Saturday, May 07, 2016

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong

Bayangkan jika pada tengah malam anda sedang menunggang motosikal seorang diri, tiba-tiba motosikal anda terasa berat seperti ada 'benda' membonceng di belakang.

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong

Itu antara gangguan misteri yang dialami penduduk di Kampung Batu 23 Sungai Nibong, Sungai Besar.

Ada penduduk mendakwa mereka sering diganggu pocong di simpang jalan dan belakang tandas selain mendengar dengkuran di belakang rumah pada waktu malam.

Penduduk, Mohd Hafiz Ridzuan, 25, berkata, pengalaman terserempak lembaga berkain putih seperti pocong berdiri di tepi pokok jenjarum ketika menunggang motosikal bersendirian menjadi pengalaman ngeri yang tidak boleh dilupakannya.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 10 malam, ketika dia ingin pulang ke rumah yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian selepas bertemu rakan-rakannya di pantai berhampiran.

“Lepas solat Isyak di masjid, saya jumpa kawan-kawan... tapi sebaik nak belok ke simpang empat balik ke rumah, saya nampak ada lembaga berkain kafan dengan kesan tanah.

"Kecut perut saya... cuba juga pecut motosikal tapi rasa berat sangat macam ada makhluk yang duduk di belakang," katanya.

Sejak peristiwa itu katanya, dia tidak lagi berani pulang lewat malam.

“Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya masa tu. Saya terus masuk rumah tanpa toleh ke belakang,” katanya.

Dengar bunyi dengkuran

Sementara itu, seorang penggali kubur, Kamarulzaman Mat Zin, 43, berkata, dia dan keluarganya pernah terdengar bunyi dengkuran kuat di rumahnya selama tiga hari berturut-turut.

Menurutnya, dengkuran itu mula kedengaran sekitar jam 10 malam hingga 3 pagi hingga menyebabkan mereka sekeluarga ketakutan.

“Bunyi dengkuran tu lama sangat dan memang menakutkan kami. Lagipun, sepanjang duduk sini, tak pernah ada gangguan macam ni.

"Tapi kejadian ni memang buat hidup kami bercelaru," katanya.

Dia berkata, terdapat lebih 20 penduduk kampung datang ke rumahnya pada waktu malam untuk menyaksikan sendiri kebenaran cerita itu, namun mereka tidak mendengar suara pelik terbabit ketika berada di luar.

“Ada beberapa penduduk yang masuk dalam rumah saya cakap memang dengar bunyi suara, tapi di luar tak dengar pula bunyi," katanya.

Penggali kubur kena fitnah

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong [3]
Kamarulzaman mendakwa mereka dihantui bunyi dengkuran berdekatan rumah.

Dalam pada itu, Kamarulzaman menyuarakan kekesalan apabila difitnah menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook, kononnya mencuri tali pengikat kafan dan kapas pada hidung mayat penduduk kampung berkenaan.

"Semua ni fitnah semata-mata... takkanlah saya tak tahu hukum agama sampai tergamak nak curi semua tu.

"Pelbagai andaian dibuat sampai timbul fitnah yang mengatakan saya curi kelengkapan mayat sebab nak kaya dan sebagainya

“Kejadian gangguan ni memang berlaku, tapi tuduhan itu tak berasas. Saya buat kerja gali kubur ni ikhlas kerana ALLAH, malah bila dengar ada orang meninggal dunia, saya sanggup henti sementara kerja dan terus turun ke kubur," katanya.

Nampak makhluk berbungkus kain putih

Kakak Kamarulzaman, Zainab Mat Zin, 52, berkata, dia yang tinggal berjiran dengan adiknya tergamam ternampak kelibat makhluk berbungkus kain putih ketika ingin membuang air di tandas di belakang rumah.

“Saya nampak depan mata sendiri... masa tu saya minta anak lelaki teman ke tandas, tapi saya tak nak cakap apa-apa masa tu sebab risau anak takut.

“Bila masuk semula ke rumah, saya jadi takut sebab dengar bunyi suara kuat dari luar rumah,” katanya.

Jumpa longgokan kain putih

Bagi Baharudin Mat Zin, 48, penemuan longgokan kain putih berhampiran pokok buluh ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sehingga kini masih menjadi misteri.

“Lepas balik dari laut saya terus ke rumah... masa tu saya nampak banyak kain putih atas jalan.

"Tapi bila saya lalu jalan itu esoknya, kain itu dah tak ada,” katanya.

Hamid Arshad, 73, pula berkata, walaupun tidak menjadi mangsa gangguan itu, namun dia mengakui kali terakhir menemui makhluk tanpa kepala ketika pulang dari masjid Disember tahun lalu.

"Saya sampai demam dua minggu... saya tak boleh makan dalam 19 hari sejak jumpa makhluk tu. Pernah juga saya ditumpang makhluk halus menyerupai isteri naik motosikal.

“Sampai di rumah, dia ikut tepi rumah tapi bila saya masuk isteri ada di dalam. Tapi misteri gangguan kali ni, nampaknya lebih ngeri dari apa yang saya jumpa dulu,” katanya

Perlu kuatkan iman

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong [2]
Mohd Hafiz menunjukkan lokasi dia menjumpai lembaga berkain putih.

Sementara itu, Nazir Masjid As-Sirat Batu 23 Sungai Nibong, Sakip Mansor meminta orang ramai tidak mudah percaya cerita terjumpa makhluk halus yang tersebar.

Menurutnya, penduduk juga dinasihatkan tidak menyebarkan cerita tersebut yang belum tentu sahih kerana ia bukan sahaja boleh menimbulkan fitnah, malah mengganggu ketenteraman penduduk.

“Kiita tak nafikan kewujudan makhluk halus tapi jangan terlalu mudah percaya cerita khurafat sebegini dan jangan sebarkan cerita tu dengan mengaitkan nama individu tertentu sebab dikhuatiri timbul fitnah dan aib,” katanya.

Beliau menasihatkan masyarakat bertenang menghadapi situasi itu dan kembali mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.

“Saya harap, isu ini reda dan tidak lagi diperbesarkan, kuatkan iman dan bersandar kepada ALLAH,” katanya.

BACA INI JUGA: 5 Misteri Kejadian Paranormal Yang Sukar Diterima Akal

Sumber: SH

Koleksi Tudung Hijab Terkini SimpleHijab

Koleksi Tudung Hijab Terkini SimpleHijab

Anda sedang mencari tudung hijab terbaik, berkualiti dan murah? Kami cadangkan kedai online simplehijab.co sebagai pilihan anda untuk mendapatkannya..

Simplehijab

Pelbagai koleksi tudung hijab denga jenama seperti LOVELIA, ELOISA, CHANTAL, CLAUDYA daan CASSANDRA untuk anda pilih melalui kedai online simplehijab ini.

Menampilkan gaya tudung hijab moden dan terkini dengan harga yang ditawarkan amat bersesuaian dengan kualiti tudung hijab yang disediakan.

Simplehijab [2]

Kelebihan membeli tudung hijab melalui Simplehijab.co adalah, pihak simplehijab turut menyediakan tutorial cara untuk mengguna dan mengayakan tudung hijab agar nampak lebih cantik, kemas, selesa dan menawan.

Simplehijab [3]


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Wichooda Cheychom, Model Thailand Kongsi Cara Mengenali Payudara Palsu!

Wichooda Cheychom, Model Thailand Kongsi Cara Mengenali Payudara Palsu!

Seorang model telah menunjukkan cara-cara untuk mengenalpasti wanita yang memakai silikon pada payudaranya, iaitu dengan memancarkan cahaya telefon bimbit ke arah payudara terbabit dalam keadaan gelap.

Wichooda Cheychom

Jika payudara itu kelihatan bersinar maka memang sahlah wanita berkenaan memiliki payudara palsu.

Model itu, Wichooda Cheychom, yang berasal dari Lopburi, Thailand telah merakamkan kaedah itu ke atas payudaranya sendiri yang telah disuntik implan.

Dia kemudiannya merakamkan aksi tersebut dan memuatnaik dalam media sosial.

Tanpa disangka Wichooda, hanya seminggu selepas video itu dimuatnaik, klip berkenaan telah menjadi viral dan ditonton lebih lima juta kali.

Menurut Wichooda kadang-kadang dia sendiri berasa takut melihat payudaranya sendiri, yang bukan lagi asli.

BACA INI JUGA: 8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains


Sumber: Mynewshub.cc

Mi Daging Paling Sedap Di Dunia Berharga RM1,140 Semangkuk!

Mi Daging Paling Sedap Di Dunia Berharga RM1,140 Semangkuk!

Seorang peniaga di Taiwan menjanjikan hidangan mi daging paling sedap di dunia dengan harga £200 (RM1,140) menggunakan resipi rahsianya yang diamalkan sejak 26 tahun lalu.

Wang - Niu Ba Ba

People’s Daily Online melaporkan, peniaga dikenali sebagai Wang dari wilayah Shaanxi itu menjalankan restoran Niu Ba Ba – bererti ‘bapa lembu’ – yang sebenarnya premis kecil dan ringkas.

Namun sesiapa yang ingin menjamu selera di situ masih perlu membuat tempahan kerana ia sering penuh walaupun harga makanan ditawarkan boleh dikatakan tidak masuk akal.

Wang mula berniaga pada 1990 dan perniagaannya mendapat sambutan baik sehingga menjadi popular selepas lima tahun.

Wang - Niu Ba Ba [2]

Dia kemudian mencari kaedah terbaik untuk menjadikan lauk daging dihidangkannya lebih lazat.

Kini resipinya hanya menggunakan daging lembu dari Jepun, Australia dan Brazil bagi mengekalkan rasa unik dan hebat hidangannya.

Dia juga cerewet dengan cara daging dipotong kerana menganggap rasa dihasilkan amat bergantung kepada potongan daging.

Katanya, ilmunya kini diturunkan kepada anak lelakinya.

Wang - Niu Ba Ba [3]

“Sejak usia 40 tahun saya lebih memfokuskan untuk membuat mi daging yang hebat.

“Saya mementingkan kualiti, bukan kuantiti. Sasaran saya untuk menghasilkan mi daging terbaik dunia,” katanya. –Agensi

BACA INI JUGA: Ikan Paling Mahal Di Malaysia

Friday, May 06, 2016

Penemuan Haiwan Pelik Cetus Perdebatan Netizen China

Penemuan Haiwan Pelik Cetus Perdebatan Netizen China

Terbaharu, seekor haiwan yang tidak diketahui susur galur taksonominya telah dijumpai di perairan wilayah Zhejiang, China.

HAIWAN PELIK DI CHINA

Haiwan pelik berwarna kelabu yang kelihatan seperti hibrid ikan lumba-lumba dan buaya itu telah ditemui secara tidak sengaja oleh seorang nelayan yang sedang menangkap ikan.

Disifatkan sebagai haiwan ‘comel’, nelayan yang tidak didedahkan namanya itu turut merakam video aksi haiwan tersebut yang kelihatan jinak dan tidak berbahaya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai teori apakah spesis sebenar haiwan tersebut.

Ada segelintir netizen beranggapan haiwan pelik itu adalah hasil pensenyawaan ikan lumba-lumba dan ikan todak, manakala ada juga yang berpendapat bahawa haiwan itu mungkin mengalami mutasi akibat kadar pencemaran yang terlalu tinggi di China.

Seorang pengguna Weibo dari wilayah Shandong berkata: “Minum air tercemar, makan makanan yang tercemar, wanita melahirkan bayi-bayi yang cacat anggota.

“Bagaimana anda boleh menepis kebarangkalian makhluk ini turut menjadi mangsa kepada pencemaran?

"Haiwan itu hidup di perairan yang tercemar, jadi sudah pasti keadaan itu mempengaruhi kecacatan fizikalnya.”

HAIWAN PELIK DI CHINA [2]

Video berdurasi 52 saat itu telah menjadi viral setelah ianya tersebar secara meluas di republik tersebut, sehingga meraih perhatian sebuah jurnal sains di negara itu.

Berdasarkan sifat fizikal, para pengkaji merumuskan kemungkinan besar haiwan tersebut merupakan spesis ikan paus berparuh yang mempunyai dua bonggol kecil pada bahagian bawah rahangnya.

Mereka turut menambah bahawa ikan paus spesis ini biasanya hidup di lautan sedalam 1000 meter, dan jarang sekali dilihat.

BACA INI JUGA: Haiwan-haiwan Yang Sangat Sukar Ditemui



Sumber: Mynewshub.cc

Wajah Scha Macam Bapuk, Jurusolek Beri Penjelasan

Wajah Scha Macam Bapuk, Jurusolek Beri Penjelasan

Jurusolek artis terkenal iaitu Tiar Zainal memberitahu solekan pada wajah pelakon dan pengacara Scha Alyahya yang dikatakan seperti berwajah 'bapuk' itu merupakan solekan yang belum selesai.

Scha Alyahya

Tiar berkata, selain itu pencahayaan bilik yang terlalu terang membuatkan solekan pada wajah pelakon itu kelihatan tidak bersesuaian.

"Solekan yang dikatakan seperti bapuk itu sebenarnya belum siap lagi dan kalau tengok solekan selepas itu berbeza daripada dalam video yang dimuat naik Scha.

"Lagi pula pencahayaan bilik ketika itu terlalu 'keras' sehingga solekan tidak seimbang," jelasnya kepada mStar Online.

Tiar berkata demikian ketika diminta mengulas tentang solekannya pada wajah aktres Scha Alyahya yang menjadi viral di laman sosial dan disamakan seperti seorang bapuk.

Solekan itu dilakukan sempena rancangan Gempak Superstar yang bersiaran dari Johor Baru menerusi siaran Astro Ria.

Kutukan pengikut media sosial itu menyebabkan suami Scha iaitu Awal Ashaari membela isterinya dengan mengatakan biarlah seseorang itu menjadi bapuk asalkan berhati bersih.

Dalam pada itu tambah Tiar, solekan yang dilakukan terhadap wanita itu juga bersesuaian dengan acara televisyen yang kebiasaan lebih tebal berbanding solekan biasa.

"Solekan ada beberapa jenis dan mengikut kesesuaian acara mereka, jika untuk hadir majlis biasanya kita solek nipis sahaja.

"Bagi solekan untuk sesi fotografi majalah dan muncul di televsyen pula berbeza. Kita akan solek tebal agar lebih kelihatan menonjol di dalam televisyen," ujarnya.

Tiar Zainal
Tiar Zainal terima kritikan untuk perbaiki diri.

Sementara itu, Tiar berkata, dia tidak terasa hati dengan komen negatif pengikut aktres itu yang tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Dia juga sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sebarang kritikan yang boleh memperbaiki kekurangan diri.

"Saya kenal Scha sudah sembilan tahun dan menjadi antara jurusolek tetapnya, kalau dia tidak suka solekan saya, mengapa dia panggil saya selama ini?

"Perkara ini tidak menjejaskan kredibiliti saya sebagai jurumekap profesional kerana saya juga terbuka dengan kritikan yang membina," ujarnya.

Tiar sudah berkecimpung sebagai jurusolek artis selama 16 tahun dan antara artis yang sering mendapat khidmat solekannya ialah Nora Danish, Rita Rudaini, Fouziah Gous, Hanis Zalikha dan Janna Nick.

BACA INI JUGA: Pelakon-pelakon Terbaru Hollywood Yang Di Bayar AS$20 Juta Untuk Satu Filem!

Sumber: mStar

Peria Katak Alternatif Merawat Kencing Manis

Peria Katak Alternatif Merawat Kencing Manis

Peria Katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia, ramuan utama dalam produk Kapsul Peria Anugerah, merupakan herba tradisional yang mampu merawat penyakit kencing manis (diabetes).

Peria Katak

Pengamal Perubatan Dalam Herba Tradisional, Dr Abdul Ghani Hussain berkata khasiat peria katak mengandungi bahan semula jadi 'phyto-insulin' yang berupaya mengurangkan paras gula dalam darah.

"Herba tradisional Melayu banyak khasiatnya. Kalau dikaji dengan lebih mendalam, kita semua akan terkejut dengan manfaat kesihatan yang boleh diperolehi daripada herba nenek moyang kita.

"Sebagai contoh, peria katak. Ia adalah penawar kepada penyakit kencing manis di kalangan masyarakat Melayu setelah sekian lama," katanya.

Beliau berkata, peria katak juga berkhasiat mengurangkan masalah obesiti kerana penyakit itu sering dikaitkan dengan masalah gula berlebihan di dalam badan.

Dr Abdul Ghani Hussain

"Orang luar sudah mula nampak kehebatan peria katak ini. Kita sepatutnya mengambil peluang untuk mengkaji dan mengamalkan penggunaan khasiat ini sebagai rawatan alternatif untuk penyakit kencing manis," katanya.

Kehebatan peria katak dalam memulihkan penyakit kencig manis secara semula jadi turut diperakui Pengerusi Herba Perubatan Tradisional Universiti Oxford, United Kingdom, Gerard Bodeker.

Bodeker berkata selain mengandungi 'phyto-insulin', peria katak juga menghasilkan Vacin, Charantin dan Polypeptide-P yang bertindak sebagai anti-diabetik untuk mengurangkan paras gula dalam darah.

"Selain mempunyai sifat anti-diabetik, peria katak juga kaya dengan potassium yang bertindak balas dengan sodium (garam) di dalam badan," katanya.

Gerard Bodeker
Gerard Bodeker.

Menurut beliau, garam adalah salah satu punca tekanan darah tinggi yang juga antara pembunuh dalam senyap di kalangan masyarakat pada hari ini.

Kapsul Anugerah yang dihasilkan berasaskan kombinasi herba tradisional dan perubatan moden ini menggabungkan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa Syifa sebagai ikhtiar dan tawakal dalam usaha untuk memulihkan kesihatan.

Ia boleh didapati dari pengedar sah dan kedai toko kesihatan kecantikan diseluruh negara.

BACA INI JUGA: Daun Ketum, Herba Penawar Mujarab Penyakit Kencing Manis

Sumber: mStar

Golongan Ingkar Sunnah Zaman Dahulu

Golongan Ingkar Sunnah Zaman Dahulu

Adalah mustahil untuk mengaku sebagai seorang muslim yang taat, tetapi mengingkari kehujjahan Sunnah Nabi SAW.

Golongan Ingkar Sunnah

Namun demikian ada sebahagian orang yang kurang memahami masalah ini. Bahkan pada masa sahabat pun ada juga orang yang kurang memperhatikan kedudukan Sunnah sebagai sumber hukum.

Al-Hasan meriwayatkan, ketika ‘Imran bin Husain ra mengajar Hadis Nabi SAW, ada seorang yang meminta agar tidak diajarkan Hadis, cukup sekadar dengan Al-Quran sahaja.

Jawab ‘Imran, “Kamu dan sahabat-sahabatmu dapat membaca al-Quran. Adakah kamu boleh mengajarkan kepadaku mengenai solat dan syarat-syaratnya? Atau mengenai zakat dan syarat-syaratnya? Kami hadir di majlis Nabi SAW, sedangkan kamu tidak tahu mengenainya. Rasulullah telah mewajibkan mengenai zakat dan sekian sekian...”

Lelaki tersebut menawab, “Tuan telah menghidupkan saya (dengan ilmu) Semoga Allah menghidupkan tuan”.

Kata Al-Hasan, “Lelaki tersebut kemudiannya (tekun belajar) sehingga dia menjadi seorang yang alim dalam bidang fiqh”. [Al-Mustadrak: 109-110. Al-Kifayah: 15]

Perkara yang sama pernah terjadi pada Umayyah bin Khalid, di mana dia cuba mencari penyelesaian kepada seluruh permasalahan dengan merujuk kepada Al-Quran sahaja.

Akhirnya ia memberitahu kepada Abdullah bin Umar bahawa di dalam Al-Quran hanya ada masalah solat biasa dan solat pada waktu perang sahaja (solat al-khauf). Sedangkan masalah solat ketika musafir tidak disebutkan di dalam Al-Quran.

Abdullah bin Umar lalu menjawab: “Wahai sahabatku, Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w dan kami tidak tahu apa-apa. Kita lakukan apa sahaja ibadat seperti amalan yang kami lihat Nabi telah lakukan.” [Al- Mustadrak: 258]

Tidak mustahil dengan kepesatan dan kemajuan zaman, bertambah juga jumlah orang-orang yang mencari jawapan dalam persoalan dan permasalahan yang mereka hadapi dengan merujuk kepada al-Quran sahaja.

Syeikh Ayyub al-Sakhtiyani (68-131H) berkata, “Apabila kamu mengajarkan hadis kepada seseorang, kemudian ia berkata, (Tidak perlu merujuk kepada hadis, cukup sekadar dengan al-Quran sahaja). Maka ketahuilah bahawa orang itu sesat dan menyesatkannya”. [Al-Kifayah, 161]

Beberapa peristiwa yang disebut tadi tidak mewakili golongan atau kumpulan tertentu, tetapi bersifat perseorangan sahaja.

Namun jumlah mereka semakin hari semakin bertambah. Sebagai catatan, gejala seperti itu pada awalnya hanya terdapat di Iraq sahaja, tidak diseluruh negeri-negeri Islam yang lain. Ini kerana ‘Imran bin Husain seperti yang direkodkan oleh Ibnu Hibban berada di Basrah, begitu juga Syeikh Ayyub Al-Sakhtiyani [Masyahir Ulama’ Al-Amsar: 37, 150]

Imam Syafie juga ada menyebutkan bahawa orang-orang yang mengingkari Sunnah umumnya berasal dari Basrah [As-Sunnah wa makanatuha: 160]

Boleh jadi memang di Iraq sahaja pemikiran tersebut tersebar pada ketika itu.

Perkembangan Mengingkari Sunnah

Sebagaimana telah disebutkan bahawa pada zaman sahabat juga sudah wujud individu yang kurang mengambil berat mengenai kedudukan sunnah, namun mereka bersifat perseorangan. Kemudian menjelang akhir abad kedua Hijrah muncul golongan yang mengingkari Sunnah sebagai sumber perundangan. [Al-Umm 7/250].

Terdapat juga golongan yang hanya mengingkari Sunnah yang tidak mutawatir sahaja. [Al-Umm 7/254]

Sikap Golongan Khawarij dan Mu'tazilah Terhadap Sunnah

1) Khawarij dan Sunnah

Golongan Khawarij menerima sunnah dan mempercayainya sebagai sumber hukum Islam. Namun diceritakan bahawa mereka menolak Hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah golongan sahabat tertentu, khususnya setelah peristiwa Tahkim. (Tahkim ialah peristiwa perdamaian selepas fitnah antara pihak Ali bin Abu Talib r.a dan pihak Muawiyah bin Abu Sufyan r.a.)

Prof Dr. Mustafha al-Siba'i mengatakan: “Khawarij dan kumpulannya yang bermacam jenis itu, sebelum terjadinya perang saudara antara sahabat menganggap semua sahabat Nabi dapat dipercayai (‘udul).

Kemudian mereka mengkafirkan Ali, Usman, para pengikut perang Jamal, dua orang perutusan perdamaian, orang-orang yang menerima keputusan perdamaian (tahkim), dan orang-orang yang membenarkan salah seorang atau dua utusan perdamaian tadi.

Dengan demikian mereka menolak Hadis yang diriwayatkan oleh majoriti sahabat setelah terjadinya fitnah (perang saudara).

Ini kerana para sahabat itu menerima perdamaian (tahkim) dan mengikut pemimpin-pemimpin yang menurut mereka tidak dapat dipercayai. [Al-Sunnah wa Makanatuha, 149]

Prof Dr. Al-A’zami mengulas, "Pendapat Prof al-Siba'i ini perlu dikaji kembali, kerana sebab yang jelas kitab-kitab penulisan golongan Khawaraij sudah rosak bersama pupusnya golongan tersebut, kecuali golongan Ibadhiyah yang juga termasuk golongan Khawarij, golongan Ibadhiyah ini wujud sampai sekarang di Negara Oman.

Menurut kitab At-Tabsir (46-56), golongan Khawarij terdiri dari dua puluh kelompok, antaranya kelompok Ibadhiyah).

Berdasarkan kitab-kitab yang ditulis oleh golongan-golongan ini ternyata mereka menerima Hadis Nabi dan meriwayatkannya. Antaranya ialah hadis-Hadis yang berasal dari Ali, Usman, Aisyah, Abu Hurairah, Anas bin Malik, dsan lain-lain (contohnya lihat Musnad al-Rabi' bin Habib al-Farahidi).

Adapun sikap mereka terhadap Hadis Aahad sudah jelas penerimaanya seperti yang mereka telah tuliskan di dalam kitab Usul Fiqh. [Dirasat fi al-Hadis An-Nabawi: 22-23]

2) Mu'tazilah dan Sunnah

Syeikh Al-Khudhori Bik membuat kesimpulan berdasarkan karya penulisan Imam Syafie rahimahullah bahawa golongan yang menolak Hadis secara keseluruhan adalah Mu'tazilah. [Tarikh al-Tasyri' al-Islami: 185]. Prof. As-Sibai juga nampak cenderung kepada pendapat ini.

Namun realitinya sebagaimana yang dikatakan oleh Prof al-Siba'i, bahawa pendapat para ulama’ tentang sikap Mu'tazilah terhadap Sunnah, terdapat sedikit kekeliruan dan tidak sama.

“Adakah mereka seperti majoriti ulama’, iaitu menerima Hadis secara keseluruhan, atau sebaliknya, atau hanya menerima yang Mutawatir dan menolak Aahad?” [Al-Sunnah wa Makanatuha, 202]

Al-Siba'i juga menukilkan pendapat-pendapat al-Aamidi, Ibnu Hazm dan Ibnu al-Qayyim. Kemudian beliau merumuskan bahawa: “Kebanyakan pendapat itu saling bertentangan sehingga tidak dapat dibuat satu kesimpulan yang pasti tentang masalah ini.” [Al-Sunnah wa Makanatuha, 203].

Prof Dr. Al-A’zami membuat kesimpulan

“Menurut pendapat saya, setelah melihat sumber-sumber nukilan –dari kitab-kitab Muktazilah – bahawa golongan Mu'tazilah juga seperti umumnya umat Islam, menerima Hadis Nabi. Memang mereka mungkin mengkritik kesahihan sejumlah Hadis yang berlawanan dengan teori mazhab mereka (yang mereka kira bercanggah dengan akal, khasnya hadis yang berkait dengan Sifat-sifat Allah), namun demikian perkara itu tidak bererti mereka menolak hadis secara keseluruhan”. [Dirasat fi al-Hadis An-Nabawi: 23]

Kesimpulan

Pada zaman dahulu lagi umat Islam sepakat untuk menerima Hadis dan menjadikannya sebagai sumber hukum Islam yang wajib dipatuhi.

Pada masa yang sama juga sudah terdapat sejumlah orang atau kelompok yang menolak hadis. Tetapi perkara ini lenyap pada akhir abad kedua atau paling tidak pada akhir abad ketiga.

Fitnah penolakan hadis ini muncul kembali pada abad ketiga belas Hijrah yang lalu, akibat pengaruh penjajahan Barat, seperti akan diterangkan dalam siri yang berikut, insya’ Allah.

BACA INI JUGA: Apa Puncanya Islam Sering Di Hina?

Sumber: Majalah-i

Panduan Pendaftaran Online Perumahan PPA1M

Panduan Pendaftaran Online Perumahan PPA1M

Portal PPA1M merupakan akses utama bagi semua pengguna yang ingin mendaftar identiti pengguna, melihat projek-projek PPA1M yang baru dan membuat kaji selidik terhadap permintaan rumah di kawasan tertentu.

Pendaftaran PPA1M

Portal PPA1M boleh diakses oleh semua pengguna.

Pendaftaran Akaun Pengguna

Semua penjawat awam yang ingin memohon perumahan penjawat awam 1Malaysia perlu mendaftarkan akaun di portal.

NOTA: Pastikan anda mengisi kesemua ruang disediakan.

Langkah 1

Layari laman web https://www.ppa1m.gov.my/

PPA1M
Gambar rajah 1.

Paparan adalah seperti di Gambar rajah 1.

Langkah 2

Klik pada sub menu DAFTAR AKAUN PERMOHONAN.

PPA1M [2]
Gambar rajah 2.

Senarai menu seperti di Gambar rajah 2 akan dipaparkan.

Langkah 3

PPA1M [3]

Klik pada sub menu. Borang permohonan akan dipaparkan. Label yang bertanda ‘*’ adalah ruang wajib di isi oleh permohon untuk mendaftar akaun pengguna.

Langkah 4

Permohon perlu mengisi nama majikan. Klik pada icon CARI, senarai seperti dibawah akan dipaparkan.

PPA1M [4]

NOTA: Agensi yang dipilih adalah merujuk kepada Kementerian/Jabatan/Organisasi atau Kerajaan Negeri bagi majikan pemohon bekerja. Bahagian adalah merujuk kepada tempat atau unit semasa pemohon bertugas.

Langkah 5

PPA1M [5]

Permohon boleh membuat carian terus dengan mengisi nama majikan permohon. Klik pada butang BATAL untuk kembali pada borang permohonan.

Langkah 6

PPA1M [6]

Masukkan nama majikan anda contoh “KEMAS” seperti dipaparkan diatas.

PPA1M [7]

Klik nama agensi majikan pemohon yang dicari. Ruang Nama Agensi akan diisi oleh “JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)” jika pemohon memilih agensi tersebut.

Langkah 7

PPA1M [8]
Gambar rajah 3.

Lengkapkan semua ruang didalam borang seperti gambar rajah 3. Pastikan emel yang diisi adalah emel yang sah kerana kata laluan akan dihantar melalui emel.

Langkah 8

Tandakan butang checkbox pada pengesahan. Sekiranya butang checkbox tidak ditanda, butang HANTAR tidak boleh diklik untuk mengesahkan pendaftaran akaun pemohon.

Langkah 9

PPA1M [9]
Gambar rajah 4.

Klik pada butang HANTAR untuk mengesahkan pendaftaran akaun pemohon. Notifikasi seperti pada Gambar rajah 4 akan dipaparkan jika pemohon berjaya mendaftar akaun pengguna.

Jika pemohon pernah membuat pendaftaran akaun, notifikasi seperti di bawah akan dipaparkan.

PPA1M [10]

*NOTA: Sekiranya terdapat masalah ketika mendaftar akaun pengguna, sila hubungi Unit PPA1M.

-SENTIASAPANAS.COM

Panduan Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional ILKS Jun 2016

Panduan Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional ILKS Jun 2016

Berita baik yang dikongsikan dari Portal Rasmi KPM memaklumakan bahawa murid lepasan Tingkatan Tiga tahun 2015 adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM (yang menjurus kepada program Kolej Vokasional) di ILKS sesi ambilan Jun 2016.

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional KPM

Jadi, bagi pelajar yang berminat memasuki Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) namun masih belum ditawarkan kemasukan di mana-mana Kolej Vokasional (KV)/Sekolah Menengah Teknik (SMT), anda dipelawa untuk memohon.

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional KPM Di ILKS Jun 2016

Permohonan kemasukan ke ILKS untuk Program Kolej Vokasional KPM akan dibuka bermula dari 2 Mei hingga 12 Mei 2016.
  • Permohonan hendaklah dibuat secara online.
  • Tarikh Buka : 2 Mei 2016
  • Tarikh Tutup : 12 Mei 2016
  • Applikasi Permohonan : Klik SPTV

Syarat Permohonan Kemasukan Program Kolej Vokasional KPM di ILKS

Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM di ILKS:-

Syarat Umum
  • Calon adalah seorang Warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon mestilah sihat tubuh badan.
  • Calon perlu bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali.
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
  • Calon bebas daripada masalah mental.
  • Calon berminat dengan program yang dipohon.

Syarat Khusus
  • Calon perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3).
  • Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai kursus dan tempat yang ditawarkan untuk Program Kolej Vokasional KPM di ILKS:-

Senarai Kursus Kolej Vokasional KPM di ILKS

Cara Permohonan Ke Kolej Vokasional 2016

Cara Hubungi

Sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884-5089 / 5067 / 5086 / 5088 sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan dan sebagainya.

Semoga berjaya!

BACA INI JUGA: Semakan Keputusan Permohonan Kursus Maktab Perguruan IPG 2016

Sumber: panduanmalaysia

Permohonan Rumah PPA1M Bandar Sri Indah, Tawau Kini Di Buka!

Permohonan Rumah PPA1M Bandar Sri Indah, Tawau Kini Di Buka!

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pembelian unit rumah PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) BANDAR SRI INDAH, TAWAU, SABAH kini telah dibuka.

PPA1M Bandar Sri Indah, Tawau

Satu peluang terbaik untuk penjawat awam memiliki rumah berkualiti pada harga yang istimewa.

Maklumat mengenai unit rumah ini adalah seperti yang berikut:
  • Permohonan dibuka sehingga 29 Mei 2016
  • Rumah teres dua (2) tingkat, keluasan 1,689 kps, tiga (3) bilik tidur dan tiga (3) bilik air, harga RM283,752.
  • Rumah teres dua (2) tingkat, keluasan 1,853 kps, tiga (3) bilik tidur dan tiga (3) bilik air, harga RM300,000.

Gambaran kejiranan PPA1M Bandar Sri Indah

PPA1M Bandar Sri Indah, Tawau [2]

Merupakan bandar terancang yang dilengkapi dengan pelbagai jenis hartanah (perumahan, komersial, industri).

Berdekatan dengan kemudahan asas seperti institusi pendidikan (sekolah dan kolej/universiti), balai polis, pasar dan rangkaian kedai runcit.

Terletak 15 minit dari Bandar Tawau.

Reka bentuk perumahan yang menitikberatkan rekaan yang moden, kontemporari serta penggunaan ruang yang selari dengan gaya hidup semasa.

Segala urusan pendaftaran dan permohonan adalah secara atas talian (online).

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara Permohonan Skim MyDeposit

-SENTIASAPANAS.COM