Tuesday, October 04, 2016

Lagu Pen Pineapple Apple Pen Cetus Fenomena Sedunia

Lagu Pen Pineapple Apple Pen Cetus Fenomena Sedunia

Jika dahulu lagu Gangnam Style, kini lagu Pen Pineapple Apple Pen pula menjadi siulan ramai sehingga menjadi antara lagu yang paling tinggi jumlah tontonan di laman Youtube.

Piko Taro

Terbaharu seorang lagi penyanyi dari Jepun berjaya mencipta fenomena ‘gila’ seperti itu dengan lagunya Pen Pineapple Apple Pen.

Lagu Pen Pineapple Apple Pen kini menjadi siulan di kalangan masyarakat dunia termasuk di Malaysia berikutan melodi dan liriknya yang cukup catchy serta aksi bersahaja penyanyinya, Piko Taro dalam muzik video lagu Pen Pineapple Apple Pen tersebut.

Piko Taro, watak lelaki dalam video Pen Pineapple Apple Pen tersebut sebenarnya merupakan alter ego kepada pelawak dan penyampai radio dari Jepun, DJ Kosaka Daimaou.

Fenomena lagu Pen Pineapple Apple Pen bukan sahaja menjadi bualan di Asia sebaliknya di seluruh pelusuk dunia lebih-lebih lagi apabila penyanyi terkenal, Justin Bieber menulis di laman mikro Twitternya, mengatakan, Pen Pineapple Apple Pen merupakan video kegemarannya di internet buat masa ini.

Piko Taro

Dalam muzik video Pen Pineapple Apple Pen, Kosaka yang menukar perwatakannya sebagai Piko Taro, berpakaian suit kulit ular berona kuning serta skaf bercorak harimau bintang diiringi muzik elektronik beserta lirik, “I have a pen. I have a apple. Uh! Apple pen! I have a pen. I have pineapple. Uh! Pineapple pen!”

Setakat ini, muzik videonya sudah mencecah lebih puluhan juta tontonan sejak ia mula dimuat naik pada 24 September lalu.

Saksikan video Pen Pineapple Apple Pen dibawah.

Download video dan mp3

BACA INI JUGA:


Sumber: Mynewshub

Monday, October 03, 2016

3 Perkara Yang Menipu Terhadap Insan Yang Mengaku Cinta Kepada Allah

3 Perkara Yang Menipu Terhadap Insan Yang Mengaku Cinta Kepada Allah

Barang siapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain, maka dia adalah orang yang tertipu.

3 Perkara Yang Menipu

1. Orang yang mengakui kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Allah yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Gempar Bayi Luarbiasa Lahir Di Bangladesh Menyerupai Lelaki Tua!

Gempar Bayi Luarbiasa Lahir Di Bangladesh Menyerupai Lelaki Tua!

Seorang bayi lelaki di Bangladesh dilahirkan dalam keadaan luar biasa, wajah bayi tersebut menyerupai lelaki tua.

Bayi+Lahir+Tua

Memetik laporan portal Daily Mail, bayi berkenaan dilahirkan di daerah Magura, Bangladesh hujung bulan lalu.

Pakar perubatan yang terkejut dengan kelahiran itu mengesahkan bahawa bayi itu menghidapi penyakit luar biasa yang dipanggil sebagai 'Progeria'.

Progeria merupakan satu penyakit genektik luar biasa yang menyebabkan tubuh badan bayi berumur lebih cepat daripada bayi normal.

Bayi lelaki itu mempunyai kedutan di muka, tubuh badan yang ceduk dan mata berongga.

“Bayi itu tidak kelihatan seperti seorang bayi yang baru dilahirkan. Dia mempunyai kedutan dan tekstur kulit yang kasar," kata seorang doktor yang merawat bayi berkenaan.

Bagaimanapun, ibu bapa bayi tersebut gembira dengan kelahiran anak ‘ajaib’ itu.

Ayah bayi tersebut Biswajit Patro, yang juga merupakan seorang petani terkilan dan tidak dapat menahan kegembiraan selepas melihat anaknya itu.

“Kita hanya boleh berterima kasih kepada Tuhan. Sebenarnya, kami tidak mempunyai sebab untuk berasa sedih dengan kelihatan anak kami.

"Kami akan menerima dia dengan hati yang terbuka. Kami sekeluarga gembira dengan kurnian anak lelaki," kata Biswajit.

BACA INI JUGA: Manusia Yang Menderita Kerana Penyakit Yang Luar Biasa!

Sumber: Astroawani

Sunday, October 02, 2016

Misteri Tulisan Batu Nisan Berubah Di Kampung Banggol Dogol

Misteri Tulisan Batu Nisan Berubah Di Kampung Banggol Dogol

Seorang pengusaha batu nisan di Kuala Nerang, sanggup menyimpan batu yang berusia 24 tahun kerana bernilai puluhan ribuan ringgit selepas mendapat tawaran lumayan daripada orang ramai yang ingin memilikinya.

Misteri+Batu+Nisan

Menurut Abd Kadir Hashim, 65, dari Kampung Banggol Dogol di sini, berkata, batu nisan itu pada mulanya ditempah waris keluarga yang meninggal dunia pada 1992 selepas ibu mereka meninggal dunia.

Katanya, selepas dikebumikan selama beberapa hari pihak keluarga itu datang menempah batu nisan kepadanya dan berjanji akan menyiapkannya dalam tempoh tiga hari.

“Selepas segala kerja ukiran dan menulis nama arwah di batu nisan itu siap, saya meletaknya di bawah rumah untuk dituntut keluarga berkenaan.

"Bagaimanapun semasa saya nak ambil pisang di bawah rumah untuk masak, saya lihat segala tulisan yang ditulis di sebelah batu nisan itu berubah.

“Pada mulanya saya ingat mata saya semakin kabur, tetapi apabila memanggil isteri, dia juga terkejut melihat keajaiban itu.

"Segala huruf nama yang tertulis itu berselerak dan ada huruf yang naik dan jatuh ke bawah cermin yang menutup nama arwah itu,” katanya.

Misteri+Batu+Nisan

Menurut Abd Kadir, sebelum ini semua huruf yang ditulisnya dengan mengguna cat simen tidak pernah jadi seperti itu dan jika luntur pun hanya warna cat sahaja yang hilang, tetapi kali ini huruf-huruf itu bergerak.

“Selama melibatkan diri hampir 30 tahun mengusahakan batu nisan, belum pernah terjadi kejadian seperti itu dan ia mendapat perhatian orang ramai yang ingin melihatnya.

“Kejadian itu turut ditunjukkan kepada waris keluarga yang ingin mengambilnya dan mereka juga terkejut lalu menolaknya dan mahukan saya membuat batu nisan lain.

"Bagaimanapun bagi memenuhi hajat waris itu, saya sanggup buat yang baharu dan simpan batu nisan sepanjang 73 sentimeter,” katanya.

Katanya, sejak itu ramai yang mengunjungi ke rumahnya untuk melihat kekuasaan ALLAH SWT itu.

“Malah ada seorang pengunjung sanggup membelinya dengan harga RM60,000, tetapi saya tolak kerana saya mahu simpan batu nisan itu untuk tatapan anak cucu,” katanya.

BACA INI JUGA: Wasiat Mendiang Isteri Mahu Batu Nisan Diukir Bentuk Kemaluan

Sumber: SH

6 Lokasi Hiking Pilihan Ramai Di Malaysia

6 Lokasi Hiking Pilihan Ramai Di Malaysia

Malaysia sememangnya mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang sesuai untuk dijadikan aktiviti riadah di hujung minggu bersama rakan-rakan mahupun keluarga.

Begitu juga aktiviti hiking yang menjadi sukan pilihan ramai lebih-lebih lagi buat anak muda di tanah air ditambah lagi dengan kos yang murah juga turut menjadi punca utama aktiviti ini semakin disukai oleh anak-anak muda yang dahagakan aktiviti lasak.

Kali ini kami kongsikan 6 lokasi menarik kepada penggemar sukan hiking di Malaysia.

1. Bukit Lugas

Bukit Lugas
Sumber gambar (facebook)

Bukit Lugas terletak kira kira 32 km dari bandar Keningau, Sabah dan berada dalam kawasan Kg Kitou yang terkenal dengan penjualan jagung manis.

Lokasi ini telah menjadi popular setelah diviralkan dalam media sosial sebagai salah satu tempat yang boleh dikunjungi oleh pelancong untuk aktiviti hiking.

Bukit Lugas mempunyai 2 puncak yang sangat menarik iaitu "Bukit Gondol" dan "Bukit Lugas".

"Bukit Gondol" diberi nama berdasarkan struktur dan bentuknya yang menyerupai belakang kepala manusia yang tidak ditumbuhi rambut.

Manakala puncak kedua yakni puncak tertinggi di namakan sebagai "Bukit Lugas". Lugas dalam bahasa dusun bermakna tidak ditumbuhi rumput atau 'botak'.

Walhal, kedua-dua nama bukit ini sebenarnya membawa maksud yang sama cuma dibezakan antara kedua lokasinya yang berhampiran.

Pelawat yang dihubungi melahirkan keterujaan apabila berada dipuncak atau sepanjang laluan ini kerana ia pasti mengundang perasaan takut dan gayat namun membawa bersama perasaan gembira kerana dapat melihat panorama yang sangat indah dan jarang dirasai ditempat lain.

Perjalanan ke Bukit Lugas bermula dari starting point yang dinamakan sebagai timpohon oleh penduduk Kg Kitou.

Sepanjang laluan di atas puncak yang sepanjang kira kira 50 meter, pelawat akan dapat melihat kehijauan banjaran Trus Madi yang masih dipenuhi hutan hijau dan belum diterokai.

Jika pelawat boleh datang seawal jam 6 pagi, keindahan matahari terbit juga dapat dinikmati.

2. Bukit Batu Putih

Bukit Batu Putih
Sumber gambar (nadzirahata)

Bukit Batu Putih terletak di Port Dickson. Uniknya tempat ini adalah rumah api tanjung tuan yang diberi nama Cape Rachado.

Rumah api ini merupakan rumah api pertama di Malaysia yang dipercayai dibina pada abad ke-16 sewaktu di bawah pemerintahan portugis.

3. Mossy Forest

Mossy Forest
Sumber gambar (precioustour)

Mossy Forest terletak di Bukit Brinchang, Cameron Highland dan nama Mossy Forest ini amat sesuai sekali kerana keadaan kawasan yang berlumut dan berlumpur.

Untuk treking di sini, anda digalakkan memakai kasut yang boleh diikat kemas kerana keadaannya yang berlumpur.

4. Sungai Chiling

Sungai Chiling
Sumber gambar (flickr)

Seterusnya adalah Sungai Chiling. Menariknya mengenai sungai Chiling ini ialah air terjunnya. Dikatakan air terjun Sungai Chiling ini adalah antara yang terbaik di Selangor.

Untuk sampai di kawasan air terjun ini anda perlu mendaki selama kira-kira satu jam.

Terdapat yuran yang minima dikenakan sebelum mula treking ke air terjun. Bekas makanan serta beg plastik juga turut dikira sebelum masuk dan deposit dikenakan. Ini adalah untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut.

5. Bukit Broga

Bukit Broga

Bukit Broga. Terletak di Semenyih dan trek bukit ini sesuai sekali untuk mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan hiking.

Mempunyai pemandangan yang indah di puncak. Jalan ke puncak juga tidak begitu mencabar.

6. Bukit Tabur

Bukit Tabur

Trek Bukit Tabur yang terletak di Selangor ini dikatakan agak mencabar kerana anda harus mendaki dan juga memanjat untuk sampai ke puncak.

Ada dua jalan untuk di bukit ini untuk tiba ke puncak iaitu Tabur east dan Tabur west. Kepada mereka yang baru berjinak-jinak di dalam aktiviti ini, anda dinasihatkan untuk menggunakan Tabur West. 

Lebih baik sekiranya anda mempunyai pembimbing untuk keselamatan.

***

Pada mereka yang sukakan aktiviti treking dan hiking masih tercari-cari aktiviti untuk hujung minggu ini mungkin boleh pergi ke salah satu lokasi ini untuk merasai sendiri pengalaman.

BACA INI JUGA: 10 'Syurga' Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

Sumber: SH

Cara Paling Mudah Menanam Pokok Cili

Cara Paling Mudah Menanam Pokok Cili

Ini adalah cara yang sangat mudah untuk menanam pokok cili anda sendiri dan rugi kalau anda tidak mencubanya sendiri.

Tanam cili

Bukan itu sahaja dengan menggunakan kaedah ini anda juga boleh mendapat banyak pokok cili. Jom kita lihat langkah-langkahnya.

1. Langkah Pertama

Tanam cili

Pertama sekali ambil dua biji cili padi. ( Terpulang pada jenis cili yang anda nak guna). Kami guna cili padi sebab stok di rumah memang suka guna cili padi buat nasi goreng.

2. Langkah Kedua

Tanam cili

Potong cili padi di bahagian tengah. Lepas tu anda nampak biji cili di dalamnya kan?

3. Langkah Ketiga

Tanam cili

Ambil biji cili ini dan taburkan di dalam pasu. Setelah dua minggu benihnya akan bercambah.

Lepas anak pokok dah besar sikit lebih kurang 3 minggu, bolehlah pindahkan ke pasu lain.

Sebaiknya satu anak pokok satu pasu. Mudah kan?

Selamat mencuba..

BACA INI JUGA: Cara Menanam Pokok Sirih

-Sentiasapanas.com

Panglima Awang Atau Ferdinand Magellan, Siapa Sebenarnya Yang Pertama Mengelilingi Dunia?

Panglima Awang Atau Ferdinand Magellan, Siapa Sebenarnya Yang Pertama Mengelilingi Dunia?

Digelar ‘penunggang monsun’ (monsoon riders) oleh pedagang-pedagang Cina, pelaut-pelaut Melayu dikatakan telah belayar jauh ke Madagascar seawal kurun ke sembilan Masihi.

Pelayaran zaman dahulu
Gambar hiasan.

Pelayaran ini berlaku kerana kempen perluasan empayar oleh kerajaan Srivijaya dan telahpun tiba di Australia lebih awal dari penerokaan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Eropah.

Sememangnya bangsa Melayu di Nusantara pernah menjadi pelaut gagah yang membangun empayar maritim yang pengaruhnya tersebar melangkaui Kepulauan Melayu.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya dan kemudiannya Majapahit pada kurun ke 13 Masihi, Melaka mengambil peranan sebagai pusat kekuasaan bangsa Melayu di Nusantara.

Kegemilangan Melaka sebagai pelabuhan ulung diakui oleh penulis Portugis yang mengatakan sesiapa yang menjadi Tuan di Melaka adalah penguasa di Venice, kota perdagangan terkenal di Eropah pada kurun ke 15 Masihi.

Pihak Portugis telah menjajah Melaka pada tahun 1511 dan di sinilah titik pertemuan Ferdinand Magellan dengan seorang anak Melayu, Enrique of Malacca (Henry the Black), atau lebih dikenali di dalam sastera Melayu sebagai Panglima Awang.

Sejarah telah mencatatkan Ferdinand Magellan, seorang pelayar Portugis yang berkhidmat dengan kerajaan Sepanyol adalah manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia.

Apakah ini benar?

Penjajahan Barat

Pada kurun ke 14 Masihi, Portugis dan Sepanyol muncul sebagai kuasa maritim yang terkuat di dunia, sebagaimana kedudukan Amerika Syarikat dan China pada ketika ini.

Demi mengelakkan pertelingkahan di antara kedua-dua kuasa ini, pihak Portugis dan Sepanyol memeterai Perjanjian Tordesillas 1494 yang meletakkan Amerika di bawah pengaruh Sepanyol dan Asia di bawah kekuasaan Portugis. Melaka, secara rasminya terletak di bawah pengaruh Portugis menerusi Perjanjian ini.

Pihak Portugis tiba di Melaka pada tahun 1509 dan pada awalnya diterima baik.

Namun begitu, peperangan meletus di antara Portugis dengan Melaka tidak lama kemudian menyebabkan Melaka ditawan pada tahun 1511.

Sungguhpun Melaka ditawan, kewujudan kuasa-kuasa Melayu yang lain seperti Acheh dan Johor menyebabkan pihak Portugis tidak berani keluar melewati benteng kota A’Famosa bagi menguasai seluruh Semenanjung Melayu, sepertimana pihak Portugis menguasai Brazil, Mozambique dan Timor-Leste.

Sewaktu kempen penerokaan ke timur ini, Ferdinand Magellan ada bersama rombongan Diego Lopez de Sequira, orang-orang Eropah yang pertama tiba di Semenanjung Melayu.

Setelah Melaka dijarah, banyak pemuda Melayu yang ditawan dan dijadikan ‘harta rampasan perang’.

Antara yang telah dijadikan ‘harta rampasan perang’ adalah Awang, yang kemudiannya dijadikan hamba abdi Ferdinand Magellan.

Catatan Antonio Pigafetta, seorang pengembara dan ilmuan berketurunan Itali, yang turut menyertai ekspedisi Magellan mengelilingi dunia ada mengatakan bahawa Enrique atau Awang, adalah pemuda yang berasal dari Pulau Sumatera.

Awang telah dibaptiskan sebagai penganut agama Katolik oleh penguasa Portugis yang menamakannya ‘Enrique’.

Lagi pula, catatan dari wasiat Magellan ada, secara tersirat menyatakan Awang berumur 18 tahun ketika di bawa pulang ke Lisbon, Portugal pada tahun 1512.

Ada pendapat yang mengatakan Awang merupakan tentera Melayu yang turut berjuang menentang Portugis sewaktu peperangan ke atas Melaka dan ada juga pandangan yang mengatakan Awang telahpun menjadi hamba Sultan Mahmud sebelum kedatangan Portugis ke Melaka.

Pengembaraan Ferdinand Magellan

Ferdinand Magellan

Sewaktu menyertai kempen menentang pihak Moors di Afrika Utara, Ferdinand Magellan telah dituduh mengamalkan rasuah dan tuduhan ini menyebabkannya tersinggung dan berpaling untuk berkhidmat dengan Raja Charles, Raja Sepanyol pada tahun 1517.

Pihak Portugis telah berjaya menguasai aliran perdagangan dari Eropah ke India langsung ke Melaka dan Pulau Timor pada tahun 1515.

Demi menguasai kepulauan rempah, Ferdinand Magellan mengusulkan kepada Raja Sepanyol bahawasanya adalah penting untuk menemukan jalan ke Kepulauan Rempah melalui jalan maritim barat menerusi Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.

Raja Sepanyol amat teruja dengan cadangan ini dan mengurniakan Ferdinand Magellan lima buah kapal dengan lebih 270 awak-awak kapal, dan salah seorang daripadanya adalah Awang.

Pengembaraan yang pertama seumpanya di dunia itu berangkat dari Pelabuhan Sancular de Barrameda pada tahun 1519 dan mereka berdepan dengan pelbagai kesulitan – kebuluran, penyakit, kemurungan, pertelingkahan dan pembunuhan sesama sendiri dan keadaan cuaca yang tidak diduga.

Kebanyakan manusia zaman kini merungut terpaksa menaiki kapal terbang moden untuk jangka masa melebihi 6 jam walaupun pesawat tersebut dilengkapi sofa empuk, makanan lazat, set hiburan dan ruangan yang nyaman serta dijamin keselamatannya.

Bayangkan sekiranya kita menyertai ekspedisi Magellan di tengah-tengah lautan jauh dari sebarang daratan selama hampir dua tahun tanpa makanan yang mencukupi di dalam kapal ekspedisi yang kecil dengan risiko berdepan kecederaan dan kematian hampir setiap hari – sesuatu yang sulit digambarkan.

Selama pelayaran ini, Ferdinand Magellan telah menjadi sangat akrab dengan Awang yang tidak lagi dianggap sebagai abdi, malah lebih sebagai seorang sahabat karib.

Wasiat Ferdinand Magellan ada meninggalkan Awang dengan sebahagian hartanya dan apabila Ferdinand Magellan meninggal, Awang hendaklah dibebaskan sebagai orang yang merdeka.

Awang juga dikatakan amat menyayangi dan setia bersama Ferdinand Magellan ke mana sahaja beliau pergi.

Setelah 18 bulan ekspedisi ini meninggalkan Sepanyol, mereka akhirnya tiba di Pulau Samar, timur Filipina pada tahun 1521.

Awang yang menyertai pelayaran ini akhirnya telah pulang ke rantau asalnya, rantau kepulauan Melayu.

Pada waktu inilah khidmat Awang amat diperlukan bukan sahaja sebagai pelaut yang hebat, tetapi juga sebagai penterjemah dan wakil Sepanyol untuk berunding dengan masyarakat, pedagang dan kerajaan tempatan.

Walaupun masyarakat di kepulauan Filipina ada bahasa daerah mereka sendiri, bahasa Melayu masih boleh difahami secara umum kerana kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa perdagangan pada ketika itu.

Lagi pula, kepulauan Filipina pernah menerima pengaruh dari kesultanan Melayu Brunei pimpinan Sultan Bolkiah atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Ragam, yang sewaktu itu sedang menggapai zaman kegemilangannya.

Malah, kerajaan Brunei pimpinan Sultan Bolkiah ada menubuhkan kerajaan satelitnya, Kota Saludong, yang bertempat di bandaraya Manila pada hari ini.

Dengan kehebatan diplomasi Awang berinteraksi dengan penguasa tempatan, Ferdinand Magellan akhirnya telah menjadi sahabat kepada Raja Humabon, pemerintah Cebu yang kemudiannya meminta Ferdinand Magellan untuk memerangi masyarakat orang asli di Mactan, diketuai Lapu-lapu.

Awang Telah Merdeka

Ferdinand Magellan telah dibunuh di dalam peperangan menentang Lapu-lapu dan Awang sendiri, yang berjuang bagi pihak Sepanyol tercedera dibantai pahlawan-pahlawan pimpinan Lapu-lapu seramai 1500 orang.

Pigafetta ada mencatatkan, setelah kematian Ferdinand Magellan, Awang telah mengalami kemurungan yang dahsyat dan tidak lagi ingin berkhidmat, malah lebih suka menyendiri dan berkelubung dalam selimut.

Walaupun wasiat Ferdinand Magellan ada menyatakan Awang dimerdekakan setelah kematiannya, komandan yang menggantikan Ferdinand Magellan, Duarte Barbosa enggan melakukan sedemikian dan memaksa Awang untuk terus mengabdi kepada mereka.

Menurut Awang sendiri, memandangkan Ferdinand Magellan sudah meninggal, tiada ertinya lagi untuknya mengabdi dan tiba masanya untuk dirinya bebas merdeka.

Berang atas kelakuan biadap Barbosa, Awang kemudiannya merancang untuk menghancurkan delegasi Sepanyol pimpinan Barbosa dengan kerjasama Raja Humabon.

Pigafetta mencatatkan bahawa Awang ada menyeru pihak Sepanyol untuk ke pantai menghadap Raja Humabon yang kononnya ingin menghadiahi Raja Sepanyol dengan harta dan permata.

Setelah rombongan Sepanyol tiba di pantai, tentera Raja Humabon menyerang rombongan Sepanyol ini dan ramai yang telah mati dibunuh.

Rekod rasmi Sepanyol ada menyatakan Awang telah dibunuh akan tetapi Pigafetta sendiri tidak pasti sekiranya Awang telah benar-benar dibunuh.

Awang mungkin masih hidup dan setelah itu hidup sebagai individu yang merdeka.

Portugis Atau Melayu

Walaupun Magellan mewakili Raja Sepanyol, Magellan adalah seorang berketurunan Portugis dan Awang pula adalah seorang berketurunan Melayu dari Sumatera.

Sekiranya Awang tidak terbunuh dan berjaya pulang ke Sumatera, ini bererti Awanglah orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia – dari saat dirinya ditawan di Melaka pada tahun 1511 dan di bawa ke Lisbon dan kemudiannya pulang lagi ke rantau kepulauan Melayu pada tahun 1521.

Tidak mungkin Magellan orang yang pertama berjaya mengelilingi dunia kerana beliau sendiri terbunuh di Filipina dan tidak berkesempatan pulang ke Sepanyol.

Sejarah sering dicatat dan dikisahkan oleh pihak yang memenangi peperangan yang sentiasa berkeinginan mengagungkan bangsa mereka sendiri.

Tidak mungkin penguasa Eropah ingin mencatatkan Awang, atau Enrique, seorang Melayu, sebagai individu pertama yang berjaya mengelilingi dunia melebihi kehebatan bangsa mereka sendiri.

Disebabkan itu, pengiktirafan tersebut kekal bersama Ferdinand Magellan.

Persoalan sama ada orang Portugis atau orang Melayu merupakan insan pertama berjaya mengelilingi dunia – itu adalah soalan yang perlu dijawab berdasarkan tafsiran sejarah menurut sudut pandang masing-masing.

Ferdinand Magellan dan Awang secara kolektif patut diiktiraf sebagai dua manusia pertama yang berhasil mengubah sejarah dunia menerusi keberanian, kecekalan dan kehebatan mereka berkhidmat sebagai pelaut yang agung.

Kisah Panglima Awang seharusnya dijadikan sebahagian daripada sejarah kegemilangan bangsa Melayu Nusantara untuk direnungi dan dikongsi bersama, tidak kira untuk Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand mahupun negara kita sendiri, Malaysia.

Nota editor: Penulis Mohd Hazmi bin Mohd Rusli (Ph. D) ialah seorang pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang dan penyelidik bersekutu di Asia-Africa Legal Consultative Organization, New Delhi, India.

BACA INI JUGA:

Sumber: Astroawani

Saturday, October 01, 2016

6 Fakta Penting Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Rotavirus!

6 Fakta Penting Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Rotavirus!

Masalah kanak-kanak diserang cirit-birit adalah perkara biasa, tetapi awas kerana serangan cirit birit yang teruk mungkin petanda anak anda sebenarnya diserang jangkitan virus berbahaya yang dikenali sebagai Rotavirus.

Roda+Rotavirus

Apa itu Rotavirus? Apa punca jangkitan Rotavirus? Rotavirus mendapat namanya dari perkataan Latin rota yang bermaksud roda. Virus bahaya Rotavirus ini dinamakan sedemikian disebabkan bentuknya seperti roda.

Virus Rotavirus boleh menyebabkan suhu demam yang tinggi, cirit-birit dan juga kejang atau sakit perut yang berterusan.

Selepas dijangkiti Rotavirus, jangkitan ini biasanya mengambil jangka masa dua hari sebelum timbul gejala kepada kanak-kanak terbabit.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil, anda hendaklah memahami tentang bahaya Rotavirus supaya tindakan segera boleh diambil sekiranya anak diserang virus berbahaya Rotavirus yang boleh membawa maut ini.

1. Siapa Yang Berisiko Mendapat Serangan Rotavirus?

Hampir setiap kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah mungkin pernah mengalami jangkitan virus Rotavirus ini dan lebih di kalangan usia tiga bulan hingga dua tahun. Jangkitan Rotavirus boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan sampel najis.

Ada lima jenis Rotavirus tetapi Rotavirus A ialah penyebab utama sakit di kalangan kanak kanak.

Biasanya, setiap kali selepas terkena jangkitan Rotavirus, kanak-kanak terbabit mendapat imuniti. Oleh itu, kanak-kanak yang mendapat jangkitan Rotavirus tersebut untuk kali kedua mengalami kesan yang kurang daripada jangkitan Rotavirus kali pertama.

2. Apakah Gejala Yang Akan Dihadapi Oleh Pesakit Yang Dijangkiti Rotavirus?

Gejala Rotavirus adalah dehidrasi seperti letih, lesu, bibir dan lidah kering, tiada air mata ketika kanak-kanak menangis, cengkung kedua mata, ubun-ubun mencengkung ke dalam (pada bayi kecil) dan kekurangan air kencing.

3. Apa Kesan Serangan Rotavirus?

Masalah utama jangkitan Rotavirus ini ialah, ia boleh menyebabkan pesakit mendapat penyahidratan (kehilangan cecair atau bendalir badan) atau dehidrasi yang teruk sehingga menyebabkan kerosakan pada organ dalaman seperti buah pinggang.

Jika penyahidratan ini tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut disebabkan komplikasi kegagalan buah pinggang.

4. Bagaimana Cara Penyebaran Rotavirus?

Cara penyebaran rotavirus adalah melalui feco oral iaitu virus merebak melalui pendedahan daripada najis ke mulut kanak-kanak lain.

Sebagai contoh, ia berlaku jika seseorang menukar lampin bayi, terkena najis yang mengandungi Rotavirus pada tangan dan tidak membasuh tangan lalu memegang peralatan, permukaan atau makanan.

Sekiranya kanak-kanak lain menyentuh peralatan atau permukaan tersebut dengan tangannya dan selepas itu tangannya di masukkan ke dalam mulut, Rotavirus tersebut tersebar kepada kanak kanak itu.

Rotavirus boleh merebak melalui tangan, mainan kanak-kanak atau objek di persekitaran tercemar, pengambilan makanan atau minuman tercemar dan sentuhan pada permukaan tercemar.

Mereka yang mengendalikan lampin bayi perlu mencuci tangan selepas menukarnya manakala mainan kanak kanak serta peralatan di sekitarnya perlu sentiasa bersih dari Rotavirus.

5. Apakah Jenis Rawatan Yang Diperlukan Untuk Merawat Rotavirus?

Di Malaysia, jangkitan rotavirus adalah punca cirit-birit utama yang menyebabkan kanak-kanak memerlukan rawatan hospital dalam bentuk rawatan transfusi (memasukkan) air melalui saluran darah (intravena).

Kira kira 25 sehingga 50 peratus kes cirit-birit yang memerlukan kemasukkan wad berpunca dari Rotavirus.

Tiada rawatan khusus untuk membunuh Rotavirus tersebut dan rawatan lebih penting dalam memastikan pesakit yang mengalami sakit ini adalah mempunyai kandungan air yang mencukupi dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi (kehilangan air dan garam galian yang teruk menerusi muntah dan cirit).

Untuk menpercepatkan penyembuhan anak daripada jangkitan Rotavirus, pastikan ibu bapa memberi anak minum air menggunakan sudu atau cawan sekerap mungkin jika muntah.

Selain itu, doktor akan memberikan rumusan minuman air garam (ORS) untuk mengelakkan dehidrasi.

Sekiranya mengalami dehidrasi yang teruk, pesakit Rotavirus memerlukan rawatan hospital dengan memberikan cecair melalui intravena.

6. Apakah Langkah Terbaik Mengelakkan Rotavirus?

Jangkitan Rotavirus sukar dibasmi sepenuhnya kerana mudah merebak. Beberapa kaedah pengawalan Rotavirus adalah pembasmian kuman di tempat permainan atau nurseri dengan kerap dan amalan kebersihan diri dengan mencuci tangan selepas menukar lampin atau pergi ke tandas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO) menyarankan pelalian imunisasi Rotavirus sebagai satu strategi pencegahan terhadap punca dan jangkitan Rotavirus.

Di Malaysia, walaupun tidak terdapat di dalam program imunisasi kebangsaan, vaksinasi terhadap jangkitan Rotavirus ini masih boleh di dapati di klinik atau hospital swasta.

Vaksinasi Rotavirus dalam bentuk cecair yang perlu diminum boleh diberi pada bayi seawal usia enam minggu. Terdapat dua jenis vaksin dalam pasaran iaitu pengambilan dua atau tiga dos.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing

Sumber: majalahpama

10 Tanda-tanda Lelaki Mungkin Menghidap Kanser

10 Tanda-tanda Lelaki Mungkin Menghidap Kanser

Kebanyakan lelaki sememangnya sering mengabaikan hal-hal kesihatan. Selain malas, mungkin rasa malu nak buat ujian kesihatan, tapi bila sudah mula jatuh sakit barulah kelam kabut nak berjumpa dengan doktor.

Kanser

Walaupun penyakit kanser boleh dikesan dengan lebih awal melalui pemeriksaan doktor dan lebih sinonim dengan golongan wanita, lelaki juga sebenarnya berisiko menghidap penyakit maut ini.

Sekali sekala buatlah pemeriksaan lebih awal secara berkala supaya kanser dapat dicegah dari peringkat permulaan.

Ini adalah 10 tanda-tanda kanser pada lelaki yang sama sekali anda tak boleh pandang ringan.

1. Ketulan yang tidak normal

Kanser prostat

Sama juga seperti kanser payudara, jika terdapat ketulan yang abnormal pada badan, cepat-cepatlah buat pemeriksaan.

Begitu juga dengan kanser prostat. Ketulan abnormal ini selalunya akan timbul dalam payudara, buah zakar, nodus limfa dan tisu lembut, seperti tendon dan ligamen.

2. Perubahan dalam buah zakar

Kanser prostat

Periksa sama ada buah zakar anda besar sebelah atau kedua-duanya membesar. Sila rujuk doktor secepat mungkin. Kanser testis adalah yang paling biasa di kalangan lelaki muda dan pertengahan umur.

3. Perubahan tabiat ke tandas

Kanser prostat

Tiba-tiba anda terlalu kerap ke tandas atau sakit semasa membuang air. Ini juga adalah antara tanda-tanda kanser pundi kencing atau prostat. Malah anda mungkin mengalami sembelit atau cirit-birit dalam masa yang lama.

4. Perubahan kulit

Perubahan Kulit

Perubahan kulit seperti kulit bersisik, luka yang berterusan atau tahi lalat yang berubah warna, saiz atau bentuknya yang berubah secara tiba-tiba.

5. Senak atau masalah menelan

Senak+Perut

Jangan beranggapan masalah senak atau rasa susah hendak menelan adalah perkara biasa. Mesti ada yang fikir gastrik atau makan makanan pedas. Jangan terkejut, ia mungkin tanda kanser esophageal, perut atau kanser tekak.

6. Batuk yang berterusan atau serak

Batuk

Batuk yang berterusan selama lebih dari 3 minggu hingga suara menjadi serak dan pedih tekak. Tak kisahlah sama ada anda merokok atau tidak. Ia juga boleh menjadi tanda kanser paru-paru. Segeralah membuat pemeriksaan doktor.

7. Perubahan dalam mulut

Lidah

Jika anda merokok sila perhatikan di dalam mulut dan lidah. Tompok putih dalam mulut atau lidah mungkin juga tanda kanser.

Jika tidak dirawat lebih awal, ianya mungkin akan menjadi kanser mulut. Kadang-kala ada yang mengalami pendarahan atau kebas.

8. Penurunan berat badan

Turun Berat Badan

Jika berat badan anda tiba-tiba turun secara mendadak, sila periksa segera dengan doktor kerana kemungkinan ia adalah tanda-tanda kanser pankreas, perut, esofagus atau kanser paru-paru.

9. Keletihan yang berterusan

Letih

Walaupun bermain sekejap dengan anak-anak, anda akan berasa cepat letih dan tidak bertenaga. Keletihan yang berterusan boleh menjadi tanda leukemia serta kanser kolon dan kanser perut.

10. Sakit yang berterusan

Sakit

Bila anda sakit secara berterusan sehingga anda sendiri selalu mengeluh, sila segera ke hospital untuk membuat pemeriksaan doktor. Bagi si isteri paksa suami korang buat pemeriksaan segera.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: MSS

Misteri Puaka Banglo Minxiong

Misteri Puaka Banglo Minxiong

Banglo Minxiong telah ditinggalkan tidak berpenghuni sejak tahun 1950-an, rumah agam tiga tingkat dengan seni bina gaya Sepanyol itu dibina pada tahun 1929 dan dimiliki oleh keluarga Liu yang kaya-raya.

Banglo Minxiong

Dan dalam remang-remang senja, rumah agam Banglo Minxiong berbata merah yang tersergam berdiri di sebalik semak-samun dan tumbuhan menjalar itu sudah cukup membuatkan sesiapa yang melihatnya berasa seram.

Ditambah dengan akar-akar pokok besar yang melitupi bahagian dinding dan menerobos setiap pintu serta tingkapnya, rumah itu sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian misteri dan mistik.

Tidak hairanlah banglo yang terletak di Minxiong, Chiayi, Taiwan ini cukup dikenali dengan nama Rumah Berhantu Minxiong di kalangan masyarakat tempatan.

Diceritakan, pemilik rumah yang juga tuan tanah, Liu Rong-yu menggaji ramai pekerja daripada tukang kebun sehinggalah pembantu rumah untuk membantu menguruskan rumah tersebut.

Banglo Minxiong

Rong-yu jatuh cinta dengan salah seorang pembantu rumahnya dan menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan isteri serta tujuh orang anaknya.

Pun begitu, hubungan mereka akhirnya dapat dihidu si isteri yang kemudian membalas dendam dengan mendera serta memaksa pembantu rumah itu melakukan kerja-kerja berat setiap kali Rong-yu tiada di rumah.

Tidak tahan dengan seksaan si isteri, pembantu rumah malang itu mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam perigi yang terletak di kawasan halaman rumah.

Penyakit misteri

Banglo Minxiong

Menurut cakap-cakap masyarakat tempatan, sejak tragedi itu, keluarga Liu tidak dapat hidup dalam suasana harmoni kerana sering diganggu roh pembantu rumah tersebut.

Kononnya, setiap malam, Rong-yu dan isterinya diganggu sehingga mereka sukar untuk melelapkan mata. Gangguan itu berlarutan dan semakin teruk sehingga memaksa keluarga Liu berpindah keluar daripada rumah agam tersebut.

Diceritakan lagi, nasib malang terus menghantui keluarga Liu meskipun mereka telah berpindah jauh dari situ.

Lebih menakutkan, seorang demi seorang ahli keluarga Liu mati sama ada dilanggar kereta, terbabit dalam kemalangan jalan raya atau menderita penyakit misteri.

Terdapat versi lain yang mengatakan selepas keluarga Liu meninggalkan rumah agam tersebut, ia menjadi lokasi perlindungan sementara buat sekumpulan tentera.

Pun begitu, seorang demi seorang jatuh sakit dan meninggal dunia akibat penyakit misteri. Ada juga di antara mereka yang nekad membunuh diri kerana tidak tahan menanggung kesakitan yang dialami.

Kehadiran roh-roh yang tidak tenang menambah seram kepada rumah agam itu sehingga ia diberi jolokan Rumah Berhantu Minxiong dalam kalangan masyarakat tempatan.

Kabus putih

Banglo Minxiong

Selain itu, banyak kejadian misteri dan insiden tragik menghantui rumah agam itu sejak ia ditinggalkan tidak berpenghuni.

Ada penduduk setempat mendakwa, mereka akan terdengar bunyi lolongan dan suara mersik tangisan disertai hilai ketawa di sekitar kawasan rumah agam berkenaan.

“Tiada sesiapa berani menghampiri apatah lagi masuk ke kediaman terbiar itu. Kemunculan kabus atau kepulan asap putih setiap kali tiba waktu senja juga membuatkan orang ramai takut untuk melalui kawasan ini pada waktu malam,” kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Li Shan seperti dipetik portal China Post.

Kini, selepas lebih 65 tahun, Rumah Berhantu Minxiong menjadi salah satu tarikan pelancong ke Chiayi, malah sebuah kafe dipanggil Kedai Kopi Berhantu dibuka di dalam kawasan rumah agam itu.

“Lokasi ini sangat digemari orang muda khususnya pelajar kolej. Mereka yang datang ke sini boleh singgah berehat minum kopi sambil melihat kawasan sekitar,” ujar Li Shan.

BACA INI JUGA: Misteri Sumpahan Berlian 'The Heart of The Ocean' Yang Berpuaka

Sumber: Kosmo

Samsung Galaxy 7 Edge Dinobatkan Smartphone Terbaik 2016

Samsung Galaxy 7 Edge Dinobatkan Smartphone Terbaik 2016

Syarikat telekomunikasi Samsung nampaknya tetap unggul dalam sebuah anugerah teknologi dimana Samsung Galaxy S7 Edge dinobatkan sebagai Telefon Pintar Terbaik untuk tahun 2016.

Samsung Galaxy 7 Edge

Majlis anjuran majalah teknologi terkemuka T3 diadakan di London dan melihat Samsung membawa pulang beberapa trofi lain.

Ia termasuk anugerah Jenama Terbaik dan Teknologi Boleh Pakai (Wearable Technology) untuk jam pintar Gear S2.

Apple tidak pulang dengan tangan kosong apabila iPhone dinamakan Gajet Terbaik Sepanjang Dekad sekaligus mengalahkan iPad, PlayStation 3 dan Netflix.

Pemenang lain termasuk penyanyi dan penerbit muzik Will.i.am (Personaliti Teknologi Terbaik) dan pengasas Wikipedia Jimmy Wales (Legenda Teknologi).

Majalah T3 mula diterbitkan pada 1996 dan Anugerah T3 mula dianjurkan pada 2006 dan menerima gelaran sebagai “Anugerah Oscar untuk industri teknologi”.

Sebelum ini Samsung memanggil balik 2.5 juta unit model Galaxy Note 7 susulan masalah bateri yang terbakar sewaktu mengecas.

Setakat 15 September lalu, Samsung menerima 92 laporan berhubung masalah bateri di Amerika Syarikat.

Sejumlah 26 laporan adalah berhubung kes kebakaran dan 55 laporan lagi berhubung kes kerosakan harta. [AstroAwani]

Harga iPhone 7 Bermula RM3199, Sementara iPhone 7 Plus Bermula RM3799

iPhone 7

Sementara itu, lanjutan daripada tarikh jualan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus untuk pasaran tempatan, kini sejumlah pengedar rasmi Apple di Malaysia telah mula berkongsi harga jualan untuk kedua-dua telefon pintar berkenaan.

Di Malaysia, iPhone 7 akan dijual pada harga RM3199 (model 32GB), RM3699 untuk 128GB dan RM4199 untuk model 256GB.

Sementara iPhone 7 Plus pula dijual pada harga bermula RM3799 untuk model 32GB, RM4299 untuk model 128GB dan RM4799 untuk model 256GB. [Amanz]

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com