Friday, September 23, 2016

Wanita Ditangkap Selepas Sebar Cerita Palsu Kes Penculikan Ngeri

Wanita Ditangkap Selepas Sebar Cerita Palsu Kes Penculikan Ngeri

Gara-gara memuatnaik berita palsu kononnya berlaku kes penculikan ngeri di dalam laman Facebooknya, seorang wanita telah ditahan pihak polis semalam.

Viral+Palsu

Suspek dikatakan telah menyebarkan berita kononnya dua orang kanak-kanak telah diculik di Johor di mana mayat dua kanak-kanak tersebut ditemui di tepi sungai di negeri ini dengan keadaan organ dalamannya sudah dikeluarkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata,suspek telah berjaya ditahan di kediamannya di Desa Coalfields, Sungai Buloh dekat Selangor kira-kira jam 6.30 petang semalam.

"Wanita terbabit memuat naik berita palsu berkenaan dalam Facebooknya untuk tujuan dilihat dan dibaca orang ramai.

"Saya sudah menegaskan tiada kejadian seperti itu dilaporkan berlaku di Johor dan perbuatan sedemikian boleh menimbulkan keresahan serta suasana tidak tenteram kepada orang ramai," katanya dipetik laporan BH Online.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pemilik akaun terbabit ditahan sebagai satu pengajaran kepada pengguna internet yang lain supaya tidak menyalahgunakan aplikasi berkenaan bagi menyebarkan berita palsu," katanya.

BACA INI JUGA:

Sumber: Siakapkeli

Video Viral Skandal Pengetua Dan Guru?

Video Viral Skandal Pengetua Dan Guru?

Dalam video berdurasi kira-kira lapan minit, seorang wanita bertudung, dipercayai seorang guru, dilihat bermesra dengan seorang lelaki pertengahan umur yang dikatakan pengetua sekolah di dalam sebuah bilik pejabat.

Skandal

Susulan penyebaran video itu, satu siasatan akan dijalankan untuk mengetahui kesahihannya selepas video tersebut mula disebarkan oleh seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Jones Jangkat, 15 September yang lalu.

Dalam kapsyennya, Jones menyatakan kedua-dua mereka adalah guru dan pengetua.

Bagaimanapun, identiti kedua-dua individu itu tidak dapat dipastikan. Lokasi dan tarikh video itu diambil juga tidak jelas.

Video Viral Guru Bercumbu Fitnah – KPM

Kementerian Pendidikan menafikan penglibatan guru dalam video viral menerusi media sosial ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Mahdzir Khalid berkata, siasatan mendapati pelaku dalam video berkenaan bukan guru dan tidak melibatkan institusi di bawah KPM.

“KPM akan terus melakukan siasatan bagi mengenalpasti watak-watak utama dan lokasi sebenar kejadian,” katanya yang dikongsi dalam laman Facebook.

Netizen turut menyatakan, perkongsian video tersebut memberikan tanggapan negatif kepada imej seorang guru dan fitnah.

Aksi intim dua individu dipercayai dirakam oleh lelaki dalam video berkenaan dikritik netizen kerana melakukan perbuatan tidak bermoral.

Rakaman dipercayai dibuat lapan tahun lalu di pejabat salah sebuah ladang di Segamat, Johor.

Tonton video viral di YouTube.

BACA INI JUGA:

Sumber: Astroawani | Mynewshub

Beringatlah Segera Apabila Rasa Takjub Dan Hebat Melanda Diri

Beringatlah Segera Apabila Rasa Takjub Dan Hebat Melanda Diri

Berkata Ibnu Qayyim Rahimahullah, "Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur.

Ujub

"Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghina.

"Jika Allah memudahkan bagimu pintu untuk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan.

"Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela. Kerana itu adalah titipan Allah yang akan dipertanggung-jawabkan kelak.

"Jika Allah mudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang-orang yang belum faham agama dengan pandangan hina.

"Jika Allah mudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri, kerana Allahlah yang memberimu pemahaman itu.

"Boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamullail, puasa (sunat), tidak berjihad dan sebagainya lebih dekat pada Allah daripada dirimu."

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata, "Sungguh engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal, lebih baik daripada qiyamullail semalaman, namun pagi harinya engkau merasa takjub dan bangga diri. Sebab orang yang merasa bangga dengan amalnya tidak akan pernah naik (diterima) amalnya."

Semoga bermanfaat buat kita semua..

BACA INI JUGA:

Sumber: Tarbiyah-dzatiyah | SP

Thursday, September 22, 2016

10 Kereta Yang Menjadi Kegemaran Pencuri Kereta di Malaysia

10 Kereta Yang Menjadi Kegemaran Pencuri Kereta di Malaysia

Senarai yang dikeluarkan oleh General Insurance Association of Malaysia (PIAM) mendedahkan bahawa 60 buah kenderaan dicuri setiap hari di Malaysia.

Pencuri Kereta

Sebanyak 11,796 buah kenderaan dicuri bermula dari Januari sehingga Jun tahun ini berbanding 12,412 buah kenderaan dicuri dalam tempoh yang sama pada 2015.

Selain itu, PIAM juga turut mengeluarkan senarai kereta yang menjadi kegemaran pencuri kenderaan pada tahun 2015 dan 2014.

Pencuri Kereta

Menerusi data di dalam senarai itu, dilihat Proton Wira menjadi 'pisang goreng panas' untuk pencuri kenderaan bagi kedua-dua tahun tersebut diikuti dengan Toyota Hilux dan Proton Iswara.

10 Kereta Kegemaran Pencuri pada 2015
  • Proton Wira (1,214)
  • Toyota Hilux (595)
  • Proton Iswara (552)
  • Perodua Kancil (550)
  • Proton Waja (538)
  • Perodua Myvi (379)
  • Proton Saga (318)
  • Proton Satria (238)
  • Nissan Vanette (208)
  • Honda Civic (200)

10 Kereta Kegemaran Pencuri pada 2014
  • Proton Wira (1,268)
  • Toyota Hilux (762)
  • Proton Iswara (717)
  • Proton Waja (694)
  • Perodua Kancil (638)
  • Perodua Myvi (477)
  • Proton Saga (414)
  • Proton Satria (273)
  • Toyota Vios (252)
  • Proton Perdana (243)

Semoga memberi manfaat dan berhati-hati selalu.

BACA INI JUGA:

Sumber: Thestar | Siakapkeli

Kanser Prostat Pembunuh Senyap Lelaki Kedua Tertinggi Di Malaysia!

Kanser Prostat Pembunuh Senyap Lelaki Kedua Tertinggi Di Malaysia!

Dia melalui hidupnya dengan ceria selama 63 tahun. Pada suatu hari, A. S. Dass, 77, mendapat sekeping kupon daripada salah seorang rakannya untuk membuat pemeriksaan kesihatan melalui ujian darah di hospital dengan tawaran separuh harga.

Kanser Prostat

Yakin dengan kesihatan diri yang baginya berada pada paras optimum, Dass tidak mengendahkan kupon tersebut. Namun, setelah diingatkan kawannya sekali lagi, Dass akhirnya mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

Sewaktu membuat pendaftaran di bahagian pesakit luar, jururawat bertugas mencadangkan Dass membuat pemeriksaan tambahan khas buat kaum lelaki iaitu antigen khusus prostat (PSA) memandangkan dirinya sudah mencecah usia warga emas.

PSA merupakan protein yang dihasilkan oleh sel kelenjar prostat ke dalam saluran darah. Sampel darah akan dihantar ke makmal untuk proses biopsi dan analisis. Peningkatan tahap antigen ini mungkin menunjukkan kehadiran kanser prostat.

“Selepas 10 hari, saya mendapat panggilan daripada pihak hospital memaklumkan hasil pemeriksaan sudah diketahui dan doktor ingin menemui saya,” ujarnya.

Namun, Dass tiba lewat pada tarikh yang dijanjikan dan tidak sempat untuk bertemu dengan doktor. Transkrip pemeriksaan kesihatan di tangannya menunjukkan bacaan PSA 77.5. Dia mengandaikan bacaan tersebut adalah biasa.

Pada suatu hari, besannya datang melawat ke rumah dan bertanyakan hasil pemeriksaan kesihatan Dass. Sejurus diberitahu bacaan PSA yang diterima, besannya terkejut sehingga terlucut gelas yang dipegang.

“Saya sangat terkejut dengan reaksi yang diterima. Dia memberitahu bacaan tersebut terlalu tinggi dan meminta saya membuat pemeriksaan lanjut di hospital,” ujarnya yang membuat pemeriksaan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Bacaan normal PSA lelaki sihat ialah antara kosong hingga empat.

“Pemeriksaan lanjutan dilakukan oleh seorang doktor wanita. Sungguh, saya berasa sangat segan apabila mendapati pemeriksaan awal dilakukan menggunakan jari,” kongsinya.

Hasil pemeriksaan tersebut mendapati prostat Dass tidak membengkak namun, paras PSAnya masih tinggi.

Dia kemudiannya dirujuk kepada pakar HUKM dan Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan menghidap penyakit kanser prostat dengan bacaan Gleason 3.36. Seterusnya, Dass menjalani rawatan pemulihan di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya.

Penggredan

Sistem penggredan Gleason digunakan untuk mengukur tahap aktif sel kanser prostat yang diperoleh daripada sampel darah. Pada skala terendah iaitu enam hingga 10, menunjukkan sel kanser semakin aktif jika bacaannya tinggi.

Sebagai rekod, prostat merupakan kelenjar sebesar kacang walnut yang terletak di bawah pundi kencing lelaki.

Meskipun saiz kelenjar ini kecil, ia tetap memberi impak terhadap orgasma serta gaya hidup seks lelaki.

Saat lelaki mencapai klimaks ketika melakukan seks, prostat akan melepaskan cecair berbentuk air mani sementara otot pada bahagian kelenjar tersebut menyalurkan air mani terus ke bahagian uretra.

Jika kelenjar prostat membengkak, secara tidak langsung ia akan mengecutkan saluran uretra serta mengganggu dinding pundi kencing sehingga mengakibatkan permasalahan perkumuhan (kencing). Tanpa pencegahan awal, masalah tersebut akan menjadi punca utama kepada kemunculan kanser.

Pemeriksaan awal

Mengakui penyakit yang dilabel sebagai pembunuh senyap lelaki kedua tertinggi di Malaysia selepas penyakit jantung itu agak sukar dikesan pada peringkat awal, Konsultan Urologi Pusat Perubatan Universiti Malaya ((PPUM), Dr. K. Shanggar, memberitahu, pembiakan sel kansernya lebih lambat berbanding jenis kanser lain.

“Walaupun seseorang pesakit itu telah didiagnos dengan kanser prostat tahap empat, namun, sel kansernya tidak merebak dengan cepat seperti jenis kanser lain.

"Jangka hayat pesakit juga boleh dipanjangkan sehingga lebih tiga tahun walaupun telah disahkan menghidap kanser tahap empat,” katanya.

Malah, pesakit juga bebas dan digalakkan untuk hidup sihat dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal.

Menurutnya, kanser prostat juga tergolong dalam ‘penyakit tua’ kerana kebanyakan penghidapnya terdiri daripada lelaki berumur lebih 50 tahun.

“Sebaiknya setiap lelaki yang menginjak usia 45 hingga 50 tahun tampil ke hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan terutamanya PSA kerana penyakit ini misteri dan tidak memberikan simptom khusus.

“Bagi mereka yang mempunyai sejarah kanser prostat dalam keluarga boleh membuat pemeriksaan awal pada usia 40-an,” sarannya.

Menurut Shanggar, hampir separuh daripada pesakit yang didiagnos dengan kanser prostat gagal untuk membuat pemeriksaan awal. Kebanyakan mereka disahkan menghidap kanser prostat tahap dua dan ke atas tanpa mengalami sebarang simptom.

“Rawatan untuk penyakit kanser prostat adalah berbeza mengikut tahap aktif sel individu,” tambahnya.

Jelasnya lagi, pesakit yang didiagnos dengan kanser tahap satu akan disarankan untuk bertenang dan melakukan ujian darah secara berkala dalam tempoh tiga bulan sekali bagi memantau paras PSA.

Bagi pesakit tahap dua dan tiga, mereka perlu menjalani rawatan radioterapi bagi mematikan sel kanser aktif. Selain itu, terdapat juga pilihan untuk melakukan pembedahan membuang prostat bagi pesakit tahap satu, dua dan tiga.

Biarpun pilihan pembedahan menjanjikan lebih banyak peluang untuk sembuh, namun kehilangan prostat juga berpotensi melemahkan tenaga batin lelaki.

Survival

Berbeza halnya dengan pesakit tahap empat. Pembedahan sangat tidak digalakkan buat mereka kerana sel kanser yang ada telah merebak jauh menembusi kapsul prostat dan menjangkiti organ lain terutamanya tulang.

“Penghidap kanser prostat tahap empat disarankan untuk mengambil rawatan hormon pada setiap tiga bulan bagi menyeimbangkan kembali hormon mereka,” katanya.

Shanggar juga menasihati pesakit yang telah bebas daripada sel kanser dan mempunyai bacaan PSA normal untuk sentiasa membuat pemeriksaan darah berkala tiga bulan sekali bagi memastikan ia tidak kembali atau dapat dicegah awal.

Akuinya, pesakit kanser prostat mempunyai potensi besar untuk bebas daripada sel kanser berbahaya sekiranya mengikut kaedah rawatan yang betul.

Dass antara survival kanser prostat yang telah bebas selama 14 tahun. Dia juga merupakan antara pengasas Persatuan Kanser Prostat Malaysia dan kumpulan sokongan pesakit kanser prostat di negara ini.

Bagaimanapun, baru-baru ini sekumpulan pakar saintis dan ahli fisiologi dari Universiti Edith Cowan, Australia telah membuat kajian titik perubahan terhadap keberhasilan senaman untuk merawat pesakit kanser.

Dee Dee Mahmood yang merupakan Profesor Adjung di universiti itu antara yang terlibat dalam kajian berkenaan.

“Hasil kajian tersebut mendapati, senaman berintensiti tinggi mampu membantu menguatkan tulang pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi.

"Malah, kajian lampau juga telah membuktikan aktiviti bersenam dapat merembeskan hormon positif untuk dihantar kepada otak.

“Minda yang positif itu pula secara tidak langsung membantu mempercepatkan proses penyembuhan seseorang pesakit,” jelasnya yang juga pensyarah sambilan di Pusat Sukan Universiti Malaya.

BACA INI JUGA:

Sumber: Kosmo

'Gerakan Yahudi Global Sengaja Malukan Rosmah'

'Gerakan Yahudi Global Sengaja Malukan Rosmah'

Penganjur sebenar adalah Antiquities Coalition dan award bernama 'Lead by Example' atau terjemahannya Kepimpinan Melalui Teladan (haha) hasil sumbangannya melalui Permata tapi telah disalah lapor oleh Bernama sebagai datangnya dari Unesco.

Gerakan+Yahudi

Tapi hairan juga, apa masalahnya sampai kena tarik balik anugerah tu? Bukannya besar pun jika nama penganjur disalah lapor.

Buatlah pembetulan dan minta maaf. Jasa-jasa dan teladan-teladan Rosmah yang boleh diikuti oleh manusia sejagat tetap tak berubah, kan?

Dilaporkan pihak penganjur Antiquities Coalition dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenai dari mana datangnya duit Permata dan..

"Bagaimanapun, kita tidak mahu acara penting ini didominasi oleh apa-apa selain daripada isu bagaimana untuk menggerakkan dan menyatukan rakyat dalam memerangi keganasan," katanya.

"Justeru, jawatankuasa ini memutuskan ia memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji semula komen yang diterima, dan telah mengeluarkan PERMATA daripada senarai penerima anugerah Khamis ini," lapor Mkini.

Pendek kata, penganjur serabut nak layan persoalan mengenai Rosmah dan Permata. Penganjur tidak mahu acara penting itu ditenggelami oleh isu-isu sampingan lain.

Benarkah hanya kerana isu sumber dana Permata?

Tak percayalah kalau setakat nak sahihkan sumber dana Permata, kerajaan Malaysia bila-bila masa saja boleh keluarkan kenyataan yang Permata pakai duit kerajaan. Senang je nak Tutup kes.

Tapi perkara teknikal sebegitu tetap juga dijadikan alasan untuk tarik balik anugerah berprestij itu, kenapa?

Bukankah penarikan balik anugerah itu bakal MEMALUKAN Rosmah di peringkat dunia!? Dah umum dan tak sampai lagi 2-3 hari nak majlis, keluar kenyataan ditarik balik.

Kita percaya penarikan balik award itu adalah kerana nama Rosmah dan Najib yang begitu sinonim dengan kes berprofil tinggi DOJ vs Wang Haram 1MDB yang bila-bila masa saja akan didengar dalam mahkamah Amerika.

Bacalah artikel New York Times itu. Cerita utama penarikan balik award pendek je. Yang lebih banyak diceritakan adalah mengenai kemewahan keluarga Rosmah Najib dan kes 1MDB!

Turut disebut adalah rujukan MO1 sebagai Najib!

Ms. Rosmah is not named in it, and Mr. Najib is referred to only as Malaysian Official 1. But Ms. Rosmah’s son from a first marriage — Riza Aziz, a movie producer — is named. The suit claims that Mr. Najib had $731 million from 1MDB, a government investment account, moved through his personal accounts.

Jadi, kita boleh bayangkan kenapa Antiquities Coalition tergamak memalukan Rosmah dengan menarik balik anugerah award kepada Rosmah itu.

Mereka tidak mahu menjadikan satu kerja tambahan pula untuk menjawab kes 1MDB bagi pihak Rosmah Najib! Lebih baik cuci tangan awal-awal.

Soal dari mana datangnya dana Permata itu cuma alasan sopan yang diberikan penganjur. Takkanlah penganjur nak sebut terang-terang alasan sebenar.

Tengoklah betapa hinanya nama negara dibuat oleh 1MDB diperingkat dunia. Walaupun Permata tidak ada kaitan dengan 1MDB, tapi sebab nama dah busuk, tidak ada organisasi yang mahu namanya dikaitkan secara langsung dengan mereka!

Dan kenapa sebuah NGO yang aktiviti utamanya adalah memerangi penjualan barangan antik di pasaran gelap oleh penjenayah dan organisasi teroris, nak bagi anugerah kepada Rosmah?

Agensi Yahudi

Rames Rao

Pengeluaran nama Rosmah Mansor daripada anugerah Lead By Example dikaitkan dengan gerakan rapi di peringkat global untuk memalukan isteri perdana menteri.

"Hasil pemeriksaan kami mendapati agensi berkenaan ialah sebuah agensi yang berasaskan Yahudi dan diberikan kononnya atas pencapaian Datin Seri Rosmah dalam program PERMATA yang sememangnya terbukti.

"Dalam hal ini, beliau sendiri tidak mahu menerima anugerah berkenaan sebaliknya tidak pernah memohon pun akan sebarang anugerah," kata Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Rames Rao.

Ramesh bagaimanapun enggan mengulas sama ada beliau merujuk kepada Antiquities Coalition tetapi berjanji akan mendedahkan butiran lanjut selepas ini.

Dalam kenyataannya, Ramesh berkata pengeluaran Program PERMATA Negara pada saat-saat akhir sebelum program pemberian anugerah itu dibuat dengan niat jahat untuk memalukan.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia sudah dapat mengesan lebih awal niat buruk dengan anugerah berkenaan.

"Ini adalah kerja jahat pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kejayaan PERMATA sendiri yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah sendiri," kata Ramesh.

Beliau juga berkata alasan bahawa sumber kewangan PERMATA diragui sebagai tidak boleh diterima.

Beliau mengesyaki ada alasan tertentu “berselindung” di sebalik keputusan itu.

Ramesh berkata program PERMATA sudah lama bergerak dan banyak kanak-kanak sudah mendapat faedah daripada mekanisme sistem pendidikan awal yang diperkenalkan olehnya.

BACA INI JUGA:

Sumber: Dinturtle | Malaysiakini

Anda Phubber Atau Fomo? Inilah Penyakit Mental Pentaksub Gajet!

Anda Phubber Atau Fomo? Inilah Penyakit Mental Pentaksub Gajet!

Adakah anda sering bertindak acuh tidak acuh apabila seseorang bercakap dengan anda semasa anda sedang melihat telefon pintar? Jika ya, maka anda adalah seorang Phubber.

Phubber dan Fomo

Atau adakah anda berasa tidak keruan jika anda tidak melihat telefon anda walaupun dalam masa sejam? Jika ya, anda juga seorang Fomo.

Jika anda ke restoran bersama keluarga, adakah anda berborak mesra di meja atau masing-masing memandang kepada gajet?

Ini adalah gejala terkini selepas selfie, wefie dan ketagihan aplikasi pada smartphone.

Persoalannya, adakah remaja Malaysia mengalami gejala-gejala ini tanpa sedar? Apa pun keputusannya, ia masih belum terlewat untuk memulakan usaha kewarasan dalam hubungan sosial dan komunikasi warga Malaysia

Gejala Phubber dan Fomo ini menular dalam cara hidup dikalangan generasi Y dengan sangat pantas.

Istilah 'lepak' generasi ini lebih terarah kepada mengemaskini status di laman sosial berbanding duduk berborak bersama rakan dan keluarga.

Menurut kajian Chapman (2013), lebih 87 peratus remaja kini lebih gemar berkomunikasi melalui telefon berbanding bersemuka bersama rakan. Majoriti adalah dari negara maju dan membangun.

Ini menggambarkan betapa teknologi mengambil alih gaya kehidupan normal seseorang.

Phubber dan Fomo
Gambar hiasan.

Ia membawa kepada kemusnahan sama ada dalam komunikasi dan perhubungan sesama manusia serta kehilangan kewarasan seseorang itu sehingga membawa 'pembunuhan' yang tidak disengajakan.

Banyak kes melibatkan kemalangan sewaktu mengemaskini status, anak-anak jatuh dari tingkap, eskalator dan sebagainya tanpa sedar kerana ibu bapa digelar Mother Phubber leka melihat telefon pintar masing-masing.

Kes perceraian di Malaysia turut meningkat di mana ia diakibatkan kepada ketagihan terhadap teknologi.

Gejala 'Hikikomori' yang berasal dari Jepun sekarang semakin menular tanpa sedar di kalangan masyarakat Malaysia.

Ia adalah satu penyakit mental yang disebabkan oleh kecenderungan untuk bersendirian dan lebih berkomunikasi bersama gajet berbanding manusia.

Ia sangat menakutkan!

BACA INI JUGA:

Sumber: Sentiasapanas.com

Wednesday, September 21, 2016

Misteri Budak Tiga Tahun Disunat Jin Sewaktu Tidur!

Misteri Budak Tiga Tahun Disunat Jin Sewaktu Tidur!

Misteri. Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Indonesia apabila tiba-tiba kemaluannya disahkan telah dikhatan tanpa bantuan manusia.

Misteri Disunat Jin

Dek kerana itu, ibunya percaya anaknya yang berusia tiga tahun itu sebenarnya dikhatankan oleh jin.

Menurut Ani, 38, dari Kampung Bojongsalawe dari daerah Pargi, Jawa Barat, kejadian itu berlaku minggu lalu kira-kira 2 pagi, apabila Alparo tiba-tiba menangis apabila bangun dari tidur sambil memegang kemaluannya.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa. Saya hanya menepuknya untuk menidurkannya semula.

“Ketika mandi awal pagi, anak saya memanggil saya sambil menunjukkan kemaluannya yang berdarah. Saya sungguh terkejut. Suami saya juga terkejut.

"Apabila diperiksa, nyata kemaluannya sudah disunat,” kata Ani.

Terkejut dengan perkara itu, Ani dan suaminya kemudian membawa Alparo menemui seorang pembantu perubatan di kampung mereka.

“Dia mengesahkan Alparo memang sudah dikhatan dan hasilnya sungguh memuaskan.

"Tidak puas hati, kami membawa anak kami untuk berjumpa dengan orang paling tua di kampung dan kiai.

"Mereka juga mengesahkan anak kami memang sudah disunatkan, mungkin oleh jin Islam,” kata Ani.

Alparo merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik.

BACA INI JUGA:

Sumber: mynewshub

Profesor Dedah Bahaya Kandungan Minuman 3 In 1 Boleh Sumbat Arteri Darah!

Profesor Dedah Bahaya Kandungan Minuman 3 In 1 Boleh Sumbat Arteri Darah!

Produk minuman berasaskan 3 in 1 sememangnya memudahkan pengguna, lebih-lebih lagi ia seakan produk yang wajib ada di setiap rumah mahupun pejabat.

Minuman pek 3 in 1

Dengan lambakan pelbagai jenis pilihan, membuatkan pengguna rambang mata hendak memilih yang mana satu menepati citarasa.

Namun, adakah benar informasi yang dinyatakan di setiap bungkusan produk 3 in 1 ini benar-benar menggunakan sukatan yang betul?

Atau adakah sesetengah produk 3 in 1 yang menggunakan ginseng dikatakan berupaya memberikan tenaga ekstra seperti yang didakwa?

Baca perkongsian dari Doktor Zubaidi Hj. Ahmad ini, yang membongkar sedikit informasi mengenai produk 3 in 1 yang kita sebagai pengguna tidak ketahui selama ini.

Prof. Madya Shariza Abd. Razak

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan. Sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun, ramai yang tidak menyedarinya kerana telah ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya.

Menurut Prof. Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3 in 1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Antara faktor yang menyebabkan minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitu antara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.

Gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkan minuman ini kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.

Bagaimanapun, pengambilan minuman 3 in 1 bukanlah tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.

Info Kandungan minuman 3-in-1:
  • Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam setiap pek.
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  • Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
  • Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  • Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
  • Jumlah kalori itu sama dengan dua keping roti atau sepinggan nasi.
  • Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  • Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Facebook Dr.Zubaidi | Mynewshub

Jutawan Hadiahkan Anjing Peliharaan 8 Smartphone iPhone 7!

Jutawan Hadiahkan Anjing Peliharaan 8 Smartphone iPhone 7!

Seorang jutawan di Hong Kong menghadiahkan lapan telefon bimbit iPhone 7 kepada anjingnya ketika orang ramai masih lagi berusaha mendapatkan model telefon berkenaan.

Wang Sicong

Menurut laporan CNN, Wang Sicong menghadiahkan telefon bimbit berkenaan kepada anjing baka Alaskan Malamutenya yang dinamakan Coco.

Berita tersebut menjadi viral selepas Wang memuatnaik gambar anjingnya bersama telefon berkenaan di laman sosial Weibo.

Wang Sicong

Pada tahun lepas, Wang menimbulkan kemarahan orang ramai apabila memakaikan dua jam Apple Watches yang bernilai lebih RM153,255.85.

Wang Sicong

Wang dikenali penduduk tempatan sebagai 'orang kaya generasi kedua' iaitu anak atau waris keluarga kaya-raya atau 'tycoon' yang suka menunjuk-nunjuk.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH

WhatsApp Perkenal Sistem 'Tag' Rakan Lain Pada Permesejan Berkumpulan

WhatsApp Perkenal Sistem 'Tag' Rakan Lain Pada Permesejan Berkumpulan

WhatsApp telah mengemaskini sistem mereka dengan menyertakan fungsi 'tagging' kepada para penggunanya, sekaligus memudahkan anda untuk menghantar mesej kepada penerima dalam satu kumpulan.

WhatsApp Tag

Untuk menujukan mesej kepada seseorang dalam group WhatsApp yang sama, pengguna hanya perlu mulakan dengan menekan “@” dan ia akan memperlihatkan pilihan nama.

Sekiranya nama tidak tersimpan, pengguna turut boleh melihat pilihan nombor telefon pada bahagian berkenaan.

Menurut laporan The Next Web, pengguna WhatsApp yang 'mute' di dalam perbualan kumpulan akan tetap menerima notifikasi jika mereka di 'tag' di dalam perbualan.

Pengguna juga boleh menggunakan fungsi tag untuk lebih dari satu pengguna.

Inisiatif terbaru WhatsApp ini dijangka memudahkan lagi pengguna untuk mengikuti perbualan dan perbincangan di WhatsApp.

WhatsApp Tag

Fungsi ini dilihat diperkenalkan secara berperingkat, bermula daripada anda yang menggunakan WhatsApp Beta pada peranti mudah-alih.

Daripada apa yang boleh dilihat, walaupun pada peringkat beta, mesej yang ditujukan ini telah pun dapat dilihat oleh semua pengguna WhatsApp yang lain.

Adakah anda mengemari fungsi terbaharu yang dibawakan oleh WhatsApp ini? Adakah ia akan lebih memudahkan proses komunikasi anda dalam WhatsApp Group?

BACA INI JUGA:

Sumber: Amanz