Wednesday, April 20, 2016

Adakah Cinta Kamu Madu Atau Racun?

Adakah Cinta Kamu Madu Atau Racun?

Alangkah mudahnya jika semua kisah perhubungan bak kisah dongeng Cinderella atau Snow White.

BUTAKAH+CINTA

Seorang gadis mencari cinta, berkenalan dan jatuh hati dengan seorang jejaka, dilamar dan dimaktubkan dengan perkahwinan.

And they live happily ever after. Oh yes, start rolling those eyes..

Malangnya, kita semua pun tahu ini tidak mungkin berlaku dalam dunia realiti yang kita semua lalui.

Kisah cinta begini amat mendatar tanpa sebarang cabaran. Setiap perhubungan perlukan 'kejutan elektrik' yang menghidupkan perasaan.

Surprises menggembirakan malah bergaduh sekali-sekala boleh mewaraskan lagi percintaan.

Namun, sejauh manakah pula ia mampu diterima dan mungkinkah ia bukan sekadar 'vitamin' tapi sebenarnya toksik yang bukan sekadar merosakkan perhubungan malah membunuh emosi dirimu?

Segala-galanya memang indah pada usia perhubungan masih muda. Perangai sebenar hanya akan diketahui apabila sudah berkahwin.

Butakah Cinta?

Fasa 'nampak segalanya indah belaka' pada awal perhubungan adalah perkara biasa yang dilalui setiap pasangan.

Kebiasaannya, ketika sedang dilamun cinta pada awal perkenalan, banyak perkara yang dibiar swept under the rug.

Tak pun, pasangan tidak kisah untuk menjadi lebih bertolak ansur daripada biasa. Dan selepas beberapa ketika, keadaan itu boleh menjadi satu tabiat.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan punca perhubungan menjadi toksik.

Perkahwinan boleh berubah menjadi toksik dengan peredaran masa dan ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal kedua-dua pasangan tersebut.

Jejak awal perkahwinan bermula dengan penuh harapan dan hampir semua pasangan membayangkan hubungan berkekalan hingga ke hujung hayat.

Itulah tujuan mereka berkahwin, untuk menghabiskan kehidupan bersama.

Malangnya, pasangan sentiasa merancang majlis perkahwinan, tapi tidak merancang kehidupan selepas itu.

Mereka tidak sedar akan kehendak dan keinginan masing-masing, malah ada yang tidak tahu apakah sebenarnya yang dimahukan oleh pasangan.

Apa yang menjadikannya toksik adalah rasa takut disakiti atau takut mengulangi kesilapan sama seperti zaman lampaunya.

Mungkin ada sesuatu yang pernah berlaku sebelum itu sehingga tercetusnya mekanisme pertahanan tertentu.

Ini yang akan mencetus perbuatan mensabotaj perhubungan secara tidak sedar untuk mengelakkan dirinya daripada dilukai dan mengurangkan rasa sakit.

Apa yang sukar ialah, tidak kiralah apa jua paras toksin dalam perhubungan kamu, sudah tiba masa untuk perbaikinya atau get out!

BACA INI JUGA: Ketahui Ciri-ciri Wanita Pujaan Lelaki

-SENTIASAPANAS.COM

Indahnya Air Terjun Bridal Veil Falls

Indahnya Air Terjun Bridal Veil Falls

Air terjun yang begitu memukau ini terletak di Grand Canyon, Amerika Syarikat. Diberi nama Havasu, air terjun ini turut dikenali dengan nama 'Bridal Veil Falls' kerana bentuknya yang dikatakan menyerupai veil pengantin.

Bridal Veil Falls

Air terjun dengan ketinggian lebih 100 kaki ini mengalir ditengah-tengah kawasan tanah merah yang tandus, sememangnya menjadi tarikan utama di Taman Negara Grand Canyon.

Airnya yang biru dan bersih pasti memukau sesiapa saja yang datang berkunjung.

Air terjun ini turut terkenal dengan kawasan swimming poolnya yang terbentuk secara semulajadi.

Bridal Veil Falls [2]

Airnya yang kebiruan juga dikatakan terhasil daripada campuran mineral semulajadi.

Namun, untuk sampai ke kawasan ini, pengunjung harus merentasi bukit bukau yang tandus sejauh lebih kurang 16 kilometer.

Namun, perjalanan yang jauh pastinya tidak terasa tatkala pengunjung tiba ke kawasan air terjun yang begitu indah ini.

Bridal Veil Falls [3]

Jadi, jika anda berkesempatan berkunjung ke Grand Canyon, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam yang satu ini!

BACA INI JUGA: Keunikan Ruby Falls Air Terjun Di Bawah Tanah

-SENTIASAPANAS.COM

Makanan Yang Menyebabkan Kaki Berbau Busuk

Makanan Yang Menyebabkan Kaki Berbau Busuk

Kaki berbau amat merengsakan, bukan sahaja diri sendiri tetapi orang di sekeliling. Cukup tidak selesa dan tak mustahil anda boleh menyebabkan orang lain berasa mual.

Kaki Berbau Busuk

Bayangkan ketika sedang berdiri di dalam kereta api, beratur di dalam kawasan yang sesak dan ramai atau mungkin sedang menunggu giliran di bank, pejabat pos mahu pun di hospital tiba-tiba ‘haruman’ kaki mula tersebar di sekeliling

Jangan risau, sebenarnya anda boleh atasi masalah kaki berbau dengan menjaga pemakanan yang diambil setiap hari.

Makanan yang perlu dielakkan

1. Elakkan makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila jangkitan kaki agak serius. Gula menggalakkan lagi pembiakan kulat pada badan.

2. Elakkan makanan yang mengandungi yis seperti keju, yis roti, cendawan, cuka dan kicap.

3. Buah seperti anggur dan beri biru mempunyai kandungan gula yang tinggi.

4. Makanan kekacang juga perlu dielakkan.

Makanan yang boleh diambil

1. Cendawan shitake satu-satunya cendawan yang boleh dimakan memandangkan ia kaya dengan kandungan beta glucan yang membantu mengurangkan jangkitan kulat.

2. Makan lebih banyak bawang dan bawang putih. Makanan ini adalah antara makanan anti-bakteria dan anti-kulat.

3. Makan sekurang-kurangnya 250 gram sehari yogurt rendah lemak yang mengandungi asidofilus dan bifidus.

BACA INI JUGA: OMG! Seluar Dalam Untuk Mencegah Bau Kentut

Sumber: Mingguanwanita

Tuesday, April 19, 2016

7 Sifat Riak Ibu Bapa di Laman Sosial

7 Sifat Riak Ibu Bapa di Laman Sosial

Sekarang ini media sosial memang sudah semakin meluas, hampir semua peringkat umur sekarang ada akaun sosial media tersebut. Tak kira yang muda mahupun yang tua, termasuklah ibu bapa.

7 Sifat Riak Ibu Bapa di Laman Sosial

Macam-macam perkara yang kita kongsikan disitu, tapi mungkin kita tak sedar ada beberapa perkara yang telah membuatkan kita jadi riak sebenarnya.

Oleh itu, kami nak kongsikan beberapa perkara dan contoh yang membuatkan ibu bapa sekarang menjadi riak dengan anak mereka.

Tulisan ini dipetik menerusi Facebook Shawn Mizan.

1. Anak pandai mengaji

Alhamdulillah. Syukur anak-anak saya semua cepat pandai. Umur 1 tahun dah hafal Yassin, Kahfi, Baqarah.

2. Anak dapat result periksa bagus

Alhamdulillah. Tahniah anak mama dapat 100A. Tak sia-sia hantar pergi tuisyen sampai RM20 ribu abes setiap bulan. Mama bangga dengan kamu!

3. Anak comel

Tak tau la dia ikut muka siapa. Muka mama dia ke, muka papa dia. Ramai cakap dia ni nanti dah besar lawa. I ingat nak masukkan dia dalam kelas modelling nanti. Mudah-mudahan, amin..

4. Baju anak

Mahalnya baju bebudak sekarang. 2 helai stokin je sampai habis RM900. Pastu pakainya kejap je nanti. Budak cepat sangat membesar.

5. Kesihatan anak

Alhamdulillah. Anak saya sejak lahir sihat. Kalau demam pun kejap je. Pastu OK dah. Kami tak boleh kotor-kotor n habuk-habuk ni. Anak kami, kami balut dengan plastik.

6. Anak solat

Alhamdulillah. Anak ibu dah pandai solat. Umur baru 5 bulan dah pandai solat. Nanti doakan ibu yer.. Sejuk perut ibu.

7. Anak rajin

Alhamdulillah. Anak-anak saya semua rajin. Saya didik dari kecik lagi. Umur dorang genap setahun je dah pandai cuci longkang, cat tiang, lap tingkap, repair atap, bla bla bla bla..

Kesimpulan

Boleh nak cerita pasal anak.  Tak salah pun. Cuma..

Upload la gambar-gambar anak seberapa banyak yang kita nak. Tak salah. Kita kongsikan kegembiraan kita.. Itu kenangan-kenangan kita..

Cuma, sebelum kita nak cerita sesuatu pasal anak tu, kita check dulu, ada unsur riak tak? Adakah aku nak dipuji? Atau aku mencari puji?

Kadang-kadang kita cuma nak berkongsi cerita pasal anak, tapi Syaitan itu halus bisikannya. Tanpa sedar jadi menunjuk-nunjuk dan riak. Bila hati tertipu, maka hanyutlah kita dalam sifat keji yang ALLAH benci.

Kalau kita tak hati-hati dan terpedaya dengan bisikan Syaitan, kita boleh timbul Riak..

Daripada Riak, bertukar jadi Ujub.. Lepas Ujub, kita jadi Takbur..

Na’uzubiLLaHiminzaliq..

Anologi di atas hanya sebagai contoh. Bukan situasi sebenar supaya tidak menyamai dengan mana-mana kemungkinan.. Maaf kalau ada yg terasa..

BACA INI JUGA: Riak Ketika Beribadat Lebih Bahaya Dari Fitnah Dajjal

Sumber: Tawaurians

4 Sebab Kenapa Tudung Fareeda Mahal

4 Sebab Kenapa Tudung Fareeda Mahal

Tudung Fareeda memang terkenal dengan harnganya yang mahal dan eksklusif bagi si pemakai, boleh dikatakan memiliki tudung fareeda adalah idaman setiap wanita-wanita di Malaysia.

4 Sebab Kenapa Tudung Fareeda Mahal
Gambar hiasan.

Jadi, kami senaraikan dibawah, 4 Sebab Kenapa Tudung Fareeda Mahal!

1. Tudung Fareeda Tidak Pernah Mencecah RM200 Keatas

Menurut info tudung yang dijual oleh Fareeda, kebanyakannya tidak mencecah nilai RM200 keatas, namun untuk mendapatkannya, pelanggan dikatakan perlu beratur seawal 4 pagi untuk mendapatkan nombor giliran bagi membeli tudung dengan tawaran menarik dan mengikut kehendak.

2. Reseller Penyebab Tudung Fareeda Kadang-Kadang Mencecah RM300 Keatas

Dikatakan ianya bukan salah pihak Fareeda sendiri jika pihak ketiga ingin menjualanya dengan harga lebih tinggi.

3. Tudung Yang Berkualiti Tinggi Dan Eksklusif

Tudung Fareeda mempunyai patern dan jenamanya tersendiri, setiap rekaan dikatakan hasil tangan pemiliknya.

Kepentingan kualiti, kecantikan serta keselesaan pengguna amat dititikberatkan dalam setiap rekaan bagi memberi kelainan berbanding tudung-tudug biasa.

4. Fasyen Mengikut Kemampuan Dan Punyai Peminat Tersendiri

Tak semua tudung Fareeda harganya mahal. Ada juga yang mampu milik. Tudung Fareeda mempunyai peminat serta kelasnya yang tersendiri.

Sebab itu, bagi peminat tudung tersebut, harga tidak menjadi halangan, asalkan puas hati bila digayakan.

BACA INI JUGA: 10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda

Sumber: Jakionline

Monday, April 18, 2016

10 Tabiat Buruk Ketika Temuduga Anda Wajib Elakkan

10 Tabiat Buruk Ketika Temuduga Anda Wajib Elakkan

Untuk mengelakkan anda melakukan beberapa tabiat buruk yang menyebabkan anda nampak tidak professional, artikel ini menerangkan beberapa perkara yang ditulis oleh pakar-pakar berpengalaman.

Tabiat buruk ketika temuduga

Di bawah adalah beberapa perkara yang ingin kami kongsikan, untuk mengelakkan anda melakukan perkara tersebut yang mungkin permohonan kerja anda ditolak mentah-mentah:

1. Resume Yang Tidak Lengkap

Sebelum anda memohon sesuatu pekerjaan, pastikan resume anda lengkap dan mudah di fahami untuk dinilai oleh pihak bahagian sumber manusia.

Jika semasa sesi temu duga terdapat banyak kesilapan tatabahasa, dan format yang sepatutnya anda ikuti ketika melakukan resume.

Secara tidak langsung mereka akan memandang anda seperti tidak serius ketika melakukan kerja. Ini kerana, semasa sesi temuduga adalah waktu yang terbaik untuk mereka menilai diri anda yang sebenarnya.

2. Tidak Melakukan Ulangkaji Tentang Syarikat Tersebut

Jika anda telah dipanggil untuk di temuduga, pastikan anda ulangkaji dahulu tentang syarikat tersebut, contohnya, apakah latar belakang syarikat itu, berapakah gaji yang ditawarkan dan sebagainya.

Justeru, jika anda telah memilih untuk bekerja di syarikat tersebut, ini menunjukkan bahawa anda telah menerima syarat-syarat yang di tetapkan oleh mereka.

Malah, jika anda mengambil sikap sambil lewa, ini akan menujukkan bahawa peluang untuk mendapatkan pekerjaaan tersebut amat nipis.

3. Terlalu Menarik Perhatian

Jika anda ingin mendapatkan resume yang bagus, isi kandungan dan format yang kemas dan tepat adalah yang terbaik.

Walaupun menggunakan kertas yang berwarna, atau menggunakan fon, tidak dinafikan resume anda akan dapat menarik perhatian.

Tetapi, itu bukanlah resume yang menepati ciri-ciri untuk anda memohon pekerjaan.

4. Menghisap Rokok

Tabiat buruk ketika temuduga - Menghisap Rokok

Semasa anda sedang menunggu giliran untuk dipanggil temuduga, elakkan sama sekali untuk menghisap rokok.

Ini kerana, ianya akan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan buat semua orang yang berada di situ mahupun kepada penemuduga tersebut.

Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan prestasi anda sebagai calon temuduga akan dinilai dengan sikap negatif.

5. Tidak Mementingkan Kebersihan

Pastikan diri anda sentiasa kemas dan wangi ketika hadir di sesi temuduga. Penampilan yang menarik dapat memberikan aura yang positif dalam diri, mahupun kepada orang sekeliling.

Ini kerana, pandangan pertama yang akan dilihat oleh majikan adalah, bagaimana cara kita berinteraksi dengan mereka.

Cuba anda bayangkan, jika terdapat bau yang kurang menyenangkan, adakah anda dapat berkomunikasi dengan baik? tentu sekali tidak.

6. Lambat Hadirkan Diri Pada Sesi Temuduga

Individu yang sering tepati dan menghargai masa adalah individu yang berjaya. Namun, bagaimana untuk berjaya jika hari pertama sesi temuduga anda sudah lewat untuk hadirkan diri.

Jika anda lewat, ini akan menujukkan bahawa, anda tidak bertanggungjawab dengan peluang yang diberi, tidak menghormati masa dan tidak mengambil hal ini dengan serius.

Majikan pula sudah tentu tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunggu anda. Pastikan anda tiba di lokasi sekurang-kurangnya 15 minit awal sebelum bermula sesi temuduga.

Kelebihan yang anda dapat jika tiba awal adalah, anda tidak akan tergesa-gesa untuk mengejar masa, dan lebih banyak masa untuk anda menyesuaikan diri di lokasi tersebut.

7. Kerap Menggunakan Telefon

Tabiat buruk ketika temuduga - Telefon

Tiba awal semasa sesi temuduga adalah bagus, tetapi jika anda kerap bermain dengan telefon akan menujukkan yang anda sering tidak bersedia untuk ditemuduga.

Sentiasa berhati-hati dengan segala tingkah laku yang anda lakukan. Selain itu, banyak aktiviti lain yang boleh anda lakukan selain bermain dengan telefon.

Ambil peluang dan masa yang ada untuk membaca bahan ilmiah yang disediakan untuk mengelakkan anda kebosanan apabila menunggu.

8. Membawa Barang Yang Tidak Diperlukan

Elakkan membawa barang yang tidak penting semasa sesi temuduga. Apa yang penting adalah, anda perlu membawa resume dan portfolio sahaja.

Barang yang tidak penting adalah seperti, telefon bimbit dan botol air yang akan menyebabkan anda sukar untuk bergerak.

Jika anda ingin membawa telefon bimbit, pastikan ianya dalam keadaan mood senyap atau matikan sahaja supaya tidak menganggu semasa sesi temuduga sedang dijalankan.

9. Berpakaian Tidak Formal

Perkara ini tidak asing lagi bagi kita yang sudah menjadi kebiasaan apabila mengadiri temuduga. Sebelum hadirkan diri, pastikan anda tahu apakah jenis pekerjaan yang anda mohon.

Jika ada memohon untuk bekerja di dalam pejabat, adalah amat penting jika anda berpakaian formal dan kemas. Pandangan pertama daripada majikan amat penting untuk menilai anda dari segi perwatakkan.

10. Bercakap Tanpa Berfikir

Tidak kira dimana anda berada, sentiasa berfikir dahulu ketika mahu mulakan perbualan. Ini adalah kerana, supaya tidak memberikan tanggapan yang negatif buat orang lain.

Semasa sesi temuduga sedang dijalankan, ketika anda di tanya oleh majikan beberapa soalan yang agar sukar, adalah amat penting jika anda berfikir dahulu.

Kata-kata yang baik adalah datangnya dari berfikir dengan bijak. Secara tidak langsung, ini akan membuatkan anda lebih berkeyakinan apabila berkomunikasi.

BACA INI JUGA: Kelayakan Akademik Penting Tapi Bukan Penentu Kecemerlangan Kerjaya

Sumber: Majalahniaga

4 Sebab Kenapa Lelaki Tolak Ajakan Seks Isteri

4 Sebab Kenapa Lelaki Tolak Ajakan Seks Isteri

Mungkin sukar untuk dipercayai tetapi ada masanya lelaki juga akan mengatakan tidak, ketika diajak untuk melakukan hubungan seks. Tapi itulah kenyataannya. Mungkin suami anda mempunyai masalah yang tertera di bawah ini.

Husband bad mood

Mari kita baca kemungkinan masalah yang sedang dihadapi oleh suami anda.

1. Kemurungan

Menurut kajian, 'pembunuh' utama nafsu seks lelaki adalah kemurungan. Cuba perhatikan mood suami sekiranya dia mengatakan tidak kepada anda.

Mungkin ada sesuatu yang merunsingkannya atau membuatnya murung. Cuba fahaminya dengan komunikasi kerana cara ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung di kepalanya.

2. Menopaus

Setelah seseorang lelaki itu mencecah umur 40 tahun, testosteron yang dihasilkan mereka telah berkurangan.

Lelaki di dalam lingkungan umur ini mengatakan tidak kepada seks kerana sedang melalui proses menopaus.

Sebagai isteri anda perlu beri masa kepadanya dan jangan begitu memaksa kerana bimbang suami anda akan hilang keyakinan diri untuk bersama kelak.

3. Gila Kerja

Suami yang selalu pulang lewat kerana kerja yang tidak pernah habis di pejabat akan kerap mengatakan tidak kepada seks.

Penat bekerja seharian membuatkan pasangan pulang ke rumah hanya untuk berehat dan tidak berminat untuk bersama.

Walaupun pada hujung minggu, si dia masih memikirkan hal kerja dan tekanan ini membunuh nafsu seksnya.

Cuba berbincang dengannya mengenai hal ini. Mungkin anda berdua perlu bercuti jauh untuk mengalihkan perhatiannya daripada kerja.

4. Anda yang Terlalu Gopoh

Suami baru sahaja pulang ke rumah, tidak habis lagi penatnya anda sudah mula menggodanya. Ataupun anda memulakan langkah ketika suami sedang menonton perlawanan akhir piala FA.

Jangan terlalu gopoh kerana ia boleh mematikan nafsu seks pasangan anda dan pasti akan mengecewakan anda juga apabila si dia mengatakan tidak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Sunday, April 17, 2016

9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

Mencari kerja kosong kini lebih mudah dengan portal-portal atau website terkemuka yang memudahkan urusan anda untuk mecari pekerjaan idaman anda.

Kerjaya anda

Pada entri kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda 9 laman web untuk memudahkan pencari pekerja di Malaysia.

1. ReferJobs
Laman web: Referjobs.my

ReferJobs.my merupakan platform buat anda dimana, pekerjaan yang mempunyai kekosongan akan disenaraikan dalam data mereka khusus buat mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Perkara yang paling bagus adalah, sekiranya individu tersebut mendapat pekerjaan, anda akan mendapat ganjaran kewangan.

Pada asasnya, anda akan mendapat ganjaran di antara RM500 hingga RM1500, bergantung kepada kekosongan itu.

Walaupun platform ini masih baru, namun permintaan mereka semakin meningkat untuk memenuhi permintaan buat mereka yang masih mencari kerja.

2. JobStreet
Laman web: Jobstreet.com.my

JobStreet merupakan laman web sumber kerjaya dan ianya merupakan satu portal pekerjaan terawal ditubuhkan di Malaysia. Bermula pada tahun 1997, JobStreet kini adalah syarikat pekerjaan online yang terbesar di Southesast Asia.

Bagi graduan baru yang masih mencari-cari pekerjaan dan tidak tahu di mana untuk bermula, maka JobStreet merupakan platform yang terbaik buat anda.

Menurut kajian dari JobStreet.com, lebih 80% daripada majikan telah mengambil graduan baru untuk memberikan peluang pekerjaan pada tahun 2014.

3. Wobb
Laman web: My.wobb.co

Wobb.my atau Wobb (Working On Bean Bags) bukan platform mencari kerja yang biasa. Laman web ini menyenaraikan beberapa majikan yang dilakukan pasukan mereka sendiri.

Buat mereka yang sedang mencari pekerjaan, mereka diberi peluang untuk melihat sendiri kawasan di pejabat dan juga boleh melihat dengan lebih dekat budaya mereka sebelum menghantar permohonon tersebut.

Laman web ini juga telah mengeluarkan satu aplikasi mudah alih dan berfungsi untuk memberi kemudahan kepada mereka mencari kerja di mana sahaja.

Perkara ini amat mudah dilakukan, daripada anda membuang masa dengan melalui proses yang agak membosankan menghantar resume dan mengisi borang permohonan.

Namun, dengan aplikasi Wobb akan menyampaikan resume kepada syarikat pilihan anda sendiri.

4. Scoot
Laman web: Skootjobs.com

Scoot merupakan platform dimana mereka mengambil pekerja yang ingin bekerja separuh masa, tahap kemasukan dan graduan baru di Malaysia.

Sebagai permulaan, anda boleh memuat naik resume di Scoot, namun mereka mempunyai peraturan mereka sendiri, iaitu membuat resume secara ringkas untuk memudahkan proses permohonan, serta majikan lebih mudah mengenali tentang latar belakang anda.

Platfrom ini adalah salah satu kemudahan buat mereka supaya tidak perlu lagi bersusah-payah untuk melalui proses seperti “pm saya” yang sering tertera di Facebook dan sebagainya.

5. JOBi
Laman web: Jobi.co

Jobi adalah satu platform yang memberi peluang kepada anda untuk mencari pekerjaan dengan lebih baik dan mudah. Mereka menawarkan tiga jenis pekerjaan, seperti Part Time, Internship dan sukarelawan.

Platform ini juga merupakan mesra pengguna dan setiap kerja menyediakan maklumat yang khusus seperti gaji setiap jam atau bulanan dan juga waktu bekerja, supaya mereka yang sedang mencari pekerjaan tahu pada waktu bila yang sesuai untuk mencari kerja.

6. TribeHired
Laman web: Tribehired.com

TribeHired merupakan platfrom dimana syarikat sentiasa bersaing untuk mengambil pekerja yang berbakat dan yang terbaik. Pada setiap minggu, TribeHired mencari seramai 100 orang yang berbakat untuk bekerja.

Majikan juga boleh memainkan video daripada data mereka yang mempunyai peluang yang cerah dan berpotensi untuk diterima kerja.

Selain itu, mereka yang masih mencari pekerjaan, mereka diberi peluang untuk melihat dan mengambil mana-mana tawaran yang ditawarkan untuk hadir ke sesi temu duga.

7. Startup Jobs Asia
Laman web: Startupjobs.asia/my

Startup Jobs Asia merupakan salah satu platform untuk membantu syarikat yang ingin membuka perniagaan di Asia. Startup Jobs Asia juga dicipta setelah melihat cabaran dan bakat baru buat anak-anak muda yang ingin membuka perniagaan sendiri di Asia.

Jika anda berminat untuk menyertai cabaran dan keseronokan bekerja dalam persekitaran yang baru, dan bukannya sebuah syarikat multinasional, maka Startup Jobs Asia merupakan platform terbaik untuk anda.

8. Wowintro
Laman web: Wowintro.me

Wowintro adalah online platform dimana, mereka yang sedang mencari kerja akan mempamerkan diri mereka melalui video selama 30 saat. Perkara ini sangat berbeza dengan syarikat-syarikat yang lain yang masih menggunakn resume.

Ini merupakan satu kelebihan mereka diberi peluang untuk mempamerkan kekuatan dan kemahiran berkomunikasi sebelum mengambil mereka untuk bekerja.

Dengan adanya Wowintro, anda tidak perlu lagi risau untuk mencari berpuluh-puluh pekerjaan, kerana disini terdapat peluang yang luas buat anda.

9. Intern
Laman web: Intern.my

Intern.my merupakan salah satu peluang yang terdapat di Malaysia untuk membantu pelajar-pelajar. Platform ini adalah sesuai untuk pelajar di luar sana yang sedang mencari peluang untuk praktikal sebelum melakukan pekerjaan sepenuh masa. Namun, setiap pekerjaan yang diberikan akan diberi elaun bulanan kepada anda.

UPDATE!

10. Neuvoo
Laman web: Neuvoo.com

Neuvoo.com adalah enjin carian kerja percuma yang mengindeks semua pekerjaan secara langsung daripada syarikat-syarikat laman web kerjaya, agensi-agensi penempatan dan web pekerjaan, secara percuma.

Pengunjung boleh membuat carian kerja kosong diseluruh Malaysia, malah di 56 buah negara!

Neuvoo menghimpun semua pekerjaan yang ada di laman web untuk membantu orang mencari peluang kerjaya baru, jadi mereka samalah seperti 'Google pekerjaan'.

BACA INI JUGA: 10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja

Sumber: Majalahniaga

Saintis Buktikan Minum 6 Cawan Kopi Baik Untuk Kesihatan

Saintis Buktikan Minum 6 Cawan Kopi Baik Untuk Kesihatan

Bagi penggemar kopi, meminum secawan kopi pada waktu pagi adalah rutin wajib diamalkan setiap hari kerana dikatakan boleh memberi kesegaran pada peminumnya.

Minum+Kopi

Bagaimanapun, ramai yang berpendapat kopi tidak baik untuk kesihatan kerana dikatakan boleh mengakibatkan beberapa penyakit seperti kanser.

Di sebalik pelbagai info bahaya kopi yang sering dibicarakan orang ramai, ternyata meminum kopi sebenarnya banyak manfaatnya.

Para penyelidik dari Universiti Harvard telah menemui bukti bahawa meminum kopi sekurang-kurangnya enam cawan memberi kesan yang baik kepada kesihatan.

Menurut mereka, individu yang minum dua hingga lima cawan kopi sehari mempunyai risiko lebih rendah diserang penyakit kardiovaskular, penyakit saraf, diabetes, Alzheimer dan depresi yang boleh menyebabkan bunuh diri.

Selain itu, uji kaji telah dijalankan terhadap tikus putih menunjukkan kopi memberi kesan baik kepada kesihatan hati dan tidak meningkatkan berat badan haiwan tersebut.

Terdahulu, sainstis telah mengesahkan bahawa kopi boleh menyembuhkan masalah berkaitan penyakit Non-Alcoholic Fatty Liver (NAFLD).

Oleh itu, berhentilah berasa bersalah ketika meminum kopi kerana ianya baik kepada kesihatan.

BACA INI JUGA: Benarkah Kafein Boleh Mencegah Rambut Gugur?

Sumber: Mynewshub.cc

Filem Skandal 1MDB 'The Master and His Wolf' Akan Diterbitkan!

Filem Skandal 1MDB 'The Master and His Wolf' Akan Diterbitkan!

Seorang pengarah yang pernah dicalon untuk Anugerah Oscar kini menerbitkan sebuah dokumentari yang cuba menghubungkan penerbit karya Hollywood Wolf of Wall Street dengan dakwaan skandal berbilion ringgit 1MDB.

The Master and His Wolf

Penerbit filem British itu, Mike Lerne bercita-cita membongkar dakwaan skandal melibatkan pembiayaan filem lakonan bintang layar perak Leonardo DiCaprio itu, menurut laporan eksklusif The Hollywood Reporter.

Lerner dicalonkan untuk Anugerah Oscar selepas menerbitkan Hell and Back Again, The Square dan Pussy Riot: A Punk Prayer.

Filem terbaru beliau The Master and His Wolf (tajuk sementara) dikatakan akan cuba menghubungkan Datuk Seri Najib Razak, 1MDB dan wang AS$100 juta yang membiayai filem terbitan Red Granite Pictures.

Ia juga mungkin mengheret DiCaprio yang dilapor mendapat bayaran awal $25 juta untuk membintangi filem arahan pemenang lima kali Anugerah Akademi Martin Scorsese itu.

Red Granite, yang dimiliki oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz sebelum ini menafikan sebarang aktiviti ‘meragukan’.

Pejabat Peguam Negara Switzerland dilapor mendakwa mempunyai "elemen" untuk mengesyaki dana AS$3.5 bilion 1MDB dibayar kepada sebuah syarikat di British Virgin Island untuk manfaat "sebuah syarikat yang berkaitan dengan industri filem.”

1MDB dan Najib dalam kenyataan mereka sering mempertahankan diri daripada dakwaan salah laku.

The Hollywood Reporter melaporkan penggambaran filem telah selesai dibuat di Malaysia dan akan bersambung di Amerika Syarikat, Luxembourg, Hong Kong, Singapura dan Abu Dhabi – yang masih menyiasat dakwaan sekitar 1MDB.

Selain DiCaprio, pengarah filem itu juga berharap dapat bercakap dengan Jho Low, hartawan Malaysia yang dikaitkan dengan 1MDB dan terkenal selepas berparti dengan aktres Hollywood Paris Hilton. -Malaysiakini

BACA INI JUGA: 'Malaysia Menjadi Begitu Hina Oleh Perdana Menterinya Sendiri!'

Islam Melarang Kritik Agama Lain, Dr. Zakir Naik

Islam Melarang Kritik Agama Lain, Dr. Zakir Naik

Penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik berkata tuduhan bahawa beliau menjatuhkan maruah agama lain adalah tidak benar.

Dr Zakir Naik

Beliau berkata umat Islam tidak dibenarkan untuk merendahkan mana-mana agama, justeru beliau tidak pernah melakukan perkara-perkara seperti itu.

"Bagi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat, ia adalah tidak benar. Saya tidak pernah merendah-rendahkan mana-mana agama dan haram bagi umat Islam untuk berbuat demikian.

"Umat Islam tidak dibenarkan untuk mengkritik mana-mana agama.

"Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang yang fanatik dan mempunyai pemahaman cetek tentang agama mereka sendiri mewujudkan kekecohan ini.

"Itulah sebabnya tuduhan seperti itu dibuat," kata beliau semasa sesi soal jawab selepas menghadiri majlis di sini, Selasa.

Dr Zakir berkata dakwaan-dakwaan tersebut, laporan polis dan memberikannya gelaran juga menjadikan beliau lebih popular dan telah memberikan publisiti percuma kepada dirinya.

Beliau juga menegaskan bahawa jika beliau telah membuat kesilapan dalam membuat rujukan terhadap mana-mana agama lain, maka kesilapan itu perlu dinyatakan.

BACA INI JUGA: P. Ramasamy Bekas AJK Pertubuhan Pengganas LTTE!?

Sumber: mStar