Tuesday, January 26, 2016

Kes DERMA RM2.6 Bilion dan RM42 Juta DI TUTUP!

Kes DERMA RM2.6 Bilion dan RM42 Juta DI TUTUP!

Sukar mahu dipercayai! Takkan semudah itu saja AG (Peguam Negara) katakan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan Najib dalam kes RM2.6 bilion dan SRC!?

NAJIB+LAWAK

Baru sahaja Datuk Bahri dari SPRM berkata sudah menyerahkan semula kertas siasatan kepada AG dan selepas itu AG tampil umumkan NO CASE!

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International. -Mkini

Dan kertas-kertas siasatan itu akan dikembalikan semula kepada SPRM dengan arahan supaya kes ditutup.

Satu lagi, AG kata;

Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai. - Mkini.

Apakah itu rumusan hasil siasatan SPRM atau ia adalah pendirian AG sendiri?

Apakah penjelasan mengenai RM42 juta? Dari mana datangnya, apakah alasannya dan kemana perginya? Adakah ia juga satu bentuk derma?

Benarkah selepas akaun Najib ditutup dana yang berbaki telah dikeluarkan ke Singapura dan telah dibekukan? Apa bukti yang menunjukkan dana itu sudah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi?

Tunjukkan bukti surat sokongan yang mengatakan dana RM2.6 bilion itu merupakan derma peribadi kepada Najib.

Rakyat perlukan penjelasan yang lebih menyeluruh. Tidak semudah itu untuk tutup kes sebesar ini.

Memandangkan kredibiliti AG di mata rakyat adalah pada tahap yang amat rendah, dimohon AG kemukakan alasan-alasan tuntas bagi menjawab segala persoalan yang ditimbulkan supaya rakyat tidak membuat sebarang spekulasi negatif.

Tidak cukup dengan hanya mengatakan, 'Tidak ada kesalahan jenayah dan kes di tutup'.

Rakyat sekarang bijak dan pandai menilai, tidak lagi menerima buta apa saja keputusan yang dibuat.

Dan ini kali pertama kita mendengar seseorang kembalikan derma yang diterima!

Di bawah adalah kenyataan dari AG;

Saya mengkaji dengan teliti keseluruhan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen serta maklum balas diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan klarifikasi yang dipohon sebelum ini berhubung satu kertas siasatan berkaitan kes yang dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion dan 2 kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang dikemukakan kembali kepada saya oleh SPRM.

RM2.6 bilion

Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah “RM2.6 bilion” yang dimasukkan ke dalam akaun PM, saya berpuas hati keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pihak SPRM kepada saya menunjukkan dana dimasukkan ke dalam akaun PM berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 Aprul 2013 adalah merupakan sumbangan peribadi kepada PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa balasan.

Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada PM secara peribadi.

Saya berpuas hati tiada keterangan yang menunjukkan dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah.

Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai seorang perdana menteri.

Tambahan pula, dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah AS$620 juta (RM2.03 bilion) dikembalikan semula PM kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.

Berhubung perkara ini juga, saya juga berpuas hati tiada keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (mutual legal assistance) kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan pihak SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.

SRC International

Berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International, saya berpuas hati tiada terzahir apa-apa kesalahan di atas alasan-alasan berikut:

Apa komen SPRM? 

Di bawah Akta SPRM 2009

a. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan PM menyalahgunakan kedudukan beliau semasa mesyuarat jemaah menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh syarikat SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP);

b. Keterangan juga menunjukkan proses kelulusan pinjaman oleh Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman mesyuarat jemaah menteri adalah dibuat secara teratur;

c. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan PM meminta atau dijanjikan apa-apa suapan daripada mana-mana pihak sebelum, semasa atau selepas keputusan jemaah menteri tersebut dibuat;

d. Dari keseluruhan keterangan yang melibatkan apa jua keputusan-keputusan atau tindakan, tidak menggambarkan apa-apa konflik kepentingan PM; dan

e. Pihak SPRM sendiri mengakui berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan YAB PM melakukan sebarang perbuatan rasuah (corrupt practice).

Di bawah Kanun Keseksaan

a. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan PM mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau;

b. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan PM memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; dan

c. Keterangan menunjukkan pada masa-masa yang material, PM mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu.

Berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai pendakwa raya berpuas hati tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan YAB PM berkait ketiga-tiga kertas siasatan.

Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Lebih Teruk Dari Najib?

Sumber: Dinturtle

'Maafkan Saya Bro' Kisah Lelaki Bohong Demi Keluarga

'Maafkan Saya Bro' Kisah Lelaki Bohong Demi Keluarga

Cukup sebak rasanya membaca kisah menyentuh hati ini. Sebak kerana dikala kita bertekak pasal duit berbilion-bilion, ramai sungguh insan yang terpaksa menempuh hidup dengan penuh kesusahan.

Wong Bo Sie

Jika apa yang dilalui sekarang dirasakan amat payah, ramai dikalangan kita langsung tidak bersyukur, malah mempersenda orang lain yang hidup melarat.

Seorang pengguna Facebook, Wong Bo Sie berkongsikan pengalamannya berjumpa dengan seorang lelaki berkeluarga yang telah ‘menipu’ dirinya.

Namun selepas dia memperoleh cerita sebenar, ianya nyata mengejutkan lelaki ini sekaligus membuatkan dirinya mengalirkan air mata.

Sehingga ke hari ini, kisah yang dikongsikan oleh Wong ini telah mendapat lebih 8,000 ribu shares dan di sini kami kongsikan semula kisah menyentuh hati ini sebagai inspirasi untuk berbuat kebaikan.

Wong Bo Sie [2]

Maafkan saya bro…

Petang tadi masa aku gi jemput anak. Sampai satu tempat tu tenampak le satu keta benti kat tepi jalan. Bonet depan tebukak. Keta gosak le ni (ati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sowang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam keta aku pasan ada gak penumpangnya. Mandangkan tempat tu ok, aku benti le.

Masa jalan ke keta tu, aku nampak dalam keta tu dua pompuan dewasa, sowang budak kecik dan sowang budak lelaki. Mungkin sekuaga le ni…

“Asalamualaikum bro. Pehal ni?” Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang spana idup.

“Boleh saya tengok?” Aku tanya dia.

“Bro pomen ke?” Dia tanya aku balik.

”tak ahh…tapi saya penah kena cani dulu” aku bagitau dia.

“Takpe la bro, gase saya boleh setel ni”.

“Oo…ok la kalu cantu” kata aku sambil bepusing nak blah.

Tetiba aku denga sore pompuan… “Masuk ni dah 2-3 orang nak nolong, awak tanak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni!!”

Aku pun pusing balik kat dia. Aku soh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang tade minyak. Aku mintak spana idup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok je… Dalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering cani. Setau aku, kalau pun oil pump gosak minyak mesti akan meleleh sesikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.

Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak – tak naik langsung!! Meter tu gosak katanya.

Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cite aku klua dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tanak.

Tapi lepas bini dia membebel keta buruk la, tak beguna la, apa la dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.

Masa dalam keta tu, aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus.

Dia diam je… sampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam, beli air soya dua kotak besar, 2 bantal roti bun (ntah kenapa aku boleh tepikey nak belikan) dan bayar temasuk minyak.

Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentase ade dalam keta aku. Dia nak bayar, tapi aku cakap kang la, macam la begatus…

Mungkin tegase nyusahkan aku, dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat keta dia balik. Aku ok je la… dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan.

Anaknya tanya apsal? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah… aku punye la saspen mase tu tuhan je yang tau.

Aku pun benti le…tetiba… “Bro, saya nak mintak maaf sesangat dengan bro.”

“Apsal?” Aku tanya. Kelopak matanya bekaca digenangi air.

“Sebenarnya saya bohong. Keta saya tak gosak pun bro. Keta saya tu memang habis minyak.” Aku tak dapat cakap apa dah…

“Saya memang tade duit nak isi minyak. Saya ingat minyak keta sampai la ke gumah, tapii…”

Aku masih diam…

"Duit bro ni kang pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro…”

Aku bagitau dia, pasal duit tu. Takpe… aku halalkan.

Dia sambung lagi. “Percaya tak kalu saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah bro… dekat dua jam kami kat sana tadi.

Memang ada dua tiga orang yang benti. Tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diowang cuma tanya, tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah… Allah hantar bro untuk saya.”

Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aihh… Dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le… Tapi dia tetap begiye ucap tima kasih kat aku. Lantak le hei… Lepas tu dia pandang anaknya.

“Abang, maafkan babah ye. Babah belom dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?”

Anaknya angguk kepala.

“Lagi satu, abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal keta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu tu tanak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang gase malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu, malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentase beusaha untuk senangkan ibu ngan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye,” katanya lagi dalam sedu sedan.

Anaknya terus peluk dia.

Dua beganak tu bepelukan sambil menangis. Aku klua keta… Sumpah… Demi Allah, aku pun nanges sama…

Sambil lap lap air mata, aku masuk keta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup, aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku.

“Jangan bro, saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya… saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi saya ni.” Dia mintak nombo tipun aku. Ndak tak ndak aku bagi…

Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk… aku pesan sikit kat dia. “Nak, belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat… Besok kalu dah bejaya, jaga babah ngan ibu macam babah jaga nenek sekang. Doa bebanyak supaya babah tu sentase sehat dan tabah”.

Sambil aku selitkan duit yang babahnya tanak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.

Allahu Akbar… sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku…

Ya Allah. Dalam aku sentase mengeluh dan mengenang kesusahan, Kau sedarkan aku yang selama ni sentase lupa bahawa ada owang yang lebih susah dari aku.

Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.

Bukan niat aku untuk betakbur riak, sekadar buat renungan dan peringatan betapa besyukurnya hidup kita.

#‎PeringatanDiaUntukAkuYangKaliKeberapaNtah‬

BACA INI JUGA: 'Rumah Jaga Separuh Dari Hidup Kami'

Sumber: Wong Bo Sie/Mynewshub.cc

Monday, January 25, 2016

Senarai Penuh Produk Kosmetik Yang Diharamkan KKM Tahun 2016

Senarai Penuh Produk Kosmetik Yang Diharamkan KKM Tahun 2016

Dikongsikan dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berikut adalah senarai produk yang diharamkan oleh KKM teridri dari jenis ubatan tradisional, produk kosmetik dan makanan/minuman kerana mengandungi barangan terlarang atau faktor lain.

Kosmetik

Semua produk ini telah dibatalkan pendaftaran/tidak berdaftar/tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak dibenarkan dijual di pasaran.

Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui satu kenyataan medianya telah menasihatkan pengguna supaya mengelak menggunakan satu produk keluaran Vida Beauty yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Merkuri/Raksa.

Menurut KKM, produk yang dikenalpasti berkenaan yang terjejas merkuri ialah QU Puteh Whitening Pro 9 bernombor notifikasi NOT151106644K.

Senarai nama produk, kategori dan jenis racun di bawah ini dikemaskini pada 7 Disember 2015.

357 NASAL SPRAY
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

ACAI BERRY ABC
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

ADEQUINN NUTRICOCO - NATURAL SLIMMING SUPPLEMENT
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

AIR IKAN HARUAN
MAKANAN/MINUMAN
DEXAMETHASONE

AMBERINE
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

ATIKA BEAUTY RENEWAL CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

BEAUTE FIT BODY CONTOUR
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

BEAUTIFUL SLIM BODY
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

BEAUTY LINE BEAUTITUDE MULTIPURPOSE CREAM
KOSMETIK
TRETINOIN

BIO DREAM GOLD
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

BIO MACA PLUS
TRADISIONAL
SILDENAFIL

BMI-9 XYLIMMING CAPSULE
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

BODY BEAUS
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

BODY BEAUTY SLIMMING COFFEE
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

BODY LIFT BIODEX
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

BODY TRIMZ
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

BRAZILIAN CATUABA
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

BRAZILIAN PROMAN-CATUABA COFFEE BLEND
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

BRO ALI COFFEE
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

CAFÉ ABANG YES
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

CANDIGOLD
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

CANDY 193
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

CATUABA
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

CHANTIQUE WHITENING NIGHT CREAM
KOSMETIK
TRETINOIN

COLLAGEN SLIM
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

CORAL PLUS UA 350MG
TRADISIONAL
CHLORPHENIRAMINE

COSA GRANDE PLATINUM
TRADISIONAL
TADALAFIL DAN AVANAFIL

DE PUTIH NIGHT CREAM
KOSMETIK
TRETINOIN

DELIMA RAJA URAT
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

DERMACEUTIC SPOT CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

DERMACEUTIC SPOT PEEL CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

DIEM CAPSULE
TRADISIONAL
TADALAFIL

DNARS MAGIC GOLD FOUNDATION
KOSMETIK
HYDROQUINONE

ELITE RIAS ER CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

ENG LEONG CORDYCEPS CHUANBEI PLUS COUGH PILL
TRADISIONAL
DIPHENHYDRAMINE

ERIESYA SPA BEAUTY CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE

EXTEND UP ENERGY DRINK
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

EXTREME - ENERGY COFFE
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

EXTREMEN
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

EXTREWOMEN
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

F250- HEALTH SLIM FITNESS
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

FIGURE UP
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

GINSENG JIN FUI WAN
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

GOJI GUARANA EXTRA
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

GOJI GUARANA
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

GOJI MORE
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG TADALAFIL

GOJI PLUS CAPSULE
TRADISIONAL
ANALOG SILDENAFIL

GOJI YUMBERRY
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

GUARACAFE
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

HANS BEAUTY TREATMENT TONER
KOSMETIK
HYDROQUINONE

HBW ICE LEMON TEA
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

HOTTON VITALITY CANDY
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG TADALAFIL

IE2 O
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

JAMU TRADISIONAL JAYA ASLI (ANTI ASAM URAT)
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

JINGLIDA
TRADISIONAL
ANALOG TADALAFIL

KAPSUL LELAKI KUAT
TRADISIONAL
SILDENAFIL

KING CAPPUCINO
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KINTOP
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

KNIGHT COFFEE
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

KOLEKCAFE POWER PLUS
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KOPI ANGGOK
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

KOPI ASMARA
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KOPI BAGUS AAA
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KOPI CAMPURAN KEDAI KOPI ALI BAGUS
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KOPI HARI-HARI MAU
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

KOPI JANTAN TRADISIONAL
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

KOPI PAHLAWAN
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

KOPI PAK GURU
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

KOPI PAK SHEIKH
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KOPI PANGGUNG AL-AMBIAK
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

KOPI SUPER ANGGOK
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KOPI TENAGA TOK LEBAI PLUS
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KRIM MALAM MISHA
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

LAMI
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

MA'JUN BURUNG UNTA
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MAAJUN TENAGA HERBA-UBI JAGA
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MAAJUN TOLAK ANGIN
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MACA MAX
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

MACAGIN GINSENG CANDY
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

MADU ADUNAN HERBA
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MAJUN DUA ISTIMEWA
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MAKJUN SYAFIQ 3 ISTIMEWA
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MAKJUN TAUFIQ DUA ISTIMEWA
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MENTALK CANDY
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG TADALAFIL

MIRACLE OF E250
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

MY ENERGY PLUS+
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

NATASYA KRIM HERBA
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

NATASYA KRIM HERBA GOLD
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

NATURAL SOLUTION - GOJI CATUABA
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL DAN ANALOG TADALAFIL

NATURAL SOLUTION - GOJI COCOMIANA
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

NATURAL SOLUTION - LYCIUM GUARANA
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL DAN ANALOG TADALAFIL

NEXUS MXP
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

NIGHTCAFE
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

NIQMAT 69
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

NURIZ DAY & NIGHT CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

OBEXLIM
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

PENAWAR SENDI TULANG
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

PHYTOSHAPE
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

PIGMENTATION RECOVERY COMPLEX
KOSMETIK
TRETINOIN

PIL RESDONG
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

PIL ZHEN ZHU BAI FONG WAN
TRADISIONAL
CHLORPHENIRAMINE

PROMAX CAPSULE
TRADISIONAL
ANALOG SILDENAFIL

PRONOTON
TRADISIONAL
SILDENAFIL

QIAN TONG DAN
TRADISIONAL
CHLORPHENIRAMINE

R DREAM
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

R&Z WHITENING NIGHT CREAM
KOSMETIK
TRETINOIN

RAJA UBAT RESDUNG
TRADISIONAL
DEXCHLORPHENIRAMINE

RATNA SARI WHITENING NIGHT CREAM
KOSMETIK
TRETINOIN

RED BRAND GINSENG PLUS ZHENG FEI CAPSULE
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

RED ENERGIZER CANDY FOR MEN
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG TADALAFIL

REEPO
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

REN SEM TU CHON CHIN KUO PILL
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

ROYAL BEVERAGE MAQRIFATUN
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

RZAC WHITE PEARL CREAM
KOSMETIK
TRETINOIN

SASANERGY DRINK
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

SENNA PLUS CAPSULE
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

SKYLINE AL-TAQWA GOUT ASAM URAT
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

SKYLINE AL-TAQWA SAKIT PINGGANG & LUTUT
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

SLIMAX COFFEE
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

SLIMINA SLIMMING COFFEE
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

SPARTAN
TRADISIONAL
ANALOG SILDENAFIL

STIFFNITE COFFEE
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

SWEET 17-ORANGE+MANGO SLIMMING FIBER 
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SIBUTRAMINE

TEMULAWAK WHITENING PEARL CREAM PAPAYA
KOSMETIK
TRETINOIN

TIA AMELIA KRIM JERAGAT
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

TOMABEST
TRADISIONAL
ANALOG TADALAFIL

TRI-MAX
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

TRICAJUS
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

TRUE SELF REPAIR
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

TRUE SR
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

VEGROW
TRADISIONAL
ANALOG SILDENAFIL

VENERGY CAPSULE
TRADISIONAL
ANALOG SILDENAFIL

VIGOR CANDY
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

VITAL + ESSENCE CAPSULE
TRADISIONAL
NORTADALAFIL

VITCA-F
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

VITCA-M
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

VNG400
TRADISIONAL
ANALOG TADALAFIL

WINNIE BEAUTY V1
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

XKL SKYFRUIT JUICE PREMIX
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

YELLOW CREAM (KRIM KU-NENG)
KOSMETIK
HYDROQUINONE

YI ZHI YANG
TRADISIONAL
SILDENAFIL

ZARA REJUVENATION CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE

BACA INI JUGA: Amalan Menampar Untuk Membesarkan Payudara!

Sumber: Pharmacy

Bagaimana Merkuri Berfungsi Demi Kecantikan Dan Kesan Penggunaannya Kepada Kulit

Bagaimana Merkuri Berfungsi Demi Kecantikan Dan Kesan Penggunaannya Kepada Kulit

Penggunaan merkuri dalam kosmetik telah diharamkan di Eropah sejak tahun 1976 dan kemudian FDA mengharamkan penggunaannya dalam kosmetik pada tahun 1990.

Merkuri untuk kecantikan

Pigmentasi ataupun kecerahan warna kulit disebabkan oleh penghasilan melanin. Tompok hitam ataupun kulit gelap boleh disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanocytes, sel yang berfungsi untuk menghasilkan pigmentasi warna kulit.

Pigmentasi warna kulit ini boleh disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, proses penuaan (peningkatan umur) dan juga gangguan hormon semasa bersalin ataupun disebabkan oleh pengambilan ubat.

BAGAIMANA MERKURI PUTIHKAN KULIT?

Merkuri ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil ‘raksa’ biasa digunakan dalam produk kosmetik krim pencerah atau pemutih untuk berikan kesan yang segara.

Raksa ini bertindak memutihkan kulit dengan menghalang atau melambatkan proses penghasilan melanin yang memberikan warna gelap pada kulit.

Melanin adalah pigmen atau warna coklat yang dihasilkan oleh sel melanocytes di kulit. Melanin ini adalah pelindung semulajadi yang dihasilkan oleh badan untuk melindungi kulit dari sinaran UV Matahari, walau bagaimanapun, penghasilan melanin yang berlebihan menyebab warna kulit menjadi gelap ataupun tidak sekata.

Selain raksa, ada beberapa bahan lain lagi yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon.

Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream).

Raksa dalam krim pemutih yang digunakan berulang kali boleh terkumpul di kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan dan masuk ke salur darah.

Raksa mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan.

KESAN BURUK MERKURI

Apabila raksa ini digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi termasuk gatal-gatal, ruam pada kulit, hilang warna kulit (skin discoloration) dan juga parut. Terdedah kepada raksa untuk jangka yang lama membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan.

WHO memberi amaran penggunaan raksa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan gangguan sistem saraf.

Raksa yang tinggi dalam badan juga menyebabkan gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak-kanak.

TANDA-TANDA KERACUNAN MERKURI

Tanda-tanda keracunan raksa termasuklah ganguan emosi, letih, hilang ingatan, mudah lupa dan sakit kepala.

Keracunan raksa ini juga boleh menyebabkan perubahan tingkah laku seperti cepat terasa, kurang keyakinan diri dan kurang selesa semasa bergaul.

Raksa yang berlebihan dalam badan menyebabkan gangguan buah pinggang (membranous nephropathy), badan menggigil dan kekejangan otot.

KENAPA ADA MERKURI DALAM PRODUK QU PUTEH?

Dua produk Vida Beauty iaitu ‘Qu Puteh Whitening Pro 9’ dan ‘Qu Puteh Whitening UV Block’ disahkan mengandungi merkuri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain daripada 2 produk kosmetik ini, Vida Beauty juga mempunyai lebih 33 produk kosmetik lain yang bernotifikasi dengan KKM.

Produk Qu Puteh Whitening UV Block masih lagi terdapat dalam sistem notifikasi BPFK dengan nombor NOT151106645K.

Ujian saringan bahan beracun ke atas produk kosmetik adalah ujian rutin yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Kualiti, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM.

Ujian bahan beracun ini termasuklah ujian hidrokuinon, tertinoin, dan juga had logam berat termasuklah merkuri.

Ujian saringan ini dijalankan berdasaran persampelan produk kosmetik di pasaran dan juga berdasarkan aduan yang diterima daripada pengguna.

Produk-produk kosmetik seperti krim pemutih dan krim pelansing adalah produk yang berisiko tinggi dicampurkan dengan bahan beracun ini. Oleh itu sampel-sampel produk kategori ini diberikan lebih perhatian untuk diuji.

Dari kajian yang pernah saya jalankan ke atas produk kosmetik semasa bertugas di Pusat Kawalan Kualiti, BPFK, KKM pada tahun 2007 hingga 2011, hampir 8 – 10% daripada 300 produk kosmetik di pasaran Malaysia yang diuji sepanjang tahun didapati positif mengandungi bahan beracun. [Screening of Hydroquinone in Cosmetics Products by QCC in 2006 and 2007 by Rahman Baco et. al.]

Sampel kosmetik yang didapati positif mengandungi bahan beracun pada ujian saringan pertama akan diuji semula oleh penganalisa berbeza untuk mengesahkan keputusannya benar-benar tepat.

Apabila keputusan telah disahkan, maklumat produk kosmetik beracun ini akan dikongsikan dengan pihak berkuasa kesihatan negara jiran iaitu Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand untuk tindakan selanjutnya sebelum kenyataan akhbar dikeluarkan.

Sebab itulah, posting-posting di media sosial banyak menggunakkan laporan akhbar daripada negara Brunei yang dikeluarkan lebih awal berbanding Malaysia.

Produk kosmetik mengandungi bahan beracun seperti merkuri yang dikesan dalam 2 produk jenama Qu Puteh ini boleh berlaku kepada mana-mana jenama kosmetik yang lain dan juga pernah terjadi ke atas jenama kosmetik popular yang lain.

Vida Beauty selaku pemegang pendaftaran produk ini telah mendaftarkan produk kosmetik ini mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Produk kosmetik yang telah didaftarkan akan diberikan nombor Notifikasi yang bermula dengan NOT. Sistem Notifikasi produk kosmetik ini memudahkan proses recall (panggil-balik) produk dari pasaran apabila berlaku kejadian seperti ini.

Pihak Vida Beauty diberi masa 72 jam untuk menarik balik 2 produk kosmetik ini daripada pasaran dan mengambil langkah pembendungan yang perlu.

Tidak adil untuk kita menghukum semua produk keluaran Vida Beauty atau jenama Qu Puteh beracun kerana Vida Beauty mempunyai lebih 30 produk kosmetik atas jenama Qu Puteh dan 2 produk tradisional atas jenama PAMOGA yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Jadilah Pengguna Yang Bijak Memilih”

RAHMAN BACO, Pharmacist
Herbal Choice
Your Halal Trusted Pharmacist
‪#‎vidabeauty‬
‪#‎quputeh‬
‪#‎pamoga‬
‪#‎herbalchoice‬

BACA INI JUGA: Asal-usul Bedak Muka, Penghalau Roh Jahat!

Sumber: Thevocket

Al-Qur'an Tidak Dimamah Api Dalam Kebakaran!

Al-Qur'an Tidak Dimamah Api Dalam Kebakaran!

Penduduk Kampung Bruit, Daro, Sarawak, terkejut menemui senaskhah Al-Qur'an berkeadaan baik dalam sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran.

Naskah+Al-Qur'an

Kejadian yang berlaku jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan seorang ibu tunggal berusia 40an tinggal sehelai sepinggang.

Menurut Setiausaha JKK Kampung Bruit, Ismaili Johari, penduduk hanya mampu mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran.

Angin kencang menyebabkan api merebak pantas.

Naskah+Al-Qur'an [2]

Sebaik penduduk kampung berjaya mengawal kebakaran, mereka terkejut ketika menemui senaskhah Al-Qur'an berwarna hitam masih dalam keadaan baik, dan hanya terbakar sedikit di bahagian bawah.

Ketika penduduk membantu mencari barang kelengkapan lain yang boleh diselamatkan, semuanya hangus kecuali naskah Al-Qur'an ini lapor Hmetro.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Video Lelaki Bisu Sembuh Dengan Ayat Al-Qur'an

Sunday, January 24, 2016

Terima Kasih Sahabat

Terima Kasih Sahabat

Kadang-kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta, tapi kerana mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Terima Kasih Sahabat

Kadang-kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai, tapi kerana mereka memahami maksud tanggungjawab.

Kadang-kadang sahabat yang memohon maaf terlebih dahulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah, tapi kerana mereka menghargai orang disekeliling mereka.

Kadang-kadang sahabat yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa, tapi kerana mereka melihat kita sebagai seorang sahabat.

Kadang-kadang sahabat yang selalu sms kita, bukan kerana mereka tiada perkara lain untuk dilakukan, tapi kerana mereka ingat pada kita.

Yang pasti, suatu hari kita nanti, kita dan sahabat pasti akan terpisah, namun kita akan teringat segala kenangan yang pernah ada.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun, hingga hubungan itu menjadi asing.

Suatu hari, anak dan cucu kita akan melihat gambar dan bertanya..

"Siapa mereka semua ini?"

Dan kita akan tersenyum dengan linangan air mata yang tiada kelihatan, kerana hati terusik, dan dengan hati yang sayu lalu berkata..

"Dengan merekalah saya ada hari yang paling indah dalam hidup saya.."

Terima kasih sahabat..

BACA INI JUGA: Pahala Siapakah Sebanyak Bintang Dilangit?

-SENTIASAPANAS.COM

Mahu Isteri Seorang Doktor? Anda Patut Tahu Ini

Mahu Isteri Seorang Doktor? Anda Patut Tahu Ini

Mungkin kita pernah mendengar ungkapan 'habislah kena kahwin dengan doktor'. Ungkapan ini mungkin wujud disebabkan persepsi dan juga realiti seorang doktor yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam hidup sehingga cabaran-cabaran itu menjadi sebahagian dari hidup mereka.

Bak kata orang putih "You are what you do".

Sekiranya bakal isteri anda seorang doktor atau bakal doktor, ini antara 'cabaran-cabaran' yang perlu anda hadapi.

Bekerja 18 Jam Sehari

Bekerja 18 Jam Sehari

Dia akan bekerja lebih dari 18 jam di hospital, dan jarang sekali dapat cuti untuk sehari. (Ini bermakna dia tidak akan mempunyai masa untuk temujanji yang panjang)

Sentiasa 'Stress'

Sentiasa 'Stress'

Dia akan sentiasa berada dalam keadaan kerja yang 'stress' dan mungkin akan memakai pakaian 'scrub', menunjukkan mereka adalah wanita jenis 'low maintainance' (Anda tak perlu beli mereka emas atau bunga, cuma tapau makanan untuk memujuk mereka).

Kurang 'Peduli'

Kurang 'Peduli'

Dia mengalami lebih 'pengalaman' dari apa yang boleh anda fikirkan seperti contoh kena muntah, melihat kematian dan lain-lain. (Disebabkan perkara ini, dia akan kurang ambil berat tentang perangai buruk atau keburukan anda).

Sangat Berdikari

Sangat Berdikari

Dia tak bergantung sangat kepada anda (dia boleh bawa kereta sendirian pada tengah malam atau subuh atau bawa kereta beribu-ribu kilometer hanya untuk menghabiskan masa bersama anda).

Jarang Memasak

Jarang Memasak

Dia akan jarang memasak untuk anda (Tapi bila dia ada masa, dia tentu akan cuba yang terbaik).

Selalu 'Hilang'

Selalu 'Hilang'

Dia mungkin tidak akan ada sentiasa untuk ada (Tapi dia akan sentiasa belajar tentang diri anda dari jauh dengan belajar anatomy, biologi, psikologi, patologi dan macam-macam 'logi' lagi. Jadi dia mungkin tahu tentang diri anda lebih dari apa yang anda sangkakan.)

BACA INI JUGA: Panduan Memuaskan Isteri Walaupun Zakar Kecil

Sumber: Siakapkeli.my

Saturday, January 23, 2016

Saintis Sahkan Najis Manusia Mengandungi Emas!

Saintis Sahkan Najis Manusia Mengandungi Emas!

Saintis dari Amerika mendakwa telah menemui emas di dalam najis manusia dan jika ianya benar, ternyata tidak ada sesuatu yang sia-sia di muka bumi ini.

Emas

Dalam pembentangan kertas kerja pada Mesyuarat Kebangsaan ke-249 & Ekspo Persatuan Kimia Amerika di Denvar, Colorado, Amerika Syarikat, ahli sains mendedahkan bahawa, tahap logam berharga dalam najis manusia adalah setanding dengan yang terdapat pada beberapa lombong komersial.

Nilainya juga bukan calang-calang. Dianggarkan jumlah logam berwarna kuning itu boleh mencapai harga sehingga jutaan dollar!

Seorang pakar geologi dari United States Geological Survey (USGS), Dr. Kathleen Smith, berkata kumbahan manusia bukan sahaja mengandungi emas, malah juga beberapa logam berharga lain seperti perak dan platinum.

Antaranya, plladium dan vanadium, yang digunakan secara meluas dalam bidang elektronik dan pengeluaran aloi.

Hasil kajian USGS selama 8 tahun, pasukannya telah mengumpul sampel najis manusia, bermula dari perkampungan kecil sehinggalah ke bandar-bandar besar di Pergunungan Rocky.

Sampel kemudian dikaji dan diteliti mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Dalam kerja-kerja mendulang, pelombong emas biasanya menggunakan bahan pelarut leachate untuk menarik logam daripada lapisan batu dan pelarut inilah yang digunakan dalam eksperimen mereka.

Walau bagaimanapun, melihat kepada sejarah sebelum ini, leachate mempunyai kesan buruk jika tertumpah atau mengalami kebocoran kerana ia mampu merosakkan ekosistem.

Namun, bahan kimia ini dikatakan selamat jika ia dikawal atau diawasi penggunaannya, lebih-lebih lagi di tapak-tapak kumbahan.

Di loji pembentungan, larutan kimia ini akan digunakan untuk mengasingkan emas daripada najis, terutama pada peringkat biosolid.

Di Amerika Syarikat, najis manusia yang bergerak ke kawasan kumbahan akan diproses menjadi bahan organik yang disebut sebagai biosolid.

Dianggarkan, lebih daripada tujuh juta tan biosolid dikeluarkan dari loji kumbahan di AS setiap tahun.

Separuh daripadanya dibakar dan dibuang ke tapak pelupusan sampah, manakala separuh lagi digunakan sebagai baja untuk menyuburkan tanaman.

Pasukan ini seterusnya menguji biosolid di makmal untuk dikaji dibawah imbasan mikroskop elektronik dan keputusan ujian mendapati terdapat banyak partikel-partikel logam berharga terkandung di dalam najis manusia.

Loji+Kumbahan

Uji kaji selama lapan tahun mendapati, bagi setip satu kilogram najis manusia mengandungi emas seberat 0.4 miligram (mg), perak 28mg, tembaga 638mg dan vanadium 49mg.

Namun, dari mana datangnya elemen-elemen ini masih tidak dapat dijelaskan walaupun terdapat beberapa teori mengenainya.

Sebelum ini, satu kajian yang dijalankan oleh Arizona State University dan telah diterbitkan dalam jurnal Enviromental Science & Technology, menganggarkan bahawa logam dari najis satu juta orang penduduk AS bernilai sekitar USD$13 juta setiap tahun.

Sekiranya kajian ini benar-benar berjaya, najis manusia mungkin tidak lagi dibuang dengan sia-sia.

Malah, saintis meramalkan ia bakal memberi manfaat yang tidak terjangkau kepada para pelombong emas.

BACA INI JUGA: SAH! 41 Telefon Bimbit Mengandungi 1 Gram Emas!

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, January 22, 2016

Kuatkan Signal WiFi Dengan Botol Dan Aluminium Foil

Kuatkan Signal WiFi Dengan Botol Dan Aluminium Foil

Usahawan teknologi dan pemilik Mikhail Game Tech PLT, Lina Maharon telah menyumbang satu idea bijak untuk membantu mereka yang sering menghadapi masalah kelajuan internet.

Wifi

Idea yang dikongsikan ini sangat mudah dilakukan dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

1. Eksperimen untuk pastikan sama ada botol plastik minuman dan aluminium boleh menambahkan kekuatan dan kualiti signal WiFi kita.

WiFi [1]

Kualiti signal sebelum eksperimen, adalah sebanyak 3 bintang lebih sikit. Signal strength pun kureng.

Aplikasi untuk menentukan kekuatan WiFi boleh dimuat turun daripada Google Play Store atau iTunes. App ini bernama WiFi Network Analyzer.

2. Bahan:

WiFi [2]

Botol kosong 1.5L
Aluminium foil
Gunting
Marker
Pisau kecil (tiada dalam gambar).

3. Cabut 1 antena daripada router.

WiFi [3]

Jangan takut. Tak akan kena kejutan elektrik, tetapi tangan kena keringlah.

Nak cabut antena cuma perlu putarkan antena sampai ia longgar dan boleh dicabut.

4. Guntingkan botol menjadi corong mengikut panjang antena.

WiFi [4]

5. Pastikan bahagian belakang ‘perisai’ dipotong lebih tinggi sedikit daripada ketinggian antena, tetapi bahagian depan haruslah dipotong rendah.

WiFi [5]

6. Sudah selesai potong botol ikut bentuk seperti yang ditunjukkan, potong kertas aluminium untuk balut bahagian dalam belakang botol.

WiFi [6]

7. Tandakan tutup botol dengan simbol X dan potong dengan pisau mengikut garisan X.

WiFi [7]

8. Masukkan antena seperti ini.

WiFi [8]

9. Sambung antena dan ‘perisai’ pada modem semula. Ini sebelah je, boleh buat perisai untuk kedua-dua antena.

WiFi [9]

10. Jadi, mari uji kualiti signal..

WiFi [10]

Memang ada perubahan. Sebelum ini 3 bintang++, sekarang sudah hampir 5 bintang. Signal strength lebih baik.

Maka, terbukti, cara ini boleh tambahkan kekuatan signal WiFi di rumah.

Selamat mencuba!

BACA INI JUGA: "Maaf Saya Berdosa Guna 'WIFE' Tuan"

Sumber: Mynewshub.cc

Zinnia, Bunga Pertama Mekar Di Angkasa Lepas!

Zinnia, Bunga Pertama Mekar Di Angkasa Lepas!

Bunga Zinnia berwarna oren terang telah berkembang mekar di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), sekaligus menjadikan ia sebagai bunga pertama di angkasa.

Zinnia

"Bunga pertama yang ditanam di ruang angkasa muncul buat pertama kali!," angkasawan Amerika Scott Kelly menulis di Twitter, disertakan dengan gambar bunga itu.

Bunga Zinnia tumbuh dengan mudah di Bumi dan berkembang dengan banyaknya di musim panas.

Tetapi di ISS, di mana ianya telah dibawa untuk menjalankan eksperimen, namun didapati mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan mikrograviti.

Beberapa daripadanya yang dibawa tidak menunjukkan perkembangan yang baik pada Disember apabila terdapat kulapuk pada daunnya kerana kelembapan yang tinggi, kata Nasa.

Tetapi Kelly seolah-olah dapat memupuk kembali perkembangan kesihatan tumbuhan itu.

Mengembangkan bunga itu yang juga boleh dimakan, adalah sebahagian daripada projek jangka panjang Nasa yang dikenali sebagai Veggie.

Ia direka untuk menghasilkan makanan dalam misi manusia ke Marikh. Autonomi seperti itu adalah kunci kepada kelangsungan hidup angkasawan di angkasa, menurut Nasa.

Zinnia [2]

Krew di ISS telah menanam dan makan salad pada tahun lepas di atas kapal yang sedang mengorbit dan berharap dapat menghasilkan tomato pada tahun depan.

Tanaman sayur-sayuran di stesen itu bermula pada pertengahan 2014.

Mereka menanamnya secara 'aeroponically', tanpa tanah, dalam persekitaran udara atau kabus.

Sistem ini memerlukan baja dan air yang lebih kurang, dan tumbuh-tumbuhan berkembang tiga kali lebih cepat daripada di Bumi, kata Nasa.

Gioia Massa, seorang saintis yang bekerja di projek Veggie berkata, tumbuhan yang ditanam setakat ini tidak sempurna tetapi telah membantu penyelidik di Bumi untuk lebih memahami bagaimana mereka membesar dalam keadaan mikrograviti menurut mStar.

Menarik..

BACA INI JUGA: Kisah Sedih Angkasawan Pertama Yang Terkorban Dalam Misi Ke Bulan

Kisah Seorang Peniaga Yang Beriman

Kisah Seorang Peniaga Yang Beriman

Pada suatu hari, seorang saudagar dizaman Tabiin, bernama Yunus bin Ubaid, meminta saudaranya menjaga kedai kerana dia mahu mengerjakan solat.

manusia beriman

Ketika itu, datanglah seorang Badwi yang hendak membeli dikedai itu. Saudara Yunus menunjukkan barang yang hendak dibeli dan dijual sebanyak empat ratus dirham, walhal harganya cuma dua ratus dirham. Barang tersebut dibayar oleh Badwi tersebut tanpa meminta dikurangkan harganya.

Dipertengahan jalan, dia terserampak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus yang sememangnya mengenali barang tersebut adalah dari kedainya lalu bertanya kepada Badwi.

"Berapakah harga barang ini kamu beli?" Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham.

"Harga sebenarnya cuma dua ratus dirham. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara," kata Yunus.

"Biarlah. Saya merasa gembira dan beruntung dengan harga empat ratus dirham sebab di kampung saya barang ini bernilai lima ratus dirham," kata Badwi itu.

Tetapi Yunus tidak mahu melepaskan Badwi itu pergi. Dia tetap mendesak agar Badwi itu kembali ke kedainya untuk dipulangkan baki dua ratus dirham.

Setelah Badwi itu beredar, berkatalah Yunus kepada saudaranya, "Adakah kamu tidak merasa malu kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dua kali ganda?

"Tapi, dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham," jawab saudara Yunus.

Kata Yunus lagi, "Ya, tetapi diatas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan diri kita sendiri."

Peniaga Yang Beriman

Semoga kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga yang beriman, termasuk juga peniaga-peniaga yang menjual barangan secara online.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku berharap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi dijiwa atau diharga." (Hadis riwayat lima Imam kecuali Imam Nasa'i)

BACA INI JUGA: Adakah Anda Memiliki 6 Ciri-ciri Seorang Jutawan?

-SENTIASAPANAS.COM