Dalam sebuah kawasan hutan di utara Bali, wujud sebuah perkampungan kecil dinamakan Kampung Bengkala.
Apa yang uniknya, diperkampungan ini semua pendudukanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
Komunikasi menggunakan pergerakan tangan, badan dan bibir, tanpa suara telah menjadi medium utama untuk menyampaikan maklumat dikalangan penduduk sejak berabad lamanya.
Ini kerana hampir semua warga dikampung tersebut mengalami masalah pekak dan bisu atau dalam bahasa tempatan disebut sebagai 'kolok'.
Berdasarkan purata normal, masalah cacat pertuturan dan pendengaran di dunia berlaku pada satu bagi setiap 10,000 kelahiran.
Bagaimanapun, data terakhir menunjukkan, seramai 50 daripada 3,000 orang penduduk Kampung Bengkala dilahirkan dengan ketidakupayaan tersebut.
Jumlah itu sangat tinggi berbanding keadaan biasa dan ini menjadikan kampung tersebut paling ramai dihuni warga 'kolok' di dunia.
Malangnya, tidak dapat dipastikan bagaimana penduduk kampung Bengkala mengalami masalah pendengaran dan pertuturan.
Ini kerana bukan semua penduduk kampung dilahirkan dari keluarga 'kolok'.
Beberapa kes menunjukkan, terdapat ibu bapa normal yang secara genetiknya tidak mengalami masalah, melahirkan anak 'kolok'.
Didapati juga, penduduk kampung yang mengalami masalah ini, agak berbeza berbanding kes 'kolok' ditempat lain.
Biasanya, mereka yang mengalami masalah 'kolok' masih boleh bertutur walaupun tidak jelas sebutannya. Manakala yang pekak pula boleh mendengar bunyi yang kuat.
Peliknya, orang pekak di kampung ini tidak mampu mendengar sama sekali.
Malah, sanitis pernah menjalankan ujian pendengaran keatas mereka dan ternyata mereka sama sekali tidak mampu mendengar walaupun menggunakan 'volume' yang tinggi.
Kes warga pekak dan bisu di Kampung Bengkala pernah diterbitkan dalam jurnal Science pada tahun 1988.
Penulisnya merupakan seorang pakar genetik dari National Institute On Deafness And Other Communication Disorders, Bethesda, Amerika Syarikat, bernama Thomas B. Friedman.
Pengkaji yang diketuai Thomas telah melakukan kajian selama 3 bulan untuk mengkaji penyebab masalah 'kolok' dan mendapati masalah pekak dan bisu penduduk Kampung Bengkala adalah disebabkan oleh Geographically-Centric Recessive Gene, dipanggil DFNB3.
DFNB3 dikesan telah hadir selama tujuh keturunan di kampung tersebut, walaupun penduduk kampung percaya masalah pekak dan bisu terjadi akibat sumpahan, sebagai hadiah dari Dewa Kolok atau Dewa pekak.
Paling mengagumkan, tiada seorang pun penduduk normal disini yang tidak tahu menggunakan bahasa isyarat.
Anak-anak mereka diajar untuk berbahasa isyarat dirumah sebagai bahasa kedua atau ketiga.
Atas sebab itu, penduduk kampung telah membangunkan bahasa isyarat mereka sendiri yang cukup unik dan jauh lebih sederhana, yang kemudiannya diwariskan dari generasi ke generasi.
Proses pengajaran juga lebih bersifat formal. Semua pelajar diajar bahasa isyarat standard disekolah sebagai persediaan menghadapi dunia luar.
Sungguhpun kurang upaya, mereka dianggap istimewa, memiliki fizikal yang kuat, berdaya tahan, lebih setia, jujur, malah sangat rajin.
Misalnya, warga 'kolok' yang bekerja sebagai pengawal keselamatan diakui lebih berdisiplin dan cekap berbanding pengawal lain.
Mereka juga boleh menjadi agresif jika menyaksikan sesuatu yang tidak adil.
Sebagai contoh, jika melihat pencuri, mereka tidak akan teragak-agak untuk memukulnya dengan teruk sekali kerana tidak mendengar jeritan mangsa.
Hari ini, keunikan Kampung Bengkala telah menjadi tarikan pelancong.
Jadi, bagi anda yang akan bercuti ke Bali, apa kata lapangkan diri berkunjung ke perkampungan bisu untuk melihat sendiri keunikan penduduknya.
BACA INI JUGA: 10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia
-SENTIASAPANAS.COM