Pada bulan Jun setiap tahun, beratus pelancong dan peminat sukan lasak berkumpul di satu padang tanah di Piazza Santa Croce di bandar Florence, Itali.
Mereka bukannya mahu menonton perlawanan bola sepak tetapi mahu menyaksikan satu pertandingan tradisi yang dianggap sukan paling ganas di dunia.
Temasya tahunan yang dikenali sebagai pertandingan Calcio Storico yang bermaksud bola sepak bersejarah itu disertai empat pasukan dari empat wilayah di Florence.
Setiap pasukan disertai 27 pemain yang dibenar menggunakan apa saja cara untuk membawa bola ke hujung kawasan lawan.
Pemain dibenarkan menumbuk, menendang dan bergelut dengan lawan untuk menjaringkan gol.
Setiap pasukan berlatih sepanjang tahun untuk menghadapi pertandingan ini yang berlangsung 50 minit tanpa rehat.
Sekiranya ada pemain cedera, mereka akan diusung keluar pasukan perubatan.
Setiap pasukan mempunyai empat penjaga gol, tiga pemain pertahanan, lima pemain tengah dan 15 penyerang.
Pertempuran mula tercetus sejurus wisel permulaan ditiup dan setiap pemain akan menumbuk, menendang serta bergelut dengan pemain lawan bagi merampas bola.
Objektif perlawanan ini adalah memasukkan bola ke dalam satu kawasan di belakang kawasan lawan tetapi biasanya pergaduhan beramai-ramai berlaku.
Walaupun ganas namun terdapat seorang pengadil dan enam penjaga garisan yang cuba mengekalkan perjalanan perlawanan.
Sejarah pertandingan Calcio Storico tidak diketahui secara tepat tetapi sukan itu hampir sama dengan perlawanan yang dimainkan tentera Rome sebelum Florence ditubuhkan pada 59 Masihi.
Sukan itu dipercayai dimainkan di Florence sepanjang kurun ke-15 dan perlawanan pertama yang direkodkan berlangsung pada 1530.
Raja Perancis, Henry III yang menonton sukan itu pada 1574 menyatakan perlawanan berkenaan terlalu kecil untuk digelar satu peperangan dan terlalu kejam untuk dipanggil acara sukan.
Pertandingan moden sukan itu berkembang dari satu perlawanan yang berlangsung pada 1930 ketika sambutan ulang tahun peristiwa Florence dikepung tentera Perancis.
Sejak itu pertandingan berkenaan disertai empat pasukan dari empat wilayah di Florence iaitu Santa Croce yang memakai jersi berwarna biru, Santa Maria Novella berwarna merah, Santo Spirito berwarna putih dan San Giovanni berwarna hijau.
Bagi mengekalkan tradisinya, padang di hadapan gereja Piazza Santa Croce ditabur dengan tanah dan setiap pasukan memakai uniform seperti era pemerintahan beraja Itali.
Semua perlawanan berlangsung mengikut format kalah mati dan dua pasukan yang menang akan bertanding di peringkat akhir.
BACA INI JUGA: Festival Bertumbuk Takanakuy!
Sumber: hmetro.com.my
Pertandingan tradisi ini dianggap sukan paling ganas di dunia.
Mereka bukannya mahu menonton perlawanan bola sepak tetapi mahu menyaksikan satu pertandingan tradisi yang dianggap sukan paling ganas di dunia.
Temasya tahunan yang dikenali sebagai pertandingan Calcio Storico yang bermaksud bola sepak bersejarah itu disertai empat pasukan dari empat wilayah di Florence.
Setiap pasukan disertai 27 pemain yang dibenar menggunakan apa saja cara untuk membawa bola ke hujung kawasan lawan.
Pemain dibenarkan menumbuk, menendang dan bergelut dengan lawan untuk menjaringkan gol.
Suasana di Piazza Santa Croce sebelum pertandingan berlangsung.
Setiap pasukan berlatih sepanjang tahun untuk menghadapi pertandingan ini yang berlangsung 50 minit tanpa rehat.
Sekiranya ada pemain cedera, mereka akan diusung keluar pasukan perubatan.
Setiap pasukan mempunyai empat penjaga gol, tiga pemain pertahanan, lima pemain tengah dan 15 penyerang.
Pertempuran mula tercetus sejurus wisel permulaan ditiup dan setiap pemain akan menumbuk, menendang serta bergelut dengan pemain lawan bagi merampas bola.
Seorang pemain dihalang.
Objektif perlawanan ini adalah memasukkan bola ke dalam satu kawasan di belakang kawasan lawan tetapi biasanya pergaduhan beramai-ramai berlaku.
Walaupun ganas namun terdapat seorang pengadil dan enam penjaga garisan yang cuba mengekalkan perjalanan perlawanan.
Sejarah pertandingan Calcio Storico tidak diketahui secara tepat tetapi sukan itu hampir sama dengan perlawanan yang dimainkan tentera Rome sebelum Florence ditubuhkan pada 59 Masihi.
Sukan itu dipercayai dimainkan di Florence sepanjang kurun ke-15 dan perlawanan pertama yang direkodkan berlangsung pada 1530.
Pemain boleh menggunakan tangan dan kaki untuk menewaskan lawan.
Raja Perancis, Henry III yang menonton sukan itu pada 1574 menyatakan perlawanan berkenaan terlalu kecil untuk digelar satu peperangan dan terlalu kejam untuk dipanggil acara sukan.
Pertandingan moden sukan itu berkembang dari satu perlawanan yang berlangsung pada 1930 ketika sambutan ulang tahun peristiwa Florence dikepung tentera Perancis.
Sejak itu pertandingan berkenaan disertai empat pasukan dari empat wilayah di Florence iaitu Santa Croce yang memakai jersi berwarna biru, Santa Maria Novella berwarna merah, Santo Spirito berwarna putih dan San Giovanni berwarna hijau.
Pergaduhan beramai-ramai sering tercetus sepanjang perlawanan.