Wednesday, November 09, 2016

Bandar Hantu St. Kilda, Pulau Terpencil Yang Dilupakan Dunia

Bandar Hantu St. Kilda, Pulau Terpencil Yang Dilupakan Dunia

Meskipun kini kita berada di era canggih teknologi pengangkutan dan internet, masih terdapat beberapa tempat terpencil di dunia ini, khususnya di Britain yang sukar untuk diakses selain boleh menyebabkan perancangan anda ke sana gagal dalam apa juga keadaan cuaca.

Kepulauan St. Kilda

Salah satu lokasi berkenaan ialah kepulauan St. Kilda yang terletak 65 kilometer ke barat lautan terbuka Atlantik. Kawasan terpencil itu sangat jauh sehingga kerap tidak dimasukkan dalam peta Eropah mahupun dunia.

Kawasan tersebut juga dikenali sebagai bandar hantu. Hirta yang merupakan pulau utama di St. Kilda merupakan satu-satunya daripada empat pulau yang pernah dihuni dan kini terbiar sejak tahun 1930-an.

Itu merupakan era terakhir kependudukan di situ dan salah satu sebab ia ditutup ialah penghuni terakhir St. Kilda telah meninggal dunia pada April lalu.

Bagaimanapun, kampung berkenaan kini dijaga dan disenggara oleh pihak Amanah Kebangsaan Scotland sebagai salah satu tapak bersejarah.

Satu-satunya cara untuk ke St. Kilda adalah dengan menaiki bot dan perlu menempuh laluan yang mencabar.

Menurut seorang wartawan BBC, Amanda Ruggeri, ketika dia dijadualkan bertolak ke kepulauan itu dari Isle of Skye, kapten bot, Derek telah memberitahu situasi arus laut di kepulauan itu sangat teruk.

Ramalan kaji cuaca berdasarkan peta menunjukkan terdapat pusaran terbentuk di laluan bot ke kepulauan itu.

“Warna merah pada laluan bot adalah sangat teruk,” kata Ruggeri merujuk kepada warna laluan pada peta ramalan cuaca menerusi mesej yang dihantar oleh Derek kepadanya.

Ekoran itu, Ruggeri dan beberapa peserta lain terpaksa menunda perjalanan mereka.

Mujur, keesokan harinya, cuaca menyebelahi mereka untuk mengembara ke St. Kilda. Begitupun, mereka terpaksa menempuh perjalanan menaiki bot selama dua jam dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Walaupun St. Kilda terletak di kawasan terpencil, namun ia tidak pernah putus menerima pengunjung. Malah, berdasarkan catatan, kepulauan itu telah dilalui pelayar sejak 7,000 tahun lalu.

Ia dibuktikan berdasarkan penemuan beberapa peralatan batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik selain beberapa peralatan tembaga.

Selain itu, kepulauan itu juga pernah diduduki masyarakat Viking pada abad kesembilan dan ke-10 berdasarkan penemuan kerongsang dan pedang.

Burung laut

Kepulauan St. Kilda

Kawasan perkampungan yang kini telah terbiar dan menjadi bukti berakhirnya tamadun penduduk di St. Kilda.

Kini, kawasan kepulauan itu menjadi lokasi persinggahan koloni burung laut terbesar di timur laut Atlantik dan menjadi rumah kepada berjuta-juta burung termasuk spesies puffin dan fulmar.

Di Hirta juga, terdapat beberapa bangunan moden yang dibina oleh Kementerian Pertahanan termasuk lojing, blok asrama dan pusat komunikasi dengan kesemuanya dihadkan untuk pengunjung.

“Pihak tentera memberitahu mereka memerhatikan sebarang percubaan melancarkan peluru berpandu dari Bennecula.

“Begitupun, saya pasti bahawa mereka melakukan banyak perkara lain kerana di situ merupakan lokasi terakhir kepulauan British,” kata Derek.

Jelasnya lagi, hanya kemudahan tentera yang baru dibina, manakala bangunan lain adalah bangunan lama yang telah ditinggalkan.

Pulau itu mungkin kelihatan kecil, namun perkampungan yang ada di situ agak besar. Lebih daripada 40 rumah batu dibina di kawasan utama yang dikenali sebagai The Street.

Walaupun runtuhan yang ada kelihatan begitu nostalgia, namun memulakan kehidupan di situ tidaklah begitu baik. Memulakan pekerjaan di situ juga agak susah.

Malah, musim dingin di situ sangat sejuk selain ia turut membawa ribut. Pemburuan burung laut juga memberi satu cabaran yang besar.

Perubahan

Kepulauan St. Kilda

Apabila musim sejuk berakhir, lantai tanah akan meninggi menyebabkan penghuni terpaksa mengoreknya.

Ketika penduduk St. Kilda tinggal di situ, mereka tidak mengamalkan cara hidup moden. Seperti kebanyakan tempat di Scotland, penduduk di situ berada di bawah undang-undang yang diperkenalkan oleh pemilik tanah.

Namun, pada akhir abad ke-19, kepulauan itu semakin kerap dikunjungi pelancong dan apabila mendapati kehidupan penduduk di situ sangat memalukan, Clan MacLeod yang merupakan pemilik tanah telah melakukan perubahan.

Pada tahun 1870-an, dengan menggunakan sumbangan daripada pihak luar, MacLeod telah membina rumah baharu yang lebih moden untuk penduduk di situ.

Namun, binaan itu sebenarnya tidak sesuai dibina di St. Kilda. Ketika ribut melanda pada kelajuan 160 kilometer sejam, tingkap dan pintu tercabut dan penduduk terpaksa berselindung di kandang kuda.

Selepas ribut reda, mereka diarah kembali ke rumah baharu, tetapi tidak dibenarkan membawa sebarang binatang ternakan ke dalamnya.

Pada tahun 1930an, percubaan untuk memodenkan perkampungan di St. Kilda dilihat menemui kegagalan.

Disebabkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan penduduk kepulauan itu, mereka akhirnya meminta kerajaan British untuk memindahkan mereka keluar.

BACA INI JUGA:

Sumber: Kosmo

Wajah Mirip Manny Pacquiao, Penoreh Getah Dari Sabah Jadi 'Selebriti'

Wajah Mirip Manny Pacquiao, Penoreh Getah Dari Sabah Jadi 'Selebriti'

Seorang penoreh getah di sini hidup bagaikan selebriti di kampungnya kerana memiliki wajah mirip petinju dari Filipina, Manny Pacquiao.

Aloysius Taidin

Aloysius Taidin, 43, dari Kampung Kabatang Baru, Sook berkata, dia mula menyedari perkara itu enam tahun lalu apabila ditegur oleh seorang lelaki di pekan Sook.

“Saya tidak mengenali orang itu tetapi dia terus menerus memanggil saya dengan nama Manny Pacquiao.

“Dia kemudian mengajak saya minum dan kami berborak panjang mengenai petinju tersebut yang dikatakan mirip muka saya,” ceritanya.

Peminat sukan kickboxing itu memberitahu, dia kemudian mula mencari gambar-gambar Pacquiao dan akan tersenyum setiap kali menatapnya.

“Wajah kami hampir sama dan ramai yang mengatakan senyuman, mata dan bentuk muka kami sangat seiras. Cuma tubuh saya lebih kecil dan rendah berbanding Pacquiao.

“Rasa lucu pula apabila rakan-rakan kampung turut memanggil saya dengan nama Pac­quiao,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Manny Pacquiao

Tambahnya, dia mengagumi kehebatan petinju itu apabila melihatnya bertarung di gelanggang melalui televisyen sekitar enam tahun lalu.

“Kalau diberi peluang, saya ingin bertemu petinju itu. Namun buat masa ini, saya hanya akan meneruskan rutin harian sebagai penoreh getah untuk me­nyara keluarga,” katanya.

BACA INI JUGA: Isao Machii, Samurai Yang Mampu Membelah Peluru!

Sumber: Kosmo

Tuesday, November 08, 2016

Nora Danish Dikecam Minta Dikecualikan Cukai?

Nora Danish Dikecam Minta Dikecualikan Cukai?

Gara-gara meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mempertimbangkan memberi pelepasan cukai kepada golongan selebriti, pelakon Nora Danish, teruk dikecam netizen berikutan kenyataannya itu.

Nora Danish LHDN

Nama Nora Danish menjadi trending di laman mikro Twitter kerana ramai netizen tidak bersetuju dengan cadangan yang diutarakan aktres itu.

Menurut mereka, bukan hanya golongan selebriti sahaja yang perlu berpenampilan menarik sebaliknya semua pekerjaan menuntut kriteria sebegitu.

Susulan kenyataan itu juga, teruk Nora dikecam, malah ada yang mengaitkan ungkapan ‘beauty with no brain’ (cantik tapi tak bijak) terhadap aktres cantik itu.

Seorang pengguna Twitter, @denitoazhar berkicau, “Congrats for showing you are just pretty and not smart, Nora Danish (tahniah kerana membuktikan yang anda hanyalah gadis cantik, tapi tak bijak, Nora Danish).”

@siggplus pula menulis, “Aku harap Nora Danish tuntut jugak cukai pelepasan untuk kebodohan.”

Ian Zainal pula mengaitkan apa sumbangan yang diberikan Nora sehingga dia meminta diberikan pelepasan cukai.

“By the way, apa sumbangan Nora Danish pada negara sampai minta pelepasan cukai? Dalam industri pun samar-samar je.”

Sementara itu, Nora yang mengetahui dirinya menjadi kecaman sesetengah netizen, tampil menulis di ruangan komen di laman Instagram mendakwa kenyataannya itu telah disalah tafsir oleh pihak media yang menulis.

NORA+DANISH+BAYAR+CUKAI

Menurutnya, “Ni mesti ada salah penulisan mana-mana. Saya tak pernah minta pelepasan cukai malah saya kata semua haru bayar cukai.”

“Isu LHDN, tak buat salah pun kena marah. Ni mesti ada yang putar belit penyampaian Nora. Takpa, i’m on the way back home, Nora akan check siapa yang cuba sensasikan berita ini,” tulis ibu kepada Putra Raqyal Ramli ini lagi.

Kenyataan Nora dalam sebuah akhbar harian meminta LHDN mengecualikan cukai buat golongan selebriti kerana mendakwa pekerjaan mereka menuntut untuk sentiasa berpenampilan kemas dan menarik.

Golongan artis terpaksa berbelanja besar bagi tujuan tersebut dan disebabkan itu dia mengutarakan cadangan tersebut seperti mana yang tercatit dalam artikel terbabit.

Isu masalah cukai menjadi bualan hangat selepas pelakon Rozita Che Wan disekat daripada terbang ke luar negara gara-gara tidak menyelesaikan tunggakan cukai miliknya baru-baru ini. -Mynewshub

Nora Danish Minta Pelepasan, Bukan Pengecualian

Nora Danish Cukai

Kita faham point Nora. Dia bukan minta dikecualikan dari cukai. Dia minta pelepasan. Maksudnya cukai yang dia perlu bayar setiap tahun itu dikurangkanlah dari jumlah biasanya.

Sebab dia dah berbelanja banyak, mahal-mahal pula tu atas pelbagai jenis produk kecantikan diri yang perlu juga dia beli kerana sebagai artis penting untuk dia menjaga kecantikan diri. Pembelian ke atas barangan itu patut diserap sebagai kos, modal untuk kerjaya dia.

Contoh. Tukang gunting. Modal dia bukan sekadar sewa, bil elektrik, air, gaji pekerja, gunting, sikat, kerusi, cermin juga adalah kos kerja dia bagi membolehkan dia beroperasi sebagai tukang gunting yang berjaya.

Dan bagi Nora, artis sepertinya perlu kepada produk-produk kecantikan agar dia kekal cantik untuk membolehkan dia meneruskan kerjayanya.

Dia menjadi duta pelbagai jenis produk. Dan ada produk kecantikan juga. Walaupun dia jadi cantik guna produk lain, tapi dia promote produk lain. Hehe..

Dan pembelian produk-produk ini patutlah dianggap sebagai kos kerjaya dia. Dan apa salahnya dia minta pelepasan cukai kerana dia beli barang-barang tu untuk memastikan dia terus relevan dalam kerjaya sebagai artis. Ini maksud dia.

Kita faham. Kos dia semakin meningkat. Kos membeli barangan kecantikan branded dan mahal itu semakin mahal.

Tetapi dia tak patut minta pelepasan cukai juga. Sebaliknya dia boleh minta bakal bapa mertua dia yang gila tu. Tolong bayarkan.

Sebab bakal bapa mertua dia;

Nazri+Aziz

Tu dia.

Bila ringgit jatuh, harga barangan kecantikan branded luar negara meningkat. Maka Nora perlu keluarkan lebihan wang bagi mendapatkan produk yang sama. Apatah lagi produk-produk segala bagai ni pula dah ada GST.

Walaupun dia nampak macam kaya, dia sendiri pun secara tak langsung menunjukkan satu pemikiran kepada public, bahawanya dia terjejas dengan situasi ekonomi semasa.

Tanpa sedar, Nazri Aziz dah menyusahkan famili (atau bakal famili) dia. Paling gembira hotak kau.

Nora sampai harapkan pelepasan cukai kerana harga barang-barang kecantikan dia dah meningkat bagai sejak 2, 3 tahun kebelakangan ni.

Faham tak?

Ini sebab dia, walaupun Nora Danish tak pernah bercerita pada aku. Pandai-pandai la korang nak percaya ke tak. -Amenoworld

BACA INI JUGA: 'Rakyat Tak Marah Bayar Cukai Tinggi Jika Kebajikan Terjaga'

Fakta Kenapa Rakyat Mahu Ahmad Maslan Mengulas Tentang Kenaikan Harga Barang

Fakta Kenapa Rakyat Mahu Ahmad Maslan Mengulas Tentang Kenaikan Harga Barang

"Bukan bidang kuasa saya lagi. Saya kini di MITI. Sedangkan isu kenaikan minyak masak dan petrol adalah di bawah seliaan KPDNKK."

GST Ahmad Maslan

Itulah jawapan yang disampaikan oleh Ahmad Maslan menerusi kemaskini di laman Twitternya selepas ditertawakan dan diejek kerana lari dari menjawab soalan pemberita mengenai kenaikan harga barang.

Ini alasan Ahmad Maslan yang dipetik menerusi Twitternya tempoh hari;

GST Ahmad Maslan

Ahmad Maslan lari. Sebelum lari dia bertindak menyalami beberapa anggota keselamatan yang berada berhampiran. Mungkin dengan niat mahu mengelirukan ataupun sekadar mencari helah bagi melarikan diri.

Selepas bersalaman (sampai tersalam 2 kali) dia kemudiannya mencabutkan dirinya selaju yang mungkin dari para pemberita.

Kumpulan wartawan itu kemudiannya mentertawakan tingkah laku Ahmad Maslan. Rakaman video itu kemudiannya tersebar luas di laman sosial dan Ahmad Maslan menjadi ejekan orang ramai.

Seorang menteri, melarikan diri dari pihak media?

Kenapa?

Ada melakukan kesalahan ke?

Imbas kembali. Kenangan masa silam. Ini adalah sebab kenapa rakyat Malaysia mahu mendengar respon Ahmad Maslan tentang isu kenaikan harga barang.

Just in case Ahmad Maslan mungkin lupa. Mari kita hayati gambar di bawah ni. Mungkin flashback ini mampu mengembalikan memori Ahmad Maslan yang hilang.

GST Ahmad Maslan

Bagaimana Datuk Seri Ahmad Maslan? Sudahkah anda mampu mengingatinya kembali, kenapa kami rakyat Malaysia mahu anda menjawab tentang isu kenaikan harga barang?

Datuk? Datuk Ahmad Maslan?

Datuk kat mana?

BACA INI JUGA:

Sumber: Amenoworld

Sekadar Renungan Kisah Ali Baba Moden Dan 40 Orang Penyamun

Sekadar Renungan Kisah Ali Baba Moden Dan 40 Orang Penyamun

Kalau anda masih ingat filem Ali Baba, pakaian 40 penyamun ketika keluar dari gua hendak keluar merompak ke bandar, ada yang memakai pakaian hakim, koboi, doktor dan bermacam-macam lagi.

Ali Baba 40 Penyamun

P. Ramlee rupanya nak beritahu kepada kita bahawa penyamun di negara ini ada macam-macam.

Filem-filem P. Ramlee menyampaikan mesej-mesej berbentuk masa hadapan, berupa sindiran yang penuh makna, realiti pada pentas malaysia sekarang.

Penyamun pun ada ustaz, ustazah, menjustifikasi hak menyamun. Penyamun pun ada persatuan penyamun. Penyamun pun ada doktor. Penyamun doktor kata "kurang vitamin C".

Orang kaya (Sarip Dol dan Kemat Hassan) boleh berpakat dengan penyamun Chief penyamun, "kamu Momotaro-San, gaji kamu 150 dirham."

"Bin Sarjan bin Sarjan, gaji kamu 30 dirham sebab banyak ambik 'IOU'.."

Cuma satu kita respek penyamun-penyamun ni. Walau dia dikelilingi emas dalam gua, tapi tak curi hasil organisasi. Tetapi masih menerima gaji dari ketua penyamun.

Kalau tak cukup, cari 'rezeki' lain diluar walaupun menipu. Tetapi tidak menipu organisasi dan bos.

Samalah dengan penyamun zaman sekarang. Walau dapat tau ketua penyamun merompak hasil negara, tapi penyamun-penyamun musti kena ikut juga, kalau tak nanti kena lucut jawatan sebagai penyamun.

Sekadar untuk renungan, dari mesej yang sangat mendalam hasil karya agung Tan Sri Allahyarham P. Ramlee.

Al-Fatihah.

Ali Baba Dilantik Sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia

Ali Baba Jack Ma

Hari ini, nama Ali Baba terus menjadi sebutan ramai namun, ia sudah bukan lagi menjadi bahan cerita dongeng, tetapi sebagai syarikat korporat yang mampu menggegar dan mengubah dunia.

Syarikat Kumpulan Alibaba kini sudah masyhur di segenap pelosok dunia malahan laman web ‘alibaba.com’ menjadi buruan ramai, khasnya kepada golongan korporat dan pelanggan yang ingin membeli apa juga barangan melalui ‘online’.

Apa yang menghairankan, usahawan yang memilih ‘Ali Baba’ sebagai nama syarikatnya bukanlah bangsa Arab ataupun Melayu, tetapi adalah seorang peniaga dari Hangzhou, China yang bernama Jack Ma Yun.

Antara Jack Ma dan Alibaba sudah tidak boleh dipisahkan. Sebut saja ‘alibaba’, tokoh yang pertama terlintas dalam fikiran semua orang sudah pastinya ialah Jack Ma, seorang lelaki dengan fizikalnya agak kecil namun jiwanya cukup besar, berwawasan dan semangat kental dan tidak cepat putus asa.

Kata Jack Ma, beliau sengaja menamakan syarikatnya sebagai ‘alibaba’ kerana nama itu mempunyai nilai antarabangsa apatah lagi semua orang sudah mengenalinya.

Pada tahun 1994, beliau mendapat idea untuk meletakkan nama syarikatnya sebagai Alibaba ketika berada di sebuah restoran, New York, Amerika Syarikat.

Beliau bertanyakan seorang pelayan dalam restoran itu apakah dia kenal ‘Alibaba’? Jawapan yang diterimanya adalah ‘ya’.

Begitu juga dengan 20-30 orang lagi yang ditemui di tepi jalan. Semua orang memberikan jawapan sama - semua kenal ‘Alibaba’.

Akhirnya tanpa berfikir panjang, Jack Ma membuat keputusan guna nama watak dalam cerita dongeng Arab itu untuk syarikatnya sehingga berjaya mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit pada hari ini.

Jack Ma kini menjadi satu nama yang cukup digeruni dalam dunia teknologi maklumat era kini. Beliau bukan sahaja dihormati oleh tokoh-tokoh korporat dunia, malahan kepakarannya amat dihargai oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Pertemuan Jack Ma dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Beijing, China Jumaat lalu menarik perhatian dunia apabila Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba itu bersetuju dilantik sebagai penasihat ekonomi digital kepada kerajaan Malaysia.

Pelantikan itu sudah tentu akan mencetuskan mengenai idea terbaru yang bakal diilhamkan oleh taikun internet China ini dalam pembangunan ekonomi digital Malaysia.

Dalam Bajet 2017 diumumkan Najib bulan lalu, sejumlah RM162 juta diperuntukkan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk program seperti ekosistem e-dagang dan Digital Maker Movement, serta pengenalan kategori lokasi baharu yang dipanggil Hab Digital Malaysia.

Jelas menunjukkan Malaysia cukup serius untuk membangunkan sektor e-dagang sehingga mendapat khidmat daripada Jack Ma yang sudah tentunya mampu mengubah cara hidup rakyat Malaysia dalam menjalankan aktiviti perniagaan internet dalam beberapa tahun akan datang.

Jack Ma dalam majlis pertemuan dengan Najib dan rombongan dari Malaysia itu cukup menghargai pelantikan itu.

Beliau dipercayai diberi tugas menasihatkan kerajaan Malaysia dan membantu dalam menerokai, memajukan dan menentu hala tuju masa depan negara dalam sektor ekonomi digital.

Pada September lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo turut melantik Jack Ma sebagai penasihat e-commerce untuk kerajaan negara itu.

Jack Ma, yang dilahirkan pada 10 September 1964, sudah memang diakui sebagai seorang tokoh perniagaan yang berfikiran luar biasa.

Kemunculannya dalam dunia perdagangan melalui teknologi maklumat kerap menjadi kontroversi lebih-lebih lagi ketika melakukan keputusan mengejut sehingga berjaya meraih beratusan juta ringgit dalam sekelip mata.

Pada awal tahun ini, Jack Ma dicatatkan memiliki kekayaan sebanyak AS$29.9 bilion (RM120 bilion) dengan menduduki tempat ke 21 orang terkaya di dunia dan orang ketiga terkaya di rantau Asia.

Berasal dari sebuah keluarga yang miskin, Jack Ma namun tidak pernah putus asa untuk memburu hidupnya untuk berjaya.

Beliau pernah menjadi pendidik dengan mengajar subjek bahasa Inggeris di sekolah menengah sebelum ditugaskan mengajar di universiti dengan gaji RMB120 ( RM75) sebulan.

Beliau juga pernah menganggur agak lama walaupun cuba memohon pelbagai jenis kerja, malah dikatakan pernah ditolak 30 permohonan kerja termasuk KFC, namun semua itu tidak melemahkan semangatnya untuk mencari kejayaan.

Dalam beberapa tahun akan datang, rakyat Malaysia perlu memerhati ‘gerak-geri’ tauke Alibaba.com ini. Beliau terbukti telah mengubah urusan perniagaan online dengan pantas dan pintar.

Kita mahu tak mahu perlu akur dunia tanpa sempadan ini telah diambil oleh Ma dengan meraih kekayaan yang tidak terbatas.

Sebagai ikon global dalam bidang e-dagang, Jack Ma akan membantu negara kita dalam menyediakan pakej e-ekonomi dari segi pelaksanaannya termasuk e-pembayaran, Alipay, e-pembiayaan perbankan dalam talian dan sebagainya.

Kegiatan ekonomi dan pembangunan Malaysia dalam tempoh 10-20 tahun akan datang ini bakal berubah dengan kehebatan Jack Ma dan syarikat-syarikat korporat dari China ini. Syarikat-syarikat asing inilah akan bantu kita menjalankan pelbagai projek mega.

Kunjungan Najib ke China selama enam hari itu bukan sahaja membuka lembaran baru dengan menemui tokoh-tokoh usahawan di negara itu termasuk Jack Ma, malahan telah mencatatkan rekod dalam sejarah negara apabila memeterai 14 perjanjian dengan China yang bernilai sehingga RM144 bilion.

Selain itu, Malaysia dan China turut memeterai 16 perjanjian dan MoU antara kerajaan dengan kerajaan.

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dan masih perlukan bantuan daripada negara luar.

Jadi apakah Jack Ma akan menjadi seperti Alibaba yang mempunyai jiwa besar untuk menolong 'orang miskin' seperti dalam cerita Alibaba dan 40 Penyamun itu?

Antara projek dan perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dengan China ini termasuk pembinaan landasan kereta api pantai timur yang bernilai RM55 bilion; pembelian empat buah kapal perang Littoral Mision Ship (LMS); pembinaan kilang keluli di Sarawak; pembinaan Taman Teknologi Hijau di Pekan, Pahang; pembinaan Taman Perindustrian Kuantan-China dan sebagainya.

Hubungan yang cukup akrab terjalin antara Najib dan kerajaan China dengan memberikan projek menelan ratusan bilion ringgit kepada negara kuasa besar Asia itu mendorong ramai pemerhati politik antarabangsa mempercayai apakah itu salah satu tindakan yang memberikan tekanan kepada sebuah lagi negara kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat.

Begitu juga andaian yang dibuat untuk perkembangan politik dalam tanah air sendiri. Apakah Najib untuk ‘berbaik-baik’ dengan China boleh dianggap satu cara secara tidak langsung menarik semula sokongan kaum Cina untuk BN pada pilihan raya umum akan datang?

Kenyataan beliau perlu difahami kerana sejak sekian lama, jumlah perdagangan antara China dengan Malaysia amatlah banyak dan sememangnya telah membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Kemajuan teknologi dari China perlu kita akui sebagai antara yang tercanggih di dunia. Alibaba dan syarikat-syarikat besar dari China bukan sahaja akan dikenali kita dengan lebih dekat, malahan pastinya mempengaruhi cara hidup kita ke alam dunia yang lebih cekap dan moden.

Najib sendiri telah menegaskan kerjasama dengan China bukanlah untuk menjual negara. Namun apakah kita sudah bersedia menerima perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh 'Negara Tembok Besar' ini?

Sama ada bersedia atau tidak, yang pasti, kata-kata sindiran 'Balik Tongsan' yang ditujukan kepada kaum Cina sebelum ini bukan sahaja perlu ditarik balik, malahan nampaknya sudah tidak praktik lagi kerana 'Tongsan' sendiri sudah datang ke Malaysia! -SH

BACA INI JUGA: Perompak Berkebajikan Tetap Perompak!

Projek ECRL Kembar 1MDB? Apa Yang Rakyat Perlu Tahu Mengenainya?

Projek ECRL Kembar 1MDB? Apa Yang Rakyat Perlu Tahu Mengenainya?

Baru-baru ni kita diberitahu bahawa ada satu projek membina laluan keretapi di kawasan Pantai Timur yang dinamakan sebagai ECRL.

Projek ECRL

Yang MENGEMPAR & MENAKUTKAN sekali, macam mana Najib boleh menganugerahkan tender kepada Syarikat China Communication Construction Company Ltd yang sah-sah telah disenarai hitamkan (blaclisted) oleh World Bank?

Kenapa bukan Khazanah Nasional yang bina laluan keretapi itu? Ini menjadi tanda-tanya kepada umum, sedangkan prasarana pengangkutan awam selalunya melibatkan Khazanah Nasional.

Meminjam dari bank China dan menyerahkan projek membina kepada syarikat China, rakyat beranggapan Najib mengenepikan kepentingan syarikat tempatan dan GLC.

Kenapa nilainya meningkat kepada 55 bilion berbanding anggaran asal iaitu 30 bilion?

Sarawak Report mendakwa bahawa Najib akan menggunakan projek laluan rel berkembar ini untuk membayar hutang-hutang #1MDB.

Projek yang dianggarkan bernilai 30 bilion ini akan meningkat kepada 60 bilion (menurut anggaran sebelum ini oleh Sarawak Report) bagi membolehkan Najib 'menarik' wang-wang itu untuk membayar hutang.

Difahamkan projek ECRL ini tidak mengikuti standard pembinaan kebiasaan. 'Kajian kemungkinan' atau dalam bahasa popularnya 'Feasibility Studies' tidak dipatuhi secara protokol kebiasaan negara ini.

Apabila perkara asas ini juga dilanggar, ini memberikan gambaran bahawa by hook or by crook kerajaan tetap ingin melaksanakan projek ini tanpa peduli dan faham kepada sentimen-sentimen yang bakal timbul akibat pembinaan laluan keretapi tersebut.

Pentingnya kajian ini dijalankan supaya manfaat-manfaat yang dinyatakan oleh kerajaan tentang projek ini benar-benar akan 'hadir' selepas terlaksananya projek ini kelak.

Perlu ke buat masa sekarang? Dalam kegawatan ekonomi, mampu ke kita membayar semula hutang? Tidak boleh ke kita tunggu sedikit masa lagi yang mana ketika itu keadaan ekonomi kita lebih stabil bagi meneruskan projek ini? Ini antara yang menjadi tanda-tanya rakyat.

Butiran perjanjian yang tidak dibincangkan kepada umum. Projek ini tidak dibicarakan secara terbuka oleh kerajaan dari segi perjanjian dan ini membuatkan rakyat berspekulasi sesama sendiri.

Adalah lebih baik jika kerajaan boleh meluangkan masa dengan menerangkan kepentingan dan isi kandungan projek pembinaan ini kepada umum supaya kita sebagai rakyat jelas dengan susur galur projek ini.

Penting kepada kita untuk peduli agar di masa hadapan kelak tidak la kita terikat dengan perjanjian-perjanjian bangang yang akan menyeksa poket kita.

Ambil contoh seperti perjanjian konsesi tol. Naik ke tak naik ke, tetap pembayar cukai perlu keluar wang bayar kepada konsesi tol.

Selain dari itu, kita juga mahu tahu butiran kandungan perjanjian berkaitan pinjaman soft loan 55 bilion kepada kerajaan. Bagaimanakah pembayaran balik itu dibuat? Dari segi penjualan tiket? Atau apa?

Kita juga mahu tahu, bagaimana anggaran kos itu ditentukan? Adakah ada dua, tiga firma berbeza menentukan nilai projek itu benar-benar memerlukan kos sebanyak 55 bilion?

Kita juga mahu tahu apakah kerajaan akan melayan secara adil dan saksama jika ada mana-mana individu, pihak, kumpulan, penduduk yang mungkin perlu berpindah bagi membina rel keretapi?

Adakah mereka akan menerima pampasan seadilnya dan adakah kerajaan bersedia kepada segala kemungkinan-kemungkinan seperti ini kelak?

Sebab itulah kajian kemungkinan itu penting, supaya kerajaan dapat mengenal pasti liabliti, risiko dan manfaat.

Jika ini tidak dikaji dengan cermat, kita akan menghadapi masalah-masalah yang menyebabkan projek ini tergangu sekaligus meningkatkan kos apabila ia semakin lambat dibina.

Projek ECRL RM55 bilion ditandatangai syarikat RM2

Sementara itu, ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mempersoalkan bagaimana projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dikatakan bernilai RM55 bilion boleh ditandatangani oleh syarikat yang bermodalkan RM2.

Katanya, pemeriksaan mendapati syarikat yang ditubuhkan pada 26 September lalu, telah menimbulkan tanda tanya masyarakat sama ada mendapat kelulusan sewajarnya mengikut peraturan kerajaan yang telah ditetapkan atau tidak.

Malah, katanya, semakan terhadap dokumen penubuhan syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd ini mengesahkan saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail, kedua-dua mereka adalah pegawai kanan berpangkat Timbalan Setiausaha di Kementeria Kewangan.

Berita ini disemak dengan pengumuman yang dibuat sendiri oleh China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dalam bahasa Inggeris dan Mandarin mengesahkan bahawa satu perjanjian menganugerahkan kontrak pembinaan ECRL berjumlah RM46 bilion kepada CCCC telah ditandatangan dan anda boleh baca selanjutnya di blog Rafizi Ramli.

Adakah Projek ECRL Baik Untuk Rakyat?

Projek ECRL

Komen mengenai syarikat CCCC yang di senarai hitamkan oleh Bank Dunia itu sudah banyak tersebar dalam internet, anda boleh baca (WorldBank).

Dari laporan itu jelas menyatakan syarikat China itu mengamalkan Rasuah dan Korup! Adakah kerana itu maka Najib memilihnya?

Bank Dunia senarai hitamkan, tidakkah itu merupakan satu AMARAN kepada kita supaya berhati-hati sebelum berurusniaga dengan syarikat CCCC itu?

Jika kita semua masih ingat, skandal 1MDB juga berlaku kerana Cara Redah Tanpa Usul Periksa begini.

Tanpa perlu nak bincang atau bentangkan kepada kabinet dan Parlimen, tanpa perlu lakukan kajian yang mendalam.

Ingat, masa 1MDB mahu sain kerjasama berbilion ringgit dengan Petrosaudi, sebuah syarikat yang langsung tidak dikenali dan tanpa sebarang aktiviti perniagaan pun ketika itu?

Dan diredah supaya perjanjian di sain seberapa segera, mungkin REKOD DUNIA bagi perjanjian sebegitu besar iaitu tidak sampai 2 minggu! Kenapa begitu senang Najib luluskan?

Pendek kata, tiada Due Diligence.

Kini Najib mahu mengulangi semula kisah 1MDB melalui kisah baru dengan negara China!?

Kita bising sebab tidak mahu pisang berbuah dua kali! Rakyat sudah tidak percaya lagi kepada ketelusan dan keikhlasan Najib untuk bertindak atas nama rakyat Malaysia!

BACA INI JUGA: 11 Respon Paling 'Win' Tentang Aplikasi Rasmi Najib Razak!

Sumber: DTO

Monday, November 07, 2016

Cili Charapita Paling Mahal Di Dunia Berharga RM140,250 Sekilogram!

Cili Charapita Paling Mahal Di Dunia Berharga RM140,250 Sekilogram!

Selain rasanya yang sangat pedas, cili Charapita kini dinobat sebagai cili dengan harga paling mahal di dunia.

Cili+Charapita

Diberi nama Charapita, cili ini tidak boleh dimakan ketika ia masih segar kerana rasanya yang terlalu pedas.

Oleh itu, kebiasaannya Charapita akan diproses menjadi cili kering.

“Cili ini sangat unik kerana memerlukan iklim yang sangat panas dan limpahan kasih sayang untuk tumbuh subur,” katanya seperti yang dipetik menerusi presstv.com.

Charapita dikatakan rempah yang meraih populariti dalam masa singkat.

Ini kerana rasanya yang berbeza daripada cili biasa atau cili yang pernah ditemui sebelum ini.

Cili+Charapita

Seperti safron dan vanila, Charapita tergolong dalam kumpulan rempah yang paling mahal di dunia dan dijual dengan harga bermula AS$25,000 (RM103,148.75) hingga AS$34,000 (RM140,250).

Cili termahal di dunia ini mula dituai oleh petani di perkampungan Frauenkirchen, Austria.

Dan walaupun cili Charapita agak baru di pasaran Eropah, ia mula meraih populariti meluas kerana rasanya yang menarik dan luar biasa pedas di kalangan chef terkemuka di seluruh restoran mewah.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH

Projek ‘Uber 10 Sen’, Jom Bantu Golongan Miskin Di Malaysia

Projek ‘Uber 10 Sen’, Jom Bantu Golongan Miskin Di Malaysia

Projek ‘Uber 10 Sen’ merupakan satu usaha murni yang cukup membanggakan dan dalam masa yang sama turut mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia untuk turut sama-sama membantu aktiviti kebajikan ini.

Projek ‘Uber 10 Sen’

Segunung tahniah kita ucapkan kepada Encik Kuang Chee Heng dalam usaha membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik di Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan ‘Uber Kentang RM0.10’.

Menurutnya, projek Uber Kentang 10 Sen ini hanya ditawarkan kepada golongan miskin yang tidak berkemampuan membayar kos pengangkutan ke hospital.

***

Saya menangis. RM 10 sebulan

“Saya lihat bagaiman keadaan orang miskin yang ingin pergi hospital untuk mendapat rawatan. Yang cuci buah pinggang, yang cuci kaki, potong, yang sakit macam-macam.

Mereka tak berduit ke hospital. Temu janji di abaikan, di tinggalkan kerana tak ada duit ke hospital. Nak naik bas, tak ada direct bus. Nak naik LRT tak ada direct LRT. Teksi fare mahal.

Saya beritahu En Amin. Saya gajikan kamu RM1,400. Kamu bawa semua orang sakit ini ke hospital. Ikut keperluan. Minyak dan maintenance kereta kita beri. Ini membolehkan ramai yang miskin dapat pergi menerima rawatan.

Terima kasih kepada anda semua. Ini boleh tercetus kerana kamu semua support page ini. Kerana kamu semua ‘giler’.

Saya sekarang minta 200 orang dalam page ini untuk derma. RM10 sebulan, untuk kita bayar gaji dan duit maintenance kereta.

Jom, siapa yang nak bersedekah, sila call saya di 012 2732148. Bagi nama. Kita kongsi ramai-ramai dan jayakan program ini.

MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MISKIN. JOM GILER. Only 200 person yang di perlukan. ” – Kuang Chee Heng

***

Perkongsian Encik Kuang Chee Heng di Facebook ini mendapat lebih beribu perkongsian dalam masa satu hari sahaja.

Selain itu, Encik Kuang juga aktif dalam usaha membantu golongan yang tidak berkemampuan yang lain seperti memberi sumbangan dalam bentuk bantuan makanan.

Projek ‘Uber 10 Sen’

Terkini Encik Kuang berjaya mendapatkan 2 biji lagi kereta untuk projek ‘Uber Kentang RM0.10’ yang dibelinya pada harga RM0.10 hasil sokongan rakyat Malaysia yang prihatin.

Sekali lagi Rakyat Malaysia bersatu padu dalam membantu golongan kurang bernasib baik. Syabas Malaysia, diharap aktiviti kebajikan seperti ini terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia selamanya.

BACA INI JUGA: Kenali The Third Force, Mereka Membantu Insan Yang Dalam Kesusahan!

Sumber: Thevocket

Penguin Mengamuk Lihat 'Isteri' Curang Viral

Penguin Mengamuk Lihat 'Isteri' Curang Viral

Haiwan juga ada perasaan! Seekor penguin bagaikan 'hilang akal' apabila pulang ke sarang dan menjumpai 'sang isteri' bersama penguin jantan lain.

Penguin+Viral

Bagaikan kisah cinta tragik, 'suami' terus menerkam penguin jantan di situ dan memulakan pergaduhan.

Kedua-dua penguin jantan memukul lawan masing-masing sehingga berlumuran darah selama beberapa minit.

Dalam keadaan berlumuran darah, 'skandal' isteri pulang ke sarang, sambil suami mengekori.

Pergaduhan tercetus lagi di dalam sarang di mana isteri hanya melihat tanpa meleraikan pergaduhan kedua-dua penguin jantan berkenaan.

Akhirnya, suami mengaku kalah, kelihatan ia seolah-olah mengatakan sesuatu kepada isteri, umpama merayu untuk isteri menerimanya kembali.

Isteri bagaimanapun memeluk 'teman lelakinya', menyebabkan suami berlalu pergi.

Video viral kejadian luarbiasa itu berjaya dirakam dan disiarkan oleh National Geographic.

Rakaman tersebut pantas viral di laman sosial, sambil majoriti pelayar terkejut dengan kejadian tersebut.

"Suami kalah, hilang keluarga, kemudian berlalu pergi. Tidaaakkkkkk!" kata Chieft di Twitter.

"Ini adalah kisah penguin paling menyedihkan saya tonton tahun ini," kata Shayne.

"Suami merayu kepada isteri, tetapi isteri tidak mahu menerima yang kalah," tulis Jack.

BACA INI JUGA: Dindim, Penguin Yang 'Melawat' Penyelamatnya Setiap Tahun!

Sumber: SH

Diana Danielle Akui Hampir Bercerai Dengan Farid Kamil, Rumah Tangga Bermasalah

Diana Danielle Akui Hampir Bercerai Dengan Farid Kamil, Rumah Tangga Bermasalah

Sebelum ini, Diana Danielle dan Farid Kamil dianggap sebagai antara pasangan selebriti paling romantis dan cukup bahagia, apatah lagi dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang cukup comel.

Diana dan Farid

Namun, kehadiran Diana bersama seorang peguam di Mahkamah Rendah Syariah sekitar minggu lepas mencetuskan tanda tanya ramai mengenai status rumah tangga mereka.

Menerusi ruangan Hip di akhbar Berita Harian, Diana akui mempunyai masalah rumah tangga dan sedang berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina.

“Tindakan saya itu tidak tepat kerana tidak terlebih dulu bersemuka dan berbincang dari hati ke hati dengan suami. Saya hanya memikirkan hati sendiri yang terluka, tanpa menyedari saya juga pernah melukakan hati suami.”

"Tidak dinafikan, Farid terkejut dengan tindakan saya. Bagi saya, apa yang berlaku itu menjadi amaran buat Farid yang tidak pernah menyangka saya berani bertindak sejauh itu,” katanya.

Tambah Diana, dia juga ada silapnya apabila sering menyangka Farid sengaja ingin mengambil kesempatan terhadapnya dan menyerahkan segala urusan anak-anak kepada Diana.

"Biasalah lelaki, tanggungjawab terhadap anak-anak kadangkala dilepaskan sepenuhnya ke bahu isteri. Saya tidak fikir, suami juga bekerja keras menyara keluarga. Tidak adil untuk saya letakkan 100 peratus kesalahan di atas bahunya. Apabila jadi begini, saya sedar ini yang dikatakan dugaan berumah tangga."

Diana walau bagaimanapun enggan mendedahkan sebab mengapa dia mendapatkan nasihat peguam syariah pada minggu lalu.

“Perkara itu memang benar (mendapatkan nasihat peguam), tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan.”

“Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam.

"Kadang kala perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi,” ujar pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu.

Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Muhammad, 3, dan Nur Aurora, 1 tahun.

Hakikatnya, Diana dan Farid cukup menyayangi antara satu sama lain dan perkahwinan mereka.

"Saya tahu Farid sayangkan saya dan rumah tangga kami. Begitu juga saya. Jika ditakdirkan kami berpisah, saya tidak fikir saya akan berkahwin lain. Saya juga “cinta mati” kepada Farid. Saya harap jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat."

Diana dan Farid

Menerusi muat naik posting terbaharu di laman Instagram Diana, aktres itu ada memasukkan gambar terbaharu suaminya bermesra bersama anak perempuan mereka dengan kapsyen manis berbunyi, “Her babah is her everything.”

Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri.

Harap Diana dan Farid bersabar dalam setiap dugaan didalam rumah tangga dan tidak mudah mengalah. Ingatlah kembali saat indah semasa anda bercinta dan cuba untuk menyelesaikan setiap perkara dalam keadaan tenang.

Sebenarnya, dugaan-dugaan dalam rumah tangga bukan sekadar menguji kesetiaan dan kasih sayang, tetapi ia mungkin juga dapat menambahkan lagi rasa cinta apabila dapat mengenali pasangan dengan lebih baik.

Apa-apa pun, kita mendoakan rumah tangga Diana dan Farid dapat kekal sehingga jannah.

BACA INI JUGA: 'Ingatkan Indahnya Bercinta Selepas Kahwin, Rupanya Mimpi Ngeri'

Sumber: BH

Sunday, November 06, 2016

Asal-usul Perkataan 'Say Cheese'

Asal-usul Perkataan 'Say Cheese'

Say Cheese! Perkataan ini seringkali disebut sebelum rakaman gambar dilakukan oleh jurugambar.

Say Cheese

Menariknya, sebaik ayat ini disebut, subjek akan bertindak secara spontan dengan memberikan senyuman lebar.

Mungkin ramai tertanya-tanya, kenapa setiap kali rakaman gambar dilakukan, perlu menyebut perkataan ini?

Apa sebenarnya rahsia yang menyebabkan ayat 'Say Cheese' ini begitu popular dalam dunia fotografi?

Siapa individu yang bertanggungjawab mencipta frasa terkenal ini?

Berdasarkan artikel berjudul, "The Origin of 'Say Cheese' and When People Started Smiling in Photographs" mengatakan, siapa pencipta frasa ini belum diketahui dan masih kekal misteri sehingga ke hari ini.

Namun, terdapat satu teori dikaitkan tentang kewujudan perkataan ini.

Apabila seseorang disarankan menyebut 'Say Cheese', secara automatik bukaan bibir akan berubah.

Jika perkataan ini disebut beberapa kali, secara tidak langsung ia akan menampakkan senyuman di wajah anda.

Berdasarkan catatan berjudul The Big Spring Herald, frasa unik ini dipercayai mula dituturkan sejak 70 tahun lalu.

Presiden Amerika Pencipta Perkataan 'Say Cheese'?

Mission to Moscow

Dikatakan bahawa ia adalah satu kaedah yang diperkenalkan oleh seorang diplomat Amerika Syarikat, Joseph E. Davies.

Idea ini didedahkan menerusi bukunya yang bertajuk 'Mission to Moscow'.

Merujuk tulisan beliau ia berbunyi;
"It's simple. Just say 'Cheese', it's an automatic smile. I learned that from a politican, Mr. Davies chuckled. An astute politicia a very great politician. But, of course, I cannot tell you whi he was.."

Jika diteliti perkataan ini, Davies menunjukkan cara mudah untuk senyum. Hanya menyebut 'Cheese', secara automatik mulut kita akan tersenyum.

Menariknya, dia ada menyatakan formula itu diajar oleh seorang ahli politik hebat.

Peliknya, beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik itu. Yang pasti ramai tertanya-tanya, siapa ahli politik tersebut?

Wujud desas-desus mengatakan bahawa ahli politik tersebut ialah Presiden ke-32 Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt.

Sewaktu legasi pemerintahan Franklin, Davies merupakan diplomat kedua mewakili Amerika Syarikat ke Soviet Union pada tahun 1936 hingga 1938.

Timbul persoalan, adakah Franklin D. Roosevelt yang mencipta frasa tersebut?

Malangnya, sehingga ke hari ini tiada jawapan kukuh dapat membuktikan pemimpin tertinggi Amerika Syarikat itu sebagai individu pertama menyebut perkataan 'Say Cheese'.

Senyum Ketika Bergambar Tidak Sopan

Potret era Victoria

Kisah ini turut mendapat perhatian seorang penyelidik dari Spring Hill College, Dr. Christina Kotchemidova.

Berdasarkan kajian beliau bertajuk 'Why We Say Cheese: Producing The Smile in Snapshot Photography', dia berpendapat frasa ini dicipta untuk mendapatkan satu senyuman sempurna ketika rakaman gambar dilakukan.

Secara tidak langsung Dr. Christina mengaitkan frasa 'Say Cheese' dicipta khusus untuk menangani situasi ketika bergambar.

Ketika era pemerintahan Victoria pada tahun 1837 hingga 1901, kebanyakan rakaman gambar potret tidak memperlihatkan senyuman di wajah subjek.

Kebiasaannya, golongan bangsawan dilarang senyum ketika bergambar kerana mereka terikat dengan kod etika dan bergambar tanpa memberikan senyuman dianggap lebih sopan.

Manakala senyuman sewaktu bergambar hanya boleh dilakukan oleh beberapa golongan sahaja iaitu kanak-kanak, orang miskin dan pemabuk.

Sebutan Popular Selain 'Say Cheese'

Selain frasa 'Say Cheese' dalam bahasa english, terdapat beberapa lagi perkataan 'Say Cheese dalam bahasa lain' yang digunakan bagi mendapatkan reaksi senyuman ketika bergambar.

Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut tidak digunakan dengan meluas dan hanya popular di lokasi dan negara tertentu sahaja.

Antara perkataan tersebut ialah,
  • Whisky (Argentina)
  • Zele (Bulgaria)
  • Olha o passarinho atau Diagam (Brazil)
  • Yat Yi Saam (China)
  • Pticica (Croatia)
  • Syr (Republic Czech)
  • Sig appelsin (Denmark)
  • Muikku (Finland)
  • Ouistiti (Perancis)
  • Spaghetti atau Kasekuchen (Jerman)
  • Itt repul a kis madar (Hungary)
  • Paneer (India)
  • Sorridi (Itali)
  • Khbiz (Morocco)
  • Saib (Iran)
  • Sei No (Jepun)
  • Cuo'i len nao (Vietnam)
  • Kimchi (Korea Selatan)
  • Syr (Serbia)
  • Decid patata (Sepanyol)
  • Sag omelett (Sweden)
  • Peynir (Turki)
Di Malaysia pula, sebutan 'senyuuum' sebelum gambar diketik lebih gemar digunakan.

Cuma, ketika membaca ayat-ayat diatas, jangan dibaca berulang-kali, nanti terbelit lidah.. :)

BACA INI JUGA: Asal-usul Mesej Terkenal 'Keep Calm & Carry On'

-SENTIASAPANAS.COM