Tuesday, July 19, 2016

'Rahsia Kotor' FAM Dalam Pendrive TMJ?!

'Rahsia Kotor' FAM Dalam Pendrive TMJ?!

Tonggak pasukan bolasepak JDT, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal telah mengumumkan untuk bersara dari pasukan negara dan telah menjadi isu panas yang sedang hangat diperkatakan.

Rahsia Kotor FAM

Ada pihak dan beberapa tokoh bola sepak mengkritik tindakan pemain JDT berkenaan di mana mengatakan mereka tidak mempunyai semangar patriotik kepada negara dan pelbagai kritikan.

Namun, kerana tindakan itu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mempertahakan tindakan pemainna itu.

Baginda telah tampil membidas kenyataan-kenyataan tersebut di mana telah memuatnaik sekeping gambar menunjukkan satu pendrive yang dikatakan bukti segala aktiviti 'kotor' FAM selama ini.

JANGAN DIAJAK PENEMBAK TEPAT PERGI MENEMBAK

Anda memberi komen tentang pemain yang bersara dan membuat kenyataan seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama pasukan kebangsaan.

Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu terima kasih.

Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja. Usah tunjuk kepada saya dan generasi sekarang yang anda semua sebagai orang lama susah hendak menerima bahawa masa dan dunia ini telah berubah.

Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup menegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ini adalah pendrive diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.

Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bolasepak tanahair melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, jangan diajak penembak tepat pergi menembak.

Akhir sekali, saya ingin mengingatkan, duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja. Bukan untuk bolasepak dan kepentingan politik. Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

BACA INI JUGA: Portugal Dilabel Juara 'Terburuk' Piala Eropah!

Sumber: Amazingnara

Video Gelek Terlampau, Ira Kazar Mohon Maaf

Video Gelek Terlampau, Ira Kazar Mohon Maaf

Anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira memohon maaf secara terbuka selepas video tarian geleknya menjadi viral baru-baru ini.

Ira Kazar

Ira berkata dia percaya video tersebut hanya jadi viral kerana dia adalah anak seorang pelakon.

Menyedari kesilapannya, Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, 21, mengangap perkara yang berlaku itu sebagai pengajaran buat dirinya.

"Saya rasa semua dah sedia maklum dengan video saya yang menjadi viral dan saya ingin mohon maaf kepada semua yang tidak suka dengan tindakan saya.

"Video itu saya dah padamkan dan saya anggap perkara yang berlaku itu sebagai pengajaran buat diri saya.

"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang video atau gambar di media sosial," katanya ketika dihubungi.

Tambah Ira lagi, dia tidak mengetahui tentang video tersebut menjadi viral sehinggalah diberitahu oleh rakan-rakannya.

"Sebenarnya video itu saya muat naik hanya sekadar suka-suka, tak tahu pula sampai jadi viral.

"Saya dapat tahu perkara ini pun bila rakan-rakan saya khabarkan pada saya mengenai video tersebut

"Saya rasa video ini menjadi viral kerana saya adalah anak kepada seorang pelakon.

"Selepas jadi viral memang banyak komen-komen negatif yang diberikan kepada saya namun benda dah jadi, nak tak nak saya kena terima.

Video Gelek Terlampau Ira Kazar

"Bagaimanapun hubungan saya dan ayah baik, tak ada apa-apa masalah dan sebagai anak saya terima nasihat yang diberikan oleh ayah dengan hati yang terbuka.

"Sekali lagi saya mohon maaf sekiranya ada yang kurang selesa dengan tindakan saya," jelasnya yang juga merupakan peserta ujibakat AF2016.

Terdahulu, Ira menjadi bualan hangat di media sosial apabila dia merakamkan aksi gelek dengan gaya seksi berlatarkan lagu berjudul 'One Dance' nyanyian Drake.

Dan belum reda video tersebut, muncul pula video baru Ira yang menari 'tanpa seluar'.

Macam-macam..

BACA INI JUGA: 'Gelekan Maut' Ira Kaza Terlalu Menghairahkan Dikritik!



Sumber: Astroawani

'Rahsia' Pelumba Moto3 GP Malaysia Cemerlang Di Litar Basah

'Rahsia' Pelumba Moto3 GP Malaysia Cemerlang Di Litar Basah

Bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin, mendedahkan mengapa pelumba Malaysia memiliki rekod cemerlang beraksi di atas litar basah.

Khairul Idham

"Kami tidak dibekalkan dengan tayar hujan (sebelum kejuaraan dunia), itu pandangan saya. Kami juga terpaksa berlumba dalam hujan dengan menggunakan tayar yang kami gunakan di trek kering.

"Apabila kami sampai ke kejuaraan dunia, kami dibekalkan dengan tayar hujan yang lebih baik cengkamannya, memberikan kami banyak keyakinan.

"Itulah salah satu sebab ramai pelumba Malaysia sangat laju di dalam trek hujan," katanya.

Khairul Idham Pawi juarai perlumbaan Moto3 di GP Jerman

Khairul Idham [2]

Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menjuarai perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix Jerman.

Pelumba berusia 18 tahun dari pasukan Honda Asia itu bermula di petak ke-20 dan terus menggagahi trek perlumbaan yang basah sebelum menjarakkan diri daripada pesaingnya.

Sewaktu tiba ke garis penamat, Khairul Idham meninggalkan pesaingnya dengan kelebihan masa 11 saat.

Ini merupakan kali kedua beliau menaiki podium selepas Grand Prix Argentina April 2016.

Pada tahun lalu, anak ketiga dari empat adik-beradik berasal dari Perak itu terpaksa menangguhkan hasrat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) demi memberi tumpuan penuh kepada kerjaya dalam sukan pemotoran.

Keputusan Perlumbaan

1. Khairul Idham Pawi (MAL/Honda) 47min 07.763sec
2. Andrea Locatelli (ITA/KTM) at 11.131s
3. Enea Bastianini (ITA/Honda) 13.359
4. Jakub Kornfeil (CZE/Honda) 18.541
5. Fabio Di Giannantonio (ITA/Honda) 20.620
6. John McPhee (GBR/Peugeot) 20.698
7. Jorge Navarro (ESP/Honda) 20.910
8. Brad Binder (RSA/KTM) 23.333
9. Jules Danilo (FRA/Honda) 30.318
10. Francesco Bagnaia (ITA/Mahindra) 31.095

Kejuaraan Dunia Moto3

1. Brad Binder (RSA/KTM) 159 pts
2. Jorge Navarro (ESP/Honda) 112
3. Romano Fenati (ITA/KTM) 93
4. Francesco Bagnaia (ITA/Mahindra) 85
5. Nicolo Bulega (ITA/KTM) 75
6. Enea Bastianini (ITA/Honda) 65
7. Niccolo Antonelli (ITA/Honda) 63
8. Fabio Di Giannantonio (ITA/Honda) 58
9. Jakub Kornfeil (CZE/Honda) 58
10. Khairul Idham Pawi (MAL/Honda) 54

BACA INI JUGA: Koleksi Supercar Dalam Filem Need For Speed

Sumber: Astroawani

Monday, July 18, 2016

Bahaya Penggunaan Minyak Masak Berulang Kali Kepada Jantung Dan Salur Darah

Bahaya Penggunaan Minyak Masak Berulang Kali Kepada Jantung Dan Salur Darah

Makanan seperti ayam goreng, pisang goreng dan keropok lekor memang enak dimakan, apatah lagi teksturnya yang rangup dan dimakan pula ketika masih panas.
Bahaya minyak masak berulang


Namun begitu, masyarakat kita lebih cenderung untuk menggunakan minyak masak yang sama berulang kali ketika menggoreng untuk menjimatkan kos, lebih-lebih lagi penjual makanan di warung-warung atau di kedai-kedai makan.

Bagaimana pula anda dirumah? Berapa kali anda gunakan minyak yang sama beruang kali untuk memasak?

Kesan penggunaan berulang-kali

Tahukah anda menggunakan minyak masak yang sama berulang kali boleh memudaratkan kesihatan?

Ini kerana minyak masak yang dipanaskan pada suhu yang tinggi akan mengalami suatu siri tindak balas kimia yang akan menghasilkan pelbagai jenis produk yang mengubah fizikal dan menjejaskan kualiti minyak tersebut.

Kerana itulah kita boleh melihat perubahan warna dan rasa kepada minyak tersebut selepas digunakan beberapa kali.

Minyak masak seperti minyak sawit terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu. Pada suhu yang tinggi, asid lemak ini akan mengalami pengoksidaan yang menghasilkan radikal bebas.

Radikal bebas banyak dikaitkan dengan penyakit barah, penyakit kardiovaskular dan penyakit neurodegeneratif seperti dementia.

Minyak sawit juga pada asalnya amat berkhasiat kerana mengandungi kandungan vitamin E yang tinggi, iaitu sejenis antioksidan.

Namun begitu, apabila minyak sawit dipanaskan, kandungan vitamin E ini akan terhapus sedikit demi sedikit bergantung kepada bilangan kali pemanasan tersebut.

Apabila minyak tersebut digunakan sehingga lima kali, kajian kami mendapati bahawa lebih kurang 98% vitamin E telah terhapus berbanding sebelum minyak itu dipanaskan1.

Jadi, minyak tersebut sudah kehilangan nutrien yang diperlukan dan pengambilan minyak tersebut tidak membawa apa-apa kesan baik sebaliknya akan memberikan kesan toksik kepada kesihatan.

Kesan terhadap jantung dan salur darah

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa penggunaan minyak masak berulang kali memberikan kesan buruk terhadap kesihatan jantung dan salur darah.

Satu kajian telah mendapati bahawa pemberian minyak sawit yang digunakan sebanyak lima dan sepuluh kali menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kerosakan tisu pada jantung.

Begitu juga kajian yang telah kami jalankan pada model tikus yang telah menopaus.

Minyak sawit yang telah digunakan sebanyak lima kali menyebabkan peningkatan aras kolesterol darah serta pembentukan lesi aterosklerosis kepada model tikus tersebut3, 4.

Aterosklerosis adalah suatu keadaan di mana terdapat pembentukan lemak di dalam salur darah arteri yang boleh menghalang pengaliran darah ke seluruh bahagian badan.

Pembentukan lesi aterosklerosis ini boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan seterusnya boleh membawa maut.

Kebarangkalian seseorang wanita itu untuk menghidapi penyakit kardiovaskular seperti aterosklerosis akan meningkat secara mendadak selepas menopaus.

Ini disebabkan oleh penurunan aras hormon estrogen yang mempunyai pelbagai kesan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular.

Oleh sebab itu, adalah amat penting bagi wanita menopaus untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, termasuklah tidak menggunakan minyak masak berulang kali untuk mengelakkan daripada menghidapi penyakit aterosklerosis serta penyakit-penyakit kardiovaskular yang lain.

Kajian di sekitar Kuala Lumpur

Ayam goreng pasar malam

Satu kajian telah dijalankan untuk mengetahui amalan dan tahap kesedaran kesihatan peniaga-peniaga makanan bergoreng di pasar malam–pasar malam sekitar Kuala Lumpur.

Telah didapati bahawa walaupun majoriti daripada mereka mengetahui bahawa penggunaan minyak masak berulang kali adalah tidak baik untuk kesihatan, tetapi mereka tetap menggunakan minyak tersebut.

Yang lebih mengejutkan, apabila dikaji sampel minyak yang diambil dari beberapa kawasan pasar malam di sekitar Kuala Lumpur, didapati bahawa aras peroksida minyak tersebut adalah sangat tinggi yang melebihi aras yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Dengan itu, minyak tersebut sebenarnya harus dibuang dan tidak boleh digunakan lagi dalam masakan. Ini mungkin terjadi kerana mereka mahu menjimatkan kos tetapi pada masa yang sama boleh memudaratkan kesihatan pembeli makanan tersebut.

Mahu jimat atau sihat?

Setiap individu perlu mengetahui bahawa menggunakan minyak masak yang sama berulang kali memberikan banyak kesan buruk terhadap kesihatan.

Amalan ini bukan sahaja boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, tetapi juga penyakit-penyakit lain seperti barah, kerosakan hati serta osteoporosis.

Masyarakat kita kerap menggunakan minyak yang sama berulang kali terutama sekali ketika menggoreng untuk menjimatkan kos.

Minyak tersebut hanya akan dibuang apabila warnanya menjadi gelap kehitaman. Ini mungkin dipengaruhi oleh status sosio-ekonomi dan tahap pendidikan seseorang individu itu.

Jadi, adalah amat penting untuk meningkatkan tahap kesedaran setiap individu tentang bahayanya amalan ini, khususnya kepada wanita menopaus yang terdedah kepada penyakit kardiovaskular serta seluruh masyarakat kita, amnya.

Nota: Dr Siti Khadijah seorang pensyarah farmakologi di sebuah universiti tempatan yang mempunyai minat mendalam pada kajian berkenaan produk semulajadi dan penyakit kardiovaskular.

BACA INI JUGA: Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Sumber: Mmgazette

Apa Sebenarnya Maksud Bin Binti dan Bte Pada Nama Kita?

Apa Sebenarnya Maksud Bin Binti dan Bte Pada Nama Kita?

Masih ramai diantara kita yang tidak memahami maksud sebenar Bin, Binti dan Bte, samada dalam istilah barat mahupun dalam Islam

Bin Binti dan Bte
Gambar hiasan.

Dan dalam Islam sebenarnya, tidak wajib untuk seseorang itu meletakkan bin atau binti pada kad pengenalan.

Mari kita rungkai rahsia sebenar disebalik penggunaan istilah-istilah ini.

Sistem Barat

Bin

Bin adalah B=Belong I=In N=Name, merujuk kepada nama keturunan keluarga.

Binti

Binti pula adalah B=Belong I=In N=Name T=To dan I=Initial, ini kerana bagi wanita, mereka sekali sahaja dapat menggunakan nama keluarga mereka, selepas itu anak-anak mereka akan menggunakan nama keluarga suami.

Bte

Bte pula adalah singkatan untuk B=Belong T=To E=Eve, kerana pada pandangan masyarakat Barat di Eropah dulu, wanita adalah keturunan Eve@Hawa iaitu isteri kepada manusia pertama iaitu Adam.

Singkatan ini kemudiannya dirasakan tidak begitu sesuai dengan pandangan masyarakat di Nusantara dan kemudiannya digantikan dengan Binti.

Penggunaannya Dalam Islam

Di dalam bahasa Melayu dan Arab, Bin merupakan satu istilah yang bererti "anak lelaki kepada" manakala Binti pula mewakili "anak perempuan kepada".

Ia berasal dari perkataan Arab iaitu "ibn" (ابن) yang membubuh gelaran anak lelaki atau "binte" (بنت) bagi anak perempuan.

Sebagai contoh, Mahathir bin Mohamad bererti Mahathir anak lelaki kepada Mohamad.

Ini merupakan satu bentuk patronimik iaitu sistem penamaan menurut susur galur bapa berbanding matronimik yang bererti sistem penamaan menurut susur galur ibu seperti Isa bin Mariam.

Penggunaan perkataan "bin" atau "ibn" dalam bahasa Arab bergantung kepada kedudukannya dalam ayat.

"Ibn" adalah tranliterasi daripada alef-ba-nun yang digunakan pada awalan nama. Sekiranya istilah muncul di tengah-tengah nama, huruf alef ditinggalkan dan istilah itu ditulis sebagai "bin" (بن). Kedua-dua transliterasi sejajar dengan perbezaan sebutan dalam bahasa Arab.

Bin dalam Islam adalah menurut perintah Allah dalam Surah Al-Ahzab, Ayat 5:-

"Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Surah Al-Ahzab, Ayat 5

Penggunaan sistem patronimik membenarkan susur galur seseorang di susur selagi ada, sebagai contoh Ibn Khaldun memberikan nama penuhnya sebagai Abd ar-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Jabir ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Abd ar-Rahman ibn Khaldun.

Di Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara menggunakan sistem penamaan tanpa "bin" bagi pendaftaran anak angkat.

Contoh Ali Murad bererti Ali merupakan anak angkat kepada Murad. Ali bin Murad menunjukkan anak sebenar).

Tindakan ini bagi menangani laporan akhbar pada 12 Julai 2008, yang telah melaporkan bahawa tindakan ini bersalahan dengan hukum syarak dan perlu menggunakan bin/binti Abdullah.

Patronimik masih digunakan di kebanyakan dunia Arab khususnya Arab Saudi. Bagaimanapun, kebanyakan Dunia Arab telah beralih kepada sistem nama keluarga. Sebagaimana nama Inggeris, nama keluarga masih berasaskan nama yang dahulunya patronimik.

Di Iraq, nama penuh dihasilkan dengan mencantumkan nama orang perseorangan dengan nama bapa (kadangkala nama bapa ditinggalkan, sebaliknya nama datuk digunakan atau kedua-dua nama bapa dan datuk digunakan) bersama-sama dengan nama bandar, desa, atau suku kaum.

Sebagai contoh, Hayder Muhammed al-Tikriti adalah anak Muhammed yang bernama Hayder dan berasal dari bandar Tikrit.

Dari segi ejaan, perkataan bin/binti dieja dalam huruf kecil, sementara nama sebenar dieja sebagai huruf besar.

Ini kerana dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman. -Wikipedia

BACA INI JUGA: Muhammad Ali Satu-Satunya ‘Bintang’ Yang Tidak Dipijak!

Kelibat Pocong Gemparkan Penduduk Klang?!

Kelibat Pocong Gemparkan Penduduk Klang?!

Penduduk gerun, takut dan bimbang keluar malam. Itu gambaran situasi semasa sebahagian besar penduduk Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, selepas digemparkan dengan kisah penemuan pocong.

Pocong di Klang

Lebih menyeramkan, lembaga putih yang kelihatan di satu lokasi di taman perumahan itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif lebih-lebih lagi setelah ia menjadi viral di laman sosial Facebook.

Menerusi rakaman video amatur berdurasi 20 saat itu, kelibat pocong yang sedang berdiri tegak seolah-olah memerhatikan sekumpulan remaja yang kebetulan dapat merakam imej berkenaan.

Hasil tinjauan mendapati, video tersebut mendapat 103,096 tontonan sebelum dipadamkan 'admin' grup Facebook berkenaan.

Pemilik akaun Facebook Alif yang juga penduduk asal Jalan Kebun meminta mana-mana pihak yang tidak mengetahui perkara sebenar supaya tidak menokok tambah cerita mengenai kelibat pocong berkenaan.

"Cerita ini menyebabkan penduduk atau orang luar yang melalui Jalan Kebun akan jadi takut bila tiba waktu malam.

"Untuk pengetahuan awam, gambar hantu pocong kat tepi jalan tu sebenarnya tipu dan bukannya betul sebab edit.

"Saya tak pasti siapa yang tangkap dan pasal video itu pun tipu juga," katanya.

Sementara itu, DjAzwan pula berkata, informasi kejadian di kampung itu adalah benar dan pertama kali berlaku pada awal Syawal.

"Telah tiga hari berturut-turut dan Insya-ALLAH telah selesai selepas dikembalikan di tempat asalnya dan kawasan perumahan tersebut dipagar," katanya.

Eja Aira pula berkata, dia bimbang jika ada aktiviti khurafat di kawasan berkenaan.

"Ada aktiviti kurafat ke? Nauzubillahiminzalik... Minta dijauhkan la... Tak risau pasal hantu tapi risau akidah manusia," katanya.

'Pocong tak wujud'

Kisah kewujudan pocong di Kampung Jalan Kebun seperti yang viral di laman sosial Facebook hanya rekaan semata-mata.

Ketua Kampung Jalan Kebun, Mohd Salehan Tahir berkata, dakwaan di Facebook itu tidak benar sama sekali.

“Ia sengaja direka cerita pihak tertentu untuk menakutkan kira-kira 20,000 penduduk melibatkan 15 kariah di sini.

“Pocong tak wujud di kampung ini,” katanya tegas kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kisah kewujudan pocong di kampung itu tersebar dua malam lalu.

“Malam kelmarin penduduk memaklumkan kepada saya khabar angin itu.

“Jadi kami berpakat dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk kampung buat rondaan menjejaki kewujudan pocong itu.

“Mereka yang berkawal dari Lorong Haji Bani dan Haji Bakar hingga jam 4 pagi tak jumpa apa-apa kesan,” katanya.

Bagi terus menjejaki bukti, katanya, pagi tadi (semalam) pihaknya dan beberapa penduduk membuat lawatan dan pemeriksaan ke Tanah Perkuburan Islam Batu 9.

“Namun tak wujud kesan korekan pada kubur atau sebarang amalan khurafat di situ sebaliknya, apa yang ditemui hanyalah kerja membaik pulih kubur lama yang mana mereka letak botol sebagai tanda di tempat itu ada kubur lama.

“Kerja-kerja tersebut dilakukan penduduk kariah Wetan dan ia telah disahkan mereka yang terlibat dalam kerja tersebut,” katanya.

Beliau turut meluahkan kekesalan dengan pihak tertentu yang mengaitkan kampung itu dengan pocong.

“Saya tak tahu apa niat mereka namun tindakan itu tak melemahkan penduduk.

“Cerita itu tak berapa panas di sini, saya lihat penduduk hidup seperti biasa,” katanya.

Tak peduli cerita tahyul

Dalam pada itu, Mohd Salehan berkata, pihaknya dan JKKK tidak menolak kemungkinan cerita itu direka semata-mata untuk menakut-nakutkan penduduk.

“Tak dinafikan banyak juga kes pecah rumah dan warga asing yang tinggal di sini.

“Saya khuatir cerita itu sengaja diada-adakan supaya penduduk alpa dengan pencuri sebaliknya lebih mempercayai syaitan daripada manusia,” katanya.

Katanya lagi, kes sedemikian pertama kali berlaku di kampung ini.

“Jadi saya minta pihak berkenaan menghentikan cerita yang tak betul ini sebaliknya berpegang kepada al-Quran.

“Jika kami menemui sebarang unsur negatif yang boleh mengancam keselamatan penduduk, kami bercadang untuk membuat laporan polis... setakat ini semua terkawal,” katanya.

Sementara itu, penduduk yang rata-rata ditemui Sinar Harian mengakui tidak terkesan dengan penyebaran viral berkenaan, bahkan di kedai-kedai kopi juga kisah itu tidak diperbualkan.

Guru, Siti Rahaya Mohd Salehan, 46, berkata, dia langsung tidak terkesan dengan kisah berkenaan.

“Saya tahu kisah viral di Facebook jarang ada sahihnya... lagipun orang yang dakwa perkara itu tak wujud.

“Banyak yang direka dan tokok tambah untuk takutkan penduduk,” katanya.

Namun begitu, menurutnya, dia tetap mengikut perkembangan kisah itu melalui grup WhatsApp penduduk sekadar suka-suka.

“Di sekolah, ada juga murid tanya pasal kisah itu... saya terangkan kepada mereka jangan terpengaruh.

“Bahkan mereka mengakui dapat tahu kisah itu juga dari Facebook dan mengakui langsung tidak tahu rupa pocong berkenaan,” katanya.

Berhubung penampakkan entiti pocong di sini, Sinar Harian mendapatkan penjelasan pengamal perubatan Islam bagi merungkai persoalan yang berlegar-legar dalam kalangan minda penduduk di Jalan Kebun.

Menurut Ketua Lujnah Latihan dan Kurikulum Darussyifa', Ikmal Zaidi, semua yang berlaku (jelmaan imej pocong) adalah jika diizinkan Allah.

"Betul ke pocong...takut ada yang menyamar. Kalau betul pocong, maka ia jelmaan makhluk halus (jin) yang mahu ganggu manusia dengan rupa menakutkan dan ia harus berlaku jika diizinkan Allah," katanya.

BACA INI JUGA: 5 Filem Seram Terbaik Asia

Sumber: SH

Sunday, July 17, 2016

19 Lagi Fakta Menarik Tentang Sejarah Emas!

19 Lagi Fakta Menarik Tentang Sejarah Emas!

Emas, seperti yang semua orang tahu, merupakan komoditi yang sangat berharga dan telah menjadi metal berharga yang digunakan oleh semua peradaban sejak awal kewujudan manusia.

Emas

Kami telah pun berkongsi beberapa artikel mengenai sejarah emas sebelum ini dan sebagai tambahan, kami kongsikan beberapa lagi informasi tentang emas yang sangat menarik untuk pembaca.

1. Perkataan Inggeris 'Gold' datangnya daripada asas Proto-Indo-European 'Ghel/Ghol' yang membawa maksud kuning, hijau ataupun boleh jadi juga bercahaya.

2. Tiada benua yang tidak mempunyai emas!

3. Dikatakan bahawa, hampir 80% emas yang ada di dunia masih lagi belum dilombong.

4. Emas akan mencair pada suhu 1064.43 darjah selsius.

5. Emas boleh mengalirkan haba serta elektrik dan tidak pernah berkarat.

6. Lebih 75% daripada emas yang berada di pasaran sekarang telah dilombong sejak tahun 1910.

7. Ketulan emas terbesar yang pernah ditemui ialah 'Welcome Stranger'oleh John Deason dan Richard Oates di Australia pada tahun 1869. Ketulan itu sebesar 10x25 inci yang bila dileburkan telah menghasilkan 2,248 auns emas tulen.

8. Puak orang asli di Amerika percaya, mengambil emas boleh menyebabkan seorang manusia mampu 'terbang'.

9. Harga emas melebihi USD$1,000 pada Mac 2008 walaupun berlaku kemerosotan ekonomi ketika itu.

10. Dianggarkan kira-kira 142,000 tan emas telah dilombong sehingga kini.

11. Ketulenan emas dikira dengan ukuran 'karat'. Perkataan karat itu sendiri datangnya daripada perkataan 'Carob seed' iaitu standard biasa untuk timbangan kuantiti kecil yang digunakan di Timur Tengah.

12. Karat boleh ditentukan pada 10, 12, 14, 18, 22 dan 24. Semakin tinggi nombor karat tersebut, maka semakin tulenlah emas itu. Misalnya, untuk digelar emas penuh, emas itu perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10 karat dan untuk emas tulen pula, ia perlulah mencapai 24 karat.

13. Pingat emas pada sukan Olimpik tahun 1912 diperbuat daripada emas sepenuhnya, manakala pingat emas yang diperolehi oleh atlet pada temasya Olimpik kini hanya mempunyai kira-kira 6 gram emas di dalamnya.

14. Pada tahun 560 Sebelum Masihi, Lydian ialah bangsa pertama yang memperkenalkan syiling yang diperbuat daripada emas.

15. Perbicaraan 'Pyx' ataupun ujian umum untuk menentukan kualiti sesuatu emas mula-mula diperkenalkan pada tahun 1282 di England dan masih diteruskan sehingga ke hari ini.

16. Emas dan tembaga ialah besi pertama yang ditemui oleh manusia sekitar 5,000 Sebelum Masihi dan mewakili besi yang tiada warna keputihan.

17. Lombong emas pertama di Afrika Selatan boleh mencecah kedalaman sehingga 12,000 kaki dan suhunya pula boleh mencapai 130 darjah Fahrenheit.

18. Untuk mendapatkan hanya satu auns emas, sebanyak 38 jam diperlukan, sebanyak 1,400 gelen air digunakan dan kuasa elektrik yang menyamai bekalan ke sebuah rumah selama 10 hari selain keperluan bahan kimia lain seperti sianid, asid, boraks dan limau.

19. Emas tulen adalah sangat lembut sehingga boleh dibentuk dengan tangan.

Semoga mendapat manfaat..

BACA INI JUGA: SAH! 41 Telefon Bimbit Mengandungi 1 Gram Emas!

-SENTIASAPANAS.COM

Gula Punca Segala Penyakit

Gula Punca Segala Penyakit

Ramai tidak tahu penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung sebenarnya berpunca daripada gula, bukan lemak seperti diketahui umum selama ini.

GULA+PENYAKIT

Gula diambil bukan sahaja secara langsung daripada minuman bahkan makanan berkarbohidrat seperti nasi selain manisan kuih-muih tradisional, kek dan aiskrim.

Di Malaysia, penggunaan gula adalah yang tertinggi menyebabkan penyakit-penyakit kronik meningkat saban tahun, manakala di negara maju yang mengutamakan kesihatan seperti di Jepun, penggunaan gula bukan sahaja pada tahap minimum, bahkan sukar untuk mendapatkan gula putih di pasaran mereka!

Bagaimana gula merosakkan badan?

Gula diambil akan memasuki aliran darah yang kemudiannya akan menyebabkan pankreas melepaskan insulin (insulin diperlukan untuk mengubah gula menjadi tenaga).

Apabila sejumlah besar gula diambil lebih banyak insulin dikeluarkan, sekali gus menyebabkan kita mengalami kejutan tenaga yang tinggi.

Apabila insulin tinggi dilepaskan, kadar gula darah mulai berkurangan dengan mendadak sehingga timbul tanda-tanda kekurangan gula seperti keletihan, kurang tumpuan dan pening sejurus mengambil makanan manis.

Selain mengubah gula menjadi tenaga, insulin juga merangsang penyimpanan lemak. Lebih banyak insulin dihasilkan, lebih banyak lemak terkumpul.

Selain menyebabkan obesiti dan kerosakan gigi, gula juga dikaitkan dengan masalah kesihatan serius seperti kerosakan fungsi hati, penurunan sistem imuniti badan dan diabetes.

Gula putih terdiri daripada sukrosa iaitu gabungan glukosa dan fruktosa. Berbanding glukosa, fruktosa akan menyebabkan toksiditi meningkat lebih tinggi.

Walaupun dengan sejumlah kecil kalori, kesan negatif lebih kelihatan. Selain penghasilan lemak yang tinggi, ia juga menyebabkan penurunan enzim badan iaitu nitric oksida.

Enzim nitric oksida diperlukan oleh badan untuk mengekalkan tekanan darah pada tahap normal. Enzim itu juga diperlukan dalam proses pemulihan tisu-tisu dalaman, dan jika ia berkurangan akibat fruktosa tinggi di dalam badan, maka tekanan darah akan meningkat dan boleh menyebabkan serangan angin ahmar (strok).

Gula juga menjurus kepada perkembangan ‘sindrom metabolik’ (penyakit metabolik kronik) yang disebabkan obesiti dan kemudiannya meningkatkan risiko menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung.

Malah gula yang menyumbang peningkatan 50 peratus obesiti sejak sedekad lalu kini dianggap ‘pembunuh’ utama di Malaysia!

Justeru, elak pengambilan gula, gantikan dengan manisan asli seperti madu dalam pemakanan harian.

Selain itu, berpuasa bukan sahaja akan mengurangkan kandungan gula dalam darah, malah dapat memecahkan lemak dalam badan, sekali gus dapat menurunkan berat badan.

DR. NORZAIDI ZAKARIA
Biro Media Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim)

BACA INI JUGA: Khasiat Memakan Pisang Yang Anda Tidak Tahu

Sumber: utusan

Al-Biruni, Pakar Perbandingan Agama Pertama Di Dunia!

Al-Biruni, Pakar Perbandingan Agama Pertama Di Dunia!

Siapakah pakar perbandingan agama pertama di dunia? Khilafah Abbasiyah adalah kuasa global nombor satu di dunia ketika pakar ini diahirkan.

Al-Biruni.jpg
Gambar hiasan.

Sebut sahaja “Ana Muslim”, ia memberi makna prestij sebagai ahli umat terbaik, tergagah dan yang paling bertamadun. Ekonomi China pun dimonopoli oleh umat Islam ketika itu!

Pada masa inilah, seorang ulama melahirkan tidak puas hati dengan wacana perbandingan agama pada zamannya kerana ia tidak adil, hanya bergantung pada rujukan sekunder yang tidak diedit, bukan pada rujukan utama yang asli.

Contohnya, seorang penyelidik ingin menulis tentang agama Hindu. Apa yang berlaku ialah penyelidik ini tidak menuntut ilmu tentang agama Hindu dari ilmuwan Hindu yang beragama Hindu sendiri.

Dia berpuas hati mengambil maklumat daripada mereka yang mungkin memusuhi agama Hindu. Penyelidik ini pula tidak berusaha untuk belajar bahasa Sanskrit iaitu bahasa asal Hinduisme.

Bahkan, jika seorang penyelidik adalah Muslim, dia mungkin mengambil maklumat daripada Muslim lain yang mempunyai prejudis terhadap agama Hindu.

Maka, maklumat yang diberikan adalah bersifat polemik iaitu hanya untuk membuktikan agama Hindu itu sesat dan agama Islam itu benar, bukan benar-benar untuk memahami ajaran Hindu yang sebenar. Bagaimana penyelidik ini boleh digelar “pakar”?

Bagi Abu Raihan Muhammad bin Ahmad al-Biruni, atau singkatannya “al-Biruni”, penyelidik-penyelidik yang mempunyai ciri-ciri di atas tidak boleh digelar “Pakar” perbandingan agama dalam erti kata yang sebenar.

Maka, al-Biruni pun belajar bahasa Sanskrit sehingga beliau mampu terjemahkan daripada Sanskrit ke bahasa Arab dan daripada bahasa Arab ke Sanskrit! Dua hala.

Beliau terjemahkan kitab-kitab Sanskrit agama Hindu seperti Yogasutra Patanjali dan Samkhya.

Al-Biruni berkata, “Saya tidak teragak-agak untuk mendapatkan kitab-kitab Sanskrit walau susah macam mana pun atau membelinya dengan harga apa pun dari tempat yang dekat atau yang jauh dan dari ilmuwan Hindu yang memahami kitab-kitab ini dan boleh mengajar saya.” (Kitab al-Hind)

Pada tahun 1017, al-Biruni bermusafir ke benua India demi untuk belajar kitab-kitab Hindu dari ilmuwan Hindu sendiri dan menulis sebuah masterpiece yang bakal membuktikan ketamadunan umat Islam yang tinggi dalam menghasilkan wacana perbandingan agama iaitu “Kitab al-Hind” (tajuk singkatan). Kitab ini diterjemahkan oleh Dr Edward Sachau.

Prof Annemerie Schimmel menulis dalam bukunya yang bertajuk Islam: An Introduction bahawa Kitab al-Hind adalah kitab pertama di dunia yang membincangkan sejarah sebuah agama secara objektif. Kitab ini mendapat pengiktirafan daripada tokoh-tokoh agama Hindu sendiri.

Apakah tujuan al-Biruni menulis masterpiece ini? Beliau berkata bahawa Kitab al-Hind bertujuan “untuk membantu mereka yang ingin berdialog agama dengan penganut Hindu dan sebagai gedung maklumat”. Matlamat dakwah al-Biruni jelas dalam tujuan yang dinyatakan.

Dakwah bukan menghina agama lain atau mencari kesalahan kitab agama lain untuk menangkan Islam. Dialog antara penganut agama tidak akan berjaya dengan cara bermusuhan.

Dalam Kitab al-Hind, al-Biruni menulis bahawa Brahmin Hindu selalu rasa bangga dengan kasta mereka tetapi al-Biruni juga menulis bahawa beliau sedar umat Islam adalah lebih hebat lagi daripada umat lain dan Islam adalah satu-satunya agama yang benar.

Bagi al-Biruni, kehebatan umat Islam terbukti bukan dengan penyelidikan ilmiah yang bersifat bias terhadap agama lain.

Ketamadunan umat Islam terbukti dan dihormati oleh semua bila kesarjanaan kajian oleh umat Islam bersifat objektif dan mempunyai nilai ilmiah yang tinggi.

Al-Biruni berkata, “Saya tidak akan mengemukakan hujah-hujah lawan (penganut-penganut Hindu) demi untuk mematahkan hujah-hujah mereka dan membuktikan kepalsuannya seperti yang saya beriktikad. Kitab saya hanyalah sebuah rekod fakta sejarah yang mengemukakan teori-teori agama Hindu sebagaimana yang ada.”

Al-Biruni menyebut bahawa umat hendaklah menggambarkan akhlak “menegakkan kebenaran walaupun ia bertentangan dengan diri sendiri” seperti yang dinyatakan dalam surah 4:135.

Akhlak ini hendaklah di aplikasikan dalam penyelidikan ilmiah dan dialog antara penganut agama. Barulah umat kita dihormati sebagai umat yang paling bertamadun.

BACA INI JUGA: 5 Ciptaan Terhebat Umat Islam Yang Mengubah Dunia!

Sumber: SH

Archelis Chair, Kerusi Untuk Mereka Yang Selalu Kerja Sambil Berdiri!

Archelis Chair, Kerusi Untuk Mereka Yang Selalu Kerja Sambil Berdiri!

Bagi mereka yang selalu bekerja sambil berdiri, tentu anda sangat mengimpikan sebuah kerusi untuk menghilangkan lenguh.

Archelis Chair

Tahukah anda, ada sejenis kerusi khas telah dicipta untuk anda dan ianya dinamakan sebagai Archelis Chair.

Kerusi ini bukanlah seperti yang biasa anda lihat. Ia lebih kelihatan seperti pendakap kaki yang membalut punggung dan kaki anda.

Archelis Chair [2]

Kelebihannya, anda boleh duduk di atas 'kerusi' ini sambil berdiri, malah boleh digunakan sebagai kerusi!

Archelis Chair [3]

Jadi, dengan menggunakan peralatan ini, kini anda boleh merehatkan kaki yang lenguh semasa 'berdiri' ketika melakukan kerja.

BACA INI JUGA: Misteri Sumpahan Kerusi Antik Pembawa Maut!

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, July 16, 2016

Fenomena Pokemon Go, Mengejar Dunia Maya Dan Mengganti Realiti

Fenomena Pokemon Go, Mengejar Dunia Maya Dan Mengganti Realiti

Dalam filem The Matrix, watak Morpheus lakonan Laurence Fishburne mendedahkan kepada Neo bahawa dunia yang dianggap nyata sebenarnya rekaan komputer semata-mata.

Pokemnon Go vs The Matrix [2]

Ketika bertemu buat kali pertama, Morpheus memberi Neo dua pilihan - telan pil biru untuk terus hidup dalam khayalan; atau telan pil merah dan keluar dari ‘The Matrix’ dan kenali dunia nyata.

Lebih 17 tahun selepas filem tersebut ditayangkan, garis pemisah dunia maya dan nyata semakin kabur.

Para pengguna telefon pintar yang sudah sedia taksub dengan media sosial kini disajikan dengan satu lagi ketagihan.

Pokemon Go

Fenomena terbaharu yang melanda dunia, Pokemon Go dan 8 Perkara Tentang Pokemon Go Yang Anda Perlu Tahu, permainan mudah alih augmented reality yang dibangunkan oleh Niantic.

Bersandarkan permainan video terbitan Nintendo lewat 1990-an, Pokemon Go membenarkan pemain mengumpul koleksi ‘makhluk Pokemon’ seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.

Bezanya, perkembangan teknologi membenarkan pemain memburu makhluk menerusi teknologi GPS dan jam telefon pintar yang mengesan lokasi dan waktu pemain.

Tidak kira di mana anda berada, apabila aplikasi Pokemon Go diakses, anda dapat melihat makhluk seperti Bulbasaur, Pikachu, atau Jigglypuff muncul pada skrin seolah-olah sedang bertenggek di bahu jalan, berehat di dahan pokok, atau tersenyum ke arah anda dari sebuah jendela.

Semua ini menjadikan pemain Pokemon Go terkeliru antara dunia nyata dengan paparan skrin mereka.

Tidak hairanlah sehingga ada yang terlibat dengan kemalangan jalan raya demi memburu makhluk sasaran.

Ada juga perompak yang mengambil kesempatan menggunakan lokasi pemain yang di tempat sunyi untuk diserang hendap.

Mimpi dan teknologi

Kegilaan ini bukanlah sesuatu yang aneh.

Perkembangan teknologi dan media sosial sememangnya berakar umbi dari mimpi dan kenangan zaman dahulu.

Generasi 90-an yang mengimpikan makhluk kecil bertebaran seperti dalam permainan video Pokemon kini sedang menikmati mimpi jadi nyata.

Kita hanya mampu berangan-angan untuk terus berhubung dengan teman sedarjah dan rakan sekuliah dengan mencatatkan ucapan dan melekatkan foto pada buku autograf atau majalah sekolah.

Kini setiap hari kita menekuni Facebook untuk melawat mereka yang kini sudah beranak-pinak.

Mengganti realiti

Pokemnon Go vs The Matrix

Tidak terlalu sukar untuk membongkar rahsia di sebalik kedegilan kita melepaskan telefon pintar dari genggaman.

Realiti kita sudah diganti.

Seperti mana lekanya para pemain Pokemon Go yang penuh komited menganggap setiap makhluk yang muncul di aplikasi sebagai koleksi sebenar yang perlu dijerat, begitu juga kita yang percaya media sosial itu dunia sebenar.

Segala gambar penting dalam kehidupan, tidak kira sama ada akad nikah atau bayi yang masih merah, Facebook atau Instagram akan jadi sasaran pertama untuk berkongsi berita gembira.

Kita diserang sayu saat rakan mula ‘unfollow’ akaun Twitter atau bilangan ‘like’ pada Instagram mula susut.

Kerana kita sudah memindahkan dunia kita ke alam maya dan para pemodal mahu kita terus menganut kepercayaan yang sama.

Sebab itu nilai syarikat Nintendo meningkat lebih RM30 billion dua hari selepas Pokemon Go dilancarkan.

Sekali-sekala, molek juga kita menelan pil merah seperti Neo. Dongak dan urut leher. Tinggalkan telefon pintar seketika dan lihat semula ke angkasa, sementara langit kita masih biru..

BACA INI JUGA: Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Doraemon

Sumber: Astroawani