Pada lumrahnya, orang yang bersalah akan dihukum, sementara yang berjasa diberi penghargaan, tetapi apabila sesuatu perbuatan itu menongkah arus, ia adalah sesuatu yang membuka mata ramai kerana ia bukan sahaja ganjil, tetapi boleh menjadi iktibar.
Kisah-kisah luar biasa seperti ini kita pernah dengar atau baca berlaku sekali-sekala sejak zaman dahulu kala lagi.
Kita masih ingat cerita bagaimana seorang imam besar di zaman selepas tabiin, berhijrah merentasi padang pasir waktu kanak-kanak untuk mencari ilmu.
Sebagai anak orang susah, beliau hanya membawa sedikit wang yang dijahit oleh ibunya di sudut jubahnya.
Sebelum berangkat, ibunya mengingatkan anaknya itu, “Jangan berbohong”.
Maka di dalam perjalanannya, dia disekat oleh sekumpulan penyamun dan ketua penyamun bertanya kepadanya apa yang dibawa bersamanya.
Tanpa berdolak-dalik, kanak-kanak itu pun memberitahu beliau bawa sedikit wang.
Ditanya oleh ketua penyamun itu mengapa dia begitu jujur, kanak-kanak itu menjawab, “Ibu saya pesan jangan berbohong”.
Dipendekkan cerita, beberapa tahun kemudian, ketika berada di sebuah masjid, imam itu didatangi seorang lelaki tua yang berbudi bahasa dan memberitahunya, “Sayalah ketua penyamun itu dan sudah bertaubat selepas bertemu tuan dahulu.”
Di dunia moden dan canggih hari ni, masih ada cerita tentang manusia berhati mulia sekali-sekala, seperti kisah pemandu teksi atau pekerja hotel yang jujur, yang kembalikan wang kepada pemiliknya.
Masalahnya dalam dunia yang juga sarat dengan pembohongan dan kemungkaran ini, kisah kejujuran dan kebaikan menjadi pelik. Kisah-kisah begini adalah satu dalam sejuta!
Cerita terbaharu mengenai kejujuran adalah seperti apa yang sudah mula menjadi viral tentang seorang ayah kepada tiga orang anak yang ditangkap di sebuah pasar raya di utara Semenanjung kerana mencuri buah-buahan dan minuman bernilai RM27 minggu lalu. Saya ingin namakan dia Jo sahaja.
Apa yang menarik dan ganjil, bukan sahaja dia tidak diheret ke balai polis, malah diberi wang perbelanjaan dan ditawarkan kerja di pasar raya tersebut. Ia seolah-olah diberi najis, dibalas dengan bunga!
Tentunya kakitangan pasar raya itu terkesan dengan cerita Jo yang mendakwa dia terdorong untuk mencuri kerana anak-anaknya kelaparan dan dia tidak ada wang.
Menurut Jo, dia terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja kontrak untuk menjaga anak-anak mereka selepas isterinya koma ketika melahirkan anaknya minggu lepas.
Selepas mendengar cerita sedihnya itu, pengurus besar pasar raya itu mengingatkan Jo supaya tidak mencuri lagi dan pada masa yang sama menawarkan pekerjaan di pasar raya tersebut. Jenis kerja belum diputuskan.
Daripada penelitian kakitangan pasar raya itu, terbukti Jo memang orang susah.
Dia didapati menumpang di rumah saudaranya, yang jelas orang susah juga.
Mereka juga melawat isteri Jo. Dia sudah sedar tetapi bayinya tidak dapat diselamatkan.
Yang membuatkan pihak pasar raya terkesan dengan kes itu adalah kerana Jo ada seorang pencuri yang ‘luarbiasa’.
Dia tidak berdolak-dalik. Dia berterus-terang bahawa dia mencuri kerana anak-anaknya lapar dan dia tidak ada wang.
Menurut pengurus besar itu, dalam pengalamannya bekerja dalam bidang jualan selama hampir 25 tahun, dia tidak pernah bertemu dengan orang yang mengaku serta-merta selepas ditangkap mencuri.
Kerana kejujurannya itu, ditambah dengan kesempitan hidup yang diharunginya, mereka memutuskan tidak menyerahkannya kepada polis.
Bahkan mereka membantu Jo untuk mendaftarkan anaknya yang berusia 7 tahun di sekolah, di samping memberi sedikit wang untuk perbelanjaannya.
Marilah kita berdoa supaya Jo bukan sahaja setakat bekerja dengan jujur dan gigih di pasar raya itu sebagai membalas jasa majikan yang telah menolongnya sebegitu banyak jika dia diambil bekerja nanti, bahkan dia perlu menjadikan dirinya teladan.
Janganlah nanti dia melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan persepsi bahawa seorang yang pernah pencuri akan terus mencuri. Ketua penyamun dalam cerita di atas tadi telah membuktikan sebaliknya.
Bukankah dunia ini seperti roda. Yang baik boleh menjadi jahat, yang jahat boleh bertukar menjadi baik.
Siapa kita untuk menjatuhkan hukum.
Tahniah kepada majikan dan kakitangan pasar raya yang berperikemanusiaan itu dan selamat menjalani hidup baharu kepada Jo serta keluarganya. Insya-ALLAH!
BACA INI JUGA: Seorang Wanita Dan Kisah Sepotong Kuih
Sumber: SH