Saturday, April 23, 2016

Kecoh Zizie Ezette Buka Tudung Semasa Melancong Di Jepun!

Kecoh Zizie Ezette Buka Tudung Semasa Melancong Di Jepun!

Lama tidak mendengar khabar pelakon cantik ini. Selepas berkahwin dengan ahli politik, Datin Zizie Ezette, agak jarang berkongsi tentang kisah kehidupannya.

Zizie Ezette Buka Tudung

Terkini kecoh pula di laman sosial Instagram milik aktres ini apabila dia memuat naik gambar tidak bertudung semasa bercuti di Osaka, Jepun bersama beberapa rakan.

Tindakan Zizie Ezette, 37; memuat naik gambar tidak berhjab di laman sosialnya telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan reaksi baik dari peminat mahupun haters.

Gambar yang dimuat naik itu masih lagi berada di dalam Instagram miliknya dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Pelbagai bentuk komen boleh didapati pada foto tersebut, daripada positif hinggalah negatif.

Namun ada juga yang cuba ber’husnuzhon‘ dengan foto tersebut. Ini gambar yang menjadi pertikaian ramai itu.

Walaupun kecoh mempertikaikan dan mengutuk tindakan pelakon ini, namun tiada sebarang reaksi atau maklum balas dari pihak Zizie sendiri berkenaan gambar yang dimuat naik itu.

Apa pun, empunya badan pasti ada penjelasan yang tersendiri diatas tindakannya itu.

Sebagai peminat atau pun pembaca, janganlah terlalu menghukum sebelum mengetahui kisah yang sebenar.

Diharapkan pelakon ini dapat tampil untuk menjelaskan isu berkenaan..

BACA INI JUGA: Kisah Sedih Anak Bunuh Diri Guna Telekung Yang Mak Ayah Wajib Baca!

Sumber: Mynewshub.cc

Jutawan Malaysia Pemilik FC Bari ‘Disambut’ Dengan Ludah Di Itali!

Jutawan Malaysia Pemilik FC Bari ‘Disambut’ Dengan Ludah Di Itali!

Jutawan Malaysia yang juga merupakan pemilik baharu kelab bola sepak FC Bari 1908, Datuk Dr. Noordin Ahmad menerima ejekkan dan ‘disambut’ dengan ludah oleh pasukan pihak lawan.

Jutawan Malaysia Pemilik FC Bari

Kejadian tidak dijangka itu dilaporkan berlaku ketika beliau menyaksikan pasukannya menentang Ascoli Picchio FC 1898 di Stadium Cino e Lillo Del Duca, Itali, pada Rabu lalu.

Semasa menonton perlawanan tersebut, Noordin, 59, turut ditemani oleh peguamnya, Grazia Iannarelli dan Presiden Bari FC, Gianluca Paparesta.

Akibat kejadian itu, Paparesta meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong Ascoli itu dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai tidak bertamadun.

“Walaupun kita berbeza de­ngannya (Noordin), namun tindakan biadab itu telah mencerminkan budaya Itali kepada orang luar. Ini sangat memalukan.

“Saya telah membuat aduan kepada pihak polis mengenai perkara ini agar perbuatan tersebut tidak berulang.

“Noordin datang ke Itali untuk meningkatkan mutu bola sepak kita, termasuk golongan belia. Sepatutnya insiden seperti itu tidak berlaku,” katanya kepada portal peminat kelab itu, Bari nel Pallone.

Dalam pada itu, Paparesta turut meluahkan rasa kagum dengan sikap profesional ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang ini yang tenang mengharungi momen buruk itu.

“Beliau (Noordin) langsung tidak mempedulikan tindakan penyokong tuan rumah, sebaliknya terus memberikan sokongan penuh kepada Bari.

“Malah, Noordin dilihat bersorak dan turut menyanyi bersama kira-kira 2,000 penyokong Bari di sini.

“Saya rasa, beliau telah jatuh cinta dengan penyokong Bari se­bab, ketika perjalanan ke Stadium Cino e Lillo Del Duca, Noordin sanggup berhenti seketika untuk bergambar bersama-sama mereka,” ujarnya lagi.

Perlawanan itu menyaksikan Bari mengalahkan Ascoli 1-0 hasil jaringan pemain pertahanan Denis Tonucci, sekali gus meletakkan kelab itu berada di tangga ketiga hanya di bawah Crotone dan Cagliari dengan 63 mata.

BACA INI JUGA: Sejarah Nombor Jersi Bola Sepak Yang Anda Tak Tahu

Sumber: Mynewshub.cc

Dato' Terlajak Laris Lelong Rumah RM11 Juta!

Dato' Terlajak Laris Lelong Rumah RM11 Juta!

Pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzama tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja D’Herbs, sudah pasti ramai yang terngiang-ngiang taglinenya yang popular itu, Terlajak Laris.

Dato' Terlajak Laris Lelong Rumah

Datuk Aliff Syukri, 28, melalui laman sosial Facebook miliknya telah memuat naik satu posting untuk menjual rumahnya dengan harga RM11 juta.

Banglo mewah seakan-akan istana yang terletak di Seksyen 10 Kota Damansara itu hendak dijualnya kerana ingin berpindah ke rumah baharu.

Walaupun berat hati bagi jutawan ini untuk melepaskan rumah itu, namun dia harus melepaskannya juga kerana takut tidak mampu untuk menguruskan dua rumah dalam satu masa memandangkan dia akan berpindah ke rumah baru.

Dato' Terlajak Laris Lelong Rumah [2]

Agak sayang juga hendak dibiarkan rumah yang bagaikan istana ini terbiar kosong begitu sahaja tanpa berpenghuni.

Pelbagai komen diutarakan oleh pengguna media sosial pada gambar yang dimuat naik itu.

Walau apapun, sesiapa yang mampu untuk memiliki kediaman Abang Terlajak Laris ini bolehlah menghubungi nombor yang diberikan.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Di Sebalik Kejayaan Pengasas D’Herbs

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, April 22, 2016

Emma Maembong Hilang 3 Juta Followers Instagram Kena Hack!

Emma Maembong Hilang 3 Juta Followers Instagram Kena Hack!

Laman sosial selebriti dan instafamous digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Emma Maembong Instagram

Terbaharu, menimpa kepada pelakon jelita Emma Maembong yang kehilangan lebih tiga juta pengikut dalam Instagram apabila akaun laman sosialnya itu digodam, tiga hari lalu.

Akibat kejadian itu, Emma terpaksa membuka akaun Instagram baharu dengan menggunakan nama @emma_maembong official.

Mengulas hal itu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 24, memberitahu dia sebenarnya kesal apabila akaun Instagram yang menjadi tempat menyimpat memori hilang begitu sahaja.

“Terkejut sehingga lidah saya kelu tak tahu nak cakap apa. Saya sedih sangat kerana Instagram saya itu menyimpan seribu satu memori yang tidak dapat dicari kembali.

“Saya hanya menyedarinya apabila bangun pagi dan mendapat e-mel berhubung perkara ini. Namun, saya reda dan membuat keputusan untuk tampil dengan akaun Instagram baharu.

Emma Maembong

“Bukan itu saja, ada yang ambil kesempatan dengan mewujudkan beberapa akaun palsu. Saya tidak mahu ada peminat yang tertipu dan ingin menegaskan akaun baharu rasmi saya ialah @emma_maembongofficial,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Emma kini sedang menjalani penggambaran filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang.

BACA INI JUGA: 7 Penggodam Paling 'Hebat' Di Dunia!

Sumber: Mynewshub.cc

7 Cara Didik Anak Lebih Pintar

7 Cara Didik Anak Lebih Pintar

Anak-anak kita sangat unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Jadi kenapa kita mesti fokus kepada kelemahan dan perkara lain yang mereka tidak boleh lakukan dengan baik seperti kanak-kanak lain berbanding kelebihan mereka?

Anak+Pintar

Menjadi tugas ibu bapa untuk membantu membentuk bakat semula jadi anak, jadi barulah mereka boleh berjaya dan melalui pengalaman baik dalam hidup.

Untuk mendidik kekuatan individu anak anda yang unik, ada tujuh perkara yang anda mesti amalkan.

1. Jangan tengok pada 'masalah dan cuba 'membetulkannya'

Tak kira sama ada di rumah atau pun sekolah, kita biasanya akan fokus kepada apa kesilapan yang dibuat oleh anak.

Tidak semua orang boleh menjadi bagus dalam semua perkara, jadi lebih awal anda kenal pasti kelebihan anak, maka lebih bagus untuk anda fahami faktor menarik semula jadi anak-anak supaya mudah membimbing mereka ke mercu kejayaan.

2. Bantu menukar kelakuan buruk dengan sesuatu yang lain

Antara kelakuan buruk kanak-kanak prasekolah adalah suka menggigit orang. Ia sangat menggeramkan para ibu bapa.

Sudahnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang suka menggigit asyik fokus kepada kelemahan si anak sahaja.

Mereka asyik bertanya soalan yang sama. "Hari ni ada gigit kawan tak?" atau mengingatkan anak supaya jangan menggigit kawan!

Sebaiknya cuba cari apa minat anak anda dan bakat sebenarnya, jadi anda ada benda lain untuk diberi perhatian dan bukan sekadar masalah dia suka menggigit orang lain.

3. Fokus kepada aktiviti yang paling anak gemar

Tentu anda dapat kesan apa jenis permainan atau aktiviti yang mampu membuatkan si kecil duduk diam dalam masa yang lama.

Contohnya jika dia gemar bermain permainan lego, maka anda boleh memintanya membina objek yang pelik dan sukar. Dengan cara ini anda membantunya menjadi lebih kreatif kerana otaknya berfikir dan ototnya aktif bekerja.

4. Bina rangkaian 'rakan kongsi'

Bukan hanya anda berdua sahaja yang ditemui oleh anak setiap hari. Sebagai ibu bapa, anda tentu melihat anak membuat sesuatu perkara yang baru setiap hari.

Jika ada orang lain di sekeliling hidup anda seperti datuk nenek, jiran-jiran, guru dan pengasuh yang mampu memerhatikan beberapa aspek karektor anak, jadi mereka boleh membantu mengesan apa bakat yang dimiliki oleh anak.

Dengan cara itu anda boleh mengasah bakat tersebut dan memberi fokus kepadanya.

5. Berikan perhatian tanpa sempadan

Perhatikan berapa kali anak meminta anda memberi perhatian dengan apa yang mereka buat. Anak-anak cuma mahukan perhatian daripada ibu bapa untuk membesar dengan lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan.

6. Biasakan beri masa menunggu jawapan daripada anak

Gandakan masa anda menunggu apa yang anak fikirkan tentang sesuatu soalan. Apabila anda mula melatih diri untuk lebih mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh anak, dan mengesan apa yang mereka inginkan, maka komunikasi akan lebih berjalan lancar.

7. Jangan harap perubahan sekelip mata

Matlamat sebagai ibu bapa adalah untuk memastikan anak-anak hidup bahagia dan gembira. Jika anda sedang dalam proses mengubah perilaku anak-anak kepada yang lebih positif, jangan jangkakan ia berlaku sekelip mata. Yang penting ibu bapa jangan cepat putus asa.

BACA INI JUGA: Enam Perkara Yang Wanita Lebih Baik Berbanding Lelaki

Sumber: Majalahpama

Rahsia Teknik Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET

Rahsia Teknik Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET

Kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan MUET. Adakah anda kini sedang berada di dalam keadaan rungsing memikirkan tentang peperiksaan MUET yang akan hadapi tidak lama lagi?

Tenik Lulus MUET

Maklumlah, peperiksaan MUET ini mungkin salah satu perkara yang terpenting di dalam hidup anda. Ianya akan menentukan sama ada anda akan berjaya untuk menyambung pelajaran ke IPT atau tidak?

Atau ia juga akan menjadi tanda penentu bahawa sama ada anda layak atau tidak untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja anda.

Pada tahun 2009, seramai 164,446 calon telah menduduki peperiksaan MUET, tetapi malangnya, hanya 12% sahaja yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang (Band 6).

Bakinya, memperolehi keputusan yang biasa-biasa sahaja dan kurang memuaskan.

Keputusan yang kurang memuaskan ini akan menyukarkan anda untuk memperolehi jurusan yang anda idamkan di Universiti.

Keputusan untuk kenaikan pangkat di tempat kerja mungkin perlu dipertimbangkan semula oleh pihak atasan apabila melihat keputusan peperiksaan MUET anda yang kurang memuaskan.

Mahu atau tidak, anda terpaksa mengambil sekali lagi peperiksaan MUET dan ianya akan mengambil masa anda selama 6 bulan lagi.

EBOOK PANDUAN MUET

Panduan MUET ini ditulis atas kesedaran membantu golongan yang ingin maju ke hadapan untuk bersaing di era globalisasi ini.

Ebook ini memberi garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing.

Di dalam ebook ini, ada banyak panduan dan info yang dapat membantu anda.

Antaranya:
  • Gambaran bagaimana peperiksaan Speaking dijalankan
  • Kelemahan calon semasa peperiksaan Speaking
  • Contoh soalan-soalan serta teknik dan panduan menjawab komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing
  • Panduan mahir dalam kemahiran mendengar
  • Format terkini peperiksaan MUET dan pelbagai lagi info yang anda perlukan berkaitan MUET

Jadi! Usah berlengah lagi! dapatkanlah ebook panduan ini untuk memberikan keyakinan kepada anda di dalam menghadapi peperiksaan MUET yang akan datang.

Sekaligus, membolehkan anda memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut!

Klik untuk download ebook ini! DOWNLOAD

BACA INI JUGA: 14 Kursus Paling Sukar Yang Ditawarkan Universiti Di Malaysia

Rahsia Seguni Padi

Rahsia Seguni Padi

Disebuah desa, hidup dua orang adik-beradik. Abang yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Manakala adik lelakinya masih bujang.

Rahsia Seguni Padi

Adik-beradik ini bersama-sama mengusahakan sebidang sawah peninggalan orang tua mereka. Hasilnya mereka bahagi sama rata.

Suatu malam, ketika adik duduk keseorangan, dia terfikir tentang pemberian bahagian padi antara dirinya dan abangnya.

"Pembahagian ini tidak adil. Mana boleh sama banyak, sepatutnya abangku yang mendapat lebih kerana dia perlu menanggung isteri dan anak-anaknya," ujar adik tersebut.

Lalu pada waktu malam, dia mengangkat seguni padi secara diam-diam lalu dituangkan ke dalam bekas simpanan padi.

Tanpa adik itu sedari, abangnya juga berfikiran sama dengannya.

"Adikku hidup seorang diri.

"Jika ada apa-apa yang berlaku dengannya, tiada siapa yang akan membantu dia sedangkan saya masih ada isteri dan anak-anak yang membantu.

"Sepatutnya dia mendapat lebih bahagian daripada saya," ujar abang tersebut.

Dan abang ini juga secara diam-diam membawa seguni padi ke rumah adiknya.

Perkara ini berlaku bertahun-tahun lamanya tanpa disedari kedua-dua adik beradik ini.

Cuma, mereka sering tertanya-tanya mengapa simpanan padi mereka tidak pernah berkurangan.

Sehinggalah pada suatu malam, kedua-duanya terserempak ketika masing-masing membawa seguni padi untuk diletakkan seperti biasa.

Disitulah segalanya terjawab.

Mereka saling bertangisan dan menyedari betapa mereka amat menyayangi antara satu sama lain hingga tidak kisah jika bahagian mereka berkurangan demi untuk saudara sendiri.

Moral cerita

Sebenarnya, beginilah sifat adik-beradik yang harus ditanamkan. Sayangnya, pada zaman ini, hartalah yang selalu membawa pertengkaran dikalangan adik-beradik hingga terputus silaturahim.

Ingatlah, Allah tidak akan membiarkan kita kekurangan apabila kita selalu berusaha untuk mencukupkan keperluan orang lain.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kenapa Manusia Ketawa?

-SENTIASAPANAS.COM

Panduan Anak Pintar Dengan Makanan Sunnah!

Panduan Anak Pintar Dengan Makanan Sunnah!

Rasanya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang dilahirkan membesar sihat dan bijak. Selain melakukan pelbagai rangsangan untuk membantu perkembangan otak yang cerdas, soal pemakanan juga perlu dijaga dan dititikberatkan.

Superfood Sunnah

Menjaga pemakanan sejak anak mula makan makanan pejal sangat penting jika mahu anak anda sihat dan bijak.

Selain membekalkan sumber khasiat untuk tumbesaran tubuh badan yang sihat, makanan juga penting untuk perkembangan otak. Bahkan menjaga pemakanan juga sangat digalakkan dalam ajaran Islam.

Selain mengajar anak-anak mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kesihatan badan dan diet yang seimbang, jangan lupa biasakan si kecil untuk mengamalkan makanan sunnah Rasulullah SAW.

Makanan sunnah bukan sahaja baik untuk kesihatan badan tetapi juga membantu mencerdaskan otak.

Percayalah, anak yang terbiasa mengamalkan makanan sunnah akan membesar sebagai anak yang sihat dan bijak dengan izin Allah SWT.

1. Madu

Tak perlu dipertikaikan lagi. Madu lengkap sebagai makanan yang memiliki semua komponen keperluan manusia seperti enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak.

2. Kismis

Diperbuat daripada anggur kering, kismis kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Kismis adalah salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak.

Manakala ramai ulama’ yang menggalakkan pelajar mereka memakan kismis untuk menambah daya ingatan otak seperti Ibni Qayyim sebagai berkata:

“Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis.” Petikan kitab Tibb an-Nawawi

3. Kurma

Amalan memakan kurma amat digalakkan kepada wanita mengandung bagi membentuk otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan. Buah kurma juga telah diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai makanan yang baik untuk otak.

4. Buah Tin

Kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah tin memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.

Secara saintifiknya apabila komponen dan keperluan badan adalah lengkap, maka badan akan berada dalam keadaan kesihatan yang optimum kerana mampu berfungsi dengan baik.

Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah.

Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah diangkut ke seluruh badan termasuk otak.

Bukan sahaja otak mendapat segala kebaikan malah antioksida, vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak.

5. Habbatussauda

Biji hitam ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit. Dalam Kitab Sahih al Bukhari Muslim, Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda' kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati."

6. Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan.

Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.

Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser.

Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung.

Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori.

Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.

7. Susu Kambing

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental.

Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.

Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri.

Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.

Proses penutrisian otak adalah berkait rapat dengan sistem penghadaman yang baik. Melalui sistem penghadaman yang sihat, segala nutrisi yang kaya di dalam susu dapat dimanfaatkan bukan sahaja pada otak malah keseluruh tubuh manusia.

BACA INI JUGA: Kaedah Fonik, Anak Tiga Tahun Boleh Membaca!

Sumber: Tazkirah

Thursday, April 21, 2016

Tips Terapi Azan Sebagai Penyembuh Penyakit

Tips Terapi Azan Sebagai Penyembuh Penyakit

Azan secara khusyuk yakni dengan penuh penghayatan serta ikhlas.

Azan

Alunkan di dalam hati agar tidak timbul salah faham dan riak.

Niatkan apa saja dengan penuh kejujuran dan pengharapan sebelum azan dialunkan.

Boleh dilakukan sepanjang masa dan dimana jua.

Waktu terbaik gelombang Theta;
  • Subuh
  • Dhuha
  • Asar
  • 2/3 malam
  • Khamis malam Jumaat
  • Bulan Ramadhan
  • Puasa-puasa lain
  • Membaca Al-Qur'an bersama tajwid

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Magisnya Azan

-SENTIASAPANAS.COM

Bayi Kerap Diurut Lebih Bijak!

Bayi Kerap Diurut Lebih Bijak!

Siapa yang tidak suka diurut. Ia umpama 'kuasa' ajaib yang mampu memberi kesembuhan dan ketenangan kepada mereka yang dalam ketegangan. Bayi juga tidak terkecuali!

Panduan urut bayi

Sentuhan adalah elemen penting dalam membina ikatan erat setiap insan. Urutan adalah sebahagian daripadanya. Ia boleh menenangkan bayi dan membantunya untuk tidur lena.

Urutan boleh memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi seorang bayi. Hanya peruntukan beberapa minit sehari, sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan positif si manja.

Tidak mustahil bayi yang diurut setiap hari mampu membesar sebagai anak yang bijak dan cerdas. Terdapat bukti saintifik menunjukkan urutan sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi dan memberi perlindungan daripada jangkitan pada peringkat awal kehidupan seseorang bayi.

Tidak ada masa spesifik ditentukan untuk mengurut bayi. Namun, dicadangkan waktu yang sesuai untuk melakukan urutan ialah antara waktu menyusu bayi. Ia adalah cara bagi mengelak bayi tidak begitu lapar atau begitu kenyang.

Masa yang baik untuk mengurut ialah semasa bayi sedang berjaga dan waktu selepas mandi waktu pagi. Urutan sebelum tidur juga akan membantu bayi anda untuk menenangkan diri, relaks dan seterusnya bersedia untuk tidur dengan lena.

Sebelum anda memulakan urutan, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan iaitu pastikan bilik itu hangat, baringkan bayi di atas tuala, lipatan kain atau pelapik menukar lampin di bawahnya.

Anda mungkin lebih suka membiarkan bayi memakai baju jika keadaan agak sejuk atau, biarkan dia bebas tanpa pakaian sekali-sekala. Namun pastikan bilik tidak sejuk.

Oleh kerana detik ini sangat bermakna buat anda dan bayi semasa melakukan urutan, pastikan tiada sebarang gangguan dalam bilik itu. Jika anda mahu memainkan muzik yang menenangkan, tidak perlu terlalu kuat. Pastikan bayi boleh mendengar anda bercakap dengannya.

Sediakan kelengkapan yang diperlukan untuk mengurut iaitu minyak, tuala kecil, baju untuk dipakaikan kepada bayi anda selepas sesi mengurut dan peralatan menukar lampin yang biasa anda gunakan.

Langkah 1
Kaki

Untuk melancarkan peredaran darah, tekan bahagian tengah tapak kaki dengan lembut menggunakan kedua belah ibu jari anda.

Jangan lupa urut juga bahagian paha hingga ke pergelangan kaki bayi. Lakukan pada kedua-dua belah kaki.

Langkah 2
Picit jari kaki

Lakukan juga toe squeeze iaitu jari-jari kaki dipicit satu persatu. Lakukan dengan gerakan memutar dan diakhiri dengan tarikan lembut di setiap hujung jari kaki bayi.

Lakukan pada kedua-dua belah kaki. Bahagian kaki adalah kawasan yang kurang sensitif. Seeloknya mulakan sesi urutan pada bahagian ini.

Langkah 3
Lengan

Seterusnya, lakukan urutan pada pangkal lengan tangan kanan dan kiri. Ia diurut secara gerakan memicit secara lembut.

Kemudian, cuba buka tapak tangan bayi secara perlahan. Ia bertujuan untuk tarik lembut jari-jari bayi.

Lakukan rolling pada lengan bayi. Buat gerakan dari atas ke bawah. Perkara yang sama dilakukan pada tangan sebelah lagi.

Langkah 4
Muka

Mulakan dengan open book iaitu anda perlu melurut muka dari bahagian tengah ke luar. Urutan pada bahagian muka perlu dilakukan dalam keadaan tenang.

Urut juga bahagian pangkal hidung dan lurut ke arah pipi. Bahagian bawah bibir bayi juga perlu diurut. Lakukan secara perlahan dan lembut pada bahagian muka bayi.

Bagi bayi yang mempunyai masalah kerap menangis atau masalah pertumbuhan gigi, lakukan urutan pada bahagian muka.

Langkah 5
Perut

Urut perlahan-lahan dengan menggunakan tangan kiri dan kanan bersilih ganti dengan melakukan gerakan sun and moon.

Pergerakan ini harus bermula dari kiri dan ke kanan. Sebagai tambahan, anda boleh membuat urutan dengan membuat gerakan I, L, U.

Urutan di bahagian perut dipercayai dapat mengurangkan masalah angin, kembung perut, kolik dan sembelit.

Langkah 6
Bahagian belakang

Baringkan bayi untuk melakukan bahagian belakangnya. Urutan yang dikenali sebagai swoop – neck to bottom ini dimulakan daripada bahagian leher menghala ke pinggang. Urut belakang bayi dengan menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah.

Akhir sekali, letakkan jari di bahagian tengah belakang bayi. Lurut dengan lembut sehingga ke bahagian punggung bayi.

Urutan bahagian belakang dapat menghilangkan rasa ketegangan oleh bayi akibat terlalu lama berbaring.

BACA INI JUGA: Rahsia Bapa Didik 12 Anak Hingga Berjaya

-SENTIASAPANAS.COM

7 Khasiat Tomato Untuk Wanita

7 Khasiat Tomato Untuk Wanita

Sinonim dalam bab cantik, tomato dikatakan sangat luar biasa 'menghapuskan' masalah kulit wajah. Paling mujarab tomato dijadikan ramuan utama dalam penghasilan minuman kecantikan, masker dan sebagai pati rawatan rambut.

7 Khasiat Tomato Untuk Wanita

Jom selongkar kelebihan sayur ini untuk dunia kecantikan.

1. Kikis lingkaran gelap di bawah mata

Hiris tomato secara nipis, kemudian celup ke dalam yogurt asli. Lekapkan pada bahagian mata. Cara ini membantu mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit tampak segar dan semakin cerah.

Amalkan petua ini seminggu dua kali.

2. Kecutkan jerawat

Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam.

Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah.

Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.

3. Jeragat jadi pudar

Potong buah ini kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi.

Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.

4. Kecilkan liang roma

Bagi membantu wanita mengecilkan pori kulit, campurkan air perahan tomato dengan putih telur. Jadikan masker, sapukan pada wajah.

Biarkan sehingga kering, bilas wajah dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.

5. Kulit wajah lebih lembap

Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.

6. Tona kulit sekata

Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata.

Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis.

Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.

7. Rambut lebih sihat

Caranya mudah, lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini membuatkan rambut sihat dan bersinar.

Untuk masalah kelemumur, sapukan kulit kepala dengan tomato yang dilenyek. Perap selama 15 minit, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali, rambut akan menjadi sihat, bersinar dan kulit kepala juga bersih.

BACA INI JUGA: Wanita Pakai Kasut Tumit Tinggi Cepat Tua!

Sumber: Mingguanwanita