Monday, June 27, 2016

Kereta Lumba 'Aston Martin' Berusia 70 Tahun Berharga RM3.9 Juta!

Kereta Lumba 'Aston Martin' Berusia 70 Tahun Berharga RM3.9 Juta!

Sebuah kereta Aston Martin usang berusia 70 tahun berjaya dijual dengan harga 679,100 pound (RM3.9 juta) dalam lelongan di jualan Festival Goodwood Speed Bonhams di Sussex, England, baru-baru ini.

Aston Martin.jpg

Walaupun hampir keselu­ruhan cat kereta tersebut telah tertanggal malah tangki yang boleh mengisi 48 gelen minyak hilang selain jeriji radiator diubah suai, pembeli yang tidak mahu dikenali itu sanggup berbelanja sedemikian bagi memiliki kereta tersebut.

Kereta lumba selepas Perang Dunia Kedua, Aston Martin DB2 Fixed-Head Coupe itu tidak digunakan sejak berdekad-dekad lamanya selain pernah dicuri daripada pemiliknya pada 2002.

Aston Martin [2].jpg

Menurut laporan Mail Online, kereta tersebut yang mempu­nyai nombor pendaftaran UMC 65, pernah menyertai pertandingan lumba kereta Circuit de la Sarthe, 67 tahun yang lalu.

Walaupun telah berusia 70 tahun, kereta tersebut masih mempunyai bahagian-bahagian asal kereta lumba yang direka untuk berlumba dalam pertandingan selama 24 jam termasuk mempunyai logo Le Mans pada penutup radiator dan pengisi minyak.

Menurut jurucakap Bonhams, kereta itu adalah satu-satunya kereta lumba tahun 1949 yang masih ada sehingga ke hari ini dan pernah memenangi tempat ketujuh pada pertandingan lumba kereta pertama selepas perang dunia terbabit, Grand Prix d’Endurance melalui pemandu­nya, Arthur Jones dan Nick Haines.

Aston Martin [3].jpg

Kereta berkenaan merupakan yang pertama dibina pasukan David Brown Aston Martin dan kehebatannya merupakan mercu tanda jenama Feltham.

Menurut Tim Schofield dari bahagian kereta Bonham, kereta berkenaan bukan sahaja mempunyai sejarah kereta lumba yang menarik malah merupakan kereta yang amat penting dalam sejarah kereta jenama Britain.

“Kereta itu merupakan permulaan pengeluaran kereta DB yang masih dibina oleh Aston Martin sehingga ke hari ini,” katanya.

Aston Martin [4].jpg

Walaupun masih lengkap dan mengekalkan keasliannya, kereta tersebut memerlukan banyak penyelenggaraan kerana terbiar sejak bertahun-tahun lamanya, selain tidak pernah dihidupkan sejak 40 tahun lalu.

BACA INI JUGA: P1, Rekaan Pertama Kereta Elektrik Porche 116 Tahun Lalu!

Sumber: Utusan

Apa Dan Siapa Sebenarnya Kafir Harbi?

Apa Dan Siapa Sebenarnya Kafir Harbi?

Isu kafir harbi kadang-kala disebut oleh sesetengah pihak tanpa memahami maksud sebenar istilah berkenaan.

Kafir Harbi.jpg

Istilah harb merujuk kepada peperangan.

Dalam pembahagian silam tentang jenis-jenis negara; disebut dar al-Islam dan dar al-harb.

Juga ditambah oleh sebahagian penulis pembahagian ketiga dar al-‘ahd.

Secara ringkasnya, dar al-Islam mempunyai tiga ciri utama; kekuasaan politik berada di tangan Muslimin, zahir padanya hukum dan syiar Islam sekalipun tidak sempurna ataupun sebahagian sahaja dan kaum muslimin aman beramal dengan agama mereka sementara ahl-zimmah aman berdasarkan perjanjian mereka.

Manakala negara-negara yang mempunyai perjanjian dengan umat Islam maka mereka adalah dar al-‘ahd.

Atas asas ini Dr Yusuf al-Qaradawi menyimpulkan bahawa keseluruhan negara umat Islam yang wujud pada hari ini adalah dar al-Islam ataupun negara Islam termasuklah Malaysia.

Sementara kesemua negara bukan dar al-Islam yang berada di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah dar al-‘ahd termasuklah Amerika.

Hanya dikategori sebagai dar al-harb pada masa ini ialah Negara Zionis Israel disebabkan kerana permusuhan yang zahir dan berterusan dengan umat Islam (Lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, Kaherah: Maktabah Wahbah, ms 888-908)

Setelah memahami hal tersebut, maka dalam istilah awal, warga bukan Islam yang hidup dalam masyarakat Muslim ataupun bawah dar al-Islam (negara Islam) dengan mengikat perjanjian kewarganegaraan disebut sebagai ahl-zimmah.

Dalam konteks moden setiap yang mendapat kerakyatan dalam dar al-islam itu seorang zimmi, bererti yang dipelihara atau dilindungi haknya.

Walaupun begitu, istilah ahl-al-zimmah itu boleh dielakkan di zaman kini dengan menyebut rakyat atau warga negara bukan Islam.

Sementara kafir harbi, berdasar yang dibincang di atas ialah bukan Islam yang menolak dan menentang seruan Islam, bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, tiada sebarang perjanjian aman dengan dar al-Islam dan mereka tinggal di negara mereka dar al-harb (Lihat: ibid, ms 912).

Maka bukan Islam yang mendapat kerakyatan dan dipelihara oleh undang-undang negara Muslim, tidak dinamakan dengan kafir harbi.

Sehinggalah dia tiada lagi sebarang ikatan perjanjian dengan negara Islam dan tidak dilindungi lagi oleh undang-undang negara Islam.

Dengan itu rakyat Malaysia yang bukan Islam tidak boleh dikatagorikan kafir harbi yang boleh diperangi dan halal darahnya ditumpahkan selagi mereka mempunyai ikatan hubungan dengan negara!

Rencana ini ditulis oleh,
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN mufti Perlis.

BACA INI JUGA: Percanggahan Syiah Dengan Ajaran Islam

Sumber: Malaysiakini

Lionel Messi Bersara Dari Arena Bola Sepak Antarabangsa?

Lionel Messi Bersara Dari Arena Bola Sepak Antarabangsa?

Lionel Messi mengumumkan hasratnya untuk bersara dari arena bola sepak antarabangsa selepas Argentina tunduk kepada Chile dalam perlawanan akhir Copa America 2016.

Lionel Messi Bersara.jpg

"Pada saya, (masa saya bersama) pasukan kebangsaan sudah tamat.

"Saya sudah mencuba yang terbaik, memang agak pedih kerana kita gagal jadi juara," kata Messi kepada pemberita selepas perlawanan tersebut. -AFP

Lebih malang lagi, Lionel Messi gagal menyempunrkan sepakan penalti apabila tendangannya tersasar di atas palang gol untuk membolehkan Chile mempertahankan kejuaraan menerusi keputusan 4-2 (penentuan penalti) selepas masa penuh permainan berakhir 0-0.

Dalam aksi di Stadium MetLife itu, Francisco Silva menyempurnakan sepakan terakhir buat Chile untuk memastikan skuad La Roja merangkul kejuaraan kedua berturut-turut pada kejohanan bola sepak benua tertua di dunia itu.

Chile+Copa+America+2016.JPG

Dengan bintang tengah, Artur Vidal kembali daripada penggantungan, Chile mempamer penguasaan dalam perlawanan yang berlangsung agak tegang, di mana kedua-dua pasukan menamatkan permainan dengan 10 pemain pada waktu tambahan. -Reuters

BACA INI JUGA: Calcio Storico, Pertandingan Bola Sepak Paling Ganas Di Dunia

Sumber: Utusan

'Kami Akan Dihalau Hujung Bulan Ini Jika Gagal Bayar Tunggakan Rumah!'

'Kami Akan Dihalau Hujung Bulan Ini Jika Gagal Bayar Tunggakan Rumah!'

Viral di laman Facebook yang dimuatnaik oleh Rumah Perlindungan Al Nasuha di mana mendakwa mereka dan 70 orang anak yatim, miskin dan terbiar yang berlindung di rumah perlindungan berkenaan akan dihalau keluar hujung bulan ini.

Rumah Perlindungan Al Nasuha.jpg

Menurut mereka, mereka akan dihalau selepas gagal menyelesaikan tunggakan rumah berkenaan sebanyak RM387,000.

"Kami berharap agar posting ini dapat di viralkan supaya ianya segera mendapat perhatian dari pihak-pihak yang boleh membantu kami menyelesaikan kemelut tempat berlindung lebih 70 orang anak-anak yatim, miskin dan terbiar dibawah lindungan Rumah Perlindungan Al Nasuha."

"Kami akan dihalau dari rumah yang kami diami sekarang ini sekiranya kami gagal menyelesaikan tunggakan sebanyak RM387,000 sebelum hujung bulan Jun."

"Ini bermakna kami akan terpaksa berlindung dibawah-bawah jambatan atau di bangunan-bangunan yang ditinggalkan," tulis mereka di laman Facebook berkenaan.

Rumah Perlindungan Al Nasuha [2].jpg

Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh menyumbang sumbangan anda ke:
Maybank: 5648-2900-0530
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Nasuha
Atau hubungi UMI 017-9354323 untuk maklumat lanjut atau boleh datang melawat ke RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA, Lot 410 J, Taman Changkat Mulia, Off Berjaya 6, Kampung Changkat, 68100 Batu Cave Selangor.

Pihak Baitulmal turut mengesahkan hal ini di mana rumah kebajikan tersebut telah mendapat bantuan pada tahun 2014 dan 2015 dari pihak Baitulmal sebelum kejadian ini terjadi.

Rumah Perlindungan Al Nasuha [3].jpg

Menurut Baitulmal lagi, kisah ini telah mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor dan telah berjumpa dengan pihak rumah perlindungan.

Pihak Zakat Selangor sedang mengaturkan bagaimana untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Rumah Perlindungan Al Nasuha [4].jpg

Kepada kita semua diluar sana, jom kita hulurkan sedikit sumbangan untuk membantu mereka.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Menjadi Jutawan Kerana Amalan Sedekah

Sumber: Siakapkeli.my

'Skandal Brexit', Perdana Menteri Britain Letak Jawatan!?

'Skandal Brexit', Perdana Menteri Britain Letak Jawatan!?

David Cameron mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum Oktober ini selepas rakyat Britain mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dalam referendum diadakan.

David Cameron Brexit.PNG

“Saya tidak fikir saya sesuai menjadi kapten untuk memimpin negara ini ke destinasi seterusnya.”

Sebelum ini, Cameron semasa berkempen berkata akan kekal mentadbir walau apa pun keputusan diperoleh.

Keputusan Referendum samada mahu Britain kekal dalam Kesatuan Eropah adalah 51.9% mengundi keluar dan 48.1% mengundi kekal. Peratus mengundi adalah 71.8% atau lebih 30 juta rakyat.

Cameron yang menyokong Britain kekal dalam EU merasakan yang beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti rakyat dan membuat keputusan mengundur diri.

Brexit.png

Ayat beliau yang dipetik oleh paper Britain - 'I love this country and i feel honoured to have served it.'

Kita bukannya tahu pun macamana Cameron memerintah, baik ke buruk ke tapi cara beliau menerima keputusan Referendum itu sungguh gentleman! Tabik!

Bukannya referendum mengukur populariti dirinya sebagai PM tapi sebab pandangannya tidak diterima majoriti rakyat, Cameron merasa tercabar. Bukannya banyak pun majoriti yang beliau kalah, cuma 4% jer tapi itulah namanya Demokrasi.

Komen Najib dalam Twitter - 'Pengundi UK telah bersuara. Sebagai demokrat (pengamal demokrasi), kita mesti hormat keputusan itu.'

Brexit - Najib.png

Apapun, tindakan Cameron memang kita kena tabik. Walaupun referendum itu bukan satu pilihanraya dan ia bukan mengenai isu populariti dirinya sebagai PM tapi sebab ia mewakili suara seluruh rakyat dan pandangannya ditolak majoriti pengundi, beliau tetap juga menerimanya sebagai penolakan dirinya sebagai PM.

Kenapa begitu mudah Cameron mahu meletak jawatan?

Besar kemungkinan kerana Cameron tidak punya apa-apa kepentingan yang perlu dipertahankan. Tidak ada skandal-skandal yang perlu disorokkan.

Tidak bergantung kepada jawatannya untuk meraih laba bagi membiayai gaya hidup mewah yang melampau, tidak risau bakal diheret ke muka pengadilan sekiranya tidak lagi berkuasa.

Pendek kata, Cameron bebas dari semua itu, makanya beliau senang untuk buat keputusan mengundur diri.

Tapi kalau salah satu atau semua kemungkinan-kemungkinan itu ada, rasanya tidak mungkin Cameron akan letak jawatan semudah itu! Kan?

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Matawang Paling Mahal Di Dunia

Sumber: Dinturtle

Tak Boleh Bergerak Selepas Terima Vaksin

Tak Boleh Bergerak Selepas Terima Vaksin

Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dari Kampung Kuala Darak, Baling, masih tidak mampu bergerak secara normal selepas dipercayai menerima suntikan vaksin beberapa tahun lalu.

Nor Nasrin.jpg
Nor Wahida mendukung Nor Nasrin sambil menunjukkan laporan suntikan vaksin.

Ibunya, Nor Wahida Abu Hassan, 27, berkata, anaknya, Nor Nasrin Nafisah mengalami masalah berkenaan selepas diberikan suntikan kali ketiga pada usia tiga bulan.

Menurutnya, pada hari sama anaknya disuntik, Nor Nasrin tidak berhenti menangis dari pagi hingga malam.

“Bulan pertama dan kedua anak terima suntikan seperti biasa, tapi lepas suntikan kali ketiga tiba-tiba keadaannya jadi tak normal.

“Dia selalu menangis dan nak buang air besar pun susah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sebelum melahirkan anak bongsu daripada tiga beradik itu, doktor ada memaklumkan kandungannya bermasalah.

“Sebelum Nasrin lahir doktor ada maklumkan anak dalam kandungan bermasalah di bahagian kepala, tapi Alhamdulillah dia lahir macam bayi normal. Fizikal dia sempurna,” katanya.

Nor Wahida berkata, selepas mendapati anaknya masih kerap menangis pada hari kedua selepas disuntik, dia bersama suami membawa Nor Nasrin ke hospital kerajaan untuk melakukan pemeriksaan.

“Bila bawa jumpa doktor, jawapan yang diterima bayi kami tak ada sebarang masalah, cuma saya disaran tukar jenis susu anak.

"Tapi dah tukar susu pun keadaannya masih sama, berbulan-bulan dia kerap menangis tanpa sebab, keadaan dia juga macam kena tarik, susah nak bernafas.

“Sejak dari itu memang saya trauma la nak bagi suntikan kat anak lagi,” katanya.

Menurut Nor Wahida, selepas kejadian itu dia hanya mendapatkan rawatan tradisional.

Tidak lama selepas itu, anaknya dibawa untuk diperiksa di klinik swasta, namun mereka dimaklumkan tiada rawatan sesuai dapat dilakukan.

“Doktor klinik swasta itu maklumkan masalah penyakit anak perlu dibawa ke hospital kerajaan, doktor itu juga ada maklum yang anak kami bakal mengidap penyakit lain.

“Tapi saya dan suami tak berani bawa anak ke klinik dan hospital kerajaan, takut juga keadaan anak yang perlu dibedah,” katanya.

Nor Wahida berkata, fungsi tubuh anaknya itu akhirnya menjadi tidak normal apabila tulang tangan dan kakinya didapati lembut.

“Nak merangkak macam bayi lain pun tidak boleh. Sekarang ini umur Nasrin nak masuk 4 tahun, tapi fizikalnya macam kanak-kanak 2 tahun,” katanya.

Nor Nasrin kini hanya bergantung dengan minum susu biasa.

BACA INI JUGA: Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!

Sumber: SH

Solat Tarawih Paling Pantas Di Dunia Diamalkan Sejak 115 Tahun Lalu!

Solat Tarawih Paling Pantas Di Dunia Diamalkan Sejak 115 Tahun Lalu!

Sebelum ini sudah viral kisah mengenai solat tarawih dan witir sebanyak 23 rakaat paling pantas di dunia berjaya selesai hanya dalam masa tujuh minit sahaja!

Pesantren Mambaul Hikam Mantenan.JPG

Laporan unik tersebut mencetuskan perbahasan hangat dalam kalangan tokoh agama tempatan termasuk mufti yang menyifatkan ia mungkin kurang sempurna akibat tiada tumakninah atau rehat seketika antara dua perbuatan.

Namun sebenarnya itulah tradisi turun-temurun solat tarawih ‘kilat’ yang diamalkan di masjid di Pondok Pesantren Mambaul Hikam yang terletak di Desa Mantenan, Blitar, wilayah Jawa Timur dekat sini setiap kali bulan Ramadhan.

Lebih mengejutkan banyak pihak di Indonesia sendiri, menurut laporan portal detikNews, amalan solat sunat yang terlalu laju itu sebetulnya telah dilakukan sejak pondok pengajian agama tersebut diasaskan lebih 115 tahun lalu.

Stesen televisyen popular tempatan MetroTV pula mendedahkan, tradisi solat tarawih ‘kilat’ di pesantren itu hanya diamalkan untuk solat tarawih dan witir sahaja, sementara untuk solat fardu lima waktu ditunaikan seperti biasa.

Pengasuh Pondok Pesantren Mambaul Hikam, Kyai Dliya’uddin Azzamzammi memberitahu pihak media, tradisi solat tarawih itu sudah berlangsung lebih seabad lalu, sejak datuknya menjadi pengasuh pesantren tersebut.

“Alasannya, ketika itu ramai penduduk enggan ikut solat tarawih, kerana siangnya mereka bekerja keras hingga lesu dan penat. Dengan solat tarawih cepat ini, membuatkan jemaah menjadi tertarik untuk datang ke masjid,” katanya.

Ia sekaligus mencapai matlamat dakwah Islamiah apabila menyaksikan hampir seluruh penduduk Desa Mantenan, Blitar sanggup beramai-ramai datang ke masjid itu dan ikut melaksanakan solat tarawih waima letih pada siangnya.

Meskipun solat dilaksanakan dengan begitu pantas, Dliya’uddin menegaskan, ia masih lagi tidak mengurangi 13 rukun solat atau langsung keluar daripada syariat hukum Islam, malah tidak mempersendakan ibadah sunat itu.

“Kerana aspek tuma'ninah dalam solat itu tetap ada, bahkan adanya waktu untuk kita sempat lagi melafazkan kalimah Subhanallah baik secara lisan mahupun dalam lintasan hati,” ujar beliau seperti dipetik oleh detikNews.

Selain itu, paling membanggakan pihak pengurusan masjid itu apabila Majlis Ulama Indonesia (MUI) cawangan Blitar juga menganggap solat tarawih secara kilat itu masih sah dan tidak melanggar syariah Islam, lapor MetroTV.

Jamil Mashadi dari MUI Blitar berkata meskipun cepat, gerakan solat jemaah itu sama dengan solat umumnya dan tidak ada gerakan yang dikurangi, malah bacaan solat juga tetap sama, sesuai dengan syariah dan rukun solat.

Bahkan katanya, ketika pengasas pesantren tersebut memulakan tradisi berkenaan, mereka ingin jemaah lebih khusyuk ketika solat tarawih dan tidak memikirkan sangat hal-hal duniawi lain kecuali mengingati Allah SWT.

Hasilnya, setiap hari, masjid di pesantren tersebut sesak dipenuhi dengan ratusan jemaah bukan sahaja dari sekitar kampung berkenaan, tetapi juga dari kampung-kampung berhampiran yang lain, lapor media tempatan lagi.

Para jemaah ketika ditemui mengakui mereka tertarik untuk memilih mengikuti solat tarawih di pesantren tersebut kerana selain dilaksanakan dengan pantas, penduduk juga dapat menjimatkan masa untuk pelbagai urusan lain.

“Kita selalu solat tarawih di sini kerana efisien waktu, sehingga misalkan kita ada keperluan lain tidak terganggu dan pada masa sama, tetap tidak meninggalkan solat sunat tarawih,” ujar Hadi, seorang jemaah, kepada detikNews.

“Kita juga percaya dan berasa yakin, meskipun solat tarawih di sini sangat cepat berbanding di tempat lain, namun ia tidak meninggalkan rukun atau syarat solat,” tambah Moh Masroni, seorang lagi penduduk tempatan.

Pondok Pesantren Mambaul Hikam diasaskan pada 1901 oleh Kiyai Abdul Ghofur. Ia kini mempunyai lebih 1,000 pelajar dari pelbagai daerah, termasuk di luar Jawa, seperti Sumatera, Sulawesi, Kalimantan dan Lampung.

Sementara itu, Wakil Ketua Umum Nadhlatul Ulama, Miftahul Akhyar bagaimanapun, dipetik oleh portal berita Viva.co.id sebagai berkata solat terawih kilat tersebut dikhuatiri mengabaikan maksud tarawih yang sebenarnya.

Beliau menjelaskan, dari segi secara bahasa Arab, perkataan tarawih itu sendiri adalah bentuk jamak daripada perkataan tarwihah, iaitu bermaksud istirahat. Tujuan solat, katanya, ialah untuk mengingati Allah SWT.

“Kerana itu, solat yang baik seharusnya tidak menghilangkan prinsip tumakninah dalam setiap pergerakannya.

"Tidak tergesa-gesa, apatah lagi yang dilakukan dengan pergerakan secara superkilat,” kata Miftahul lagi.

Jika melihat video solat terawih ‘kilat’ berkenaan yang tersebar di YouTube, beliau berkata setiap gerakan tidak ada ketenangan atau tuma'ninah.

"“Mereka salah memahami kitab rujukan,” ujarnya.

BACA INI JUGA: 3 Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa Di Bulan Ramadhan


Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sunday, June 26, 2016

Lupa Bayar Di Kedai Mamak Namun Dua Bulan Selepas Itu..

Lupa Bayar Di Kedai Mamak Namun Dua Bulan Selepas Itu..

Saya ada dua cerita. Saya minum dengan kawan-kawan. Kedai tu memang selalu saya minum. Mereka kenal saya. Satu hari. Saya datang lagi sekali. Salah seorang dari staf kedai tu hulurkan RM10 pada saya.

Manusia+Jujur.jpg

“Duit apa?” Saya tanya pada dia. Dia geleng. Dia tak boleh berbahasa melayu. Dia panggil kawan dia untuk cakap dengan saya.

“Dia cakap, ini duit awak. Dua bulan lepas duit awak terjatuh bawah kerusi. Dia ambil simpankan kerana masa tu awak dah balik” kawan dia cakapkan.

Saya tak tercakap apa-apa. Jujurnya pemuda ini. Duit itu bukan besar sangat. Tapi dia simpankan dalam tempoh yang lama. Kerja di kedai mamak gaji RM3 sejam. Dia susah tetapi dia kerja bukan kerana duit.

Satu kisah lain.

Aib+Orang+Lain

Sedap berborak saya dan kawan-kawan terlupa bayar minum dan makan di mamak tersebut. Beberapa hari kemudian baru teringat. Pergi kedai tu..

“Saya terlupa bayar minum beberapa hari lepas.”

Mamak tu cakap, “Saya tahu.”

“Kenapa tak panggil saya?”

“Tak mahu malukan abang depan kawan-kawan, saya tahu abang datang sini balik.”

Tengok. Mulianya hati dia kan. Sampai macam tu jaga aib orang lain. Sedangkan beberapa antara kita dengan sengaja mencari jalan mengaibkan orang tertentu.

Jangan aibkan orang lain.

BACA INI JUGA: Sembunyikan Aib Orang, Allah Sembunyikan Aib Kita

Sumber: Baharuddin Mohamed/Lamankongsi

4 Panduan Mudah Buat Duit Dengan Blog

4 Panduan Mudah Buat Duit Dengan Blog

Bagi anda yang ingin menjana pendapatan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi atau tiada kos yang dikenakan, jom baca cara buat duit dengan blog yang kami mahu kongsikan khusus untuk para pembaca.

Buat Duit Dengan Blog

Cara Buat Duit Dengan Blog

1. Jana Pendapatan Melalui Affiliate

Apa itu Affiliate? Ia adalah salah satu perniagaan internet yang boleh memberikan anda pendapatan hasil daripada promosi yang anda lakukan terhadap sesuatu produk.

Ia juga merupakan salah satu sumber pendapatan jutawan internet yang ada sekarang.

Di Malaysia, affiliate tempatan adalah seperti Klik Jer, manakalah affiliate luar negara adalah seperti Amazon.com, Clickbank.com dan lain-lain yang sememangnya terkenal di kalangan kita.

Namun,untuk buat duit dengan blog melalui affiliate, anda perlu menguasai ilmu pemasaran kerana ia dapat membantu anda untuk mempromosikan sesuatu produk nanti.

2.Jana Pendapatan Dengan Produk Sendiri

Apa kata kali ini,anda buat duit dengan blog dengan menggunakan produk sendiri. Contoh produk anda sendiri adalah seperti E-book.

Teknik E-book tidak memerlukan kos yang besar untuk bermula dan kadangkala anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun modal untuk anda bermula.

Anda boleh mempromosikan produk anda di blog, forum dan Facebook. Anda akan mendapat kepuasan sekiranya E-book anda sentiasa mendapat permintaan dan membantu ramai orang.

Paling menyeronokkan anda dapat menjana pendapatan yang banyak.

3. Jana Pendapatan Melalui Penulisan Blog

Sekiranya anda memang mempunyai kemahiran menulis ataupun gemar menulis, maka kongsikan bakat penulisan anda di blog. Potensi blog amat besar dan mampu bertahan pada masa hadapan.

Oleh itu,cungkilkan bakat menulis anda kerana apabila blog anda telah mendapat ramai pelawat, anda bolehlah buat duit dengan blog anda sama ada dengan menjual slot iklan, atau melalui Google Adsense dan sebagainya.

Namun, anda diingatkan agar memberikan komitmen masa dan tenaga jika mahu buat duit melalui penulisan blog.

4. Jana pendapatan melalui membina blog dan ‘monitize’

Monetize adalah teknik di mana bloggers hanya perlu membina blog dan memasangkan kod iklan dari syarikat-syarikat pengiklanan tempatan dan luar negara.

Kemudian iklan-iklan tersebut akan terpapar di blog berdasarkan bidaan tertinggi dari pengiklan-pengiklan.

Terdapat pelbagai pengiklanan yang terkenal seperti Adsense (dari Google), Nuffnang, Innity dan sebagainya. Tetapi pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda.

Punca Gagal Buat Duit Dengan Blog

1. Mudah Berputus Asa

Terdapat sesetengah orang yang baru bermula menceburi bidang ‘blogging’ ini,tetapi telah mengundur diri lebih awal kononnya dengan alasan tiada kemahiran untuk menulis atau membina blog yang baik.

Sebenarnya untuk berjaya,anda perlulah melalui pelbagai halangan dan dugaan untuk diatasi. Jika anda tidak tahu melakukan sesuatu perkara, anda bolehlah mendapatkan bantuan daripada yang pakar dalam bidang tersebut. Jangan malu untuk mencuba dan bertanya.

2. Mahu Cara Yang Cepat Dan Mudah Untuk Berjaya

Sebenarnya untuk buat duit dengan blog ini,anda perlu sabar menunggu hasilnya kerana bukan mudah untuk menjana pendapatan melalui blog ini.

Kadang-kadang anda memerlukan masa berbulan-bulan untuk menjana pendapatan. Oleh itu,jangan cepat berfikir mudah dan berusahalah dengan bersungguh-sungguh.

3. Tiada Perancangan

Ramai orang yang mahu buat duit dengan blog tanpa mempunyai pelan yang betul dan sistematik. Mereka mempunyai banyak idea yang hendak dilaksanakan, tetapi tiada sistem yang akan mereka ikuti.

Apabila melakukan banyak pekerjaan pada satu masa yang sama,maka potensi kerja-kerja itu akan terbengkalai begitu sahaja adalah tinggi.

Oleh itu,pastikan anda mempunyai matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

4. Kesilapan Memilih Produk Affiliate

Salah satu sebab anda tidak berjaya buat duit dengan blog adalah kerana anda memilih produk affiliate yang betul untuk blog anda.

Contohnya jika blog anda adalah sebuah blog bercerita tentang gadjet,maka pilihnya produk yang berkaitan dengan gadjet. Jangan salah pilih produk affiliate yang tidak ada kaitan dengan produk anda.

Kesimpulan

Menjana pendapatan melalui blog sememangnya sangat menyeronokkan,tetapi komitmen dan komited perlulah seiring sekiranya ingin berjaya.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

9 Tips Cari Duit Lebih

9 Tips Cari Duit Lebih

Pasti ramai yang pening kepala apabila memikirkan soal wang. Dan bagaimana untuk cari duit tambahan? Jangan risau, setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya.

Tips Cari Duit Lebih

Sebenarnya, banyak yang anda boleh lakukan untuk cari duit tambahan. Anda hanya perlu rajin sahaja, duit tak datang bergolek ya.

Hidup di zaman moden ini agak sukar untuk bergantung pada satu pendapatan sahaja. Semuanya bukan lagi murah.

Semak tips ini. Jom cari duit tambahan!

Tips Cari Duit Tambahan:

1. Media sosial sangat berpengaruh dalam kehidupan kita. Apa kata, anda cuba buat ‘online business’. Bunyi macam biasa je kan, tapi sebenarnya kalau kita tahu ‘market’ dan ‘demand’ sekarang, pasti anda boleh dapat pendapatan yang lumayan. Cari sedikit kelainan dari segi barangan dan pandai bermain dengan harga.

2. Setiap orang pasti ada bakat tersendiri, jadi gunakan bakat yang ada untuk cari duit tambahan. Sebagai contoh, menjahit, make-up, memasak ataupun bakat seni yang lain. Semua ini anda boleh lakukan di rumah sahaja dan tidak memerlukan kos yang besar.

3. Cuba anda selongkar rumah anda, mungkin anda akan terjumpa barang-barang lama atau antik yang anda sendiri tidak guna. Anda boleh jual barangan terpakai di media sosial, tapi janganlah meletakkan harga yang mahal.

4. Jika anda ingin membuat business anda sendiri, apa kata anda cuba gunakan modal yang kecil dan perlahan-lahan cuba dapatkan keuntungan berpatutan. Jangan terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi. Yang penting anda berusaha dan berani untuk ke depan.

5. Jika anda pandai membahagikan masa, anda boleh melakukan kerja sambilan di kedai–kedai atau shopping mall. Nak cari duit tambahan kenalah rajin sikit.

6. Kalau anda rasa malas sangat untuk melakukan kerja lain, anda boleh buat kerja lebih masa ‘over time’ di tempat kerja anda dan cuba dapatkan komisyen dan cuba berbincang dengan bos anda.

7. Mengumpul barangan kitar semula bukan sahaja dapat menjaga alam sekitar bahkan anda boleh menjualnya kembali di pusat kitar semula. Contoh barangan kitar semula ialah surat khabar, botol plastik, botol kaca dan sebagainya.

8. Pasti anda pernah dengar tentang ‘DIY’ (Do it yourself) Barangan DIY mendapat permintaan yang tinggi di samping anda boleh gunakan idea anda tersendiri. Jual murah-murah pun tak apa, yang penting anda dapat cari duit tambahan.

9. Bagi yang berani dan tahu tentang selok belok saham, anda bolehlah mencuba, tapi pastikan anda betul- betul arif tentang hal ini. Jangan nanti semuanya tergadai.

BACA INI JUGA: 3 Cara Mudah Menarik Rezeki

Sumber: Wom

5 Jenis Nutrisi Tambah Tinggi Badan

5 Jenis Nutrisi Tambah Tinggi Badan

Anda tergolong dalam kategori wanita bertubuh rendah? Ingin ketinggian anda bertambah walaupun hanya dalam beberapa sentimeter sahaja? Ingin tahu rahsia untuk menambah ketinggian?

Tambah Tinggi Badan.jpg

Baca artikel ini sampai habis!

Mendapat nutrisi yang tepat ke dalam tubuh adalah perkara yang perlu anda titikberatkan jika ingin menambah ketinggian badan.

1. Protein

Protein adalah makanan yang harus kita ambil. Daging, telur dan kekacang adalah antara beberapa makanan yang paling umum akan memberikan anda kesempatan terbaik untuk membesar lebih tinggi.

Makanan yang kaya dengan protein, iaitu susu, keju, oatmeal, daging dan sebagainya.

2. Kalsium

Kalsium merupakan salah satu bahan penting yang membantu seseorang untuk membesar dengan lebih tinggi.

Oleh sebab itulah pentingnya kita makan makanan yang kaya dengan kalsium. Ia membantu tulang menjadi kuat dan anda harus memiliki tulang yang kuat untuk menjadi tinggi.

Kalsium boleh diperoleh daripada keju, telur, yogurt dan sebaginya.

3. Vitamin D

Vitamin D membantu tulang dan otot dalam tubuh untuk membesar dengan baik. Hanya dengan menghabiskan masa setikdaknya 10 minit di bawah sinaran matahari anda juga boleh mendapatkan vitamin D ke dalam tubuh.

Matahari juga memiliki kekuatan untuk mengubah kolesterol tinggi dalam tubuh anda menjadi vitamin D

Apabila anda kekurangan vitamin D tubuh anda tidak akan boleh tumbuh secara maksimum, dan pertumbuhan anda akan jadi terbantut.

Anda boleh mengambil suplemen vitamin Di jika anda memerlukan sumber tambahan untuk mendapatkan efek positif vitamin ini.

Makanan yang kaya dengan vitamin D, iaitu ikan, telur, bijirin, tofu, susu soya, cendawan dan kacang almond.

4. Vitamin A

Untuk menjaga seluruh tubuh agar tetap segar dan berfungsi dengan baik, anda memerlukan vitamin A. Vitamin ini turut membantu tubuh memaksimumkan penyerapan kalsium yang diperlukan oleh tulang.

Makanan yang kaya dengan vitamin A, iaitu bayam, lobak, ayam, betik, susu, tomato dan sebagainya.

5. Mineral Lainnya

Mineral-mineral lain yang diperlukan tubuh membantu perkembangan tulang serta melancarkan peredaran darah.

Mineral-mineral penting ini biasanya terdapat pada kacang hijau, brokoli, bayam, pisang, anggur dan lain sebagainya.

BACA INI JUGA: 10 Negara Penduduk Paling Ramai Tinggi Dan Rendah Di Dunia

Sumber: Wom