Monday, August 01, 2016

'Dengan Petik Epal, Dapatlah RM2,000 Seminggu'

'Dengan Petik Epal, Dapatlah RM2,000 Seminggu'

Dari sisi lain, tidak semua pemetik buah di Australia hidup menderita dan ditipu ejen, kerana masih ada juga bernasib baik dan berpeluang mengumpul wang yang banyak untuk dibawa pulang ke tanah air.

Zaquan Ahmad Petik Epal

Seorang bekas penjual kereta terpakai, Zaquan Ahmad, 28, dari Jitra, Kedah, kini sudah tiga bulan bergelar pemetik buah di benua Australia tanpa sebarang masalah.

Malah dia kini dalam proses mendapatkan visa pekerja bagi melanjutkan lagi tempoh mencari rezeki di sana untuk dua atau tiga tahun akan datang.

Berkongsi kembaranya, Zaquan berkata, hasrat berhijrah ke Australia timbul selepas perniagaan kereta terpakainya merudum akibat GST.

“Lepas perniagaan kereta terpakai susah nak laku tiga bulan lepas, saya dan rakan sekampung nekad berhijrah ke Australia menjadi pemetik buah. Kami tidak gunakan khidmat ejen, pergi sendiri guna visa pelancong.

“Buat masa ini, masih guna visa pelancong tapi sekarang dalam proses dapatkan visa pekerja dan visa perlindungan.

"Kalau dapat visa Kelas A, tidak perlu mohon visa bekerja sebab automatik dapat, tetapi kalau dapat visa Kelas C kena la mohon permit kerja," katanya.

Bersyukur kerana tidak ditipu “Alhamdulillah, pendapatan mingguan diperoleh biasanya sekitar AU$500 hingga AU$700 (RM1,500- RM2,140) bergantung kepada kerja.

Kadang-kadang dibayar ikut jam, ada juga dibayar secara kontrak,” kongsinya.

Kata Zaquan, jika kerja mengikut jam dia dibayar AU$14 (RM42), manakala kontrak ia tidak menentu dan bergantung tahap kerajinan.

“Kalau kutip (petik) anggur harganya berbeza kerana ikut jenis buah. Dalam tiga bulan di sini, sudah tiga kali pindah ladang... habis satu tempat pindah tempat lain pula.

“Waktu kerja biasanya jam 8 hingga 5 petang. Di sini, jam 4 petang sudah gelap. Kalau hujan lebat memang tidak boleh kutip langsung,” katanya.

Zaquan yang kini berada di daerah Victoria berkata, kerjanya kini kurang rancak kerana musim memetik buah sudah tamat.

“Sekarang masa pulling and rolling atau bersihkan ranting dan dahan anggur kering serta betulkan kedudukan pokok.

"Kerja ini teruk sikit dan dibayar murah tapi mahu atau tidak kenalah kerja. Di negara sendiri pun kita kerja kan?" soalnya.

Bagaimanapun katanya, apabila tiba musim petik buah, upah dalam tempoh seminggu mencecah A$1,000 (RM3,000) boleh menyimpan RM3,000 sebulan.

"Di Malaysia, nak simpan duit sebanyak tu dalam tempoh dua bulan belum tentu lagipun harga barangan di sini murah,” katanya.

Tips Dan nasihat buat pemetik buah

Untuk bekerja di negara orang, hati mesti kental, tahan lasak dan tidak manja.

“Hati kena kental, mula-mula kerja memang susah nak buat duit tapi dah lama, OK la. Kalau rasa tidak boleh buat kerja teruk sikit, lupakan hasrat mahu jadi pemetik buah.

“Buat masa sekarang, tak ada masalah sangat, lagipun bila dah dapat visa pekerja boleh lanjut lagi tempoh bermastautin di sini untuk dua atau tiga tahun lagi,” katanya.

Jelasnya, kerja memetik buah lasak dan perlukan individu itu berdiri serta jalan jauh.

“Sekarang musim bersihkan ladang dan pokok anggur, upah bulanan RM6,000 sebulan.

"Kebanyakan pemetik buah yang guna khidmat ejen mesti tak tahan lama, ada ditipu datang pada bukan musim buah jadi tak ada kerja,” katanya.

BACA INI JUGA: 5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan Gaji

Sumber: SH

Sunday, July 31, 2016

Ini Cara Jawapan Paling Sentap Bila Orang Tanya 'Bila Nak Kahwin?'

Ini Cara Jawapan Paling Sentap Bila Orang Tanya 'Bila Nak Kahwin?'

Masyarakat Malaysia memang terkenal dengan sikap prihatin, tapi adakalanya prihatin yang tak bertempat.

Bila Nak Kahwin

Lebih-lebih lagi dengan musim perayaan ini, bagi yang bujang, pasti selalu akan mengadap soalan: “Bila Nak Kahwin?”, “Bila nak berumahtangga?”

Kadang-kadang penat juga hendak melayan soalan yang tak ada penutupnya ini.

Tetapi anda jangan pening kepala, ini kerana menerusi perkongsian video di bawah, ia merupakan jawapan paling ‘logik’ yang boleh digunakan bagi menjawab soalan yang diajukan oleh saudara mara anda.

Atau mungkin itulah kali terakhir soalan tu korang akan dengar.

Heh, selamat berhibur.

BACA INI JUGA: 7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin


Sumber: Mynewshub.cc

'Time-Out Punishment' Kaedah Yang Sangat Berkesan 'Menghukum' Anak

'Time-Out Punishment' Kaedah Yang Sangat Berkesan 'Menghukum' Anak

Sebelum ini ramai kita diluar sana memukul anak kita sendiri apabila mereka melakukan kesalahan, walaupun mereka dipukul sedikit atau rotan, percayalah selepas itu mereka akan rasa sebasalah dan menyesal kerana memukul anak kesayangan.

Time-Out Punishment

Pelbagai tips telah kami sendiri kongsikan hasil dari perkongsian orang ramai, tetapi kali ini akan 'rare' hukumannya, tanpa menyentuh anak untuk diajar apabila melakukan kesalahan, tetapi iainya amat berkesan.

Jom kita baca perkongsian dari Tuan Mohd Yazid Ismail ini.

Bashir, Dhia dan Fina kena denda tengok dinding lagi, kali ni 7 minit. Sebab bergaduh.

Dah banyak kali saya guna kaedah ni. Senang dan berkesan. Denda macam ni namanya time-out punishment.

Saya dapat rasa banyak kelebihan time-out ni..

1. Senang nak laksana dan sangat berkesan.

2. Dapat bagi masa pada anak-anak untuk muhasabah. Ini boleh membina sedikit emosi kedewasaan pada mereka.

3. Ibu bapa boleh guna masa tengah time-out tu untuk bertenang.

4. Senang nak bagi tazkirah, anak-anak betul-betul dengar masa tengah denda.

5. Senang nak 'ugut' balik pada anak-anak, ugutan yang real. "Kalau Fina bergaduh lagi nanti kena mengadap dinding". Dulu ugutan tipu macam "nanti polis tangkap Fina". Ugutan tipu menyebabkan mereka jadi makin kurang percaya kat kita.

6. Perasaan anak-anak tidak terlalu terganggu dengan time-out, berbeza kalau kena pukul atau kena tengking.

7. Ibu bapa tak tidak terbeban dengan perasaan bersalah atau menyesal.

8. Hubungan anak-anak dengan ibubapa senang kembali normal macam sebelum kena denda.

9. Mudah nak tambah dos denda, kalau berulang kesalahan yang sama maka tempoh denda bertambah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Jangan Sesekali Mahu Anak-Anak Cepat Membesar! Kenapa?

Sumber: Siakapkeli.my

Fenomena Pokémon Go Bukan Kejayaan Satu Malam!

Fenomena Pokémon Go Bukan Kejayaan Satu Malam!

Seumpama cerita kisah seribu satu malam, bukannya mudah buat pencipta permainan Pokémon Go, John Hanke untuk mengecapi kejayaan seperti hari ini.

John Hanke Pokémon Go Creator

Dia mengambil masa selama 20 tahun untuk Pokémon Go menjadi kegilaan baharu dunia.

Baru-baru ini, aplikasi Pokémon Go memecah rekod dengan 10 juta muat turun dalam tempoh seminggu sehingga trending di Twitter, Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Bagaimana Hanke boleh meraih kejayaan itu?

Hakikatnya, kejayaan itu bukan datang dalam tempoh satu malam. Hanke melalui 10 peringkat dalam memastikan Pokémon Go berjaya menjadi fenomena.

Pada peringkat pertama iaitu pada 1999, ketika masih bergelar seorang pelajar, Hanke antara individu yang mencipta permainan dalam talian secara besar-besaran (MMO), yang diberi nama Meridian 59.

Peringkat seterusnya pula, Hanke melancarkan ‘Keyhole’, menghubungkan peta melalui kamera udara dan mencipta permainan dalam talian, GPS yang menghubungkan peta dunia.

Kejayaan ‘Keyhole’ itu menarik minat Google untuk membelinya pada 2004.

Dengan bantuan Hanke, ‘Keyhole’ berubah kepada ‘Google Earth’.

Kemudiannya, Hanke bertanggungjawab mengendalikan Google Geo dari 2004 hingga 2010. Bersama pasukannya, beliau mencipta Google Map dan Google Street View.

Dalam tempoh itu juga, beliau sudah memulakan gerak kerja untuk membangunkan Pokémon Go.

Pada 2010, Hanke melancarkan Niantic Labs sebagai permulaan buat Google mencipta permainan berdasarkan peta.

Dua tahun kemudian, Hanke melalui Niantic Lab mencipta permainan MMO berasaskan GPS yang dinamakan Ingress.

Selepas itu, semuanya menjadi sejarah gemilang yang mengubah wajah dunia hari ini. Hebat!

BACA INI JUGA: 8 Perkara Tentang Pokemon Go Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: SH

Saturday, July 30, 2016

Akhirnya Yahoo! Dijual Pada Harga $4.8 Billion

Akhirnya Yahoo! Dijual Pada Harga $4.8 Billion

Lama dulu sebelum Google berjaya mendominasi arena search engine, Yahoo merupakan rujukan pelbagai pihak. Buka sahaja mana-mana komputer, Yahoo pastinya merupakan homepage utama.

Verizon buy Yahoo

Langit tak selalu cerah, teknologi semakin berevolusi, akhirnya Yahoo semakin jatuh dan akhirnya Verizon mengumumkan pembelian Yahoo dengan harga $4.83 bilion secara tunai.

Melalui pembelian ini, Verizon selaku mobile provider terbesar US, bakal bekerjasama dengan Yahoo dan AOL bagi membina sebuah bisnes digital untuk menyaingi Google dan Facebook.

Servis search, news, sports, email serta Tumblr antara yang terlibat dalam pembelian ini.

Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya apakah nasib Marissa Meyer selaku CEO Yahoo selepas ini.

Menerusi New York Times, Marissa Mayer berharap beliau masih dikekalkan di dalam syarikat tersebut serta bersedia untuk cabaran seterusnya menerusi kerjasama ini.

Marissa Meyer

Nasib beliau bersama Tim Armstrong sebagai CEO AOL bakal ditentukan seawal 2017 ini selepas termeterainya perjanjian pembelian ini.

Marissa Meyer bakal menerima pampasan sebanyak $57 juta jika kontrak beliau ditamatkan menjadikan beliau bakal menerima hampir $218 juta secara total selama bekerja dibawah Yahoo.

Pastinya bukanlah hari yang sedih buat seorang yang bakal kehilangan pekerjaan.

Mungkin tidak terkejar untuk menyaingi persaing terdekat mereka iaitu Facebook dan Google, Verizon berharap dengan data yang ada ditambah pula dengan gandingan Yahoo dan AOL, syarikat mereka bakal menjadi yang pencabar ketiga terbaik menerusi digital advertising.

Verizon

Perjanjian ini juga menandakan tamatnya 22 tahun Yahoo sebagai syarikat persendirian sebelum dibeli oleh Verizon.

Kami ingin mengucapkan goodluck kepada Yahoo untuk menempuh cabaran seterusnya. Terima kasih atas jasa Yahoo untuk search engine yang sememangnya awesome suatu ketika dahulu.

Kami sertakan beberapa #throwback laman web Yahoo suatu ketika dahulu yang mungkin mengingatkan anda tentang nostalgia bermulanya zaman awal internet.

BACA INI JUGA: Tawaran Pembelian Website Dan Apps Popular Yang Gagal

Old+Yahoo
Old+Yahoo [2]
Old+Yahoo [3]

Sumber: Thevocket

Anak-Anak Yang Berbakat Seni Takkan Kemana Dengan Sistem Pendidikan Di Malaysia

Anak-Anak Yang Berbakat Seni Takkan Kemana Dengan Sistem Pendidikan Di Malaysia

Bila membaca kenyataan bahawa nanti murid tahun 3 akan belajar basic programming, hati saya jadi sedih.

Anak berbakat

Sedih bukan sebab anak-anak kena belajar seawal usia begitu, tak!

Bagus juga, ilmu harus diterokai.

Saya jadi sedih, sebab dunia ini tidak adil.

Sebab apa?

Kenapa anak-anak kita tiada pilihan ya? Adakah pembuat dasar di Kementerian Pelajaran semua bijak pandai dan ahli sains belaka?

Kenapa tidak dipandang nilai sastera, seni dan kebudayaan di situ?

Mana hak anak-anak kita seawal usia 9 tahun yang berbakat dalam bidang seni? Kena tunggu umur 12 tahun baru boleh memohon masuk sekolah seni. Itu pun sekolahnya amat-amat terhad. Saingan sengit.

Kenapa hak kanak-kanak yang berbakat begini sering dinafikan hak mereka? Tidak boleh orang dewasa berlaku adil?

Ada kanak-kanak sejak umur 3-4 tahun berbakat dalam bidang seni. Cuba tengok Youtube atau page kanak-kanak cilik yang berbakat macam anak Aziz M. Osman. Petah bercakap, sekarang sudah buat channel Youtube, ada pillow talk, ‘Kids to kids’, kita yang dewasa pun terhibur dengan kepetahan mereka.

Ada kanak-kanak usia bawah 10 tahun mampu menulis cerpen dengan baik, mampu menggarap puisi dengan baik, cuba lihat nukilan mereka dalam majalah kanak-kanak?

Ada kanak-kanak berbakat dalam bidang seni tarian tradisi, ini anak-anak yang ibu bapa berduit akan menghantar anak-anak ke kelas-kelas persendirian yang bukan murah yurannya.

Pernah lihat kanak-kanak umur 7 tahun yang melukis kartun, komik, potret dengan sungguh cemerlang?

Pernah kalian lihat kanak-kanak seawal 7-8 tahun licik di padang bola? Handal berlari atau berenang?

Pernah tak kalian merasa kuih, kek atau masakan sedap yang dimasak kanak-kanak usia 8-9 tahun?

Anak-anak macam ini akhirnya ke mana?

Di sekolah harian, mereka ini tidak dipandang pun, paling-paling cuma diberi perhatian bila sekolah nak cari wakil pelajar ke acara seni, penulisan dan sukan.

Habis pertandingan, budak tu ke mana? Bakat menulis pergi begitu sahaja..

Cikgu mengajar BM pula terpaksa kejar silibus, tak boleh fokus pada anak murid yang hebat bakatnya.

Kalau dalam dunia perniagaan, kita memang ada kapitalis yang kerjanya mengira untung rugi dan memikirkan untung semata. Ini dunia pendidikan bhai. Nasib anak-anak kita kita.

Berilah keadilan kepada anak-anak kita seawal usia untuk mereka belajar bidang yang mereka sukai. Sama seperti kalian memaksa kanak-kanak belajar programming diusia 9 tahun?

Tidak bolehkah kanak-kanak ini diberi ruang ekspresi dalam bidang penulisan? Seni? Sukan? 20 tahun akan datang, kita mampu melahirkan mereka ini sebagai profesional dalam bidang mereka.

Beri ruang dan peluang mereka berkarya, dan berjaya, jangan peram bakat mereka, yang akhirnya mereka dipandang sepi dalam sistem pendidikan kita yang memandangkan bidang seni ini pilihan terakhir, dan tidak bemanfaat, lalu tertinggal dan tercicirlah anak-anak yang berbakat besar ini ditelan sistem pendidikan ‘ala kapitalis’ ini.

Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun tanpa fokus kecenderungan yang khusus. Paling-paling ada kelas muzik seminggu sekali. Masuk sekolah menengah kelas muzik tidak ada dah.

Lihat ramai anak muda kita berbakat besar dalam bidang keseniaan, akhirnya bakat mereka sepusar bertayang di Youtube dan Facebook sahaja.

Pada emak bapa yang ada anak yang berbakat dalam bidang seni dan tercicir dalam pelajaran, tenang, bantu dan sokong mereka, mereka akan berjaya kalau kena gayanya.

Kalau mereka dipandang sepi di sekolah, di rumah pandanglah mereka dengan kejayaan, bukan kegagalan.

Tambahan

Sebagai penulis skrip, saya mahu berkongsi. Ramai penulis skrip kaya dan berjaya, kalau beringatlah dan kena rajin bekerja. Ada penulis senior yang saya kenali, hanya mensasarkan menulis 3 drama bersiri dan 5 telemovie setahun.

Satu drama bersiri 13 episod. 1 jam dibayar RM1,500 (paling kurang) kalau setahun dapat 3 drama bersiri 13 episod?

(RM1500 x 13episod = RM19,500)

RM19,500 x 3 drama bersiri = RM58,000.

Satu telemovie, paling kurang dia di dibayar RM5000. Kalau 5 sudah RM25,000.

RM25,000 + RM58,000 = RM83,000.

RM83,000 bahagi 12 bulan, Sebulan lebih kurang RM6,958.

Koman tak gaji RM6000 sebulan?

Kerja menulis duduk di rumah saja, gamak boring, keluar lepak mamak.

Ada seorang kawan penulis skrip masih muda, umur 26 tahun, kumpul duit beli rumah flat RM40 ribu, (cash okey) pakai kereta Honda apa tah macam sports car tu.

Ada kawan penulis boleh beli tanah harga RM120k tanpa sesen berhutang dengan bank.

Ada orang pandang?

Tak…

Orang pandang doktor, jurutera, peguam, akauntan, dan lain-lain..

BACA INI JUGA: Kisah Pelukis Termuda Yang Menjadi Jutawan

Sumber: Thevocket

Harga Dan Spesifikasi Xiaomi ‘Mi Notebook Air’, Laptop Canggih Dengan Harga Tidak Masuk Akal

Harga Dan Spesifikasi Xiaomi ‘Mi Notebook Air’, Laptop Canggih Dengan Harga Tidak Masuk Akal

Xiaomi telah melancarkan laptop pertama mereka dengan nama Mi Notebook Air dengan spesifikasi yang canggih serta harga yang rendah.

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’

Rekabentuk

Sekali pandang laptop Xiaomi Mi Notebook Air juga sudah mengigatkan kami tentang laptop keluaran Apple.

Malah, Xiaomi dilihat lebih obvious meniru rekabentuk ini apabila menggunakan nama ‘Air’ pada model mereka.

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ [2]

Dalam pada itu, kami salute Xiaomi berjaya menghasilkan laptop pertama mereka dengan rekaan logam, bezel yang nipis serta skrin HD penuh.

Keyboard dengan backlit keys antara features yang tidak kami sangkakan untuk harga yang diumumkan.

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ [3]

Xiaomi juga berjaya menyediakan sebuah laptop yang 13% lebih nipis dan 11% lebih kecil berbanding Apple Macbook Air yang pada kami sebuah kerja yang hebat.

Meskipun tidak senipis Apple Macbook, kami lebih berminat dengan Xiaomi Mi Notebook Air yang masih mengekalkan port USB 3.0 yang pada kami masih penting dan releven.

Spesifikasi

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ Spesifikasi

Dari segi spesifikasi Xiaomi seakan-akan bersedia untuk bersaing dengan laptop-laptop high spec yang lain. Setidaknya untuk bersaing bersama ultrabook yang lain.

Xiaomi Mi Notebook Air 13.3”

  • Dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5
  • Kad grafik Nvidia GeForce 940 MX
  • RAM 8 GB DDR4
  • Storan SSD PCIe bersaiz 256 GB
  • Dicas sepenuhnya menggunakan satu port USB-C
  • Jangka hayat untuk satu cas penuh tahan 9.5 jam


Xiaomi Mi Note 12.5”

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ Spesifikasi [2]

Hadir dengan variant yang lebih rendah spesifikasinya. Dalam pada itu bukanlah bermakna laptop ini tidak mampu beroperasi dengan baik cuma tidak memfokuskan kepada kerja-kerja yang berat.

  • Menggunakan Intel Core M3
  • RAM 4 GB
  • Storan SSD-SATA 128 Gigabyte
  • Hanya seberat 1.07kg
  • Jangka hayat bateri selama 11.5 jam untuk satu pengecasan penuh


Terbaik untuk pengguna yang kerap menggunakan mobile office dan kerja-kerja ringan.

Harga

Menyentuh tentang harga, Xiaomi sekali lagi mengumumkan peranti keluaran terbaru mereka ini dibawah harga yang dijangkakan.

Untuk spesifikasi yang canggih serta rekabentuk yang boleh dikatakan premium, harga yang diumumkan boleh dikatakan agak rendah.

Harga bagi Xiaomi Mi Notebook Air 12.5” adalah RMB 3499 (RM 2140) manakala bagi versi 13.3” pula adalah RMB 4999 (RM 3054).

Harga mungkin sedikit berbeza apabila laptop ini mula dijual di Malaysia namun boleh dikatakan masih rendah untuk sebuah laptop dengan spesfikasi yang power sebegini.

Memandangkan laptop ini adalah keluaran China serta dikeluarkan dengan harga rendah, kami yakin pasti ramai yang agak skeptical dengan ketahanan produk keluaran ini.

Nampaknya Xiaomi seakan sudah bersedia dengan persoalan ini dengan menyediakan ketahanan Xiaomi Mi Notebook Air yang dilihat mampu bertahan dengan baik.

Kesimpulan

Adakah Xiaomi Mi Notebook Air sebuah pembelian yang berbaloi? Sejujurnya jika diukur melalui harga, spesfikasi dan rekabentuk pembelian laptop ini merupakan pilihan yang terbaik.

Tahniah buat Xiaomi kerana berjaya mengeluarkan sebuah laptop dengan unique selling point yang sangatlah memikat hati pengguna.

Dari segi spesifikasi, rekabentuk serta aspek yang terpenting harga semuanya dititikberatkan oleh Xiaomi.

Kami yakin Mi Notebook Air dapat dijual dengan pantas dan banyak. Malah, dengan kualiti yang ada pada laptop ini mungkin tidak tertanding dengan laptop lain yang mempunyai range harga yang sama.

Walau bagaimanapun, kami masih menantikan review daripada website atau Youtuber terkemuka untuk mengatakan laptop ini berbaloi dibeli.

Hal ini disebabkan kami masih ragu-ragu dengan keupayaan Xiaomi memandangkan ini adalah laptop pertama keluaran Xiaomi.

BACA INI JUGA: Windows 10, Lebih Hebat, Canggih Dan Percuma!

Sumber: Thevocket

Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Greek Dan Yahudi

Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Greek Dan Yahudi

Bagi masyarakat Greek purba, neraka disebut Hades, sempena nama Tuhan Kematian. Dikatakan bahawa neraka adalah tempat kediaman Hades, letaknya di dalam perut bumi dan terbahagi kepada dua bahagian.

Greek Erebus
Gambar hiasan.

Erebus, tempat berkumpulnya roh orang mati sejurus meninggal dunia.

Tatarus, sebuah tempat yang lebih dalam, tempat orang-orang yang jahat dan keluarga gergasi Titan diseksa serta dipenjarakan.

Neraka digambarkan sebagai suatu tempat yang sangat gelap, dihuni sama oleh makhluk-makhluk menakutkan dan dipenuhi sungai.

Ditempat yang terdapat banyak pintu gerbang itulah Hades tinggal.

Pintu-pintu gerbang itu dikawal oleh raksasa yang mempunyai tiga kepala dan anjing yang mempunyai ekor naga.

Yahudi

Jews Gahenna
Gambar hiasan.

Di dalam kepercayaan purba Yahudi, orang-orang yang mati akan dimasukkan ke dalam Sheol yang terletak di dalam bumi.

Bagaimanapun, pada abad kedua Sebelum Masihi, konsep ini diubah dengan mewujudkan Sheol untuk manusia yang baik dan yang jahat.

Kemudian, neraka dalam kepercayaan Yahudi purba ini disebut Gahenna, iaitu sebuah tempat penyeksaan yang abadi dan dipenuhi api yang marak menyala.

Istilah Gahenna ini muncul daripada dua perkataan 'ge' dan 'hinno', iaitu sebuah lembah berdekatan Jerusalem yang pernah menjadi tempat manusia dijadikan korban untuk berhala Moloch.

Disitulah juga tempat orang yang jahat, dibenci masyarakat dan penjenayah dibakar.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Soalan Yahudi Tentang Solat

-SENTIASAPANAS.COM

Cerpen: Penunggu Rumah Pusaka

Cerpen: Penunggu Rumah Pusaka

Pertama kali melangkah masuk ke dalam rumah peninggalan nenek, membuatkan bulu roma Izham tegak meremang tiba-tiba.

Rumah Pusaka Berpuaka
Gambar hiasan.

Sekilas dia menjeling ke arah Rina, isterinya yang kelihatan riang memasuki rumah itu. Izham tahu, sudah sekian lama Rina mengidam untuk tinggal di rumah kayu seperti itu.

Wasiat nenek yang meminta mereka tinggal di situ ibarat bulan jatuh ke riba Rina. Apatah lagi rumah itu mempunyai binaan unik dengan ukiran kerawang pada setiap jendela.

"Rina, betul ke nak duduk kat rumah ni?" Izham bertanya ragu-ragu walau sudah tahu jawapannya. Sudah tergambar jelas pada keriangan wajah Rina.

"Betullah nak. Rumah ni cantik bang. Lagipun takkan kita nak biarkan kosong aje? Sayanglah.. dah wasiat arwah nenek, kita duduk ajelah..

"Bukan jauh pun dari tempat kerja kita kan?"

Panjang lebar pula jawapan Rina.

Sungguh dia gembira dapat menduduki rumah kayu yang cantik ini. Walau sudah berusia hampir 100 tahun, tapi binaannya masih kukuh tanpa sebarang paku.

Izham sudah tidak mampu berkata apa lagi. Tidak sampai hati menolak keinginan isterinya itu.

Kalau Rina sudah terlalu gembira, ada baiknya dituruti sahaja kehendak isteri kesayangannya itu.

"Kenapa bang? Abang macam tak happy je?" Rina bertanya kehairanan.

"Eh, mana ada. Kalau Rina suka, abang pun suka!" ujar Izham berdalih.

Rina kemudiannya menyanyi riang memasuki bilik utama rumah itu. Tinggal Izham seorang diri di ruang tamu.

Angin petang yang menerobos masuk melalui tingkap-tingkap yang terbuka terasa bagai membawa haba panas. Izham tidak senang duduk.

Matanya menerawang melihat ruang rumah. Kemas dan tersusun dengan perabot antik.

Namun, keindahan aturan itu tidak mampu menarik hati Izham yang semakin gelisah tidak menentu. Entah mengapa dia betul-betul merasa aneh dan pelik.

Perasaan gelisah Izham terbawa-bawa hingga ke malam. Tidurnya jadi tidak lena, sedangkan Rina sudah tidur dengan nyenyak.

Perlahan-lahan, kerana tidak mahu menggangu tidur Rina, Izham melangkah keluar dari bilik.

Tingkap panjang bertentangan dibuka, membiarkan angin malam masuk. Kemudian Izham duduk di sofa. Aneh, sekejap saja dia berasa mengantuk, kemudian terlelap tanpa dipaksa.

Usapan lembut di pipi menyedarkan Izham terjaga dari lena. Dia mendongak kerana menyangka Rina yang mengejutkannya.

Tetapi Izham terpelangah. Bukan Rina yang berdiri di belakang sofa, sebaliknya seorang wanita yang tidak dapat dilihat wajahnya kerana ditutup rambut yang panjang mengurai.

"Astagfirullah!" Izham tergolek dari sofa.

Lembaga wanita itu ghaib sekelip mata, namun Izham tidak sedar bahawa ada bayang-bayang wanita sedang berterbangan di luar tingkap!

Berkali-kali Izham mengusap mukanya cuba meredakan ketakutan. Bila keadaan kembali tenang, Izham bingkas bangun lalu menutup tingkap.

Selepas itu dia segera masuk ke dalam bilik. Ternyata Rina masih lena di tempat tidur.

Tidak mahu memikirkan perkara yang bukan-bukan, Izham segera memeluk isterinya.

Peristiwa pelik itu tidak diceritakan Izham kepada Rina kerana bimbang nanti isterinya itu akan ketakutan.

"Muka abang pucat. Kenapa bang? Tak lena ke tidur malam tadi?" Rina bertanya.

"Biasalah, malam pertama tidur tempat baru. Awal-awal rasa tak selesa sikit." Izham memberikan alasan untuk menyenangkan hati isterinya.

Malam kedua barulah Izham dapat tidur dengan lena. Tetapi apabila jam berdetik ke angka tiga pagi, Izham terasa tubuhnya digoncang dengan kuat.

Terpisat-pisat dia membuka mata. Kelihatan Rina duduk tercatuk di atas katil dengan rambut menggerbang. Terkejut besar Izham melihatnya.

"Bangun! Kau mesti keluar dari sini! Kau tak berhak duduk di rumah ini! Pergi! Berambus!" Rina berkata lancang dengan mata mencerlang garang.

"Rina! Kenapa cakap macam tu?" soal Izham kehairanan.

"Aku bukan Rina! Rumah ini milik aku! Berambus kau dari rumah aku!" Rina terus bersuara garang.

"Rina!"

Tiba-tiba saja Rina rebah. Sangka Izham isterinya pengsan tetapi rupanya Rina tidur semula dengan lena.

Dia cuba mengejutkan Rina tetapi isterinya itu terus berdengkur halus.

Perlahan-lahan Izham merebahkan badan. Sebaik sahaja tubuhnya dipusingkan menelentang, nafas Izham bagai mahu putus.

Nun di atas alang kelihatan lembaga seorang wanita sedang bertenggek memerhatikannya dengan pandangan mata yang tajam.

"Makkk!" Terlepas jeritan dari mulut Izham. Terbangun Rina dari tidurnya.

"Kenapa bang!?" tanya Rina sambil memisat-misatkan mata.

"Err.. abang mengigau tadi.." dalih Izham tidak mahu menceritakan perkara sebenarnya.

Izham bingung dengan kejadian yang menimpa dirinya. Terasa seperti hanya dia yang mengalami peristiwa menakutkan di rumah pusaka neneknya itu. Rina pula kelihatan riang sahaja.

Malam kelima, sekali lagi Izham terjaga dari tidur. Rina mengejutkannya dan masih mengeluarkan dialog yang sama.

"Bangun! Kau mesti keluar dari sini! Kau tak berhak duduk di rumah ini! Pergi! Berambus!"

Izham terkejut. Kali ini dia yakin Rina bukannya mengigau, sebaliknya dirasuk sesuatu ketika dalam tidur.

"Rina, sedarlah.. ini abang! Bangun! Izham berusaha menyedarkan Rina.

"Aku bukan Rina! Rumah ini milik aku! Berambus kau dari rumah aku!"

"Rina!!!" Izham menempik diluar kesedaran. Terus saja Rina tersedar. Terpinga-pinga memandang Izham.

"Kenapa bang? Apa dah jadi? Kenapa abang tiba-tiba memekik?" soal Rina yang nyata tidak sedar apa yang telah berlaku.

"Rina betul tak sedar?" soal Izham pula agak ragu-ragu.

"Tak bang.."

Tiba-tiba terdengar bunyi pinggan pecah di dapur. Izham dan Rina sama-sama berpandangan sebelum keduanya berjalan menuju ke dapur.

Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati pinggan mangkuk pecah dan berterabur di atas lantai.

Tidak semena-mena kerusi meja bergerak dengan sendiri, Rina menjerit ketakutan.

Tiba-tiba juga semua tingkap dan pintu terbuka dengan sendirinya, kemudian tertutup kembali.

Dari luar mereka dapat melihat satu lembaga hitam terbang masuk ke dalam rumah dan bertenggek di atas alang.

"Hantu bang! Itu hantu!!!"

Rina menjerit ketakutan sebelum terkulai pengsan di pangkuan Izham.

Persitiwa menakutkan itu membawa Izham menyiasat asal usul rumah pusaka arwah neneknya itu.

Dari seorang rakan lama arwah neneknya, barulah Izham tahu bahawa rumah itu sudah lama berpenunggu, tetapi kerana arwah nenek ada mewarisi sedikit ilmu, penunggu itu tidak pernah mengganggu arwah nenek.

Sebaik mengetahui kisah itu, Izham berpakat dengan Rina untuk berpindah keluar dari situ. Mereka tidak lagi sanggup berdepan dengan penunggu tersebut.

Hanya sesekali sahaja di hujung minggu mereka datang membersihkan rumah itu.

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Apa Ada Pada Cinta

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, July 29, 2016

Dikala Kita Pantas Menyalahkan Guru, Ini Kata Za’ba Tentang Ibu Bapa

Dikala Kita Pantas Menyalahkan Guru, Ini Kata Za’ba Tentang Ibu Bapa

Masyarakat kita adalah masyarakat yang paling pantas sekali respon jika terdapat kesalahan guru terhadap anak muridnya. Tetapi bagaimanakah dengan kesalahan ibu bapa, terhadap anaknya sendiri?

Guru Yang Pertama menulis tentang ‘kurang ajar’

Za’ba, dalam Mencapai Keluhuran Budi Bab 5, Ibu Bapa – Guru Yang Pertama menulis tentang ‘kurang ajar’:

“Kita sangat marah jika dikata orang diri kita atau anak kita ‘kurang ajar’ kerana ‘kurang ajar’ itu bermakna bahawa emak bapa kita di rumah tidak cukup atau tidak tahu mengajar kita aturan adab yang halus-halus…”

“Padahal yang sebenarnya semua sifat-sifat perangai yang kekurangan dan rendah dan hina pada diri kita dan anak-anak kita itu ialah boleh disusun asalnya tersebab daripada ‘kurang ajar’ belaka.

Sama ada kurang ajar oleh diri kita sendiri atau kurang ajar oleh emak bapa di rumah masa kita kecil-kecil.”

Kemudian Za’ba menyambung:

“Rumah itulah sekolah yang pertama kepada anak-anak itu bagi pelajaran bagaimana melakukan dirinya dalam kehidupan dunia ini; dan ibu bapa itulah guru sekolahnya yang awal pertama sekali.”

“Jikalau sekiranya asuhan dan didikan perangai yang didapatinya di rumah itu tiada senonoh atau tiada baik, maka itulah yang akan menjadikan dia ‘kurang ajar’, kurang amanah, makan suap dan sebagainya apabila ia telah besar kelak.”

Za’ba memberi contoh:

“Misalnya jika di sekolah guru-gurunya mengajar suruh bersih tetapi di rumahnya sentiasa kotor, ibu bapanya sendiri tiada bersih, suka buang air besar di parit atau di longkang-longkang sahaja umpamanya, barang di rumah bersepah-sepah tiada aturan, kain-kain tersepah di sana tersangkut di sini, kencing budak kecil berlelehan di lantai – maka betapakah dapat dipersetujukan di antara dua macam sekolah itu?”

Mudahnya, 3 poin penting Za’ba dalam bab ini ialah:

1. Kalau anak kurang ajar, maknanya ibu bapa yang tak tahu mengajar anak (dalam bahasa mudah, ibu bapalah yang kurang ajar dulu).

2. Rumah ialah sekolah pertama anak, ibu bapa ialah guru sekolah anak yang terawal sekali.

3. Kalau rumah kau pun kain bersepah, janganlah gedik bila anak kena tampar, nak saman cikgu. Lipat baju tu semua dulu kay?

Jarang sekali kita, sebagai ibu bapa sedar bahawa salah satu kesalahan kita terhadap anak-anak ialah – melepaskan tanggungjawab mengajar anak kepada guru di sekolah formal.

Kerana kita terlalu fokus kepada tanggungjawab guru – yang kononnya ditugaskan untuk mendidik anak kita.

Padahal dalam masa yang sama, tak sedar kita juga sebagai ibu dan bapa – punya tanggungjawab yang lebih besar kerana, anak itu ialah anak yang kita sama-sama lahir dan besarkan.

Begitulah Za’ba mengingatkan kita entah berapa puluh tahun yang lalu dalam karangannya.

Terpulanglah kepada kita untuk mengambil manfaat dan mula lipat baju sekarang, atau buat selamba badak dan terus bash cikgu di Fesbuk.

ZF Zamir
Gerakan Hormati Guru di Fesbuk & Gerakan Anti-Rumah Bersepah

BACA INI JUGA: Guru Bekas Lulusan UK Yang Kini Peminta Sedekah!

Sumber: Thevocket

8 Panduan Pilihan Kerjaya Buat Graduan, Makan Gaji Atau Berbisnes?

8 Panduan Pilihan Kerjaya Buat Graduan, Makan Gaji Atau Berbisnes?

Sesekali ada juga orang bertanya saya tentang pilihan kerjaya. Saya nak bagi nasihat pun segan, nanti orang kata PhD dia pun tak lepas, macam mana nak nasihat orang.

Graduan

Cuma saya boleh sarankan begini:

1. Makan gaji atau bisnes

Anda boleh pilih sama ada mahu kerjaya yang makan gaji atau berbisnes. Pada pendapat saya, kedua-duanya mampu menjadikan anda berjaya dalam hidup kalau anda tekun dan usaha bersungguh-sungguh. Apa makna berjaya itu, anda sendiri yang tafsirkan.

2. Jangan bandingkan pendapatan makan gaji dan pendapatan bisnes

Anda tidak boleh bandingkan pendapatan orang makan gaji dan berbisnes. Itu bukan satu perbandingan yang adil.

Anda mula kerja, bulan pertama sudah dapat gaji RM2,000, orang bisnes bulan ke 3 pun belum tentu dapat RM2,000 (bergantung pada bisnes).

Orang makan gaji, gajinya biasa tak turun, gaji tak naik itu mungkin. Orang bisnes, pendapatannya turun naik.

Jadi kalau anda bandingkan isu gaji di awal kerjaya, sampai bila pun makan gaji akan menang. Kalau begini, sampai bila pun tak ada orang mahu buat bisnes.

3. Pilih kerjaya yang anda minat

Kalau keadaan mengizinkan, sentiasa pilih kerjaya yang anda MINAT. Saya sangat pentingkan isu minat ini sebab minatlah yang akan menjadi motivasi pada anda untuk tetap teruskan apa yang anda sedang buat.

Sebagaimana iman ada turun naik, semangat kita juga ada turun naik. Bila tak ada minat, waktu semangat kita turun, kita akan mudah terjelepuk dan terus tak bangun-bangun.

Kalau minat, waktu semangat tinggi kita buat kerja banyak, waktu semangat jatuh kita buat kerja sikit, namun buat tetap buat.

Kalau anda paksa diri anda buat kerja yang anda tak minat, akan timbul nanti pelbagai masalah.

Stress, asyik mengeluh, asyik komplen di FB, sibuk mengutuk bos, culas, tidak amanah, malas, ponteng, suka cari alasan dan lain-lain.

Akhirnya gaji anda itu jadi tak berkat. Dapat duit esok dah habis. Gaji 5 angka pun tak cukup.

4. Bina skill dan kemahiran anda di awal perjalanan kerjaya anda

Ini anda boleh lakukan melalui makan gaji, atau buat bisnes. Dua-dua boleh. Zaman sekarang, segulung ijazah itu bukan tiket dan jaminan untuk dapat kerja gaji tinggi. Anda fikir anda seorang saja yang ada ijazah?

Sekarang, semua orang inginkan skill anda. Majikan inginkan skill anda, pelanggan inginkan skill anda. Skill itu aset anda untuk terus maju ke hadapan dan berjaya.

5. Jadikan tempat kerja sebagai tempat berkuli dan asah bakat

Bagaimana bina skill kalau pilih jalan makan gaji? Macam saya sebut tadi, pilihlah tempat kerja yang kerjanya itu anda minat.

Lalu berkulilah di situ beberapa tahun. Jangan fikirkan isu gaji dulu. Fikirkan untuk bina skill, bina jaringan, bina kenalan, mahir tentang sistem, tentang perjalanan perniagaan dan syarikat.

Selepas skill anda meningkat, anda akan mudah untuk naik ke tahap yang lebih tinggi dalam industri yang anda pilih itu.

Kalau tak boleh maju dalam syarikat yang sama, anda boleh pindah kerja dan boleh ‘demand’ gaji tinggi.

Sebab apa? Sebab anda ada skill yang orang lain tak ada.

Kalau anda sudah tak mahu makan gaji pun, dengan skill yang anda ada, anda sudah boleh buka bisnes sendiri, syarikat anda sendiri.

Sebab itu jangan kisah sangat tentang berkuli tadi. Itu hanya sementara.

6. Ambil kursus jangka pendek atau kursus intensif

Kalau anda tak mahu makan gaji, habis belajar saja anda terus mahu buat bisnes, saya cadangkan anda ambil kursus pendek atau intensif yang mengajar anda jadi ‘skillful’ atau berkemahiran tinggi dalam bidang yang anda pilih atau minat.

Contoh anda minat melukis, ambillah kursus lukisan selama beberapa hari atau bulan, kemudian berlatihlah sehingga cukup mahir. Sambil-sambil itu sudah boleh mula berniaga dengan skill melukis itu.

Lama kelamaan, bila selalu berlatih, anda akan lebih mahir dan hasil lukisan anda pun lebih berkualiti. Maka perniagaan anda juga boleh dikembangkan lagi

Atau anda minat memasak. Ambil kursus kulinari atau kursus buat kek atau ‘cupcake’. Biasanya tak lama, ada yang sehari saja pun. Dari situ anda mungkin belajar 5 jenis kek atau masakan.

Mula berniaga barang yang 5 itu. Bila dah mahir, belajar lagi 5 jenis masakan lain. Dari situ anda akan terus berkembang dan skill anda akan bertambah.

7. Trading dan jual barang

Bagaimana dengan trading atau jual produk orang? Boleh juga. Tapi kalau ikut mazhab saya, saya lebih cenderung untuk anda beri nilai tambah pada diri anda sendiri dahulu, iaitu dengan cara menambah skill atau mahir dalam satu-satu bidang.

Tambah skill juga tak perlu modal yang banyak. Lebih-lebih lagi kalau anda sudah ada minat dan ada pengetahuan asas. Insya-Allah cepat boleh mahir.

Bila ada skill ini, yang mahal itu kita, bukan produk kita. Kita yang akan laku di mana saja kita pergi, dalam negara maupun luar negara. Orang akan cari kita, bukan produk kita.

Dengan skill juga, kita boleh hasilkan berpuluh-puluh lagi produk atau servis yang lebih baik dari yang sedia ada.

Maka skill itu akan memberi nilai tambah bukan saja pada diri kita, bahkan pada industri dan seluruh manusiawi amnya. Sebab itu saya lebih cenderung anda tambah skill dahulu.

8. Jadikan diri anda aktif dan dinamik

Saya harap kita tidak terperangkap dengan pemikiran ‘dulu saya degree bidang lain, takpe ke kerja bidang lain’ hingga menyebabkan anda rasa terpaksa dan pilih kerjaya yang anda tak minat. Lalu anda stress, tertekan dan mengeluh sepanjang hidup sampai pencen.

Ya, memang bagus kalau apa yang kita belajar waktu di universiti itu sama dengan kerjaya kita. Tapi itu tidak wajib atau mesti begitu.

Waktu kita pilih kursus di universiti dulu pun, tak semua yang pilih ikut minat. Tak semua juga pilih dengan sedar dan tahu apa kerjaya yang bakal menanti. Ada juga yang dah mula belajar, baru tau dah tersalah pilih.

Tak mengapa. Ilmu yang kita dapat di universiti bukan hanya yang tertulis dalam buku teks sahaja. Ilmu problem solving, ilmu kerja berpasukan, ilmu bercakap depan orang dan buat presentation, ilmu membuat kajian, itu semua kita dapat waktu di universiti, tak kira subjek apa pun yang kita ambil.

Nah, bukankah ini semua turut bermakna dan penting untuk kerjaya anda. Ilmu ini semua berguna, maka gunakannya sama ada anda makan gaji atau berbisnes. Semuanya penting.

Dan jangan takut untuk pilih kerjaya dalam bidang yang lain. Tak timbul soal rugi masa dan sebagainya.

Sebab itu waktu saya mohon kerja sebagai programmer di UBS Warburg London, yang datang temuduga itu ada yang ambil kursus Sejarah, ada yang English.

Bukan semuanya berlatar belakangkan IT dan komputer. Sebab yang mereka ingin lihat ialah ‘soft skills’ dan ‘attitude’ yang kita belajar di universiti. Skill lain mereka boleh ajar.

Kesimpulan

Kesimpulannya, anda boleh berjaya sama ada dengan cara makan gaji atau berbisnes. Yang penting bagi saya, tahu MINAT anda dan BINA SKILL yang berkaitan. Jangan statik atau kekal di takuk yang sama hingga bertahun-tahun. Jadikan diri anda aktif dan dinamik.

Insya-Allah anda bukan saja akan jadi manusia yang hebat di mata anda sendiri, bahkan jadi manusia yang sangat berguna untuk seluruh ummah.

Ahmad Affzan Abdullah.
Mantan Cleaner

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

Sumber: Thevocket