Friday, August 26, 2016

Dosa Yang Lebih Besar Daripada Berzina 1000 Kali!

Dosa Yang Lebih Besar Daripada Berzina 1000 Kali!

Suatu senja yang hening dan lengang, kelihatan seorang wanita berpakaian serba hitam berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan dukacita yang amat mencengkam.

Zina

Kain tudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa berhias di muka atau sebarang perhiasan menempel di tubuhnya.

Kulitnya yang bersih bersih, badan yang ramping dan wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah merobek kehidupannya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam, "Silakan masuk"!

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk, sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan perkenan mengampuni dosa keji saya"!

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya", jawab wanita cantik.

"Katakanlah jangan ragu-ragu"! desak Nabi Musa.

Maka perempuan itu pun bercerita, "Saya...telah berzina"!

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Wanita itu terus bersuara, "Hasil dari perzinaan itu, saya pun mengandung. Setelah anak itu lahir, saya cekik lehernya sampai mati", ucap wanita itu seraya menangis kerana terlalu menyesal.

Nabi Musa dengan wajah berang terus mengherdik, "Perempuan jahat! Pergi kamu dari sini agar seksaan Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatan terkutukmu!"

"Pergi"! teriak Nabi Musa sambil memalingkan wajahnya lantaran merasa jijik dengan perbuatan wanita itu.

Perempuan berwajah ayu dengan hati hancur luluh bagaikan kaca terhempas ke batu, segera bangkit dan berjalan keluar dari dalam rumah Nabi Musa.

Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu ke mana lagi tempat hendak mengadu.

Bahkan, dia tidak tahu ke mana lagi kakinya harus melangkah apabila seorang Nabi dan Rasul sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang oleh wanita ini betapa besar dosanya! Betapa jahat perbuatannya yang mungkin tidak terampun lantaran berzina dan membunuh bayi tidak berdosa.

Sepninggalan wanita itu, Malaikat Jibrail turun bertemu Nabi Musa. Jibrail lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak hasrat seorang wanita yang ingin bertaubat daripada perbuatan dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripada perbuatan zina yang dilakukannya"?

Nabi Musa amat terperanjat, "Dosa apakah yang lebih besar dari wanita penzina dan pembunuh itu?", Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibrail.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan penzina itu"? tanya nabi Musa.

"Ada!" jawab Jibrail dengan tegas.

"Apakah dosa itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan Solat dengan sengaja dan tanpa sebarang penyesalan! Orang itulah yang dosanya lebih besar dari seribu kali zina!".

Sebaik mendengar penjelasan Jibrail itu, Nabi Musa terus memanggil wanita tadi untuk menghadap semula kepadanya.

Nabi Musa sendiri mengangkat tangannya berdoa dengan khusyuk memohon kemapunan untuk wanita itu kepada Allah.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi orang yang sentiasa ingin bertaubat atas kesalahan dan dosa-dosanya berbanding manusia yang lalai dari mengerjakan sembahyang fardu yang telah diperintahkan-Nya.

BACA INI JUGA: Teori Konspirasi Illuminati Disebalik Filem Minions dan Despicable Me

-SENTIASAPANAS.COM

Muat turun Pokémon Go Tidak Rasmi, Anda Berisiko Digodam!

Muat turun Pokémon Go Tidak Rasmi, Anda Berisiko Digodam!

Tahukah anda, menggunakan aplikasi Pokemon Go yang tidak rasmi serta tidak dikemaskini, mendedahkan anda kepada bahaya di internet? Perkara ini didedahkan oleh Fortinet, pakar keselamatan siber.

Pokemon Go

Sebelum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, ramai pemain telah memasang aplikasi Pokemon Go menerusi lamanweb pihak ketiga. Ia adalah langkah merbahaya dan tidak dijamin keselamatannya.

Pemasangan sebegini boleh mendedahkan pemain kepada kebocoran maklumat peribadi, serta kemasukan rangkaian trafik yang tidak diingini.

Ia boleh berlaku apabila penceroboh mempakejkan semula aplikasi Pokemon Go, dengan pelbagai jenis malware dan mengedarkannya menerusi pelbagai saluran tidak rasmi di internet.

Beberapa risiko yang ditemui Makmal FortiGuard Fortinet berkaitan muat turun Pokemon Go tidak rasmi ini adalah:

Risiko #1 - Aplikasi dijangkiti malware

Berwaspada dengan versi yang dijangkiti malware seperti Android/SandrC.tr yang digelar DroidJack RAT. Lebih daripada 8,800 telah dikesan dalam setahun, dengan 160 dikesan pada bulan lepas sahaja.

Risiko #2 – Akses ke Akaun Google

Walaupun Niantic sudah membaiki kesilapan akses penuh ke akaun Google, pengguna dinasihatkan untuk menghapuskan kebenaran dari akaun dan menaik taraf aplikasi Pokémon Go ke versi rasmi terkini.

Risiko #3 – Trafik Rangkaian yang tidak diingini

Kebanyakan aplikasi Android digabungkan dengan kit pihak ketiga (seperti analisis, laporan crash, platform enjin pencarian, dll) yang menelan data menerusi penghantaran dan penerimaan maklumat.

Data seperti model dan nombor telefon boleh dibocorkan melalui aplikasi yang dijangkiti, lebih-lebih lagi Pokemon Go memerlukan rangkaian internet aktif sepanjang masa.

Risiko #4 – Aktiviti Pelayan Palsu

Niantic telah mempertingkat komunikasi dua hala pengguna dan pelayan, dengan memperkenalkan certificate pinning dalam versi 0.31.0.

Ini untuk memastikan aplikasi bertukar maklumat dengan pelayan Pokémon yang sebenar, melalui rangkaian terjamin HTTPS.

Berhati-hati

Sentiasa amalkan penggunaan internet yang sihat, dan pastikan anda menggunakan aplikasi yang dijamin keselamatannya, menerusi saluran rasmi.

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa penjenayah siber.

BACA INI JUGA: 8 Perkara Tentang Pokemon Go Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Theskop

Thursday, August 25, 2016

Pekerja Kontrak 15 Tahun Berpeluang Diserap Ke Jawatan Tetap Mulai Julai 2016

Pekerja Kontrak 15 Tahun Berpeluang Diserap Ke Jawatan Tetap Mulai Julai 2016

Bermula Julai tahun ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka peluang kepada pekerja kontrak kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun untuk diserap ke dalam perkhidmatan tetap.

Datuk Joseph Entulu Belaun

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, perkara itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 15,000 kakitangan kontrak kerajaan di seluruh negara dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Pada masa ini kita masih dalam proses pemilihan dan terdapat beberapa aspek yang akan dilihat, khususnya dari segi disiplin dan kesihatan pegawai kontrak berkenaan.

“Penyerapan ke jawatan tetap itu terbuka untuk kakitangan gred rendah hingga ke gred profesional bagi semua jawatan dalam kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Outreach SPA di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

Entulu berkata SPA telah menerima sebanyak 1,385,460 permohonan di seluruh negara dalam tempoh Januari sehingga Julai tahun ini.

“Daripada jumlah itu seramai 77,349 pemohon telah dipanggil temu duga dan jumlah yang hadir pada temu duga hanya seramai 44,175 pemohon.

"Setakat ini jumlah calon yang telah dilantik dan menerima surat tawaran dalam pelbagai sektor kerajaan adalah seramai 9,506 orang,” katanya.

Beliau berkata daripada 1,385,460 pemohon, sebanyak 168,628 adalah pemohon dari Sabah dan daripada jumlah itu sebanyak 4,939 telah dipanggil temuduga dan 746 calon dilantik ke pelbagai jabatan.

Mengulas mengenai Karnival Kerjaya dan Outreach SPA itu, Entulu berkata ia akan memberi manfaat kepada pemohon pekerjaan di Sabah bagi mempersiapkan diri untuk memasuki alam pekerjaan dalam pelbagai sektor.

“Pada karnival ini pegawai SPA akan memberikan taklimat kerjaya beserta tips untuk menghadiri temu duga dan peperiksaan yang dikendalikan oleh SPA.

“Ini penting kerana antara faktor utama yang menyebabkan seseorang graduan tidak mendapat tawaran pekerjaan walaupun mempunyai akademik yang cemerlang ialah disebabkan tiada keyakinan, penampilan diri tidak menarik semasa temu duga atau tidak menepati ciri-ciri pekerja yang diperlukan,” tambah beliau.

Beliau berkata antara aktiviti utama yang diadakan pada karnival berkenaan ialah ceramah kerjaya dan panduan temu duga kepada para pelajar di Sabah serta pemohon pekerjaan dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Selain itu terdapat pelbagai agensi kerajaan yang lain turut serta bagi mempamerkan fungsi dan peranan mereka kepada orang awam. Antara agansi berkenaan ialah Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya.

BACA INI JUGA: 10 Filem Terbaik Untuk Meningkatkan Motivasi Dan Berjaya

Sumber: Bernama

Lelaki Ini Tidak Tahu Mutiara Seberat 34kg Miliknya Bernilai USD100 Juta!

Lelaki Ini Tidak Tahu Mutiara Seberat 34kg Miliknya Bernilai USD100 Juta!

Siapa sangka sesuatu yang dianggap ‘batu’ mempunyai nilai setinggi ini. Bagi seorang nelayan di kepulauan Palawan, Filipina, beliau tidak menyangka mutiara yang beliau kutip 10 tahun lalu sangat bernilai.

Mutiara+Asli

Nelayan yang tidak mahu dikenali itu sudah menyimpan mutiara berkenaan selama 10 tahun sebagai good luck charm beliau.

Beliau tidak tahu langsung yang mutiara seberat 34kg itu boleh mencecah nilai USD100 juta. Patah jari kalau mutiara ini dijadikan batu cincin.

Pada awalnya, beliau tidak menunjukkan pada sesiapa pun mutiara itu tetapi selepas berlakunya satu kebakaran di rumahnya, beliau terpaksa berpindah.

Dan cuma selepas itu, mutiara itu ditunjuk kepada pegawai pelancongan di Palawan Island. Pegawai di sana sangat terkejut dengan penemuan mutiara sebesar itu.

“Kami sangat terkejut dengan mutiara itu. Kami sudah menghantar mutiara ini untuk mengesahkan kesahihannya dan berapa nilainya,” kata Aileen Cynthia Amurao, salah seorang pegawai pelancongan di Palawan Island.

Tuah manusia siapa yang tahu. Tidak pula diberitahu jika nelayan ini dapat menyimpan kesemua hasil jualan mutiara ini jika betul mutiara ini bernilai USD100 juta.

Tak sia-sia simpan mutiara ini selama 10 tahun.

Jadi, kalau anda pergi menyelam di laut, ada jumpa kerang cuba bawa pulang, untung-untung ada mutiara di dalamnya.

Bagaimana Mutiara Terhasil?

Tiram merupakan hidupan laut yang rupa 'buruknya' merupakan anugerah Tuhan yang begitu berharga kerana di dalamnya terhasil mutiara yang menjadi buruan manusia.

Kewujudan mutiara telah diketahui manusia sejak ribuan tahun, Sebelum Masihi di India, China dan Parsi.

Mutiara yang terhasil secara semula jadi sukar ditemui kerana hanya satu daripada ribuan tiram di laut akan berkembang menjadi mutiara.

Mutiara ini pula jarang memenuhi saiz, bentuk atau warna yang sama.

Harga mutiara asli (dasar laut) yang mahal memberi peluang kepada manusia bagi mencari satu kaedah agar semua orang boleh memakai mutiara, dalam masa yang agak singkat, dan dengan harga yang jauh lebih berpatutan.

Justeru itu, terdapat beberapa syarikat yang telah mengambil inisiatif untuk menternak tiram (untuk penghasilan mutiara).

Mutiara daripada tiram yang diternak disebut sebagai mutiara air tawar (fresh water pearls) bagi tujuan komersial.

Jenis-jenis Mutiara

1. Mutiara yang di ternak

Sebelum nukleus boleh dimasukkan, induk tiram terlebih dahulu disuntik bagi menggalakkan pengeluaran telur. Kemudian bahagian lapisan “mantle lobe” (dikenali juga sebagai “piece” daripada moluska lain dipotong dan disediakan untuk dilekatkan pada lapisan kulit.

Satu belahan perlu dibuat pada bahagian tisu lembut tiram menggunakan alat yang tajam seperti Pisau pembedahan - “scalpel”).

Kemudian “piece” tadi akan dimasukkan kedalam belahan ini bersama-sama nukleus. ”Peice” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”.

Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun.

2. Mutiara Asli

Hanya benda asing seperti butiran pasir, parasit, dsb, yang terperangkap di dalam bahagian tisu lembut tiram sahaja yang akan mewujudkan mutiara di dalam tiram.

Kemudian “benda asing” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”.

Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun.

Namun begitu, kebarangkalian untuk tiram dimasuki benda asing adalah sangat sedikit, faktor inilah yang menyebabkan harga mutiara dari dasar laut sangat mahal berbanding mutiara yang di ternak.

3. Mutiara Tiruan

Terdapat satu lagi jenis mutiara, iaitu 'mutiara faux' ataupun mutiara tiruan yang dibuat oleh manusia. Mutiara faux biasanya disaluti dengan lapisan warna yang seakan-akan sama dengan mutiara asli.

Selain itu, terdapat juga 'mutiara faux' dalam warna-warna yang lebih menarik seperti merah tua, emas, biru, merah jambu dan ungu.

Lapisan warna ini tidak tahan lama dan mudah terkopek. Harga 'mutiara faux' juga jauh lebih murah berbanding mutiara asli.

BACA INI JUGA: Menjadi Jutawan Dengan Cara Yang Sangat Luar Biasa!

Sumber: Thevocket | Sabahcraftandpearl

5 Jenis Wanita Di Benci Lelaki!

5 Jenis Wanita Di Benci Lelaki!

Walaupun seorang lelaki mempunyai penilaian yang berbeza terhadap seorang perempuan, namun mereka mempunyai satu suara yang sama mengenai jenis perempuan yang bukan menjadi pilihan hatinya.

Sifat wanita

Nak tahu apakah itu? Kami senaraikan 5 jenis perempuan yang di benci oleh orang lelaki.

1. Kaki Shopping

Lelaki paling menyampah dengan gadis yang kuat berbelanja. Bagi mereka gadis seperti ini sukar di kawal dan boros, malah mereka menganggap golongan seperti ini cuba mengambil kesempatan keatas dirinya.

Sungguh pun lelaki sering ambil mudah dan tidak memandang serius terhadap sesuatu pekara, namun pekara sebegini bukanlah main-main buat mereka.

2. Cemburu Buta

Cemburu tandanya sayang? Seriously? Ayat ni memang klise, namun hakikatnya jika ia berlebihan tidakkah itu di panggil ‘queen control’?

Bagi mereka, tindakan cemburu atas sesuatu pekara yang betul memang wajar tetapi jika sampai dengan kawan-kawannya sendiri pun kamu asyik cemburu melulu memang tidaklah!

Mereka tidak mahu terpenjara dalam sangkar besi. Girls, percayalah lelaki lebih sukakan kebebasan.

3. 24-7 Bersama

Come on, lelaki juga ada hal-hal lain yang perlu diuruskan. Jika mereka bertemu dan berkenalan dengan gadis yang clingy atau suka menempel memang akan membuatkan mereka naik rimas.

Tanyalah mana-mana lelaki, hanya 1/3 sahaja yang suka ‘melekat’ dengan kekasih mereka selebihnya lebih suka buat haluan masing-masing.

Bukan apa, situasi ini membuktikan gadis itu kelihatan tidak berdikari dan hanya hidup seperti parasit. So siapa yang suka ada pasangan seperti parasit kan?

4. Suka Mengkritik

Jangan kata sikap gadis yang kuat membebel sahaja di benci oleh lelaki, malah mereka juga tidak suka dengan gadis yang suka mengkritik. Apatah lagi apabila mengomen tentang pakaian orang lain.

Girls, perlu ingat ya mereka bukan sahabat kamu yang sanggup mendengar segala ‘leteran kosong’ kamu. Mereka pasangan kamu yang hanya mahu mendengar pekara-pekara indah sahaja dari kamu.

5. Drama Queen

Lelaki paling tidak selesa dengan perempuan yang suka beremosi apatah lagi kalau melebih-lebih di hadapan kawan-kawannya atau di tempat umum.

Walaupun kamu ingin ekspresikan apa yang kamu rasa, kamu perlu berjaga-jaga jangan sampai memalukannya. Ini kerana lelaki memang tidak suka di malukan dengan cara sebegini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Awas! Hidangan Steak Daripada Gam Daging!

Awas! Hidangan Steak Daripada Gam Daging!

Peringatan buat penggemar steak, sejak kebelakangan ini, tersebar berita bahawa menu tersebut tidak lagi diolah denga baik!

Steak+Lazat
Gambar hiasan.

Steak daging merupakan salah satu menu makanan Barat yang digemari ramai dan bagi mereka yang menyukai makanan ini pastinya tahu, daging dengan perapan khas akan membuatkan ia menjadi lembut dan sedap.

Tapi, jangan terlalu terbuai dengan keenakan makanan itu. Bermula hari ini, anda perlu berhati-hati kerana tidak semua steak daging yang digunakan terjamin kualiti dan kebersihannya.

Menurut seorang chef dari Restoran Perbacco, San Francisco, hampir semua restoran besar, kafe dan hotel disana tidak lagi menggunakan daging bermutu sebagai bahan utama dalam masakan steak daging.

Mereka sebaliknya memilih menggunakan potongan daging berkualiti rendah yang disatukan dengan gam daging.

Gam Daging

Gam daging atau lem daging juga dikenali sebagai Transglutaminase, sejenis enzim pelekat yang terbuat daripada plasma darah haiwan.

Selama puluhan tahun, sumber tunggal enzim tersebut adalah daripada plasma darah babi.

Namun, kini terdapat sumber lain untuk menghasilkan enzim seperti darah kambing dan darah lembu.

Sumber tersebut kemudian diproses melalui kaedah penapaian bakteria sehingga menjadi serbuk.

Fungsi Transglutaminase adalah sebagai pelekat yang digunakan untuk mencantumkan cebisan atau potongan daging menjadi kepingan daging yang lebih besar.

Cebisan daging yang telah dicampurkan dengan gam ini akan disusun sebelum dibalut dalam bekas plastik kedap udara.

Selepas 24 jam, cebisan daging dengan campuran Transglutaminase akan membesar sehingga tiga kali ganda daripada berat asal.

Daging yang hanya seberat 4 kilogram akan bertambah menjadi sehingga 11 kilogram!

Bagi pengusaha daging, kaedah ini sememangnya sangat menguntungkan. Dan disebabkan itulah ramai pengusaha daging di AS menggunakannya untuk menghasilkan daging yang banyak bermula dengan hanya sedikit cebisan daging.

American Meat Institute (AMI) melaporkan, kira-kira, 3,628,739 kilogram daging dihasilkan untuk membuat steak palsu setiap tahun!

Gam daging yang sama seperti daging sebenar biasanya dijual dengan meluas untuk hidangan steak, barbeku dan burger.

Gam daging sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada industri makanan sejak beberapa dekad yang lalu.

Selain daging lembu, gam daging juga digunakan untuk 'mencipta' pelbagai jenis daging, ikan, ayam, nuget, fish ball dan fish cake.

Dari segi rasanya pula, hampir mustahil untuk mengesan perbezaan antara gam daging dengan daging sebenar. Anda tidak akan tahu steak yang dimakan itu sumbernya daripada daging tulen atau tiruan.

Bahaya Gam Daging

Gam daging telah menimbulkan beberapa isu keselamatan makanan kerana sering mengakibatkan komplikasi selepas dimakan.

Kandungan bakteria di dalam gam daging didapati jauh lebih banyak berbanding daging sebenar.

Daging yang dimasak separuh mentah seperti cara Barat juga didapati mengandungi bakteria E.coli dibahagian permukaan dan disetiap potongan daging yang dicantum.

Bakteria ini biasanya sangat sukar 'dibunuh' dan akan hanya mati jika dimasak pada suhu melebihi 77 darjah selsius.

Dan jika tidak dimasak dengan betul, ia boleh menyebabkan masalah keracunan makanan, cirit-birit dan kegagalan buah pinggang.

Menurut pakar mirobiologi, bakteria yang terdapat pada steak yang menggunakan gam daging jauh lebih banyak berbanding steak biasa.

Sekiranya dimakan secara berterusan dengan cara membakarnya, ia boleh membawa risiko penyakit kanser.

Sebelum ini, Food and Drug Administration (FDA) telah mengiktiraf transglutaminase sebagai Generally Recognized as Safe (GRAS), bermaksud selamat digunakan.

Kanada, Australia dan banyak negara Eropah turut mengklasifikasikan serbuk ini sebagai bahan pemproses makanan yang selamat.

Namun, sejak bulan Mei 2010, Parlimen Eropah telah menyuarakan kebimbangan terhadap penggunaan gam daging.

Mereka turut memboikot produk gam daging malangnya, produk ini masih boleh didapati dipasaran.

Bagi umat Islam, berhati-hatilah kerana selain tidak suci, kesannya kepada kesihatan jelas membawa bahaya.

BACA INI JUGA: Daun Magik Herba Rerama Pakcik Khamarul Sembuhkan Kanser, AIDS, SLE?

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Luka Bercahaya Ketika Perang Saudara Shiloh!

Misteri Luka Bercahaya Ketika Perang Saudara Shiloh!

Tahukah anda, Perang Saudara Shiloh pada tahun 1862 di Amerika telah menyebabkan kematian seramai 16 ribu orang anggota tentera, manakala lebih 3,000 orang lagi mengalami kecederaan.

Shiloh War Mystery

Yang menariknya, kebanyakan tentera yang tercedera daripada peperangan itu dilaporkan telah mengalami satu kejadian misteri.

Mereka mendapati luka pada tubuh mengeluarkan cahaya berwarna biru cair ketika dalam keadaan gelap.

Diberitakan bahawa sesiapa yang mempunyai keajaiban cahaya itu, lukanya akan sembuh lebih cepat berbanding mereka yang tidak memilikinya.

Oleh sebab kagum dengan peristiwa ajaib ini, legenda menggelar cahaya itu sebagai “Cahaya Malaikat”.

Hampir 140 tahun selepas peperangan, seorang remaja berusia 17 tahun berusaha mencari jawapan tentang kewujudan cahaya misteri pada luka para tentera itu.

Shiloh War Mystery

Sekitar tahun 2001, Bill Martin yang melawat tapak perang Shiloh berasa teruja selepas mendengar kisah para tentera yang berjaya sembuh daripada kecederaan, kononnya selepas melihat cahaya biru pada tubuh mereka yang terluka.

Bill bertanya kepada ibunya, Phyllis Martin, seorang ahli mikrobiologi tentang kemungkinan perkaitannya dengan sejenis bakteria pendar kilau yang hidup di dalam tanah.

Atas dorongan ibunya, Martin dan rakannya Jon Curtis mula mengkaji tentang bakteria Photorhabdus luminescens (P. luminescens) yang boleh bercahaya di dalam gelap.

Bakteria ini hidup di dalam perut sejenis cacing parasit jenis nematoda seperti Heterorhabditis nematoda.

Photorhabdus luminescens

Cacing nematoda selalunya akan masuk ke dalam larva serangga yang terdapat di dalam tanah atau pada permukaan tumbuhan, sebelum memulakan kehidupan di saluran darah perumahnya.

Di situ, cacing ini akan memuntahkan bakteria P. luminescens keluar dari perutnya, dan bakteria itu mula menghasilkan sejenis bahan kimia toksin untuk mematikan serangga perumahnya.

BACA INI JUGA: Misteri Penampakan Wajah Hantu Belmez Yang Terkenal

Sumber: dwnsiswa

Cerpen: Aku Gagal Dalam Bercinta

Cerpen: Aku Gagal Dalam Bercinta

Gagal? Siapa yang tak pernah gagal dalam hidup kan? Hidup tak bermakna tanpa kegagalan. Sebab dari kegagalan itu kita belajar untuk tempuh kejayaan.

Gagal Dalam Bercinta
Gambar hiasan.

Tapi aku? Berada dalam penyesalan sebab kegagalan. Sedihnya hidup! Kalau aku boleh undur semula masa, aku yakin aku takkan buat kesilapan yang sama.

Tapi siapa aku untuk mempersoalkan takdir? Semua ketentuan-Nya. Aku redha. Kerana kegagalan itu juga, penyesalan hingga ke hari ini aku terpaksa tempuh.

Tetapi kegagalan aku ini, aku harap orang lain tidak akan ulang kegagalan yang sama. Aku harap!

Aku, Talhah dan Yusrina sahabat baik dari kecil lagi. Kemana sahaja pasti bersama-sama.

Satu taman perumahan itu tahu kami macam belangkas. Di mana ada Yusrina, pasti ada aku dan Talhah juga. Kembar siam tapi berbeza ibu bapa.

Kami satu sekolah dari tadika hinggalah ke sekolah menengah. Bagi aku Talhah seperti abang dan Yusrina seperti adik.

Dilahirkan sebagai anak tunggal membuatkan aku lebih banyak masa dihabiskan dengan mereka berdua.

Ibu bapa aku pun sudah kenal rapat dengan Keluarga Talhah dan Yusrina.

Selepas mendapat keputusan SPM, kami terpaksa membawa haluan masing-masing.
Yusrina di hujung utara, aku dan Talhah pula di ibu kota. Jarak perhubungan tidak membataskan kami untuk terus berhubung.

Walaupun di kolej masing-masing kami semua telah mempunyai teman yang lain tetapi persahabatan kami tidak pernah pudar.

Dari ke hari kami menjadi semakin rapat. Setiap cuti semester, kami pasti akan keluar bersama-sama.

“Kau apa cerita sekarang? Seronok dapat kawan baru?” soal Talhah pada aku.
Petang itu mereka bertiga bejumpa di tempat biasa berdekatan dengan taman perumahan mereka.

“Biasa sahaja.” jawab aku malas.

“Dah ada orang minat kawan kau ini,” usik Yusrina.

Aku terus mencubit Yusrina. Minah ini memang tak boleh simpan rahsia betul.

“Owh tak nak bagi tahu aku. Sekejap aku pergi beli air untuk kita,” balas Talhah cuba bertenang.

Talhah sudah mula tidak sedap hati apabila ada seseorang cuba mendekati aku.

Baik dia pergi membeli minuman. Dia takut untuk berlama disitu. Takut reaksi mukanya akan berlainan nanti. Dia melangkah longlai.

Entah mengapa dia tidak suka mendengar perkabaran itu. Amelia teman baiknya itu sudah ada lelaki yang meminati? Selama ini mereka cuma bertiga sahaja.

Tidak pernah terlintas kawan-kawan baiknya itu untuk bercinta dengan mana-mana lelaki sekalipun.

Berbeza sekarang. Tapi kenapa dia harus rasa begini?

“Aku suka Talhah,” Selamba Yusrina meluahkan rasanya itu kepada aku. Waktu itu tinggal mereka berdua sahaja yang ada di situ.

“Semenjak bila?” soal aku.

“Semenjak kita tingkatan satu,” jawab Yusrina dengan senyum hingga ke telinga.

Lega rasanya apabila telah memberitahu seseorang. Selama ini dia memendam sahaja perasaanya itu. Tapi kini mereka sudah dewasa.

Tidak lama selepas itu, Talhah datang mendekati mereka bersama tiga air kotak ditangannya.

Mereka sambung berbual-bual. Menceritakan tentang perkembangan terbaru hidup mereka selepas bergelar pelajar kolej. Lewat petang barulah mereka pulang ke rumah masing-masing.

Entah mengapa, kata-kata usikan Yusrina tentang seseorang sedang meminati Amelia membuatkan dia tidak tenang.

Kata-kata kawannya itu terngiang-ngiang di telinganya. Satu perasaan yang berbeza. Sepatutnya dia pun turut berasa gembira dengan perkabaran itu.

Tetapi lain yang dirasainya kini. Talhah cemburu?

Semenjak hari itu Talhah kerap kali menghubungi aku secara peribadi. Kebiasaanya kami akan berbual di ‘group Whatsapp’ sahaja.

“Boleh aku tanya tak? Kenapa kebelakangan ini kau selalu telefon aku,” soal aku. Aku pelik. Talhah seolah-olah lain macam sekarang ini.

“Kenapa ada orang marah kau ke? Kau tak suka ke?” soal Talhah tidak berpuas hati.

Salah ke dia menelefon kawan baiknya itu? Entahlah dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dia kini. Dia asyik terbayang-bayang akan kawan baiknya itu.

“Bukan macam tu. Aku suka. Tapi pelik. Yelah dulu tak pun,” jawab aku jujur.

Aku memang suka Talhah mengambil berat tentang diri aku. Entahlah, semenjak pulang ke kolej hari itu aku perasan yang perasaan aku berubah sedikit terhadap Talhah.

Keperihatinan Talhah semenjak dua menjak ni membuatkan aku rasa lain. Tapi aku harus sedar yang keperihatinan itu adalah keperihatinan seorang sahabat kepada sahabatnya.

“Dulu kau depan mata. Sekarang dah jauh. Aku risau,” balas Talhah.

Aku yang mendengar cuma tergelak. Dari hari ke hari kami berdua semakin rapat. Sehinggalah satu hari itu tiba-tiba Yusrina menelefon aku.

“Aku rindu Talhahlah. Dah lama dia tak telefon aku. Aku telefon dia tak angkat pula,” adu Yusrina.

Aku terdiam. Baru sebentar tadi, Talhah menghubunginya. Hampir setengah jam mereka berdua berbual.

“Owh ye ke. Dia sibuk kot..” pujuk aku. Aku tak tahu apa jawapan terbaik ketika itu.

Tapi pelik, kenapa Talhah tidak menghubungi Yusrina. Mereka bertiga kawan baik. Selama ini layanan Talhah kepada mereka berdua sama rata.

“Aku rasa aku kena bagitahu dia yang aku suka dia. Kau rasa?” soal Yusrina pada aku. Aku terdiam. Tidak tahu nak beri jawapan yang sesuai ketika itu.

Baru aku sedar, aku kena buang perasaan aku yang sudah mula menyayangi Talhah sebagai seorang lelaki yang paling rapat, bukan lagi sebagai seorang rakan baik.

Petang itu, Talhah menghubungi aku.

“Kenapa kau tak telefon Yusrina?” soal aku.

“Aku tak rasa nak telefon dia,” jawab Talhah selamba.

“Dia suka kau,” selepas lama berdiam, aku berterus terang.

“Aku tak suka dia. Aku suka kau,” balas Talhah selamba.

“Tak lawak.”

“Aku serius. Aku suka kau. Aku tak tahu sejak bila aku mula suka kau. Tapi yang pasti aku suka kau sebagai pencinta bukan sebagai kawan baik. Aku tau kau pun suka aku kan?” luah Talhah serius.

“Tak. Aku tak pernah suka kau. Kau kawan baik aku, sampai bila-bila kau akan jadi kawan baik aku,” tutur aku.

Air mata yang merimbis dipipi aku seka perlahan. Aku terus mematikan telefon. Aku takut Talhah tahu aku menipu.

Aku rasa itu adalah yang terbaik. Aku tak sanggup kehilangan sahabat baik aku, Yusrina.

Persahabatan kami akan terus kekal begini sampai ke akhirnya. Tiada apa yang berubah. Cinta Yusrina pada Talhah mungkin lebih besar dari cinta aku pada Talhah.

Hampir sebulan kami tidak berhubung. Bila aku pulang ke rumah pun, aku tidak menghubungi mereka.

Aku tahu Talhah sangat terkesan bila aku ‘friendzone’ dia. Tapi lebih baik begini. Dari aku bergaduh dengan Yusrina tentang seorang lelaki.

“Kamu tak jumpa Talhah dengan Yusrina ke? Mak tengok tadi Yusrina datang rumah Talhah,” soal ibu apabila melihat aku cuma ‘mereput’ sahaja dirumah cuti kali ini.

Jarak rumah Talhah dan rumah aku bukanlah jauh manapun. Selang dua tiga buah rumah sahaja.

“Malaslah mak,” jawab aku malas sambil mata aku masih tidak berkalih dari melihat sinetron di televisyen ini.

Hakikatnya, mata saja yang memandang kaca televisyen tersebut. Minda entah hilang ke mana.

“Kamu bergaduh ya?” soal ibu. Aku cuma menggeleng. Sakit kepala aku memikirkannya.

Selepas ke rumah Talhah, Yusrina singgah ke rumah aku.

“Kau kenapa? Tak nak lepak?” soal Yusrina. Dia tahu Talhah dan aku ada menyembunyikan sesuatu.

“Aku banyak kerja,” jawab aku malas. Betul tiada mood sekarang.

“Kerja apanya? Dari tadi mak kau kata kau tengok televisyen,” bebel Yusrina.

“Kau ada apa-apa nak cerita dekat aku ke?” soal aku. Memotong kata-kata Yusrina.

Kalau kawan baiknya ini membebel, sampai ke esok tak habis.

“Talhah nak masuk meminang aku. Dia kata dia suka dekat aku. Lepas aku bagitahu dia aku suka dekat dia hari itu,” cerita Yusrina penuh perasaan.

Aku terdiam.

Lelaki semua sama.’

“Owh ye ke. Baguslah tu,” tutur aku gembira. Aku turut gembira dengan berita itu walaupun sedikit terperanjat.

Pagi itu, ibu meminta aku untuk menghantar bubur jagung yang di masaknya ke rumah Talhah.

Dulu memang kerap kali kami bertukar-tukar makanan. Akulah yang selalu di minta ibu untuk menghantarnya.

Ikutkan hati malas, memang malas betul untuk aku menghantar bubur itu. Tapi ini sahajalah peluangnya untuk bertemu dengan Talhah.

Aku mesti buat macam tiada apa-apa yang berlaku.

“Ibu suruh hantar bubur,” Aku menghulurkan mangkuk bubur yang ada ditangan tadi ke tangan Talhah. Dia menyambut mangkuk itu.

“Terima kasih. Singgahlah dulu,” pelawa Talhah. Dia juga berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami.

“Tak apalah. Aku balik dulu. By the way, tahniah. Bila kau nak masuk meminang Yusrina? Aku gembira untuk korang,” tutur aku selamba sebelum aku melangkah pergi.

“Terima kasih. Tapi boleh aku tanya kau sesuatu?” soal Talhah.

“Nak tanya apa?”

“Betul tak ada sikit pun perasaan kau pada aku?” soal Talhah. Aku membelakangkan Talhah. Aku tak sanggup bertentang mata dengan dia.

“Betul. Lagipun kau pun dah nak bertunang pun dengan Yusrina. Anggap jelah kau tak pernah luahkan kata-kata itu pada aku.

"Kita akan berkawan sampai bila-bila. Aku gembira untuk kau dan Yusrina,” aku terus meninggalkan Talhah. Air mata yang gugur di biarkan sahaja.

Aku suka kau, tapi kawan baik aku pun suka kau. Aku sanggup berkorban.

Setahun selepas mereka bertunang, Yusrina dan Talhah pun disatukan.

Akulah orang paling yang gembira pada luarannya. Tetapi tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa.

Lelaki yang dicintai berkahwin di depan mata. Aku mesti mendoakan kebahagian mereka. Mereka kawan baik aku. Sampai bila-bila pun akan tetap menjadi kawan baik aku.

Sebulan selepas mereka berkahwin aku dikejutkan dengan berita kemalangan Talhah.

“Kau kena kuat Yus. Ini dugaan untuk kau,” aku cuba memberi semangat kepada Yusrina.

Petang itu, selepas habis kelas, aku pergi melawat Talhah. Yusrina setia disisi Talhah. Hampir 3 hari Talhah tidak sedarkan diri.

“Terima kasih Beb,” Yusrina terus memeluk aku. Aku cuma menenangkan Yusrina.

“Beb aku nak tanya kau sesuatu boleh?” soal Yusrina. Aku mengangguk.

“Talhah pernah luahkan rasa pada kau ke?” soal Yusrina. Aku terdiam. Mana Yusrina tahu tentang itu.

“Talhah cintakan kau,” tutur Yusrina perlahan.

“Apa kau merepek ini. Dia suami kau,” marah aku. Semua itu sudah lama berlalu.

“Betul dia suami aku. Tapi dia tak pernah cintakan aku. Sepanjang aku berkahwin, dia tak pernah sentuh aku. Kau pun cintakan dia kan?

"Dia tidak pernah lupakan kau. Sampai ke saat ini dia masih mencintai kau,” soal Yusrina lembut.

Cukuplah selama sebulan ini dia memendam perasaan. Selama ini dia ingat Talhah juga ada perasaan yang sama dengannya. Tetapi dia silap. Talhah amat mencintai kawan baik mereka itu.

Aku terperanjat mendengar apa yang diperkatakan Yusrina. Talhah masih mencintainya hingga kini?

“Aku dah lupakan semua itu.

"Aku gembira tengok korang bahagia.

"Walaupun aku mencintai dia sekalipun itu takkan mengubah apa-apa. Kau kawan baik aku.

"Aku sanggup berkorban untuk tengok kau bahagia,” tutur aku bersama linangan air mata.

“Talhah tahu?” soal Yusrina lagi pada aku.

“Tak. Aku tolak cinta dia,” jawab aku jujur. Aku tidak mahu apa-apa masalah akan menimpa perkahwinan mereka.

“Tapi dia tak pernah lupakan kau. Walaupun kau tolak cinta dia. Kau tak perlu berkorban sampai macam itu sekali semata-mata nak tengok aku bahagia walaupun aku cintakan dia.

"Kau dan dia memang ditakdirkan untuk bersama. Dia terlalu cintakan kau,” luah Yusrina sambil air mata dipipinya tidak berhenti mengalir dari tadi.

Aku tidak percaya yang Talhah begitu mencintai aku. Hingga kini juga aku begitu mencintainya. Tiada lelaki lain yang boleh mengantikan tempat dia dihati aku.

Perbualan kami terganggu apabila seorang jururawat datang menghampiri kami. Doktor nak jumpa puan.

Yusrina terus berlalu meninggalkan kawan baiknya itu. Tidak sampai lima minit Yusrina keluar dengan air mata deras mengalir.

Dia terduduk dihadapan bilik ICU yang menempatkan Talhah.

“Talhah dah meninggal,” tutur Yusrina lambat.

Aku terus memeluk sahabat ku itu. Air mata aku turut mengalir tanpa henti. Sahabat baiknya dan orang yang paling dia sayang telah pergi selamanya.

Aku gagal untuk berterus terang yang aku juga mencintainya selama ini. Aku gagal.

Tiada yang aku boleh lakukan demi membetulkan kegagalan aku. Hingga ke akhir Talhah tidak tahu yang aku juga mencintai dia seperti mana dia mencintai aku.

Aku harap tiada siapa pun melakukan kegagalan seperti aku! Luahkanlah sebelum kau menemui kegagalan macam aku!

Aku gagal sebab aku tak meluahkan rasa cinta itu!

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Buang Belaan Dalam Perigi Buta

Sumber: Penulisan2u

Wednesday, August 24, 2016

Tahukah Anda Betapa Sukarnya Rawatan Pemindahan Buah Pinggang?

Tahukah Anda Betapa Sukarnya Rawatan Pemindahan Buah Pinggang?

Setiap tahun, 4,500 orang pesakit buah pinggang meninggal dunia di Amerika Syarikat ketika sedang menunggu rawatan pemindahan buah pinggang.

Buah pinggang

Keadaan ini berlaku bukan disebabkan kurang pendermaan organ tersebut tetapi disebabkan keadaan untuk mendapatkan organ yang serasi dengan tubuh penerima.

Jika buah pinggang penderma tidak serasi dengan tubuh penerima, akan berlaku situasi yang disebut sebagai 'rejecting' atau penolakan lalu menyebabkan kematian.

Justeru pakar perubatan akan melakukan ujian darah dan ujian darah lain untuk mendapatkan kombinasi enam antigen agar serasi.

Tahukah anda, mana-mana dua orang individu secara rawak mempunyai satu dalam 100,000 peluang bahawa semua enam antigen mereka akan sepadan.

Walaupun sudah sepadan, ia bukanlah jaminan bahawa buah pinggang tidak ditolak oleh tubuh penerima.

Petanda Buah Pinggang Sedang atau Beransur Rosak:
  • Bengkak pada pergelangan kaki
  • Sakit belakang
  • Lemah Tenaga Batin
  • Perut Semakin Membuncit
  • Air Kencing berbuih kerana kehadiran protien
  • Tiada Selera Makan
  • Tidak bertenaga
  • Selalu merasa haus
  • Cepat letih dan mengantuk
  • Selalu rasa loya atau muntah

Jagalah kesihatan buah pinggang anda sebelum terlambat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 11 Punca Buah Pinggang Rosak Yang Kita Boleh Elakkan!

-SENTIASAPANAS.COM

7 Individu Melayu Paling Kaya Di Malaysia Tahun 2016

7 Individu Melayu Paling Kaya Di Malaysia Tahun 2016

Berdasarkan ranking senarai individu terkaya di Malaysia pada tahun 2016 yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan popular Forbes, terdapat tujuh individu melayu tersenarai dalam ranking tersebut.

Melayu-Paling-Kaya-Di-Malaysia

Kesemua mereka yang tersenarai sebagai individu melayu terkaya di Malaysia pada tahun 2016 adalah seperti berikut:

7. Datuk Kamarudin Meranun

Datuk Kamarudin Meranun

Individu melayu ketujuh terkaya di Malaysia adalah Datuk Kamarudin Meranun dan menurut Forbes, nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2016 adalah sebanyak AS$225 juta.

Beliau mengasaskan jenama penerbangan AirAsia bersama Tan Sri Tony Fernandes pada 2001.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus portfolio di Arab-Malaysian Merchant Bank dengan tumpuan perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi.

Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2016, beliau berada di kedudukan ke 46

6. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim

Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim

Individu melayu keenam terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan menurut Forbes, nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2016 adalah sebanyak AS$245 juta.

Secara ringkas mengenai Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor O&G.

Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil selain mengimport dan mengedar kenderaan perdagangan dan kereta mewah.

Nilai kekayaan beliau pada tahun 2016 menurun berbanding tahun sebelumnya.

Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2016, beliau berada dalam kedudukan ke 42.

5. Tan Sri Azman Hashim

Tan Sri Azman Hashim

Orang melayu kelima terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Azman Hashim dengan nilai kekayaan yang dicatat sebanyak AS$465 juta pada tahun 2016.

Beliau berusia 76 tahun mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank.

Selain itu beliau juga memiliki kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra RCE Capital.

Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia beliau berada pada kedudukan ke 31.

4. Tan Sri Mokhzani Mahathir

Tan Sri Mokhzani Mahathir

Orang melayu keempat terkaya di Malaysia pada tahun 2016 adalah anak kepada Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Menurut Forbes nilai kekayaan beliau adalah sebanyak AS$480 juta dan pada tahun 2015, aset kekayaan beliau direkodkan sebanyak AS$700 juta yang menyaksikan penyusutan nilai kekayaan berbanding tahun terkini.

Berikutan kejatuhan harga minyak dunia serta kesannya kepada saham SapuraKencana, majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia.

3. Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin

Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin

Orang melayu ketiga terkaya di Malaysia adalah adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin dengan nilai kekayaan terkumpul pada tahun 2016 adalah sebanyak AS$485 juta.

Mereka merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi syarikat penyedia perkhidmatan O&G, SapuraKencana Petroleum Bhd.

Untuk 50 individu terkaya di Malaysia Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin berada di kedudukan ke 27.

2. Ahmayuddin bin Ahmad

Ahmayuddin bin Ahmad

Ahmayuddin bin Ahmad merupakan orang melayu kedua paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$575 juta pada tahun 2016.

Beliau merupakan salah seorang daripada pengasas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings dan menurut Forbes, kekayaan Ahmayuddin melonjak hasil keuntungan dan peningkatan saham syarikat pelabuhannya itu.

Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2016, beliau berada di kedudukan ke 24.

1. Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary

Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary

Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.45 bilion pada tahun 2016.

Beliau yang berusia 64 tahun memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.

Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp dan DRB-Hicom.

Beliau yang juga pengerusi pengerusi Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 10 orang terkaya di Malaysia dan dari 50 senarai itu beliau berada di kedudukan kesembilan.

BACA INI JUGA: Rahsia Jana Wang Dengan UBER Tanpa Perlu Menjadi Pemandu!

Sumber: Mysumber

9 Punca Kenapa Wanita Curang Terhadap Suami

9 Punca Kenapa Wanita Curang Terhadap Suami

Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta akhirnya musnah kerana kecurangannya. Namun, pernah anda terfikir kenapa si dia curang? Apakah selama ini anda tidak mampu memberikan kebahagian kepada dia?

Curang

Terdapat kajian yang menyatakan wanita Malaysia menduduki tangga ketiga sebagai wanita yang paling curang di dunia. Bahayanya!

9 Sebab Wanita Curang

1. Masalah Kewangan

Apabila sesebuah keluarga itu berhadapan dengan masalah kewangan, proses komunikasi di antara suami isteri akan bertambah rumit. Isteri akan terasa terbeban sehingga menyebabkan tekanan perasaan berlaku sehingga memilih untuk menduakan suaminya.

2. Balas Dendam

Kaum wanita sebenarnya lebih kuat memendam perasaan mereka berbanding lelaki. Jika suami pernah berlaku curang, rasa sakit hati, marah, kecewa yang dipendam hasil dari kecurangan yang dilakukan suami akan menjadi dendam.

Untuk menghilangkan segala perasaan yang dipendam, wanita yang pernah dicurangi biasanya lebih berkemungkinan membalas semula apa yang telah dilakukan terhadap dirinya.

3. Hilang Persefahaman

Jika tiada persefahaman, kerap bergaduh untuk hal yang remeh dan gemar melukakan hatinya, wanita akan mula berasa bosan dan mula berniat untuk mencari yang lain.

4. Terlalu Sibuk Dengan Kerjaya

Bagi isteri yang bergelar suri rumah sepenuh masa pula akan berasa tertekan dengan tindakan suaminya yang terlalu sibuk dengan kerjanya. Jadi tidak hairanlah, jika isteri yang sanggup mencari peneman di laman sosial di kala kesunyian.

5. Naluri Liar

Seperti lelaki, kaum wanita juga sebenarnya mempunyai naluri liarnya sendiri. Walaupun naluri liar tersebut tersembunyi dibalik kelembutan dan sopan santun wanita namun jika keadaan tidak seperti yang dimahukan, naluri tersebut pasti akan memberontak dan menunjukkan kehebatannya. Iyalah, jika lelaki boleh, kenapa tidak wanita. Fikirkan ya.

6. Suami Mementingkan Diri

Jangan terlalu pentingkan diri sehingga hati isteri anda terluka. Cuba belajar untuk menghargai dirinya.

7. Terlalu Ego

Cubalah buang sedikit perasaan ego dan sesekali anda pula beralah demi menjaga hati orang tersayang. Tak bawa ke mana sebuah hubungan itu jika ego terlalu tinggi.

8. Tidak Puas Seks

Rata-rata lelaki sebenarnya mengambil remeh tentang ini. Wanita sebenarnya ingin merasa dirinya diperlukan dan dihargai oleh pasangan. Janganlah pada awal perkahwinan sahaja ada rasa ‘geram’ dekat isteri, tetapi bila dah lama isteri mahu bermanja pun marah. Sebab itu wanita curang.

9. Kemesraan Semakin Hambar

Wanita mempunyai naluri yang suka dimanja dan dipuji walaupun tak ditunjukkan secara zahir. Sikap suami yang dirasakan kurang melayani dirinya membuatkan wanita mudah tergoda dengan kemesraan dari luar, misalnya dari rakan sekerja ataupun kenalan barunya.

8 Tips Elak Wanita Jadi Curang

Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan utk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampialn kita selalunay berbeza.

Menghargai Pasangan

Hargailah isteri, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh namun waktu romantis hanya untuk anda berdua cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

Dapatkan Nasihat Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor sekiranya hubungan anda menghadapi masalah yang sukar diatasi.

Jika bukan anda berdua yang bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda perlu harapkan?

Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri.

Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin.

Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya isteri anda curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segalanya terlambat. Jadikan teman-temannya sebagai teman anda sendiri.

Berwaspada

Jika anda mengesan isteri anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlaku lebih lama jika dia berasa jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

Kesimpulan

Curang bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.Sama ada bagi suami mahupun isteri. Bawalah berbincang bersama dan nilai semula diri masing-masing.

Yang paling penting saling memahami dan saling bertolak ansur. Pastinya rumahtangga anda kekal bahagian hingga ke akhir hayat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom