Thursday, November 03, 2016

Jika Benar MH370 Menjunam, Mustahil Tiada Serpihan!

Jika Benar MH370 Menjunam, Mustahil Tiada Serpihan!

Laporan terbaru menyatakan bahawa MH370 dipercayai hilang kawalan ketika menjunam ke dalam laut dengan kepak sayapnya berada pada kedudukan tidak bersedia untuk mendarat.

MH370 Menjunam

Laporan oleh Biro Ke­selamatan Pengangkutan Australia (ATSB) itu mendapati, komunikasi satelit terakhir MH370 adalah konsisten dengan situasi pesawat tersebut menjunam semakin laju sebelum hilang.

Analisis kepak sayap kanannya yang ditemui di Tanzania mendapati, komponen itu berada dalam kedudukan tertutup ketika terpisah dari sayap, membayangkan MH370 tidak bersedia untuk melakukan pendaratan lalu terhempas ke dalam laut.

Laporan itu mengan­dungi maklumat penting baharu berkaitan apa yang dipercayai berlaku pada pengakhiran penerbangan MH370, kata Menteri Pe­ngangkutan Australia, Darren Chester.

Beliau berkata demikian pada permulaan mesyuarat tiga hari di Canberra yang menyaksikan pakar-pakar bertemu bagi merangka fasa terakhir pencarian pesawat malang itu.

Pesawat jenis Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia itu hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Walaupun usaha mencari secara besar-besaran di dasar bawah laut dilakukan di luar perairan Australia Barat selama berbulan-bulan, tiada kesan pesawat itu ditemui sehingga kini.

Pasukan penyiasat bagaimanapun mengesahkan tiga serpihan yang ditemui di sepanjang perairan barat Lautan Hindi adalah serpihan milik pesawat MH370.

Usaha mencari telah merangkumi kawasan seluas lebih 110,000 kilometer persegi daripada keluasan 120,000 kilometer persegi yang diputuskan.

Manakala operasi mencari MH370 dijangka tamat awal tahun 2017 lapor Kosmo.

Jika MH370 Menjunam 20,000 Kaki Seminit Tentu Ada Serpihan

MH370 Menjunam

Seorang juruterbang ujian mempertikai laporan berita bahawa pesawat MH370 menjunam ke dalam laut pada kelajuan amat tinggi iaitu hingga 20,000 kaki seminit memandangkan tiada sebarang serpihan ditemukan pasukan mencari.

Juruterbang Ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata sekiranya pesawat itu menjunam ke dalam laut pada kelajuan itu, ia sudah tentu berkecai.

Katanya, perkara itu tidak mungkin berlaku kerana tiada sebarang kesan letupan ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Beliau berkata teori itu tidak dapat diterima kerana tiada langsung serpihan besar atau fiuslaj dijumpai anggota dan pegawai pasukan mencari sejak operasi mencari MH370 dilancarkan.

"Pelik...kami sepatutnya menjumpai sekurang-kurangnya serpihan kecil atau besar atau malah sebahagian daripada fiuslajnya jika teori itu betul...tapi, tiada satu pun yang dijumpai...mungkin MH370 kehabisan bahan bakar, maka tidak berlaku letupan," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak teori pesawat itu menjunam pada kelajuan tinggi.

"Kami hanya boleh menerima data itu dan membuat penyelidikan serta andaian untuk memecahkan kebuntuan, selain mencari serpihannya. Itulah objektif utama kami," jelasnya.

Selain laporan terbaru diatas, Mei lalu saintis pertahanan Australia yang menganalisis isyarat daripada MH370 mendedahkan bahawa pesawat jenis Boeing 777 itu jatuh dengan amat laju sebelum terhempas ke dalam Lautan Hindi di luar pantai Australia Barat.

Hasil daripada analisis yang dibuat terhadap data dan simulasi pengeluar pesawat berkenaan menunjukkan MH370 mungkin kehilangan kuasa enjinnya sebelum jatuh pada kelajuan hingga 20,000 kaki seminit pada 8 Mac 2014.

Ditanya tentang kemungkinan pesawat itu terhempas pada kelajuan tinggi dikawasan mencarinya, bekas juruterbang Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata kapal dan pesawat yang terlibat dengan operasi mencari tidak menemui sebarang serpihan luar biasa.

"Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT), yang dicipta untuk berfungsi apabila berlaku sesuatu nahas, tidak menghantar sebarang mesej.

"ELT tentu akan hidup sekiranya MH370 menjunam dengan kelajuan 20,000 kaki seminit. Dalam kes ini, itu tidak berlaku.

"Sebab itulah saya masih berpegang pada teori bahawa ada seseorang yangmengawal pesawat itu untuk melayang dan mendarat dengan lancar, menanggalkan 'cowling' enjin, flaperon dan sebagainya.

"Sesebuah pesawat akan berkecaia pabila berada 6 kilometer di dalam air disebabkan aktiviti seismik dan arus lautan.

"Maka, ia sudah tentu akan berkecai. Mayat dan kerusi terapung di merata tempat. Tetapi, setakat ini, itu tidak berlaku," kata bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

Sementara itu, pensyarah Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia(UPM) Prof Madya Dr Kamarul Arifin Ahmad berkata serpihan daripada pesawat itu tentu berselerak dan terapung sekiranya ia menjunam ke dalam laut pada kelajuan tinggi.

Kata beliau, memandangkan tiada serpihan besar ditemukan di kawasan mencari, maka para pegawai patut mencari penyelesaian lain atau alternatif untuk mengesan kotak hitam, yang akhirnya boleh merungkai misteri ini.

Sementara itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dalam laporan mingguannnya berkata kapal pencari, Fugro Discovery, akan beredar dari kawasan mencari untuk kali terakhir pada 11 Ogos dan singgah di Singapura untuk membuat persiapan bagi menjalankan projek seterusnya, yang tidak mempunyai kaitan dengan MH370.

ATSB berkata pelan pencarian menetapkan bahawa kawasan pencarian selebihnya akan diliputi dengan menggunakan kapal lain dan setakat ini, lebih 110,000 kilometer persegi kawasan dasar laut sudah diliputi.

Sehingga setakat ini, pesawat MH370 masih belum ditemui walaupun operasi mencari secara besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi.

Kawasan ini dipercayai mengakhiri penerbangannya setelah melencong daripada laluan asalnya lapor mStar.

BACA INI JUGA: MH370: Dr. Mahathir Dakwa CIA Rampas Pesawat!

16 Surah Pilihan Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya

16 Surah Pilihan Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya

Apa yang indah dengan agama Islam, ia adalah cara hidup yang sempurna. Sejak dari kandungan lagi pelbagai amalan untuk anak didalam kandungan.

Ibu+Mengandung

Cuba bayangkan, anak yang lahir nanti bukan sahaja sihat namun baik sifatnya. Indah akhlaknya.

Bukankah sejuk mata kita dan beruntungnya pasangan suami isteri yang memiliki anak yang soleh dan solehah.

Antara surah yang bagus untuk bacaan ibu dan ayah adalah seperti berikut:
  • Baca Baca Surah Al Fatihah Supaya terang hati dan kuat ingatan.
  • Baca Surah Maryam Supaya ibu bersalin mudah bersalin dan anak yang sabar dan taat.
  • Baca Surah Luqman supaya mendapat anak yang bijak dan cerdik jiwa.
  • Baca Surah Yusuf supaya anak yang dilahirkan cantik rupa dan indah akhlak.
  • Baca Surah Hujurat supaya ibu mengeluarkan banyak susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati.
  • Baca Surah Yaasin bagi ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Baca Surah At-Taubah supaya membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat.
  • Baca Surah an-Nahl untuk anak yang berdisiplin seperti lebah.
  • Surah al-Hujurat untuk membanyakkan susu ibu.
  • Surah al-Imran ayat 38 untuk memohon anak yang baik.
  • Surah al-Imran ayat 8-9 untuk memohon rahmat.
  • Surah Ibrahim ayat 40 untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
  • Surah al-Baqarah ayat 128 untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
  • Surah Yassin ayat 22-23 untuk menjaga aqidah, memberi hidayah kepada anak.
  • Surah as-Sajdah ayat 7-9 untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh dan solehah dan baik.
  • Surah al-Furqan ayat 74 untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan, menyenangkan hati ibubapa, doa untuk mendisiplinkan anak, doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Semoga memberi manfaat.

Insyaa Allah..

BACA INI JUGA: Senarai Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam

Sumber: Akuislam

Kejadian Misteri Di Laluan Kampung Sungai Lakit

Kejadian Misteri Di Laluan Kampung Sungai Lakit

Kejadian misteri di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, bukanlah perkara baharu, malah ia sudah kalis menjadi bahan mulut pengguna jalan raya ini.

Kampung Sungai Lakit
Gambar hiasan.

Terbaharu, pemilik akaun Facebook, Amin Hussin, menceritakan kejadian yang dialaminya di sekitar jam 10.30 malam di antara Kampung Sungai Lakit, sebelum tiba di Kesedar Paloh.

Ceritanya, sampai di lokasi berkenaan, kereta yang dipandu tiba-tiba gelap di bahagian tingkap belakang sehingga langsung tidak nampak bahagian belakang.

"Saya jadi bingung, berulang kali saya tekan brek untuk lihat bias cahaya tapi gagal. Cepat-cepat saya kejar kereta jenis Proton Exora di hadapan saya, tiba-tiba kereta saya terasa amat berat.

"Walaupun saya tekan minyak sekuat hati, kelajuan tetap perlahan. Allahuakbar, saya dan isteri rasa panik, bunyi cengkaman pada bumbung dan belakang bonet kereta sangat jelas. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu.

Kampung Sungai Lakit

"Pintu di bahagian penumpang macam ada sesuatu ingin merobek dan seperti ingin dibuka oleh sesuatu. Semakin kuat ayat suci Al-Quran dipasang, semakin banyak bunyi di sekeliling kereta saya," jelasnya.

Tambahnya lagi, setibanya di Paloh, keadaan kembali seperti biasa namun 'kesan' yang ditinggalkan itu cukup jelas kelihatan.

"Syukur Ya ALLAH, kerana selamatkan kami sekeluarga dari gangguan yang tidak diingini berlaku. Sampai di rumah, memang jelas ada kesan calar pada bumbung dan bonet belakang kereta.

"Nasib baik saya tidak lalai dan dapat meneruskan hingga selamat tiba ke destinasi. Kejadian ini kali kedua kami alami dan kejadian pertama lagi dahsyat.

"Untuk pengguna jalan ini, hati-hati memandu. Zikir ALLAH dan azan jika rasa mengantuk dan rasa luar biasa," katanya.

BACA INI JUGA: Misteri Dan Kisah Pelik Bukit Salbiah

Sumber: SH

Apa Sebenarnya Isteri Mahu Dari Suami?

Apa Sebenarnya Isteri Mahu Dari Suami?

Dengar. Walaupun anda sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri, itu tidak bermakna tugas anda telah selesai.

Romantik

Itu masih belum cukup bagi perempuan yang bergelar isteri.

Sebagai lelaki, kita akui memang sukar untuk memahami apa yang sebenarnya wanita mahukan daripada kita.

Tindakan mereka selalu bercanggah dan kata-kata mereka selalu mengelirukan.

Mereka tidak memberitahu kita apa yang mereka mahu dari kita.

Mereka selalu mengharapkan suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa.

Perempuan bila tak dipujuk, dia marah. Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk.

Ada masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif. Tiba-tiba boleh menjadi pemarah, keras kepala dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti.

Memeningkan bukan?

Apa yang perempuan mahu sebenarnya? Mengapa perempuan begitu?

Tapi secara realitinya, memahami hati seorang isteri sebenarnya tidaklah rumit.

Sebenarnya, apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.

Ada beberapa perkara menarik yang ingin kami kongsikan mengenai wanita, khususnya isteri.

Berminat untuk tahu?

1. Isteri laparkan perhatian

Berapa kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?

Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?

Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama kita.

Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.

Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda. Fokus kepada mereka.

Suami biasanya lebih fokus terhadap kerja, sepanjang hari dan sepanjang malam.

Perkara begini selalu membuatkan isteri rasa terabai.

Sekarang, setelah mengetahui perkara ini, cubalah mengimbangi masa bekerja dan masa untuk isteri.

Alhamdulillah, tindakan ini akan memberi impak kepada kemesraan suami isteri.

Perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa, tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna yang besar terhadap isteri.

Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk memberi perhatian sepenuhnya terhadap mereka.

2. Suami yang sentiasa tenang

Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.

Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.

Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.

‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah.

Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..

Jadi, dengar apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.

Mendengar akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya.

Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya, dengar dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.

3. Mampu merendahkan diri

Kebanyakkan suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah ego.

Memang benar, didalam rumah tangga, kita adalah ketua keluarga. Kita mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik.

Namun, jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.

"Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani

Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.

Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka.

Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang sewajarnya.

Jagalah hati mereka, Insyaa Allah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.

4. Boleh mempamerkan kelembutan (gentleman)

Memang bukan dalam sifat kita lelaki untuk lembut dan gemalai.

Secara normalnya, lelaki selalu sedikit kasar. Baik dari segi pergaulan, percakapan dan tindakan.

Tetapi apabila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran, dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumahtangga.

"Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” Surah al-Nisa’ ayat 19.

Layanlah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.

5. Suami yang kuat

Wanita sukakan lelaki yang kuat, tapi bukan bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah.

Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.

Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.

Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.

6. Sentiasa jelas dalam menyelesaikan masalah

Kebanyakan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara.

Kita kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak masa risau tentang perkara yang kita tidak pasti.

Teruskan untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam situasi yang kompleks dan membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.

7. Humor

Life’s too serious already. Kadangkala isteri mahu juga ketawa. Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan.

Jika anda seorang yang pandai buat lucu, selalulah berjenaka dalam hubungan rumahtangga anda.

Jika anda bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara yang anda rasa lucu dengan isteri anda.

Ketawa mampu merapatkan jarak diantara dua hati.

8. Menunjukkan kasih sayang

Isteri sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan kepada mereka bahawa kita berfikir tentang mereka.

Ya, perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang tidak dijangka olehnya

Belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara untuknya tanpa perlu diminta.

Perkara lain yang mungkin boleh dilakukan termasuk memberi hadiah tanpa sebab, menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa dia makan diluar sekali-sekala.

9. Beri penghargaan kepada isteri

Banyak yang pasangan kita lakukan dalam rumahtangga tidak kita sedari.

Kebanyakan suami dan isteri cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka.

Isteri biasanya membahagikan banyak masa pada perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah.

Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.

Tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.

10. Menerima segala kelemahan Isteri

Daripada mencabar, mentertawakan isteri anda atau mempersoalkan kelemahan isteri, mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?

Jangan tunjukkan kelemahan isteri, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang jelek atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah tentu merasa kecewa mengenainya.

Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa selalu diperhatikan.

"Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” Hadith riwayat Muslim

Jangan pernah menyesal dengan segala keburukan isteri kita. Jangan sakiti hati mereka.

Berhenti menghakimi mereka dan terimalah mereka seadanya.

Insyaa Allah, perkara ini akan membantu mereka rasa disayangi dan selamat bila bersama-sama kita.

Penutup

Memahami isteri bukannya sukar tapi..

Sebenarnya, bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak isteri, cuma kita kadangkala perlu lebih peka dengan mereka.

Mereka ingin perhatian. Mereka ingin disayangi. Mereka ingin sentiasa mahu rasa ada seseorang disisi.

Tunaikan apa yang mereka perlukan, pasti ada kehangatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.

"Lelaki ialah pemimpin bagi wanita kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” Surah an-Nisa, ayat 34

Tujuan artikel ini dikongsikan bukanlah untuk mendakwa kita saja suami yang baik, tetapi sebagai peringatan buat diri sendiri (dan kita bersama) agar lebih menghargai isteri kita.

Semoga kasih sayang dalam rumah tangga kita semua membawa hingga ke syurga. Amiin..

BACA INI JUGA: 'Jenazah Isteri Harum Seperti Bunga Ros, Balasan Mentaati Suami'

Sumber: Akuislam

Wednesday, November 02, 2016

Rakyat Tiada Hak Marah Harga Minyak Masak Dan Petrol Naik

Rakyat Tiada Hak Marah Harga Minyak Masak Dan Petrol Naik

Di Malaysia, Ahli Parlimen tak perlu ada otak geliga untuk menjadi Menteri. Yang penting, seorang Menteri mesti mempunyai sikap menganggap rakyat yang dibawahnya adalah golongan bodoh.

Najib+Bohong

Berikut komen terbaru seorang Menteri:

"Air mineral lebih mahal berbanding minyak masak meskipun subsidi minyak masak dimansuhkan sepenuhnya." -Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-air-mineral-lagi-mahal-daripada-minyak-masak-1.580354

Di Malaysia, rakyat boleh saban hari memaki-hamun, meraung, merungut dan menghina pemimpin.

Bila tiba pilihanraya, orang tu juga dipilih mereka. Parti tu juga menjadi pilihan.

Kalau saya jadi pemimpin, saya pun tak peduli rakyat nak mengaum ke, menangis ke, merempat ke, tak cukup makan ke, kerana akhirnya, pilihanraya nanti saya tetap menjadi pilihan.

Kalau saya jadi pemimpin, yang penting banyak fulus masyuk..

Sementara itu, walaupun DAP hanya bertanding kurang lebih 50 dari 222 kerusi, kita tetap takut Cina DAP perintah kita. Kita tak takut pula negara China SAPU ekonomi kita.

Tak payahlah kita nak marah apabila harga petrol naik, minyak masak naik, tol akan naik, kerana itu pilihan kita.

Apa yang penting, rakyat masih lagi mampu bayar GST, mampu membeli barang keperluan walaupun nilai wang akibat inflasi semakin menyusut dan menteri-menteri kita menjadi kaya-raya dek komisen melalui projek-projek mega bernilai jutaan dan bilion ringgit.

BR1M

Kita terimalah apa yang kita sedang harungi ini.

Tak perlu menangis dan meraung kerana semua ini pilihan kita.

Dan Alhamdulillah, negara kita masih lagi aman..

Rakyat dapat BR1M ok la.

BACA INI JUGA:

Sumber: Kedahku

Kelibat Riza Aziz Di China Gemparkan Malaysia!?

Kelibat Riza Aziz Di China Gemparkan Malaysia!?

Lawatan Najib Razak ke China sebagaimana yang dilaporkan media minggu ini telah menghasilkan 14 memorandum persefahaman bernilai RM144 bilion.

Riza Aziz

Yang patut dibanggakan adalah, nilai tersebut merupakan jumlah terbesar dalam sejarah hubungan ekonomi Malaysia dengan mana-mana negara asing.

Satu lagi The Malaysia Book of Records beb!

Ia bukan saja merangkumi pembangunan insfrastruktur seperti untuk Bandar Malaysia, landasan keretapi pantai timur, pelabuhan, kilang keluli, malah termasuk juga pemberian lesen bank kepada sebuah syarikat China.

Jika diambil kira dengan penjualan Edra Energy, 60 peratus saham Bandar Malaysia, juga kepada konsortium China serta pembinaan sebuah universiti China di Cyberjaya sebelum ini, beralihnya arah kiblat ekonomi Malaysia ke negara tersebut sebenarnya menjadi tambah ketara lagi.

Negara kita kini, terutama sejak bergelut dengan isu 1MDB, seolah-olah sudah menukar dasarnya secara drastik menjadi dasar pandang ke China.

Penyerahan secara besar-besaran kontrak ekonomi dan pertahanan, termasuk memberi lesen bank kepada sebuah negara asing, bukanlah amalan biasa sebelum ini.

Ketika Tun Mahathir memperkenalkan dasar pandang ke timur pun, ia tidaklah sampai sebegini rupa.

Dalam dasar pandang ke timur, yang ditekankan ialah pemindahan teknologi dan sikap rakyat Jepun serta Korea dalam bekerja dan membangunkan negara.

Bagaimanapun, berbeza dengan China, negara tersebut bukan saja menjadi kuasa ekonomi, tetapi juga akan hadir dengan segala-galanya, termasuk pemindahan manusia ke negara kita.

Kenapa negara China terlalu diutamakan? Tiadakah syarikat-syarikat dalam negara sendiri yang mampu melaksanakan projek-projek tersebut?

Tahun-tahun awal Najib menjadi Perdana Menteri, kiblat dan idolanya adalah Amerika. Beliau dikesan sebagai pemimpin Malaysia paling kerap berkunjung dan melawat negara tersebut.

Lesen+Kewangan

Untuk tujuan berbaik-baik itu, Najib turut melantik rakan baiknya, Allahyarham Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke Amerika.

Tetapi sejak Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman terhadap Jho Low dan anak tirinya, Riza Aziz berkaitan harta-harta yang didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan, kiblat dan idola ke arah Amerika itu seolah-olah mula pudar.

Malah dengan Najib turut membawa anak tirinya yang sedang disaman oleh Jabatan Kehakiman AS menaiki pesawat rasminya ke China, ia bagaikan isyarat halus Najib kepada Amerika bahawa beliau kini sudah ada "tuan baru" di sisinya.

Kesediaan syarikat China membeli Edra Energy, sayap milik 1MDB dan mengetuai konsortium membeli 60 peratus Bandar Malaysia, adalah permulaan kepada pergantungan kepada negara tersebut.

Ia kemudian diikuti dengan pembinaan rel laju ke Singapura serta ke Pantai Timur, juga diserahkan kepada syarikat China.

Melalui penyerahan blok ekonomi besar-besaran kepada China, kita semua, termasuk Melayu, Cina, India dan Bumiputra seharusnya mula bimbang dengan kesan ekonomi, sosial dan budaya yang mungkin tiba-tiba mengancam negara.

Jika sekarang ini pun kemasukan warga China secara haram atau tiba-tiba hilang tidak dapat dikesan setelah masuk ke negara kita sudah dianggap begitu besar, bayangkan apa akan berlaku setelah mereka diberikan kuasa ekonomi yang lebih meluas?

Dalam kes pembinaan rel keretapi ke Pantai Timur misalnya, tidak mustahil semua bandar-bandar kecil yang terlibat dengan projek tersebut selepas ini akan dipenuhi dengan pekerja warga China, yang kemudian tentunya akan tumbuh pula restoran, pusat hiburan, pusat urut kaki dan bermacam-macam lagi perniagaan yang didatangkan dari Tembok Besar sana.

Banyak bandar akan bertukar menjadi bandar satelit China, perniagaan baru dari China akan turut muncul satu demi satu dan ini sekaligus akan membunuh perniagaan orang-orang Cina sendiri.

Akhirnya, bukan saja ancaman ekonomi, masalah sosial dan budaya akan melanda masyarakat.

Ia malah akan turut memberi ancaman lebih besar kepada keharmonian keluarga kaum Cina negara kita kerana merekalah yang paling terdedah kepada masalah sosial tersebut.

Dari segi ekonomi pula, oleh kerana syarikat-syarikat China itu datang dengan wang, ia juga akan meningkatkan pemilikan asing yang lebih ketara dalam hartanah dan perumahan pada tahun-tahun akan datang.

Tidak mustahil akhirnya nanti kerajaan sendiri terpaksa memberi kelonggaran dari segi kouta dan pemilikan harta kepada mereka.

Bukan kita menolak pelaburan asing, tetapi sikap berlebih-lebihan Najib dalam konteks ekonomi China ini, terutamanya setelah terhutang budi kerana membantu menyelesaikan kemelut 1MDB.

Ia seharusnya menimbulkan kebimbangan kepada semua, apatah lagi sikap beliau yang ketara memusuhi DAP yang disokong oleh kira-kira 80 peratus orang Cina dalam Malaysia sendiri.

Akhirnya, dengan apa yang dimulakan Najib ini, di mana kedaulatan negara kita dalam 10 atau 20 tahun akan datang? -Shahbudin

Najib Razak Padam Gambar Bersama Riza Aziz!?

Riza Aziz

Nampak tak kelibat anak tiri kesayangan Najib Razak. Nama dia Riza Aziz.

Dia sekarang terlibat dalam satu siasatan yang melibatkan penyelewengan wang #1MDB.

DOJ ada buat satu siasatan rasmi tentangnya. Wang-wang yang digunakan untuk membiayai filem separa lucah 'The Wolf Of Wallstreet' dipercayai datang dari sumber 1MDB.

Oleh kerana itulah Riza Aziz terlibat dalam siasatan tersebut. Ini berlaku kerana peraturan di Amerika Syarikat, yang mana dana yang dipercayai dari sumber meragukan akan disiasat agar tidak bercanggahan dengan peraturan kewangan negara mereka.

Pendek kata, peraturan kewangan di Amerika tidak akan mahu toleransi dengan dana, pelaburan, kewangan yang puncanya dari aktiviti haram, mencurigakan, penyelewengan, hasil curi.

Riza Aziz

Netizens tidak hanya menyangkal kelibat Riza Aziz semata-mata. Malahan lebih dari itu. Mereka tertanya-tanya. Apa peranan Riza Aziz disitu?

Ianya agak menakutkan juga.

Apakah aset yang akan digadaikan lagi demi menyelamatkan seseorang, atau sesetengah pihak.

Selepas menerima kecaman bertubi-tubi, Najib Razak akhirnya terpaksa akur.

Dia kemudiannya dikesan telah memadamkan tweet yang mengandungi kelibat Riza Aziz dalam laman Twitternya.

Najib Padam Tweet

Alamak Najib. Padam pun tak guna. Orang dah nampak, baca dan sebar. Bahkan kat tv1 pun ada.

Terang-terang lagi tv1 siar. Jangan nak tuduh wartawan sabotaj pula. Kang tak pasal-pasal ada yang digantung tugas pula.

Pokoknya Najib sekarang terasa dengan kritikan netizens dalam isu Riza Aziz.

Rasanya dia mula memahami kebenaran disebalik persoalan rakyat dalam isu ini.

Atas sebab itu sebagai langkah 'control damage', baik padamkan dulu bukti-bukti yang mencemar kredibliti.

Tambahan pula, meskipun Riza Aziz bukanlah penjenayah namun apabila dia dinamakan antara prime suspect dalam siasatan skandal yang membabitkan dana mencurigakan, Najib pula sebagai perdana menteri yang dipercayai berkaitan dengan penyelewengan tersebut, boleh dilihat berdua berjalan bergembira bukankah ini menjengkelkan publik? Khususnya masyarakat Malaysia la kan.

Aksi ini mewujudkan satu persepsi yang tidak enak. Malas nak sebut. Rasanya Najib lebih tahu. -Amenoworld

BACA INI JUGA: 'Riza Aziz Tuai Apa Disemainya Kerana Jual Diri Kepada Syaitan'

Khasiat Sayur Peria Membersihkan Darah Dalam Badan

Khasiat Sayur Peria Membersihkan Darah Dalam Badan

Sebut sahaja sayur peria, pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat.

Sayur Peria

Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.

Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria 'katak' yang bersaiz lebih kecil.

Kebiasaannya, sayur peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.

Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.

Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.

Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.

Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.

Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.

Sayur Peria Cuci Darah Kotor

Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal.

Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.

Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.

Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.

Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.

BACA INI JUGA: Buah Dan Sayuran Segar Penghalau Penyakit

Sumber: Utusan

Tuesday, November 01, 2016

Laluan Pelajar Sekolah Kampung Atule Paling Menakutkan Di Dunia!

Laluan Pelajar Sekolah Kampung Atule Paling Menakutkan Di Dunia!

Jika anda adalah seorang pelajar sekolah yang malas dan selalu merungut kerana terpaksa berjalan kaki ke sekolah setiap hari, anda pasti akan bersyukur jika melihat gambar ini.

ATULE VILLAGE

Di China, anda pastinya kecut perut apabila melihat gambar kanak-kanak sedang berpaut pada tangga yang diperbuat dari akar pokok di tebing curam sebuah gunung semata-mata untuk ke sekolah.

ATULE VILLAGE

Gambar berkenaan viral selepas media kerajaan, Beijing News mendedahkan perkara tersebut.

ATULE VILLAGE

Menurut laporan CNN, tangga yang digunakan berukuran 800 meter panjang dan penduduk dan murid dari kampung atas gunung terpencil, Atule terpaksa melaluinya setiap hari.

ATULE VILLAGE

Pada masa lampau, terdapat kes penduduk dan murid maut akibat terlepas pautan dari tangga berkenaan.

ATULE VILLAGE

Walau bagaimanapun, penduduk kampung Atule sudah memulakan pembinaan tangga baru yang menggunakan 1,500 batang paip Ogos lepas.

ATULE VILLAGE

Tangga baru dijangka siap awal November tahun 2016 ini.

Menakutkan tapi sungguh menakjubkan dalam masa yang sama kan..

BACA INI JUGA: Giler! Terpaksa Melalui Jurang Maut Untuk Ke Sekolah

Sumber: SH

Monday, October 31, 2016

Kebencian Hitler Terhadap Yahudi Mungkin Ada Benarnya

Kebencian Hitler Terhadap Yahudi Mungkin Ada Benarnya

Semasa kecil, apa yang kita tahu mengenai Jerman ialah, tenteranya sentiasa di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Yahudi dan Hitler

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat.

Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak.

Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang boleh dibaca.

Ada satu buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan.

Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Kita tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam.

Membunuh dengan zalim bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur.

Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun, malah di Jerman sehingga hari ini pun kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya.

Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal, Mein Kampf.

Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi.

Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Dunia Kristian Menganggap Yahudi Bangsa Yang Bahaya

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak.

Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies.

Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto.

Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam, selain rentetan peperangan antara penganut Kristian dan Yahudi.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka.

Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat?

Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini.

Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman.

Yahudi Bangsa Pengkhianat

Kezaliman Yahudi
Tentera Yahudi memijak kanak-kanak Palestin.

Jika dilihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka.

Nabi SAW pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi SAW, maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin.

Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu.

Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka.

Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi SAW, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah.

Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati.

Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”.

"Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang.

"Rasulullah SAW bertanya mereka, “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka, “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”.

"Sabda Rasulullah, “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka, “Allah lindunginya dari perkara tersebut”.

"Sabda Rasulullah, “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”.

"Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata, “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”.

"Lantas mereka berkata, “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”.

"Kata Abdullah bin Salam, “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu.

Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan.

Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

BACA INI JUGA: Holocaust, Fakta Kenapa Hitler Membenci Yahudi

Sumber: Drmaza

Daun Pecah Beling Merawat Dan Mencegah Kanser

Daun Pecah Beling Merawat Dan Mencegah Kanser

Pecah beling merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832-1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma).

Daun Pecah Beling

Daun ini dikenali dengan nama pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae), enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia.

Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu.

Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah.

Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus, agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia.

Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Kajian Makmal UPM

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%).

Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin.

Daun ini juga mengandungi kafein, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Daun Pecah Beling Membunuh Sel Kanser

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan).

Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada.

Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruhi sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan.

Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser.

Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini.

Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas.

Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Daun Pecah Beling Merawat Kencing Manis

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen anti-diabetis pada tikus yang diaruh diabetes.

Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis.

Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level).

Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas.

Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

Teh Daun Pecah Beling

Daun Pecah Beling

Teh pecah beling turut menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis.

Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.

Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat.

Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob.

Penulis:
Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.

BACA INI JUGA:

Sumber: Utusan

Sunday, October 30, 2016

8 Cara Isteri Kena Goda Suami Untuk Elak Cerai

8 Cara Isteri Kena Goda Suami Untuk Elak Cerai

Kebanyakan pasangan yang bercerai adalah perkahwinan pilihan sendiri. Cinta sudah wujud, sudah saling kenal mengenali sejak awal. Tetapi macam mana cinta itu boleh hilang? Bagaimana perceraian tetap terjadi?

Goda+Suami

Jangan risau, baik suami atau isteri, anda boleh guna beberapa panduan ini bagi mengekalkan cinta agar kasih sayang kekal bersemarak hingga ke akhir hayat.

1. Buang syak wasangka

Perkara paling utama untuk mengukuhkan cinta yang sedia ada ialah menjauhkan diri daripada syak wasangka terhadap pasangan.

Ada banyak sebab yang memungkinkan hubungan jadi hambar dan tak semestinya berpunca daripada orang ketiga.

Kesilapan anda terlalu mudah menaruh syak kepada pasangan boleh menyebabkan kasih sayang menjadi hambar dan boleh menjadi pudar.

2. Betulkan mana yang silap

Sebagai suami atau isteri, anda juga perlu sentiasa betulkan diri. Tak cukup dengan menyelidik diri sendiri tetapi anda perlu berbincang dan berterus terang dengan pasangan.

Cari masa dan ketika yang sesuai kemudian berundinglah. Jangan terkejut jika pasangan tak nak berbincang.

Cuba dan cuba tapi jangan pula setiap hari! Berikan pasangan anda masa!

3. Luah apa yang dirasa

Senaraikan kelemahan yang anda rasai sendiri. Jika terasa salah sendiri, berusaha untuk mengatasi kesilapan tersebut.

Jangan berbangga diri mengatakan diri tidak bersalah. Sebagai manusia, kita semua tak sempurna. Kita miliki kelebihan dan dalam masa yang sama, kita juga mempunyai kelemahan.

4. Pukau pasangan dengan kasih sayang

Kasih sayang bak benih tanaman. Jika benih tersebut sentiasa disiram dan dibaja, ia akan tumbuh subur. Sebaliknya jika dibiarkan tanpa siraman dan baja, akan layu dan mati.

Anda perlu gunakan luahan sayang dan belaian mesra. Luahkanlah rasa kasih anda dalam nada yang amat romantis dan menggoda, ciumlah pasangan anda dengan penuh rasa cinta.

Bimbang dikatakan buang tabiat? Ketepikan kebimbangan tersebut!!

Lakukan saja dan jika benar perkataan tersebut keluar dari mulut pasangan anda, jawablah dengan penuh kasih sayang dan suara menggoda.

Anda lakukan semua tu sebab rasa cinta dan rindu yang amat sangat kepada pasangan.

5. Buat kejutan

Sebagai contoh, jika selama ini hari jadi suami atau isteri atau majlis ulang tahun perkahwinan hanya disambut biasa, sekadar ucapan, kad dan hadiah, tukarlah kebiasaan tersebut kepada satu majlis hari jadi agak luar biasa, tak perlu besar, cukup disambut dengan bersama pasangan dan anak-anak tetapi dalam suasana yang berbeza daripada sebelum ini.

6. Imbangi antara kerjaya dan rumah tangga

Keseimbangan wujud apabila anda berjaya memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi kepada rumah tangga dan kerjaya.

Tumpuan 100% kepada kedua-duanya dapat dilakukan bila anda mampu membahagikan masa sebaiknya.

Elakkan bekerja lebih masa tanpa perancangan sebelumnya. Kalau tak boleh dielakkan juga, bawalah kerja balik ke rumah tetapi pastikan pasangan dan anak-anak diberikan perhatian lebih dulu.

Maklumkan kesibukan tiba-tiba anda kepada pasangan agar pasangan tidak ternanti-nanti hingga boleh timbul kekeliruan dan salah faham.

7. Kualiti masa bersama

Pastikan anda mempunyai masa untuk pasangan. Biasakan anak-anak tidur cepat, anggaran jam 9 malam atau paling lewat 10 malam – masa sebaiknya untuk kanak-kanak tidur – anda mempunyai antara satu hingga dua jam untuk diluangkan bersama suami.

Tonton televisyen bersama, bergurau senda, berbual dan paling penting untuk berbincang tentang segala perkara berkaitan hubungan dan perkahwinan.

Wujudkan satu sesi perbincangan keluarga melibatkan suami isteri dan anak-anak. Peruntukkan juga satu hari penuh daripada masa seminggu anda untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama suami dan anak-anak.

8. Doa

Sentiasa berdoa agar kasih sayang suami isteri sentiasa utuh, kekal dan mekar hingga ke akhir hayat. Tak perlu tunggu waktu solat sahaja sebaliknya berdoalah setiap ketika kecuali tika qada hajat – buang air kecil atau besar.

Insya-Allah, dengan segala ikhtiar dan doa anda kepada-Nya, kasih sayang suami isteri akan kembali bersemarak dan kekal hingga akhirnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mw