Tuesday, November 22, 2016

Jaringan Faiz Subri Tersenarai 10 Terbaik Anugerah Puskas

Jaringan Faiz Subri Tersenarai 10 Terbaik Anugerah Puskas

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah menyenaraikan gol Mohd Faiz Subri sebagai antara 10 jaringan tercantik untuk Anugerah Puskas 2016.

Faiz Subri

Fifa dalam laman web rasminya, www.fifa.com, memaklumkan gol Mohd Faiz itu adalah antara yang disenarai pendek bagi melalui proses awal pemilihan sebelum melalui peringkat kedua.

Selain jaringan cantik Mohd Faiz yang dilakukan pada perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Feb lepas, turut tersenarai ialah gol pemain antarabangsa, Lionel Messi dari Argentina.

Peminat bola sepak boleh membuat undian terhadap jaringan pilihan mereka bermula hari ini menerusi laman web Fifa sehingga 2 Dis ini.


Tiga jaringan terbaik yang mendapat undian terbanyak akan melalui undian sekali lagi.

Jom undi FAIZ SUBRI dilaman web FIFA PUSKAS AWARD.

Pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Fifa di Zurich pada 9 Jan 2017.

10 Gol Terbaik Anugerah Puskas FIFA 2016
  1. Mario Gaspar (Sepanyol) - 13.11.2015
    Spain V England, persahabatan antarabangsa
  2. Hlompho Kekana (Afrika Selatan) - 26.03.2016
    Cameroon V South Africa, Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
  3. Marlone (Brazil) - 21.04.2016
    Corinthians V Cobresal, Copa Libertadores
  4. Lionel Messi (Argentina) - 21.06.2016
    USA V Argentina, Separuh akhir Copa América Centenario
  5. Neymar (Brazil) - 08.11.2015
    Barcelona V Villarreal, La Liga
  6. Saúl Ñíguez (Sepanyol) - 27.04.2016
    Atlético Madrid V Bayern Munich, Liga Juara-Juara Eropah
  7. Hal Robson-Kanu (Wales) - 01.07.2016
    Wales V Belgium, EURO 2016
  8. Daniuska Rodríguez (Venezuela) - 14.03.2016
    Venezuela V Colombia, Kejohanan Bola sepak Wanita B-17 Amerika Selatan
  9. Simon Skrabb (Finland) - 31.10.2015
    Gefle V Åtvidaberg, Liga Allsvenskan, Sweden
  10. Mohd Faiz Subri (Malaysia) - 16.02.2016
    Penang V. Pahang, Liga Super Malaysia

BACA INI JUGA: Apa Itu Anugerah Puskás FIFA?

Sumber: BERNAMA

Muzium Pamer Koleksi Batu Pelik Berwajah Manusia Di Tokyo

Muzium Pamer Koleksi Batu Pelik Berwajah Manusia Di Tokyo

Di Bandar Chichibu, Tokyo, terdapat sebuah muzium yang sangat unik dan pelik! Muzium ini memaparkan koleksi-koleksi batu pelik berwajah manusia.

Muzium Chinsekikan

Jadi, jika anda merancang pergi ke Tokyo, jangan lupa untuk berkunjung ke Bandar Chichibu sekali.

Walaupun kedengaran agak lucu, jangan ketawa dahulu kerana Muzium Chinsekikan di Chinchibu ini sangat popular di sana.

Muzium Chinsekikan

Di muzium ini terdapat sebanyak 1700 koleksi batu-batu berbentuk pelik, dan 900 daripadanya dikatakan mirip seperti wajah manusia.

Malah ada di antaranya dikatakan mirip tokoh-tokoh terkenal seperti Elvis Presley, ET, Boris Yeltsin dan watak permainan video Donkey Kong, memang aneh sungguh batu-batu ni.

Muzium Chinsekikan

Pemilik asal muzium ini menghabiskan masanya selama 50 tahun mengumpulkan batu-batu berbentuk aneh sebelum meninggal dunia pada tahun 2010, dan kini tanggungjawab menguruskan muzium ini disambung oleh anak perempuannya pula.

Buat pengetahuan anda, Muzium Chinsekikan masih lagi mencari batu-batu berbentuk pelik untuk ditambah ke dalam koleksinya. Jika anda menjumpai batu berbentuk pelik, boleh la menyumbang kepada muzium ini.

Muzium Chinsekikan

Risau juga kalau terjumpa batu berbentuk seperti muka sendiri, tapi berkunjung ke Muzium Chinsekikan memang idea yang sangat menarik.

BACA INI JUGA: Batu Pelik Yang Merokok Seperti Manusia

Sumber: Thevocket

Acer Lancar Swift 7 Laptop Paling Nipis Di Dunia

Acer Lancar Swift 7 Laptop Paling Nipis Di Dunia

Acer Malaysia telah melancarkan laptop ternipis di dunia dengan tahap kenipisan hanya 9.98mm iaitu Swift 7. Ia dijual pada harga RM4,999.

Acer Swift 7
Acer Swift 7.

Laptop Swift 7 memiliki skrin 13.3 inci HD penuh menggunakan paparan IPS dan kaca Corning Gorilla Glass 4 yang beroperasi dengan senyap memandangkan tiada kipas penyejuk dibina di dalam.

Ia mempunyai berat hanya 1.1 kilogram (kg) dengan rekaan aluminium unibodi gandingan warna hitam dan emas yang menawarkan rekaan premium dan elegan.

Acer Swift 7 mempunyai jangka hayat bateri yang mampu bertahan sembilan jam dengan pemprosesan Intel Core i5 (Kaby Lake) generasi ketujuh bersama pilihan RAM sehingga 8GB dan storan SSD 256GB yang pantas.

Turut dilancarkan, Acer Swift 3 dengan warna baru iaitu emas.

Acer Swift 3
Acer Swift3.

Selain itu, Acer juga memperkenalkan laptop dengan monitor boleh pusing dan menukarnya menjadi tablet.

Boleh dipusingkan sehingga 360 darjah, Spin 7 sudah pasti mempunyai berguna bagi keduadua fungsi, laptop atau tablet yang disokong fungsi Continuum dalam Windows 10

Meskipun ciri boleh pusing ini hebat, Spin 7 masih direka nipis 10.98mm dan beratnya sekitar 1.2kg saja.

Acer Spin 7
Acer spin 7.

Acer turut mengambil kesempatan melancarkan monitor game Predator Z1 yang bersaiz 27 inci dengan rekaan lengkung digabungkan teknologi NVIDIA G-SYNC lengkap pengesan mata Tobil.

BACA INI JUGA: Inilah Laptop Pertama Di Dunia

Sumber: Hmetro

Monday, November 21, 2016

Jam Tangan Patek Philippe Reference 1518 Paling Mahal Di Dunia Berharga RM48.4 Juta!

Jam Tangan Patek Philippe Reference 1518 Paling Mahal Di Dunia Berharga RM48.4 Juta!

Seutas jam tangan Patek Philippe Reference 1518 memecah rekod jam tangan paling mahal dilelong dengan harga RM48.4 juta pada awal November 2016.

Patek Philippe Reference 1518

Harga jam tangan tersebut ditetapkan 13 minit selepas lelongan dimulakan di lelongan jam Phillips in Association with Bacs & Russo di Geneva.

Menurut laporan CNN, terdapat 8 pihak berminat untuk membeli jam tersebut pada awal lelongan.

"Mereka berlawan harga sehinggalah harga mencecah nilai tertinggi dan tinggal dua pihak bertarung harga," kata pengurus lelongan, Sam Hines.

Kata Sam, jam tersebut 'menjadi rebutan ramai' dan hanya wujud empat utas di dunia dalam keadaan sempurna.

Jam tangan Patek Philippe Reference 1518 telah dihasilkan pada 1943 dan mengandungi fungsi fasa bulan, tanda waktu arab dan meter tachy yang mampu mengukur kelajuan dan jarak.

Sebelum ini, rekod jam termahal pernah dilelong dipegang oleh jenama sama tetapi model yang berlainan iaitu Patek Philippe Reference 5016 pada harga RM32.1 juta.

Dalam dunia jam tangan, produk buatan Patek Philippe dianggap sama taraf dengan sebuah Rolls-Royce.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH

Mengapa Google Tidak Memandang Graduan-Graduan Universiti Yang Hebat?!

Mengapa Google Tidak Memandang Graduan-Graduan Universiti Yang Hebat?!

Sudah bertahun Syarikat Google mengetepikan pengambilan para pekerja yang memiliki gred pencapaian yang tinggi, latar belakang universiti yang terbaik malah hanya menjalankan temuduga yang melibatkan pengetahuan intelek.

Google+Secret

Laszlo Bock, Ketua Operasi Google sendiri mengakui bahawa pengambilan pekerja di syarikat ini bukanlah semata-mata mengenai kelayakan!

Ikuti apa yang dikongsikan oleh beliau terhadap ciri-ciri yang diperlukan dalam menjawat pekerja di syarikat Google.

1. Graduan Universiti Terkemuka Kurang Kerendahan Hati

Kajian mendapati bahawa graduan muda yang berjaya telah dimomokkan supaya bergantung pada bakat semata-mata.

Hal ini akan mengakibatkan mereka untuk sentiasa berjaya tanpa merasai kegagalan disebabkan bakat dan kepakaran yang dimiliki.

Justeru, kerendahan hati mereka untuk menerima kegagalan terlalu sedikit sedangkan itu bukanlah yang Google mahukan.

Google melihat kepada mereka yang mampu bangkit semula dan teguh berhadapan dengan idea yang dilontarkan oleh individu lain dengan idea yang lebih hebat.

Tambah Bock lagi, “Individu yang berjaya lazimnya akan merasai kegagalan dan kegagalan itulah akan dipelajarinya untuk menjadi yang lebih baik.”

2. Mereka Yang Tiada Pendidikan Tinggi Sangat Luar Biasa

Bakat boleh wujud dalam pelbagai cara yang menyebabkan pengurus sesebuah syarikat akan menjadikannya sebagai kelayakan untuk bekerja.

Kata Bock, “Apabila anda memerhatikan mereka yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mereka mampu mencorak jalan kehidupannya, mereka itulah insan yang sangat luar biasa. Oleh itu, syarikat kami seharusnya mengambil orang seperti mereka,”

3. Keinginan Untuk Mempelajari Sesuatu Lebih Penting Daripada Kebijaksanaan

Kejayaan dalam pembelajaran di peringkat universiti bukanlah menjadi penanda aras seseorang itu mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan.

“Untuk setiap skop kerja, perkara utama yang dititikberatkan adalah keupayaan pemikiran umum (general cognitive ability) dan bukannya IQ.

"Hal tersebut ialah keupayaan pembelajaran yang mampu mengasingkan maklumat-maklumat yang diterima.”

“Kami uji calon dengan menggunakan temuduga tingkah laku berstuktur (structured behavioral interviews) yang membantu mengesahkan sesuatu jangkaan.”

“Melalui temuduga ini, kami mampu mencari pekerja yang bersesuaian dengan matlamat syarikat mengenai kepimpinan.

Hal tersebut bukannya seperti memimpin kelab atau persatuan di universiti dan sebagainya, namun keupayaan untuk memimpin apabila diperlukan,” ujar Bock.

BACA INI JUGA: 'Sebulan Bekerja Sebagai Pemetik Buah Di Australia Buat Saya Sedar Realiti Sebenar'

Sumber: Majalahniaga

6 Sebab Kenapa UPSR Tak Penting Dan Bukan Penentu Masa Depan

6 Sebab Kenapa UPSR Tak Penting Dan Bukan Penentu Masa Depan

Ketika anak aku umur 12 tahun sedang layan Facebook, dia nampak kawan-kawan di Malaysia ambil keputusan UPSR, lalu bertanya.

UPSR

“Tak pe ke kalau tak ambil exam?” risau dia.

“Tak pe. Bukan boleh masuk universiti pun,” aku kasi yakin.

Tapi kalau tanya aku, UPSR tidak perlu ambil pun tak apa kot. Kalau boleh mansuhkan terus.

Aku tengok anak risau kalau tidak catch up dengan kawan. Takut tertinggal. Awal lagi kita asingkan anak. Ikut sistem exam.

Memang ada anak yang lambat berkembang sikit. Late bloomer. Normal. Tapi dia bukan bodoh.

Enjoy sajalah. Mahu berkawan-kawan. Asalkan seronok dan mahu pergi sekolah, itu sudah cukup bagus. Makin banyak exam kau buat, makin besar beza sistem sosial kita.

Motivasi dan semangat budak yang lemah mati disitu. Asyik cakap diri ‘Aku ni tidak pandai mana’. Asyik kelas corot. Sampai besar dia akan ingat dia tidak pandai.

Aku tengok mat salleh, sudah tua bangka pun suka je baca buku. Belajar sepanjang hayat. Kerana ilmu katanya. Bukan sebab exam semata.

Kalau satu ujian yang sama dibuat untuk menilai semua orang, macam tidak adil. Ikan pun akan rasa bodoh sepanjang hayat, kalau diuji suruh panjat pokok.

Budak mahu main. Masa main itu dia belajar. Cuba nilai dari bentuk usaha dan kemampuan. Kalau pandai main bolasepak, sokong dia sampai jadi world footballer. Nilai dari kebolehan dia main. Bukan ujian kertas.

Kalau risaukan kerjaya mereka, kita perbaiki sistem kerjaya. Bagi gaji sama rata. Takkan semua berebut masuk sains saja.

Di Finland, guru kerja yang untuk ada kelayakan tinggi. Sampai Master pun. Di Jepun, cikgu itu dihormati setaraf dengan doktor atau profesional lain. Semua kerja sama rata nilainya.

Barulah budak rasa yakin, kerjaya apa pun boleh cari makan. Orang dihargai. Bukan doktor aje.

Lebih separuh orang German pilih kemahiran vokasional. Jadi chef, juruletrik, tukang kayu, tukang kimpal. Mereka percaya kemahiran adalah sama nilai dengan kelulusan universiti. Tidak perlu degree pun.

Di Malaysia itu kerja 2nd class, kasta bawah. Susah, kotor dan comot. Gaji sikit, orang pandang rendah.

Selagi sistem pendidikan kita tidak selaras dengan sistem sosial, selagi itu kita akan berdebar tiap kali anak mahu exam.

Ibu bapa tidak kisah pun sebenarnya ada UPSR ke tidak. Tapi yang buat jadi kisah, sebab sistem kita ni kelakar sikit. Tahun ini lain, tahun depan lain. Bila menteri lain, sistem jadi lain.

Sebab anak dilayan seperti tikus putih, mak bapak tikus mana yang tidak risau kejap gini kejap gitu. Flip flop.

Aku cuma kesian pada anak-anak. Pagi sampai malam kena kerah, lebih teruk dari orang kerja.

Jadi kalau tidak dapat A, pujilah usaha dan kemampuan dia. Ramai je yang tidak masuk asrama penuh, MRSM, tapi jadi orang juga.

Ingat, pelajaran sangat penting, tapi UPSR dan peperiksaan bukanlah pengakhiran kepada segala-galanya.

Catatan kembara,
Irwan Dahnil,
UPSR hanya 1B,
Glasgow, Scotland

BACA INI JUGA: Jangan Seksa Anak Dengan Pendidikan Akademik Terlalu Awal

Sumber: Thevocket

Saturday, November 19, 2016

Berterus Terang Ramuan Rahsia Madu Tiga

Berterus Terang Ramuan Rahsia Madu Tiga

Andai tidak bersalah, tidak perlu risau. Selalu yang jadi masalah apabila membuat salah. Sifir ini berguna untuk semua keadaan.

Rahsia Madu Tiga

Baik dalam perniagaan, politik, rumah tangga bahkan percintaan. Berterus terang dalam apa jua keadaan adalah penyelamat.

Elakkan pasangan berfikir yang bukan–bukan. Kadang-kadang memang tiada masalah tetapi apabila disembunyikan, ia menjadi barah.

“Saya hairan melihat ada agamawan sendiri takut hendak berpoligami, sedangkan mereka tahu hukum-hakam.

Juga sekiranya golongan ini berkahwin lebih akan menjadi contoh kepada masyarakat bagaimana yang dikatakan adil.

Tetapi itulah yang kita lihat ramai juga dalam kalangan agamawan ini tetap tidak berpoligami. Yang berkahwin lebih ini lazimnya daripada kalangan mereka yang biasa-biasa sahaja yang penuh dengan kepalsuan.

Apabila cerita mereka meledak dalam kalangan masyarakat, orang jadi naif tentang poligami sedangkan ia dibenarkan dalam Islam.

Langsung ada yang menganggap berkahwin lebih itu sentiasa buruk walhal hakikatnya tidak begitu kerana ianya adalah sunnah.

Lihat sahaja apabila agamawan dan penceramah bebas terkenal berkahwin buat kali ketiga – Ustaz Azhar Idrus (UAI), tidak kurang juga yang mencemuh dan melemparkan pelbagai kata terhadap beliau.”

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik daripada apa yang dihalalkan Allah untuk kamu dan jangan kamu melewati batas. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melewati batas” – Surah al-Maidah: 87

Kepentingan Untuk Berterus Terang

“Saya tidak pernah berbohong kepada isteri apabila ingin berkahwin lagi. Walaupun bagi wanita bermadu itu pahit, saya bersyukur kerana ketiga ketiga- tiga isteri saya menerima ketentuan hidup ini.

Dari segi hukum Islam, seorang lelaki boleh berkahwin sampai empat orang tanpa kebenaran Isteri. Tetapi saya menghormati undang-undang syarie yang ditetapkan, saya meminta izin isteri setiap kali ingin berkahwin lagi.

Saya tidak perlu menyorok daripada mereka dan saya juga tidak perlu memburukan isteri kerana apa yang saya lakukan bukannya salah. Saya bukan buat jahat, saya mahu berkahwin kerana saya ada kemampuan.” – Salih Yaacob

Petua berterus terang ini sangat baik. Jangan sekali-kali membiarkan pasangan mereka-reka cerita dalam mindanya berdasarkan apa yang dirasa atau dilihat.

Jika si suami kurang bercakap tetapi kerap menghias diri, memang pelbagai syak wasangka akan tercetus dalam fikiranya. Terus sahajalah bertanya dan para suami jangan culas untuk berterus terang.

“Tak, abang sekarang ni tengah risau sikit pasal proses kenaikan pangkat. Pasal tu tak berapa nak cakap sebab risau dan pasal tulah abang belajar berlawa-lawa sedikit.”

Kata-kata begini boleh memadam semua prasangka yang bersarang dalam kepala. Sama ada jujur ataupun tidak, penjelasan itu sekurang-kurangnya memberi sedikit kelegaan.

Meskipun berterus terang sangat baik untuk sesebuah perhubungan terutama rumah tangga, wanita juga perlu lebih memahami. Kadang-kadang suami kalian sengaja menyembunyikan sesuatu untuk memberi kejutan.

Hakikatnya tidak ramai yang mampu berbuat seperti Salih Yaacob. Lihat sahaja situasi yang digambarkan oleh Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee dalam filemnya ‘Madu Tiga’. Itu baru tiga belum empat.

Sebenarnya, manusia hanya memerlukan penjelasan. Biar pahit bagaimanapun sesuatu perkara itu jika diiringi dengan penjelasan yang jujur dan dilakukan dalam senario yang betul, ia boleh diterima.

Yang menjadi marah, sudahlah tidak amanah, menipu lagi. Huh!

#Artikel ini adalah petikan daripada buku Kompilasi Jiwa Muslim, Dr. HM Tuah

BACA INI JUGA:

sumber: Akuislam

Kenali Sahabat Toksik Dan Selamatkan Diri Anda

Kenali Sahabat Toksik Dan Selamatkan Diri Anda

Apakah yang dimaksudkan dengan sahabat toksik? Bagaimana anda boleh tahu anda sedang berada disekitar sahabat toksik? Dan paling penting, apa yang anda harus buat mengenainya?

Sahabat+Sejati
Sahabat sejati.

Secara mudah, sahabat toksik boleh didefinisikan sebagai sahabat yang mempunyai tingkah laku yang sangat tidak menyenangkan, dan meracuni kepada orang-orang di sekeliling mereka.

Dalam erti kata lain, mereka sama sekali tidak positif ke atas kehidupan orang lain.

Mereka akan buat segala-galanya nampak teruk, tidak pernah berpuas hati walaupun sebeberapa banyak kita usahakan.

Bahaya sebenar orang sebegini adalah kepakaran mereka memanipulasi keadaan, membuatkan anda rasa bersalah, dan seolah-olah anda berhutang sesuatu kepada mereka.

Mereka memerangkap anda secara psikologi. Mereka juga berterusan mengambil sesuatu daripada anda.

Atau berterusan melakukan sesuatu yang menyakitkan anda, kemudian mengatakan mereka lakukan semua itu hanyalah untuk anda.

Sahabat toksik boleh dijumpai di mana-mana. Di sekitar kejiranan, tempat kerja malah juga keluarga.

Malah, hampir semua orang dikelilingi orang sebegini.

Semakin anda dewasa, anda akan menemui semakin banyak orang-orang sebegini masuk ke dalam kehidupan anda..

Kita mungkin tidak boleh mengubah mereka, tetapi kita boleh ubah cara kita berurusan dengan mereka.

Terdapat beberapa perkara orang toksik lakukan untuk memanipulasi keadaan demi kepentingan mereka.

Mengetahui bagaimana jenis-jenis kelakuan mereka akan membantu anda untuk menyelamatkan diri dari dimanipulasi secara berterusan.

1. Mereka selesa berbohong

Pertama sekali, selalunya sahabat toksik suka untuk menipu.

Mereka suka membelit dan mereka-reka cerita dalam segala hal. Jalan cerita mereka selalu menyimpang jauh, menyorok maklumat atau berbohong secara direct.

Mereka selesa untuk menipu secara kecil-kecilan, sehingga anda tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah mengenai setiap kata yang keluar dari mulut mereka.

Dan apa yang paling bahaya, mereka menyembunyikan kebohongan mereka disebalik kata-kata manis dan nampak menyakinkan sehingga kita tidak berasa syak.

2. Mereka pakar memanipulasi keadaan

Anda akan rasa hanya anda yang bersungguh-sungguh untuk berkawan dengan mereka.

Sahabat toksik bijak membuatkan anda rasa berhutang sesuatu dengan mereka, dan berterusan mengambil kesempatan terhadap anda.

Mereka tidak pernah ambil peduli tentang apa perasaan anda.

Mereka hanya mengambil berat tentang perasaan mereka, apa yang mereka mahu lakukan, apa mereka perlukan, dan bahagia memanipulasi anda untuk memastikan hajat mereka dipenuhi.

Dalam persahabatan, ini mungkin dengan:
  • Meminta anda untuk menjaga anak-anak mereka walaupun ia bukan mudah untuk anda.
  • Memaksa anda untuk menukar rancangan untuk bertemu dengan mereka.
  • Membuatkan anda down dengan mengkritik penampilan, personaliti atau kemahiran anda.

Dan pelbagai lagi.

3. Projecting perasaan mereka ke dalam anda

Sahabat toksik tidak mengaku apa yang mereka rasa, sebaliknya mereka berkelakuan seolah-olah anda yang sedang mengalaminya.

Perkara ini dipanggil projecting. Mereka memancarkan perasaan mereka terhadap diri anda.

Sebagai contoh, dia rasa cemburu tapi tidak mengakuinya. Malah menuduh anda pula yang cemburu terhadapnya.

Ia mungkin kedengaran lembut seperti, “awak OK ke ni?” atau lebih terarah, “kenapa awak marah pada saya?” atau “saya tengok anda moody je ni.”

Anda akan berterus-terusan mempertahan diri anda (sebab anda memang tak rasa macam itu) dan perkara ini akan berulang-ulang.

Anda kena perlu jelas tentang perkara ini.

Jika anda berasa seolah-olah anda telah mempertahankan diri anda terlalu banyak kali terhadap tuduhan dan soalan yang tidak berasas, anda mungkin telah di projecting.

4. Mereka selalu penuh dengan drama

Kepada anda yang lurus, anda hanya akan nampak seolah-olah orang-orang sebegini selalu bernasib malang.

Mereka ditipu, rumah mereka dimasuki pencuri, dompet mereka hilang. Hidup mereka kelihatan selalu ditimpa masalah.

Benarkah begitu?

Atau mereka memperbesar-besarkan cerita untuk menarik perhatian dan meraih simpati?

Mungkin perkara itu benar-benar berlaku, tetapi ia tidak perlulah terlalu dramatik.

Apa pun alasannya, anda sering akan mendapati bahawa seseorang toksik hidup penuh dengan drama, dan sentiasa berlebih-lebihan dalam menghadapi pengalaman negatif yang menimpa mereka.

Menggunakan nasib malang mereka untuk menarik perhatian anda kepada mereka.

5. Selalu membuat anda dilemma

Sahabat toksik menggunakan rasa bersalah untuk mengawal persahabatan.

Mereka kerap akan meletakkan anda dalam kedudukan di mana anda perlu memilih di antara mereka dan sesuatu yang lain – dan anda akan sentiasa terasa wajib memilih mereka.

Mereka pakar membuatkan anda rasa kasihan terhadap mereka.

Lakonan mereka licik seperti layak untuk memenangi anugerah Oscar.

Orang sebegini akan menunggu anda mempunyai sesuatu komitmen dan akan memulakan drama.

“Kalau awak betul ikhlas berkawan dengan saya, awak jangan balik kampung cuti ni”

Rasa bersalah memainkan peranan besar dalam hal ini. Manusia normal, pasti rasa amat tidak selesa diselubungi rasa bersalah. Anda rasa berdosa bila tidak membantu mereka.

Tetapi malangnya, perasaan ini akan menjerat anda nanti.

Masalah ini tidak akan pernah berhenti. Kita tiada kebebasan untuk menentukan halatuju kita sendiri.

6. Mereka tidak pernah mengaku salah

Selalunya mereka sukar meminta maaf. Sebelum mereka sesekali mengatakan maaf, mereka terlebih dahulu akan berbohong, memutarbelit cerita.

Mereka mengubah bagaimana sesuatu itu berlaku dan menceritakan semula ia dengan begitu meyakinkan bahawa mereka tidak salah 100%

Seboleh-bolehnya mereka akan melibatkan orang lain.

Mereka mahu anda berasa bersalah kerana menyalahkan mereka.

Jangan mengalah dengan kebenaran pada anda, tetapi jangan meneruskan perdebatan dengan mereka.

Percayalah mereka lebih handal memutarbelit keadaan. Just move forward.

Sesetengah hanya mahu menang dan tiada gunanya anda melayan orang sebegini.

7. Mereka sukakan melemahkan semangat anda

Mereka akan mencari sebab berita baik anda bukan sesuatu yang bagus.

Sebagai contoh:
Bila anda berjaya menamatkan pengajian dan grad, mereka akan berkata “jangan gembira sangat, kerja belum tentu ada untuk course ni”

Bila anda berjaya mendapat kerja, mereka akan berkata “gaji tak berbaloi dengan kerja kau buat ni”

Bila anda mahu berkahwin, mereka akan berkata “cukup ke nanti duit kau untuk tanggung anak bini nanti”

Anda nampak coraknya disini.

Mereka sentiasa cuba untuk membuatkan anda ragu-ragu dan down.

Jangan biar mereka memperkecilkan anda. Lagipun anda tidak perlukan pendapat mereka juga.

8. Mereka selalu meninggalkan perbualan tergantung

Mereka tidak menjawab mesej anda. Mereka tidak melayan panggilan telefon.

Anda akan tertanya-tanya dan kerap berteka-teki dengan mereka, andakah urusan anda dengan dia sudah selesai? Anda tak tahu mereka masih hidup atau sudah mati.

Mereka muncul bila memerlukan anda – kemudian offline (tanpa menjawab pertanyaan anda).

Perkara ini berlaku berulang-ulang sehingga anda berasa jenuh dengan mereka.

Sahabat yang benar-benar mengambil berat tentang anda tidak akan pernah membuat anda seperti sampah. Mereka akan cuba mengakhiri perbualan dengan baik.

Perkara sebaliknya berlaku jika mereka memerlukan anda.

9. Mereka menggunakan perkataan lembut dalam nada yang makan dalam

Mesej yang disampaikan mungkin nampak murni, tetapi disampaikan dalam nada yang membawa maksud lain.

“Kau buat apa hari ni” boleh membawa pelbagai maksud bergantung kepada bagaimana ia diucapkan.

Untunglah naik gaji.. kerja “rilek-rilek” pun gaji banyak..

Ayat sinis sudah menjadi amalan mereka. Mereka gemar membuat ayat makan dalam agar kita berasa bersalah atau kecil hati.

Malah bila kita bertanya mengapa mereka bercakap sebegitu, mereka akan menyerang kita dengan mempersoalkan pula mengapa kita ‘terlebih sensitif’, kenapa kita nak marah – seolah-olah kitalah yang mencetuskan pertengkaran.

10. Bercakap benda yang tiada kaitan

Mereka selalu mengungkit benda yang telah lepas.

Apabila ada pertikaian dan anda cuba untuk menyelesaikan, sahabat toksik akan membawa point yang tidak relevan daripada peristiwa-peristiwa yang lalu.

Masalah yang akan timbul adalah anda akan sibuk pula mempertahankan diri untuk sesuatu yang sudah selesai pada enam bulan lepas, dan bukannya dapat fokus menyelesaikan isu yang sedang berada ditangan.

Selalunya, ia akan berakhir seolah-olah kitalah yang jahat terhadap mereka.

11. Mereka suka memperbesar-besarkan dan meyalahkan orang lain

“Kau selalu buat macam ni…”

“Kau tak pernah nak faham aku…”

Sukar untuk mempertahankan diri dalam bentuk manipulasi sebegini. Orang toksik selalu mengambil perkara kecil untuk diperbesarkan untuk membuktikan kelemahan anda.

Apa yang diungkapkan mereka, seolah-olah kita yang salah dan membuatkan mereka bersedih.

Mereka sering menyalahkan orang lain terhadap masalah yang mereka lakukan. It’s always someone else’s fault. Malah anda juga akan dipersalahkan.

12. Mereka suka menilai

Kita semua membuat kesilapan kadang-kadang, tetapi orang toksik akan ambil perkara itu sebagai sesuatu yang sensasi.

Mereka akan membuat kita rasa sentiasa diperhatikan.

Mereka akan bersikap judgemental dan menjatuhkan harga diri anda dengan menunjukkan anda lemah kerana telah membuat kesilapan.

Tidak salah melakukan kesilapan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dalam hidup.

Jadi mengapa kita harus membiarkan orang lain menilai kita?

13. Hanya mengambil dan jarang memberi

Sahabat toksik selalu mengambil.

Anda ibarat ‘pokok pinjaman’ dan mereka adalah ‘pemetik’. Harta anda adalah harta mereka. Segalanya mereka mahu pakai, dari sebesar kereta, pakaian, wang dan sehinggalah masa anda yang berharga.

Apabila mereka membuat panggilan atau whatsapp, mereka mengharapkan anda memberi respons serta-merta. Jika tidak, inbox anda akan dibanjiri mesej agar menjawab mereka.

Apabila tiba giliran anda untuk memerlukan bantuan, jangan berharap kepada rakan toksik untuk bertindak balas. They won’t.

Apa yang anda perlukan, tidak sepenting apa yang mereka buat pada waktu tersebut.

Anda akan diberi pelbagai alasan (yang direka-reka) dan anda mesti faham.

Hanya masalah mereka yang lebih penting berbanding masalah anda.

Dapat?

Anda tidak mahu bersahabat tapi pada masa yang sama rasa terperangkap..

Toksik sinonim dengan racun, maut dan tidak sihat.

Sudah menjadi sunnatullah, badan kita tidak boleh menerima elemen-elemen beracun kerana ia akan menjejaskan tubuh kita.

Dalam kes ini, ia akan merosakkan jiwa kita.

Kaedah terbaik adalah mengurangkan perhubungan dengan mereka. Jangan rasa bersalah dan teguhkan hati. Cintai diri sendiri dahulu sebelum mencintai orang lain.

Dari Abu Musa Asy-Asy’ari, Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya, Perumpamaan Teman yang Baik dan Teman yang Buruk, adalah Seperti Penjual Minyak Wangi dan Tukang Pandai Besi.

Seorang Penjual Minyak Wangi akan memberi kamu Minyak, atau kamu Membelinya, atau kamu mendapati Bau yang Harum darinya.

Sedangkan Pandai Besi, maka bisa jadi akan Membakar bajumu dan bisa pula engkau mendapati darinya Bau yang Busuk”. (HR. Muttafaq ‘Alaih).

Adakah hidup anda sekarang ini wujud sahabat yang bersifat toksik sebegini?

Kongsikan pada ruangan komen dibawah bagaimana anda berhadapan dengan mereka.

BACA INI JUGA: Kisah Sahabat Nabi Yang 'Ditakuti' Doanya

Sumber: Akuislam

Sambutan Hari Tandas Sedunia

Sambutan Hari Tandas Sedunia

Sambutan Hari Tandas Sedunia disambut pada 20 November setiap tahun sebagai kempen supaya orang ramai menggunakan tandas awam dengan baik dan memastikannya sentiasa terjaga.

Toilet day

Mungkin ada yang kurang setuju menetapkan Hari Tandas Sedunia sama tarikh dengan Hari Lelaki Sedunia.

Bagaimanapun, dari sudut positif tandas juga memainkan peranan penting dalam kehidupan. Kebersihan tandas mampu mempengaruhi emosi sesiapa saja.

Dilancarkan pada 19 November 2001, Hari Tandas disambut di lebih 19 negara dengan pelbagai acara dan aktiviti berkaitan kebersihan tandas dan penggunaan yang betul.

Tujuannya untuk memberi kesedaran me­ngenai lebih 2.6 bilion manusia yang masih belum menikmati kemudahan tandas yang bersih dan teratur.

Hari Tandas Sedunia juga menekankan kepentingan sanitasi yang bersih dan kesan besar terhadap psikologi, kesihatan dan emosi akibat pengurusan sanitasi yang tidak betul.

Justeru, jagalah tandas di rumah dan di tempat awam sebaik-baiknya.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Khasiat Dan Manfaat Buah Tiin Untuk Hidup Sihat

Khasiat Dan Manfaat Buah Tiin Untuk Hidup Sihat

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah, buah tiin memiliki banyak khasiat antaranya, dapat mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang berkumpul, memberi khasiat yang baik kepada tubuh dan melawan racun di dalam badan.

Buah Tiin

Ramai di antara kita tidak mengetahui keistimewaan dan manfaat besar yang terdapat pada buah tiin atau nama latinnya Ficus Carica untuk kesihatan.

Ini kerana mungkin disebabkan buah tiin bukan berasal dari negara kita dan ianya banyak didapati di sekitar negara Timur Tengah dan laut meditranean.

Walaupun buah tiin berasal dari Syam, Palestin dan Mesir tetapi ia juga diperkenalkan di Itali lebih kurang 2000 tahun yang lampau dimana buah Tiin berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah.

Buah Tiin Disebut Dalam Al-Qur'an

Di dalam Al Qur'an terdapat surah khusus yang menyatakan tentang khasiat buah tiin iaitu Surah At Tiin di mana Allah telah bersumpah dengan buah tiin dan zaitun, juga dengan Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Surah At Tiin ayat 1- 3).

Pasti ada hikmah di sebalik mengapa Allah telah berfirman dalam Al Qur'an, mungkin kerana khasiat dan keistimewaan buah Tiin yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”. (HR Abu Darda; Suyuti)

Penemuan Khasiat Buah Tiin Hasil Kajian Sains

Manfaat buah Tiin juga dibuktikan melalui penemuan–penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan yang boleh didapati dari sebiji buah tiin apabila dimakan.

Khasiat buah tiin juga berbeza berbanding dengan buah-buahan lain dan juga lazat serta mempunyai nilai pemakanan sihat yang tinggi.

Selain dari itu, buah Tiin juga dikenali sebagai:
  • Bahan pelancar (laxative)
  • Penahan sakit
  • Baik sebagai unsur perkumuhan air kencing (diuretik)

Prof J. A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa buah tiin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain.

Buah tiin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol, dan mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.

Kajian oleh beliau mendapati bagaimana buah tiin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia.

Satu saiz hidangan buah tin (100g atau ¼ cawan) mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian tubuh badan kita. Daripada jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut.

Hasil-hasil Kajian Mengenai Kelebihan Buah Tiin

Kajian dari California Fig Nutritional Information – Buah tiin mengandungi serat yang tinggi, di mana setiap 100gm buah tiin kering mengandungi 12.2g serat berbanding dengan buah epal (2.0g).

Kajian yang disiarkan di Qatar – Buah tiin kaya dengan kalsium dan potasium yang mengandungi zat benzaldehyde yang sangat baik untuk melawan sel-sel kanser.

Website Cancer Foundation – Kajian dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan benzaldehyde terbukti sangat berkesan dalam melawan kanser.

Website Cancer Foundation – Kajian dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan benzaldehyde terbukti sangat berkesan dalam melawan kanser.

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat – Buah tiin mengandungi vitamin A, C, Kalsium, Magnesium hingga Potasium. Ia juga baik untuk mengawal nafsu makan dan menurunkan berat badan.

Pakar kesihatan – Dengan mengambil buah tiin secara teratur, ia membantu membersihkan racun di dalam tubuh.

Kajian dari Universiti Rutgers, New Jersey – Buah Tiin mengandungi antioksidan, Omega-3, Omega-6 yang mencegah penyakit jantung, rendah lemak, rendah kalori dan bebas kolestrol, sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit diabetes.

Kandungan Nutrisi Bagi Setiap 100g Buah Tiin
  • Tenaga - 250 kcal 1040 kJ
  • Karbohidrat - 63.87 g
  • Gula - 47.92 g
  • Serat- 9.8 g
  • Lemak - 0.93 g
  • Protein - 3.30 g
  • Thiamine (Vit. B1) - 0.085 mg 7%
  • Niacin (Vit. B3) - 0.619 mg 4%
  • Riboflavin (Vit. B2) - 0.082 mg 5%
  • Pantothenic acid (B5) - 0.434 mg 9%
  • Vitamin B6 - 0.106 mg 8%
  • Magnesium - 68 mg 18%
  • Folat (Vit. B9) - 9 μg 2%
  • Vitamin C - 1.2 mg 2%
  • Zinc - 0.55 mg 6%
  • Kalsium - 162 mg 16%
  • Iron - 2.03 mg 16%
  • Fosfor - 67 mg 10%
  • Potassium - 680 mg 14%

Buah Tiin Sebagai Bahan Anti Kanser

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh J.A Vinson juga mendapati bahawa jumlah kandungan ‘polyphenol’ dalam buah tiin adalah paling tinggi berbanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran lain.

Buah tiin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde’ dan ‘coumarins’.

‘Benzaldehyde’ telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor manakala ‘coumarins’ adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.

Mungkin sesetengah daripada kita tidak pernah pun mengetahui keistimewaan dan kebaikan yang terdapat dalam buah tin, apatah lagi ianya terhad di pasaran tidak seperti buah-buahan lain, kerana sukar diperolehi dan harga buah Tiin yang sangat mahal.

Buah Tiin Mencegah Kanser Kolon

Kajian sudah membuktikan bahawa serat terlarut boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan.

Manakala serat tidak larut pula dapat melindungi dan mencegah daripada penyakit kanser usus besar (kolon).

Makanan yang kaya dengan serat terlarut mampu mengurangkan berat badan, oleh itu buah tiin juga sesuai dimakan untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Buah tiin sangat sesuai dimakan oleh setiap orang, kerana ianya merupakan snek terbaik yang sesuai untuk semua golongan termasuklah kanak-kanak kerana mengandungi serat yang tinggi dan manis secara semulajadi.

Jadi, pengambilan buah tiin merupakan satu langkah yang tepat untuk menambahkan pengambilan serat dalam makanan seharian kita kerana terdapat bukti amali yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil serat yang sangat tinggi, didapati jarang menghidapi penyakit kanser dan jantung.

Mungkin dalam keadaan dunia moden sekarang dan kesibukan yang dihadapi oleh setiap orang, agak sukar untuk kita mengelakkan daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi, berkolestrol tinggi dan berlemak dalam makanan seharian kita.

Namun, dengan adanya buah tiin, seharusnya khasiat yang terkandung di dalamnya tidak disia-siakan malah perlu dijadikan sebagai makanan alternatif untuk kita meningkatkan kesihatan.

Buah Tin Mempunyai Bahan Yang Boleh Melawan Kanser

Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam buah tiin ialah, ianya dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser.

Buah tiin mengandungi ‘polyphenols’ yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan.

Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

Buah Tin Membantu Merawat Penyakit-penyakit Kronik

Di samping itu, kehadiran serat, kalium dan magnesium di dalam buah tiin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan juga mampu mengawal tekanan darah tinggi.

Satu berita yang baik bagi pengidap penyakit darah tinggi kerana memakan buah tiin boleh dijadikan amalan bagi mengurang dan mengawal penyakit tersebut.

Manakala bagi penyakit kencing manis, buah tiin juga didapati sesuai untuk golongan tersebut kerana serat yang terdapat dalam buah tiin boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil.

Khasiat Buah Tiin Diiktiraf Oleh Pakar Pemakanan

Gabungan zat yang terkandung dalam buah tiin iaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang.

Sehubungan dengan itu, Dr Oliver Alabaster, iaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahawa jika seseorang mengambil buah tiin sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesihatannya dalam jangkamasa panjang.

Maka, tidak hairanlah jika buah tiin turut diiktiraf oleh pakar-pakar pemakanan moden sebagai makanan nutraseutikal (functional food) kerana ia bukan sekadar mengandungi zat-zat yang berkhasiat malah lebih daripada itu.

Buah Tiin bermanfaat dalam penjagaan kesihatan dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.

Secara Ringkasnya, Buah Tiin Diyakini Mampu Merawat Dan Mencegah Penyakit-penyakit Berbahaya Di Bawah
  • Merawat dan mencegah serangan darah tinggi dan jantung koroner
  • Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh
  • Mencegah serangan jantung
  • Baik untuk pesakit diabetes
  • Mencegah penyakit kanser
  • Mencegah pereputan tulang (Osteoporosis)
  • Menjadikan tubuh lebih tinggi secara semulajadi
  • Sesuai untuk diet bagi mereka yang terlalu kurus
  • Mengatasi insomnia, susah tidur pada waktu malam
  • Mampu mengatasi anemia (kekurangan darah)
  • Sumber nutrisi yang lengkap
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Menyembuhkan buasir
  • Mencegah pertumbuhan tumor kanser
  • Mengatasi masalah gangguan pernafasan
  • Merawat bisul
  • Mempercepat penyembuhan luka
  • Merawat sakit tekak
  • Mampu menurunkan berat badan
  • Melambatkan proses penuaan pada wanita menopause
  • Mencegah kanser prostat
  • Meningkatkan kekuatan lelaki di ranjang
  • Merawat kesihatan dan kecantikan kulit
  • Membersihkan penyumbatan pori dan mengatasi jerawat
  • Baik untuk ibu hamil dan baru melahirkan anak
  • Baik untuk pesakit batu karang
  • Mengawal kadar gula dalam darah
  • Meningkatkan sistem imun tubuh

Manfaat Buah Tiin Sempurna Secara Semulajadi

Di samping itu, Lembaga Penasihat Buah Tiin di California (California Fig Advisory Board) telah menggelar buah tiin sebagai ‘nature’s most nearly perfect fruit’ iaitu ‘buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara semulajadi’.

Oleh yang demikian, anda disarankan untuk selalu memakan buah tiin kerana manfaatnya untuk jangkamasa panjang, selagi hayat dikandung badan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sambutan Hari Lelaki Sedunia

Sambutan Hari Lelaki Sedunia

Apabila ditanya apa menariknya dilahirkan sebagai lelaki, pelbagai sebab diberikan. Ada yang bercakap perihal kekuatan tubuh, tanggungjawab dan tidak terkecuali yang membanding­kannya dengan wanita.

Mens day

19 November diangkat sebagai Hari Lelaki Sedunia bagi memperingati segala jasa, pengorbanan dan peranan lelaki dalam kehidupan seharian.

Dirasmikan pada 1999 di Trinidad & Tobago, acara ini mendapat sokongan menyeluruh daripada pelbagai individu, badan bukan berkepentingan mahupun kerajaan di Australia, Carribean, Amerika Utara, Asia, Eropah dan Afrika.

Sejak itu, Hari Lelaki Sedunia disambut di lebih 60 negara setiap tahun dengan aktiviti dan acara diraikan bersama.

Objektifnya untuk memberi fokus kepada kesihatan lelaki sama ada dalam kalangan kanak-kanak, remaja atau dewasa selain memberikan hak kesaksamaan dan menjadikan mereka sebagai 'role model' positif.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM