Saturday, September 17, 2016

Mengapa Takut Miskin Jika Ramai Anak?

Mengapa Takut Miskin Jika Ramai Anak?

Suatu ketika dulu, heboh berita seorang ibu di Bandung, Indonesia, membunuh anaknya yang berusia 4 tahun sebelum membunuh dirinya sendiri.

Ramai anak
Gambar hiasan.

Sangat menyedihkan dan membuatkan kita prihatin, kerana setumpuk masalah, dia memilih mengakhiri hidup mereka berdua.

Tidak tahan menanggung himpitan ekonomi dan ditambah masalah dalam rumahtangga adalah puncanya, selepas penemuan sepucuk nota yang ditinggalkan.

Ternyata, beban ekonomi yang tidak mampu ditanggung oleh seseorang boleh melahirkan aksi nekad.

Memang menyedihkan tapi demikianlah sebuah gambaran kemiskinan yang melahirkan perbuatan salah dengan mengakhiri nyawa sendiri.

Fakta begini seharusnya menampar muka pihak berkuasa untuk lebih bertanggungjawab membantu rakyat yang miskin.

Perbuatan ini mengingatkan kita pada kebiasaan orang-orang Jahiliyah yang begitu mudah membunuh anak-anak perempuan mereka.

Ini kerana kononnya melahirkan anak perempuan dianggap sial, lambang kelemahan dan kehinaan.

Dan sekarang ini, sering kita mendengar ramai ibu bapa yang takut miskin lantaran anak dianggap sebagai beban.

Malah, ketakutan itu seakan bertumpuk-tumpuk, takut miskin kerana waktunya dihabiskan untuk mengurus anak, kebebasannya terkongkong dan sebagainya.

Lalu, aksi menyayat hati yang dipilih oleh pelaku itulah yang dianggapnya sebagai jalan penyelesaian keluar dari kemiskinan.

Allah SWT berfirman, "Dan janganlah kamu sekalian membunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka." Surah Al-An'am ayat 151

Inilah jajni Allah SWT bahawa setiap yang diciptakan telah ditetapkan jaminan kehidupannya termasuk rezeki.

Hanya bagaimana usaha manusia menggunakan akalnya untuk menjemput rezeki yang semuanya telah terhampar.

Kerana itulah Allah melarang kita dari berputus-asa kerana tidak tahan dengan kemiskinan.

Oleh itu, betapa sukar mana pun kehidupan, janganlah kita lari dari kenyataan, apatah lagi sampai membunuh diri.

Agama mengajarkan kita selalu bersikap yakin saat menghadapi masalahdan seorang Muslim tidak boleh diam, melainkan harus berjuang.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Cara Mengesan Virus Tanpa Menggunakan Perisian Antivirus Di Komputer

Cara Mengesan Virus Tanpa Menggunakan Perisian Antivirus Di Komputer

Komputer anda selalu diserang Virus walaupun sudah di lindungi dengan Antivirus? Pasti ianya sangat menjengkelkan.

Virus komputer

Bagi anda yang ingin mengetahui sama ada wujudnya virus atau tidak di komputer, kali ini saya akan memberikan tips serta cara bagaimana untuk memeriksa VIRUS tanpa menggunakan perisian antivirus di komputer anda.

Berikut adalah caranya:

1. Buka command prompt dengan cara Start -> Run -> cmd

Command prompt

Secara default, lokasi akan berada di C: \ Documents and settings \ nama_user, jadi anda perlu memindahkan terlebih dahulu ke folder System32.

2. Klikkan "cd c: \ windows \ system32" seperti pada gambar.

System32

Tekan enter untuk masuk ke folder System32.

3. Taip "setup" dan tekan enter.

4. Jika muncul paparan seperti gambar berikut yang ada amaran "Please go to the Control Panel to install and configure system components."

Windows XP Setup

Ini maksudnya komputer anda bebas dari virus, tapi jika komputer anda "hang" atau "restart" itu tandanya ada virus di dalam komputer anda.

BACA INI JUGA:

Sumber: klikedukasi

Apa Itu  Buta Warna Dan Jenis-jenisnya

Apa Itu Buta Warna Dan Jenis-jenisnya

Buta warna adalah adalah ketidakmampuan seseorang mengenali warna dengan cara biasa, sama ada satu atau pun semua warna.

Blind+Color+Test

Penyebab buta warna adalah kurangnya atau tidak adanya pigmen pada sel di lapisan retina mata dan pigmen inilah yang memungkinkan setiap manusia mengenali warna.

Bila seseorang kekurangan atau tidak memiliki pigmen ini, maka inilah yang disebut dengan buta warna. Inilah yang dimaksudkan dengan pengertian buta warna.

Buta warna yang seringkali berlaku adalah kekurangan pigmen merah dan hijau. Akibatnya, seseorang akan mengalami kesukaran untuk mengenali warna merah dan hijau atau campurannya.

Begitu juga yang berlaku apabila kekurangan pigmen warna biru dan kuning, penghidap akan mengalami kesukaran mengenal pasti warna-warna tersebut dan campurannya.

Pada umumnya, penderita buta warna biru dan kuning biasanya turut mengalami masalah mengenali warna merah dan hijau.

Jenis-jenis buta warna

Dalam dunia perubatan, buta warna terbahagi kepada 3 jenis kategori iaitu:

1. Trikromasi

Penghidap buta warna jenis ini biasanya disebabkan oleh perubahan sensiviti warna dari satu jenis atau lebih cone cell di dalam retina mata.

Apabila terjadi kelemahan pada warna biru disebut dengan tritanomali. Buta warna inilah yang kerap kali berlaku.

Buta pada warna merah disebut sebagai protranomali, manakala deutromali adalah buta pada warna hijau.

2. Dikromasi

Penghidap buta warna jenis ini adalah penghidap yang dalam keadaan satu daripada tiga cone cell tidak ada. Klasifikasi buta warna pada jenis ini adalah protanopia, deuteranopia, tritanopia.

Protanopia adalah apabila cone cell warna merah tidak ada lalu mempengaruhi pengenalan warna merah atau kecerahannya menjadi kurang.

Deuteranopia adalah apabila retina tidak memiliki cone cell yang peka terhadap warna hijau.

Tripanopia adalah apabila sel warna cone cell warna biru tidak ditemui.

3. Monokromasi

Penghidap buta warna jenis ini akan mengalami hilang atau berkurangnya semua penglihatan warna sehingga yang kelihatan hanyalah warna putih dan hitam pada jenis warna typical dan sedikit warna pada jenis atypical.

Biasanya tidak ramai yang mengalami buta warna jenis ini.

Ujian Buta Warna

Kita boleh mengesan dan mengetahui seseorang mengidap masalah buta warna dengan cara melakukan ujian Ishihara atau dengan melakukan ujian buta warna (colorblind test).

Ujian dilakukan dengan seseorang disuruh untuk melihat sekumpulan angka berwarna yang sudah disusun seperti gambar diatas.

Bila seseorang itu gagal menyebutkan angka yang tertera dalam buku ujian tersebut, maka seseorang itu dikatakan mengalami penyakit atau buta warna.

BACA INI JUGA:

sumber: panduanpercuma

Friday, September 16, 2016

Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?

Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?

Realiti masa kini membuktikan bahawa fahaman Wahabi sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang berada dalam pelbagai lapisan dan latarbelakang.

Aliran Wahabi

Apa Dan Kenapa Wahabi?

Apakah fahaman Wahabi? Jawapannya mudah sahaja, "Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat".

Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam? Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:

Pertama:

Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin.

Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama.

Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.

Kedua:

Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan "fardhu ain", kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah.

Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari'at kepada manusia.

Ketiga:

Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen.

Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Usaha tajdid memberi nafas baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah SAW.

Keempat:

Fahaman Wahabi menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu' dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu' dalam kapal terbang.

Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya.

Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.

Kelima:

Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai'ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam.

Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya.

Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah.

Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.

Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?

Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela.

Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.

Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang tulen.

Terkecuali adalah nama "Wahabi" yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini.

Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:

Sebab Pertama:

Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut.

Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

Pertama:

Adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat.

Kedua:

Adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat.

Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut.

Helah tersebut adalah, "Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah."

Sebab Kedua:

Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin dari pelbagai latarbelakang.

Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah lain yang semakin lengang sehingga akhirnya dibatalkan oleh pihak penganjur.

Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

Pertama:

Adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin.

Kedua:

Adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan.

Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan.

Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata, "Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat."

Siapa Yang Sebenarnya Salah?

Diharapkan melalui penjelasan yang ringkas di atas, para pembaca sekalian dapat mengetahui kisah sebenar di sebalik gelaran atau tuduhan "Wahabi".

Tidak percaya? Cubalah mengkaji salah satu dari kitab Mazhab asy-Syafi'e yang muktabar dan pilih satu hukum atau amalan yang berbeza dari kebiasaan masyarakat. Nescaya anda akan dituduh "Wahabi" sekalipun rujukan anda ialah kitab muktabar Mazhab asy-Syafi'e.

Di sini ingin saya tambah, bahawa yang tidak benar bukan sekadar tuduhan "Wahabi", tetapi sikap orang yang menuduh itu sendiri adalah tidak benar.

Ini kerana Islam melarang umatnya daripada tuduh-menuduh, cemoh-mencemuh dan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak baik. Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

"Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." [al-Hujurat 49:11]

Akhir kata, apabila anda mendengar seseorang berkata, "Si fulan Wahabi", "Kumpulan itu Wahabi", "Ini majalah Wahabi" atau apa-apa tuduhan seumpama, maka ketahuilah bahawa kesalahan tidak terletak pada yang dituduh tetapi pada yang menuduh.

BACA INI JUGA: Aliran Wahabi Bukan Ajaran Sesat?

Sumber: Panduanpercuma

Ayat-ayat 'Hitam' Dalam Kitab Talmud Yahudi

Ayat-ayat 'Hitam' Dalam Kitab Talmud Yahudi

Talmud merupakan kitab suci Zionis-Yahudi di seluruh dunia dan semua tindak-tanduk Zionis-Israel adalah merujuk kepada ayat-ayat Talmudisme.

Talmud

Texe Marrs, seorang penyiasat bebas Amerika Syarikat yang telah menyiasat perkembangan salasilah Bush selama enam tahun membuktikan bahawa keluarga Bush, termasuk bekas Presiden AS George W. Bush, merupakan keluarga yang sangat taat mempelajari Talmud.

"Legasi Bush adalah Yahudi dan mereka menjadikan Talmud sebagai kitab sucinya. Adalah satu kesilapan besar jika ada yang menyangka mereka merupakan keluarga Kristian.

"Mereka memperkudakan kekristianan untuk menipu warga Kristian diseluruh dunia, walhal mereka merupakan keluarga Talmud yang taat," menurut Texe Marrs.

Kita sudah tentu banyak mendengar tentang Talmud, namun belum banyak yang mengetahui kandungan ayat-ayatnya.

Berikut dipaparkan sejumlah ayat-ayat Talmud yang menjadi dasar segala tindak-tanduk Zionis terhadap orang-orang bukan Yahudi (Ghoyim atau Gentilles) dan darinya anda akan "memahami" mengapa kaum Zionis selalu mahu menang, selalu mengkhianati perjanjian dan sebagainya.

Inilah ayat-ayat suci mereka.

"Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang bukan Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang." (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

"Orang-orang bukan Yahudi diciptakan sebagai hamba untuk melayani orang-orang Yahudi." (Midrasch Talpioth 225)

"Angka kelahiran orang-orang bukan Yahudi harus ditekan sekecil mungkin." (Zohar II, 4b)

"Orang-orang bukan Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit." (Orach Chaiim 57, 6a)

"Tuhan (Yahweh) tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya (marah) kepada orang-orang bukan Yahudi." (Talmud IV / 8 / 4a)

"Di mana saja mereka (orang-orang Yahudi) berkumpul, mereka akan menjadi pembantu raja-raja." (Sanhedrin 104a)

"Terhadap seorang bukan Yahudi tidak menjadikan orang Yahudi berzina. Boleh dijatuhkan hukuman bagi orang Yahudi hanya bila berzina dengan Yahudi lain iaitu isteri seorang Yahudi. Isteri bukan Yahudi tidak termasuk." (Talmud IV / 4 / 52b)

"Tidak ada isteri bagi bukan Yahudi, mereka sesungguhnya bukan isterinya." (Talmud IV / 4/81 dan 82ab)

"Orang-orang Yahudi harus selalu berusaha untuk menipu daya orang-orang bukan Yahudi." (Zohar I, 168a)

"Jika dua orang Yahudi menipu orang bukan Yahudi, mereka harus membahagikan keuntungannya." (Choschen Ham 183, 7)

"Tetaplah terus berjual beli dengan orang-orang bukan Yahudi, jika mereka perlu membayar wang untuk itu." (Abhodah Zarah 2a T)

"Tanah orang bukan Yahudi, kepunyaan orang Yahudi yang pertama kali menggunakannya." (Babba Bathra 54b)

"Setiap orang Yahudi boleh menggunakan pembohongan dan sumpah palsu untuk membawa seorang bukan Yahudi kepada kejatuhan." (Babha Kama 113a)

"Pemilikan orang bukan Yahudi seperti padang pasir yang tidak dimiliki; dan semua orang (setiap Yahudi) yang merampasnya, bererti telah memilikinya." (Talmud IV / 3 / 54b)

"Orang Yahudi boleh mengeksploitasi kesalahan orang bukan Yahudi dan menipunya." (Talmud IV / 1 / 113b)

"Orang Yahudi boleh mempraktikkan riba terhadap orang bukan Yahudi." (Talmud IV / 2 / 70b)

"Ketika Messiah (Raja Yahudi Terakhir atau Ratu Adil) muncul, semuanya akan menjadi orang suruhan Yahudi." (Erubin 43b)

Inilah sebahagian kecil dari ayat-ayat hitam Talmud dan inilah landasan ideologi kaum Zionis dalam hidupnya.

Setiap hari Sabtu yang dianggap suci (Shabbath), mereka Talmud sepanjang hari dan mengkaji ayat-ayat di atas. Mereka menganggap Yahudi sebagai bangsa yang satu-satunya berhak disebut manusia.

Sedangkan bangsa di luar Yahudi mereka anggap sebagai binatang, termasuk orang-orang liberalis yang melayani kepentingan kaum Zionis.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

Sumber: Detikislam

Keajaiban Al-Qur'an Mengatasi Logik Akal

Keajaiban Al-Qur'an Mengatasi Logik Akal

Dalam keadaan marah, Umar al-Khattab menuju ke rumah adiknya. Dia mendengar dan mengamati dari luar rumah, kalimah dan ayat yang dialun begitu tersusun indah.

ajaibnya al-qur'an

Belum pernah didengari bait-bait seperti itu yang begitu memukau pendengaran, dengan maknanya yang mendalam membuat hati pasrah. Lalu bayu keinsafan mula menerjah, hatinya bersinar tersuluh hidayah.

Keajaiban al-Qur'an bukan sahaja terkandung pada maknanya, malah ketelitian susun atur ayatnya mengalahkan pakar bahasa dan penyair yang masyhur pada zamannya.

Sejak dahulu lagi, ancaman untuk mengatasi keunggulan al-Qur'an telah muncul, namun tiada hasil yang ditemui selain kehampaan yang berterusan. Pernah dicuba untuk ditandingi, namun tiada hasil sehingga kini.

Era modenisasi juga tidak terkecuali daripada cubaan anasir-anasir yang tidak pernah berputus asa untuk meragut keaslian dan menconteng kemurnian khazanah al-Qur'an.

Percubaan demi percubaan untuk mengelirukan umat Islam dengan ayat-ayat dan surah-surah palsu tidak pernah padam.

Namun, al-Qur'an sebagai satu mukjizat maknawi dilindungi dengan penuh keajaiban. Pasti tiada versi palsu yang berlegar di pasaran selepas penerbitan tanpa gagal dikesan.

Dari segi sejarahnya, al-Qur'an yang merupakan lembaran-lembaran ayat, telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun sejak Baginda mula dilantik menjadi rasul.

Bermula dengan ayat dari surah al-Alaq, disusuli dengan ayat-ayat dari surah al-Muzzammil, yang menjadi watikah pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah, al-Qur'an tetap sebagaimana wajahnya yang asal.

Yang membezakannya mungkin dari segi penampilannya sahaja. Jika dahulu ia terkandung dalam dada para sahabat, ia kemudiannya ditulis di atas pelepah pohon kayu dan kulit kambing.

Inisiatif pada zaman Saidina Uthman Ibni Affan yang telah menyatukannya dalam bentuk mashaf merupakan kesinambungan ke arah memastikan mesej dakwah sampai sehingga ke generasi akhir zaman.

Tiada satu pun karangan bahkan kitab-kitab Nabi terdahulu yang dapat mengekalkan bentuknya sebagaimana versi asal, seperti ajaibnya kalamullah, al-Qur'an.

Menghafal keseluruhan suatu buku yang mengandungi 30 bab atau mungkin salah satu babnya sahaja adalah mustahil bagi kebanyakan manusia.

Apatah lagi untuk mencari sebilangan manusia dari pelosok benua yang berlainan, yang mampu menghafal lebih daripada 6,000 ayat yang kebanyakannya adalah dalam bukan bahasa ibunda mereka, dalam keadaan tiada berbeza antara versi seorang dengan seorang yang lain walau sedikit pun.

Logik akalnya memang begitu, namun keajaiban al-Qur'an membuktikan bahawa ia mampu berada dalam kotak ingatan manusia, tanpa mengira batas usia, warna kulit, merentasi sempadan bangsa dan budaya.

Keajaiban kandungannya juga tidak mampu dinafikan oleh siapa jua daripada golongan manusia yang berakal. Kemampuannya melakar dengan jelas peristiwa sejarah, menukil dengan terperinci peristiwa semasa dan membentangkan agenda yang akan berlaku pada masa hadapan cukup menakjubkan.

Perjalanan hidup manusia atau lebih tepat lagi setiap makhluk seisi alam telah diceritakan satu persatu dengan jelas bermula sejak zaman sebelum penciptaan Nabi Adam lagi sehinggalah ke destinasi terakhir pada alam yang muktamad iaitu syurga dan neraka.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kehidupan kita sudah cukup menyediakan dalil aqli yang membuktikan kebenaran ayat-ayat al-Qur'an.

Mempelajari kisah-kisah sejarah di dalam al-Qur'an bukan sahaja akan memberikan kita gambaran mutiara teladan daripada sirah para Nabi yang terdahulu bahkan melakarkan dengan jelas apakah akibat yang menimpa golongan kafir dan musyrikin jika menentang perintah Ilahi.

Kisah Nabi Musa yang bermusafir sambil belajar daripada Nabi Khidir menukilkan adab-adab ketika berguru, yang kebanyakannya amat praktikal jika diamalkan dalam kehidupan semasa.

Contohnya, kita sewajarnya memberi perhatian yang penuh sewaktu belajar, bertanya guru pada masa yang sesuai, menilai sesuatu bukan pada zahirnya sahaja, tidak mudah jemu dan sanggup menerima teguran dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

Nilai-nilai murni yang ditunjukkan dalam banyak lagi kisah teladan para Nabi dan solihin boleh diterapkan dan amat bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan kita seharian.

Al-Qur'an juga tidak ketinggalan bahkan mendahului dalam perkembangan isu-isu semasa. Kepesatan pembangunan sains dan teknologi seolah-olah menyingkap rahsiarahsia al-Quran selama ini.

Dalam bidang perubatan misalnya, perkembangan janin dalam uterus telah diungkapkan dengan teratur peringkat demi peringkat di dalam al-Qur'an walaupun penggunaan mesin pengimbas ultrabunyi belum lagi diperkenalkan.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang lalu tulang belulang itu Kami bungkus daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allahlah, Pencipta yang paling baik." Surah al-Mu'minuun, ayat 12-14.

Sungguhpun jelas di dalam al-Qur'an diterangkan tentang peringkat-peringkat kejadian manusia ini, hanya sekitar tahun 1940-an sahaja para pengkaji dalam bidang embriologi manusia berjaya mencadangkan wujudnya beberapa peringkat dalam perkembangan janin manusia.

Hanya beberapa tahun kebelakangan ini teori-teori itu telah diterima pakai setelah sains perubatan berjaya membuktikannya.

Penemuan ilustrasi yang padat dan jelas berkenaan peringkat hidup janin manusia itu merupakan suatu petunjuk yang tidak dapat disangkal bahawa al-Qur'an sememangnya keterangan yang ajaib, yang mendahului penemuan manusia secara saintifik.

Hakikat ini telah diakui oleh seorang profesor dalam bidang anatomi manusia, Prof. Moore yang antaranya menyatakan bahawa keterangan secara terperinci itu pasti datangnya daripada Tuhan dan bukannya karangan manusia, yang telah menurunkannya kepada Nabi Muhammad SAW kerana sains perubatan manusia hanya dapat membuktikannya hanya beberapa abad selepas turunnya al-Quran.

Al-Qur'an juga telah memberi suntikan idea dalam perkembangan kajian-kajian baru sebagai contohnya penggunaan madu dalam bidang perubatan bagi menyembuhkan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh melawan jangkitan.

Aplikasi kekuatan besi dalam struktur binaan juga telah diinspirasikan melalui salah satu daripada ayat-ayat al-Qur'an, sebagaiamana firman Allah SWT dalam surah al-Hadid ayat 25 yang bermaksud, "Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai-bagai manfaat bagi manusia…"

Selain itu, penerangan al-Qur'an tentang peredaran bulan dan matahari telah dijadikan sebagai asas perkiraan masa untuk kalendar yang digunakan sehingga ke hari ini.

Ilmu astronomi, yang suatu masa dahulu dipelopori oleh ilmuwan Islam sebenarnya berputik daripada rasa ingin tahu yang tercetus hasil penerangan-penerangan tentang angkasa lepas di dalam al-Quran.

Tidak terbatas pada teori-teori sahaja, cetusan idea daripada ayat al-Quran telah memberi banyak ilham dan motivasi kepada para pengkaji untuk mencuba kaedah atau penciptaan baru.

Tidak mustahil jika dinyatakan bahawa idea untuk mencipta bom mungkin diambil daripada peristiwa burung ababil yang melontarkan batu-batu api ke atas tentera bergajah Abrahah dan reka bentuk terowong dasar laut diambil daripada peristiwa Nabi Musa a.s. membelah laut.

Proses kejadian alam yang lain seperti hujan dan kemarau, pertemuan laut dan sungai, kitar hidup tumbuh-tumbuhan dan perumpamaan melibatkan haiwan bermula daripada sekecil-kecil nyamuk dan semut sehinggalah kepada lembu dan keldai cukup menakjubkan dan cukup jumlahnya untuk mengetuk hati yang tulus ikhlas menerima hidayah.

Berdasarkan penjelasan mengenai peristiwa sejarah serta kesahihan pembuktian peristiwa semasa, amat wajarlah kita meyakini akan ramalan-ramalan atau lebih tepat lagi petunjuk awal yang diceritakan berkenaan dengan peristiwa yang bakal berlaku pada masa akan datang.

Sesungguhnya al-Qur'an sarat dengan seribu satu keajaiban dan hanya keterbatasan akal manusia yang cetek sahaja membuatkan hanya sedikit daripada mutiara ilmunya yang dapat dicungkil.

BACA INI JUGA:

Sumber: Panduanpercuma

Apa Hak Filipina Untuk Menuntut Sabah? Adakah Tuntutan Sah Dibawah Undang-undang Antarabangsa?

Apa Hak Filipina Untuk Menuntut Sabah? Adakah Tuntutan Sah Dibawah Undang-undang Antarabangsa?

Sabah, atau nama zaman penjajahannya, Borneo Utara, pernah menjadi wilayah jajahan Kesultanan Brunei. Pada tahun 1658, Sultan Brunei menyerahkan Sabah kepada Sultan Sulu atas jasa kerajaan tersebut membendung perang saudara yang meletus di Brunei pada ketika itu.

Sabah

Sewaktu zaman keemasannya pada akhir kurun ke 17 sehingga ke 18, pengaruh Kesultanan Sulu tersebar luas meliputi wilayah moden Sabah dan selatan Filipina.

Kedatangan penjajah Barat telah menghakis pengaruh Kesultanan Sulu secara perlahan-lahan.

Apabila Filipina jatuh ke tangan penjajah Sepanyol, British telah mengambil inisiatif untuk berkuasa di Sabah.

Pihak Amerika telah menghapuskan kedaulatan politik kesultanan Sulu melalui Perjanjian Carpenter ditandatangani pada 22 Mac 1915.

Sabah dan Kesultanan Sulu

Pada 22 Januari 1878, suatu perjanjian telah ditandatangani di antara Sultan Sulu dan dua agen British, Alfred Dent dan Baron von Overback (berkebangsaan Jerman), perjanjian yang telah menyerahkan atau ‘menyewakan selama-lamanya’ Borneo Utara kepada British, dengan pulangan pembayaran sebanyak 5, 000 dolar Malaya setahun kepada Sultan Sulu.

Pembayaran ini telah ditingkatkan kepada 5, 300 dolar Malaya apabila wilayah yang diserahkan meliputi pulau-pulau persisiran Borneo Utara dari Pulau Banggi ke Teluk Sibuku.

Setelah itu, Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) mentadbir Sabah sehingga 1941.

Sabah seterusnya dijadikan sebahagian dari Empayar Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Sabah telah dijadikan koloni mahkota British sehingga kemerdekaan Sabah di dalam Malaysia pada tahun 1963.

Filipina telah memulakan tuntutan ke atas Sabah pada tahun 1963 tetapi bersetuju pada tahun 1977 untuk tidak meneruskannya.

Walau bagaimanapun, bakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah dilaporkan untuk meneruskan hasrat tuntutan ke atas Negeri di bawah Bayu ini berdasarkan pertalian tradisi Sabah dengan Kesultanan Sulu yang telah dihapuskan tersebut.

Tidak jelas sama ada Filipina akan meneruskan usaha tuntutan ini menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atau tidak.

Undang-undang Antarbangsa

Undang-undang antarbangsa menetapkan beberapa cara bagi sesebuah negara untuk mendapatkan wilayah secara sah, antaranya, menerusi penjajahan, preskripsi dan serahan.

Penjajahan merupakan kaedah pemilikan wilayah yang diiktiraf di masa lalu tetapi telahpun dianggap kini sebagai tidak sah setelah Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil tempat pada tahun 1945.

Oleh itu, kaedah pemilikan wilayah yang berkaitan secara langsung dengan Sabah adalah menerusi kaedah serahan dan preskripsi.

Sesebuah negara boleh mendapatkan kedaulatan ke atas mana-mana wilayah sekiranya kedaulatan ke atasnya ditukarkan atau diserahkan oleh sesebuah negara ke negara yang lain.

Sabah telah diserahkan kepada British oleh Kesultanan Sulu pada 1878, dan akhirnya kepada Malaysia pada tahun 1963 apabila Persekutuan Malaysia dibentuk hasil gabungan koloni-koloni British iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Negara Malaya yang berdaulat.

Di bawah undang-undang antarabangsa, preskripsi merujuk kepada pemerolehan kedaulatan menerusi pengamalan kedaulatan yang sebenar dan ianya dikekalkan untuk jangka masa yang munasabah.

Malaysia telah, sejak 1963, mentadbir Sabah tanpa sebarang bantahan berterusan oleh negara-negara anggota PBB.

Pemerolehan kedaulatan Malaysia ke atas Sabah adalah berbeza dengan apa yang berlaku di antara Indonesia dan Timor-Leste.

Indonesia telah menjajah Timor-Leste pada tahun 1975. Akibat bantahan berterusan dari masyarakat antarabangsa dan rakyat Timor-Leste sendiri, Timor-Leste (menerusi referendum kemerdekaan) telah menjadi negara yang merdeka dan berdaulat pada tahun 2002.

Sabah tidak pernah dijajah Malaysia kerana negeri tersebut, menerusi hasil dapatan Suruhanjaya Cobbold, secara sukarela bergabung di dalam Persekutuan Malaysia.

Sejak tahun 1963, Malaysia telah melaksanakan pemerintahan efektif dalam mentadbir Sabah serta memperuntukkan dana dan meransang pelaburan bagi memajukan ekonomi negeri ini dengan masyarakat antarabangsa mengakui Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia.

Tuntutan Warisan/Tuntutan Tradisi

Sabah dituntut oleh Filipina berdasarkan tuntutan warisan melalui pertalian tradisi Sabah dengan Kesultanan Sulu.

Tuntutan ini adalah sebuah tuntutan yang kurang berasas.

Pada tahun 2008, pihak ICJ di dalam pertikaian Malaysia-Singapura ke atas Pedra Branca (batuan di hujung timur Selat Singapura) telah mengiktiraf Pedra Branca bukan terra nullius (tanah tidak bertuan) dan mengakui ianya pernah menjadi milik kesultanan Johor.

Akan tetapi, pihak ICJ telah menyerahkan kedaulatan ke atas Pedra Branca kepada Singapura apabila dibuktikan bahawa kerajaan British di Singapura telah memperoleh batuan ini daripada Sultan Johor sejak tahun 1953.

Sekiranya tuntutan warisan mempunyai kedudukan yang kukuh di bawah undang-undang antarabangsa, Pedra Branca sepatutnya kekal bersama Kesultanan Johor (Malaysia) dan tidak menjadi milik Singapura.

Lagipula, sekiranya konsep ini didukung teguh masyarakat dunia, Malaysia, menerusi kesultanan Johor, boleh menuntut kedaulatan ke atas Singapura dan Kepulauan Riau di Indonesia.

Malaysia juga, menerusi wilayah warisan kesultanan Kedah, berhak menuntut kedaulatan ke atas provinsi Satun dan Trang di Thailand serta Tenasserim di Myanmar.

Ini walaubagaimanapun, bukanlah cara undang-undang antarabangsa beroperasi dan secara jelas menunjukkan tuntutan warisan tidak dapat sokongan tegar dibawah perundangan antarabangsa.

Kesimpulan

Bendera sabah

Sabah pernah menjadi sebahagian dari Kesultanan Sulu, walau bagaimanapun, senario politik Sabah dan Filipina telah berubah sejak penjajah Sepanyol, British dan Amerika menjejakkan kaki mereka ke rantau ini.

Sabah sekarang adalah sebahagian daripada Malaysia dan sedang menuju jalan kemakmuran dengan kemajuan dan pembangunan yang berterusan.

Kemakmuran Sabah telah menjadikannya tambang emas bukan sahaja untuk rakyat Malaysia, tetapi juga pendatang asing yang menetap di negeri tersebut.

Benar, masyarakat antarabangsa telah pun setelah 53 tahun mengiktiraf penuh Sabah sebagai negeri di dalam Malaysia dan kedudukan tersebut seharusnya dilindungi dan dihormati.

BACA INI JUGA:

Sumber: Astroawani

Thursday, September 15, 2016

8 Fakta Menarik Sambutan Perayaan Kuih Bulan Yang Anda Harus Tahu

8 Fakta Menarik Sambutan Perayaan Kuih Bulan Yang Anda Harus Tahu

Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (zhōng qiū jié) adalah perayaan kaum Cina yang kedua penting selepas Tahun Baru Cina.

Kuih bulan

Mari kita kenali lebih dekat budaya kaum Cina ini dengan 8 fakta menarik perayaan ini.

1. Tarikh

Sambutan Pesta Kuih Bulan dirayakan pada hari ke-15, bulan lapan dalam calendar lunar Cina.

2. Sejarah

Perayaan Kuih Bulan dipercayai bermula 3,000 tahun lampau semasa pemerintahan Dinasti Shang (1600 – 1046 sebelum Masihi), di mana raja-raja menyembah bulan untuk mendapatkan hasil tuaian yang berganda pada musim luruh.

3. Dewi Bulan

Upacara menyembah bulan purnama diadakan pada malam perayaan di mana juadah seperti kuih bulan, akar teratai, buah-buahan, manisan dan juga barangan kosmetik seperti bedak disembahkan kepada Dewi Bulan yang bernama Chang Er.

4. Tanglung

Pada malam perayaan, kanak-kanak berarak di kawasan perumahan mereka dengan membawa tanglung yang berwarna-warni.

Di sesetengah kampung, orang dewasa bergembira dengan cuba menyelesaikan teka-teki yang ditulis di atas tanglung.

5. Malam Romantis

Di zaman lampau, kaum Cina juga menyembah Yue Xia Lao Ren atau Orang Tua di bulan yang dipercayai boleh menjodohkan pasangan untuk perkahwinan.

Di sesetengah kawasan di China juga, acara tarian diadakan untuk pemuda-pemudi untuk mencari pasangan.

6. Malam Kemenangan

Ia juga merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongolia di akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi – 1341 Masihi).

Pesanan rahsia untuk menggulingkan kerajaan Mongolia berjaya disebarkan dengan disorokkan dalam kuih bulan.

7. Masa Untuk Keluarga

Pada lazimnya, ahli keluarga berkumpul untuk makan besar dan upacara menyembah bulan pada malam Perayaan Kuih Bulan.

Bentuk kuih bulan yang bulat adalah simbolik kepada keharmonian sekeluarga.

8. Kuih Bulan

Perayaan Kuih Bulan tidak lengkap tanpa kuih bulan iaitu sejenis pastri tradisional yang berintikan pes kacang merah, biji teratai dan kuning telur masin.

Di zaman moden ini, terdapat pelbagai perisa inti kuih bulan yang menarik seperti cokelat, kopi, keladi, teh hijau, mangga bahkan durian!

BACA INI JUGA:

Sumber: Gemfive

Sejarah Dan Mitos Perayaan Kuih Bulan

Sejarah Dan Mitos Perayaan Kuih Bulan

Bulan, itulah simbol perayaan Kuih Bulan yang disambut kaum Cina setiap tahun. Cahaya yang terang dan bulan mengambang penuh dengan diterangi tanglung-tanglung adalah satu lagi perayaan terpenting kaum Cina.

Kuih+Bulan

Hari tersebut juga dikenali sebagai Pesta Perpaduan kerana bulan penuh akan muncul di langit. Bulan penuh melambangkan keluarga yang lengkap dan bersatu.

Mengikut kalendar Cina, pesta Kuih Bulan ialah pada hari ke-15 pada bulan Ogos hingga akhir September.

Asal usul perayaan Kuih Bulan mula diperkenalkan semasa Pesta Menuai di Dinasti Zhou dan ambutan ini diteruskan di istana semasa pemerintahan Dinasti Tang.

Maharaja pada masa itu akan berdoa terhadap bulan agar keluarga bersatu padu dan kedamaian negara dijamin.

Amalan ini diteruskan semasa Dinasti Song, yang disambut oleh raja dan rakyat seluruh negara dan diwariskan hingga kini.

Terdapat sejarah dan mitos yang amat menarik sinonim dengan perayaan Kuih Bulan.

Sebelum kita berbicara tentang sejarah dan mitos perayaan Kuih Bulan, kita mengenali Kuih Bulan sebagai satu hidangan istimewa pada perayaan ini.

Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah atau adunan biji teratai atau kuning telur masin.

Kini, Kuih Bulan telah dimodenkan dengan pelbagai warna dan adunan dengan pelbagai perisa seperti pandan, durian, keladi dan macam-macam lagi.

Ada juga kuih bulan yang dibuat dalam bentuk ais krim dan agar-agar dengan pelbagai warna dan bentuk tetapi masih mengekalkan konsep bulat seperti bulan. Kuih bulan bertemakan Angry Birds pun ada di pasaran hari ini.

Itulah penangan arus kemodenan. Kuih Bulan yang halal boleh juga dinikmati pelbagai bangsa.

Harga kuih bulan sudah semakin mahal dan dikatakan kalau ada lebih intinya seperti kuning telur masin, harganya mampu mencecah puluhan ringgit.

Selain itu, Kuih Bulan sebagai buah tangan kepada kaum keluarga dan sahabat handai juga amat digalakkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Sejarah Kuih Bulan

Sejarah perayaan Kuih Bulan bukan sahaja dengan makan kuih bulan dan perarakan tanglung tetapi semangat perpaduan dan perjuangan yang tinggi dalam dua peristiwa yang berlaku.

Sejarah perjuangan pertama mengenai sambutan perayaan Kuih Bulan yang ingin saya kongsikan adalah tentang Dinasti Yuan.

Peristiwa pertama tentang sejarah perjuangan rakyat China semasa Dinasti Yuan dan satu lagi mitos tentang Permaisuri Chang Er yang berada di bulan menjadi dewi yang berpegang kepada soal prinsip hidup dan kesetiaannya.

Perayaan Kuih Bulan sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam.

Kekejaman dalam pemerintahan Mongol memaksa pihak Ming bersepakat untuk memberontak memperjuangkan dinasti mereka.

Pemimpin Xhu Yuan Zhang dan pengikutnya, Liu Bo Wen telah menyelitkan sepucuk nota ke dalam kuih bulan kepada rakyat.

Mesej yang diselit menerangkan cara-cara dan pesanan untuk rakyat bersatu menentang puak Mongol yang menindas mereka selama ini.

Pemberontakan berjaya maka kuih bulan menjadi makanan kebanggaan dan simbol perjuangan keadilan dan juga dikenali sebagai perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Mitos Dewi Bulan

Dewi Bulan

Pernahkah anda mendengar tentang Permaisuri Chang Er di bulan? Apa kata kita cuba fokuskan penglihatan kita betul-betul kepada bulan pada 30 September ini. Ada tak bayangan dewi di dalam bulan?

Benar atau tidak itulah mitos perayaan Kuih Bulan dengan cerita dongeng bahawa pada zaman purba, terdapat sepuluh buah matahari di langit.

Sepuluh buah matahari menyebabkan cuaca yang terlalu terik dan menyebabkan rakyat hidup dalam kepanasan yang boleh membawa maut.

Semasa Zaman Dinasti Xia (2070 hingga 1600 Sebelum Masihi) seorang raja bernama Hou Yi, raja Negeri Youqiong merupakan pahlawan yang gagah dan pandai memanah.

Baginda disanjung kerana ada kuasa misteri dan berjaya memanah sembilan daripada sepuluh buah matahari itu.

Rakyat jelata amat gembira dan memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka daripada ancaman maut. Hou Yi mempunyai isteri yang jelita bernama Chang Er.

Hou Yi telah dihadiahkan ginseng panjang umur oleh Permaisuri di Langit iaitu 'Wang Muniangniang'.

Ginseng panjang umur tersebut akan menjadikan orang yang memakan ginseng itu menjadi dewa atau dewi di kayangan.

Hou Yi yang terlalu sayangkan permaisurinya tidak sanggup makan ginseng panjang umur dan menyerahkan ginseng tersebut untuk disimpan Chang Er.

Peristiwa itu diketahui oleh Peng Meng, seorang pengikut Hou Yi. Ketika Hou Yi keluar, Peng Meng telah memaksa Chang Er memberikan ubat panjang umur itu kepadanya.

Chang Er tahu bahawa Peng Meng tidak jujur dan akan melakukan sesuatu kepada rakyat jelata jika menjadi dewa dan Chang Er terpaksa makan ubat tersebut untuk mengelakkan Peng Meng memakan ginseng panjang umur tersebut.

Chang Er terpaksa menelan ubat panjang umur kerana tidak mampu melawan Peng Meng dan akhirnya dia terbang dari bumi menuju ke bulan lalu menjadi dewi.

Sekembalinya Hou Yi ke istana, para dayang menceritakan apa yang telah berlaku kepada Hou Yi namun nasi sudah menjadi bubur. Chang Er telah pergi buat selama-lamanya menjadi dewi bulan.

Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru permaisurinya di bulan kerana terlalu merinduinya. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang. Bayang permaisurinya yang bergerak di bulan pun dapat dilihatnya dengan jelas.

Setiap hari, bak kata pepatah "umpama pungguk rindukan bulan", Hou Yi akan berdoa untuk permaisurinya Chang Er yang berada di bulan dengan meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu.

Dewi Chang Er menjadi pujaan rakyat di atas kesanggupannya menelan ubat tersebut daripada jatuh ke tangan Peng Meng.

Rakyat jelata juga beramai-ramai berdoa dengan meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang Er di bulan dapat memberikan kesejahteraan dan keamanan kepada rakyatnya.

Doa yang dilakukan beramai-ramai oleh kaum Cina akhirnya menjadi tradisi pada hari ke-15, bulan 8 menurut kalendar Cina.

Akhirnya, menjadi perayaan dan tradisi rakyat China terhadap kesetiaan Dewi Chang Er yang berkorban demi rakyat dan negaranya. Sedih tetapi penuh dengan kesedaran yang boleh dijadikan pengajaran.

Tanglung

Tanglung

Terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan di China, tetapi memakan kuih bulan merupakan perkara yang paling penting dalam Pesta Kuih Bulan ini.

Pada malam 15 haribulan bulan 8 menurut kalendar China, anggota keluarga akan berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil memakan kuih bulan yang enak diterangi tanglung-tanglung untuk melihat Permaisuri Chang Er.

Pelbagai cara yang berbeza-beza bagi etnik China dalam merayakan Pesta Kuih Bulan ini, namun tujuannya tetap sama, untuk memperjuangkan keamanan dan mengeratkan perpaduan.

Sambutlah perayaan yang bermakna ini bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama, sambil kita menikmati Kuih Bulan, buah-buahan dan teh serta bermain tanglung bersama keluarga.

Setiap peristiwa yang berlaku ada sejarahnya yang perlu diingati dan dijadikan iktibar dan mitos serta lagenda perayaan Kuih Bulan boleh dipelajari sebagai satu tradisi kebanggaan kaum Cina hingga ke anak cucu.

Namun, pastinya perisa asli Kuih Bulan itulah yang mampu mengungkap seribu persoalan dan menjawab ketulenan sebenar sejarah, mitos dan legenda Kuih Bulan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Utusan

Jamsu, Trend Cantik Terbaharu Dari Korea Yang Serius Pelik!

Jamsu, Trend Cantik Terbaharu Dari Korea Yang Serius Pelik!

Apabila sebut sahaja negara Korea Selatan, pasti sudah terbayang mengenai rakyatnya yang amat mementingkan penjagaan kecantikan kulit wajah.

Korean Jamsu

Sehinggakan, muncul macam-macam idea tips dan perawatan kulit yang aneh lagi luar biasa.

Salah satunya perawatan pelik dari negara kimchi itu adalah menampar wajah puluhan kali sebelum tidur.

Ini kerana mereka percaya cara ini dapat melancarkan aliran darah di wajah sekali gus membuatkan kulit menjadi ‘pink’ semula jadi.

Terbaharu, negara yang sinonim dengan muzik K-Pop ini kembali memperkenalkan teknik kecantikan aneh iaitu dengan menenggelamkan wajah dalam besen berisi air selama 30 saat.

Korean Jamsu

Teknik kecantikan ini dikenali dengan nama bahasa Korea, jamsu atau bermaksud tenggelam.

Menurut kepercayaan mereka, menenggelamkan wajah dalam air dapat membuat solekan wajah tahan lama.

Teringin ingin mencuba?

Ini langkah-langkahnya:
  • Pakai mekap di wajah secara biasa.
  • Taburkan bedak bayi ke wajah anda, sebanyak yang anda suka.
  • Siapkan besen penuh air.
  • Tenggelamkan wajah anda dalam besin, tahan nafas hingga 30 saat.
  • Ulang hingga dua.

Anda boleh mencuba sendiri tapi ingat, risiko teknik kecantikan ini anda kena tanggung sendiri ye..

BACA INI JUGA:

Sumber: Mynewshub

David Teo Cari Dalang Sebar Gambar Bogel Atikah Suhaime!

David Teo Cari Dalang Sebar Gambar Bogel Atikah Suhaime!

Selepas viral penyebaran gambar bogel pelakon Atikah Suhaime dengan lelaki yang didakwa konon menyerupai Idris Khan baru-baru ini, David Teo menyatakan bahawa pihaknya sedang berusaha mencari dalang di sebalik perkara itu.

Atikah Suhaime

Menurut David, usaha mengenal pasti dalang tersebut dilakukan supaya dapat memberikan pengadilan kepada Atikah yang juga merupakan artis di bawah naungan syarikatnya.

“Saya bersimpati dengannya kerana berlu berdepan dengan kontroversi lama. Saya akan pastikan individu yang berhati busuk itu mendapat tindakan sewajarnya.

“Buat masa ini, MIG sedang mengumpul bukti untuk mencari dalang. Sama ada perkara ini benar atau tidak, Atikah perlu berhati-hati dalam berkawan.

“Sebelum ini Atikah pernah dikaitkan dengan isu yang sama. Ia seperti dirancang untuk musnahkan kerjaya Atikah.

"Di mana sahaja dalang itu, di dalam atau luar negara, dia perlu bertanggungjawab,” katanya kepada BH Online.

Tambahnya lagi, pihak MIG masih lagi bertimbang rasa dan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan kontrak Atikah bersama MIG.

Malah bagi David, dia percaya Atikah telah dianiaya kerana ini bukan kali pertama perkara ini berlaku kepadanya.

Gambar Bogel Tersebar, Idris Khan Luah Perasaan Di IG

Idris Khan

Terpalit dengan kontroversi gambar bogel yang didakwa sebagai miliknya bersama-sama pelakon wanita Atikah Suhaime, Idris Khan dilihat seperti meluahkan perasaan menerusi akaun Instagram miliknya.

Tidak memberikan sebarang kenyataan berkaitan gambar tersebut, Idris seperti memberikan petunjuk bahawa dirinya telah dianiaya dalam salah satu perenggan luahan hatinya itu.

Idris juga meluahkan tentang kesabarannya dalam menghadapi dugaan kehidupan dan dia juga memuji kebesaran Tuhan yang Maha Esa.

Walaupun belum memberikan sebarang kata putus, peminat setia Idris sentiasa memberikan sokongan kepadanya agar terus kuat menghadapi dugaan yang menimpa dirinya.

Tulisnya di Instagram:

Mata tidak pernah senang dengan kejayaan manusia.

Mata selalunya merah bila melihat manusia senang gembira.

Hati tidak pernah lepas dari hasad. Hati selalunya busuk pada baik budinya jasad.

Usah khuatir, biarkan kaki terus melangkah ke depan dengan gagah.

Biarkan kaki menjadi bukti di atas setiap penganiayaan.

Biarkan kami persembahkan erti sebenar kesetiaan persahabatan.

Ingatlah rezeki itu datang bukan daripada manusia tetapi dari yang Maha Esa.

Allah Maha Besar, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Berkuasa.

Jika hari ini, kita tumbang kerana mulut dan kedengkian manusia.

Esok kita akan bangkit dan melompat tinggi kerana kesabaran dan keberkatan.

Ini hadiah dan kurnia daripada Tuhan.

Aku senyum tanda sabar kerana aku Islam yang tidak pernah gentar.

#GodIsTheGreatest

BACA INI JUGA:

Sumber: Mynewshub