi bank atau menutup sementara operasi bank agar wang tidak keluar dari bank mereka.

Keadaan ini telah berlaku di Greece pada pertengahan 2015 di mana mesin pengeluaran wang tunai (ATM) dihadkan pengeluarannya sebanyak 60 euro sehari untuk seorang.

7. Peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan

Pelabur-pelabur luar menutup perniagaan dan kilang-kilang di negara yang sedang mengalami krisis mata wang/ekonomi.

Penutupan ini telah menyebabkan ramai rakyat kehilangan pekerjaan. Kadar pengangguran meningkat menyebabkan ramai rakyat yang menjadi miskin.

Golongan ini mengalami kekurangan wang atau tiada wang untuk membeli makanan menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan aktiviti jenayah di atas kapasiti mahu meneruskan hidup yang kian mendesak.

Keadaan ini mewujudkan rasa tidak selamat di kalangan rakyat menyebabkan rakyat menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan sehinggalah terjadinya ketidakstabilan politik negara.

8. Penyekatan wang keluar dari negara

Antara usaha kerajaan untuk menstabilkan ekonomi negara ialah dengan melakukan penyekatan wang keluar dari negara.

Untuk mencapai objektif tindakan itu, transaksi di atas talian dan transaksi peribadi tidak dibenarkan berlaku.

Antara golongan yang terkesan dengan tindakan ini ialah pekerja asing yang bekerja di dalam negara kerana tidak boleh menghantar wang ke negara asal mereka.

Kebanyakan kedai, hotel dan restoran tidak akan menerima pembayaran melalui kad lagi. Mereka mahukan wang tunai.

Maka, tanpa wang tunai akan menyebabkan kehidupan menjadi lebih sengsara. Hal ini sedang berlaku di Greece.

9. Sistem barter digunakan untuk mendapatkan barang

Nilai+wang+jatuh

Percaya atau tidak, sistem barter akan digunapakai semula untuk mendapatkan barangan asas bagi meneruskan kehidupan.

Konsepnya mudah untuk difahami di mana apabila mata wang menjadi tidak bernilai, aset fizikal akan menjadi duit.

Aset fizikal yang akan menjadi duit pada saat itu ialah emas, perak, makanan, hartanah, kereta, bahan bakar atau minyak, pakaian, ubat-ubatan, senjata, rokok, mancis dan lain-lain lagi.

Pendek kata, benda-benda yang kita tidak hargai sewaktu ekonomi baik itulah yang akan menjadi lebih bernilai sewaktu ekonomi jatuh dan mengheret mata wang menjadi tidak bernilai.

Ini bermakna mereka yang mempunyai aset fizikal sebegini turut perlu meningkatkan kawalan keselamatan kerana ada kemungkinan mereka akan dicederakan atau dirompak kerana mahu merampas aset-aset fizikal tersebut.

10. Lain-lain

Kerajaan menyelamatkan diri mereka sendiri dan orang-orang kaya dengan menyalahgunakan dana yang disalurkan untuk membantu negara.

Keadaan ini turut mendorong peningkatan aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Contoh-contoh boleh dilihat di negara dunia ketiga.

Dalam waktu yang sama kebanyakan rakyat menyangka kerajaan akan menyelamatkan mereka yang sedang bertarung dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

Tetapi lama-kelamaan mereka akan memberontak dan melakukan demonstrasi bantahan terhadap kerajaan di atas kegagalan memulihkan keadaan ekonomi negara.

Tampuk pemerintahan akan bertukar ekoran ketidakpuasan hati rakyat.

Selain itu, pembayaran gaji pekerja sektor kerajaan dan pengeluaran wang pencen oleh kerajaan dipotong dan akhirnya ditangguhkan kerana kerajaan tiada dana untuk tujuan pembayaran tersebut.

Kesimpulan

Sejarah menunjukkan apa punca sebenar disebalik krisis mata wang berlaku. Di dalam sejarah juga menyatakan krisis di dalam negara akan berlaku dan kerajaan tidak mampu mengawal kadar inflasi. Ini akan menyebabkan rakyat berasa tertekan untuk meneruskan kehidupan.

Sekiranya menerima bantuan daripada luar pula, negara akan terikat dengan mereka dan polisi negara turut akan dipengaruhi oleh mereka. Akhirnya, rakyat juga yang akan menjadi mangsa.

Melalui sejarah juga, kita boleh belajar untuk bersedia menghadapi gelombang tsunami ekonomi yang tidak stabil sama ada di peringkat negara atau keluarga atau individu.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Matawang Paling Murah Di Dunia

Sumber: Thevocket

Wednesday, November 23, 2016

10 Aktor Dengan Bayaran Paling Mahal 2016

10 Aktor Dengan Bayaran Paling Mahal 2016

Dalam senarai terbaru yang diterbitkan bagi tahun 2016, dibawah ini adalah senarai artis lelaki yang menerima bayaran termahal di dunia bagi tahun 2016.

Selain aktor Hollywood yang termasuk di dalam senarai penerima pendapatan tertinggi, aktor Bollywood dan Hong Kong juga nampaknya tidak ketinggalan.

Jom saksikan..

1. Dwayne 'The Rock' Johnson

Dwayne 'The Rock' Johnson

Dwayne 'The Rock' Johnson disenaraikan sebagai pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia dengan AS$64 juta setahun.

2. Jackie Chan

Jackie Chan

Pelakon Hong Kong Jackie Chan berada di tempat kedua dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$61 juta setahun.

3. Matt Damon

Matt Damon

Matt Damon menerima jumlah pendapatan sebanyak $55 juta setahun.

4. Tom Cruise

Tom Cruise

Pelakon Hollywood Tom Cruise menerima jumlah pendapatan sebanyak AS$53 juta setahun.

5. Johnny Depp

Johnny Depp

Johnny Depp menerima jumlah bayaran sebanyak AS$48 juta setahun.

6. Ben Affleck

Ben Affleck

Ben Affleck berada di tangga ke-6 dengan jumlah bayaran AS$43 juta.

7. Vin Diesel

Vin Diese

Vin Diesel menerima AS$35 juta setahun. -REUTERS/Alexandre Meneghini

8. Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan menerima jumlah bayaran AS$33 juta setahun.

8. Robert Downey Jr.

Robert Downey Jr.

Robert Downey Jr. menerima jumlah bayaran AS$33 juta setahun.

10. Akshay Kumar

Akshay Kumar

Aktor Bollywood Akshay Kumar menerima bayaran sebanyak AS$31.5 juta setahun.

BACA INI JUGA: Taylor Swift Selebriti Bawah 30an Paling Kaya 2016

Sumber: AA

Jenis-jenis 'Gila Meroyan' Selepas Bersalin Mengikut Kepercayaan Melayu

Jenis-jenis 'Gila Meroyan' Selepas Bersalin Mengikut Kepercayaan Melayu

Gejala kemurungan lepas bersalin sering berlaku terhadap golongan ibu terutama yang kali pertama melahirkan anak. Ada yang menyebut sebagai penyakit gila meroyan.

Gila meroyan

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, meroyan atau merian hendaklah diberi perhatian kerana penyakit itu akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

Satu punca penyakit berkenaan adalah darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya akan terjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.

Meroyan dikenali dalam kalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression (PPD) satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadangkala lelaki selepas melahirkan anak.

Kajian menunjukkan kadar insiden berlaku dalam kalangan wanita antara lima hingga 25 peratus, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan kadar berlaku sebenar tidak jelas.

Perunding Psikiatri Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) Dr Shane Varma berkata antara punca utama PPD adalah masalah psiko sosial seperti tiada sokongan daripada suami, ibu tunggal, kehamilan yang tidak dirancang/dikehendaki, masalah kewangan, tekanan hidup, tekanan penjagaan anak, tiada sokongan masyarakat dan sebagainya.

“Antara faktor dikenal pasti menyumbang terhadap perkara di atas ialah sejarah keluarga yang pernah menghidap kemurungan, tidak menyusukan anak dan beberapa faktor lain.

“Antara simptom awal boleh dilihat ialah sedih berterusan, hilang selera makan, cepat letih, tidak yakin dan rasa bersalah serta mudah marah,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.

Menurut Shane, selain PPD ada juga jenis kemurungan lain dikenali sebagai kelesuan postpartum (postpartum exhaustion- PPE).

“PPE disebabkan kurang tidur bercampur pertukaran hormon dalam tubuh wanita selepas melahirkan anak dan boleh menjadi sederhana atau teruk.

“Kebanyakan kes mendapati wanita dengan bayi yang mengalami kembung teruk atau punca asas yang mengakibatkan jadual tidur yang tidak normal. Tidak sama seperti PPD, tetapi boleh dikelaskan sebagai sebahagian meroyan.

“Rawatan perubatan adalah minimum. Boleh berlaku antara sehari hingga 20 hari dan akan kembali seperti sediakala selepas mendapatkan tidur yang cukup,” katanya.

Postpartum psychosis (gangguan mental serius pasca kelahiran) pula adalah sakit jiwa berasingan membabitkan terpisah sepenuhnya daripada alam nyata. Ia adalah yang paling berbahaya berbanding PPD dan PPE kerana membabitkan simptom seperti delusi, halusinasi, bercakap seorang diri dan berkhayal.

“Postpartum psychosis boleh berlaku rentetan daripada PPD atau tercetus secara tiba-tiba dalam tempoh empat hingga enam minggu selepas bersalin.

“Individu yang ditimpa gejala ini akan mula bersikap ganjil, berhalusinasi, meracau, mempunyai delusi pemikiran dan bertindak secara impulsif.

“Postpartum psychosis adalah isu kejiwaan yang ekstrem dan mempunyai risiko yang tinggi membunuh diri dan membunuh bayi berbanding fenomena lain,” katanya.

Beliau menambah, diet dan nutrisi yang sempurna serta penyusuan susu ibu demi kelangsungan kestabilan emosi sangat penting dan menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.

“Makanan berkhasiat penting untuk ibu selepas bersalin. Guna saluran tertentu untuk menzahirkan emosi seperti berbicara dengan orang tersayang, ahli keluarga, sahabat dan jangan sesekali mengasingkan diri.

“Bagi golongan Muslim pula, jangan lupa aspek rohani. Perbanyakan membaca al-Quran dan berzikir supaya hati sentiasa tenang dan terhindar daripada perkara yang tidak baik,” katanya.

Jenis penyakit meroyan mengikut kepercayaan masyarakat Melayu

1.Meroyan Api

Ibu akan menjadi bengis, baran, cepat marah hingga tahap menjerit dan lupa diri.

Perubahan mood yang ketara.

Perubahan sikap lebih ketara ketika datang bulan.

2. Meroyan Ketung

Ibu menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasan (sensitif).

Kebanyakan berlaku kepada ibu yang kehilangan anak.

Ada kes sehingga membunuh diri.

3. Meroyan Urat

Ibu mengalami ketegangan urat sarat sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot.

Selalu berlaku ketika cuaca sejuk, atau jika ibu tersilap makan benda yang bersifat sejuk.

Berlaku kepada ibu yang melakukan kerja berat atau banyak menggunakan urat besar sejurus lepas bersalin.

4. Meroyan Lendir

Ibu sentiasa pucat, lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut.

Keguguran rambut yang melampau.

Mengalami masalah dingin seks terhadap pasangan.

Penyebab utama apabila darah kotor dan angin jahat di dalam tubuh tidak dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang.

5. Meroyan Tinggal

Ibu tiba-tiba asyik berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah.

Ibu mungkin tidak mahu bayinya sendiri.

Ada tahap sehingga menjadi ganas.

6. Meroyan Bulu

Ibu sentiasa seram sejuk selepas bersalin.

Jika berlarutan, ibu akan mula menghidap rheumatoid arthiritis atau keradangan sendi.

Ini berlaku apabila ibu banyak bermain air dan bersejuk ketika berpantang.

7. Meroyan Kulit

Ibu akan berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kera.

Ia berlaku disebabkan darah kotor tidak habis keluar menyebabkan kekotoran keluar melalui liang roma peluh.

Ini akan berterusan jika darah nifas tidak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Anda Mengalami Masalah Mental Apabila Berfikir Terlalu 'Jauh'

Sumber: Hmetro

10 Nasihat Untuk Berjaya Dalam Bisnes

10 Nasihat Untuk Berjaya Dalam Bisnes

Buat. Buat. Buat. Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.

Tips bisnes

Banyak bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, tetapi idea terlalu banyak. Buat keputusan bisnes apa nak buat, kemudian tumpukan kepada bisnes tersebut.

Usah berhenti belajar. Belajarlah dari sesiapa sahaja. Usah pilih bulu untuk belajar. Orang di bawah kita pun banyak ilmu yang kita boleh ambil. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itu kita menempah kegagalan.

Fokus kepada bisnes kita. Usah habis masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.

Usah harap orang lain tolong bisnes kita. Kita usahawan, buat sendiri. Usahawan usah ada minda peminta sedekah.

Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Bawa bertenang.

Semua bisnes ada masalah. Ada orang gunakan istilah cabaran. Apa pun, usah fokus kepada masalah. Cari penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, ada cahaya.

Belajar dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali buat keputusan sendiri. Usahawan mesti berani mencanggahi sesiapa sahaja, termasuklah apa yang dikatakan mentor dan sifu itu.

Berhenti salahkan orang lain. Orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan. Sekiranya setiap kali anjing menyalak kita berhenti, maka lambatlah sampai ke destinasi.

Biarkanlah suara sumbang memperlekeh apa yang kita lakukan. Kita jalan terus.

Buktikan dia salah bukan dengan cakap-cakap, tetapi dengan menunjukkan hasil kejayaan.

BACA INI JUGA: Dropship Bisnes Tanpa Modal Tapi Untung Lumayan!

Sumber: Majalahniaga

Apa Sebenarnya Maksud 'Lorem Ipsum' Yang Ramai Tak Tahu!

Apa Sebenarnya Maksud 'Lorem Ipsum' Yang Ramai Tak Tahu!

Bagi seorang blogger yang memiliki blog atau laman web, ungkapan 'Lorem Ipsum' mungkin sudah tidak asing lagi.

Lorem Ipsum

Namun begitu, walaupun sering melihat perkataan 'Lorem Ipsum' ini, masih ramai yang tidak tahu maksud disebalik dan sejarahnya.

Lorem Ipsum merupakan sebuah dummy text yang biasa digunakan sebagai blind copy sementara untuk mengisi kekosongan ketika sebuah template di muat turun.

Ternyata, ungkapan ini sebenarnya sudah lama digunakan dalam dunia blogging, pengiklanan dan rekabentuk grafik.

Malah, paragraf Lorem Ipsum telah pun digunakan sejak tahun 1500 lagi!

Tapi, tahukah anda maksud sebenar disebalik ungkapan Lorem Ipsum?

Mungkin ramai yang berfikir ia hanyalah ungkapan biasa yang tiada ertinya, dibuat tanpa sebarang tujuan yang hanya berupa dua baris teks. Sebenarnya, anda tersilap!

Sejarah Lorem Ipsum berakar dari sebuah naskah sastera klasik Latin dari era 45 Sebelum Masihi, yang bermaksud ianya kini sudahpun 'berusia' 2,000 tahun!

Richard McClintock, seorang profesor Bahasa Latin dari Hampden Sidney College, Virginia, cuba mencari makna salah satu perkataan latin yang dianggap paling tidak jelas iaitu 'Consectetur', yang diambil dari salah satu bahagian 'Lorem Ipsum'.

Hasil kajian Profesor Richard, Lorem Ipsum berasal dari bahagian 1.10.32 dan 1.10.33 naskah 'de Finibus Bonorum et Malorum' (Sisi Ekstrem Dari Kebaikan dan Kejahatan) karya Cicero, yang ditulis pada tahun 45 Sebelum Masihi.

Buku ini adalah risalah teori etika yang sangat terkenal pada zaman Renaissance.

Baris pertama Lorem Ipsum, "Lorem ipsum dolor sit amet.." berasal dari satu baris di bahagian 1.10.32.

Bahagian standard dari teks Lorem Ipsum yang digunakan sejak tahun 1500an kini digunakan semula.

Bahagian 1.10.32 dan 1.10.33 dari 'de Finibus Bonorum et Malorum' karya Cicero juga diterbitkan semula seperti teks asalnya, diikuti oleh versi bahasa Inggeris yang berasal dari terjemahan tahun 1914 oleh H. Rackham.

Naskah Lorem Ipsum standard yang digunakan sejak tahun 1500an adalah seperti berikut;

"Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur.

Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum." -Lorem Ipsum

Manakala bahagian 1.10.32 dari 'de Finibus Bonorum et Malorum' yang ditulis oleh Cicero pada tahun 45 Sebelum Masihi adalah seperti berikut;

"Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae ab illo inventore veritatis et quasi architecto beatae vitae dicta sunt explicabo.

Nemo enim ipsam voluptatem quia voluptas sit aspernatur aut odit aut fugit, sed quia consequuntur magni dolores eos qui ratione voluptatem sequi nesciunt.

Neque porro quisquam est, qui dolorem ipsum quia dolor sit amet, consectetur, adipisci velit, sed quia non numquam eius modi tempora incidunt ut labore et dolore magnam aliquam quaerat voluptatem.

Ut enim ad minima veniam, quis nostrum exercitationem ullam corporis suscipit laboriosam, nisi ut aliquid ex ea commodi consequatur?

Quis autem vel eum iure reprehenderit qui in ea voluptate velit esse quam nihil molestiae consequatur, vel illum qui dolorem eum fugiat quo voluptas nulla pariatur?"

Terjemahan tahun 1914 oleh H. Rackham;

"But I must explain to you how all this mistaken idea of denouncing pleasure and praising pain was born and I will give you a complete account of the system, and expound the actual teachings of the great explorer of the truth, the master-builder of human happiness.

No one rejects, dislikes, or avoids pleasure itself, because it is pleasure, but because those who do not know how to pursue pleasure rationally encounter consequences that are extremely painful.

Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain of itself, because it is pain, but because occasionally circumstances occur in which toil and pain can procure him some great pleasure.

To take a trivial example, which of us ever undertakes laborious physical exercise, except to obtain some advantage from it?

But who has any right to find fault with a man who chooses to enjoy a pleasure that has no annoying consequences, or one who avoids a pain that produces no resultant pleasure?"

Dan dalam bahasa Malaysia pula bermaksud;

"Demikian pula, tidak adakah orang yang mencintai atau mengejar atau ingin mengalami penderitaan, bukan semata-mata kerana penderitaan itu sendiri, tetapi kerana sesekali terjadi keadaan di mana susah-payah dan penderitaan dapat memberikan kepadanya kesenangan yang besar.

Sebagai contoh sederhana, siapakah di antara kita yang pernah melakukan pekerjaan fizikal yang berat, selain untuk memperoleh manfaat daripadanya?

Tetapi siapakah yang berhak untuk mencari kesalahan pada diri orang yang memilih untuk menikmati kesenangan yang tidak menimbulkan akibat-akibat yang mengganggu atau orang yang menghindari penderitaan yang tidak menghasilkan kesenangan?"

***

Paragraf asal Lorem Ipsum berbicara tentang sebuah etika ketika Cicero sangat dekat dengan dunia hukum dan dunia seni.

Tidak hairanlah pada masa kegemilangan Rom, Cicero pernah mendakwa gabenor Sicily iaitu Verres.

Kisah ini sangat terkenal kerana keberanian Cicero menggugat kewibawaan gabenor atas tuduhan pembunuhan dan rasuah.

Kebanyakan tuntutan Cicero terhadap Verres adalah berkaitan dengan karya-karya seni kerana cintanya yang sangat mendalam terhadap kesenian.

BACA INI JUGA: Manuskrip Tok Pulai Chondong Bongkar Rahsia Keris Tuah Dan Jebat!

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, November 22, 2016

Apa Itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?

Apa Itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?

Dengan hanya 4,896 calon UPSR daripada 452,721 murid mendapat semua A bagi enam subjek dalam UPSR 2016, iaitu cuma 1.11 peratus daripada keseluruhan calon, keputusan itu pasti mencetuskan polemik.

KSSR

Mungkin ibubapa terutamanya anak-anak mereka yang bakal mendaftar bagi tahun 1 ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang apa yang diperkatakan dengan KSSR.

Begitu juga ibu bapa yang anak mereka mendapat keputusan UPSR 2016 yang sangat teruk hasil uji kaji terbaru sistem pendidikan Malaysia, tertanya-tanya apa sebenarnya KSSR?

Kerana generasi ini adalah generasi pertama yang akan menggunakan KSSR mengantikan KBSR yang telah digunapakai hampir 3 dekad yang lalu.

Jadi, artikel ini akan cuba menerangkan serba sedikit mengenai apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan KSSR.

Apa Itu KSSR?

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari 2011, bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Latar Belakang

1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada:
  • Pembangunan modal insan
  • Penghasilan pelajar celik minda
  • Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
  • Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab

2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:
  • Dasar. Membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
  • Matlamat. Memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai.

3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah
  • 1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
  • 1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
  • 2003 - KBSR (semakan)
  • 2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Konsep Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah
  • Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
  • Berasaskan Prinsip KBSR:
  • Pendekatan bersepadu
  • Perkembangan individu secara menyeluruh
  • Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
  • Pendidikan seumur hidup

Perbezaan Antara KSSR Dan KBSR

KSSR

Adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi, Sains dan Teknologi, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan serta Keterampilan Diri.

KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

KBSR

Adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu.

Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Bentuk Kurikulum Transformasi

1. Komunikasi
  • Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

2. Sains Dan Teknologi
  • Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
  • Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
  • Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

3. Perkembangan Fizikal Dan Estetika
  • Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
  • Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

4. Kerohanian, Sikap Dan Nilai
  • Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

5. Kemanusiaan
  • Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
  • Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

6. Keterampilan Diri
  • Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

Kurikulum Berasaskan Standard

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Mengapa Standard?
  • Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan
  • Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas
  • Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
  • Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran
  • Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Terikat dengan cara pembelajaran tradisional yang lebih menumpukan kepada teknik menghafal selain kekurangan pendedahan guru mengenai format peperiksaan baru antara punca kejatuhan peratusan murid memperoleh 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan bagi UPSR 2016.

Ini ditambah dengan pengenalan pemarkahan 40 peratus soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diperkenalkan buat pertama kali dikatakan turut menjadi faktor kegagalan murid memperoleh keputusan lebih cemerlang.

Menerusi format baru itu, murid dan guru tidak boleh lagi terlalu fokus kepada konsep pembelajaran secara menghafal semata-mata tapi juga perlu memberi penekanan terhadap pemahaman.

Murid perlu menjawab kertas peperiksaan berkaitan kefahaman dan penulisan yang memerlukan asas kemahiran berbanding soalan berbentuk objektif sebelum ini.

Masalahnya kini, jika guru berterusan mengajar murid dengan cara menghafal, mereka pastinya tidak berpeluang menguasai KBAT dan akhirnya perkara sama akan berulang pada UPSR seterusnya.

Dan berdasarkan keluk normal pencapaian murid, seharusnya murid-murid yang benar-benar cemerlang, peratusannya kecil iaitu maksimum lima peratus daripada keseluruhan pelajar.

Kesimpulan

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha untuk menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21 yang kian rumit sekali gus menuntut murid bukan sahaja bijak dan cerdik tetapi pandai dalam semua aspek kehidupan.

KSSR diharapkan mampu melahirkan murid yang matang dan berupaya untuk bersaing dengan murid di negara maju lain dalam sistem pendidikan global kini.

BACA INI JUGA: 5 Permainan Terbaik Untuk Melatih Anak Asas Subjek Pengkodan Seawal Tadika

Sumber: Sklubokbuntar

Isteri Curang 'Melekat' Selepas Dibomoh Suami!

Isteri Curang 'Melekat' Selepas Dibomoh Suami!

Mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang suami telah menggunakan khidmat bomoh untuk menyumpah alat sulit pasangan ‘kekasih’ tersebut agar melekat bagi mengesahkannya.

Isteri+Curang

Dailymail melaporkan, sumpahan tersebut berhasil apabila pasangan kekasih itu melekat ketika mengadakan hubungan seks sehingga terpaksa meminta pertolongan jiran untuk membantu mereka.

Pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks di rumah wanita berkenaan di Kisii County, Kenya ketika suaminya keluar rumah untuk bekerja.

Media tempatan melaporkan suami kepada wanita tersebut mengesyaki isterinya curang lalu mendapatkan bantuan bomoh untuk menyediakan ramuan khas bagi ‘memerangkap’ pasangan itu.

Ramuan tersebut dihasilkan supaya pasangan terbabit tidak dapat dipisahkan ketika melakukan hubungan seks dan sekaligus membuktikan kecurangan isterinya.

Selepas beberapa jam menahan sakit, pasangan curang itu menjerit untuk meminta pertolongan sebelum jiran datang dan berkumpul bagi melihat insiden memalukan itu.

Jiran bertindak memecahkan pintu rumah dan terkejut apabila melihat pasangan itu melekat dalam keadaan bogel di atas katil.

Isteri+Curang

Kedua-dua mereka dibawa keluar dari rumah menggunakan selimut dan muka ditutup dengan kain akibat malu dengan kejadian itu.

Suami wanita berkenaan yang dihubungi jiran mengarahkan pasangan itu dibawa berjumpa bomoh bagi memisahkan mereka namun bomoh tersebut mengenakan denda sebelum merawat mereka.

Pasangan tersebut diarahkan membayar denda supaya ianya dapat memberi pengajaran kepada individu lain yang curang dalam perkahwinan.

Saksikan video di YouTube.

BACA INI JUGA: Video Lelaki Mati Selepas 'Melekat' Dengan Pasangan!

Sumber: Mynewshub