Wednesday, September 21, 2016

Angelina Jolie Failkan Permohonan Cerai Terhadap Brad Pitt

Angelina Jolie Failkan Permohonan Cerai Terhadap Brad Pitt

Angelina Jolie dan Brad Pitt bercerai, sekalipun sebelum ini Angelina Jolie dan Brad Pitt mungkin dilihat antara pasangan yang paling bahagia di dunia sehingga diberi jolokan Brangelina oleh media hiburan.

Anjelina Jolie dan Brad Pitt bercerai

Namun, akhirnya Angelina Jolie dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai dengan suaminya, Brad Pitt, Isnin lalu.

Pasangan itu bertemu semasa berlakon bersama dalam filem Mr. and Mrs. Smith pada tahun 2004 yang pada ketika itu, Brad Pitt masih berkahwin dengan seorang lagi pelakon terkenal, Jennifer Aniston.

Menurut sumber media hiburan barat, Angelina Jolie memfailkan permohonan cerai tersebut atas alasan perbezaan pendapat yang tidak boleh diatasi antara mereka berdua.

Keputusan itu dibuat oleh Angelina Jolie selepas aktres itu tidak berpuas hati dengan cara Brad Pitt menggalas tugas sebagai seorang ayah dan juga tidak dapat menahan masalah panas baran Brad Pitt.

Selain itu, penyalahgunaan dadah oleh Brad Pitt juga menjadi salah satu sebab Angelina Jolie membuat keputusan untuk bercerai dengannya, selepas 2 tahun menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Tindakan tersebut juga diambil kerana Angelina Jolie mendakwa tidak mahu anaknya terpengaruh dengan Brad Pitt yang juga seorang peminum alkohol tegar.

“Keputusan ini dibuat atas sebab keselamatan keluarga dan anak-anak kami,” kata Jolie.

Jolie dalam permohonan cerainya meminta hak penjagaan penuh terhadap enam anak mereka (termasuk anak angkat) dan hanya mahu membenarkan Brad Pitt berjumpa dengan mereka pada masa yang ditetapkan.

Pasangan itu mempunyai enam anak iaitu Maddox, Zahara, Shiloh, Pax, Vivienne dan Knox.

Jolie dan Pitt menjalin hubungan cinta sejak tahun 2004 dan membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun 2014.

Bagaimanapun, masalah dalam rumah tangga mereka mula dikesan pihak media sejak Julai lalu.

Angelina Jolie dan Brad Pitt amat menyayangi anak-anak mereka dan tidak pernah menunjukkan hubungan mereka berada dalam masalah di hadapan anak, sehinggalah tuntutan perceraian difailkan oleh Jolie.

Kesilapan Besar

Anjelina Jolie dan Brad Pitt bercerai

Sebelum ini, media pernah melaporkan bahawa Brad Pitt mengakui bahawa mengahwini Angelina Jolie merupakan satu kesilapan besar bagi dirinya.

Menurut sumber, punca utama mereka menghadapi krisis rumah tangga ini adalah kerana sikap Angelina Jolie sendiri yang akhirnya menyebabkan Brad Pitt bosan.

Angelina dikatakan terlalu ‘bossy’ atau dengan kata lain gemar mengarahkan suaminya malah pernah menjatuhkan air muka suami di hadapan ahli keluarga mereka.

KEMASKINI

Brad Sedih Berpisah Dengan Angelina, Minta Media Beri Privasi

Angelina Jolie dan Brad Pitt

Sementara itu, Brad Pitt meminta pihak media memberikan sedikit privasi buat dirinya dan keluarga dalam berhadapan kes penceraiannya dengan Angelina Jolie.

Memetik majalah People, Brad dikatakan sedih dengan perpisahan itu dan kini dia hanya mahu memberikan sepenuh perhatian dan fokus terhadap enam orang anaknya.

“Saya amat sedih dengan perpisahan ini, tapi yang paling penting sekarang ialah kebajikan anak-anak kami.

“Saya harap pihak media tidak menganggu anak-anak kami sepanjang melalui tempoh sukar ini,” katanya.

Sementara itu, wakil jurucakap Angelina pula berkata keputusan untuk bercerai yang dibuat aktres itu adalah demi kebaikan keluarga mereka.

“Buat masa ini Angelina tidak akan memberikan sebarang komen dan meminta semua pihak memberikan masa dan privasi buatnya,” kata wakil tersebut.

BACA INI JUGA:

Sumber: SENTIASAPANAS

6 Tips Bagaimana Anda Bakal Disayangi Dan Dihormati Orang Bawahan

6 Tips Bagaimana Anda Bakal Disayangi Dan Dihormati Orang Bawahan

Majunya sebuah syarikat bukan kerana seorang sahaja tetapi ia melibatkan majikan dan para pekerja. Jadi, penting suasana bekerja yang selesa dari segi fizikal, emosi dan lain-lain agar timbul rasa belonging bersama syarikat.

Good bos
Gambar hiasan.

Di bawah ini 6 tips yang boleh menyebabkan anda disayangi para pekerja.

1. Marah Depan Orang Ramai

Marah staf anda di hadapan orang lain (bukan staf) adalah satu perbuatan yang tidak profesional. Tidak kira kita berada dalam sektor kerajaan mahupun swasta, tindakan memaki hamun (marah) staf kita di hadapan pelanggan (orang lain) bakal menimbulkan perasaan tidak puas hati staf anda.

Kesan yang lebih buruk, ia akan menyebabkan pelanggan kurang selesa dengan anda. Silap hari bulan, kalau anda di bidang korporat/perniagaan, boleh lari pelanggan anda tadi.

2. Marah Depan Staf Lain

Harus ingat bahawa setiap manusia yang lahir di muka bumi ini lahir dengan emosi dan perasaan. Tindakan kita memarahi staf di hadapan rakan mereka akan memalukan staf tersebut.

Tindakan itu boleh menyebabkan dia rasa ‘down’ dan tertekan. Sekaligus menyebabkan staf kita tadi hilang motivasi untuk bekerja. Lebih teruk lagi, jika dia berdendam.

Sebagai manusia, anda pasti tidak mahu di’sumpah laknat’ oleh insan lain kan? Jadi berpada-padalah ya.

3. Sebar Aib Staf Sendiri

Oh. NO NO. Never ever do that. Jangan sesekali kita sebagai ketua (majikan) menyebar aib staf sendiri. Tidak kira kepada orang dalam atau orang luar. Baik buruk staf kita, itu staf kita.

Seharusnya, yang buruk itu kita jadikan tauladan, agar ia tidak berulang. Bukan dijaja ke sana ke mari seumpama sambal belacan. Kenapa? Yang disebar itu, lama-lama sampai jua ke telinga staf tadi?

Akibatnya, anda sendiri tanggunglah ya, wahai majikan yang budiman. Nak tanya, kita sendiri pun semestinya tidak mahu orang sebar aib kita, kan?

4. Tuduh Tanpa Penjelasan

Opss! Setiap yang berlaku pasti ada puncanya. Maka siasatlah terlebih dahulu puncanya. Semestinya jalan yang paling tepat adalah bertanya sendiri kepada staf tadi. Barulah nampak kita (majikan) pandai mengurus situasi dan menyelesaikan masalah.

5. Ungkit-Mengungkit

Kesalahan lampau staf itu biarlah berlalu. Perbuatan ungkit-mengungkit inilah yang banyak menyebabkan orang yang sedang berhijrah (berubah) kembali kepada diri asalnya (kejahilan).

Maka, berlapang dada ya wahai majikan semua. Ingat, kalau staf kita punya masa silam, mereka juga punya masa hadapan. Seperti kita juga, sebelum kita berada di kerusi majikan, pastinya kita pernah berada di kerusi staf. Maka, berpada-padalah.

6. Banding-Membandingkan

Lazimnya begitulah, kita suka banding-membandingkan antara A dan B. Sebagai manusia, kita pasti akan sentiasa mencari yang terbaik. Sehingga kita lupa, bahawa setiap yang lahir itu punya kehebatan dan kebolehan tersendiri.

Maka, apa yang perlu kita buat sebagai majikan adalah menyediakan peluang agar kelemahan dan kekurangan staf kita dapat diolah menjadi keistimewaan dan kelebihan serta kekuatan buat kita dan organisasi.

Baiklah. Cukup 6 tip ini. Moga anda menjadi majikan yang disayangi dan dihormati oleh staf kerana siapa diri anda, bukan kerana kuasa yang anda ada semata-mata.

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

Tuesday, September 20, 2016

Kenali Aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah Di Perlis

Kenali Aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah Di Perlis

Sejak tahun 30-an sebelum merdeka, Perlis melalui gerakan pembaharuan Kaum Muda yang dipengaruhi oleh Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha telah memilih jalan menjadikan segala perbezaan pendapat dikembalikan kepada nas al-Quran dan as-Sunnah.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Namun, ada yang cuba mempertikaikan pegangan Perlis dalam beragama ini.

Pegangan para sahabat dijadikan rujukan. Di samping itu, penggunaan akal yang waras dan rasional yang kuat juga dijadikan panduan dalam beragama.

Justeru, pada tahun 1948, Perlis antara yang terawal memasukkan Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagai pegangan rasmi negeri.

Di samping, atas dasar pemikiran yang luas, Perlis tidak mengikat diri dengan hanya satu mazhab, bahkan menerima kesemua mazhab-mazhab fekah yang berada dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah; Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafii, Mazhab Hanbali dan semua pandangan fekah lain yang ditarjih oleh Jawatan kuasa Fatwa rasmi Negeri Perlis.

Ini menunjukkan Perlis paling menerima keluasan Mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Hendaklah diketahui bahawa fatwa rasmi negeri Perlis tidak akan dikeluarkan melainkan setelah mendapat perkenan DYMM Raja Perlis.

Pilihan Istana Perlis ialah pegangan yang tidak mengikat diri dengan mazhab fekah tertentu sebaliknya menerima kesarjanaan kesemua mazhab-mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Buat masa ini, hampir kesemua ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis memiliki doktor falsafah (PhD) dalam bidang pengajian Islam pelbagai cabang.

Ada yang bermazhab tertentu khususnya mazhab Syafie dan ada yang cenderung kepada tarjih. Sebahagian besar mereka bukan orang asal Perlis. Inilah keterbukaan Perlis.

Atas dasar tarjih yang dipilih oleh fatwa Perlis, maka amalan rasmi negeri Perlis kadang kala ada perbezaan dengan amalan dalam mazhab Syafie, pun begitu amalan itu tidak lari nas-nas yang dipegang oleh mazhab-mazhab lain dalam aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Antaranya:
  • Fatwa Perlis membenarkan membayar zakat fitrah dengan wang (akhirnya diikuti oleh negeri-negeri lain). Ini pandangan asal dari mazhab Hanafi.
  • Fatwa Perlis merupakan yang terawal membenarkan wanita menjadi hakim mahkamah. Ini setelah ditimbang dari pandangan pelbagai ulama. Dahulu fatwa ini dianggap satu dosa, hari ini sudah ada negeri lain yang mengikutinya.
  • Fatwa Perlis mewajibkan zakat tanaman selain makanan asasi iaitu zakat harum manis. Ini selaras dengan pandangan mazhab Hanafi.
  • Fatwa Perlis tentang Amanah Saham Bumiputera (ASB) dianggap paling menyeluruh dan dipuji oleh pelbagai pihak. Ini kerana mengambil kira ketegasan hukum, keluasan fekah dan situasi semasa.
  • Fatwa Perlis bahawa seseorang yang baru menganut Islam hendaklah tidak mengubah nama bapanya. Ini seperti diamalkan di seluruh dunia sejak zaman Nabi SAW (kecuali Malaysia dan Brunei). Hal ini lebih adil untuk keluarganya kerana Islam itu adil untuk semua sekalipun kepada bukan Muslim.
  • Amalan rasmi Perlis tidak berqunut subuh. Ini selaras dengan majoriti ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah.
  • Mahkamah Syariah Perlis memegang pandangan talak tiga sekaligus jatuh satu talak seperti yang diterima pakai di kebanyakan negara Arab khususnya negara-negara Teluk.
  • Amalan rasmi Perlis tidak menjaharkan basmalah semasa solat jahar. Ini perkara khilaf yang muktabar dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah dan Perlis memilih tarjih yang demikian.
  • Perlis menolak amalan tidak ada asas yang kukuh dari segi al-Quran dan as-Sunnah seperti pembomohan yang berunsur khurafat, kenduri arwah yang dibantah oleh semua mazhab termasuk Mazhab Syafie, amalan menjual bahan-bahan komersial atas nama agama dan lain-lain.


Pun begitu, tiada fatwa rasmi Perlis yang pernah membidaahkan khilaf yang muktabar seperti qunut subuh, basmalah jahar, solat tarawih lapan ataupun 20 rakaat. Jika ada yang terdengar hal ini, adalah fitnah semata.

Walaupun ada amalan rasmi negeri Perlis, pun begitu seseorang tidak diambil tindakan undang-undang hanya kerana khilaf yang muktabar.

Seseorang awam tidak diambil tindakan kerana dia berqunut subuh ataupun menjaharkan basmalah ketika solat di masjid.

Bahkan, masih banyak masjid yang imamnya berqunut dan menjaharkan basmalah, mereka tidak diambil tindakan undang-undang.

Jika sesiapa menyatakan imam-imam di Perlis semua dipecat kerana tidak berqunut, mereka adalah pendusta yang akan menjawab di hadapan Allah nanti.

Soalan kita, apakah nasib imam-imam di negeri selain Perlis jika tidak berqunut? Di manakah kesederhanaan yang dikatakan itu?

Walaupun ada perbezaan pandangan dalam Perlis disebabkan pegangannya yang tidak fanatik kepada hanya satu mazhab, kita tidak pernah mendengar adanya perselisihan pendapat sehingga membawa kepada solat dua imam, tidak makan sembelihan sesama Muslim, bercerai suami isteri kerana berbeza aliran pendapat dan seumpamanya seperti yang berlaku di negeri-negeri lain.

Sekalipun Perlis memakai fatwa pelbagai tokoh termasuk Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan al-Imam Ibn Qayyim, pun begitu tidak pernah berlaku peristiwa keganasan seperti Peristiwa Memali dan Lubuk Merbau di Kedah, kejadian serangan Kuil Kerling dan seumpamanya.

Bahkan ramai yang terlibat IS dari pondok Kedah yang berjiran dengan Perlis, juga dari negeri-negeri lain. Alhamdulillah, setakat ini belum ada dari Perlis.

Pandangan agama daripada Perlis juga sederhana. Saya masih ingat apabila bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib membaca fatwa Perlis tentang hak penjagaan anak, kata beliau kepada saya:

“Jika semasa saya menggubal undang-undang dahulu ada fatwa yang seperti ini, mungkin kekecohan sekarang tidak sampai sebegini.”

Fatwa-fatwa seperti mengafirkan sesama Muslim, mengafirharbikan orang lain yang boleh membawa kepada menumpahkan darah sesama rakyat seperti baru-baru ini, tidak kedengaran dari Perlis, alhamdulillah.

Juga Perlis tidak akan membenarkan penceramah yang suka mengafir dan memaki orang lain seperti menyebut: “mu lah kafir”, “hang nak masuk neraka ka”, “mufti anjing” dan yang seumpamanya seperti semua maklum yang berbau pengganas dan ektrimis.

Buku-buku Muhammad bin Abd al-Wahhab yang dikatakan sebagai pengasas wahabi, tidak pernah dijadikan rujukan rasmi di Perlis.

Pernah ada seminar tentang Muhammad Abd Wahhab anjuran bersama pihak yang lain di Perlis. Pun begitu, kesimpulannya pandangan beliau tidak dijadikan rujukan di Perlis.

Maka, tiada istilah Wahabi dalam fatwa Perlis. Pun begitu Perlis tidak menyesatkan aliran Muhammad bin Abd al-Wahhab bahkan menganggap beliau, seperti yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dan Dr Wahbah al-Zuhaili, 'mempunyai sumbangannya yang tersendiri.'

Justeru itu, Perlis mempunyai hubungan baik dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan Arab Saudi. Maka, Perlis menolak golongan ektrimis Syiah dan tarekat yang menyatakan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabi SAW itu tidak sah kerana imam-imam kedua masjid tersebut Wahabi.

Perlis menolak aliran ektrimis pelampau seperti itu. Perlis menyatakan, mereka itu dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Perlis sering menerima kedatangan imam-imam Masjidil Haram dan Masjid Nabi SAW dengan penuh ukhuwwah.

Maka, al-Syeikh Abdul Rahman as-Sudaisi dan selainnya sering datang ke Perlis atas dasar ini.

Maka, golongan fanatik yang cenderung kepada mengafirkan sesama Muslim seperti golongan Ahbash dan murid Syiah Hasan Saqqaf menuduh Perlis pusat Wahabi.

Jelas, Perlis menerima keluasan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Walaupun ada pendapat yang ditarjihkan, namun Perlis atas dasar wasatiyyah menerima keluasan tanpa mengafirkan ataupun menyesatkan sama ada aliran Salafi, Ashaari ataupun Maturidi.

Jika ada kritikan ilmiah dan bantahan pendapat terhadap pandangan aliran-aliran tersebut itu hanyalah dalam wacana ilmu tanpa pernah ada bukti fatwa Perlis mengafirkan ataupun menyesatkan.

Ya, Syiah memang ditolak di Perlis kerana ia boleh membawa kepada pertumpahan darah, khurafat yang dahsyat dan fitnah sesama Muslim.

Lihat sahaja ceramah anak murid Hasan Saqqaf yang perkataan “kafir”, “murtad”, “anjing” dan segala perkataan jelek tidak lekang di mulutnya.

Tarekat juga tidak diamalkan di Perlis. Ini kerana, ramai golongan tarekat sering terbabit dengan sikap melampau, mengambil kesempatan, khurafat serta merendahkan akal yang waras. Golongan tarekat sering menuduh Perlis Wahabi kerana hal ini.

Perlis menolak segala kelompok estrimis Ashairah, Maturidiah, Salafiah dan selain mereka.

Ekstrimisme tiada tempat di Perlis. Perlis adalah bumi untuk Muslim sederhana. Inilah wasatiyyah yang diamalkan di Perlis.

Sama ada hendak dilihat di sudut pro ataupun kontra, parti kerajaan sentiasa menang besar di Perlis. Di masa Kedah jatuh ke tangan pembangkang, Perlis masih kukuh dengan parti kerajaan Pusat.

Di Perlis, pusat-pusat PAS sering kali kelihatan tidak selari dengan pandangan fatwa Negeri Perlis dalam amalan.

Ertinya, majoriti penyokong kerajaan Pusat adalah dari yang menerima pendekatan Perlis. Hal ini boleh dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza.

Maka, untuk menyatakan aliran Perlis antikerajaan, mungkin kurang tepat.

Jika menyatakan aliran Perlis tegas memberikan pandangan sekalipun berbeza dengan kerajaan pusat, mungkin lebih tepat.

Ada pertubuhan yang dianggotai oleh beberapa orang tarekat menyebut tentang ajaran di Perlis.

Saya melihat kenyataan pertubuhan yang menamakan mereka Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN) melalui pengerusinya iaitu seorang pengamal tarekat Naqsyabandiah Khalidiyah bernama Abd Kareem Said Khadaeid tentang Perlis.

Saya dengan ini menjemput beliau berforum terbuka di Perlis tentang “Bahaya Ekstrimisme Agama” sesuai dengan apa yang beliau sebut.

Saya harap beliau akan membuat kenyataan persetujuan dengan kadar segera. Saya pasti beliau ada bahan yang hendak disampaikan.

Jika alasan beliau kukuh, kita boleh menerima pakainya. Jika tidak, andai beliau sebagai seorang insan yang ada nilai diri beliau wajar membetulkan kenyataannya.

Sekadar Perhatian: Pada 15 November 1984 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan keputusan tarekat Naqsyabandiah Khalidiyyah sebagai sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam).

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN mufti Perlis. Tulisan ini disediakan sebagai reaksi terhadap kenyataan Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN) dibawah lapor MKini.

NGO giatkan lobi anti-Wahabi, hantar memo pada KDN

AMIN

Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN) mendesak kerajaan supaya membanteras fahaman wahabi yang dilihatnya memberi ancaman terhadap keselamatan kepada negara.

Jurucakapnya Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied berkata Wahabi yang dikaitkan dengan ilmuwan Ibnu Taimiyyah tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana menjurus kepada gerakan militan ekstrim seperti Negara Islam (IS).

“Kita sekarang mahu menjaga ketulenan agama kita dan kita mahu supaya mendesak agensi agama yang masih dalam keadaan keliru untuk menghormati desakan ini yang datang dari akar umbi iaitu berasaskan dengan ilmu, fakta sejarah, nas-nas al-Quran dan hadis.

“Kita akan nyatakan perkara ini kepada pelbagai lapisan seperti pihak berwajib, jabatan mufti, jabatan agama pada bulan ini dan juga mengatur mengadap duli tuanku dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Villa Puteri Kuala Lumpur.

Katanya, pihaknya akan menghantar memorandum kepada kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri bagi mengharamkan buku karya Ibu Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahab.

Ia bagi menyenaraikan serta memperbetulkan segala bentuk penyelewengan yang tersasar daripada fahaman Ahli Sunah Waljamaah yang sebenar.

“Kami juga mendesak mengharamkan kitab-kitab karangan mereka dari penerbitan, jualan dan edaran kepada masyarakat termasuk buku karangan mereka mereka yang mengambil fahaman wahabisme,” katanya.

Sebelum ini Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pandangan Ibnu Taimiyyah yang kontroversi sering dirujuk hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Gesa Asri supaya lebih 'beradab'

Sementara itu, gabungan tersebut turut mendesak pihak berwajib supaya mengharamkan penceramah yang dilihat mengajar fahaman Wahabisme dalam apa jua bentuk di negara ini.

Desakan itu turut ditujukan kepada Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang digesa supaya lebih ‘beradab’ dalam memberikan ceramahnya yang dilihat memihak kepada fahaman Wahabi.

Abdul Kareem berkata, Asri seharusnya menghormati Raja-raja Melayu serta tidak memberikan pendapat yang dilihat menjurus kepada fahaman tersebut kerana beliau adalah mufti di negeri itu.

“Agama Islam di tanah Melayu ini kuasanya adalah di tangan sultan kita, bukan di tangan Mufti Perlis. Perlis adalah di bawah Raja Perlis, mufti dia di bawah sultan dia. Kami tidak akan menyentuh Perlis kerana menghormati Raja Perlis.

“Kami minta Mufti Perlis Menghormati mufti-mufti lain. Janganlah pendapat kita nak pakai luar Perlis. Kamu nak sebar pendapat kamu dalam Perlis itu hak kamu, raja kamu membenarkannya itu kami tak nak kacau.

“Kami orang Melayu hormat pada Sultan. Kita bukan Hang Jebat jadi kita minta supaya dia juga hormat pegangan sultan-sultan lain. Beradablah sikit,” tegasnya.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Asri berhubung dakwaan tersebut.

Dalam sidang media selama lebih satu jam itu kelihatan beberapa individu memakai pakaian Melayu lengkap bertanjak bagi menunjukkan penglibatan NGO Melayu dalam gabungan itu.

Gabungan itu terdiri daripada 105 NGO seperti Pertubuhan ASWAJA, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), Veteran Umno, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan Ilmuwan Sunni Malaysia (SUNNI) dan Kumpulan RABITAH lapor Mkini.

BACA INI JUGA:

Sumber: Malaysiakini

3 Perkara Ajaib Dalam Hidup

3 Perkara Ajaib Dalam Hidup

Masa adalah antara banyak perkara yang Allah bersumpah dengannya. Ini membuktikan bahawa masa adalah perkara yang sangat penting namun berapa ramai di kalangan kita yang lalai dan leka dalam menjaga masanya?

3_PERKARA

Masa berlalu dengan sia-sia tanpa dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, akhirnya apabila sudah terlewat, barulah menyesal sehingga meminta untuk diundurkan masa, ibarat kata pepatah, ‘Sudah terhantuk baru hendak terngadah.’

Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak boleh kembali
  • Waktu
  • Kata-kata
  • Kesempatan

Ada 3 perkara yang mampu menghancurkan hidup seseorang
  • Kemarahan
  • Keangkuhan
  • Dendam

Ada 3 perkara yang tidak akan hilang
  • Harapan
  • Keikhlasan
  • Kejujuran

Ada 3 perkara yang paling berharga
  • Kasih sayang
  • Cinta
  • Kebaikan

Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak pernah pasti
  • Kekayaan
  • Kejayaan
  • Mimpi

Ada 3 perkara yang membentuk watak seseorang
  • Komitmen
  • Ketulusan
  • Kerja keras

Ada 3 perkara yang membuat kita berjaya
  • Tekad
  • Kemahuan
  • Fokus

Ada 3 perkara yang tidak pernah kita tahu
  • Rezeki
  • Umur
  • Jodoh

Ada 3 perkara dalam hidup yang pasti
  • Tua
  • Sakit
  • Kematian

Mudah-mudahan dengan beberapa tips ini akan memberikan garis panduan kepada kita semua untuk menjadikan masa yang digunakan lebih berkualiti.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Makan Buah-buahan Ketika Hamil Mampu Melahirkan Bayi Yang Cerdik!

Makan Buah-buahan Ketika Hamil Mampu Melahirkan Bayi Yang Cerdik!

Biasanya individu yang didedahkan dengan manfaat pemakanan ikan ketika hamil dikatakan mampu meningkatkan perkembangan kognitif bayi di dalam kandungan.

Bayi cerdik

Terbaharu, seorang Profesor Pediatrik daripada Universiti Alberta, Kanada, Dr. Piush Mandhane mendapati pengambilan buah-buahan ketika sedang hamil mampu melahirkan bayi yang cerdik.

“Menerusi kajian yang dilakukan terhadap 688 orang wanita hamil mendapati, pengambilan buah-buahan dua kali ganda lebih daripada hidangan yang sepatutnya dapat melahirkan bayi cerdik.

“Bagaimanapun, wanita hamil perlu peka dengan jenis buah-buahan yang diambil kerana pengambilan buah-buahan yang berlebihan seperti pisang mampu mendatangkan kesan sampingan terhadap kesihatan mereka.

“Ini kerana, pada waktu itu wanita hamil berisiko untuk terkena penyakit diabetes atau pertambahan berat badan yang berlebihan sehingga menyukarkan proses kelahiran,” jelasnya.

BACA INI JUGA:

Sumber: Kosmo

Keunikan Aura Klasik Jambatan Golden Gate San Francisco

Keunikan Aura Klasik Jambatan Golden Gate San Francisco

Terkenal dengan sejarah pelombongan emasnya satu ketika dahulu, San Francisco, kota yang berpusat di California, dengan statusnya sebagai sebuah metropolitan sememangnya mempunyai pelbagai keunikan.

Golden Gate

San Francisco menawarkan pelbagai pengalaman gastronomi, seni, budaya dan tarikan pelancongan yang mempesonakan para pengembara dari seluruh dunia.

Sebut apa sahaja, Pulau Alcatraz, Fisherman Wharf, San Franciso Zoo, Chinatown, North Beach, Golden Gate Park, California Academy of Sciences dan sebagainya, semua menjanjikan keistimewaan tersendiri.

Bagaimanapun, kunjungan ke San Francisco seakan tidak sempurna sekiranya tidak melawat salah satu mercu tandanya yang paling terkenal di dunia iaitu Jambatan Golden Gate.

Dibangunkan dalam konteks bandar dan dalam gaya moden berstruktur, jambatan sepanjang hampir tiga kilometer itu menghubungkan kota itu di hujung utara Semenanjung San Francisco ke Marin County merentangi Golden Gate, bukaan Teluk San Francisco dari Lautan Pasifik.

Direka oleh arkitek, Joseph B. Strauss, jambatan itu mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan iaitu dari tahun 1933 hingga 1937 dengan kos sekitar AS$35 juta (RM107 juta).

Mengaplikasikan binaan kerangka logam dan kabel logam sebagai bahan asas binaanya, ia turut diiktiraf sebagai jambatan kabel terpanjang dan tertinggi di dunia sehingga 1964 sebelum diambil alih oleh Jambatan Verrazano-Narrows di New York.

Sebaik siap, jambatan itu pantas mengundang perhatian masyarakat dari seluruh dunia.

Keunikan Jambatan Golden Gate terletak pada dua buah menara unik setinggi 250 meter yang merentanginya di samping penggunaan warna jingga sebagai tema keseluruhan strukturnya yang memukau pandangan mata.

Pada masa yang sama, ia juga diserlahkan dengan keindahan panorama di sekitar jambatan itu yang berlatar belakangkan Lautan Pasifik yang membiru.

Jambatan itu direka dengan spesifikasi keselamatan tinggi dan mampu menampung bebanan sehingga 25 juta kilogram.

Terdapat plaza tol yang disediakan bagi pengguna jalan raya yang ingin merentasi jambatan itu. Menyediakan laluan kenderaan enam lorong, dianggarkan ia dilalui kira-kira 120,000 kenderaan setiap hari.

Di samping kenderaan, jambatan itu juga turut menyediakan laluan pejalan kaki untuk orang ramai dan pengguna basikal di kedua-dua arah.

Biarpun direka untuk menampung berat yang ekstrem, namun satu malapetaka hampir berlaku di atas jambatan itu pada 1987 apabila lebih 400,000 penduduk kota itu berkumpul di atasnya bagi meraikan sambutan ulang tahunnya yang ke-50.

Biarpun tiada tragedi buruk yang berlaku, struktur jambatan yang tiba-tiba bergoyang akibat lebihan muatan dan angin kencang turut mencemaskan orang ramai.

Sejak itu pihak berkuasa tidak lagi mengadakan perhimpunan besar-besaran di atasnya demi keselamatan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Kosmo

Monday, September 19, 2016

Asal-usul Nama California, Tanah Dimana Allahyarham Harun Din Dikebumikan

Asal-usul Nama California, Tanah Dimana Allahyarham Harun Din Dikebumikan

Apa istimewanya California sehinggakan Allahyarham Haron Din mewasiatkan supaya jenazahnya dikebumikan di San Francisco, California?

CALIFORNIA

Mari kita ikuti sedikit kisah bagaimana istimewanya nama California ini.

Setelah empat tahun penantian, pada 22 Jun 2013, umat Islam Amerika Syarikat akhirnya dibenarkan untuk membuka sebuah masjid baru di wilayah California selatan dan merupakan masjid pertama yang di biayai sendiri oleh umat Islam tempatan.

Pengarah Eksekutif Dewan Syura Umat Islam California Selatan, Shakeel Syed mengatakan, Masjid yang dinamakan sebagai Masjid Qubaa itu sebelumnya adalah bekas gereja dengan keluasan 4,180 meter persegi.

Masjid yang berdiri di daerah San Gabriel Valley itu juga dijadikan sebagai pusat Islam (Islamic Center) yang dilengkapi dengan sekolah, tempat menguruskan jenazah, klinik kesihatan dan perpustakaan.

Dengan kos sebanyak 5.5 juta dolar, masjid berwarna pasir gurun ini memiliki kubah marmar biru dan enam menara yang tersergam indah di kawasan perindustrian Rowland Heights.

Masjid ini dihiasi permaidani dari Pakistan dan lampu hiasan dari Dubai dengan sembilan puluh sembilan Asma Allah juga terukir dalam kaligrafi kaca di dalam masjid.

Sebagai tanda terima kasih umat Islam kepada masyarakat kristian yang tidak menentang pembinaan masjid ini, tokoh Muslim di California sering menjalankan aktiviti derma darah, pemberian makanan terhadap fakir miskin, pertemuan antara agama dan kegiatan sosial kemasyarakatan lainnya.

Menurut data laporan terkini, jumlah Masjid di California merupakan yang terbanyak di AS, yakni sekitar 326 buah Masjid. [Sumber]

Tanah Khalifah

Berbicara tentang California, tak banyak yang tahu kosa kata ‘California’ sebenarnya berasal dari istilah dalam Islam. California memiliki akar kata yang dapat diertikan sebagai ‘Tanah Khalifah’.

Keterangan itu bermula pada tahun 1500 ketika seorang penulis Sepanyol Garci Rodríguez de Montalvo menulis sebuah Novel berjudul Las Sergas de Esplandián yang diterbitkan di Sevilla pada July 1510.

Novel yang popular itu adalah mengenai kisah mengenai seorang Ratu pejuang Muslimah yang dikenali dengan nama Ratu Califia.

Nama Califia sendiri berasal dari kosa kata Arab “Khalifah”, yang merupakan sebutan bagi pemimpin dalam sebuah pemerintahan Islam. Kata ‘Khalifah’ diucapkan sebagai “Califa” dalam sebutan bahasa Sepanyol.

Dalam novelnya itu, Montalvo menamakan tempat Ratu itu memerintah itu dengan sebutan “California”, yang bererti “Tanah Califia”.

Ketika orang Sepanyol menjelajahi pantai California pada pertengahan tahun 1500-an, mereka menganggap tanah yang mereka kunjungi itu menyerupai mitos karakter tanah California yang disebutkan dalam novel Montalvo.

Mereka kemudiannya menyebut tanah itu sebagai California dan kerana itulah kemudiannya nama California kekal sehingga ke hari ini.

Ketika ini, California yang terletak di pesisir barat Amerika Syarikat, dengan penduduk paling ramai di Amerika Syarikat. Ibu kotanya adalah Sacramento, yang terletak di Central Valley.

Andai kata California adalah sebuah negara merdeka, ia akan berada dalam rangking ekonomi ke-9 di dunia pada tahun 2012.

Kod singkatan pos di AS-nya adalah CA, manakala singkatan di Associated Press adalah Calif.

California juga merupakan contoh dominan tentang kepelbagaian budaya di Amerika Syarikat dan juga ekonomi negara itu dengan sumbangan besar kepada kerajaan persekutuan dari keuntungan ekonomi yang dijana.

California juga memiliki bandar-bandar besar dan menarik di AS seperti Los Angeles, San Diego dan San Francisco.

Di bahagian tengah dan timur California, Sierra Nevada, juga terletaknya gunung tertinggi di AS, Gunung Whitney dengan ketinggian 4,421m.

Di Sierra Nevada juga ada Taman Negara Yosemite yang sangat terkenal di seluruh dunia.

Di bahagian selatan pula terletaknya Transverse Ranges dan sebuah tasik masin besar, Laut Salton.

Selain itu, juga terdapat gurun tengah-selatan yang disebut Mojave, dan di bahagian timur laut Mojave terletaknya Death Valley, yang merupakan titik terpanas di Amerika Utara. [mzf/bbs]

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Kisah Ustaz Harun Din Dan Pemuda Yang Masuk Islam

Kisah Ustaz Harun Din Dan Pemuda Yang Masuk Islam

Pelanggan yang datang ke bank tempat kerjanya hari ini luar biasa ramai. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Ustaz Harun Din
Bukan gambar sebenar seperti dalam kisah ini.

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih.

Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya.

Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan! Dia menukar pula kepada siaran TV1.

Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut.

Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan, "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya.

Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri.

Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard!

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut.

Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu yang boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.

Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab.

Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat.

Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut kian kendur.

Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu.

Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal.

Lelaki ini mengingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya.

Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam.

Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri.

Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam.

Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya.

Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam.

Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan bahawa, hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab, "Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini. Kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain.

"Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah.

"Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal.

Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam.

Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk menerima Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya kenapa ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut, "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam.

"Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama.

"Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."

"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu.

"Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya.

Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini.

Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi.

Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata.

"Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu belasan tahun dahulu, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu.

"Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

BACA INI JUGA:

Sumber: Halaqah

Sunday, September 18, 2016

10 Bandar Paling Bahaya Diseluruh Dunia 2016

10 Bandar Paling Bahaya Diseluruh Dunia 2016

Terdapat banyak bandar popular di dunia dikenal pasti sebagai lokasi paling berbahaya disebabkan oleh kadar peningkatan jenayah yang tinggi.

Berikut merupakan senarai bandar-bandar paling bahaya di dunia seperti disenaraikan oleh cheatsheet.com:

10. St. Louis, USA

St. Louis, USA

St. Louis adalah bandar yang paling merbahaya di Amerika Syarikat dan walaupun dikatakan jauh lebih selamat berbanding bandar-bandar lain di Amerika Tengah, ia masih berdepan dengan isu-isu yang serius.

St. Louis telah berdepan dengan isu keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh, rusuhan di Ferguson merupakan antara keganasan yang berlaku di sana.

9. Guatemala City, Guatemala

Guatemala City

Guatemala mempunyai banyak masalah seperti jirannya, El Salvador dan Honduras dengan kegiatan kumpulan pengganas, pengedaran dadah dan kemiskinan merupakan punca mengapa banyak pihak melarikan diri daripada bandar ini.

Walaupun ia merupakan bandar yang indah dan mempunyai sejarah tersendiri, namun jenayah dan keganasan yang sering kali berlaku di sana menyebabkan pelancong tidak berani untuk berkunjung.

8. Acapulco, Mexico

Acapulco

Suatu masa dahulu, Acapulco merupakan lokasi tarikan pelancong yang mempunyai pemandangan pantai serta air laut yang cantik.

Namun begitu, bandar berkenaan kini tidak lagi seperti dahulu apabila sering kali dilanda keganasan dan membahayakan pelancong yang datang.

Tentera Mexico terpaksa dipanggil bagi membantu menenangkan keadaan sekiranya berlaku keadaan tidak diingini.

7. Caracas, Venezuela

Caracas

Caracas merupakan bandar yang mempunyai banyak kumpulan terlibat dengan aktiviti keganasan dan difahamkan seramai 24,000 orang telah dibunuh di Venezuela pada tahun 2014.

Bandar ini berada di bawah aktiviti harian kartel dadah dan samun bersenjata. Rakyat dan pengunjung perlu sentiasa berwaspada tidak kira dimana kawasan yang mereka lawati.

Jika anda mahu untuk melawat Caracas, pastikan anda tidak pergi ke bandar seorang diri.

6. Baghdad, Iraq

Baghdad

Baghdad adalah ibu negara Iraq dan mempunyai populasi yang dianggarkan seramai 7,000,000 orang. Selain itu, ia merupakan bandar raya terbesar di Iraq.

Seperti Kabul, Baghdad masih lagi di ambang perang dan dianggap tidak selamat untuk pelancong.

5. Kabul, Afghanistan

Kabul

Kabul, Afghanistan merupakan antara lokasi yang bukannya menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia selepas bandar dan negara ini turut dikaitkan dengan serangan 11 September sehingga menyebabkan kuasa-kuasa seperti Taliban dan Amerika Syarikat telah menduduki kawasan luar bandar tersebut.

Selain itu, dengan kewujudan ISIS, ia telah menimbulkan lagi ketegangan di Iran dan Afghanistan.

4. San Salvador, El Salvador

San Salvador

EL Salvador terkenal dengan jolokan merbahaya berikutan mempunyai beberapa kumpulan ganas dan ditakuti seluruh dunia seperti MS-13.

Disebabkan oleh masalah kumpulan pengganas ini, ramai pihak telah melarikan diri ke utara untuk mencari perlindungan di samping menggelakkan diri daripada masalah kemiskinan di negara berkenaan.

3. Cape Town, South Africa

Cape Town Criminal

Cape Town merupakan kota kedua terpadat di Afrika Selatan dan selain daripada serangan jerung, kegiatan jenayah juga merupakan antara masalah terbesar di sini.

Pergaduhan dan pertempuran sesama kumpulan merupakan penyebab utama Cape Town menjadi bandar paling merbahaya di Afrika.

Namun begitu, walaupun Cape Town mempunyai beberapa bahagian yang menakutkan, lokasi pelancongan di sini kebiasaannya terhindar daripada sebarang jenayah.

2. Rio de Janeiro, Brazil

Rio de Janeiro

Walaupun Brazil gah dengan penganjuran sukan Olimpik Rio 2016, namun bandar ini sebenarnya merupakan antara lokasi yang bermasalah.

Rio dipengaruhi oleh keganasan malah turut mengundang bahaya kepada para pelancong dan untuk kekal selamat di sini, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau dadah yang dijual serta sentiasa elakkan untuk berada di bawah pengaruh dadah.

Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak mempamerkan alatan mereka seperti telefon pintar dan tablet.

1. San Pedro Sula, Honduras

San Pedro Sula Criminal

San Pedro Sula yang terletak di bahagian utara Honduras merupakan bandar yang paling ganas serta berbahaya di dunia.

Bandar yang dikenali sebagai ‘pembunuh ibu kota dunia’ ini telah menjadi bandar paling ganas dipercayai berpunca daripada aktiviti perdagangan dadah serta kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang berjuang demi kuasa.

Selain itu, gejala rasuah turut memainkan peranan utama dalam negara ini dan ramai penduduk telah melarikan diri dari bandar ini berikutan daripada faktor kemiskinan yang membelenggu masyarakat setempat.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH

Bagaimana Minda Seorang Yang Selalu Gagal Berfungsi?

Bagaimana Minda Seorang Yang Selalu Gagal Berfungsi?

Apakah rahsia di sebalik setiap kejayaan? Apakah ciri-ciri yang membuat seseorang itu berjaya? Dan apakah ciri-ciri ini bertentangan dengan ciri-ciri seseorang yang gagal?

Kejayaan

Tahukah anda bagaimana seseorang mampu berjaya dalam hidup, iaitu gagal terlebih dahulu dalam hidup mereka!

Mari kita hayati ringkasan kata-kata nasihat tentang seorang yang berjaya vs seorang yang gagal.

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat.
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi.

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”.
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”.

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah.
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan.

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”.
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”.

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”.
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”.

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen.
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji.

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita.
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha.

Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”.
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”.

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah.
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang.

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi.
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi.

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya.
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya.

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan.
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Panduanpercuma

Saturday, September 17, 2016

Lelaki Dedahkan Saat Ngeri Dan Menakutkan Implan Bibir ‘Meletup’

Lelaki Dedahkan Saat Ngeri Dan Menakutkan Implan Bibir ‘Meletup’

Henry, 20, dari Wells-Next-To-Sea, Norfolk, yang ketagih untuk membesarkan bibirnya, terkejut apabila bibir yang telah disuntik dengan implan tiba-tiba pecah dan mengeluarkan darah serta nanah.

Henry lips ‘explode’

Henry berkata dia mengalami ketagihan untuk membesarkan bibir dan melakukannya beberapa bulan sekali kerana dia gembira dengan bibir besar yang dimilikinya melalui suntikan implan.

Ketika menceritakan pengalaman menakutkan itu, Henry berkata ketika bibir tersebut `meletup’, dia sedang membeli telefon bimbit di sebuah kedai.

Henry lips ‘explode’ [2]

“Saya sedang memilih telefon bimbit apabila saya merasakan bibir saya tiba-tiba membengkak dan ia kemudiannya meletup, menyebabkan darah dan nanah menitik ke atas telefon bimbit berkenaan.

“Penjual telefon berkenaan terkedu melihat keadaan tersebut,’’ katanya ketika muncul dalam siri televisyen E4 bertajuk Body Fixers. Henry berharap pakar-pakar dapat membantunya.

Henry

Pakar aesthetic, Dr Esho berkata Henry perlu menjalani pembedahan untuk membuang implan dibibirnya bagi menghalang bibir berkenaan daripada jangkitan.

“Kes Henry ini mungkin salah satu kes paling buruk pernah saya kendalikan di mana bibir mengalami jangkitan.

Henry

"Malah, ketika dia dibawa ke rancangan ini, saya terus memberitahu dia perlu dibawa ke bilik bedah,’’ kata Dr. Esho.

BACA INI JUGA: Ngeri! Implan Payudara Tersembul Keluar

Sumber: Mynewshub