Saturday, October 15, 2016

Budaya Pelik Kubur Mayat Bayi Dalam Pokok!

Budaya Pelik Kubur Mayat Bayi Dalam Pokok!

Disebuah perkampungan, kelihatan sejumlah besar pokok yang hidup subur dalam saiz yang berbeza-beza.

Kubur dalam pokok
Sumber gambar: pojiegraphy

Bagaimanapun, selepas melihat dari jarak dekat, ada sesuatu yang agak pelik. Terdapat bentuk segi empat pada permukaan pokok, seolah-olah ditampal.

Peliknya, hanya pokok bersaiz besar sahaja yang memiliki corak begitu.

Bentuk segi empat itu sebenarnya merupakan kubur manusia! Kubur di dalam batang pokok!

Walaupun kedengaran sangat janggal, perkara ini sebenarnya merupakan budaya suku kaum Toraja.

Perkuburan pokok ini terletak di daerah Tana Toraja, kawasan pedalaman wilayah bergunung di Sulawesi Selatan.

Lebih menggerunkan, kubur pada batang pokok ini dimiliki oleh mayat bayi yang berusia enam bulan ke bawah.

Kubur
Sumber gambar: soloraya

Namun, mayat-mayat bayi ini bukanlah mati dibunuh, sebaliknya meninggal dunia atas sebab-sebab semulajadi.

Masyarakat Toraja yakin, dengan cara tersebut mayat diserap ke dalam alam semulajadi dengan mudah.

Pokok-pokok besar ini pula diberi nama Banyan. Saiz yang besar dan tinggi membolehkan setiap pokok ditanam dengan jumlah mayat bayi yang ramai.

Penduduk akan mula menebuk lubang sejurus menerima berita tentang kematian bayi berlaku. Anggaran lubang yang ditebuk pula berdasarkan kepada saiz seorang bayi.

Sementara itu, ibu bapa yang kematian bayi tersebut akan membalut jasad bayi dengan menggunakan kain.

Kemudian, mayat bayi tersebut akan diletakkan ke dalam lubang pokok yang telah disediakan.

Setelah selesai, lubang itu akan ditutup dan dikemaskan dengan susunan besi yang menyerupai sangkar.

Kubur

Ia bertujuan supaya kubur dalam pokok itu terus berada dalam keadaan kekal dan terbuka.

Selesai pengebumian, maka bermulalah kehidupan baru bayi tersebut di alam barzakh.

Masyarakat Toraja percaya, roh anak-anak yang mati akan mula diterbangkan sejurus selesai upacara pengebumian.

Namun, amalan menanam mayat bayi di dalam pokok tidak lagi diamalkan sejak tahun 1900.

BACA INI JUGA: Upacara Rambu Solo, Suku Kaum Yang Obses Terhadap Kematian

-Sentiasapanas.com

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan

Adakah anak-anak anda suka makan nasi ayam dan tidak bosan memakannya? Walhal, hampir semua anak suka makan nasi ayam.

Nasi Ayam

Tetapi jika tiap hari kita pergi ke kedai untuk beli nasi ayam, harganya bukanlah murah sangat kan.

Sebaiknya anda boleh membuatnya sendiri di rumah dan boleh menjemput anak untuk masak sama-sama.

Resepi nasi ayam ini memang paling sedap dan simple. Nasinya sedap dan ayamnya pun sedap.

Kalau anda belum tahu bagaimana cara membuat nasi ayam, saya sudah sediakan bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun menggunakan banyak bahan dan nampak sukar, tapi sebenarnya simple.

Resepi Nasi Ayam Sedap

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam – di potong 8
  • 2 ulas bawang putih – di tumbuk halus
  • 2 cm halia – di tumbuk halus
  • sos tiram
  • kicap cair
  • kicap manis
  • madu
  • minyak bijan

Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • garam
  • 2 bunga lawang
  • 4 buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun salam
  • susu full cream
  • garam
  • serbuk ayam
  • gula
  • bawang goreng

Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
  • air rebusan ayam
  • jeruk kubis
  • serbuk ayam
  • garam
  • bawang goreng
  • irisan daun sop

Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara masak ayam:
  • Kisar bawang putih dan halia, lalu perap ayam dengan bahan kisar tersebut selama 30 minit.
  • Panaskan air sampai mendidih di dalam periuk dan masukkan ayam tadi. Perlahankan api sampai ayam menjadi setengah masak.
  • Sambil menunggu, anda siapkan bahan perap. Campurkan sos tiram, kicap cair, kicap manis, madu dan minyak bijan dalam satu wadah.
  • Kalau ayam sudah siap, angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika.
  • Dinginkan ayam kurang lebih 1 jam.
  • Goreng ayam dalam kepanasan api sederhana di dalam periuk yang dalam sampai ayamnya tenggelam oleh minyak.
  • Setelah ayam masak, angkat dan gantung untuk toskan minyak.
  • Ayam sudah siap dipotong dan dihidang.

Cara buat nasi ayam:
  • Basuh beras, tos dan letakkan di dalam rice cooker.
  • Masukkan mentega, tumis bawang putih, dan halia yang telah dikisar, sambil itu masukkan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam seketika.
  • Setelah naik bau harum, masukkan separuh daripada air rebusan ayam, susu full cream, garam dan serbuk ayam dan gula untuk mengikat rasa.
  • Tutup api dan biarkan mendidih, jika sudah tuang ke dalam beras tadi.
  • Lepas nasi masak, tabur bawang goreng.
  • Nasi ayam siap disantap.

Cara buat sup nasi ayam:
  • Air rebusan ayam yang semula di masak lagi dan campurkan jeruk kubis, garam, dan serbuk ayam.
  • Bubuh dengan irisan daun sop dan bawang goreng saat dihidangkan.

Cara buat sos nasi ayam:
  • Campurkan cili merah, halia dan bawang putih, masak di dalam kuali.
  • Tambahkan air rebusan ayam, lalu masukkan gula, garam dan cuka secukupnya.
  • Masak dengan api kecil hingga likat. semua bahan sos di atas.
  • Cara buat kuah kicap nasi ayam:
  • Air kicap dari hasil perap ayam sebelumnya, dimasak lagi di dalam kuali hingga mendidih.
  • Angkat dan letakkan di mangkuk.

Sebagai petua terakhir, pastikan ayam tidak direbus lama sangat kerana ayam akan hancur apabila menggoreng.

Selamat mencuba resepi nasi ayam paling sedap dan simple ini.

BACA INI JUGA: Resepi Cekodok Pisang Yang Rangup!

Sumber: myresepi

Oksana Neveselaya Guru Matematik Paling Cantik Di Dunia!

Oksana Neveselaya Guru Matematik Paling Cantik Di Dunia!

Oksana Neveselaya, seorang cikgu Matematik yang berasal dari Belarus dinobatkan oleh pengguna inetrnet sebagai guru matematik paling cantik dan seksi di dunia.

Oksana Neveselaya

Dan berita gembira buat kaum lelaki kerana Oksana Neveselaya, cikgu Matematik yang digelar sebagai paling cantik dan seksi di dunia itu kini telah bercuti di Malaysia.

Menerusi gambar yang dikongsi di laman Instagramnya, Oksana Neveselaya sudah pun berada di negara ini.

Oksana Neveselaya in Malaysia
Oksana Neveselaya
Oksana Neveselaya

Gadis kelahiran Belarus ini dilihat menikmati percutiannya di lokasi pelancongan terkenal sekitar Kuala Lumpur, Batu Caves dan Langkawi.

Sebelum ini juga, seorang guru Korea yang cantik pernah viral kerana dikatakan pelajarnya rajin hadir ke sekolah semata-mata mahu melihat guru itu.

Oksana Neveselaya kini menjadi bualan hangat seantero dunia apabila videonya sedang mengajar Matematik dalam sebuah kelas menjadi viral di internet.

Oksana Neveselaya
Oksana Neveselaya
Oksana Neveselaya
Oksana Neveselaya
Oksana Neveselaya
Oksana Neveselaya

Populariti yang dikecapi dalam sekelip mata ini membuatkan pengikut di laman Instagramnya bertambah secara mendadak dan kini mencecah 345,000 orang sehingga kini.

BACA INI JUGA: 10 'Syurga' Malaysia Yang Wajib Dikunjungi


Sumber: Mynewshub

Apa Itu Sambutan No Bra Day?

Apa Itu Sambutan No Bra Day?

Wanita di seluruh dunia pada 13 Oktober setiap tahun akan meraikan Hari Tanpa Bra atau #NoBraDay bagi memberikan peringatan kepada semua wanita diseluruh dunia untuk menjalani pemeriksaan mammogram yang diperkenalkan pada tahun 2011.

#NoBraDay

Namun, di Amerika Syarikat pula No Bra Day disambut pada setiap 9 Julai sempena Breast Cancer Awareness Month manakala No Bra Day "diraikan" di seluruh dunia pada setiap 13 Oktober untuk meningkatkan kesedaran awam terutamanya wanita tentang kanser payudara.

Pada tanggal itu, hashtag #NoBraDay biasanya akan trending di laman-laman sosial untuk mengajak wanita bagi menyokong ‘gerakan mini’ yang memperjuangkan nasib penghidap barah nombor satu yang menyerang wanita di seluruh dunia.

Bagaimanapun, No Bra Day ini tidak mendapat sambutan secara meluas kerana tanggapan orang ramai terhadap payudara yang secara amnya selalu dipandang sebagai objek seksual semata-mata.

Namun, penyokong No Bra Day menekankan bahawa sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa pemakaian coli sebenarnya dianggap sebagai satu ‘beban’ yang menyekat kebebasan dan keselesaan.

Suka ataupun tidak, No Bra Day sudah tentu akan tetap menjadi kontroversi terutamanya di kalangan masyarakat sejagat hatta di Barat sekalipun.

Di bawah ini adalah lima fakta tentang mengapa amalan tidak memakai coli mungkin logik untuk dipraktikkan:

1. Bra Tidak Lakukan Apa-Apa Untuk Payu Dara

Satu kajian daripada Universiti Franche-Comte di Perancis oleh Prof. Jean-Dennis Rouillon mendapati otot payu dara wanita yang todak memakai coli lebih kuat berbanding wanita yang memakainya.

Kajian yang sama, mendalami responden wanita selama 15 tahun, mendapati bahawa bra tidak membantu untuk meningkatkan kesihatan atau rupa bentuk payu dara wanita.

2. Tidak Memakai Bra Melancarkan Edaran Darah

Bra yang ketat menyukarkan pergerakan darah sekaligus mengakibatkan ketidakselesaan namun, buah dada yang tidak disokong oleh bra akan lebih tegang dan sihat kerana peredaran darah yang baik.

3. Payu Dara Lebih Tegang

Kajian Rouillon mendapati bahawa puting wanita yang tidak memakai bra akan timbul 7 milimeter lebih daripada wanita yang memakai bra.

4. Lebih Selesa

Wanita berasa lega dan selesa setiap kali menanggalkan bra mereka.

5. Tidak Memakai Bra Menjadikan Anda Lebih ‘Dekat’ Dengan Payudara Anda

Ya, ‘hubungan’ anda dengan payu dara akan lebih rapat kerana anda berpeluang untuk menyentuh bahagian itu tanpa halangan bra yang ketat.

Malah, anda juga secara tidak langsung mampu melakukan pemeriksaan payudara sendiri di rumah di samping mammogram oleh pakar. -Mynewshub

Ye ke?

Sejarah No Bra Day

Kanser Payudara

Menurut FoxNews, "sambutan tahunan" sejak 2011 No Bra Day diasaskan oleh breast cancer survivors and supporters.

Tujuan asal ialah untuk menggalakkan wanita untuk tidak mengenakan bra selama sehari bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap kanser payudara dan sebagai sokongan kepada bekas pesakit kanser payudara.

Menurut The Huffington Post pula, gerakan No Bra Day ini dimulakan oleh seorang 'anon' dengan gelaran Anasthasia Doughnuts dengan tujuan asal untuk meningkatkan kesedaran awam berkenaan kanser payudara.

Ada yang menganggap permulaan gerakan No Bra Day ini berasal daripada gerakan membakar bra pada sekitar tahun 1960-an, suatu gerakan rintis kepada kempen kesedaran kanser payudara kini.

Namun, seperti kebanyakan sambutan lain, pengkomersilan telah menghasilkan sambutan No Bra Day tanpa dikaitkan dengan tujuan asal yang sebenar iaitu kesedaran kanser payudara. -Leekamalia

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, October 14, 2016

Video Benteke Jaring Gol Terpantas Belgium 2016!

Video Benteke Jaring Gol Terpantas Belgium 2016!

Pemain pasukan Belgium, Christian Benteke mencipta rekod gol terpantas di arena bola sepak kompetetif peringkat antarabangsa dengan masa 8.1 saat.

Benteke

CNN melaporkan gol berkenaan disumbat Christian ketika pasukannya menentang Gibraltar dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia, Isnin lepas.

Selain itu, Christian juga mencipta hat trick dan memberi kemenangan kepada negaranya dengan skor 6-0.

Davide Gualtieri

Rekod gol terpantas sebelum ini dipegang oleh Davide Gualtieri ketika pasukannya, San Marino menentang England pada 1993.

BACA INI JUGA: Ngeri! Apabila Pemain Bolasepak Patah Tulang!



Sumber: SH

Digi Postpaid Diperbaharui Tambahan 10GB Data Percuma!

Digi Postpaid Diperbaharui Tambahan 10GB Data Percuma!

Digi mengemaskini pelan pascabayar mereka, dengan menambah kuota data dengan sebelum ini, pelan Digi Postpaid 80 memberi 10GB data dan kini pelan yang sama memberikan 20GB data sebulan dengan harga kekal sama.

DIGI

Tetapi ia kelihatan menambah data hujung minggu sahaja. Sama seperti pelan pascabayar Celcom FiRST, pelan Digi Postpaid yang baru ini memberikan 10GB data sepanjang bulan, dan 10GB data lagi untuk kegunaan rangkaian 4G hujung minggu.

Berbeza dengan Celcom FiRST Gold, Digi tidak mengehadkan penggunaan data hujung minggu ini mengikut minggu. Sebaliknya ia boleh digunakan terus pada bila-bila hujung minggu.

Bermakna, pengguna boleh menghabiskan 10GB data hujung minggu, pada hujung minggu pertama dalam bulan tersebut.

Tetapi ia hanya boleh digunakan dengan rangkaian 4G Digi. Jika anda bersambung ke rangkaian 3G atau 2G, ia akan memakan kuota data bulanan bukan lagi kuota hujung minggu.

DIGI

Ini merupakan satu keyakinan Digi terhadap liputan rangkaian 4G mereka.

Pelan pascabayar baru Digi ini masih memberikan panggilan tanpa had, bersama 300 SMS ke semua talian.

Ia turut memiliki kuota data yang tidak habis digunakan dibawa ke bulan hadapan, sehingga 2GB banyaknya.

Seperkara lagi, Digi turut menawarkan tambah nilai terbaru, yang dipanggil Border Roaming (Perayauan Sempandan).

Di Singapura, pengguna Digi kini boleh menggunakan sehingga 5GB data bersama 60 minit panggilan, dengan membayar tambahan RM5 sebulan.

Selain pelan Digi Postpaid 80, Digi turut menawarkan pelan lebih mampu milik Digi Postpaid 50.

DIGI

Ia memberikan 10GB data sebulan, dalam pecahan 5GB data sepanjang masa dan 5GB data 4G hujung minggu.

Untuk pengguna yang mahukan lebih data, Digi menyediakan pelan Digi Postpaid 110, dengan 40GB data sebulan dalam bentuk 20GB data sepanjang masa dan 20GB data 4G hujung minggu.

Pelan baru ini telah mula ditawarkan sekarang, tetapi ia tidak disertakan bersama pelan telefon seperti iPhone 7 yang baru.

Ia juga ditawarkan untuk masa terhad, yang tidak dinyatakan sehingga bila. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Pascabayar Digi.

BACA INI JUGA:

Sumber: Theskop

Video Bapa Hempap Anak Hingga Maut Akibat Patah Leher!

Video Bapa Hempap Anak Hingga Maut Akibat Patah Leher!

Satu rakaman kamera litar tertutup di China merakamkan aksi seorang bapa sedang menarik tangan anaknya di belakang ketika berjalan menyelusuri sebuah pasar raya.

Death

Malangnya, tindakan itu mengundang nasib malang pada anak lelakinya apabila bapanya dirakam terjatuh lalu menghempap anak kecil itu.

Menurut sebuah laman antarabangsa, tindakan anak yang menarik tangan bapanya menyebabkannya hilang keseimbangan badan lalu jatuh ke atasnya secara tidak sengaja.

Menerusi video yang tersebar, seorang wanita yang kebetulan ada berhampiran dengan pantas menghulurkan bantuan.

Wanita tersebut dilihat merangkul kanak-kanak itu yang sudah dalam keadaan terkulai sebelum diserahkan kepada bapanya.

Death

Menurut South China Morning Post yang memetik laporan daripada Guangzhou Television, kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Kanak-kanak malang itu kemudiannya disahkan meninggal dunia kerana mengalami patah leher akibat dihempap bapanya.

Video berkenaan menjadi viral di negara China menerusi media sosial mengingatkan ibu bapa supaya berhati-hati kerana bahaya ada di mana-mana sahaja.

BACA INI JUGA: Video Ngeri Hidung Putus Dipancung Pedang!



Sumber: Mynewshub

Kisah Ketampanan Nabi Yusuf Dan Permaisuri Firaun

Kisah Ketampanan Nabi Yusuf Dan Permaisuri Firaun

Setelah saudara Nabi Yusuf pulang dan mengatakan bahawa Yusuf telah dimakan serigala dengan membawa bajunya yang berlumuran darah, Nabi Ya’qub merasa sangat sedih.

Lelaki tampan
Lelaki arab yang dinobat paling tampan di zaman moden. Gambar hiasan.

Demikian sangat kesedihannya sehingga selalu menangis hingga matanya menjadi buta.

Tidak berapa lama Yusuf di dalam sumur (perigi) selepas dibuang oleh saudara-saudaranya, ada serombongan Kafilah yang hendak mengambil air.

Mereka menemui Yusuf, maka Yusuf dibawa sebagai tawanan, dengan hasrat untuk menjualnya di Mesir sebagai hamba.

Setibanya di Mesir, Yusuf dijual dan pembelinya seorang menteri kerajaan Mesir bernama Kitfir.

Menteri tersebut kemudiannya menyerahkan Yusuf kepada isterinya Zulaiha.

Kitfir dan Zulaiha tidak mempunyai anak, lalu menjadikan Yusuf sebagai anak angkat. Kini, Yusuf hidup di dalam lingkungan istana Kerajaan Mesir.

Semakin dewasa, makin tampak bahawa Yusuf seorang pemuda yang tampan lagi cerdas. Wajahnya sentiasa berseri dan manis dipandang. Zulaiha kemudian mengangkatnya sebagai ketua pelayan di istana.

Sebagai pemuda yang tampan dan ramah, rupa-rupanya Yusuf telah menarik perhatian Zulaiha, bukan sebagai seorang ibu dan anak, tetapi Zulaiha tertarik kepada Yusuf sebagai seorang wanita kepada seorang lelaki.

Pada suatu hari, ketika suaminya keluar rumah, Zulaiha memakai pakaiannya yang terbaik. Haruman tersebar diseluruh tubuhnya, lalu dia menghampiri Yusuf di kamarnya.

Hati Yusuf berdebar kencang saat melihat penampilan Zulaiha yang lain dari biasa. Begitu menjolok mata dan merangsang nafsu.

Berkata Zulaiha kepada Yusuf, “Marilah Yusuf, seluruh jiwa dan ragaku kuserahkan kepadamu."

Yusuf hampir tergoda, namun ia segera teringat kepada Tuhan, ia pun berkata, “Aku berlindung kepada Allah dari perbuatan maksiat ini."

"Bagaimanakah aku akan melakukan perbuatan ini, sedang suamimu adalah Tuanku yang telah memuliakan dan berbuat baik kepadaku, adalah tidak patut jika suatu kebaikan dibalas dengan penghinaan.”

Akan tetapi hati dan fikiran Zulaiha telah dikuasai nafsu dan tergoda bujukan iblis. Ia tidak menghiraukan kata-kata Yusuf. Zulaiha memeluk Yusuf erat-erat.

Tiada seorang pun melihat kita. Tidak ada yang mengetahui perbuatan kita, kata Zulaiha.

“Allah mengetahuinya!“ jawab Yusuf sambil berusaha melepaskan diri. Yusuf berusaha melarikan diri dari dalam kamar.

Zulaiha mengejar dan berjaya memegang baju Yusuf. Dia mahu Yusuf berhenti dan melayaninya.

Namun, Yusuf terus berlari sehingga bajunya robek dibahagian belakang.

Ketika itulah tiba-tiba Kitfir datang, Zulaiha segera menghampiri suaminya dan berkata, “Yusuf cuba memaksa saya untuk melakukan perbuatan zina."

“Tidak! Sahut Yusuf."

“Dialah yang cuba memaksa saya untuk melakukan perbuatan keji itu.”

Mereka saling tuduh menuduh lalu datanglah jiran sebagai orang tengah lalu berkata, “Jika baju Yusuf koyak dibahagian depan bererti dia yang hendak memaksa Zulaiha berbuat maksiat."

"Jika bajunya koyak dibelakang, itu tandanya Zulaiha yang memaksa Yusuf berbuat maksiat."

Kitfir memeriksa dan ternyata baju Yusuf koyak di bahagian belakang. Betapa malunya pembesar kerajaan Mesir itu.

Ternyata isterinya sendiri yang telah berbuat salah. Kitfir menghampiri Yusuf dan berkata, “Rahsiakanlah peristiwa ini, simpan baik-baik, jangan ada orang yang tahu dan kamu Zulaiha mohonlah ampun kepada Tuhanmu atas dosa yang telah kau lakukan, bertaubatlah Kepada-Nya dengan Taubat yang sebenarnya.”

Walaupun sudah diusahakan supaya rahsia tidak bocor, tapi peristiwa Zulaiha dengan anak angkatnya itu akhirnya terbongkar juga.

Zulaiha yang merasa malu, lalu dalam hati ia berkata, “Mereka belum pernah melihat Yusuf kerana selama ini Yusuf hanya terkurung di dalam rumah."

"Andaikata mereka melihatnya, pasti mereka lebih tergila-gilakannya daripada pada aku."

Lalu, pada suatu hari, Zulaiha mengundang semua wanita yang telah memandang rendah terhadapnya.

Setiap wanita yang datang diberi sebilah pisau yang tajam untuk mengupas buah-buahan yang dihidangkan.

Ketika wanita-wanita itu asyik mengupas buah, Zulaiha memerintahkan pelayan untuk memanggil Yusuf supaya berjalan diruang tamu.

Semua wanita terbeliak kagum ketika melihat penampilan Yusuf yang tampan itu. Semuanya tercengang dan lupa diri sejenak.

“Inilah pemuda yang kalian perkatakan itu. Dan ternyata kalian juga mengagumi ketampanannya, sehingga tanpa sedar kalian telah menghiris jari tangan kalian sendiri,“ Kata Zulaiha.

Yusuf segera masuk ke dalam dan pada saat itulah para wanita tadi baru tersedar bahawa yang mereka kupas bukannya buah yang dipegang tapi jari mereka sendiri, darah bercucuran, suasana jadi panik, dengan tersipu malu mereka segera pulang ke rumah masng-masing.

Namun, kisah Zulaiha dan Yusuf masih lagi diperkatakan. Untuk menutup rasa malunya, maka Kitfir memasukkan Yusuf ke dalam penjara.

Perkara ini dilakukan secara terpaksa walaupun Yusuf dipihak yang benar dan Zulaiha salah, namun Yusuf pula yang dimasukkan ke dalam penjara.

Bagi Kitfir, Yusuf perlu dimasukkan ke dalam penjara, kerana jika tidak Zulaiha akan terus tergoda dan siapa tahu lama-kelamaan Yusuf mungkin tidak lagi mampu mempertahankan kesuciannya.

Tafsir Mimpi

Di dalam penjara, ada dua orang pelayan raja. Yang pertama bernama Nabo, ketua bahagian minuman. Yang kedua bernama Malhab, ketua bahagian makanan.

Kedua-duanya dituduh hendak membunuh Raja dengan meletakkan racun di dalam makanan dan minuman.

Di dalam penjara, Yusuf mengajak kedua-dua orang itu untuk bertaubat, beribadah kepada Allah saja.

Pada suatu hari Nabo menceritakan mimpinya kepada Yusuf, “Aku bermimpi memerah anggur yang akan kujadikan minuman,“ Nabo minta Yusuf menafsir mimpi itu.

Dengan tenang dan yakin Yusuf menerangkan erti mimpi Nabo, “Bergembiralah kau Nabo. Tidak lama lagi, kau akan dibebaskan dari penjara. Kau akan diterima semula sebagai ketua bahagian minuman Raja kerana tuduhan terhadapmu tidak benar.“

Malhab turut menceritakan mimpinya dan meminta Yusuf menafsirkannya, “AKu telah bermimpi membawa makanan di atas kepalaku. Ketika itulah seekor burung datang memakan makanan itu.“

“Kau akan mengalami nasib buruk. Tuduhan terhadapmu terbukti benar. Raja akan menghukum kau sampai mati di tiang salib. Mayatmu akan dimakan burung buas bermula dari kepalamu.”

Beberapa hari kemudian tafsir mimpi itu terbukti kebenarannya. Nabo dibebaskan dari tuduhan dan bekerja semula di istana.

Manakala Malhab dihukum mati kerana terbukti kesalahannya hendak meracuni Raja.

Sebelum keluar dari penjara, Yusuf telah berpesan kepada Nabo agar menyampaikan keadaannya di dalam penjara.

Yusuf ingin raja menilai semula kembali keputusannya kerana sesungguhnya dia tidak bersalah. Zulaihalah yang bersalah.

Namun syaitan telah membuatkan Nabo menjadi lupa sehingga Yusuf tetap berada di dalam penjara selama beberapa tahun lagi.

Mimpi Raja

Pada suatu hari, Raja Mesir memanggil semua penasihat dan tukang ramalnya.

Raja pada malam tadi telah bermimpi melihat tujuh ekor lembu kurus memakan tujuh ekor lembu gemuk. Dan melihat tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh tangkai gandum kering.

Para penasihat, dukun, tukang ramal diperintah untuk mentafsirkan mimpi Raja, namun tidak ada seorang pun yang mampu memberikan jawaban yang memuaskan. Raja sangat kecewa

Lalu, Nabo teringat kebolehan Yusuf sewaktu berada dipenjara lalu dia menyampaikan perkara itu kepada Raja, bahawa ada seorang pemuda yang mempunyai kebolehan menafsirkan mimpi dengan tepat.

Raja kemudian mengutus Nabo untuk menemui Yusuf dipenjara dan meminta Yusuf supaya menafsirkan mimpi tersebut.

Yusuf bukan hanya menafsirkan erti mimpi itu, malah dia memberikan jalan keluar masalah mimpi Raja tersebut.

Berkata Yusuf, “Mesir akan mengalami masa subur selama tujuh tahun dan mengalami kemarau selama tujuh tahun.

“Oleh itu, hasil tanaman selama tujuh tahun dimasa subur hendaklah disimpan baik-baik, jangan dibazirkan untuk persediaan tujuh tahun pada masa kemarau.

Nabo kembali menghadap Raja dan setelah disampaikan erti mimpi itu, Raja merasa gembira.

Nabo turut menyampaikan pesanan Yusuf supaya Raja mengadili Yusuf dengan seadil-adilnya kerana dia tidak bersalah.

Perkara Yusuf pun disiasat dan setelah terbukti dia tidak bersalah, raja kemudian membebaskannya dari penjara.

Setelah Raja mengetahui kebenaran dan kejadian Yusuf tidak bersalah, dia semakin tertarik.
Tambahan pula bahawa Yusuf seorang yang cerdik sehingga mampu memberikan jalan keluar kepada persoalan ekonomi kerajaan Mesir, lalu Raja memanggil Yusuf dan dilantik sebagai Menteri Ekonomi.


Yusuf kemudiannya mengetuai perbendaharaan Negara, menjadi ketua yang tidak mengamalkan rasuah dan tidak menindas rakyat terutamanya ketika susah.

Apa yang diucapkan Yusuf menjadi kenyataan. Sesudah berlangsung masa subur selama tujuh tahun maka datanglah kemarau panjang.

Masalah itu juga melanda Palestin tempat tinggal Nabi Ya’qub dan saudara-saudara Yusuf.

Rakyat Palestin yang tiada persediaan menghadapi kemarau panjang itu menderita kelaparan.

Mereka mendengar di negeri Mesir banyak tersedia makanan dan boleh ditukar dengan emas.

Anak-anak Nabi Ya’qub pun bermaksud untuk berdagang ke Mesir. Pada waktu itu Bunyamin tidak ikut serta.

Sewaktu mereka tiba di Mesir dan menukar emas dengan gandum, mereka sama sekali tidak mengethaui bahawa ketua perbendaharaan negeri Mesir adalah Yusuf, saudara kandung mereka sendiri. Yusuf mengenali mereka namun berpura-pura tidak mengetahuinya.

Yusuf melayan mereka sebagai tetamu terhormat, dijamu dengan makanan yang lazat-lazat, dan juga diberi bekalan untuk perjalanan pulang.

Ketika mereka bersiap-siap hendak balik ke Palestin, Yusuf berkata kepada mereka, “Bawalah saudaramu yang seayah (maksudnya Bunyamin) jika tidak kalian tidak lagi dibenarkan masuk ke negeri Mesir dan tidak boleh membeli bahan makanan disini."

Mereka hairan dan terkejut mendengar ucapan menteri. Tak disangka menteri ini mengetahui bahawa mereka masih mempunyai seorang lagi adik kandung iaitu Bunyamin.

Ketika mereka tiba di rumah dan membuka karung gandum, ternyata emas-emas yang mereka tukarkan berada di dalam karung bersama gandum.

Mereka hairan dan segera melaporkan kepada ayah mereka Nabi Ya’qub.

“Sungguh pelik." gumam Nabi Ya’qub.
Ketika mereka mengatakan keinginan menteri Mesir supaya membawa Bunyamin ke Mesir, Nabi Ya’qub menolak.

Dia takut Bunyamin akan mengalami nasib yang sama seperti Yusuf dahulu.

“Jika kami tidak membawa Bunyamin maka kami tidak boleh memasuki Mesir dan tidak boleh membeli bahan makanan lagi, “kata mereka.

Nabi Ya’qub tetap tidak membenarkan Bunyamin dibawa bersama. Trauma atas kehilangan Yusuf masih menghantui dirinya.

Namun, ketika makanan semakin berkurangan, mahu tidak mahu mereka harus pergi ke Mesir lagi.

“Bersumpahlah atas Nama Tuhan, kata Nabi Ya’qub.

“Bahawa kalian harus melindungi Bunyamin dengan segenap jiwa raga kalian.

"Jika terjadi sesuatu kalian harus mempertahankannya sehingga ke titis darah yang terakhir."

Mereka serentak menyatakan kesediaan untuk melindungi Bunyamin dan bersumpah demi Allah akan membela dan membawa Bunyamin kembali.

Demikianlah, untuk kali yang kedua mereka pergi ke Mesir. Yusuf sebenarnya tidak kuat menahan diri melihat saudara-saudaranya datang membawa Bunyamin.

Dia ingin segera memeluk Bunyamin erat-erat kerana sudah lama tidak bertemu dengan adik kandungnya itu.

Namun, untuk sementara dia tidak mahu saudara-saudaranya yang lain tahu bahawa dia adalah Yusuf yang pernah mereka masukkan ke dalam sumur (perigi).

Yusuf mencari cara bagaimana supaya Bunyamin boleh tinggal di istana dan tidak pulang ke Palestin.

Yusuf kemudian meletakkan piala raja yang terbuat daripada emas di karung Bunyamin.

Ketika mahu pulang ke Palestin, Yusuf membiarkan saudara-saudaranya berjalan sehingga ke luar kota, kemudian memerintahkan askar untuk menyusul rombongan saudara-saudaranya itu.


Mereka terkejut ketika ditahan askar Mesir yang menyusul dan meminta mereka berhenti untuk diperiksa.

“Raja kami kehilangan piala yang terbuat dari emas. Adakah kalian mengetahuinya, siapa yang menemui piala itu akan diberi hadiah gandum satu tunggangan unta."

"Kami datang ke Mesir bukan untuk membuat kerosakan," kata saudara-saudara Yusuf.

"Dan kami bukanlah termasuk orang-orang yang mencuri," kata mereka lagi.

Ketua askar lalu berkata, "Apakah hukuman bagi orang yang mencuri?"

"Hukumannya adalah menjadi hamba, itulah tebusan dari perbuatannya," jawab saudara-saudara Yusuf.

Askar-askar itu kemudian menggeledah setiap karung saudara-saudara Yusuf.

Tiba-tiba mereka menemui piala emas itu di dalam karung Bunyamin, lalu tanpa bertanya lebih lanjut, Bunyamin dibawa menghadap menteri Mesir iaitu Yusuf.

Saudara-saudara Bunyamin yang lain dibenarkan pulang. Yahudza pula tidak mahu balik ke Palestin.

Dia merasa malu kepada ayahnya kerana telah berjanji melindungi Bunyamin dari sebarang bahaya, tetapi sekarang Bunyamin pula telah ditangkap.

Yahudza bersumpah tidak akan balik selagi tidak membawa Bunyamin atau ayahnya sendiri memanggilnya pulang.

Sementara itu Bunyamin begitu gementar ketika dihadapkan kepada menteri Mesir. Inilah kali pertama baginya berhadapan dengan pegawai tinggi di istana kerajaan. Wajahnya pucat lesi.

Namun, ketakutannya tidak lama kerana Yusuf segera memeluknya dan mengatakan siapa sebenarnya dia.

Pertemuan kedua beradik itu benar-benar mengharukan. Bunyamin menangis teresak-esak. Dia menceritakan nasib ayahnya di Palestin.

Betapa menderitanya ayah mereka sejak kehilangan Yusuf. Setiap hari ayahnya menangis sehingga matanya menjadi putih dan buta.

Selepas mengetahui sembilan orang anaknya pulang tanpa membawa Bunyamin, Nabi Ya’qub begitu terpukul jiwanya. Dia benar-benar sedih.

Sudah kehilangan Yusuf kini Bunyamin pula dijadikan hamba oleh penguasa negeri Mesir.

Dari hari ke hari tampak nian kesedihan Nabi Ya’qub. Kini dia lebih suka menyendiri di mihrabnya (tempat ibadah). Hanya Tuhan tempatnya mengadu dan berkeluh kesah.

Pada suatu hari dia mendapat ilham bahawa Yusuf masih hidup dan tidak lama lagi dia akan berjumpa dengan anak yang sangat dicintainya itu.

Nabi Ya’qub kemudian memerintahkan anak-anaknya mengembara ke Mesir.

“Carilah khabar tentang Yusuf di Mesir dan berusahalah membebaskan Bunyamin supaya dapat pulang."

Kerana tidak sampai hati melihat penderitaan ayahnya, anak-anak Nabi ya’qub akhirnya berangkat ke Mesir sekali lagi. Mereka kemudian menghadap menteri Ekonomi.

Disamping hendak meminta bantuan makanan mereka juga meminta agar penguasa Mesir membebaskan Bunyamin.

“Ayah kami sangat sedih sejak kehilangan Yusuf, apatah lagi setelah Bunyamin juga tidak dapat kembali pulang.

"Kami benar-benar mengharapkan belas kasihan agar Bunyamin dibebaskan sehingga dapat mengurangkan penderitaan ayah kami."

Akhirnya, Yusuf tak sampai hati mendengar pertuturan saudara-saudaranya tentang ayahnya yang menderita.

Sambil tersenyum dia berkata, “Masih ingatkah kalian, kepada saudaramu Yusuf yang kalian masukkan ke dalam perigi tanpa belas kasihan?"

"Kalian meninggalkannya dia seorang diri seperti barang yang tidak berharga.
"Tidakkah kalian hiraukan ratap tangisnya dan kalian pulang tanpa merasa bersalah?"

Mendengar kata-kata menteri, mereka terkejut, bagaimana menteri itu boleh mengetahu rahsia yang tidak pernah mereka ceritakan kepada sesiapa.

Mereka saling berpandangan. Perlahan-lahan mereka mengamati wajah menteri itu. Senyumannya, wajahnya, bentuk tubuhnya dari atas sehingga bawah dan akhirnya terkeluar dari mulut mereka ucapan, “Engkau Yusuf!”

“Benarlah!“ jawab Yusuf.

“Akulah Yusuf dan inilah adikku Bunyamin."

"Allah dengan Rahmat-Nya telah mengakhiri penderitaanku dan ujian berat yang telah kualami.

"Dan dengan rahmat-Nya pula kami kurniakan rezeki berlimpah ruah dan kehidupan yang sejahtera.

"Demikianlah barang siapa yang bersabar, bertakwa dan bertawakal tidaklah akan luput dari pahala dan ganjaran-Nya."

Saudara-saudara Yusuf gementar mendengar pengakuan itu. Terbayang kembali perbuatan mereka saat memasukkan Yusuf ke dalam perigi. Mereka takut Yusuf akan membalas dendam.

Tapi ternyata Yusuf bukanlah seorang yang pendendam, mereka dimaafkan. Yusuf kemudian mengambil jubahnya dan diserahkan kepada saudara-saudaranya.

“Usapkanlah baju ini pada kedua belah mata Nabi Ya'qub, Insya Allah beliau akan dapat melihat semula. Kemudian ajaklah ayah dan ibu ke Mesir secepat mungkin. Aku sudah tak sabar untuk bertemu dengan mereka."

Demikianlah, setelah mereka balik ke Palestin, jubah Yusuf segera diusapkan di kedua belah mata ayahnya dan denga izin Allah, Nabi Ya’qub yang buta dapat melihat semula.

Nabi Ya’qub dan keluarganya kemudian berpindah ke Mesir memenuhi permintaan Yusuf.

Kini, lengkaplah sudah kebahagiaan Yusuf kerana dapat bertemu semula dengan seluruh keluarganya.

Apa yang pernah diimpikannya dulu kini menjadi nyata.

BACA INI JUGA: Kisah Serigala Yang Dituduh Membunuh Nabi Yusuf!

Sumber: Gnomepath

Thursday, October 13, 2016

7 Smartphone Alternatif Kepada Samsung Galaxy Note 7

7 Smartphone Alternatif Kepada Samsung Galaxy Note 7

Pasti ramai yang kecewa apabila Samsung membatalkan jualan raja phablet ini tahun ini akibat masalah bateri yang amat serius.

Wang sudah dikumpul dan menanti untuk dibelanjakan, namun dengan ketiadaan Note 7, apakah peranti alternatif yang boleh anda beli?

Di bawah ini ialah tujuh smartphone yang setanding dengan Samsung Galaxy Note 7 yang kami senaraikan untuk anda.

1. Apple iPhone 7 Plus

Apple iPhone 7 Plus

Pilihan paling mudah bagi pengguna yang tidak mementingkan harga jualan sebaliknya mencari peranti terbaik di pasaran dengan pelbagai fungsi yang hampir setanding dengan Note 7.

Di atas kertas iPhone 7 Plus mempunyai kelebihan dengan pemproses yang jauh lebih berkuasa dan sistem dwi-kamera dan seperti Samsung Note 7 ia juga kalis air dengan tahap ketahanan IP67.

Dari beberapa ulasan awal, kamera 7 Plus hanya sedikit di belakang Note 7. Perbezaannya tidak berapa ketara.

Harga jualan sedikit lebih mahal bermula dari RM3799 untuk model 32 Gigabyte.

Tetapi sekali lagi ingin kami katakan sekiranya anda mahukan peranti premium yang di kelas yang sama dengan Note 7, hanya iPhone 7 Plus menjadi pesaing terhebat.

Kelebihan
  • Pemproses A10 Fusion lebih berkuasa berbanding Exynos 8890 Note 7.
  • Sokongan dwi-kamera. Kamera mampu melakukan zoom secara optikal.
  • Kalis air dan debu seperti Note 7.

Kekurangan
  • Tiada sokongan kad MikroSD.
  • Tiada sokongan stylus.
  • Tiada fungsi Multi-Window

2. Google Pixel XL

Google Pixel XL

Sekiranya anda tidak menggemari peranti iOS, Google Pixel XL ialah pilihan paling ketara. Ia adalah peranti Android terkini di pasaran dengan sistem operasi tercanggih pernah dihasilkan oleh Google.

Dari segi saiz, skrin mungkin sedikit kecil iaitu 5.5″. Skrin juga dari keluarga AMOLED dengan resolusi QHD.

Pemproses Snapdragon 821 yang digunakan adalah yang terkini dihasilkan Qualcom dan dipadankan dengan RAM sebesar 4 Gigabyte.

Kelebihan ketara Pixel XL ialah pembantu maya menggunakan kecerdasan buatan Google Assist dan kamera 12-Megapixel yang dinobatkan sebagai yang terbaik pada peranti pintar tahun ini.

Android 7.1 Nougat menyokong Multi-Window secara natif seperti yang wujud pada Grace UX Note 7.

Kelebihan
  • Pemproses Snapdragon 821 yang berkuasa dipadankan dengan RAM 4 Gigabyte.
  • Sistem operasi terkini Android dengan kemas kini terpantas.
  • Sokongan Multi-Window seperti yang wujud pada Note 7.

Kekurangan
  • Tiada sokongan kad MikroSD.
  • Tiada sokongan stylus.
  • Hanya kalis percikan air IP53.

3. Xiaomi Mi 5S Plus

Xiaomi Mi 5S Plus

Kedua-dua peranti di atas tergolong di dalam kategori peranti kurang mampu milik. Harga setiap satu melangkaui RM3,000. Oleh itu kami rasakan Xiaomi Mi 5S ialah alternatif yang lebih mampu milik.

Xiaomi Mi 5S Plus baru sahaja dilancarkan hujung September lalu mempunyai spesifikasi yang tidak kurang hebatnya.

Skrin 5.7″ HD Penuh digabungkan dengan pemproses Snapdragon 821 dan RAM sebesar 4 Gigabyte.

Sistem dwi-kamera 13-Megapixel digunakan serta saiz bateri yang jauh lebih besar berbanding digunakan pada Note 7.

Harga jualan dijangka sekitar RM1,700 sekiranya ia memasuki pasaran Malaysia kelak. Ini masih jauh lebih murah dari Note 7, iPhone 7 Plus dan Pixel XL.

Kelebihan
  • Pemproses Snapdragon 821 yang berkuasa dipadankan dengan RAM 4 Gigabyte.
  • Sokongan dwi-kamera.
  • Harga lebih mampu milik.

Kekurangan
  • Tiada sokongan kad MikroSD.
  • Tiada sokongan stylus.
  • Tidak kalis air

4. LG V20

LG V20

LG V20 ialah phablet utama dari LG yang dilancarkan September lalu dan mempunyai beberapa fungsi unik yang tidak ditemui pada peranti lain.

Jika Note 7 mempunyai skrin dwi-lengkung, LG V20 mempunyai dwi-kamera (16+8 Megapixel) dan dwi-skrin pada bahagian hadapan.

Skrin berkembar pada bahagian hadapan terdiri dari skrin utama dan sebuah skrin mini yang hanya memaparkan notifikasi.

Skrin mini ini sentiasa terpasang dan boleh menjadi singkatan pantas melancarkan aplikasi kegemaran.

Kelebihan lain ialah ia menggunakan Android 7.0 Nougat dan bateri 3200 mAh yang boleh ditanggalkan.

Seperti Note 7 ia mempunyai sokongan Multi-Window terbina bagi memaksimakan penggunaan skrin 5.7″.

Kekurangan terletak pada tiadanya sokongan stylus dan tidak kalis air.

Kelebihan
  • Sokongan dwi-kamera. Satu dengan lensa lebar.
  • Dwi-skrin pada bahagian hadapan
  • Bateri boleh ditanggalkan

Kekurangan
  • Kebarangkalian memasuki pasaran Malaysia adalah rendah.
  • Tiada sokongan stylus.
  • Tidak kalis air

5. Asus Zenfone 3 Deluxe

Asus Zenfone 3 Deluxe

Zenfone 3 dilancarkan di Malaysia oleh Asus Ogos lalu. Asus Zenfone 3 Deluxe ialah model dengan spesifikasi paling tinggi.

Persamaan terletak pada saiz skrin yang turut menggunakan panel SAMOLED.

Pemproses lebih berkuasa Snapdragon 821 dipadankan dengan RAM sebesar 6 Gigabyte. Kamera utama 23-Megapixelnya juga lebih besar berbanding Note 7.

Sungguhpun begitu ia hanya dilengkapi bateri sebesar 3000 mAh. Ini ialah 500 mAh lebih kecil dari yang ditemui di dalam Note 7.

Harga jualan pula ialah RM3,299.

Kelebihan
  • Pemproses Snapdragon 821 yang lebih berkuasa.
  • RAM sebesar 6 Gigabyte.
  • Skrin SAMOLED digunakan sama seperti Note 7.

Kekurangan
  • Bateri lebih kecil.
  • Tiada sokongan stylus.
  • Tiada fungsi Multi-Window.

6. Honor Note 8

Honor Note 8

Dengan tiadanya Note 7, peminat peranti Samsung perlu menanti kemunculan Note 8 tahun hadapan. Sekiranya anda tidak mampu menunggu, Honor ada menghasilkan Honor Note 8.

Peranti ini ialah phablet utama dari pihak Honor dengan skrin 6.6″ SAMOLED dengan resolusi QHD.

Ia dipadankan dengan pemproses HiSilicon Kirin 955, RAM sebesar 4 Gigabyte, kamera utama 13-Megapixel f/2.0 OIS dan kamera selfie 8-Megapixel f/2.0.

Bateri yang disertakan pula amat besar dengan kapasiti 4500 mAh.

Peranti masih belum memasuki pasaran Malaysia tetapi dijual di China pada harga sekitar RM 1400 sebuah.

Dengan spesifikasi yang agak baik ini ia mungkin alternatif kedua selain Mi 5S Plus untuk mereka yang tidak mahu berbelanja lebih.

Kelebihan
  • Skrin lebih besar 6.6″ SAMOLED dengan resolusi QHD.
  • Sokongan Multi-Window
  • Bater lebih besar 4500 mAh.

Kekurangan
  • Spesifikasi kamera lebih rendah.
  • Tiada sokongan stylus.
  • Tidak kalis air.

7. Samsung Galaxy Note 5

Samsung Galaxy Note 5

Mungkin anda merasakan pemilihan peranti yang sudah berusia lebih setahun ini aneh. Tetapi sekiranya anda memerlukan sebuah peranti yang mampu melancarkan dua peranti sekaligus dan mempunyai sokongan stylus, hanya Galaxy Note 5 boleh memenuhi keperluan anda.

Skrin 5.7″ SAMOLED QHD, pemproses lapan teras Exynos 7420 dan RAM sebesar 4 Gigabyte peranti ini masih lagi cukup berkuasa.

Kamera utama 16 Megapixel f/1.9 yang disertakan juga masih lagi antara yang terbaik di pasaran.

Peranti lama tidak bermakna tidak berguna. Malahan selepas setahun harga jualan Note 5 juga kini lebih mampu milik.

Kelebihan
  • Satu-satunya peranti dengan stylus yang baik lengkap dengan aplikasi terbina yang direka khas untuk tablet.
  • Sokongan Multi-Window.
  • Harga jualan kini lebih mampu milik berbanding tahun lalu.

Kekurangan
  • Tiada sokongan kad MikroSD
  • Tidak kalis air seperti Note 7
  • Model lama.

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Berkualiti Tapi Murah Dari China

Sumber: Amanz

Sajada, Inovasi Tikar Sembahyang Membantu Kanak-kanak Belajar Solat

Sajada, Inovasi Tikar Sembahyang Membantu Kanak-kanak Belajar Solat

Ketika banyak pihak lebih memfokuskan untuk menghasilkan bahan bacaan pendidikan Islam, zikir dan al-Quran digital untuk manfaat kepada kanak-kanak, Little Fateh Sdn Bhd mengambil keputusan menghasilkan sejadah.

Sajada

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Faqimi Mohd Fauzi berkata, produk yang dihasilkan ialah Sajada iaitu sejadah luar biasa yang lebih praktikal dan interaktif untuk mengajar kanak-kanak bersolat.

Menurutnya, sejadah tersebut dilengkapi dengan bacaan dalam solat yang dapat membantu kanak-kanak menunaikan solat.

"Kami menghadapi pelbagai cabaran sebelum menghasilkan produk ini kerana ia memerlukan ketelitian dan penjagaan rapi. Ia didatangkan dua alat iaitu sejadah dan peranti yang mengalunkan bacaan dalam solat.

"Saya melakukan kajian yang mendalam mengenai bacaan yang perlu diselarikan dengan pergerakan dalam solat. Lebih 10 kali saya melakukannya untuk mendapatkan Sajada yang betul-betul menepati permintaan pelanggan," katanya.

Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangatnya bersama rakan-rakan lain kerana mahu menghasilkan sesuatu yang boleh membantu orang ramai terutamanya yang mempunyai kekangan masa dan tidak sempat mengajar anak bersolat.

"Sejadah ini dalam proses mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Malaysia," katanya.

Latih kanak-kanak solat

Ahmad Faqimi berkata, walaupun mempunyai latar belakang akademik dalam bidang komunikasi, dia mahu membantu masyarakat di negara ini untuk bersolat.

"Ramai yang menerbitkan bahan dan panduan bersolat. Saya mahu melakukan sesuatu yang unik dan memilih sejadah biasa untuk diubah menjadi luar biasa.

"Kami mahu mengeluarkan satu produk inovasi untuk membantu umat Islam di Malaysia, belajar mengenai solat terutamanya kanak-kanak.

"Seawal usia anak lima tahun, mereka sudah menghafal langkah-langkah untuk solat dan mengingati setiap surah untuk dibacakan ketika solat.

"Sekiranya anak-anak tersilap pergerakan, ‘smart sensor’ akan kesan kesalahan dan seterusnya akan berbunyi 'beep' menandakan adanya kesalahan," katanya.

Menurutnya, Sajada disediakan dengan lima waktu solat untuk dipelajari, lebih lengkap dan memudahkan, malah dilengkapi dengan sistem 'Rakaat Counter' untuk mengingatkan jumlah rakaat ketika solat.

"Ia mengandungi 24 surah pendek untuk membantu menghafal bacaan ketika solat.

"Untuk mendapatkan arah kiblat yang betul, kami turut menyertakan kompas kiblat dalam sejadah ini," katanya.

Menariknya, alunan bacaan dalam solat tersebut adalah daripada qari terkenal.

"Sajada ini merupakan inovasi pertama yang pernah dihasilkan untuk mengajar cara untuk bersolat, dilengkapi sensor solat yang mana di bawah lapisan sejadah mempunyai sistem sensor yang mampu mengesan setiap pergerakan solat.

"Sajada disesuaikan kepada kanak-kanak berumur 4 sehingga 8 tahun, boleh didapati di rangkaian pengedar kami di seluruh Malaysia," katanya.

Dilengkapi 'smart panel'

Cara penggunaannya, ia tidak perlu disambungkan kepada elektrik kerana Sajada dilengkapi 'smart panel' yang hanya perlu diaktifkan dengan bateri bersaiz 2A.

"Ia berfungsi apabila kaki mula diletakkan di atas sejadah, sensor di bawah lapisan sejadah akan mengesan dan smart panel mula menunjukkan langkah-langkah untuk bersolat," katanya.

Walaupun berada dua bulan dalam pasaran tempatan dan luar negara antaranya Singapura dan Brunei, Sajada terjual 700 unit dengan harga RM299 setiap satu.

"Alhamdulillah, kami menerima tempahan di luar jangkaan. Setakat ini, kami tidak menerima tempahan kerana tidak mampu memenuhi permintaan tinggi.

"Kami akan buka tempahan semula dalam masa terdekat.Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan Sajada," ujarnya.

Katanya, syarikat menyasarkan jualan 100,000 unit Sajada di pasaran tempatan, Singapura, Indonesia dan Emeriyah Arab Bersatu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Datuk Seri Vida Didakwa Gagal Bayar GST Sebanyak RM4.2 Juta!

Datuk Seri Vida Didakwa Gagal Bayar GST Sebanyak RM4.2 Juta!

Usahawan komestik dan pengasas produk kecantikan Vida Beuty, Datuk Seri Vida, didakwa 16 pertuduhan di bawah Akta GST 2014.

Datuk Seri Vida

Datuk Seri Vida dikatakan gagal membayar cukai yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai dari April 2015 hingga Julai 2016 melibatkan RM4.2 juta.

Datuk Seri Vida tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan bagi kesemua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Murtazadi Amran.

Datuk Seri Vida didapati melakukan kesalahan itu di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

Pihak pendakwaan, meminta RM100,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan untuk jaminan serta dua penjamin warganegara dan pasport tertuduh juga ditahan memandangkan kesalahan itu melibatkan hasil negara.

Peguam tertuduh, Khairil Azwar Khalil meminta hakim Murtazadi Amran merendahkan wang jaminan sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan kerana tertuduh merupakan pemilik tunggal syarikat yang dijalankan serta bertanggungjawab ke atas 200 pekerjanya.

Prosiding kes diteruskan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. -Astroawani

Datuk Vida didakwa 32 pertuduhan, wang jaminan RM 1.7 juta

Datuk Vida

Datuk Seri Hasmiza Othman didakwa di Mahkamah Sesyen atas 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Wanita berusia 45 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Dr Vida mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Murtazadi Amran.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa gagal mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta, sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM1.76 juta bagi semua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan, manakala tertuduh diwakili peguam, Khairilazwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.

Vida tiba di kompleks mahkamah Ipoh kira-kira 9 pagi, tetapi prosiding hanya bermula 12.15 tengah hari sebelum ditangguhkan kira-kira 2 petang.

Sebutan semula kes pada 15 November ini. -FMT

BACA INI JUGA: Salahkah Rakyat Mengeluh Isu 1MDB, TH Dan GST?