Wednesday, January 06, 2016

Remaja Mengaku Bersalah Reka Cerita Kononnya Diculik!

Remaja Mengaku Bersalah Reka Cerita Kononnya Diculik!

Remaja perempuan yang mereka cerita diculik baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang dan mengaku bersalah terhadap tuduhan memberi maklumat palsu.

Nur Amirah Athirah

Dia yang berusia 15 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Nor Asma Ahmad.

Gadis itu bersalah dengan sengaja telah menggunakan keterangan bahawa diculik sebagai keterangan benar adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan di Bandar Sultan Suleiman, Klang jam 9.12 pagi pada 29 Disember lalu.

Nor Asma menetapkan 14 Januari depan untuk fakta dan perintah.

Sementara itu, seorang pekerja penyembur nyamuk sambilan mengaku tidak bersalah merogol gadis berkenaan.

Dia yang berusia 16 tahun itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun enam bulan di sebuah rumah di Bandar Suleiman pada sekitar Disember 2014.

Selain itu, remaja lelaki, Gan Chin Teck,19, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan penjaga yang sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Sekolah Kebangsaan Bandar Sultan Suleiman, dekat sini pada 27 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 serta Seksyen 361 kanun sama.

Sebelum ini, kehilangan gadis itu menjadi viral di media sosial selepas rakaman perbualan telefon bersama kakak angkatnya tersebar.

Pada peringkat awal, remaja itu masih boleh dihubungi menerusi telefon bimbit yang memaklumkan bahawa dia keluar untuk berjumpa rakannya, sebelum dimaklumkan beliau dilarikan dua lelaki tidak dikenali semasa dalam perjalanan ke rumah.

Dia juga memberitahu dirinya dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih.

Dia kemudiannya ditemui selamat oleh sepasukan polis di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting, dekat sini.

BACA INI JUGA: Gambar Terakhir Regina Kay, Mangsa Pembunuh Bersiri

Sumber: Sinarharian.com.my

Debu Bauksit Boleh Menyebabkan Alzheimer!

Debu Bauksit Boleh Menyebabkan Alzheimer!

Mereka yang terdedah dengan debu bauksit dalam tempoh yang panjang terutama pekerja di kawasan perlombongan dan penduduk yang berada di sepanjang laluan pengangkutan bauksit berisiko menghidap penyakit Alzheimer.

Bahaya Debu Bauksit

Felo Penyelidik Kualiti Udara Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Azman Azid, berkata bauksit mengandungi aluminium hidroksida dan debu bahan itu yang terbebas ke udara apabila dihidu dalam tempoh yang lama boleh menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekali gus ke sistem saraf.

“Apabila otak kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan risiko untuk menghidap penyakit Azheimer atau penyakit lupa,” katanya.

Menurutnya hasil kajian yang dijalankan institut berkenaan di beberapa lokasi terjejas dengan keadaan itu termasuk di Sekolah Tahfiz Bukit Goh, antara laluan utama kenderaan bauskit, mendapati indeks pencemaran udaranya melebihi tahap berbahaya iaitu mencecah sehingga 468.

Pencemaran udara di kawasan yang terlibat dengan aktiviti itu disifatkan sebagai serius dan menganggarkan zarah terampai bawah 10 mikron (PM10) berada di tahap lebih 200μg/m3, melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Udara Ambien Malaysia, iaitu 150 μg/m3.

Sikap sesetengah penduduk dan pekerja yang tidak mengendahkan kesihatan mereka kerana tidak memakai topeng keselamatan apabila berada di kawasan tercemar dengan aktiviti itu juga berdepan masalah pernafasan, batuk, alahan radang paru-paru serta gatal-gatal pada bahagian mata selain masalah kepada hati.

Manusia yang terdedah dengan tahap kualiti udara yang tidak sihat untuk tempoh yang lama juga boleh mengalami simptom kesukaran dan masalah pernafasan sebelum menjadi kronik apabila tidak dikawal.

Selain pekerja perlombongan, mereka yang berisiko untuk menghidapinya termasuk juga bayi, kanak-kanak, dan warga emas kerana keperluan udara yang tinggi untuk pernafasan dan lemah imuniti tubuh badan melawan penyakit tersebut.

Masalah pencemaran dapat dikurangkan sekiranya agensi penguatkuasaan berkaitan mengambil tindakan sewajarnya sejak aktiviti itu mula berlaku di daerah ini.

Agensi berkenaan termasuk Jabatan Alam Sekitar sepatutnya sejak awal memantau keadaan ini terutama aspek pelaksanaan dalam kerja-kerja perlombongan.

Debu yang terbebas di udara boleh dikurangkan sekiranya lori-lori bauksit ini menutup dengan rapi lori mereka semasa mengangkut bahan tersebut dan jalan-jalan yang dilalui pula disembur dengan air.

Dalam masa yang sama, penampan perlu dibina sepanjang laluan itu untuk menapis air berkenaan sebelum memasuki anak-anak sungai.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) juga perlu memainkan peranan memastikan semua pekerja yang terlibat dalam industri itu memakai topeng keselamatan bagi mengelakkan kesihatan mereka daripada terjejas untuk jangka masa panjang.

Dalam masa yang sama, berlaku pertambahan jumlah pesakit mendapatkan rawatan untuk penyakit yang berkaitan pernafasan seperti lelah, selsema dan batuk di klinik dan hospital kerajaan di negeri ini. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Asap Lilin Lebih Berbahaya Daripada Rokok!

9 Makanan Paling Trending Sepanjang Tahun 2015

9 Makanan Paling Trending Sepanjang Tahun 2015

Tahun 2015 memperlihatkan lapan jenis makanan dan minuman yang menjadi buruan rakyat Malaysia.

WOW_GIF

Kecanggihan teknologi turut menyumbang kepada tahap populariti lapan jenis 'foodporn' ini, bermula dari sekeping gambar ia mulai menjadi viral lantas menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berikut adalah lapan jenis 'foodporn' yang menjadi popular sepanjang tahun 2015.

Ais Krim Pasu

Ais krim pasu

Mula menjadi buruan orang ramai ‎seawal bulan Mac lalu. ‎Selepas gambar keunikan dan kesedapan aiskrim pasu ini tersebar di media sosial.

Didatangkan dengan pelbagai warna ceria aiskrim pasu benar-benar membangkitkan selera makan rakyat Malaysia.

Harga pencuci mulut ini biasanya dijual bermula RM5 bergantung kepada hiasan dan coklat yang ditambah pada aiskrim itu.

Selepas aiskrim pasu, timbul pula inovasi lain dengan menukar bekas pasu kepada buluh, lesung batu serta paling terbaharu, congkak yang juga nampak kreatif dan menarik.

Ternyata kehadiran aiskrim pasu ini berjaya menjadi antara makanan yang dicari oleh rakyat Malaysia pada tahun 2015.

Pisang Goreng Cheese

Pisang goreng cheese

Mula mendapat perhatian masyarakat selepas gambar kelazatannya tersebar di media sosial seawal bulan Ogos lalu.

Didatangkan dengan pelbagai penambahan inovasi, pisang goreng cheese turut dihidang dengan 'taburan' coklat yang benar-benar membangkitkan keghairahan masyarakat untuk mencubanya.

Ia dijual sekitar RM4 hingga RM5 dan kedainya boleh didapati di banyak tempat di seluruh Malaysia.

Boat Noodle

Boat noodle

Sebelum, Aiskrim pasu dan pisang cheese boat noodle pernah menjadi trend di kalangan masyarakat Malaysia.

Untuk harga satu mangkuk adalah RM1.90. Boat noodle yang dijual di Publika Damansara dan beberapa lagi cawangannya yang lain.

Boat noodle ini juga menjadi kegilaan bukan hanya di kalangan remaja namun selebriti dalam negara.

Ianya didatangkan dengan pelbagai perisa antaranya Pathumthani Beef Thai Rice Noodle, Ayutthaya Beef Thai Rice Noodle, Pathumthani Chicken Thai Rice Noodle, dan Ayutthaya Chicken Thai Rice Noodle.

Shell Out

Shell out

Shell out ini menyajikan pelbagai makanan laut antaranya lala, udang, ketam, dan kerang.

Uniknya makanan ini di makanan dengan cara yang begitu santai tanpa menggunakan pinggan. Hanya alas sahaja dan pelanggan boleh meratah menu mereka.

Selepa menjadi viral di media sosial, rakyat Malaysia kini telah membuat sajian ini sendiri dirumah serta di tempat mereka berkelah atau 'makan makan' bersama keluarga.

Coffee King

Coffee King

Dihasilkan oleh anak muda tempatan, Coffee King mula menjadi viral selepas beberapa gambar minuman ini mula viral di media sosial.

Didatangkan dengan beberapa perisa antaranya Ice Coffee, Ice Black Coffee, Ice Cocoa, Ice Tea, Ice Green Tea dan Ice Lime Tea, yang dijual pada harga RM5 setiap satu

Sememangnya kehadiran Coffee King ini‎ benar-benar telah memberi variasi baru kepada penggemar kopi tanah air.

Nasi 7 Benua

Nasi 7 benua

Nasi 7 benua mula mendapat perhatian selepas beberapa orang pengguna media sosial di Pulau Pinang berkongsi keunikan gambar makanan ini.

Apa yang uniknya mengenai makanan ini adalah caranya ia dihasilkan, untuk makluman nasi tujuh benua ini terhasil daripada kepelbagaian nasi yang ada dalam hidangan ini yang kelihatan seolah-olah mewakili 7 benua.

Ia terdiri daripada nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi lemuni, nasi putih dan nasi kacang.

Untuk lauk pula, mereka yang ingin menikmati hidangan ini boleh memilih untuk meletaknya sendiri, pelbagai jenis lauk boleh dipilih berdasarkan kegemaraan masing-masing.

Sementara harga bagi sajian ini pula adalah tidak tetap, harga nasi 7 benua ini adalah bergantung kepada lauk yang dipilih.

Ais krim Magnum

Ais krim Magnum

Aiskrim magnum mula meraih perhatian masyarakat apabila gambar orang ramai beratur untuk membelinya di Mid Valley Kuala Lumpur mula tersebar di media sosial.

Selepas tersebarnya penyebaran gambar tersebut, aiskrim magnum mula menjadi buah mulut rakyat Malaysia yang gilakan aiskrim.

Ianya dijual pada pelbagai harga bergantung kepada permintaan pembelinya.

Aiskrim Tongkat

Aiskrim tongkat

Mendapat ilham dari Korea Selatan, aiskrim tongkat mula manjadi buah mulut rakyat Malaysia sekitar bulan Februari lalu.

Ianya boleh didapati di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Masjid India, KL, dan didatangkan dengan 5 perisa iaitu coklat, strawberry, anggur, gummies, dan kacang.

Harganya pula bergantung kepada permintaan pembeli.

BACA INI JUGA: Cara Menurunkan Berat Badan Dalam Masa 5 Saat Sahaja!

Sumber: Sinarharian.com.my

Tuesday, January 05, 2016

'TPPA Bukan Perdagangan Bebas' - Tun Mahathir

'TPPA Bukan Perdagangan Bebas' - Tun Mahathir

Kerajaan tidak kisah apa jua tentangan yang disuarakan oleh sesiapa sahaja di Malaysia atau di luar negara terhadap menandatangani TPPA. Ia akan terus menandatanganinya.

Tun Mahathir TPPA

Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) cuba meyakinkan kita bahawa kita boleh keluar daripada perjanjian itu pada bila-bila masa yang kita mahu.

Ya, memang kita boleh. Tetapi ianya tidak akan menjadi semudah itu dan kosnya boleh mufliskan kita.

Dalam perjanjian TPPA ini syarikat boleh menyaman Kerajaan kerana kehilangan keuntungan, termasuk keuntungan masa depan, jika tindakan Kerajaan mengakibatkan kerugian itu.

Dalam satu kes di sebuah negara Amerika Latin, atas sebab-sebab pencemaran besar-besaran, Kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan operasi perlombongan yang diberi kepada sebuah syarikat Amerika. Syarikat itu kemudian menyaman Kerajaan beberapa bilion Dolar AS kerana kehilangan keuntungan, termasuk keuntungan masa depan.

Sesuatu keputusan untuk menarik diri daripada TPPA sudah pasti akan menyebabkan kehilangan keuntungan dan keuntungan masa depan oleh syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia atau berdagang dengan Malaysia.

Penarikan diri ini akan melibatkan banyak syarikat dan jangkaan kerugiannya dikatakan boleh mencecah beratus-ratus bilion.

Mahkamahnya bukan milik kita di mana kita boleh bergantung untuk simpati dan prihatin terhadap apa yang akan berlaku kepada ekonomi dan kewangan kita.

Tidak ada cara di mana kita boleh memberi tekanan atau merasuah mahkamah. Kita akan terpaksa membayar berbilion-bilion.

Oleh itu, tidaklah perlu bercakap tentang melepaskan diri daripada perjanjian bagi mengawal perdagangan dan pelaburan ini, yang dipanggil TPPA.

Ianya bukan untuk menggalakkan perdagangan bebas. Ia adalah khusus untuk mengawal selia perdagangan sepenuhnya.

Berbanding dengan ini, mungkin kita perlu ingat bahawa apabila kita tidak memeterai sebarang perjanjian seperti ini, kita menjadi negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia.

Kita bebas untuk melindungi diri kita sendiri dan merangka dasar yang memberi manfaat kepada kita semua rakyat Malaysia.

Kita tumbuh dengan pesat pada masa itu. Kita berniaga dengan sesiapa sahaja yang kita suka.

Saya boleh banyak berbicara tentang perkara-perkara lain yang tidak baik mengenai TPPA. Tetapi Kerajaan sudah tentu tidak akan mengambil berat.

Kerajaan akan melakukan apa saja yang ia mahu lakukan. Jangan soal mengapa.

Anda tahu apa jawapan yang anda akan dapat apabila anda bertanya kepada Kerajaan sebarang soalan.

BACA INI JUGA: 'Orang Politik Memang Kata TPPA Bagus, Penyelamat'

Sumber: Chedet.cc

Misteri Penyakit Air Mata Berdarah

Misteri Penyakit Air Mata Berdarah

Seorang gadis berusia 16 tahun dikhuatiri merupakan satu-satunya insan di Britan dan di dunia yang menghidap simptom pelik mata, telinga, hidung dan kuku berdarah.

Marnie Harvie
Darah keluar melalui mata Marnie Harvie.

Menurut The Sun UK, doktor masih menyiasat punca simptom tersebut yang didakwa mampu berlaku sebanyak lima kali sehari keatas Marnie Harvie.

Marnie yang berasal dari Stoke terpaksa mengorbankan kehidupan sehariannya dan duduk di rumah sepanjang masa.

"Saya tak tahu bila ia (hidung, mata, kuku dan hidung) akan mula berdarah. Ia mampu terjadi secara tiba-tiba dan menakutkan orang ramai," kat Marnie.

Katanya, simptom tersebut bermula pada Februari 2013 selepas beliau batuk berdarah.

"Untuk tahun seterusnya (2014 dan 2015) saya berulang-alik ke hospital Staffordshire untuk pemeriksaan darah.

"Tetapi tiada doktor tahu punca simptom dan pemeriksaan darah tidak menunjukkan sebarang kesan negatif," jelas Marnie.

Selain dari simptom berkenaan, Marnie yang seing diserang migrain terpaksa berhenti sekolah.

"Saya juga terpaksa berhenti menggunakan laman sosial Facebook. Pelayar kata saya dijangki penyakit Ebola," kata Marnie.

Ibu dan bapa Marnie, Catherine, 43 dan Lee, 44 juga keliru dengan bala yang menimpa anak perempuan mereka.

"Marnie dah jalani pemeriksaan MRI, CT dan pemeriksaan darah berpuluh kali. Semuanya tidak menunjukkan sebarang penyakit," kata Catherine.

Menurut seorang doktor, simptom yang melanda Marnie 'melawan norma sains'.

"Haemolacria adalah terma perubatan untuk darah yang keluar melalui mata, tapi ia sangat jarang berlaku," kata Dr Carol Cooper.

"Punca Haemolacria adalah kecederaan dalaman, salur darah tersumbat dan salur air mata bermasalah (tear gland disorders).

"Tetapi apa yang menimpa Marnie adalah unik kerana darah juga keluar dari hidung, telinga dan kuku," jelas Dr Carol.

BACA INI JUGA: Misteri Lukisan Potret Yang Berubah Seolah Bernyawa

Sumber: SH

Sikap Cristiano Ronaldo Yang Menjadikannya Hebat!

Sikap Cristiano Ronaldo Yang Menjadikannya Hebat!

Cristiano Ronaldo mungkin Pemain Terbaik Dunia dan calon buat kali ketiga berturut-turut untuk anugerah Ballon d’Or namun bukan semua perkara berlaku mengikut kehendaknya.

Cristiano Ronaldo Ballon d’Or

Bintang Real Madrid itu adalah ‘permata’ akademi Sporting Lisbon ketika remaja namun sering dibuli pemain lain kerana loghat Madeira yang pekat.

Keadaan menjadi terlalu terlalu buruk hinggakan dia pernah melempar kerusi kepada guru yang gagal menghentikan ejekan itu, menurut pemain tengah Sheffield Wednesday Jose Semedo, yang membesar bersama Ronaldo di kelab Portugis itu.

“Dia adalah yang terbaik,” kata Semedo.

“Dia mengawal bola, mengatasi semua orang, tidak menghantar bola dan menjaringkan gol. Oh Tuhan!”

“Kemudiannya memberitahu dia datang dari Madiera dan loghatnya begitu berbeza. Semua orang mula ketawa. Sukar untuknya meninggalkan loghat itu. Bunyinya seperti bukan bahasa Portugis.

“Kami tidak memahaminya. Dia pernah membaling kerusi kepada seorang guru kerana orang mentertawakannya dan tidak mahu berhenti.”

Semedo, begitu jauh daripada Ronaldo yang kini menjaringkan gol pada final Liga Juara-Juara, memecahkan rekod jaringan terbanyak Real Madrid sepanjang zaman dan menang pelbagai anugerah individu.

Namun kedua-duanya, masih bersahabat baik dan saling berhubung, serta pernah menjadi rakan sebilik.

Ronaldo turut menyelamatkan karier Semedo apabila Sporting mengugut mahu menendang pemain remaja itu keluar daripada akademi.

Ronaldo yang juga anak emas pasukan remaja itu memberitahu kelab itu, pada usia 14 tahun, jika Semedo tidak tinggal di kelab itu, dia juga akan pergi dan membenarkan rakannya tinggal di biliknya.

“Saya terhutang budi dengannya,” kata Semedo.

“Tempat asal saya, Setubal bukan tempat yang elok buat lelaki muda. Ramai rakan dari sana terbabit dalam jenayah.

"Ada di antara mereka sudah mati dan ada yang dipenjarakan. Jika saya kembali, mungkin saya mencuri kereta bersama mereka.

“Dia mengubah kehidupan saya. Keluarga saya, anak saya, karier saya, semuanya kerana Ronaldo.”

Bintang Wednesday berusia 30 tahun itu turut mendedahkan, mereka juga berselisih faham terutama apabila menentang satu sama lain.

Semedo mengakui Ronaldo tidak akan bercakap dengannya beberapa hari jika tewas perlumbaan dengan rakan sepasukan dan pergi ke gimnasium seorang diri apabila rakan memberitahu teman sebiliknya akan menjadi lebih hebat daripadanya.

“Sikap enggan menyerah kalah itulah yang menjadikan Ronaldo pemain sehebat seperti sekarang,” kata Semedo.

BACA INI JUGA: Ronaldo Peneraju Boikot Israel

Sumber: Hmetro

Monday, January 04, 2016

'Maria Farida Hancurkan Kebahagiaan Keluarga Kami'

'Maria Farida Hancurkan Kebahagiaan Keluarga Kami'

Selepas pernikahan pelakon jelita Maria Farida dengan seorang 'Dato' November lalu mencetuskan kontroversi kerana didakwa merampas suami kawan baik sendiri, kini muncul cerita panas lain.

Maria Farida
Maria Farida bersama anak-anak tirinya.

Anak tiri Maria telah tampil dan mendakwa berasa kecewa dengan perubahan sikap bapa mereka, Datuk Rahman Shakur yang dikatakan mula mengabaikan dia dan adik-beradiknya selepas berkahwin lain.

Nur Shazleen Anis, 28, dilaporkan berkata semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja namun perubahan mula ketara selepas perkahwinan bapa mereka dengan Maria di mana hidupnya dan adik-beradik lain mulai terbiar dan kucar-kacir.

"Saya terkilan dengan papa yang langsung tidak menjenguk ketika saya dimasukkan ke hospital kerana denggi.

“Ketika di hospital, saya mula nampak belang Maria dan dari situ, saya mula sedar kami akan ditendang dan perlu mencari hidup sendiri.

“Banyak perkara yang dipertikaikannya dan ia sangat menyakitkan hati. Maria menghancurkan kebahagiaan keluarga kami,” katanya.

Maria Farida [2]
Maria dan Datuk Rahman di hari pernikahan mereka.

Selain Wan Nathasha yang berusia 22 tahun, Shazleen mempunyai adik-adik yang masih remaja dan perlukan kasih sayang: Damia Caldia, 16, Cahaya Nilam, 14, Aishyea Rahman, 10 serta Qalif Ryan, 6.

Shazleen turut mengaku bahawa dia sebelum ini telah termakan hasutan untuk memburukkan ibunya, Karen Rahman melalui laman sosial dan dipaksa membuat kenyataan negatif dalam sebuah program hiburan.

“Saya terkesan sangat kerana dulu, saya pernah memburukkan dan membuangnya tetapi kini mummy (Karen) yang sentiasa mengambil berat. Saya buang mummy dulu kerana terpengaruh dengan cerita hasutan,” katanya.

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Hollywood Yang Ketagih Berkahwin!

Sumber: BeritaHarian/Malay Mail/Mynewshub

9 Azam Baru Setiap Tahun Yang Selalu Dibuat Oleh Orang Berjaya

9 Azam Baru Setiap Tahun Yang Selalu Dibuat Oleh Orang Berjaya

Ramai orang akan menetapkan azam apabila tiba tahun baru. Pernahkah kita terfikir apa agaknya azam tahun baru yang dibuat oleh orang-orang berjaya.

New year quotes

Adakah azam mereka sama seperti kita, atau ada keunikan yang membantu mereka terus berjaya?

Go Banking Rates telah menyenaraikan 9 azam tahun baru yang biasa ditetapkan oleh majoriti orang-orang yang telah berjaya.

Jom baca dan bandingkan dengan azam anda..

1. Nyatakan matlamat, bukan resolusi

Orang berjaya tak panggil pun azam tahun baru sebagai azam kerana mereka lebih menyukai ianya jadi satu matlamat yang perlu dicapai pada tahun tersebut.

Matlamat yang ditetapkan akan dihuraikan dengan lebih spesifik dan memenuhi format SMART iaitu:
S = Specific
M = Measurable
A = Attainable
R = Realistic
T = Timely

2. Berhenti fikir tentang apa yang difikirkan oleh orang lain

Sebab utama orang berjaya ialah dia tak ambil berat pasal apa yang orang lain fikirkan kerana mereka tak mahu benda-benda seperti itu (terutama hal negatif) akan menghalang tindakan mereka untuk jadi lebih maju.

Kalau tak maju, tak berjaya. Jadi, mereka akan fokus kepada matlamat berbanding hal sebegitu.

3. Urus masa dengan baik

Masa adalah emas bagi orang berjaya. Setiap detik itu berharga dan ada menyamakan ia dengan nilai wang. Maka, penting bagi mereka menguruskan masa 24 jam sehari agar hebat dalam kerjaya dan kehidupan.

Disebabkan itu juga, perkataan ‘produktif’ sangat sinonim dengan orang berjaya di mana setiap waktu diletakkan had-had tertentu untuk aktiviti-aktiviti tertentu agar masa tidak terbazir begitu sahaja.

4. Luangkan lebih masa untuk keluarga

Memang benar orang berjaya sepanjang masa sibuk. Tetapi mereka juga manusia yang memiliki keluarga. Jadi, keseimbangan kerjaya dan keluarga adalah penting dan ia simbol berjaya yang sebenar.

Keluarga adalah penyokong dan punca seseorang mahu menjadi orang berjaya. Jangan diabaikan mereka.

5. Ada ruang masa untuk relaks

Ia adalah masa peribadi bagi orang berjaya. Kebiasaannya waktu sebegini memberi peluang kepada orang berjaya untuk mengecas semula tenaga agar produktiviti dan kreativiti mereka tidak terbatas.

Ruang masa rehat ini dipenuhi dengan aktiviti tidur sebentar, meditasi dan membaca kitab untuk kerohanian.

6. Sihat sebelum sakit

Orang berjaya tahu kesihatan itu penting dijaga dengan baik. Tanpa kesihatan yang baik dan stabil, segala perancangan dan matlamat akan terganggu kerana ia boleh mengganggu-gugat apa yang telah dan sedang dibangunkan oleh orang berjaya.

Maka, mereka akan fokus menjaga kesihatan secara keseluruhan termasuk kesihatan fizikal, kesihatan mental, dan kesihatan tubuh badan.

7. Hidup terancang dan teratur

Ini lebih kepada penyediaan persekitaran yang tersusun agar membantu menghindari orang berjaya rasa serabut selepas keletihan bekerja seharian.

Persekitaran hidup yang terancang dan teratur ini penting bagi memastikan produktiviti di tahap positif dan memberikan ketenangan dan kejelasan pada pemikiran orang berjaya.

8. Kuasai ilmu atau kemahiran baru

Orang berjaya adalah orang yang hebat kerana pakar di dalam sesuatu perkara hingga membolehkan mereka mencapai kejayaan.

Di samping kepakaran, orang berjaya mempunyai semangat untuk belajar dan kuasai ilmu atau kemahiran baru yang akan memberi nilai tambah di dalam kehiduan mereka.

9. Mencari mentor atau rakan kongsi yang bertanggungjawab

Sebelum seseorang menjadi orang yang berjaya, dia adalah orang biasa yang mahu mencapai keluarbiasaan.

Bagi memenuhi matlamat tersebut, orang sebegini akan mencari dan berkawan dengan orang yang telah berjaya.

Bagi mereka yang telah berjaya pula, pembentukan perhubungan dengan mentor atau rakan kongsi yang bertanggungjawab akan membantu mereka bukan sekadar menjadi orang berjaya tetapi orang yang hebat.

Kebiasaannya, mentor atau rakan kongsi boleh diperolehi dengan persetujuan meluangkan masa bersama untuk mengerjakan usahasama dan ada juga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sokongan dan tunjuk ajar mereka di dalam bisnes atau bidang profesional.

Ramai orang berjaya sanggup melakukan perkara di atas ini, saban tahun supaya mereka sentiasa berada di jalan yang betul dan menuju ke arah matlamat yang lebih besar.

Anda bagaimana?

BACA INI JUGA: Manusia Yang Membuang Masa Orang Lain Adalah Pencuri!

Sumber: Mynewshub.cc

10 Fakta Buah Delima Yang Anda Tidak Tahu!

10 Fakta Buah Delima Yang Anda Tidak Tahu!

Buah Delima atau nama lainnya Pomegranates, dikenali sebagai buah sihat. Tapi, ramai yang tidak menggemarinya kerana rasanya yang manis kosong.

Pomegranates

Jangan tak suka! Sebab banyak khasiat dan kebaikan yang anda boleh dapat dari buah merah ni!

1. Baik untuk kulit dan Anti-radang

Kajian dari Case Western Reserve University mendapati, buah delima mampu memberi kelegaan daripada keadaan radang kronik dan mempunyai kesan anti-penuaan.

2. Ia baik untuk jantung

Jus delima kaya dengan polifenol. Kajian dari Johns Hopkins University School of Nursing mendapati, ia baik untuk jantung dan membantu mengurangkan tekanan darah.

3. Ia juga boleh menurunkan berat badan

Penyelidik Cina mendapati bahawa polifenol dalam delima membantu mengurangkan obesiti yang disebabkan oleh diet yang tinggi lemak dan melindungi daripada gangguan metabolik.

4. Melindungi kulit anda daripada kerosakan

Antioksidan yang kuat dan anti-radang, buah delima membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, menurut kajian dari University of Wisconsin, Madison.

5. Boleh meningkatkan kesihatan seksual

Jus delima juga mampu meningkatkan aliran darah. Kajian mendapati jus delima mampu meningkatkan kesihatan seksual pada mereka yang mati pucuk.

6. Ia melindungi hati anda

Penyelidik Cina mendapati bahawa polifenol dan flavonoid, komponen antioksidan utama dari buah delima, mampu menjaga anda dari risiko terjadinya kerosakan hati.

7. Membantu melawan jangkitan

Delima telah diiktiraf untuk kesan antimikrob. Sebagai contoh, serbuk kering daripada kulit buah delima telah terbukti menghalang anda dari jangkitan virus.

8. Memudahkan wanita sewaktu bersalin

Kajian dari University of Liverpool mendapati, ekstrak buah delima mempunyai potensi agar rahim mudah mengembang sewaktu bersalin dan tiada masalah untuk melahirkan.

9. Melindungi dari radang sendi dan tulang lebih kuat

Saintis Amerika mendapati buah delima membantu mengurangkan artritis teruk dan keradangan sendi serta membantu menjaga tulang anda.

10. Menjaga kesihatan otak dan jadi lebih bijak

Kajian oleh Universiti Huddersfield mendapati sebatian polifenol yang ada dalam buah delima, menghalang keradangan dalam sel-sel otak, serta mencegah dari Alzheimer.

BACA INI JUGA: Buah Dan Sayuran Segar Penghalau Penyakit

Sunday, January 03, 2016

Kini Orang Buta Sudah Boleh Melihat Melalui Rasa!

Kini Orang Buta Sudah Boleh Melihat Melalui Rasa!

Bagi sesetengah orang, mungkin perkara ini sesuatu yang mustahil, kerana kini orang buta sudah boleh melihat melalui rasa!

BrainPort V100

Tahukah anda, sejenis alat baru yang dinamakan BrainPort V100 telah dicipta bagi membolehkan orang buta mampu melihat melalui deria rasa.

Cara ia berfungsi sangat mudah. Sejenis elektrod yang diletakkan dibawah lidah akan mengaktifkan deria rasa lalu menghantar respon rasa ke otak untuk diterjemahkan.

Ciptaan ini telah membuka revolusi baru dalam penerokaan teknologi keinsanan dalam kehidupan manusia.

Menurut sebuah rencana mengenainya menjelaskan, pengkaji memerlukan masa 65 tahun untuk mengkaji dengan tepat bagaimana otak menterjemahkan rasa dan memberi gambaran kepada kita setiap hari.

Dan berdasarkan laporan media utama dunia, alat ini bakal dijual dengan harga USD10 ribu dollar!

BACA INI JUGA: Lelaki Buta Yang Melihat Dengan Bunyi!

-SENTIASAPANAS.COM

Siasatan Kes Mangsa Culik Palsu Nur Amirah Athirah!

Siasatan Kes Mangsa Culik Palsu Nur Amirah Athirah!

Kertas siasatan berhubung kes penculikan Nur Amirah Athirah Abdul Majid, pada 27 Disember lalu, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, Selasa ini.

Nur Amirah Athirah


Siasatan secara menyeluruh terhadap teman lelaki mangsa yang berusia 19 tahun dan rakan yang bersubahat memberikan tempat tinggal kepada pasangan itu masih lagi berjalan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat, berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dalam jagaan sah.

“Nur Amirah kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini, bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut, manakala teman lelaki dan rakannya itu masih ditahan reman.

“Sekiranya laporan perubatan mendapati Nur Amirah dirogol, teman lelakinya juga akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya yang dipetik portal BH Online.

Mohd. Yusoff berkata, Nur Amirah, 14 tahun; akan ditempatkan di bawah jagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sementara waktu selepas dibenarkan keluar dari hospital itu.

Pada 27 Disember tahun lalu, Nur Amirah dilaporkan hilang secara misteri berdekatan dengan kediaman keluarganya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang dekat sini.

Kes kehilangan mangsa ini mula menjadi viral menerusi laman sosial tempatan selepas rakaman perbualan telefon antara remaja itu bersama kakak angkatnya tersebar secara meluas.

Bagaimanapun, pada kira-kira 7.45 petang 31 Disember lalu, Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor, yang ditubuhkan bagi menyelamatkan Nur Amirah berjaya menemui remaja itu.

Mangsa dijumpai bersama-sama dengan teman lelakinya itu ditahan di sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting dekat sini selepas dikesan di Putrajaya.

Satu Malaysia ditipu ‘hidup-hidup’

Siapa sangka, rupa-rupa satu Malaysia ditipu ‘hidup-hidup’ dengan drama sebabak yang dicipta oleh seorang gadis berusia 14 tahun, yang sebelum ini dipercayai diculik susulan rakaman audionya menjadi viral.

Hanya gara-gara mahukan hidup bebas, gadis yang dikenali sebagai Nur Amirah Athirah Abdul Majid sanggup berbohong terhadap keluarganya dengan membuat panggilan palsu menyatakan konon dirinya diculik.

Lebih parah, remaja yang tidak bersekolah ini sebenarnya lari mengikuti teman lelakinya yang baharu sahaja dikenali kira-kira seminggu.

Teka-teki helah penculikan ini terbongkar setelah pihak polis berjaya menemui gadis berkenaan bersama teman lelakinya, Gan Chin Teck berusia 19 tahun.

Mereka turut ditemui bersama-sama seorang kanak-kanak, Nurqistina, 6; di hadapan stesen minyak di Kanchong Darat Banting, Selangor, kira-kira 10 malam pada Khamis.

Hasil siasatan pihak polis, Athirah mengaku dirinya tidak diculik dan berbuat demikian kerana inginkan hidup bebas.

Menurut gadis ini, sepanjang kehilangannya menumpang di rumah bapa angkatnya yang dikenali sebagai Nizam di Bandar Sungai Emas, Banting.

Pada masa yang sama, gadis tersebut mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya.

Terdahulu, ibu remaja ini, Asmah Mamai, 33; membuat laporan polis setelah menyedari anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah mereka yang terletak di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang kira-kira 10 malam, pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, Athirah dikatakan sempat hubungi ahli keluarganya mendakwa dia konon diculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat lihat nombor pendaftaran kenderaan apabila kepala ditutup dengan kain.

Malah, Athirah dalam rakaman itu berkata, dia tidak diculik berseorangan, sebaliknya mendakwa ramai lagi gadis lain turut berada dalam van berkenaan, dipercayai diculik.

Netizen Kecam Gadis ‘Culik’

Susulan berita penemuan semula remaja perempuan, Nur Amirah Athirah yang dilaporkan hilang pada 27 Disember lalu, kisahnya kini sekali lagi dapat perhatian rakyat Malaysia yang rata-rata marah dengan tindakannya.

Ini kerana dia yang dilaporkan ‘hilang’ telah betul-betul berjaya meyakinkan seluruh rakyat Malaysia yang sememangnya percaya bahawa dia sudah diculik.

Atas rasa prihatin, rata-rata netizen telah membantu misi pencarian dengan menyebarkan maklumat mengenai berita kehilangan Athirah menerusi laman facebook dan twitter.

Bengang dan marah dengan tindakkannya itu, rata-rata netizen meluahkan rasa amarah di laman facebook dan twitter selepas berita sebenar terbongkar!

Ramai yang tampil memberi nasihat kepada Athirah dan ramai juga yang menghentam, mengherdik dan memarahinya ekoran insiden ‘rekaan’ ini.

“Banyak orang doakan awak, banyak orang menangis sebab awak. Banyak yang nak awak selamat, tapi awak balas dengan cara ni?? Kita orang tak marah tapi macam mana perasaan ibubapa awak?? Semoga tahun baru ini memberi keinsafan kepada awak… hhmm dan tolong, jangan buat mcm ni lagi. Hal ini bukan hal boleh dimanfaatkan…” kata Iena Liana.

“Cisss… kau ni memang buat suspen je la budak.. ape la nak jadi… kesian mak bapak kau.. kesian dekat pihak-pihak yang bertungkus lumus cari kau.. kesian kami satu Malaysia yang risau dan doakan kau… hati ape pon tak tahu la kau ni. Jangan nanti kena culik betul-betul baru nak menyesal… menyusahkan orang betul!!” kata Ladyzana Shazoura.

“Berani betul bohong orang tua nanti kalau betul-betul terjadi macam mana orang nak percaya buat susah mak bapak je takkan tak takut kalau betul-betul terjadi fikir-fikirkan wahai anak jangan menyusahkan ibu bapa mu???” kata Nordiran Musa.

“Menyusahkan orang tua je dia ni. Patut masuk sekolah budak jahat untuk pulihkan,” kata Saliha Daud.

“Aduhaiiiiii..sebagai ibu masa dengar rakaman dia ni.. macam kita mak dia dah… susahnya hati.. apatah lagi ibu dia… tapi macam ni pulak jadinye.. aduhaiiiiiiii,” kata Nadiah N Anizah.

Harapnya adik Athirah berubah dan mendapat hukuman berat yang setimpal diatas kehebatannya menipu dikala usia masih lagi muda!

BACA INI JUGA: 5 Tajuk Berita Akhbar Paling Menggemparkan Dunia

Sumber: Agensi/Mynewshub/HAA