Sunday, January 03, 2016

Mengapa Ahad Cuti?

Mengapa Ahad Cuti?

Perhatikan kalendar, tarikh yang jatuh pada hari Ahad biasanya berwarna merah atau warna yang berbeza dengan berbanding tarikh hari lain.

Happy Sunday

Juga, sama ada sekolah mahupun sektor pekerjaan, akan bercuti bila tiba hari ahad.

Namun, tahukah anda mengapa hari Ahad di isytihar sebagai cuti umum? Kenapa hari Ahad cuti? Mengapa bukan hari lain?

Tradisi cuti pada hari Ahad sebenarnya bermula sejak zaman Rom di Itali. Waktu itu, bangsa Rom menetapkan bahawa permulaan hari dalam seminggu adalah Ahad, bukan Isnin seperti sekarang.

Dahulu, masyarakat kuno Rom melakukan kegiatan ibadah pada hari Ahad dan kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk ibadat, mereka tidak mahu melakukan sebarang pekerjaan pada hari Ahad.

Oleh itu, mereka menutup segala aktiviti perniagaan dan meninggalkan pekerjaan serta menandakan dengan warna merah pada hari Ahad, yang bermaksud hari hanya untuk mereka beribadah.

Ketika itu, empayar Rom meliputi negara-negara Eropah. Secara tidak langsung, tradisi bercuti pada hari Ahad untuk beribadah turut diikuti oleh penduduk di bawah kekuasaan Rom.

Sejak itu, tradisi ini tersebar ke seluruh dunia. Maka tidak hairanlah pada hari ini, kita melihat majoriti negara menjadikan hari Ahad sebagai cuti umum.

Kecuali, beberapa buah negara Islam di Tanah Arab yang menetapkan hari Jumaat sebagai cuti umum.

Jadi, mana yang lebih elok untuk kita pilih sebagai cuti umum?

Tradisi kuno Rom atau penghulu segala hari seperti yang disebut dalam Al-Qur'an?

BACA INI JUGA: Salah Faham Cuma ‘Main’ Pada Malam Jumaat

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, January 02, 2016

Animasi Mulan Adaptasi Kisah Benar!

Animasi Mulan Adaptasi Kisah Benar!

Animasi Mulan mula diterbitkan pada tahun 1998 oleh syarikat animasi Hollywood. Animasi ini mengisahkan pengembaraan gadis bernama Fa Mulan ke medan peperangan bagi menggantikan ayahnya yang sudah uzur.

Mulan

Kisah animasi ini menarik minat penonton kerana penonjolan karakter Mulan yang menyamar sebagai lelaki semasa berkhidmat dalam angkatan tentera.

Keputusan itu dibuat tanpa pengetahuan ahli keluarga, bagaimanapun identiti gadis ini terdedah secara tidak sengaja semasa tercedera dalam sebuah pertempuran.

Demikian serba sedikit kisah animasi Mulan.

Sementara itu, siapa sangka disebalik pembikinan animasi ini, terdapat sebuah kisah benar yang menyayat hati menjadi latar belakang dan tunjang filem.

Kisah benar ini tercatat pada sebuah puisi kuno yang popular di China. Ia menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Hua Mulan.

Ramai pengkaji menyebut, gadis ini hidup antara tahun 389 hingga 589 Masihi, iaitu pada zaman Dinasti Wei menjadi sebuah kerajaan di wilayah utara China.

Menurut persejarahan, pemerintah dinasti ini telah membuat satu perjanjian antara raja dengan rakyat, di mana raja dan rakyat akan bersama-sama berkhidmat untuk negara.

Salah satu cabang dalam perjanjian ini adalah berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan negara daripada diserang dan dicerobohi musuh.

Jadi, demi mencapai kedaulatan ini, setiap keluarga dalam bangsa Wei perlu menghantar seorang lelaki dalam keluarga mereka untuk dilatih menjadi seorang tentera.

Pada masa itu pula, dalam keluarga Mulan, ayahnya sudah tua manakala adik lelakinya pula masih kecil.

Bapa Hua Mulan, bernama Hua Hu sedar situasi begitu akan berlaku dalam keluarganya dan dia telah melatih Mulan sejak kecil, ilmu peperangan dan ketenteraan, serta seni bela diri.

Seperti dijangka, arahan negara tiba ke kampung mereka. Hua Hu tiada pilihan selain menggalas tanggungjawab menyahut seruan negara.

Lantaran tidak sanggup melihat ayahnya yang telah tua melangkah ke medan perang, Mulan memikul tanggungjawab menyahut panggilan negara.

Mulan juga tahu, jika dia pergi ke kem latihan sebagai seorang wanita, pasti keluarganya akan diketawakan.

Di China, anak lelaki adalah maruah keluarga dan lambang kekuatan negara. Jadi, keluarga yang tidak mempunyai anak lelaki dianggap lemah dan tidak berupaya.

Jadi, demi menjaga maruah, Mulan menyamar sebagai lelaki mewakili keluarga Hua untuk berbakti kepada negara.

Sejarahwan mengandaikan usia Mulan ketika menyertai misi panggilan negara ketika itu adalah 18 tahun.

Di kem latihan, Mulan berubah karekter. Segala ilmu yang dipelajari dan kemahiran yang dimiliki digunakan sepenuhnya sehingga dilantik memimpin sebuah armada perang.

Sedar tak sedar, Mulan telah berperang selama 12 tahun. Dikalangan tentera, dia dianggap seorang pahlawan yang hebat.

Yang hebatnya, identiti sebenar Mulan tidak terdedah ketika bersama pasukan tentera.

Rahsianya tersimpan rapi sehinggalah Mulan dikunjungi beberapa orang rakan lama yang sama-sama terlibat dalam peperangan.

Ketika itu, barulah mereka tahu individu yang selama ini begitu hebat di medan perang rupa-rupanya seorang wanita!

Mulan [2]
Puisi kuno mengenai Mulan (Versi Dinasti Sung).

Bagaimanapun, cara pembongkaran rahsia penyamaran Mulan tidak dapat dipastikan kesahihannya, termasuklah gambar sebenar wira ini yang kekal menjadi rahsia sehingga kini.

Walaupun kisah Mulan memiliki pelbagai versi lain, namun apa yang dijelaskan adalah elemen popular yang sering dicanang dikalangan masyarakat.

Malah, unsur kewujudan naga yang banyak membantu Mulan semasa berperang juga disebut sebagai dongeng semata-mata.

Walau apa sekalipun variasi yang timbul, kisah Hua Mulan tetap dikenang oleh masyarakat sebagai seorang lagenda hebat yang diceritakan turun-temurun.

BACA INI JUGA: Benarkah Animasi Shin Chan Adaptasi Kisah Benar Yang Menyedihkan?

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, January 01, 2016

Hindari Sihir Dengan Ayat-ayat Syifa Dan Ruqyah Dari Al-Qur'an

Hindari Sihir Dengan Ayat-ayat Syifa Dan Ruqyah Dari Al-Qur'an

Al-Qur'an adalah sebaik-baik pendinding diri dan Rasulullah SAW sendiri ada menyatakan, Al-Qur'an adalah penawar.

Ayat-ayat Syifa Dan Ruqyah

Jadi, jika ingin mengubatai penyakit atau mencari penyelesaian, sentiasalah membaca Al-Qur'an.

Juga, bagi menghindari diri daripada gangguan sihir dan makhluk yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar, beberapa ayat dari Al-Qur'an boleh dijadikan sebagai amalan harian.

1. Surah Al-Fatihah

Ummul Kitab, juga dikenali sebagai penawar seribu guna.

Anda boleh melazimkan diri untuk membaca Al-Fatihah sebanyak tujuh kali setiap kali selesai solat fardu.

Tetapkan juga niat agar Allah SWT membantu anda melindungi diri daripada gangguan jin dan syaitan.

2. Al-Mu'awwizat

Tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah tiga Qul.

Ia terdiri daripada surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.

Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam.

3. Ayat Kursi

Sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda.

Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.

4. Surah Yasin, ayat satu hingga ayat sembilan

Surah Yasin sering dikaitkan sebagai hati Al-Qur'an malah banyak hadis Rasulullah SAW yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yasin.

Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.

Dengan mengamalkan ayat-ayat diatas, kita akan dilindungi dari gangguan jin, syaitan dan manusia yang berniat jahat.

Insya-Allah.

BACA INI JUGA: Pemuda Penghuni Syurga, Kisahnya Membuatkan Anda Terpukau

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, December 31, 2015

Blog Terbaik Malaysia Disember 2015

Blog Terbaik Malaysia Disember 2015

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan blogger terbaik Disember 2015 dihalaman sentiasapanas dan para pembaca tersayang sekalian.

Blog terbaik Malaysia Disember

Pembaca semua dijemput datang ke blog-blog ini kerana ianya sangat berbaloi untuk anda baca segala informasi yang dikongsikan.

Dikesempatan terakhir untuk tahun 2015 ini, saya ingin mengucapkan bilion terima kasih buat semua pembaca yang begitu sudi menyokong blog ini.

Sudi-sudilah berkunjung selalu ye..:)

Buat rakan-rakan blogger, terima kasih kerana sama-sama menyokong perjuangan hidup sebagai seorang blogger.

Mungkin ramai tak tahu bahawa menjadi seorang blogger bukanlah semudah yang disangka. Banyak masa dan pengorbanan terpaksa dilalui untuk terus memberikan info buat pembaca.

Semoga tahun 2016 yang sudah menjelang tiba mampu membawa satu lagi sinar baru, sama menyinar bersama sinar-sinar yang sedia terpancar.

Mohon maaf dipinta andai kata banyak kasar pada bahasa, rasa tersindir, atau macam dihina, walhal tiada niat dihati..

Hanya fahami satu perkara, kita disini untuk berkongsi ilmu dan mencari sinar buat penyuluh jalan gelap agar terang, menyuluh hati jiwa minda.

Akhir kata, selamat datang 2016, buat semua, sekali lagi, TeRimA kaSiH..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA DISEMBER 2015

1. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

2. Mizz Aiza - Mizzaiza.com

3. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.my

4. Bin Muhammad - Dammahumnib.com

5. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

6. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

7. aRz MoHa - Arzmoha.com

8. Khir Khalid - Khirkhalid.com

9. Panduan Malaysia - Panduanmalaysia.com

10. Idea Berita - Ideaberita.com

11. Eyfa Writer - Ohpilihanku.blogspot.my

12. Calrase Patrick - Calrasepatrick.blogspot.my

13. Anajingga - Anajingga.com

BACA INI JUGA: Blog Terbaik Malaysia 2015

Peru Wall of Shame, Dinding Pemisah Orang Kaya dan Miskin

Peru Wall of Shame, Dinding Pemisah Orang Kaya dan Miskin

Di Lima, Ibu Kota Peru, didirikan sebuah dinding setinggi 3.5 meter dengan panjang mencapai 10 kilometer yang dibangunkan dengan hanya satu tujuan iaitu untuk memisahkan antara si kaya dan si miskin.

Peru Wall of Shame

Dinding itu juga dilapisi kawat berduri di bahagian atasnya, bagi memastikan golongan miskin tidak menggangu kehidupan si kaya.

Memetik laporan Daily Mail, dinding yang digelar sebagai tembok Berlin Peru itu, baru-baru ini mencuri tumpuan dunia, apabila terdapat gelombang massa yang bangkit untuk merobohkan dinding itu kerana dianggap sebagai 'dinding penindas' dan diskriminatif.

Dalam pada itu, beberapa foto yang bertebaran di media sosial, para demonstrasi yang kesal dengan pembinaan dinding itu mengecat dinding dengan mural dan menulis kata-kata sindirian serta kecaman.

Sementara itu, para demonstrasi mengelar dinding itu sebagai dinding Wall of Shame (Dinding Rasa Malu) memisahkan wilayah Casuarinas tempat si kaya dengan wilayah Vista Hermosa yang menjadi tempat tinggal si miskin.

Tidak hanya masyarakat Peru, masyarakat di seluruh dunia mengecam adanya dinding Wall of Shame.

Bagi beberapa warga miskin disana, dinding itu dianggap sebagai aib.

Namun bagi warga kaya di Las Casuarinas, dinding itu dianggap sebagai alat yang tepat untuk melindungi diri mereka.

BACA INI JUGA: 5 Sebab Kenapa Negara Ini Terbaik Di Dunia

Sumber: Sinarharian.com.my

Tradisi Sambutan Tahun Baru

Tradisi Sambutan Tahun Baru

Dikebanyakan negara, sambutan tahun baharu bermula pada malam 31 Disember (malam tahun baru) dan sambutan ini berterusan pada awal pagi 1 Januari tahun berikutnya.

Happy new year

Ironinya, sambutan tahun baru sentiasa dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api seperti mana yang berlaku dikebanyakan negara di seluruh dunia.

Bagi sesetengah negara, sambutan malam tahun baru juga dinikmati dengan makanan.

Di Sepanyol dan beberapa negara lain, mereka melambangkan buah anggur sebagai harapan untuk beberapa bulan akan datang. Dan harapan itu adalah harapan yang positif serta menguntungkan.

Manakala di sesetengah negara Eropah yang lain, hidangan tradisional tahun baru mereka adalah kekacang kerana mereka menganggap kekacang yang menyerupai duit syiling, menandakan kejayaan kewangan masa depan.

Juga, kacang merah di Itali dan kacang hitam bermata di selatan Amerika Syarikat.

Bagi Sweden dan Norway pula, puding beras dengan badam sebagai bahan istimewa 'tersembunyi' di dalamnya untuk meraikan tahun baru.

Kononnya, sesiapa yang berjaya menemui kacang tersebut akan dikurniakan nasib yang baik serta menguntungkan sepanjang tahun.

Di Amerika Syarikat, tradisi tahun baharu paling ikonik ialah menjatuhkan bole gergasi di Times Square, New York City pada tengah malam.

Berjuta-juta orang diseluruh dunia akan menonton acara itu yang menjadi ikutan semenjak tahun 1907.

Di Malaysia pula, sambutan tahun baru disambut dengan percikan bunga api yang sangat cantik corak dan warnanya.

Selamat tahun baru 2016!

BACA INI JUGA: Satu Kata Yang Kita Selalu Ingat Namun Kurang Dimaknai

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, December 30, 2015

Video Rakaman Perbualan Remaja 14 Tahun Diculik Van Putih

Video Rakaman Perbualan Remaja 14 Tahun Diculik Van Putih

Media sosial digemparkan dengan penyebaran audio perbualan seorang budak perempuan yang merintih minta diselamatkan selepas dipercayai diculik.

Nor Amira Atirah Abdul Majid

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik salah seorang ahli keluarga mangsa, Nor Amira Atirah Abdul Majid, 14, dilaporkan diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, petang semalam.

“Tolong aku, aku nak balik, diorang culik aku, diorang nak jual aku.

“Dia tutup mulut aku dengan kain, lepas tu aku dah tak ingat apa-apa, lepas tu dah nak sampai tu aku nampak signboard Johor Bahru,” ujar Nor Amira dalam nada ketakutan.

Mangsa dikatakan hanya sempat memberitahu demikian ketika menelefon salah seorang ahli keluarga bagi meminta pertolongan sebelum perbualan terputus.

Berdasarkan rakaman perbualan, mangsa mendedahkan dia telah diculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran kenderaan apabila kepala ditutup dengan kain.

Selepas tersedar mangsa hanya ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru .

Menurut Amira, dia tidak keseorangan diculik, sebaliknu mendakwa ramai lagi gadis lain turut berada dalam tahanan, dipercayai untuk dijual.

Sebuah portal pula melaporkan, ibu mangsa menyedari anak perempuannya itu tidak berada di rumah kira-kira jam 10 malam, seterusnya bertindak menghubungi mangsa namun tidak berjaya.

Dalam pada itu pihak polis dikatakan sedang mengumpul maklumat tentang perkara ini msebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

BACA INI JUGA: Lapa, Aplikasi Kesan Kedudukan Anak Dan Barang Jika Hilang!



Sumber: Mynewshub.cc

Marsha AF Peluk Islam, Bakal Bernikah

Marsha AF Peluk Islam, Bakal Bernikah

Bagi menjawab teka-teki ramai mengenai status agamanya, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh akhirnya mengesahkan dia telah memeluk agama Islam dan bakal diijabkabulkan dengan teman lelakinya, pada Khamis.

Marsha Milan Londoh [2]

Bagaimanapun, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) ini memilih untuk merahsiakan lokasi dan tarikh dia memeluk Islam.

“Saya sudah memeluk Islam. Segala-galanya berjalan dengan lancar seperti dirancang.

“Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan. Ini kerana ia terlalu peribadi buat saya.

“Saya memohon jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya kepada BH Online.

Difahamkan, majlis pernikahannya diadakan secara tertutup di Pulau Pinang.

Marsha dan bakal suami dilaporkan sudah berkenalan 10 tahun lalu sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan di kampung halaman Marsha di Sabah pada 14 Disember lalu.

Jejaka pilihannya, Mohamed Shaiful Nizam merupakan seorang ahli peniagaan dan anak kepada pasangan VIP.

Marsha Milan Londoh

Berita mengenai perkahwinan Marsha terbongkar apabila gambar kad undangan majlis resepsi yang tertera namanya bersama Mohamed Shaiful Nizam tersebar di Forum Cari.

Menerusi kad tersebut, majlis resepsi perkahwinan Marsha tercatat pada tanggal 8 Januari (Jumaat) di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

BACA INI JUGA: Michael Jackson Sebenarnya Dibunuh Kerana Masuk Islam?

Sumber: Mynewshub.cc

7 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Tentang Penjagaan Kulit!

7 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Tentang Penjagaan Kulit!

'Kulit aku gelap, nampak tua dan berbelang! Stressnya!' Ini antara masalah yang selalu dihadapi oleh wanita bertudung. Kadang-kala wajah mereka nampak lebih tua dari usia.

Wanita Bertudung

Kulit gelap mampu diatasi, tetapi bagaimana pula dengan penuaan dan garis halus? Ramai wanita yang tidak sedar bahawa seawal usia 25 tahun akan terjadinya penuaan.

Ada beberapa perkara penting tentang penjagaan kulit yang selalu diabaikan oleh wanita bertudung. Sebelum masalah kulit jadi lebih teruk, ketahui perkara tersebut dan cuba elakkan!

1. Kurang minum air

Wanita Bertudung

Air sangat penting kalau nak kulit yang cantik. Cuba bandingkan kulit anda dengan mereka yang minum banyak air kosong. Amalkan 8 gelas sehari untuk dapatkan kulit cantik macam Uqasha Senrose!

2. Cara pemakanan tidak sihat

Wanita Bertudung

Percaya tak, kulit anda menunjukkan cara pemakanan anda. Nak kulit yang cantik, amalkan pemakanan yang sihat seperti makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Tidur tanpa bersihkan wajah

Wanita Bertudung

Wanita bertudung mudah berpeluh. Kadang-kadang kita rasa letih sangat, sampai terus tidur tanpa bersihkan wajah. JANGAN biarkan wajah dengan mekap, bakteria akan membiak dan akhirnya timbul jerawat.

4. Kerap pakai tudung yang sama

Wanita Bertudung

Masalah wanita bertudung, kalau dah suka satu tudung, tudung tu je la diaorang akan pakai. Tapi, kalau dah pakai berulang–ulang dan tak basuh, mesti peluh banyak melekat dan beri masalah pada kulit.

5. Terdedah lama di bawah cahaya matahari

Wanita Bertudung

Bagi wanita bertudung, terdedah di bawah cahaya matahari tidak menjadi masalah. Tetapi, bagaimana dengan wajah anda? Jika terlalu lama terdedah, kulit akan jadi gelap dan berbelang. Buruknya!

6. Tidak memakai perlindungan SPF

Wanita Bertudung

Ini perkara yang wanita sering abaikan. Bagi wanita bertudung, wajah merupakan subjek utama. Kalau kulit tidak cantik, habislah! SPF juga sangat penting untuk elakkan penuaan dan kedutan.

7. Pengambilan gula berlebihan

Wanita Bertudung

Gula memang tidak baik untuk kesihatan dan juga kulit. Ambil terlalu banyak gula akan menyebabkan glikasi, dimana ia mampu mempengaruhi sel-sel kulit dan terjadinya penuaan.

BACA INI JUGA: Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

Sumber: hanasuva

Tuesday, December 29, 2015

Son Doong, Misteri Gua Terbesar Di Dunia Yang Bersiul!

Son Doong, Misteri Gua Terbesar Di Dunia Yang Bersiul!

Keanehan sebuah gua yang terletak di Phong Nha-Ke Bang National Park, Bo Trach, Vietnam, telah menggemparkan orang ramai.

Son Doong Cave

Gua yang dinamakan Gua Son Doong ini disifatkan sebagai menakutkan kerana sering mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelik.

Sebelum ini kewujudan Gua Son Doong tidak pernah disedari oleh sesiapa, sehinggalah ia ditemui oleh seorang lelaki tempatan bernama Ho Khanh pada tahun 1991 secara tidak sengaja.

Namun, walaupun selepas penemuan itu, tidak ada seorang pun yang berani menjejakkan kaki ke sana kerana penduduk tempatan menganggap gua ini berhantu!

Dikatakan, berdiri dipintu masuk gua sahaja pun sudah cukup membuatkan bulu roma berdiri.

Gua Son Doong dikatakan mengeluarkan suara-suara pelik seperti siulan yang muncul dari dalam gua sepanjang hari.

Ditambah lagi dengan persekitaran gua yang dingin, menambahkan lagi perasaan seram kepada sesiapa yang mahu berkunjung.

Kerana kepercayaan itu, selama bertahun-tahun penduduk tempatan meyakini bahawa gua ini ada penunggu dan mereka sering menjauhkan diri dari mendekati tempat yang dikatakan berhantu ini.

Sehinggalah semuanya tersingkap pada tahun 2009, selepas sekumpulan saintis dari British Cave Research Association, memutuskan untuk mengkaji misteri Gua Son Doong.

Hasil kajian yang diketuai oleh Howard Limbert, bermula dari 10 hingga 14 April 2009, mengesahkan gua ini memang mengeluarkan bunyi seperti siren.

Dan bunyi pelik itu bukanlah suara penunggu tetapa ia sebenarnya berasal daripada tiupan angin dan deruan aliran sungai yang deras dari dalam gua.

Son Doong Cave River

Pasukan ini bukan sahaja berjaya membongkar misteri suara pelik yang sangat ditakuti penduduk, malah mereka juga menemui bahawa Gua Son Doong sebenarnya menyimpan sesuatu yang sangat berharga.

Berdasarkan kiraan yang dibuat, Gua Son Doong lima kali lebih luas daripada gua terbesar Vietnam, Gua Phong Nha, malah lebih besar daripada gua terbesar di dunia ketika itu iaitu Gua Rusa di Sarawak, dengan ukuran panjang dua kilometer, tinggi 100 meter dan lebar 90 meter.

Gua Son Doong pula memiliki keluasan, lima kilometer panjang, tinggi 200 meter dan lebar 150 meter.

Dengan ukuran ini, Gua Son Doong telah dinobatkan sebagai gua paling besar di dunia, mengalahkan pemegang rekod sebelumnya, Gua Rusa.

Menurut Howard, ekspedisi memasuki Gua Son Doong sangat mencabar. Namun, kesukaran yang dihadapi sungguh berbaloi apabila mereka sekali lagi menemui 'harta terpendam' di dalam gua tersebut.

Son Doong Cave Forest

Apa? Mereka mendapati bahawa di dalam Gua Son Doong terbentang hutan dan sungai yang sangat luas!

Bagaimana? Kajian menunjukkan beberapa bumbung gua telah runtuh, kemungkinan terjadi sejak beberapa abad dahulu.

Runtuhan bumbung gua telah membenarkan air hujan dan cahaya matahari masuk sehingga tumbuhan mampu hidup di situ.

Selain wujud hutan kecil yang menghijau, Gua Son Doong turut dihiasi padang alga.

Padang alga ini menyelimuti sebahagian lantai gua sehingga membuatkan kawasan itu kelihatan seperti permaidani yang sangat indah, dan pengkaji menamakan kawasan ini sebagai Garden of Edam.

Son Doong Cave stalagmit

Gua Son Doong turut menyimpan keindahan kristal yang luar biasa, terbentuk dari titisan air ratusan tahun dahulu.

Malah, ianya mengandungi beberapa formasi stalagmit tertinggi di dunia melebihi 70 meter!

Malah dikatakan juga, Gua Son Doong masih menyimpan banyak lagi rahsia alam yang masih tersembunyi.

Hanya menunggu masa untuk disingkap satu persatu!

BACA INI JUGA: Penempatan Tebing Purba Yang Menakjubkan

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, December 28, 2015

'Parang Aku Lagi Besar Dari Parang Kau'

'Parang Aku Lagi Besar Dari Parang Kau'

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan aksi ‘parang memarang’ antara perompak dengan seorang jurujual wanita berani, kini menjadi viral.

Lawan+Perompak

Video yang dikongsikan Malaysian Crime Awareness Campaign itu dilaporkan berlaku di Kuala Terengganu, sekitar jam 1 petang, pada Jumaat.

Dalam rakaman tersebut suspek yang mengenakan topi keledar dilihat memasuki kedai dan menyamar sebagai pembeli, sebelum menuju ke kaunter bayaran lalu mengeluarkan sebilah parang yang disembunyikan untuk merompak.

Bagaimanapun, juruwang kedai itu kemudiannya turut menarik keluar parang yang lebih besar di bawah meja kaunter untuk mempertahankan dirinya.

Kedua-dua mereka seterusnya ‘bertempur’ sebelum si perompak melarikan diri, mungkin akibat terkejut dengan keberanian jurujural wanita terbabit.

Jurujual wanita terbabit pula, dilihat tidak gentar langsung apabila mengejar perompak terbabit dengan parang di tangannya.

Video berkenaan menerima banyak komen daripada netizen yang kagum dengan keberanian wanita itu mempertahankan dirinya dan juga kedai.

Seorang pengguna Facebook, Wandy Yell mengulas, “Respect-lah dgn cashier ni.. Beranii kott.. Gila ko ssh nak jumpa brani lawan mcm ni.. Semoga Allah melindungi yg benar.”

“Awesome! Perompak itu hampir kehilangan kepalanya ketika berlawan. Haha,” tulis Shaina Ramkal.

Rata-rata turut memberi komen kesemua pemilik kedai seharusnya, turut melengkapkan premis mereka dengan senjata yang boleh digunakan pekerja bagi mempertahankan diri jika keadaan memerlukan.

BACA INI JUGA: 10 Angkatan Tentera Paling Kuat Di Dunia 2015



Sumber: Mynewshub.cc