Monday, January 11, 2016

Spokojan, Lingkaran Pembunuh Nyamuk Ciptaan UM

Spokojan, Lingkaran Pembunuh Nyamuk Ciptaan UM

Kita sering melihat lingkaran ubat nyamuk pelbagai jenama di pasaran tapi tahukah anda bahawa lingkaran ubat nyamuk itu hanya berfungsi hanya sebagai penghalau nyamuk bukannya membunuh serangga merbahaya tersebut.

Spokojan

Universiti Malaya melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. Dr Sazaly Abu Bakar telah menghasilkan lingkaran pembunuh nyamuk yang diberi nama Spokojan.

Prof. Dr Sazaly yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Jabatan Mikrobiologi Perubatan Universiti Malaya, menjelaskan lingkaran penghalau nyamuk yang ada di pasaran berbeza dengan hasil ciptaannya.

Lingkaran penghalau nyamuk memiliki kadar tar yang tinggi dan membahayakan kesihatan pengguna.

Sebaliknya, Spokojan ciptaan beliau ialah lingkaran yang berfungsi memujuk dan memanggil nyamuk berkumpul di sekitarnya sebelum serangga tersebut mati akibat terlalu asyik dengan asap yang beracun.

Kerana peranannya sebagai pembunuh nyamuk, lingkaran Spokojan hanya boleh diletakkan jauh dari pengguna.

“Daripada kita halau, lebih baik dikumpulkan dan dimatikan jauh dari kediaman atau ruang di dalam rumah”, ujar beliau.

Menurut Prof Sazaly lagi, inovasi tersebut bertindak dengan menarik perhatian nyamuk melalui ekstrak tumbuhan tertentu menyebabkan nyamuk mendatangi lingkaran Spokojan yang dibakar sebelum mati akibat menyedut asap beracun.

“Nyamuk akan berlegar-legar dengan asyik di sekitarnya kerana menyangkakan terdapat makanan,” katanya.

Spokojan - Prof. Dr Sazaly Abu Bakar

Oleh itu nyamuk tidak akan sempat masuk dan menggigit penghuni di dalam rumah. Lingkaran tersebut diletakkan di luar rumah bukannya di dalam rumah seperti lingkaran penghalau nyamuk biasa.

Menerusi kajian dan inovasi yang dijalankan lebih lima tahun, Dr. Sazaly menggunakan ekstrak yang diambil daripada sejenis tumbuhan yang dapat meniru bau atau feromon yang sangat digemari oleh nyamuk.

Bahan yang digunakan dikenali sebagai bahan kimia semio (Semiochemical) yang membawa maksud isyarat kimia atau kaedah berkomunikasi menggunakan feromon.

Menurut beliau, di dalam hutan terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang dapat menarik perhatian serangga termasuk nyamuk melalui bahan tersebut.

Oleh yang demikian, ekstrak feromon daripada pokok yang telah dikenalpasti menjadi kegemaran nyamuk dicampurkan ke dalam adunan untuk membentuk lingkaran Spokojan mengikut dos dan formula bersesuaian.

Lingkaran Spokojan mampu bertahan selama 12 jam apabila dinyalakan dan akan diletakkan di luar rumah, samada di halaman atau sekitarnya.

BACA INI JUGA: Ekstrak Daun Betik, Ubat Penawar Denggi Kini Di Pasaran

Sumber: UM/Majalahsains

Aplikasi Penyekat Iklan Pada Smartphone Anda

Aplikasi Penyekat Iklan Pada Smartphone Anda

Laman sesawang Internet mudah alih berdepan ancaman baharu tatkala jutaan pengguna memuat turun penyekat iklan ke dalam telefon pintar dan tablet mereka untuk mencegah iklan pengganggu, di mana ia berpotensi menghapuskan berbilion dolar pendapatan pengiklanan.

360 Mobilephone Guard apps

Terdapat hampir 200 juta muat turun perisian penyekat iklan menjelang pertengahan 2015, menurut firma penyelidikan PageFair, namun cuma 1.6 peratus sekatan tersebut dilakukan pada peranti mudah alih berbanding komputer.

Situasi mungkin berubah tatkala perisian penyekat iklan mudah alih semakin popular di seluruh dunia, khususnya selepas langkah berprofil tinggi oleh Apple yang menyerapkannya secara langsung dalam sistem operasi terkini iOS9 bagi iPhone dan iPad.

Perisian tersebut murah tetapi efektif, pantas dipasang dan mengurangkan tempelan pada laman sesawang, mempercepat prestasi dan mengelakkan pengguna daripada umpan klik yang amat mengganggu.

“Apabila orang sanggup membayar untuk menghentikan iklan, jelas sekali mereka amat muak dengannya,” kata Hicham Berrada, pengarah firma pengiklanan video France de Teads, ketika ditemui koresponden Yassine Khiri di Paris, baru-baru ini.

Tatkala kerajaan China meneliti laman sesawang bagi kandungan sensitif politik, ia tetap berselerak dengan iklan terpecul yang memaksa jutaan pengguna membeli aplikasi seperti ‘360 Mobilephone Guard’.

Di Hong Kong, penyekat iklan mudah alih ‘Purify Blocker’ dan ‘Crystal’ baru-baru ini memasuki senarai 30 teratas aplikasi berbayar untuk iPhone.

Satu kajian oleh Adobe dan PageFair pada Ogos berkata, kerugian bagi laman sesawang yang bergantung kepada pengiklanan ternyata besar, mencecah anggaran AS$21.8 bilion tahun lepas dan mencecah kepada AS$41 bilion pada tahun ini.

Namun tidak ramai menangisi kehilangan publisiti mengganggu, dengan laman teknologi Hong Kong Unwire. hk baru-baru ini mempromosikan aplikasi penyekat iklan walaupun majalah dalam talian itu sendiri amat bergantung kepada pendapatan daripada pengiklanan.

“Sebagai pekerja Unwire, menulis tutorial ini tidak berhasil bagi pendapatan majikan, tetapi saya juga memahami ada orang tidak mempunyai pelan data tidak terhad dan amat terkilan menerima limpahan iklan yang memakan data,” kata penilai Tim Yan.

Terdapat kebimbangan khusus bahawa tindakan Apple mempromosikan aplikasi penyekat iklan mungkin mempopularkannya dalam arus perdana, di mana sebelum ini ia lebih dikenali kalangan pengguna yang lebih pintar teknologi.

DEMOKRASI

“Ia berbahaya kerana mendemokrasikan penyekat iklan dan kita tahu betapa bagusnya Apple dalam menjadikan peranti lebih mudah digunakan oleh pengguna,” kata Berrada.

Apple bagaimanapun tidak mengalami sebarang kerugian memandangkan ia tidak bergantung kepada pendapatan pengiklanan dalam cara yang sama seperti pesaing digitalnya Google dan Facebook.

Akibatnya, Google lebih keberatan mempromosikan aplikasi penyekat iklan, walaupun sesetengah pembangun pihak ketiga menawarkannya untuk peranti Android, dengan satu aplikasi berbangga dengan lebih setengah juta muat turun.

“Google tidak memudahkannya kerana ia meraih kebanyakan pendapatannya daripada pengiklanan.

“Sekiranya pengiklan mendapati semua orang menyekat iklan, mereka akan berhenti menaja kandungan,” kata penganalisis Silicon Valley Rob Enderle kepada koresponden Glenn Chapman di San Francisco.

“Terdapat kebimbangan besar di mana ramai penerbit tidak mampu lagi menerima pelarasan semula dalam pendapatan iklan.

“Mereka yang meraih kebanyakan pendapatan daripada pengiklanan mulai menyuarakan kebimbangan mereka,” tambah beliau lanjut.

Pengiklanan media digital telah diunjur untuk berkembang sebanyak 15.7 peratus pada 2015, menurut agensi analisis Carat, tetapi ia kelihatan mungkin kemuncaknya pada saat ini.

“Kita sekarang berada dalam situasi yang amat memberangsangkan kerana mudah alih membuka pelbagai pilihan fungsi yang tidak dapat disediakan dalam laman sesawang,” kata Sophie Poncin, pengerusi kesatuan pengiklan Internet di Perancis, mendedahkan nilai khusus kedudukan GPS bagi pengiklan.

Dalam sebuah industri di mana kemusnahan kreatif sudah menjadi normal, pihak pengiklanan sudahpun memberi reaksi kepada persekitaran baharu dan menyeru perubahan.

Firma Berrada barubaru ini menerbitkan manifesto menggesa iklan yang kurang mengganggu, penamat kepada video timbul yang memenuhi seluruh skrin dan memberikan pengguna pilihan untuk menolak pilihan yang tidak digemari.

Ia juga menarik bagi pengguna dalam mengenal pasti kepentingan pengiklanan bagi mengekalkan kebebasan dan aspek percuma Internet.

“Dengan televisyen, orang amat memahami bahawa pengiklanan menaja saluran swasta.

“Kita tidak pernah mengambil masa untuk menjelaskan kepada pengguna bagaimana segala-galanya berfungsi,” kata Poncin. -AFP

BACA INI JUGA: Tawaran Pembelian Website Dan Apps Popular Yang Gagal

Sunday, January 10, 2016

Injil Yohanes Bukan Ucapan Yesus, Dunia Kristian Tercengang!

Injil Yohanes Bukan Ucapan Yesus, Dunia Kristian Tercengang!

Pertanyaan ini merupakan soalan yang sangat wajar diajukan kepada penganut Kristian, kerana jawapan yang mereka sering gunakan apabila dalam keadaan terdesak, ialah bahawa Yesus adalah 100% Tuhan dan 100% manusia.

The Five Gospels

Jawapan seperti ini sudah ketinggalan zaman, kerana bila jawapan seperti itu masih terus dipertahankan, maka sampai bila pun tidak akan menyelesaikan persoalan.

Atau dengan kata lain, jawapan seperti itu diberikan hanya untuk menutup kelemahan Alkitab itu sendiri.

Padahal jawapan seperti itu sama sekali tidak mempunyai dalil dalam Alkitab. Ertinya, tidak ada satu dalil pun yang tertulis dalam Alkitab bahawa “Yesus adalah 100% Tuhan dan 100% manusia”.

Mana Dalil Dalam Alkitab Yesus 100% Tuhan dan 100% Manusia?

Umumnya para mubaligh atau Misionaris, atau penganut Kristian sering menjawab dengan mengangkat dalil Yohanes pasal 1 ayat 1 & 14.

“Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.”(Yohanes 1:1).

“Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaannya, iaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran. (Yohanes 1:14)

Menjadikan ayat ini sebagai refrensi bahawa Yesus adalah 100% Tuhan dan 100% manusia, sangat sukar diterima akal waras.

Agar lebih mudah difahami sila baca bahagian pertama dari pembukaan Alkitab iaitu kitab Taurat Musa, Kitab Kejadian 1 pasal 1 dan Kitab Kejadian pasal 1 ayat 26, yang bunyinya seperti berikut:

“Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.” (Kejadian 1:1)

“Berfirmanlah Allah, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi.” (Kejadian 1:26).

Dari bunyi ayat Kejadian 1:26 ini, ada kata “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut rupa dan gambar Kita..’

Yang dimaksud dengan kata “Kita,” menurut penafsiran umat Kristian, itu adalah bentuk kata Triniti yang tersembunyi sebelum Yesus datang kedunia dalam kitab Perjanjian Baru.

Jadi kata “Kita” itu mengandung makna: Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus, atau dengan istilah lain, Bapa, Firman dan Roh Kudus.

BAPA itu = Tuhan = Allah (oknum pertama) FIRMAN itu = Yesus = Anak Allah (oknum kedua) dan ROH KUDUS itu = Tuhan juga (oknum- ketiga).

Awal kitab Kejadian pasal 1:1 berbunyi, “Pada mulanya Allah..’

Awal Yohanes pasal 1:1 berbunyi, “Pada mulanya adalah Firman” dan pada awal kitab Kejadian pasal 1:26 berbunyi, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut rupa dan gambar Kita..”

Dari ketiga dalil tersebut (Yohanes 1:1 dan 14, dan Kejadian 1:1 dan 26) para misionaris menafsirkan Yohanes 1:1 yang berbunyi, “Pada mulanya adalah Firman...” selaras dengan Kejadian 1:1 yang berbunyi, “Pada mulanya Allah...”

Dengan demikian menurut mereka, Firman itu adalah Allah. Yang dimaksud dengan kata “Firman” adalah Yesus itu sendiri.

Sementara Firman itu adalah Aliah, kalau begitu bererti Yesus = Allah.

Kemudian pada Yohanes 1:14 dikatakan bahawa “Firman itu telah menjadi manusia”, sedangkan manusia itu adalah Yesus.

Kalau Firman itu adalah Yesus dan Yesus itu adalah Allah, bererti Allah itu telah menjadi manusia yang disebut Yesus.

Oleh sebab itu, makna Yohanes 1:1 yang berbunyi, “Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah...’ iaitu Yesus yang mulanya ada bersama-sama dengan Allah, adalah Allah itu sendiri yang telah menjadi manusia.

Memang sukar sekali diterima akal logik penafsiran ayat-ayat tersebut, sebab sesuatu yang tidak rasional dipaksakan harus menjadi rasional.

Menurut penafsiran kaum muslimin, kata “firman’ bererti “perkataan” atau “kalam” (kalamullah) yang bermakna “perkataan Allah.”

Misalnya jika Allah ingin menciptakan sesuatu, cukup Dia berkata (berfirman) “KUN” (jadilah) maka jadilah. Contoh bagaimana penciptaan Nabi Isa as (Yesus) dan Nabi Adam as di dalam Al-Qur’an.

Allah menjelaskan seperti berikut, “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah seperti (kejadian) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya, “Jadilah” maka jadilah dia. ” (Surah Ali `Imraan ayat 59).

Mengenai Injil Yohanes pasal 1 ayat 1 dan 14, dalam buku The Five Gospels yang diterbitkan oleh Harper San Fransisco, yang dikomentari oleh Robert W. Funk dan Roy W. Hoover, ternyata ayat-ayat tersebut tidak termasuk dalam kategori ucapan Yesus yang diseminarkan.

Jesus Seminar (Wikipedia)

Di Amerika Syarikat sekitar tahun 1993, di bandar Sanoma CaIifornia, ditaja oleh Westar Institute, Injil diseminarkan oleh sekitar 76 orang ahli dari pelbagai kalangan, seperti guru besar dari universiti terkenal didunia, ahli theologi dari Katolik dan Protestan, ahli kitab suci, ahli bahasa Ibrani dan ramai lagi, namun tidak ada penglibatan orang Islam.

Injil yang diseminarkan ada lima iaitu Injil Matius, Markus, Lukas, Yohanes dan Thomas.

Ke lima-lima Injil yang diberi nama “The Five Gospels” ini diseminarkan dalam rangka mengklasifikasikan sabda Yesus.

Makanya dalam cover The Five Gospels tersebut tertulis, "What Did Jesus Really Say? The Search For The Authentic Words of Jesus." (Apa yang benar-benar Yesus ucapkan? Mencari ucapan asli dari Yesus).

Dalam kitab The Five Gospels tersebut, semua ucapan atau sabda Yesus, dicetak berwarna.

Ada empat warna yang disepakati, iaitu merah (RED), merah muda (PINK), kelabu (GRAY) dan hitam bolt (BLACK).

Ada tiga option (pilihan) yang disepakati untuk menentukan darjat kebenaran sabda/ucapan Yesus, iaitu:

Option 1

Red: I would include this item unequivocally in the database for determining who Jesus was.

Pink: I would include this item with reservations (or modifications) in the database.

Gray: I would not include this item in the database, but I might make use of some of the content in determining who Jesus was.

Black: I would not include this item in the primary database.

Option 2

Red: Jesus undoubtedly said this or something very like it.

Pink: Jesus probably said something like this.

Gray: Jesus did not say this, but they ideas contained in it are close to his own.

Black: Jesus did not say this, it represents the perspective or content of a later or different tradtion.

Option 3

Red: That`s Jesus!
Pink: Sure sounds like Jesus.
Gray: Well, maybe.
Black: There`s been some mistake.

Dari hasil seminar, ternyata Injil Yohanes pasal 1 ayat 1 & 14 tidak termasuk dalam kategori yang dinilai atau yang diseminarkan, sebab ayat-ayat tersebut dianggap bukan sabda atau ucapan Yesus.

Ayat itu hanyalah ucapan Yohanes saja!

Dan ayat tersebut tidak masuk dalam kategori RED, PINK, GRAY & BLACK.

Hasil akhir dari penelitian dalam seminar yang dilakukan oleh 76 ahli dari pelbagai kalangan, menyatakan sebagai berikut:

“Eighty-two percent of the words ascribed to Jesus in the gospels were not actually spoken by him, according to the Jesus Seminar.”

“Lapan puluh dua peratus kata-kata yang dianggap berasal dari Yesus di dalam Injil, tidaklah benar-benar diucapkan olehnya, menurut Seminar Yesus.”

Pernyataan 76 (tujuh puluh enam) ahli dari pelbagai kalangan dari seluruh dunia dalam Seminar tentang Yesus, sungguh mengejutkan dunia, khususnya dikalangan kaum Kristian, sebab kalau 82% (lapan puluh dua peratus) isi Injil bukan benar-benar diucapkan Yesus, bererti hanya 18% (lapan belas peratus) saja isi Injil yang dianggap ucapan Yesus.

Malah, Yohanes 1:1 & 14 yang jadi acuan bahawa Yesus 100% Tuhan dan 100% manusia, menurut 76 ahli tersebut, bukan ucapan Yesus, tapi hanya pendapat penulis Injil itu saja, iaitu Yohanes.

Padahal para peserta Seminar Yesus tersebut, tidak ada satu pun orang Islam!

Lebih ironis lagi, dari semua Injil-Injil yang diseminarkan tersebut, Injil Yohanes termasuk yang hampir 100% dianggap bukan ucapan Yesus!

Hasilnya sungguh mengejutkan, dari 4 (empat) kategori, tidak ada satu ayat pun dalam seluruh Injil Yohanes yang dicetak huruf Red. Huruf Pink hanya ada 1 (satu), huruf Grey hanya ada 4 (empat) ayat saja, selebihnya Black.

Perincian khusus Injil Yohanes sebagai berikut:

RED: (That is Jesus!), tidak satu ayat pun yang dicetak merah, bererti tidak ada satu ayat pun yang dianggap benar-benar ucapan Yesus.

PINK: (Sure sounds like Jesus), hanya ada satu ayat saja iaitu Yohanes 4:43.

GRAY: (Well, maybe), hanya ada 4 (empat) ayat saja, iaitu pada Yohanes 12 ayat 24, 25, 26 dan Yohanes 13 ayat 20.

BLACK: (Jesus did not say this There’s been some mistake!) selebihnya bukan ucapan Yesus!

Bayangkan, Injil Yohanes terdiri dari 21 pasal, 878 ayat dan 19,099 kata.

Kalau RED tidak ada, PINK hanya 1 ayat, GRAY 4 ayat, bererti BLACK (bukan ucapan Yesus) ada 873 ayat.

Jadi, apa kata anda?

BACA INI JUGA: Yohanes 13:13 Punca Nabi Isa Dianggap Tuhan!?

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, January 09, 2016

Cara Paling Mudah Mengesan Telefon Bimbit Yang Dicuri Atau Hilang!

Cara Paling Mudah Mengesan Telefon Bimbit Yang Dicuri Atau Hilang!

Kita sememangnya sentiasa bimbang telefon mudah alih kita hilang atau dicuri. Namun, jika kita kehilangan telefon bimbit, kita sebenarnya masih boleh menjejakinya semula!

Kesan-Telefon-Hilang

Setiap telefon bimbit sebenarnya ada keunikan IMEI no. iaitu International Mobile Equipment Identity yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih di mana sahaja di dunia.

Lihat bagaimana ia berfungsi!

1. Dail * # 06 # pada telefon mudah alih anda.

2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik.

3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.

4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu E-mail 15 digit No. IMEI kepada cop@vsnl.net beserta butiran seperti di bawah:
  • Nama anda:
  • Alamat:
  • Model telefon:
  • Buatan:
  • No. terakhir digunakan:
  • E-mel untuk dihubungi:
  • Tarikh hilang:
  • IMEI No:

5. Tidak perlu pergi ke balai polis.

6. Telefon Mudah Alih Anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet.

Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar!

7. Sila layari: www.imei.info

Semoga bermanfaat.

BACA INI JUGA: Cara Melajukan Peranti Android Seperti Asal

Sumber: penaminang

Coklat Gelap Kurangkan Risiko Hidap Barah Pankreas

Coklat Gelap Kurangkan Risiko Hidap Barah Pankreas

Coklat gelap bukan sahaja membantu meningkatkan metabolisme tubuh, malah makanan yang kaya dengan zat magnesium itu juga didapati boleh membantu merawat kanser pankreas.

Dark chocolate

Penyelidik dari Indiana University School of Public Health-Bloomington, Indiana, Amerika Syarikat, Dr. Ka He berkata, pengurangan 100 miligram magnesium sehari dikaitkan dengan risiko menghidap barah pankreas sehingga 24 peratus.

“Kanser pankreas memiliki sifat unik sekali gus menjadikan ia berbeza daripada barah lain. Kadar survival dalam tempoh lima tahun agak rendah, jadi pencegahan dan usaha mengenal pasti faktor-faktor yang berkaitan dengan barah ini sangat penting,” katanya.

Berdasarkan laporan Institut Kanser Kebangsaan, angka kematian akibat kanser pankreas pada 2002 hingga 2011 meningkat berikutan pengurangan pengambilan magnesium selain turut dikaitkan dengan masalah kencing manis.

“Bagi individu yang berisiko lebih tinggi terkena kanser pankreas, mereka digalakkan menambah suplemen magnesium di samping mendapatkan zat itu melalui diet harian untuk mengurangkan risiko kanser,” jelas Ka He.

Kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Cancer itu dijalankan berdasarkan analisis data ke atas 66,000 lelaki dan wanita berusia antara 50 hingga 76 tahun.

BACA INI JUGA: 8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains

Sumber: Kosmo/Nydailynews

Friday, January 08, 2016

'Dulu Aku Diejek Dan Diketawakan..'

'Dulu Aku Diejek Dan Diketawakan..'

Lumrah dunia dalam kehidupan, sudah menjadi adat, ramai antara kita pasti akan memilih yang cantik termasuklah di dalam hal mencari pasangan.

Safiyaezzati

Jika dilihat, di laman facebook sudah cukup, jika facebook tersebut pemiliknya cantik tambah-tambah selalu pos gambar-gambarnya yang 'cantik sangat' tu, pasti ramai lelaki akan menurunkan komen di posting berkenaan berbanding wanita yang dianggap tidak mempunyai rupa.

Biasanya, hanya rakan terdekat akan menurunkan komen, itu pun jika ada DAN sebaliknya juga terjadi jika lelaki itu tidak memiliki paras rupa dan fizikal idaman wanita.

Kerana terkesan sering dihina, diejek dan ditertawa, seorang pemilik instagram bernama Safiyaezzati membuktikan dia mampu berubah dan mengubah persepsi masyarakat di mana dalam akaun instagram tersebut dia menunjukkan transformasi dirinya yang cukup hebat.

Saksikan..

"Sebab aku dah lalui liku-liku kena ejek, dihina, dan diketawakan. Aku pilih untuk tutup mulut manusia dengan cara berubah!"

Safiyaezzati [2]

"Dan sekarang inilah saya.."

Safiyaezzati [3]

"Segalanya boleh berubah walaupun ada yang mengata kami tak akan ada masa depan, sekarang masa untuk buktikan kepada orang yang memandang rendah terhadap kami."

Safiyaezzati [4]
Safiyaezzati [5]
Safiyaezzati [6]

Apa yang pasti, mereka terutamanya lelaki yang mengejeknya dahulu pasti akan menyesal melihat gambar-gambarnya kini dan yang pasti bila sudah cantik, sudah tentu followernya makin bertambah.

Safiyaezzati [7]

Apa pun, yang pasti dia kini sudah pun berpunya.. :)

BACA INI JUGA: Cinta Berakhir Di Kerongkong Syaitan

Sumber: Siakapkeli.my

Marilah Belajar Dari Semua Ini..

Marilah Belajar Dari Semua Ini..

Sahabat pembaca sekalian, Allah telah menciptakan manusia dengan sempurna kerana diberi kelebihan akal.

Cloud-Allah
Gambar hiasan.

Walaupun mempunyai kelebihan, terkadang manusia sering mengeluh dan berputus asa.

Namun, mulai dari sekarang, gapailah impian, berjuanglah untuk terus hidup dan belajarlah dari semua ini..

Belajarlah daripada kupu-kupu, awalnya daripada beluncas yang menggelikan, namun ia berusaha berubah sehingga menjadi kupu-kupu yang begitu cantik, berwarna-warni dan disukai.

Belajarlah daripada semut, bertubuh kecil, namun mereka kuat sehingga mampu mengangkat beban melebihi berat badan. Jika tak berdaya, mereka akan bekerjasama memikul bebanan itu hingga ia menjadi ringan.

Belajarlah daripada pokok kelapa, dari buah, batang, sabut, semuanya berguna untuk manusia.

Belajarlah daripada ubi kayu, walaupun hidup di dalam tanah, isinya tetap putih bersih.

Belajarlah daripada sungai, tabah mengalir menuju destinasi dengan meredah apa sahaja halangan. Kadang kala airnya lembut dan tenang, tapi tiada seorang pun mampu menghalang kemaraannya.

Belajarlah daripada nyamuk, ia selalu berani mengambil risiko meskipun nyawa menjadi taruhannya. Walaupun sentiasa diancam kematian, ia tidak berputus asa bagi memenuhi keinginannya.

Belajarlah daripada matahari, ia adil menyebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yang terawang-awang diangkasa, mahupun yang bertebaran diatas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga kepada mereka yang kejam dan tamak haloba.

Belajarlah daripada pokok yang berbuah, bersusah payah ia berbuah, namun manusia dan haiwan yang mendapat nikmatnya. Namun, ia tidak pernah mengeluh dan akan berbuah lagi pada musim seterusnya tanpa menetapkan sebarang syarat.

Semoga bermanfaat..

BACA INI JUGA: Harapan Tidak Pernah Mati, Ia Cuma Cahaya Yang Telah Hilang

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, January 07, 2016

Apa Sebenarnya Bauksit?

Apa Sebenarnya Bauksit?

Apa itu bauksit dan apa sebenarnya manfaat serta kegunaan bauksit ini? Bauksit adalah bijih utama bagi menghasilkan aluminium yang mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit dan gibsit, bersama dengan silika selain oksida besi serta mineral tambahan seperti goetit, hematit, kaolini dan anatase atau rutil.

Bauksit


Sejarah dan Asal-usul Penemuan Bauksit

Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika dan nama "bauksit" diambil bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bauksit mula-mula ditemui pada tahun 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier.

Pada tahun 1861, ahli kimia dari Perancis, Henri Sainte-Claire Deville menamakan bijih ini bauksit.

Bauksit di Tanah Melayu pula hanya mula dikenali dan dijalankan perlombongannya pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu Pahat.

Sebelum Perang Dunia II, dua lombong bauksit telah dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan.

Namun kedua-dua lombong bauksit tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila meletusnya Perang Dunia II.

Kebanyakan hasil bauksit Tanah Melayu dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian kecil sahaja bauksit dieksport ke Australia dan Taiwan.

Selepas Perang Dunia II, industri aluminium atau perlombongan bauksit ini bermula di Teluk Ramunia, Penggerang di Johor sekitar tahun 1955.

Sekarang industri bauksit Teluk Ramunia sudah menjadi sejarah dan kini hanya industri pengambilan pasir silika untuk kegunaan industri tempatan dan juga eksport ke Singapura.

Selain itu terdapat juga industri keluli dan beberapa industri berkaitan petroleum dan gas di sana.

Bagaimana Bauksit terhasil?

Bauksit terbentuk hasil daripada batuan sedimen yang mempunyai kadar Al nisbi yang tinggi, kadar Fe yang rendah dan kadar kuarsa (SiO2) yang kurang atau langsung tiada.

Batuan tersebut, misalnya sienit dan nefelin berasal daripada batuan beku, batu lempung, lempung dan serpih. Batuan-batuan ini akan mengalami proses lateritisasi, yang kemudiannya melalui proses dehidrasi lalu mengeras menjadi bauksit.

Bauksit boleh ditemui di dalam lapisan mendatar tetapi kedudukannya pada kedalaman tertentu.

Potensi dan cadangan endapan bauksit terdapat di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Pulau Bangka dan Pulau Kalimantan serta Kuantan, Malaysia.

Apa sebenarnya kegunaan utama dan bahaya bauksit?

Apabila bauksit diproses, ia akan menghasilkan alumina, yang boleh digunakan sendiri atau digunakan untuk menghasilkan aluminium.

Aluminium adalah logam yang digunakan secara meluas yang dapat dilihat dalam aplikasi pembuatan pesawat dan peralatan rumah, menjadikan bauksit sebagai sumber selamat logam yang sangat penting.

Malah, terdapat sesetengah kes, hasil pemprosesan bauksit merupakan komponen utama untuk membuat dinding kapal terbang, feri dan beberapa barangan lain yang ada hubung kait dengan pembentukan aluminium.

Namun, disebalik penghasilan yang memberi manfaat kepada manusia, impak daripada perlombongan bauksit ini, jika tidak dikawal dan diselia dengan sempurna, ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar yang serius.

Penghasilan debu merah yang berterbangan dan ditambah pula dengan keadaan musim panas tropika di negara tertentu mampu memburukkan keadaan.

Terdapat satu kajian yang dilakukan menunjukkan, jika seseorang itu terdedah kepada bauksit sepanjang masa, potensi untuk mereka mendapat penyakit alzheimer adalah cukup tinggi.

Negara-negara pengeluar utama Bauksit

Bauksit

Pada tahun 2009, Australia ialah pengeluar bauksit terbesar dengan satu pertiga daripada pengeluaran dunia, diikuti dengan China, Brazil, India, dan Guinea.

Walaupun permintaan terhadap aluminium bertambah dengan cepat, simpanan bijih bauksit yang diketahui cukup untuk memenuhi permintaan dunia untuk aluminium selama beberapa abad.

Pertambahan dalam pengitaran semula aluminium, dengan manfaat mengurangkan kos kuasa elektrik dalam penghasilan aluminium, akan menambahkan simpanan bauksit dunia.

Kegunaan Bauksit

Bauksit terbentuk hasil kesan pemendapan dan pemampatan batu batuan yang memakan masa tempoh lama (mungkin berjuta tahun), dicampur dengan elemen dehidrasi (pengeringan) oleh suhu panas.

Kebiasaannya mineral bauksit mudah ditemui di kawasan tanah berbanding minyak dan gas serta sesetengah bijih besi dan bijih timah tertentu yang memerlukan penggalian tanah yang sangat dalam.

Bauksit kebanyakkannya digunakan dalam industri penghasilan seramik, penghasilan jentera mesin dan kenderaan terutama badan kapal terbang, industri pembungkusan khususnya pembungkusan makanan dalam tin, serta pembinaan bangunan seperti struktur bumbung dan atap.

Bauksit dikatakan mampu bertahan pada suhu rintangan dan pembakaran yang sangat tinggi. Selain itu, bauksit juga digunakan dalam bahan kimia untuk menyahkan kotoran berupa minyak, gas nitrogen dan sulfur.

Mengapa Bauksit Bewarna Merah?

Selain mengandungi mineral gibsit [Al(OH)3], bohmit [AlO(OH)] dan diaspor [HAl2O3] yang diekstrak aluminiumnya untuk kegunaan komersil, tanah bauksit juga mengandungi mineral sampingan seperti kuarza, kaolinit, kalsit, rutil dan mineral-mineral besi, terutama hematit dan goetit.
Ketiga-tiga mineral yang kaya Aluminium ini (gibsit, bohmit, diaspor) sebenarnya berwarna PUTIH, seakan-akan kaolin.

Mineral yang menghasilkan warna merah kepada tanah bauksit ialah hematit [Fe2O3] dan goetit [Fe2O3.H2O].

Menurut pakar, apa-apa mineral pun sekiranya tinggi kandungan besi ferik, Fe2O3, ini akan membawa kepada penghasilan warna merah.

Secara purata, kandungan bauksit yang dilombong secara besar-besaran terdapat di lima negara iaitu Greece, Brazil, Australia, India dan Indonesia dan mendapati kandungan hematit ialah 10% dan goetit 5% daripada keseluruhan tanah bauksit yang dilombong.

Peratusan jumlah mineral bauksit juga boleh ditentukan dalam masa DUA JAM sahaja melalui peralatan Sinar-X dan Scanning Electron Microscopy (XRF, XRD, SEM) dan tidak perlu menunggu sehingga dua tiga minggu seperti didakwa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Debu Bauksit Boleh Menyebabkan Alzheimer!

Sumber: Facebook Profesor Dr Hamzah Mohamad/majalahsains

Tinggalkan Harvard Demi Facebook!

Tinggalkan Harvard Demi Facebook!

Mark Zuckerberg telah berkembang daripada seorang pelajar Harvard yang tercicir yang mengubah erti sosial kepada hartawan dermawan yang bertekad untuk membentuk masa depan yang lebih baik bagi anaknya.

Mark Zuckerberg

Zuckerberg dan isterinya Priscilla Chan yang merupakan seorang doktor, menjadi sorotan Internet bulan lalu dengan berita kelahiran anak sulung mereka, seorang bayi perempuan yang dinamakan Maxima.

Zuckerberg dan Chan turut mengikrarkan kekayaan Facebook mereka kepada kebajikan bagi menjadikan dunia ini ‘tempat yang lebih baik’ bagi Maxima dan yang lain.

Dalam sepucuk surat kepada Maxima yang turut dimuat naik dalam laman Facebooknya, pasangan terbabit berkata mereka akan mendermakan 99 peratus saham syarikat mereka, dianggarkan bernilai AS$45 bilion, sepanjang kehidupan mereka dalam usaha untuk menjadikan dunia lebih sihat dan gembira.

Zuckerberg mengukuhkan kekayaannya, dan meraih tempat dalam sejarah Silicon Valley, dengan menerajui Facebook dalam kemunculan sulung di Wall Street pada 2012.

Saham Facebook yang didagangkan baru-baru ini bernilai hampir tiga kali ganda harga penawaran awal awam AS$38.

IPO bernilai AS$16 bilion itu distruktur untuk memastikan Facebook dikawal dalam tangan Zuckerberg, yang pernah dinamakn sebagai ‘Person of the Year’ majalah Time dan tersenarai dalam pilihan 20 orang terkaya di dunia majalah Forbes.

Pemuda berusia 31 tahun itu yang gemar memakai baju ‘hoodie’, digambarkan dalam filem drama Hollywood ‘The Social Network’ sebagai gek komputer yang kekok bersosial, telah berkembang menjadi seorang ketua pegawai eksekutif berkeyakinan yang menguasai sebuah komuniti dalam talian yang berbangga dengan lebih 1.5 bilion pengguna bulanan setakat September.

Di sebalik kekayaannya, Zuckerberg tetap lebih meminati baju-T, seluar jean dan kasut sukan, dilengkapi dengan baju sejuk berpenutup kepala yang menjadi tanda gayanya dan rambut ikal coklat.

Beliau bagaimanapun pernah memakai sut kemas tatkala bertemu tokoh berprofil tinggi seperti Presiden AS Barack Obama dan Perdana Menteri India Narendra Modi.

Zuckerberg juga gemar menetapkan matlamat tahunan, yang termasuk memakai tali leher setiap hari, hanya makan daging haiwan yang dibunuhnya sendiri, serta belajar bahasa Mandarin agar dapat berbual dengan ahli keluarga isterinya yang bertutur dalam bahasa tersebut.

Beliau juga semakin lantang baik secara sosial mahupun politik, berarak bersama ratusan pekerja Facebook dalam perarakan besarbesaran homoseks Gay Pride di San Francisco dan menyokong secara terbuka reformasi imigresen AS.

Petikan kata-kata hikmah yang pernah dikeluarkannya termasuklah ‘Apa yang akan kamu lakukan jika kamu tidak takut’ dan ‘Bergerak pantas dan pecahkan tradisi’.

Zuckerberg juga diketahui menggalakkan ‘cara penggodam’ di mana perisian atau sistem diselaras dengan berani bagi hasil yang menyebelahi.

IDOLANYA JOB

Dilahirkan pada 14 Mei, 1984, Zuckerberg dibesarkan di Dobbs Ferry pinggir New York, salah seorang daripada empat anak pasangan doktor gigi dan isterinya ahli psikiatri.

Beliau mulai menulis program komputer pada usia 11 tahun, termasuk salah satu yang dikatakan menyerupai program cita rasa muzik Pandora yang dilaporkan menarik minat AOL dan Microsoft.

Beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah tinggi di Akademi Phillips Exeter yang berprestij, di mana beliau menjadi kapten pasukan lawan pedang, sebelum memasuki institusi elit Universiti Harvard.

Zuckerberg melancarkan Thefacebook.com, seperti mana ia dikenali ketika itu, dari bilik asramanya pada 4 Februari, 2004 bersama beberapa rakan sebilik dan sekelas.

Matlamat mereka yang dinyatakan, ‘Menjadikan dunia lebih terbuka dan berhubung’.

Tahun-tahun awal Facebook ternyata tidak bebas daripada kontroversi.

Pada 2008, pampasan AS$65 juta dipersetujui bersama tiga rakan sekelasnya di Harvard — beradik kembar Tyler dan Cameron Winklevoss, serta Divya Narendra — berhubung dakwaan mereka bahawa Zuckerberg telah mencuri idea bagi Facebook daripada mereka.

Konflik tersebut diperincikan dalam ‘The Social Network’, filem pemenang anugerah Oskar yang ditulis Aaron Sorkin dan diarahkan oleh David Fincher.

Zuckerberg meninggalkan Harvard pada 2004 bagi meneruskan usahanya di Silicon Valley, di mana beliau menerima modal besar pertamanya berjumlah AS$500,000 daripada pengasas bersama PayPal Peter Thiel, disusuli dengan dana hampir AS$13 juta pada tahun berikutnya daripada Accel Partners.

Di sebalik aduan privasi tanpa henti, Facebook ternyata semakin kukuh dan penganalisis mempersetujui bahawa rangkaian sosial itu sentiasa menginovasi, atau mendapatkan teknologi baharu, untuk kekal popular dalam Era Internet yang terkenal dengan kesetiaan singkat kepada perkhidmatan dalam talian.

Laman Facebook Zuckerberg sendiri yang ‘diikuti’ lebih 43 juta orang, memaparkan gambar isterinya dan anaknya, serta anjing mereka Beast.

Mark Zuckerberg and Priscilla Chan

“Mempunyai anak membuat kami memikirkan tentang semua benda yang harus diperbaiki di dunia ini bagi seluruh generasinya,” kata Zuckerberg dalam sebuah video memaparkan beliau dan isterinya yang dimuat naik dalam laman Facebooknya baru-baru ini.

Beliau ‘meminati’ badan kebajikan seperti institusinya yang baharu ditubuhkan Zuckerberg Chan Initiative, ahli politik AS Obama dan Hillary Clinton, pelakon Seth Rogen dan James Franco, serta buku “Ender’s Game”.

Zuckerberg telah dirujuk sesetengah pihak sebagai terperangkap dalam acuan pengasas bersama Apple mendiang Steve Jobs, yang dipujinya sebagai seorang rakan dan model ikutan.

Persamaan di antara kedua-dua lelaki itu dikatakan termasuklah tidak takut berdepan risiko gagal ketika memburu impian besar dan meneruskan visi dengan penuh bersemangat di sebalik cabaran atau tentangan. -AFP

BACA INI JUGA: Kajian Menunjukkan Anda Lebih Gembira Jika Tiada Facebook!

Ibu Nafi Anak Terpaksa Kongsi Pakaian Sekolah!

Ibu Nafi Anak Terpaksa Kongsi Pakaian Sekolah!

Seorang ibu tunggal menafikan anak lelakinya lambat mendaftar di tingkatan satu di sebuah sekolah di Permatang Rawa, kerana terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abangnya seperti yang tersebar di laman sosial.

Fadilah Hashim

Fadilah Hashim, 45, berkata walaupun mereka sekeluarga susah, beliau masih mampu menyediakan pakaian sekolah untuk tiga anaknya termasuk dua anak lelaki yang belajar di sekolah yang sama.

"Saya terkejut apabila didatangi pelbagai pihak termasuk Zakat Pulau Pinang (ZPP) selepas gambar anak saya menjadi viral hari ini...memang betul kami susah tetapi setiap bulan saya terima bantuan dari ZPP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Mereka datang bertanya sama ada saya memang tidak mampu menyediakan pakaian dan tiada duit untuk anak-anak bersekolah dan saya menafikannya kerana telah menyiapkan kelengkapan sekolah mereka...cuma anak bongsu yang tingkatan satu itu lambat mendaftar kerana baru tahu dia bersekolah di situ," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Permatang Rawa.

Gambar mengenai seorang pelajar tingkatan satu yang lambat mendaftar persekolahan kerana dikatakan terpaksa meminjam pakaian abangnya yang menuntut di tingkatan empat sekolah yang sama, menjadi viral.

Remaja itu dikatakan dari keluarga susah selepas ibu bapanya bercerai dan ibunya tidak bekerja.

Fadilah berkata beliau yang mengambil upah mengopek ikan bilis dengan pendapatan RM8.50 sehari, sedih dengan cerita yang menjadi viral itu dan berharap mereka yang memuat naik gambar itu dalam laman sosial dapat tampil memberi penjelasan sebenar.

"Setiap bulan saya terima bantuan sebanyak RM400 dari ZPP dan RM300 dari JKM, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya untuk menampung perbelanjaan tiga anak berusia 13 hingga 16 tahun," katanya.

Beliau yang bercerai dengan suami sejak lima tahun lepas, tinggal di rumah yang dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat di Mukim 7 Permatang Rawa.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar ZPP Mohd Khairi Ghazali berkata pihaknya segera ke rumah keluarga berkenaan selepas mendapat maklumat menerusi laman sosial seperti yang diviralkan untuk melihat sendiri keadaan mereka.

"Kami juga terkejut kerana memang sebelum ini keluarga ibu tunggal itu menerima bantuan ZPP sejak 2012," katanya. -Bernama

BACA INI JUGA: Memalukan Bila Budak Sekolah Ajar ‘Step’ Buat 'Asmara'!

Wednesday, January 06, 2016

2 Lelaki Yang Menjadi Kaya Selepas Idea Paling Teruk!

2 Lelaki Yang Menjadi Kaya Selepas Idea Paling Teruk!

Dua lelaki dalam gambar di bawah adalah Alan Whitman dan Andrew Masters. Mereka berdua adalah jenis yang tidak mahu 'membesar' tapi apa yang best, mereka masih lagi berjaya buat duit yang banyak. Bagaimana?

Alan Whitman dan Andrew Masters

Dengan mencipta satu spray yang dipanggil 'Liquid Ass'; cecair yang boleh menghasilkan bau yang tersangat busuk.

Semuanya bermula ketika Whitman berada di sekolah, ibu bapa Whitman memberikannya satu kit chemistry dan dia menggunakan bahan-bahan di dalam kit tersebut untuk mencipta satu kombinasi bau longkang, punggung dan bangkai haiwan.

Dia menggunakannya untuk mem'prank' seorang guru bahasa Inggeris yang dia tidak suka, dan pada saat itu dia sedar bahawa dia kini memiliki satu 'senjata' yang sangat berkuasa.

Namun, ramuan itu tidak berguna baginya sehinggalah 10 tahun lalu, dimana dia hampir dipecat dari sebuah syarikat pembuat trak.

Hubungan yang tidak baik antara dirinya dan pihak pengurusan menyebabkan dia mengeluarkan kembali 'senjata' lamanya.

Ketika itu dia sudah mengenali Masters yang turut mempunyai masalah dengan pihak pengurusan.

Whitman dan Master meletakkan sedikit Liquid Ass berdekatan dengan mikrowave di bilik rehat dan menunggu 'bau' itu mula bekerja.

Hasil dari cecair Liquid Ass, seluruh kawasan itu berbau busuk namun pekerja-pekerja lain tidak dapat mengenal pasti punca bau busuk itu walaupun mereka sudah mencuba pelbagai cara; termasuklah membaiki saluran air, menukar mikrowave, membuang karpet, dan menutup bilik air; namun tiada apa yang berhasil.

Setelah itu, Whitman dan Master berhenti dari syarikat itu namun tahu apa yang perlu mereka buat seterusya, memastikan 'senjata' mereka dikongsi kepada mereka yang memerlukannya.

Whitman dan Masters masing-masing melabur $18,000 untuk produksi dan marketing "Liquid Ass" dan pada ketika itu keluarga mereka sudah mula memikirkan mereka berdua gila.

Liquid Ass

Isteri Whitman menentang sekeras-kerasnya idea tersebut manakala keluarga Masters memikirkan Masters sudah gila.

Namun semua tanggapan itu terbukti salah apabila "Liquid Ass" menjadi satu kejayaan besar dua tahun selepas itu.

Mereka mula dibanjiri pesanan untuk Liquid Ass!

Orang ramai membeli Liquid Ass untuk pelbagai prank termasuklah menyemburnya di dalam locker dan membalas dendam kepada jiran-jiran bising.

Kerana kepelbagaian guna Liquid Ass, Whitman dan Masters turut menjenamakan semula produk itu kepada BARTFume, Tex-Ass, Fake Dog Poop dan Bad Karma, tapi pada hakikatnya ia hanyalah produk yang sama.

Lebih menarik, Liquid Ass kini bukan sahaja digunakan untuk prank, tetapi ia juga digunakan untuk melatih ahli perubatan professional.

"It's a great life", kata Whitman.

BACA INI JUGA: Daripada 100 Orang, Hanya 1 Jadi Kaya-raya

Sumber: Siakapkeli.my