Thursday, July 14, 2016

Huawei P9, LG G5, iPhone 6s, Galaxy S7 Smartphone Dengan Kamera Terbaik 2016!

Huawei P9, LG G5, iPhone 6s, Galaxy S7 Smartphone Dengan Kamera Terbaik 2016!

Kamera telefon pintar yang ada dipasaran hari ini sememangnya sudah cukup hebat sebagai kamera digital, tetapi kamera telefon pintar terbaru dari Huawei, LG, dan Asus dikatakan sebagai Best of The Best untuk tahun 2016.

Malah menurut pengkritik, kualiti imej yang dihasilkan oleh telefon pintar Huawei P9, LG G5, iPhone 6s dan Galaxy S7 membuatkan banyak digital kamera kelihatan usang.

1. Huawei P9

Huawei P9

Ini mungkin pertama kali Huawei telah bekerjasama dengan jenama kamera terkenal, Leica bagi menghasilkan lensa optik untuk peranti ini.

Ditambah pula dengan fungsi Dual 12 Megapixel kamera utama yang sangat membantu menghasilkan gambar fotografi yang lebih berkualiti, pencahayaan yang lebih baik dengan menangkap lebih banyak cahaya dengan menggunakan dua sensor kamera.

Untuk peranti ini, Huawei juga membawakan teknologi EMAGEsmart 5.0 yang berfungsi menentukan setiap kualiti gambar yang diambil.

Kedua-dua smartphone ini juga hadir dengan beberapa fungsi professional yang membenarkan penggunan menetapkan sendiri aturan fotografi dengan pelbagai kesan khas yang boleh digunakan.

Sokongan format RAW juga turut terdapat untuk kedua-dua peranti ini bagi memudahkan suntingan akhir menggunakan Adobe Photoshop dan sebagainya.

Di bahagian dalam, peranti ini membawakan pemproses buatan Huawei sendiri iaitu HiSilicon Kirin 955 dengan keupayaan 8-teras CPU.

Untuk ruangan memori pula model P9 dilengkapi dengan dua pilihan 32GB dan juga 64 GB.

Kelebihan Dan Kekurangan Huawei P9

Sebagai sebuah peranti perdana dengan spesifikasi yang mantap sudah tentunya peranti ini membawakan banyak kelebihan terutamanya dari segi fotografi, reka bentuk dan juga prestasinya.

Antara kelebihan Huawei P9 adalah seperti dibawah.
  • Fungsi fotografi yang terbaik dengan Dual 12 Megapixel kamera, Lensa dari Leica, PDAF dan Dual LED Flash.
  • Paparan yang besar dengan resolusi HD Penuh dan perlindungan Corning Gorilla Glass 4.
  • Rekaan Premium dengan kerangka logam serta warna pilihan yang pelbagai.
  • Ruang memori dan RAM yang besar dan sokongan slot microSD.
  • Sokongan USB Type-C 1.0 yang lebih pantas dan boleh berbalik arah.

Beberapa faktor lain seperti kapasiti bateri yang agak kecil dan tidak boleh ditukar. Namun ianya bukanlah satu masalah yang besar bagi peranti ini.

Untuk pasaran tempatan, harga Huawei P9 di Malaysia dijual sekitar RM1,898 sehingga RM1,988.

2. LG G5

LG G5

Untuk model baru ini, LG cuba membawakan pakej lengkap yang sebelum ini mungkin kekurangan pada model-model perdana.

Contohnya seperti memuatkan slot microSD dan juga bateri yang boleh ditukar namun masih mengekalkan rekaan unibody yang berasaskan logam.

Masih lagi mengenai rekaan LG G5 dimana ia merupakan model dengan rekaan modular. Slot di bahagian bawahnya boleh ditukar sama ada untuk menukar bateri, slot khas untuk kamera atau slot untuk audio bagi meningkatkan kualiti muzik yang telah ditune oleh Bang & Olufsen.

Selain itu, LG G5 turut didatangkan dengan empat pilihan warna termasuk Silver, Titan, Gold dan Pink.

Spesifikasi LG G5

Lihat pada Spesifikasi LG G5, kita tidak perlu ragu lagi dengan kebolehannya. Ia membawakan paparan sebesar 5.3 inci dengan resolusi Quad-HD 1440 x 2560 pixels. Dan sudah tentunya ia dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 4.

Namun untuk model ini tiada skrin kedua sepertimana yang dikhabarkan sebelum ini seperti yang terdapat pada LG V10. Sebaliknya, LG mengimplikasikan fungsi Always On pada LG G5.

Didalamnya, LG G5 antara yang terawal menggunakan cipset Snapdragon 820 yang dikatakan memiliki prestasi 30 hingga 35 peratus lebih baik berbanding Snapdragon 810.

Untuk persembahan grafik pula, sudah tentunya dikuasai oleh Adreno 530 dengan kebolehan sehingga 40% lebih pantas dari cip Adreno 430.

Apatah lagi penggunaan 4GB RAM memberikan ruang sepenuhnya kepada fungsi multitasking yang lebih baik pada model ini.

Selain itu, terdapat juga 32 GB memori terbina dan sokongan slot tambahan sehingga 200 GB.

Untuk kamera, LG pertama kali memperkenalkan dual-kamera pada bahagian belakang untuk model perdananya.

Untuk kamera kali ini, LG menekankan fungsi photo dengan sudut lebar yang membolehkan gambar diambil untuk kumpulan yang lebih besar.

Kedua-dua kamera tersebut dengan sensor 16 Megapixel dan 8 Megapixel manakala di bahagian hadapan hadir dengan kamera 8 Megapixel untuk selfie.

Fungsi lain seperti OIS, Laser Autofocus, rakaman 4K turut hadir pada peranti ini.

  • Platform: Android 6.0 (Marshmallow)
  • Pemproses: Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820
  • Paparan: 5.3 Inci, 1440 x 2560 pixels
  • Memori: 4 GB RAM, 32 GB Internal, microSD
  • Rangkaian: 4G LTE (Nano SIM)
  • Bateri: Li-Ion 2800 mAh

Ciri-Ciri
  • Warna Silver, Titan, Gold, Pink
  • USB-Type C, Bluetooth, Wi-Fi, NFC, Infrared
  • Tiada Radio
  • Pengimbas Cap Jari

LG turut memperkenalkan beberapa aksesori khas yang boleh digunakan bersama LG G5 termasuk LG 360 Camera dengan kebolehan mengambil gambar 360%, Slot Kamera, Slot Audio, Virtual Reality (VR) dan LG rolling Bot yang merupakan sebuah robot kecil untuk memantau rumah anda.

Untuk pasaran tempatan, harga LG G5 di Malaysia dijual bermula dari RM1,999.

3. iPhone 6s

iPhone 6s

Apple iPhone 6S membawakan pembaharuan bukan sahaja pada prestasinya malah turut membawa kemaskini besar pada sistem kameranya dengan sensor 12 Megapixel yang baru dan berkebolehan membuat rakaman video dalam resolusi 4K.

Pada masa yang sama, Apple turut memperkenalkan platform terbaru iOS 9 yang tersedia dipasang pada pada peranti baru ini.

Untuk spesifikasi penuh serta perbandingan spesifikasi antara model terdahulu boleh merujuk di jadual bawah.

iPhone 6S [2]

Untuk Apple iPhone 6S pula tidak jauh bezanya dengan versi Plus. Bezanya ialah versi Plus hadir dengan 5.5 inci skrin manakala Apple iPhone 6S pula dilengkapi dengan skrin sebesar 4.7 inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels. Lain-lain spesifikasi adalah sama.

12 Megapixel Kamera Dengan Penstabilan Imej OIS

Sejak sekian lama Apple menggunakan kamera 8 Megapixel pada iPhone, Akhirnya buat pertama kali mereka mengunakan 12 Megapixel pada perantinya. Bukan itu sahaja, Apple turut menggunakan sensor yang lebih besar dengan phase-detection auto-focus untuk kadar fokus yang lebih cepat.

Perkara yang lebih utama pada kameranya ialah ia menyokong rakaman video 4K serta berkebolehan menyuntingnya menggunakan aplikasi iMovie pada iPhone.

Bukan sahaja pada kamera utama, Apple turut menaiktaraf kamera hadapan kepada 5 Megapixel untuk kualiti gambar selfie yang lebih baik.

Selain itu, Apple turut memperkenalkan fungsi baru pada kameranya yang dinamakan Live Photo dimana ia berkebolehan mengambil gambar bergerak seolah-olah gambar GIF.

Sentuhan Skrin Lebih Menarik Dengan 3D Touch

Sebelum ini Apple telah memperkenalkan teknologi Force Touce yang digunapakai pada jam pintar Apple Watch. Untuk iPhone 6S pula ia telah ditingkatkan dan dipanggil 3D Touch.

Ia mengubah cara anda menggunakan skrin sentuh pada iPhone dimana kadar sentuhan dengan yang berbeza digunakan untuk mencapai sesuatu menu atau fungsi.

Untuk pasaran tempatan, harga iPhone 6s di Malaysia dijual bermula dari harga RM2,300.

4. Samsung Galaxy S7

Samsung Galaxy S7

Untuk fungsi fotografi, Samsung Galaxy S7 membawakan sesuatu yang baru dengan teknologi Dual-Pixel yang menekankan fungsi fokus yang lebih tepat, pantas dan lebih baik.

Peranti dengan kamera 12 Megapixel, F1.7, ini juga turut membawakan fungsi Penstabilan Imej OIS, Phase Detection Autofocus serta berkebolehan membuat rakaman video 4K.

Di bahagian hadapannya, peranti ini turut menyediakan kamera 5 Megapixel dengan Aperture F1.7.

Antara kelebihan yang terdapat pada Samsung Galaxy S7 termasuk ciri-ciri kalis air, Pengimbas Cap Jari, Pengimbas Nadi, Sokongan Samsung Pay, Pengecasan Pantas, Pengecasan tanpa wayar dan banyak lagi.

Selebihnya boleh dilihat di jadual di bawah.

Samsung Galaxy S7 [2]

Untuk pasaran tempatan, harga Samsung Galaxy S7 di Malaysia dijual bermula dari harga RM2,699.

BACA INI JUGA: Apa Kelebihan Samsung Galaxy A5 Versi 2016?

Sumber: Forbes/Mesramobile

Juan Pablo Culasso, Lelaki Luarbiasa Yang Mampu Bezakan 3,000 Suara Burung!

Juan Pablo Culasso, Lelaki Luarbiasa Yang Mampu Bezakan 3,000 Suara Burung!

Dilahirkan dalam keadaan sepenuhnya buta mata membuatkan warga Uruguay, Juan Pablo Culasso belum pernah melihat kewujudan alam waima seekor burung.

Juan Pablo Culasso

Namun, kehilangan indera penglihatan menjadikan deria pendengaran lelaki berusia 29 tahun itu sangat tajam. Dengan telinganya, dia mampu mengenali 3.000 suara burung daripada 720 spesies berbeza.

Juan sudah menyedari kelebihannya itu sejak masih kanak-kanak. Saat melempar batu ke sungai, dia dapat menyatakan dengan tepat nada yang terdengar setiap kali batu itu menyentuh permukaan air.

Kemampuan mendengarkan nada seperti ini merupakan bakat sangat nadir dan hanya dimiliki satu daripada 10,000 orang. Salah satu yang memiliki bakat ini adalah pemuzik tersohor Wolfgang Amadeus Mozart.

Juan kemudian mengenang bagaimana ayahnya pernah tekun membacakan sebuah ensiklopedia padat mengenai burung yang dilengkapi dengan kaset rakaman berisi pelbagai suara unik unggas tersebut.

“Itulah momen ketika saya mula menyedari bahawa saya mampu mengingati ribuan jenis burung hanya menerusi suaranya sahaja,” ujar Juan yang benar-benar memahami bakatnya itu pada 2003 lalu.

Ketika tahun itu, dia mengikut serta dalam kunjungan lapangan para pengamat burung dan beberapa pakar unggas memberinya rakaman pelbagai suara burung yang langsung membuatkannya jatuh cinta.

“Saat itu, saya berasa seperti sudah melakukan perkara sukar ini seumur hidup tanpa saya sedari. Saya langsung jatuh cinta dengan kegiatan ini,” kata Juan lagi kepada agensi berita Associated Press.

Juan Pablo Culasso [2]

Kini dia bekerja untuk merakam dan mempelajari kepelbagaian suara yang dihasilkan alam. Sebelum itu Juan pernah menyelesaikan satu pengembaraan di seluruh Antartika selama dua bulan.

Di sana, dia dikatakan berjaya merakamkan pelbagai suara aneh di benua terasing kutub selatan yang paling dingin, paling liar dan paling misteri seumpamanya di seluruh bumi.

“Saya terus menambahkan aneka suara baharu ke dalam koleksi peribadi saya. Di Antartika, saya merakam suara singa laut, anjing laut, dan suara gunung ais yang saljinya meleleh,” luah Juan.

Meskipun Juan masih mampu melihat cahaya sehingga dapat membezakan siang dan malam hari, namun dia tidak boleh menyaksikan bentuk atau warna burung-burung yang suaranya didengarkan.

Telinga satu-satunya sarana semula jadi Juan berhubungan lebih baik dengan dunia. Kemampuan membezakan suara memberinya pekerjaan untuk menghasilkan soundtrack atau bunyi runut banyak filem dokumentari.

Pada 2014, kemampuan unik ini membuat Juan berjaya memenangi hadiah utama sebesar AS$45,000 menerusi sebuah pertandingan yang dianjurkan stesen terkenal National Geography Channel.

Dalam babak akhir, Juan diminta mengenal pasti sejumlah 15 suara burung yang diambil secara rawak daripada 250 spesies, dan uniknya dia berhasil mengenali kesemua suara burung tersebut.

Juan Pablo Culasso [3]

Juan kemudian melaburkan kembali sebahagian besar daripada wangnya tersebut untuk membeli pelbagai peralatan audio moden untuk menunjang pekerjaannya selepas itu.

Alicia Munyo, Ketua Jabatan Fonologi Universiti Republica Uruguay menyatakan, kemampuan unik Juan itu sebenarnya lebih terkait dengan penggunaan optimum otak berbanding telinga.

“Dia sebenarnya dengar suara yang sama didengar orang lain. Otaknyalah yang memiliki kapasiti luar biasa untuk menerjemahkan pelbagai suara itu lebih daripada orang biasa,” ujarnya.

BACA INI JUGA: Sungguh Luarbiasa Orang Buta Pandu Motosikal!

Sumber: Agensi/Mynewshub/HAA

Wednesday, July 13, 2016

Tun Mahathir Bakal Pimpin Parti Baru?

Tun Mahathir Bakal Pimpin Parti Baru?

Tun Mahathir mungkin kembali aktif dalam dunia politik, dalam usaha untuk mengalahkan seterunya, Najib Abdul Razak.

PARTI BARU

Spekulasi kini bertiup kencang bahawa doktor perubatan berusia 91 tahun itu bakal menerajui sebuah parti politik baru, yang terdiri daripada bekas ahli Umno.

Tun Mahathir dilaporkan dalam peringkat akhir untuk menubuhkan sebuah parti politik baru sebagai wadah pilihan bagi meneruskan usahanya untuk menjatuhkan Najib yang terpalit dengan skandal kewangan terbesar serta untuk memulihkan kembali imej negara yang sudah tercalar teruk di peringkat antarabangsa.

Difahamkan bahawa Tun akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada yang tidak aktif dan kemudian akan menukar nama serta perlembagaannya mengikut kesesuaian perjuangan yang ingin dibawanya.

Parti baru ini akan memberi fokus untuk menarik ahli-ahli UMNO yang tidak setuju dan menyampah dengan Najib untuk menyertainya, selain rakyat biasa yang sealiran dengan perjuangan bekas Perdana Menteri itu.

Bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang akan turut bersama parti baru itu, ia akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menentang BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Tun Mahathir bagaimanapun tidak akan bertanding dalam pilihanraya, sebaliknya hanya berperanan untuk memastikan kelancaran perjalanan parti dan kerjasama mantap dapat dijalinkan dengan Pakatan Harapan.

Shafie Apdal diberitakan kemungkinan besar tidak bersama parti baru ini, sebaliknya akan menubuhkan sebuah parti lain yang memberi fokus untuk Sabah, tetapi tetap bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk memastikan leburnya "simpanan tetap" BN di negeri itu.

UMNO, BN dan kerajaan di bawah Najib tidak lebih sebagai alat mengumpul kekayaan dan mencuri harta negara atas nama ketuanan Melayu yang hanya dibalas dengan "jemput-jemput manis" bernama BR1M tanpa mereka sedari ia kemudian ditarik balik melalui GST, pembatalan beberapa subsidi serta penambahan beberapa kenaikan kos kehidupan lainnya.

Oleh kerana Najib telah menutup semua ruang untuk melawan dan menjatuhkannya secara dalaman melalui UMNO, satu-satunya jalan yang ada ialah melalui pilihanraya.

Inilah tujuannya Tun Mahathir menubuhkan parti baru dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

PARTI BARU [2]

Walaupun ada yang beranggapan adalah tidak sesuai untuk bekas perdana menteri yang juga pernah dilemparkan dengan pelbagai salah laku dan penyalahgunaan kuasa, untuk mengetuai pembangkang yang lantang dengan desakan untuk pembaharuan.

Namun, ada yang berhujah bahawa pembangkang yang lesu dan begitu rapuh hari ini memerlukan kepimpinan dan hala tuju, yang boleh dibekalkan oleh Dr Mahathir.

Baru-baru ini, mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengutus surat pedas, memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin PKR terhadap bahaya bekerja dengan Mahathir.

Mungkin ada yang sangsi apa perlunya parti baru Tun Mahathir ini bergabung atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Namun, UMNO sendiri bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dan pelbagai parti di Sabah dan Sarawak untuk menjadikannya relevan mentadbir negara ini.

BACA INI JUGA: 'Pengkhianatan Akan Dibalas Dengan Cara Setimpal', Tun Mahathir

Sumber: Shahbudindotcom

'Wahai Anak Seni Melayu, Cukuplah P. Ramlee Seorang Ditipu Cina'

'Wahai Anak Seni Melayu, Cukuplah P. Ramlee Seorang Ditipu Cina'

Saya sentiasa beranggapan, malah akan terus beranggap David Teo kurang cerdik, miskin budi pekerti, kurang insani dan papa manusiawi. David Teo mungkin kaya, “Tapi itu dia punya pasal. Saya peduli apa!”

PRamleeMyLegend

Di Malaysia, antara kehebatan negara ini, yang Melayunya sangat baik hati, “Bukan jutawan Cina macam David Teo sahaja, tetapi bilionaire Cina pun berbaris-baris dilahirkan negara baik hati bernama Malaysia!”

Cina macam David Teo tidak faham soal perasaan. Soal hati budi dan isi nurani. Cina macam David Teo hanya akan faham soal duit. Betapa masa hidup kita perlu kaya dan masa mati pun kalau boleh mesti lebih kaya.

Cina macam David Teo, “Hidupnya bertuhankan duit semata-mata. Sebab itu Cina macam David Teo, tidak pernah memikirkan soal perasaan dan nama baik sesiapa pun kalau mula bercakap soal pentingnya duit dan harta!”

P. Ramlee seniman Melayu, hakikatnya melalui penghujung hidup yang perit kerana dia bekerja dengan Run Run Shaw – taukey Cina yang menarah semua hasil keringat seni dan pemikiran intelek P. Ramlee semasa berada di punncak.

PRamleeMyLegend [2]

Namun, ketika P. Ramlee sudah tidak lagi menjadi mesin duit – dia diabai dan dibuang begitu sahaja.

Ini bukan tuduhan liar saya. Dokumentari P. Ramlee yang disiarkan History Channel menceritakan realiti ini. Realiti yang sudah bertahun-tahun disiarkan setiap kali mengenang tarikh pemergian P. Ramlee pada 29 Mei.

Pengajaran terbaik dokumentari ini, “Cukuplah apa Cina buat terhadap P. Ramlee. Anak seni Melayu janganlah kerja dengan taukey Cina!”

Tontonlah dokumentari ini. Akan jelas fakta-fakta hasil temubual dengan individu paling rapat dengan P. Ramlee semasa hayatnya.

PRamleeMyLegend [3]

Antaranya, Ramli Kechik (Pengurus), Datuk HM Shah (Sahabat), Nasir P. Ramlee (Anak) dan Aimi Jarr (Wartawan).

Anda akan mengakui, betapa pedih untuk menerima hakikat bahawa P. Ramlee diperlakukan sehina itu.

Tetapi inilah akibatnya kalau seniman Melayu bekerja dengan Cina! Saya mengalirkan airmata setiap kali menonton dokumentari ini.

Kerana David Teo biadap, elok saya balik paku buah keras, “Wahai anak seni Melayu, cukuplah P. Ramlee seorang ditipu Cina!”

Saksikan dokumentari dalam link di bawah. Anda pasti menitis airmata, sebak dan akhirnya menerima hakikat, “Taukey Cina Run Run Shaw menghisap darah P. Ramlee hingga ke tulang sumsum ilham seninya!”

PRamleeMyLegend [4]

Malah, hingga kini pun, semua hak intelek karya-karya hebat P. Ramlee kekal dimiliki Cina Run Run Shaw sebagai milik eksklusif empayar perniagaan hiburan syarikat yang sekarang berpangkalan di Hong Kong.

P. Ramlee semasa hayatnya hingga ke anak cucunya, tidak mendapat sesen pun apa-apa!

Apa saja hasil siaran filem ini, akan masuk sepenuhnya ke kantung Cina Run Run Shaw.

BACA INI JUGA: Merekalah Yang Telah Menjatuhkan P. Ramlee



sumber: mynewshub

Jawatan Kosong Kerja Di Istana Dengan Gaji RM73,000 Setahun!

Jawatan Kosong Kerja Di Istana Dengan Gaji RM73,000 Setahun!

Dalam laman sesawang Istana Buckingham, telah tersiar iklan jawatan kosong sebagai pencuci pinggan khas dengan gaji tahunan sebanyak 16,755 Pound Sterling (RM73,000) setahun.

Istana Buckingham, London

Bukan itu sahaja, sekiranya sah diambil bekerja, pihak istana akan menyediakan sarapan, makan tengah hari dan makan malam kepada pemohon dan dibenarkan tinggal di Istana Buckingham.

Sekiranya menerima arahan daripada pihak istana, dia juga perlu masuk ke istana lain milik kerabat raja England seperti Windsor Castle dan Balmoral untuk melakukan kerja mencuci.

Walaupun kerjanya hanya cuci pinggan, kebajikan yang disediakan cukup menarik. Selain disediakan makan dan tempat tinggal, tempoh kerja hanyalah lima hari seminggu, layak diberikan 33 hari cuti tahunan dan mempunyai skim persaraan.

Manakala syarat-syarat lain yang diperlukan ialah pemohon perlu mempunyai semangat berpasukan, perlu tepati masa, boleh dipercayai, minat dengan kariernya, sanggup bekerja keras dan bersifat agresif.

Dalam iklan tersebut, pihak istana tidak menetapkan pemohon sama ada memiliki pengalaman atau tidak tetapi perlu menjalani latihan yang bakal disediakan dalam istana.

BACA INI JUGA: Moosham Castle, Istana Ahli Sihir!

Sumber: Malaysiastylonews

Tuesday, July 12, 2016

Britain Akui Lakukan Jenayah Perang Serang Iraq Pada Tahun 2003?

Britain Akui Lakukan Jenayah Perang Serang Iraq Pada Tahun 2003?

Britain melanggar undang-undang antarabangsa apabila menyerang Iraq pada 2003, kata Timbalan Perdana Menteri ketika itu, John Prescott susulan inkuiri awam berhubung tindakan tersebut.

Iraqi War 2003

Inkuiri tujuh tahun itu mendapati bahawa justifikasi, perancangan dan pengendalian Perang Iraq oleh bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair merupakan siri ke­gagalan tetapi tidak menyebut sama ada perang itu mencabuli undang-undang.

Lapan bulan sebelum Iraq di­serang pada 2003, Blair berkata kepada Presiden Amerika Syarikat, George Bush, “Saya akan bersama anda, walau apapun,”.

Beliau akhirnya menghantar seramai 45,000 askar Britain ke medan perang walaupun pilihan untuk perdamaian masih wujud, demikian menurut inkuiri awam itu.

Prescott dalam komentarnya yang disiarkan akhbar Sunday Mirror berkata, beliau kini menukar pendiriannya tentang status Perang Iraq dan mengkritik Blair kerana menghalang menteri-menterinya daripada berbincang terlebih dahulu sama ada perang itu sah di sisi undang-undang.

Real terrorist

“Pada 2004, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan memberitahu bahawa penukaran kepimpinan menjadi matlamat utama Perang Iraq, perang ini jelas melanggar undang-undang.

“Dengan hati yang amat sedih dan marah. Saya kini percaya beliau berkata benar,” kata Prescott dalam komentarnya.

Ramai rakyat Britain mahu Blair dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah berkaitan keputusannya mengambil tindakan ketenteraan ke atas Iraq yang menyebabkan kematian seramai 179 anggota tentera negara itu dan lebih 150,000 penduduk awam Iraq sepanjang perang dan penaklukan selama enam tahun itu.

BACA INI JUGA: False Flag, Kaedah Menghalalkan Keganasan, Perang dan Penipuan!

Sumber: Kosmo

Wajarkah Buat Pinjaman Untuk ASB?

Wajarkah Buat Pinjaman Untuk ASB?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang membuat pinjaman untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Pinjaman+ASB

Sekarang orang ramai juga sudah boleh membuat pinjaman untuk melabur dalam ASB2.

Persoalannya ialah, adakah ia satu langkah menguntungkan apabila kita meminjam untuk melabur? Ini kerana apabila kita meminjam, pasti ada kos tambahan seperti kadar faedah yang perlu dibayar sedangkan apabila melabur menggunakan wang sendiri, kita menerima agihan pendapatan secara seratus peratus.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan pelaburan menggunakan pembiayaan bank seperti pinjaman ASB boleh membantu pelabur membina tabungan kukuh dengan syarat ia ia diurus dengan bijak untuk tempoh jangka panjang.

Penasihat Kewangan, Suzardi Maulan atau lebih dikenali sebagai PakDi dalam blog perancangan kewangannya, PakDi.net berkata, berdasarkan prestasi agihan pendapatan ASB setakat ini adalah tidak mustahil pelabur memiliki tabungan berjumlah kira-kira RM2 juta sekiranya mereka membuat pembiayaan selama 30 tahun untuk pinjaman maksimum RM200,000.

“Bagaimanapun jumlah tabungan RM2 juta itu hanya mampu dimiliki sekiranya pelabur tidak mengeluarkan agihan pendapatan yang diterima sepanjang tempoh itu,” katanya.

Suzardi berkata, ramai tidak nampak bahawa agihan pendapatan/dividenlah sebenarnya yang membantu pelabur membina tabungan kukuh.

Jika ia tidak dikeluarkan, modal pelaburan boleh berkembang lebih dua kali ganda selepas 10 tahun.

“Dalam sepuluh tahun pertama, kita akan rasa pengembangan pelaburan kita itu sangat perlahan, tetapi selepas sahaja tempoh itu, kita akan melihat ia berkembang dengan pantas.

"Syaratnya hanya satu, jangan mengeluarkan dividen/agihan pendapatan yang diterima,” katanya pada program Santai Labur PNB: Salah Faham dalam Pelaburan ASB – Jom Jadi Bijak yang diadakan baru-baru ini.

Pinjaman ASB dan ASB2 merupakan satu alternatif pelaburan untuk mereka yang kurang berdisiplin apabila melabur menggunakan wang sendiri.

Ia ditawarkan oleh bank-bank seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, BSN dan Affin Bank. Pembiayaan ini biasanya ditawarkan dengan caj pembiayaan antara 4.0-5.0 peratus setahun dan pembiayaan maksimum sehingga RM200,000 untuk tempoh 30 tahun.

Suzardi berkata, selagi agihan pendapatan ASB lebih tinggi berbanding caj pembiayaan pihak bank, pelabur akan terus memperoleh keuntungan.

“Justeru dengan menggunakan Pinjaman ASB ini, pelabur sebenarnya berpeluang membina tabungan kukuh terutamanya untuk persaraan mereka, lebih-lebih lagi jika mereka tidak mengeluarkan langsung agihan pendapatan,” katanya.

Sayangnya ramai yang tidak menggunakan sepenuhnya peluang yang disediakan menerusi kemudahan pinjaman ASB ini untuk membina tabungan yang kukuh terutamanya untuk hari persaraan mereka.

Dengan melabur menggunakan Pinjaman ASB, pelabur boleh memulakan pelaburan dengan modal yang besar dan ini membolehkan pelaburan mereka berkembang lebih pantas berbanding sekiranya mereka melabur sendiri setiap bulan.

Namun begitu, ramai yang membuat keputusan mengambil pinjaman ASB tanpa memikirkan keupayaan untuk membayar ansuran bulanan dan akhirnya bergantung kepada agihan pendapatan tahunan untuk membayarnya.

Langkah ini agak berisiko kerana sekiranya agihan pendapatan ASB kurang daripada caj pinjaman, pelabur perlu mengeluarkan wang sendiri.

Bagaimana jika pelabur tiada kemampuan untuk berbuat demikian? Ia mungkin menyebabkan mereka gagal melunaskan pinjaman dan menyebabkan rekod mereka tercalar.

Selain itu, mereka juga tidak memikirkan komitmen masa depan hingga menyebabkan ada yang terpaksa menamatkan pinjaman lebih awal dan ini menyebabkan impian untuk memiliki tabungan kukuh apabila bersara tidak menjadi kenyataan.

Ada pula yang menamatkan pinjaman lebih awal bukan kerana tidak mampu, tetapi kerana mengambil jalan mudah untuk mendapatkan pulangan kecil yang tidak mampu bertahan lama.

Suzardi berkata, apabila kita membuat Pinjaman ASB, agihan pendapatan perlu diurus dengan baik supaya matlamat pelaburan jangka panjang dapat dicapai.

“Sebagai contoh, kita mengambil pinjaman untuk tempoh 30 tahun tetapi menamatkannya selepas 5 tahun kerana inginkan keuntungan segera daripada agihan pendapatan sebanyak RM50,000.

“Kita mungkin gembira kerana menerima RM50,000, tetapi sebenarnya kita melepaskan peluang untuk memiliki kira-kira RM2 juta sekiranya pinjaman itu diteruskan sehingga tamat tempohnya,” katanya.

Suzardi berkata, walaupun selepas itu kita mengambil semula pinjaman ASB, jumlah yang terkumpul di akhir tempoh pembiayaan adalah tidak sama kerana masa dan agihan pendapatan terkumpul merupakan faktor penting yang membolehkan kuasa faedah kompaun menggandakan modal pelaburan.

“Kalau pun kita perlu mengeluarkan agihan pendapatan berkenaan, jangan keluarkan semuanya, sebaliknya hanya jumlah yang perlu dan untuk tujuan baik seperti membeli rumah.

“Jika tiada keperluan, lebih baik jika ia dibiarkan berkembang,” katanya.

BACA INI JUGA: Akaun ASB Di Bekukan Selepas Anda Meninggal!

Sumber: MalaysiaGazette

Portugal Dilabel Juara 'Terburuk' Piala Eropah!

Portugal Dilabel Juara 'Terburuk' Piala Eropah!

Portugal dilabel sebagai juara terburuk dalam kejohanan bola sepak Euro kerana menjulang piala itu dengan hanya merekodkan satu kemenangan dalam tempoh perlawanan normal, tanpa masa tambahan pada kejohanan yang berlansung di Perancis itu.

Portugal+Juara+Terburuk+Euro

Portugal menewaskan tuan rumah 1-0 di Paris menerusi jaringan Eder pada minit ke-109 dan kejuaraan Portugal itu mengejutkan ramai peminat bola sepak.

Portugal mara ke pusingan kalah mati 16 pasukan dari kumpulan F dengan menduduki tempat ketiga dari pasukan lemah dengan sekadar seri ketiga-tiga perlawanan menentang Hungary, Iceland dan Austria.

Dalam pusingan kalah mati menentang Croatia, perlawanan diheret ke masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Ricardo Quaresma menjaringkan go kemenangan pada minit ke-117.

Manakala kemenangan ke atas Poland menerusi penentuan penalti selepas perlawanan berakhir dengan terikat seri 1-1 pada perlawanan suku akhir.

Manakala pada separuh akhir, Portugal mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wales pada perlawanan yang berlangsung selama 90 minit.

Seperti diramal, perlawanan akhir juga berakhir dengan keputusan terikat seri tanpa jaringan sebelum Portugal menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan.

Kejuaraan Portugal itu menyaksikan ramai peminat bola sepak menyatakan mereka tidak mempercayainya dan tidak dapat menerima hakikat menerusi akaun twitter.

Mereka mempersoalkan kreadibiliti pasukan yang disertai Cristiano Ronaldo mampu menjulang piala dengan hanya mencatatkan tiga mata pada tiga perlawanan di peringkat kumpulan.

Pelukan Hangat Ferguson Buat Nani Dan Ronaldo

Ferguson+Ronaldo+Nani

Bekas pengurus Manchester United (MU), Sir Alex Ferguson, menjadi salah seorang tokoh yang turut gembira dengan kejayaan Portugal menjadi juara Piala Eropah 2016.

Ini kerana, mantan dua ‘anak buah’ kesayangannya di MU, Luis Nani dan Cristiano Ronaldo berada dalam skuad kebangsaan negara itu.

Ferguson turut menyaksikan perlawanan final Euro 2016 yang berlangsung di Stadium de France, Paris.

Beliau yang berasal dari Scotland kelihatan menghampiri tangga, tempat pemain Portugal menuruni tangga selepas menerima pingat kejuaraan kejohanan.

Dalam video yang disiarkan menerusi portal 101 Great Goals, Ferguson kelihatan berhasrat memberikan ucapan tahniah untuk Nani dan Ronaldo.

Beliau sanggup berdiri di pinggir tangga demi memberikan pelukan hangat untuk pemain-pemain yang pernah membantunya meraih kejayaan bersama The Red Devils.

Lelaki berusia 74 tahun itu memanggil Nani yang kemudian memberinya pelukan hangat. Ferguson juga memberi ucapan tahniah kepada jurulatih Portugal, Fernando Santos.

Setelah menunggu, akhirnya Ferguson melihat Ronaldo menuruni tangga dan terus memanggilnya. Ronaldo kelihatan terkejut gembira melihat Ferguson hadir dalam perlawanan Final Euro 2016.

Apa sekalipun, tahniah sekali lagi buat Malaysia, eh Portugal..;)

BACA INI JUGA: Ngeri! Apabila Pemain Bolasepak Patah Tulang!

Sumber: Malaysiagazette

'Gelekan Maut' Ira Kaza Terlalu Menghairahkan Dikritik!

'Gelekan Maut' Ira Kaza Terlalu Menghairahkan Dikritik!

Video berdurasi 30 saat yang dikongsikan Ira Kaza tiba-tiba menjadi topik perbualan hangat di laman sosial sehingga trending dilaman sosial.

Gelekan Ira Kaza

Video yang menunjukkan seorang gadis cantik hangat sambil menarikan lagu One Dance nyanyian Drake menjadi viral.

Ira difahamkan merupakan anak kepada pelakon Kaza.

Di kalangan netizen ada yang suka namun tak kurang juga yang menghentam gelekan ‘maut’ gadis itu yang dikatakan terlalu menggiur serta mengghairahkan penonton yang melihat.

Ira meniru gaya tarian yang menjadi trademark Drake ketika menyampaikan lagu tersebut sewaktu membuat persembahan live.

Anda rasa gelekan dia menggiurkan ke menghiburkan? You decide.

UPDATE!

Kaza mohon maaf Anak bergelek seksi

Ira+Kazar

Selepas menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang menyifatkan tindakan anaknya itu kurang manis untuk tatapan umum, Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi telah meminta maaf bagi pihak anaknya itu dan menyatakan bahawa anak gadisnya itu bukanlah seorang anak yang jahat sebaliknya Ira hanya melalui zaman remajanya.

Sebagai bapa, dia tetap menyayangi Ira dan tidak menyalahkan gadis itu atas kelakuannya.

Bagaimanapun, Kazar meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya serta keluarganya sekaligus menganggap seolah-olah ada pihak yang sengaja mahu mencalarkan dan merosakkan kegembiraan dan keceriaan mereka sekeluarga.

Pada masa sama, pelakon yang pernah meraih gelaran sebagai Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV Anugerah Lawak Warna 2014 ini mengumumkan dia tidak akan aktif di laman sosial Instagram.

Pengumuman Kazar itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut IG-nya yang rata-rata memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada pelakon yang popular dengan drama Ceplos ini.

Kazar selama ini dikenali antara selebriti yang sentiasa mencuit hati pengikut-pengikutnya menerusi kemaskini status-statusnya serta gambar-gambar yang dimuat naik di akaun sosialnya itu dan mempunyai lebih daripada 160 ,000 pengikut di IG.

BACA INI JUGA: 5 Lagu Dangdut Yang Diharamkan Kerana Tidak Bermoral



Sumber: Mynewshub.cc

17 Tanda Lelaki Jatuh Cinta Dengan Anda!

17 Tanda Lelaki Jatuh Cinta Dengan Anda!

Adakalanya, orang yang kita suka, tak suka kepada kita dan bila orang suka pada kita, kita pula tidak suka padanya!

Tanda-Lelaki-Jatuh-Cinta.jpg

Tetapi saat paling indah adalah apabila anda saling menyukai antara satu sama lain. Terasa dunia ini milik anda berdua. Pastinya anda berminat untuk tahu tanda-tanda si dia jatuh cinta kepada anda bukan?

Kami kongsikan kepada anda beberapa tanda lelaki jatuh cinta :

1. Mula Menegur

Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati.

Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya.

Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya.

2. Sentiasa Ingin Dekat

Bila hati dah mula sayang, si dia akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja anda pergi.

Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam.

Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

3. Mengajak Keluar

Ini adalah langkah seterusnya bila si dia meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, si dia juga tentu mahu mengenali anda dengan lebih rapat lagi.

Tentu saja anda akan diajak keluar sambil bertukar-tukar cerita. Walaubagaimanapun anda haruslah berhati-hati kerana si dia baru dikenali.

Maka sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

4. Dia selalu menghubungi anda

Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu si dia akan berusaha mendapatkan nombor telefon anda dan mahu berbual dengan anda.

Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab si dia rindu nak dengar suara anda,dia menelefon anda dengan kerap.

Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berdua mempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam,bermakna hatinya sedang berbunga-bunga!

Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

5. Dia akan panik jika anda terluka

Jika anda terluka secara fizikal atau mental, dialah orang yang paling risau tentang anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda.

6. Dia sentiasa mengutamakan anda

Sebagai contoh, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak – agak.

Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh – sungguh dan dia juga akan pastikan perkara tersebut diselesaikan dengan segera.

7. Dia dapat tangkap isi hati anda

Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu.

Bahkan dia juga sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.

8. Dia tahu banyak hal mengenai anda

Anda merupakan wanita yang bertuah sekiranya si dia tahu perkara yang disukai dan perkara yang tidak di sukai oleh anda.

Jika ada lelaki yang mahir mengenai kesukaan dan kebencian anda, dia sebenarnya suka pada anda. Maka anda perlulah menghargai si dia.

9. Dia merenung anda ketika anda tidak melihatnya

Lelaki yang menyukai anda, akan merenung anda ketika anda tidak melihatnya. Dia sangat kagum akan diri anda dan ingin sentiasa melihat anda.

10. Dia melindungi anda

Dia sering bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang sesiapa yang berada di sekeliling anda. Ini juga boleh menjadi tanda bahawa dia mengambil berat tentang anda lebih mendalam daripada apa yang anda fikirkan.

11. Dia cemburu

Ini adalah tanda-tanda normal bila seseorang sukakan anda. Dia mudah cemburu apabila anda banyak menghabiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu bila ada lelaki mendekati anda.

Jika dia menyoal anda tentang status anda bersama dirinya, jaga-jaga, mungkin dia mahu meneruskan hubungan ke tahap seterusnya.

12. Dia berkongsi perasaan dengan anda

Lelaki memilih tentang perkara yang mereka dedahkan dan kepada siapa. Perasaan mereka, emosi dan kebimbangan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja.

Jadi, kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia mempercayai anda dan anda mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya.

13. Dia selalu puji anda

Dia selalu prihatin dengan apa yang ‘lain’ dengan diri anda dan tidak lokek untuk memberikan anda pujian. Dia juga tidak kisah dengan personaliti anda dan menerima anda seadanya.

14. Dia memberikan layanan “ kelas pertama”

Lelaki selalunya hanya bersikap biasa atau natural apabila dia menganggap seseorang itu hanya kawan. Tapi apabila dia sudah mula meletakkan kamu di kedudukan yang istimewa,tentunya kamu akan dilayan dengan begitu baik ibarat puteri kayangan.

Sanggup tunggu berjam-jam di luar rumah dan tidak kisah berhujan atau berhujan terik semata-mata ingin kamu melihat pengorbanannya.

15. Dia bersetuju dengan pendapat anda

Jika seorang lelaki itu tegas menyokong dan bersetuju dengan pandangan anda,itu bermaknanya dia cuba untuk mendekati anda dengan lebih lagi.

Bukan sekali dia bersetuju dengan anda,bahkan setiap keputusan yang anda lakukan, dia sentiasa menyokong anda.

16. Dia kerap menghantar mesej kepada anda

Walaupun sesibuk mana, si dia masih sempat menghantar mesej ataupun meninggalkan tweet anda kepada anda walaupun dengan hanya berkata ‘Hai’. Ini menunjukkan anda berada di fikirannya setiap saat.

17. Dia memilih untuk berkahwin

Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini.

Sesetengah orang menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan saja tapi ada juga yang serius hingga ke jinjang pelamin.

Pilihan itu ada di tangan anda sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia membuat keputusan paling bijak yang terbaik untuk semua pihak.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Blog Terbaik Malaysia Jun 2016

Blog Terbaik Malaysia Jun 2016

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan rakan blogger. Ketemu lagi kita di dalam ruangan "blog dan blogger terbaik di Malaysia" bagi bulan Jun 2016 di blog ini.

Kad+Raya+Abam+Kie
Kad raya kiriman blogger Zukidin.com

Buat pembaca-pembaca tersayang, senarai blog di bawah ini adalah kumpulan blog-blog terbaik di Malaysia yang anda wajib kunjungi.

Dikesempatan ini juga, saya ingin berkongsikan buat pembaca dan rakan blogger semua Kad Hari Raya sempena Aidilfitri 2016 ini yang dikirimkan oleh rakan blogger, Abam Kie dan blognya boleh anda tatap di sini, Zukidin.com

Kad+Raya+Abam+Kie [2]

Diucapkan jutaan terima kasih buat Abam Kie diatas kesudian mengirimkan kad raya ini dan pastinya nostalgia telah terpahat, kad raya yang bakal digantung dalam tempoh masa yang sangat lama di dinding buat tatapan, sebab terasa sangat janggal pula nak gantung smartphone tu kat dinding kan..haha

Buat semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf diatas segala kesalahan dan kesilapan yang ada.

Buat rakan-rakan blogger semua, terima kasih kerana sudi berkunjung di blog ini.

Semoga ketemu lagi, terima kasih dan selamat membaca buat semua, puonsikou dikoyu.. :)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA JUN 2016

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Lokmanamirul - Lokmanamirul.blogspot.my

3. Afif Rayyan - Mediasensasi.com

4. Nurhaziq Abdul Hafiz - Sayapejuangbahasa.blogspot.my

5. Normi Nieza - Norminieza.blogspot.my

6. Mommy Muhaimin - Diarimommymuhaimin.blogspot.my

7. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

BACA INI JUGA: Blog Terbaik Malaysia April Dan Mei 2016

-SENTIASAPANAS.COM