Friday, January 15, 2016

Magisnya Azan

Magisnya Azan

Apabila azan berkumandang, semua umat Islam tahu, itu tandanya telah masuk waktu solat. Dan jauh daripada itu, ramai sebenarnya yang tidak tahu azan mempunyai suatu hikmah yang tersendiri.

MAGISNYA+AZAN

Banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita memperlihatkan azan itu sangat ajaib. Antaranya, kisah seorang lelaki yang terselamat ketika berlaku tsunami pada tahun 2004 lalu.

Ketika kejadian, mangsa hanya sempat melihat ahli keluarganya nazak didepan mata tanpa dapat nernuat apa-apa.

Teringat pesanan arwah ibunya supaya melaungkan azan ketika ditimpa musibah, akhirnya lelaki itu dihanyutkan ke kawasan yang lebih selamat.

Pada tahun itu juga, Malaysia pernah dikejutkan dengan kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak. Pelbagai usaha menjejak sudah dilakukan, namun tidak ditemui juga.

Beberapa negara luar juga turut membantu namun tiada sebarang petunjuk.

Akhirnya, seseorang tampil membantu dengan melaungkan azan, pelik tapi benar, tidak lama kemudian, bangkai pesawat tiba-tiba kelihatan di lubuk hutan.

Bagi kes mangsa lemas pula, laungan azan adalah kaedah alternatif yang digunakan selepas misi pencarian tidak menemui sebarang petunjuk.

Biasanya, penyelamat menggunakan kaedah ini selepas menemui jalan buntu menjejak mangsa.

Lazimnya, orang tertentu akan diminta tampil ke sesuatu lokasi yang dipercayai, sambil melaungkan azan.

Walaupun perkara ini tidak masuk akal, tapi banyak kes mangsa lemas berjaya ditemui menggunakan kaedah ini.

Baru-baru ini, sebuah video telah menjadi viral di internet, berkaitan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang hilang, tiba-tiba muncul semula selepas azan dilaungkan, kejadian dipercayai berlaku di Selatan Thailand.

Yang menghairankan, lokasi kanak-kanak itu ditemui adalah kawasan yang dilalui pasukan penyelamat beberapa kali.

Persoalannya, kenapa azan mampu membuatkan orang hilang berjaya ditemui semula?

Menurut pengasas Spiritual NLP Malaysia, Dr. Azhar Sarip, di dunia ini terdapat empat zon gelombang, Beta, Alpha, Theta dan Delta.

Semua gelombang ini mengandungi frekuensi tersendiri daripada gelombang negatif kepada gelombang positif.

Azan pula berada dalam zon gelombang Theta, iaitu gelombang rendah yang bersifat menenangkan dan positif.

Berbalik kepada persoalan, makhluk halus, jin dan syaitan semuanya memiliki gelombang Beta, iaitu gelombang paling negatif.

Secara saintifiknya, gelombang positif mampu menakluki gelombang negatif dan dalam perkara ini, gelombang Theta yang dilaungkan melalui azan akan memecahkan gelombang Beta menyebabkan mangsa boleh ditemui semula.

Oleh sebab itu, azan menjadi pilihan untuk mencari individu yang hilang.

Begitu juga azan digunakan ketika berlaku bencana. Asalnya bumi kita bersifat Theta kerana banyak pokok, gunung-ganang dan haiwan yang menenangkan bumi.

Walau bagaimanapun, hari demi hari ia mula menghala ke Beta kerana sering berlaku pembunuhan, penebangan dan kemusnahan. Hasilnya banyak masalah, peperangan dan bencana terjadi.

Oleh itu, hanya dengan laungan azan musibah dapat ditenangkan dan sebab itulah azan bersahut-sahutan di seluruh dunia.

BACA INI JUGA: Benarkah Islam Disebarkan Melalui Pedang (Kekerasan)?

-SENTIASAPANAS.COM

Rawat Tiroid Dengan Minyak Kelapa Dara

Rawat Tiroid Dengan Minyak Kelapa Dara

Hypothyroidism dan hipertiroidisme adalah dua keadaan utama yang mempengaruhi kelenjar tiroid.

PENAWAR-TIROID [2]

Hypothyroidism adalah gangguan mana kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan jumlah hormon tiroid yang mencukupi.

Apabila kelenjar tiroid tidak aktif menyebabkan kadar metabolisma juga menurun. Ini menyebabkan tenaga semakin menurun dan boleh meyebabkan peningkatan berat badan.

Keadaan ini menyebabkan peningkatan risiko beberapa masalah seperti obesiti, osteoporosis dan penyakit jantung.

Setiap penyakit atau masalah kesihatan yang dialami oleh seseorang dalam tempoh yang lama menyebabkan sel tidak mampu melalui proses penyembuhan semulajadi dengan segera kerana metabolisma yang kurang aktif.

Minyak kelapa dara mampu mencegah masalah tiroid kerana ia membantu meningkatkan kadar metabolisma.

Ini membolehkan peningkatan pengeluaran hormon tiroid dan megaktifkan metabolisma.

Selain itu, lemak pada minyak kelapa dara tidak menyebabkan terkumpulnya lemak dalan tubuh, sehingga meminimumkan kemungkinan kenaikan berat badan dan pembentukan selulit.

Asid lemak rantaian sederhana yang terkandung didalam minyak kelapa dara mudah diserap oleh tubuh untuk ditukar dalam bentuk tenaga.

Ini dapat membantu memperkuat kemampuan tubuh untuk melawan penyakit.

DAPATKAN Minyak Kelapa Dara BioVCO

BACA INI JUGA: Herba Rawatan Terbaik Merawat Penyakit Tiroid

-SENTIASAPANAS.COM

Remaja Reka Cerita Kena Culik Dihantar Ke Pusat Pemulihan Akhlak

Remaja Reka Cerita Kena Culik Dihantar Ke Pusat Pemulihan Akhlak

Nur Amirah Athirah Abdul Majid, gadis yang mereka-reka cerita diculik di Bandar Suleiman baru-baru ini diperintah oleh Mahkamah Majistret Klang untuk dihantar ke Sekolah Tunas Bakti bagi menjalani pemulihan selama tiga tahun.

Nur Amirah Athirah Abdul Majid

Majistret Nor Asma Ahmad mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 91 (b) Akta Kanak-Kanak 2001.

Prosiding dijalankan secara tertutup kerana melibatkan kanak-kanak.

Ibu bapa remaja berkenaan turut dikenakan bon tanpa cagaran mengikut Seksyen 93 (1)(d) akta sama.

Mereka diperintah melawat anaknya sebulan sekali dan sekiranya syarat gagal dipatuhi, ibu bapa boleh didakwa.

Perintah bon itu dikeluarkan selepas mahkamah mendapati remaja perempuan itu bertindak sedemikian berikutan kegagalan ibu bapa memberi perhatian kepadanya selain faktor persekitaran.

Semua pihak juga dinasihati agar menghentikan cemuhan terhadap gadis itu memandangkan dia telah menerima pengajarannya.

Pihak pendakwaan juga memberi peluang kepada remaja perempuan itu untuk berubah memandangkan ini kesalahan pertamanya.

Sementara itu, Peguam, dalam mitigasinya, memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan, sebaliknya hanya ingin perhatian daripada ibu bapanya.

BACA INI JUGA: 10 Lokasi Rekreasi Paling Berbahaya Di Dunia

Sumber: Sinarharian.com.my

Thursday, January 14, 2016

Guru Besar SJKC Pai Chee Mersing Amal Perkauman, PPD Buat BODO*!

Guru Besar SJKC Pai Chee Mersing Amal Perkauman, PPD Buat BODO*!

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang yang menimpa pendidik bernama Cikgu Salina ini.

SJKC Pai Chee Mersing perkauman

Hanya gara-gara dirinya berbangsa Melayu, dia diperlakukan seperti peminta sedekah di sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina di Mersing, Johor.

Malah, aduannya mengenai seorang pelajar yang biadap memakinya tanpa sebab ketika sesi pembelajaran langsung tidak diendahkan oleh pihak sekolah.

Lebih mendukacitakan, dia turut dimalukan di bilik guru apabila diserang oleh bapa pelajar berkenaan yang bertindak membaling buku dan alatan belajar miliknya.

Menurut Cikgu Salina, dia berasa sangat sedih dan tidak puas hati berikutan pihak sekolah itu tidak mempertahankan dirinya selaku pendidik, lantas membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatannya.

PERKAUMAN [1]
PERKAUMAN [2]

Apa yang mengejutkan kami, Cikgu Salina turut mendedahkan sebelum ini dia dan dua lagi guru Melayu pernah telah dihalau oleh guru besar sekolah berkenaan sendiri.

Ini berikutan, guru besar itu mendakwa masyarakat Cina sekolah tersebut tidak mahu guru Melayu bertugas di sana kerana konon kaum Melayu tidak pandai mengajar.

Alahai, jika benar apa yang didakwa oleh Cikgu Salina ini, diharap pihak Kementerian Pendidikan dapat menyiasat kes berbaur rasis ini hingga ke peringkat akar umbi.

PERKAUMAN [3]
PERKAUMAN [4]

Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, isu sebegini sepatutnya tidak patut timbul kerana kita perlulah menghormati setiap kaum di Malaysia.

Malah, sebelum ini juga, sebuah sekolah di Pedalaman Keningau, Sabah, (Guru-guru Dan Kakitangan SMK Apin-apin Tuntut Keadilan?) berulangkali membuat aduan mengenai sikap perkauman seorang pengetua namun tiada sebarang tindakan sehingga kini.

Patutkah Tun Mahathir campur tangan dalam segala perkara sebelum pegawai dan kementerian berkenaan berfungsi dan mengambil tindakan?

UPDATE (19/1/2016)

Guru Besar Dipindahkan Sementara Waktu

RASIS

Susulan isu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor baru-baru ini, Kementerian Pendidikan mengambil tindakan memindahkan guru besar sekolah tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) buat sementara ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) buat sementara waktu sehingga siasatan berhubung isu tersebut selesai.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Bagaimana Sejarah Papan Hitam Bermula?

Sumber: Mynewshub.cc

3 Tips Hebat Oleh Tiga Jutawan Selebriti Malaysia

3 Tips Hebat Oleh Tiga Jutawan Selebriti Malaysia

Siapa tidak kenal tiga individu hebat ini, Dato’ Aliff Syukri, Dato Seri Vida dan Puan Rita Sosilawati, nama-nama ini sudah pasti dalam majoriti masyarakat Malaysia tidak kira lapisan masyarakat.

3 Jutawan

Nama-nama mereka ini gah dimainkan di media kerana cara pemasaran unik yang mereka pilih membuatkan nama mereka dikenali ramai.

Ketiga-tiga individu ini terkenal dengan tagline masing masing, "Terlajak Laris' bagi Dato’ Aliff Syukri, "Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Puteh" bagi Dato Seri Vida dan "Nampak Lawa, Nampak Lawa Dia Pakai NV" bagi Puan Rita Sosilawati.

Namun, ada yang menyatakan rasa tidak senang hati dengan gelagat mereka ini, tetapi tahukan kita bahawa ini adalah strategi pemasaran mereka untuk berjaya seperti sekarang!

Mereka ini bukanlah individu yang sombong, mereka juga melakukan kerja-kerja amal, kalau dilihat Dato’ Aliff Syukri, dia membuka pengajian pondok di Kelantan, jika dilihat ruang makan di rumahnya, begitu mewah tetapi apabila makan beliau lebih suka bersila atas lantai.

Bagaimanakah ketiga-tiga individu ini boleh berjaya dalam masa yang sama? Sedangkan ketiga-tiga mereka ini menjadikan produk kecantikan sebagai perniagaan utama?

Khairul Hakimin Muhammad, telah berkongsikan 3 tips berguna yang telah diguna pakai oleh tiga individu hebat ini untuk berjaya, dan apa yang menarik, mereka tidak pun cuba menjatuhkan satu sama lain sebaliknya berbincang bersama-sama untuk melihat perniagaan masing-masing berjaya bersama-sama.

3 Jutawan [2]

Jom kita baca tips yang amat berguna ini yang ditulis oleh beliau.

Terlajak puteh nampak. Saya juga antara yang tak ketinggalan melihat rancangan ini. Mahu juga terkinja-kinja menonton kekayaan tiga insan yang sentiasa menjadi buah mulut rakyat Malaysia.

Mereka ini tidaklah setaraf dengan beberapa ikon kesayangan negara seperti Siti Nurhaliza, Tony Fernandez, Tan Sri Mokhtar, Emma Maembong, Shaheizy Sam mahupun Dato M Daud Kilau, tetapi semua gerak geri dan kata-kata yang keluar dari mulut mereka ini jadi satu alat pemasaran yang luar biasa.

Mari kita ambil pendekatan positif melihat titik persamaan antara ke tiga-tiga taikun kosmetik negara ini.

Antaranya ialah:

1. Jatuh

Datuk Alif

Mereka pernah jatuh dengan sangat teruk. Tetapi bangkit dengan semangat luar biasa. Lihat satu demi satu, Datuk Alif pernah dihina kerana hanya mempunyai sijil SPM dan berniaga di pasar malam. Keanehan manusia ini dari awal sememangnya ditentang habis-habisan di media sosial.

Dengar suara sahaja “terlajaaak larrrrissss” memang buat kita terus nak tukar channel. Tetapi gimik suara dan pendekatan iklan luar biasa beliau akhirnya membawa duit ke poketnya sendiri.

Ada sahaja gimik iklan yang tak masuk akal. Kalau dari Bangi nak ke KL tu hangin sungguh ada papan-papan billboard tulis Wajah Kosmetik Yang Dipercayai.

Kau gila nak letak muka lelaki dengan alat-alat solek jadi aksesori dalam gambar tu? Tapi Datuk Alif buat. Dan dia berani terus buat dan berjaya!

Bagi Puan Rita Sosilawati pula, kisah kematian ibunya yang cukup tragis dan menggemparkan negara. Sebut sahaja tentang ibu beliau, pasti semua ingat.

Dan kita pula tak pernah terfikir bagaimana wanita ini mahu kembali bangkit untuk meneruskan legasi ibunya dengan wajah ibunya yang sering kali muncul di sebalik produk-produk tersebut.

Orang kata, yang melemahkan kita itulah yang akan menguatkan kita. Akhirnya Puan Rita bangkit dan kini mempunyai rangkaian kosmetik antara yang paling kukuh di Malaysia.

Sekali pasang tv keluar pula wajah wanita ini. Dulu saya sendiri pernah kata, dah kenapa stesen tv3 ini dah kena beli dengan perempuan ini ke macammana. Sekejap sekejap keluar, Qu Puteh Qu Puteh.

Bagi lelaki kacak yang tak pernah putih seumur hidup seperti saya ini, ini satu pertandingan antara hidup dengan mati. Menyampah nengoknya. Itu dululah..

Kini, saya lihat strategi mempasakkan perkataan itu dalam kepala rakyat Malaysia(walau ejaannya pun tak betul) tetap berjaya.

Anak saya sendiri pun pandai sebut Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih! Hebat Dato Seri Dr. Vida.

Beliau ini juga mempunyai kisah tragis yang sangat besar dalam hidupnya apabila dua anak lelakinya meninggal dunia akibat kebakaran rumahnya sendiri.

Dato Seri Dr. Vida kembali bangkit dan membangunkan produknya dengan membawa semangat anak-anaknya untuk terus berjaya dan membantu anak-anak yang lain.

2. Bersama

Puan Rita Sosilawati

Jika kalian lihat Instagram ke tiga-tiga taikun ini, kalian akan perasan satu perkara yang berlaku diluar kotak pemikiran kita sendiri.

Logiknya mereka ini adalah pesaing di dalam industri yang sama. Tetapi, mereka kerap kali berjumpa dan bermesyuarat.

Setiap kali ke tiga-tiga ini bergambar dan gambarnya dipampang di dalam insta masing-masing, saya terus terfikir strategi perniagaan bangsa cina yang sangat hebat.

Antaranya ialah:

Mereka akan berbincang produk mana sesuai dengan syarikat mana.

Mereka akan membuat keputusan syarikat mana dengan gimik pemasaran yang bagaimana.

Mereka akan membahagikan produk laris dengan kesesuaian pemilik syarikat mana.

Kau orang nampak tak? Mereka tidak bersaing, malah mereka saling menguat antara satu sama lain.

Ini yang sedang dibuat oleh sebuah syarikat penerbitan Indie (bukan Hindi) dan saya sangat suka cara mereka. Mereka bangkit bersama. Bantu kawan-kawan lain dan berjaya bersama-sama.

Dalam industri hari ini, memang sudah tak boleh untuk bergerak sendiri. Dengan mudah kalian akan tumbang jika ada pesaing yang sama hebat dengan kalian. Maka cara paling baik ialah dengan bersama.

3. Kreatif dan Bina Pengaruh

Dato Seri Dr Vida

Mereka sentiasa menunjuk kekayaan dan kekuasaan. Ini yang orang melayu pantang. Takut kena curi, takut orang kata riak, takut mata syaitonirojim.

Waima Dato Seri Dr Vida yang mempunyai beberapa koleksi mahkota juga kalian tegur baik punya.

Ya salah satu kegemaran rakyat Malaysia ialah menegur-negur perbuatan orang lain. Anak jiran kampung sebelah yang kau tak kenal pun kau boleh cerita kisah dia dari lahir sampailah dia kahwin.

Ok, kita sambung. Mereka bertiga ini (pada fikiran saya) tidak menunjuk-nunjuk pada zahirnya. Tetapi kekuasaan mereka pada media sangat kuat. Maka, segala apa yang diceritakan akan jadi bahan untuk ditunjuk dan dikongsi kepada semua.

Kadang-kadang post itu hanya untuk memberitahu yang mereka sangat sukakan sesuatu pada masa lalu, dan kini sudah pun mendapatinya (rujuk kepada post Dato Aliff dengan kereta Rolls Royce).

Sama juga dengan kita, nak sangat makan kat kedai kak leha dangdut, jadi hari tu kawan kita belanja dan kita pun selfie gitu.

Lebih kurang sahaja sebenarnya cuma mood kau orang tak sebanyak orang yang memang kaya dengan cas-cas positif di kepala.

Untuk kuat dalam arus media, kau kena kreatif. Kau kena pastikan orang sentiasa positif dengan apa yang kau ‘tunjuk’.

Lihat akaun sosial media mereka bertiga ini, semuanya ada tag line dengan ‘background’ kemewahan mereka.

Semua itu adalah strategi pemasaran untuk mendapatkan pengaruh. Jika kalian perasan, ada produk mereka yang sama, ada juga yang memang niche. Dan yang niche itulah kekuatan mereka masing-masing.

Ingat kawan-kawan, pengaruh dibina dengan kuasa, harta dan kata-kata. Zaman ini mudah sahaja, kalian ada kepakaran dan buat dengan betul-betul, kalian akan (atau pasti) akan berpengaruh dengan sayap yang cukup lebar.

Saya pernah bersembang dengan salah seorang jurujual mereka, sama ada benar atau tidak, katanya salah seorang dari tiga taikun ini jualannya pada setiap jam ialah sebanyak RM1,200. Setiap jam Bro!

Kau kali dengan 24 jam, dapat RM28,000 sehari. Kali lagi dengan 30 hari, jualan sebulan ialah RM864,000 woi..

Gunakanlah media sosial untuk meraih kebaikan, bukan dengan membuka aib dan berkata tidak baik. Stay positif kawan!

Kawan-kawan, bab riak takbur bagai itu bukan hal kita pun. Mereka dapat apa yang mereka inginkan. Kita pun takat dapat sebut kau riak kau riak kau riak!

Itu sahaja, kau sebut kau riak tu ada dapat mahkota? Ada dapat rolls Royce? Ada? Ada boleh taja TRW? Sudah-sudahlah jadi penunggang agama. Cewah..

Nak hidup dan jadi orang hebat kena harungi satu perjalanan susah, kalau tengok kaki pun tak nampak kerana perut membesar bagai juara tak adalah susah benar hidup kita tu.

Kena harungi satu fasa kehidupan yang ala-ala baru nak bernafas semula dek kerana kegagalan itu ini. Gitu.

Kau faham ke tak faham ni sebenarnya? Ha Barulah dapat hidup senang..

Bak kata Imam Ghazali, Untuk dapat sesuatu yang kau suka, kena sabar dengan apa yang kau benci.

Yang kau suka itu kesenangan.

Yang kau benci itu kesusahan.

Yang buat kau senang hari ini ialah perjalanan susah kau masa lalu. Mereka ini Tuhan uji dengan ujian paling berat untuk mereka terima.

Tuhan juga hanya uji mereka yang sesuai sahaja dengan ujian-ujiannya. Tak semua dapat ujian macam tu kawan, jadi reda dan berusahalah untuk kita juga berjaya.

Tak semestinya kita kena berjaya macam depa, kalau kita pun sama je habis takkan nak tukar Bapa Brownies Kebangsaan cakap, Qu Brown Qu Brown Barulah Brownies. Tak, semua tu tak semestinya sama.

Kawan-kawan..

Ada orang memang berjaya dengan jadi cikgu. Walau tak dapat rumah besar, dia dapat 10,000 anak murid yang sentiasa panggil dia cikgu sampai dia mati.

Ada orang memang berjaya jadi doktor, walau dia tak kaya raya, tapi dia punya saham akhirat merawat pesakit pasti sebesar-besar gunung yang melimpah-limpah kebaikannya.

Ada orang memang berjaya jadi penulis, mungkin dia juga tak kaya raya macam depa. Tapi penulisan dia buat jiwa kaya, buat orang terkesan dan mahu jadi baik. Cewah. Ha ha ha. Nak jugak.

Masa saya kecil dulu saya selalu tanya emak, apa yang emak nak dari aye (saya)? Emak saya kata, tanya diri sendiri nak jadi apa, emak nak awak jadi baik. Itu sahaja.

Bukan susah nak jadi baik. Kaya miskin senang susah semua boleh jadi baik. Kita pun boleh jadi baik.

Nak jadi baik mula dengan hati, kemudian otak, kemudian perlakuan dan perkataan. Senang woi.

Ha, yang duk kata riak riak takbur takbur sesuka hati ni tanya balik dalam hati masing-masing, “aku ni baik sangat ka sampai Tuhan beri aku seketul hati yang senangnya tuduh orang begitu begini, yang lancar sahaja cakap itu ini dan yang mudahnya bersangka-sangka..”

Ada eloknya kita belajar melihat mereka berjaya daripada kita hanya berjaya cakap-cakap mahu kaya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

22 Alasan Mengarut Pasangan Di Malaysia Bercerai

22 Alasan Mengarut Pasangan Di Malaysia Bercerai

Kita selalu terdengar masalah penceraian yang berlaku seharian di negara kita di mana ia bermula dengan pelbagai-bagai sebab dan kes.

Cerai

Kerana kes penceraian yang semakin meningkat ini, sehinggakan negara Malaysia dikatakan negara janda dan duda (berdasarkan laporan Akhbar Kosmo! 12 Januari 2016) dimana 156 pasangan Islam bercerai setiap hari dan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh 6 tahun.

Juga memetik laporan Kosmo! Online di mana Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan akhbar berkenaan telah mendedahkan punca remeh temeh dan ada yang tidak masuk akal meyebabkan berlakunya kes penceraian.

Berikut adalah kes remeh yang disenaraikan,
  • Punggung isteri menggerutu.
  • Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  • Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  • Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  • Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  • Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  • Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  • Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  • Berbeza fahaman politik.
  • Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  • Gaji suami lebih rendah.
  • Isteri lambat menyediakan makanan.
  • Pasangan bangun tidur lewat.
  • Suami bekerja tidak tentu masa.
  • Anak demam dan tidak sihat.
  • Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  • Pasangan terlalu cerewet.
  • Pasangan tidur berdengkur.
  • Pasangan gemar membeli-belah.
  • Suami tangkai jering (kedekut).
  • Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
  • Berebut rancangan televisyen.

Kenapa kejadian ini terjadi di kalangan orang beragama Islam di Malaysia?

Cerai atau talak merupakan jalan penyelesaian terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga.

Jadi, kalaulah diikutkan apa yang didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, menunjukkan ada pasangan yang tidak peka dan menjadikan kes cerai seolah-olah seperti permainan sedangkan Allah benci dengan penceraiaan ini.

BACA INI JUGA: 7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin

Sumber: Siakapkeli.my

Wednesday, January 13, 2016

Dato' Seri Vida Tolak Permintaan Supaya Taja Belajar!

Dato' Seri Vida Tolak Permintaan Supaya Taja Belajar!

Berikutan menjadi viral status-status dilaman sosial yang meminta supaya Pengasas Vida Beauty, Dato' Vida, menaja pelajar untuk sambung belajar, akhirnya jutawan kosmetik terkenal berkenaan tampil memberi jawapan.

Dato' Seri Vida

Menurut Dato Vida yang terkenal dengan tagline produknya, "Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh", begitu ramai yang meminta derma dan sumbangan supaya beliau menaja pelajar menyambung pelajaran, namun baginya ada perkara yang lebih bermanfaat.

"Contoh, kalau taja seorang pelajar sambung belajar, kos yang diperlukan adalah RM50,000 tapi hanya seorang yang mendapat manfaat"

"Jika RM50,000 itu diberikan kepada rumah anak yatim, betapa bermakna untuk kegunaan anak-anak kecil ini, lebih 500 orang nak makan 5 bulan pun boleh, satu lagi, kejayaan bermula masa saya belajar."

"Masa saya berlajar dahulu, saya berniaga, berdagang, tambah duit poket, kadang-kadang saya lakukan 3 kerja dalam satu masa, siap kerja kilang lagi," kata Datuk Vida di dalam akaun Instaram miliknya.

Beliau juga memberitahu bahawa dia juga mencari sumber untuk menampung perbelanjaannya, tetapi semua usaha dan ikhtiarnya itu membuka mindanya lebih kreatif dan lebih banyak merancang.

"Sekarang berkat usaha itu, saya mampu miliki apa yang diidamkan, maaf jika terasa, sekadar berkongsi," tulis Datuk Vida menamatkan statusnya.

BACA INI JUGA: 10 Harta Karun Yang Masih Belum Ditemui!

Sumber: Siakapkeli.my

Senarai Filem Wajib Tonton Januari 2016!

Senarai Filem Wajib Tonton Januari 2016!

Selalunya awal tahun akan menampilkan filem-filem yang suram, yang mana Hollywood akan melemparkan judul-judul dari tahun lepas ke bulan Januari, namun di sebalik semua ini kita juga dapat menyaksikan beberapa filem menarik di mana Hollywood bersiap sedia untuk musim Oscar.

Filem+wajib+tonton+Jan

Sementara terdapat beberapa filem menarik Januari ini, terdapat juga filem-filem lain dari luar Hollywood (termasuk beberapa dari Malaysia) yang akan menemui anda pada bulan Januari.

Jadi berikut adalah senarai filem yang akan ditayangkan pada Januari 2016!

The Big Short
Tarikh tayangan: 7 Januari

The Big Short.jpg

Apabila seorang pengurus dana simpanan meramalkan pasaran hartanah di Amerika Syarikat bakal jatuh, dia mula mencari dana untuk melawan pasaran.

Walaupun ia mengisahkan tentang krisis pasaran hartanah, namun ia sangat menarik bagaimana malapetaka ekonomi dapat berlaku tanpa disedari.

Sementara filem J.C. Chandor "Margin Call" menumpukan kepada korporat yang membuat keputusan mendadak untuk menyelamatkan diri mereka sendiri, "The Big Short" pula mengisahkan tentang kecenderungan tidak bermoral dan tamak mengambil kesempatan terhadap masalah kewangan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Diadaptasi dari bukul tulisan Michael Lewis dengan judul sama, ia diarahkan oleh Adam McKay yang berjaya mengumpulkan barisan pelakon hebat seperti Christian Bale, Ryan Gosling, Brad Pitt dan Steve Carrell.

Macbeth
Tarikh tayangan: 7 Januari

Macbeth.jpg

Filem ini pada mulanya dijadualkan untuk tayangan hari Natal tahun lalu, bagaimanapun ia telah ditukar kepada tahun ini. Ia merupakan sebuah filem adaptasi dari karya William Shakespeare yang dinanti-nantikan.

Untuk pengetahuan anda, adaptasi oleh Justin Kurzel ini telah diangkat sebagai salah sebuah adaptasi terbaik, sejak adapatasi Roman Polanski pada tahun 1971.

Ia dibintangi oleh oleh Michael Fassbender dan Marion Cotillard.

Mojin: The Lost Legend
Tarikh tayangan: 7 Januari

Mojin - The Lost Legend

Apabila sudah membosan menjual barangan-barangan purba di New York, sepasukan perompak telah diupah oleh seorang wanita misteri untuk mencuri batu purba yang mempunyai kuasa menghidupkan orang mati yang tersembunyi di sebuah makam pendalaman Mongolia.

Diadaptasi dari novel bersiri popular oleh Tianxi Bachang ini mengisahkan tentang trio perompak makam boleh dikatakan seperti "Indiana Jones" China.

Walaupun jangkaan terhadap filem ini rendah, namuan "Mohin: The Lost Legend" telah berjaya menjadi filem China 3D mendapat kutipan tinggi.

Ia dibintangi oleh Shu Qi, Angelababy, Chen Kun dan Huang Bo.

Langit Cinta
Tarikh tayangan: 7 Januari

Langit Cinta

Alif seorang anak yang mengikut setiap kata bapanya yang mahu dia mengambil alih syarikat, namun semuanya berubah apabila dia mula mengenali seorang gadis kampung bernama Khadijah yang mana dia telah jatuh cinta.

Bagaimanapun, cintanya itu tidak mendapat restu bapanya. Aliff nekad apabila melamar gadis pilihannya itu dan sejak itu hubungan mereka berdepan pelbagai dugaan.

Selepas berjaya mencetuskan fenomena menerusi filem "Ombak Rindu", pengarah Osman Ali tampil lagi dengan sebuah filem romantik drama untuk tatapan penonton.

Walaupun industri keadaan industri perfileman tempatan dilihat tidak memberansangkan, namun pihak Astro Shaw mempunyai rangka strategi tersendiri untuk memperomosikan filem "Langit Cinta" ini supaya ia mampu setanding dengan filem terdahulu.

Jika dilihat daripada barisan pelakon yang ditampilkan seperti Keith Foo, Nur Fazura, Farid Kamil, Siti Saleha, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi ini dilihat mampu mencetuskan sesuatu.

Mr. Unbelievable
Tarikh tayangan: 14 Januari

Mr. Unbelievable

Dilahirkan pada hari yang sama sebagai Singapura, Eric Kwek diadaptasi dari penyanyi Getai, Master Lo Man, membesar dengan belajar untuk menyanyi lagu klasik Hokkien.

Sebagai mana populariti muzik Getai semakin dilupai, Eric cuba memberi nafas baru terhadap genre muzik dengan menggabungkan bunyi klasik dengan suntikan Singlish untuk menarik pendengar muda.

Ketika ini, kebanyakkan filem banyak diadaptasi dari novel, komik, dan permainan video, namun ramai tidak menyangka sebuah muzik video yang viral boleh menjadi sebuah filem cereka.

Selepas muzik video tersebut menjadi viral dalam masa dua minggu, pengarah filem Ong Kuo Sin mengambil keputusan untuk mengarah filem berdasarkan muzik video tersebut.

Senior
Tarikh tayangan: 14 Januari

Senior

Mon adalah orang buangan dari sekolah Katolik perempuan. Dia mempunyai deria keenam iaitu dia dapat menghidup orang mati. Secara spesifiknya, dia dapat menghidu roh yang bermasalah yang masih berlegar di dunia manusia.

Dia kemudian membina hubungan dengan hantu lelaki yang pernah menjadi pelajar pada tahun 1980an, sebelum ia bertukar menjadi gereja perempuan.

Bersama, kedua-dua mereka menyiasat satu kes pembunuhan yang berlaku 50 tahun lalu membabitkan puteri yang dipukul dan dibunuh di dalam kolam renang.

Terdapat beberapa pilihan filem Thailand menarik bulan Januari ini. Walaupun ia menampilkan babak romantik komedi, namun ia turut disuntik beberapa elemen seram, romantik dan misteri dengan sedikit 'twist' dalam filem arahan Wisit Sasanatieng.

The Boy
Tarikh tayangan: 21 Januari

The Boy

Seorang pengasuh warga Amerika telah diupah bekerja di sebuah rumah agam di kawasan pendalaman England yang mana dia mendapati dirinya perlu mengasuh patung proselin budak lelaki.

Berasa tertipu dan perlu mengikut pantang larang ketat ketika menjaga patung itu, pengasuh itu telah melanggar salah satu pantang larang dan perlu menanggung risiko hebat.

Bulan Januari juga mempunyai banyak pilihan filem seram seperti dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Hollywood.

Namun kami memilih filem seram arahan William Brent Bell "The Boy" kerana ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang hidup dalam penafian apabila menganggap patung tersebut sebagai anak mereka sendiri.

Mungkin filem seram ini mampu membuatkan anda tidak tidur lena pada waktu malam selepas filem "Annabelle" gagal berbuat demikian.

Ola Bola
Tarikh tayangan: 28 Januari

Ola Bola

Ia mengisahkan kembali ketika zaman kegemilangan bola sepak Malaysia pada tahun 1970an apabila pasukan yang diwakili oleh pelbagai bangsa perlu belajar untuk mengenepikan perbezaan mereka untuk merebut tempat ke Sukan Asia.

Selepas berjaya mendominasi carta pecah panggung pada tahun 2014 menerusi filem "The Journey", namun ia tidak bertahan lama apabila dirampas oleh "Polis Evo" pada tahun 2015, pengarah Chiu Keng Guan mungkin mampu merampas kembali takhta tersebut dengan filem terbaru arahannya berjudul "Ola Bola".

Ini merupakan filem pertama pengarah yang memaparkan di luar konteks masyarakat Cina yang mana menampilkan pelakon baru (kecuali Bront Palarae).

Kami berharap filem "Ola Bola" akan menjadi filem bola sepak Malaysia yang terbaik.

Steve Jobs
Tarikh tayangan: 28 Januari

Steve Jobs

Memaparkan pelancaran tiga produk besar Apple, kehidupan peribadi dan inovasi Steve Jobs yang mana menyaksikan hari-harinya sebagai bos besar Apple.

Filem biopik ini diangkat dari novel nukilan Walter Issacson pada tahun 2011, yang mana ditulis oleh Aaron Sorkin dan diarahkan oleh Danny Boyle, kami sudah pun dapat menjangkakan ia kan menjadi sebuah filem hebat walaupun tanpa menyebut nama pelakon Michael Fassbender sebagai Steve Jobs selain dibintangi oleh Seth Rogen, Jeff Daniels dan Kate Winslet.

Ketika ia ditayangkan di Festival Filem Telluride 2015, filem tersebut terpalit dengan kontroversi apabila tidak mendapat kebenaran daripada keluarga Steve Jobs dan ada mempersoal karakteristiknya, tetapi "Steve Jobs" adalah sebuah filem wajib tonton bagi semua orang.

The Revenant
Tarikh tayangan: 28 Januari

The Revenant

Selepas ditinggalkan untuk mati, pemburu Hugh Glass mahu membalas dendam, tetapi perlu bertahan dari kehidupan liar hutan Montana, sebelum menjejaki individu yang bertanggungjawab terhadap 'kematian' nya.

Sebelum ini, kita menyaksikan filem adiwira baru dari pengarah Alejandro G. Iñárritu, dan tahun kemudiannya kita sekali lagi disuap dengan filem terbarunya yang bakal menuju kegemilangan Oscar.

Filem terbaru arahannya "The Revenant" pastinya akan menjadi perhatian penonton kerana ia dibintangi oleh pelakon hebat seperti Leonardo DiCaprio dan Tom Hardy sebagai peneraju.

Dan ia juga mungkin akan menjadi sebuah lagi filem terhebat DiCaprio dan mengapa dia berhak untuk memenangi anugerah Oscar pertamanya.

Selamat menonton..

BACA INI JUGA: Filem-filem Paling Mahal Hollywood

Sumber: Cinema

'Haram Kerja Di Kedai Fotostat'

'Haram Kerja Di Kedai Fotostat'

Haram tetap haram. Hukumnya jelas. Tetapi mindset haram kita tidak semudah itu. Ia adalah lebih tertakluk kepada satu wacana perdana agama (Mainstream Religious Discourse) yang mengawal cara seseorang berfikir tentang perkara haram yang perlu diketengahkan dan perkara haram yang perlu didiamkan.

Kerja fotostat haram
Gambar hiasan.

Dr Maza telah menyindir mengapa pihak agamawan begitu taksub mengharamkan vape tetapi diam dalam isu bauksit yang lebih memudaratkan.

Ini adalah kerana isu bauksit tidak termasuk dalam Mainstream Religious Discourse. Adalah religious berbincang mengenai hukum vape tetapi tidak religious untuk berbincang tentang hukum bauksit.

Soalan yang popular ialah haramkah saya kerja di tempat yang jual arak seperti 7-Eleven, Tesco dan sebagainya.

Saya suka memberi respons yang membuka lebih persoalan supaya kita nampak masalah bukan secara zahir tetapi dari akarnya.

Saya tanya balik, “Adakah haram bekerja di kedai fotostat buku? Undang-undang memang membenarkan fotostat sebahagian daripada buku untuk tujuan akademik tetapi bukan seluruh buku.”

Respons yang biasa ialah, “Mengapa haram pula? Bukankah Islam galakkan kita menuntut ilmu! Bukankah membaca buku itu satu cara untuk menuntut ilmu? Takkanlah penulis begitu berkira. Pahala diberi kepadanya nanti!”

Respons di atas bukan sekadar tidak mengiktiraf keharaman fotostat buku tetapi ia adalah satu usaha penuh rela untuk merasionalisasikan perbuatan haram yang di luar Mainstream Religious Discourse sehingga perbuatan haram menjadi ‘biasa, harus, halal’.

Perbuatan ini tidak perlu difikirkan, diketengahkan dan diharamkan.

Respons saya seperti berikut. Kalau kamu menulis buku dan syarikat menerbitkannya, apakah harapan penerbitan?

Mungkin kamu inginkan pahala semata-mata, tidak memerlukan royalti. Tetapi jangan lupa apakah harapan syarikat?

Mungkin kamu akan kata bahawa ilmu tidak boleh dijual beli oleh syarikat swasta. Tetapi jangan pula lupa bahawa syarikat penerbitan mempunyai pekerja yang mempunyai keluarga seperti kamu.

Bagaimana periuk nasi mereka? Bila kamu fotostat sebuah buku, kamu telah merompak duit yang perlu digunakan untuk membeli susu bayi!

Yang paling tragisnya ialah kamu guna buku itu untuk kegunaan diri kamu sehingga mendapatkan ijazah supaya kamu dapat hidup mewah kelak!

Bila kamu kerja di kedai yang fotostat seluruh buku, tidakkah kamu rasa berdosa setiap hari kerana begitu banyak buku kamu sudah rompak?

Saya juga akan menambah perencah dalam hujah saya. Kalau sebuah buku agama itu menggunakan hadis-hadis palsu, dan kamu fotostat buku itu dan kamu dapati ia akan disebarkan kepada orang ramai, adakah kamu tidak rasa berdosa besar?

Manakah yang lebih haram di antara kerja di kedai yang jual arak dan kerja di kedai fotostat yang jual hadis palsu, berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW sehingga merosakkan aqidah dan prinsip asas agama!

Isu di sini ialah mengapa wacana pengharaman di atas disenyapkan?

XIFU NASER
XIFU NASER.

Mengapa tidak pula mempersoalkan kedai makanan ‘Islam’ yang menjual rokok? Bukankah ini menghina agama?

Manakah yang lebih memudaratkan kalau dibandingkan merokok dan makan babi?

Bayangkan kedai makan ‘Islam’ yang sama itu menggantikan penjualan rokok dengan penjualan daging babi? Adakah respons Religious Discourse kita akan sama?

Mengapa tiada agamawan yang ketengahkan isu jual rokok di kedai makan ‘Islam’ ini? Mungkin akan ada usaha merasionalisasikan merokok sebagai makruh sahaja.

Bahkan kita boleh fikir jauh lagi. Apakah hukum kerja di NGO dan parti politik yang menggalakkan rasisme, mengelirukan masyarakat tentang Islam sehingga maruah Islam tercemar?

Manakah yang lebih memudaratkan antara mencemarkan maruah Islam dan menjual arak? Mengapa Mainstream Religious Discourse kita senyap?

Apakah hukumnya bekerjasama dengan parti politik yang mengamalkan rasuah berbilion-bilion secara berleluasa, terbuka dan tidak malu jika dibandingkan mereka yang berkhalwat di hotel-hotel secara tertutup kerana malu?

Isu haram bukan sekadar hukum tetapi ia adalah isu konsistensi dalam wacana pengharaman.

Konsistensi ini hanya akan tercapai jika agamawan kita tidak menjadi lalang yang mengikut arus perdana tetapi berdiri atas prinsip bercakap benar walaupun pahit.

*Abdul Naser Tun Rahman, Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim

BACA INI JUGA: 3 Cara Mudah Menarik Rezeki

Sumber: Sinarharian.com.my

Tuesday, January 12, 2016

Nikola Tesla, Saintis Hebat Yang Dilupakan Dunia!

Nikola Tesla, Saintis Hebat Yang Dilupakan Dunia!

Anda tahu siapa pencipta telefon? Siapa pula yang mula-mula mencipta kereta? Dan siapa yang telah mencipta lampu? Alexander Graham Bell. Henry Ford. Thomas Edison.

Nikola Tesla

Namun, disebalik kesemua nama-nama hebat ini, adakah anda mengenali Nikola Tesla? Mungkin tidak.

Sebenarnya, ramai yang tidak mengenali individu ini. Barangkali tidak pernah mendengar nama ini pun.

Namun, percaya atau tidak, Nikola adalah individu pertama yang mencipta kebanyakan teknologi canggih yang kita gunakan hari ini.

Teknologi kawalan jauh, teknologi telefon tanpa wayar, serta teknologi-teknologi lain hasil daripada pembangunan elektrik.

Walaupun hasil kajiannya digunakan secara meluas, Nikola kurang diingati, malah tidak dikenali oleh masyarakat dunia berbanding saintis-saintis terkemuka dunia.

Nikola Tesla dilahirkan pada 10 Julai 1856 di Croatia. Bapanya, Milutin Tesla adalah seorang paderi Ortodoks Serbia.

Manakala ibunya, Djuka Mandic, adalah seorang suri rumah yang gemar mencipta perkakasan dapurnya sendiri.

Antara ciptaannya adalah pemukul telur dan mentega yang kita gunakan sehingga kini.

Pendedahan minat ibunya sedikit sebanyak membuatkan Nikola menanam minat untuk mencipta sesuatu apabila besar nanti.

Lantaran minatnya itu, Nikola mendapat pendidikan awal di Realschule, Karlstadt, sebelum menyambung pengajian dalam bidang matematik dan fizik di Institut Politeknik Graz, Austria.

Bagaimanapun, Nikola akhirnya mengubah minat kepada bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Prague.

Kebiasaannya, individu-individu yang bijak memiliki keunikannya yang tersendiri.

Misalnya, Albert Einstein dikatakan menghadapi masalah dileksia, Stephan Hawking menghidap masalah Neuron dan ramai lagi saintis lain.

Begitu juga dengan Nikola. Dia dikatakan mempunyai masalah gangguan mental sejak kecil. Namun, ia tidak menghalang untuknya menjadi seorang genius.

Nikola mula mengenali 'kehidupan sebenar' ketika berkhidmat sebagai jurutera elektrik di sebuah syarikat telefon di Budhapest pada tahun 1881.

Nikola Tesla AC

Disyarikat itu, Nikola berjaya mencipta sejenis peranti untuk kemudahan komunikasi telefon.

Walaupun masih muda, Nikola berjaya menyandang jawatan sebagai ketua juruelektrik serta dinobatkan sebagai jurutera pertama negara.

Dikatakan, sewaktu berkhidmat disyarikat itu, Nikola mendapat idea tentang prinsip aruhan magnet dalam motor.

Sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat, Nikola sempat berkhidmat disebuah syarikat milik Thomas Edison, Continental Edison Company di Paris.

Disitu, Nikola membina teknologi dinamo dan jika anda masih ingat, asas teknologi dinamo telah digunakan pada basikal untuk menghidupkan lampu.

Bagaimanapun, disebabkan kehebatannya kurang dihargai di Eropah, Nikola kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat, bertugas di ibu pejabat Thomas Edison di New Jersey.

Semasa mula-mula bekerja, Thomas Edison meminta Nikola membaiki penjana arus terus dan memperbharui teknologi dinamo.

Bagaimanapun, Nikola akhirnya berhenti dari syarikat Thomas Edison setelah berlaku perselisihan kerana Thomas Edison memungkiri janjinya berkaitan pembayaran gaji kepada Nikola.

Nikola memutuskan untuk membuka makmalnya sendiri dan membuat kajian berkaitan sistem polifasa arus ulang alik (AC).

Secara tidak langsung, kajian itu telah menyebabkan Thomas Edison tercabar kerana AC telah menyebabkan arus terus DC yang dipatenkan Thomas Edison kelihatan lemah dan ianya terbukti benar.

Ini kerana arus terus tidak dapat menampung voltan yang tinggi serta tidak boleh dihantar jauh. Ini menyebabkan penjana perlu dibina setiap dua batu.

Berbeza dengan arus ulang-alik yang dapat menerima voltan tinggi serta boleh diguna pada jarak yang jauh.

Semasa syarikat Tesla Elektrik Light & Manufacturing ditubuhkan, ramai pelabur syarikat tidak menerima idea motor arus ulang-alik.

Akibatnya, Nikola terpaksa melupakan syarikat tersebut dan melakukan pelbagai kerja lain untuk menampung kos sara hidup serta mengumpul dana untuk projek berkenaan.

Dan pada tahun 1887, Nikola telah membina model motor aruhan pertama yang dibentangkan di Institut Jurutera Elektrik Amerika.

Akhirnya, Nikola diterima bekerja di Syarikat Pembuatan Barangan Elektrik Westinghouse milik George Westinghouse di Pittsburgh.

Bagai mengantuk disorongkan bantal, George Westinghouse bersetuju dengan idea arus ulang-alik Nikola kerana kemampuan arus dihantar pada jarak jauh. Beliau akhirnya menaja projek Nikola untuk membangunkan teknologi tersebut.

George Westinghouse
George Westinghouse.

Nikola kemudiannya menemui kaedah sinar-x apabila dia berjaya meng'x-ray' tangannya sendiri. Bagaimanapun, dia turut menerima kesan buruk akibat sinaran tersebut.

Selain itu, Nikola turut menemui kaedah penghantaran tenaga tanpa wayar. Penemuan itu berjaya diaplikasikan ke dalam sebuah bot mainan menggunakan teknologi alat kawalan jauh.

Malah, lebih daripada 250 paten telah berjaya dihasilkan oleh lelaki genius ini.

Ini termasuklah radar, spark plug, teknologi kereta elektrik, penjana elektrik di Niagara, radio, robot dan banyak lagi. Malah, teknologi telefon selular juga dikatakan hasil daripada teori Nikola.

Meskipun begitu, terdapat beberapa teknologi ciptaan Nikola tidak boleh diaplikasikan kerana mampu mendatangkan keburukan.

Antaranya, konsep 'Free Energy' yang dijana menerusi alam sekeliling dan dapat digunakan secara percuma diseluruh dunia melalui teknologi tanpa wayar. Ia terpaksa dimusnahkan kerana boleh menjejaskan sistem kewangan.

Begitu juga kertas kerja 'Death Ray' turut dijadikan bahan rahsia kerajaan kerana sebab-sebab tertentu yang boleh menggugat kehidupan manusia secara umumnya.

Kejayaan demi kejayaan berjaya dikecapi sehinggalah Nikola ditemui mati pada 7 Januari 1943 di Hotel New Yorker.

Selepas kematian saintis genius ini, semua harta serta kertas kerjanya disimpan kerajaan Amerika Syarikat.

Dan walaupun banyak teknologi hebat berjaya dibangunkan olehnya, sehingga kini tiada siapa yang mampu menjawab kenapa kisah Nikola Tesla 'disembunyikan' oleh dunia.

BACA INI JUGA: The Deep Web Dunia Internet Bawah Tanah

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, January 11, 2016

HARAM Kongsi Gambar Susukan Anak Walau Tak Dedah Aurat!

HARAM Kongsi Gambar Susukan Anak Walau Tak Dedah Aurat!

Kecoh sekarang ini di laman sosial mengenai isu ibu muda yang memuatnaik gambar sedang menyusukan anak.

Susukan Anak

Semuanya bermula gara-gara laman Facebook parodi terkenal, Amran Fans memuatnaik beberapa gambar wanita sedang menyusukan anak ke laman sosial.

Walaupun gambar tersebut tidak menampakkan aurat namun ianya menjadi bahan perdebatan banyak pihak.

Ada yang tidak setuju perbuatan terbabit dan tidak kurang juga segelintir yang menyokong dengan alasan tersendiri.

Terbaharu, Pencetus Ummah Rahmat menjelaskan apakah hukumnya dari segi agama Islam berkongsikan gambar menyusukan anak tanpa ‘membuka aurat’ tersebut.

Susukan Anak [2]

Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.

Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?

Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat-cepat delete.

Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung…

Ustaz: Apa saja yang penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:

1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب
Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara

2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور
Orang perempuan jangan hentak kaki untuk tunjuk perhiasan tersembunyi.

3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور
Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yang tersembunyi kecuali yang terzahir.

4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم
Mana-mana wanita yang berwangi-wangian dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.

Soalan: Apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?

Ustaz: Jika memakai wangi-wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menghampiri zina apatahlagi gambar Breast Feeding.. tidakkah akan ada eksploitasi

Dalil-dalil ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka.

Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.

Menjaga wanita dari di diskriminasi dan di Eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita

Maka jangan la membuka ruang Di Eksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi.

Sayangi diri dengan sifat malu dalam diri.

Jadi selepas ini, kepada golongan ibu yang ingin memuatnaik gambar menyusukan anak, sebaiknya anda batalkan sahaja hasrat tersebut.

Meskipun aurat terlindung tapi percayalah, gambar sebegitu akan ditatap lama kebanyakan orang terutama kaum Adam dengan perasaan bercampur baur..

BACA INI JUGA: Wanita Kuat Seks 12 Tahun Lebih Muda?

Sumber: Facebook Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan