Thursday, January 21, 2016

Datangkan Satu Ayat Seperti Al-Qur'an Jika Kamu Orang Yang Benar!

Datangkan Satu Ayat Seperti Al-Qur'an Jika Kamu Orang Yang Benar!

Al-Qur'an adalah kitab suci yang diturunkan di dalam suatu bahasa yang mempunyai nilai kefasihan dan kesusteraan yang amat tinggi yang mana mustahil manusia dan jin dapat menciptakan seumpamanya.

Mukjizat Al-Qur'an

Buktinya, semenjak 1,400 tahun dahulu sehingga hari ini, tiada yang mampu menciptakan sesuatu seumpama Al-Quran.

Itulah tanda kemukjizatan Al-Qur'an. Kenyataan ini boleh dilihat menerusi cabaran Al-Qur'an terhadap masyarakat pada waktu itu agar mereka mendatangkan ayat seperti Al-Qur'an.

“Bahkan mereka mengatakan bahawa Muhammad telah membuat-buat Al-Qur'an itu. Katakanlah: Kalau demikian maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup memanggilnya selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar“. (Surah Hud, Ayat 13)

Setelah tidak berdaya dicabar, Al-Qur'an meringankan cabarannya untuk menjadikan satu surah sahaja seperti mana firman Allah dalam Surah Yunus, Ayat 38:

“Bahkan mereka mengatakan Muhammad membuat-buatnya. Katakanlah: “Kalau benar yang kamu katakan itu maka cubalah datangkan satu surah yang sama dengannya dan panggillah siapapun yang dapat kamu panggil selain Allah jika kamu orang-orang yang benar“.

Kemudian cabaran ini diperkuatkan oleh ayat dalam surah Thur, ayat 33-34:

“Apakah mereka menduga bahawa Muhammad membuat-buatnya (Al-Qur'an). Maka hendaklah mereka mendatangkan huraian yang semisal Al-Qur'an, jika mereka orang-orang yang benar“.

Setelah Al-Qur'an berdepan dengan semakin banyak musuh yang terdiri daripada orang-orang musyrikin, Yahudi dan Nasrani di Madinah, ia tetap mencabar mereka untuk membuat lebih kurang satu surah sahaja seumpama surah Al-Kauthar.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). Surah Al-Kauthar ayat 1-3.

Firman Allah swt, “Jika kamu tetap dalam keraguan tentang Al-Qur'an yang kami wahyukan kepada hamba kami Muhammad, maka buatlah lebih kurang semacam satu surah sahaja, dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar dalam keraguanmu.” (Al-Baqarah, Ayat 23)

Walaupun ada yang mencubanya tetapi mereka sendiri tidak mengerti apakah maksud daripada gubahan mereka itu.

Di antara gubahan mereka ialah: إِنَّا أَعْطَينَاكَ الْجَوَاهِرَ؛ فَصَلِّ لِرِبِّكَ وَجَاهِرْ

“Sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kepadamu permata-permata, maka solatlah kepada Tuhanmu dan nyatakanlah.”

Di antara cabaran Al-Qur'an ialah supaya manusia melihat kebenaran di dalamnya yang menembusi sekatan-sekatan masa dan tempat.

Cerita-cerita yang dikisahkan oleh Al-Qur'an tentang umat-umat yang terdahulu yang tidak pernah diketahui oleh seorang pun apatah lagi Muhammad yang tidak tahu membaca dan menulis menjadi cabaran kepada sesiapa sahaja untuk melumpuhkan dakwaan tentang kemukjizatan Al-Qur'an.

Tidakkah ramalan Al-Qur'an tentang kesudahan peperangan adalah kemenangan bagi pihak Rom ke atas Parsi satu mukjizat yang sukar ditolak tentang kebenarannya?

“Telah dikalahkan bangsa Rom di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan akan menang” [Surah Rom:2-3].

Dan sesungguhnya banyak lagi bukti mukjizat Al-Qur'an bagi mereka yang mahu berfikir.

BACA INI JUGA: Al-Qur'an Membuktikan Bahawa Teori Umur Bumi Selama Ini Satu Pembohongan

Sumber: Basooir.com

Group Whatsapp Yang Anda Patut 'Left' Tanpa Ragu-ragu!

Group Whatsapp Yang Anda Patut 'Left' Tanpa Ragu-ragu!

Aplikasi sembang ciptaan Kan Koum ini kini dianggarkan sudah mencecah 1 bilion pengguna aktif, jauh mengatasi pesaingnya seperti Telegram, BlackBerry BBM atau Facebook Messenger.

Whatsapp Group Sucks

Namun, trend yang agak menyesakkan nafas ialah semakin kemaruk orang mewujudkan kumpulan sembang atau Group Chat.

Sesetengahnya amat menjengkelkan kerana sikap ahli-ahli di dalamnya.

Berikut antara sikap yang kadangkala terpaksa buat kita cari alasan kukuh, alibi atau prima facie untuk Exit Group.

Pemasaran Melampau

Sekali sekala nak juga tahu di mana hendak beli pinggan semurah di Langkawi. Berkongsilah alamat.

Tetapi tidak tanya pun, ia dikongsi saban hari. Bermakna ianya memang pemasaran totok. Dan teman itu tidak berminat hendak bersosial tetapi berniaga.

Tazkirah Tidak Ketahuan Sumber

Subuh terima gambar dengan ayat tazkirah. Kemudian 8 pagi semasa hendak sampai pejabat. Tengahari, petang, malam. Kemudian, berulang lagi esoknya.

Kawan yang menghantar bahan itu, tidak bekerjakah? Walhal dia bekerja di tingkat yang sama. Satu lagi, sumber tazkirah itu sudah disahkan atau diambil daripada kiriman orang lain juga? Sesat samalah semua.

Kemaruk Cerita Kisah Silam

Ahli-ahli dalam kumpulan, menghampiri umur persaraan. Atau sakit nazak. Mereka gemar mengimbau kisah lampau. Sesetengah cerita itu, berlaku waktu anda belum lahir pun.

Didominasi Bos!

Mula-mula seorang sahaja Alfa di dalam. Kemudian dia ajak kawan-kawan yang sepangkat dengannya. Kita ini kulikutif, terus segan dan rasa dalam salah dewan.

Kaki Show Off

Teman-teman sebegini tidak pegang jawatan pun dalam parti. Masa perhimpunan tahunan, mereka datang bukan sebagai delegasi tetapi duduk tepi ketua. Jadi gerombolan.

Dalam WhatsApp, dia tayang gambar dia bersama ahli politik. ‘Nak kelulusan projek? I boleh tolong’.

Memaparkan Anak-anak

Tidak salah tayang anak. Kita semua ada anak. Orang lain pun ada anak. Modal pembuka sembang, bermula dengan cerita anak. Tapi hari-hari mesti jadi muak.

Ulang Tayang Video

Mujurlah ada butang sekat kiriman video menyusup terus masuk ke dalam telefon. Video banyak, berat. Memori telefon jadi nipis.

Tunggu kami padam video yang awak kirim lima minit tadi sebelum awak muat naik video baru.

Suka Mengkritik Tapi Tidak Boleh Dikritik

Ajak berdebat tetapi tidak benarkan orang berhujah. Semua disanggah. Bila ditegur, terus jadi emosi. Bila emosi, mulalah melalut mengungkit jasa-jasanya. Debat pasal filem Polis Evo sahaja pun.

Ahli-ahli tiada Etika

Kumpulan PIBG adalah yang paling digeruni oleh guru-guru. Ini platform ibu bapa main tanya dan hentam ikut suka hati mereka.

“Saya tak marah, saya hanya bertanya” adalah ayat yang disusuli dengan pernyataan “apa hak cikgu batalkan mesyuarat? Cikgu ini pandaikah?”

Bicara sebegini patut berlangsung satu dengan satu, bukan dalam kumpulan. Tidak malukah orang tengok awak marah cikgu di khalayak ramai. Cikgu itulah yang mendidik anak awak.

Ulas Prestasi Kelab Bola

Menang tidak apa. Kalau seri atau kalah tolong jangan ulas sepatah pun. Sensitif tahap tertinggi!

Sembang Peribadi

Rasanya ini juga sangat memualkan ahli lain. Nak tanya urusan dengan kawan dalam group hantarlah mesej peribadi. Dia buat macam tiada member lain dalam group daa..

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub.cc

Wednesday, January 20, 2016

Pramugari Ryanair 'Tidak Mahu Mati' Jadi Viral

Pramugari Ryanair 'Tidak Mahu Mati' Jadi Viral

Viral di media sosial ialah rakaman video seorang pramugari yang membuat pengumuman penangguhan kepada penumpang dengan cara yang amat tidak disenangi.

Ryanair - We don’t want to die

Berdasarkan video tersebut, pramugari penerbangan Ryanair dilihat biadap ketika menjelaskan kepada penumpang bahawa penerbangan yang dijadualkan ke Dublin perlu ditangguhkan.

Pramugari berkenaan memberitahu pesawat itu tidak dapat beroperasi akibat lapisan salji tebal pada permukaan sayap pesawat tersebut.

“Ada lapisan ais pada sayap pesawat, kami tidak mahu mati!” katanya.

Penerbangan FR5773 itu yang sepatutnya bertolak ke Dublin dari Lapangan Terbang Glasgow merupakan antara penerbangan di United Kingdom yang ditangguhkan berikutan salji teruk yang melanda sebahagian besar negara tersebut.

Menurut beberapa media antarabangsa, rakaman itu telah dikongsi di laman Facebook oleh salah seorang penumpang penerbangan terbabit.

“Membangkitkan lagi kemarahan penumpang yang sudah cemas,” tulis penumpang tersebut di akaun Facebooknya.

Bagaimanapun, video tersebut kemudian dipadamkan daripada Facebook.

Syarikat penerbangan Ryanair dalam satu kenyataan berkata mereka akan menyoal siasat pramugari terlibat serta memohon maaf atas komen sensitif yang dibuat oleh pekerjanya itu menurut Astroawani.

BACA INI JUGA: 6 Kemalangan Jatuh Dari Udara Paling Luarbiasa Pernah Terjadi



5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Selepas Makan

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Selepas Makan

Tetapi, tak kira dimana anda berada, Malaysia atau luar negara, kesihatan adalah satu faktor penting yang tidak boleh dipandang remeh. Disini kami kongsikan beberapa kesalahan yang sering dilakukan selepas makan.

Girl eat

Berjalan Selepas Makan

Berjalan

Tindakan seperti berjalan selepas makan boleh menghasilkan refluks asid dan menyebabkan senak. Benar, bahawa berjalan membantu untuk membakar tenaga, tetapi anda tidak perlu berjalan sejurus selepas makan.

Sebaliknya, mula berjalan selepas 30 minit sekurang-kurangnya selepas anda selesai makan.

Makan Buah-buahan Selepas Makan

Makan buah-buahan

Ramai percaya bahawa buah-buahan akan memudahkan penghadaman selepas tamat makan. Ternyata bahawa ada masa yang lebih sesuai untuk makan buah-buahan.

Memang benar bahawa buah-buahan mudah dihadam. Tetapi, apabila anda makan buah-buahan selepas makan, buah-buahan akan ‘terjebak’ bersama-sama dengan kandungan makanan anda.

Itulah sebab utama mengapa anda perlu mengelakkan makan apa-apa buah dalam masa satu jam yang pertama.

Minum Teh Selepas Makan

Minum teh

Teh mengandungi ciri-ciri kukuh anti-radang dan pembersihan yang memberi manfaat kepada kesihatan kita.

Dari sudut negatif, ramai pakar pemakanan tidak mencadangkan minum teh selepas makan. Ia terdiri atas sesuatu yang dipanggil polifenol dan tanin, yang merupakan komponen yang mengikat zat besi dalam makanan.

Ia sukar kita badan kita sukar menyerap sebarang zat besi dalam makanan.

Inilah sebabnya mengapa anda hanya perlu mula minum teh selepas satu jam selepas hidangan anda.

Berbaring Selepas Makan

Tidur

Mungkin kebanyakan anda tahu bahawa berbaring selepas makan tidak baik untuk anda, kerana fakta bahawa sejumlah kecil jus pencernaan akan mengalir kembali dari perut ke dalam usus anda.

Jus berasid semula jadi akan membakar lapisan dalam usus anda.

Itulah sebab yang mengapa sesetengah orang mengalami rasa bahang apabila mereka berbaring.

Untuk mengelakkan daripada berlaku, hanya mula tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan.

Mandi Selepas Makan

Mandi

Apabila kita mandi, suhu di dalam badan kita meningkat. Jika lebih rendah, badan kita akan mengepam lebih banyak darah keluar ke arah permukaan kulit kita untuk haba yang akan dikeluarkan.

Akhirnya, darah dan tenaga yang sepatutnya digunakan oleh perut untuk mencerna makanan tidak digunakan dengan betul.

Secara ringkas, hanya bermula mandi selepas menunggu selama 30 minit.

BACA INI JUGA: Amalan Terbalik Masyarakat Malaysia

sumber: mynewshub

Tuesday, January 19, 2016

Kenapa Rakyat Berhak Marah Ahmad Maslan?

Kenapa Rakyat Berhak Marah Ahmad Maslan?

Ahmad Maslan, tahukah mengapa rakyat marah dengan tuan? Jawapannya mudah; tuan mewakili kerajaan yang nampaknya tidak dapat menguruskan ekonomi negara dengan baik.

Ahmad Maslan Lucu

Bukan itu sahaja, tuan juga suka menggosok garam ke dalam luka, sentiasa memberi alasan dan membuat kenyataan yang tidak masuk akal.

Tuan meminta rakyat menyalahkan peniaga (kerana kenaikan harga mendadak) adalah contoh terkini yang tidak bernas.

Apa ini, perlukan kami boikot semua peniaga atau pun tunjuk perasaan di hadapan kedai dan pasar raya mereka?

Biar saya tanya tuan begini, apabila kerajaan tidak dapat menguruskan atau tidak dapat mengawal pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan betul, pihak mana yang sepatutnya dipersalahkan?

Apabila peniaga mengambil kesempatan untuk menikmati keuntungan yang tinggi, yang mana sepatutnya dipersalahkan?

Apabila ringgit menyusut nilainya dengan mendadak menyebabkan kenaikan harga import dan kos sara hidup, siapa sepatutnya dipersalahkan?

Apabila peniaga gagal membatalkan cukai jualan semasa mengenakan GST, siapa yang bersalah?

Bukankah tanggungjawab Jabatan Kastam Diraja dan unit GSTnya yang sepatutnya melaksanakan GST dengan lancar dan tersusun?

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) dan pegawai penguatkuasanya jika peniaga menjual barangan terlalu mahal?

Kelmarin, saya ternampak satu kilogram ikan kembong berharga RM18. Bolehkah tuan percaya?

Mudah untuk tuan menyalahkan peniaga apabila kos sara hidup meningkat. Akan tetapi, pernahkah tuan berfikir tentang fenomena inflasi yang tinggi, kekurangan, rantaian bekalan yang tidak cekap dan ketidaksempurnaan pasaran.

Bukankah semua ini fungsi kerajaan?

Untuk makluman, peniaga tidak ada peranan atau pengaruh dalam bekalan wang, nilai ringgit, pasaran yang tak cekap serta penyalahgunaan lain dalam sistem.

Sebagai seorang timbalan menteri yang mempunyai graf kumulatif tinggi, tuan sepatutnya melihat kos sara hidup rakyat selain daripada di peringkat runcit.

Untuk makluman, sebahagian besar keperluan negara adalah bergantung kepada import. Kelemahan berterusan nilai ringgit sudah pasti menjejaskan keupayaan Malaysia untuk mengimport barangan seterusnya dengan harga yang sama.

Pernahkah tuan terfikir tentang perkara ini, yang lebih teruk mungkin belum tiba lagi sekiranya nilai ringgit merosot lagi?

Saya berpendapat sudah tiba masanya untuk menghentikan “blame game”.

Sudah sampai masanya untuk Malaysia mencari penyelesaian lengkap ke atas masalah yang dihadapi. Jangan lagi tunggu lama-lama.

TK Chua ialah pembaca FMT.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.

BACA INI JUGA: Koleksi Lawak Isu #derma RM2.6 Bilion Najib

Ditolak 6 Universiti Kerana Terlalu Berbakat!

Ditolak 6 Universiti Kerana Terlalu Berbakat!

Ujang pernah bercita-cita menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi terutamanya di Institut Teknologi Mara (ITM).

Ujang

Sebenarnya ia adalah hasil dorongan daripada bekas guru pendidikan seninya, Cikgu Ahmad Rashidi Hassan.

Walaupun sudah berjaya sebagai kartunis dan mempunyai peminat yang ramai, pesanan bekas gurunya tersemat kukuh dalam fikirannya.

Ujang pernah memohon masuk dalam jurusan seni halus. Pemohonan masuk ke ITM dibuka sebanyak dua kali setahun. Setiap kali itu juga Ujang memohon namun ditolak.

Akhirnya selepas permohonan kali keenam, barulah Ujang dipanggil untuk temuduga bertulis.

“Aku akan pastikan kali ini aku berjaya.”

Ujian pun bermula.

“Semua calon diminta melukis mengikut tajuk yang diberikan. Masa ujian bermula sekarang.”

Selepas sesi penilaian, Ujang berjumpa dengan pensyarah penilai, “Saya boleh diterima encik?”

“Skil kamu tinggi. Bakat kamu besar. Tetapi saya cadangkan kamu belajar di tempat lain.”

“Kenapa pula?”

“Kamu akan bosan nanti. Di sini kamu akan diajar semula perkara-perkara asas seni dan lukisan. Garisan, bulatan, empat segi. Pendek kata, semua yang asaslah.”

“Tetapi saya sudah banyak kali mohon. Ini kali keenam.”

“Mungkin tempat kamu memang di tempat lain. Maafkan saya.”

Ujang balik dengan perasaan hampa. “Apa punya penilai. Kata aku bagus tetapi ditolak.”

Ujang [2]

Selepas enam kali memohon dan ditolak, Ujang berhenti berharap. Kesemua surat jawapan daripada ITM diposkan kembali.

“Biar mereka tahu aku protes. Puas hati aku!”

Siapa dia diatas? Dialah kartunis Ujang.

Jadi, janganlah bersedih kalau tidak dapat masuk "U" atau tak dapat benda macam yang kita mahukan.

InsyaAllah, kalau kita tak berhenti berdoa dan berusaha, ada benda lebih baik sedang menunggu kita di hujung sana.

BACA INI JUGA: 3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford

Sumber: Thevocket.com

Monday, January 18, 2016

'Klimaks Berkali-Kali Untuk Kekalkan Awet Muda'

'Klimaks Berkali-Kali Untuk Kekalkan Awet Muda'

Pelakon Mexico yang pernah popular dengan telenovela Rosalinda satu ketika dahulu, Thalia sebelum ini pernah mengaku membuang sepasang tulang rusuknya dengan tujuan kecantikan.

Thalia

Sikap obses pelakon tersebut yang terlalu mengejar kecantikan sememangnya membuatkan ramai pihak terkejut atas tindakannya yang ingin mengekalkan bentuk pinggang bak ‘gitarnya’.

Berita terbaru mengenai aktres tersebut dan sedang hangat diperkatakan sekarang ini ialah ‘rahsia’ awet muda pelakon tersebut meskipun sudah berusia 44 tahun.

Thalia di dalam sebuah program temu bual baru-baru ini setelah ditanya mengenai tips kecantikannya mendedahkan yang mana dia akan klimaks berkali-kali pada setiap malam agar kulitnya sentiasa muda.

Thalia juga dilihat tanpa segan silu memberitahu perkara tersebut kepada wartawan dan menurutnya juga, dalam sehari beliau dikatakan mampu untuk mencapai 50 klimaks.

Menurutnya juga, Thalia amat gemarkan ‘aktiviti’ berkenaan dan sebelum ini dia pernah berkongsikan fantasi kehidupan seks bersama suaminya, Tommy Mottola.

Seperti yang diketahui, aktiviti seks juga sebenarnya merupakan perkara yang sihat di mana anda dan pasangan secara semulajadinya akan mengeluarkan peluh di dalam aktiviti tersebut.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Tahlia ialah peluh sihat yang dihasilkan akan meningkatkan metabolisme badan dan secara tidak langsungnya menjadikan badan lebih cergas dan awet muda.

BACA INI JUGA: Petua Bagaimana Supaya Isteri Anda Klimaks Berulang-kali!

Sumber: kompas/mynewshub

10 Telefon Pintar Paling 'Berkuasa' Sepanjang 2015

10 Telefon Pintar Paling 'Berkuasa' Sepanjang 2015

Antutu, perisian yang digunakan untuk menanda aras telefon, telah mengeluarkan carta untuk telefon paling berkuasa sepanjang 2015.

Best+Smartphone

Perisian versi 6 itu telah menyenaraikan sekali iPhone 6s/6s Plus antara peranti yang diuji dan peranti iPhone 6s Plus dilihat mengungguli senarai yang dikeluarkan oleh Antutu.

Antutu

Apa yang menarik, skor yang diperoleh oleh iPhone 6s Plus meninggalkan pesaing-pesaing lain jauh nun dibelakang termasuklah peranti Samsung.

Nexus 6p
Skor: 78,381

Nexus 6p

Xiaomi Note Pro
Skor: 78,903

Xiaomi Note Pro

LeTV 1 Pro
Skor: 79,624

LeTV 1 Pro

One Plus 2
Skor: 79,747

One Plus 2

iPhone 6 Plus
Skor: 80,554

iPhone 6 Plus

Samsung Galaxy S6 Edge+
Skor: 82,087

Samsung Galaxy S6 Edge+

Samsung Galaxy Note 5
Skor: 83,364

Samsung Galaxy Note 5

Meizu Pro 5
Skor: 86,214

Meizu Pro 5

Huawei Mate 8
Skor: 92,764

Huawei Mate 8

iPhone 6s Plus
Skor: 132,620

iPhone 6s Plus

BACA INI JUGA: Cara Meletakkan Kata Laluan Pada Aplikasi WhatsApp

Sumber: Siakapkeli.my

Sunday, January 17, 2016

Rahsia 10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol

Rahsia 10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol

Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol.

Healthy-Food

SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis.

Kaya kalsium dan Mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.

Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid.

Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

EPAL

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.

Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kerosakan dalam badan.

IKAN TUNA

Termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

KACANG TANAH

Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain: Belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

KISMIS

Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

OAT

Kajian saintifik yang dijalankan menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.

Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh.

Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

Semoga memberi manfaat..

BACA INI JUGA: Makanan Terbaik Khusus Untuk Kesihatan Wanita

Sumber: Hijausihat

Saturday, January 16, 2016

Kegunaan Gel Silika Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Kegunaan Gel Silika Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Gel silika, pasti ramai mengetahui tentang gel yang berada dalam bungkusan kecil ini.

Gel Silika

Ianya mudah didapati dalam bungkusan barangan yang baharu dibeli seperti kotak kasut, beg, barangan elektronik serta banyak lagi.

Kebiasaannya, bungkusan kecil mengandungi gel silika dan tertera perkataan Do Not Eat ini dibuang tanpa diketahui fungsi sebenarnya.

Kalau diikutkan entah sudah berapa banyak gel silika yang telah kita buang sedangkan, bungkusan kecil ini mengandungi banyak kegunaannya yang tersendiri.

Gel silika tidak mengandungi bahan toxic, tetapi silikon dioksida yang berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan kadar kelembapan.

Jadi gel silika boleh dimanfaatkan untuk banyak fungsi lain antaranya;

Menyelamatkan telefon bimbit yang terjatuh/terendam dalam air

Telefon bimbit yang terjatuh ke dalam air merupakan igauan ngeri buat sesiapa sahaja. Sekiranya perkara ini terjadi, gel silika gel mampu mengelak telefon bimbit terus rosak.

Caranya, letakkan telefon bimbit yang basah tadi dalam satu bungkusan plastik, kemudian masukkan beberapa bungkusan gel silika bersamanya.

Menjaga alatan mekap

Bagi kaum hawa khususnya, barangan mekap merupakan alatan asas untuk menjaga kecantikan.

Sekiranya bedak asas menjadi keras ataupun kandungannya tidak sekata seperti dahulu, letakkan satu bungkus gel silika gel atau lebih dalam beg mekap anda. Tip ini pasti membantu.

Menghapuskan bau hapak pada kasut

Khusus buat mereka yang selalu ke gym. Adakalanya kasut yang disimpan di dalam beg gym anda dibiarkan selama beberapa hari setelah menyudahkan sesi work out.

Ini pasti akan mendatangkan bau yang kurang enak.

Letakkan dua bungkus atau lebih gel silika dalam beg gym anda dan ini akan bantu mengurangkan bau hapak kesan peluh.

Mengekalkan kilat pada barangan perhiasan

Mereka yang gemarkan barangan silver, pasti sukar untuk mengekalkan warna asalnya. Letakkan gel silika gel bekas simpanan barangan peribadi (jewellary box) ianya akan melambatkan proses pudar selain mengembalikan sinaran dan kilat pada barangan anda.

Selain itu, gel silika gel mempunyai banyak kegunaan lain. Rajin-rajinlah membaca sekiranya anda ingin mengetahui fungsi lain pek bungkusan kecil ini.

Tetapi harus diingat, ianya mestilah sentiasa berada jauh daripada kanak-kanak.

Jadi selepas ini, janganlah dibuang gel silika setiap kali menemuinya dalam bungkusan barangan yang baharu dibeli kerana ia mempunyai fungsinya yang tersendiri.

BACA INI JUGA: 21 Petua Menjaga Prestasi Batin Lelaki

Sumber: MetroUK/Mynewshub

Friday, January 15, 2016

Kelayakan Akademik Penting Tapi Bukan Penentu Kecemerlangan Kerjaya

Kelayakan Akademik Penting Tapi Bukan Penentu Kecemerlangan Kerjaya

Firma perakaunan Ernst & Young (EY) telah memutuskan untuk melakukan transformasi dalam kriteria kemasukan ke firma mereka pada 2016 setelah menerima keputusan analisis yang telah dijalankan selama 18 bulan oleh firma pengurusan bakat Capp.

EY

Keputusan analisis menunjukkan pendekatan berasaskan kekuatan yang telah digunakan oleh EY dalam proses pengambilan sejak 2008 adalah petunjuk yang kukuh dan boleh dipercayai sebagai satu petunjuk dalam menilai potensi calon untuk berjaya dalam peranan yang diberikan.

Kini, pelajar yang mahu memohon di EY tidak lagi perlu mempunyai minima 300 UCAS poin (bersamaan dengan 3 B) dan 2:1 degree classification untuk melakukan permohonan.

Sebaliknya, EY akan menggunakan cara baru dan penilaian ‘kekuatan’ dan ujian berangka secara online dipertingkatkan untuk menilai potensi pemohon.

Kelayakan Akademik Masih Penting

Transformasi kriteria kemasukan tanpa mempertimbangkan kelayakan akademik akan membuka pintu peluang kepada lebih ramai individu berbakat tanpa mengira latar belakang mereka dan menyediakan akses kerjaya yang lebih besar.

Walau bagaimanapun, kelayakan kelulusan akademik masih diambil kira dan akan tetap kekal menjadi faktor penting dalam pertimbangan apabila melakukan penilaian ke atas calon secara keseluruhan.

Ini bermakna EY akan tetap menilai pencapaian akademik dan mengekalkan standard intelektual yang tinggi.

“Kelulusan akademik masih akan diambil kira dan memang tetap satu pertimbangan yang penting apabila menilai calon secara keseluruhan, tetapi tidak lagi akan bertindak sebagai penghalang untuk mendapatkan tempat di pintu kemasukan.” ujar Maggie Stilwell, Rakan Pengurusan untuk Bakat EY.

Kajian dalaman ke atas lebih 400 orang graduan mendapati saringan pelajar berdasarkan prestasi akademik semata-mata adalah satu pendekatan untuk pengambilan yang terlalu tumpul.

Ini kerana tidak ditemui satu bukti untuk menyimpulkan bahawa kejayaan terdahulu di pendidikan tinggi berkait rapat dengan kejayaan masa depan dalam kelayakan profesional yang berikutnya.

“Sebaliknya, kajian menunjukkan terdapat korelasi positif antara kekuatan dan kejayaan di masa depan dalam kelayakan profesional.” terang Maggie Stilwell.

Maka, transformasi polisi pengambilan EY ini akan mencipta lebih banyak peluang yang adil dan saksama untuk semua calon dengan memberikan setiap pemohon peluang untuk membuktikan kebolehan mereka.

Ketua Perekrutan EY untuk UK, Dan Richards berkata:

“Di EY kita mahu menarik individu-individu yang bijak dan paling berbakat. Perubahan yang kita buat dalam proses pengambilan ini akan membantu kita untuk akses lebih luas dan dalam bakat-bakat yang ada.

"Kita mahu setiap calon mendapat peluang untuk menunjukkan kekuatan dan potensi mereka di dalam proses pemilihan kita.”

Malah, ia akan membantu mewujudkan budaya yang lebih inklusif di firma dan dipercayai akan memacu perniagaan EY ke hadapan dan dapat menyampaikan hasil yang lebih baik untuk para pelanggan EY.

Oleh itu, EY merancang untuk melancarkan sumber pembelajaran secara online untuk memberikan semua calon dari pelbagai latar belakang mempunyai akses ke atas informasi dan kemahiran supaya mereka dapat memainkan peranan sebagai graduan dengan lebih mudah.

BACA INI JUGA: Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

Sumber: Thevocket