Wednesday, March 09, 2016

Ayat Al-Qur'an Hilang Bertambah Enam Muka Surat!

Ayat Al-Qur'an Hilang Bertambah Enam Muka Surat!

Misteri kehilangan dua muka surat ayat suci daripada sebuah al-Quran di Masjid Hijau, Kampung Kedah pada Ahad lalu yang menjadi viral di seluruh negara tidak terhenti setakat itu.

Ayat Al-Qur'an Hilang

Lebih mengejutkan, pengerusi masjid itu, Ahmad Abdul Hamid dan Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar (PAPB), Khairul Nizam Mat Nor mengesahkan tambahan enam muka surat mengandungi ayat suci Al-Qur'an daripada naskhah sama turut dikenal pasti 'ghaib' sejak itu.

Ahmad berkata, apabila pendedahan dua muka surat ayat Al-Qur'an hilang dibuat Naib Kadi PAPB, Mohamad Khori Junus, Masjid Hijau terus menjadi tumpuan ramai penduduk setempat yang hadir untuk menyaksikan sendiri naskhah Al-Qur'an itu.

Bagaimanapun, satu penemuan susulan mengejutkan berlaku apabila beberapa jemaah wanita yang hadir mengikuti kuliah Asar di masjid itu mendakwa mengesan tambahan ayat Al-Qur'an turut hilang daripada naskhah sama.

"Perkara itu dimaklumkan kepada Khairul Nizam yang kebetulan hadir memberi ceramah Kuliah Asar di situ ketika itu.

"Setelah semakan teliti dibuat, beliau mengesahkan jumlah keseluruhan ayat Al-Qur'an hilang daripada naskhah itu sebanyak lapan muka surat," katanya kepada media.

Sementara itu, Khairul Nizam ketika ditemui menegaskan potongan ayat Al-Qur'an daripada lapan muka surat 'ghaib' merupakan ayat 32 hingga 49 Surah At-Thur, ayat 1 hingga 26 Surah An-Najmi, Surah Az-Zariyat (ayat 7 hingga 51, Surah Al-Qamar (ayat 7-49) dan dua surah asal didakwa hilang iaitu Surah Ar-Rahman (ayat 41-78) dan Surah Al-Waqiah (ayat 1-16).

Menurutnya, dia segera meminta Mohamad Khori mengenal pasti jumlah sebenar muka surat mengandungi ayat Al-Qur'an hilang bagi mengelakkan dirinya tersilap tafsir.

"Namun, Mohamad Khori mengesahkan hanya dua muka surat sahaja hilang sewaktu dia menyemak Al-Qur'an itu beberapa kali pada Ahad lalu.

"Demi kepastian, saya berulang kali menyemak naskhah Al-Qur'an terbabit dan jumlah ayat Al-Qur'an hilang memang bertambah," katanya.

Khairul Nizam berkata, kejadian aneh ini sememangnya dipandang berat Pejabat Agama Islam Parit Buntar dan naskhah Al-Qur'an itu turut diambil untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK).

Menurutnya, perkara itu turut dimaklumkan kepada Timbalan Pengarah JAIPK, Haris Fadzillah Abdul Halim sejurus 'kehilangan' ayat Al-Qur'an itu disahkan dirinya.

"Bagi saya, kejadian ini sebenarnya satu petanda penting peringatan Allah SWT bahawa umat Islam di seluruh negara perlu kembali mengimarahkan Al-Qur'an di dalam jiwa mereka.

"Salah satu potongan ayat Al-Qur'an hilang menceritakan kejadian besar pada hari kiamat dan kita perlu mengambil iktibar kejadian ini untuk kembali bertaubat dan mengikuti ajaran Islam sebenar," katanya.

Khairul Nizam berkata, pihaknya tidak menafikan kemungkinan berlaku masalah kesilapan pencetakan sewaktu naskhah itu diterbitkan, namun kemungkinan kejadian itu satu petanda peringatan daripada Allah SWT tidak boleh diketepikan.

Dalam pada itu, Mohamad Khori mengakui terkejut dimaklumkan berlaku penambahan 'kehilangan' enam muka surat ayat Al-Qur'an dari naskhah Al-Qur'an sama disemaknya.

"Pada Ahad lalu, saya mengakui beberapa kali menyemak semula setiap helaian muka surat pada naskhah Al-Qur'an itu dan mendapati hanya dua muka surat hilang.

"Kini, helaian muka surat 'ghaib' semakin bertambah dan saya benar-benar takut serta insaf dengan kejadian tersebut," katanya.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Trompet Hari Kiamat!

Sumber: SH

Dedikasi Buat Semua Wanita Di Dunia

Dedikasi Buat Semua Wanita Di Dunia

Wanita adalah karakter yang paling unik seumpama garam. Adanya dia, tidak diingati, tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar. Setiap wanita itu cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. Sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki.

Selamat+Hari+Wanita

Apabila wanita akhirnya menjadi seorang isteri.

1. Wanita bekerja 24 jam sehari.
2. Wanitalah ibu.
3. Wanitalah isteri.
4. Wanita adalah anak perempuan.
5. Wanitalah menantu.
6. Wanitalah jam loceng.
7. Wanitalah tukang masak.
8. Wanitalah pembantu rumah.
9. Wanitalah guru.
10. Wanitalah pelayan.
11. Wanitalah nenek.
12. Wanitalah jururawat.
13. Wanitalah jurukamera.
14. Wanitalah pengawal.
15. Wanitalah kaunselor.
16. Wanitalah selimut.
17. Wanita tiada percutian.
18. Wanita tiada cuti sakit.
19. Wanita tiada cuti harian.
20. Wanita bekerja siang dan malam.
21. Wanita sentiasa 'on call'.

Hantarlah mesej ini kepada semua orang, agar mereka tahu betapa kita semua begitu menyayangi dan menghargai seorang yang bergelar wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, March 08, 2016

Perkara Menyentuh Hati Tentang Seorang Isteri

Perkara Menyentuh Hati Tentang Seorang Isteri

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di sebuah dewan yang sudah berkeluarga dan meminta satu orang tampil ke depan.

Isteri+Solehah

"Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda," kata penceramah tersebut.

Lelaki itu kemudiannya menulis 10 nama, ada nama jiran, orang tua, rakan sekerja, sahabat baik, anak dan juga isterinya.

"Sekarang, sila pilih hanya 7 diantaranya yang anda ingin hidup bersama."

Lelaki itu memadam 3 nama dari senarai yang ditulisnya tadi.

"Sekarang, buang 2 nama lagi."

Lelaki itu memadam 2 nama lagi dari senarai itu.

"Buang 2 nama lagi.."

Lalu tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.

Suasana dewan menjadi hening, mereka fikir semuanya sudah selesai memilih nama dan tiada lagi yang perlu dipilih lagi.

Tiba-tiba penceramah berkata, "Padam dua nama!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian dengan berat hati memadam nama ibu serta nama anaknya dan lelaki itu menjadi sayu, air matanya mula bergenang.

Lalu penceramah itu bertanya, "Kenapa engkau memilih orang tuamu yang telah melahir dan membesarkanmu, atau anak yang sangat engkau sayangi, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan terpaku menunggu jawapan lelaki itu.

Lalu lelaki itu menjawab, "Apabila tiba masanya, orang tua saya akan pergi meninggalkan kami semua, anak pula apabila sudah dewasa akan berkahwin dan pasti akan meninggalkan saya juga."

"Sedangkan yang benar-benar akan menemani saya dalam hidup ini hanyalah isteri saya."

"Orang tua dan anak, bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya."

"Sedangkan isteri, sayalah yang memilih dia dari sekian ramainya wanita yang ada di dunia ini."

Semoga kita semua dapat mengambil hikmah dari cerita diatas.

Sayangilah isteri anda.

BACA INI JUGA: 22 Alasan Mengarut Pasangan Di Malaysia Bercerai

-SENTIASAPANAS.COM

‘Ustaz Kasanova’ 11 Isteri Kena 6 Sebatan!

‘Ustaz Kasanova’ 11 Isteri Kena 6 Sebatan!

Lelaki yang digelar ‘Ustaz Kasanova’ dihukum penjara 12 bulan dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang wanita di sebuah hotel.

‘Ustaz Kasanova’

Hakim Syarie Nassir Abd Ghani memerintahkan Mohd Razis Ismail, 34, menjalani hukuman bermula pada 29 Feb lalu iaitu tarikh kali pertama dia didakwa di mahkamah.

Dalam penghakimannya, Nassir berkata mahkamah telah mengambil kira rayuan tertuduh dan juga faktor dia mengetahui akibat perbuatannya itu.

Mahkamah juga mengambil kira Mohd Razis yang berkahwin sebanyak 13 kali dan mempunyai 11 isteri itu dilihat mengaibkan institusi agama Islam dan institusi kemasyarakatan selain kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius, katanya.

“Mahkamah juga mengambil kira faktor kepentingan awam kerana tertuduh sebelum ini menggunakan imej ‘Ustaz’ untuk mengaburi dan memperdaya ramai wanita.

“Perbuatan tertuduh menjadi viral sehingga diberi gelaran tidak sepatutnya oleh media massa sehingga memperlihatkan imej buruk terhadap agama,” kata Nassir.

Mohd Razis didakwa melakukan kesalahan terhadap wanita itu sehingga melahirkan anak di sebuah hotel di sini antara Mac dan Mei 2012 dan mengikut Seksyen 23(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Di Mahkamah Rendah pula, Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah menangguhkan hukuman ke 17 Mac ini terhadap Mohd Razis yang mengaku bersalah atas tiga pertuduhan cuba berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan tiga wanita lain berumur 24, 35, dan 30 tahun dan dua pertuduhan lain.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Kedah; Golok, Thailand, dan di sebuah flat di Jalan Loke Yew di sini antara 4 April 2010 dan 26 Ogos 2012 mengikut Seksyen 133 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagi dua pertuduhan lagi dia didakwa bernikah dengan wanita berumur 24 dan 40 tahun itu tanpa mendapat kebenaran pendaftar mahkamah mengikut Seksyen 40(2) akta yang sama, pada 4 April 2010 dan 26 Mei 2012.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Syarie Kanan, Zainor Rashid Hassin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Salah seorang daripada isteri tertuduh yang hadir di mahkamah memberitahu media bahawa beliau telah berkahwin dengan tertuduh pada 2012 dan dikurniakan sepasang kembar kini berumur empat tahun.

“Ketika berkenalan, suami saya memperkenalkan dirinya sebagai seorang Imam di sebuah masjid di Australia. Kami berkahwin dalam majlis yang lengkap, tetapi selepas berkahwin baru saya mengetahui dia mempunyai isteri-isteri lain,” katanya.

Beliau kemudian bertindak membuka akaun Facebook menggunakan nama tertuduh dan memuatnaik gambar perkahwinan mereka.

Katanya, selepas itu isteri-isteri tertuduh yang lain memberitahunya mereka juga adalah isteri kepada Mohd Razis. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Benarkah Lelaki Kacak Menakutkan Wanita?

Faizal AF4 Akui Sudah 3 Kali Kahwin!

Faizal AF4 Akui Sudah 3 Kali Kahwin!

Faizal, satu ketika dahulu pernah menjadi fenomena selepas memenangi program realiti Akademi Fantasia musim ke 4.

Faizal AF4

Dikenali dengan nama Faizal AF4, bintang penyanyi itu hanya bersinar sekejap sahaja. Selepas itu Faizal hilang entah ke mana.

Ada desas-desus yang menyatakan Faizal terlibat dengan gejala dadah, namun tidak pernah ada sebarang pengakuan dilakukan.

Setelah sekian lama menghilangkan diri, Faizal AF4 muncul dan berkongsi kisah kehidupannya.

Sesungguhnya apabila seorang manusia mendapat kesenangan dan wang yang banyak dalam sekelip mata, memang banyak benda baru yang akan dicuba.

Masa inilah kawan-kawan ‘sejati’ mula mencadangkan penggunaan dadah. Ditanya tentang kebenarannya terjebak dngan najis dadah, ini jawapan Faizal AF4:-

“Ya saya terjerumus dengan benda negatif. Terjebak dengan sesuatu yang sia-sia dan memusnahkan hidup.

"Apabila berduit, saya mula terpengaruh dengan kawan-kawan, akhirnya hidup saya seperti kain buruk.

"Disebabkan terlalu mengikut kata hati, saya mencuba benda negatif, kononnya untuk mengecapi kehidupan baru tetapi kesannya cukup buruk.

“Dulu saya umpama tidur atas duit. Setiap bulan saya menerima pendapatan berpuluh ribu, cukup lumayan.

"Ketika itu saya hanya budak kampung yang diangkat sebagai juara. Usia masih muda, disanjung dan dipuja, saya seperti terkena kejutan budaya dan akhirnya mula lupa diri.

“Ketika itu tiada siapa pun yang cuba menarik saya daripada lembah hina dan kehancuran. Hidup saya makin terumbang ambing.

"Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan sesiapa. Semuanya kerana kesilapan sendiri. Saya masih muda ketika itu, belum kenal erti kehidupan. Penderitaan mengajar saya erti hidup dan kematangan.”

Untuk makluman, Faizal AF4 kini sedang menjalani kehidupan sebagai seorang suami buat kali ketiga.

Perkahwinan dua kalinya sebelum ini berakhir dengan penceraian kerana masalah dadahnya.

Isteri ketiganya, Sahidatul Najida Ibrahim, 20 tahun adalah sumber kekuatan buat Faizal menjalani kehidupan baru.

Kata Faizal lagi:-

“Ia perkahwinan ketiga saya dan tidak dinafikan, pada permulaan isteri kerap menangis kerana perbuatan saya.

"Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhannya yang ingin melihat saya berubah, saya tidak lagi terbabit dengan gejala yang sia-sia.

"Saya tidak mahu melihatnya menderita lagi. Tanpa sokongannya dan rakan kongsi perniagaan, Linda Mohd Shariff, kehidupan saya mungkin masih terumbang-ambing.

“Mungkin saya tidak mewah, tetapi apa yang ada hari ini cukup untuk membahagikan isteri dan keluarga.

"Saya bersyukur isteri yang kini hamil tiga bulan menerima saya seadanya malah tidak pernah berputus asa untuk melihat saya kembali pulih.”

Semoga Faizal benar-benar insaf kali ini dan tidak akan terjebak dalam gejala dadah semula. Setiap orang ada perjalanan hidup yang tersendiri.

Semoga kita belajar daripada kesilapan mereka. Good luck and all the best buat Faizal. Jangan sia-siakan peluang kali ini. Semoga terus maju jaya. –BH Online

BACA INI JUGA: Tips Bagi Wanita Mengenali Lelaki Buaya Darat

Saintis Temui ‘Achilles Heel’ Titik Mati Kanser Sebagai Penawar

Saintis Temui ‘Achilles Heel’ Titik Mati Kanser Sebagai Penawar

Sekumpulan saintis di University College London percaya mereka berjaya merungkai cara untuk memacu sistem kekebalan tubuh badan bagi membunuh sebarang penyakit kanser, lapor stesen tempatan BBC.

Achilles Heel

Penyelidik terbabit telah membangunkan satu cara untuk mencari penanda unik dalam ketumbuhan yang lazim dalam sains perubatan disebut sebagai “Achilles heel” iaitu titik mati sasaran bagi menghapuskan penyakit itu.

“Achilles heel” asalnya merujuk kisah mitos Greek purba apabila dewa Achilles diramal nujum bakal mati ketika bayi menyebabkan ibunya, Thetis, merawat anaknya itu di sungai Styx yang didakwa mempunyai kuasa sakti.

Ketika mandi, sebelah kaki Achilles tidak direndam Thetis dalam air ajaib tersebut kerana tidak disedarinya sendiri mengakibatkan hanya bahagian tumit dewa itu sahaja yang tidak memiliki kuasa luar biasa.

Apabila dewasa, dewa Yunani itu dikatakan berjaya menang dalam banyak pertempuran sehinggalah ada seorang musuh berjaya memanah anak panah beracun tepat ke bahagian tumit tersebut menyebabkan Achilles mati.

Kaedah rawatan secara peribadi ala “Achilles heel” itu dilaporkan menerusi jurnal penyelidikan terkenal Science, namun dikatakan agak mahal dari segi kos dan ia belum pun lagi diuji kaji pada mana-mana pesakit kanser.

Achilles Heel [2]

Pakar yang melakukan kajian dibiayai Cancer Research UK itu bagaimanapun percaya penemuan baharu tersebut mungkin akan mencipta rawatan terkini pada tulang belakang pesakit yang akan diuji dalam masa dua tahun lagi.

Mereka percaya dengan menganalisis DNA, penyelidik mampu memajukan rawatan tersebut kerana selama ini saintis berjaya membangunkan sistem pertahanan badan untuk membunuh tumor tetapi sasarannya itu salah.

Masalah barah sejak kebelakangan ini ialah ia kini dihasilkan bukan daripada sel-sel seiras, sebaliknya sudah banyak bermutasi sekaligus mengelirukan genetik asal dan ketumbuhan boleh muncul pada situasi yang berbeza.

Dr. Marco Gerlinger dari Institute of Cancer Research berkata, “Ini adalah satu langkah penting dan menyebabkan kita berfikir mengenai kepelbagaian baka sebagai satu masalah yang membolehkan sesuatu barah baharu muncul.” –Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: Rahsia Penawar Ajaib Daripada Kunyit

Kes Awie, Rozana Selesai Secara Bayar Kompaun, Minta Maaf

Kes Awie, Rozana Selesai Secara Bayar Kompaun, Minta Maaf

Penyanyi Rock Awie dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Rozana Misbun oleh Mahkamah Majistret Ampang selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan Awie memohon maaf.

Kes Awie, Rozana

Vokalis kumpulan Wings, yang nama sebenarnya ialah Ahmad Azhar Othman, 48, kemudiannya memohon maaf secara terbuka kepada Rozana, 38.

“Saya Ahmad Azhar Othman dengan tulus ikhlas dan suci hati, dengan mengambil kira kebajikan anak-anak dan demi menjimatkan masa mahkamah yang mulia ini, dengan ini mengemukakan permohonan maaf kepada Rozana.

“Saya dan Rozana bersetuju bahawa ini merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan episod hitam di dalam hidup kami bagi meneruskan perjalanan hidup kami masing-masing,” kata penyanyi itu yang memakai kot dan kemeja serba hitam pada prosiding yang sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan.

Terdahulu, Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bertanyakan Rozana sama ada dia bersetuju kesalahan bekas suaminya dikompaun sebanyak RM10,000 dan wanita itu yang memakai kemeja putih dan berselendang hitam menganggukkan kepalanya.

“Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju kesalahan ini diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, mahkamah dengan ini bersetuju dan membenarkan kompaun RM10,000 dibayar kepada pengadu (Rozana) dan mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada tuduhan tersebut.

“Selepas ini teruskan dengan kehidupan baharu, ambil yang manis, buang yang pahit,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan wang ikat jamin RM9,000 dipulangkan semula kepada Awie.

Bapa kepada lima orang anak yang popular dengan lagu Tragedi Oktober membayar kompaun itu.

Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan lapan saksi pihak pendakwaan termasuk Rozana.

Pada 4 Julai 2014, Awie mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun 2014 di Mahkamah Majistret Ampang.

Penyanyi itu bagaimanapun sekali lagi didakwa dan minta dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter PNB Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Awie yang diiringi sembilan rakan ketika ditemui pemberita meluahkan rasa lega dan gembira kerana kes itu dapat diselesaikan dengan baik.

“Sekiranya kes ini berlanjutan, ia tidak memberi apa-apa faedah kepada saya, masa depan, kerjaya dan anak-anak. Ini adalah satu perkara yang paling baik dan InsyaAllah saya boleh meneruskan kehidupan dan kerja saya dengan lebih baik selepas ini.

“Terima kasih pada mahkamah, peguam, keluarga dan kawan-kawan saya yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya selama ini,” katanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin dan Goh Ai Rene manakala Awie diwakili peguam Hazman Harun. –BERNAMA

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Hollywood Yang Ketagih Berkahwin!

UPDATE! 09/03/2016

Rozana Tetap Mahu Saman Awie

Rozana Misbun

Bekas isteri kepada penyanyi Awie Rozana Misbun menyatakan di tetap akan mengemukakan saman kepada bekas suaminya itu bagi menjernihkan kembali imejnya akibat dipukul sehingga hidungnya patah.

“Saya berasa sangat lega, permohonan maaf dari Awie itu membuktikan yang saya berada di pihak yang betul. Selama ini dia lemparkan tohmahan dan fitnah jahat kepada saya sebagai usaha mengalihkan perhatian orang terhadap pertuduhan itu”

“Saya dah lama maafkan dia, tapi bukan senang untuk kita lupakan peristiwa itu jika ia mendatangkan kesan yang pahit”

“Saya ingin jalani kehidupan selepas ini dengan tenang bersama anak-anak saya tanpa perasaan negatif yang boleh mempengaruhi emosi dan kelakuan mereka di kemudian hari”.

Menurut Rozana, dia sedang dalam proses berbincang dengan peguam umtuk meneruskan kes sivil dalam usaha menuntut ganti rugi bagi kecederaan patah hidung yang dialami olehnya.

BACA INI JUGA: Awie Mahu Rozana Pulangkan Duit Yang Dicuri Syarat Bercerai

Gempar Ayat Al-Qur'an ‘Ghaib’ Di Masjid Hijau!

Gempar Ayat Al-Qur'an ‘Ghaib’ Di Masjid Hijau!

Seorang naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar tidak menyangka dua muka surat ayat suci al-Qur'an milik Masjid Hijau, Kampung Kedah di sini, lenyap sewaktu hendak membacanya pada waktu pagi.

Ayat Al-Qur'an ‘Ghaib’

Mohamad Khori Junus berkata, lebih kurang jam 11.05 pagi, dia menunaikan solat sunat di masjid berkenaan dan berhajat membacakan Surah Al-Waqi’ah sementara menunggu kehadiran pasangan pengantin untuk dijalankan upacara akad nikah.

Menurutnya, dia segera mengambil salah satu naskhah al-Qur'an yang diletakkan di bahagian mimbar masjid dan terkejut mendapati sebahagian besar ayat Surah Ar-Rahman dan permulaan ayat Surah Al-Waqi’ah yang ingin dibaca ‘hilang’ ketika membukanya.

“Saya sangat terkejut dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kebetulan turut berada di situ bagi menjadi saksi nikah.

“Beliau (imam masjid) memaklumkan tidak pernah mengetahui terdapat sebarang naskhah al-Qur'an tidak sempurna disimpan pihak masjid dan meminta saya memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk),” katanya kepada media.

Mohamad Khori berkata, hasil pemeriksaannya mendapati sebahagian ayat dari Surah Ar-Rahman yang hilang bermula ayat 41 hingga ayat 78, manakala ayat dari Surah Al-Waqi’ah pula bermula ayat pertama sehingga ayat 16.

Menurutnya, pada mulanya dia menganggap mungkin berlaku kesilapan cetakan pada naskhah al-Qur'an Resam Uthmani yang merupakan cetakan keempat sembilan tahun lalu.

“Namun, apabila memikirkan proses pencetakan al-Qur'an perlu melalui prosedur amat ketat oleh panel pemeriksaan dilantik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), saya memutuskan penemuan ayat al-Qur'an hilang mungkin merupakan satu peringatan kepada umat Islam,” katanya.

Lebih mengejutkan, Mohamad Khori mendedahkan intipati sebahagian ayat al-Qur'an hilang terutama ayat permulaan Surah Al-Waqi’ah menceritakan tentang kejadian-kejadian besar pada hari kiamat.

"Dewasa kini, amalan membaca al-Qur'an dalam kalangan umat Islam di negara ini dilihat semakin berkurangan terutama dalam kalangan golongan muda.

“Saya berharap penemuan ini tidak disalah tafsir, sebaliknya dijadikan iktibar dan pedoman buat diri saya dan seluruh umat Islam untuk kembali taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulnya,” katanya.

Mohamad Khori turut mendedahkan pengalaman ini pertama kali dialaminya dan berharap perkongsian pengalaman itu dapat mengingatkan umat Islam supaya kembali mengimarahkan bacaan al-Qur'an setiap masa.

BACA INI JUGA: Akhirnya Telah Lengkap Tanda-tanda Kiamat Kecil

Sumber: Sinarharian.com.my

Lelaki Curang Lebih Cepat Mati?!

Lelaki Curang Lebih Cepat Mati?!

Menurut rencana yang mengulas laporan Journal of Sexual Medicine, kajian Universiti Florence, Itali, mendapati kecurangan lelaki yang sudah berkahwin boleh meningkatkan risiko serangan jantung.

Curang

Sudah banyak kes dilaporkan, ramai lelaki meninggal dunia ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanita mereka.

Dan tidak ada pula laporan mereka yang menemui ajal ketika bertukar-tukar cenderamata dengan isteri.

Sebabnya apa? Satu kajian di Jerman menyatakan, lelaki yang menghadapi masalah kardiak (berkaitan jantung) berhadapan risiko tinggi serangan apabila melakukan hubungan seks dalam keadaan tidak tenang.

Banyak keadaan untuk dikaitkan sebagai punca mengapa mereka tidak tenang. Antaranya ialah 'kerja keras' yang terpaksa dilakukan untuk memuaskan pasangan.

Oleh kerana kajian itu berkait dengan lelaki yang berkahwin, yang agak berusia dan pasangan pula mungkin jauh lebih muda, maka kerja keras itu perlulah dilipat ganda. Ini tentunya akan meningkatkan juga degupan jantung secara drastik.

Keadaan tidak sama dengan situasi mereka melakukan hubungan dengan isteri yang sebaya. Tuntutan dan kehendak pasti berbeza antara yang berusia dengan yang lebih muda.

Kerja keras yang dipaksa dan tidak sepadan dengan kemampuan fizikal boleh menyebabkan arteri tersumbat, dan berisiko untuk pecah. Mengikut rekod perubatan, gejala arteri tersumbat adalah satu pertiga daripada punca kematian.

Kerana itu berwaspadalah. Bukan tidak boleh cari pasangan lebih muda tetapi biarlah kemampuan sepadan dengan kehendak. Jangan kail panjang sejengkal dibawa ke lautan dalam.

Jangan sepemeluk nangka mahu diukur perdu durian. Usia yang di luar dan yang di dalam jangan sekata. Biarlah zahirnya sahaja 70, tetapi yang batinnya 20.

Penjagaan kesihatan yang sempurna, ilmu yang mantap, sebutlah Tajul Muluk atau Kama Sutra, semua petua ada dalam kepala. Itu akan menjadikan seseorang itu pria terhebat, biar pun usia sudah senja.

Di negara kita, zina tidak sebebas negara Barat, tekanan yang dihadapi tentu lebih tinggi. Mereka yang terlibat melakukannya dalam keadaan tidak tenang kerana takutkan pencegah maksiat.

Suami orang yang ada kekasih gelap juga memang selalu tertekan. Mana tidaknya, dengan telefon tidak berenggang siang malam. Tercicir telefon di mana-mana, seperti hilang duit berjuta.

Yang dibimbangkan ialah kalau-kalau ada panggilan, atau SMS yang masuk ketika telefon bukan di tangan.

Bayangkan kalau siang malam, 24 jam hati tidak tenang, yang sihat pun boleh pitam. Namun jika diadu kepada sesiapa bukan simpati yang diperoleh, bukan belas kasihan yang diberi sebaliknya perli dan umpat keji.

Kajian itu membuktikan lelaki curang adalah pencinta sejati. Jika tidak, masakan mereka sanggup mengorbankan nyawa demi cinta!

BACA INI JUGA: Lelaki Atau Wanita, Siapa Paling Curang?

Sumber: Sinarharian.com.my

Monday, March 07, 2016

Scott Kelly, Angkasawan Paling Lama Tinggal Di Angkasa

Scott Kelly, Angkasawan Paling Lama Tinggal Di Angkasa

Selepas hampir setahun tinggal di ruang angkasa, angkawasan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Scott Kelly akhirnya kembali ke Bumi pada 2 Mac lepas.

Scott Kelly

Lelaki berusia 52 tahun itu mendarat bersama rakan sejawatnya, seorang angkasawan dari Rusia, Mikhail Kornienko di Dzhezkazgan, Kazakhstan selepas tiga jam penerbangan menaiki kapal angkasa Soyuz TMA-18M dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Pendaratan Kelly dan Kornienko turut disertai seorang lagi angkasawan Rusia, Sergey Volkov yang menyertai mereka di ISS pada 4 September 2015. Kelly dan Kornienko tiba di ISS pada 27 Mac tahun lalu.

Sepanjang setahun di angkasa, Kelly mengembara sejauh 143,846,525 batu (231,498,541 kilometer) dengan mengelilingi orbit sebanyak 5,440 kali dan menyaksikan 10,260 kejadian matahari terbit dan terbenam.

Namun, apa yang paling membanggakan, Kelly mencatatkan rekod baharu sebagai angkasawan warga Amerika Syarikat (AS) yang pertama meluangkan masa selama setahun di angkasa.

Beliau juga merupakan angkasawan AS paling lama berada di angkasa lepas dengan jumlah catatan keseluruhan selama 520 hari menerusi empat trip penerbangan.

Rekod paling lama berada di angkasa dipegang oleh angkasawan Rusia, Gennady Padalka dengan jumlah catatan keseluruhan selama 879 hari menerusi lima trip penerbangan.

Lebih tinggi

Scott Kelly [2]
Gambar bertarikh 28 Oct 2015 menunjukkan Kelly berjalan di luar Stesen Angkasa Antarabangsa.

Berada selama 340 hari di angkasa, Kelly mengakui masa yang terlalu lama di angkasa juga menyebabkan dia berasa sangat sunyi.

“Perkara paling sukar adalah apabila anda terpaksa berjauhan daripada orang-orang yang penting dalam hidup,” ujarnya seperti dipetik portal berita CNN.

Kelly turut berpeluang menyaksikan beberapa pemandangan Bumi yang menakjubkan sepanjang menjalankan misi itu.

“Saya dapat melihat Cahaya Utara atau Aurora Borealis melintasi Bahamas selain menyaksikan Taufan Patricia yang melanda Mexico dan Snowzilla yang melanda AS dari angkasa,” ceritanya.

Kelly dan Kornienko merupakan sebahagian daripada individu yang terpilih menyertai misi ke angkasa lepas yang antara lain bagi mempelajari kesan tinggal di angkasa dalam jangka waktu panjang terhadap tubuh.

Pentadbir NASA, Charles Bolden berkata, antara kajian itu termasuklah bagaimana tubuh manusia bertindak balas menyesuaikan diri kepada keadaan tanpa berat, pengasingan, radiasi dan tekanan sepanjang tempoh penerbangan kapal angkasa yang berdurasi panjang.

Para saintis akan turut membandingkan perkembangan Kelly dengan saudara kembar seirasnya, Mark Kelly yang juga merupakan bekas angkasawan NASA.

Scott Kelly - Ultra
Scott berpeluang menyaksikan fenomena Cahaya Utara dari angkasa lepas.

Kajian Twins Study NASA itu bagi mempelajari bagaimana dua individu yang seiras secara genetik memberi respons terhadap dua keadaan berbeza selama setahun.

“Kelly menunjukkan peningkatan sebanyak 5.08 sentimeter (cm) dalam ketinggiannya. Pasangan kembar itu sebelum ini memiliki ketinggian yang sama.

"Ia bagaimanapun tidak lama. Ketinggian Kelly akan kembali normal selepas tubuhnya menyesuaikan diri dengan graviti di Bumi.

“Di angkasa, ketiadaan graviti menyebabkan tulang belakang boleh meregang sehingga tiga peratus dan membolehkan ketinggian seseorang bertambah sehingga 7.6cm,” lapor NASA.

BACA INI JUGA: Kisah Sedih Angkasawan Pertama Yang Terkorban Dalam Misi Ke Bulan

Sumber: Kosmo

Mahathir Lupa Sejarah - Awang Selamat

Mahathir Lupa Sejarah - Awang Selamat

Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno dan bekerjasama dengan pembangkang disifatkan sebagai 'satu kesilapan besar' dalam sejarah politik pemimpin veteran itu.

Mahathir Lupa Sejarah

Menerusi ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, akhbar itu mendakwa Dr Mahathir sebagai lupa sejarah politik beliau dengan pimpinan DAP dan PKR yang begitu tebal permusuhannya.

"Meskipun dalam politik segala-galanya berkemungkinan namun realiti untuk padamkan episod hitam bukanlah mudah. Mereka akan terus dihantui rasa curiga dan waspada termakan jerat muslihat politik.

"Apatah lagi Dr Mahathir, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat PKR (Datuk Seri) Anwar Ibrahim makin dimamah usia. Dimalukan dan gagal besar pada penghujung usia lagi sakit rasanya," tulisan Awang dipetik daripada akhbar edisi mingguan itu.

Malah, Awang juga mendakwa, selama ini Dr Mahathir merupakan pemimpin yang bertanggungjawab menjadikan DAP 'jijik' pada kaca mata orang Melayu.

"Lim tidak kurang dahsyatnya menghina, mentohmah dan mempersoalkan Dr Mahathir sepanjang perseteruan mereka.

"DAP menjadi hidup kerana anti Dr Mahathir yang dilabelkan zalim, menerajui kerajaan rasuah dan sebagainya.

"Malah DAP yang beliau kuasai mahu menangkap dan memenjarakan Dr Mahathir jika berkuasa satu hari nanti," katanya.

Perseteruan Mahathir - Anwar

Dalam ruangan pojok berkenaan, Awang turut mengungkit perseteruan Dr Mahathir dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjarakan atas tuduhan liwat.

Beliau membangkitkan persoalan adakah bekas presiden Umno yang baru meninggalkan parti itu akan menarik kembali segala kenyataan dan label terhadap bekas ketua umum PKR itu.

Katanya, Dr Mahathir juga terlupa, disebabkan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau menang dalam percaturan dengan pasukan B diketuai Tengku Razaleigh Hamzah ketika kemuncak krisis pertama yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Pada masa sama, beliau turut memuji pimpinan PAS terutama Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana 'tidak termasuk dalam perangkap DAP'.

BACA INI JUGA: Undi Tidak Percaya Dipanggil Pemindahan Politik, Bukannya 'Guling Kerajaan'!

Sumber: Malaysiakini