Monday, March 14, 2016

Fenomena El-Nino, Punca Dan Kesan Buruk Terhadap Dunia

Fenomena El-Nino, Punca Dan Kesan Buruk Terhadap Dunia

El Nino berasal daripada perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud 'anak lelaki’. Istilah tersebut pertama kali digunakan oleh nelayan di Peru sekitar 1800-an bagi merujuk kepada Jesus Christ kerana fenomena itu dikesan berlaku sekitar sambutan Krismas pada Disember.

Punca El Nino

Fenomena itu dikesan jauh lebih awal daripada La Nino kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap nelayan di negara Amerika Selatan itu. Nelayan Peru mendapati sekitar Disember dan Januari, hampir tidak ada langsung ikan di lautan.

Secara mudahnya, El Nino merupakan fenomena pemanasan suhu permukaan air laut yang biasanya berlaku dalam tempoh enam hingga 18 bulan setiap dua hingga tujuh tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran Peru. Namun, fenomena itu menyebabkan rantaian perubahan iklim di seluruh dunia.

Kejadian semulajadi itu berlaku apabila angin yang biasa bertiup dari kawasan Lautan Pasifik di benua Amerika Selatan menuju ke kawasan Australia dan negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina. Keadaan itu menyebabkan berlaku cuaca panas dan kemarau serta kadar hujan yang sedikit di negara-negara berkenaan.

Pada masa sama, kawasan timur Lautan Pasifik yang merangkumi negara-negara Amerika Selatan seperti Peru, Chile, Argentina, Bolivia, Colombia, Ecuador dan Brazil akan menerima angin kencang yang mengakibatkan hujan lebat, ribut petir serta banjir besar.

Mengikut rekod, El Nino telah melanda negara sebanyak 12 kali sejak 1951-1952 dan kejadian yang paling teruk ialah pada 1997-1998 dengan suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998.

Sehingga kini, punca sebenar kejadian El Nino ini masih belum diketahui walaupun banyak kajian telah dibuat oleh pakar.

Kesan El Nino

1. Kesihatan

Perubahan suhu dan cuaca boleh mempengaruhi populasi dan kelakuan vektor nyamuk, sekali gus meningkatkan potensi jangkitan.

Ini kerana keadaan cuaca yang lebih panas akan menyebabkan vektor nyamuk untuk hidup dan matang dengan lebih cepat serta memendekkan tempoh pengeraman virus.

Kesan pemanasan global turut meningkatkan kewujudan nyamuk di kawasan baharu, sekali gus menambah potensi epidemik sebanyak 31 hingga 47 peratus untuk denggi dan antara 12 hingga 27 peratus untuk malaria.

Walaupun kajian mengaitkan faktor cuaca dengan denggi terbatas di Malaysia, tetapi secara umumnya perubahan pantas dalam suhu sekeliling dan kelembapan boleh mempengaruhi vektor nyamuk.

Beberapa kajian menunjukkan hubungan positif antara hujan yang turun dan denggi, masa hujan turun juga penting, sama dengan jumlah hujan yang turun.

Selain demam, penyakit lain seperti wabak taun, untut dan malaria boleh merebak disebabkan peningkatan suhu. Penyakit-penyakit ini sering menular ketika musim panas.

Di samping itu, jerebu yang menyebabkan pencemaran udara boleh mengundang penyakit berkaitan pernafasan seperti asma, radang paru-paru, sakit tekak, sakit mata, batuk dan selsema.

Semasa jerebu teruk melanda rantau ini pada 1997-1998, dilaporkan hampir 20 juta orang mengalami pernafasan teruk.

2. Pencemaran udara

Semasa kejadian El Nino pada 1997-1998, cuaca panas dan kering yang melampau telah menyebabkan kebakaran hutan hampir 10 juta hektar di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Puluhan ribu rakyat negara itu terpaksa menerima rawatan dan beratus-ratus kematian dilaporkan di Indonesia yang dipercayai berpunca daripada kemerosotan kualiti udara.

Kebakaran hutan di Indonesia turut mengundang pencemaran udara di negara-negara berjiran terutamanya Malaysia, Singapura dan Thailand.

Dalam keadaan musim kering dengan taburan hujan yang sedikit atau tidak ada langsung, pencemaran tersebut akan menjadi lebih meruncing sehingga menyumbang kepada masalah jerebu.

Jerebu yang berlaku pada 1997-1998 di negara ini dianggap yang terburuk dalam sejarah sehingga hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi asap.

Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di sesetengah kawasan turut mencapai paras sangat berbahaya pada masa itu sehingga Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir terpaksa mengisytiharkan darurat.

Dalam tempoh Ogos hingga Oktober 1997 sahaja, jerebu menyebabkan kerugian sebanyak RM802 juta kepada Malaysia.

3. Krisis bekalan air

Musim kering akan menyebabkan penyusutan di kawasan tadahan air seperti empangan, tasik dan kolam disebabkan kadar sejatan yang tinggi dan tidak ada hujan.

Pengalaman semasa El Nino melanda pada 1997-1998 sudah cukup memeritkan terutamanya bagi penduduk di Lembah Klang apabila kira-kira 1.8 juta orang terpaksa berhadapan dengan catuan air selama enam bulan.

Bayangkan sekiranya El Nino yang kuat melanda sekarang dengan keadaan paras air di empangan dan loji rawatan yang rendah, negara berkemungkinan mengalami krisis air yang lebih teruk berbanding 1997-1998.

Pada 1998, sebanyak 4.2 juta pengguna di Lembah Klang terpaksa berkongsi 2,553 juta liter sehari tetapi kali ini, sebanyak 7.1 juta pengguna berkongsi 4,367 juta liter sehari.

Bagi menghadapi El Nino, semua rakyat perlu bekerjasama dengan menjimatkan penggunaan air dan tidak menggunakan air untuk aktiviti yang tidak perlu. Mereka juga perlu bersedia dengan membuat tadahan air bermula dari sekarang.

4. Aktiviti Luar dan ekonomi

Apabila El Nino melanda, kegiatan harian manusia terjejas teruk dan secara tidak langsung memberikan kesan kepada ekonomi.

Ketika kejadian El Nino pada 1997-1998, negara-negara di Asia Tenggara dilaporkan mengalami kerugian melebihi RM34 bilion.

Misalnya, jerebu serius yang berpunca daripada El Nino menyebabkan kualiti udara tidak sihat dan jarak penglihatan terhad.

Kesannya, aktiviti luar perlu dikurangkan, sekolah ditutup, kedatangan pelancong terjejas serta sektor pengangkutan termasuk penerbangan tergendala. Secara tidak langsung, perniagaan turut menerima impak.

Dari segi pertanian pula, keadaan kemarau akan menjejaskan pengeluaran padi, buah-buahan serta sayur-sayuran yang amat bergantung pada air.

Malah, industri kelapa sawit di rantau ini yang merupakan pengeluar terbesar di dunia boleh terjejas sehingga 15 peratus sekiranya El Nino berpanjangan.

Industri berkaitan seperti bahan api bio, makanan, kosmetik sabun yang menggunakan minyak kelapa sawit dalam proses pengeluaran turut akan menerima tempias.

El Nino juga boleh menjejaskan ekosistem marin dengan memusnahkan plankton yang merupakan makanan utama kepada hidupan laut.

Ini sudah tentu akan menjejaskan industri perikanan dan sumber protein utama kita. Apabila hasil berkurangan, sudah tentu harga ikan di pasaran juga meningkat.

Selain itu, industri yang memerlukan air sebagai bahan dalam proses pengeluaran produk seperti makanan dan minuman juga bakal menerima kesan besar sekiranya berlaku catuan bekalan air kerana kemarau berpanjangan.

Begitu juga dengan projek pembangunan akan menerima kesan sekiranya berlaku krisis air. Ini kerana industri pembinaan amat bergantung pada bekalan air yang stabil.

BACA INI JUGA: Topeng Muka ‘Pembedahan’ Tidak Sesuai Untuk Jerebu

Sumber: Utusan

TNB Kongsi 6 Tips Penjimatan Penghawa Dingin

TNB Kongsi 6 Tips Penjimatan Penghawa Dingin

Cuaca panas sekarang pastinya jualan aircond atau penghawa dingin laku keras macam pisang goreng panas! Pastinya juga tempoh masa penggunaan penghawa dingin anda adalah lebih dari sebelum ini.

Tips Penjimatan Penghawa Dingin

Berikut ada beberapa tips yang boleh diikut bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

Enam (6) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:
  1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.
  2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.
  3. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.
  4. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
  5. Beli unit penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi. (Tinjauan kami mendapati ramai mengesyorkan jenis inverter)
  6. Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

Pada waktu malam, buka juga kipas dan set timer pada penghawa dingin. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam.

Jangan membazir elektrik, nanti bertambah ‘panas’ pula nak membayarnya.

Jika penghawa dingin rumah anda tiba-tiba kurang sejuk, mungkin sudah tiba masa untuk diservis.

BACA INI JUGA: Oymyakon, Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia!

Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, March 13, 2016

Kehilangan Misteri Di Segi Tiga Bennington

Kehilangan Misteri Di Segi Tiga Bennington

12 November 1945, Middie Rivers, 74, seorang pemburu berpengalaman sedang memimpin sekumpulan lelaki untuk berburu dikawasan pergunungan Glastenbury, Vermont, New England.

Bennington Triangle Mystery

Dalam perjalanan pulang melalui lereng gunung tersebut, Middie Rivers yang berada jauh dihadapan tiba-tiba hilang. Jejaknya tidak dapat dikesan.

Pasukan penyelamat melakukan gerakan mencari namun buntu. Yang ditemui hanyalah kartrij peluru berdekatan sungai berhampiran.

Peliknya, kemana Middie Rivers menghilang? Adakah masih hidup atau sudah mati?

Sukar sekali untuk mengatakannya sesat kerana dia begitu arif dengan laluan di kawasan tersebut.

Semasa kehilangan Middie Rivers masih menjadi bualan hangat, setahun kemudian iaitu pada 1 Disember 1946, seorang pelajar wanita tahun dua di kolej Bennington pula didapati hilang di pergunungan itu.

Paula Welden, 18, didapati hilang semasa sedang mendaki berseorangan dilaluan yang disediakan.

Malah, ada pendaki yang nampak kelibatnya berada dihadapan mereka pada jarak lebih kurang 100 kaki.

Namun, ketika pendaki sampai diselekoh yang sebelum itu dilalui Paula, kelibat gadis itu tidak lagi kelihatan.

Pencarian dilakukan, malah turut mendapat bantuan agensi FBI, termasuk tawaran lima ribu dollar untuk sesiapa yang berjaya menemui Paula.

Malangnya, jejak gadis ini juga tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Misteri kehilangan berterusan. Tiga tahun selepas Paula hilang, seorang lelaki tua, penduduk tempatan Bennington, bernama James E. Tedford menerima nasib yang sama.

Ia berlaku pada 1 Disember 1949, sewaktu James dalam perjalanan pulang ke Bennington setelah melawat saudaranya di Alabama.

Menurut saksi yang menaiki bas yang sama dengan James, dia masih dilihat di dalam bas sewaktu tiba diperhentian terakhir sebelum tiba di Bennington.

Dan selepas itu, James hilang begitu saja dan beg pakaiannya masih ada. Kehilangan James telah menimbulan misteri dan tanda-tanya ramai pihak.

Bennington Triangle Mystery [3]

Misteri ini masih belum berakhir dan pada 12 Oktober 1950, seorang kanak-kanak didapati hilang.

Paul Jepson yang baru berusia lapan tahun mengikut ibunya menaiki trak.

Ketika ibunya meninggalkan Paul berseorangan untuk memberi makan haiwan ternakan, Paul didapati hilang selepas dia kembali sejam kemudian.

Misi pencarian dijalankan namun gagal mengesan Paul. Malah, anjing pengesan yang cuba menjejak Paul terhenti di jalan raya dan gagal mengesan jejak seterusnya.

16 hari kemudian, Frieda Langer pula menerima nasib serupa. Pada 28 Oktober 1950, Frieda, 53, dan sepupunya, Herbert Elsner, meninggalkan tapak perkemahan keluarga mereka di Somerset Reservoir, untuk mendaki.

Dalam perjalanan, Frieda terjatuh ke dalam sungai menyebabkan bajunya basah. Dia terpaksa berpatah baik ke khemah untuk menukar baju sambil meminta Herbert menunggunya di situ.

Tetapi, setelah beberapa ketika menunggu, Frieda tidak juga muncul dan Herbert mengambil keputusan untuk pulang semula ke tapak perkhemahan mereka.

Namun, apabila sampai, Frieda tiada di situ dan saksi juga menyatakan Frieda tidak pernah kembali semula selepas keluar bersama dengan Herbert.

Pencarian besar-besaran dilakukan untuk menjejak Frieda. Lebih 300 orang penyelamat termasuk bantuan helikopter untuk mengesan Frieda tetapi tiada satu pun petunjuk yang ditemui bagi membantu mengesan kehilangannya.

Hanya pada 12 Mei 1951, selepas tujuh bulan kehilangannya, barulah mayat Frieda ditemui berdekatan tapak perkhemahan Somerset dan mayatnya ditemui dikawasan terbuka.

Yang peliknya, pencarian besar-besaran sebelum ini gagal menemuinya.

Malangnya, mayat Frieda gagal memberi petunjuk terhadap punca kematiannya kerana keadaan mayat yang sudah lama.

Apa yang pasti, hanya Frieda satu-satunya mangsa hilang yang berjaya ditemui.

Misteri Bennington

Bennington Triangle Mystery [2]

Misteri kehilangan lima mangsa diatas berlaku di pekan Bennington, di selatan daerah Vermont, Amerika Syarikat.

Dikawasan ini juga terletaknya gunung Glastenbury yang terkenal dikalangan pendaki.

Kesemua mangsa hilang secara misteri berdekatan kawasan pergunungan ini dan kelima-limanya merupakan penduduk tempatan Bennington.

Dan disebabkan itulah kawasan ini telah digelar sebagai 'Segi Tiga Bennington', menggambarkan sebuah wilayah yang menyebabkan kehilangan misteri terhadap mangsa-mangsanya.

Penduduk asli dikawasan tersebut percaya, kawasan segi tiga Bennington adalah kawasan terkutuk yang dipenuhi kuasa jahat.

Pelbagai andaian dibuat terhadap misteri kehilangan. Ada teori mengatakan mangsa hilang kerana dibawa masuk ke dimensi berbeza melalui putaran masa.

Ada pula yang mendakwa ia ada kaitan dengan UFO berikutan beberapa laporan tentang saksi yang melihat benda pelik terbang dan kilauan cahaya misteri dilangit kawasan tersebut.

Timbul juga dakwaan mengatakan wujudnya 'Bigfoot' yang menyebabkan kehilangan mangsa, selain dakwaan mungkin mangsa dibaham beruang.

Namun, teori ini tidak cukup kuat kerana jejak mangsa, serpihan baju mahupun tulang langsung tidak ditemui kecuali mangsa kelima.

Ada juga yang mengaitkan kejadian ini dengan penculikan dan pembunuh bersiri, tetapi tiada bukti kukuh untuk dakwaan ini.

Apa yang pasti, kehilangan misteri ini selalunya berlaku dalam tiga bulan terakhir penghujung tahun.

Dan biasanya, kali terakhir mangsa dilihat adalah diantara pukul 3 hingga 4 petang.

Apa sekalipun, sehingga kini, pergunungan Bennington tetap menjadi kunjungan pelancong dan pendaki.

Malah, pengkaji paranormal juga turut tidak ketinggalan berkunjung untuk mengkaji misteri yang ada di Bennington.

BACA INI JUGA: Segitiga Bermuda, Misteri Kehilangan Flight 19

-SENTIASAPANAS.COM

10 Makanan Yang Membakar Lemak Dengan Pantas

10 Makanan Yang Membakar Lemak Dengan Pantas

Adakah lemak perut mengganggu anda? Adakah anda ingin mengurangkan lemak dengan cepat? Kami kongsikan penyelesaiannya.

Burn fat

Sekarang, anda mampu membakar lemak terkumpul dengan pantas dengan 10 makanan dibawah.

1. Oats

Bukan sahaja mengenyangkan dan sedap, oat juga membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan. Jadi amalan mengambil oat setiap pagi sangat membantu rutin diet anda

2. Telur

Telur adalah sumber yang kaya protein tetapi rendah kalori. Telur membantu badan membina otot dan meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh.

3. Buah Epal

Kaya dengan antioksidan, ia juga mengandungi pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan kita

4. Cili Hijau

Mengandungi Capsaicin yang membantu membakar kalori dalam badan dengan cepat.

5. Bawang Putih

Mengandungi Allicin yang bertindak sebagai anti-bakteria dan berupaya mengurangkan lemak dan kolesterol jahat dalam badan.

6. Madu

Madu yang diminum bersama air suam setiap pagi, membantu membakar lemak dalam badan

7. Green Tea

Tea yang paling efektif untuk menurunkan berat badan. Mengandungi antioksidan yang membantu mengurang dan menstabilkan berat badan. Untuk kesan yang cepat ambil green tea 2 cawan sehari

8. Wheat Grass

Dikenali dalam bahasa Melayu sebagai Rumput Gandum, membantu meningkatkan metabolisme badan dan mengurangkan lemak dalam tubuh.

9. Tomato

Membantu membakar lemak dengan cepat. Selain itu, ia juga membantu badan menyerang sel kanser. Sangat bagus diamalkan untuk kesihatan dan kecantikan.

10. Dark Chocolate

Mengandungi Flavonoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam badan dan membakar lemak degil.

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

BACA INI JUGA: Rahsia 10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol

Sumber: BinaBadan.com/Efaothman.com

Luarbiasa Sungguh Pakai Seluar Tanpa Guna Tangan!

Luarbiasa Sungguh Pakai Seluar Tanpa Guna Tangan!

Tidak dinafikan, trend terkini untuk menjadi popular dan viral adalah dengan cara melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

Rare

Jika bernasib baik, si pemilik itu akan diangkat menjadi selebriti dan boleh muncul di kaca televisyen.

Melakukan perkara yang pelik dan ‘b*doh’ juga antara top ranking untuk menjadi popular, tidak sampai beberapa jam dimuatnaik di laman sosial, si pemilik pasti menjadi terkenal.

Kami kongsikan satu video yang berdurasi 44 saat menunjukkan seorang lelaki yang berjaya memakai seluar tanpa menggunakan tangan.

Anda juga boleh mencuba bakat terpendam memakai seluar tanpa menggunakan tangan, dan lihat jika anda berjaya!

Bagi kami ianya sangat rare!

BACA INI JUGA: Ngerinya Bila Ulat Bersarang Ditarik Dari Bibir Seorang Gadis!



Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, March 12, 2016

Makan Coklat Boleh Menjadikan Anda Lebih Bijak!

Makan Coklat Boleh Menjadikan Anda Lebih Bijak!

Satu kajian terkini diterbitkan dalam jurnal ‘Appetite’ baru-baru ini menyatakan bahawa sesiapa makan coklat sekurang-kurangnya seminggu sekali akan meningkatkan kecerdasan memori dan kemahiran berfikir secara abstrak.

Coklat+Bijak

Sebelum ini, seperti yang telah diketahui umum bahawa pemakanan coklat adalah baik untuk jantung dan mencegah daripada terkena serangan strok disamping melingungi kulit dari sinaran matahari.

Menurut Merrill Elias, salah seorang daripada penyelidik itu, satu kajian berkaitan dengan kemahiran ‘cognitive’ telah dijalankan kepada 1,000 orang di bandar raya New York, Amerika Syarikat pada tahun 1970.

Ia dibuat semata-mata untuk mencari hubung kait antara tekanan darah manusia dengan fungsi otak, jelas beliau kepada akhbar Washington Post.

Ternyata pemakanan coklat nyata mempengaruhi fungsi otak seperti mempunyai daya ingatan yang kuat dan mampu untuk melakukan dua kerja dalam satu masa sebagai contoh bercakap sambil memandu kereta.

Malah ia turut disokong berdasarkan kepada salah satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik nutrisi dari University Of South Australia, Goergina Crichton.

Dalam satu kajian lain yang dijalankan, ternyata pengambilan coklat mempengaruhi kemahiran ‘cognitive’ dan bukan sebaliknya jelas Elias lagi kepada Washington Post.

Namun ia masih belum dapat disahihkan lagi. Walau bagaimanapun kajian sebelum ini mendapati makanan yang tinggi dengan kandungan Flavonoid seprti yang terdapat di dalam koko mampu meningkatkan fungsi otak.

Ianya bagus untuk golongan tua bagi mencegah masalah hilang ingatan atau ‘demensia’.

Pemakanan coklat boleh diamalkan pada kadar yang berpatutan, namun ia tidak boleh menggantikan diet seimbang yang normal untuk sepanjang minggu, jelas Elias lagi.

BACA INI JUGA: Hidangan Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia!

Sumber: Mynewshub.cc

Misteri Asal Usul Simbol ‘@’

Misteri Asal Usul Simbol ‘@’

Hingga kini, asal usul simbol ‘@’ yang sangat penting pada zaman sekarang terutama bagi menghantar mesej elektronik (e-mail) dan media sosial masih menjadi misteri.

Asal Usul Simbol ‘@’

Meskipun kisah di sebalik simbol @ masih lagi samar-samar, terima kasih kepada Ray Tomlinson yang telah mencipta e-mail yang banyak menggunakan simbol ini.

Menurut portal BBC NEWS, Tomlinson telah memilih untuk gunakan simbol berkenaan bagi navigasi menghantar mesej kerana ia jarang digunakan. Justeru penggunaan simbol itu dikatakan dapat mengelak kekeliruan antara sesuatu program dengan sistem.

Keith Houston, pengarang ‘Shady Character: Secret Life Of Punctuation’ menjelaskan, simbol @ wujud pada penghujung abad 19 dan ia merupakan simbol bersifat umum, bermaksud bilangan bagi sesuatu barang pada harga tertentu.

Ahli akademik Girogio Stabile mendapati penggunaan simbol itu berbeza-beza di kebanyakan negara. Di Turki simbol berkenaan dikenali sebagai ‘rose’.

Asal Usul Simbol ‘@’ [2]

Manakala dalam kalangan penduduk Norway ia dikenali sebagai ‘pig’s tail’, rakyat Greece pula sebut ‘duckling’ dan penduduk Hungary memanggilnya ‘worm’.

Dalam kalangan penduduk Perancis, Sepanyol dan Portugis ia dikenali sebagai ‘arobase’ atau ‘arroba’ iaitu satu unit bagi menunjukkan berat atau jumlah.

Penduduk Itali pula memanggilnya ‘amphora’ bersempena balang tembikar simpanan berleher panjang yang digunakan oleh masyarakat dahulu kala.

Begitu pun penemuan terawal simbol ‘@’ adalah dalam bidang keagamaan, bila mana ia diguna bagi menggantikan huruf ‘A’ bagi perkataan ‘Amen’ yang tercatat dalam terjemahan 1345 Bulgari yang terdapat di Perpustakaan Apostolic Vatican.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Penggunaan Simbol @ Pada Email?

Sumber: mynewshub

Malaysia Negara Paling Ajaib Di Dunia

Malaysia Negara Paling Ajaib Di Dunia

Sememangnya Malaysia adalah negara paling ajaib didunia buat masa ini, setanding dengan 7 lambang ajaib dunia yang lain. Dan kami dedikasikan keajaiban ini dalam sebentuk pantun.

Malaysia+Negara+Ajaib

Semoga terhibur dan hayatilah keajaibannya..

Ajaibnya negara ku ini,
Segala-galanya ada,
Tetapi tetap tak sekaya mana,
Petrol, emas, getah, kelapa sawit di mana-mana,
Namun hidup rakyat tetap merana.

Ajaibnya negara ku ini,
Kasino megah di puncak bukit,
Kilang arak besar di tepi lebuhraya,
Pelacur laris di ibu kota,
Rasuah dan salah guna kuasa berleluasa,
Malaysia masih negara Islam model,
Katanya patut dicontohi umat sedunia.

Ajaibnya negara ku ini,
Sedang ramai diberhentikan kerja,
Rakyat diminta berjimat-cermat,
Belanjawan dipotong supaya hemat,
Ditambah la pula gaji menteri dan yang berhormat.

Ajaibnya negara ku ini,
Politik sentiasa agenda utama,
Sedang ekonomi menyesakkan semua,
Orang politik sibuk merebut kuasa,
Yang sedang memimpin diturunkan segera,
Pagi bermusuh petang bersaudara,
Senja bersama malam berseteru pula.

Ajaibnya negara ku ini,
Jerawat artis di muka depan akhbar,
Artis berkahwin siaran langsung di tv,
Artis putus tunang berebut liputan media,
Inovasi teknologi di universiti tiada yang peduli.

Ajaibnya negara ku ini,
Dalam dunia ini ada tujuh keajaiban,
Negara ku kini menjadi yang kelapan...

*Prof. Hamza al-Qola'ie

BACA INI JUGA: 7 Keajaiban Sebenar Dunia Yang Kita Lupakan

Sumber: Kluangmanexpress

Friday, March 11, 2016

Generasi Terakhir Paling Bertuah!

Generasi Terakhir Paling Bertuah!

Mereka yang lahir di tahun 50-60-70-80an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling bertuah. Kenapa?

INDAHNYA+MASA+LALU

Kerana inilah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu mengejutkan di abad ini, dengan keadaan usia perdana.

Inilah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menikmati keyboard dari laptop kita.

Inilah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus juga menikmati mudahnya mendownload lagu dari gadget.

Inilah generasi dengan masa kecil bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana lompat tali, galah panjang, main jengket, gasing, guli adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita. Sekaligus saat ini mata dan jari tetap lincah memainkan berbagai game di gadget .

Masa remaja

Inilah generasi terakhir yang pernah mempunyai kelompok dan geng yang tanpa janji, tanpa telefon atau sms, tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sampai pagi. Kerana inilah generasi yang berjanji cukup dengan hati.

Kalau dulu kita harus bertemu untuk ketawa bersama. Kini kita pun tetap boleh berborak sampai pagi. Di group Facebook mahupun WhatsApp.

Inilah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana. Juga naik motor menikmati segarnya angin jalan raya tanpa helmet di kepala.

Inilah generasi terakhir yang pernah menikmati jalan kaki berkilometer tanpa perlu berfikir ada penculik yang membayangi kita.

Inilah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv dengan senang hati tanpa diganggu remote untuk pindah channel sana sini.

Inilah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan datangnya posmen menyampaikan surat dari sahabat dan kekasih hati.

Itulah kita....

Anda generasi itu?

Bagikan ini..
Biar yang belum tau menjadi tau..
Biar yang pernah tau tetap ingat kalau mereka tau..
Dan menikmati lagi indahnya masa lalu yang tidak semua generasi tau..

BACA INI JUGA: Jika Tidak Mengambil Risiko Anda Akan Menyesal Seumur Hidup

Sumber: Abam Kie (Zukidin.com)

Lima Tahun Selepas Gempa Tsunami, Bencana Nuklear Fukushima

Lima Tahun Selepas Gempa Tsunami, Bencana Nuklear Fukushima

Pada Jumaat, 11 Mac 2016, Jepun memperingati ulang tahun kelima tragedi gempa bumi di luar pantai Lautan Pasifik wilayah Tohuku yang yang mencetuskan tsunami mega, dan seterusnya bencana nuklear.

Tsunami 5 Years

Kawasan pertanian yang terbiar di Naraha setelah penduduk terpaksa meninggalkan lokasi itu selepas dicemari kesan radioaktif terburuk lima tahun lalu.

Kesan radioaktif itu berpunca daripada gempa bumi yang berlaku di luar pantai Pasifik Wilayah Tohuku yang mencetuskan tsunami dan memusnahkan Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi.

Gempa bumi dasar laut bermagnitud 9.0 serta tsunami yang menyusulinya membawa kemusnahan besar sehingga 16,000 orang terbunuh, dan ramai yang dilaporkan hilang sehingga hari ini.

Badai tsunami dahsyat itu mencapai ketinggian 15.5 meter menyebabkan kemusnahan besar pada loji janakuasa 4,700MW terletak di pantai wilayah Fukushima, dan menyebabkan sisa radioaktif merebak ke persekitaran.

Tsunami 5 Years [2]

Beribu-ribu penduduk tempatan terpaksa dipindahkan dengan banyak daripada kejiranan bertukar menjadi bandar tinggal. Hari ini tempat-tempat yang terjejas kerana gempa bumi dan tsunami hampir pulih sepenuhnya.

Sehinggakan kawasan yang terjejas kerana kesan radioaktif, di luar lingkungan 12 kilometer dari reaktor Fukushima, kehidupan beransur-ansur pulih.

Tsunami yang berlaku membawa kemusnahan besar bangunan dan infrastruktur di sepanjang pantai sejauh beratus-ratus kilometer merentasi banyak daerah dari Aemori hingga Iwate, Miyagi dan Fukushima yang kesemuanya di Honshu, pulau utama Jepun.

Hampir kesemua kawasan yang musnah itu kini telah pulih seperti sedia kala. Bagaimanapun, kesan radiasi di kawasan bencana nuklear masih menimbulkan kebimbangan ramai.

Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi milik syarikat utiliti elektrik terbesar di Jepun, iaitu, Tokyo Electric Power Company, Inc. (Tepco), menjadi perhatian dunia sejak kejadian kemalangan nuklear itu.

Tsunami 5 Years [3]

Tsunami itu membanjiri loji janakuasa itu dan menjejaskan pam kecemasannya yang mengepam air untuk menyejukkan reaktor nuklear yang secara automatik berhenti beroperasi apabila berlaku gempa bumi.

Menurut Hideaki Noro, Pengurus Besar Perhubungan Raya Fukushima Daiichi Decontamination and Decommissioning Engineering Company, sebuah anak syarikat Tepco, loji itu direka bentuk supaya dapat bertahan terhadap tsunami setinggi 5.7 meter dan tidak lebih daripada itu.

Bagaimanapun, loji itu tenggelam di bawah ombak tsunami setinggi 15.5 meter. Tepco memiliki enam reaktor nuklear di loji Fukushima itu tetapi semasa kejadian tiga daripadanya di bawah penyelenggaraan berjadual dan hanya tiga lagi yang beroperasi.

Laporan menunjukkan pancaran radiasi mencapai hampir 400 milli-sieverts sejam (mSv/h) di loji itu semasa tempoh kemuncak berbanding antara 0.02-0.06 mSv/h sebelum kejadian.

Awal bulan ini (Mac 2016), semasa ulang tahun kelima Fukushima semakin hampir, bacaan pancaran radiasi lebih 300 mSv/h direkodkan di tempat kejadian.

Tsunami 5 Years [4]

Mengenang semula insiden 2011 itu, Noro berkata kawasan dalam lingkungan 20 kilometer dari loji janakuasa itu pada awalnya tidak dapat didiami kerana kesan radioaktif.

Menurut laporan, kira-kira 300,000 orang di kawasan-kawasan terjejas terpaksa meninggalkan kediaman mereka dengan hanya sehelai sepinggang.

Mereka terpaksa meninggalkan kesemua barangan milik kerana dicemari kesan radioaktif. Kediaman, kenderaan, tanah dan sehinggakan anjing dan kucing peliharaan mereka turut ditinggalkan.

Bagaimanapun, selepas hampir lima tahun, kawasan terjejas kini mula menyaksikan aktiviti manusia. Terima kasih kerana kerja-kerja dekontaminasi yang dijalankan oleh Tepco.

Pekan Naraha yang terletak di pinggir zon pemindahan di bahagian selatan loji Fukushima itu kini mula menyaksikan aktiviti manusia dengan lebih kurang lima peratus daripada 7,500 penduduknya pulang ke tempat mereka.

Tsunami 5 Years [5]

Di Tomioka, satu lagi pekan yang terletak 12 kilometer dari loji nuklear itu, penduduk hanya boleh pulang ke situ pada sebelah siang dan perlu meninggalkan tempat itu sebelum malam, kata Noro.

Kawasan dalam lingkungan 12 kilometer loji nuklear itu terus kekal sebagai tempat yang tidak selamat bagi manusia memandangkan paras radioaktif masih tinggi, tambah Noro.

Kawasan yang dipindahkan itu kelihatan bagaikan terperangkap dalam relung masa dengan rumah, kedai, stesen minyak, kenderaan dan harta yang ditinggalkan itu terus kekal seperti lima tahun yang lepas, kecuali kini diliputi habuk.

Langsir rumah masih kelihatan separuh terbuka, di pasar raya produk-produk pengguna terus kekal di rak-rak, baju tergantung di penyangkut, kenderaan baru di bilik pameran diliputi habuk dan mesin jual layan diri lengkap dengan minuman di dalamnya kelihatan di tepi-tepi jalan.

Noro berkata Tepco kini melaksanakan kerja-kerja merobohkan loji janakuasa itu dan membersihkan kawasan sekeliling daripada kesan radioaktif dengan tugas itu boleh mengambil masa antara tiga dan empat dekad untuk siap.

Tsunami 5 Years [6]

Sementara itu, Takehiko Mukaiyama, seorang pegawai Forum Industri Atomik Jepun (JAIF) Pusat Kerjasama Antarabangsa (JICC), berkata sebelum kejadian 11 Mac 2011 itu terdapat 54 loji janakuasa nuklear yang beroperasi membekalkan satu pertiga keperluan elektrik di Jepun.

Bagaimanapun, Mukaiyama berkata sejak kejadian 2011 itu operasi kesemua loji tenaga nuklear dihentikan sementara.

Selepas kejadian Fukushima, kerajaan Jepun mewujudkan Lembaga Kawalselia Nuklear (NRA), yang memperkenalkan garis panduan keselamatannya pada September 2014 bagi syarikat-syarikat utiliti yang mahu menyambung semula operasi loji nuklear masing-masing.

Yoshihiro Kamisawa, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Dasar Tenaga Nuklear Kementerian Ekonomi, Pembangunan dan Industri (METI), berkata sehingga hari ini NRA telah memberi lampu hijau kepada empat loji nuklear, dua di Sendai dan dua di Takahama.

Dalam memenuhi peraturan baru itu, Loji Nuklear Mihama di Tsuruga, di Wilayah Fukui, yang dimiliki oleh Kansai Electric Power Co. Inc., memiliki ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan dalam menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi dan angin puting beliung.

Tsunami 5 Years [7]

Syarikat juga menambah satu lagi ciri keselamatan baru pada lojinya itu untuk menangani ancaman pengganas, termasuk serangan menggunakan kapal terbang, dengan memperkuatkan bangunan-bangunan yang menempatkan reaktor nuklear dengan dinding yang lebih tebal.

Kamisawa berkata walaupun kejadian Fukushima sedikit sebanyak mencemarkan imej industri tenaga nuklear Jepun, negara itu tidak boleh mengetepikan peranan loji-loji tenaga nuklear ini untuk penjanaan tenaga masa hadapan. – Bernama

*Artikel ini ditulis oleh Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab

BACA INI JUGA: Selepas Tsunami, Gambar Biasa Yang Luarbiasa!

Sumber: Mynewshub.cc

Misteri Simbol Iblis Dalam Wang Kertas RM1 Dan RM5!

Misteri Simbol Iblis Dalam Wang Kertas RM1 Dan RM5!

Konspirasi demi konspirasi muncul lagi dan kali ini melibat wang kertas RM5 dan RM1 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Konspirasi RM5 dan RM1

Seorang individu bernama Neil Armsteen di Facebook, telah memuat naik teori konspirasinya yang mendakwa terdapat mesej tersembunyi dalam dua wang kertas tersebut.

"Mesej tersembunyi pada wang kertas ciptaan Roth, penyembah syaitan. Caranya, temukan bahagian 'transparent' secara bertentangan dan sambungkan kepala burung enggang itu.

"Dari situ, anda dapat melihat tanduk burung enggang akan menjadi parah dan paruhnya akan menjadi telinga.

Konspirasi RM5 dan RM1 [2]

"Inilah jawapan mengapa dunia huru-hara dengan sistem riba ciptaan Roth. Dunia berperang angkara pihak-pihak bank.

"Umat Islam berpecah belah angkara sistem demoncrazy. Ekonomi negara dan matawang semakin menjunam kerana wang kertas dicipta oleh Roth, anak haram," katanya.

Konspirasi RM5 dan RM1 [3]

Menurut Neil, Roth (bahasa klasik Eropah), bermaksud anak sumbang mahram dari keturunan Namrud yang mengamalkan sumbang mahram. Namrud telah mengahwini ibunya sendiri sebagai isteri.

Semua keturunan Rothschild adalah anak sumbang mahram dan meletakkan gelaran 'Rothschild' pada hujung nama mereka. Sebagai contoh, Jacob Rothschild, Baron Rothchild dan sebagainya.

Konspirasi RM5 dan RM1 [4]

Jelas Neil lagi, dia mendedahkan perkara ini bukan meminta netizen takut pada simbol, tetapi untuk menyedarkan penentang-penentang ilmu fitan agar sel-sel otak mereka berhubung.

"Apakah maksud simbol-simbol ini pada wang kertas? Anda akan mendapat jawapannya. Ilmu-ilmu ekonomi hanyalah satu penipuan.

"Malangnya, jika kita mahu menyedarkan golongan ini, kita akan dilabel sebagai individu taksub Freemason, paranoid, khurafat dan sebagainya.

Konspirasi RM5 dan RM1 [5]

"Posting ini khas untuk pelajar-pelajar ekonomi yang menentang kebenaran kerana telah disihir oleh ilmu palsu ciptaan Roth di sekolah dan universiti. Mereka tidak percaya wang kertas adalah sistem Roth," kata Neil.

Percaya atau pun tidak, terpulang pada masing-masing untuk menilai dan menerima. Mungkin kebetulan, atau mungkin golongan ini terlebih rajin mengkaji perkara seperti ini.

BACA INI JUGA: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi

Sumber: pixelperfext