Wednesday, May 04, 2016

Senarai Filem Wajib Tonton Mei 2016!

Senarai Filem Wajib Tonton Mei 2016!

Bulan Mei, nampaknya didominasi oleh filem bergenre seram, dan kami senaraikan beberapa buah filem yang anda boleh tonton sepanjang bulan Mei ini.

Senarai Filem Wajib Tonton Mei 2016!

Senarai filem-filem ini dipilih berdasarkan pandangan peribadi penulis yang mungkin ada yang setuju dan sebaliknya.

Harmonika
Tarikh tayangan: 5 Mei 2016

Harmonika

Selepas kejayaan filem "Ophilia", Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin bakal muncul dengan sebuah naskhah terbarunya berjudul "Harmonika".

Mukhriz bagaimanapun akan tampil berbeza dengan filem terdahulu kerana mengarah sebuah filem seram kali ini.

Ternyata pengarah merupakan seorang yang berani apabila mempertaruhkan barisan pelakon baru seperti Elizad Sharifuddin, Ahya Rosli dan dua pelakon kanak-kanak sebagai peneraju.

Mother's Day
Tarikh tayangan: 5 Mei 2016

Mother's Day

Bulan Mei juga adalah bulan sambutan Hari Ibu, dan oleh itu jika anda tidak tahu mahu menonton filem apa bersama ibu tercinta, apa kata anda tonton filem komedi berjudul "Mother's Day" ini.

Ia berkisarkan tentang seorang hos televisyen yang merupakan seorang janda sedang mencari cinta, seorang gadis yang tidak tahu siapa ibunya dan seorang wanita yang mencari jalan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan ibunya.

Filem yang diarahkan oleh Garry Marshall ini pastinya tidak akan mengecewakan anda kerana ia dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Jennifer Aniston, Kate Hudson, Julia Roberts, Jason Sudeikis dan Shay Mitchell.

The Angry Birds Movie
Tarikh tayangan: 12 Mei 2016

The Angry Birds Movie

Rasanya ramai yang tergila-gila bermain permainan video Angry Birds beberapa tahun lalu bukan? Ya, selepas berjaya menjadi salah satu permainan video popular, akhirnya ia diangkat ke layar perak pula.

Ia mengisahkan tentang Red, seekor burung yang tidak boleh terbang yang tinggal di Bird Island. Dia tidak mampu mengawal kemarahan sehingga menyebabkan dia dihantar ke kelas untuk mengawal sikap pemarahnya yang mana dia kemudian bertemu dengan burung lain yang mempunyai masalah sama iaitu Chuck dan Bomb.

Kehidupan di pulau menjadi huru-hara dengan kedatangan kapal lanun Pig yang diketuai oleh kapten Leonard. Red, Chuck dan Bomb sertai misi mencari penyelamat lagenda Great Eagle untuk menyelamatkan pulau.

Apabila mereka mendapati usaha mereka sia-sia, kini terserah kepada Red untuk merancang untuk menyerang Piggy Island.

Filem animasi arahan Fergal Reilly dan Clay Kaytis ini akan menyaksikan Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Bill Hader, Maya Rudolph dan Peter Dinklage menyumbang suara untuk watak-watak dalam "Angry Birds Movie" ini.

Bangkok 13
Tarikh tayangan: 12 Mei 2016

Bangkok 13

Kepada peminat filem seram, jangan risau kerana bulan April juga mempunyai beberapa seleksi filem seram, antaranya adalah "Bangkok 13", sebuah filem seram dari Thailand.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang mempunyai deria keenam iaitu dia boleh melihat benda-benda paranormal.

Perasaan ingin tahu telah membuatkannya menyertai rancangan televisyen yang mana mereka telah bekerjasama dengannya untuk merungkai 13 rahsia berhantu di Bangkok.

Filem arahan Dulyasit Niyomgul ini dibintangi oleh Thanthara Rungruang, Akarin Akaranitimayatharatt dan Thospol Sirvivat.

X-Men: Apocalypse
Tarikh tayangan: 19 Mei 2016

X-Men: Apocalypse

Jika bulan April filem "Marvel's Captain America: Civil War" ditayang, bulan Mei pula menyaksikan filem "X-Men: Apocalypse".

Kali ini pasukan X-Men terpaksa berdepan dengan musuh baru yang tidak sama seperti sebelum ini. Penjahat yang digelar Apocalypse adalah mutan purba yang mempunyai kuasa yang sangat luar biasa dan mahu menguasai dunia.

Filem arahan Bryan Singer ini akan menyaksikan pelakon berbeza yang akan membawa watak sebagai X-Men iaitu James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Rose Byrne, Sophie Turner, Evan Peters, Olivia Munn, Ben Hardy dan Kodi Smit-McPhee.

Warcraft: The Beginning
Tarikh tayangan: 26 Mei 2016

Warcraft: The Beginning

Selepas kejayaan permainan video "Warcraft" yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari kaki-kaki permainan video, nampaknya ia juga akan diangkat ke layar perak.

Ia akan berkisarkan tentang Anduin Lothar menentang Durotan, manusia dan adiwira Orc. Apabila Dark Portal terbuka untuk menghubungkan Azeroth yang aman damai dengan dunia malap Draenor, tamadun Azeroth berdepan kemusnahan apabila pejuang-pejuang Orc cuba menjajah dunia mereka untuk mengelak dari pupus.

Filem aksi pengembaraan fantasi arahan Duncan Jones ini akan dibintangi oleh Ben Foster, Travis Fimmel, Paula Patton, Dominic Cooper dan Tobby Kebbell.

Adakah filem ini mencetuskan fenomena seperti permainan videonya? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Demolition
Tarikh tayangan: 26 Mei 2016

Demolition

Jika anda ingin menonton sebuah filem ringan dan terhibur, filem "Demolition" adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Ini kerana filem komedi ini mengisahkan tentang seorang pelabur bank bergelut untuk memahami emosinya selepas kematian isterinya dalam satu kemalangan.

Dia mula mencari di mana salahnya, dan akhirnya diselamatkan oleh seorang wanita yang ditemui secara tidak sengaja.

Filem arahan Jean-Marc Vallee ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat termasuk Jake Gyllenhaal, Naomi Watts, Chris Cooper dan Judah Lewis.

BACA INI JUGA: 5 Filem Seram Terbaik Asia

Sumber: Cinema

Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Sweet Muslimah ditubuhkan bagi membantu muslimah Malaysia mendapatkan baju-baju yang sopan dan trendy mengikut citarasa masa kini.


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Produk-produk yang dibawakan adalah berkualiti dan selesa dipakai untuk sebarang aktiviti. Produk-produk yang disediakan juga lebih memfokuskan konsep santai, selesa, cantik namun bukanlah cantik yang meletop-letop.


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Semua produk muslimah yang disediakan adalah menepati piawaian kualiti yang ditetapkan dan hanya produk terbaik dipasaran khusus dikongsikan kepada muslimah di Malaysia.


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

SweetMuslimah juga menyediakan Baju, Tshirt, Busana, Jubah kepada seluruh muslimah di Malaysia dan mengalakkan berbelanja secara online yang nyata menjimatkan.

Koleksi Tudung SweetMuslimah


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Koleksi ini adalah bagi membantu pelanggan SweetMuslimah mendapatkan tudung yang terkini dari pelbagai jenama secara MUDAH dan Selamat.

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, May 03, 2016

Anak Nora Danish Teringin Adik Baharu!

Anak Nora Danish Teringin Adik Baharu!

Pelakon Nora Danish yang sedang hangat dilamun cinta dengan Nedim Nazri mengakui anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli, 7, mengimpikan adik baharu.

Anak Nora Danish Teringin Adik Baharu!

Menurut aktres comel itu, Rayqal sudah lama teringin mempunyai adik baharu lebih-lebih lagi adik perempuan bagi menceriakan kehidupannya.

“Rayqal teruja kerana sudah lama mengimpikan seorang adik. Mungkin kerana sering bersendirian di rumah, Rayqal inginkan seseorang untuk menemaninya.

"Rayqal ada memberitahu, dia teringin mendapat adik perempuan.

“Keinginannya itu membuak-buak hingga Rayqal selalu berpesan supaya saya banyak makan kerana mahu perut saya besar.

"Sangkaannya, setiap wanita berbadan besar sedang mengandung.

"Saya hanya mampu ketawa setiap kali Rayqal membangkitkan perkara ini,” ujar Nora dipetik menerusi BH Plus.

Percintaan di antara Nora dan Nedim bukan lagi rahsia malah kedua-duanya dikatakan sedang dalam fasa untuk mendirikan rumah tangga selepas beberapa tahun bercinta.

Nedim, duda anak satu merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz.

BACA INI JUGA: Ruhainies, Pelakon Cantik Mirip Nora Danish!

Sumber: Mynewshub.cc

Daun Teh Da Hong Pao, 30 Kali Ganda Mahal Dari Emas!

Daun Teh Da Hong Pao, 30 Kali Ganda Mahal Dari Emas!

Teh yang dihasilkan dari kawasan Pergunungan Wuyi, Provinsi Fujian, China ini dikatakan sebagai teh lagenda dunia kerana harganya yang melebihi 30 kali ganda dengan harga emas.

Teh Da Hong Pao

Daun teh Da Hong Pao tumbuh di celahan semak di Pergunungan Wuyi dan teh ini digelar teh lagenda dunia kerana ianya sukar ditemui sehingga menyebabkan harganya melambung tinggi dan hanya boleh dinikmati oleh golongan orang kaya.

“Rupa teh ini seolah-olah ianya lebih sesuai dihidangkan kepada pengemis tetapi dengan harga yang mahal, ia sering dinikmati oleh orang kaya seperti maharaja” kata Xiao Hui, seorang pembuat teh.

Xiao Hui menunjukkan rupa fizikal teh tersebut sebelum ia diproses, ternyata, apa yang dikatakakan olehnya adalah benar kerana daun teh itu gelap, tidak teratur seperti daun teh yang lain.

Teh Da Hong Pao [2]
Teh Da Hong Pao yang dikeringkan.

Menurut Xiao Hui, pada tahun 2002, seorang pembeli kaya membayar 180,000 yuan (RM 108,635) hanya untuk membeli 20 gram teh lagenda tersebut.

“Da Hong Pao yang asli sangat mahal kerana sangat sukar ditemui dan jenis daun yang kuno sangat berharga, hampir tidak ternilai.” jelas pakar teh, Xiangning Wu.

Teh Da Hong Pao [3]

Bagi negara yang mempunyai budaya menikmati teh sebagai bentuk kesenian selama ribuan tahun, teh dari China ini telah membuatkan keunikan teh dari negara lain kelihatan seperti daun kayu biasa.

BACA INI JUGA: Daun Teh Di Petik Gadis Perawan!

Sumber: Mynewshub.cc

Harga Pasaran Samsung Galaxy S7 RM2699!

Harga Pasaran Samsung Galaxy S7 RM2699!

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan model premium dengan sisi lengkung yang dinamakan Samsung Galaxy S7 Edge.

Samsung Galaxy S7

Terkini, Samsung Malaysia telah mengumumkan Samsung Galaxy S7 untuk pasaran tempatan yang akan dijual bermula hari ini dengan harga RM2699.

Berbeza dengan model S7 Edge, model baru ini hadir dengan skrin yang lebih kecil serta tanpa skrin lengkung disisi.

Namun, di bahagian dalamnya kedua-dua model ini hampir sama. Samsung Galaxy S7 hadir dengan skrin sebesar 5.1 inci dengan resolusi Quad-HD.

Skrin hadapannya turut dilengkapi dengan lapisan Corning Gorilla Glass 4 serta fungsi “Always-On Display“.

Di Malaysia, kemungkinan besar akan menerima model dengan Pemproses Exynos 8890 Octa yang hadir dengan 32GB memori dalaman serta 4 GB RAM yang mana model Galaxy S7 dengan Pemproses Snapdragon 820 mungkin tidak akan dipasarkan di sini.

Untuk fungsi kamera, Samsung Galaxy S7 membawakan sesuatu yang baru dengan teknologi Dual-Pixel yang menekankan fungsi fokus yang lebih tepat, pantas dan lebih baik.

Peranti dengan kamera 12 Megapixel, F1.7, ini juga turut membawakan fungsi penstabilan imej OIS, Phase Detection Autofocus serta berkebolehan membuat rakaman video 4K, manakala di bahagian hadapan, kamera 5 Megapixel dengan Aperture F1.7.

Samsung Galaxy S7 membawakan ciri-ciri kalis air, pengimbas cap jari, pengimbas nadi, pengecasan pantas/tanpa wayar dan pelbagai lagi ciri unik yang sering diutamakan buat keluaran premium ini.

Ia telah memasuki pasaran pada 29 April dan boleh didapati dalam warna hitam, emas dan perak.

BACA INI JUGA: HTC 10 Terbaru BoomSound Kamera 12 UltraPixel

Sumber: Mynewshub.cc

Lelaki Ini Kongsikan Perangai Pelancong Malaysia Di Luar Negara!

Lelaki Ini Kongsikan Perangai Pelancong Malaysia Di Luar Negara!

Kerana sikap segelintir rakyat Malaysia yang sememangnya ‘unik’, seorang pemuda berkongsi pengalamannya dikelentong orang Malaysia sendiri yang berkunjung ke United Kingdom.

Irwan Dahnil

Irwan Dahnil yang telah lama bermastautin di negara itu, turut menyifatkan segelintir rakyat Malaysia masih mengamalkan sikap tidak profesional dan suka ambil kesempatan dengan ‘polisi’ kejujuran yang diamalkan negara tersebut.

Semoga perkongsian Irwan dapat memberi kesedaran dan membuka mata kita semua.

JOM BACA

Kau tahu.

Di UK ‘agreement’ cukup dengan janji mulut sahaja. Kalau kau sakit, cakap mulut je pada majikan kau tak boleh datang ofis. Email pun boleh. Tak payah MC.

Kalau kau beli baju, ko dah pakai tapi lepas tu rasa tak suka. Baju boleh pulangkan, ganti lain atau minta semula duit. Money back guarantee. Diorg tak banyak songeh. Siap minta maaf lagi sebab barang tak sesuai.

Senang cakap, apa yang dia janji itulah yang dia buat. Tak payah susah agreement, surat akuan sebagainya. Integriti tinggi.Mereka hargai orang yang berpegang pada kata. Kata-kata itu satu janji. Boleh dipegang.

Irwan Dahnil [2]

Tapi kau tahu.

Ada juga orang Malaysia datang sini yang buat perangai kurang adab.

Ada Malaysian datang London beli backpack. Lepas 2 minggu pakai sebelum terbang balik KL, singgah kedai tu pulangkan backpack kata tak sesuai. Dapat pakai backpack baru free, duit pun dapat balik.

Kat sini beli iPhone kontrak 2 tahun tak payah bayar deposit. Dapat iphone cabut balik Malaysia. Dapat phone free.

Dan hari ini tetamu yang berjanji nak datang ke homestay aku, tak jadi datang. Selepas berjanji beriya, tak muncul. Hubungi tak dapat, reply pun tidak. Bagitau tak jadi datang pun tidak.

Aku rasa kena game dengan Malaysian kat UK. Ironi, aku kena kelentong bukan dengan orang UK. Aku kena dengan orang Malaysia sendiri sebab aku bersikap budiman seperti orang di UK.

Aku yang silap. Aku lupa. Malaysian ni ‘unik’. Kalau di UK, orang tak langgar kau, tapi orang minta maaf. Kat Malaysia, dia langgar tapi kau pulak kena marah. Siap kena jeling sampai tembus badan. Ini sebab aku ‘sayang’ Malaysia ketat-ketat. Sinikal.

Bukan semua Malaysian macam ni. Tapi korang pernah tak jumpa Malaysian kat luar negara buat macam ni? Malu ah. Abuse system negara orang. Aku nak tampar je tapi hati aku tisu. Doa ajerlah yang mampu.

Catatan oleh Irwan Dahnil
Si muka ketat tapi menawan
Glasgow, Scotland

BACA INI JUGA: 7 Perangai Pelancong China Yang Paling Menjengkelkan!

Sumber: Irwan Dahnil/Mynewshub

Johan Qariah Tilawah Al-Qur'an 2009 Sah Bercerai Talak Satu

Johan Qariah Tilawah Al-Qur'an 2009 Sah Bercerai Talak Satu

Johan Qariah Tilawah Al-Qur'an 2009, Sharifah Khasif Syed Badiuzzaman, 34, mengambil keputusan berpisah dengan suaminya, Datuk Seri Mohammad Hizal Othman, 44, pada 20 April lalu.

Sharifah Khasif Syed Badiuzzaman

Rumah tangga yang didirikan pada September 2012, berakhir selepas talak dilafazkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

“Kami sudah berpisah secara baik baru-baru ini dan ia merupakan jalan terakhir yang terpaksa diambil walaupun berat hati untuk melafazkannya,” kata Rizal kepada sebuah akhbar tempatan.

Katanya pelbagai usaha sudah dilakukan termasuklah mendamaikan hubungan dengan isteri pertama namun menemui jalan buntu.

“Tiada sebab mengapa saya harus memutuskan silaturahim dengan bekas isteri kerana kami pernah menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.

“Saya berkahwin dengan dia secara baik begitu juga pada saat akhir jodoh kami. Kami berpisah secara baik,” tambahnya.

Sharifah Khasif bagaimanapun masih belum bersedia menemui media dan akan mengemukakan tuntutan hak penceraian tidak lama lagi.

BACA INI JUGA: 2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu!

Sumber: Mynewshub.cc

Semakan Keputusan Permohonan Kursus Maktab Perguruan IPG 2016

Semakan Keputusan Permohonan Kursus Maktab Perguruan IPG 2016

Semakan keputusan permohonan di Institut Pendidikan Guru PISMP 2016 sudah boleh mula disemak mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut.

Keputusan Permohonan Maktab Perguruan 2016

Tarikh Semakan Kursus Maktab Perguruan IPG 2016 Online
  • Semak layak UKCG: Semakan calon berjaya.
  • Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG): Bagi calon-calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh dibuat pada 05 April 2016 jam 12:00 tengahari hingga 14 April 2016.
  • Ujian UKCG: 10-15 April 2016.
  • Semak sama ada lulus UKCG dan panggilan temuduga: 2 Mei 2016- 19 Mei 2016.
  • Temuduga berjalan: 9 Mei 2016 - 20 Mei 2016.
  • Semakan sama ada berjaya temuduga dan diserap masuk ke IPG: 6 Jun - 13 Jun 2016.
  • Pendaftaran pelajar baru di IPG: 13 Jun 2016.

Semua semakan ini bolehlah dilakukan pada pautan berikut:

Apa Itu UJIAN KELAYAKAN CALON GURU UKCG?

Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Ujian ini terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu:

1. Sesi Ujian Bertulis
  • Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

2. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal
  • Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  • Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
  • Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelumujian dilaksanakan.

Sesi Ujian Amali
  • Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

SOALAN LAZIM MENGENAI KEPUTUSAN IPG 2016

Berikut adalah beberapa soalan lazim yang kerap ditanya oleh para pemohon. JIka anda mempunyai soalan yang sama seperti yang tertera berikut, anda bolehlah membacanya.

Soalan: Saya telah memenuhi keperluan minima permohonan tetapi masih gagal dipanggil menghadiri temu duga.

Jawapan: Selain dari memenuhi syarat asas yang ditetapkan, anda juga perlu memenuhi syarat bidang pengkhususan yang dipohon. Di samping itu terdapat kriteria-kriteria lain yang diambil kira seperti penglibatan aktif dalam bidang ko-kurikulum dan pengiraan skor merit tertinggi mengikut bidang yang dipohon.

Soalan: Saya telah menghadiri temu duga tetapi gagal dalam permohonan kemasukan program berkaitan.

Jawapan: Kemungkinan anda gagal dalam UKCG atau tidak mendapat perakuan panel temu duga atau mendapat merit yang rendah berbanding pemohon lain dalam sesi temu duga.

Soalan: Dari mana saya akan mendapat maklumat berkaitan permohonan saya.

Jawapan: Anda dinasihatkan sentiasa melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

Soalan: Saya terlibat dalam Progam Latihan Khidmat Negara (PLKN). Bagaimana saya ingin mengetahui keputusan permohonan perguruan saya ketika saya sedang dalam latihan PLKN.

Jawapan: Anda dinasihatkan untuk mencetak kalendar aktiviti di menu permohonan bagi mengetahui tarikh-tarikh penting bermula permohonan online sehingga pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Kampus.

Semoga berjaya!

BACA INI JUGA: Semakan SMS Dan Online Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2016

Sumber: Musadun.com

Ayat DiPotong Hasan PAC Adalah Master Key Penipuan 1MDB!?

Ayat DiPotong Hasan PAC Adalah Master Key Penipuan 1MDB!?

“Memasukkan pernyataan yang tidak jelas atau dalam risikan adalah sesuatu yang prejudis dan semua anggota PAC seharusnya memberi keyakinan kepada pihak berkuasa membuat siasatan lebih lanjut sebelum membuat kenyataan."

Skandal 1MDB

Penyuntingan beberapa ayat dalam laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menjejaskan keseluruhan laporan itu.

Jika anda masih ingat lagi, itu adalah respon Hasan PAC terhadap dakwaan beliau telah menyunting atau memotong ayat dari deraf laporan yang sebelumnya telah dipersetujui oleh semua ahli PAC iaitu; "Bank Negara Malaysia dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi Group."

Bukan kita sengaja memainkan isu 'lama' (walaupun isu itu masih belum selesai) tapi ramai yang masih tidak dapat mengesan akan peri pentingnya ayat yang dibuang oleh Hasan itu.

Ramai yang hanya mengaitkan ayat kena buang itu dengan Jho Low saja dan didakwanya Najib sebagai telah berbohong kerana pernah menyatakan yang Jho Low tidak ada kaitan dengan 1MDB.

Ya, itu kita setuju, TAPI sekadar menunjukkan ada kaitan dengan Jho Low saja tidak cukup kuat untuk menyatakan bahawa wujud penipuan atau scam.

USD700 juta hilang lesap! Jho Low sudah songlap! Adakah itu saja sebabnya (mungkin) Hasan potong ayat itu? Atau ada perkara lain yang lebih besar yang cuba disembunyikan dari perhatian kita?

Ataupun, ayat yang dipotong oleh Hasan itu merupakan MASTER KEY kepada kedurjanaan 1MDB!?

Pertama sekali kita harus terima sebagai FAKTA bahawa Gold Star Limited bukan milik PetroSaudi Group sebagaimana dimaklumkan oleh Bank Negara.

Ini bermakna kita juga harus terima sebagai FAKTA bahawa USD700 juta yang dibayar kepada Gold Star Limited tidak diterima oleh Petrosaudi Group dan ini juga bermakna bahagian 1MDB dalam kerjasama 1MDB-Petrosaudi hanyalah USD300 juta!

Faham tak?

Ok, diingatkan kembali, kerjasama 1MDB-Petrosaudi adalah berdasarkan bahagian 1MDB sebanyak USD1 bilion!

7.3.4. Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan adanya klausa dalam perjanjian usaha sama yang menyatakan syarikat usaha sama (1MDB PetroSaudi Ltd.) perlu membayar pinjaman USD700 juta yang diambil daripada syarikat induknya, PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. pada atau sebelum 30 Spetember 2009, iaitu dua hari selepas perjanjian ditandatangani. Temu bual pihak JAN dengan bekas Lembaga Pengarah 1MDB pada bulan Jun 2015 mendapati pinjaman dalam bentuk pendahuluan ini tidak pernah dibentang atau dibincangkan oleh pihak pengurusan 1MDB sebelum usaha sama tersebut dimuktamadkan. (Ms 90)

Duit itu bukan dibayar dari akaun kerjasama 1MDB-Petrosaudi tapi dibayar secara terus oleh 1MDB ke dalam akaun Good Star.

Jadi bila Good Star itu bukan milik Petrosaudi, maknanya Petrosaudi TIDAK menerima pembayaran itu dan PINJAMAN USD700 juta itu masih tertunggak!

Maknanya 1MDB masih belum menunaikan bahagiannya sebanyak USD700 juta. 1MDB hanya bayar USD300 juta secara terus ke akaun 1MDB-Petrosaudi.

Kenapa persoalan itu tidak dibincangkan oleh PAC?

Jadi, bagaimana mungkin 1MDB dikatakan telah menukar modalnya sebanyak USD1 bilion kepada satu bentuk pinjaman (Nota Murabahah) kepada Petrosaudi, kemudian menambah lagi pinjaman itu sebanyak USD830 juta dan seterusnya mendapat kembali keseluruhan dana campur untung iaitu USD2.3 bilion untuk dilabur ke dalam Brazen Sky di Cayman?

e) Bagi pelaburan dalam Segregated Portfolio Company (SPC), 1MDB mengambil risiko yang tinggi dalam memutuskan pelaburan berjumlah USD2.318 bilion. Pelaburan ini telah dibuat melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC), iaitu syarikat yang baru sebulan ditubuhkan, tiada lesen sebagai pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar. (Ms 87)

Diulang semula - USD700 juta dari modal asal 1MDB telah dibayar kepada syarikat BUKAN MILIK Petrosaudi.

Ia telah dicuri, lesap. Jadi kenapa Petrosaudi masih iktiraf modal yang dibayar oleh 1MDB adalah sebanyak USD1 bilion padahal yang diterima hanya USD300 juta?

Nampak? Melainkan kerjasama 1MDB-Petrosaudi adalah satu penipuan/scam!

USD2.318 juta yang kononya hasil dari kerjasama itu sebenarnya TIDAK WUJUD, ia hanya satu angka kosong atas kertas tanpa disokong sebarang nilai.

Tetuan EY tidak menemui dokumen berkaitan status pemilikan sebenar, nilai dan risiko yang berkaitan dengan aset yang dilaburkan oleh rakan usaha sama. (Ms 67)

Sebab juruaudit Ernst and Young terlalu banyak soal dan tidak berpuashati, khidmatnya dibatalkan dan digantikan dengan juruaudit KPMG.

Dana USD2.318 bilion yang tidak wujud itu kemudiannya dilaburkan di Cayman dan sekali lagi 1MDB berdepan masalah pengesahannya dengan juruaudit dan KPMG pula ditamatkan khidmat;-

Situasi yang hampir sama juga dihadapi Tetuan KPMG selepas dua tahun menjadi juruaudit 1MDB apabila penilaian berhubung pelaburan Nota Murabahah kepada Segregated Portfolio Company hendak dilakukan. Situasi sebegini merupakan kali kedua dalam tempoh empat tahun, perkhidmatan juruaudit ditamatkan selepas tahun kewangan berakhir disebabkan perbezaan pendapat berhubung isu penilaian sesuatu pelaburan. (Ms 70 dan 71)

Kenapa banyak sangat masalah mahu mengesahkan dana USD2.318 bilion itu kalau benar ia wujud?

Juruodit Deloitte pula;-

Berdasarkan komen dari tetuan Deloitte kepada PAC yang merujuk kepada rekod syarikat, pihak Deloitte tidak pernah membuat apaapa komen terhadap akaun syarikat 1MDB bertarikh 31 Mac 2014. Akaun tersebut telah diaudit secara unqualified, iaitu “bersih” dan tanpa sebarang komen, tanpa sebarang qualification dan tanpa sebarang emphasis of matter. (Ms 65)

Tidak dapat pastikan, apakah Deloitte mengesahkan USD2.318 bilion itu. Dikatakan aset itu dijamin nilainya oleh Aabar BVI (!). Aset itu kemudiannya dicagarkan untuk pinjaman dengan Deustch Bank

7.3.16 Keputusan mencagarkan keseluruhan pelaburan portfolio SPC berjumlah USD2.318 bilion kepada Deutsche Bank sebagai jaminan terhadap pinjaman berjumlah USD975 juta hanya dimaklumkan oleh Encik Azmi Tahir, Ketua Pegawai Kewangan 1MDB semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 20 Disember 2014, menunjukkan keputusan dibuat tanpa kelulusan khusus dari Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah 1MDB juga berpendapat tindakan mencagarkan keseluruhan pelaburan portfolio SPC adalah tindakan tidak munasabah memandangkan jumlah pinjaman hanya USD975 juta berbanding cagaran USD2.318 bilion. (Ms 93)

Kita semua sedia maklum Deustch Bank kemudiannya mengamuk dan menuntut pinjaman itu dilangsaikan segera kerana isu berkaitan dana USD2.318 bilion yang menjadi cagaran itu. Benarkah dana itu wujud?

Bila rakyat bising dan tuntut dana itu di bawa pulang, 1MDB kata bahagian pertama sudah ditebus dan telah habis digunakan buat tebus Option IPIC yang dibayar kepada Aabar BVI.

Aabar BVI ini kemudian dinafikan oleh IPIC sebagai miliknya. Pengesahan pembayaran itu juga tidak dapat disahkan oleh Jabatan Audit Negara.

7.3.13 Pihak JAN tidak dapat mengesahkan bayaran USD855 juta, USD993 juta dan USD295 juta adalah sebagai bayaran penamatan opsyen dan/atau top up security deposit kepada Aabar Ltd. Oleh kerana dokumen sokongan yang tidak lengkap dikemukakan oleh 1MDB kepada pihak JAN. (Ms 92)

7.3.14 Proses pengurusan dan penebusan pelaburan portfolio SPC dirangkumi beberapa keadaan di mana Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan maklumat yang tepat atau pengurusan tidak telus dalam memberi maklumat kepada Lembaga Pengarah. Antaranya, pihak pengurusan 1MDB tidak dimaklumkan hasil penebusan pelaburan portfolio SPC yang dipegang oleh Brazen Sky Limited telah dicagarkan kepada Deutsche Bank; Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan bayaran sebenarnya untuk opsyen Aabar dibuat menggunakan hasil penebusan pelaburan portfolio SPC; dan Lembaga Pengarah 1MDB hanya dimaklumkan jumlah sebenar dibayar untuk opsyen Aabar setelah bayaran dibuat. Asset Sale Agreement yang ditandatangani pada 2 Januari 2015 di mana Aabar Investments PJS Limited bersetuju untuk membeli baki pelaburan portfolio SPC berjumlah USD939.87 juta daripada Brazen Sky Ltd. juga tidak dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah dan pemegang saham 1MDB. Ini menunjukkan pihak pengurusan telah bertindak di luar arahan Lembaga Pengarah 1MDB yang mengkehendaki baki pelaburan portfolio SPC ditebus sebelum akhir bulan Disember 2014 dan hasilnya dibawa balik ke Malaysia. (Ms 93)

Bahagian kedua dana itu yang kemudiannya Najib kantoi kononnya ada di BSI Singapura sebagai tunai kemudiannya jadi aset kemudian jadi Just Unit.

Menteri Kewangan sendiri tidak tahu apakebendanya Just Unit itu!!!

Beberapa penyataan yang diberikan oleh pihak pengurusan 1MDB sejak 12 Januari 2015 hingga Mei 2015 memberi gambaran maklumat berubah-ubah mengikut situasi di mana baki portfolio SPC berjumlah USD939.87 juta yang pada awalnya dikatakan telah ditebus secara tunai tetapi kini dilaporkan masih dipegang sebagai unit pula.

Perkembangan terakhir pada 25 Mei 2015 merupakan kali ketiga penebusan baki portfolio SPC bertukar bentuk. (Ms 100)

Pendek kata - Bermula dari awal lagi, modal USD1 bilion dari 1MDB untuk kerjasama 1MDB-Petrosaudi kemudian ditambah USD830juta menjadikannya USD1.83 bilion kemudian kononnya dapat untung menjadikannya USD2.318 bilion mempunyai satu masalah ketara iaitu KESUKARAN UNTUK DI SAHKAN!

Sejak dibawa keluar, kewujudan dana itu sudah dipertikaikan hingga dua syarikat juruaudit besar dunia ditamatkan khidmat, juga kerana isu pengesahan dana tersebut.

Malahan masa hendak dibawa keluar negara pun 1MDB didapati telah menipu Bank Negara. Bila Bank Negara minta dana itu dikembalikan, 1MDB kata sudah habis digunakan setengah dan setengah lagi direzabkan untuk Aset Swap dengan IPIC.

Itu kata 1MDB. Setakat yang kita tahu, ia masih belum dibuktikan wujud. Dari kerjasama 1MDB-Petrosaudi, dana itu dikaitkan dengan pinjaman Deustch Bank, pinjaman IPIC, penebusan Option, Just Unit.

SEMUANYA BERMASALAH terutama dari segi pengesahan.

Makanya, kenyataan yang dipotong oleh Hasan PAC diawal tadi bukan hanya berkaitan dengan pembabitan Jho Low saja tapi ia merupakan Master Key kepada skandal penipuan atau scam 1MDB!

Jika kita terima kenyataan Bank Negara bahawa Good Star tidak ada kaitan dengan Petrosaudi dan pembayaran USD700 juta itu tidak diterima oleh Petrosaudi sebagai penjelasan hutang, bagaimana mungkin USD2.318 bilion itu wujud?

Dana itu juga dikaitkan dengan pelbagai syarikat yang pelik-pelik dan banyak sekali putar belitnya bila kita minta bukti untuk mengesahkan kewujudannya.

Pendek kata lagi, Segalanya tentang USD2.318 bilion itu PELIK!

Hanya satu saja penjelasan yang mampu menjawab segala kepelikan itu, iaitu, Dana itu sebenarnya sudah lesap atau tidak wujud lagi!

BACA INI JUGA: Filem Skandal 1MDB 'The Master and His Wolf' Akan Diterbitkan!

*Artikel ini dipetik daripada blog Dinturtleoriginal.

Monday, May 02, 2016

8 Cara Mendidik Anak Berkeyakinan Tinggi

8 Cara Mendidik Anak Berkeyakinan Tinggi

Anak adalah acuan ibu bapa. Anak membesar mengikut cara didikan ibu bapa. Kalau hendak anak-anak berkeyakinan tinggi dan berfikiran positif, anda mesti amalkan cara didikan ini.

Anak Berkeyakinan Tinggi

Tak susah pun, yang penting anda sendiri tidak pernah jemu dan berputus asa menunjukkan didikan yang positif.

1. Beritahu anak anda sangat sayang akan dia

Jangan lupa beritahu anak yang anda sayang akan dia setiap hari tanpa jemu. Kasih sayang mesti diungkapkan dengan kata-kata, sentuhan dan belaian.

2. Tak salah buat kesilapan

Didik anak untuk jujur mengakui kesilapan. Tak salah membuat kesilapan tetapi jangan ulang lagi perkara tersebut. Biarkan anak tahu membuat kesilapan adalah perkara biasa sebagai manusia.

3. Berikan pujian

Pujilah usaha anak anda dalam apa jua yang dia lakukan tanpa perlu bimbang tentang hasilnya. Yang penting usaha dan inisiatifnya untuk mencapai kejayaan. Walaupun dia gagal, jangan patahkan semangatnya.

4. Ketawa bersama

Ketawa memang pengubat duka tetapi jangan berlebihan ketawa. Jadi, bila anak anda membuat lawak jenaka, cubalah ketawa tanda anda kelakar dengan lawaknya walaupun dalam hati anda sebenarnya tidak faham.

5. Galakkan anak bertanya

Jangan marah kalau anak banyak bertanya. Itu tandanya dia seorang kanak-kanak yang cerdik. Sebaliknya galakkan anak untuk bertanya banyak soalan.

Jika anda tidak tahu jawapannya, buat kajian atau cari jawapan bersama anak.

6. Jangan marah sebelum tidur

Jangan biarkan anak masuk tidur dalam keadaan marah dan sedih dengan anda atau berfikiran yang anda sedang marah kepadanya.

7. Setiap anak berbeza

Walaupun lahir daripada ibu bapa yang sama tetapi setiap anak itu adalah berbeza karektornya. Oleh itu setiap anak perlukan pendekatan yang berbeza. Setiap orang ada keperluan yang berbeza.

8. Sentiasa ucap selamat tinggal

Sentiasa cakap 'good-bye' sebelum anda meninggalkan anak untuk ke mana-mana. Jangan senyap-senyap pergi tanpa memberitahunya.

Ia hanya akan membuatkan anak berasa kecewa kerana merasakan anda tidak menyayanginya walaupun anak anda masih lagi bayi.

BACA INI JUGA: Jangan Sesekali Mahu Anak-anak Cepat Membesar! Kenapa?

Sumber: Majalahpama

Sir Alexander Fleming, Manusia Hebat Yang 'Mencipta' Penisilin!

Sir Alexander Fleming, Manusia Hebat Yang 'Mencipta' Penisilin!

Sejarah penemuan antibiotik (penisilin) pada tahun 1928 oleh Sir Alexander Fleming merupakan sebuah penemuan terbesar dalam dunia perubatan.

Alexander Fleming

Dengan adanya antibiotik, jutaan nyawa manusia dapat diselamatkan.

Sebelum antibiotik ditemukan, pelbagai jenis jangkitan tidak dapat dirawat dan akhirnya menyebabkan kematian.

Kehidupan awal

Alexander Fleming lahir pada 6 Ogos 1881 di kawasan pertanian Lochfield, berhampiran Ayrshire di Scotland.

Beliau adalah anak ketiga daripada empat beradik. Bapanya, Hugh Fleming adalah seorang petani miskin dan meninggal dunia ketika beliau berusia tujuh tahun.

Fleming mendapat pendidikan awal di Loudoun Moor School dan Darvel School. Beliau kemudian mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran selama dua tahun di Kilmarnock Academy,

Sebelum berpindah ke London, Fleming sempat bersekolah di The Royal Polytechnic Institution.

Pada 1903, setelah empat tahun bekerja dengan sebuah syarikat pelayaran, beliau mendaftar di sekolah perubatan St Mary Hospital Medical School di Paddington.

Karier di Hospital St Mary

Sekitar tahun 1928, Fleming diberikan tugasan sebagai ketua biokimia di Haspital St Mary di London dan diberikan sebuah ruangan khas yang juga menjadi sebagai makmal ujikajinya bersebelahan dengan bilik dandang.

Sebagai kakitangan pengkaji bakteria, beliau membiakkan bakteria di dalam piring petri untuk tujuan ujikaji pihak hospital.

Kesemua piring petri yang mengandungi bakteria berbahaya yang terdiri daripada staphylococci, streptococci dan pneumococci disusun dan di label dengan teliti di makmalnya.

Bagaimanapun, kulapuk merupakan musuh utama kepada makmal Fleming. Manakala suasana di dalam makmalnya pula sentiasa berada dalam keadaan pengaliran udara yang tidak teratur mengikut keadaan bilik dandang yang beroperasi bersebelahannya.

Pengaliran udara untuk makmal ini hanya bergantung kepada tingkap yang berhadapan dengan taman hospital tersebut.

Situasi ini memberi peluang kepada angin tengah hari membawa masuk daun-daun, habuk dan bermacam jenis kulapuk yang sedia ada di dalam udara.

Alexander mendapati adalah sukar untuk mengawal kehadiran kulapuk ini daripada menjejaskan tumbesaran bakteria yang cuba dibiakkan.

Hampir putus asa

Pada 28 September 1928, Fleming kelihatan agak kecewa apabila mendapati piring petri yang mengandungi bakteria berbahaya stapylococci telah dimusnahkan oleh kulapuk hijau yang kelihatan ganjil.

Dalam kekecewaan tersebut, beliau tiba-tiba tersentak bila menyedari di mana pada bahagian kulapuk ini hidup bakteria staphylococci didapati hilang (mati).

Begitu juga bakteria yang berada hampir seinci daripada kulapuk ini didapati tidak aktif atau tidak sihat.

“Kulapuk apakah yang dapat memusnahkan bakteria yang begitu aktif, ganas dan boleh membawa maut kepada dunia?

"Tiada bahan yang diketahui (pada masa itu) yang boleh mengancam staphylococci dengan berjaya," bisiknya.

Fleming mengambil masa dua minggu untuk mengasing dan membiakkan kulapuk hijau untuk tujuan mengenal pasti kulapuk tersebut: Penicillium notatum.

Sebulan kemudian, beliau mendapati kulapuk ini menghasilkan bahan yang mampu membunuh bakteria dan memanggil bahan tersebut sebagai “penicillin”.

Buah hasil

Melalui eksperimen yang dijalankan, Fleming mendapati penisilin mampu menghapuskan bakteria pembunuh manusia dengan mudah antaranya - staphylococci, streptococci, pneumococci juga yang lebih hebat seperti diphtheria.

Enam bulan berikutnya, beliau menguji penggunaan penisilin ke atas seekor arnab untuk memastikan ia selamat digunakan ke atas manusia.

Pada penghujung 1929, beliau mengisytiharkan penemuan kulapuk ajaib tersebut yang diterbangkan masuk melalui tingkap makmalnya.

Dalam Perang Dunia Kedua, ramai askar telah diselamatkan kerana luka mereka dapat dirawat dengan penisilin. Terdapat pelbagai jenis penisilin dan setiap satunya adalah khusus untuk membunuh kuman tertentu.

BACA INI JUGA: AWAS! Bisa Semut Selangor Membawa Maut!

Sumber: SH