Sunday, October 30, 2016

Bekam Sebagai Kaedah Merawat Penyakit Wujud Sejak Tamadun Purba!

Bekam Sebagai Kaedah Merawat Penyakit Wujud Sejak Tamadun Purba!

Bekam adalah salah satu kaedah rawatan tradisional untuk kesihatan yang diamalkan sejak zaman purba lagi.

Bekam

Sejarah bekam sudah bermula sejak sekian lama, ribuan tahun dahulu dan dikalangan orang Islam, rawatan bekam dikenali sebagai al-Hijamah.

Namun, tahukah anda tamadun terawal manakah yang telah mengamalkan rawatan berbekam ini?

Rawatan Bekam Tamadun Mesir Purba

Pada zaman Mesir purba, terdapat ukiran hieroglyphic yang menceritakan tentang amalan berbekam seawal 3,500 tahun yang lalu.

Terdapat juga sebuah buku perubatan yang ditulis seawal tahun 1550 Sebelum Masihi.

Namun, makalah ini dipercayai dicatat semula daripada manuskrip perubatan yang jauh lebih awal.

Manuskrip perubatan Mesir purba ini jelas mencatatkan tentang penggunaan rawatan bekam.

Rawatan Bekam Tamadun China

Tiada tamadun (mungkin Islam) yang mencatatkan tentang bekam dengan begitu teliti seperti mana yang dicatatkan oleh tamadun China.

Rekod terawal tentang amalan berbekam dicatatkan sehingga seawal 3,000 tahun yang lalu, menjelaskan tentang bagaimana amalan bekam digunakan untuk menyembuhkan penyakit Pulmonary Tuberculosis.

Terdapat catatan yang merujuk kepada seorang Taoist terkenal bernama Ge Hong yang hidup sekitar 281-341 Masihi, yang terkenal dengan amalan kimia dan perubatan herbanya.

Dia dikatakan menceritakan tentang penggunaan tanduk haiwan dalam amalan berbekam untuk menyembuhkan bisul-bisul yang tumbuh di kulit manusia dalam bukunya yang bertajuk A Handbook of Prescriptions of Emergencies (Jou How Pei Jyi Fang).

Ge Hong juga memberi nama untuk amalan berbekam ini sebagai Jiaofa.

Catatan daripada Dinasti Tang yang berdiri pada abad ke 7 Masihi dahulu turut menceritakan tentang amalan berbekam dalam buku seperti Necessities of a Frontier Official (Wai Tai Mich Yao) ditulis oleh Wang Tayr.

Buku ini memperkatakan tentang penggunaan bekam yang dapat menghindarkan diri daripada sakit kepala, sakit perut dan juga pening dalam tubuh seorang pesakit.

Bekam merupakan salah satu cara perubatan tradisional China selain daripada penggunaan Akupunktur dan juga Moxibustion (rawatan api panas).

Catatan lain seperti dalam buku Supplement to Outline of Materia Medica (Ban Tsau Gang Mu Chyr Yi) yang ditulis oleh Zhao Xuemin daripada Dinasti Qin.

Catatan ini menceritakan tentang amalan berbekam yang dikatakan menggunakan cawan yang diperbuat daripada tanah liat dan buluh.

Rawatan Bekam Tamadun Islam

Dalam sejarah tamadun Islam pula, antara rekod terawal yang diperkatakan tentang amalan bekam ialah dari sebuah hadis Rasulullah SAW yang dicatatkan seperti dibawah.

"Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku diisra'kan, melainkan mereka (para malaikat) semua mengatakan kepadaku, "Hai Muhammad, engkau harus berbekam." Hadis riwayat Tirmidzi.

Juga hadis lain yang berbunyi, "Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara, Pertama, dengan meminum madu (dengan ubat herba), kedua, dengan berbekam/hijamah dan ketiga, dengan (terapi) besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku untuk melakukan pengubatan dengan besi panas." Hadis riwayat Bukhari.

Selain itu, amalan berbekam turut di dapati dalam buku Al-Tibb Al-Nabawi yang merupakan sebuah kompilasi yang berbicara tentang amalan perubatan yang disandarkan kepada Rasulullah SAW, dimana terkandung juga tentang amalan berbekam.

Selain itu, ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina (980-1036 Masihi) turut dicatatkan menggunakan amalan berbekam dalam rawatannya.

Tamadun Lain

Dalam tamadun lain pula, pengamal perubatan Yunani purba iaitu Hipocrates dicatatkan menggunakan amalan berbekam sekitar tahun 400 Sebelum Masihi.

Manakala sejarahwan Yunani, Herodotus juga pernah menulis tentang kebaikan berbekam pada tahun 413 Sebelum Masihi.

Selain itu, kebaikan berbekam juga pernah dicatatkan dalam tamadun Afrika sekitar tahun 1701 Masihi.

Seorang pakar bedah, Charles Kennedy, dari Amerika Syarikat pernah mengakui tentang kejayaan bekam dalam kebanyakan rawatannya pada tahun 1826.

*Artikel ini dipetik dari Facebook ThePatriots.

BACA INI JUGA: 5 Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit Oleh Para Nabi Dan Wali

-Sentiasapanas.com

Petua Merawat Demam Selesema Tanpa Menelan Ubat

Petua Merawat Demam Selesema Tanpa Menelan Ubat

Sekali kena serang demam selesema memang agak 'tangkap' kepala. Lagi parah kalau sampai air hidung mula meleleh, terus hilang mood nak buat kerja harian.

Demam Selsema

Anda jangan risau, demam selesema bukanlah penyakit bahaya yang boleh hilang sendiri tetapi kalau cukup nutrisi, confirm anda kembali sihat.

Jadi kenapa masih beriya membeli ubat selesema. Cuba utamakan petua ini untuk hapuskan demam selesema...

1. Vitamin C

Vitamin C bermanfaat untuk mempertahankan sistem imun tubuh dan melawan selesema. Anda boleh dapat zat ini dengan makan kentang, lada benggala hijau, strawberi, nenas dan paling senang buah oren untuk melawan selesema.

2. Halia

Bukan hanya selesema, halia juga boleh rawat batuk dan demam. Caranya mudah, parut halia dalam air panas dan anda boleh tambah sedikit gula melaka untuk rasa manis atau boleh dicampurkan dengan teh. Minumlah air halia suam atau panas.

3. Bawah Putih

Bawang putih mengandungi antioksidan yang berguna dalam sistem kekebalan tubuh untuk melawan bakteria dan virus, termasuk mencegah dan rawat selesema.

Jika anda diserang demam, ketepikan dulu ubat dan cuba makan bawang putih. Kalau nak lebih berkesan anda boleh terus tumbuk dan makan bawang putih.

4. Bayam

Tak suka makan sayur? Selepas ini anda kena juga paksa telan sebab bayam mengandungi serat, antioksidan, seperti vitamin C, dan banyak lagi. Kalau masak bayam, jangan lama. Cukuplah dalam 10-15 minit.

Ya, inilah beberapa jalan mudah untuk mengatasi demam selesema secara alami.

Semoga memberi bermanfaat!

BACA INI JUGA: Petua Menghilangkan Batuk Bayi Dan Kanak-kanak

Sumber: mw

Ketahui Rahsia Cara Makan Pasangan Anda

Ketahui Rahsia Cara Makan Pasangan Anda

Ada yang makan dengan cepat, pantas seolah-olah terlalu lapar. Ada juga yang makan dengan lambat sampai kita yang macam kasihan nak bantu telan makanan tu.

Makan

Tunggu dulu! Ketika meneman atau makan bersama-sama, anda mungkin boleh menafsir sifat dan personaliti diri seseorang melalui cara mereka makan, termasuk anda sendiri.

Makan dengan tenang

Wah! Skema habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu membuatkan kamu bosan. Geram pun ada.

Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'berminat' dengan makanan itu berbanding diri kamu.

Namun, di sebalik sikapnya ini, itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya.

Kamu satu-satunya bagi dia! Cewah!

Asyik belek makanan

Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat.

Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Tersusun rapi!

Usah risau, itu menandakan dia amat prihatin dalam setiap apa yang dilakukan.
Selain itu, dia memang serius dengan kamu. Jadi, usahlah diragui cintanya!

Serius ketika makan

Gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat.

Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hinggakan kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai!

Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya.

Hati-hati, nanti kamu tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak

Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak.

Itu menggambarkan dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu biasalah.

Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya.

Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam

Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'.

Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu sudah memang tabiat dia.

Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa.
Tengok saja setiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut

Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit hati juga kamu dibuatnya.

Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.

Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu.

Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Zodiak Wanita

Sumber: 1001rahsiadiri

Panduan Yang Betul Menyimpan Nombor Telefon Waris Untuk Kecemasan

Panduan Yang Betul Menyimpan Nombor Telefon Waris Untuk Kecemasan

Selalunya bila berlakunya kemalangan, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK (yang ada password).

Kecemasan

Yalah, macam mana mereka nak buka dan lihat senarai nombor telefon jika telefon tak boleh UNLOCK?

Panduan untuk letakkan nombor telefon WARIS bila berlaku kemalangan – di bawah ini saya kongsikan cara untuk meletakkan nombor telefon waris di skrin bila telefon anda LOCK.

Ia akan memudahkan orang yang ingin membantu terus DAIL nombor tersebut.

Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana di bawah:

Lenovo
  • Setting
  • Security
  • Owner info – Masukkan nombor telefon kecemasan.

Samsung
  • Setting
  • Device
  • Lock screen
  • Owner infomation – Masukkan nombor telefon kecemasan.

Asus
  • Setting
  • Lock Screen
  • Owner Info – Masukkan nombor telefon kecemasan.

Xiaomi
  • Setting
  • Lock Screen
  • Owner Info – Masukkan nombor telefon kecemasan.

Apabila skrin lock, nombor telefon kecemasan akan terpapar di skrin.

iPhone (Apple)

Untuk setting, buka aplikasi “Health” dan daftar Medical ID.

Untuk melihat maklumat peribadi setelah Medical ID didaftarkan:
  1. Slide
  2. Emergency
  3. Medical id – Nombor telefon kecemasan akan terpapar.

Anda boleh cuba buat langkah-langkah di atas. InsyaAllah ada kebaikannya.

BACA INI JUGA: Cara Membezakan iPhone Original Dan iPhone Palsu!

Sumber: Thevocket

Saturday, October 29, 2016

Cerpen: Antara Cinta Dan Niat

Cerpen: Antara Cinta Dan Niat

“Waalaikumusalam,” jawab Datin Zahara yang sedang menyiram pokok bunga dihalaman menyahut salam daripada Syahira..

Antara Cinta Dan Niat

“Eh? Naik teksi? Mana kawan kamu?” soalnya setelah melihat teksi yang berlalu dihadapan banglo mewah itu.

“Kereta Sarah rosak aunty. Tu yang Ira naik teksi,” ujar Syahira Imani sambil tersenyum.

“Laaa.. kenapa tak call aunty. Aunty boleh suruh Pak Mail jemput Ira.”

“Ishh aunty ni, tak payah susah-susahlah. Kesian Pak Mail. Dia pun nak rehat jugak. Ira dah besar.”

“Jangan kira besar tak besar sekarang ni. Aunty risau. Ya lah, pemandu teksi sekarang ni bukan boleh percaya sangat,” bebelnya berprasangka buruk terhadap pemandu teksi.

“Aunty, tak baik cakap macam tu. Bukan semua pemandu teksi dalam Malaysia ni macam yang aunty anggap tu.

"Ira naik teksi je pun. Bukan jalan kaki ke berlari ke melompat ke apa.”

“Dia ni..” sambil menampar manja dibahu Syahira.

“Ada je jawabnya. Dah.. pergi naik. Tukar baju. Pastu kita makan sama-sama.”

“Alright, Aunty,” balasnya sambil jari telunjuk dan jari hantu diangkat sebagai tanda ‘peace’.

***

Pintu bilik mandi ditutup rapat. Hanya kain tuala yang menutup pusat dan lututnya. Dia berjalan menuju ke katil.

Walaupun berasa sedikit tenang setelah mandi, namun jiwanya masih runsing.

Iphone berwarna putih dicapai lalu menghubungi seseorang. Berkali-kali, namun gagal.

Panggilan tidak dijawab. Dia runsing apa yang harus dibuat untuk mengantikan tempat Aida.

Dia sudah berjanji dengan rakannya, Razif untuk hadir ke majlis ulang tahun kelahirannya keesokan malam.

Malam itu juga semua rakan di zaman sekolahnya dulu turut hadir.

Dan, yang pasti, semua rakannya itu tahu yang Aizat Idham sudah punya kekasih hati, Aida.

Helaan nafas geram dilepaskan. Iphone yang elok berada dalam genggamannya dilemparkan ke dinding sekuat-kuat hati tanda geram dan marah.

Berkecailah objek yang bernama iphone itu dilantai. Dia memandang keadaan iphone yang berkecai itu tanpa rasa bersalah.

Dalam tersemput-semput dia menarik nafas mencari bekalan oksigen tambahan, sekilas dia terlihat kelibat seseorang melalui dihadapan pintu biliknya yang tidak bertutup dari tadi.

Dia bingkas bangun mendapatkan insan itu. Dengan hanya berpakaian tuala, pergelangan tangan wanita itu dicengkam.

“Ira! Ikut aku kejap,” katanya sambil menarik Syahira menuju ke biliknya.

“Woihh! Apa ni? Sakitlah!” Syahira cuba menyentap cengkaman itu, namun apalah daya, kudrat wanita.

Dengan nekad, Syahira cuba sedaya upaya untuk melepaskan cengkaman yang kuat itu.

Dia cuba mengerak-gerak dan mengoyang-goyangkan tangan supaya cengkaman itu terlepas. Dan akhirnya berhasil.

Aizat memberhentikan langkah, namun tangannya masih mencengkam pergelangan tangan Syahira.

“Kau diam boleh tak? Kau ikut je lah aku.”

“Tengkorak kau aku nak ikut kau. Kau tarik aku masuk bilik kau tu masalahnya sekarang ni. Kalau kau ajak aku ikut kau gi masjid tak apalah jugak.”

“Asal? Kau takut? Masuk jelah,” ditariknya tangan Syahira masuk ke bilik. Pintu bilik ditutup.

“Apa masalah kau ni, Aizat?” soal Syahira. Soalan itu tidak dijawab. Aizat menolak tubuh Syahira ke atas katil empuknya.

“Kau nak buat apa ni? Apa masalah kau ni?! Kau nak rogol aku ke apa?”

“A’ah! Dah lama aku tunggu. So?” dia mendekati Syahira.

“Ha?!! Auntyyyyyy!!!!!!!!!!!!” jerit Syahira. Aizat menekup mulut Syahira.

Tidak akan dibiarkan gadis itu menjerit menggagalkan rancangannya.

“Diam boleh tak. Takkanlah aku nak rogol kau. Memang taklah!” Tangan yang menekup mulut Syahira dilepaskan.

“Dah tu?!”

“Aku nak minta tolong dengan kau.”

“Tolong apa?”

“Tolong diam.”

“Ishh dia ni! Aku tumbuk jugak karang. Kau pergi pakai baju boleh tak. Seram aku tengok kau.”

“Asal? Sebab aku sadooo?”

“Ahh! Main-mainlah. Tak nak cakap, aku bla lah..”

“Okay-okay. Hmm.. aku nak minta tolong kau jadi girlfriend aku.”

Syahira menanyangkan muka pelik. Dia turun dari katil lalu berdiri menghadap Aizat yang sedang duduk dikatil.

“Kau demam ke apa? Apehal pulak aku kena jadi girlfriend kau?

"Dah tu girlfriend kau nak letak mana? Campak keluar? Bungkus masuk guni? Lipat masuk dalam sampul surat? Ke ada cara lain?”

“Kita orang dah putus...”

“Putus?? Apa jenislah kau ni. Perempuan punya vogue gitu kau boleh putus?

"Aku tak faham betullah dengan kau ni. Couple, putus. Couple putus. Habis tu sekarang kau nak suruh aku ganti tempat dialah?

"Kau nak aku berkepit dengan kau macam mana kau berkepit dengan dia? Cenggitu?”

“Ishh... kau diam kejap boleh tak. Dengar aku nak cakap. Boleh tak?”

“Tak boleh! Muktamad! Walau apa pun aku tak nak jadi girlfriend kau,” Syahira melangkah menuju ke pintu, namun Aizat dapat menghalang langkah Syahira.

Tangan Syahira ditarik kuat oleh Aizat menyebabkan badan syahira berpusing 180 darjah ke arah dada bidang Aizat. Aizat berdiri tiga inci menghadap Syahira.

Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.

“Malam esok je..”

Belum sempat mata Aizat menjelajah wajah Syahira, pintu bilik terkuak. Terpacul wajah Datin Zahara di balik pintu.

Melihat keadaan mereka begitu, terkejut Datin Zahara bukan kepalang.

Dengan keadaan Aizat yang hanya berpakaian tuala sambil tangan memegang tangan Syahira dan jarak mereka hanya 3 inci membuatkan Datin Zahara berfikiran bukan-bukan.

“Mama.. Mama jangan salah faham, Ma..” suara Aizat terketar-ketar.

“Apa yang kamu berdua buat ni?” soal Datin Zahara.

“Aunty.. Ir...”

“Dah! Stop! Mama tak nak dengar apa-apa. Sepuluh minit dari sekarang, Mama tunggu kamu berdua kat bawah.”

Syahira menolak Aizat, “Kaulah punya pasal! Aku nak kau yang bertanggungjawab.”

“Asal pulak? Kau yang masuk bilik aku.”

“Eh eh.. kau yang tarik aku masuk sini, gila! Eerrr!” pintu bilik ditutup kuat.

Gedegangg!!

***

Suasana hambar diruang tamu. Syahira hanya menundukkan kepala memandang permaidani berona ungu gelap.

Manakala Aizat diam membatu. Entah apa yang bermain di dalam kotak fikirannya. Datin Zahara memandang keduanya silih berganti. Dengan wajah yang tegang dia memulakan bicara.

“Okay, one of you, explain to me from A to Z.”

“Sebenarnya..” bersuara Syahira dan Aizat serentak.

“Biar aku explain!” kata Aizat.

“Tak payah. Nanti kau putar belit. Biar aku yang explain.

"Aunty, yang sebenarnya...” belum sempat Syahira menghabiskan ayat, Aizat sudah memotong.

“Ehh.. kau lagi putar belit.”

“Apa hal pulak?”

“Enough!” Datin Zahara bersuara. Syahira dan Aizat terdiam.

“Apa masalah ni? Mama suruh explain pun payah ke? Ha Ira? Susah? Sampai nak bertikam lidah semua?” Syahira dan Aizat menjeling sesama sendiri.

“Aizat, tell me what happened? Kamu berdua dah……..”

“Tak! Tak aunty.” Pintas Syahira.

“Kami tak buat macam yang aunty bayangkan tu. Kami tak terlanjur pun. Kita orang tak buat aksi atas katil tu.”

“Eh, bukan ke tadi kita..” celah Aizat.

“Tadi apa?” soal Datin Zahara.

Entah kenapa dengan Aizat ini, lagi mahu mengeruhkan keadaan.

“Beritahu Mama! Aizat Idham! Beritahu Mama apa yang kamu dah buat.” Nada Datin Zahara tegas.

Suasana sunyi seketika.

“Tadi Ira nak pulang buku Aizat,” bicara Aizat.

“Wei! Kau yang tarik aku masuk bilik kau!” bersuara Syahira pantas.

“What?! Aizat tarik Ira masuk bilik?” Datin Zahara terkejut.

Syahira dan Aizat masing-masing menundukkan kepala tanpa sebarang kata.

Datin Zahara mengeluh.

“Ira.. Aunty tahu, Ira tak akan berbohong dengan aunty. Cerita kat aunty apa yang Aizat dah buat.”

“Sebenarnya.. Aizat yang tarik Ira masuk bilik dia. Dia tarik kuat sampai Ira jatuh atas katil. Lepas tu Aizat paksa Ira..”

Datin Zahara masih menanti sambungannya. Dia membayangkan apa yang akan terjadi. Mungkin Aizat memaksa Ira.. Astaghfirullah halazim..

“Aizat paksa Ira jadi girlfriend Aizat…” suara Aizat hambar.

“Jadi girldfriend?” dahi Zatin Zahara berkerut.

“Kamu dah kenapa Aizat? Tak cukup ke girlfriend yang kamu dah ada? Sekarang kamu nak rosakkan Ira pula?”

“Mana ada Aizat nak rosakkan Ira. Untuk malam esok je Mama. Aizat sebenarnya dah putus dengan Aida.

"Aizat dah janji dengan Razif nak datang birthday party dia bawa girlfriend Aizat.

"Tapi, Aida tiba-tiba putuskan hubungan. Aizat buntu, Ma.

"Tu yang Aizat bertindak luar jangkaan tarik Ira masuk bilik Aizat, paksa dia ganti tempat Aida. Aizat tahu, salah Aizat,” jelas Aizat satu persatu.

“Tapi, Mama jangan risau. Anak angkat kesayangan Mama ni masih suci. Aizat tak sempat buat apa-apa pun lagi,” sambungnya lagi cuba berseloroh.

“Baik. Mama terima penjelasan ni. Tapi, Mama tak nak Ira jadi girlfriend Aizat.”

Mendengarkan kata Datin Zahara, senyum Syahira panjang sampai telinga. Akhirnya dia bebas dari menjadi girlfriend Aizat, Si Playboy.

“Alaa Mama.. esok je,” rengek Aizat.

“Mama tak mahu Ira jadi girlfriend Aizat, tapi Mama nak Ira jadi isteri Aizat.”

“What?” bersuara Aizat dan Syahira serentak.

“Tak payah nak ‘what’ sangat. Ini keputusan Mama. Sebagai hukuman kamu berdua.

"Nak tak nak, kamu berdua kena kahwin juga. Muktamad!” Datin Zahara berlalu pergi meninggalkan keduanya tepinga-pinga.

***

“Nah! Kad kahwin aku,” Razif menghulurkan kad jemputan kahwinnya kepada Aizat.

“Kau nak kahwin dah? Dengan Intan ke?” soal Aizat.

“Yalah. Dengan Intanlah. Dengan siapa lagi? Kekasih awal dan akhir aku tu.”

“Tahniah, Bro. In shaa Allah aku datang,” ujar Aizat.

Setelah beberapa saat perbualan mereka terhenti, Razif menyambung kata.

“Korang ni bila nak kahwin? Rasanya dah lama bercinta.”

Aizat dan Syahira berpandangan tanpa kata. Lidah kelu tak tahu nak jawab apa.

“Aaaa.. In Shaa Allah Zif, hujung bulan ni kita orang kahwin,” kata Aizat sambil memandang acah-acah mesra dengan Syahira. Syahira acah-acah senyum. Padahal dalam hati rasa nak muntah.

“What the surprise?!! Ternyata kau kahwin dulu dari aku?” Razif terkejut.

“Tu lah. Tadi aku nak bawa kad kahwin aku, tiba-tiba tertinggal pulak kat rumah. Sorry, Zif..” ujar Aizat.

Padahal kad kahwin pun belum design lagi.

“It’s okay, Bro! Tak ada hal. Ada kad ke tak ada kad ke, aku tetap datang wedding best friend aku ni. Eh! Jom masuk. Bapak aku dah panggil tu,” mereka melangkah masuk.

“Kau jangan lupa hutang kau,” bisik Razif.

“Maksud kau?”

“Kau tak habis cerita lagi.”

“Cerita apa?”

Razif memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah syahira. Aizat mengerti akan isyarat Razif.

***

Enjin kereta dihidupkan. Sudah 10 minit berlalu, namun Toyota Hilux itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bergerak.

“Sampai bila kita nak menjeruk dalam kereta ni?” bersuara Syahira memecah sunyi.

“Sampai kau pakai seat belt.”

“Seat belt?” soalnya pura-pura tak tahu.

“Selagi kau tak pakai seat belt tu, selagi tu aku tak akan jalan.”

Amboi..keselamatan sungguhlah. Bagus!

Syahira mengeluh. Mata memandang ke luar tingkap yang tertutup rapat.

“Dah la kena kahwin paksa. Lepas tu, pakai seat belt pun kena paksa. Parahlah!

"Masalahnya seat belt kau ni tak boleh nak tarik dari tadi.”

“Ha? Ye ke? Meh sini aku try tarik,” tangan Aizat pantas menarik seat belt di sisi kiri Syahira.

“Tak payah lah..” Syahira menoleh cuba menghalang tindakan Aizat.

Tatkala menoleh, hidungnya berlaga dengan hidung Aizat. Mereka berpandangan. Dapat dirasa nafas hangat lelaki itu.

Lama Aizat memandang wajah gadis itu. ‘Cantik jugak dia ni. Kenapa aku tak perasan dari tadi eh?

Kau ni Ira, buat tulang rusuk aku bergetar je ahh malam-malam gini! Bicara Aizat dengan dirinya sendiri.

'Handsome jugak dia ni. Kenapa aku tak perasan kehandsomeman dia ek? Padahal duduk satu rumah.’

Mata Aizat jatuh ke arah bibir Syahira. Apabila bibir Aizat menghampiri bibir Syahira, kedengaran cermin tingkap diketuk oleh orang.

Aizat cuba membetulkan posisinya dan cermin tingkap dibuka. Oh! Razif rupanya.

“Kenapa tak balik lagi? Kereta problem ke?” Soal Razif.

“Kereta aku okay. Aku cari handphone aku jatuh tadi. Tu yang tak gerak lagi tu,” jelas Aizat mengubah fakta.

“Ohh.. aku ingat apa tadi. Ya lah.. korangkan tak kahwin lagi. Kau tahu je lah Bro, bila berdua macam ni, mesti ada yang ketiga, Ye dak??

"Nak-nak pulak cermin tingkap kau ni gelap. Gelap sangat, Bro. Bahaya!” sakat Razif sambil menjeling ke arah Aizat.

“So, dah jumpa?” sambungnya.

“Dah, dah. Okay, Zif. Aku balik dululah. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam..” Cermin tingkap ditutup. Syahira hanya diam memandang ke luar tingkap.

Kejadian tadi sungguh bahaya. Kalau tak kerana Razif datang, mungkin Aizat akan meneruskan niatnya.

‘Cantik sangat ke aku malam ni?’

***

“So, abang ada plan lain?” soal Datin Zahara setelah menceritakan kejadian yang berlaku antara anaknya dan Syahira di bilik Aizat kelmarin.

“Benda ni tak boleh dibiarkan. Syahira tu budak baik.” tutur Datuk Mazlan.

“Abang tahulah perangai Aizat tu macam mana. Za tak nak peristiwa lama berulang lagi.”

“Tak apalah. Abang pun fikir elok jugak dia orang bernikah hujung bulan ni.

Lagipun, abang dah lama berkenan nak buat syahira tu jadi menantu sejak Ibu dia meninggal.”

Kedengaran enjin kereta masuk kepekarangan rumah.

“Ha, tu abang dia orang dah balik,” kata Datin Zahara, mengintai dijendela.

Pintu utama dibuka.

“Baru balik bakal pengantin? Cantiknya kamu Ira,” puji Datin Zahara.

Aizat mengakui kata-kata Mamanya di dalam hati. Syahira tersenyum tawar.

“Aaa, Ira naik dululah aunty, uncle. Assalamualaikum. Selamat malam.”

“Ye lah. Waalaikummusalam.”

Kaki laju menaiki anak tangga. Sudah 12 tengah malam. Dia perlu tidur. Esok kuliah.

“Aizat pun nak naik juga ni. Esok ada presentation. Nite ma, pa.”

Langkah laju meninggalkan Datin Zahara dan Datuk Mazlan tanpa sempat mereka berkata apa-apa.

“Wei Ira, aku mintak maaf pasal tadi. Aku tak sengaja,” kata Aizat setelah berjaya mendapatkan Syahira.

“Issh. Dah lah,” tutur Syahira malas.

“Wei, kejap lah. Aku minta maaf sangat. Aku tahu kau terkejut gila. Kau kena faham keadaan aku masa tu. Dan aku rasa kau pun sama juga tadi.

"Tiba-tiba diam, asal? terpegun tengok aku kacak sangat?

“Eeeii, perasan!”

“Mestilah perasan. Kan? Kau dah suka kat aku kan? Kau cakap je lah yang kau dah jatuh cinta kat aku.”

“Eeii, apehal pulak? Dah lah. Malas aku layan kau. Aku penat. Nak tidur.”

‘Sebenarnya, aku tak faham dengan perasaan aku sekarang ni. Aku dah jatuh hati kat dia ke?

'Kau dah kenapa Aizat? Dia tak akan terima kau. Kau dah lupa ke apa yang kau dah buat kat dia dulu?’

Sejarah lama menyinggah kembali setelah lama terkubur dalam ingatan.

‘Aku masih tak boleh lupa apa yang kau buat kat aku 5 tahun lepas. Susah untuk aku terima kau dalam hidup aku. Maruah aku mahal. Tapi, sekiranya ini takdir aku, aku redha.'

***

Dia mendapatkan Syahira yang sedang berjalan menuju ke dewan kuliah.

“Ehem.. habis kuliah karang aku tunggu kau kat parking kereta. Balik dengan aku.”

“Apasal pulak? Aku balik dengan Sarah.”

“Tak payah nak Sarah Sarah sangatlah. Balik dengan aku.”

“Ewah, ewah, ewah.. mentang-mentanglah aku dah jadi tunang kau, aku kena ikut cakap kau? Sorry to say lah.” lawan Syahira.

“Kau jangan dengillah. Balik dengan aku.”

"Kalau aku tak nak?”

“Aku report kat Mama.”

“Errghh! Sikit-sikit mama. Ye lah! Tapi kalau aku dah sampai, kau tak ada lagi, aku blah.”

***

Ternyata Aizat sudah lama menanti Syahira di tempat parking itu.

“Ha jom balik. Aku banyak assignment nak kena buat.”

“Amboi kau.. Bagilah salam dulu ke apa..”

“Ak…..”

“Chopp! Aku tahu dah apa kau nak membebel. Sebelum kau pok pek pok pek, meh sini buku kau aku letak kat belakang, dan kau dipersilakan masuk ke dalam hilux aku yang gah lagi mewah ni. Oh ye, pintu buka sendiri ye. Jangan nak bajet tuan puteri sangat.”

“Kau ingat aku hadap sangat ke nak naik kereta kau?!” geram dengan kata-kata Aizat itu, dia masuk ke dalam Hilux dan menutup sekuat-kuatnya pintu kereta.

***

Pagi subuh yang dingin itu, dia menatap gambar seseorang yang sangat disayanginya. Kini, dia keseorangan tanpa ibu di sisi.

“Ibu, kenapa semua ni jadi kat Ira? Kenapa Ira kena terima semua ni? Ibu, kenapa ibu pergi saat Ira sangat perlukan ibu. Ira rindu ibu,” dia bermonolog dengan titisan air mata mengimbau kembali suka dan duka hidupnya bersama arwah ibu.

Tinggal seminggu sahaja lagi dia dan Aizat bakal bernikah. Dia langsung tidak berminat untuk menjayakan majlis itu.

Datin Zahara, Datuk Mazlan masing-masing sibuk dengan tempahan catering, pelamin, baju, goodies dan sebagainya. Teruja mereka nak bermenantu jelas kelihatan.

Aizat tidak kurang hebatnya. Dia seolah-olah suka akan semua ini. Teringat semasa di butik pengantin. Aizat sahaja yang beriya-iya memilih dan me’macthing’kan baju pengantin.

Kejap-kejap yang ni tak sesuai. Kejap-kejap yang ni gelap sangat. Syahira hanya menunjukkan reaksi malas. Layannya hanya ala kadar.

Dia hanya mengikut sahaja apa yang dirancang oleh keluarga Aizat. Kalau ikutkan, mahu sahaja dia lari dari situasi itu. Tapi kemana dia mahu pergi?

Dia tidak punya siapa-siapa. Sebatang kara. Nak tak nak, terpaksalah dia turuti segala hal.

Jam tepat sepuluh pagi. Dimeja itu dia menghirup milo panas yang baru dibancuhnya.

“Minum sorang je? Untuk aku?” bersuara Aizat tiba-tiba memeranjatkan Syahira, hampir tersedak dia. Satu jelingan tajam diberikan.

Syahira hanya diam membisu menghabiskan baki air milo.

“Aku bercakap dengan meja ke apa ni? Ke aku bercakap dengan bayang-bayang aku sendiri?” soal Aizat menjengkelkan.

Dia masih diam.

“Okay, fine. Aku tahu, kau tak suka semua ni, kan? Kau rasa terpaksa kahwin dengan aku, kan?”

Diam. Masih tiada jawapan.

“Meh nak sikit air kau,” tanganya laju mencapai air milo itu lalu dihirupnya.

Syahira cuba mengambil kembali air milo itu, namun gagal. Pantas Aizat mengalihkan tangannya sebelum berjaya dirampas Syahira.

Dia bangun. Belum sempat dia membuka langkah. Aizat menghalang. Pergelangan tangannya dipegang Aizat.

“Kejap. Kau ni kenapa. Emotional?” soal Aizat.

Syahira menyentap pegangan Aizat.

“Kenapa kau tak halang semua ni? Kenapa kau biarkan semua plan mama dan papa kau terus berjalan? Ha? Kenapa?

"Aku tak nak jadi isteri kau. Kau takkan tak faham keadaan aku,” langkah diatur semula. Namun gagal.

Aizat berjaya mendapatkan Syahira semula dan menariknya sehingga badan Syahira mati didinding sebelah almari yang menempatkan pinggan mangkuk.

Dia cuba meloloskan diri dari keadaan yang seakan didakap oleh Aizat.

“Apa yang aku tak faham keadaan kau? Kenapa kau tak boleh jadi isteri aku?” soal Aizat.

“Ishh.. perlu ke kau cakap dekat-dekat macam ni? Tolonglah Aizat. Jangan buat aku macam ni.”

“Kau cakap dengan aku kenapa. Sebab peristiwa 5 tahun lepas?”

Syahira diam. Memandang tepat wajah Aizat.

“Aku tahu silap aku masa tu. Aku tak patut buat benda tu kat kau.”

“Aku tak suci, Aizat!”

“Aku yang buat kau tak suci!”

Syahira tertunduk.

“Aku terima perkahwinan ni tanpa membantah sebab aku nak tebus dosa aku kat kau. Salah ke?”

Syahira diam. Masih menundukkan kepala. Perlahan-lahan tangan Aizat mengangkat dagu Syahira agar dia memandangnya. Aizat merenung tajam ke dalam mata Syahira.

“Aku faham kau susah nak terima semua ni?”

“Aizat!” tegur Datin Zahara dari arah belakang.

Syahira yang berjaya meloloskan diri, melulu masuk ke bilik meninggalkan Datin Zahara dan Aizat.

“Ira..” panggil Datin Zahara. Namun tiada balasan.

“Kamu buat apa lagi ni?” sambungnya setelah pandangan kembali kepada Aizat.
 
Aizat hanya diam menundukkan kepala. Tiada jawapan.

Kalaulah Datin Zahara tahu keadaan sebenarnya, pasti dia tidak akan berfikiran bukan-bukan terhadap perbuatan Aizat.

***

“Ira rasa terpaksa ke kahwin dengan Aizat?” soal Datin Zahara yang datang menjenguk Syahira. Syahira memandang Datin Zahara dengan pandangan kosong.

“Aunty minta maaf. Tapi apa yang aunty buat ni untuk kebaikan kamu berdua juga.”

“Maksud aunty?” ujar Syahira.

“Aunty rasa, Ira masih ingat apa yang Aizat dah buat kat Ira 5 tahun lepas.

"Walaupun masa tu aunty sempat selamatkan keadaan, aunty masih risau kalau-kalau Aizat buat lagi.

"Bila aunty tahu yang Aizat tarik Ira masuk bilik dia tempoh hari, aunty teringat kejadian 5 tahun lepas tu,” bicaranya satu persatu, lembut dan berhalus.

Ternyata Datin Zahara masih lagi salah faham tentang kejadian dibilik Aizat tempoh hari.

“Sebelum benda buruk jadi, sebelum Aizat meragut kehormatan Ira..”

Kalaulah Aunty tahu yang Aizat dah pun meragut kehormatan Ira keesokan hari selepas aunty selamatkan keadaan, sudah tentu Aunty akan naik hantu.

Atau mungkin masa tu kita orang akan dikahwinkan. Atau juga, mungkin Aizat akan dipenjara.

“Ada baiknya kalau kamu berdua bernikah. Lagipun, aunty dah lama berkenan dengan Ira sejak hari pertama ibu Ira bawa Ira datang sini.

"Seingat aunty, masa tu Ira umur 17 tahun. Entahlah kenapa Aunty suka sangat tengok Ira.

"Aunty selalu berdoa supaya pilihan Aunty ni tepat.

"Lagipun Aizat tu satu-satunya anak Aunty. Aunty ada nyatakan hasrat ni pada arwah ibu Ira.

"Ibu Ira senyum je. Kata setuju pun tidak. Tak setuju pun tidak,” luah Datin Zahara.

“Tapi Ira ni anak orang gaji je Aunty. Tak layak untuk semua ni, apatah lagi tinggal dalam rumah ni,” katanya merendah diri.

“Aunty tak pernah berkira pun tentang hal tu. Bila Aizat cuba nak rogol Ira, Aunty tak senang duduk.

"Tapi, satu je Aunty nak tanya, kenapa Ira tak cerita hal tu pada arwah ibu?”

“Ir, Ira takut..”

“Ira tahu kenapa ibu meninggal?” tanya Datin zahara lagi.

“Sebab ibu jatuh.”

“Ira tahu yang ibu ada sakit jantung?”

Syahira mengangguk.

“Aunty minta maaf. Aunty cerita kejadian tu pada ibu Ira. Ibu Ira terkejut.

"Tiba-tiba nafas ibu Ira sesak. Arwah jatuh ke lantai, Aunty sempat sambut. Lepas tu..”

“Lepas tu Ibu meninggal?” pintas Syahira.

Datin Zahara mengangguk.

“Kenapa Aunty tak cerita hal sebenar ni kat Ira? Kenapa hari ni?”

“Aunty minta maaf,” katanya sayu.

“Tapi, sebelum arwah pergi, semasa arwah nazak, Ibu Ira tinggalkan amanat untuk Aunty.”

“Tolong jagakan Ira untuk akak. Kalau Datin masih berhasrat nak jodohkan Ira dengan Aizat, akak restu kalau itu yang terbaik..”

Datin Zahara mengimbas kembali bait-bait kata Kak Sarimah ketika arwah sedang nazak.

Air mata sudah mula membasahi pipi Syahira. Datin Zahara memeluk Syahira dengan erat.

Aizat yang sedari tadi berada di luar bilik syahira mendengar semua perbualan mereka.

Mendengarkan apa yang diceritakan oleh mamanya, rasa bersalahnya semakin menebal terhadap Syahira.

***

Tibalah saat yang dinanti-nantikan.

Hari ini Syahira Imani dan Aizat Idham akan diijab kabulkan.

Sepasang kurung moden berona putih suci terpakai molek ditubuh Syahira. Aizat memandang bakal isterinya yang berada tidak jauh darinya.

Dia mengakui kecantikan Syahira. Cantiknya luar biasa. Satu senyuman manis terukir indah dibibir Aizat kepada Syahira.

Setelah Aizat berjabat tangan dan selesai melafazkan ‘Aku terima nikahnya’ maka, sahlah mereka bergelar suami dan isteri.

“Boleh tak aku nak tanya sikit?” soal Aizat semasa melangkah menuruni anak tangga masjid.

“Apa dia?” ujar Syahira.

“Kenapa kau cantik sangat ni?” bisik Aizat ditelinga Syahira. Langkah mereka terhenti.

Syahira tersenyum memandang anak tangga.

“Takkan baru tahu..” jawabnya dan berlalu meninggalkan Aizat.

***

Perlahan-lahan dia mengambil bantal di sisi Syahira lalu dibentangnya di atas lantai bilik yang mewah itu. Saat matanya mula terlelap, satu suara membantutkan lenanya.

“Kenapa tidur kat bawah?” Soal Syahira setelah melihat suaminya tidur dilantai.

Aizat berpaling.

“Tak apalah. Kau tidurlah kat atas tu. Aku okay je kat sini.”

“Mana boleh macam tu. Ni bilik kau. Aku yang patut tidur kat bawah tu,” ujar Syahira pula.

“Tak payah nak mengada-adalah. Kau tidur je lah kat atas tu.”

“Tak boleh. Kau kena tidur sama-sama dengan aku. Kau suami aku. Takkan aku nak biarkan suami aku tidur kat lantai pulak,” ujarnya prihatin.

“Betul ni? Kau tak takut kalau aku apa-apa kan kau?” soalnya nakal.

“Apa-apa apa?”

“Ya lah. Mana tahu aku terpeluk kau ke, tercium kau ke. Karang kau kata kau nak… ehem ehem. Aku okay je,” katanya serius tapi nakal.

“Aku sepak jugak kau karang. Kau jangan nak buat hal! Tidur je lah atas ni! Ergghh!” kata Syahira bernada marah.

“Ye lah..” Aizat mengalah.

Selang sepuluh minit kemudian. Aizat masih tak boleh melelapkan mata. Dia memandang kipas yang berpusing.

“Ira..” Aizat memanggil Ira yang baring membelakanginya.

“Hmm..” Jawabnya malas.

“Kau dah tidur ke?”

“Aku tengah menoreh ni. Tak nampak ke?”

“Aku nak cakap sikit.”

“Esok je lah.”

“Mana boleh.”

“Kenapa pulak?”

“Ni antara hidup dan mati kita.”

“Kau nak mati dah ke?!” pantas Syahira memalingkan badannya menghadap Aizat.

Aizat merenung tajam mata Syahira.

“Okay sorry. Cakaplah nak cakap,” Syahira mengalah. Takut akan renungan Aizat.

Dia tahu Aizat sedang serius tika itu. Matanya juga memandang kipas yang berpusing ligat.

Beberapa saat kemudian, Aizat bersuara.

“Aku nak minta maaf pasal kejadian 5..”

“Dah lah! Kau tak payahlah ungkit kisah lama,” Syahira memotong.

“Kau ingat senang ke aku nak lupa? Dan aku tahu, kau sampai sekarang tak dapat lupakan kejadian tu.”

Syahira mengeluh lembut. Dia diam. Tak tahu mahu berkata apa.

“Kau kena tahu kenapa aku buat semua tu..”

“Apa maksud kau?”

“Aku dah lama sukakan kau, Ira. Kau je tak nak layan aku. Kau tahu tak kenapa aku selalu sakat kau? Sebab aku nak perhatian dari kau. Tapi kau still tak layan aku.”

“Kau..”

“Aku takut kau terkejut dengar pengakuan aku ni. Let me explain.” Aizat menarik nafas panjang.

“Masa Mama selamatkan kau dari tindakan bodoh aku 5 tahun lepas tu, sebenarnya aku tak ada niat pun nak buat semua tu.

"Aku kena cabar dengan kawan-kawan aku. Termasuk Razif. Dia orang tahu yang aku sukakan kau. Aku tanya dia orang macam cara nak dapatkan kau, nak buat kau jadi milik aku.”

“Sampai hati kau kan!” Syahira mula marah.

“Sabar. Aku tahu kau marah. Biar aku terus terang. Dia orang bagi cadangan tu pada aku.

"Dia orang suruh acah-acah nak perkosa kau, tapi jangan sampai perkosa betul-betul.

"Dengan cara tu, kau akan takut dengan aku dan ikut cakap aku. Aku boleh ugut kau. Tapi..”

“Tapi kau tak sempat. Mama datang selamatkan aku. Dan plan kau gagal! Lepas tu, esoknya kau..” Syahira mencelah. Mukanya merah menahan marah.

“Aku tak puas hati sebab tu aku dapatkan kau keesokkan hari tu! Aku dah rosakkan maruah kau dengan harapan bila kau mengandung kau akan kahwin dengan aku.

"Tapi sayang, Kau tak mengandung. Beberapa hari lepas tu, ibu kau meninggal.

"Apa yang aku nampak, kau kuat! Kau jalani hidup kau tanpa mempedulikan apa yang dah jadi.

"Aku sangat kecewa sebab kau masih tak nak layan aku. Asal kita berjumpa je nak bertekak.

"Dan fungsi Aida pula adalah supaya kau cemburu bila aku dengan dia. Aku tak cinta pun kat dia. Tapi masih gagal.

"Sampailah suatu ketika Aida tiba-tiba putuskan hubungan dan aku terdesak cari teman untuk ke party hari jadi Razif.

"Bila kau yang aku nampak, aku jadikan kau peluang aku. Aku tak sangka pula sampai ke peringkat ni aku dapatkan kau.”

“Kau ni memang binatang tahu tak! Kau memang jantan tak guna!” Syahira menarik selimut, turun dari katil, berjalan pantas menuju ke pintu bilik untuk keluar.

Aizat berjaya mengejar dan mendapatkan Syahira dalam pelukan.

Syahira meronta-ronta minta dilepaskan. Namun kudratnya tidak mampu menolak dakapan tubuh Aizat yang besar. Dia pasrah dalam dakapan itu.

“Aku minta maaf sekali lagi. Aku tahu tindakan aku tu tindakan paling bodoh di dunia.

"Dan aku patut terima caci dari kau. Aku tahu kau tak ada hati kat aku. Tapi aku akan usahakan untuk kau jatuh cinta kat aku.

"Aku cintakan kau Syahira Imani Binti Abdul Manaf,” bicara Aizat lembut ditelinga Syahira.

“Aku takkan jatuh cinta kat kau!”

***

3 TAHUN KEMUDIAN

“Aiman.. tolong panggilkan Abah turun breakfirst,” kata Syahira pada Aiman sambil membancuh teh untuk hidangan sarapan pagi.

“Malaslah ibu,” jawab Aiman.

“Tolonglah. Ibu tak larat nak naik atas,” ujarnya.

Tiba-tiba dia terasa dirinya dipeluk oleh seseorang dari arah belakang pinggangnya.

“Abang nak sayang yang panggilkan abang..” bisik Aizat lembut sambil mengusap-usap perut Syahira yang berusia 7 bulan itu.

“Ishh abang ni. Terkejut Ira.” Aizat tersenyum.

“Hmm.. wanginya.”

“Teh Cameron Highland memang wangi,” ujar Syahira.

“Bau teh dengan sayang tak jauh beza kan?”

“Abang nak samakan saya dengan teh eh..” Syahira berpaling lalu mengetuk manja bahu Aizat dengan sudu.

Aizat ketawa kecil. Seronok menyakat isterinya.

“Betullah. Tak percaya tanya Aiman. Kan aiman kan? Bau Ibu sama macam teh kan?”

Aiman mengangguk.

“Tapi bau Ibu lagi wangi dari teh. Hehehe.

"Ayah.. bila kita nak pergi Cameron highland lagi?” soalnya yang berusia 3 tahun.

“Lepas Ibu lahirkan adik Aiman dari perut Ibu ni kita pergi ye. Sekarang ni tak boleh. Nanti tiba-tiba Ibu terberanak dalam ladang teh tu, susah pula ayah nanti.”

Satu cubitan hinggap dipinggang Aizat.

“Eeee, mengadalah Abang ni. Apa susah, abang kendong je lah saya naik bukit ladang tu. Bukannya berat sangat pun.”

“Tak naklah Abang. Tak pasal-pasal patah pulak tulang belakang abang. Abang pulak yang masuk hospital.”

Cubitan kedua hinggap sekali lagi dipinggang Aizat.

Bila niat itu baik, maka baiklah seluruh hidupnya.

Jika halal suatu hubungan itu, maka bahagialah hidup dunia dan akhirat.

Cinta tak boleh diukur dengan batang pembaris, tak boleh ditimbang dengan alat penimbang.

Cinta itu fitrah.

Cinta indah jika kita tahu menghargainya.

Kejarlah cinta yang halal dengan meletakkan Allah nombor satu.

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Awaklah Hero Saya

Sumber: Penulisan2u

Pakaian Luarbiasa Sehelai 24 Jenis Warna Dan Gaya!

Pakaian Luarbiasa Sehelai 24 Jenis Warna Dan Gaya!

Alangkah seronoknya seorang kanak-kanak apabila memiliki sebuah patung yang mampu digayakan dengan 24 jenis gaya dan warna hanya dengan sehelai kain kan.

MORF cloth

Namun, percayalah sememangnya konsep baju yang dinyatakan benar-benar wujud dan dikenali sebagai MORF, rekaan terbaru yang pasti membuatkan pemakainya berasa teruja.

Bayangkan, hanya dengan membeli sehelai baju, bermakna anda memiliki 24 jenis corak dan warna yang berbeza. Menakjubkan!

Dilancarkan pada bulan April 2015 yang lalu, rekaan unik ini berjaya memukau perhatian ramai melalui teknik tersendiri.

Pada mulanya, fesyen luarbiasa ini agak sukar dipercayai namun selepas melihat video penggayaan MORF, ternyata ia boleh dikategorikan sebagai terlalu kreatif!

Bermula dengan satu jenis warna, MORF seterusnya bertukar kepada 23 corak berlainan.

Antaranya seperti corak garis melintang, gabungan dua corak sehinggalah kepada cantuman beberapa warna dengan sehelai baju.

MORF

Baju tidak perlu diterbalikkan semula selepas ditanggalkan. Pemakai hanya terus menyarungkan baju seperti biasa dan proses ini akan berulang-ulang sehinggalah selesai menggayakan 24 jenis corak pada baju.

Baju ini dihasilkan tanpa sebarang zip, pita velcro mahupun butang. Tiada sebarang unsur yang menyukarkan pemakai apabila memakai pakaian ini.

MORF turut dihasilkan dengan leher berbentuk bulat dan V pada setiap helaian baju yang sama.

MORF sebenarnya direka menggunakan teknik lapisan dan bagi mengelakkan ketidakselesaan pada tubuh, kain yang dipilih adalah daripada jenis fabrik kurang tebal.

Idea kreatif ini datangnya daripada dua orang pereka, Tamara Salem dan Barak Kirschner.

Apa yang menarik, Tamara bukanlah seorang pereka fesyen tetapi dia merupakan seorang wartawan dan editor disebuah majalah.

Tamara
Tamara (kanan).

Idea kreatif ini tercetus secara tidak sengaja semasa dia mahu menjahit sehelai baju untuk dihadiahkan kepada rakannya.

Pakaian yang dihasilkan pada masa itu berkonsepkan lapisan warna hitam dihadapan dan putih pada belakang baju.

Tamara mendapat idea baru apabila menterbalikkan baju yang dijahitnya. Pada mulanya, dia melihat warna hitam pada keseluruhan baju, kemudian rona putih pula pada permukaan pakaian apabila diterbalikkan sekali lagi.

Dari situ, Tamara mula terfikir untuk mengaplikasikan konsep fesyen tersebut dengan cara yang lebih mudah.

Selepas beberapa prototaip, MORF akhirnya berjaya dihasilkan dan telah dipatenkan terlebih dahulu di Amerika Syarikat sebelum dilancarkan didalam sebuah program.

Baju dengan 24 corak ini didatangkan dengan tiga warna utama iaitu merah, biru dan hijau. Manakala hitam dan putih menjadi rona sampingan pada ketiga-tiga warna utama.

MORF

MORF bukan saja sesuai digayakan oleh wanita malah juga lelaki. Lebih menarik, selain baju T, MORF turut didapati dalam versi gaun pendek.

Dengan harga RM344, pengguna boleh merasai sendiri keseronokan semasa menggayakan MORF dalam aktiviti seharian.

Malah, baju ini juga boleh membantu mengurangkan jumlah pakaian yang perlu dibawa ketika out-station!

BACA INI JUGA: 'Memang Sengaja Saya Pakai Lusuh Supaya Akhirnya Saya Tahu Siapa Sahabat Sejati'

-SENTIASAPANAS.COM

Hospital Sultanah Aminah Wad ICU Pertama Di Malaysia

Hospital Sultanah Aminah Wad ICU Pertama Di Malaysia

Hospital Sultanah Aminah yang mula beroperasi pada tahun 1882 adalah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Johor Bahru.

Hospital Sultanah Aminah

Pada awal operasinya, ia dikenali sebagai Hospital Besar Johor Bahru dan hanya dilengkapi dengan satu wad. Pertambahan unit, fasiliti dan bangunan dibuat secara berkala.

Bangunan baru telah didirikan antara tahun 1938 sehingga 1941 untuk menanggung beban jumlah pesakit yang semakin bertambah.

Bangunan berwarna merah bata ini dikenali sebagai bangunan induk. Ia menjadikannya satu-satunya hospital yang berwarna merah di negara ini.

Pada era itu, Hospital Sultanah Aminah merupakan sebuah hospital moden yang mempunyai fasiliti yang lengkap. Antaranya unit yang menjadikan hospital ini terkenal dan gah pada era 70-an adalah Unit Rawatan Rapi(ICU).

Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah adalah unit rawatan rapi pertama di Malaysia yang dibangunkan untuk sektor awam.

Unit tersebut telah dibuka secara rasmi pada 3 Februari 1969, oleh Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Ketika pembukaannya, operasi unit ini diketuai oleh Dato’ Dr T. Sachithanandan, ketua perkhidmatan Anaesthesiologi Johor ketika itu.

Susulan pembukaan ICU ini, hospital-hospital kerajaan di negeri lain mula membina fasiliti unit rawatan terapi dan menjadikan unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah sebagai model tanda aras.

Mulai itu, jumlah unit ini terus berkembang dan sehingga 2013, dilaporkan terdapat lebih 600 katil unit rawatan rapi yang beroperasi di 49 hospital kerajaan di seluruh negara.

Kini, Hospital Sultanah Aminah adalah sebagai hospital rujukan utama bagi negeri Johor. Ia menyediakan 21 perkhidmatan klinikal, 9 perkhidmatan sokongan klinikal dan 5 perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan 7 unit di bawah Pengurusan Hospital Sultanah Aminah.

Berita tentang kebakaran ICU Selatan, Hospital Sultanah Aminah pada 25 Oktober 2016 adalah berita yang amat mendukacitakan.

Tragedi ini akan meninggalkan kesan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Semoga ini menjadi nahas terakhir di unit ICU yang mempunyai sejarah yang besar dalam perkembangan awal perkhidmatan rawatan rapi di Malaysia.

Salam takziah.

BACA INI JUGA: Ubat Hospital Yang Menyebabkan Mati Pucuk Dan Lemah Tenaga Batin

Sumber: Thevocket

Pokok Keladi Tikus Merawat Penyakit Kanser

Pokok Keladi Tikus Merawat Penyakit Kanser

Daun pokok Keladi Tikus berbentuk seperti jantung dan berwarna hijau segar. Dalam bahasa Inggeris pokok Keladi Tikus disebut sebagai rudent tuber.

Pokok Keladi Tikus

Ia mudah dijumpai dikebanyakan tempat di Malaysia, juga dibeberapa pusat pembenihan dan pusat landskap.

Daun pokok Keladi Tikus berbentuk seperti jantung dan berwarna hijau pekat basah.

Seluruh bahagian pokok Keladi Tikus ini boleh digunakan dalam rawatan penyakit.

Pokok Keladi Tikus merupakan sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae dan nama saintifiknya ialah Typhonium flagelliforme (Lodd) BL.

Pokok Keladi Tikus juga dikenali dengan beberapa nama seperti Talas Kunting, Bira Kecil, Ileus Gofu Sepa, Trenggiling Mentik dan berbagai lagi.

Pokok Keladi Tikus sesuai ditanam di kawasan yang lembab dan berpaya. Ketinggian pokok ini boleh mencapai sehingga 100cm.

Keistimewaan Pokok Keladi Tikus

Pokok Keladi Tikus

Pokok Keladi Tikus diakui mempunyai nilai anti kanser pada awal 1990an.

Sebenarnya, pokok Keladi Tikus telah lama digunakan oleh ilmuwan Islam seperti Ibnu Sinna dalam perubatan tibb-e-Unani dan di China.

Pokok Keladi Tikus terkenal dikalangan tabib (sense) Cina yang menggunakannya dalam komponen herba tradisional mereka untuk rawatan kahak berangin, penyakit yang menyebabkan kejangan otot dan untuk pesakit lumpuh lidah, muka atau percakapan.

Dalam tahun 1995-96 seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Christopher Teo Kheng Hoe seorang botanis berkata, ‘pokok Keladi Tikus’ ditemui secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiak tumbuhan itu, yang dipercayai boleh menyembuh penyakit’.

Ketika itu beliau terlibat dalam kajian pembiakan tumbuh-tumbuhan dan beliau berjanji untuk membantu membiakkan pokok Keladi Tikus.

Melalui kajian yang dijalankan ke atas pokok Keladi Tikus atau Typhonium, pesakit menunjukkan kesan positif selepas amalan pengambilan pokok Keladi Tikus.

Bahkan, pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan mempunyai selera makan.

Khasiat Dan Kegunaan Pokok Keladi Tikus

Pokok Keladi Tikus

Di antara khasiat pokok Keladi Tikus ialah, ianya baik untuk rawatan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim dan buah pinggang.

Kandungan pokok Keladi Tikus juga dapat membunuh sel-sel barah dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi.

Keladi tikus juga bersifat antivirus dan antibakteria.

Air dari pokok Keladi Tikus juga mampu merencatkan ketumbuhan kanser dan membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi.

Bagaimana Keladi Tikus bertindak?

Pokok Keladi Tikus

Keladi Tikus membantu detoksifikasi dalam sistem darah. Kajian menunjukkan bahawa Keladi Tikus mengandungi kandungan Arginine yang tinggi.

Arginine adalah asid amino penting yang diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan haiwan.

Arginine juga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme yang normal dan proliferasi sel.

Keladi Tikus mengandungi anti-neoplastik atau antikanser, serta berkhasiat sebagai antivirus.

Kesan farmakologi ini ialah menjadi ubat utama untuk merawat kanser. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin.

RIP berfungsi membantutkan perkembangan sel kanser, tanpa merosakkan sel yang sihat dan menghalang pertumbuhan sel kanser.

Zat antioksidan berfungsi mencegah kerosakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai antiinflamasi atau antiperadangan.

Keladi Tikus juga mampu menyembuhkan pelbagai jenis kanser, dari payudara, paru-paru, usus besar, rektum, lever, prostat, ginjal, leher rahim, tulang, otak, limpa, leukemia, hempedu, pankreas dan ianya terbukti telah menyembuhkan penyakit kanser dengan pengambilan selama 5 bulan secara berterusan. -Ubatkanser

Hindari Kekeliruan

Typhonium Trilobatum
Typhonium Trilobatum. [Sumber gambar]

Awas, terdapat tumbuhan yang mirip dengan Keladi Tikus iaitu Typhonium Trilobatum.

Typhonium trilobatum dalam perubatan Cina disebut Half Summer.

Typhonium trilobatum daunnya berombak dan berwarna hujau serta agak pudar.

Typhonium Trilobatum

Dibahagian hujung daun yang masih kuncup berwarna keunguan dan akarnya berwarna coklat tua.

Kelopak bunga Typhonium trilobatum melebar menyerupai lidah serta berwarna ungu.

Berhati-hati agar tidak tersilap kerana Typhonium trilobatum mengandungi racun.

Cara Penggunaan Keladi Tikus Untuk Beberapa Jenis Penyakit

1. Penyakit kanser

Ambil 50 gram atau 3 batang pokok Keladi Tikus yang sudah matang (bersaiz besar). Cuci dengan air bersih bagi menanggalkan kotoran yang terlekat pada pokok herba tersebut.

Tumbuk dengan lesung batu hingga hancur dan tambah 2 hingga 3 sudu makan air masak.

Dengan menggunakan penapis, ekstrak pati Keladi Tikus tersebut menggunakan penapis plastik.

Minum ekstrak pati Keladi Tikus tersebut 3 kali sehari 30 minit sebelum serapan atau makan. Namun jika mengalami masalah kembung perut (angin) minum pati Keladi Tikus selepas makan.

Anda boleh menambah setengah sudu makan madu untuk mengurangkan kesan gatal pada kerongkong.

2. Penyakit bisul

Ambil 5 helai daun Keladi Tikus, tumbuk hingga lumat dan tampal disekeliling bisul. Tidak lama kemudian nanah bisul akan keluar.

3. Kembung perut disebabkan angin

Ambil 2-3 helai daun pokok Keladi Tikus, masukkan ke dalam cawan dan tuang dengan air panas. Tunggu air tersebut menjadi sejuk dan kacau terlebih dahulu sebelum diminum.

4. Menyahtoksin dalaman tubuh badan

Ambil 3 helai daun pokok Keladi Tikus. Cuci sehingga bersih dan tumbuk lumat. Tambah 2 sudu makan air masak dan tambah sedikit madu untuk mengurangkan rasa gatal.

Minum ekstrak pati Keladi Tikus 30 minit sebelum makan.

5. Mengurangkan batuk

Ambil 3 helai daun pokok Keladi Tikus, cuci bersih dan tumbuk lumat. Tambah 2 sudu madu dan ekstrak pati dan minum setiap pagi sebelum serapan.

Peringatan kepada para pembaca

1. Dilarang kepada ibu mengandung untuk meminum pokok Keladi Tikus.

2. Jangan guna alat logam bila memproses herba Keladi Tikus. Guna alat yang diperbuat dari plastik.

3. Semasa tempoh rawatan menggunakan Keladi Tikus, hindari rokok, alkohol, tapai manis, tempe, nangka, daging, makanan pedas dan makanan yang mengandungi MSG.

4. Elakkan merebus pokok Keladi Tikus agar kandungan zat dan bahan kimianya tidak hilang.

5. Buat pati pokok keladi tikus untuk sekali minum sahaja dan esoknya anda perlu pemprosesnya semula untuk diminum pada hari itu.

6. Pokok keladi tikus boleh dilihat kesannya setelah 3 hingga 6 bulan mengambilnya secara berterusan.

Semoga artikel ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pembaca akan kegunaan herba Keladi Tikus. -Tanomkinotuan

Insya Allah.

BACA INI JUGA: Buah Dan Daun Durian Belanda Sebagai Penawar Kanser?

-SENTIASAPANAS.COM

Xiaomi Mi Note 2 Pengganti Terbaik Samsung Galaxy Note 7

Xiaomi Mi Note 2 Pengganti Terbaik Samsung Galaxy Note 7

Setelah beberapa teaser yang dikeluarkan baru-baru ini, akhirnya Xiaomi Mi Note 2 telah dilancarkan. Model ini merupakan model kedua keluaran Xiaomi yang memfokuskan kepada flagship phablet.

Xiaomi Mi Note 2

Nama ‘Note’ pula diambil bersempena dengan menumpang populariti model Samsung iaitu Galaxy Note.

Seperti yang anda sedia maklum, Xiaomi sentiasa menekankan kepada kepentingan spesifikasi yang tinggi disamping penjualan pada harga yang rendah. Walabagaimanapun, melihat kepada spesifikasi Mi Note 2, kami agak terkejut Xiaomi mampu menghasilkan berikutan phablet ini sangat-sangat high spec berbanding jangkaan kami.

Skrin

Xiaomi Mi Note 2

Menggunakan tagline ‘Curved to impress’, Xiaomi Mi Note 2 hadir dengan skrin dwi-lengkung. Ya, konsep skrin yang sama dapat kita lihat pada Samsung Galaxy Note 7.

Lebih menarik, kedua-dua model ini berkongsi saiz skrin yans sama iaitu 5.7-inci. Penggunaan skrin OLED bakal memberikan warna yang terang dan vibrant buat pengguna.

Spesifikasi

Xiaomi Mi Note 2

Xiaomi Mi Note 2 menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 821 2.35GHz. Processor yang sangat pantas dan terbaru setakat ini.

Tidak cukup dengan itu, Xiaomi Mi Note 2 turut hadir dengan 2 variasi berbeza berdasarkan RAM dan storan yang berbeza.

Xiaomi Mi Note 2 RAM 4GB dengan storan 64GB manakala untuk spesifikasi high spec dilengkapi dengan RAM 6GB LPDDR4 RAM + 128GB UFS 2.0 ROM.

Berdasarkan spesifikasi yang diumumkan, jelas menunjukkan Xiaomi mahu menjadi ‘King of phablet’.

Kamera yang digunakan Mi Note 2 adalah 22.56MP high-resolution camera, disertakan dengan 4K video stabilization.

Untuk kamera depan pula, model ini dilengkapi dengan kamera 8-megapixel. Setakat ini, masih belum terdapat sample gambar daripada model ini, namun melihat kepada prestasi kamera Xiaomi Mi 5S, jelas Xiaomi telah banyak improve di bahagian kualiti gambar.

Dua warna yang diumumkan buat Mi Note 2 iaitu Piano Black dan Glacier Silver. Warna Piano Black tampak lebih elegant pada pandangan awal kami namun mungkin ada sedikit masalah dimana ia mudah terlekat dengan cap jari seperti iPhone 7 Jet Black berikutan permukaan yang glossy.

Sesuai dengan penggunaan skrin yang besar, Xiaomi Mi Note 2 dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4070mAh.

Penggunaan teknologi Quick Charge 3.0 bakal membolehkan Mi Note 2 mendapat satu cas penuh dalam jangka masa yang singkat.

Harga

Xiaomi Mi Note 2

Dari segi harga, sememangnya Xiaomi bijak untuk menawarkan harga yang tidak masuk akal berbanding spesifikasi yang ditawarkan.

Mi Note 2 akan mula dijual dengan harga RMB 2799 (~RM 1721) untuk model RAM 4 GB dan 64 GB storage.

Buat anda yang mahukan spesifikasi yang lebih tinggi model RAM 6 GB dan 128 GB storage adalah yang terbaik buat anda.

Model ini akan mula dijual dengan harga RMB 3499 (~RM 2152). Harga mungkin sedikit tinggi apabila tiba di Malaysia namun boleh dikatakan masih rendah berbanding model-model phablet yang lain.

Adakah berbaloi?

Jika anda sudah terbiasa dengan interface MIUI serta impikan sebuah phablet dengan spesifikasi yang tinggi tanpa mahu berbelanja besar, Xiaomi Mi Note 2 mungkin pembelian paling berbaloi buat anda.

BACA INI JUGA: 7 Smartphone Alternatif Kepada Samsung Galaxy Note 7

Sumber: Thevocket

Friday, October 28, 2016

'Bagaimana Saya Melembutkan Sikap Garang Dan Keras Kepala Isteri'

'Bagaimana Saya Melembutkan Sikap Garang Dan Keras Kepala Isteri'

Berikut adalah luahan dan nasihat pada Rafie Ramli dan Felinna Nadea yang juga merupakan Pengarah Urusan Raffelinna Sdn. Bhd., Caliph Kids Expert, Felinna Beauty, serta Felinna Boutique.

Rafie Ramli dan Felinna Nadea

Bahan ini diperoleh dari Facebook kedua mereka. Facebook Rafie (Facebook.com/rafiecaptura) dan Felinna (Facebook.com/felinna.fattah).

Pandangan Rafie Ramli

Semalam viral posting isteri mengenai bagaimana saya tangani sikap garang dan keras kepala isteri.

Hari ni saya nak buat posting mengenai apa yang suami rasa pula.

Isteri keras kepala ni tak ramai, tapi banyak.

Mereka tegas dengan keputusan. Tidak mudah mengikut hasutan orang lain.. Itulah isteri saya yang dicintai.

Cuma apa yang perlu suami lakukan bila isteri seorang Garang dan keras kepala?

Perkahwinan saya masih baru nak masuk 6 tahun.

Di awal perkahwinan, Isteri saya, seorang yang keras kepala. Degil dan tegas.

Saya juga cepat melenting bila tak kena gaya. Tapi Bila bergaduh kecil atau besar, saya akan mengambil peranan, turunkan ego, diam, dengar dan pendam.

Untuk berdiam, saya selalu percaya, apa yang saya cakap atau balas pasti akan lebih mengeruhkan. Mengaku salah walaupun kita rasa kita betul adalah yg terbaik. Perempuan ni mesti nak menang! Fakta mereka berjela. Kita takkan menang lawan mereka.

Layankan aja….

Suami kena ingat, kita bukan perempuan. Kita takkan memahami mereka, benda yg kita rasa kecil, tapi sentiasa besar di hati mereka.

Mengikut ego dan melawan mereka ketika ini sangat tidak relevan.

Saya bersabar untuk beberapa ketika dan hasilnya sangat baik. Isteri saya berubah dan semakin berubah.

Sekarang, Kalau bergaduh saya masih kena mengalah, tapi kami jarang bergaduh besar. Sebab dah malas berperang.

Tapi kalau berperang sekejap aja..

Sehingga beberapa jam selepas perang, biasanya Fel akan mula tenang. Yang saya selalu perasan dia selalu solat bila marah. Dan yang buat saya kalah, bila mendengar dia merintih, menangis didalam doa.

Bila dalam keadaan tenang ini, wanita tegas pon akan mula menyalahkan diri sendiri dan meminta maaf kerana tidak menjadi isteri solehah. Tidak menjadi ibu mithali. Dia akan datang dan meminta maaf.

Waktu ini suami perlu turunkan lagi ego ke lantai, jangan pula kita mengiakan isteri atau menghentam kembali, teruskan juga meminta maaf .

Alhamdulillah, its works every time. Dan besoknya, hadiahkan sesuatu. Apa shj yg kita rasa mampu. Mitos ‘perempuan merajuk sebab mahu dipujuk’ itu sebenarnya wujud. Isteri saya kalau hadiah dia makanan pun dah seronok.

Beli ikut kemampuan.

Rafie Ramli dan Felinna Nadea

Kenapa saya perlu mengalah? Sedangkan saya lelaki dan pemimpin?

Tak ada egokah saya ini?

Sebagai suami, saya selalu ingat segala pengorbanan yang Fel dah buat selama ini. Betapa dia berkorban sejak dari mula berkenalan, kami kahwin ketika masih muda remaja, dia seorang yg aggresive, popular, suka shopping, trendy, gila make up.

Tapi lepas berkahwin dia tinggalkan semua sehingga dia berubah menjadi apa yang dia dah jadi sekarang.

Kadang-kadang saya rasa tak boleh jadi sekuat dia kalau saya berada di tempatnya.

Bila mengenangkan dia sanggup berpindah ke Baling yang agak terpencil, takda kawan-kawan, bersedia menerima keluarga serta kawan-kawan dy seadanya dalam hidup dia, saya rasa tidak layak untuk saya kecewakan perasaan dia.

Sebab itu saya banyak mengalah sebab saya tahu jiwa dia memberontak tapi demi kasih kepada keluarga dia bertahan, jadi dia menjadi cepat marah dan tertekan.

Lama-lama, bila dah biasa dgn hidup baru saya nampak dia lebih tenang.

Sekarang, bila dia struggle dengan selera makan dan diet dia tapi dalam masa yang sama dia perlukan tenaga untuk menyusukan anak anak pon saya dah cukup terkesan.

Adakah boleh saya sesabar isteri dan sekuat dia?

Dengan pengorbanan mereka, rasanya tidak layak untuk para suami sakitkan hati isteri walaupun sikit.

Allah Allah, alhamdulillah untuk tempoh perkahwinan ini. Ianya satu proses tarbiah yang baik untuk kami suami isteri.

Saya bukan suami yang baik, tapi saya mahu isteri yang baik. Maka saya berusaha menjadi baik. Rumahtangga itu dibina atas dasar mahu memberi yang terbaik.

Pilih untuk terus setia dan bersabar. Kita pasti Menang, ikhlas dari suami yang acah-acah sweet. Hahaha!

#rafieramli

Berikut pula pandangan Felinna Nadea

Rafie Ramli dan Felinna Nadea

Bagaimana suami ini melembutkan Isterinya yang TEGAS DAN KASAR!

Mendengar kisah penceraian sesungguhnya sangat menghibakan.

Wahai Lelaki…

Nasihat ini dari saya seorang isteri yang kasar dan degil suatu masa dahulu.

Seperti kita tahu, isteri ini dari satu bahagian kamu. Mereka ini memiliki sikap kamu. Percayalah seorang isteri yang ‘Kasar, Jahat, Kejam’ tatkala dia mencintai suaminya, dia sanggup berbuat apa sahaja.

Itulah dia kehebatan wanita, mereka mampu menjadi isteri di depan suami, menjadi ibu di depan anak-anak dan menjadi kawan di depan rakan.

Mereka berubah ubah kerana wanita ini lahirnya penuh emosi, jiwanya lembut walau zahirnya kasar.

Suami saya ini, kadang-kadang ‘kuat menyebai juga’ kalau kena hari tak cukup tidoq muncung sedepa juga. (Menyebai itu ‘marah’)

Tapi… Dia tahu ego kakfel pon selangit. Maka di awal perkahwinan dia layankan aja kakfel. Kadang-kadang marah kakfel tak masuk akal. Maklumlah wanita ni hormon pon tak stabil.

Tapi… Apa yang buat kakfel nekad nak hormat dia and berubah? Kerana dia tunjukkan kakfel contoh. Saat dia marah dia diam dan dia tak layan. Dia boleh tukar mood menjadi baik secara tiba-tiba demi takmau kami bergaduh.

Sehingga satu hari, kakfel rasa dia dah tak tahan, kakfel garang sangat. Kami kan buat bisnes sekali, sikap degil dan garang kakfel ni memang dasyat sebab kalau kakfel kata A maka jadi A.

Haritu kami ada masalah di tempat kerja, balik dalam kereta kakfel banyak salahkan dia. Dia diam aja mulanya.

Tetiba, dia cakap “what ever it is, i am still your husband. U have to respect me.”

Kakfel diam. Satu ayat itu telah menyebabkan kakfel tersentap. Lalu kakfel berfikir. Kenapa hanya dia yang perlu berubah? Kenapa kakfel masih mahu degil dan kasar?

Lama-lama… Kakfel mula jadi lembut, semua benda kakfel dahulukan dia. Kakfel kurangkan bercakap pasal bisnes atau membantah dia. Bahagia rasanya. Kami tidak bergaduh malah semua dalam keadaan harmoni.

Kakfel mula dengan jadikan setiap malam sebagai hari baru. Kakfel minta maaf dengan dia setiap malam. Mula tu egonya rasa… Sebab takda pun aku buat salah tapi kena juga minta maaf setiap hari.

Selalu bila pandang wajah dia, rasa bersyukur sebab jadi isteri dia. Dia pun tolak ansur dengan kakfel. Bila nampak kakfel pun banyak bekorban and berubah.

Dia tak keluar malam, dia tak bagi kakfel buat kerja sorang-sorang, dia tak bagi kakfel urus semua sendiri dia bekorban sedangkan masa muda dulu, malam memang tak lekat rumah.

Malam sebelum nak kahwin pun dia hilang bersama kawan-kawan. Merajuk kakfel malam tu, ugut taknak kahwin. Huhu.

Jadi dalam hidup rumahtangga ni. Kerjasama utama. Kami baru sangat lagi kahwin. Di tahun ke 6 (belum cukup 6 tahun) dan kakfel tahu belum layak kakfel bagi nasihat kepada yang dah lama layari rumahtangga.

Tapi nasihat ini mungkin berguna bagi mereka yang baru di fasa pertama rumahtangga.

Pengorbanan, itu yang utama. Sekarang kakfel semua benda buat kena izin suami.

Tulis status ni pun kena bagi suami baca dulu tau.. Sebab bukan takut tapi hormat. Hormat dia sebab dia ketua kakfel. Hormat dia sebab dia hormat kakfel.

Sekarang ni semua benda kakfel akan pikir, dosa aku dengan dia , tengah marah gila rasa nak keluar rumah pun kena minta izin dia.

Dia tak pernah tegur atau marah kakfel tapi kakfel berubah banyak perkara, sebab dia ajar kakfel melalui perubahan dia.

Isteri cerminan suami. Jika isteri kita teruk. Cermin apa kita dah buat untuk memperbaiki isteri itu. Kereta yang rosak pon boleh dibaiki. Inikan pula isteri yang ada hati.

Terima kasih suami Rafie Ramli untuk segala yang b dah berikan pada rumahtangga ini.

#tipsfelinnanadea #ikanbiruphotography

Moga pandangan suami-isteri ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dalam hidup berumah-tangga yang penuh pancaroba.

BACA INI JUGA: Pengertian Cinta Bagi Seorang Lelaki

Sumber: Mynewshub

Misil Nuklear 'Satan 2' Terbaharu Rusia Mampu Musnahkan Kawasan Seluas Perancis!

Misil Nuklear 'Satan 2' Terbaharu Rusia Mampu Musnahkan Kawasan Seluas Perancis!

Rusia mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukkan misil nuklear terbesarnya dan dikatakan mampu memusnahkan kawasan sebesar sebuah negara Perancis.

Satan 2

Menurut Mail Online, misil berkenaan yang diberi nama RS-28 itu dan digelar Satan 2 oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), mempunyai kelajuan maksimum sehingga tujuh kilometer per saat dan direka untuk mengatasi sistem perisai anti-misil.

Misil Sarmat terbaharu itu boleh melancarkan kepala pele­dak sehingga 40 megaton iaitu 2,000 kali lebih berkuasa berbanding bom atom yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki pada 1945.

Satan 2

Dalam pada itu, menurut rangkaian berita Rusia, Zvezda, yang dimiliki oleh Kementerian Perta­hanan Rusia, misil itu mempunyai keupayaan jarak sehingga 10,000 kilometer, yang dikatakan mampu menyerang London dan beberapa bandar Eropah lain serta Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Pertahanan da­lam pada itu merancang untuk melaksanakan penggunaan Sarmat pada lewat 2018 dan menggantikan mi­sil ter­da­hulu, SS-18 pada 2020.

Satan 2

Misil terbaharu itu dikatakan sedang menjalani ujian berdekatan Miass di Rusia.

“Misil SS-18 sudah berusia le­bih 30 tahun, jadi walaupun anda mempunyai hubungan yang baik dengan NATO, kamu mesti mahu mengemaskinikan peluru berpandu anda.

Satan 2

“Tetapi Presiden Rusia, Vladi­mir Putin tentu gembira ke­ra­na langkah itu digambarkan sebagai satu langkah agresif.

"Beliau mahu menunjukkan kepentingannya,” kata seorang pakar nuklear di Institut Perkhidmatan Bersatu Diraja London, Igor Sutyagin. -Utusan

Bom Hidrogen Melakar Sejarah Ketakutan Baru Dunia!

Hydrogen-Bomb

Sementara itu, 6 Januari 2016 telah melakar satu lagi sejarah ketakutan baru dunia apabila negara kuasa nuklear, Korea Utara, melancarkan ujian pertama bom Hidrogen miliknya.

Menurut beberapa akhbar utama dunia, ujian bom berkenaan dilakukan sekitar pukul 10 pagi waktu tempatan.

Letupan mega dahsyat ini membuktikan bahawa Korea Utara mempunyai senjata pemusnah paling dahsyat di bumi.

Bom hidrogen ini mempunyai kekuatan 25 ribu kali bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun.

Berdasarkan rekod, kali terakhir bom raksasa berkekuatan 50 megatan diletupkan oleh Rusia pada tahun 1961.

Bom tersebut dinamakan sebagai Bom Tsar.

Sebagai tambahan fakta, bom TNT biasa akan melibatkan reaksi atomic dan sebab itulah ia dipanggil bom atom.

Sebaliknya, apa yang dipanggil A-bom pula melibatkan reaksi nuklear dan sebab itulah ia dipanggil bom nuklear.

BACA INI JUGA: 10 Jet Pejuang Paling Canggih Dan Terbaik Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM