Tuesday, October 25, 2016

Mara Bagdasaryan, Gadis Kaya Yang Suka Cetus Masalah!

Mara Bagdasaryan, Gadis Kaya Yang Suka Cetus Masalah!

Tidak pernah serik. Disebabkan dia anak orang kaya, Mara Bagdasaryan, 23, sentiasa terlepas daripada hukuman meskipun dia dikenali di seluruh Rusia sebagai gadis yang suka memandu laju dan cuai.

Mara Bagdasaryan

Disebabkan kegilaannya memandu laju, Mara yang juga anak kepada taikun Rusia, Elmar Bagdasaryan, berjaya mengelak daripada hukuman berat meskipun setahun lalu dia terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga mengorbankan seorang rakannya, Marik Galperin dan seorang lagi pengguna jalan raya yang lain.

Dia juga dibayangi dengan 342 saman kerana memandu laju dengan jumlah denda melebihi RM50,000 namun bapanya sentiasa membayarkan.

Mara pernah ditangkap kerana berlumba kereta dengan anak salah seorang pegawai tinggi Rusia serta beberapa anak-anak orang kaya lain. Namun dia dibebaskan dengan ikat jamin.

Mara Bagdasaryan

Terbaru, selepas setahun insiden kemalangan melibatkan kematian rakannya, Mara sekali lagi `mencipta’ nama dengan merakamkan video dia memandu kereta mewah, Mercedes-Benz dalam keadaan laju di Moscow.

Video itu dimuatnaik dalam instagramnya untuk tontonan beribu-ribu peminatnya dengan tajuk `’Apabila anda mahu cepat’.

Mara Bagdasaryan car

Klip video itu juga memaparkan bagaimana polis mengejar mereka. Mara dilaporkan akan mewarisi harta kekayaan bapanya yang terlampau banyak itu apabila lelaki itu meninggal dunia kelak.

BACA INI JUGA: 60% Remaja Malaysia Tiada Dara!

Sumber: Mynewshub

Enam Maut, Hospital Sultanah Aminah Johor Terbakar Akibat Litar Pintas

Enam Maut, Hospital Sultanah Aminah Johor Terbakar Akibat Litar Pintas

Enam orang dipercayai maut selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di tingkat dua, Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) kira-kira jam 9 pagi tadi.

Hospital Sultanah Aminah TERBAKAR

Dalam kejadian itu, wad di tingkat dua bahagian selatan unit rawatan rapi (ICU) terbakar dan menyebabkan pesakit dipindahkan ke tapak berhimpun di perkarangan HSA .

Hospital Sultanah Aminah TERBAKAR

Difahamkan, enam mangsa yang maut adalah pesakit iaitu empat wanita dan dua lelaki manakala seorang pesakit melecur 80 peratus serta tiga kakitangan hospital sesak nafas akibat menghidu asap tebal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, usaha memadamkan kebakaran dan menyelamat selesai dijalankan menjelang tengah hari.

Hospital Sultanah Aminah TERBAKAR

Menurutnya, sehingga pukul 10.20 pagi tadi, anggota Bomba dan Penyelamat masih sibuk memadamkan kebakaran.

Pekarangan HSA dipenuhi pesakit yang dipantau jururawat dan doktor di hospital itu.

Dipercayai Akibat Lintar Pintas

Hospital Sultanah Aminah TERBAKAR

Polis tidak menolak kemungkinan kejadian kebakaran di tingkat dua wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini disebabkan litar pintas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian dipercayai berlaku akibat litar pintas di wad ICU bahagian selatan bangunan hospital.

Hospital Sultanah Aminah TERBAKAR

Beliau bagaimanapun menjelaskan tiada unsur jenayah dalam kejadian itu namun siasatan rapi masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Siasatan awal mendapati kejadian ini berlaku akibat daripada litar pintas di wad ICU selatan,” katanya.

Hospital Sultanah Aminah TERBAKAR

Ketika kejadian, terdapat 28 pesakit dan 193 kakitangan hospital berada di bangunan utama hospital berkenaan berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke kawasan selamat.

BACA INI JUGA: Wajah Ngeri Akibat Terbakar

Sumber: Mynewshub

Dahsyatnya Kesan Minum Air Putih Setiap Pagi!

Dahsyatnya Kesan Minum Air Putih Setiap Pagi!

Dehidrasi berpanjangan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan. Untuk mencegah munculnya berbagai macam penyakit, salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan minum air putih ketika perut masih kosong di waktu pagi.

Minum Air Putih

Ya, manfaatnya ternyata luar biasa. Ok, jom semak!

1. Buang racun dalam tubuh

Saat kita minum air putih, sistem pencernaan tubuh akan berjalan lebih lancar. Pada waktu malam tubuh memperbaiki diri dan mengeluarkan semua racun dalam tubuh.

Kalau minum air putih di pagi hari dalam keadaan perut kosong, racun-racun akan lebih cepat keluar dan tubuh jadi terasa lebih segar.

Minum banyak air putih boleh membantu meningkatkan produksi sel-sel otot dan sel-sel darah baru.

2. Tingkatkan metabolisme

Minum air putih ketika perut kosong boleh membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan ini akan buat sistem pencernaan jadi lebih lancar.

Minum air setelah bangun pagi boleh membersihkan usus, sehingga usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi.

3. Jaga tubuh tetap langsing

Ketahuilah semua racun akan dibuang dan sistem pencernaan jadi lebih baik. Paling best, tak mudah lapar dan nafsu makan boleh dikontrol.

Sehingga tubuh boleh tetap langsing sebab terhindar dari godaan makan berlebih.

4. Elak gangguan pencernaan

Gangguan pencernaan disebabkan oleh meningkatnya kadar asam di dalam perut. Ketika minum air putih di pagi hari, kadar asam berlebih ini akan larut. Gangguan pencernaan pun boleh diatasi.

5. Cantikkan kulit

Dehidrasi boleh menyebabkan munculnya kedut dan pori-pori besar di kulit. Minum 500 ml air putih dengan keadaan perut kosong setiap pagi boleh memperlancar aliran darah di kulit dan membuat kulit lebih bercahaya.

Minum air putih sepanjang hari secara berkala boleh membantu tubuh mengeluarkan racun.

6. Cegah batu ginjal

Minum air putih selepas bangun tidur boleh membantu cegah batu ginjal. Semakin banyak minum air putih, makin payah penyakit dan racun nak datang dekat!

7. Baiki sistem imun tubuh

Minum air putih ketika perut kosong boleh bantu menjaga sistem limfa. Sehingga sistem imun tubuh makin kuat dan mengelakkan tubuh dari dijangkiti pelbagai penyakit.

Untuk mendapatkan manfaat maksima daripada minum air putih setiap pagi, anda boleh ikut beberapa tip ini.
  1. Minum 4 gelas air putih yang berisi 160 ml setiap pagi dalam keadaan perut kosong.
  2. Jangan makan apa pun selama 45 minit.
  3. Minumlah air putih setidaknya 30 minit sebelum makan, tapi jangan minum air dalam waktu 2 jam selepas sarapan. Makan siang, dan makan malam. Kalau masih sukar minum 650 ml air putih setiap pagi, boleh mulakan dengan minum 1 gelas air dulu.

Tertarik untuk memulakan membiasakan diri minum air putih setiap pagi?

Selain demi menjaga kesihatan tubuh, kebiasaan cara ini juga boleh bantu kita merawat kecantikan kulit.

Semoga memberi manfaat!

BACA INI JUGA: Rahsia Khasiat Garam Sebagai Penawar Kepada Penyakit

Sumber: MW

Hadis Palsu Larangan Mengarut Ketika Berjimak

Hadis Palsu Larangan Mengarut Ketika Berjimak

Jika ada yang berpesan kepada anda supaya jangan melihat kemaluan isteri ketika sedang melakukan hubungan kelamin kerana boleh mengakibatkan buta.

Jimak
Gambar hiasan.

Bahkan petua tersebut dikatakan Rasulullah SAW sendiri yang melarangnya. Maka, apa pendapat anda? Apa yang akan anda lakukan?

Bertenang. Usah gusar. Jangan panik. Sebenarnya apa sahaja petua, galakan atau larangan yang disandarkan kepada agama, maka langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah memastikan kesahihan sumbernya.

Jadi, disiplinkan diri untuk mengenal pasti terlebih dahulu apakah dalil yang menjadi sandaran kepada sesuatu suruhan atau larangan berkaitan agama.

Walaupun orang yang menyebutnya bergelar ustaz, tuan guru, habib, mufti atau sesiapa sahaja.

Ini kerana agama ini adalah milik ALLAH SWT yang mempunyai disiplin dan metode tersendiri.

Tidak boleh mengaitkan sesuatu dengan agama melainkan ia bersandarkan kepada ALLAH dan juga Rasulullah SAW.

Jadi, berbalik kepada larangan melihat kemaluan isteri ketika bersetubuh kerana ia boleh mengakibatkan buta.

Dari mana larangan sebegini boleh muncul? Sebenarnya ia diambil daripada hadis palsu.

"Apabila salah seorang antara kamu semua sedang berjimak (bersetubuh), maka janganlah dia melihat kepada faraj (kemaluan isteri) kerana perbuatan itu akan mengakibatkan buta, dan janganlah memperbanyakkan bercakap, kerana hal itu akan mengakibatkan bisu."

Ibn Al-Jauzi memasukkan hadis ini dalam senarai hadis palsu dalam bukunya Al-Maudhuat. (Rujuk: Ibn Al-Jauzi, Al-Maughu'at (Madinah: Maktabah Al-Salafiyah, 1966) 2/272)

Hadis ini dihukum sebagai palsu kerana dalam sanadnya terdapat penyampai hadis bernama Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Qusyairi.

Menurut Imam Al-Zahabi, Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Qusyairi ini adalah seorang yang tidak dipercayai.

Imam Al-Azdi dan Al-Daruqutni pula mengatakan beliau adalah seorang pendusta yang perlu ditinggalkan hadis yang disampaikan olehnya.

Melihat kepada maksud hadis ini sendiri kita sudah boleh mengagak ia adalah palsu dan tidak mungkin Rasulullah SAW mengucapkannya.

Mustahil syariat Islam yang telah menghalalkan hubungan kelamin di antara suami dan isteri, dalam masa yang sama melarang si suami melihat faraj isterinya.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya, daripada Sulaiman Al-Taimi bahawa dia pernah ditanya mengenai apakah hukumnya seseorang itu melihat faraj isterinya? Maka dia pun menjawab, "Aku pernah bertanya soalan ini kepada 'Atha', lalu dia menjawab, "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah, dan 'Aisyah menjawab, "Aku pernah mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu bekas, hingga aku mengatakan: Biarkan air itu untukku, biarkan untukku." (Hadis Hasan, no 5577)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani dalam Fath Al-Bari mengatakan, "Hadis ini adalah hujah perihal bolehnya seseorang untuk melihat aurat isterinya, demikian juga sebaliknya".

Maka, tidak ada bezanya melihat ketika mandi dan ketika berjimak.

Kalaulah perkara ini dilarang, kemungkinan ia akan menjejaskan kenikmatan ketika hubungan suami dan isteri.

Sedangkan syariat mengizinkan pasangan suami isteri untuk masing-masing merasai nikmat tersebut.

ALLAH menggambarkan dalam al-Quran bahawa si isteri itu umpama ladang bagi si suami. Jadi, si suami boleh mendatangi isterinya menurut cara yang disukai pada tempat menanam benih.

Firman-Nya, "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai.." (Surah Al-Baqarah: 223)

Kenapa syariat membolehkan perkara ini? Sudah tentu salah satu sebabnya ialah untuk memberikan peluang kepada pasangan suami isteri saling merasai kenikmatan tersebut dengan cara yang halal lagi diredai.

Cumanya, syariat juga menetapkan garis panduan yang memang tidak boleh dilakukan semasa hubungan suami isteri.

Antaranya ialah, syariat mengharamkan si suami mendatangi isterinya dari bahagian belakang (dubur) isterinya berdasarkan beberapa hadis yang diterima.

Antaranya ialah hadis berikut, "Apabila golongan Muhajirin datang ke perkampungan kaum Ansar, mereka pun menikahi wanita Ansar. Golongan muhajirin biasa menelungkupkan isterinya ketika bersetubuh, sedangkan kaum Ansar tidak biasa melakukannya. Suatu ketika ada seorang lelaki Muhajirin hendak menyetubuhi isterinya daripada kaum Ansar dengan cara seperti itu (melalui dubur), tetapi si isteri menolak sebelum ada kejelasan hukumnya daripada Rasulullah SAW. Lalu dia pun berjumpa Rasulullah SAW. Tetapi dia berasa malu untuk bertanya terus kepada Rasulullah SAW. Maka dia bertanya kepada Ummu Salamah (isteri Nabi SAW) supaya ditanya kepada Baginda SAW. Lalu, turunlah ayat 223 daripada Surah Al-Baqarah.

Rasulullah SAW lalu menjawab, "Tidak boleh (melalui dubur) melainkan pada satu jalan sahaja (faraj)." (Riwayat Ahmad, Al-Tirmizi dan beliau menyatakan ia sahih)

Berkenaan larangan memperbanyakkan bercakap ketika bersetubuh suami isteri seperti yang disebutkan dalam hadis palsu ini, memang ia suatu tindakan yang tidak sesuai.

Banyak bercakap dan berbincang perkara-perkara lain ketika melakukan hubungan intim memang tidak munasabah, sedangkan perkara tersebut boleh dibualkan pada masa lain.

Tetapi, jika si suami atau isteri mengungkapkan sesuatu yang manis dan indah yang boleh meningkatkan perasaan kasih sayang ketika itu, maka ia tidak menjadi kesalahan.

Justeru, kepada pasangan suami isteri, syariat telah mengikat hubungan anda dengan cara yang halal dan sah.

Isteri adalah hadiah buat suami. Suami adalah anugerah buat isteri. Raikannya dengan kegembiraan dan kesyukuran.

Nikmati ia dengan cara yang halal. Pelihara, pagari, sirami dan bajai ladang masing-masing agar ia terus subur dan mekar.

Percayalah, kenikmatan dan keseronokan yang dirasai oleh suami isteri sedikit pun tidak akan disia-siakan di sisi Tuhan kerana pada hubungan intim juga adalah ladang menuai pahala.

ABD RAZAK MUTHALIB
Penulis ialah Jurulatih Kanan & Motivator di Akademi magnet Sukses. Graduan Ijazah Sarjana Kuliyah Ilmu Wahyu, UIAM

BACA INI JUGA: Petua Dari Pakar Untuk Suami Tahan Lama Di Ranjang

Sumber: SH

Punca Dan Rawatan 'Angin Beranak' Selepas Bersalin

Punca Dan Rawatan 'Angin Beranak' Selepas Bersalin

Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar berita ibu yang sanggup dan tergamak membunuh anaknya sendiri dengan mengelar ataupun menikam anak sendiri sehingga mati dalam keadaan yang amat sadis.

Angin Meroyan

Angin Beranak? Gila Meroyan? Kita selalu mendengar orang-orang lama dan bidan kampung sebut mengenai istilah angin meroyan ini kan?

Apa sebenarnya punca kepada penyakit gila meroyan atau juga disebut angin beranak ini? Bahayakah penyakit ini kepada ibu-ibu yang baru bersalin?

Nama perubatan untuk penyakit meroyan selepas bersalin ini adalah postpartum depression atau dikenali juga sebagai kemurungan selepas bersalin (postpartum).

Dianggarkan, kira-kira 80% wanita mengalami masalah kemurungan selepas melahirkan anak dan 10% daripadanya terjadi pada tahun-tahun pertama selepas ibu melahirkan bayi.

Bezanya, kebanyakannya beransur pulih dan ada juga yang mengalaminya secara berpanjangan.

Meroyan kadangkala disalah anggap sebagai baby blues. Jika anda menghidapi baby blues, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan.

Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda.

Namun begitu, perasaan ini akan beransur hilang dan anda akan berasa lebih sihat dalam beberapa hari.

Walau bagaimanapun, meroyan tidak sama seperti baby blues, kerana meroyan boleh menjadi satu penyakit dan mungkin sukar untuk sembuh tanpa rawatan.

Simptom Terkena Angin Meroyan

Postpartum-Depression

Bagaimana hendak tahu seorang wanita itu menghidapi penyakit meroyan atau kemurungan postpartum?

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu. Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti insomnia, tidak boleh menumpukan mata, tidak berselera makan atau bimbang tanpa sebab, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin.

Selain daripada itu, ibu juga mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut:
  • Perasaan putus asa
  • Bersalah
  • Amat letih
  • Muram
  • Sering menangis
  • Sunyi
  • Gelisah
  • Terperangkap

Secara umumnya, semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu.

Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan postpartum.

Biasanya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan.

Punca Angin Meroyan atau Kemurungan Postpartum?

Ia mungkin disebabkan reaksi otak kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda.

Ada kalanya, perkara-perkara harian yang biasa-biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan.

Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi seperti:
  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu atau kemurungan semasa kehamilan.
  • Suami yang kurang menyokong atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
  • Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan.
  • Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
  • Mendapat bayi yang dilahirkan pra-matang atau tidak sihat.
  • Mendapati sukar untuk menyusu badan.
  • Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibu bapa semasa anda masih kecil.

Apakah Rawatan Dalam Menangani Kemurungan Postpartum?

Terdapat beberapa teknik yang boleh diprakttikkan untuk mengatasi masalah ini.

Caranya mungkin mudah

Sesuaikan diri

Memikul tanggungjawab sebagai ibu adalah berat. Anda perlu peruntukkan masa 24 jam untuk melayan karenah bayi yang memerlukan perhatian sepenuhnya.

Untuk itu, anda perlulah bersikap positif dan menyesuaikan diri dengan peranan baru. Lihatlah tanggungjawab itu sebagai satu lagi tugas baru yang menyeronokkan dalam kehidupan anda. Seronok ada baby bukan?

Rehatkan diri

Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit dengan berehat sebentar seperti melakukan meditasi ataupun mandi. Paling tidak pun, tarik nafas panjang untuk meleraikan keletihan.

Jadi, anda dapat mengelakkan diri daripada bermurung. Hasilnya, anda akan lebih tenang dan dapat menjalinkan hubungan dengan bayi dengan lebih rapat.

Tidur

Bayi biasanya mengambil masa yang panjang untuk tidur di siang hari. Jadi, curi masa untuk melelapkan mata sewaktu bayi tidur.

Gunakan masa tersebut untuk menggantikan semula tidur anda yang sering terganggu di malam hari.

Usahlah menyibukkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan pada lain masa.

Yang penting, anda mendapatkan tidur yang cukup untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Adakah pengambilan suplemen dapat membantu mengatasi dan mengelakkan terjadinya kemurungan postpartum ini?

Ya, sangat-sangat membantu.

Pengambilan Vitamin B Complex sebagai contoh, mampu menghasilkan hormon serotonin yang boleh membantu meringankan perasaan, mengurangkan stres, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah.

Manfaat utama B-Complex adalah melawan tekanan, iaitu memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Semoga memberi manfaat..

BACA INI JUGA: 8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains

Sumber: pucukubi

Monday, October 24, 2016

Rebat RM4,000 Proton Iriz Untuk Pemandu Uber

Rebat RM4,000 Proton Iriz Untuk Pemandu Uber

PROTON dalam satu kenyataan menghargai inisiatif kerajaan dan mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat perkhidmatan Ride-Sharing Aplikasi Uber dan GrabCar.

Rebat Proton Iriz

Menurut Proton, pihaknya teruja untuk menjadi sebahagian daripada industri perkongsian perjalanan kerana langkah itu dilihat sebagai visi untuk memacu Malaysia ke hadapan melalui inovasi teknologi dan mewujudkan peluang ekonomi bagi ramai rakyat di negara ini.

Kenyataan Proton itu adalah hasil maklum balas susulan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada Bajet 2017 yang menggalakkan rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan dengan menjadi pemandu Uber atau GrabCar.

Dalam pembentangan itu, Najib Razak mengatakan bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan, kerajaan mengumumkan kebolehan membuat pembayaran pendahuluan untuk kenderaan melalui BR1M, dan rebat sehingga RM4,000 untuk pembelian Proton Iriz.

Rebat Proton Iriz

Individu yang layak menerima BR1M boleh menggunakannya sebagai wang pendahuluan bersama rebat tambahan sebanyak RM4,000 untuk menjana pendapatan tambahan dengan menjadi pemandu Uber atau GrabCar.

Tambah Najib, mereka terutamanya yang berpendapatan rendah mampu meraih sehingga RM1,500 sebulan bagi pemandu Uber dan GrabCar yang bekerja di antara 10 hingga 40 jam seminggu.

Manakala mereka yang memandu lebih 40 jam mampu menjana pendapatan sehingga RM4,300 dan ke atas sebulan.

BACA INI JUGA: Aplikasi Waze Bakal Saingi Uber, Kos Dan Tambang Lebih Murah!

Sumber: Mynewshub

Aksi Tom Cruise Dalam 'Jack Reacher: Never Go Back' Lebih Mendebarkan!

Aksi Tom Cruise Dalam 'Jack Reacher: Never Go Back' Lebih Mendebarkan!

Selepas filem pertamanya berjaya meraih kejayaan yang cukup memberangsangkan, kini filem aksi lakonan aktor hebat, Tom Cruise kembali dengan sekuelnya, Jack Reacher: Never Go Back.

Jack Reacher

Jika Jack Reacher yang ditayangkan pada 2012 dulu diarahkan Christopher McQuarrie, kali ini peranan itu telah diambil Edward Zwick yang tidak kurang hebatnya dalam menangani filem-filem aksi.

Filem yang menelan belanja pembikinan sebanyak USD$96 juta ini mengetengahkan kisah seorang ejen risikan yang telah bersara, namun terpaksa berdepan dengan konspirasi terhadap dirinya.

Tidak hanya menumpukan kepada babak aksi semata-mata, filem ini turut hadir dengan jalinan plot yang cukup menarik. Malah konflik yang diketengahkan kali juga lebih rumit dan mengundang rasa ingin tahu yang lebih mendalam dari penonton.

Filem ini mengambil latar masa selepas empat tahun filem pertamanya, Jack Reacher (Tom Cruise) kembali ke markas unit perisikan tempat dia bertugas sebelum ini untuk bertemu rakan baiknya, Mejar Susan Turner (Colbie Smulders.)

Apa yang mengejutkan, Turner telah digantung kerja kerana dituduh terlibat dalam satu usaha konspirasi untuk mengkhianati negara.

Yakin ada sesuatu yang tidak kena berlaku, Jack berusaha untuk membebaskan Turner dan mencari dalang sebenar di sebalik apa yang berlaku itu.

Dalam masa yang sama, Jack turut terlibat dengan masalah baru apabila didakwa mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun dan perlu bertanggungjawab ke atas remaja itu.

Persembahan lakonan daripada Tom Cruise sememangnya tidak perlu dipertikaikan apatah lagi dengan babak-babak aksi yang sememangnya menjadi kelebihan utamanya.

Meskipun sudah menginjak ke 50 tahun, Cruise ternyata masih lagi hebat serta tangkas dalam setiap pergerakan aksinya menjadikan watak Jack Reacher itu begitu padan dengan dirinya.

Selain babak aksi yang mendebarkan, filem ini juga menonjolkan elemen kekeluargaan yang mampu menyentuh hati penonton menerusi watak Jack dan juga remaja yang didakwa sebagai anak perempuannya.

Meskipun ada yang cuba membandingkan Jack Reacher: Never Go Back ini dengan filem pertamanya, namun sekuel terbaharu ini berbaloi untuk tontonan.

BACA INI JUGA: 10 Pembikinan Filem Paling Mahal Hollywood Sehingga 2016!

Sumber: SH

‘Jangan Beri Dua Suntikan Imunisasi Pada Hari Sama’

‘Jangan Beri Dua Suntikan Imunisasi Pada Hari Sama’

Kementerian Kesihatan mengarahkan semua klinik kesihatan untuk tidak memberikan dua jenis suntikan imunisasi kepada bayi pada hari yang sama.

Imunisasi

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, suntikan imunisasi seharusnya diberikan satu persatu mengikut jangka masa yang digariskan dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan.

“Memberikan dua suntikan pada masa sama berlaku apabila jadual imunisasi dilanggar,” katanya yang menggesa ibu bapa supaya mematuhi jadual imunisasi berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya ibu bapa terlepas jadual tersebut, mereka perlu berbincang dengan kakitangan penjagaan kesihatan untuk menjadualkan semula tarikh imunisasi bagi memastikan hanya satu suntikan diberikan setiap sesi.

“Kita telah memaklumkan kakitangan penjagaan kesihatan di klinik berhubung perkara ini,” katanya.

Dr. Lokman berkata demikian bagi mengulas mengenai pengakuan ibu bapa yang mendakwa anak-anak mereka menghidap autistik selepas disuntik dua jenis vaksin pada hari sama, semasa usia 18 bulan.

Beliau menegaskan tiada bukti saintifik yang boleh mengaitkan autisme dengan vaksi MMR (campak, beguk dan rubella).

Menurut jadual imunisasi di Malaysia pada masa ini, kanak-kanak berusia 18 bulan diberikan satu suntikan yang meliputi lima dalam satu vaksin iaitu DTaP-Hib/IPV (difteria, tetanus, pertusis, hemophillus influenza B dan Polio).

“Ia merupakan satu suntikan. Ia adalah vaksin yang sama diberikan pada usia dua bulan, tiga bulan dan lima bulan.

“Oleh itu, tidak ada kaitan antara vaksin yang diberikan pada usia 18 bulan dengan autisme,” katanya.

BACA INI JUGA: 14 Suntikan Pelalian Yang Wajib Untuk Anak Anda

Sumber: mStar

Janet Jackson Bertudung Selepas Hamil

Janet Jackson Bertudung Selepas Hamil

Janet Jackson yang kini hamil anak pertamanya hasil perkahwinan dengan bilionaire Qatar, Wissam Al Manna buat pertama kali muncul di tempat awam di London dengan imej memakai tudung.

Janet Jackson

Janet yang kelihatan ceria dilihat bersiar-siar sambil memegang tangan Wissam dengan pakaian serba hitam.

Tiada lagi pakaian menjolok mata sebaliknya Janet kelihatan santai dengan kepala memakai purdah dengan anak tudung dan hud daripada pakaian yang seakan-akan pakaian tradisi Mexico, poncho dan berseluar besar serta memakai stokin dan kasut.

Janet yang akan menjadi ibu buat pertama kali kelihatan mengusap perutnya serta jalan berpegangan tangan bersama suaminya itu.

Pasangan itu juga dilihat memasuki butik pakaian bayi dan kemudian makan tengah hari di sebuah restoran makanan sihat.

Di dalam gambar tersebut, pasangan tersebut kelihatan tenang dan gembira ketika membeli-belah di London awal minggu ini.

Al-Manna dikatakan menjadi sokongan terbesar buat Janet apabila dia diberitahu mengenai kehamilannya.

Menurut laporan portal Mirror, Janet, 50, difahamkan telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan Wissam, 41, pada 2012.

Penyanyi itu pada awalnya enggan mengesahkan khabar angin pada April lalu tentang kehamilannya berikutan keputusan menangguhkan konsert jelajah.

Dia yang kini menjalani kehidupan yang lebih peribadi memberitahu peminatnya bahawa dia dan suami sedang me­rancang kehidupan berkeluarga.

Namun baru-baru ini Janet mengesahkan hamil anak pertama dan Wissam sentiasa memberi sokongan sepanjang kehamilan itu.

Janet Jackson

Pasangan berkenaan dikatakan bertemu buat pertama kalinya pada 2010 namun merahsiakan hubungan itu sehingga berita perkahwinan mereka tersebar setahun selepas disatukan.

Janet Jackson mempunyai rekod jualan lebih dari 100 juta album sebelum ini serta dianggap sebagai salah seorang artis solo wanita paling berjaya sepanjang zaman.

Janet Jackson juga pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum bertemu dengan suaminya kini.

Sebelum ini terdapat banyak spekulasi mengenai berita kehamilannya pada April lalu apabila dia menangguhkan konsert jelajahnya.

Namun, Janet bertindak mendiamkan dirinya sehinggalah awal bulan ini.

Kedua-duanya mempu­nyai minat yang sama iaitu suka melan­cong namun mereka me­netap di Doha, Qatar.

BACA INI JUGA: 10 Lagu Terbaik Karya Michael Jackson!

Permainan Baru Nintendo Switch Boleh ‘Main’ Di Mana Saja!

Permainan Baru Nintendo Switch Boleh ‘Main’ Di Mana Saja!

Nintendo, syarikat permainan video Jepun yang terkenal, mendedahkan sistem permainan baru yang dinanti-nantikan, Nintendo Switch.

Nintendo Switch

Nintendo Switch boleh digunakan sebagai konsol biasa atau pada alat mudah alih lain yang bermakna pengguna boleh menggunakannya di rumah atau di mana sahaja.

Nintendo Switch merupakan satu ciptaan yang hebat dan bakal menjadi role model untuk konsol-konsol lain di masa akan datang.

Mengapa begitu? Ianya ada pada nama Switch itu sendiri. Konsol ini dapat dimainkan di TV dan juga secara portable! YES.

Walaupun Nintendo baru-baru ini mengumumkan yang mereka akan mencipta game untuk smartphone bermula tahun hadapan, tetapi Switch mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Nintendo mengeluarkan trailer 3 minit berkenaan betapa hebatnya Nintendo Switch ini. Ianya direka untuk anda bermain di TV rumah secara santai.

Tetapi bagaimana jika anda perlu outstation tetapi anda tetap mahu main permainan video anda?

Anda switch sahaja kepada skrin mudah alih, lekatkan controller pada sisinya dan terus sambung bermain secara portable!

Dan kalau anda nak main dengan rakan anda, controller sisi boleh dicabut untuk jadikan dua controller berbeza. COOL.

Ianya satu berita gembira untuk gamers on the go. Ehem.

Dengan konsep ini, anda tidak perlu bersusah payah untuk mengusung konsol yang besar ke mana sahaja anda pergi dan jika konsol traditional, anda memerlukan TV atau skrin untuk bermain. Namun, tidak bagi Nintendo Switch!

Buat masa ini, Nintendo Switch tidak menyokong permainan video discs untuk Wii dan katrij 3DS walaupun bentuknya ketika mod portable seperti nintendo 3DS.

Sebagai permulaan, antara permainan yang pertama akan keluar untuk Nintendo Switch adalah The Legend Of Zelda, Breath Of The Wild. YES, please take my money now.

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai Nintendo Switch dikeluarkan buat masa ini namun berita terbaru ini sudah cukup untuk membuatkan para gamers teruja.

Nintendo Switch akan berada di pasaran seawal bulan Mac tahun hadapan.

Jadi, sebagai persediaan bolehlah anda menabung terlebih dahulu. Enjoy!

BACA INI JUGA: Legasi Permainan Game Boy Yang Akhirnya Berkubur

Sumber: Thevocket

Propoganda Freemason Mencetus Sengketa Sesama Manusia

Propoganda Freemason Mencetus Sengketa Sesama Manusia

Apa yang anda tahu tentang Perang Dingin? Begini, Perang Dingin tercetus apabila Soviet Union mengasaskan 'Blok Sosialis' dengan corak politik, ekonomi dan sosial yang bersifat tertutup.

Perang Dingin

Fahaman yang dibawa Soviet Union mempunyai banyak perbezaan berbanding dengan corak negara seperti Amerika, Britain dan Perancis.

Amerika pula menerajui 'Blok Kapitalis' yang dianggotai Britain, Perancis dan negara-negara Eropah yang lain.

Negara China pula diterajui fahaman sosialis selepas tamatnya Perang Dunia Kedua melalui parti komunis pimpinan Mao Zedong.

China menyertai Blok Sosialis sebagai pendukung kuat fahaman ini kerana Soviet Union telah membantu mereka menewaskan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Perang Dingin merupakan persaingan antara Blok Kapitalis dan Blok Sosialis yang tidak melibatkan pertempuran senjata.

Blok Kapitalis menubuhkan pakatan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) bagi menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial negara anggotanya.

Blok Sosialis pula menandatangani pakatan WARSAW (Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan Mutual) untuk tujuan yang sama.

Setelah penyatuan Jerman Barat dan Jerman Timur, Jerman menyertai pakatan NATO kerana pertumbuhan ekonomi Blok Kapitalis lebih maju.

Kesan dari Perang Dingin, Blok Kapitalis dan Blok Sosialis berlumba-lumba menunjukkan kehebatan masing-masing.

Kedua-dua blok ini melebarkan pengaruh mereka kepada negara-negara yang baru merdeka.

Maka, negara Islam yang sebelum ini bernaung di bawah pimpinan khalifah akhirnya berpecah kepada Blok Kapitalis dan Blok Sosialis setelah melalui zaman perang dunia.

Antara contoh seperti Perang Iran-Iraq, sama ada Iran atau Iraq, mereka memilih sekutu masing-masing setelah tumbangnya sistem khalifah.

Iraq bersekutu dengan Amerika manakala Iran bersekutu dengan Soviet Union.

Perang Iran-Iraq berlaku pada tahun 1980 sehingga tahun 1988 yang kononnya dilancarkan atas dasar keagamaan, sedangkan hakikatnya Islam adalah agama rahmat dan berperang sesama sendiri bukanlah tuntutan syariat.

Iraq menuduh Iran bersekongkol dengan Blok Sosialis yang berfahaman ateis, sedangkan Iraq sendiri turut bersekongkol dengan Blok Kapitalis yang berfahaman sekular.

Disebabkan itu, umat Islam terus terlibat dalam peperangan sedangkan negara Barat terus menikmati kemajuan.

Imej Islam terus tercemar apabila berperang sesama sendiri sehingga digelar sebagai 'agama pengganas'.

Umat Islam masing-masing mengaku sebagai pihak yang benar lalu berperang dengan saudara seagama atas sokongan sekutu masing-masing tanpa menyedari bahawa sekutu mereka itu merupakan golongan yang langsung tidak beriman kepada Allah.

Malah, sekutu yang mereka pilih itu juga merupakan antara pemimpin tertinggi Freemason yang menguasai Blok Kapitalis dan juga Blok Sosialis.

Siapa Pengasas Sebenar Blok Kapitalis dan Blok Sosialis?

Walaupun empayar Soviet Union tumbang pada tahun 1991 dan berpecah melahirkan serpihan negara-negara kecil yang digelar 'bekas tanah jajahan Soviet Union', namun roh Soviet Union terus wujud dan boleh dilihat daripada kerajaan Rusia yang seolah-olah mewarisi keagungan empayar tersebut.

Peranan Soviet Union sebagai kuasa besar dunia diambil alih oleh Rusia yang merupakan induk kepada bekas tanah jajahan Soviet Union.

Rusia sentiasa berusaha agar bangkit semula untuk membina empayar semegah Soviet Union.

Apa yang wajib kita ketahui, bahawa Blok Sosialis diasaskan oleh pemimpin Freemason dan Blok Kapitalis juga diasaskan oleh pemimpin Freemason.

Hakikatnya, kedua-dua blok ini adalah ciptaan kumpulan rahsia dajjal iaitu Freemason!

Mencetus Peperangan Besar

Freemason sebenarnya merancang permusuhan antara manusia dengan menubuhkan kedua-dua blok tersebut agar manusia terus saling berperang berlandaskan perbezaan fahaman politik.

Sudah terbukti bahawa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua adalah peperangan ciptaan Rothchild (Freemason-Illuminati) yang berfahaman Judaism-Zohar (Zionis).

Wallahu a'lam.

*Petikan daripada Kitab Tamadun Islam (Ibnu Jawi, Thepatriots)

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com