Saturday, July 16, 2016

11 Punca Buah Pinggang Rosak Yang Kita Boleh Elakkan!

11 Punca Buah Pinggang Rosak Yang Kita Boleh Elakkan!

Mengalami kerosakan buah pinggang memang tidak dipinta oleh sesiapa pun, tapi gaya hidup kita boleh mengubahnya.

Buah Pinggang

Kena cuci buah pinggang bererti kehidupan sangat terbatas. Nak kemana-mana pun susah, kecuali ada mesin dialisis yang portable yang boleh dibawa ke mana-mana.

Kali ini saya hendak berkongsi 11 faktor yang menyebabkan buah pinggang boleh rosak, agar kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga buah pinggang kita sebaik-baiknya.

1. Kerap menahan kencing.

2. Kurang minum air.

3. Suka makan makanan masin.

4. Suka minum makanan bergas atau berkarbonat.

5. Kerap terkena jangkitan kencing dalam erti kata lain, tidak menjaga kebersihan anggota kencing dengan baik atau tidak dirawat dengan sempurna.

Ini merupakan salah satu masalah kebanyakan pesakit kerana setiap kencing kotor akan diberi ubat antibiotik yang perlu dihabiskan mengikut masa. Ada pesakit yang makan sesuka hati dan ada yang sengaja makan separuh.

Antiobiotik yang tidak dimakan dengan betul lebih buruk kesannya daripada tidak mengambil antibiotik langsung.

6. Kerap makan daging merah dan makanan laut yang tinggi kandungan asid urik.

7. Merokok.

8. Kerap makan pil tahan sakit.

9. Minum alkohol berlebihan.

10. Penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.

11. Obesiti dan penyakit metabolik.

Jadi, kepada sesiapa yang ada masalah diatas, ketahuilah kesemua itu boleh kita elakkan.

Mereka yang menghidap sakit buah pinggang juga tidak diwajibkan menunaikan ibadat haji menurut muzakarah kebangsaan dan Lembaga Tabung Haji juga tidak membenarkan mereka ikut.

Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat dan jagalah kesihatan buah pinggang kita.

Semoga info ini memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Manfaat Vitamin B Complex Dan Kenapa Anda Harus Mengambilnya Setiap Hari

Sumber: Ketamkecil

Tonton Bajrangi Bhaijaan Lakonan Hebat Salman Khan Dan Kareena Kapoor

Tonton Bajrangi Bhaijaan Lakonan Hebat Salman Khan Dan Kareena Kapoor

Bajrangi Bhaijaan merupakan filem Hindi lakonan hebat aktor Salman Khan di samping Kareena Kapoor sebagai watak utama. Kisah kemanusiaan yang menerapkan elemen persahabatan, kejujuran dan kedamaian.

Bajrangi Baijaan

Filem Bollywood arahan Kabir Khan ini menampilkan bintang hebat seperti Salman Khan, Kareena Kapoor dan ramai lagi.

Ia mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak perempuan bisu berasal dari Pakistan yang mendapati dirinya telah sesat di India dan tidak tahu bagaimana hendak pulang.

Seorang lelaki baik dengan sukarelanya telah membantu kanak-kanak perempuan tersebut untuk kembali ke pangkuan keluarganya.

Download Bajrangi Bhaijaan Full Movie (Malay Sub)

BACA INI JUGA: Kisah Luar Biasa Lelaki Pembelah Gunung!



Video Kucing Baca Doa Sebelum Makan Jadi Viral

Video Kucing Baca Doa Sebelum Makan Jadi Viral

Sebuah video pendek menunjukkan bagaimana lima ekor kucing mengangkat tangan berdoa sebelum makan sehingga doa selesai dibaca tuannya dan kemudian makan dengan serentak.

Kucing Baca Doa Sebelum Makan Jadi Viral

Menurut kiriman akaun Facebook, The001 yang berasal dari Indonesia, seorang wanita dilihat membariskan lima ekor kucing peliharaannya itu dan kemudian menyiapkan satu persatu bekas tempat makan semua kucing itu.

Setelah menuangkan ke dalam bekas yang sudah berada di depan kucing tersebut, wanita itu kelihatan membaca doa dan ketika doa dibacakan, kucing-kucing itu tidak berganjak satu langkah pun malah tidak ada satupun yang memakan makanannya.

Setelah doa selesai, wanita tersebut mempersilakan kesemua kucing berkenaan makan, dan kelima-lima haiwan comel itu lantas ‘menyantap’ makanan mereka dengan pantas.

Video ini telah dimuat naik dengan tagline ‘sebelum makan biasakan baca doa’ itu turut mendapat komen positif daripada ramai netizen.

“Ia mengajarkan dan mengingatkan kita sebagai manusia jika buat sesuatu harus mula dengan doa daripada hal yang kecil hingga hal besar, malulah dengan kucing yang ‘faham’ baca doa sebelum makan.”

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Makanan Manusia Yang Beracun Bagi Kucing?



Sumber: mynewshub

Friday, July 15, 2016

Spesifikasi Dan Harga Model Sedan Perodua Bezza

Spesifikasi Dan Harga Model Sedan Perodua Bezza

Sejak 20 tahun bertapak dalam industri automotif tempatan dengan pelbagai model kereta yang telah dikeluarkan, kini Perodua tampil pula dengan model sedan.

Spesifikasi Dan Harga Perodua Bezza

Model baharu itu diberi nama Perodua Bezza, merupakan model sedan sulung syarikat automotif terkemuka tempatan dan ada 9 perkara menarik mengenainya yang anda wajib tahu.

Menurut sebuah portal permotoran, Careta, yang berkesempatan memandu uji model terbaharu itu memberitahu bahawa model tersebut didatangkan dengan dua varian iaitu iaitu 1.0 liter dan 1.3 liter.

Spesifikasi Dan Harga Perodua Bezza [5]

Varian 1.0 liter didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan dan Standard G iaitu gabungan manual dan auto.

Manakala varian 1.3 liter menawarkan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan. Bagi Premium X terdapat dalam manual dan auto dan bagi Advance pula hanya auto sahaja.

Spesifikasi Dan Harga Perodua Bezza [3]

PERODUA Sedan 1.0 Liter
  • Transmisi manual 5-kelajuan
  • Transmisi automatik 4-kelajuan
  • Standard G (manual dan auto)

PERODUA Sedan 1.3 Liter
  • Transmisi manual 5-kelajuan
  • Transmisi automatik 4-kelajuan
  • Premium X (manual dan auto)
  • Advance (auto sahaja)

Anggaran harga bagi kedua-dua jenis model terbaharu ini dijangka berada antara RM30,000 hingga RM55,000.

Spesifikasi Dan Harga Perodua Bezza [4]

Antara spesifikasi lain yang terdapat pada model sedan ini ialah dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.9 km/l dan memenuhi ciri-ciri kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV).

Selain itu, tempat letak barang atau boot Perodua baharu itu mempunyai kapasiti sebesar 508 liter lebih besar daripada boot Toyota Vios dan Nissan Almera.

Menarik mengenai Bezza ialah semua varian dilengkapi ciri keselamatan termaju, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik( EBD).

Bagi varian Advance pula mendapat tambahan ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).

Perodua Bezza turut memperkenalkan sistem mula-henti (Eco Idle) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda 2.

Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi.

Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.

Spesifikasi Dan Harga Perodua Bezza [6]

Pembeli Bezza Premium X dan Advance turut dibekalkan filem pelindung keselamatan dan solar, akses pintar, punat mula-henti dan port USB untuk slot telefon bimbit di konsol belakang, punat kawalan jauh untuk bukaan but.

Ciri audio pula didatangkan standard bersama sambungan USB untuk semua varian, manakala Bezza Premium X mendapat tambahan fungsi wayarles, Bluetooth dan Bezza Advance dilengkapi sistem multimedia dengan navigasi dan ‘Smart Link’ berserta kamera undur.

Bagi versi premium, Perodua Bezza menerima penarafan keselamatan 5-bintang yang diperoleh dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP.

Sama seperti model Perodua sedia ada, Bezza turut ditawarkan waranti selama lima tahun atau 150,000km perbatuan.

BACA INI JUGA: Risiko Sambung Bayar Kereta Yang Ramai Tidak Tahu!

Sumber: Mynewshub.cc/Pandulaju.com.my

PERODUA Lancar Kereta Sedan Pertama Dan 9 Perkara Menarik Mengenainya

PERODUA Lancar Kereta Sedan Pertama Dan 9 Perkara Menarik Mengenainya

Perodua Bezza, model sedan sulung syarikat automotif PERODUA, bakal dilancarkan dalam masa terdekat, sekaligus menyediakan lebih banyak pilihan model kepada orang ramai.

PERODUA Lancar Kereta Sedan

Selepas berjaya dengan kereta kompak sehingga mengungguli jualan kenderaan di pasaran tempatan sejak lebih 20 tahun lalu terutama menerusi model Kancil, MyVi dan Axia, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) kini tampil dengan model sedan.

Berikut adalah 9 perkara menarik yang perlu anda tahu mengenai Perodua Bezza sedan terbaru itu.

1. Bakal Dikeluarkan Dengan Enjin 1.0 liter dan 1.3 liter

PERODUA Lancar Kereta Sedan [1]

PERODUA sedan itu akan dikeluarkan dalam dua variasi enjin iaitu 1.0 dan 1.3. Enjin 1.0 yang digunakan adalah enjin yang sama menghidupkan Axia (tapi dengan modifikasi) manakala enjin 1.3 adalah enjin yang baharu.

2. Model pertama keluaran PERODUA menggunakan kepakaran reka bentuk tempatan

PERODUA Lancar Kereta Sedan [2]

PERODUA sebelum ini mengeluarkan kereta-keretanya berasaskan blueprint reka bentuk kereta lain. Tapi bagi sedan pertamanya, PERODUA mengambil keputusan untuk mereka bentuk sendiri keretanya menggunakan kemahiran tempatan.

3. Enjin dihasilkan di kilang PERODUA/Daihatsu di N. Sembilan

PERODUA Lancar Kereta Sedan [3]

Enjinya juga dihasilkan secara tempatan di kilang terbaru PERODUA/Daihatsu di Negeri Sembilan.

4. Varian 1.3 Mengguna Enjin Baharu iaitu 1NR-VE dwi VVT-i

PERODUA Lancar Kereta Sedan [4]

Enjin 1.3 yang bakal digunapakai dalam varian Premium X dan Advance adalah enjin baharu. Rasanya ramai yang akan membeli varian ini bagi merasai sendiri enjin baru ini selain lebih kuasa yang akan dihasilkan.

5 - Dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.8 km/l

PERODUA Lancar Kereta Sedan [5]

PERODUA dan jimat minyak berpisah tiada!

6. Varian 1.3 Advance dilengkapi dengan sistem Eco-Idle (Varian Advance)

PERODUA Lancar Kereta Sedan [6]

Varian 1.3 Advance juga dilengkapi dengan sistem Eco-Idle dimana enjinnya akan mati sendiri apabila dalam keadaan Idle (seperti menunggu lampu isyarat). Dan sistem ini juga akan menghidupkan enjin secara automatik apabila pemandu menekan pedal minyak.

7. 5 bintang ASEAN NCAP

PERODUA Lancar Kereta Sedan [7]

Yup, model sedan ini merupakan model PERODUA pertama yang menerima pengiktirafan 5 bintang dari ASEAN NCAP. Tak dinafikan, ianya satu langkah kehadapan oleh PERODUA.

8. Dilengkapi dengan VSC (Varian Advance)

PERODUA Lancar Kereta Sedan [8]

PERODUA sedan Advance pula juga dilengkapi VSC (Vehicle Stability Control). Tambah lagi 1 bintang bagi variasi Advance.

9. Harga dianggarkan antara RM30,000 hingga RM55,000

PERODUA Lancar Kereta Sedan [9]

Melihatkan kepada harga yang ditawarkan, tidaklah jauh mana jika dibandingkan dengan Nissan Almera dan mampu milik. Jika dilihat dalam konteks harga, nyata sekali PERODUA sedan ini dicipta bagi menyaingi model PROTON saga.

BACA INI JUGA: Cara Baharu Renew Roadtax & Insuran Kereta Mulai September 2016

Sumber: Siakapkeli/Careta
Pembunuh Sayyidina Ali Bin Abi Talib Menghafal Al-Qur'an!

Pembunuh Sayyidina Ali Bin Abi Talib Menghafal Al-Qur'an!

Puak radikal didalam Islam muncul kerana merasakan diri paling benar, sementara orang lain salah.

Kata-kata Sayyidina ali

Cuba kita lihat sejarah bagaimana Khalifah Ali Bin Abi Talib r.a. dibunuh oleh seorang pemuda bernama Abdurahman bin Muljam.

Dia seorang yang alim, sembahyang tahajud setiap malam, selalu berpuasa dan hafal Al-Qur'an.

Abdurahman bin Muljam menganggap Syaidina Ali sebagai kafir kerana menegakkan hukum hasil dari perbincangan dan musyawarah dengan manusia, walhal Syaidina Ali r.a. adalah salah seorang dari sahabat Nabi yang telah dijamin masuk syurga.

Dan inilah gejala yang sedang melanda umat Islam sekarang. Baru keluar dari pondok pengajian sudah pandai mengkafirkan orang lain.

Malah, ada juga kerana kepentingan dan terlalu taksub, mengkafirkan pihak lain demi mencapai kemenangan.

Semoga kita dijauhkan dari sifat buruk ini.

BACA INI JUGA: Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang!

-SENTIASAPANAS.COM

'Diabaikan FAM, Latihan Dengan Skuad Negara Tiada Manfaat'

'Diabaikan FAM, Latihan Dengan Skuad Negara Tiada Manfaat'

Pemilik JDT, TMJ menyifatkan latihan beberapa pemain pasukan itu dengan skuad kebangsaan tidak memberi manfaat selepas berbulan-bulan masa dihabiskan di kem latihan.

PEMAIN JDT BERSARA

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, selepas kecewa terhadap organisasi skuad kebangsaan iaitu FAM dan Football Limited Liability Partnership (FMLLP), beberapa pemain menemui beliau dan menyatakan hasrat bersara.

"Mereka tidak mahu mengumumkannya melalui media dan akaun media sosial sendiri kerana terdapat ramai peminat bola sepak yang tidak bertanggungjawab sentiasa akan menyalahkan tindakan mereka.

"Saya bersetuju dan mengarahkan pegawai di kelab kami untuk mengendalikannya," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi JDT.

Terdahulu, empat pemain JDT iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Amirul Hadi Zainal dan S Kunalan mengumumkan persaraan mereka dari skuad bola sepak negara.

Perkara itu turut dipandang serius oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengandaikan isu tersebut mungkin berkait dengan kenyataan Tunku Ismail berhubung kecederaan pemain JDT selepas menyertai kem latihan dan perlawanan bersama skuad kebangsaan, baru-baru ini.

Tunku Ismali turut meminta peminat bola sepak di seluruh negara dan penyokong setia FAM memahami keputusan tersebut.

"Pemain ini sayangkan negara, mewakili negara adalah penghormatan terbesar yang pernah mereka lalui dalam kerjaya.

"Mereka bukan melakukannya kerana tidak suka kepada Malaysia, mereka melakukan kerana mereka adalah manusia seperti anda dan saya.

"Mereka melakukan ini kerana sudah letih dengan panggilan yang tidak sepatutnya di mana mereka perlu menghabiskan masa berbulan-bulan di kem latihan dengan latihan tidak mencukupi dan tidak memberi manfaat kepada pasukan kebangsaan," jelasnya.

Diabaikan FAM

Tambah beliau, pemain tersebut terpaksa bermain untuk sebuah organisasi yang tidak pernah mengambil tahu kebajikan pemain, termasuk isu pembayaran gaji.

"Mereka terpaksa bermain untuk seorang pemimpin yang tidak pernah menghadiri sebarang latihan atau pun mesyuarat. Mereka terpaksa bermain untuk seorang pemimpin yang tidak mengetahui nama mereka dan kewujudan mereka.

"Mereka terpaksa juga bermain untuk sebuah organisasi yang tidak ambil kisah apabila mereka mengalami kecederaan," katanya sambil menambah beliau berdiri bersama pemain berkenaan.

Sementara itu Tunku Ismail berkata, mereka telah mencuba pelbagai cara profesional seperti merujuk kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan menyuarakan masalah kepada jurulatih dan pegawai FAM.

"Tetapi seperti biasa, FAM lakukan apa yang biasa mereka lakukan iaitu mengabaikan mereka. Sama seperti bagaimana mereka mengabaikan kelab dan penyokong bola sepak di seluruh negara selama 30 tahun.

"Oleh itu nasihat saya kepada anda adalah, anda perlu berdiri bersama pemain dan kelab. Minta perubahan dalam FAM, sama ada mereka suka atau tidak satu hari nanti mereka perlu berubah," tegasnya.

BACA INI JUGA: Bintang Bola Sepak Dunia Yang 'Gagal' Sebagai Jurulatih

Sumber: Astroawani

Pakar Barat Sahkan Hang Tuah Pernah Memerintah Singapura!?

Pakar Barat Sahkan Hang Tuah Pernah Memerintah Singapura!?

Akhbar Berita Harian Singapura baru-baru ini melaporkan, pulau itu mungkin sebuah pusat pelabuhan utama bagi Empayar Melaka pada abad ke-15 yang ditadbir seorang laksamana dan beliau dipercayai ialah Hang Tuah sendiri.

Hang Tuah Pernah Memerintah Singapura

Kewujudan Laksamana Hang Tuah pernah dipersoal akibat ketiadaan bukti arkeologi. Namun pakar Barat di Universiti Nasional Singapura (NUS) ini yakin bukan sahaja Hang Tuah wujud, malah pernah memerintah Singapura.

Laksamana berkenaan dikatakan tidak sahaja berkuasa memerintah ketika itu dan mentadbir pelabuhan tersebut, bahkan mengetuai angkatan laut Kesultanan Melayu Melaka yang menjadikan Singapura sebagai pangkalannya.

Sebagai Laksamana, Hang Tuah menjadikan pulau yang pernah disebut Temasek sebelum diubah Sang Nila Utama kepada Singapura; menjadi tempat tinggalnya, kata pakar sejarah dan arkeologi Singapura, Prof. Dr. John Miksic.

Baru-baru ini, kewujudan Hang Tuah sekali lagi dipersoalkan pihak tertentu kerana konon tiadanya bukti arkeologi yang mengaitkan kehidupan dirinya, seperti yang panas dilaporkan oleh pelbagai media Malaysia sekitar Mei lalu.

Ia memetik laporan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai mengesahkan bukti arkeologi mengaitkan kewujudan Laksanama Hang Tuah masih lagi belum ditemui untuk disahkan muktamad secara rasmi.

Walaupun akur dengan ketiadaan bukti tersebut, Miksic tetap percaya bahawa Hang Tuah wujud malahan pernah bermastautin agak lama di Singapura berdasarkan bukti surat-menyurat yang ditemui di Pulau Okinawa, Jepun.

“Hang Tuah pasti ada. Jawatannya sebagai Laksamana ada. Gelarannya sebagai Sri Bija Diraja, kita ketahui pasti ada. Orang yang namanya Hang Tuah belum dapat diperkuat dengan data dari sumber selain Sejarah Melayu.

“Namun tidak ada alasan untuk percaya bahawa orang dengan nama itu tidak ada,” ujarnya merujuk watak Hang Tuah sering disebut dalam banyak sumber asing dari China dan Jepun, selain kitab terkenal Sejarah Melayu.

“Itu yang paling menentukan, sebab ternyata pada akhir abad ke-15, Laksamana dari Singapura itu berhak mengirim surat rasmi atas namanya sendiri kepada mana-mana raja asing. Surat itu bahkan masih ada lagi di Okinawa.

“Banyak surat di Okinawa yang dikirimkan dari Laksamana Melaka, tanpa nama, hanya gelarannya yang disebut. Tapi dia yang berhak bertindak atas nama Sultan,” tambah Profesor Jabatan Pengajian Asia Tenggara NUS itu.

Prof. Dr. John Miksic

Prof. Dr. John Miksic (atas) memegang peta lama bertarikh 1825, menunjukkan benteng pertahanan lama kerajaan Kesultanan Singapura pernah wujud abad ke-14 mengelilingi Bukit Larangan atau kini Fort Canning Hill. – Foto Berita Harian Singapura

Miksic yang fasih berbahasa Melayu mula mengajar di NUS sejak 1987, dan sebelum itu, pernah menjadi pensyarah di Universiti Gadjah Mada, institusi terkenal di wilayah istimewa Yogyakarta, Indonesia, selama enam tahun.

Memberi perincian Singapura sebagai pusat pelabuhan Empayar Kerajaan Melaka, beliau menegaskan ia jelas dilaporkan perwira angkatan armada Laksamana Zheng He atau juga disebut Cheng Ho dari China pada 1435.

Menurut Miksic, setelah tertubuhnya Kesultanan Melaka sekitar tahun 1400, Singapura yang sudah wujud lebih awal daripada Melaka tetap ada, bahkan langsung tidak musnah akibat serangan hebat oleh tentera Majapahit.

Sebelum ini, sejarah menyatakan Singapura musnah akibat serangan itu, yang dilakukan agar dapat menangkap sultan terakhir Singapura, Sultan Iskandar Shah dan dibuktikan bukan sahaja dari segi sejarah, malah arkeologi.

Ia menunjukkan bahawa Singapura, atau ketika itu lagi masih dipanggil sebagai Temasek, merupakan sebuah pelabuhan maritim antarabangsa yang sudah memainkan peranan penting dalam hubungan luar negara.

Singapura juga pusat transit kapal laut dan sangat strategik dalam struktur kerajaan Melaka – tempat bagi orang dari Jawa atau Sumatera contohnya datang ke Singapura sebelum menuju ke tempat lain seperti India atau China.

Angkatan laut Kesultanan Melaka pula ditempatkan di Singapura disebabkan kedudukan pulau ini lebih strategik dan terlindung berbanding dengan Melaka yang agak terbuka dan mudah diserang dari arah laut atau darat.

Selain melindungi perairan Selat Melaka dan sekitarnya, angkatan tentera tersebut turut dikerah membasmi kegiatan lanun yang dikatakan cukup berleluasa menjarah banyak kapal dagang asing di perairan Singapura.

Hang Tuah ujar Miksic juga mempunyai kuasa memerintah Singapura seumpama pemimpin tempatan bertaraf gabenor dalam sistem pentadbiran moden atau amir jika merujuk kepada zaman khalifah Islam di Timur Tengah.

“Terbukti beliau perlu ke istana kalau ada upacara atau ada tugas lain, yang bererti harus bertemu raja, sultan atau bendahara, misalnya.

"Tetapi hari-hari tempat tinggalnya di Singapura,” kata Miksic.

BACA INI JUGA: Manuskrip Tok Pulai Chondong Bongkar Rahsia Keris Tuah Dan Jebat!

Sumber: Agensi/Mynewshub/HAA

Thursday, July 14, 2016

8 Perkara Tentang Pokemon Go Yang Anda Perlu Tahu

8 Perkara Tentang Pokemon Go Yang Anda Perlu Tahu

Aplikasi permainan Pokemon Go secara dasarnya mengetengahkan konsep permainan menangkap dan berinteraksi dengan Pokemon.

Pokemon Go [2]

Dan kini demam Pokemon Go nampaknya sudah mula melanda seluruh dunia, walaupun baru seminggu selepas aplikasi permainan ini dilancarkan.

Pokemon Go berjaya memikat hati pengguna, selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat pada 5 Julai lalu.

Ia kini ‘menular’ di seluruh dunia, dan mencetuskan satu fenomena yang baharu.

Jika anda masih keliru dengan permainan ini yang menjadi kegilaan orang ramai, berikut adalah 8 fakta yang anda perlu tahu.

1. Apa itu Pokemon?

Untuk memahami sepenuhnya mengenai Pokémon Go, kita kena mengulas serba sedikit sejarah mengenai konsep Pokemon.

Sekitar tahun 1990, seorang pereka permainan video bernama Satoshi Tajiri mewujudkan konsep Pokémon, yang menggabungkan hobi zaman kanak-kanaknya iaitu mengumpul serangga dengan cintanya terhadap permainan video.

Enam tahun selepas Tajiri tampil dengan konsep ini, dengan bantuan Nintendo dan pereka, Ken Sugimori, permainan video Pokémon yang pertama diterbitkan.

Ia kemudian diinspirasi kepada siri animasi TV, pada tahun 1997 di Japan dan pada tahun 1998 di Amerika Syarikat.

Ini menambahkan lagi deman Pokemon dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.

2. Demam Pokemon-Go?

Selepas beberapa tahun, permainan watak animasi itu membuat penampilan sekali lagi, sebagai Pokemon Go.

Pokemon Go merupakan satu pengalaman baharu dalam dunia permainan gajet kerana tampil dengan ciri gabungan alam nyata dan sistem navigasi GPS.

Ia membenarkan pemain memburu makhluk menerusi teknologi GPS dan jam telefon pintar yang mengesan lokasi dan waktu pemain

Aplikasi menggunakan GPS itu dikatakan menyeronokkan dengan cabaran mengumpul koleksi ‘makhluk Pokemon’ seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.

Dalam bahasa yang mudah, ia membolehkan pengguna untuk mengesan ‘makhluk Pokemon’ di sekeliling mereka (pada skrin telefon) ketika bermain supaya pengguna boleh berlari dan menangkapnya.

Tidak kira di mana anda berada, apabila aplikasi Pokemon Go diakses, anda dapat melihat makhluk seperti Bulbasaur, Pikachu, atau Jigglypuff muncul pada skrin seolah-olah sedang bertenggek di bahu jalan, berehat di dahan pokok, atau tersenyum ke arah anda dari sebuah jendela.

3. Cara bermain
  • Muat turun aplikasi Pokemon Go secara percuma menerusi Android atau telefon pintar Apple.
  • Pilih avatar.
  • Tekan ikon 'PokeStop' yang digambarkan pada peta dan tekan butang itu untuk mendedahkan gambar lokasi dunia sebenar yang anda sedang berdiri.
  • ‘Spin’ imej untuk mendapatkan bekalan seperti bola untuk menangkap makhluk animasi.
  • Berunsur ke peringkat seterusnya dengan melawat PokeStops dan mengutip Pokemon.

4. Cara mengumpul Pokemon
  • Ketika berjalan, teliti peta telefon pintar untuk mencari makhluk animasi itu.
  • Apabila imej Pokemon muncul pada skrin, tekan pada imej tersebut.
  • Tukar ke mod kamera.
  • Imbas persekitaran melalui kamera telefon pintar untuk melihat Pokemon.
  • Pegang jari pada ikon ‘Pokeball’ di bahagian bawah skrin telefon pintar.
  • Leret jari untuk melemparkan ‘Pokeball’ pada Pokemon.
  • Kutip Pokemon.

5. Siapa boleh muat turun?

Pemburu Pokemon Go di seluruh dunia sedang menanti pelancaran aplikasi itu di negara masing-masing.

Setakat ini, ia hanya dilancarkan di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

6. Kemeriahan #PokemonGo di media sosial

Seperti biasa, netizen membawa kemeriahan permainan mudah alih itu ke media sosial.

Berikut adalah apa yang dikongsikan oleh netizen berkenaan permainan itu.

Pokemon Go

7. Pokemon Go meningkat tahap kecergasan pemain

Ini merupakan satu kebaikan yang terselit di sebalik permainan ini.

Pokemon Go secara tidak langsung meningkatkan kecergasan badan pemain kerana aktiviti yang dilakukan oleh pemain ketika bermain aplikasi ini.

Mereka sanggup jalan beberapa kilometer atau berlari ke sesuatu sasaran demi mendapatkan objek berkaitan watak animasi tersebut.

8. Isu yang timbul

Pokemon Go sudah tentu mengelirukan pemain antara dunia nyata dengan paparan skrin mereka.

Sejak ia dilancarkan, pelbagai insiden dilaporkan, antaranya ialah kemalangan jalan raya.

Ada pemain yang dilapor terlibat dengan kemalangan jalan raya demi memburu makhluk sasaran.

Ada juga perompak yang mengambil kesempatan menggunakan lokasi pemain yang di tempat sunyi untuk diserang hendap.

Malah ada pemain yang menangkap Pokemon ketika isteri bersalin!

BACA INI JUGA: Rahsia Kekejian Yahudi Dalam Walt Disney

Sumber: Astroawani

Gaya Fesyen Rambut ‘Pompadour’ Paling Digilai Masa Kini

Gaya Fesyen Rambut ‘Pompadour’ Paling Digilai Masa Kini

Pompadour, fesyen rambut wanita yang namanya diambil sempena nama Madame de Pompadour, gundik Raja Louis XV, kini lebih tipis di bahagian tepi dan bersambung dengan jambang dan janggut, manakala rambut di bahagian tengah dibiarkan lebat dan beralun.

Pompadour Style

Rambut ‘Pompadour’ juga merupakan gaya rambut Raja Rock & Roll 1950-an dan 1960-an, Elvis Presley adalah antara fesyen rambut yang digilai remaja lelaki masa kini.

Pakar dandanan rambut di Salon Hair Groom, Chille Wong berkata golongan lelaki kini amat sensitif dengan fesyen rambut dan sering memastikan rambut mereka sentiasa kelihatan bergaya mengikut trend semasa.

Selain ‘Pompadour’, satu lagi gaya rambut yang semakin digilai golongan remaja lelaki di negara ini ialah ‘Undercut’ kerana ia membuatkan lelaki kelihatan lebih segak dan kemas.

Undercut Style
Undercut - Michael (James Darmody).

“Undercut merupakan gaya rambut yang menampilkan potongan rambut pendek dan nipis di tepi kepala dan rambut panjang di atas.

"Ia adalah gaya potongan rambut klasik belah tepi dengan mempunyai garisan,” katanya kepada.

Chille menjelaskan, gaya rambut watak James Darmody yang dipegang Michael dalam siri Broadwalk Empire itu sesuai bagi lelaki yang mempunyai rambut lurus dan bergelombang dan ia juga bersesuaian untuk pelbagai acara atau majlis.

“Fesyen rambut ‘Undercut’ juga digemari ahli sukan terutama pemain bola sepak kerana kemas dan bergaya,” katanya.

Menurutnya semua gaya rambut bergantung kepada jenis rambut yang dimiliki sama ada lembut, nipis atau tebal.

Uppercut Style
Uppercut Style.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia, A.K Selvan Krishnan berkata ketika ini terdapat trend remaja lelaki lebih gemar menghabiskan masa dan duit untuk rambut yang bergaya.

Beliau berkata pelbagai gaya rambut termasuk ‘Uppercut’, ‘Undercut’ dan ‘Mohawk’ dipengaruhi bintang bola sepak serta penyanyi antarabangsa seperti Cristiano Ronaldo dan Justin Bieber.

Beliau berkata fesyen rambut yang diperagakan merupakan trend semasa yang tidak mempunyai jangka masa yang tetap.

“Fesyen rambut dapat dilihat menjadi-jadi dalam kalangan remaja lelaki khususnya dalam lingkukan usia 18 hingga 25 tahun dan fesyen rambut juga bergantung pada kerjaya seseorang,” jelasnya.

Mohawk Style
Mohawk Style.

Selvan berkata fesyen rambut juga mendatangkan masalah apabila pelajar sekolah rendah dan menengah terikut-ikut dengan fesyen rambut yang popular, sedangkan ia bertentangan dengan peraturan sekolah.

“Selalunya pelajar sekolah yang memotong rambut mengikut fesyen seperti ini akan datang balik pada keesokan harinya untuk gunting semula selepas ditegur oleh guru,” katanya.

Banyak lagi fesyen rambut yang turut menarik perhatian remaja lelaki seperti Fade, Man Bun, Top Knot, Swoop dan Bed-head, dan mereka hanya perlu ‘tepuk dada tanya selera’ untuk kelihatan trendy, jelas Selvan.

BACA INI JUGA: Misai Hipster Yang Unik Tapi Melucukan

Sumber: SH

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Selepas Bercerai Kerana Mertua

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Selepas Bercerai Kerana Mertua

Bermacam cerita tentang masalah rumah tangga yang kita dengari setiap hari. Ada disebabkan orang ketiga, krisis dengan mentua, kemiskinan dan tidak bersefahaman menjadi punca rumah tangga tergugat dan tidak dapat diselamatkan sehingga membawa kepada perceraian.

Lydia Murni Norman [2]

Oleh yang demikian amatlah wajar setiap pasangan meletakkan kepercayaan dan saling hormat menghormati sebagai asas penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

Dalam hubungan ini, asas agama menjadi tiang kepada keyakinan dan kemantapan rohani dan jasmani dalam mengharungi hidup sebagai suami isteri.

Tanpa asas agama, hidup akan menjadi porak peranda dan tidak aman.

Ini sebahagian daripada cebisan kisah yang ingin kami kongsikan berkenaan luahan hati seorang wanita yang menderita jiwa dan raga akibat daripada perbuatan ibu mertua yang menjadikan dirinya sebagai ‘kambing hitam’ dalam rumah tangga.

Kita ikut cerita saudari Lydia, yang sudi berkongsikan pengalaman tidak sampai dua bulan berumah tangga, berakhir dengan penceraian gara-gara ibu mertuanya. Kita ikuti ceritanya…

Lydia Murni Norman

Bismillahirrahmanirrahim. Since macam dah ‘penat’ nak copy and paste kisah berlakunya cerai yang tiba-tiba ini, saya rungkaikan sedikit sahaja sebagai pedoman dan panduan. Take it positively. Nak jaga aib orang seboleh yang mampu.

Saya dengan bekas suami bernikah atas pilihan bekas mertua saya. Kenal memang tak lama, atas dasar menjaga agama.  

Time ini respectlah kan, jaga hubungan sebelum nikah. Maka berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang dalam masa 3 hari non stop.

Saya tinggal di rumah mertua (saya, bekas suami, mertua, adik beradik ipar). Bekas suami merupakan anak sulung dan taat pada segala apa suruhan dan perintah ibunya. Tetapi akhirnya memakan diri.

Minggu pertama perkahwinan kami okay. Bermula minggu yang kedua dan seterusnya dah jadi lain. Yang mana ibu mertua mula kawal semua urusan dalam rumah. Saya pada mulanya masih bersangka baik, tetapi bila dia mula mencampuri urusan rumah tangga kami, saya tak selesa.

Saya cuba berbincang dengan suami, saya tidak kisah ditegur tetapi bila semua perkara dikawal oleh ibu mertua termasuk pergaulan saya dengan suami sendiri, menyebabkan saya tidak selesa.

Nak berjalan berdua, salah, makan berdua salah. Kalau diikutkan, semua perkara yang saya buat salah.

“Mak awak tak boleh buat macam ini. Kita kan dah suami isteri,” kata saya pada suami.

“Kita kena taat pada mak,” balas suami ringkas dan beredar.

Sampailah saya dimasukkan ke wad sebab bleeding. Pagi sahur itu saya dah beritahu ibu mertua yang saya nak pergi klinik.

Dia tak bagi dan tuduh saya manja lagi. Sampailah saya dah tak tahan, rasa nak pengsan, barulah suami bawa saya pergi ke klinik.

Itu pun lama juga sebab nak dapatkan keizinan ibunya terlebih dahulu. Masa ini saya dah menangis. Dia sempat lagi nak call beritahu nak bawa saya ke klinik.

Sampai di klinik, saya terus dirujukkan ke hospital sebab HB drop sampai 6. Bila dah warded, saya dan suami dah macam panas sebab doktor kata saya mengandung, mungkin anak kembar tetapi satu dah gugur (sekarang kedua-duanya dah tak ada dalam rahim).

Saya warded pun kena marah juga sebab saya dituduh ibu mertua menyusahkan anaknya nak bekerja. Saya cakap, cuti sajalah. Tetapi suami kata tak boleh sebab ibunya suruh bekerja, cari duit.

Ibu mertua tak nak cucu sebenarnya sebab bagi dia, ada cucu akan membebankan. Perlukan duit banyak (bila mentaliti hanya hidup untuk duit).

Saya dibenarkan keluar dari wad pada hari Jumaat. Suami hantar saya balik ke rumah ibu saya dan dia terus balik sebab ibu dia sudah pesan, selepas hantar saya terus pergi kerja. Itulah hari terakhir saya berjumpa dengan suami.

Malam itu, saya menghubungi dia. Dia kata dia tension dan stress sebab ibu dia marah bila saya balik ke rumah keluarga saya. Katanya, tiada sesiapa yang nak buat kerja rumah, iron baju-baju dia dan sebagainya.

Sehinggalah Ahad 19 Jun 2016, saya cuba call suami beratus kali, WhatsApp, mesej langsung tidak dijawab.

Malah dia langsung tidak bertanya tentang perkhabaran saya. Sampai saya persoalkan juga tanggungjawab dia sebagai suami. Iyalah, saya dibawah tanggungjawab dia.

Akhirnya dia menghantar mesej menceraikan saya sebab katanya saya yang mendesak dia untuk menceraikan saya. Yang ini langsung tidak wujud.

Malam itu, saya pergi ke rumahnya untuk mengambil barang-barang saya. Maruah saya dipijak-pijak, saya dipersalahkan di atas semua perkara yang terjadi. Barang-barang saya dihumban ke dalam kotak. Saya angkut kesemua barang-barang saya.

Suami? Suami langsung tidak mahu turun mempertahankan maruah saya sebagai isteri dia. Saya diperlakukan umpama kain buruk.

Sebelum dia meminta saya menjadi isterinya, bukan main beradab dia mengambil saya dari ibu dan ayah. Tetapi bila sudah tidak diperlukan, saya dibuang begitu sahaja. Semuanya ditamatkan dengan sms, call. Cerai pun buat main-main.

Ustazah, ustazah ini ustazah tau. Sepatutnya menasihatkan anaknya jangan sampai bercerai. Tetapi ustazah ini beria menyuruh anaknya menceraikan saya sebab saya tidak mendengar katanya.

Tiada sesiapa yang nak iron baju-baju dia dan dia sedar saya mengandung tetapi sengaja nak membunuh anak-anak saya. Betapa tegarnya hati dia.

Suami, tak salah mahu mempertahankan ibu sendiri tetapi awak ada tanggungjawab awak juga terhadap isteri.

Ada perkara yang boleh dipatuh, ada yang boleh dibantah. Even saya mengandung pun awak tak ambil tahu. Cuma tahu mempersoalkan tanggungjawab saya terhadap awak.

Jadi, mana tanggungjawab awak selama ini? Nafkah langsung tak bagi sebab ibunya tak izinkan dia beri pada saya. Bagus.

Sila buang gelaran ustaz, ustazah itu semua. Sangat tidak layak. Mertua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba.

Ya, dunia akhir zaman. Ini baru sedikit ceritanya. Kadang-kadang gelaran itu mengaburi mata kita sebenarnya. Ingat boleh tumpang sikit-sikit ilmu agama.

Semuanya telah selesai, selesai di dunia. Di akhirat, tanggunglah sendiri wahai bekas suami dan mertua.

Anak-anak saya pun sudah selamat di syurga. Moga menjadi asbab untuk saya ke syurga. Semoga menjadi asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri dan menantu.

Maka berakhirlah kisah saya yang mengharapkan bercinta selepas nikah ini. Tak sempat bercinta pun sebenarnya.

Honeymoon pun beramai-ramai. Ingatkan till jannah tetapi till jahanam dibuatnya pada rumah tangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal.

Saya tak cakap bercinta selepas nikah ini tidak kekal lama tetapi bergantung pada pengemudi rumah tangga itu sendiri.

That’s why nikah ini amanah yang berat, tanggungjawab pun dah tak sama. Nak happy forever kena lalui suka dan duka.

BACA INI JUGA: 14 Petua Mencari Isteri Yang Cantik

Sumber: FB Lydia Murni Norman / Mynewshub.cc