Monday, April 25, 2016

Jennifer Aniston Dinobat Wanita Tercantik Dunia 2016

Jennifer Aniston Dinobat Wanita Tercantik Dunia 2016

Disebalik usianya yang hampir mencecah 50-an, pelakon terkenal, Jennifer Aniston telah dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik Dunia untuk tahun ini.

Wanita Tercantik Dunia 2016

Jennifer menerima pengiktirafan itu daripada majalah People yang mewujudkan gelaran tahunan tersebut.

Aktres itu ternyata begitu terharu dengan penganugerahan tersebut selain menyebut Gloria Steinem, Laura Hutton dan Brigitte Bardot sebagai ikon kecantikan buat dirinya.

Menurut Jennifer yang terkenal dengan karakter Rachel dalam sitkom Friends, dia merasakan dirinya paling cantik selepas melakukan sesi senaman yang menjadi rutin hariannya.

Tahun lalu, gelaran Wanita Tercantik Dunia diraih aktres Sandra Bullock.

BACA INI JUGA: 5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik

Wanita Tercantik Dunia 2016 [2]

Sumber: mynewshub

Gambar Pasangan Kantoi Di Sebalik Batu Besar Viral!

Gambar Pasangan Kantoi Di Sebalik Batu Besar Viral!

Ingatkan dengan berselindung di sebalik batu besar, perbuatan intim mereka dapat disimpan rapi.

Seks+Bebas

Namun, rupa-rupanya ada juga mata-mata yang memerhati tingkah laku pasangan ini melakukan hubungan intim di kawasan air terjun yang dipercayai terletak di Pasir Puteh, Kelantan.

Pasangan itu dikatakan tidak segan silu melampiaskan nafsu mereka di kawasan umum, seolah-olah memang yakin bahawa perbuatan mereka itu tidak akan dilihat orang.

Mungkin mereka sudah terlalu selesa dengan kawasan berkenaan.

Kita hanya mampu bersangka baik dengan memikirkan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang tidak sabar menunggu untuk melakukannya dirumah.

Malangnya, aksi sebegini sangat dinanti-nantikan terutama oleh paparazi tidak bertauliah. Siap la korang kalau ada videonya sekali.

Kalau disergah sudah tentu-tentu terbantut hasrat mereka sekali gus tidak berlaku sebarang aksi memualkan di situ.

BACA INI JUGA: Lelaki Curang Lebih Cepat Mati?!

Sumber: Mynewshub.cc

Kemana Arah Tuju Selepas Keputusan SPM Dan STPM!

Kemana Arah Tuju Selepas Keputusan SPM Dan STPM!

Kemana arah tuju pelajar selepas keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan?

Lepasan SPM Dan STPM
Gambar hiasan.

Inilah soalan rutin yang dihadapi oleh majoriti lepasan STPM dan SPM pelajar, malah ibu bapa, apabila keputusan kedua-dua peperiksan itu diumumkan setiap tahun.

Calon yang berjaya dan memenuhi syarat kelayakan pasti mahu meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Mereka memilih untuk mengikuti kursus yang mereka minati di pusat pengajian tinggi.

Ada yang bernasib baik mendapat apa yang dihajati. Ada yang berjaya mendapat tempat tetapi gagal mendapat pusat pengajian tinggi atau kursus yang diharapkan, sebaliknya diberi pilihan lain di luar bidang yang diminati. Tidak kurang pula yang gagal sama sekali.

Bagi kebanyakan mereka, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara tradisi menjadi pilihan utama.

Selain yuran pengajian yang lebih rendah kerana menerima subsidi kerajaan berbanding Institusi pengajian Tinggi swasta (IPTS), mereka berasa lebih `selamat’ dan selesa belajar di institusi milik kerajaan yang menawarkan pelbagai kursus sebagai pilihan.

Permintaan Melebihi Penawaran

Namun 20 IPTA yang ada sekarang tidak dapat menampung ribuan lulusan SPM dan STPM. Jumlah yang layak berkali ganda daripada kekosongan yang ditawarkan sama ada untuk program ijazah pertama, diploma, atau asasi.

Itu pun nasib baik ada program matrikulasi Kementerian Pendidikan. Sebahagian yang diterima belajar di program matrikulasi akan membuka peluang kepada yang lain untuk bersaing kerusi dan tempat di IPTA yang lain.

Oleh kerana terlalu ramai jumlah lulusan yang layak berbanding tempat yang ditawarkan oleh IPTA, akibatnya ramai yang gagal mendapat tempat.

Selepas rayuan, masih ramai yang gagal. Mereka yang berada mungkin boleh memilih untuk meneruskan pengajian di IPTS.

Bagi yang lain, perlu merancang semula apa yang terbaik demi masa depan mereka.

Pada masa yang sama, ramai juga lepasan SPM khususnya berpendirian bahawa keutamaan adalah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berteraskan akademik tanpa mengambil kira kursus apa yang diambil.

Apabila gagal mendapat tempat mereka beranggapan masa depan dan kerjaya mereka akan suram.

Tetapi kini ada yang sudah menyedari bahawa selain berteras akademik semata-mata, kursus berteraskan vokasional dan kemahiran adalah alternatif yang boleh memberi jaminan masa depan.

Kerana itu, ramai kini yang lebih berminat menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran, malah menjadikannya pilihan utama.

Justeru, ramai yang memohon memasuki politeknik, institut kemahiran, pusat latihan belia dan lain-lain.

Dahulu, tempat-tempat ini mungkin hanya berfungsi sebagai pilihan terakhir tetapi kini persepsi tersebut telah bertukar.

Anggapan bidang kemahiran atau vokasional sebagai kurang menarik berbanding memasuki IPT adalah tidak tepat.

Pembangunan pesat negara dan kemajuan sektor industri dalam era menuju negara maju, memerlukan ramai tenaga kerja mahir.

Kemahiran adalah aset menyediakan diri menceburi dunia pekerjaan. Sektor guna tenaga masa kini menekankan kepada kemahiran berbanding akademik semata-mata.

Peluang kerjaya kepada mereka yang memiliki kemahiran lebih terbuka luas. Mereka boleh terus diambil untuk bekerja tanpa perlu banyak latihan berbanding mereka yang hanya ada kelayakan akademik semata-mata.

Kelebihan Kemahiran

Aspek kemahiran bukan sahaja berguna untuk menyediakan diri dengan keperluan pasaran kerja.

Sebaliknya ia juga sangat berguna untuk menyediakan seseorang meneroka kerjaya sendiri, tanpa mengharapkan pekerjaan di pasaran terbuka.

Contohnya, dengan ilmu kemahiran yang ditimba dan latihan amali yang dilalui, pelajar kemahiran fesyen boleh membuka kedai fesyen atau butik. Yang belajar mengenai automotif boleh membuka bengkel.

Yang berkemahiran komputer boleh membuka kedai memperbaiki komputer. Begitu juga dengan bidang kemahiran lain.

Bekerja sendiri bukan sahaja membolehkan seseorang merancang dan menentukan hala tuju perniagaan menurut acuan sendiri malah apabila telah berkembang maju boleh pula membuka peluang pekerjaaan kepada orang lain. Itu adalah lebih baik daripada makan gaji.

Harus diingat bahawa suasana dunia pekerjaan kini sudah berubah daripada era tahun 70-an dan sebelumnya.

Pada era tersebut, peluang kerja mudah dan banyak. Malah ada pelajar universiti yang sudah menerima tawaran kerja sekalipun masih belum menamatkan pengajian. Ertinya ‘kerja mencari orang’.

Dahulu dengan kelulusan SPM atau Malaysian Certificate of Education (MCE) bagi aliran Inggeris, seseorang boleh terus memohon jawatan Inspektor dalam perkhidmatan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau Leftenan Muda dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Apabila calon semakin ramai, jawatan semakin mengecil dan saingan semakin sengit serta tahap profesionalisme makin meningkat, kelayakan permohonan sebagai Inspektor dinaikkan kepada STPM atau Higher School Certificate (HSC). Kemudian ditingkatkan kepada Diploma.

Kini kelayakan masuk minimal adalah Ijazah Sarjana Muda yang mana dengannya dahulu seseorang layak terus memohon jawatan Penolong Penguasa Polis (ASP).

Gambaran ini menunjukan persaingan mendapat kerja semakin sengit dan taraf kelayakan untuk sesuatu jawatan semakin meningkat dan terus meningkat.

Ini ditambah dengan hakikat bahawa setiap tahun, ribuan graduan baharu dilahirkan oleh IPT atau institusi pendidikan tinggi lain seperti politeknik serta institut-institut latihan kemahiran.

Sementara ada di antara graduan ini yang mendapat kerja selepas menamatkan pengajian, ramai pula masih menganggur selepas dua tahun selesai konvokesyen.

Malah ada yang lebih lama daripada itu. Pelajar berkemahiran pula dikatakan lebih terbuka peluang mendapat kerja, khususnya untuk jawatan peringkat pertengahan.

Berdasarkan senario inilah pelajar mesti lebih bijak menyusun dan merancang arah tuju selepas tamat persekolahan.

Pendidikan memang penting tetapi memilih bentuk pendidikan yang boleh menjamin kejayaan masa depan tidak kurang pentingya.

Justeru pilihlah bidang yang boleh memberi laluan lebih lancar dalam menempa kecemerlangan hidup.

BACA INI JUGA: Kelayakan Akademik Penting Tapi Bukan Penentu Kecemerlangan Kerjaya

Sumber: mStar

Sunday, April 24, 2016

Takutkan Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria

Takutkan Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria

Sikap menakut-nakutkan anak sendiri dengan makhluk halus merupakan antara penyebab berlaku histeria, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

HISTERIA

Beliau berkata kebanyakan keluarga terutama kaum Melayu dilihat suka menanam semangat demikian pada anak-anak mereka sejak masih usia kecil lagi.

“Sikap ini akan mengakibatkan anak-anak mereka takutkan hantu dan makhluk halus yang lain, menyebabkan mereka terbawa-bawa hingga adakalanya mereka mengalami histeria (di sekolah),” ujarnya.

Bercakap kepada pemberita, Mohamad Shukri berkata sikap sedemikian hanya terdapat dalam masyarakat Melayu berbanding kaum-kaum lain, yang jarang mengalami histeria terutama ketika berada di sekolah.

Beliau berkata meskipun tidak dinafikan ada juga masyarakat lain mengalami masalah sama, tetapi yang paling menonjol adalah masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Datuk Mohamad Shukri Mohamad

Mufti tersebut mengulas mengenai trend kejadian histeria yang berlaku di beberapa buah sekolah di Kelantan sejak minggu lepas.

“Keadaan persekitaran juga memainkan peranan terhadap pengaruh histeria, seperti fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas terik ketika ini.

“Faktor alam ini juga boleh mempengaruhi psikologi seseorang itu terutama jika mereka tidak sihat, kurang tenteram atau susah hati,” katanya.

Mohamad Shukri berkata dalam Islam, tidak dinafikan mengenai kewujudan makhluk halus, namun orang Islam perlu tahu bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk dicipta Allah.

BACA INI JUGA: Misteri Lukisan Berhantu 'The Hands Resist Him'

Sumkber: BERNAMA/Mynewshub/HAA

Dato' Terlajak Laris Taja Pasukan Kedah RM30 Juta!

Dato' Terlajak Laris Taja Pasukan Kedah RM30 Juta!

Syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D'Herbs) mengesahkan bahawa ia akan menaja skuad Kedah sebanyak RM30 juta dalam tempoh tiga tahun.

D'Herbs+Taja+Kedah+100+Juta

Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, jumlah tajaan itu, yang dibuat atas permintaan kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), akan diserahkan selepas perjanjian dimeterai kedua-dua pihak dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, penajaan itu dibuat dengan beberapa syarat, dan pihaknya masih menunggu reaksi daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu.

"Setiap tahun, kita akan serahkan RM10 juta untuk tujuan pembangunan dan meningkatkan mutu bola sepak serta mahu melahirkan pemain muda hebat setanding dengan pasukan luar.

"Tajaan ini adalah satu suntikan semangat kepada pasukan Skuad Helang Merah dan jika pasukan itu menunjukkan prestasi yang bagus... saya akan terus menaja pasukan itu selepas kontrak tiga tahun itu tamat tempoh," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman.

Aliff berkata selain itu, dana itu akan digunakan oleh KFA untuk program pembanguan bola sepak di peringkat akar umbi dalam usaha untuk mencari bakat-bakat muda dalam mewarnai bola sepak negeri ini.

Penajaan itu juga akan digunakan untuk membaiki Stadium Darul Aman seperti menambah baik kaunter tiket, tempat untuk orang kelainan upaya (OKU) dan infrastruktur lain.

"Jumlah tajaan akan saya pantau dari masa ke masa bagi memastikan ia digunakan untuk pembangunan bola sepak sahaja," katanya sambil berharap pasukan Kedah menjuarai Piala FA dan berada pada kedudukan terbaik dalam Liga Super.

Menurut Aliff, beliau tidak akan mencampuri pentadbiran KFA sebaliknya akan membantu persatuan itu untuk mengkomersil bola sepak dan pemain dari pasukan itu pada masa depan.

BACA INI JUGA: Apa Itu Anugerah Puskás FIFA?

Sumber: Bernama

Wayne Rooney Atlet Lelaki Muda Paling Kaya 2016!

Wayne Rooney Atlet Lelaki Muda Paling Kaya 2016!

Wayne Rooney disenaraikan sebagai atlet lelaki muda paling kaya di Britain oleh Sunday Time menerusi keluaran pada Jumaat.

Wayne+Rooney+2016

Pemain England dan Manchester United berusia 30 tahun itu mengumpul kekayaan sebanyak £82 juta untuk menjadikannya atlet di bawah umur 30 tahun paling kaya.

Kekayaan Rooney dikumpul melalui gajinya di United yang bernilai £300,000 seminggu, pemain yang menerima gaji tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, Rooney juga menjadi duta dan model kepada banyak produk seperti Nike dan Samsung.

Dua beradik yang merupakan bintang tenis Britain iaitu Andy dan Jamie Murray berada di kedudukan kedua dengan kekayaan sebanyak £58 juta.

Di kedudukan ketiga ialah pemain golf, Rory Mcllroy manakala Gareth Bale, Sergio Aguero dan David Silva mengisi tempat keempat hingga keenam.

BACA INI JUGA: 5 Bintang Gusti Paling Kaya Di Dunia!

Rich+List+Britain+2016

Sumber: mStar

1.25 Juta Peminjam PTPTN Disenarai Dalam CCRIS

1.25 Juta Peminjam PTPTN Disenarai Dalam CCRIS

Seramai 1.25 juta peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman PTPTN telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Peminjam PTPTN Disenarai Dalam CCRIS

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata peminjam tegar itu bukan sahaja disenaraikan dalam CCRIS oleh PTPTN malah oleh pelbagai institusi kewangan lain.

“Ada peminjam PTPTN itu turut gagal membayar hutang dengan institusi kewangan lain.

“Sebenarnya CCRIS bukan bertujuan menyenarai hitam nama peminjam, sebaliknya untuk kemudahan institusi kewangan lain melihat rekod peminjam untuk urusan kredit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Plus."

Beliau berkata pihaknya mula menyenaraikan peminjam tegar ke dalam sistem maklumat itu secara berperingkat sejak 16 Jun tahun lepas yang bertujuan menggalakkan peminjam supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam membayar balik pinjaman.

Katanya, peminjam yang mempunyai rekod pembayaran buruk berisiko sukar memperoleh kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk bagi permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan.

Dalam perkembangan lain, Shamsul Anuar berkata PTPTN menyasarkan RM2 bilion didepositkan ke dalam produk baharunya SSPN-i Plus, yang diperkenalkan sejak Jun tahun lepas, menjelang tahun 2020.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 7,237 akaun SSPN-i Plus telah dibuka membabitkan nilai deposit RM534,000 dan menjangkakan 30,000 akaun lagi akan dibuka sehingga hujung tahun ini.

Katanya pendeposit yang menyimpan dalam SSPN-i Plus boleh memilih pelbagai pakej dengan cara potongan gaji termasuk pakej serendah RM50 sebulan berserta pelbagai kelebihan lain.

Beliau berkata sempena tahun pertama pelancaran SSPN-i Plus, PTPTN turut menganjurkan cabutan bertuah kepada pendeposit dengan tawaran hadiah berupa sebuah apartment bernilai RM500,000, kereta BMW dan Honda CRV serta barangan lain bernilai kira-kira RM3 juta.

SSPN-i Plus adalah pelan simpanan terbaik yang menggabungkan simpanan pendidikan dan pakej perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

BACA INI JUGA: Artis-artis Hollywood Yang Berpelajaran Tinggi

Sumber: BERNAMA

TMJ Pemilik Baru Kelab AC Milan?

TMJ Pemilik Baru Kelab AC Milan?

TMJ mendedahkan sedang dalam proses perbincangan untuk membeli kelab gergasi Serie A Itali, AC Milan.

AC MILAN - TMJ

Walaupun fokus TMJ ketika ini adalah mengukuhkan pembangunan JDT, namun beliau mempunyai hasrat yang cukup besar.

Dalam sesi temu bual eksklusif dengan akhbar Singapura, The Straits Times, TMJ mendedahkan hasratnya untuk membeli kelab Serie A itu.

"Saya merancang untuk membeli AC Milan, namun kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Saya suka Milan dan saya memang meminati bola sepak Itali sejak kecil lagi," jelasnya.

Tidak dinafikan JDT sentiasa menjadi agenda utama, namun TMJ menjelaskan sekiranya beliau mahu membeli kelab bola sepak di Eropah, AC Milan akan menjadi pilihannya.

Difahamkan, kedua-dua pihak ketika ini mereka berada di tahap perbincangan.

The Rossoneri ketika ini dimiliki bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Berlusconi turut menyatakan hasrat untuk menjual kelab itu yang sedang menanggung hutang besar.

TMJ turut mahu kedua-dua pasukan (JDT dan AC Milan) membentuk satu hubungan rapat sekiranya proses pembelian kelab itu terlaksana.

"Ia akan jadi satu jalinan secara langsung di antara JDT dan AC Milan," katanya.

Mengikut laporan Forbes, juara 18 kali Serie A itu kini sedang menanggung hutang mencecah AS$100 juta (RM390 juta).

Namun, AC Milan kekal sebagai salah sebuah pasukan yang mempunyai sokongan teguh di Itali.

Sebelum ini, seorang tokoh perniagaan Malaysia, Datuk Dr Noordin Ahmad, telah membeli 50 peratus saham kelab yang bersaing dalam Serie B, FC Bari.

Sekiranya TMJ berjaya memiliki AC Milan, sudah pasti ia akan menjadi berita gembira buat peminat bola sepak tanah air.

BACA INI JUGA: Ronaldo Peneraju Boikot Israel

Sumber: Stadiumastro

Tokoh Kulit Hitam Pertama Hiasi Wajah Baharu Dolar AS!

Tokoh Kulit Hitam Pertama Hiasi Wajah Baharu Dolar AS!

Enam denominasi mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) bakal berwajah baharu dengan kesemuanya akan menampilkan tokoh kulit hitam terkenal dalam sejarah negara kuasa besar dunia itu.

Harriet Tubman

Ini termasuk buat julung kalinya mata wang pecahan AS$20 yang selama ini dihiasi gambar wajah Andrew Jackson, presiden ketujuh AS, akan berganti rupa, menurut laporan akhbar The New York Post pada Jumaat.

Wajah baharu yang akan dipampang atas lembaran wang kertas itu ialah wajah Harriet Tubman (1822-1913), seorang aktivis anti-perhambaan kanak-kanak yang pernah membantu ratusan pelarian budak kecil abad ke-19.

Harriet akan menjadi wanita sekali gus tokoh kulit hitam atau African American yang pertama menghiasi wang kertas AS sejak wajah Martha Washington yang pernah terpampang untuk pecahan AS$1 lebih 100 tahun lalu.

“Keputusan untuk menggunakan wajah Harriet di atas mata wang AS$20 berdasarkan usul cadangan daripada ribuan warga AS dari pelbagai latar belakang dan usia,” kata Setiausaha Kewangan AS, Jack Lew kepada media.

Beliau memberitahu, wang berwajah Harriet ini dijadualkan mulai digunakan pada 2020. Lebih 118,000 daripada 609,000 orang yang dibanci menginginkan wajah aktivis kelahiran Maryland itu, tampil untuk wang AS$20.

Harriet Tubman [2]

Pihak perbendaharaan AS bagaimanapun menyangkal pengumuman awal Presiden AS, Barack Obama sambil mengesahkan wajah Alexander Hamilton, salah satu pengasas AS, tetap digunakan untuk denominasi AS$10.

Namun wajah aktivis pejuang hak wanita AS untuk mengundi dalam pilihan raya AS iaitu Lucretia Mott, Sojourner Truth, Susan Anthony, Elizabeth Candy Stanton dan Alice Paul akan dicetak di bahagian belakang wang tersebut.

Mata wang baharu AS$10 ini dijadualkan bakal diedarkan kepada umum pada 2020 kelak bersamaan dengan peringatan ulang tahun ke-100 pindaan ke-19 yang memberi hak pengundian kepada golongan wanita di AS.

Obama pada sidang media di White House sebelum itu mengumumkan enam denominasi mata wang dolar iaitu AS$1, AS$5, AS$10, AS$20, AS$50 dan AS$100 akan berwajah baharu memaparkan ikon kulit hitam terkenal.

Ia melibatkan wajah tokoh iaitu Martin Luther King untuk mata wang AS$1, Frederick Douglass (AS$5), Martin Robinson Delaney (AS$10), Harriet Tubman (AS$20), W. E. B. Du Bois (AS$50), Booker T. Washington (AS$100).

Mereka mengambil alih wajah sebelumnya iaitu George Washington untuk AS$1, Abraham Lincoln (AS$5), Ulysses Grant (AS$10), Alexader Hamilton (AS$20), Andrew Jackson (AS$50) dan Benjamin Franklin (AS$100).

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Matawang Paling Mahal Di Dunia

Sumber: Agensi/Mynewshub/HAA

Atheist Cabar Allah Di Tanah Suci!

Atheist Cabar Allah Di Tanah Suci!

Sejak laman Facebook ‘Kiub Batu Itu Berhala’ ditubuhkan beberapa tahun lalu, ahlinya tidak henti-henti mengatur langkah dengan melakukan pelbagai cubaan murtad, bahkan menghina bertubi-tubi apa sahaja berkaitan agama Islam.

Atheist Cabar Allah Di Tanah Suci!

Terbaharu, seorang ahli group Facebook itu, Dawkins Al Haq yang merupakan seorang atheist telah membuat onar mencabuli kesucian agama Islam dengan bertindak memasuki kota Makkah seolah-olah mahu mencabar Allah SWT.

“Betul ke muslim kata orang kafir tidak boleh masuk tanah haram start dari pintu gerbang bentuk rehal quran dari Jeddah,” tulisnya.

Lebih biadap, individu itu turut memuat naik beberapa gambar potongan ayat berbunyi, ‘proud to be Atheist’ iaitu bermaksud ‘bangga menjadi Atheist’ dan Republik Atheist dengan berlatar belakangkan pemandangan Masjidil Haram.

Atheist Cabar Allah Di Tanah Suci! [3]

Malah, status yang dimuat naik lelaki itu jelas menampak dirinya mengetahui tentang larangan orang kafir dalam memasuki kota Mekkah yang tercatat dalam Al-Quran menerusi surah At-Taubah ayat 28 yang berbunyi;

‘Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini (iaitu tahun penaklukan kota Mekah)’.

Atheist Cabar Allah Di Tanah Suci! [2]

Meskipun, dia adalah Atheist iaitu golongan yang menolak agama, tetapi mencemar agama Islam dan mencabar kekuasaan Tuhan Yang Esa seperti apa yang dilakukan di Tanah Suci merupakan satu penghinaan kepada umat Islam.

BACA INI JUGA: Kenapa Orang Islam Menyembah Ka'abah?

Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, April 23, 2016

Senarai Makanan Yang Baik Sebagai Perangsang Suami Isteri

Senarai Makanan Yang Baik Sebagai Perangsang Suami Isteri

Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin pastinya inginkan sesi intimasi yang bermakna. Dalam mendapatkan pengalaman yang memuaskan, sumber pemakanan didapati juga memainkan peranan dalam memberikan nikmat seks yang memuncak tidak kira lelaki atau wanita.

Food and sex

Rangsangan ketika seks adalah elemen penting dalam menyalurkan rasa kepuasan dan klimaks buat pasangan suami isteri.

Kerap kita dengari bahawa kebaikan tiram dalam memberikan seks yang baik, tetapi adakah anda tahu tentang jenis makanan lain yang juga berfungsi dalam memberikan rangsangan ketika hubungan seks?

Ketahui jenis makanan ini untuk anda sertakan dalam menu nanti.

1. Buah Oren

Menurut pakar, Vitamin C adalah komponen penting dalam pengambilannya untuk menjaga kesihatan organ seks agar sentiasa dalam keadaan baik.

Buah oren yang secara lazimnya mengandungi Vitamin C yang tinggi dapat memastikan kesihatan tubuh badan termasuk organ yang bekerja dalam melancarkan seks.

2. Telur

Diperkaya dengan Vitamin B5 dan B6, yang mana baik untuk mengimbangi tahap hormon dalam badan.

Telur juga kaya dengan protein yang mana memberikan tenaga yang lebih ketika hubungan intim bersama suami atau isteri.

3. Minyak Zaitun

Ia membantu dalam menghasilkan testosterone dalam badan. Ia juga khusus untuk wanita yang mengalami masalah untuk sampai puncak klimaks.

4. Makanan kaya Zink

Daging merah dan beras perang antara sumber makanan yang kaya dengan Zink. Ia membantu dalam melambatkan proses penghasilan prolactin, dan merangsangkan dinding vagina ketika hubungan intim.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh