Wednesday, June 29, 2016

Rumah Berhantu Amityville 'The Conjuring' Berharga RM3.4 Juta!

Rumah Berhantu Amityville 'The Conjuring' Berharga RM3.4 Juta!

Jika anda peminat cerita seram, tentunya legenda kisah seram sebuah rumah di Amityville, New York, terpahat dalam fikiran sebagai antara yang paling seram yang pernah diceritakan.

Amityville.JPG

Kisah yang kemudiannya diadaptasi ke filem menggunakan tajuk The Amityville Horror itu memaparkan kejadian misteri dan menakutkan yang menghantui rumah besar dengan lima buah bilik itu.

Dan kini, rumah itu diletakkan dalam senarai untuk dijual oleh firma hartanah, Coldwell Banker, dengan harga AS$850,000 (RM3.4 juta).

Menurut laman web hartanah, zillow.com, rumah tersebut 'sedang dalam pemerhatian' lebih 600 orang bakal pembeli.

Kali terakhir rumah itu dijual adalah pada tahun 2010 dengan harga AS$1.1 juta (RM4.5 juta).

Sejarah ngeri rumah berhantu itu bermula pada tahun 1974, apabila seorang penghuni menembak mati kesemua ahli keluarganya.

Dalam pengakuannya di mahkamah, Ronald DeFeo berkata dia bertindak demikian kerana mengikuti arahan satu suara yang meminta dia membunuh semua ahli keluarganya.

Banyak portal penyiasatan kes misteri melaporkan 'suara' yang didakwa didengari DeFeo itu berkemungkinan besar kerana tanah rumah itu dimiliki oleh seorang pengamal ilmu hitam, John Ketchum, sekitar tahun 1920an.

The Conjuring 2
The Conjuring 2.

Ketchum dikatakan disemadikan di tapak rumah itu, dan sehingga kini jasadnya dipercayai berada di situ.

Kali terakhir rumah itu merekodkan kejadian misteri adalah pada tahun 1975, di mana penghuni ketika itu, George dan Kathleen Lutz, terpaksa melarikan diri dari rumah itu hanya selepas 28 hari mendiaminya.

Rumah itu kemudiannya didiami sekurang-kurangnya empat keluarga, namun tiada laporan kejadian aneh.

Pasangan penyiasat Ed dan Lorraine Warren (watak dalam filem The Conjuring 1 dan 2), antara yang pernah menyiasat kes misteri di rumah itu.

BACA INI JUGA:

sumber: aa

Kisah Luarbiasa Euro 2016, Media British 'Belasah' Skuad England

Kisah Luarbiasa Euro 2016, Media British 'Belasah' Skuad England

Kisah luar biasa Iceland di Euro 2016 terus mencuri perhatian apabila skuad itu bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk menewaskan England 2-1 di Nice, sekaligus menempah tempat suku akhir untuk menentang Perancis.

iceland vs england.jpg

Pada awalnya, kelibat pasukan kerdil yang mendapat sokongan padu itu diramal akan berakhir apabila bertemu skuad Roy Hodgson di peringkat 16 pasukan terbaik, namun ia benar-benar meleset.

Kemenangan Iceland ke atas negara bola sepak, England, bukan sahaja mengejutkan ramai pemerhati bola sepak, tetapi turut membuatkan jurulatih lawan itu meletak jawatan akibat terlalu kecewa.

Apabila Wayne Rooney meletakkan England di depan di minit keempat, Iceland dilihat seperti mendaki gunung untuk kekal beraksi di Perancis.

Tetapi jaringan penyamaan yang dilakukan Ragnar Sigurdsson dua minit kemudian kembali membuka harapan.

Gol tunggal England itu diperolehi selepas menerima hadiah sepakan penalti daripada pengadil apabila Raheem Sterling dijatuhkan di dalam kotak penalti, manakala jaringan Ragnar Sigurdsson dilakukan menerusi tandukan.

Di minit ke-18, Kolbeinn Sigthorsson, pula menjaringkan gol hasil rembatan deras, dengan penjaga gol England, Joe Hart, hanya sempat menyentuh sahaja.

Selepas jaringan itu, walaupun Iceland seolah-olah sudah menutup aksi bola sepaknya apabila hanya bermain bertahan, namun kubu England masih lagi jarang-jarang diuji.

Penyerang Harry Kane turut mencuri tumpuan apabila melakukan voley menarik, bagaimanapun ia menuju tepat ke arah penjaga gol lawan untuk mudah diselamatkan.

Bersambung babak kedua, England membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan Jamie Vardy (ganti Sterling) dan Marcus Rashford (ganti Rooney), tetapi tiada perubahan kedudukan berlaku.

Media British belasah skuad Roy Hodgson

Skuad England

Isu kekalahan 2-1 England di tangan Iceland di Euro 2016 menjadi bahan muka depan kebanyakan media di United Kingdom, dengan pelbagai tajuk dan gambar digunakan lebih terarah kepada ejekan dan mempersenda.

Dalam portal popular, The Sun, mereka menggunakan tajuk 'DUMBS GONE TO ICELAND: Roy Hodgson quits after England team humiliated by minnows at Euro 2016'.

The Sun yang menganggap ia keputusan memalukan dengan membuat ulasan, sebuah negara yang terkenal dengan memancing ikan kod mengecewakan skuad superstar jutawan di Euro 2016 dengan cara memalukan.

Dalam laporannya, pelbagai wajah kecewa penonton digunakan dan yang menarik perhatian gambar seorang kanak-kanak yang memakai jaket England sedang memegang kepala.

Sementara itu, portal Independent yang menggunakan tajuk "Roy Hodgson resigns as England crash out of Euro 2016 in embarrassing fashion" menulis, Hodgson dan pemainnya kini menghadapi stigma sepanjang hayat akibat terlibat dalam detik hitam sejarah bola sepak Inggeris.

iceland vs england [3].jpg

Portal berkenaan turut mempersoalkan, tewas kepada Amerika Syarikat pada 1950 adalah satu perkara buruk, tetapi bagaimana pula apabila kalah kepada Iceland dalam pusingan kedua di kejohanan besar?

Satu lagi laman berita, Dailymail, menyatakan: "Shocking England become a laughing stock as manager Hodgson quits after Three Lions are booted out of Euro 2016 in humiliating 2-1 defeat by plucky Iceland (population 332,000)".

Perenggan pertama dalam laporan artikel ini begitu sinis:"Pemain bola sepak England yang gagal akan pulang hari ini selepas mengalami kekalahan paling memalukan negara dalam sejarah, menjadikan mereka bahan ketawa di seluruh dunia."

BACA INI JUGA: Persoalan Terjawab! Kenapa Bolasepak Bermain 45 Minit!

Sumber: Astroawani

Awan Pelik Yang Menakjubkan Gemparkan Penduduk Sabah

Awan Pelik Yang Menakjubkan Gemparkan Penduduk Sabah

Penduduk di sekitar daerah Beaufort dan Kuala Penyu dekat sini gempar dengan kemunculan awan pelik yang bergulung awal pagi isnin minggu ini.

Awan+Bergulung [2].jpg

Kemunculan awan pelik itu berlaku selama dua jam bermula pukul 7 pagi sehingga mencetuskan panik dan tanda tanya dalam kalangan penduduk.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Madius Tangau berkata, kejadian bentuk awan luar biasa di kawasan pantai barat Sabah pada awal Isnin minggu ini, adalah disebabkan oleh fenomena cuaca yang dinamakan garis badai berserta kejadian awan bergulung.

Awan jenis bergulung tidak berbahaya berbanding Awan garis badai dan ia pernah berlaku di Kota Kinabalu pada Ogos 2012, Sungai Petani, Kedah pada 2014 dan Kota Bharu, Kelantan pada Ogos 2015.

Namun, kita bersyukur sebab tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

BACA INI JUGA: Fenomena La Nina Selepas Berakhirnya El Nino

Awan+Bergulung [3].jpg
Awan+Bergulung [4].jpg
Awan+Bergulung [5].jpg
Awan+Bergulung [6].jpg
Awan+Bergulung [7].jpg
Awan+Bergulung [8].jpg
Awan+Bergulung [9].jpg
Awan+Bergulung [10].jpg
Awan+Bergulung [11].jpg
Awan+Bergulung

Sumber: Kosmo

Wanita Terbakar Ketika Guna Telefon Bimbit Di Stesen Minyak!

Wanita Terbakar Ketika Guna Telefon Bimbit Di Stesen Minyak!

Tindakan pantas pekerja stesen minyak yang curiga melihat sebelah kasut di bahagian luar sebuah kereta, berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam kereta berkenaan selepas disambar api akibat penggunaan telefon bimbit.

T Sarifhla.jpg

Pengurus stesen minyak di Taman Setapak Indah itu, Muhd Haikal Kamarudin berkata, selepas pekerjanya membuka pintu kereta berkenaan, kepulan asap keluar dari kereta itu, manakala wanita berkenaan meronta-ronta kesakitan akibat melecur 60 peratus bahagian badannya.

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari itu, wanita berkenaan melecur di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api.

Mangsa yang dikenali sebagai T Sarifhla, 25, dikatakan sedang mengisi minyak sambil menggunakan telefon bimbit sebelum berlaku percikan api hingga menyambar telefon bimbitnya.

Wanita itu dipercayai bertindak masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu kereta jenis Perodua Axia itu.

"Sebaik pekerja saya membuka pintu kereta, dia melihat terdapat banyak kepulan asap keluar dengan seluruh tubuh mangsa melecur bersama kulitnya melekat di belakang tempat duduk penumpang," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian.

Muhd Haikal berkata, semasa pekerja membuka pintu kereta itu, api telah pun padam.

Menurutnya, pekerjanya kemudiannya bertindak menutup seluruh kawasan stesen minyak itu dan menghubungi pihak polis dan bomba.

"Pada masa sama, pekerja saya turut menghalang orang ramai dari mendekati kawasan kejadian.

"Mereka semua telah dilatih supaya bertindak memberikan bantuan awal sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini sebelum bantuan seterusnya tiba," katanya. -Bernama

BACA INI JUGA: Misteri Manusia Terbakar Secara Tiba-tiba

Tuesday, June 28, 2016

8 Jenis Makanan Yang Menggemukkan

8 Jenis Makanan Yang Menggemukkan

Jika tak nak berat badan anda bertambah naik, hati-hati dengan lapan jenis makanan yang menggemukkan ini.

Makanan Yang Menggemukkan.jpg

Jika tidak boleh menyingkirkannya daripada menu pilihan anda, cubalah gantinya dengan jenis yang rendah kalori serta bebas lemak. Tak pun, kurangkan kekerapan ‘menyantapnya’.

Berikut adalah lapan jenis makanan yang menggemukkan anda jika tidak dikawal pengambilannya. Semak!

1. Minuman berkarbonat

Biarpun mendatangkan kesegaran sesat, namun minuman yang menjadi kegemaran ramai ini sama sekali tidak mempunyai nila-nilai nutrisi. Tetapi, ia kaya dengan kandungan gula, sodium dan kalori.

2. Aiskrim

Sungguh nikmat! Namun, aiskrim merupakan sajian yang amat tinggi kandungan lemak, gula dan kalori. Anda yang sedang berdiet, eloklah berfikir dua tiga kali terlebih dahulu sebelum mahu menikmatinya!

3. Mayonis

Mempunyai kandungan lemak di dalamnya. Jadi, sebaiknya pakai sedikit sahaja jika anda mahu menikmatinya.

4. Kopi Segera

Tahukan anda bahawa secawan kopi segera itu mengandungi lebih daripada 39 lemak? Jika tidak mahu tubuh anda menjadi timbunan lemak, kira dengan teleiti berapa jumlah kalori daripada kopi segera yang telah masuk ke dalam tubuh anda?

5. Daging Olahan

Sosej dan segala jenis daging olahan mengandungi lemak yang tidak baik. Kadarnya begitu tinggi, sama banyak dengan kadar garam yang terkandung di dalamnya.

6. Makanan Segera

Di antaranya burger dan kentang goreng Kandungan lemaknya sangat tinggi, begitu juga dengan kalorinya.

7. Krim

Whipped cream yang sering dipakai sebagai penghias pada jus strawberi dan dressing salad, mengandungi lemak tnggi, dan akan menjadi kalori tinggi jika dicampur dengan makanan sihat anda.

Sebaiknya, jika anda sedang memakan makanan sihat, sebaiknya tidak dicampur dengan aneka krim atau topping.

8. Kerepek Kentang

Jajan yang ranggup ini merupakan salah satu makanan yang paling besar potensinya untuk membuatkan anda gemuk kerana kandungan garamnya yang sangat tinggi.

Belum kira lagi kandungan lemak dan gulanya, sehingga jumlah kalorinya menjadi lebih tinggi.

Di samping itu, kerepek-kerepek kentang ini juga mengandungi bahan pengawet, perasa dan pemanis buatan yang cukup jelas tidak baik untuk kesihatan tubuh.

BACA INI JUGA: Hidangan Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia!

Sumber: Wom

Cerpen: Dalam Air Ada Puaka

Cerpen: Dalam Air Ada Puaka

Kedamaian rumah peranginan dipinggir tasik itu bagaikan terganggu dengan kehadiran sekumpulan remaja. Rumah peranginan itu memang terpencil. Untuk sampai, mereka terpaksa mengambil masa selama lima jam.

Rumah peranginan seram.jpg

Kalau tidak kerana sebuah laman web yang menyiarkan tentang kewujudan rumah peranginan itu, sudah pasti sampai bila-bila pun kumpulan remaja itu tidak akan tahu tentang lokasi itu.

Kehadiran mereka disambut oleh seorang wanita tua berambut putih yang disanggul tinggi. Wanita itu tidak banyak cakap. Sekadar memperkenalkan dirinya sebagai Puan Anne.

Setelah menyerahkan kunci bilik dan menerangkan jadual waktu makan, Puan Anne terus berlalu ke tingkat bawah. Tidak tahu ke mana perginya.

Remaja-remaja itu pula berebut-rebut keluar dari rumah berkenaan setelah menyimpan beg di dalam bilik. Mereka berlari berkejaran menuju ke kolam renang yang ada di situ.

"Waa..cantiknya! Tapi kenapa air dia hitam je?" tanya Sofea setelah mendapati keadaan dasar kolam itu gelap, sehingga dia tidak pasti sedalam mana kolam itu.

"Dasar aje gelap. Air dia jernihlah!" balas Azue sambil merenjis-renjiskan air kolam itu ke muka Sofea.

Terjadilah adegan simbah menyimbah antara enam anak muda itu. Masing-masing mula terjun ke dalam kolam tersebut. Seronok betul mereka bergurau senda.

Puaka Air [3].jpg

Kedudukannya disebelah tasik, membuatkan mereka dapat mandi manda sambil menikmati keindahan pemandangan tasik.

"Wah!" Firdi timbul dipermukaan air sambil tercungap-cungap.

"Dalamnya kolam ni!"

"Dalam?" yang lain-lain bertanya srentak.

"Ha ah.. dalam betul. Aku agak mungkin dekat 20 kaki dalamnya. Tak nampak apa. Gelap!" Firdi menerangkan.

Tadi dia cuba menyelam untuk menduga kedalaman kolam tersebut kerana dia sendiri hairan kolam itu gelap, tidak biru jernih seperti kebanyakan kolam renang yang pernah ditemuinya.

"Tak payahlah kau nak ukur dalam kolam ni. Yang penting kita datang sini nak bercuti, menikmati tempat yang cantik ini!" Manan mengingatkan.

Mereka benar-benar seronok hingga terlupa hari sudah semakin gelap sehinggalah Puan Anne tiba-tiba muncul memanggil mereka supaya bersiap untuk makan malam.

Hidangan makan malam yang dimasak sendiri oleh Puan Anne memang lazat. Mereka tersandar kekenyangan sambil berbual-bual sebelum masuk ke bilik masing-masing dan terus terlena.

Tapi berlainan dengan Winne. Dia gelisah tidak dapat tidur. Winnie bangun dan berjalan menuju ke tingkap.

Sejak dari tadi dia bagaikan terdengar air berkocak kuat dan dia sendiri tidak dapat memastikan sama ada air kolam atau tasik yang berkocak.

Ketika berdiri ditepi tingkap, Winnie melihat Puan Anne sedang berdiri dibawah cahaya bulan yang terang, menghadap tasik.

Entah macam mana, Puan Anne tiba-tiba berpaling mendongak ke arah Winnie. Berderau darah Winnie jadinya.

Dia cepat-cepat mengejutkan Sofea tetapi gadis itu tidur mati. Tanpa berfikir panjang Winnie berjalan terjengket-jengket keluar dari bilik.

Winnie keluar dan berdiri di tepi kolam, namun dia tergamam bila melihat air tasik bergelombang secara tiba-tiba. Namun Winnie tidak berdaya untuk bergerak.

Bila gelombang di tasik itu tenang, suasana disekeliling turut tenang. Baru saja Winnie mahu berpaling, tiba-tiba dia terasa ada seseorang menolaknya dari belakang.

Winnie terjatuh ke dalam tasik. Dia cuba berenang untuk kembali naik ke atas permukaan air.

Berbayang-bayang dari dalam air, dia melihat Puan Anne berdiri ditepi kolam sambil tersengih memandangnya.

Winnie tergapai-gapai cuba meminta pertolongan tetapi terasa ada satu pusaran air yang sangat kuat sedang menariknya jauh ke dasar kolam.

Malah, Winnie merasakan ada cengkaman tajam dibahagian pinggangnya. Winnie menjerit kesakitan.

Nafasnya tidak mampu dikawal lagi menyebabkan dia tertelan air dan menyekat pernafasan Winnie. Tubuhnya menjadi lemah dan dia semakin jauh ditarik ke dasar kolam.

Kehilangan Winnie menggemparkan rakan-rakannya yang lain. Puan Anne cuma mengangkat bahu bila mereka menanyakan tentang Winnie. Terpaksalah mereka berusaha sendiri mencari Winnie.

Untuk melaporkan kehilangan Winnie kepada polis adalah mustahil memandangkan rumah peranginan itu begitu terpencil.

Lagipun van yang menghantar mereka hanya akan datang mengambil mereka semula dalam masa enam hari lagi.

Puaka Air [2].jpg

Mereka terus mencari disekitar rumah peranginan tersebut, tetapi usaha itu gagal. Mereka bergerak lebih jauh, menyusuri pinggiran tasik.

Tiba-tiba Sofea menjerit nyaring. Mereka bergegas mendekati Sofea yang sedang menggigil ketakutan sambil menuding ke satu arah ditepi tasik.

Demi terpandang ke arah yang ditunjukkan Sofe, mereka juga turut menjerit ketakutan.

Mayat Winnie kelihatan terapung-apung dipermukaan tasik dengan mata terjojol hampir terkeluar.

Lebih mengerikan bila mayatnya tinggal separuh badan. Segala isi perutnya juga melimpah keluar!

Sofea menangis sekuat hati. Dia benar-benar takut melihat keadaan itu.

Firdi, Azue, Marvin dan Daniel buntu memikirkan bagaimana Winnie boleh jadi begitu.

Akhirnya mereka berempat berpakat untuk berenang ke dalam tasik untuk menarik keluar mayat Winnie.

Baru sahaja tangan mereka hendak mencapai rambut Winnie, tiba-tiba sahaja mayat Winnie tenggelam dengan pantas. Mereka berempat tergamam.

"Tengok tu!!!" Sofea menjerit dari atas tebing. Air tasik kelihatan bergelombang kuat. Menggelupar Firdi, Azue, Marvin dan Daniel cuba berenang ke tepi.

Daniel yang ketinggalan dibelakang tiba-tiba menjerit dengan tangan terkapai-kapai meminta pertolongan.

Air disekelilingnya kelihatan berubah menjadi merah. Firdi bertindak berani, menunjukkan keberanian dengan cuba menarik Daniel.

Namun, dia sendiri tiba-tiba terasa ada sesuatu sedang menusuk perutnya. Tubuhnya direntap kuat dan terus hilang dari permukaan air, diikuti dengan tubuh Daniel.

Azue dan Marvin cemas. Mereka berlumba-lumba untuk sampai ke tepi.

Sofea yang berada ditepi tiba-tiba menjerit dan tergamam bila air bergerak kuat, menunjukkan ada sesuatu sedang berenang dari dalam air dengan laju menuju ke arah Azue dan Marvin.

"Cepat Azue! Cepat Marvin! Cepat!!!" Sofea menjerit sambil cuba menghulurkan tangan ke arah Azue dan Marvin.

Tinggal lagi sedepa, Azue dan Marvin tiba-tiba ditarik serentak lalu hilang dari permukaan air.

Sofea terduduk dengan wajah pucat. Segalanya berlaku dengan pantas. Empat sahabat lelakinya hilang dalam sekelip mata.

Tiba-tiba keempat-empat kepala sahabatnya itu muncul dipermukaan, tetapi hanya kepala!!

Sofea menjerit sungguh-sungguh. Sekelip mata kemudian, kepala itu hilang!

Tanpa berlengah, Sofea berlari menuju ke rumah peranginan. Dia perlu keluar dari situ dengan apa cara sekalipun.

Kejadian ngeri yang menimpa rakan-rakannya benar-benar menakutkan.

Puan Anne tiba-tiba muncul dari belakang Sofea yang sedang menggelatar cuba membuka pintu bilik.

Belum sempat Sofea mahu mengadukan kejadian ngeri itu kepada Puan Anne, dia tergamam dengan mulut ternganga apabila melihat senyuman terukir di bibir Puan Anne. Senyuman yang sangat menakutkan.

Sofea tidak jadi membuka pintu bilik, sebaliknya dia bergegas turun ke tingkat bawah. Larian Sofea tidak teratur.

Ketika berlari ditepi kolam, Sofea dikejutkan dengan kemunculan secara tiba-tiba lima kepala sahabatnya dipermukaan kolam.

Sofea begitu terkejut. Debaran begitu menggila di dadanya. Nafasnya tercungap-cungap.

Sofea cuba mengimbangi badannya tetapi dia tercebur di dalam kolam. Dalam keadaan terkapai-kapai, Sofea melihat Puan Anne muncul ditepi kolam bersama pemandu van.

Tiba-tiba dia terasa ada pusaran kuat sedang menariknya ke dasar kolam. Sofea tenggelam namun masih berusaha untuk naik ke atas permukaan.

Ketika itu dia melihat ada satu lubang hitam pada dinding kolam sedang terbuka luas. Lubang itu betul-betul menghala ke tasik.

Puaka Air.JPG

Kelihatan dua cahaya merah berkelip-kelip sedang mendekatinya dari arah lubang tersebut.

Suasana dasar kolam yang gelap menyukarkan Sofea untuk melihat apakah makhluk itu.

Sofea nampak satu makhluk panjang sedang melingkari tubuhnya. Bukan satu tetapi dua, tiga dan banyak lagi! Kesemuanya bergigi tajam, menusuk seluruh tubuh Sofea.

Akhirnya, Sofea tidak dapat bertahan lagi. Nyawanya putus bila badannya terputus dua direntap sesuatu yang tidak jelas pada pandangan matanya.

Untuk satu jangka masa yang panjang, makhluk di dalam air itu akan tenang.

Puan Anne dan pemandu van berdiri ditepi kolam, tersenyum puas..

BACA INI JUGA: Cerpen: Cinta Sate

-SENTIASAPANAS.COM

Penyakit Pelik Wanita Kencing 'Cacing' Selama 3 Bulan!

Penyakit Pelik Wanita Kencing 'Cacing' Selama 3 Bulan!

Kes seorang wanita berusia 50 tahun yang mengadu kencingnya mengandungi cacing selama tiga bulan telah disifatkan oleh doktor sebagai sesuatu yang pelik dan misteri.

BMJ Case Reports parasite.jpg

Wanita berasal dari South Carolina itu menemui doktor untuk membuat pemeriksaan dan selain kencing mengandungi cacing, dia turut mengalami kesakitan yang amat sangat ketika membuang air.

Doktor yang merawatnya telah meminta sampel air kencing wanita itu dan mereka terperanjat apabila menemui cacing sepanjang 0.5cm berwarna hitam dan boleh dilihat oleh mata kasar.

Ketika menerangkan mengenai kes berkenaan dalam jurnal BMJ Case Reports, doktor itu memberitahu bahawa ia sebenarnya adalah larva, bukannya cacing.

Wanita itu juga disahkan menghidap myasis dan keadaan ini berlaku pada mereka yang minum air yang tercemar dengan telur lalat.

Kebiasaannya ia berlaku di bahagian kulit, mata dan saluran hidung namun jangkitan pada air kencing merupakan satu keadaan yang luar biasa.

BMJ Case Reports parasite [2].jpg

Keadaan itu juga biasanya hanya berlaku di negara membangun dan disebabkan wanita itu menghidap kencing manis maka ia dikaitkan dengan sistem imun yang lemah dengan kapasiti yang kurang untuk melawan jangkitan dan parasit.

Dia juga tidak mengetahui bagaimana jangkitan itu berlaku tetapi wanita itu memaklumkan dia telah berpindah ke Charleston, South Carolina, dari Mexico.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor memberikan ubat ivermectin, bagi merawat pesakit yang dijangkiti parasit dan seminggu selepas itu kencingnya tidak lagi mengandungi larva.

BACA INI JUGA: LUAR BIASA! Di Peluk UNTA Yang Kerinduan Selepas Lama Tidak Bertemu!

Erra Fazira Akui Sukar Tolak Cinta Shahir

Erra Fazira Akui Sukar Tolak Cinta Shahir

Erra Fazira mengakui tidak dapat menolak rasa cinta kepada Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 27, kerana jejaka itu mempunyai ciri-ciri lelaki idaman yang dicari olehnya.

Erra+Fazira_Ahmad+Shahir+Zawawi.jpg

Bagi Erra, walaupun sebelum ini dia berniat untuk bersuamikan lelaki yang lebih tua daripadanya tetapi juara program realiti Akademi Fantasia musim ke 8 ini merupakan seorang lelaki yang boleh menepati ciri seorang suami yang dapat membahagiakannya.

“Bila Shahir membuka mulutnya, saya berasa lega kerana ia mengurangkan beban saya untuk berhadapan perkara ini seorang diri,” kata pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek itu.

“Tak banyak yang boleh saya kongsi tetapi buat masa ini, saya dan Shahir masih dalam proses mengenali satu sama lain dengan lebih rapat,” jelas Erra, 42; kepada Malay Mail Online.

Sebelum ini bekas model tersebut pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali bersama Yusry Abdul Halim KRU dan Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Hubungan Saya Dan Erra Direstui Keluarga

Erra+Fazira_Ahmad+Shahir+Zawawi [2].jpg

Shahir turut mengakui hubungan antara dia dan Erra telah dipersetujui oleh keluarga masing-masing.

“Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja.

“Insya-Allah. Selama inipun, saya kasihankan Erra kerana selalu menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota.

“Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan.

“Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius ,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Shahir berkata, dia menyerahkan segala-galanya kepada tuhan sekiranya mereka bakal berkahwin tahun ini.

Pada masa yang sama, Shahir memberitahu dia akan membuat ‘comeback’ tetapi dalam bidang yang lain.

BACA INI JUGA: Adakah Cinta Kamu Madu Atau Racun?

4 Julai Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 1437 Hijrah (2016)

4 Julai Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 1437 Hijrah (2016)

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa 2016 adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal.jpg

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh "Hari Raya Puasa 2016" telah ditetapkan pada petang Isnin, 4 Julai bersamaan 29 Ramadhan 1437 Hijrah, menurut kenyataan terbaharu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu:
  • JOHOR: Pontian Kecil
  • MELAKA: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)
  • NEGERI SEMBILAN: Telok Kemang (Port Dickson)
  • SELANGOR: Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai Cerap Selangor (Sabak Bernam)
  • PERAK: Pantai Pasir Panjang (Manjong) PULAU PINANG: Pusat Falak Sheikh (Pantai Acheh)
  • KEDAH: Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi), Menara Alor Setar
  • TERENGGANU: Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut), Balai Cerap KUSZA (Setiu)
  • KELANTAN: Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampung Tembeling (Kuala Krai), Menara Bangunan SEDC (Kota Baharu)
  • SARAWAK: Tanjong Lubang (Miri), Teluk Bandung & Tanjung Batu (Kuching)
  • SABAH: Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan)
  • PAHANG: Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Brinchang (Cameron Highlands), Bukit Pelindong (Kuantan)
  • LABUAN: Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah
  • KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur
  • PUTRAJAYA: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
  • PERLIS: Kuala Sungai Baru (Simpang Empat).

BACA INI JUGA: Benarkah Iblis Dan Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadhan?

Sumber: BERNAMA

Brexit, Petanda Tumbangnya 'Empayar' Eropah?

Brexit, Petanda Tumbangnya 'Empayar' Eropah?

Fenomena Brexit atau Britain Exit, Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) kini mula ‘menjangkiti’ beberapa negara anggota lain sekaligus dilihat sebagai petanda kepada ‘kehancuran’ kesatuan itu.

Brexit.jpg

Portal Daily Mail melaporkan, bahana ‘euroscepticisme’ atau penolakan terhadap EU semakin dirasai di Sweden, Republik Czech, Perancis, Denmark, Itali, Belanda, Austria, Greece, Sepanyol, Poland, Hungary serta Ireland.

Di Sweden, istilah ‘Swexit’ mula menjadi sebutan selepas undian terbaharu oleh TNS Sifo menunjukkan bahawa 36 peratus penduduk negara itu bersetuju untuk keluar daripada EU berbanding hanya 32 peratus yang mahu kekal.

Mengulas tentang Swexit, Menteri Luar Sweden, Margot Wallstrom berkata, Brexit mungkin memberi kesan terhadap negara anggota lain.

“Pastinya mereka (negara-negara anggota EU) akan berkata, jika mereka (Britain) boleh meninggalkan EU, mungkin kita juga perlu adakan referendum dan keluar daripada kesatuan ini,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Republik Czech, Bohuslav Sobotka memberi amaran bahawa fenomena Brexit mungkin akan membawa kepada ‘Czexit’ manakala pemimpin parti Barisan Nasional Perancis, Marine Le Pen pula menyifatkan Brexit sebagai simbol ‘kejayaan untuk kebebasan.’

“Saya sendiri akan mengundi Brexit walaupun Perancis mungkin memiliki lebih 1,000 sebab untuk meninggalkan EU berbanding United Kingdom (UK),” kata Le Pen.

Di Denmark, pemimpin Parti Rakyat Denmark (DPP), Kristian Thulesen Dahls menggesa supaya negara itu mengadakan referendum seperti Britain manakala ahli ekonomi serta politik di Greece dan Belanda juga menyuarakan perkara yang serupa.

Situasi sama dilaporkan berlaku di Poland, Sepanyol dan Hungary apabila kerajaan di ketiga-tiga buah negara itu dilihat mula mencongak kemungkinan untuk meninggalkan EU.

Dalam perkembangan berkaitan, kebanyakan rakyat Itali percaya negara itu sepatutnya keluar daripada EU walaupun keputusan tersebut mungkin menyaksikan integriti kesatuan itu terjejas memandangkan Itali merupakan antara nadi penubuhan EU.

“Perlu diakui, apabila sebuah negara seperti Great Britain telah membuat referendum seperti itu, ini sebenarnya memberi isyarat awal terhadap kegagalan EU,” kata pengasas parti Pergerakan Lima Bintang (M5S) Itali, Beppe Grillo.

Canselor Austria yang baharu, Christian Kern pula berpendapat, Brexit boleh memberi makna ‘ucapan selamat tinggal secara perlahan-lahan kepada idea bangsa Eropah’ kecuali terdapat pembaharuan yang serius mengenai perkara itu.

Bagi jiran terdekat Britain iaitu Ireland, sempadan darat antara negara itu dan Ireland Utara mungkin perlu dipolisikan semula apabila Britain keluar daripada EU.

Pada masa yang sama, hubungan dagangan yang baharu juga perlu digariskan semula bagi memastikan kerjasama komersial yang rapat antara Britain dan Ireland dapat diperkukuhkan.

Terbaharu di Slovakia, dengan slogan ‘Slovexit’, Parti Rakyat Slovakia merancang untuk mengadakan petisyen membolehkan rakyat negara itu memikirkan kedudukan dalam EU.

BACA INI JUGA: Empayar-empayar Terbesar Sepanjang Sejarah Dunia

Sumber: Utusan

Wiko Mobile Lancar Tiga Smartphone Terbaharu, Sistem Kamera Terpantas

Wiko Mobile Lancar Tiga Smartphone Terbaharu, Sistem Kamera Terpantas

Bagi peminat teknologi terkini, pastinya tidak sabar menunggu kemunculan tiga produk terbaharu Wiko Mobile iaitu UFEEL, UFEEL Lite dan Robby.

Wiko Mobile.jpg

Jenama itu menawarkan telefon berciri teknologi kesan cap jari, reka bentuk logam menarik dan bateri lebih tahan lama yang pasti menarik pencinta gajet terkini.

Ketiga-tiga telefon pintar itu mempunyai ciri eksklusif iaitu sistem kamera terpantas, mempunyai 5 megapixels hadapan, mengandungi pancaran flash bagi kamera selfie untuk lampu rendah termasuk 1.3Hz Quod Core processor, 3GB RAM dan 4G Lite, selain muat turun sesuatu dokumen.

Wiko Ufeel

Wiko Ufeel.jpg

Dengan badan premium dan pengimbas capjari pelbagai fungsi, Wiko Ufeel disasarkan untuk anak muda yang trendy dan mahukan peranti bergaya.

Pengimbas capjari di Wiko Ufeel boleh melancarkan arahan berlainan, menggunakan jari yang berbeza. Sehingga lima jari boleh didaftarkan untuk menjalankan pelbagai aplikasi.

Prestasi Wiko Ufeel tidak kurang hebatnya dengan kuasa CPU 4-teras 1.3Ghz, dipadankan dengan 3GB RAM dan disertakan 16GB storan dalaman.

Ia memiliki slot kad mikroSD dan dua slot kad sim yang berbeza, menyokong rangkaian 4G LTE.

Kamera Ufeel juga tidak kurang handal. Kamera belakangya dilengkapi sensor Sony IMX258 13MP. Kamera depan pula 5MP bersudut lebar, dan disertakan LED Flash untuk memastikan selfie yang sentiasa cerah.

Saiz skrinnya berukuran 5-inci dengan rekaan badan besi melengkung di sisi bersama kemasan pasir batu di belakang, menjadikan ia pilihan terbaik dalam genggaman.

Wiko Ufeel datang bersama Android 6.0 Marshmallow bersama dua pilihan warna menarik, iaitu Kelabu Angkasa dan juga Krim.

Wiko Ufeel Lite

Wiko Ufeel Lite.jpg

Rupa luaran Wiko Ufeel Lite sedikit berbeza dengan Ufeel. Ia menggunakan penutup plastik polikarbonat, yang diberi kemasan metalik seakan besi bagi memberi rupabentuk premium.

Ufeel Lite turut memiliki pengimbas capjari di depan, dengan fungsi menjalankan pelbagai arahan dengan imbasan jari berbeza.

Kesemua fungsi ini dijalankan di dalam sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, bersama antaramuka Wiko UI.

Skrin Ufeel Lite sebesar 5-inci, menggunakan teknologi IPS On-Cell untuk mengekalkan kenipisan. Ia disertakan kamera 8MP bersama LED Flash di belakang, dan 5MP yang turut disertakan LED Flash di hadapan.

Telefon pintar Wiko Ufeel Lite dikuasakan CPU 4-teras 1.3Ghz, bersama 2GB RAM dan storan dalaman seluas 16GB.

Ia mempunyai 3 slot kad berbeza yang menerima kad mikroSD dan dua kad sim bersaiz mikro, yang menyokong rangkaian 4G.

Wiko Ufeel Lite ditawarkan dalam dua warna, iaitu Kelabu Angkasa dan juga Emas.

Wiko Robby

Wiko Robby.jpg

Telefon pintar Wiko Robby membawakan skrin besar 5.5-inci HD, bersama dua pembesar suara stereo di hadapan.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang gemar bermain permainan video, dan menonton video bila-bila masa di mana jua.

Ia adalah telefon kelas permulaan, yang dikuasakan CPU 4-teras 1.3GHz, bersama 1GB RAM dan 16GB storan. Kamera belakangnya 8MP yang dilengkapi fungsi HDR dan merakam video 1080p.

Manakala kamera depan 5MP dan dilengkapi flash untuk selfie yang cerah.

Fungsi unik Wiko Robby ialah kebolehannya membuat panggilan tidak mengira arah. Dengan mikrofon dan pembesar suara terdapat di atas dan bawah skrin, perbualan terus lancar kerana ia tetap boleh digunakan walau terbalik.

Harga

Wiko UFEEL, UFEEL Lite dan Robby boleh didapati di Malaysia melalui pengedar berdaftar pada harga RM699, RM569 dan RM449.

BACA INI JUGA: Nokia 1100 Telefon Paling Laku Di Dunia!

Sumber: Theskop