Wednesday, August 10, 2016

Haruman Dari Kubur Syuhada Palestin

Haruman Dari Kubur Syuhada Palestin

Pada penghujung tahun 2001, seorang pemuda Palestin bernama Muhammad Raihan telah terkorban semasa bertempur dengan tentera Israel.

Wajah Orang Mati Syahid
Salah satu wajah pejuang Palestin yang terkorban.

Selepas 100 hari kematiannya, pada 18 Februari 2002, ahli keluarga dan orang ramai menggali kubur pemuda itu serta beberapa kubur lain untuk dibaiki.

Salah seorang yang turut terlibat menggali semula kubur itu adalah abang Muhammad Raihan, iaitu Jaafar.

Sebaik sahaja membuka kubur Muhammad, Jaafar dan semua yang hadir dikawasan perkuburan terkejut apabila bau yang sangat harum tiba-tiba menyerbu keluar dari pusara berkenaan.

Aroma itu melingkari persekitaran kubur tersebut menyebabkan mereka semua terdiam. Baunya sangat harum.

Jenazah Muhammad juga dilihat masih sempurna. Malah tubuhnya masih hangat seolah-olah darah masih mengalir dan dia sedang tidur dengan nyenyaknya.

Jaafar menatap wajah adiknya itu. Dia berasa seperti ingin mengejutkan adiknya yang sedang dibalut kain kapan.

Ketika ditanya oleh orang ramai yang tidak menyertainya menggali kubur Muhammad, Jaafar memberitahu mereka, "Saya melihat peluh membasahi dahinya, lantas saya menyapunya dengan tangan saya sambil disaksikan oleh orang ramai yang terkejut dengan kejadian yang sangat luar biasa itu."

Mereka turut menyaksikan janggut di wajah Muhammad lebih panjang berbanding semasa dia dikebumikan 100 hari sebelum itu.

Melihatkan keajaiban dan karamah tersebut, mereka semua bertakbir memuji kebesaran Ilahi.

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." Al-Qur'an Surah Ali Imran: 169-171

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Kehebatan Briged Al-Qassam Menentang Pengganas Yahudi

-SENTIASAPANAS.COM

Anak Perjelas Umur Isteri Rashid Hussain Bukan 19 Tahun Tapi Lewat 40an!

Anak Perjelas Umur Isteri Rashid Hussain Bukan 19 Tahun Tapi Lewat 40an!

Berikutan heboh dan gempar sangat bila disebarkan gambar pengasas RHB berkahwin dengan gadis berusia 19 tahun, akhirnya anak tampil memberikan penjelasan sebenar.

Tan Sri Rashid Hussain

Hairan sangat dengan Malaysia ni berikutan gambar-gambar perkahwinan pengasas RHB Bank Tan Sri Rashid Hussain yang melangsungkan perkahwinan pada awal bulan ini telah tersebar di laman sosial, mendakwa isteri yang dinikahinya berumur 19 tahun.

Sejak timbulnya dakwaan itu, satu penjelasan telah dibuat, menyatakan bahawa isteri usahawan berusia 70 tahun itu, Puan Sri Yang Amylia Hani, sebenarnya telah berusia lewat 40-an.

Penjelasan dibuat oleh anak perempuannya yang berusia 19 tahun di Twitter, menyatakan bahawa umur ibunya, Yang Amylia sudah menjangkau lewat 40-an, memegang ijazah undang-undang dan mempunyai lesen pengajar kecergasan. Korang ada?

Tan Sri Rashid Hussain [2]
Tan Sri Rashid Hussain [3]
Tan Sri Rashid Hussain [4]
Tan Sri Rashid Hussain [5]
Tan Sri Rashid Hussain [6]
Tan Sri Rashid Hussain [7]

Dia juga meminta orang ramai untuk tidak mencemuh dan menuduh yang bukan-bukan kepada ibunya. Ada yang cakap sebab duit dan sebagainya padahal mereka berkahwin kerana cinta.

Nak dia kata jangan sebar fitnah, takut ada pulak yang melenting kan. Bijak..

Tan Sri Rashid Hussain [8]

Ada yang cakap berumur 45 tahun dan ada yang cakap 42 tahun, janji bukan seperti yang diviralkan!

Harap menjawablah persoalan yang bermain di fikiran tukang sebar tu ye..

Orang nak kahwin gadis umur 19 tahun pun salah ke? Berdosa ke? Masuk neraka ke? Itu dia punya suka la. Kalau memang mampu dan tidak dipaksa. Adoooi malaysia tanahairku...

BACA INI JUGA: 2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu!

Video Terjunan Perak Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong Olimpik Rio 2016

Video Terjunan Perak Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong Olimpik Rio 2016

Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong merangkul pingat pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik Rio 2016 apabila menang pingat perak di Pusat Akuatik Maria Lenk.

Terjunan Perak Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong

Gandingan negara itu mengumpul jumlah 344.34 mata untuk menang pingat perak dalam acara 10m papan anjal serentak, manakala China merangkul emas dengan 354 mata.

Kanada meraih pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata.

Gandingan ini juga meraih pingat pada Kejohanan Siri Dunia, Piala Dunia dan Grand Prix Asia.

Pandelela Rinong merupakan pemenang pingat gangsa acara 10 meter platform individu Sukan Olimpik London 2012.

Perak di Rio lebih bermakna - Pandelela

Terjunan Perak Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong [2]

Pandelela Rinong menyifatkan pingat perak yang dimenanginya dalam acara terjun 10 meter platform seirama di Sukan Olimpik Rio 2016 lebih bermakna berbanding gangsa yang diraihnya di Olimpik London 2012.

"Saya sangat gembira memenangi pingat Olimpik kedua terutama sekali pingat perak bersama pasangan saya (Cheong Jun Hoong).

"Sudah tentu ia lebih bermakna berbanding London kerana saya dapat memperbaiki pencapaian dan menukar warnanya," kata penerjun kelahiran Sarawak itu.

Tahniah kami ucapkan!

Tonton video aksi hebat Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dibawah.

Muat turun video terus ke smartphone anda (Mediafire).

BACA INI JUGA: 12 Hotel Dengan Kolam Renang Paling Unik Di Dunia



Sumber: BERNAMA/BH

Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Mayan, Zoroastrianism, Hindu Dan Buddha

Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Mayan, Zoroastrianism, Hindu Dan Buddha

Bagi masyarakat Mayan, neraka disebut Xibalba, yang mempunyai sembilan tingkat dan syaitan Vucub Caquix serta Hun Came menjadi kepalanya.

Xibalba
Gambar hiasan.

Jalan masuk dan keluar dari Xibalba sangat curam, berduri serta menggerunkan.

Metnal, neraka terbawah dan menyediakan seksaan paling mengerikan, diperintah oleh Ah Puch (Tuhan Kematian).

Zoroastrianism

Zoroastrianism
Gambar hiasan.

Bagi masyarakat Zoroastrianism, Kitab Zoroaster menggambarkan neraka sebagai tempat pembinasaan, penyeksaan di dalam cairan logam dan hukuman yang kekal selama-lamanya.

Penghuninya adalah manusia yang mempunyai jiwa yang hina dan di dalam neraka, mereka dipaksa memakan benda-benda busuk.

Jika tidak mahu makan, benda-benda kotor akan disumbat ke dalam mulut, mata dan hidung mereka.

Selain biji mata dicungkil, organ seks dan payudara penghuni neraka ini juga akan dipotong.

Tiada belas kasihan terhadap mereka sehinggalah ketibaan sang penyelamat pada 3,000 tahun berikutnya iaitu Ahura Mazda, yang akan mendamaikan dunia, memusnahkan syaitan serta memurnikan jiwa yang kotor.

Hindu Dan Buddha

Dharma
Gambar hiasan.

Bagi penganut agama Hindu dan Buddha, mereka percaya ada lapan tingkat neraka panas dan lapan tingkat neraka sejuk dan neraka ialah tempat seksaan sementara untuk roh manusia.

Di dalamnya, manusia akan menjalani hukuman seperti dicelup ke dalam air yang mendidih dan dibakar.

Setelah selesai menjalani seksaan, penghuni neraka akan dilahirkan semula mengikut pertimbangan Karma.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Greek Dan Yahudi

-SENTIASAPANAS.COM

Besar Sangatkah Pahala Menghalalkan Hutang?

Besar Sangatkah Pahala Menghalalkan Hutang?

Perkara biasa jika ada kawan-kawan yang berhutang. Perkara biasa juga jika ada kawan-kawan yang tak bayar hutang.

Hutang

Ada ketika tuntut semula hutang seolah-olah seperti kita pula yang meminta sedekah. Mukanya selamba, muka kita pula yang malu-malu alah. Ada juga sehingga putus silaturrahim.

Ramai yang malas ambil pusing lalu halalkan sahaja. Sikap yang bagus tapi agak kurang beruntung.

Saya nasihatkan jangan dihalalkan orang berhutang itu. Tapi berikan dia masa untuk membayarnya.

Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya katanya;

“Saya mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’.

Kemudian aku mendengar baginda berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.

Aku pun bertanya, ‘ Wahai Rasulullah, engkau kata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’. Kemudian aku mendengar engkau berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.

Lalu baginda bersabda, ‘Dia akan dapat pahala satu sedekah untuk setiap hari sebelum tiba waktu pembayaran. Jika tiba masa pembayaran lalu dia masih memberi masa, dia akan mendapat pahala dua kali sedekah untuk setiap hari’.” [HR Ahmad 22942; Isnaduh Sahih]

Contoh, jika anda memberi tempoh 2 bulan untuk melunaskan hutang kepada si peminjam, maka selama 2 bulan itu anda akan mendapat 1 pahala sedekah setiap hari, insyaAllah.

Apabila telah sampai tempoh 2 bulan tadi, anda beri lagi masa kepada peminjam, maka ketika itu anda akan mendapat 2 pahala sedekah setiap hari, insyaAllah.

Tapi apa nilainya 1 pahala sedekah itu? Banyakkah? Saya bawakan beberapa hadis lain untuk menunjukkan betapa besarnya 1 pahala sedekah itu.

“Sedekah memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api” [HR al-Tirmidzi 2616; Sahih]

“Hindarkan dirimu dari Neraka walaupun hanya dengan separuh kurma, jika tidak ada maka dengan bertuturlah kata yang baik.” [Muttafaq ‘alaih]

“Setiap orang di bawah naungan sedekahnya sehingga diputuskan hukum di antara manusia.” [HR Ahmad dan Hakim dan disahihkan oleh Al-Albani]

Dan ada banyak lagi hadis tentang kelebihan sedekah termasuklah mengubati penyakit jasmani.

Begitu besar pahala sedekah sehingga boleh menghapuskan dosa, menghindarkan Neraka, menjadi naungan di Mahsyar, dan ada pelbagai hadis lain yang jika anda teliti menunjukkan amalan sedekah ini adalah amalan yang besar manfaatnya.

Dan anda pula memiliki pahala sedekah setiap hari, hanya kerana anda melanjutkan tempoh kepada peminjam untuk membayar hutang. Boleh jadi hutang itu hanya RM10 sahaja. Atau bahkan mungkin RM1?

Jadi, biarlah jika hutang anda berpuluh tahun tidak dibayar, anda tetap mendapat pahala sedekah setiap hari yang sebenarnya sangat besar di sisi Allah.

Dan akhir sekali, jika si peminjam telah mampu untuk membayarnya walaupun setelah dia mati melalui warisnya, maka ketika itu, anda sedekahkanlah sahaja kerana ada hadis lain yang berbunyi;

“Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan atau menghalalkan hutang itu, Allah akan melindunginya di bawah bayanganNya” [HR Muslim 7512].

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA: 3 Kaedah Melangsaikan Hutang Dengan Pantas

sumber: mynewshub

Tuesday, August 09, 2016

Paul Pogba Sah Milik Manchester United, Rekod Baru Termahal Dunia!

Paul Pogba Sah Milik Manchester United, Rekod Baru Termahal Dunia!

Manchester United mengumumkan telah memeterai perjanjian membawa masuk Paul Pogba dari Juventus dengan rekod perpindahan dunia sebanyak £90 juta (RM471.9 juta).

Paul Pogba

Pemain tengah Perancis itu bersetuju dengan perjanjian selama lima tahun untuk kembali ke Old Trafford, dengan pilihan untuk menyambung setahun lagi, selepas empat tahun meninggalkan England untuk ke Turin.

"Saya gembira dapat menyertai semula United. Ia sebuah kelab yang sentiasa mempunyai keistimewaan dalam hati saya, dan saya tidak sabar untuk bekerja di bawah Jose Mourinho.

"Saya menikmati musim saya di Juventus dan mempunyai kenangan indah di sebuah kelab hebat dengan pemain yang boleh saya anggap sebagai kawan. Saya rasa ia waktu tepat untuk kembali ke Old Trafford.

"Saya sentiasa gembira untuk beraksi di depan peminatnya dan sudah tidak sabar untuk memberi sumbangan kepada pasukan. Ini sebuah kelab yang tepat untuk saya mencapai segala-galanya," ujar Pogba.

Pogba merupakan pemain keempat yang diikat Jose Mourinho, selepas kehadiran Eric Bailly, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan.

Mourinho berkata, Pogba merupakan antara pemain terbaik di dunia dan bakal menjadi nadi buat United. Saya mahu membina sebuah pasukan untuk masa depan.

"Dia pantas, tegap, menjaringkan banyak gol dan membaca permainan lebih baik daripada pemain seusianya.

Pada usia 23 tahun, dia memiliki peluang untuk mengukuhkan posisinya dalam tempoh yang lama.

"Dia pemain muda dan akan terus meningkat; dia berpeluang untuk menjadi nadi buat pasukan ini untuk dekad seterusnya dan lebih lama lagi," ulasnya.

Pogba telah membuktikan keupayaannya ketika membantu Juventus dengan memenangi empat kejuaraan Serie A, dua gelaran Coppa Italia.

'Saya mempunyai beberapa tahun terbaik lagi' - Rooney

Wayne Rooney

Sementara itu, Kapten Manchester United, Wayne Rooney, bertegas dia belum menghampiri penghujung tempoh bermainnya menjelang musimnya yang ke-15 sebagai seorang pemain profesional.

Penyerang England berusia 30 tahun itu berdepan bekas kelabnya, Everton, dalam perlawanan penghargaan buatnya pada Rabu, tapi dia menyasarkan beberapa musim mendatang yang sarat dengan trofi berbanding menimbangkan persaraan.

Walaupun kejayaan memenangi Piala FA musim lalu adalah trofi pertama United sejak Alex Ferguson meninggalkan kelab itu pada 2013, Rooney berkata kemungkinan untuk terus meraih kegemilangan membuatnya mahu terus beraksi.

“Apabila anda bermain sebagai seorang kanak-kanak, anda tidak pun memikirkan kejayaan, sebaliknya anda hanya mahu bermain.

"Ia hanya apabila anda mula bermain secara profesional, anda mula sedar sasaran dan cita-cita anda – dan ia harus untuk memenangi trofi-trofi," ujarnya.

Tambah Rooney, dia telah melakukannya bersama Manchester United tapi mahu menang lebih daripada itu.

"Saya masih mempunyai beberapa tahun untuk beraksi. Harap-harap saya masih mampu melakukan itu dan masih berada di sini selepas 20 musim, bercakap mengenai lebih banyak trofi yang kami telah menangi.

“Masa berlalu dengan pantas. Saya menikmatinya, detik-detik gembira mahupun duka, jadi diharapkan musim ke-15 akan memberikan kejayaan.

Menurutnya, bola sepak kini sudah berubah, dan pemain harus menjaga diri sendiri dan memastikan diri cergas untuk bermain.

"Saya mahu terus melakukan itu dan terus beraksi," ujarnya.

BACA INI JUGA: Zlatan Ibrahimovic 'Datang Seperti Raja, Pergi Sebagai Lagenda'

Sumber: Astroawani

Aplikasi Digi Family Safety Terbaik Untuk Keselamatan Keluarga

Aplikasi Digi Family Safety Terbaik Untuk Keselamatan Keluarga

Aplikasi Digi Family Safety dalam membantu memudahkan golongan ibu bapa. Aplikasi ini membenarkan ibu atau bapa mengawal telefon mudah alih atau gajet anak dan ahli keluarga lain (menawarkan sehingga tujuh ahli keluarga) melalui telefon mereka sendiri.

Aplikasi Digi Family Safety

Antara fungsi menarik yang terdapat dalam aplikasi ini adalah:

1. Family Location

Family Location

Mengenal pasti lokasi ahli keluarga.

2. Geo-fencing

Geo-fencing

Anda boleh tetapkan radius lokasi atau zon keselamatan buat ahli keluarga. Sekiranya mereka keluar daripada lokasi yang ditetapkan, satu notifikasi akan diberi. Notifikasi yang sama akan anda dapat sekiranya ahli keluarga kembali ke radius yang ditetapkan.

3. Check–ins

Check–ins

Untuk memberitahu ahli keluarga di mana anda berada.

4. Panic Alert

Panic Alert

Memudahkan penghantaran isyarat kecemasan dengan lokasi kepada semua telefon ahli keluarga.

5. Parental Control

Parental Control

Kawalan ketat ke atas penggunaan telefon oleh ahli keluarga. Anda boleh tetapkan masa dan hari penggunaan telefon Dapat mengawal muat turun aplikasi serta penggunaan aplikasi tersebut.

6. Phone security

Phone security

Membenarkan anda mencari telefon, membuat panggilan, mengunci telefon atau membuka telefon serta memadam data ahli keluarga sekiranya telefon mereka hilang atau dicuri. Semua ini boleh dibuat dari telefon anda ke telefon mereka.

7. Uninstall

Uninstall

Bagaimana jika anak atau ahli keluarga ingin membuang aplikasi ini dari telefon mereka? Setiap perubahan yang mahu dilakukan ke atas aplikasi tersebut memerlukan kata kunci (Family Code).

Kata kunci ini akan ditetapkan oleh pemegang akaun utama iaitu ibu atau bapa. Jadi hanya dengan kata kunci, anak atau ahli keluarga lain boleh menutup fungsi yang ada pada aplikasi ini.

Muat Turun

Aplikasi Digi Family Safety kini boleh dimuat turun di Google Play Store.

Aplikasi ini datang dengan dua pilihan:
  • Freemium, percuma sehingga 2 orang ahli keluarga
  • Premium untuk pelanggan Digi dengan bayaran RM5 sebulan

Selain ciri-ciri asas, pelanggan yang melanggan Premium juga akan dapat menikmati kesemua ciri Parental Control, dan boleh menjemput sehingga tujuh ahli keluarga dengan dan menetapkan sehingga 20 kawasan keselamatan.

Buat masa ini, pelan premium adalah percuma untuk 30 hari pertama untuk pelanggan Digi.

Versi iOS boleh dimuat turun bermula Ogos.

BACA INI JUGA: 5 Perkara Ibu Bapa Wajib Ajar Kepada Setiap Anak Lelaki

Sumber: Astroawani

Sindiran Lin Dan Untuk Lee Chong Wei

Sindiran Lin Dan Untuk Lee Chong Wei

Lee Chong Wei yang menjadi sandaran pingat emas Olimpik negara, tidak terganggu dengan perang psikologi seteru utamanya, Lin Dan atau pemain badminton lain dari China, dalam usahanya memburu emas Sukan Olimpik Rio sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada sukan badminton.

Lee Chong Wei

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata Chong Wei tidak kisah dengan permainan minda oleh Lin Dan yang berkata dia akan turut mengambil bahagian sekiranya Chong Wei beraksi dalam Olimpik Tokyo 2020.

“Permainan minda seperti ini tidak akan menjejaskan Chong Wei disebabkan beliau sudah sekian lama menceburi sukan ini dan sangat arif dengan gaya serta taktik pemain China ketika tekanan semakin meningkat sebelum acara badminton bermula,” katanya.

Beliau yakin Chong Wei kini bukan lagi pemain seperti dahulu susulan hukuman penggantungan lapan bulan terhadapnya tahun lepas berikutan isu doping dan telah mengharung begitu banyak cabaran untuk berada pada kedudukannya sekarang.

Selepas bertahun-tahun melatih pemain nombor satu dunia itu sejak 2002, beliau percaya Chong Wei boleh menangani tekanan dan tuntutan dalam penampilan keempatnya, sekalipun tidak memenangi pingat emas yang sangat didambakan itu.

“Semangat beliau tinggi dan tahap keyakinan juga baik. Rahsianya adalah bagaimana menangani tekanan pada hari perlawanan. Ia detik penentuan dalam memastikan siapa yang dapat membawa pulang emas,” katanya.

Chong Wei berkemungkinan menentang Lin Dan dalam saingan separuh akhir dan berkemungkinan berdepan Chen Long di peringkat akhir. Beliau kalah dua kali kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012.

Bagaimanapun, Seu Bock berkata tiada senjata rahsia Chong Wei kali ini oleh kerana kesemua pemain yang layak ke Olimpik sudah maklum benar dengan corak permainan masing-masing disebabkan mereka sama-sama beraksi dalam banyak kejohanan selama bertahun-tahun.

Berdasarkan pemerhatian terhadap anak didiknya itu, beliau berkata Chong Wei kini lebih bersedia berbanding cabaran Olimpiknya sebelum ini dan semakin matang untuk menghadapi cabaran itu.

Mengenai persediaannya di sini, jurulatih itu berkata kedatangan awal pemain badminton ke Rio memberi banyak kebaikan kerana mereka dapat menyesuaikan diri dengan cuaca dan venue kejohanan.

Chong Wei akan memulakan saingan dalam Kumpulan A pada Khamis dengan menentang Soren Opti dari Surinam dan Derek Wong dari Singapura pada Ahad.

BACA INI JUGA: Kontroversi Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Sumber: BERNAMA

Hantu Terakam Ketika Selfie 4 Beranak Dalam Panggung Wayang!?

Hantu Terakam Ketika Selfie 4 Beranak Dalam Panggung Wayang!?

Seorang wanita dari Wirral, United Kingdom percaya gambar selfie dengan tiga anaknya di sebuah panggung wayang baru-baru ini telah ‘diganggu’ dengan kehadiran hantu.

Emma Johnson

Menurut Emma Johnson; 35, foto itu diambilnya bersama tiga anaknya, Ava; 8, George; 6, dan Harper, tujuh bulan, ketika menonton wayang filem Finding Dory.


“Saya ambil gambar selfie sebab ini merupakan kali pertama Harper mengikut kami ke panggung, tapi sebelum tangkap gambar, saya nak pastikan tiada orang terselit masuk sekali dalam frame gambar itu.

“Saya terserempak dengan kawan yang duduk di barisan belakang dan dia menyakinkan saya tiada orang yang duduk di baris belakang-belakang kami.

“Bila sampai rumah, baru saya periksa kembali foto tersebut dan nampak kelibat budak perempuan dengan patung beruang dalam gambar tu. Saya rasa tak masuk akal ia merupakan gambar hantu sebab mana mungkin ada hantu patung beruang.

“Tapi ahli keluarga saya skeptikal dengan perkara itu dan ia membuatkan saya lebih berminat untuk mencungkil mengenai hal ini.

“Sampai sekarang saya tak beritahu anak-anak dan bila mereka tengok foto itu, saya tipu cakap itu adalah gimik iklan filem Ghostbusters namun anak sulung saya tak tertipu dengan helah saya dan dia sudah mula ketakutan,” kata Emma.

Sejurus itu, Emma terus memuat naik gambar itu di laman sosial namun ramai yang tidak percayakannya malah ada pihak mendakwa dia sengaja mengedit foto tersebut.

“Sebaik saya kongsikan gambar itu, ramai tuduh cakap saya Photoshop, tapi saya ni satu apa tak tahu mengenai hal edit mengedit gambar.

“Saya hanya nak kongsikan sebab mungkin itu gambar hantu betul, sebab panggung wayang yang kami kunjungi itu dekat dengan laut, mungkin sebelum ini ada kisah seorang budak perempuan yang mati lemas dan rohnya mungkin berkeliaran, namun tiada siapa yang mengesahkan ada hal sedemikian pernah berlaku,” ujarnya lagi.

Sementara itu, jurucakap sinema itu pula berkata, setakat ditubuhkan, mereka tidak pernah lagi mengalami insiden mistik namun tidak memandang ringan dakwaan Emma dan akan meminta staf untuk ‘memantau’ sekiranya terdapat mana-mana ‘hantu’ yang berkeliaran di situ selepas ini.

BACA INI JUGA: Detik Seram Terselfie Dengan Makhluk Berambut Panjang!

Emma Johnson [2]

Sumber: Mynewshub.cc

Kenapa Masyarakat Maki Mufti Bila Pokemon Go Diharamkan?

Kenapa Masyarakat Maki Mufti Bila Pokemon Go Diharamkan?

Pokemon Go ialah sejenis permainan baru yang menjadi kegilaan masyarakat di seluruh dunia dan baru dilancarkan di Malaysia beberapa hari yang lepas. Isu Pokemon Go rancak dibahaskan di kalangan kita hanya disebabkan satu insiden.

Pokemon+Go+Weird

Insiden tersebut membuatkan dari yang tidak tahu kepada tahu. Dari yang tidak minat kepada cuba minat.

Insiden itu ialah tindakan beberapa pihak termasuklah mufti yang telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan 'masa depan' Pokemon Go di Malaysia.

Susulan dari perjumpaan tersebut, disebarkan hasil pertemuan dengan media melaporkan secara berleluasa bahawanya Mufti Wilayah mengharamkan Pokemon Go, mufti pertama yang meletakkan fatwa tentang Pokemon Go. Kononnya.

Disebabkan itu;

Mereka yang tak pernah minat nak download game Pokemon Go, download semata-mata nak sindir keputusan mufti.

Ada yang dengan galaknya memaki hamun mufti.

Dikatakan ada yang serang peribadi mufti.

Ada satu posting screenshot dari pembangkang tegar yang tersebar secara meluas kerana memaki hamun Mufti Wilayah.

Tindakan dia, didorong oleh laporan yang salah. Tetapi bukan hanya dia, ramai juga membaca laporan berita yang sama, cuma kepelbagaian reaksi itu wujud disebabkan kepelbagaian sikap dan level of kesabaran.

Review Pokemon Go.

1. First time main game neh. Aku pun tak faham sebenarnya apa yang addictted gila.

2. Selepas bermain dan berjaya tangkap 2 Pokemon yang ada dalam rumah, masih tak rasa macam nak addictted pun. Maybe masih baru atau boleh jadi minat belum ada.

3. Ya juga tak tau nak main. Bila tanya pada kengkawan, rupanya kena cari Pokemon kat luar. Aku macam 'WHAT'? Tak penat ke? Patutlah kena on GPS. Aku sebetulnya suka game relax-relax macam tanam-tanam ke, kuiz-kuiz ke, sodoku ke layan juga janji simple-simple.

4. Setelah memahami cara permainan ini, baru la aku faham serba sedikit kenapa dibincangkan tentang permainan Pokemon Go.

5. Ini kerana terdapat pemain-pemain yang hampir merosakkan diri sendiri dan orang lain disebabkan Pokemon Go. (rujuk sini).

6. Dalam link berita yang dirujuk aku itu, seorang peniaga telah ditahan polis kerana sambil memandu sambil bermain Pokemon Go. What the hell la kau neh. Game aje pon. Perlu ke bahayakan diri. Kalau diri sendiri mampos takpe juga. Buatnya terlanggar orang lain, macam mana? BODOH NAK MAMPOS.

7. Dalam insiden yang berbeza pula, (rujuk sini) pemain Pokemon Go turut menyebabkan ketakutan pada orang lain apabila tiba-tiba muncul dan berlegar-legar kat rumah orang semata-mata nak tangkap Pokemon Go. Aiyooo..

8. Nampak sangat di kalangan kita, taksub gamers memang taksub tak tentu arah.

9. Jadi, tidak menjadi aneh kenapa ianya dibincangkan oleh sesetengah pihak secara berleluasa, bagi menanggani sikap gamers yang taksub.

10. Pendapat Mufti Wilayah secara mudahnya dibaca begini. Game itu haram pada yang merosakkan diri. Kalau korang rasa diri korang terjejas, merosakkan diri sendiri dan orang lain, lalai dan sewaktu dengannya, maka haramlah kau bermain game tersebut. Sebab kau taksub, bodoh, gile dan bengap.

11. Dan ya, aku setuju dengan pendapat Mufti Wilayah. Bukan haramkan game tapi pengharaman (actually tak haram pun just gunakan perkataan mudarat) ke atas individu disebabkan masalah sikap dan penerimaan.

Selain itu sikap individu yang taksub, game Pokemon Go turut menjadi highlight disebabkan ada orang masuk masjid semata-mata nak tangkap Pokemon. Bukan masjid je, kuil, tokong, gereja pun ada.

Di Singapura, badan agama di sana menasihatkan orang awam yang nak masuk masjid untuk tangkap Pokemon mestilah;

i. Tidak boleh berbuat bising.

ii. Jangan kotorkan masjid.

iii. Jangan lupa solat (jika belum/bagi muslim).

iv. Sila tinggalkan masjid dalam keadaan aman selepas menangkap Pokemon.

Pendekatan tidak menghukum dan lembut ini disambut baik oleh penggemar-penggemar game Pokemon Go. Bahkan jadi perbandingan dengan institusi keagamaan di Malaysia.

Malangnya, kenapa orang kita menyindir institusi keagamaan, fatwa dan mufti disebabkan penegasan dan pendapat mereka dalam soal Pokemon Go? Boleh ke syurga ke dengan Pokemon Go? Boleh tolong bayar GST ke?

Hehe.

Jangan begitu mudah meletakkan kesalahan pada orang awam. Ini kerana apa yang terjadi pada hari ini adalah apa yang institusi keagamaan usahakan sendiri. Bagaimana pokok, begitulah tuannya.

Pokok yang berbuah lebat, sudah tentu dijaga elok oleh tuannya.

Pokok yang rosak dan mati tanpa hasil, sudah tentulah juga disebabkan kegagalan tuannya.

Masyarakat pada hari ini tipikal dan negatif pada institusi keagamaan adalah disebabkan mereka-mereka yang berauthoriti selama ini seringkali melakukan amalan double standard ketika menghukum.

Umum tahu game Pokemon Go melibatkan satu permainan yang dimainkan oleh rakyat jelata. Dan badan keagamaan begitu laju dalam memutuskan hukum tentangnya.

Umum juga tahu bahawa Najib terpalit kontroversi 1MDB dan terkini isu tuntutan harta dek saman DOJ (dan pelbagai lagi skandal, permasalahan lainnya) tetapi umum tidak melihat pula badan keagamaan laju-laju mengadakan perjumpaan bagi membincangkan kemaslahatan rakyat disitu.

Kenapa? Amalan double standard ini menyakiti rakyat hingga ke akar hati mereka. Terlalu sakit. Mereka jadi marah, memberontak dan melawan.

Jadi mereka tak fikir mereka patut bersikap rasional melalui kata-kata dan tindakan terhadap pihak-pihak tertentu yang mempergunakan agama bagi memperkukuhkan kuasa pemimpin yang bermasalah (yakni, isu ini lebih besar dan mendatangkan kemudaratan yang teruk ke atas masyarakat) dan menghukum rakyat yang mendatangkan mudarat disebabkan permainan.

Bukan. Bukan fatwa yang laju-laju diminta rakyat. Bukan fatwa yang rakyat mahu badan keagamaan keluarkan. Kerana kita tahu dalam Islam, amalan seperti rasuah, merompak, pemimpin zalim, tidak amanah, cuai hukuman telah tersedia ada.

Tetapi, kita minta sebagai badan keagamaan, sila tunjukkan perlawanan yang tegas dengan menolak kemungkaran secara nyata lagi terbuka terhadap pihak-pihak tertentu yang menyeleweng dari tugas pemimpin.

Jangan nampak rakyat buat salah kau tegur laju-laju.

Bila pemimpin buat salah kau arr errr arrhh errhhh oorrrkk.. macam tercekik tulang, berkira-kira, playsafe dan sebagainya.

Kata kau sayangkan agama kau.
Kata kau takutkan Tuhan kau.
Kata kau follow Islam dalam denyutan nadi dan darah.

Tapi kenapa tindakan tak selari dengan kata-kata?

Itu yang orang marah.

Aku simpulkan disini ialah, aku memahami kenapa orang kita persoalkan hukum tentang permainan Pokemon Go dan aku tak nafikan juga ketagihan pada Pokemon Go merupakan ancaman.

Ia membabitkan tentang masalah keselamatan bila gamers asyik sangat. Sambil memandu pun main game. Gilew.

Tetapi, aku tidak meletakkan kesalahan ke atas rakyat. Kesalahan terletak di atas badan keagamaan di negara kita.

Kegagalan mereka memainkan peranan mencegah kemungkaran dan kejahatan yang terserlah dilarang oleh Islam seperti riba, rasuah, pecah amanah, seleweng dan sebagainya menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat.

Masyarakat kelas atasan yang tidak tahu erti kesusahan mungkin berbeza cara mereka berfikir dengan masyarakat yang ditindas oleh sistem kelas dan karenah biokrasi.

Itu tak masuk lagi jika wujudnya campurtangan politik dan kuasa dalam menentukan hala tuju kehidupan sesuatu kelas masyarakat (kasta alaf baru).

Sebab itu ada baiknya badan keagamaan cermin kelemahan diri sendiri.

Kerosakan apa yang korang dah bawa kepada masyarakat kita sehinggakan masyarakat kita menjadi sebegini rebel hanya disebabkan Pokemon Go?

Artikel yang cukup menarik ini kami petik dari blog amenoworld.

BACA INI JUGA: Nick Johnson Pemain Pertama Berjaya Menangkap Semua Watak Pokemon Go!

Panduan Permohonan Rayuan UPUOnline e-Rayuan Sesi Akademik 2016/2017

Panduan Permohonan Rayuan UPUOnline e-Rayuan Sesi Akademik 2016/2017

Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2016/2017 boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline e-Rayuan di http://upu.mohe.gov.my.

Rayuan UPUOnline e-Rayuan Sesi Akademik 2016 2017

UPUOnline e-Rayuan akan dibuka dalam tempoh lima hari mulai 8 Ogos, 12 tengah hari sehingga 12 Ogos, 11.59 malam.

Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di Universiti Awam dan tawaran adalah muktamad.

Jika tiada sebarang jawapan diterima daripada Universiti Awam sehingga 13 September 2016, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Universiti Awam bagi program ijazah pertama untuk lepasan STPM/Setaraf akan diumumkan sebanyak dua kali iaitu pada 25 Ogos dan 13 Sept.

Tarikh pendaftaran untuk pelajar baharu di Universiti adalah pada 28 Ogos hingga 4 Sept mengikut UA masing-masing.

Semakan status permohonan kemasukan ke universiti awam online dan SMS

Status permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2016/2017 sudah boleh disemak bermula 8/8/2016.

Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka di;
  • Laman web, http://upu.mohe.gov.my atau
  • Di talian 03-8870 6767 atau 
  • Melalui SMS dengan menaip UPU RESULT (NOMBOR KAD PENGENALAN) dan hantar ke 15888

Pihak Universiti akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 9 Ogos 2016 dan calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju menerima tawaran oleh pihak universiti dalam tempoh 10 hari iaitu sebelum 22 Ogos.

BACA INI JUGA: Pilih Universiti Atau Matrikulasi, Keputusan Yang Bakal Mengubah Hidup Anda