Friday, April 29, 2016

Apa Sebenarnya Penyakit Autisme?

Apa Sebenarnya Penyakit Autisme?

Ramai ibu bapa yang tidak mengetahui apakah sebenarnya “Autisme”. Apakah simptom-simptom bagi anak-anak yang menghidap Autisme? Apakah cara untuk merawatnya? Bagaimana terjadinya Autisme? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul tentang penyaki Autisme ini. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya sentiasa peka dengan perkembangan anak-anak.

Sindrom Autisme

Kanak-kanak yang menghidap sindrom autisme sama seperti kanak-kanak normal, namun mempunyai tingkah laku yang berbeza maka kesabaran diperlukan untuk mendidik insan istimewa ini, apa itu penyakit Autisme sebenarnya?

Tahukah anda apa itu penyakit Autisme? Sebenarnya autisme atau autistik bukanlah sejenis penyakit, tapi ramai yang mengatakan ianya suatu penyakit.

Penyakit Autisme adalah penyakit yang akan mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan untuk memahami keadaan sekeliling, kecuali diri mereka sendiri sahaja.

Kanak-kanak autisme biasanya menghadapi masalah terencat akal pada tahap berbeza disebabkan proses pembelajaran mereka lebih lambat, mempunyai masalah untuk berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

Kanak-kanak yang mengalami sindrom Autisme akan menyebabkan mereka tidak memahami perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Ciri-ciri Sindrom Autisme

1. Tidak mampu Bersosial
  • Tidak menghiraukan orang lain.
  • Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
  • Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
  • Tidak suka dipegangan, dipeluk atau dicium.
  • Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran.
  • Lebih suka bermain sendiri.
  • Tidak suka bermain yang menggunakan imaginasi.

2. Tidak Bertutur dan Berkomunikasi
  • Lambat bercakap.
  • Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
  • Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
  • Bercakap dalam nada yang pelik, seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
  • Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.
  • Mungkin mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya.

3. Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan
  • Suka melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada pembaharuan.
  • Mereka mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan.
  • Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan objek berputar.
  • Sangat sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan diluar kawalan.
  • Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Menunjukkan keinginannya dengan atngan orang dewasa.

4. Masalah Tingkah Laku
  • Suka mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.
  • Bersikap positif, tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk.
  • Tidak tahu bersosial, jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan.
  • Aktif tetapi perangai pelik, kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

Tetapi adakah anda pernah terfikir bagaimana mereka untuk menyesuaikan diri ketika berada di sekolah?

Terdapat beberapa langkah dalam mendidik kanak-kanak sindrom Autisme sebegini melalui pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai, kanak-kanak autisme juga akan memperoleh manfaat seperti kanak-kanak normal yang lain.

Antaranya:
  • Meningkatkan interaksi sosial
  • Lebih banyak tingkah laku normal yang dapat diperhati dan dicontohi
  • Meningkatkan perkembangan bahasa
  • Menjadi lebih berdik

Untuk pengetahuan juga, kanak-kanak autisme bukanlah kanak-kanak golongan berisiko atau bodoh, cuma kebanyakan masyarakat sekarang tidak tahu cara atau bagaimana untuk mendekati mereka.

Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme biasanya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.

BACA INI JUGA: Sindrom Menkes, Penyakit Misteri Yang Menyerang Bayi

sumber: alkindi10autisme

Aksi Gurauan Ngeri 'Suplex' Tepi Kolam!

Aksi Gurauan Ngeri 'Suplex' Tepi Kolam!

Sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan rakannya membuat langkah ‘suplex’ di tepi kolam renang kini tersebar menjadi viral di media sosial.

Suplex+Ngeri

Video tersebut mencetuskan rasa ngeri ramai dek kerana kepala lelaki tersebut terhentak kuat pada bucu kolam renang ketika mengangkat rakannya sebelum masing-masing terjatuh dalam kolam.

Tambah simpati, video yang diviralkan oleh seorang netizen Clement Tan menerusi laman Facebook itu mendakwa lelaki malang berkenaan mati serta-merta ditempat kejadian.

Bagaimanapun, dakwaan Clement rupa-rupa adalah palsu semata-mata kerana sebenarnya lelaki itu masih hidup.

Hal itu dibongkar setelah seorang pengguna bernama Richie Bustos memuat naik video yang asal dengan durasi yang lebih panjang.

Dalam video itu, lelaki tersebut dilihat kembali berdiri seperti biasa di dalam kolam.

Jadi, terungkai sudah persoalan bahawa dalam kejadian tersebut tiada sesiapa yang meninggal dunia.

BACA INI JUGA: Video Ngeri Detik Peguam Mati Ditembak Di Argentina


Sumber: Mynewshub.cc

Kemuncak APO2016 Dengan 20 Lagu Artis Popular!

Kemuncak APO2016 Dengan 20 Lagu Artis Popular!

Kehangatan Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) kian terasa apabila beberapa artis terkenal seperti Dayang Nurfaizah, One Nation Emcee, Azlan, Adi Putra dan Amar Baharin mengadakan sesi latihan untuk persembahan malam kemuncak, Sabtu ini.

Mimi APO2016
Mimi (tengah) bersama anggota One Nation Emcee.

Pengarah muzik, Faizal Uzir atau Lokyu ketika ditemui berkata, hampir 20 buah lagu bakal dipersembahkan artis dengan gabungan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu sehinggalah pada era kini bersesuaian dengan transformasi digital yang diketengahkan.

Kata Lokyu lagi, hampir 20 buah lagu bakal dipersembahkan pada malam itu termasuk gabungan Adibah Noor, One Nation Emcee dan Hazama menerusi segmen pembukaan.

"Penonton kena tunggu malam Sabtu nanti lagu apakah yang bakal dipersembahkan namun ia cukup istimewa," katanya kepada mStar Online.

Lokyu memberitahu malam kemuncak APO2016 itu nanti bakal menampilkan tujuh pemuzik yang mengiringi persembahan artis.

APO2016 bakal berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada pukul 9 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 bertemakan Glam Digital.

Ia dianjurkan oleh mStar Online bersama Suria FM serta dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Dalam pada itu, Dayang ketika ditemui berkata, dia akan mengadakan persembahan tribute untuk Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan yang juga mentornya.

"Persembahan itu cukup bermakna dan istimewa buat saya kerana ia bakal menjadi pengalaman cukup manis dalam karier saya.

"Ia satu penghormatan buat saya kerana ia persembahan tribute untuk seorang insan yang cukup penting dalam karier saya.

"Pada masa yang sama saya gemuruh kerana ia tanggungjawab besar," ujarnya.

Mimi yang mewakili One Nation Emcee pula berkata, mereka berjanji akan memberikan persembahan bertenaga dan istimewa kepada penonton.

"Kena tunggu keistimewaan persembahan pembukaan dari kami dan beberapa artis lagi.

"Apa yang pasti kami akan menjanjikan kelainan dengan seleksi lagu-lagu terbaik," jelasnya.

Manakala pelakon Adi Putra pula bakal mempersembahkan lagu berjudul Kekal Bahagia nyanyian asal Ippo Hafiz dan Amar Baharin akan mendendangkan lagu Cinta oleh Flop Poppy.

Sementara itu, ratu rock negara, Ella pula memberitahu dia akan menyampaikan dua buah lagu secara medley iaitu Layar Impian dan Gemilang secara eksklusif buat penonton APO2016.

Ella APO2016

Kata Ella, dia memilih lagu berkenaan kerana ia mempunyai peminat yang tersendiri dan teruja untuk mengadakan persembahan.

"Saya teruja untuk buat penganjuran kerana APO2016 kali pertama diadakan dan saya kira lagu dipilih sesuai untuk meraikan malam itu tambahan ia mempunyai peminat tersendiri," ujarnya.

Azlan pula berkata dalam keghairahan untuk mengadakan persembahan tetapi berasa gemuruh kerana bakal membawakan lagu penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza iaitu Pastikan.

"Ia satu lakaran sejarah buat saya dan ia sangat mendebarkan. Diharap persembahan pada malam itu nanti berjalan lancar," katanya.

Dalam perkembangan sama, penyanyi yang dicungkil bakatnya dari YouTube iaitu Wani dan Tasha Mansahar menganggap ia platform terbaik untuk mengembangkan karier mereka.

Malah mereka teruja kerana dapat mengadakan persembahan dengan diiringi pemuzik secara langsung.

Tambah istimewa, Dayang Nurfaizah dan Hazama sekali lagi akan muncul pada penutup bagi menyampaikan lagu terbaharu mereka terbitan Suria FM buat kali pertama iaitu Bangkit.

Selain persembahan hebat daripada artis-artis baharu dan lama, APO2016 dijangka meriah dengan kehadiran penyampai-penyampai anugerah antaranya Erra Fazira, Hafiz Suip, Fattah Amin, Mia Ahmad, Chef Nik Michael dan ratu gimnas negara, Farah Anne Abdul Hadi.

BACA INI JUGA: Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood

Sumber: mStar

Samsung Galaxy S7 Mula Dijual!

Samsung Galaxy S7 Mula Dijual!

Telefon pintar yang begitu dinanti-nantikan, Samsung Galaxy S7, akan berada dalam pasaran hari ini bagi memenuhi permintaan mereka yang gemar mengikuti trend terkini telefon mudah alih.

Samsung Galaxy S7 Mula Dijual!

Telefon itu yang boleh didapati di kedai-kedai Samsung Experience dan kedai Maxis terpilih, berharga RM2,699 dan tampil dengan warna hitam onyx, emas platinum dan perak titanium, kata Samsung Malaysia Electronics dalam satu kenyataan hari ini.

Naib Presiden Unit Mudah Alih dan Perniagaan IT Lee Jui Siang berkata syarikat itu menerima banyak pertanyaan tentang Galaxy S7 susulan pelancaran Galaxy S7 Edge pada bulan lepas.

“Ada yang berhajat untuk membelinya, justeru, kami memutuskan sudah sampai masanya untuk melancarkan Galaxy S7,” katanya.

Selain paparan Quad HD Super AMOLED 5.1 inci, Galaxy S7 sarat dengan ciri-ciri menarik sama seperti Galaxy S7 Edge, dengan paparan 5.5 inci.

Ia juga berkongsi ciri-ciri kaca 3D sepenuhnya dan bingkai logam sama seperti Galaxy S7 Edge. –BERNAMA

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM300

Kena Boikot Selepas Masuk Islam Di Ceramah Dr. Zakir Naik

Kena Boikot Selepas Masuk Islam Di Ceramah Dr. Zakir Naik

Masih ingat kepada Harinder Pal Singh, lelaki yang melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 April lalu?

Harinder Pal Singh Peluk Islam

Syukur, Harinder yang berketurunan Sikh kelahiran India, kini sudah menemukan hidayah menuju jalan Allah.

Cuma harga menerima Islam sebagai pegangan hidup harus dibayar dengan pelbagai dugaan.

Kini Harinder kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak lagi diperbaharui.

Lebih tragik, Harinder dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang dia akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

“Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa #PenghijrahanFenomena.

Harinder tidak mengharapkan simpati, namun pada saat ini dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

Pelukan dan tepukan yang diterima sebaik sahaja melafazkan syahadah secara langsung tidak cukup, inilah waktunya pertolongan saudara-saudara baharu cukup bermakna buat Harinder.

Janganlah pulang sahaja Dr Zakir Naik dari Malaysia maka perasaan meraikan saudara-saudara baru kita turut pergi bersamanya!

Kisah Harinder yang memerlukan bantuan kita semua ini, akan disiarkan dalam program yang bakal bersiaran di saluran Al-Hijrah tak lama lagi.

Nasib Harinder Terbela, Noh Hujan Tawarkan Kerja

Noh Hujan - Mizz Nina

NasibHarinder Pal Singh, saudara baharu yang memeluk Islam ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 14 Mac lalu kini terbela.

Penyanyi Indi terkenal, Noh Hujan bersedia menerima Harinder untuk bekerja dengannya.

Noh yang kini berada di Jordan memberi reaksi segera untuk menawarkan pekerjaan kepada Harinder di restoran miliknya.

Noh Hujan yang berada di negera Timur Tengah itu bersama isterinya Mizz Nina, memaklumkan perkara tersebut kepada Penerbit Into Taqwa #Penghijrahan Fenomena, Syafinah Othman.

Harinder akan muncul secara langsung dalam program Assalamualaikum #IslamIsFistClass terbitan TV Al Hijrah pada 8 pagi Ahad ini.

#IslamIsFirstClass

BACA INI JUGA: Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Sumber: Mynewshub.cc

Panduan Mengisi E-Filling Online Borang Cukai LHDN

Panduan Mengisi E-Filling Online Borang Cukai LHDN

Berikut disertakan panduan cara isi borang cukai pendapatan e-Filling bagi tahun 2016 secara online samada untuk pengguna baru atau lama.

e-Filing LHDN 2016

Untuk makluman, e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai (BNCP) Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) secara elektronik melalui Internet.

Walaupun tidak wajib, pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya mudah, cepat dan selamat.

Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2015 mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT dan TF mulai 1 Mac 2016.

Tarikh akhir pengemukaan BNCP Tahun Taksiran 2015 bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah pada 30 April 2016.

Tarikh Akhir e-Filling 2016 LHDN

Panduan Mengisi E-Filling Online Borang Cukai Pendapatan LHDN 2016

Bagi mereka yang tidak pernah (pertama kali) atau lupa dalam menggunakan sistem e-Filling cukai pendapatan online, berikut dikongsikan tips/ panduan mengisi borang seperti dikongsikan dari ezHasil FAQ.

Terdapat 2 kategori pembayar cukai iaitu:-

1. Pembayar Cukai yang telah mendaftar Sijil Digital

1.1. Lawati laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon ezHasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)

1.2. Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan Baru dan Kata Laluan.

1.3. Mulai 1 Disember 2015, Kata Laluan mesti 8 hingga 12 aksara, kombinasi abjad dan nombor seperti di bawah:
  • Sekurang-kurangnya satu (1) huruf besar.
  • Sekurang-kurangnya satu (1) huruf kecil.
  • Sekurang-kurangnya satu (1) nombor.
  • TIDAK mengandungi aksara khas atau simbol. (Contoh : pAssword123)

1.4. Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih borang yang dikehendaki.

1.5. Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.

1.6. Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.

2. Pembayar Cukai yang belum mendaftar Sijil Digital

Sijil Digital adalah pengenalan elektronik yang sama pentingnya dengan kad pengenalan ataupun MyKad. Ia digunakan untuk mengesahkan identiti atau membolehkan pengguna memperolehi hak untuk mendapatkan maklumat serta melakukan transaksi secara dalam talian.

Informasi lanjut mengenai Sijil Digital termasuk cara mendapatkan No Pin boleh rujuk di Soalan Lazim e-filling.

Permohonan No. PIN Individu boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.

Permohonan nombor pin e-Filing Organisasi boleh dibuat melalui saluran berikut:

Cawangan LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC)/Pusat Khidmat Hasil (PKH). Perlu disertakan:
  1. Borang CP55B yang lengkap diisi.
  2. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
  3. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat - Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat.
  4. Salinan kad pengenalan/pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.

Login Kali Pertama untuk mendaftar sijil digital
  • Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
  • Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih borang yang dikehendaki.
  • Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
  • Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.

Maklumat Penting Dan Cara Menghubungi LHDN

Selepas menghantar e-Filing, sila ambil langkah berikut:-
  • Cetak dan simpan - e-Borang.
  • Cetak dan simpan - Pengesahan penerimaan borang.

Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan mengenai e-filling, sila hubungi:
  • Telefon Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436
  • Faks ke nombor: 03-4289 3400
  • E-mel: callcentre@hasil.gov.my
  • Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.

Selamat mengisi dan menghantar borang e-filling cukai pendapatan LHDN terkini. Ingat jangan hantar lewat untuk mengelakkan didenda.

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara Permohonan Skim MyDeposit

Sumber: Panduanmalaysia

RM14 Bilion Hilang, Saman Tidak, Lapor Polis Juga Tidak?!

RM14 Bilion Hilang, Saman Tidak, Lapor Polis Juga Tidak?!

Jika ada anugerah, pasti 1MDB layak menerima penghormatan sebagai syarikat paling budiman di dunia ketika ini berikutan sikapnya yang dianggap paling lunak walaupun sudah disahkan wangnya berjumlah RM14,000 juta hilang entah ke mana.

RM14 Bilion Hilang

Kalau orang lain, jangankan RM14,000 juta, malah hilang RM14 pun bisingnya boleh riuh sekeliling kampung.

Dalam laporannya kepada Bursa Saham London sebelum ini, IPIC telah mengesahkan bahawa Aabar Investment PJS Ltd (didaftarkan di British Virgin Island) yang menerima wang RM14,000 juta atau AS$3.51 bilion daripada 1MDB sebagai jaminan bon tidak ada kena mengena dengannya, walaupun namanya hampir sama dengan syarikat milik mereka yang sebenar iaitu Aabar Investmet PJS yang didaftarkan di Abu Dhabi.

Berikutan pengakuan IPIC itu, Arul Kanda, CEO 1MDB tidak menolak kemungkinan penipuan besar-besaran itu mendapat kerjasama daripada orang dalam 1MDB sendiri.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pula, Arul Kanda berkata, oleh kerana pihaknya berurusan dengan eksekutif kanan IPIC dan Aabar Investment PJS mengenai wang itu, maka ia adalah isu dalaman untuk diselesaikan oleh firma Abu Dhabi itu.

Hairan bin ajaib, jika benar 1MDB berurusan dengan eksekutif kanan firma Abu Dhabi itu dan mereka pula sudah mengesahkan kepada Bursa Saham London tidak pernah menerima wang tersebut, mengapa tindakan undang-undang tidak dimulakan?

Mengapa hanya mengatakan ia masalah dalaman IPIC dan Aabar Investment PJS sedangkan yang hilang RM14,000 juta adalah 1MDB?

Selain itu, jika benar sepertimana yang dinyatakan Arul bahawa ada penglibatan orang dalam dan ia pula disertakan dengan pengesahan firma Abu Dhabi itu bahawa mereka tidak pernah menerima wang RM14,000 juta tersebut, kenapa 1MDB tidak membuat laporan polis mengenainya?

Dalam hal ini, bukan saja CEO 1MDB yang harus diberikan sanjungan, malah Pengerusi Lembaga Penasihat merangkap Perdana Menteri, Najib Razak yang tandatangannya wajib diturunkan bagi sebarang urusan, wajib diberikan segunung puji-pujian.

Lihatlah, sementara Arul Kanda mengatakan ia hanya sebagai masalah dalaman untuk diselesaikan oleh IPIC dan Aabar Invstment PJS, jauh sekali untuk mengambil tindakan saman atau membuat laporan polis, Najib pula relaks saja seolah-olah tiada apa yang harus dibimbangkan dengan hilangnya wang sebanyak RM14,000 juta itu.

Memang hebat kedua-dua mereka ini!

Hanya 'manusia-manusia terpilih' saja yang mampu berkelakuan seperti Najib dan Arul ini.

Atau mereka jadi tak kisah dan relaks kerana wang itu sebenarnya ialah wang kita semua?

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Bongkar Rahsia Kegagalan Proton!

Sumber: Shahbudindotcom

Aliza Kim #PenghijrahanFenomena TV Al Hijrah

Aliza Kim #PenghijrahanFenomena TV Al Hijrah

Dilahirkan sebagai penganut Khatolik dalam keluarga berpegang kuat pada ajaran Kristian, Aliza terus nencari makna keesaan tuhan dan akhirnya menemukan kebenaran dalam Islam.

Aliza Kim

Gadis kelahiran United Kingdom berdarah kacukan Siam dan Cina ini mendapat hidayah pada 2011.

“Saya sentiasa tertanya-tanya mengenai Tuhan, dan akhirnya menemukan hakikat Allah ialah Tuhan Yang Esa,” katanya dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.

Aliza Kim datang ke Malaysia setelah terpikat dengan kesederhaan Islam dan suasana harmoni di negara ini.

Aliza, 27, berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan Universiti Colorado Amerika Syarikat, kini menjadi hos Musim Kedua program Into Taqwa yang akan mula bersiaran mulai 20 Jun ini sempena Ramadan.

Sebagai model popular di UK, adalah menakjubkan apabila Aliza memaklumkan, dirinya menemukan hidayah mendalami Islam melalui perbandingan agama.

“Al Quran menemukan saya dengan Allah,” katanya.

Aliza Kim #PenghijrahanFenomena

Setelah melafazkan Syahadah, Aliza meninggalkan kehidupan glamor sebagai model dan menumpukan sepenuh masa pada usaha dakwah untuk membimbing saudara baharu.

Sebagai perfectionist, Aliza percaya agama dan sifat-sifat tuhan semestinya sempurna. Justeru, dia jatuh hati pada Allah dan Islam.

Kisah-kisah #PenghijrahanFenomena akan terus mengisi pelbagai program di TV Al Hijrah. Teruskan bersama TV Al Hijrah dalam kempen #PenghijrahanFenomena dalam menuju #IslamIsFirstClass.

BACA INI JUGA: Orang Islam, Jangan Masuk Kedai Makan Tulis 'Pork Free'

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, April 28, 2016

Yuna Terpilih Nyanyikan Lagu Promosi Sukan Olimpik!

Yuna Terpilih Nyanyikan Lagu Promosi Sukan Olimpik!

Penyanyi Malaysia yang sedang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna, sekali lagi mengharumkan nama negara setelah dipilih untuk menyumbangkan suaranya bagi lagu promosi Olimpik 2016, yang turut dinyanyikan oleh Lenny Kravitz.

Yuna+The Fire

Lagu berjudul The Fire itu turut menampilkan beberapa orang penyanyi antarabangsa seperti Diogo Nogueira daripada Brazil, Nneka (Nigeria) dan Corrine Bailey Rae (Britain).

Berkongsikan berita gembira tersebut menerusi Facebook, Yuna berkata beliau amat bangga dipilih untuk menyanyikan The Fire.

“Saya teruja bekerjasama dengan semua penyanyi yang terlibat dalam lagu ini,” tulis pelantun lagu Terukir Di Bintang berusia 28 tahun ini.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, telah mengukir kejayaan demi kejayaan di peringkat antarabangsa.

Yuna+The Fire [2]

Selain daripada lagu promosi Sukan Olimpik itu, Yuna juga penah merakamkan lagu tema Hari Wanita Antarabangsa, pereka fesyen Diane von Furstenberg dan lagu tema bagi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Nampaknya, pencapaian Yuna kini boleh dikatakan setaraf dengan penyanyi antarabangsa lain seperti Whitney Houston (One Moment in Time, Olimpik Seoul 1988) dan Celine Dion (Power of the Dream, Olimpik Atlanta 1996) kerana ketiga-tiga mereka telah diberi kepercayaan untuk membawakan lagu tema acara sukan terpenting di dunia itu!

BACA INI JUGA: 10 Lagu Terbaik Karya Michael Jackson!

Sumber: Mynewshub.cc

Ngeri Anak Kecil Malang Tertusuk Test Pen Di Kepala

Ngeri Anak Kecil Malang Tertusuk Test Pen Di Kepala

Ngeri sungguh bila melihat gambar seorang anak kecil menahan kesakitan apabila mengalami detik malang tertusuk test pen dikepalanya.

Tertusuk+Test+Pen

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh laman Daily Traffic menunjukkan objek tajam itu tertanam di bahagian sisi kanan kepala kanak-kanak malang itu.

Tidak pula dinyatakan oleh laman itu bagaimana objek tajam tersebut boleh tertusuk di kepala anak kecil itu.

Kadang-kadang ibu bapa terlalu alpa dengan kerja harian sehinggakan anak-anak terabai dan menjadikan objek tajam sebagai permainan mereka.

Malang tidak berbau, kecederaan melibatkan kanak-kanak kebiasaannya belaku dalam lingkungan umur 2 tahun ke bawah.

Pada umur sebegini, sesetengah mereka baru sahaja boleh merangkak dan berjalan serta sifat ingin tahu mereka sangat tinggi.

Pelbagai benda atau objek yang dilihatnya pasti digambarkan sebagai makana atau alat permainan.

Oleh itu ibu bapa perlu mengawasi setiap tingkah laku mereka dan menjauhi dari tempat-tempat merbahaya seperti bilik air, tangga, dapur serta tempat yang dipenuhi dengan objek tajam.

Setiap objek yang merbahaya hendaklah disimpan di tempat yang tersorok, jauh dari pandangan mereka dan tidak mampu dicapai oleh mereka.

Kesannya, kejadian malang dan tidak diingini berlaku seperti yang dilaporkan oleh laman Daily Traffic.

BACA INI JUGA: Gambar Pembunuhan Kartel Dadah Yang Sangat Ngeri

Sumber: Mynewshub.cc

Pelayan Berbikini Cafe Lu Bukan Di Malaysia!

Pelayan Berbikini Cafe Lu Bukan Di Malaysia!

Koleksi gambar wanita berpakaian separuh bogel tersebar di laman sosial membuatkan ramai tertanya adakah benar kafe tersebut berada di ibu kota Kuala Lumpur.

Pelayan Cafe Lu

Kafe yang diberi nama Cafe Lu atau Double Lu itu diuar-uarkan di laman Facebook terletak di Pandan Perdana.

Majoriti pelayannya dimonopoli wanita seksi ini ternyata menarik minat jejaka-jejaka hidung belang di luar sana.

Selain mempunyai ‘tarikan’ tersebut, wanita-wanita itu menghidangkan makan kepada para pelanggan, malah mereka juga boleh diajak bersembang dan bermain cards serta menonton perlawanan sukan bersama pelanggan.

Nampaknya, jejaka-jejaka hidung belang di Malaysia berputih mata sahaja kerana kafe tersebut bukan berada di Pandan Perdana tapi jauh di Santa Ana, California, Amerika Syarikat (AS).

Sebenarnya, Cafe Lu adalah salah satu daripada cafe house yang dimiliki oleh warga Vietnam dikenali sebagai Little Saigon, yang merangkumi Santa Ana, Westminster dan Garden Grove di Selatan California, AS.

Pelayan Cafe Lu [2]

Cafe Lu dimiliki oleh Natalie Nguyen iaitu warga Vietnam. Natalie sebenarnya salah seorang daripada pelayan di kafe tersebut sebelum membelinya pada tahun 2003.

Walaupun tidak menghidangkan alkohol dan hanya sekadar pelbagai jenis kopi serta teh selain iced blended, namun ia tetap menjadi tumpuan para pelancong tidak kira siang mahupun malam.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini terjadi.

Pada 2009, gambar-gambar kafe seumpama itu pernah tersebar di laman sosial mengatakan ia terletak di ibu kota namun disangkal oleh media Singapura.

BACA INI JUGA: Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

Sumber: Mynewshub.cc