Friday, March 18, 2016

Pelakon-pelakon Terbaru Hollywood Yang Di Bayar AS$20 Juta Untuk Satu Filem!

Pelakon-pelakon Terbaru Hollywood Yang Di Bayar AS$20 Juta Untuk Satu Filem!

Iron Man Robert Downey Jr., Leonardo DiCaprio, Sandra Bullock, Angelina Jolie,  Matt Damon — kini termasuk ke dalam senarai elit sebagai pelakon Hollywood yang memperolehi pendapatan paling tinggi di Hollywood iaitu sehingga AS$20 juta untuk satu filem lakonan mereka.

Pelakon Lelaki

Matt Damon

Menurut edisi terbaru majalah The Hollywood Reporter, Iron Man Robert Downey Jr. memperolehi pendapatan sebanyak AS$20 untuk setiap filem Iron Man.

Manakala Matt Damon dibayar jumlah yang sama, AS$20 juta, untuk francais filem Jason Bourne yang seterusnya.

Pelakon utama American Sniper, Bradley Cooper juga kini tersenarai sebagai pelakon dengan bayaran sebanyak AS$15 juta sehingga AS$20 juta untuk satu filem.

Bayaran paling tinggi yang pernah diperolehinya ialah AS$15 juta untuk filem ketiga Hangover.

Ben Affleck dan Channing Tatum turut tersenarai sebagai pelakon AS$20 juta tetapi nilai Tatum boleh menjunam ekoran kegagalan filem terbarunya Jupiter Ascending di Box Office.

Namun begitu apa yang lebih memeranjatkan ialah kemampuan Dwayne Johnson untuk kini memperolehi pendapatan sehingga AS$15 juta untuk satu filem.

Dia dibayar AS$15 juta untuk filem aksi terbaru Hercules dan San Andreas.

Sebelum ini dia hanya memperolehi bayaran yang tidak seberapa untuk muncul dalam filem terbaru Furious 7.

Namun begitu, pelakon dengan bayaran termahal kini adalah milik Leonardo DiCaprio, yang menerima AS$25 juta untuk peranannya dalam The Wolf of Wall Street.

Pelakon Wanita

Jennifer Lawrence

Dalam pada itu, empat orang pelakon wanita iaitu Bullock, Jolie, Melissa McCarthy dan Jennifer Lawrence kesemuanya kini memperolehi tidak kurang daripada AS$15 juta untuk satu filem lakonan mereka.

Bullock berada di senarai teratas sebagai pelakon wanita paling mahal di Hollywood buat masa ini dengan memperolehi AS$70 juta untuk filem Gravity sahaja.

Jumlah itu termasuk bayaran bonus dan bayaran pendahuluan sebanyak AS$20 juta. Selebihnya dia memperolehi 20 peratus untuk setiap keuntungan yang diperolehi menerusi jualan tiket.

Angelina Jolie memperolehi lebih AS$15 juta untuk filem terbarunya Maleficent tetapi sumber-sumber Hollywood memberitahu yang dia akan memperolehi AS$20 juta untuk sambungan filem spy Salt yang akan memulakan pengambaran tidak lama lagi.

Jennifer Lawrence memperolehi sekitar AS$10 juta untuk The Hunger Games: Catching Fire, tetapi khabarnya dia akan menerima AS$15 juta untuk filemnya yang seterusnya.

Semoga terhibur.

BACA INI JUGA: Pelakon Hollywood Yang Dipecat Dari Filem

Sumber: mStar

'Sila Cari Di Google, Hidung Dia Senget Atau Lurus?'

'Sila Cari Di Google, Hidung Dia Senget Atau Lurus?'

Penyanyi dan pelakon Awie meminta bekas isterinya, Rozana Misbun agar tidak terus berbohong apabila bertindak mahu menuntut ganti rugi 'patah hidung' selain mengemukakan saman malu diaibkan terhadapnya.

Awie Pop star

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, tindakan terbaharu Rozana itu disebabkan perasaan tidak puas hati terhadapnya namun dia tidak terkesan dengan perkara itu.

"Dia tuduh saya patahkan hidungnya, cuba anda sendiri buat carian di Google wajah dia sebelum dan selepas berkahwin dengan saya sama ada hidungnya senget atau pun lurus.

"Jangan terus berbohong hanya kerana masih tidak berpuas hati tetapi tidak mengapa teruskan kerana saya tidak terkesan pun dengan apa juga tindakannya," katanya kepada mStar Online.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ceria Popstar 2016.

Vokalis kumpulan Wings itu bakal bertindak sebagai juri tetap di samping penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dalam program itu.

Terdahulu, Awie bebas tuduhan memukul Rozana mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan selepas dia bersetuju memohon maaf selain membayar kompaun sebanyak RM10,000 terhadap bekas isterinya itu.

Permohonan maaf dilakukan dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ampang.

Hidung+Rozanna

Bagaimanapun Rozana berhasrat mengemukakan saman malu terhadap Awie kerana mengaibkannya dengan pelbagai fitnah melalui pihak media.

Dalam pada itu, Awie berkata, Rozana yang memulakan 'peperangan' di antara mereka sehingga ada pihak turut terlibat membantu dalam usaha memusnahkan karier seninya itu.

"Awal-awal dahulu saya memang tidak pernah cakap apa-apa sama ada di media atau laman sosial tetapi dia yang memulakan untuk memalukan saya malah ada yang membantunya dan tahniah kerana berjaya musnahkan hidup saya.

"Apabila ada wartawan tanya baru saya jawab itu pun saya minta komen saya ditapis sebelum ditulis," jelasnya. -mStar

BACA INI JUGA: 5 Pelakon Wanita Terima Bayaran Paling Mahal Di Dunia

Pelatih Polis Meninggal Akibat Strok Haba!

Pelatih Polis Meninggal Akibat Strok Haba!

Seorang pelatih asas kepolisan (PLAK) Siri 1/2016 yang baru sahaja menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat, Ahad lalu, meninggal dunia dipercayai akibat strok haba, malam kelmarin.

Meninggal Akibat Strok Haba

Pegawai Penyelaras PLAK Siri 1/2016 Pulapol Segamat, Asisten Superintendan Abu Bakar Ngah berkata, Pelatih Konstabel Azizan Ayob, 23, meninggal dunia di Hospital Daerah Segamat (HDS) pada jam 10.26 malam.

“Selasa lalu, pelatih menjalani orientasi pengenalan kawasan latihan yang berakhir di padang kawad Pulapol dengan larian ringan dan belum pun masuk pusingan kedua, dia kelihatan seperti hendak pitam.

“Dia sempat dibantu oleh rakan pelatih lain dan dipapah keluar dari padang kawad sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Batu Anam. Melihat keadaannya yang agak kritikal, dia dikejarkan pula ke HDS,” katanya.

Menurutnya, mangsa berasal dari Melaka itu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) HDS sebelum pihak Pulapol Segamat memaklumkan bapa mangsa yang juga merupakan seorang pesara polis.

Katanya, doktor turut memaklumkan keadaan mangsa kritikal kerana segala sel dalam badan sudah gagal untuk berfungsi selain terpaksa bergantung kepada bantuan mesin pernafasan.

“Mangsa disyaki mengalami strok haba dan bapa mangsa juga ada memaklumkan anaknya itu juga turut mempunyai penyakit sawan dan mengalami demam beberapa hari sebelum melaporkan diri di Pulapol Segamat.

“Malam semalam (kelmarin) pihak hospital memaklumkan tentang kematian pelatih kepada keluarga dan pihak Pulapol, sebelum jenazah diurus dan dihantar pulang ke kampung halamannya di Melaka untuk dikebumikan hari ini (semalam),” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pada waktu latihan orientasi, keadaan cuaca tidak begitu panas dan berawan serta kematian mangsa juga bukan disebabkan penderaan atau modul latihan PLAK yang sedang diikuti.

Katanya, mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tangga Batu Kecil, Melaka dan Pulapol Segamat mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa atas tragedi ini.

“Susulan insiden ini, pihak hospital telah memanggil pengurusan Pulapol untuk memaklumkan perkembangan dan langkah yang perlu diambil ketika musim panas bagi mengelakkan kejadian sama berlaku kepada 463 pelatih lain,” katanya.

BACA INI JUGA: Bahaya Strok Haba Dan Cara Mencegahnya

Sumber: SH

Kisah Tesco Beri Kerja kepada Pencuri Dapat Perhatian Dunia!

Kisah Tesco Beri Kerja kepada Pencuri Dapat Perhatian Dunia!

Kisah Tesco Bukit Mertajam yang memberikan kerja kepada seorang lelaki yang ditangkap kerana mencuri kini telah menjadi perhatian dunia.

Tesco+Malaysia

Beberapa portal telah memuat naik kisah itu dan diletakkan di muka hadapan portal mereka.

Portal Metro.co.uk telah menulis mengenai kisah itu dengan artikel bertajuk: Tesco beri pekerjaan kepada lelaki yang mencuri untuk memberi makan kepada keluarga.

Di portal Independent.co.uk pula, tertera artikel dengan tajuk yang sama.

Tesco+Malaysia [2]

Selain dari dua portal itu, kisah lelaki berkenaan juga turut dikongsi di Mirror.co.uk dan International Business Time (IBT) Uk.

Baru-baru ini, kisah Tesco memberi pekerjaan kepada seorang pencuri menjadi viral di Malaysia.

Tesco+Malaysia [3]

Lelaki tersebut terpaksa mencuri untuk memberi makan kepada 3 orang anaknya selain terpaksa menjaga isterinya yang sakit.

Pihak pengurusan Tesco Bukit Mertajam yang tersentuh dengan apa yang perlu dilalui oleh lelaki terbabit memberi kerja kepada lelaki itu dan tidak melaporkan jenayah yang dilakukan.

BACA INI JUGA: Kisah Seorang Janda Dan Sebiji Terung

Sumber: Siakapkeli.my

Rakaman Suara Video Sahkan Komplot Jatuhkan Najib!

Rakaman Suara Video Sahkan Komplot Jatuhkan Najib!

Satu video mengandungi rakaman suara tanpa visual sebenar yang disebarkan di media sosial mengesahkan mengenai wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib+vs+Muhyiddin

Rakaman suara mirip bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dipercayai dirakam dalam satu majlis tertutup sebelum beliau digantung jawatan dalam Umno.

Berdasarkan penelitian, rakaman suara berkenaan telah disunting oleh pihak tertentu.

Pada awal video berkenaan, terdapat montaj bergambar yang bertulis: "9 September 2015. TSMY mengaku wujudnya KOMPLOT untuk menjatuhkan Najib.

"TSMY mengaku bahawa Dana Khas Umno yang diuruskan oleh presiden ialah perkara biasa dari dulu lagi."

Berdasarkan rakaman itu, pemilik suara yang kedengaran mengaku sebagai 'Muhyiddin Yassin' beberapa kali menyentuh mengenai komplot menjatuhkan kerajaan.

"Mungkin setengah pihak meramalkan akan ada satu tindakan luar biasa daripada saya. Kalau mengikut sejarah, apa yang berlaku dalam Umno selepas (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dipecat dan sebagainya.

"Tapi saya nak jelaskan i'm not Anwar Ibrahim. Saya Muhyiddin Yassin," katanya sambil kedengaran bunyi tepukan.

"Hingga bila ada soal isu komplot, ni Datuk Zahid ada sini...komplot untuk menjatuhkan kerajaan, saya tidak terlibat.

"Walaupun ada usaha dibuat oleh beberapa pihak datang jemput saya untuk bersama-sama, saya kata no, i'm not part of that exercise," katanya.

Difahamkan majlis yang dihadiri pemilik suara itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya tidak terlibat dalam soal itu, saya tahu siapa yang terlibat, saya tahu apa yang mereka nak buat.

"Bukan kata nak menumbangkan kerajaan, nak menukar perdana menteri...itu pun saya tak terlibat dalam soal itu.

"Ini Datuk Timbalan Perdana Menteri mesti ada maklumat SB (cawangan khas) dan sebagainya. Saya tahulah...itu sistem kerajaan kita," katanya.

Selain itu rakaman tersebut juga menyentuh mengenai kontroversi derma politik kepada Umno.

"Kalau Datuk Seri ingat, saya pun tak pernah soalkan, i never ask. Saya menjadi timbalan presiden tahun 2009 sampailah sekarang.

"Tapi tak pernah pun persoalkan tentang dana khas ini, kerana saya tahu sejak dulu pun bahawa dana khas ini adalah dana yang diuruskan oleh presiden sendiri," katanya. -mStar

BACA INI JUGA: 'Saya Tak Mahu Disoal Di Akhirat Kelak'

8 Tips Mudah 'Sejukkan' Badan Ketika Cuaca Panas

8 Tips Mudah 'Sejukkan' Badan Ketika Cuaca Panas

Anda dinasihat untuk mengamalkan rutin pemakanan dan penjagaan kesihatan secara konsisten dengan meminum banyak air putih termasuk minuman berisotonik bagi menggantikan garam mineral yang hilang semasa berpeluh ketika cuaca panas.

Minum air sejuk

Pengambilan minuman tersebut perlu tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan serta untuk memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi.

Perkara ini tidak harus dipandang ringan terutama bagi kawasan yang mengalami peningkatan suhu melampau sehingga mencecah 39 darjah celcius.

Beberapa tips yang dikongsi ini boleh membantu meredakan bahang kepanasan, selain dapat membantu kita kekal sihat dan aktif dalam cuaca panas.

1. Perkara paling asas dalam menghadapi cuaca panas adalah memastikan air yang mencukupi di dalam badan. Minum air putih sebanyak mungkin untuk mengelakkan dehidrasi. Elakkan minuman berkafein dan manis kerana ia mempercepatkan dehidrasi.

2. Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang sejuk dan membantu meresap haba dan peluh. Elakkan memakai pakaian berlapis.

3. Untuk wanita, kurangkan solekan kerana ada sesetengah bahan dalam produk kosmetik kemungkinan menyekat aliran peluh, sekali gus membuatkan rasa panas di bahagian muka.

4. Hadkan aktiviti luar dan aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.

5. Pastikan pemakaian krim SPF yang bersesuaian dengan kulit jika perlu terlibat dengan aktiviti luar.

6. Sebaiknya mandi dengan air yang suam dan tidak terlalu sejuk. Ini kerana mandi air sejuk akan membuatkan badan anda menjana haba untuk menggantikan haba yang baru hilang.

7. Boleh juga cuba meletakkan atau melalukan air sejuk pada pergelangan tangan selama beberapa saat. Ini kerana satu saluran darah utama berada di sini, dan boleh memberikan rasa sejuk dengan pantas.

8. Makan kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Makan dalam kuantiti yang banyak, terutama yang tinggi kadar karbohidrat akan menaikkan kadar metabolisme dan ini akan membuatkan badan terasa panas.

Ancaman penyakit termasuk strok akibat bahang terlalu panas bukan sahaja mudah menyerang kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa dan warga emas jika tidak mengamalkan pemakanan sihat serta menitikberatkan soal kesihatan.

BACA INI JUGA: Bahaya Bakteria Kebal Antibiotik, Perkara Yang Anda Wajib Tahu!

Sumber: Astroawani

Thursday, March 17, 2016

Bahaya Strok Haba Dan Cara Mencegahnya

Bahaya Strok Haba Dan Cara Mencegahnya

Rentetan daripada keadaan suhu matahari yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.

Bahaya+Strok+Haba

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September.

Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan mengalami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.

Strok haba boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan.

Bahaya+Strok+Haba [2]

Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme.

Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.

Tanda-tanda awal serangan strok haba
  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • Denyutan nadi yang pantas
  • Otot lemah dan kejang
  • Muntah/rasa hendak muntah
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Pitam
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk

Cara merawat mangsa serangan strok haba
  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara mencegah serangan strok haba
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Resepi Ubat Batuk Paling Mudah Dan Mujarab

Sumber: thevocket

Dehidrasi, Bahaya Kekurangan Air Dalam Tubuh

Dehidrasi, Bahaya Kekurangan Air Dalam Tubuh

Kita sering diberitahu tentang bahaya dehidrasi dan apakah sebenarnya maksud dehidrasi? Dehidrasi dalam bahasa mudahnya adalah suatu keadaan kehilangan atau kekurangan air dalam badan.

Bahaya+Dehidrasi

Seperti yang kita sedia maklum, lebih 70% daripada komponen didalam tubuh kita adalah air. Oleh itu, kehilangan air dalam tubuh badan akan merencatkan sistem komponen tubuh kita daripada berfungsi dengan lancar.

Ini adalah seperti perumpamaan sistem enjin kereta yang tidak dijaga minyak pelincir didalamnya yang mengakibatkan kereta itu meragam lalu mengalami kerosakan. Konsep yang sama juga berlaku dalam tubuh manusia.

Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan kita mengalami dehidrasi:

Keletihan

Aktiviti enzim didalam badan menjadi perlahan

Sembelit

Usus kekurangan air kerana telah mengeluarkan banyak air lebih daripada biasa untuk membekalkan cecair kepada komponen-komponen tubuh yang lain.

Masalah Pencernaan

Enzim pencernaan yang kurang boleh menyebabkan masalah pedih ulu hati, gastrik dan ulser.

Tekanan Darah Tinggi

Darah menjadi pekat dan sukar untuk melakukan proses pengepaman darah.

Kolesterol Tinggi

Tubuh akan menghasilkan lebih kolesterol untuk menggantikan air yang hilang.

Masalah Pernafasan

90% daripada paru-paru mengandungi air dan kekurangan air akan memberi masalah pernafasan.

Ketidakseimbangan Asid-Alkali dalam badan

Tubuh tidak berupaya untuk menyahkan asid dalam badan. Asid yang tidak dikeluarkan akan menjadi penyakit.

Pertambahan Berat Badan

Apabila makanan tidak dapat diproses kerana kekurangan air, ia akan mengakibatkan berat badan bertambah.

Penyakit Kulit

Kulit merupakan laluan nyah toksin badan yang terbesar. Kekurangan air menyebabkan toksin dalam badan tidak boleh dikeluarkan melalui kulit.

Masalah Hati, Buah Pinggang dan Pundi Kencing

Kekurangan air menyebabkan toksin di dalam organ-organ ini tidak dapat dikeluarkan dan berkumpul menjadi penyakit.

Sakit Sendi

Kekurangan air mengakibatkan bahan pelincir di pertemuan antara tulang berkurangan dan menyebabkan rasa sakit semasa melakukan pergerakan.

Kesan Penuaan Lebih Cepat

Tubuh bayi yang baru lahir mengandungi lebih 90% air. Jumlah tersebut akan terus berkurangan sehingga ke 50% apabila tua sekiranya tidak dijaga.

Kesimpulan

Oleh itu, mari pastikan kita minum air secukupnya setiap hari. Bukan saja cukup tetapi juga mempunyai pilihan untuk meletakkan kesihatan anda ditahap optima.

BACA INI JUGA: Manfaat Makan Tembikai Untuk Kaum Lelaki

Sumber: Nurisaomar

Apa Sebenarnya Fenomena Equinox?

Apa Sebenarnya Fenomena Equinox?

Pemanasan global atau fenomena ekuinoks berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.

Fenomena Equinox [2]

Bumi berputar mengelilingi matahari dengan posisi yang sedikit miring, sekitar 23.5° terhadap bidang lintasannya yang dikenal sebagai ekliptik.

Akibatnya, sinaran matahari tidak selalu tepat berada di bahagian tengah bumi atau garisan Khatulistiwa.

Selama setengah tahun, matahari berada di atas belahan utara Khatulistiwa. Setengah tahun berikutnya, matahari berada di atas belahan selatan khatulistiwa. Inilah yang menyebabkan perbezaan musim di daerah empat musim belahan utara dan selatan.

Saat belahan utara mengalami musim panas, belahan selatan mengalami musim sejuk, demikian pula sebaliknya.

Jadi, apabila matahari berada tepat diatas garisan Khatulistiwa, fenomena inilah yang dinamakan Equinox.

Asal-usul Nama Equinox

Fenomena Equinox

Kenapa dinamakan Equinox? Equinox berasal dari bahasa latin yang ertinya 'Malam yang sama panjang'.

Pada hari-hari tersebut, siang dan malam memiliki panjang yang sama di belahan dunia manapun. Mungkin bagi kita yang tinggal di sekitar khatulistiwa, siang dan malam yang sama panjang adalah perkara biasa.

Tetapi bagi mereka yang berada di daerah empat musim, perkara ini jarang terjadi. Ketika musim sejuk, biasanya malam lebih panjang daripada siang. Sebaliknya ketika musim panas, siang lebih panjang daripada malam.

Jadi, bila masa tepatnya Equinox ini berlaku? Equinox biasanya berlaku pada 21 Mac dan 23 September.

Pada 21 Mac, matahari 'berpindah' dari kutub selatan ke kutub utara menandakan datangnya musim panas di belahan utara. Equinox yang berlaku pada 21 Mac ini dinamakan Vernal Equinox.

Sebaliknya, pada 23 September matahari 'berpindah' dari kutub utara ke kutub selatan yang menandakan datangnya musim gugur di sebelah utara. Equinox yang berlaku pada 23 September dinamakan sebagai Autumnal equinox.

Pada 21 Jun, matahari berada di belahan utara bumi (23.5 darjah Lintang Utara). Pada 23 September, matahari berada tepat di garisan Khatulistiwa.

Pada 22 Disember, matahari berada di belahan selatan bumi (-23.5 darjah Lintang Selatan).

Pada 21 Mac matahari kembali berada di Khatulistiwa.

Pada saat matahari berada di utara dan selatan (21 Jun dan 22 Disember) disebut sebagai Solstis Matahari.

Solstis Matahari

Solstis Matahari

Solstis adalah satu peristiwa astronomi yang berlaku sebanyak dua kali setiap tahun apabila kedudukan nyata Matahari di langit mencecah hampir dengan titik paling utara atau paling selatan bumi.

Nama kejadian ini berasal daripada bahasa Latin iaitu gabungan perkataan sol (matahari) dengan sistere (untuk berdiam diri).

Semasa solstis, matahari berdiri tetap dalam kecondongan iaitu pergerakan laluan utara atau selatan matahari yang berhenti sebelum membalikkan arah.

Sebutan solstis juga digunakan untuk membawa maksud yang lebih luas seperti tarikh (hari) apabila keadaan ini berlaku. Solstis bersama dengan ekuinoks berkait rapat dengan kejadian pelbagai musim di bumi.

Fenomena ini memperlihatkan seolah-olah matahari bergerak dari utara ke selatan selama setengah tahun, dan bergerak dari selatan ke utara pada setengah tahun berikutnya.

Pergerakan inilah yang membentuk empat musim di bumi, iaitu musim gugur, musim sejuk, musim bunga dan musim panas.

Dan ketika Ekinoks Matahari berlaku, masa antara siang dan malam menjadi sama iaitu 12 jam di seluruh permukaan bumi.

Bagi kita yang hidup di Khatulistiwa, mungkin malam dan siang sama lamanya. Tapi tidak bagi mereka yang tinggal di kawasan utara atau selatan.

Pada musim sejuk, orang Eropah mengalami malam yang lebih panjang dari siang dan ada masa yang sama, penduduk Australia mengalami masa siang yang lebih lama.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kepanasan Badan Hilang Melalui Kepala?

Pelajar Tahun 6 Changkat Jering Juara Muay Thai Dunia!

Pelajar Tahun 6 Changkat Jering Juara Muay Thai Dunia!

Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Bukit Gantang, Perak, melakar sejarah apabila mengungguli kategori bawah 12 tahun Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Muay Thai Peringkat Dunia di Bangkok, Thailand.

Iskandar Zulqarnain Juara Muay Thai Dunia 2016 [2]

Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A'Zamin muncul juara kategori itu selepas menundukkan peserta tuan rumah, Tannapon Pennikorn dalam perlawanan akhir pada Selasa.

Ayah Iskandar Zulqarnain, Mohamad Ezry A'Zamin Abdul Wahab berkata beliau dimaklumkan mengenai kejayaan anaknya itu oleh Presiden Muay Thai Malaysia Nooramain Kaw Abdullah.

"Lebih membanggakan apabila diberitahu lawan anak saya memiliki fizikal lebih tinggi selain lebih berpengalaman memandangkan Muay Thai memang sudah sebati dalam kalangan masyarakat Thailand," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Mohamad Ezry A'Zamin yang juga jurulatih sukan Muay Thai berkata kejayaan anaknya itu hasil kesungguhan semasa berlatih dan ia pastinya akan menyuntik semangat Iskandar Zulqarnain untuk terus berjaya.

Katanya Iskandar Zulqarnain yang dijadual pulang ke Perak Sabtu ini akan menyertai kejohanan Muay Thai di Eropah Mei depan. -Bernama

BACA INI JUGA: Video Peragut Tersilap Rompak Wanita Juara Muay Thai

Sumber: mStar

Wednesday, March 16, 2016

Trend `Pinggang Paling Cantik’ Gadis China!

Trend `Pinggang Paling Cantik’ Gadis China!

Gadis-gadis di China ketika ini dilanda trend pinggang ramping dan menggunakan kertas A4 bagi mengukur pinggang masing-masing.

Pinggang Paling Cantik

Ia bagi menunjukkan bahawa pinggang mereka tidak melebihi ukuran lebar kertas terbabit.

Gambar-gambar gadis yang bergambar dengan kertas di pinggang kini memenuhi media sosial di negara itu dan menjadi trend terbaru di kalangan mereka.

Masing-masing memuatnaik gambar mereka dengan kertas itu diselitkan sama ada di dalam seluar atau dilekatkan di pinggang.

Berpuluh ribu orang sudah berkongsi gambar pinggang mereka dalam Weibo, iaitu medium media sosial yang sama seperti Twitter dan Facebook.

Pinggang Paling Cantik

Bagaimanapun tidak semua yang bersetuju dengan trend berkenaan kerana ia umpama menghina dan memalukan mereka yang mempunyai pinggang yang besar.

“Ia bukan sesuatu yang `cool’ untuk menghina gadis yang tidak menepati ukuran itu,’’ demikian tulis netizen.

Disebabkan ia menjadi trend, maka perkataan `pinggang paling cantik’ menjadi carian paling tinggi dalam internet.

BACA INI JUGA: 7 Perangai Pelancong China Yang Paling Menjengkelkan!

Sumber: Mynewshub.cc