Saturday, December 19, 2015

Sains Dan Al-Qur'an Membuktikan Burung Gagak Haiwan Paling Bijak!

Sains Dan Al-Qur'an Membuktikan Burung Gagak Haiwan Paling Bijak!

Sejak sekian lama, ramai ahli falsafah berpegang pada prinsip bahawa manusia adalah satu-satunya makhluk yang dapat memahami perasaan orang lain.

Burung Gagak [2]

Namun, hasil kajian selama bertahun-tahun terhadap spesis burung gagak sangat mengejutkan, terutama dalam melihat keupayaan serupa pada kehidupan haiwan ini.

Hasil kajian saintis barat, Brend Heinrich dan Thomas Bugnyar, dari Vermont University, Kanada dan St Andrews University, Scotland, menunjukkan bahawa burung gagak tidak seperti burung-burung lain.

Ia memiliki kecerdasan yang sangat tinggi dan dalam banyak perkara, burung ini mampu menggunakan logik untuk memecahkan masalah, mengatasi kecerdasan monyet.

Dengan kata lain, burung gagak seolah-olah mengetahui apa yang yang perlu dilakukan.

Dalam Proceeding of the Royal Society, sebuah jurnal penyelidikan sains fizikal, pengkaji telah menjalankan satu siri eksperimen ke atas lima ekor burung gagak.

Dalam kajian itu, beberapa kepingan daging digantung pada tali bertujuan untuk melihat bagaimana burung gagak menyelesaikan masalah untuk mendapatkan makanan.

Hasilnya, kelima-lima burung itu mampu menggunakan logik dengan menarik tali untuk mendapatkan daging. Kebolehan ini disifatkan sebagai sangat jarang berlaku dalam kalangan haiwan.

Sebelum penemuan sains, kecerdikan burung gagak sebenarnya telah pun dijelaskan menerusi kisah dua putera Nabi Adam a.s. (Qabil dan Habil) dalam Al-Qur'an.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Maka hawa nafsu abang (Qabil) menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah ia seorang diantara orang-orang yang rugi." Surah Al-Maaidah ayat 30

Dalam surah yang sama ayat 31:

"Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata si abang, "Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?" Kerana itu jadilah ia seorang diantara orang-orang yang menyesal."

Qabil dan Habil

Nama Qabil dan Habil sebenarnya hanya disebut dalam riwayat Israiliyat, yakni riwayat-riwayat dalam kitab tafsir yang diambil daripada rujukan melibatkan kaum Israel dan kisah-kisah umat terdahulu.

Namun, nama itu tidak ada sandaran kuat dalam mana-mana hadis sahih, bahkan tidak pernah disebut dalam Al-Qur'an. Adapun yang disebut hanyalah kisah 'dua orang anak Nabi Adam'.

Dalam Al-Qur'an, Allah menceritakan bahawa Qabil telah membunuh adiknya, Habil, atas dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan yang menyesatkan.

Cara bagaimana pembunuhan itu berlaku, dalam kitab tafsir menerangkan abang telah menghentak batu dikepala adiknya sehingga mati.

Apabila sudah meninggal dunia, Qabil kebingungan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Akhirnya, dia memikul dan membawa jenazah tersebut ke sana sini selama 100 tahun.

Sehinggalah, Allah menghantar burung gagak sebanyak dua ekor. Keduanya bergaduh dihadapan Qabil sehingga salah seekor daripadanya mati.

Kemudian, burung gagak itu menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodok gagak yang mati ke dalam lubang dan menutupnya kembali dengan tanah.

Guru pertama umat manusia

Burung Gagak

Kenapa Allah memilih burung gagak sebagai guru pertama umat manusia dan bukannya makhluk lain?

Penemuan sains telah membuktikan burung gagak sebenarnya berbeza daripada burung-burung lain.

Walaupun Allah menjadikannya hitam, haiwan berkepak ini telah terbukti adalah antara haiwan yang paling cerdik di dunia.

Otaknya lebih besar berbanding burung-burung lain, bahkan ia juga hidup dalam koloni yang sangat hebat dan sistematik.

Sebagai contoh, jika seekor burung gagak mencuri makanan burung gagak lain, maka kawanan burung gagak akan menghukum burung pencuri tadi.

Hukumannya adalah dengan mencabut semua bulu burung tersebut sehingga ia tidak lagi boleh terbang.

Begitu juga apabila ada burung gagak yang merosakkan sarang burung gagak lain, maka kawanan burung gagak akan memaksa burung itu untuk membina semula sarang tersebut.

Saintis juga mendapati, apabila seekor burung gagak membunuh gagak lain tanpa sebarang sebab, burung itu akan dihukum bunuh.

Caranya, sekumpulan burung gagak akan mematuk pembunuh tadi sehingga mati. Menariknya, burung gagak tidak akan meninggalkan burung yang dihukum mati itu begitu sahaja.

Tetapi, kawanan burung gagak sepakat menggali lubang dan menguburkan burung tersebut sebagai penghormatan kepadanya.

Berdasarkan penemuan saintifik ini, jelas menunjukkan burung gagak memiliki kehebatan yang tiada tandingan dengan mana-mana burung lain.

Kerana itulah, Allah memilih burung gagak menjadi perantara sebagai pengajar kepada umat manusia.

Allah menghantar burung gagak untuk menunjukkan bahawa ada ketikanya manusia perlu belajar dan mengambil iktibar daripada haiwan.

Sungguhpun burung gagak nampak hina dan rendah kelasnya lantaran berbulu hitam, ada aspek mulia yang kita boleh belajar daripadanya.

Yang pasti, sebaik mana pun kita sebagai manusia, tetapi apabila melakukan kesilapan, manusia akan menjadi lebih hina daripada binatang.

Bahkan, binatang adakalanya jauh lebih mulia..

BACA INI JUGA: Kejadian Luarbiasa Gagak Tunggang Helang Di Udara!

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, December 18, 2015

Tun Mahathir Lebih Teruk Dari Najib?

Tun Mahathir Lebih Teruk Dari Najib?

Artikel ini dipetik daripada blog Tun Mahathir (TAKLIMAT NAJIB), yang rasanya mampu menjawab kenapa Tun mengalihkan sokongannya sebelum ini kepada Najib.

Tun vs Najib

1.​ Najib mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

2.​ Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam Kerajaan. Tak hutang.

3.​ Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.

4.​ Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

5.​ Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.

6.​ Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti dari menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Bahru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya dari Najib.

7.​ Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.

8.​ Tetapi kehilangan wang Kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit Kerajaan berbillion-billion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila 2.6 billion Ringgit tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

9.​ Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki 2.6 billion Ringgit.

10.​ Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan UMNO telah menang dengan berkali lebih baik dari Najib dalam PRU 13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.

11. Kononnya duit ini diderma oleh penderma-penderma yang tidak suka dikenali. Mereka pula tidak sanggup memberi terus kepada UMNO tetapi sebagai “pemimpin” mereka sanggup beri hanya kepada Najib sebagai pemimpin untuk disimpan olehnya dalam akaun peribadi. Ini tidak masuk akal sama sekali melainkan ada niat untuk tidak menjelas dari mana duit itu datang, menyembunyi perbelanjaan.

12.​ Tuduhan dibuat bahawa Bank Negara tahu. Apa buktinya Bank Negara tahu. Kenapa laporan dari Bank Negara ditolak oleh AG. Apakah AG tidak percaya kepada Bank Negara sedangkan kita dikehendaki percaya Bank Negara berkenaan sesuatu yang hanya disebut oleh Najib, tidak oleh Bank Negara.

13.​ Adalah lebih meyakinkan jika laporan Bank Negara didedah daripada hanya Najib berkata Bank Negara tahu. Wang 50 million dan lebih yang dimasuk dalam mana-mana bank mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Tunjuk sahaja bukti kelulusan Bank Negara berkenaan RM2.6 billion dan Najib akan dipercayai.

14. ​Percubaan memburukkan nama saya dengan berkata saya juga menyebabkan wang Kerajaan hilang kerana tindakan dan pelaburan yang merugikan. Najib sendiri mengaku bahawa dalam perniagaan adakala untung adakala rugi. Yang utama ialah segala yang dilakukan ditulis dalam akaun yang telus dan terbuka. Dan segala urusan dibuat oleh pengawai Kerajaan yang bertanggungjawab. Saya tidak terlibat dengan pengurusan terutama pengurusan modal wang. Tugas saya tamat dengan melulus pelaburan. Saya tidak menjadi pengurus atau penasihat eksekutif.

15.​ Sebaliknya Najib menubuh 1MDB yang dibiayai sebanyak 1 juta sahaja oleh Kerajaan. Najib juga menjadi Penasihat kepada 1MDB.

16.​ 1MDB hutang RM42 billion Ringgit iaitu 42,000 kali ganda lebih besar dari modal. Wang ini dipinjam dengan faedah yang amat tinggi dan komisyen kepada Golden Sachs berjumlah 10%.

17.​ Wang ini diguna untuk beli stesen janakuasa yang usang dan hampir tamat lesen dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Hutang sebanyak RM 8 billion diambil alih menjadi jumlah hutang RM50 billion.

18.​ Stesyen digabung menjadi Edra. Tetapi pulangan begitu rendah sehingga tidak dapat bayar faedah dan terpaksa dijual. Ia tidak boleh disenarai kerana akaunnya tidak dapat disah oleh juruaudit. Ia terpaksa dijual kepada syarikat negara Cina kerana TNB tidak dapat bayar harga yang boleh selesaikan hutang sebanyak RM 18 billion.

19.​ Baki hutang diguna untuk beli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah iaitu RM 60 skp sedangkan tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000 skp. Harga belian tanah lapangan terbang tidak disebut.

20.​ Tanah yang diduduki oleh setinggan di Pulau Pinang dibeli dengan harga yang amat tinggi. Sukar untuk dibangun.

21.​ Percubaan dibuat untuk jual tanah Jalan Tun Razak yang dibeli dengan harga RM60 skp dari Kerajaan, kepada Tabung Haji dengan harga RM3000 skp (50 kali ganda harga beli). Wajarkah Kerajaan rugi sebanyak RM2940 skp. Inikah perniagaan stategik 1MDB?

22.​ Apakah saya pernah buat perkara-perkara seperti ini? Buktikan. Jangan tuduh melulu.

23.​ Kononnya ekonomi negara tidak teruk.

24.​ Hakikatnya nilai Ringgit dan harga saham jatuh dengan teruk. Kos sara hidup meningkat dengan GST, subsidi minyak diturunkan, tol dan tambang dinaikkan dll.

25.​ Pendapatan dinaikkan tetapi daya beli turun kerana nilai Ringgit jatuh. Pengangguran bertambah, termasuk dikalangan lulusan universiti. Perniagaan dan industry menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi.

26.​ Apakah saya yang merosakkan imej negara?

27.​ Akhbar dunia telah melaporkan berkenaan Jho Low dan persahabatannya dengan Najib, cara hidupnya dan pembelian rumah mewah, pembiayaan filem Wolf of Wall Street bersama anak tiri Najib jauh lebih awal dari sebutan 1MDB oleh saya. Semua ini yang memburukkan imej negara. Ia menjadi lebih buruk kerana laporan tentang pelaburan 1MDB, dan kemudian wang yang terdapat dalam akaun peribadi Najib sebanyak RM 2.6 billion.

28.​ Jika ada sesiapa yang merosakkan imej Negara, ia adalah Dato Sri Najib sendiri. Sebelum ini imej Negara amat baik.

29.​ Jika apa yang dituduh Najib lakukan fitnah, Najib harus membuktikan semuanya tidak benar. Bahkan Najib perlu saman malu akhbar-akhbar yang melapor. Walaupun kononnya tindakan akan diambil, tetapi tidak ada apa-apa tindakan selain dari menakutkan sesiapa yang membuat teguran atau melapor kepada polis dengan disoal siasat oleh polis, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan kepada mahkamah. Tidak pernah terjadi dimana-mana bahawa orang yang melapor jenayah kepada polis dituduh mensabotaj demokrasi atau menguling Kerajaan. Juga peguam pihak yang mengadu disoal oleh polis dan dimasuk dalam tahanan.

30.​ Orang kampung mungkin tidak kisah. Sebabnya mungkin kerana akhbar tidak dibenar melapor. Tetapi hanya kerana orang kampung tidak ambil kisah, maka perbuatannya curang dan jenayah masih tidak boleh dihalalkan.

BACA INI JUGA: Kenapa Kerajaan Beriya-iya Menyertai TPPA? Kenapa Kita Bantah?

Sumber: Chedet.cc

Asap Lilin Lebih Berbahaya Daripada Rokok!

Asap Lilin Lebih Berbahaya Daripada Rokok!

Lilin boleh dianggap sebagai penyelamat keadaan kerana boleh dijadikan sumber cahaya alternatif sekiranya terputus bekalan elektrik.

Bahaya+Asap+Lilin

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa lilin boleh menjejaskan kesihatan kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.

Malah, ianya dikatakan boleh memberi kesan yang lebih buruk daripada rokok.

Menurut laporan boldsky.com, lilin mengandungi sekurang-kurangnya 20 jenis racun seperti trikloroetana, aseton, xylene, fenol, kresol dan klorobenzena yang boleh mengakibatkan barah, pelbagai alahan kepada paru-paru serta kerosakan organ tubuh termasuk otak.

Kandungan parafin dalam lilin juga boleh mengakibatkan masalah pernafasan dan semput.

Selain itu, asap lilin boleh menyebabkan gangguan paru-paru, tumor ginjal dan sakit kepala kepada segelintir individu.

Paling menggerunkan, risiko paling buruk boleh berlaku berpunca daripada lilin adalah penyakit barah.

Bagi yang menggunakan lilin dengan bau-bauan tiruan, ianya boleh menimbulkan reaksi alahan seperti kegatalan di saluran pernafasan.

Langkah yang boleh mengurangkan risiko bahaya tersebut adalah memastikan terdapat aliran udara di ruangan yang diletakkan lilin.

Pengguna juga perlu peka jika lilin mengeluarkan bauan seperti minyak diesel kerana dikhuatiri ianya mengandungi bahan kimia berbahaya benzena dan toluena.

BACA INI JUGA: Tumbuhan Hiasan Yang Sebenarnya Berbahaya!

Sumber: Mynewshub.cc

'Hai Kaum Muslimin, Siapakah Orang Yang Paling Berani?'

'Hai Kaum Muslimin, Siapakah Orang Yang Paling Berani?'

Terdapat satu kisah dimana, pada suatu hari Rasulullah SAW sedang solat, tiba-tiba muncul seorang pemuda bernama Uqba bin Muayt datang menghampiri Rasulullah SAW dengan seutas tali.

Abu-Bakar-ra

Ketika itu Rasulullah SAW sedang sujud. Uqba melemparkan tali yang dipegangnya ke leher Rasulullah SAW dan mula menjerut leher beliau sehingga terkeluar bunyi "akhhh".

Rasulullah SAW kesakitan kerana tindakan Uqba. Pada ketika itu para sahabat turut berada bersama Rasulullah SAW dan menyaksikan perkara tersebut. Kebetulan pada ketika itu Abu Bakar As Siddiq melalui tempat kejadian dan ternampak perbuatan Uqba.

Dengan segera Abu Bakar As Siddiq menolak Uqba. "Apakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia menyatakan, "Tuhanku adalah Allah" (Al-Mukmin: 40), kerana itukah kamu mahu membunuhnya?" soal Abu Bakar As-Siddiq kepada Uqba.

"Dia bukan sahaja mengaku Allah adalah satu malah dia juga mempunyai banyak bukti-buktinya," sambung Abu Bakar As-Siddiq.

"Dan jika dia berbohong, maka hidupnya akan runtuh, jadi kamu tidak perlu menguruskannya.

"Dan jika dia jujur dalam bicaranya, maka dia adalah Rasul Allah yang sebenarnya," tambah Abu Bakar As-Siddiq lagi.

Al-Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah dihadapan kaum Muslimin.

Beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani?"

Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin."

Ini kerana Saidina Ali r.a. yang selalu bersedia untuk melawan sesiapa sahaja yang ingin berlawan dengannya. Kuatnya Saidina Ali r.a sehinggakan dia menggunakan pintu istana sebagai perisainya.

Cuba anda bayang seorang yang mampu mengangkat pintu istana yang besar dan berat menggunakan sebelah tangan sebagai perisainya. Bayangkan betapa kuatnya Saidina Ali r.a.

Lalu Saidina Ali r.a berkata, "Aku bertarung dengan orang-orang yang menghampiriku, yang ingin menentangku, aku akan bertarung dengan mereka. Akan tetapi Abu Bakar r.a akan berlawan dengan sesiapa sahaja yang menentang Rasulullah SAW. Dia lebih kuat berbanding aku".

Kata Saidina Ali lagi, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah SAW dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik?

"Disaat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunuskan pedangnya dihadapan Nabi membunuh siapa sahaja yang mendekati gubuk Nabi SAW, itulah orang yang paling berani."

"Pada suatu hari juga aku pernah menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau dan menyakiti baginda dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan?"

Disaat itu tidak ada seorang pun yang berani membela Nabi selain Abu Bakar r.a. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Adakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah?"

Persoalannya, kenyataan yang dibuat oleh Abu Bakar As-Siddiq r.a. itu pernah diungkapkan oleh siapa? Kenyataan tersebut pernah diungkapkan oleh seseorang yang hidup pada zaman Nabi Musa r.a.

Ketika Firaun menyuruh bala tenteranya membunuh Nabi Musa r.a., terdapat seorang yang beriman kepada Allah (secara sembunyi) telah mengeluarkan kenyataan ini untuk melawan Firaun.

Dia berkata kepada Firaun, "Adakah kau akan membunuh Musa r.a. hanya kerana dia berkata, "Aku beriman kepada Allah yang satu?".

Hal yang sama telah berlaku keatas Abu Bakar as Siddiq r.a. Masya-Allah.

Kemudian, sambil mengangkat kain selendang beliau mengusap air matanya.

Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar?"

Semua jamaah diam, tidak ada yang menjawab.

Berkata lagi Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya, sedangkan Abu Bakar menyiarkan imannya."

BACA INI JUGA: Pahala Siapakah Sebanyak Bintang Dilangit?

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, December 17, 2015

'Wahai Najib Razak', Luahan Seorang Rakyat Malaysia Viral Di Facebook!

'Wahai Najib Razak', Luahan Seorang Rakyat Malaysia Viral Di Facebook!

Satu luahan terbuka seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Ruzaimi Hussain menjadi viral di media sosial Facebook setelah dia berkongsi luahan tersebut di Facebook miliknya.

Wahai Najib Razak

Menurut Ruzaimi, apa yang ditulis olehnya adalah dari pengalamannya sendiri yang beliau sifatkan mungkin tidak pernah dirasai oleh pemimpin-pemimpin atasan negara.

"Saya bukanlah wakil rakyat mahupun berpendidikan amat tinggi cuma apa yang saya taipkan hanyala pengalaman hidup sendiri yang mungkin x pernah dirasai oleh pemimpin atasan kita", tulis beliau di Facebooknya di dalam posting berasingan.

Luahan terbuka oleh Mohd Ruzaimi Hussain..

Wahai Najib Razak.. kau x pernah rasa mcm mane tengok beg duit ade cuma rm5 .. ko x pernah rasa pergi ATM tgk dlm akaun ade rm20 dan hanya dapat kluarkan rm10.

Ko x pernah rasa hanya makan ikan bilis masak kicap dan telur mata lembu selama sminggu.. kau x pernah rasa nak tuang minyak tgk dlm poket cme ade rm5 tp hanya tuang rm3.

Kau x pernah rasa makan nasi kat tepi jalan masa tgh rehat kerje sambil kenderaan lalu lalang dan bnyak debu jalanan..

kau x pernah rasa bila xde duit nak beli baju baru hanya dapat beli baju bundle 3helai rm10.

Kau x pernah rasa bila ada modal skit mniaga tepi jalan lalu diberi saman oleh majlis daerah atau perbandaran..

kau x pernah rasa bila malam terpaksa tutup smua suis lampu dan kipas hanya untuk jimat elektrik.. lau x pernah rasa satu hari hanya bole guna 2 baldi air tuk kegunaan satu hari demi menjimatkan bil air..

kau x pernah rasa bila tengok orang yang mampu pakai mahal2 tapi teringat dalam beg duit ade rm30..

kau x pernah rasa walaupun demam tp x beli panadol kat 7eleven sbb duit x cukup..

kau x pernah rasa walaupun hujan terpaksa start motor pergi kerje walaupun baju hujan xde demi x dipotong gaji bulanan..

kau x pernah rasa bila dapat gaji rm900 senyuman tinggi menggunung pada hari pertama tapi bila hari ke2 dah bermasam muka sbb banyak benda nak dibayar..

kau x pernah rasa bila tapak kasut tercabut kau akan pergi kedai rm2 tuk beli gam dan tampal balik kasut tu yang mana hnya bole tahan slama 3 hari..

kau x pernah rasa bila ibu bapak kita nak kan sesuatu terpaksa kita sebagai anak simpan dlm hati saja dan mengambil masa yang agak lama tuk tunaikan impian ibu bapa kita tu..

kau x pernah rasa ini semua... sebab bila kau bangun dari tido semuanya dah tersedia.. -inilah apa yang aku rasa sebagai rakyat malaysia pada hari ini.

BACA INI JUGA: Tol Naik, Dimana Janji Kerajaan?

Sumber: Siakapkeli.my

'Jangan Paksa Saya Membenci Islam!'

'Jangan Paksa Saya Membenci Islam!'

Seorang askar Britain yang bertugas di Iraq dan kehilangan sebelah kakinya memberikan 'nasihat keras' kepada warga netizen dan dunia yang takut kepada agama Islam.

Chris Herbert

Chris Herbert yang berumur 19 tahun ketika kehilangan kaki kanan selepas dibom pengganas Taliban di Basra memberitahu kejadian tersebut tidak menjadikannya takut kepada Islam.

"Ya, pengganas beragama Islam bom saya, saya hilang kaki kanan. (Selepas itu) seorang askar Britain yang beragama Islam juga kehilangan tangannya," kata Chris di Facebook.

Dalam kejadian tersebut, rakannya yang juga seorang askar, Luke Simpson maut dan mencederakan dua yang lain.

"Seorang Muslim berada dalam helikopter yang mengangkut saya dari medan perang (selepas kejadian). Seorang doktor bedah Muslim bedah saya untuk menyelamatkan nyawa saya.

"Seorang jururawat Muslim yang menjaga dan membantu saya balik ke Britain. Seorang petugas kebajikan kesihatan Muslim yang menguruskan ubat-ubatan saya.

"Seorang pemandu teksi Muslim yang memberikan saya perjalanan percuma kepada saya dan ayah saya.

"Seorang doktor Muslim yang menenangkan ayah saya kerana sedih dengan keadaan saya," jelas Chris panjang lebar.

Difahamkan, Chris membuat perkongsian tersebut kerana terdapat sesetengah pihak kecewa kerana 'Chris tidak membenci Islam' walaupun selepas diserang pengganas.

"Seorang rakyat Britain yang menolak kerusi roda saya dari lif kerana dia mahu menggunakannya dahulu.

"Seorang warga Britain menjerit kepada ayah saya kerana menggunakan parkir OKU (untuk dirinya).

"Apa yang saya mahu cakap adalah, berambus. Saya tahu siapa patut saya benci dan siapa saya tidak patut benci. Saya tahu siapa yang saya patut hargai dan siapa saya tidak pedulikan.

"Kalau anda mahu bencikan penganut sebuah agama kerana perbuatan segelintir individu, suka hatilah, tapi jangan paksa saya untuk membenci mereka juga.

"Menyalahkan seluruh orang Islam kerana perbuatan Taliban seperti menyalahkan agama Kristian kerana perbuatan Klu Klux Klan atau KKK (KKK merupakan sebuah golongan pelampau kulit putih)," jelas Chris lagi.

Perkongsian oleh Chris disambut gembira oleh beratus ribu pelayar bukan Islam di Facebook.

"Kejadian lebih kurang sama berlaku kepada saya selepas saya kembali ke Britain (dari operasi tentera).

"Seorang Muslim belanja saya air kopi dan mengucapkan terima kasih kepada saya!" kata Karl.

"Kalau anda tidak mencarut dalam perkongsian ini, saya sudah cetak ayat anda menjadi sebuah poster," kata Tim.

"Perkongsian anda adalah benda paling bagus yang saya baca di Facebook hari ini," kata Calum.

BACA INI JUGA: Jika Agama Adalah Keganasan, Agama Mana Yang Paling Ganas?

Sumber: Sinarharian.com.my

Wednesday, December 16, 2015

'Kita Semua Di Politikkan Untuk Membenci Antara Satu Sama Lain'

'Kita Semua Di Politikkan Untuk Membenci Antara Satu Sama Lain'

Tersebar dilaman sosial sebuah cerita yang cukup menarik yang boleh dikatakan menunjukkan lambang perpaduan sebenar yang sememangnya patut dicontohi oleh semua orang tidak kira kaum di negara kita.

Wayne Phang

Kisah yang dikongsikan di media sosial yang cukup mengharukan melambangkan kasih sayang dan tanggungjawab sesama kita rakyat Malaysia.

Kisah ini telah beribu-ribu kali di kongsi, betul cakap saudara Wayne Phang tersebut di mana katanya, kebanyakkan isu kaum ini bermula dari isu politik yang ditokok tambah oleh pihak tertentu.

Jom baca kisah yang ditulis beliau.

Pernah sekali saya pulang lewat malam, jam 4pagi. Di tepi jalan, ada seorang wanita berjalan sambil mendukung anaknya dan suaminya berada tidak jauh di depan menolak motosikal.

"Ini mesti kes kehabisan minyak,".

Kebetulan tidak beberapa jauh di depan ada stesen Shell, lalu saya berpatah balik dan menegur wanita itu.

"Kak, balik mana? Nak tumpang ke?"

"Tak apalah, abang ada di depan tu," jawabnya yang kelihatan penat mendukung anak yang sedang tidur lena.

Terus saya memecut ke depan sambil melihat suaminya.

"Ini apa kes bang? Habis minyak? Ada Shell di depan tu. Kasihan tengok akak. Apa kata saya tumpangkan akak sampai di Shell supaya mereka boleh tunggu di sana sambil itu saya belikan minyak untuk abang. Abang tunggu sajalah di sini, penat jalan kan?" saya cadang pada dia.

"Minyak ada sikit lagi, cukup untuk perjalanan balik. Tapi tayar pancit," katanya.

Sekali tengok kat tayar, "Alamak!? Tengah malam buta begini, mana ada workshop buka bang,"

"Tak apalah, pelahan-lahan kami jalan sampailah di rumah nanti," katanya menolak pelawaan aku sekali lagi.

"Beginilah bang, abang tolak motor ini sampai di Shell. Saya dengan kakak sama anak abang tunggu di sana.

"Nanti saya sembang dengan tauke Shell itu, motosikal abang simpan di sana. Esok pagi abang datang ambil semula motosikal dengan bawa pomen sekali.

"Sekarang, saya hantar abang dan akak pulang dulu. Malam-malam begini, itulah cara yang terbaik bang," kata saya yang cuba menyakinkan dia.

"Tetapi, kami seganlah encik. Itu kereta BMW, kereta mewah. Kami orang susah, kutip kotak cardboard saja," katanya.

"Apalah abang ni, time ni tak kiralah semua itu, yang penting akak sama anak dah penat, kita settlekan dulu ye," balas saya.

Sekali saya hantar mereka pulang, punyalah jauh abang ni dari Persiaran Raja Muda Musa sampai ke Pulau Indah.

Kalau jalan kaki, memang sampai matahari terbit barulah tiba di rumah. Jadi, nak cerita bab KFC lah, kami lalu KFC Port Klang, anak dia tiba-tiba teriak.

"Abah! Adik nak KFC!"

Lantas si ibu lekas-lekas menutup mulut anaknya.

"Abang dah makan ke belum?"

"Tak apa encik, kami tak lapar," jawabnya dalam nada segan.

Hati jadi sebak, saya terus U-Turn dan berhenti di KFC. Bawa si kecil masuk dan memesan makanan. Manakala ibu bapanya tunggu di dalam kereta.

"Adik nak makan apa?"

"Abang kita suka ayam," katanya.

Aduhai, rupa-rupanya ada abang seorang lagi di rumah pun belum makan. Jadi saya pesan satu tong besar ayam goreng, kentang, roti dan Pepsi sebotol besar.

Bila masuk balik kereta, ibu bapanya terharu sungguh melihat tangan kami penuh dengan plastik KFC.

Sampai di rumah, saya hulurkan wang RM300 pada lelaki itu, buat ganti tayar dan isi minyak motosikal. Selebihnya buat duit dapur bagi isterinya.

Saya juga memberikan alamat kedai saya agar dia boleh datang ke sana untuk mengambil kotak cardboard yang bertimbun-timbun tingginya hingga ke siling. Kalau dijual di kedai, boleh dapat RM1,500.

Wang itu saya bagi saya taklah seberapa tetapi pada mereka, ianya besar dan memang rezeki mereka. Saya beritahu mereka, saya halalkan saja.

Sesungguhnya kami orang Cina Malaysia tidak benci pada orang Melayu. Saya sayang pada orang Melayu, rindu dengan kawan-kawan Melayu.

Tetapi kita semua dipolitikkan untuk membenci antara satu sama lain demi kepentingan politik mereka!

Yang paling saya benci, kaki rasis yang suka menghasut orang. Kami Cina bukan benci Islam, Islam itu indah kata Cikgu Nik Aziz, cuma secara kebetulan kerajaan kita itu Melayu dan kami hanyalah menentang korupsi, penyelewengan, penindasan dan penipuan.

Kalau kerajaan kita itu Cina, kami tetap lawan menentang! Cina haprak kami bantai, M** G*****n pun kami hentam ye tak? Jadi, mana ada cerita Cina lawan Melayu? Itu semua poyo.

Jika semua rakyat Malaysia tidak kira keturunan atau kaum bersikap seperti Encik Wayne Phang ini rasanya Malaysia ni pupus sentimen perkauman dan sifat cemburu sesama sendiri.

BACA INI JUGA: 'Rumah Jaga Separuh Dari Hidup Kami'

sumber: siakapkeli

Nikita Mirzani Didakwa Sukarela Melacur!

Nikita Mirzani Didakwa Sukarela Melacur!

Pakar psikologi forensik terkenal Indonesia mendedahkan, pelakon dan model Nikita Mirzani menjual tubuh sebagai pelacur secara sukarela dan bukan menjadi mangsa sindiket pelacuran sebagaimana didakwanya.

Nikita Mirzani Melacur

Reza Indragiri Amriel yang juga penganalisis jenayah berkata, ketika ditahan dalam satu serbuan di hotel 5 bintang di Jakarta Pusat baru-baru ini, Nikita tidak memenuhi kriteria seorang mangsa eksploitasi sebagaimana disebut dalam undang-undang negara itu berkaitan Akta Pemerdagangan Manusia.

Antara ciri-ciri tersebut ialah mengalami penderitaan psikologi, mental, fizikal, seksual, ekonomi atau sosial akibat menjadi mangsa pihak lain yang melakukan jenayah.

“Adakah Nikita memenuhi kriteria orang yang dieksploitasi? Saya tidak rasa begitu. Hakikatnya ramai orang yang tidak kisah melacur demi wang,” ujar Reza.

Nikita yang sinonim dengan imej seksi dan bertatoo, dicekup polis jam 9 malam Jumaat lalu di salah sebuah bilik di Hotel Indonesia Kempinski ketika dipercayai sedang menanti pelanggannya tiba.

Turut ditahan dalam serbuan itu adalah dua suspek termasuk pengurus Nikita yang dipercayai dalang yang mengatur urusniaga kotor tersebut.

Nikita bagaimanapun berkeras menyatakan dia tidak berada dalam bilik hotel itu untuk melacur ketika diserbu sebaliknya sedang mencuba pakaian yang baharu dibeli sementara menanti seorang wanita bernama Cici yang mahu menawarkannya kerja sebagai emcee majlis.

BACA INI JUGA: Senarai 10 Dara ‘Paling Mahal’ Di Dunia

Sumber: Mynewshub.cc

Najib Kata Derma Tak Salah?! SPRM Kata Rasuah!

Najib Kata Derma Tak Salah?! SPRM Kata Rasuah!

Kali ini, kita cuma mahu mengulangi apa yang Najib sebut dalam program wawancara minggu lepas di mana Najib cuba menjelaskan isu RM2.6 bilion. [Video]

Rasuah+Najib

Najib berkata, "...mereka juga menganggap ini bukan sebagai satu rasuah, ini sebagai satu donation, ini sebagai satu gift. Kalau donation, kalau satu derma... ini tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang."

Kalau pro Najib tak faham, donation itu maksudnya derma. Gift itu maksudnya hadiah. Dan kedua-duanya ada disebut dalam seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, sebagai membawa maksud yang sama dengan SUAPAN.

“Suapan” ertinya –

Wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain..

Tapi Najib dengan selamba boleh bercakap di depan seluruh rakyat Malaysia bahawa Hadiah atau Derma tidak salah!?

Di bawah seksyen 23 pula -

Seksyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

23 (1) Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 50 pula menyatakan -

Seksyen 50: Anggapan dalam kesalahan tertentu

50 (1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 atau 23 adalah dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah diterima, suapan itu hendaklah dianggap telah diterima…. secara rasuah melainkan jika akasnya dibuktikan.


Ya, SPRM ada mengeluarkan kenyataan pada awal bulan Ogos bahawa RM2.6 bilion itu adalah derma. Itu juga diulang sebut oleh Najib.

Tapi SPRM tidak kata yang Derma itu bukan satu bentuk rasuah! SPRM cuma kata ia adalah derma bersandarkan surat dari sipengirim dana.

Samada derma itu satu bentuk rasuah atau tidak, ia MASIH dalam siasatan. Tapi Najib telah mendahului siasatan pihak SPRM dengan mendakwa derma yang diterimanya itu bukan rasuah atau bukan satu kesalahan.

Makanya pihak SPRM wajar berikan pencerahan.

Cakap Tak Serupa Bikin

“Setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik sama ada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan. Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan..” – Najib Razak, 27 February 2012

“Do not resort to money or abuse of power, launch personal attacks and so on..” – Najib Razak, 21 September 2013

Dalam bahasa pasar, hampir pasti orang yang mendengar kata-kata di atas akan menjawab dengan – “Perdana Menteri bercakap tak serupa bikin”.

Ini kerana di dalam tahun 2013 juga, beliau telah menerima wang sebanyak RM2,600 juta di dalam akaun peribadinya. Umum disogokkan dengan cerita bahawa ianya digunakan untuk tujuan pilihanraya 2013.

Jika guru kencing berdiri, maka murid kencing berlari. Akhir-akhir ini media disogokkan dengan keterangan dari pemimpin pemimpin Umno yang tidak segan silu menerima wang untuk hal-ehwal kepentingan politik mereka.

Contohnya pengakuan dari Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad yang mengatakan penerimaan wang sebanyak RM1 juta dari akaun peribadi Perdana Menteri adalah perkara biasa, kerana itu adalah untuk menguruskan kawasan parlimen dan hal ehwal politik beliau!

Patutlah beliau beria-ia mempertahankan kemasukan RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib Razak hingga sempat untuk menjawab kritikan mengenainya.

Bagaimana mungkin seseorang terpelajar seperti Shahrir Samad dan Najib Razak tidak tahu akan undang undang negara Malaysia?!

Ada yang mengatakan bahawa Najib Razak tidak bersalah kerana menerima derma tersebut kerana ianya adalah sedekah sumbangan dari Arab Saudi kepada beliau.

Soalan yang patut ditanya adalah, jika Najib Razak bukan perdana menteri Malaysia, adakah beliau boleh mendapat hadiah wang sebanyak itu?

Sudah sampai masanya untuk ahli-ahli politik di Malaysia untuk mengambil kursus mengenai rasuah kerana rata-rata dari mereka yang tidak tahu apa sebenarnya rasuah dan politik wang.

Selama ini mereka hidup disulami mimpi indah bermandikan wang ringgit, melakukan sesuatu perkara tanpa mengetahui apa itu yang boleh dianggap rasuah.

Malah, mereka menganggap tidak mengapa jika berbillion wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi seorang ahli Parlimen.

Betullah kata kata Tun Dr. Mahathir bahawa undang undang Malaysia sudah terbalik. Yang haram telah dihalalkan.

Jika Malaysia mahu berperangai seperti negara yang tidak endah kepada undang-undang dan bermoral rendah, maka mereka akan menganggap bahawa kita dan ekonomi kita patut dikategorikan sama taraf dengan republik pisang atau ‘failed state’.

Cukup-cukuplah berkelakuan seperti orang yang buta hati.

BACA INI JUGA: 'Malaysia Menjadi Begitu Hina Oleh Perdana Menterinya Sendiri!'

Sumber: jebatmustdie

Tuesday, December 15, 2015

Manusia Yang Membuang Masa Orang Lain Adalah Pencuri!

Manusia Yang Membuang Masa Orang Lain Adalah Pencuri!

Suatu hari seorang pelanggan lelaki masuk ke dalam sebuah kedai buku di Philadelphia, Amerika Syarikat. Dia tertarik dengan sebuah buku dan bercadang untuk membelinya.

Membuang masa

Buku itu berharga satu dolar. Pelanggan tersebut tidak berpuas hati dengan harga buku itu. Lalu dia meminta petugas kaunter untuk memanggil pemilik kedai.

"Maaf, tuan saya sedang sibuk di ruang belakang", beritahu petugas.

Tetapi, pelanggan itu tidak puas hati. Dia tetap berkeras mahu bertemu empunya kedai. Niatnya satu, mahu meminta kurang harga buku itu daripada pemiliknya sendiri.

Dengan rasa bersalah, petugas itu terpaksa memanggil majikannya. Keluarlah seorang lelaki separuh botak, berwajah serius.

"Berapa harga terendah yang boleh anda berikan untuk saya?" tanya pelanggan itu sambil menunjukkan buku di tangannya kepada lelaki itu.

"Satu dolar suku!", jawab lelaki tersebut.

"Ha! Satu dolar suku? Sedangkan tadi petugas anda memberi harga hanya satu dolar", tanya pelanggan itu terkejut.

"Benar. Tadi sepatutnya saya mendapat satu dolar sebelum meninggalkan kerja saya", jawab lelaki itu.

Merasakan pemilik kedai itu sekadar bergurau, pelanggan itu bertanya lagi: "Okey. Beritahu yang sebenarnya, berapa harga terendah boleh anda berikan untuk buku ini?".

Dengan wajah serius, lelaki itu menjawab: "Satu dolar setengah!"

"Apa? Bukankah tadi anda tawarkan satu dolar suku?" tanya pelanggan itu yang semakin terkejut dengan jawapan yang diterimanya. Semakin ditanya semakin mahal jadinya harga buku tersebut.

"Benar. Tadi saya boleh mendapat satu dolar suku. Dan sekarang ini, saya mahukan satu dolar setengah!" tegas lelaki itu memberi jawapan. MASA ITU WANG!

Pelanggan itu tidak berani lagi bertanya. Lantas dia mengeluarkan wang dan membayar harga buku seperti dipinta lelaki itu dengan wajah mencuka.

Dalam masa yang sama, barulah dia belajar bahawa orang yang membuang waktunya sendiri untuk perkara yang tidak berfaedah adalah seorang yang bodoh. Dan orang yang membuang masa orang lain adalah pencuri!

Time-is-Money

Dia belajar perkara itu daripada lelaki berkepala separuh botak, pemilik kedai tersebut. Lelaki itu memang sangat dikenali menghargai waktunya.

Baginya, setiap waktu yang berjalan sangat berharga dan tidak patut dibazirkan untuk perkara yang sia-sia.

Kerana itulah lelaki tersebut menjadi antara tokoh yang sangat berpengaruh dalam sejarah sebagai penulis, ilmuwan dan pemimpin revolusi di Amerika Syarikat, pemilik kedai itu bernama, Benjamin Franklin!

Sikap terpujinya menghargai waktu itu menyebabkan kehidupan pemimpin dan pengasas Revolusi Amerika Syarikat ini cemerlang dan berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburinya bermula sebagai seorang wartawan, penerbit, penulis, ahli falsafah dan politik sehinggalah menjadi seorang diplomat dan negarawan terkemuka!

BACA INI JUGA: Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, December 14, 2015

Polterabend, Budaya Pelik Memecahkan Pinggan Sebagai Doa Kebahagiaan Pengantin

Polterabend, Budaya Pelik Memecahkan Pinggan Sebagai Doa Kebahagiaan Pengantin

Setiap pengantin baru mengharapkan majlis perkahwinan berjalan lancar dengan diiringi doa dan ucapan selamat.

Polterabend

Peliknya, di Jerman lain pula ceritanya. Tetamu dan ahli keluarga yang hadir akan membuat kecoh dengan memecahkan pinggan sebagai mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.

Bukan hanya pinggan, tetamu juga dibolehkan memecahkan cawan, mangkuk, barang perhiasan seperti pasu bunga, jubin, sinki, tandas atau apa saja benda yang diperbuat daripada porselin.

Porselin ialah bahan keras berwarna putih dan lut sinar yang dihasilkan daripada tanah liat halus.

Jika dilihat pada kos, perbuatan ini seakan merugikan pasangan pengantin kerana barang-barang berkenaan mungkin mahal harganya.

Apatah lagi jika melibatkan pembaikan semula segala kerosakan barang-barang porselin di dalam rumah.

Ditambah pula, pasangan pengantin lazimnya memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk memulakan kehidupan baru.

Jadi, acara seperti ini mungkin agak membebankan kedua-dua mempelai. Itu barangkali sebahagian pendapat orang luar selepas melihat acara memecahkan pinggan yang dilakukan masyarakat Jerman.

Namun, bagi pasangan pengantin di Jerman, wang bukan masalahnya kerana ia merupakan adat yang perlu diteruskan untuk menghormati nenek moyang mereka.

Itulah sebabnya kenapa budaya yang dipanggil sebagai Polterabend ini masih diamalkan sampai sekarang.

Orang Jerman mengamalkan budaya unik ini bermula seawal tahun 1517. Istilah Polterabend berasal daripada bahasa Jerman iaitu 'poltern' yang bermaksud membuat raket. Manakala 'abend' pula membawa erti petang.

Polterabend [2]

Idea asal tradisi ini adalah untuk membuat bunyi bising. Dengan tujuan melindungi pasangan pengantin muda daripada gangguan hantu atau roh-roh jahat.

Ia merupakan perbuatan yang serupa seperti dilakukan oleh orang Britain di mana mereka mengikat sejumlah tin kosong di belakang kereta pengantin.

Bagaimanapun, generasi baru telah mengubah adat Polterabend menjadi parti tradisional untuk meraikan bakal pengantin.

Sehari sebelum majlis perkahwinan, Polterabend akan diadakan di rumah ibu bapa pengantin atau ruang terbuka di mana semua orang boleh menyertainya.

Pun begitu, bukan semua kenalan dijemput menghadiri pesta tersebut. Hanya tetamu yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan pada hari perkahwinan saja dialu-alukan datang ke acara Polterabend.

Oleh kerana Polterabend bukan majlis rasmi, tiada kad undangan diberikan kepada bakal tetamu. Biasanya pelawaan cuma melalui mulut saja.

Tetamu yang hadir juga hanya memakai pakaian kasual dan tidak membawa apa-apa hadian. Namun, tetamu tidak dilarang sekiranya para jemputan memberikan hadiah kepada pengantin.

Ada kalanya, tetamu bukan hanya membawa hadia tetapi mereka turut membawa bersama barang porselin sendiri. Apabila tiba di pesta Polterabend, tetamu jemputan akan memecahkannya di depan pintu masuk rumah pengantin.

Mereka percaya bahawa perbuatan pelik itu bakal membawa tuah kepada pengantin. Cara itu juga sebagai tanda ucapan selamat meninggalkan zaman bujang buat kedua mempelai.

Sejurus majlis Polterabend selesai, kedua-dua mempelai perlu membersihkan serpihan taburan porselin. Tujuan pembersihan ini bukanlah untuk membuli pengantin, tapi segala yang dilakukan itu ada ceritanya tersendiri.

Masyarakat Jerman percaya cara itu mampu menyedarkan pasangan pengantin bahawa kehidupan berumah tangga akan menjadi lebih sukar kerana tugas dan tanggungjawab yang lebih berat bakal menanti mereka.

Sebenarnya mesej yang lebih penting dari itu ialah, pasangan suami isteri harus saling bekerjasama mengatasi permasalahan rumah tangga.

Itulah sebabnya mengapa mereka harus bekerjasama membersihkan serpihan porselin sejurus pesta meraikan hari bersejarah mereka tamat.

Dilaporkan, walaupun tetamu dibolehkan membuat kecoh dengan memecahkan barangan porselin milik keluarga pengantin, itu tidak bermakna tetamu boleh melakukan apa saja.

Tetamu tetap dikenakan syarat untuk tidak memecahkan mana-mana barangan kaca seperti gelas atau cermin.

Polterabend [3]

Dalam tradisi Polterabend, kaca dianggap barang terlarang sepanjang majlis berlangsung. Ini kerana kaca dipercayai mewakili kesejahteraan dan kebahagiaan.

Justeru, memecahkan benda rapuh itu adalah sangat-sangat ditegah kerana perbuatan tersebut dikhuatiri bakal mendatangkan malapetaka kepada kedua-dua mempelai.

Nasib malang yang menimpa pengantin dikatakan bukan sehari dua, tetapi ia bakal berlangsung sehingga tujuh tahun lamanya.

Dengan erti kata lain, ia umpama mendoakan perkara tidak elok buat pengantin baru sepanjang mereka melayari alam rumah tangga.

BACA INI JUGA: Budaya Pelik Perkahwinan Mayat Di China

-SENTIASAPANAS.COM