Wednesday, March 30, 2016

Bukan Buli Tapi Murid Gunting Lidah Sendiri?!

Bukan Buli Tapi Murid Gunting Lidah Sendiri?!

Memang kecoh apabila seorang pelajar Sekolah Rendah Bukit Tinggi, Klang, yang berusia 8 tahun dipercayai dibuli oleh rakannya sehingga dia dipaksa menggunting lidahnya sendiri.

Kes Murid Gunting Lidah

Malah, kejadian ini telah mendapat perhatian orang ramai sehingga menganggap perbuatan tersebut amat seksa dan kejam.

Namun, guru sekolah berkenaan telah tampil berkenaan isu tersebut dan mengakui bahawa tiada kes buli yang disebut-sebutkan itu.

Ini merupakan penjelasan dari guru sekolah berkenaan yang tersebar di aplikasi WhatsApp. Namun, sumber masih belum dapat dipastikan.

Hari Khamis itu, memang ada dua insiden. Insiden pertama memang berlaku pada waktu rehat, insiden kedua berlaku dekat dengan waktu nak balik.

Yang kes dia ini, berlaku pada waktu nak balik lebih kurang dalam jam 6 petang. Ustazah itu masuk dan selepas budak-budak bagi salam, baca doa pula. Macam biasa.

Selepas baca doa, ustazah itu ada tegur 2, 3 orang budak baca doa tak betul. Ustazah itu pergi dekat dengan budak yang baca doa tak betul itu untuk talaqqi'lah kononnya.

Tak semena-mena budak itu menangis dan ustazah itu pun berasa pelik, kenapa budak lain yang kena tegur, dia pula yang menangis. Masa itu, barulah nampak mulut budak itu berdarah sambil pegang gunting.

Dipendekkan cerita, memang tidak wujud pun pembuli itu dan tidak berlaku sama sekali kes buli itu. Masalahnya, pihak atasan (pihak sekolah) tidak membenarkan kita membuat laporan polis. Selepas itu, polis pula seakan percaya dan masuk on their side.

Masalahnya, budak itu uztazah yang ajar dia dari bulan Januari pun dia tak boleh cam. Sekarang ini, pihak Forensik siap datang ke sekolah untuk periksa tandas.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) tak benarkan kita buat laporan polis. Itu yang membuatkan kita rasa geram.

Tetapi tadi PK petang, ustazah yang terlibat dalam kejadian dan guru kelas murid terbabit pergi juga buat laporan polis bagi pihak diri sendiri.

KPM kata nak tunggu pihak polis selesaikan siasatan dulu, baru akan ambil tindakan seterusnya.
Sekarang ini, pihak Forensik pergi periksa sampai ke tandas konon-kononnya budak itu dibuli di tandas untuk cari bukti.
Kasihan, menyusahkan orang betul. Disebabkan cerita yang direka-reka, banyak pihak yang terlibat. En Hud, pening kepala.

Yang ini, mak dia saja yang pandai reka cerita, dia dok provok anak dia. Budak ini kelas hujung, jadi faham-faham sajalah macam mana budaknya.

Sekarang ini, OCPD Klang sudah 'panas bontot'. Selepas cikgu-cikgu itu buat lapor polis tadi, baru mereka macam okay sikit dengan pihak sekolah.

Kami, cikgu-cikgu sesi petang memang bersatu hati. Tadi pun setengah hari di sekolah sebab nak bincang apa yang patut dibuat. Kalau perlu gunakan khidmat peguam, kami sanggup 'tong²' duit.

Jika betullah pihak sekolah tidak bersalah, hentikanlah mengutuk cikgu-cikgu di Malaysia.

BACA INI JUGA: Murid Bodoh Yang Mengubah Dunia!

Sumber: Sensasi.org

Panduan Dan Cara Mengenali Logo Halal Yang Sah!

Panduan Dan Cara Mengenali Logo Halal Yang Sah!

Halal bukan hanya bermaksud disembelih tetapi sebenarnya lebih daripada itu. Tetapi, jika kita lihat di pasaran hari ini, terdapat begitu banyak jenis logo halal yang dipamerkan pada produk keluaran masing-masing.

Cara mengenali logo halal sebenar

Logo Halal ini pula begitu mudah dimanipulasi oleh pembuat produk walhal untuk mendapatkan status halal bukanlah susah sangat. Pengeluar hanya perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Status logo Halal ini sebenarnya adalah untuk melindungi pengguna supaya mendapat produk yang bersih dan selamat digunakan.

Cara mengenal logo halal tulen

Bagaimana caranya bagi pengguna untuk mengenali logo halal? Bagi negara Malaysia, logo Halal yang sah digunakan adalah seperti gambar diatas.

Hanya ini sahaja logo Halal Malaysia yang diterima. Versi lain tidak akan diterima untuk mengesahkan sesuatu produk itu adalah Halal.

Cara peniaga menipu logo Halal

Logo+Halal

Apa yang sangat membimbangkan, banyak produk dilekatkan dengan tanda logo Halal seperti diatas, tanpa nombor rujukan permohonan.

Ini secara jelasnya merupakan logo Halal palsu yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Malangnya, dengan begitu berleluasa penggunaan logo Halal pun, jarang sekali kita mendengar sebarang tindakan daripada pihak berkenaan untuk membanters penipuan ini.

Maklumlah, anggota daripada Jabatan Agama hanya makan gaji dan agaknya perlu 'kelulusan' daripada pihak atasan samada perlu bertindak atau tidak.

Kan peniaga membayar cukai kepada kerajaan.

Denda jika menggunakan logo Halal palsu

Denda hingga RM5 juta jika salah guna logo halal. Akta Perihal Dagangan 2011 memperuntukkan denda itu kepada syarikat yang didapati melakukan kesalahan berkenaan.

Bagi individu pula, denda yang boleh dikenakan ialah RM1 juta. [Rujuk Pekeliling Jakim]

Untuk menyemak status kesahihan logo Halal atau membuat laporan, anda boleh menyemak dilaman web Halal.gov.my

BACA INI JUGA: 'Haram Kerja Di Kedai Fotostat'

Paru-Paru Mengecut 4 Bulan Selepas Hisap Vape!

Paru-Paru Mengecut 4 Bulan Selepas Hisap Vape!

Umum mengetahui rokok elektronik atau vape merupakan alternatif kepada gantian rokok, apatah lagi ramai memasarkannya sebagai salah satu kaedah untuk berhenti daripada merokok.

Paru-Paru Mengecut-Hisap-Vape

Kebanyakan perokok juga memberikan respons positif selepas mereka menggantikan rokok dengan vape.

Namun, satu gambar yang tersebar di media sosial memparkan seorang remaja lelaki terlantar di hosipital akibat menghisap vape mencetuskan tanda tanya netizen.

Menerusi laman Facebook Al Nur, dia mengatakan adiknya itu mengalami masalah pengecutan paru-paru selepas empat bulan menghisap vape.

Menurutnya, adiknya itu mengalami sakit dada berturut-turut selama dua hari dan setelah masuk hari ketiga, dikhabarkan sakit dadanya itu menjadi semakin teruk, lantas membuatkan dia dihantar ke hospital.

Selepas menjalani imbasan X-ray, doktor mendapati para-paru di sebalah kiri adiknya itu telah mengecut.

Doktor terpaksa membuat satu lubang kecil untuk memasukkan tiub bagi membolehkan paru-parunya kembali berfungsi dan jika kaedah ini tidak berkesan, berkemungkinan para-paru kirinya akan ‘hilang’.

Disebabkan hal ini juga, netizen yang rata-ratanya terdiri daripada penggua vape memberikan pendapat dan mengajukan pertanyaan berkenan hal tersebut.

“Saya sudah menggunakan vape sejak tiga tahun lalu, agak-agaknya dia vaping apa ye? Ke tengah experimen benda lain?” tanya pengguna Facebook Fadillah Encik.

“Bang brapa lama dah hisap vape bangg? Budak ni baru 4 months isap dah masok hospital. saya nak jumpa budak ni and tanya dia macam mana dia isap vape,” tulis Zizirahim Ibrahim ZR.

BACA INI JUGA: 'Vape Samalah Seperti Tangkap Orang Berkhalwat Tapi Biarkan Rumah Pelacuran..'

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, March 29, 2016

Marshanda Tidak Malu Mengaku Bapanya Pengemis!

Marshanda Tidak Malu Mengaku Bapanya Pengemis!

Baru-baru ini, industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan pengakuan seorang pengemis yang mendakwa dirinya merupakan bapa kandung kepada aktres dan penyanyi popular Marshanda.

Marshanda

Pengakuan itu dibuat selepas pengemis yang dikenali sebagai Irwan Yusof itu ditahan oleh pihak berkuasa Jakarta kerana mengemis di bandar tersebut.

Dalam pada itu, Marshanda yang popular di Malaysia menerusi drama sinetron Putri Yang Terbuang mengesahkan perkara tersebut.

Menurut Marshanda, dia tidak malu mengaku pengemis itu adalah bapanya dan dia gembira dapat bertemu semula dengan lelaki itu.

“Saya tidak malu kerana ini adalah cerita lama dalam keluarga saya.

“Selepas dua tahun berpisah, saya gembira kerana dapat bertemu semula dengan papa,” katanya.

Irwan Yusof

Pada masa yang sama, Marshanda turut memberitahu, hubungannya dengan bapanya, Irwan Yusuf, menjadi renggang selepas lelaki itu bercerai dengan ibunya kira-kira 15 tahun lalu.

Bagaimanapun, jelasnya hubungan antara mereka terputus selepas dia bercerai dengan bekas suaminya.

“Selepas bercerai saya menukar nombor telefon menyebabkan saya hilang nombor telefon papa,” katanya selepas melawat bapanya di sebuah rumah perlindungan di Jakarta, Indonesia.

Difahamkan, Irwan menjadi gelandangan sejak tiga bulan lalu selepas bengkel besi tempatnya bekerja ditutup.

Dalam perkembangan terbaru, bapa Marshanda telah dibawa pulang oleh ahli keluarganya.

Irwan Yusof [2]

Berita Marshanda mengaku bapanya adalah seorang pengemis kini hangat diperkatakan netizen termasuklah memuji sikap bintang jelita itu menerusi media sosial di Indonesia.

Sebelum ini, Marshanda pernah mencetuskan kontroversi apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Negara Yang Pengemisnya Kaya-raya?

Sumber: Mynewshub.cc

5 Bidaah Paling Popular Ketika Majlis Perkahwinan!

5 Bidaah Paling Popular Ketika Majlis Perkahwinan!

Kenapa perkahwinan umat Islam sekarang ini tidak kekal dan berlaku penceraian walaupun umur perkahwinan tidak sampai setahun? Sedangkan kos perbelanjaan perkahwinan telah dihabiskan puluhan ribu ringgit.

Bidaah+Perkahwinan

Puncanya adalah tidak terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT kerana terdapat banyak unsur maksiat dan dosa semasa dilangsungkan majlis perkahwian tersebut.

Oleh itu perlulah kita buangkan adat-adat lama yang bertentangan dengan syariat Islam seperti adat bersanding, hiburan yang mendatangkan dosa dan mengelakkan pembaziran dengan menyediakan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Terdapat banyak perkara-perkara bertentangan dengan ajaran Islam semasa di adakan majlis kenduri kawin di dalam masyarakat kita.

Perkara-perkara yang bertentangan tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?

Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam.

Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, wang ringgit atau sekadar bacaan dari al-Qur'an.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT. yang bermaksud, " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka." Surah An-Nisaa' ayat 4

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud, "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi." Hadis Riwayat Bukhari

Dari hadis di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz) sedikit daripada ayat al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Nabi SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud, "Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". Hadis Riwayat Abu Daud

Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud, "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya." Hadis Riwayat Ahmad

Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulama tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya.

Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin tanpa kebenaran anak perempuan yang berkahwin.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu ringgit Malaysia adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.

Jika hantaran tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan pihak lelaki berkemampuan membayarnya tidaklah menjadi satu kesalahan dan ianya diharuskan.

Kedua: Adakah bersanding merupakan ajaran Islam?

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam.

Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar, beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang berlaku semasa majlis bersanding ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam al-Qur'an, Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan.

Kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah.

Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.

Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu'asirat dan Halal dan Haram fil Islam, halaman 36.: “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram."

Jika terdapat majlis makan berdamai semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.

Berinai adalah salah satu amalan semasa majlis perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi SAW tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra, "Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, "Apakah ini tangan lelaki atau perempuan?" maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi SAW pun bersabda maksudnya, "Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai)." Hadis RiwayatAbu Daud, 4166) dan (Hadis Riwayat Nasa'i 5092

Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram.

Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Daripada Anas dia berkata, “Bahawa Nabi SAW melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Ketiga: Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?

Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh.

Apa perlunya pada zaman sekarang?

Beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya dibuang begitu sahaja!

Adalah jauh lebih baik rombongan pengantin lelaki membawa makanan atau buah-buahan sebagai hadiah kepada pihak pengantin perempuan. Sirih junjung dikira sebagai barang membazir dan menyusahkan sahaja.

Keempat: Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bersolek (berlebih-lebihan) di majlis perkahwinan ini?

Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis" mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram.

Antaranya yang disebut oleh al-hadis riwayat Muslim. Dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a katanya: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah."

Apa yang jelas dari bersolek adalah satu dosa kerana termasuk dalam "Tabarruj" dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak.

Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan dilarang oleh Allah SWT. Jika bersolek sekadarnya dan tidak nampak bedak yang tebal dan tiada perhiasan yang berlebihan tidaklah dilarang.

Kelima: Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.

Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud, “Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama."

Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah ra bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya, "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."

Dalam hadis yang bertaraf 'hasan' yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya, "Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan."

Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana.

Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam. Hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.

BACA INI JUGA: Polterabend, Budaya Pelik Memecahkan Pinggan Sebagai Doa Kebahagiaan Pengantin

sumber: ikahwin

Video Murid Tahun 1 Kena Culik Di Sarawak Viral

Video Murid Tahun 1 Kena Culik Di Sarawak Viral

Rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilarikan oleh seorang lelaki dan perempuan dalam kejadian di Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching, Sarawak menjadi viral di media sosial.

Haiqal Haqimi Suhini

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari semalam (28/3/2016), kanak-kanak terbabit, Haiqal Haqimi Suhini dilarikan ketika bermain di perlarangan rumah neneknya, seperti yang dilaporkan portal berita akhbar arus perdana.

Menerusi rakam video yang diambil di sebuah premis berhampiran, menunjukkan Haiqal dihampiri oleh seorang wanita bertudung yang membawanya ke bahu jalan sebelum ditahan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang kemudian membawanya pergi entah ke mana.

Kehilangan Haiqal itu disedari oleh keluarganya tidak lama kemudian. Bapanya, Suhini Abdullah, 36, membuat laporan polis pada jam 9.45 malam tadi selepas menerima salinan rakaman CCTV tersebut.

Difahamkan, polis kini sedang giat mengesan dua suspek berkenaan dengan menyebarkan gambar kanak-kanak tersebut di setiap balai polis di seluruh negara.

Haiqal Haqimi Suhini [2]
Haiqal Haqimi Suhini, 7 tahun.

Sementara itu, ahli keluarga dan saudara mangsa giat memohon bantuan orang ramai mengesan kanak-kanak terbabit.

“Andai kata orang yang membawa Haiqal itu berniat mahu menolong, sila hubungi saya dengan segera. Kami sekeluarga sedang menunggu Haiqal.

“Video ini mungkin tidak berapa jelas. Sesiapa yang ada maklumat, sila hubungi kami segera,” kata Bella Luna Shaimi, ibu saudara mangsa yang memuat naik video rakaman di laman sosial.

Ketika dilarikan, mangsa berpakaian kemeja-T biru muda berkolar hitam dengan tulisan Manchester City dan berseluar sukan sekolah biru tua.

Kepada anda yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini, boleh memaklumkan di balai polis berhampiran atau menghubungi talian 082-244444. -Mynewshub.cc

BACA INI JUGA: Lapa, Aplikasi Kesan Kedudukan Anak Dan Barang Jika Hilang!


UPDATE!
29/3/2016 - 7PM

Haiqal Haqimi Suhini berjaya ditemui

HAIQAL+Hakimi

Haiqal yang dilaporkan hilang kelmarin telah selamat kembali ke pangkuan keluarganya petang tadi.

Perkhabaran itu dikongsikan oleh Effa Farhana Shaimi melalui Facebooknya.

"Alhamdulillah, syukur ke atas Ilahi. Haiqal Hakimi selamat dihantar ke rumahnya di Taman Hussien," katanya.

Effa mengesahkan bahawa maklumat yang diterima dari ahli keluarganya yang berada di Kuching itu adalah sah, selain dari berkongsikan gambar kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan maklumat kemana anak saudaranya itu dibawa oleh dua suspek terbabit.

"Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang membantu tanpa mengira siapa pun anda. Kami tidak meminta perkara seperti ini berlaku.

"Moga menjadi pengajaran kepada semua," katanya. -PIXEL MEDIA

BACA INI JUGA: Kehilangan Misteri Di Segi Tiga Bennington

5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik

5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik

Berbicara tentang Korea Selatan, maka yang akan bermain diminda kita adalah dunia industri K-POP, K-Drama, Boyband, GirlBand, sehinggalah kepada cerita pembedahan plastik.

Tapi, tahukah anda 5 wanita tercantik Korea Selatan 2016 yang memiliki wajah ori tanpa perlu melakukan pembedahan plastik!

Inilah 5 Artis Cantik K-pop Tanpa Pembedahan Plastik.

Song Hye Gyo

Song Hye Gyo

Artis tercantik ini mula terkenal ketika membintangi drama bertajuk “Endless Love”. Kariernya bertambah meletup apabila membintangi K-Drama bertajuk Full House dengan Rain.

Sandara Park

Sandara Park

Artis cantik yang aktif dan menganggotai kumpulan 2NE1, sangat digemari peminat diseluruh dunia termasuk Malaysia. Walaupun usianya sudah menghampiri 30, kecantikannya masih lagi tetap wow.

Park Shin Hye

Park Shin Hye

Siapa yang tak kenal dengan Ratu K-Drama ini. Selain hebat berlakon, dia juga memiliki wajah asli tanpa sebarang pembedahan plastik. Usianya masih muda dan bintangnya semakin cerah dalam dunia perfileman.

Miss A's Suzy

Miss A's Suzy

Artis cantik yang popular dalam K-Drama bertajuk “Dream High” ini mengaku tidak pernah melakukan pembedahan plastik. Dengan pipi yang sedikit Chubby dan gigi putih, Miss A’s Suzy menjadi idola jejaka dan peminat wanita hingga saat ini.

Han Ye Seul

Han Ye Seul

Han Ye Seul walaupun telah berusia tetapi kecantikannya masih lagi kelihatan seperti gadis 20an. Artis dan model terkenal Korea ini, sememangnya antara yang paling sukses dan dipuji peminat kerana keaslian wajahnya.

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

Sumber: Fatygirl

10 Khasiat Beras Perang Yang Sangat Menakjubkan

10 Khasiat Beras Perang Yang Sangat Menakjubkan

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi.

Khasiat Beras Perang

Meskipun terdapat beberapa kekangan yang membuatkan pengguna berasa sukar menggunakan beras perang seperti memerlukan masa untuk memasak yang lebih lama, namun ia lebih berkhasiat secara keseluruhannya.

Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.

Beras perang juga merupakan sumber serat yang baik dan memiliki tekstur dan rasa yang enak serta boleh dicampurkan dalam menu seperti salad, stew dan tumisan. Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang ini:

Mengurangkan risiko kanser kolon

Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon.

Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa.

Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.

Mencegah sakit jantung

Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi.

Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang diketahui meningkatkan tekanan darah.

Perlindungan daripada kanser payudara

Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara.

Mengurangkan kolesterol

Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah.

Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini.

Terdapat saranan yang mengatakan minyak yang di ekstrak daripada beras perang turut membantu dalam menurunkan paras kolesterol dan juga tekanan darah, malah meningkatkan paras kolesterol baik dalam darah.

Mengekalkan berat badan seimbang

Apabila anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan.

Hal ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis. Ini memberi kelebihan daripada segi mengekalkan berat badan yang seimbang dan mengelakkan anda dari terus bertambah berat badan daripada masa ke masa.

Membantu penghadaman

Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.

Mencegah batu karang

Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita.

Mengawal kadar gula dalam darah

Pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan atau lama berbanding apabila anda mengambil nasi putih biasa.

Ini bermaksud pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan glicemic index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang.

Diet yang kurang GI ini berkait rapat dengan menstabilkan paras gula dan membantu mengurangkan risiko perkembangan diabetes jenis 2.

Makanan bayi yang sempurna

Beras perang dalam bentuk bijirin atau beras perang itu sendiri menjadi makanan bayi yang sangat bagus kerana kandungan nutrisi yang semula jadi dan serat yang tinggi.

Ia menjadi alternatif yang bagus kepada pemakanan bayi yang sedang membesar berbanding bijirin yang diperbuat daripada beras biasa.

Tulang yang sihat

Beras perang menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat. Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang.

Satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium buat anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 16 Jenis Nasi Di Malaysia, Semua Sedap!

Sumber: Impiana

Monday, March 28, 2016

6 Makanan Penambah Darah

6 Makanan Penambah Darah

Gejala kurang darah ataupun lebih dikenali dengan nama anemia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Kanak-kanak juga tidak terkecuali alaminya.

6 Makanan Penambah Darah

Jika tidak dirawat apatah lagi mengambil perhatian mengenai masalah yang timbul ini boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius. Ada kalanya boleh membawa maut.

Cegahlah sebelum terlambat. Mungkin anda boleh mengubah segala-galanya dengan cara pemakanan yang sihat. Perhatikan beberapa jenis makanan yang baik untuk menghindari anemia.

1. Makanan laut/ikan

Ikan bukan sahaja kaya dengan lemak omega-3. Tetapi ikan juga kaya dengan zat besi yang baik untuk tubuh. Jadi banyakkan pengambilan ikan dalam menu seharian anda.

2. Daging merah

Daging merah adalah makanan yang paling baik untuk menambah darah dalam tubuh. Pengambilan yang konsisten boleh menambahkan hemoglobin. Tetapi harus diingat jangan pula mengambil daging merah yang berlemak. Dibimbangi darah bertambah kolesterol juga turut sama meningkat.

3. Beras perang

Beras perang memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ia boleh menurunkan berat badan, mengurangkan kolesterol dan juga gangguan pencernaan. Tahukah anda bahawa darah merah juga mempunyai zat besi yang banyak iaitu dapat meningkatkan hemoglobin.

4. Hati lembu

Hati lembu antara makanan yang sangat kaya dengan zat besi. Dengan 100 gram hati lembu ia mengandungi hampir 9mg zat besi.

5. Strawberi

Strawberi bertindak dengan dua keadaan iaitu ia membekalkan sumber zat besi yang tinggi. Mereka yang suka memakan strawberi akan mempunyai kelebihan pada tubuh.

6. Bayam

Selain dapat meningkatkan hemoglobin bayam juga mampu mengelakkan kanser dengan cara memperlambatkan pertumbuhan sel. Jadi sentiasa amalkan kesemua jenis makanan ini ke dalam menu harian anda. pastinya mampu mengurangkan risiko alami anemia.

BACA INI JUGA: Kunyit Penawar Penyakit Kencing Manis?

Sumber: Mingguanwanita

Milla Bizzotto, Kanak-kanak Paling Kuat Di Dunia!

Milla Bizzotto, Kanak-kanak Paling Kuat Di Dunia!

Milla Bizzotto bukan kanak-kanak biasa sebaliknya kanak-kanak yang berusia sembilan tahun ini berjaya menamatkan perlumbaan berhalangan 24 jam Battlefrog, iaitu satu perlumbaan yang memerlukan kekuatan minda dan fizikal yang kuat.

Milla Bizzotto

Dalam perlumbaan Battlefrog, iaitu pertandingan ala-ala latihan tentera laut ini, Milla berjaya berenang sejauh lapan kilometer dan melepasi 25 halangan.

Dia hanya tidur antara pukul 2 pagi hingga 6 pagi sahaja sepanjang perlumbaan 24 jam itu dan merupakan satu-satunya peserta bawah 18 tahun.

Untuk menyertai pertandingan yang sukar itu, Milla telah menjalani latihan selama sembilan bulan, lima hari seminggu dan tiga jam sehari.

Kanak-kanak ini kini menjadi sumber inspirasi ramai selepas dia berjaya menamatkan pertandingan Spartan bersama nenek dan bapanya, Christian Bizzotto tahun lepas.

Milla Bizzotto [2]

Milla berasal dari selatan Florida dan dia telah dilatih oleh bapanya, yang juga seorang pemilik gim.

Pada mulanya Milla menyertai sukan kerana selepas menjadi mangsa buli di sekolah namun lama kelamaan dia semakin meminati apa yang dilakukannya dan kini Milla lebih cekal serta mampu mempertahankan dirinya sendiri.

Dalam pada itu, Christian berkata, dia terpaksa menukar gaya hidupnya untuk dijadikan contoh kepada anak perempuannya dan kemudiannya Milla boleh menjadi model kepada kanak-kanak lain.

BACA INI JUGA: 'Hai Kaum Muslimin, Siapakah Orang Yang Paling Berani?'

Sumber: Mynewshub.cc

Adira AF Bongkar 5 Rahsia Putih Gebu!

Adira AF Bongkar 5 Rahsia Putih Gebu!

Jika anda perasan, sejak akhir-akhir ini masyarakat Malaysia khususnya kaum Hawa semakin obses ingin memiliki kulit cerah dan gebu.

5 Rahsia Adira AF

Buktinya, lihat sahaja lambakan produk pemutih sama ada berasaskan makanan tambahan atau krim sapuan.

Antara artis yang sering mendapat pujian dan dijadikan inspirasi untuk menjadi cantik adalah penyanyi kelahiran Sabah, Adira Suhaimi.

5 Rahsia Adira AF [2]

Namun, penyanyi yang sinonim dengan jolokan ‘Snow White Malaysia’ ini tidak dapat lari daripada persepsi negatif ramai yang beranggapan kononnya penyanyi ini melakukan suntikan untuk memutihkan kulit.

5 Rahsia Adira AF [3]

Berikutan itu, Adira menjelaskan bahawa dia tidak pernah mendapatkan suntikan dan dia sememangnya memiliki kulit cerah sejak kecil.

Apa pun, mesti ramai yang tertanya-tanya rahsia Adira untuk dapatkan kulit putih dan gebu.

Ini adalah lima rahsia Adira Suhaimi kekalkan kulit putih dan cantik:

1. Rajin gunakan krim untuk kelembapan kulit.

2. Menjaga pemakanan untuk kulit cantik. Adira percaya dengan quote ‘you are what you eat’. Adira juga sangat cerewet dalam memilih makanan serta mengamalkan diet yang betul.

3. Amalkan air kosong untuk kulit bercahaya

4. Sangat pentingkan diet sihat dan buah-buahan makanan WAJIB!

5. Rawatan badan dan wajah di salun kecantikan pada setiap bulan.

BACA INI JUGA: Inconnue, Wanita Yang Paling Banyak Dicium!

Sumber: Hanasuva