Tuesday, April 26, 2016

Pesta Jualan Murah Buku Online BookCafe!

Pesta Jualan Murah Buku Online BookCafe!

Buat pembaca yang menghadapi masalah untuk membeli bahan bacaan, novel dan sebagainya, susah nak dapat buku yang dicari, cuba cari di Bookcafe.

Pesta_Buku_Online

Ada lebih 2,000 judul buku berbahasa melayu terpilih daripada pelbagai genre yang pastinya memuaskan hati anda.

Bookcafe selalu menawarkan potongan harga sehingga 70% terutamanya dari genre buku-buku agama, buku yang dijual semuanya buku-buku baru!!

Jadi, kalau ada orang tanya, dimana tempat best nak beli buku online?

Saya akan cadangkan, "Belilah buku di BOOKCafe!" Sebab murah, mudah, memilih secara santai hanya melalui online.

Senarai Kategori BookCafe
  • Penulis
  • Agama
  • Kanak-Kanak & Remaja
  • Keluarga & Perhubungan
  • Non Fiksyen
  • Novel & Fiksyen
  • Remaja
  • Resipi
  • Rujukan Sekolah
  • Kamus
  • Kombo Buku Terbaik Bookcafe
  • BESTSELLER

Kalau anda nak join program affiliate pun boleh. Disamping mendapat tawaran murah giler, anda juga boleh menjana pendapatan samping, boleh berdaftar DISINI.

Selamat membeli-belah..;)

BACA INI JUGA: Manuskrip Al-Quran Tertua Di Dunia Berusia 1,370 Tahun!

-SENTIASAPANAS.COM

Sing! Karaoke, Aplikasi ‘Duet’ Yang Semakin Digilai Ramai

Sing! Karaoke, Aplikasi ‘Duet’ Yang Semakin Digilai Ramai

Biarpun suara anda mungkin tidak semerdu Yunalis Zarai, setiap teriak vokal yang dilontarkan mampu membuatkan anda lupa segala urusan dunia buat seketika waktu.

Sing! Karaoke

Tak hairanlah, sebuah aplikasi kini jadi kegilaan penggemar karaoke di seluruh dunia.

Sing! Karaoke merupakan sebuah aplikasi khusus yang membolehkan pengguna android atau ios berkaraoke bersama artis kegemaran atau sesiapa sahaja.

Aplikasi daripada Smule ini memerlukan pengguna menggunakan kemera di bahagian depan bagi melakukan rakaman video kendiri untuk berduet mendendangkan lagu bersama artis atau individu yang dipilih.

Lirik lagu akan dipaparkan pada layar peranti dan untuk kepuasan lebih maksima, pengguna dinasihat menggunakan plug telinga agar segala melodi sewaktu mendendangkan lagu dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Apa yang menarik, aksi yang ditonjolkan oleh artis-artis dalam aplikasi ini seakan ‘live’ sehingga membuat pengguna merasai pengalaman seolah-olah memang sedang menyanyi secara bersemuka dengan idola kegemaran mereka.

Antara barisan artis antarabangsa yang sering menjadi tumpuan peminat dalam aplikasi ini adalah Jessie J, Ariana Grande, David Guetta dan Charlie Puth di mana tahun lepas, Jessie J telah mencipta rekod apabila rakaman aksi duetnya dengan seorang peminat menjadi viral sehingga menerima 16 juta tontonan di saluran Youtube.

Jessie J turut menerima pelbagai perhargaan daripada peminat kerana dia merupakan antara artis paling ‘mesra’ sewaktu mengadakan sesi duet dalam aplikasi maya tersebut.

BACA INI JUGA: Tiket Konsert Paling Mahal Selebriti Terkenal

Sumber: Mynewshub.cc

Panduan Dan Perkara Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

Panduan Dan Perkara Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

Apakah langkah pertolongan cemas yang perlu dilakukan apabila seseorang itu dipatuk ular? Walaupun tidak semua ular itu berbisa, adalah dinasihatkan setiap kes gigitan ular merupakan kes kecemasan dan mangsa hendaklah dibawa ke hospital dengan segera.

Ular Tedung Filipina

Selalunya ular tidak akan menyerang manusia, malah ular sebenarnya takut kepada manusia. Kebanyakan kes gigitan ular terjadi apabila ular terkejut, terpijak ataupun tempat kediamannya diganggu oleh manusia sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Langkah Berjaga-jaga
  • Elakkan daripada cuba menangkap ular atau mengganggu ular.
  • Berhati-hati apabila bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular seperti di kawasan sawah padi ataupun semak. Jangan sekali-kali memasukkan, tangan atau kaki ke tempat yang mana dipercayai terdapat ular seperti di celah batu, di bawah tunggul kayu dan sebagainya, sekiranya perlu gunakan kayu terlebih dahulu.
  • Sekiranya nampak ular sedang tidur atau berehat, jangan mengusik atau mengejutkannya. la selalunya akan mematuk sekiranya diganggu.
  • Seandainya anda terserempak dengan ular, jangan cuba lari, tapi berhenti dan jangan bergerak, selalunya ular akan berlalu pergi. Petua ini juga berkesan ke atas ular laut, sekiranya anda bekerja di kawasan pantai atau muara sungai yang berair cetek.
  • Ular laut adalah tidak agresif, kebanyakan kejadian gigitan ular laut ialah apabila manusia mengganggu atau memegangnya secara kasar. Jika anda terserempak dengan sekumpulan ular laut, jangan menghampirinya kerana mungkin ketika itu musim mengawan dan kebanyakan ular amat agresif pada masa tersebut.
  • Pakai pakaian tebal seperti kasut kulit atau but separas lutut, sarung tangan, seluar panjang, baju lengan panjang dan topi ketika bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular.
  • Kebanyakan ular berbisa keluar pada waktu malam yang panas, oleh itu berhati-hatilah apabila berjalan pada waktu malam. Jangan berjalan dalam gelap, bawalah lampu suluh dan sebagainya.
  • Semasa berkhemah, bersihkan sekeliling khemah daripada semak-samun, sampah-sarap ataupun batu-batu terlebih dahulu. Jangan sekali-kali tidur di luar khemah. Kehangatan badan anda akan menarik perhatian ular terutama jenis ular kapak. Buang atau tanam makanan yang tidak habis jauh dari kawasan perkhemahan, kerana makanan yang bersepah akan menarik perhatian tikus dan seteruanya menarik perhatian ular.

Langkah Pertolongan Cemas Apabila Dipatuk Ular

Pastikan mangsa berkeadaan tenang. Mangsa gigitan ular biasanya terkejut dan takut. Ini akan menyebabkan mangsa menjadi pucat dan lemah selepas dipatuk ular.

Oleh itu mangsa hendaklah sentiasa tenang dan diberitahu bahawa:
  • Tujuan rawatan ialah untuk memastikan ia sembuh sepenuhnya.
  • Ular tersebut mungkin tidak berbisa.
  • Tidak semua ular yang berbisa berjaya menyuntikkan bisanya.
  • Baringkan mangsa dan elak pada bergerak.
  • Pastikan bahagian yang digigit tidak digerakkan, ia akan mencegah racun daripada disebarkan dengan lebih meluas lagi.
  • Balut kawasan yang digigit dengan pembalut (gunakan splint).
  • Salur intravenous hendaklah dipasang pada bahagian anggota yang sihat, ini bagi memudahkan proses memasukkan antivenin.

Rawatan Yang Perlu Dilakukan Dan Perkara Penting
  • Cuba bunuh ular tersebut kerana ia penting bagi tujuan mengenal pasti antivenin oleh doktor atau pengamal perubatan bagi bisa ular tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan daripada kesilapan menyuntik antivenin yang salah, ia akan menjadi sia-sia malah juga boleh membahayakan nyawa mangsa.
  • Jangan membuang terlalu banyak masa untuk membunuh ular itu kerana rawatan awal kepada mangsa adalah lebih penting. Disamping itu, dikhuatiri ketika sibuk membunuh ular, mangsa atau penyelamat mungkin akan dipatuk sekali lagi.
  • Untuk membunuh ular, gunakan kayu panjang, jika boleh gunakan buluh. Pukul dengan kuat di bahagian belakang kepala ular tersebut tetapi seboleh-bolehnya jangan hancurkan kepalanya kerana ular juga boleh dikenal pasti dari bentuk kepalanya. Sekiranya percubaan membunuh ular tersebut tidak berjaya, mencukupi jika anda dapat mengingati saiz dan corak warna ular tersebut.
  • Walaupun ular tersebut telah mati, anda haruslah berhati-hati ketika memegangnya. Jangan cuba mengusik kawan atau bermain-main dengannya kerana berkemungkinan ular tersebut masih hidup.
  • Walaupun ular tersebut telah mati, bisanya masih boleh membahayakan sekiranya tersuntik ke tubuh sehingga 1 jam setelah ular tersebut mati.

Nota: Antivenin adalah dadah yang diproses khas dari bisa ular yang boleh digunakan sebagai antidot kepada gigitan ular.

Antivenin adalah spesifik kepada sesuatu jenis ular. Jika tersilap memberikan antivenin ia boleh membawa maut.

Terdapat sejenis antivenin yang dipanggil antivenin Polivalent yang mana ia boleh digunakan untuk merawat semua jenis bisa gigitan ular.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 1 Gram Bisa Katak Neraka Brazil Mampu Membunuh 80 Orang!

Sumber: Prn.usm.my

Banci Ekonomi Jabatan Perangkaan Malaysia 2016

Banci Ekonomi Jabatan Perangkaan Malaysia 2016

Jabatan Perangkaan Malaysia sedang melaksanakan Banci Ekonomi 2016 bagi tahun rujukan 2015, yang dijalankan sekali setiap lima tahun dan kali terakhir ia dijalankan pada 2011.

BE2016

Banci ini mengumpul maklumat lengkap struktur dan profil kegiatan ekonomi serta perniagaan di Malaysia.

Dianggarkan sebanyak 700,000 syarikat akan diliputi dalam banci ini dengan 75.0% dalam sektor perkhidmatan, sektor pembinaan (10.9%), sektor pembuatan (10.5%), sektor pertanian (2.8%) dan sektor perlombongan dan kuari (0.8%).

Ini termasuk mereka yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan badan-badan profesional seperti Majlis Peguam dan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM).

Syarikat yang menjalankan aktiviti perdagangan edaran seperti syarikat runcit dan borong terkecuali daripada liputan BE2016.

Bermula April 2016, Jabatan Perangkaan akan mengedarkan soal selidik melalui mel dan syarikat-syarikat akan menerima satu set soal selidik yang mengandungi soalan berkaitan profil industri, aset dan perbelanjaan modal, pendapatan atau perolehan, corak perbelanjaan, maklumat guna tenaga, kemudahan pembiayaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan e-dagang, inovasi, pemasaran dan promosi, import dan eksport dan akhir sekali, pematuhan alam sekitar.

Syarikat-syarikat dikehendaki mengembalikan soal selidik dalam tempoh sebulan dan sekiranya soal selidik tidak diterima atau tidak lengkap, pegawai dari Jabatan Perangkaan akan membuat susulan ke syarikat untuk mengumpul maklumat bancian tersebut.

Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Disemak-1989). Mengikut Akta ini, mana-mana pertubuhan yang beroperasi di Malaysia dikehendaki memberikan maklumat sebenar atau anggaran terbaik kepada Jabatan Perangkaan Malaysia.

Maklumat yang diberikan adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini.

Liputan Banci Ekonomi 2016

Liputan Banci Ekonomi 2016

Borang Soal Selidik Banci Ekonomi 2016

Borang Soal Selidik Banci Ekonomi 2016

Mengapa Banci Ekonomi Dijalankan?

Banci Ekonomi dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang komprehensif berkaitan struktur dan aktiviti ekonomi di Malaysia serta mengenal pasti pertumbuhan baru.

Ia digunakan untuk:
  • Membentuk program dan dasar ekonomi di peringkat nasional;
  • Menilai pelaksanaan dasar pembangunan negara seperti program transformasi ekonomi, Rancangan Malaysia Kesebelas dan Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2012-2020;
  • Membantu ahli ekonomi dan ahli akademik membuat unjuran dan analisis ekonomi; dan
  • Membantu ahli perniagaan membuat keputusan dan perancangan serta mengukur prestasi perniagaan mereka.

Selain itu, data Banci Ekonomi akan digunakan dalam mengemaskini petunjuk ekonomi sedia ada seperti pengasasan semula Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), penyusunan Akaun Satelit Pelancongan (TSA), dan penyediaan profil Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Maklumat lanjut mengenai Banci Ekonomi 2016 dan bagaimana syarikat dapat mengambil bahagian boleh didapati di laman web Jabatan Perangkaan, www.statistics.gov.my.

BACA INI JUGA: MyDeposit, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

-SENTIASAPANAS.COM

Harta Karun 'Amber' Keajaiban Dunia Ke-8 Ditemui?

Harta Karun 'Amber' Keajaiban Dunia Ke-8 Ditemui?

Seorang pemburu emas Nazi, mendakwa bahawa dia telah menemui harta karun peninggalan Nazi pada era Perang Dunia Kedua yang dianggarkan bernilai £350 juta.

'Amber' by Bartlomiej Plebanczyk

Kurator Muzium, Bartlomiej Plebanczyk percaya, dia telah menemui bilik bawah tanah yang sebelum ini tidak diketahui orang, selepas dia menggeledah kompleks terowong Nazi dan kubunya.

Harta karun yang dikenali sebagai bilik 'Amber' itu berusia 300 tahun yang terletak di Catherine Palace, berhampiran St. Petersburg, hilang lebih daripada 70 tahun yang lalu dengan beberapa saksi mendakwa mereka pernah melihat 'harta' itu sedang dimuatkan ke dalam kapal Jerman.

'Amber' Catherine Palace by Bartlomiej Plebanczyk

Sementara itu, Plebanczyk mendakwa penemuannya itu adalah harta karun yang pernah disebut-sebut sebagai Keajaiban Dunia ke-8.

Dalam pada itu, memetik media tempatan Plebanczyk kini sedang memohon keizinan untuk menggali lebih ke dalam ruang bilik bawah tanah itu, agar membolehkannya memasukkan kamera video untuk meninjau keadaannya.

'Amber' Catherine Palace by Bartlomiej Plebanczyk [2]
Lokasi penemuan.

"Saya akan cuba menggunakan radar, bagi membolehkan saya menyelongkar lebih lagi.

"Saya perlu menggerudi bilik bawah tanah itu dan akan cuba menurunkan video di sana.

'Amber' Catherine Palace by Bartlomiej Plebanczyk [3]

"Bagaimanapun, saya perlu menunggu persetujuan pegawai pemuliharaan sejarah tempatan," katanya dipetik Express.co.uk

BACA INI JUGA: Jangan Ambil Harta Di Sungai Furat, Lupakan Kekayaan Itu!

Sumber: SH

Video Doktor Wanita Mabuk Bergaduh Dengan Pemandu Uber!

Video Doktor Wanita Mabuk Bergaduh Dengan Pemandu Uber!

Seorang doktor di Florida, Miami telah dibuang kerja setelah video pergaduhannya bersama seorang pemandu Uber dalam keadaan mabuk tersebar dan menjadi viral menerusi media sosial.

Anjali Ramkissoon

Anjali Ramkissoon, seorang doktor perubatan hilang kawalan dan dia mula menyerang seorang pemandu teksi Uber.

Apabila Anjali cuba ditenangkan, dia bertindak merampas kereta pemandu tersebut.

Dia juga membuang kesemua barangan peribadi pemandu berkenaan yang disimpan didalam kereta sebelum melarikan diri bersama kereta tersebut.

Perbuatannya dirakam oleh individu yang menghubungi pemandu tersebut untuk mendapatkan khidmat Uber.

Mengikut laporan, Anjali telah diberikan cuti bermula dari malam video tersebut tersebar pada Januari lalu dan selepas tiga bulan, dia telah ditamatkan perkhidmatannya.

Anjali walau bagaimanapun telah memohon maaf di atas perilakunya dan berkata dia berada di bawah tekanan kerana bapanya telah dimasukkan ke hospital dan dia juga ditinggalkan oleh teman lelakinya.

Dia juga mengakui bahawa dia bertindak sedemikian kerana menyangka itu merupakan teksi Uber yang telah ditempah olehnya dan tidak dapat mengawal dirinya apabila melihat pemandu teksi Uber itu mengambil penumpang yang lain.

BACA INI JUGA: Mahu Isteri Seorang Doktor? Anda Patut Tahu Ini



Sumber: Mynewshub.cc

Monday, April 25, 2016

'Saya Tidak Tertindas, Saya Bebas Memakai Tudung'

'Saya Tidak Tertindas, Saya Bebas Memakai Tudung'

Walau diperlekeh dan dikritik kerana gayanya bertudung, Yuna tetap enggan mendedahkan rambutnya ketika membuat persembahan, termasuk di Amerika Syarikat.

Yuna+Bertudung

“Mereka kata, ‘anda sepatutnya dedahkan sahaja rambut; anda tidak sepatutnya masih ditindas ― anda bukan lagi di Malaysia.

"Anda wajar tunjukkan bentuk tubuh dan berbangga dengannya.

“Tetapi saya berbangga dengan penampilan sekarang ― pilihan saya sendiri untuk menutup aurat.

"Saya tidak tertindas ― saya bebas,” katanya kepada majalah Billboard dalam edisi terbaru 30 April.

Yuna, dilahirkan Yunalis Zarai 29 tahun lalu, diwawancara majalah hiburan Hollywood itu sempena kemunculan album ketiga dan terbaiknya berjudul “Chapters”.

Walau pakaiannya itu bukan gaya lazim penyanyi pop, menurut majalah itu lagi, Yuna mempunyai peluang cerah di Amerika Syarikat. Lagunya “Crush” menduduki carta muzik Billboard.

BACA INI JUGA: Betapa 'Deritanya' Lelaki Memandang Buah Dada Wanita!

Sumber: Themalaymailonline

Video Cahaya Misteri Berjaya Dirakam CCTV Restoran!

Video Cahaya Misteri Berjaya Dirakam CCTV Restoran!

Seorang penguasaha restoran terkejut besar apabila mendapati satu objek ‘misteri’ yang bercahaya, muncul dalam rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya.

Cahaya Misteri Berjaya Dirakam CCTV

Rakaman berkenaan menjadi viral setelah dikongsikan seorang netizen yang mendakwa mungkin objek misteri tersebut merupakan sejenis santau yang dihantar ke gerai rakannya itu.

“Perhatikan di atas meja tu, kejadian berlaku pagi tadi, di restoran member… mungkin hasad dengki manusia tak boleh tengok orang lain senang berniaga… mula berkwan dengan syaitan,” tulis pemuat naik.

Cahaya misteri yang dirakam dalam video bertarikh 21 April itu menunjukkan ia sedang meraba-raba, memanjat dan seakan-akan cuba memakan tinggalan makanan di atas meja tersebut.

Pengguna sosial media rata-ratanya menyifatkan entiti bercahaya itu sebagai ‘makhluk’ jahat yang dihantar oleh seorang bagi melakukan perkara khianat.

Bak kata seorang pengguna facebook, Affiq Ardhi Apit; “Nak habaq tak kena… tak nampak dengan jelas… dia punya cahaya bagi tak nampak. Hmm… Dengki manusia ni nohh?” tulisnya.

Manakala, Zarul Bakri juga turut merasakan hal yang sama, “Seram gak tengok macam tu, siot la asyik ada hasad dengki tu, tak baik boh orang macam ni” katanya.

Bagaimanapun, jangan mudah membuat spekulasi, setelah meneliti rakaman berkali-kali, apa yang boleh kami katakan ialah objek bercahaya itu mungkin sebenarnya adalah serangga yang hinggap di cermin kamera.

Efek cahaya yang mencanak-canak mungkin terhasil disebabkan pencahayaan secara pantulan daripada abdomen serangga dan kamera ‘usang’ digunakan juga mungkin antara faktor kesan cahaya tidak sekata sewaktu dirakam.

Ini mungkin pendapat kami sahaja namun apa-apa pun, tidak dinafikan makhluk halus sememangnya wujud malah ia adalah satu realiti yang wajib diyakini oleh umat Islam.

BACA INI JUGA: Video Viral Bayi Ditolak Entiti Misteri



Sumber: mynewshub

Pinjaman Peribadi-i Quick Cash Bank Rakyat Tanpa Biro Angkasa!

Pinjaman Peribadi-i Quick Cash Bank Rakyat Tanpa Biro Angkasa!

Penuhi keperluan anda dengan melanggan Pembiayaan Peribadi-i Quick Cash yang memberikan kemudahan tunai yang cepat dan segera dengan kadar keuntungan yang sangat kompetitif.

Pembiayaan Peribadi-i Quick Cash

Konsep
  • Tawarruq

Ciri-Ciri
  • Amaun pembiayaan sehingga RM50,000
  • Tiada penjamin diperlukan
  • Perlindungan Takaful
  • Tiada bayaran pendahuluan

Syarat Pemohon
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Minimum caruman bulanan pekerja KWSP sebanyak RM660

Kelayakan Pembiayaan
  • Maksimum 25 kali caruman pekerja KWSP

Kadar Keuntungan
  • TEMPOH: Sehingga 5 Tahun
  • KADAR ASAS: KA + 12.90%
  • EFEKTIF/RATA: 16.85% / 9.73%

*Nota : Kadar Asas (KA) semasa ialah 3.95%

Cara Bayaran Ansuran
  • Tunai

Dokument Yang Diperlukan
  • Mykad

Fi dan Caj
  • Duti Setem: 0.5% dari jumlah pembiayaan seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949.

Nota: Anda dinasihatkan untuk mengambil perlindungan Takaful Berkelompok daripada syarikat takaful yang dilantik oleh Bank.

Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewat
  • Ketika tempoh pembiayaan: 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak
  • Selepas tamat tempoh pembiayaan: Berdasarkan kadar semasa Pasaran Wang Antara Bank secara Islam ke atas baki prinsipal tertunggak.

Helaian Pendedahan Produk

Ilustrasi Jadual Pembayaran

Ilustrasi Jadual Pembayaran

Pelanggan boleh memohon Pembiayaan Peribadi-i Quick Cash di mana-mana cawangan Bank Rakyat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat ditalian 1-300-80-5454 atau layari laman web Bank Rakyat.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

BACA INI JUGA: Misteri Simbol Iblis Dalam Wang Kertas RM1 Dan RM5!

-SENTIASAPANAS.COM

‘Saya Tidak Mempunyai Duit Untuk Membeli AC Milan’

‘Saya Tidak Mempunyai Duit Untuk Membeli AC Milan’

Sebelum ini, terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) akan membeli pasukan bola sepak Itali kegemarannya, AC Milan.

TMJ+AC+MILAN

Walau bagaimanapun, TMJ telah menafikan laporan yang mendakwa beliau berniat untuk membeli pasukan Itali, AC Milan semalam.

Menerusi satu post di Facebook Johor Southern Tigers, TMJ membuat penafian tersebut dengan tajuk ‘Saya Tidak Mempunyai Duit Untuk Membeli AC Milan’.

TMJ berkata jika beliau perlu memilih sebuah kelab bola sepak untuk dimiliki, beliau akan memilih pasukan AC Milan, tetapi bukan bermakna beliau akan membeli pasukan tersebut.

“Sememangnya saya memang ada keinginan tersebut. Jika saya perlu memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah salah satu impian saya. Tetapi itu tidak bermakna saya akan membelinya”

TMJ menegaskan dia tidak akan membeli AC Milan kerana beliau tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain.

“Saya tidak akan membeli AC Milan. Saya tidak mempunyai duit untuk membeli AC Milan. Saya tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain.

BACA INI JUGA: Eusebio, Lagenda Termahsyur Bola Sepak Portugal

TMJ+AC+MILAN [2]

Sumber: Mynewshub.cc

Video Keluarkan Susuk Dari Wajah Yang Mengerikan!

Video Keluarkan Susuk Dari Wajah Yang Mengerikan!

Amalan memakai susuk agar nampak jelita, mempersona dan hebat di mata manusia bukan sesuatu yang asing lagi.

SUSUK

Bagaimanapun amalan ini sebenarnya bercanggah dengan agama Islam malah terdapat kepercayaan mayat seseorang yang memakai susuk sehingga nafasnya ditarik oleh malaikat maut akan menghadapi masalah apabila dikuburkan.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tak dapat dijelaskan tetapi memakai susuk atau meminta bantuan selain daripadaNya pasti mendapat kemurkaan Allah.

Menerusi satu video yang tersebar di media sosial, seorang warga emas dilihat menjalani upacara membuang susuk yang dipakai di wajahnya.

Memang seksa melihat cara susuk dikeluarkan namun warga emas terbabit dan keluarganya pasti bersyukur kerana ia sempat dibuang sebelum meninggal dunia..

Selepas melihat video di atas diharapkan mereka yang mempercayai amalan khurafat segera kembali ke pangkal jalan terutama mereka yang sudah terlanjur memakai susuk di wajah atau anggota badan lain.

Seseksa-seksa proses keluarkan susuk, seksa lagi balasan yang menanti jika mati tak sempat bertaubat

BACA INI JUGA: Video Blind Date Yang Melucukan



Sumber: Mynewshub.cc