Friday, November 18, 2016

Taylor Swift Selebriti Bawah 30an Paling Kaya 2016

Taylor Swift Selebriti Bawah 30an Paling Kaya 2016

Taylor Swift disenaraikan sebagai selebriti paling kaya di bawah umur 30 tahun dalam senarai yang dikeluarkan Forbes.

Taylor Swift

Penyanyi itu memperoleh pendapatan sebanyak $170j (RM746j) mengatasi kumpulan One Direction yang berada di tempat kedua dengan nilai RM485 juta.

Saingan individu terdekat Taylor adalah bintang bola sepak Barcelona dan Argentina, Lionel Messi yang menduduki tempat ketiga dengan pendapatan dianggarkan bernilai $81.5j (RM357j) di antara 1 Jun 2015 hingga 2016.

Walaupun hanya terdapat empat wanita dalam senarai 37 orang (termasuk dua kumpulan pemuzik lelaki), tiga daripadanya berada di tempat lima teratas dengan Adele dan Rihana masing-masing mencatatkan $80.5j (RM353j) dan $75 juta (RM 329j).

Sementara itu, Jennifer Lawrence, satu-satunya pelakon yang disenarai dan juga penerima bayaran tertinggi di Hollywood menduduki tempat ke 12 dengan $46j (RM201j)

Dalam pada itu, selebriti paling muda Justin Bieber dalam senarai pula menduduki tempat keenam dengan $56 (RM245j)

The Weeknd ialah seorang lagi penyanyi dalam senarai 10 teratas dengan pendapatan berjumlah $55j (RM242 juta.

Mereka yang turut tersenarai dalam tempat 10 teratas ialah pemain tenis Novak Djokovic. (tempat ke-7), pemain bola keranjang Kevin Durant (ke-8) dan pemain golf Jordan Spieth (ke-10).

Konsert jelajah Taylor 1989 meraih $200 juta(RM877j) di Amerika Utara sahaja, mengalahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh The Rolling Stones.

BACA INI JUGA: Wayne Rooney Atlet Lelaki Muda Paling Kaya 2016!

Sumber: SH

Burung Bernama 'Little Red' Viral Gaya Rambut Seperti Donald Trumph

Burung Bernama 'Little Red' Viral Gaya Rambut Seperti Donald Trumph

Seekor burung pegar emas menjadi sensasi, selepas gaya rambutnya yang dikatakan mirip kepada rambut Presiden Amerika Syarikat yang baharu Donald Trump tersebar luas di media sosial.

Little Red

Burung yang berusia lima tahun itu di namakan sebagai 'Little Red', tinggal di Taman Safari Hangzhou di Wilayah Zhejiang, lapor Shanghaiist.

Menurut penjaga burung tersebut, beliau hanya perasan mengenai perkara itu selepas berulang kali melihat rambut burung peliharaannya itu.

"Saya tidak perasan... kerana saya tidak memberi perhatian khusus kepada gaya rambut burung pegar itu.

Little Red

"Tetapi selepas Trump dilantik sebagai Presiden Amerika, saya mula melihat lebih banyak gambar ia dan saya fikir pegar kelihatan sedikit seperti dia (Trump)," jelas penjaga burung yang enggan dikenali itu kepada Daily Mail.

BACA INI JUGA: Seekor Burung Ditangkap Disyaki Ejen Perisik Israel!

Sumber: SH

Lin Dan Mengaku Curang Sewaktu Isteri Mengandung!

Lin Dan Mengaku Curang Sewaktu Isteri Mengandung!

Pemain badminton terkenal China, Lin Dan mengakui menjalinkan hubungan sulit selepas gambarnya dengan seorang wanita didedahkan oleh penulis blog tempatan.

Zhao Yaqi and Lin Dan

China.Org melaporkan, blogger yang dikenali sebagai detektif Zhao Wu’er menyiarkan beberapa keping gambar Lin Dan bersama-sama seorang wanita misteri menerusi blognya hari ini.

Blogger tersebut berkata, dia melihat wanita itu memegang tangan Lin Dan dan membawanya pulang ke rumah wanita tersebut sebelum menghabiskan masa selama dua jam bersama.

Katanya, dia menemui Lin Dan bersama-sama dengan seorang wanita pada pertengahan September di sebuah restoran terkemuka.

Oktober lalu, juara badminton pada Sukan Olimpik di Rio baru-baru ini mengambil bahagian dalam kejohanan badminton kebangsaan di Guangdong, China.

Secara kebetulan, penulis blog tersebut melihat Lin Dan sekali lagi memikat wanita tersebut dan mereka berdua kemudian pergi ke hotel bersama.

Gambar keintiman Lin Dan dan wanita tersebut berjaya dirakam blogger tersebut dan dimuat naik dalam blognya sebelum tersebar di laman sosial terkenal China iaitu Weibo.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika isteri Lin Dan, Xie Xingfang sedang sarat mengandung dan telah selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 4 November lalu.

Xingfang, 35, juga merupakan juara dunia dua kali pada kejohanan badminton dunia dan pasangan tersebut menerima jolokan pasangan emas China.

Lin Dan - Xie Xingfang

Selepas pendedahan tersebut, netizen tempatan menyiasat identiti wanita yang menjalinkan hubungan sulit dan mendapati dia adalah seorang model dan pelakon, Zhao Yaqi.

Pendedahan tersebut mengejutkan ramai pihak dan Lin Dan akhirnya mengeluarkan kenyataan meminta maaf dan mengakui kesilapannya.

“Sebagai seorang lelaki, saya tidak akan membuat alasan untuk diri sendiri, tetapi tingkah laku saya telah menyakiti hati keluarga.

“Jadi, saya ini memohon maaf kepada keluarga,” katanya dalam satu kenyataan ringkas melalui laman sosialnya.

BACA INI JUGA: 2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu!

Sumber: Mynewshub

Bagaimana Membuat Orang Lain Menghormati Kita?

Bagaimana Membuat Orang Lain Menghormati Kita?

Daripada contoh dibawah, dapat kita simpulkan bahawa kebanyakkan orang dikalangan kita terpaksa mengorbankan kewibawaan atau haraga dirinya demi kesenangan orang lain.

Hormat

Mereka tidak pandai untuk mengatakan “tidak” dan oleh kerana itu mereka terus menderita dan memendam rasa.

Cuba perhatikan kejadian ini:

1. Hanafi mempunyai seorang rakan karib yang selalu meminjam barang – barang kepunyaannya dan tidak pernah mengembalikannya. Hanafi tidak berani meminta kembali barang – barang itu. “Jika saya berterus – terang, dia tentu akan tersinggung, sedangkan dia adalah kawan baik saya,” keluhnya

2. Di pejabat Johan mempunyai seorang teman yang pandai memujuk. Dia selalu meminta Johan membuat kerjanya. Johan tidak pernah menolak dan selalu memenuhi pujukan kawannya itu. Walaupun dia sedar kebaikannya telah dipergunakan oleh kawannya untuk kerja sambil lewa di pejabat.

Bila ditanyakan kenapakah dia tidak berterus terang, Johan menjawab, “Saatnya belum tiba. Saya tidak berani”

Orang Lain Tidak Menghormati Kita?

Tidak semua orang dapat berubah. Jangan memberikan peluang kepada sesiapa pun sebelum orang itu memberikan alasan yang wajar.

Jika kita telah memberikan peluang kepada mereka, maka mereka akan berfikir bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah betul.

Ini boleh menyebabkan “penyelewengan” yang berlanjutan. Pada tahap ini, kita kita telah dianggap sebagai orang yang lemah dan tidak lagi dihormati.

Mereka tidak menghormati kita.

Jangan meminta maaf ketika meminta sesuatu yang wajar

Contohnya, tiga jam selepas memaksa anaknya mengemas bilik, seorang ibu berkata, “Mak mintak maaf sebab suruh along kemaskan bilik.”

Jangan! Mereka harus menghormati kita sebagai ibu dan bila kita menyuruh membuat perkara betul,

Jangan pindahkan tanggungjawab kita kepada orang lain

Contohnya, “Tadi bos kata suruh kau perlu…” atau “Adik, ayah suruh adik ke kedai beli beras..”

Pernyataan seperti ini akan membuatkan kewibawaan kita akan hilang dan sekaligus menjadi seorang pembawa maklumat yang tidak dihargai.

Kita hendaklah berusaha memasukkan unsur – unsur yang mantap dalam berkomunikasi.

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan supaya orang lain menghormati diri kita;

1. BERTERUS TERANG

Nyatakan perasaan dan harapan kita secara jelas.

Orang yang pasif kerapkali beranggapan bahawa orang lain pasti ingin tahu apa yang diharapkannya, walaupun dia tidak memberitahunya.

Perkara ini akan menimbulkan banyak masalah sebenarnya.

2. FIKIRKAN SEGALANYA DALAM–DALAM

Berfikir dengan sedalam – dalamnya sebelum bertindak dalam sesuatu masalah.

Dengan memikirkan terlebih dahulu segala-galanya secara matang, kita boleh menyelesaikan setiap masalah dengan lebih sempurna dan masuk akal.

3. HADAPI SETIAP PERSOALAN & MASALAH DENGAN SEGERA

Jika kita cuba menghindarinya, kita akan menjadikan setiap masalah bertambah serius, sehingga semakin sukar untuk diselesaikan.

Tetapi jika kita berani menghadapinya sejak dari awal lagi, segala masalah akan dapat diatasi.

4. KLASIFIKASIKAN MASALAH SECARA CERMAT

Sering kali kita membuat sesuatu masalah itu seolah-olah masalah besar. Menghadapinya secara berlebihan, sehingga terjebak dalam kobaran emosi.

Hadapilah setiap masalah dengan teliti, kita akan mampu untuk menguasai diri. Seterusnya dapat menyelesaikan masalah secara positif.

5. PISAHKAN KEMARAHAN DENGAN KETEGASAN

Jika ketegasan kita dipenuhi sifat amarah, perkara ini adalah bukan menyelesaikan masalah.

Malah boleh menyebabkan tugas atau kewajipan kita akan terbengkalai.

Jika kita gagal bersifat tegas dalam keadaan yang tenang, kemungkinan besar reaksi kita adalah terlalu agresif.

Dari sudut lain, jika kita marah, maka orang lain akan menunjukkan kecenderungan bersifat defensif (menolak).

Akibatnya, masalah yang ada itu akan menjadi sukar untuk diselesaikan.

Oleh itu, kita jangan terjerat oleh perasaan emosional yang berlebihan daripada orang lain terhadap apa yang kita katakan, agar kita tidak mudah untuk naik angin.

Ketegasan dalam ketegangan amat berkesan mempengaruhi persepsi seseorang terhadap kita.

6. MANFAATKAN KAWASAN KEKUASAAN KITA

Pasukan bola sepak sering menang di gelanggang sendiri. Begitu jugalah dengan ketegasan.

Memang sukar untuk menghadapi seorang rakan bila sedang berada di rumah atau pejabatnya.

Oleh kerana itu, berusahalah untuk tegas di kawasan kekuasaan kita sekiranya keadaan memungkinkan.

Ia memberikan suatu keuntungan yang tidak ketara tetapi mantap.

7. JANGAN BERPURA–PURA MENGGERTAK

Budak kecik sekali pun tahu jika kita hanya berpura-pura menggertaknya. Untuk menegakkan kepercayaan orang terhadap kita, nyatakan hujah-hujah yang masuk akal serta akibat-akibat yang akan terjadi jika semua itu tidak dilakukan.

Nyatakan pernyataan kita itu dengan serius dan bersungguh-sungguh. Orang lain akan menghormati kita jika mereka yakin kita serius.

Kita juga akan lebih disukai jika sanggup berkorban, namun dalam hal ini tiada maknanya jika kita dipergunakan.

***

Hormat dan menghormati adalah penting dalam kehidupan kita.

Anda pernah mengalami situasi ini dan ada cara lain untuk ditambah sebagai penyelesaian masalah ini?

BACA INI JUGA: 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Amalkan!

Sumber: Akuislam

Thursday, November 17, 2016

Wanita Terkejut Hantu Kanak-Kanak Dalam Foto Selfie!

Wanita Terkejut Hantu Kanak-Kanak Dalam Foto Selfie!

Melissa Kurtz, yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat, terkejut dengan kehadiran entiti misteri yang tidak dikenali ketika melihat semula gambar selfie bersama-sama anak perempuannya.

Melissa Kurts selfie

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, ketika kejadian Melissa Kurtz, 48 menghantar Harper, 13 tahun ke pertandingan ratu cantik pada Ogos lalu.

Dalam perjalanan yang mengambil masa 45 minit itu, Harper yang kebosanan telah merakam foto selfie mereka di dalam kenderaan dinaiki mereka.

Menurut Melissa, pada mulanya gambar yang dirakam oleh anak perempuannya itu kelihatan normal sehinggalah dia meneliti semula gambar-gambar berkenaan sebulan kemudian.

Hasilnya, dia mendapati ada wajah seorang kanak-kanak lelaki yang berada di tempat duduk belakang anak perempuannya itu.

Dia yang terkejut dengan penampakan itu segera memberitahu rakan-rakan sekerjanya yang lain dan mereka turut terkejut dengan imej yang terdapat di dalam salah satu gambar berkenaan.

Harper

Menurut Melissa lagi, dia percaya kehadiran hantu kanak-kanak itu adalah untuk memberi amaran kepada Harper supaya memakai tali pinggan keselamatan.

“Saya memiliki 13 saman kesalahan lalu lintas kerana dia (Harper) tidak suka memakai tali pinggang keselamatan,” luah Melissa kepada laman itu.

Malah difahamkan, jalan yang sering digunakan oleh Melissa untuk menghantar anaknya itu pernah berlaku satu kemalangan ngeri setahun sebelumnya.

Kemungkinan hantu kanak-kanak lelaki yang muncul di dalam swafotonya itu adalah salah seorang mangsa nahas dalam kejadian terbabit.

BACA INI JUGA: Detik Seram Terselfie Dengan Makhluk Berambut Panjang!

Sumber: Mynewshub

Menurut Mufti, Nama Damia Tidak Perlu Ditukar

Menurut Mufti, Nama Damia Tidak Perlu Ditukar

Kontroversi nama Damia yang sebelum ini hangat dibincangkan di laman sosial turut mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Beliau dalam satu kenyatan memberitahu, nama anak Damiya’ boleh digunakan kerana ianya membawa maksud yang baik, iaitu kebaikan dan keberkatan.

“Kami cenderung kepada pendapat (nama Damia) dibolehkan kerana perkataan asal itu, ada makna keelokan cumanya adanya (huruf Arab) Hamzah pada hujungnya,” ujarnya.

Tambahnya, Damia (dengan ejaan داميا) adalah nama sebuah tempat di Jordan yang terletak bersempadan dengan Palestin.

Oleh itu, jelasnya, ejaan nama Damia tidak perlu diubah mahupun menukar nama tersebut sekiranya sekadar disangka mempunyai makna yang tidak baik.

“Biasa sahaja nama orang mengikut nama tempat seperti Jordan, Saudi dan Sarawak. Selagi ia tidak mempunyai maksud yang tidak baik, agama tidak melarangnya,” katanya lagi.

Sementara itu, Zulkifli menjelaskan nama ‘Damiah’ yang sebenarnya dikaitkan dengan darah.

“Damiah (ejaan دامية) pula berkaitan dengan darah, iaitu luka yang berdarah yang tidak mengalir,” katanya dalam laman web rasminya.

Terdahulu, sepucuk surat sokongan pertukaran nama dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang menyatakan nama ‘Damia’ bermaksud kurang baik, tersebar menjadi viral.

Susulan surat viral itu, netizen menzahirkan kebimbangan sama ada perlu menukar nama berkenaan atau tidak.

BACA INI JUGA:

Sumber: Mynewshub

Kekayaan Luar Biasa Adam, Ketua Pemuda PKR Ampang

Kekayaan Luar Biasa Adam, Ketua Pemuda PKR Ampang

Rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan pendedahan kekayaan luar biasa Datuk Adam Rosly yang baru berusia 28 tahun.

Kekayaan Adam PKR

Beliau merupakan Ketua AMK Ampang dan juga pembantu khas Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida pula merupakan Ketua Wanita PKR, Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang juga merupakan orang kanan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Azmin Ali.

Sebelum itu Jamal – pemimpin kumpulan Baju Merah – membawa wakil media menaiki helikopter untuk meninjau “kekayaan” di rumah Adam di Ampang.

Dakwa Jamal, Adam memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.

Jamal turut mendakwa, Adam dengan hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kekayaan yang dimiliki tersebut sungguh luar biasa.

Dalam pada itu Jamal menggesa supaya Adam memberikan penjelasan kepada masyarakat berhubung kekayaan luar biasa tersebut.

“Kita lihat Adam seorang yang berjaya di umur 28. Tapi kita mempersoalkan sebelum dia memegang AMK Ampang dan selepas memegang jawatan. Sebelum itu kita tak tahu identiti dia kerja apa.

“Dia perlu jelaskan pada pengundi Ampang mengenai kekayaan itu,” katanya.

Kekayaan Adam PKR [2]

Memetik pula kenyataan Captain M yang membongkar kekayaan melampau Adam dan Zuraida seperti berikut:

1. Captain M pernah mendedahkan Zuraida dan pegawai khasnya Adam Rosly budak miskin yang kini kaya-raya selepas menjadi pegawai khas Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang.

Ini adalah bukti bahawa Zuraida menggunakan proksi untuk mengumpul kekayaannya. Laporan kepada SPRM juga telah dibuat. Entahlah SPRM seakan tidak berminat dengan rasuah orang politik.

2. Kontroversi 2013 di Ampang mengingatkan pengundi di sana berkenaan seorang macai bernama Adam Rosly yang pernah menyeleweng sumbangan seorang tokoh korporat bergelar ‘Tan Sri’ untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang.

Sumbangan RATUSAN RIBU RINGGIT MALAYSIA lesap entah ke mana. Perkara ini pernah dibicarakan di dalam pelbagai blog pada tahun tersebut.

3. Adam ketika itu cuba menapak di dalam PAS Pandan diselamatkan oleh Zuraida selepas ditolak oleh kepimpinan PAS.

Akhirnya selepas pemilihan PKR, beliau berjaya menjawat jawatan Ketua AMK atas dasar ‘arahan’ Zuraida.

4. Tahun silih berganti, Adam Rosly semakin ligat mengumpul kekayaan di kala ahli & pengundi PKR terus dibisikkan dengan persepsi bahawa kehidupan rakyat semakin teruk dan tersepit.

Namun dalam masa yang sama, ramai yang telah mula bersuara mempersoalkan kekayaan beliau pada usia muda ini, memiliki rumah mewah RM7 juta dan puluhan kenderaan mewah seperti Zuraida Kamaruddin, bosnya.

5. Zuraida menggunakan kuasanya telah melantik Adam menjadi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Selaku proksi Zuraida, kini Adam kaya raya hasil rompakan di PBT secara terbuka, beliau juga mempunyai hubungan istimewa dan rapat dengan Mantan MB Tan Sri Khalid sebelum ini & kini MB Azmin Ali.

6. Ketika kisah Zuraida menjadi isu sejak 16 Jun 2016 yang lalu berhubung kekayaan dan pemilikan kereta mewahnya bertali arus isu muncul sehingga terdedahnya kenderaan milik ‘taukeh’. Namun kelibat Adam dilihat cuba tidak menonjolkan diri di hadapan umum.

7. Malah proksi Zuraida Marsita Ahmad, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor merangkap Ketua Wanita PKR Hulu Selangor pernah didedahkan sebelum ini menerusi TV3 oleh CheGuBARD dan akhirnya menekan Zuraida.

8. Bulan Julai lalu Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang sudah bergelar Dato’ berbanding MP Ampang dan ADUN di kawasan Ampang. Zuraida yang rapat dengan MB Selangor pun tak dapat gelaran itu.

9. Persoalannya apakah jasa yang menyebabkan beliau mendapat pingat di Pahang? Bak kata ahli PKR Ampang, bukankah lebih mula sekiranya pingat tersebut didapatkan untuk bos nya si Zuraida.

Agak-agak APA JASA ADAM ROSLY DI PAHANG jika Selangor pun tidak berminat mengenang jasa Adam Rosly dan Zuraida Kamaruddin!

10. Pendedahan rumah mewah Adam RM 7 Juta di Ampang ditengah-tengah kawasan orang miskin bukti betapa khabar angin kekayaan Zuraida melalui proksi adalah benar.

Penipuan Zuraida menggunakan kelayakan MP dalam pembelian kereta mewahnya sudah terbukti.

SPRM tidak boleh teragak-agak kini. Dan jangan lupa juga siasat MO1. Ayuh SPRM!

BACA INI JUGA: Tiada Wang M1DB Hilang, Kita Patut Ketawa Atau Menangis?

Sumber: Bicara

'Suami Saya Dipenjara 5 Bulan Curi Duit Untuk Beli Kapur Kasut Anak'

'Suami Saya Dipenjara 5 Bulan Curi Duit Untuk Beli Kapur Kasut Anak'

Kelmarin seorang wanita ini yang mendukung anak, berpeluh mercik dimuka berdiri dipintu rumah saya.

Orang+Miskin

Katanya, "Cikgu, saya datang nak minta tolong. Saya dah pergi ke kebajikan masyarakat, mereka suruh datang minta pada cikgu sebelum permohonan saya diluluskan. Suami saya masuk penjara."

Dia terhenti, sebak dan teresak.

Bila saya bertanya sebabnya, dalam teresak berkata, "Dia ambik duit toke seratus ringgit. Anak minta beli kapur kasut, dia minta pinjam pada toke, dia tak bagi. Kena penjara 5 bulan."

Mungkin anak ditegur oleh guru kerana kasut tidak berkapur, tidak kelihatan bersih, itu yang membuat ayahnya serba salah dan mengambil tindakan yang salah.

Bila saya bertanya samada suami penagih, dia mengatakan tidak, bahkan tak merokok.

Anak 3 orang, yang kecik 1 tahun masih menyusu badan dan perlu nestum, seorang lagi di tadika dan yang sulung darjah 2 di SK Berapit.

"Cikgu saya nak minta nestum untuk anak dan pampers, jika boleh beras dengan telor cukuplah untuk kami makan sementara tunggu suami keluar penjara.

"Saya nak kerja tak boleh kerana anak tak ada siapa boleh urus."

Giliran saya pula yang kena kesat air mata.

Pengalaman mengajar saya bahawa jika yang datang meminta makan, apalagi bila yang diminta hanya beras dan telor, demi Allah dia berkata benar.

Saya dah hantar keperluannya dengan wang sedekah jariah rakan fb saya. Saya mohon kepada mereka yang membaca status ini mungkin boleh menjengok keluarga ini.

Amidah Mohd Nor, 297C Kg Padang Buluh, Tikam Batu, Kedah. Telefon, 01118665691.

Masuk ikut balai bomba Tikam Batu, terus ke hujung jalan ada deretan rumah sebelah kanan, rumah warna hijau.

Saya akan terus bantu keluarga ini dengan wang projek sedekah jariah rakan fb saya.

Jika anda nak menyumbang, bank in saja akaun biasa, ABD GHANI BIN HARON 5574-1051-5106 Maybank, jika berlebihan akan diguna untuk sedekah kepada yang lain pula.

Tolong jangan beri duit kepada saya khusus untuk keluarga ini kerana saya lebih suka bertindak atas jamaah, bukan untuk kepentingan seorang. -Abd Ghani Haron (fb)

BACA INI JUGA:

Menteri Kata Semuanya OK, Tapi Kenapa Semakin Menyusahkan Rakyat?

Menteri Kata Semuanya OK, Tapi Kenapa Semakin Menyusahkan Rakyat?

Apa yang menteri cakap selalunya tidak menepati apa yang sebenarnya dialami rakyat. Kalau menteri kata “semua OK”, apa yang akan terjadi kepada rakyat ialah “semua KO”.

Johari Ghani bohong

Ambil isu minyak masak sebagai contoh terkini. Sebelum ini, Hamzah Zainuddin berkata, orang ramai tidak perlu bimbang lagi untuk mendapatkan minyak masak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berjanji, seperti yang disiarkan media: “Bekalan minyak masak di pasaran dijamin stabil sepenuhnya”

Tetapi pada hari yang dijanjikan, apa yang menteri janji tidak menjadi kenyataan. Sana-sini di seluruh negara bahan penting itu masih sukar ditemui. Tinjauan yang dibuat oleh stesen-stesen TV, termasuk TV kerajaan, mendapati minyak masak masih tidak dijual seperti biasa.

Menteri yang sama berkata lagi, “Peruncit yang sudah menerima bekalan minyak masak 1 kilogram (kg) tetapi tidak menjualnya, ia merupakan satu kesalahan, dan kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.”

Hakikatnya ialah ramai peruncit, termasuk di pasar raya, tidak menjual barangan penting itu, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil. Maka pengguna berandaian “menteri cakap tidak serupa bikin.”

Seperti yang diumumkan, di bawah penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, minyak masak paket 1kg masih kekal dijual pada harga subsidi RM2.50.

Tetapi yang membeli paket lebih 1 kg, harga naik RM1.50 setiap kg. Ertinya jika membeli paket atau botol 5kg pengguna terpaksa membayar tambahan RM7.50, dan sekiranya membeli tin 10kg, ada tambahan harga RM15.

Beberapa minggu telah berlalu sejak kerajaan mengumumkan penstrukturan harga minyak masak, banyak kedai – termasuk pasar raya dan hipermarket – tidak menjual bahan tersebut bagi paket 1kg.

Kalau ada kedai jual pun pembelian terhad hanya dua paket seorang. Menteri senang sahaja cakap, “kalau hendak lebih beli botol 3kg atau 5kg.”

Itu cakap orang banyak duit. Bagi menteri kalau dia hendak beli yang 20kg atau 30kg pun tidak ada masalah. Tetapi bagi sebahagian besar rakyat tambahan RM1.50 per kg pun terasa membebankan.

Maka, apabila tertekan dengan kenaikan harga minyak masak, orang ramai selalu teringat kata-kata Datuk Ahmad Maslan mengenai GST tidak lama dulu, “Saya memberi jaminan GST akan menurunkan harga barang!” Satu lagi contoh menteri cakap tidak betul.

GST

Satu lagi ayat klise menteri ialah, “kenaikan minyak masak RM1.50 per kg tidak akan menjejaskan orang ramai.” Ini pun kenyataan tidak realistik @ tidak masuk akal @ tidak bijak @ tidak mesra pengguna @ auta lebih.

Agaknya YB bercakap dari bilik hawa dingin, tidak turun ke bawah, jadi tidak tahu realiti minyak. Ini yang sebenarnya terjadi: seorang penjual goreng pisang dan mi goreng di gerai bawah pokok memerlukan 7kg minyak masak setiap hari, sedangkan dia hanya dapat sepaket 1kg daripada peruncit.

Dia terpaksa merayau satu KL dan singgah empat atau lima kedai sekiranya hendak mendapat enam paket lagi, itu pun kalau ada.

Oleh sebab minyak motor sudah habis dan minyak masak paket 1kg tidak dijual, dia akhirnya terpaksa membeli botol/tin 7kg, dengan tambahan kos RM10.50.

Bagi kebanyakan penjaja kecil, mereka tidak ada pilihan kecuali menaikkan harga pisang goreng, karipap, roti canai, mi goreng dan lain-lain makanan yang disediakan menggunakan minyak masak.

Sebab itu baru dua minggu harga minyak masak naik, sana sini orang mengeluh harga makanan telah naik. Agaknya menteri tidak tahu hal itu, sebab itu dia yakin berkata kehidupan rakyat tidak terjejas.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pun mengakui rakyat – termasuk penjawat awam – terbeban dengan kenaikan harga minyak masak, dan meminta kerajaan mengkaji semula mekanisme pengawalan harga barang.

Presidennya, Datuk Azih Muda bercakap kepada media, “Kesannya amat dirasai berikutan kenaikan harga minyak menyebabkan harga dalam rantaian yang lain termasuk pakaian sekolah turut naik, ada sehingga lebih 10 peratus...malah teh tarik yang tiada kena mengena pun naik.”

Di Kuala Krai, Kelantan, dilaporkan seorang pembeli kecewa terpaksa membayar RM6 untuk sebungkus nasi berlauk seketul ayam dan sedikit kerang. Penjual mengakui terpaksa menaikkan harga “sebab harga minyak masak naik.”

Pada hemat kita, dalam hal-hal tertentu ada baiknya menteri kunci mulut, sebab lagi banyak menteri bercakap lagi banyak dia dianggap berbohong.

Kata bidalan, siakap senohong gelama ikan duri; bercakap bohong lama-lama mencuri.

Jangan nanti bidalan itu diubah menjadi: siakap senohong gelama ikan duri; bercakap bohong lama-lama jadi menteri.

BACA INI JUGA: Rakyat Bayar Hutang RM26.7 Bilion Jika Tuntutan IPIC-Aabar Berjaya!?

Sumber: SH

Wednesday, November 16, 2016

Tradisi Pelik Perkahwinan Menangis

Tradisi Pelik Perkahwinan Menangis

Kebiasaannya, suasana pada hari perkahwinan mana-mana pasangan pengantin semestinya dalam keadaan gembira dan ceria.

Tradisi Pelik

Namun, tahukah anda bahawa wujudnya satu budaya perkahwinan yang diadakan dalam suasana yang sangat pelik, pengantinnya 'sengaja' menangis!

Walaupun tradisi ini kedengaran sangat janggal dan pelik bagi kita, budaya tersebut memang benar-benar wujud di selatan negara China.

Amalan pelik ini sudah menjadi kelaziman sehingga akhir pemerintahan Dinasti Qing (1644-1911).

Namun, dengan peredaran zaman dari masa ke semasa menjadikan budaya kahwin menangis semakin dilupakan oleh masyarakat.

Walaupun begitu, masih ada lagi kelompok masyarakat yang mengamalkan tradisi pelik ini iaitu masyarakat Tujia.

Mereka percaya adat turun temurun ini berkemampuan untuk mengukur tahap kebahagiaan rumah tangga yang bakal dibina.

Semakin 'dahsyat' seorang pengantin itu menangis maka semakin bahagia dan gembiralah perkahwinannya.

Bagaimana tradisi pelik ini dijalankan?

Cry tradition

Tradisi pelik kahwin menangis ini biasanya dilakukan sebulan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan.

Bermula dari kiraan masa hari pertama memasuki bulan tersebut, pengantin perempuan wajib melalui adat yang disebut sebagai 'Zuo Tang' yang membawa maksud duduk di dalam dewan.

Tradisi pelik ini akan dilakukan sehinggalah tiba ke hari majlis perkahwinan berlangsung.

Bagaimanapun, bakal pengantin hanya akan dibiarkan menangis bersendirian pada 10 hari pertama sahaja.

Pada hari ke 11, bakal pengantin akan disertai pula oleh ibu kandungnya untuk sama-sama menangis sehinggalah majlis berlangsung.

Selepas 20 hari, pengantin wanita dan ibunya akan disertai pula oleh neneknya.

Dan sekiranya bakal pengantin mempunyai adik-beradik perempuan dan ibu saudara, mereka juga dimestikan untuk menyertai adat pelik kahwin menangis ini sehingga tiba masanya.

Cara menangis pengantin wanita pula tidak ditentukan secara khusus. Mereka diberi kebebasan dengan kaedah menggunakan pelbagai ayat semasa menangis.

Mereka dibenarkan untuk melaungkan sebarang perkataan yang dianggap sebagai 'lagu perkahwinan menangis' yang dipercayai akan membawa suasana yang baik semasa ia dilakukan.

Nyanyian menangis tersebut ditujukan kepada ibu bapa, adik beradik, moyang dan kepada pencari jodoh.

Bakal pengantin perlu melagukan iramanya dengan menggunakan nada paling sedih dan hiba, seolah-olah sedang meratapi kematian.

Suasana ketika itu dikatakan begitu sedih, sehinggakan individu yang paling keras hatinya sekalipun akan mengalirkan air mata.

Sekiranya bakal pengantin wanita itu tidak menangis seperti yang dikehendaki, semua orang akan memandang serong kepadanya.

Malah, lebih teruk lagi dia akan menjadi buah mulut dan bahan ketawa sepanjang hidupnya.

Kerisauan itu biasanya menjadi penyebab kepada bakal pengantin untuk menangis dengan bersungguh-sungguh.

Berlatih Menangis

Cry

Untuk memperoleh perasaan sedih ketika melakukan adat pelik ini, seorang wanita akan dilatih sejak berusia 12 tahun oleh seorang pakar menangis.

Mereka akan diajar sehinggalah berusia 15 tahun dan akan meneruskannya bersama rakan-rakan seusia selepas itu untuk melihat siapa yang memiliki tangisan paling menyedihkan.

Ketika berlangsungnya majlis perkahwinan, kumpulan wanita menangis akan disertai oleh semua wanita yang bukan dari ahli keluarga pengantin wanita.

Semuanya akan menangis dengan begitu sedih semasa berlangsungnya majlis perkahwinan.

Tangisan dikatakan benar-benar datang daripada hati dan bukannya dibuat-buat.

Ada diantaranya terlalu sedih disebabkan kecewa dengan rumah tangga sendiri akibat kegagalan perkahwinan masing-masing.

Asal-usul Tradisi Kahwin Menangis

Chinese cry tradition

Menurut cerita, tradisi pelik kahwin menangis ini berasal daripada sistem perkahwinan yang tidak berhati perut suatu ketika dahulu.

Ramai gadis dipaksa berkahwin dan bukan diatas kerelaan, maka berlakulah suasana tangisan selama berhari-hari lamanya.

Mereka menyanyi dan menangis dalam masa yang sama sebagai tanda protes ke atas paksaan untuk berkahwin.

Ada juga yang mendakwa ia berasal dari sebuah cerita lama mengenai seorang puteri dari negeri Zhao yang berkahwin dengan putera negeri Yan.

Pemergian puteri mengikut suami menyebabkan ibunya menangis kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan anaknya.

Sekalipun kini seorang wanita bebas memilih pasangan hidup untuk berkahwin, masyarakat Tujia masih lagi memilih untuk mengamalkan tradisi pelik kahwin menangis ini.

BACA INI JUGA: Tradisi Pelik Keluarga Tonton 'Aksi' Pengantin Di Malam Pertama!

-SENTIASAPANAS.COM

Keunikan Silky Chicken Ayam Berbulu Sutera

Keunikan Silky Chicken Ayam Berbulu Sutera

Ayam berbulu sutera? Ternyata kewujudan ayam yang memiliki bulu seperti sutera benar-benar wujud. Cuma, di Malaysia spesis ayam unik ini agak sukar ditemui dan bilangannya mungkin sangat terhad berbanding spesis ayam lain.

Silky Chicken

Pasti ramai yang tertanya-tanya, jenis spesis ayam apakah ini? Selain itu kenapa fizikalnya terutama bulunya kelihatan seperti sutera?

Ayam yang sangat unik ini terkenal dengan nama Silkie Chicken atau Silky Chicken.

Nama saintifik bagi ayam berbulu sutera ini ialah Gallus gallus domesticus bantam Silkie.

Berdasarkan pengelasan, ayam berbulu sutera ini tergolong di dalam kumpulan unggas atau burung Galliformes.

Keseluruhan fizikal ayam berbulu sutera ini sememangnya berbeza daripada spesis ayam yang lain.

Bahagian paling ketara sudah pasti bulunya yang sangat unik, seperti bulu sutera.

Dan jika diperhatikan, ayam Silky Chicken ini tidak mempunyai bulu yang mampat seperti ayam biasa, sebaliknya ayam ini ditumbuhi bulu lebat, kembang dan lembut.

Ayam berbulu sutera ini juga memiliki lima jari pada bahagian kaki dengan tiga jari dibahagian hadapan dan dua jari lagi di bahagian belakang.

Selain itu, ukuran kaki ayam ini juga lebih pendek dan berwarna hitam.

Walaupun fizikal ayam berbulu sutera ini agak berbeza dengan spesis ayam lain, proses pembiakannya tetap sama, namun agak unik.

Sewaktu proses pengeraman telur ayam berbulu sutera, ia kebiasaannya memakan masa selama 22 hari, melebihi satu hari berbanding ayam biasa.

Jumlah telur yang dikeluarkan pula ialah sekitar lapan hingga 12 biji pada satu-satu masa.

Variasi warna

Ayam berbulu sutera juga mempunyai beberapa variasi warna yang berlainan iaitu antaranya warna hitam, putih, biru, kuning pucat dan kelabu.

Tidak seperti spesis ayam lain, haiwan ini tidak memiliki balung tetapi ditumbuhi bulu lebat mirip seperti rambut di bahagian kepala.

Berdasarkan habitat, haiwan ini agak cerewet berbanding kumpulan spesis unggas lain.

Ayam berbulu sutera ini lebih selesa hidup di kawasan yang beriklim panas dan kering.

Selain itu, ayam berbulu sutera lebih gemar menghabiskan masa dengan bertenggek atau berada di dalam sarang.

Ayam Telur Dan Khasiat Perubatan

Ayam Berbulu Sutera

Ayam berbulu sutera juga terkenal dengan kadar pengeluaran telur yang banyak berbanding ayam biasa dengan seekor ayam betina mampu bertelur lebih 200 biji setahun.

Keistimewaan yang dimiliki ayam berbulu sutera ini menjadikan ia ayam pilihan bagi penternak ayam telur.

Daging ayam berbulu sutera ini pula diperayai berkhasiat untuk merawat beberapa penyakit.

Kebiasaannya, daging ayam berbulu sutera akan dijadikan sup dan dimasak bersama herba.

Jadi, tidak hairanlah daging ayam berbulu sutera ini turut mendapat permintaan yang tinggi dipasaran.

Menurut kajian saintis mendapati, daging ayam berbulu sutera ini mempunyai kandungan karnosina dan zat antioksidan yang tinggi.

Kehadiran dua kandungan ini secara tidak langsung membantu merawat penyakit berbahaya dan melambatkan proses penuaan.

Asal usul Silky Chicken

Silky Chicken

Dari mana asalnya spesis ayam berbulu sutera?

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Cleveland Metroparks Zoo, ayam berbulu sutera ini dikatakan berasal dari bahagian timur benua Asia.

Lokasi pertama ayam berbulu sutera ditemui adalah di negara China.

Selain itu, ayam berbulu sutera ini juga boleh ditemui di Asia Tenggara dan India.

BACA INI JUGA: 5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui

-SENTIASAPANAS.COM