Sunday, November 06, 2016

Amalan Ibu-ibu Mengandung Yang Patut Di Elakkan

Amalan Ibu-ibu Mengandung Yang Patut Di Elakkan

Pasti ramai ibu mengandung mempunyai keinginan mengidam yang berbeza. Suami yang memahami pasti akan cuba memenuhi setiap permintaan isteri dengan sebaik mungkin.

Amalan+ibu+mengandung

Asalkan mengidam tersebut tidak membawa mudarat kepada kesihatan ibu dan anak.

Antara amalan ibu mengandung yang wajar dielakkan:
  • Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah swt.
  • Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
  • Elakkan makanan yang berbisa / tajam seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain.
  • Elakkan percakapan yang negatif seperti mengumpat.
  • Elakkan mengidam makanan yang tidak baik.
  • Jauhi amalan khurafat.
  • Suami harus menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri.
  • Tutup aurat dengan sempurna.
  • Jauhi makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 16 Surah Pilihan Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya

Sumber: Akuislam

Serbuk Kopi Cara Berkesan Halang Lintah Bulan Rosakkan Tanaman

Serbuk Kopi Cara Berkesan Halang Lintah Bulan Rosakkan Tanaman

Lintah bulan merupakan perosak utama terhadap tanaman anda dengan entuknya seperti siput yang tidak bercangkerang dan saiz nya antara suku inci hingga 10 inci.

Lintah+Bulan

Lintah bulan juga mempunyai pelbagai warna dan bentuk dan biasanya akan meninggalkan kesan buruk terhadap tumbuhan anda terutamanya tumbuhan yang masih belum matang.

Lintah bulan biasanya akan menyerang pucuk-pucuk muda.

Disebabkan itu, perosak ini berisiko tinggi untuk memusnahkan keseluruhan tumbuhan yang diserang dan pastinya anda ingin tahu cara menghapuskan lintah bulan.

Jika anda ternampak tumbuhan mempunyai kesan-kesan disinggahi lintah bulan, segera ke dapur dan cari bahan-bahan yang boleh mencegah lintah bulan dari datang semula.

Antara bahan-bahan yang terdapat di dapur yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini adalah dengan penggunaan kopi.

Selepas anda minum kopi, jagaan dibuang sisa kopi yang pekat tersebut.

Masukkannya ke dalam botol dan semburkan ke bahagian daun yang mempunyai kesan kehadiran lintah bulan.

Dengan cara ini, menggunakan kopi akan mencegah lintah dari terus merosakkan tanaman.

Sembur di bahagian atas daun dan di bawah daun, bahagian batang pokok dan di bahagian permukaan tanah.

BACA INI JUGA: 8 Haiwan Hodoh Yang Diancam Kepupusan!

Sumber: Impiana

Bubuh Garam Ketika Membasuh Pakaian Supaya Lembut

Bubuh Garam Ketika Membasuh Pakaian Supaya Lembut

Baju yang lembut akan membuat pemakainya merasa selesa. Kadang-kadang ada pakaian hanya nampak bagus tetapi tak selesa dipakai dan kain yang keras juga akan menyusahkan anda untuk melakukan sebarang aktiviti.

Lembutkan pakaian

Usah bimbang, kali ini kami akan berkongsikan tips mudah menjadikan pakaian lebih lembut hanya dengan menggunakan garam. Semak tip lengkap ini..

Sediakan bahan:
  • 2.5 liter air
  • 100 gram garam

Caranya:
  • Siapkan air dalam baldi.
  • Tambahkan garam dan kacau rata.
  • Rendam pakaian yang ingin dilembutkan di dalam cairan lebih kurang 3 hari.
  • Cuci dengan sabun seperti biasa dan keringkan.

Cara mudah ini akan membuat pakaian anda lebih lembut dan tidak keras ketika sarung. Garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada kain.

Selamat mencuba dan semoga informasi ini bermanfaat, ya!


BACA INI JUGA: Downy Malaysia Nafi Ada Unsur Babi?

Sumber: MW

Saturday, November 05, 2016

Ketahui Manipulasi Popular Bisnes MLM Dan Skim Cepat Kaya Elak Tertipu

Ketahui Manipulasi Popular Bisnes MLM Dan Skim Cepat Kaya Elak Tertipu

Multi Level Marketing (MLM) atau Pemasaran Berbilang Tingkat merupakan satu strategi pemasaran di mana pasukan jualan atau ejen dibayar komisyen atau bonus berdasarkan jualan mereka sendiri dan juga jualan ejen lain yang direkrut.

Skim Cepat Kaya

Pasukan jualan yang direkrut ini biasanya dipanggil sebagai ‘downline’ dan antara terma-terma lain yang digunakan untuk MLM ialah ‘network marketing’ dan ‘referral marketing’.

Kami sendiri tidak menjalankan bisnes berkonsepkan MLM dan tiada cita-cita mahu mengasaskan syarikat MLM. Kami menghormati sebahagian pembaca blog yang terlibat dalam industri ini.

Hasil bergaul dengan beberapa ketua di dalam syarikat MLM, kami boleh membuat kesimpulan ada 2 jenis manipulasi di dalam bisnes ini.

Maklumat ini berguna supaya para pembaca dapat mengelak dari termasuk perangkap skim MLM yang semata-mata mahu menipu duit anda.

#1. Manipulasi pengasas syarikat MLM

Syarikat MLM seperti ini menjadikan produk sebagai wayang sahaja. Harga produk diletak tinggi melampau, tidak sesuai dengan kos dan kelebihan produk tersebut.

Contoh, harga sekotak kopi berkhasiat biasa-biasa diletak harga RM 150.

Syarikat seperti ini sebenarnya fokus kepada jual beli orang (head hunting), bukannya jual beli produk.

Produk digunakan untuk mengaburi mata bakal pelanggan. Modus operandi sebenar disebalik tabir ialah ‘money game’.

Selain itu, ada segelintir syarikat MLM yang terang-terangan melakukan aktiviti ‘money game’. Bagaimanakah ia dijalankan?

Syarikat jenis ini lazimnya menyediakan 2 bentuk pelan pemasaran.

Sebagai contoh, satu pelan A dan satu lagi pelan B. Pelan A fokus kepada merekrut ejen-ejen baru di bawah dan dibayar komisyen atas setiap rekrut. Pelan A ini adalah pelan pemasaran biasa yang diamalkan di dalam semua syarikat MLM.

Di sebalik pelan A, syarikat ini juga mengaktifkan pelan B di mana ditawarkan pelaburan berkonsepkan ‘goyang kaki dapat duit’.

Peserta yang menyertai pelan B ini ditawarkan pulangan tertentu setiap bulan bergantung kepada jumlah pelaburan yang dibuat. Biasanya dalam lingkungan 5% hingga 20% setiap bulan.

Fokus utama syarikat ini sebenarnya untuk mengaut keuntungan daripada ‘money game’ pelan B. Tiada cara lain yang diguna pakai oleh mereka melainkan duit pelaburan orang baru digunakan untuk membayar pulangan pelaburan orang lama.

Cara yang biasa diamalkan oleh penganjur skim cepat kaya yang lain. Pelan A itu pula sengaja dibuat-dibuat untuk mengaburi mata pihak berkuasa untuk mendapatkan lesen MLM.

#2. Manipulasi leader MLM

Walaupun ada syarikat MLM yang meletak harga sesuai dengan produk dan menjadikan kekuatan produk sebagai alat utama mereka untuk berkembang, tetapi terdapat segelintir leader yang ‘kreatif’ telah memanipulasi pelan pemasaran dengan cara mempengaruhi bakal ahli membeli secara pukal.

Pembelian pukal ini memudahkan mereka naik pangkat dan bonus bulan pertama mereka akan banyak.

Keratan atau slip bonus itulah yang dijaja untuk mempengaruhi bakal ahli lain. Ada pembelian pukal berjumlah sehingga RM 30,000. Ada juga serendah RM 5000.

Lazimnya, mereka mempengaruhi bakal-bakal ahli membuat pinjaman peribadi untuk melakukan pembelian ini.

Hakikatnya, majoriti ahli yang membuat pembelian pukal tersebut banyak bonusnya di bulan pertama sahaja. Bulan kedua dan seterusnya merosot atau tiada langsung.

Bonus kelihatan banyak di atas cek sahaja, selepas ditolak kos pembelian pukal, sebenarnya tidak balik modal.

Maka lahirlah ramai leader-leader MLM ‘berkereta mewah tetapi tayarnya botak.’

Penting untuk kami tekankan di sini bahawa tidak semua syarikat atau leader MLM seperti di atas. Ada syarikat MLM yang bagus dan patuh syariah.

Maklumat di atas boleh dijadikan panduan untuk elak duit hangus dibakar oleh syarikat dan leader MLM bertopeng!

Skim Cepat Kaya Kembali Berleluasa

Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan.

Faedah dan keuntungan yang ditawarkan biasanya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

Evolusi Penipuan MLM

1980 – 1990

Daripada tahun 1980-an sehingga 1990-an generasi lama menyaksikan kejatuhan skim-skim cepat kaya seperti Pak Man Telo, Labu Peram, Platinum Lane, Skim 350 dan banyak lagi.

Ketika ini, perbankan Internet masih tidak wujud. Majoriti pelaburan dibuat melalui serahan tangan dan melalui mesin deposit tunai.

Pulangan pelaburan pula ada yang dihantar menggunakan kenderaan ke rumah-rumah pelabur. Selepas kes serbuan dan penutupan skim ini, ia terus senyap sepi.

2006 – 2007

Pada tahun 2006, fenomena skim cepat kaya kembali gempar dengan kemunculan berpuluh-puluh syarikat pelaburan Internet seperti Swiss Cash, EA Index, DanaFutures, E-Barrel, Arabic Fund dan banyak lagi.

Pada tahun 2007, skim-skim pelaburan Internet ini mula ditutup dan pusat operasi mereka diserbu oleh pihak berkuasa.

Majoriti penganjur-penganjur dan individu di sebalik tabir skim ini masih bebas kerana tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka.

2008 – 2010

Penganjur sama yang terlibat di dalam pelaburan Internet pada tahun 2006 kembali dengan cara lebih kreatif. Kali ini, mereka mengaktifkan semula skim ini dengan cara mendaftar sebagai koperasi.

Mereka menyalahgunakan lesen koperasi untuk kutip duit melabur dan dijanjikan pulangan lumayan sama ada melalui ‘introducer bonus’ atau melalui pelaburan dibuat.

Mereka meyakinkan pelabur dengan mengatakan pelaburan yang dibuat itu dilaburkan di dalam sektor pertanian, penternakan dan hartanah.

Mereka mendakwa koperasi mereka memiliki tanah-tanah seluas berhektar-berhektar untuk digunakan atas tujuan-tujuan di atas.

Semakin tinggi pelaburan, semakin tinggi pulangan setiap bulanan diterima. Pembayaran keuntungan itu dibuat tanpa dijelaskan terperinci mengenai prestasi perniagaan. Akaun-akaun perniagaan mereka juga tidak diaudit.

Majoriti koperasi yang mengamalkan skim pelaburan cepat kaya ini telah ditutup. Sebahagian sahaja diserbu dan dibekukan akaun oleh Bank Negara.

Baki yang lain sengaja ditutup atas tujuan untuk melesapkan duit peserta. Penutupan itu telah dirancang lebih awal.

2011 – 2016

Tamat kisah skim cepat kaya koperasi, kini timbul pula skim berasaskan Forex dan Emas.

Kami tidak mahu mengulas panjang mengenai skim pelaburan emas berikutan kes serbuan ke atas syarikat Genneva pada tahun lepas dan tempoh hari 5 individu berkait rapat dengan syarikat ini akan dihadapkan ke Mahmakan Seksyen atas tuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM937 juta.

Penipuan Pelaburan Emas Dan Forex

Skim Cepat Kaya Gold

Hati-hati dengan mana-mana syarikat pelaburan emas yang menawarkan pulangan setiap bulan atas pembelian emas. Ia satu operasi bisnes yang tidak logik.

Cara betul ialah dengan membeli emas sama ada jongkong, dinar atau barang kemas di kedai-kedai emas atau melalui institusi kewangan berlesen. Keuntungan diperolehi melalui jualan semula emas tersebut dengan harga lebih tinggi.

Berkenaan dengan Forex pula, kami tidak mahu mengulas mengenai urusniaga mata wang asing melalui Internet yang dibuat secara individu.

Walaupun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun status hukumnya masih diperdebatkan di kalangan pedagang-pedagang Forex.

Kami hanya mahu mengulas mengenai segelintir syarikat yang menjadikan Forex sebagai wayang.

Syarikat-syarikat ini membina platform graf yang dipanggil Metatrader4. Mereka membenarkan klien membuka akaun Forex sama ada akaun Demo atau Real. Syarikat ini kelihatan seperti memenuhi kriteria dan ciri-ciri asas broker Forex yang sah.

Namun, itu semua dibuat untuk mengaburi mata. Di belakang tabir, syarikat ini menawarkan pulangan bulanan di atas pelaburan yang dibuat.

Laman web broker ini juga tidak menunjukkan dengan jelas siapa pengasas, board of directors, dan staf-staf yang terlibat. Ayat-ayat di laman web mereka adalah skrip sama yang dipakai oleh laman-laman web syarikat skim cepat kaya yang lain.

Mereka juga menyatakan kononnya mereka didaftarkan secara sah di negara-negara seperti Cyprus, Panama, Virginia Island, South Africa dan di lokasi-lokasi luar pesisiran pantai.

Modus operandi di belakang tabir ialah, apabila klien mendepositkan jumlah tertentu untuk membuka akaun Forex, duit dagangan mereka itu akan dipaparkan di skrin ‘trading station’.

Untuk menarik minat klien atau pelabur, biasanya mereka akan ditawarkan bonus berupa modal tambahan di dalam akaun mereka.

Skim Cepat Kaya Forex

Contohnya, klien mendeposit 1000 usd, mereka akan diberi modal tambahan sebanyak 1000 usd, menjadikan jumlah modal untuk didagangkan di pasaran Forex berjumlah 2000 usd.

Dari manakah duit itu datang? Duit yang dipaparkan itu sebenarnya hanya wujud ‘on screen’ sahaja.

Modal tambahan itu sebenarnya tidak wujud dan biasanya diberikan syarat-syarat tertentu supaya pelabur sukar untuk melakukan pengeluaran.

Di belakang tabir, deposit asal itu dipusing untuk membayar pelabur lama dan membayar komisyen kepada pihak yang menjadi ‘introducer’.

Dagangan Forex mereka seolah-olah dilakonkan di skrin sahaja. Ia sebenarnya tidak wujud, yang wujud hanyalah ‘money game’ semata-mata.

2017?

Kami tidak tahu apakah lagi idea-idea penganjur skim cepat kaya ini. Mereka terdiri daripada orang yang sama.

Apabila sudah melesapkan duit pelaburan berjuta-juta ringgit, mereka akan rehat dahulu berbulan-bulan sebelum kembali dengan skim terbaru.

Mereka sungguh licik. Mereka akan terus menjadikan sesuatu produk, saham, emas, perak atau forex sebagai wayang untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan bakal pelabur supaya modus operandi sebenar di belakang tabir sukar dikesan.

Tidak mustahil pada tahun 2017, skim cepat kaya ini akan berlindung pula di sebalik nama kelab kebajikan.

Itu jangkaan kami berdasarkan penubuhan beberapa kelab kebajikan yang mempunyai pelan pelaburan dengan pulangan tetap setiap bulan.

Akhir sekali, pegang pada kata-kata ini untuk menyelamatkan duit kita daripada hangus ditelan skim-skim anjuran syaitan bertopeng manusia..
Sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu penipuan.

BACA INI JUGA: 5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan Gaji

Sumber: Majalahniaga

Cinta Toksik, Bila Manis Menjadi Pahit

Cinta Toksik, Bila Manis Menjadi Pahit

Petanda hubungan kamu dijangkiti penyakit yang lambat laun menjadi toksik, paling mudah, apabila cinta tidak lagi seperti dulu.

Cinta toksik

Layanan jadi berbeza dan perkelahian manja kini sesuatu yang menyerabutkan. When the last time you smiled, misalnya.

Kamu sentiasa berwaspada dan takut jika sebarang kesilapan akan membuatkan pasangan kamu sakit hati.

Apa saja yang kamu lakukan seperti tak kena, kamu tidak boleh menjadi diri kamu yang sebenar kerana sudah wujud satu jangkaan mengenai cara kamu perlu membawa diri.

It is always about him dan kamu kena sentiasa fikirkan apa yang perlu dilakukan untuk buat dia gembira.

Dia juga mahu kamu berubah mengikut acuan diingininya dan anda akan terperangkap kerana amat menyayanginya.

Apabila kamu berasa amat berat hati bila bersama, takpun satu panggilan telefon boleh buat kamu rasa kelesuan atau kamu mungkin rasa kamu sedang bergembira tapi sebaik bersama, tenaga kamu seakan-akan sudah habis, kamu sememangnya dalam perhubungan toksik!

Sebuah perhubungan toksik akan buat kamu rasa tak dapat memuaskan hatinya dan kamu sentiasa tercungap-cungap mencari sokongan, perhatian dan cinta.

Bila sedang bercinta, perasaan untuk dimiliki adakala akan sembunyikan aspek lebih membahayakan.

Pasangan akan berada dalam perhubungan tidak sihat biasanya akan memberi alasan yang tidak mencerminkan perangai pasangannya.

Cinta sejati tidak memerlukan pasangan untuk mengiyakan perbuatannya yang secara terang-terangannya salah.

Jika dibiarkan melarat, kata-kata kesat akan mula digunakan dan boleh berubah menjadi penderaan fizikal.

Dan jika kamu berada dalam situasi ini, anda berhak untuk bersuara secara lantang kerana ada peruntukan undang-undang yang boleh melindungi kamu.

Jadi, bila rasa tertekan menyelimuti diri bila bersama dengannya, sudah tiba masanya untuk kamu lepaskannya agar kamu boleh merawat diri.

Tidak wujud jalan penyelesaian 'one size fits all' untuk sebuah perhubungan toksik.

Bahagian paling sukar adalah apabila pasangan memilih untuk kekal dalam perhubungan walaupun tahu ia memakan diri.

Tidak kiralah apa juga paras toksin dalam perhubungan kamu, sudah tiba masa untuk perbaikinya atau get out!

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Bioluminescence, Fenomena Luarbiasa Cahaya Biru Air Laut

Bioluminescence, Fenomena Luarbiasa Cahaya Biru Air Laut

Misteri penampakan cahaya biru atau nama saintifiknya sebagai Bioluminescence di pesisir pantai pernah direkodkan berlaku di beberapa buah negara.

Bioluminescence

Setakat ini terdapat 15 buah lokasi terlibat iaitu Cairns dan Gippsland (Australia), pantai Manasquan New Jersey, Teluk Mission San Diego, pantai Torrey Pines San Diego, Cortez Florida (AS), lagun Luminous (Jamaica), Teluk Mosquito (Puerto Rico), Teluk Halong (Vietnam), Bali (Indonesia), Ton Sai Krabi (Thailand), Teluk Toyama (Jepun), Zebrugge (Belgium), Norfolk (UK) dan pantai Reethi (Maldives).

Terbaru, fenomena pelik ini turut dilaporkan berlaku di Malaysia yang berlaku di pantai Trusan, Bkenu, Miri, Sarawak.

Bioluminescence in Miri
Photo by Albert Song.

Selain lokasi tersebut, fenomena itu juga dilihat disepanjang lokasi lain di daerah Miri.

Ianya melibatkan pantai Lutong, Piasau Boat Club, pantai Luak Esplanade, Beach Republic, Brighton, Taman Selera dan Pantai Beraya.

Bioluminescence in Miri
Photo by Albert Song.

Menurut The Borneo Post, fenomena alam semulajadi itu dikesan pada September tahun 2015.

Penampakan misteri cahaya biru itu diketahui selepas jurugambar tempatan, Albert Song, memuat naik rakaman di laman sosialnya.

Sejak itu, kawasan pantai tersebut telah menjadi tumpuan orang ramai dan menjadi popular di kalangan penduduk tempatan.

Bioluminescence in Miri
Photo by Albert Song.

Pengguna media sosial pula menggelar fenomena misteri ini sebagai air mata biru.

Pada awal kemunculan fenomena ini, dikatakan sukar untuk dirakam menggunakan kamera biasa.

Namun, jika menggunakan kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR), kejadian alam ini mampu dirakam dengan sempurna.

Bagaimanapun, semakin lama apabila cahaya biru semakin bersinar dan begitu jelas, kamera telefon biasa juga mampu merakamkannya.

Lokasi paling cantik bagi merakam fenomena alam yang sangat menakjubkan dan jarang berlaku ini ialah di pantai Luak Esplanande.

Bagaimana Fenomena Bioluminescence Terjadi?

Bioluminescence ialah sejenis cahaya yang terhasil oleh tindak balas kimia dalam organisma hidup.

Dalam istilah lain, ia turut dikenali sebagai 'cahaya sejuk' dan radius sinaran dihasilkan adalah kurang dari 20 peratus berbanding tekanan haba.

Kebanyakan organisma hidup Bioluminescence ditemui di lautan.

Sebagai contoh, spesis marin yang melakukan proses ini ialah ikan bakteria, plankton dan obor-obor.

Selain itu, ia turut ditemui pada organisma hidup di daratan seperti kelip-kelip dan kulat tanah.

Namun, saintis masih belum menemui organisma hidup daripada habitat air tawar, melakukan proses pencahayaan ini.

Pyhtoplankton

Pyhtoplankton
Plankton.

Merujuk kejadian di pesisir pantai Miri, spesis marin iaitu plankton (pyhtoplankton) menjadi penyebab kewujudan cahaya biru di situ.

Ia berlaku apabila organisma hidup laut tersebut bertindak balas dengan oksigen di dalam air laut.

Pyhtoplankton merupakan sejenis organisma mikroskopik yang hidup di lautan dan merupakan organisma yang terlalu kecil dan sukar dilihat dengan mata kasar.

Namun, jika organisma ini wujud dalam jumlah yang besar, ia mungkin dapat dilihat dengan lebih jelas pada waktu malam.

Organisma hidup dikelaskan dalam dua kumpulan utama iaitu dinoflagellates dan diatoms.

Dinoflagellates adalah merujuk kepada pyhtoplankton yang berbentuk ekor dan cemeti.

Manakala bagi diatoms, ia tidak memiliki bentuk spesifik sebaliknya dilindungi oleh cangkerang berbentuk bulat.

Berdasarkan laporan BBC dalam artikel berjudul Seas that glow like stars, fenomena alam ini boleh dilihat sepanjang tahun.

Bagaimanapun, lokasi di mana ia akan berlaku sukar dipastikan kerana cahaya ini terhasil menerusi organisma hidup yang sentiasa berpindah.

BACA INI JUGA: Misteri Fenomena Cahaya Paulding

-SENTIASAPANAS.COM

Ketahui Tanda-tanda Pasangan Anda Sedang Berbohong

Ketahui Tanda-tanda Pasangan Anda Sedang Berbohong

Berapa kerap anda perasan pasangan sedang membohongi anda? Ada saja alasan yang diberi sehingga anda merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

Berbohong
Gambar hiasan.

Itupun jika anda mengesannya tetapi bagaimana pula jika dia sedikit pun tidak menunjukkan bahawa dia sedang berbong manakala anda mempercayainya.

Jangan risau, tips dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda sedang berbohong atau tidak.

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio.

Jadi, apabila dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong.

Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong.

Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap

Apabila seseorang yang bercakap dengan lancar tiba-tiba gagap, ianya merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi.

Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar dia sedang berbohong.

Jadi, jika anda bertanya kepadanya dan dia gagap untuk menjawab, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa.

Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda dia sedang berbohong.

Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga.

Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dia tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya.

Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut sedang berbohong.

Resah

Orang yang berbohong kerap gelisah dan sering mengubah kedudukannya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan suatu soalan, dia berkemungkinan sedang berbohong.

Kesimpulan

Sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti.

Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dia berbohong atau tidak.

Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut bercakap berbohong.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Cara Makan Pasangan Anda

Sumber: 1001rahsiadiri

Friday, November 04, 2016

4 Prinsip Untuk Menjadi Kaya Dengan Bekerja ‘9-to-5’

4 Prinsip Untuk Menjadi Kaya Dengan Bekerja ‘9-to-5’

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang membenci kerja, dan bos mereka sendiri. Ramai yang bekerja keras untuk mendapatkan ijazah, dan akhirnya, mahu berhenti kerja.

Siapa Mark Chua

Setelah terinspirasi dengan pelabur, guru dan mentor, ramai berpendapat hartanah adalah jalan menuju ke ‘promised land’.

Setelah membeli 2 hingga 3 buah hartanah, akhirnya ramai yang tersangkut dan tidak dapat bergerak lagi, kerana masih stuck di tangga gaji yang sama.

Kali ini kami ingin membuat satu perkongsian yang ditulis oleh seorang warga korporat dan pelabur hartanah, Mark Chua, yang menjawab soalan tentang benarkah mitos mengatakan kita tidak boleh menjadi kaya dengan bekerja ‘9-to-5’? Tajuk yang menarik.

Siapa Mark Chua?

Mark Chua, adalah seorang personaliti hartanah dan Naib Presiden Kanan (Senior Vice President, SVP) sebuah institusi kewangan dan telah membina portfolio hartanah yang luas.

Beliau adalah contoh atau ‘living proof’ bahawa seseorang boleh berjaya dalam kedua-dua kerjaya dan pelaburan hartanah dengan sikap beliau yang genuine dan ikhlas berkongsi.

Selain itu, Mark juga merupakan seorang kolumnis untuk beberapa majalah terkemuka dan baru sahaja selesai menulis sebuah buku bertajuk “Who Says You Can’t be Rich Working a 9 to 5 Job?”

Menurut Mark, sebagai seorang pekerja, amatlah penting untuk kita cemerlang di dalam kerjaya dan pelaburan pada masa yang sama.

Dan untuk melakukannya, kita harus menguasai 4 prinsip mental ini.

Mari kita mulakan perkongsian beliau.

4 Prinsip Mental Untuk Menjadi Kaya Dengan Bekerja ‘9-to-5’

1. Jadi bagus dalam banyak perkara

Kita harus sedar, tidak semestinya kita hanya boleh menguasai hanya satu perkara.

Kapasiti itu hanyalah ‘state-of-mind’ (dan ianya boleh ditukar).

Jika mahu lebih, kita sentiasa boleh berusaha lebih.

Mark memilih untuk cemerlang di dalam kedua-dua bidang, kerjaya dan pelaburannya.

2. Kenali diri sendiri

Realitinya, tidak semua orang boleh jadi usahawan.

Tidak semua orang mempunyai kebolehan, kepandaian dan keberanian untuk berbisnes.

Amatlah penting untuk kita kenali diri sendiri untuk mengetahui apa yang boleh dan mahu kita lakukan.

3. Lebih banyak dapat (gaji), lebih banyak boleh leverage dan labur

Ianya adalah satu perkara yang sangat logikal.

Bandingkan mereka yang menerima gaji RM30,000 sebulan dan RM3,000 sebulan.

Sudah tentu mereka yang menerima gaji RM30,000 sebulan dapat membina porfolio pelaburan dengan lebih banyak.

4. Laburkan masa untuk menguasai kerjaya dan pelaburan

Dalam hal pelaburan, ramai yang menghadiri kelas, membaca buku, menghadiri acara-acara networking dan lain-lain.

Dalam hal kerjaya, ianya adalah perkara mambo-jambo yang ramai tidak begitu kisah.

Amatlah kritikal untuk mengetahui bagaimana untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya yang kita ceburi.

Sebagai contoh, kita boleh menghadiri kelas, baca buku, cari mentor di tempat kerja, mengkaji lebih banyak data teknikal, dan lain-lain.

Penutup

Sebagai penutup, Mark berkongsi 2 perkara ini.

1. Mentor beliau pernah berpesan, titik permulaan menjadi seorang pemimpin korporat, pemilik bisnes atau usahawan, adalah kita harus ikhlas menambah nilai kepada orang lain.

Keikhlasan adalah perkara paling utama. Kepuasan dan ganjaran akan menyusul secara semula jadi kemudian.

2. Cabar diri untuk mempelbagai, mendalami dan meluaskan apa yang anda boleh tawarkan. Belajar benda baru setiap hari, tidak kira besar atau kecil.

4 prinsip mental di atas boleh digunakan untuk mereka yang memilih untuk menjadi kaya walaupun masih bekerja ‘9-to-5’. Secara peribadi, saya berasa yang ianya juga dapat diguna pakai oleh seorang usahawan.

Dan 4 prinsip ini masih digunakan oleh Mark sehingga ke hari ini.

Selamat berusaha.

BACA INI JUGA: 5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan Gaji

Sumber: Thevocket

Sharp Z2 Dan Sharp M1 Smartphone Pertama SHARP Di Malaysia

Sharp Z2 Dan Sharp M1 Smartphone Pertama SHARP Di Malaysia

COMMTIVA Technology, pengedar produk komunikasi tanpa wayar dengan kerjasama Sharp, memperkenalkan dua model telefon pintar segmen pertengahan iaitu Sharp Z2 dan Sharp M1 pertama di Malaysia.

Sharp Z2 dan Sharp M1

Pengarah Jualan Comtiva Technology Malaysia, James Lowerence berkata, kerjasama dengan Sharp adalah usaha dalam memenuhi permintaan bagi telefon pintar yang semakin mendapat sambutan.

“Rantau Asia Tenggara mempunyai populasi tinggi dengan peratusan pemilikan telefon pintar yang banyak, sekali gus menjadikan ia pasaran terbaik bagi produk terbaru kami,” katanya pada majlis pelancaran telefon pintar Sharp Z2 dan Sharp M1.

Sharp Z2 dikuasakan dengan cip pemproses MediaTek Helio X20 dengan kelebihan Tri-Cluster CPU serta penggunaan kuasa 30 peratus lebih rendah bagi keselesaan pengguna dan pemproses Deca Core dan Quad Core 1.4GHz.

Lebih menarik, Sharp Z2 turut dilengkapi teknologi mengecas bateri sehingga 50 peratus dalam masa 30 minit untuk kapasiti bateri berkuasa 3,000 mAh serta kamera 16 megapiksel (MP) dan fungsi dual kad sim dengan mikro SD.

Sementara itu, model Sharp M1 yang menggunakan pemproses 1.3GHz Octa Core ditumpukan kepada penggunaan selfie.

Kedua-dua kamera pada bahagian hadapan dan belakangnya mempunyai kamera 13 MP selain dilengkapi dengan rakaman sudut luas bagi rakaman swafoto bersama rakan-rakan, manakala bahagian belakangnya kaca berkilat dengan bucu melengkung.

Sharp Z2 boleh didapati di pasaran pada harga RM1,199 dengan dua pilihan warna emas dan perak manakala M1 dijual pada harga RM899 dengan pilihan putih dan merah jambu.

BACA INI JUGA: 7 Smartphone Alternatif Kepada Samsung Galaxy Note 7

Sumber: SH

Sains Membuktikan Kelebihan Bangun Awal Solat Subuh

Sains Membuktikan Kelebihan Bangun Awal Solat Subuh

Kajian sains mendapati udara pagi adalah lebih bersih dan mengandungi oksigen paling tinggi berbanding waktu lain.

Kebaikan Bangun Awal

Oksigen yang paling baik pada awal pagi juga terbukti mampu melancarkan peredaran darah dalam badan.

Sebuah penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2008 oleh University of Texas, Amerika Syarikat, menunjukkan pelajar yang bangun awal pagi sering memperoleh prestasi lebih baik berbanding pelajar yang bangun lambat.

Apabila dikaji sebabnya, didapati udara pagi membolehkan aliran darah dan oksigen sampai kepada otak secara maksimum sehingga menjadikan otak berfungsi dengan baik seterusnya meningkatkan daya ingatan.

American Psychological Association (APA) turut mendedahkan bahawa orang yang bangun awal pagi lebih cenderung memiliki perasaan gembira, senang hati dan bahagia berbanding mereka yang bangun lewat.

Mengapa? Kerana secara psikologi, menghirup udara pagi dapat menciptakan tenaga positif di dalam badan.

Dalam erti kata lain, seseorang itu akan lebih bersemangat daripada orang yang bangun lambat.

Secara prinsipnya, apabila seseorang itu menjadi bersemangat, produktiviti kerja akan turut meningkat.

Fakta ini diakui oleh seorang ahli biologi dari Harvard, Chrisoph Randler, yang menurut beliau orang yang bangun awal pagi didapati memiliki kecenderungan lebih aktif dalam bekerja dan berdiskusi.

Waktu pagi sebenarnya sangat istimewa dalam Islam kerana ia merupakan salah satu waktu yang didoakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Syaitan membuat tiga ikatan ditengkuk salah seorang daripada kamu ketika tidur. Pada setiap ikatan, syaitan akan mengatakan, 'malam masih panjang, tidurlah!' Jika dia bangun lalu berzikir kepada Allah terlepaslah satu ikatan. Kemudian jika dia berwuduk, terlepaslah satu ikatan lagi. Kemudian apabila dia bersolat, terlepaslah ikatan yang ketiga dan dia menjadi bertenaga serta bersemangat baik. Jika tidak, dia akan merasa malas dan berjiwa tidak baik." HR Al-Bukhari dan Muslim

Kata kunci kepada keberkatan serta keluasan rezeki berdasarkan kepada keterangan hadis diatas ialah merujuk kepada sifat bertenaga dan jiwa positif yang diperoleh oleh orang-orang yang bangun awal pagi.

Orang yang menjaga solat subuh ialah mereka daripada kalangan yang bangun diawal pagi.

Insan-insan seperti ini kita boleh saksikan betapa lancarnya urusan kehidupan mereka.

Dalam Islam, bangun pagi merupakan permulaan kepada urusan kehidupan dunia setelah berehat pada waktu malam, 'mengecas' rohani dan jasmani.

Betapa cantiknya kehidupan seorang Muslim kerana aturan Allah memulakan hari manusia dengan ibadah solat yang merupakan pengecasan kepada rohani.

Jadi, didiklah diri kita untuk bangun seawal pagi dengan menjalani segala perintah Allah dan manfaatkanlah saat berharga itu selagi mana kita masih berpeluang menikmatinya.

BACA INI JUGA: Sains Membuktikan Larangan Hadis Bahaya Tidur Meniarap!

-SENTIASAPANAS.COM

Kejadian Pelik Kucing 'Meratapi' Kubur Ibu Kundari

Kejadian Pelik Kucing 'Meratapi' Kubur Ibu Kundari

Dalam satu kejadian pelik yang berlaku di Indonesia, walaupun telah dibawa pulang ke rumah oleh beberapa penduduk, seekor kucing enggan berganjak dari kubur tuannya.

Kucing+Menangis

Kucing berkenaan akan duduk berehat di atas kubur tuannya, kadangkala berbunyi 'meow' kuat berulang-kali dan kadangkala senyap seribu bahasa.

Kisah kucing tersebut menjadi viral di laman sosial dan mendapat liputan antarabangsa selepas didedahkan oleh seorang pelayar, Keningau Prayitno.

Difahamkan, Keningau sendiri cuba membawa kucing tersebut pulang ke rumahnya, tapi kucing tersebut tetap berpatah balik ke kubur tuannya.

"Beneran mas, pernah sekali saya mau bawa pulang tapi gak mau.." kata Keningau dipetik laporan Sriwijaya Post.

'Ibu Kundari' tertulis atas batu nisan kubur yang menjadi tempat 'lepak' kucing berkenaan.

Sriwijaya Post mengatakan Kundari dan suaminya selalu memberi makan kepada kucing tersebut ketika pasangan berkenaan masih hidup.

Kisah kucing malang ini disamakan dengan kisah anjing bernama Hachiko, yang setia menunggu tuannya yang tidak pernah kembali di sebuah stesen kereta api.

Kisah Hachiko kemudian menjadi filem animasi Jepun, diadaptasi oleh Hollywood, malah sebuah patung anjing 'Hachiko' juga dibina di stesen kereta api berkenaan.

BACA INI JUGA: Dindim, Penguin Yang 'Melawat' Penyelamatnya Setiap Tahun!

Sumber: SH