Di sebalik kebimbangan umat Islam di Perancis bakal menjadi sasaran balas dendam penduduk tempatan selepas ratusan nyawa terkorban dan ratusan lagi cedera apabila Paris dibom, seorang pengawal keselamatan beragama Islam mencuri perhatian dunia.
Manakan tidak, tindakan pantas lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Zouheir berjaya menyelamatkan hampir 80,000 penonton yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di Stade de France di Saint-Denis pada malam Jumaat, 13 November lepas.
Dalam suasana malam yang dingin itu, penonton perlawanan persahabatan antara Perancis dan Jerman mula memenuhi ruang stadium bola sepak berkenaan.
Semuanya kelihatan biasa dan perlawanan yang dinantikan pun bermula sekitar pukul 9 malam waktu Perancis.
Zouheir yang bertugas sebagai pengawal keselamatan stadium itu mula menjalankan tugas hariannya dan mengawasi persekitaran stadium tersebut sama seperti hari-hari biasa.
Berdiri bersama walkie-talkie di tangan, matanya ligat memerhatikan keadaan sekeliling stadium.
Seorang lelaki kemudiannya dilihat berdiri di perkarangan stadium pada minit ke-15 perlawanan dengan jaket yang mencurigakan dan seolah-olah dipenuhi bahan letupan.
Diselubungi rasa curiga, Zouheir kemudian menahan lelaki itu di pintu masuk stadium bagi tujuan pemeriksaan. Namun, lelaki itu yang terkejut selepas ditahan Zouheir dan beberapa orang pengawal keselamatan lain, bertindak mengundur beberapa langkah ke belakang dan seterusnya meletupkan dirinya.
Tiada orang awam yang maut atau tercedera ekoran letupan itu kecuali lelaki tersebut terbunuh dengan badannya berkecai.
Walkie-talkie Zouheir mula ‘bingit’ dihujani mesej dan dia dimaklumkan bahawa Presiden Perancis, François Hollande yang menonton perlawanan itu di sebuah bilik khas sedang dikawal keluar dari stadium.
Polis percaya tindakan lelaki terbabit bertujuan mencetuskan panik dalam kalangan penonton dan mahukan mereka berasak-asak menyelamatkan diri sehingga ada yang mati dipijak.
Dengar letupan
Pada minit ke 18, kedengaran bunyi letupan kedua dan seorang lagi lelaki telah bertindak meletupkan dirinya tidak jauh daripada lokasi lelaki pertama tadi. Perlawanan terganggu dan para pemain berpandangan sesama sendiri, keliru dengan apa yang sebenarnya sedang berlaku.
Menurut laporan akhbar harian antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Wall Street Journal (WSJ), kejadian itu diceritakan oleh Zouheir sendiri kepada wartawan Joshua Robinson yang bertugas di tempat kejadian.
Menurutnya lagi, Hollande telah berjaya keluar dari stadium itu selepas letupan pertama.
Perlawanan itu kemudiannya berjalan seperti biasa selama 90 minit dan kemenangan berpihak kepada pasukan Perancis dengan 2-0.
Menurut ketua pasukan bola sepak Perancis, Noel le Graet, maklumat tentang letupan dan kemunculan pengganas yang cuba masuk ke dalam stadium itu tidak diberitahu kepada penonton dan juga pemain bagi mengelak keadaan bertukar panik.
Berita sebenar hanya diketahui selepas separuh masa kedua perlawanan. Kira-kira pukul 9.35 minit malam, letupan ketiga pula berlaku apabila seorang lagi lelaki meletupkan dirinya berhampiran sebuah restoran makanan segera McDonalds yang terletak berdekatan Stade de France dan mengorbankan seorang wanita yang melalui kawasan itu.
Menurut seorang penonton, Pierre Tissier, 27, dia mendengar bunyi letupan semasa perlawanan tersebut, namun dia menyangka itu hanyalah bunyi mercun.
Pengurus pasukan bola sepak Jerman, Joachim Loew pula memberitahu, dia terus takut dan terfikir akan diserang ketika terdengar letupan tersebut.
“Sudah tentu kami terfikir itu kemungkinan adalah pengganas,” luah lelaki itu.
Tindakan pengganas yang menyasarkan stadium bola sepak di Perancis menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan negara itu yang akan menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Eropah pada musim panas tahun hadapan.
Lebih sejuta pelancong dijangka mengunjungi negara itu pada kejohanan tersebut yang akan berlangsung selama sebulan bermula Jun 2016.
Menurut Presiden Kejohanan Euro 2016, Jacques Lambert, buat masa ini, pihaknya masih belum memperoleh maklumat mengenai serangan ke atas temasya itu nanti.
“Kami sedar bahawa Perancis merupakan antara negara paling berisiko diserang pengganas. Jika mereka menyasarkan sesuatu majlis atau perlawanan, impaknya akan menjadi lebih besar,” katanya.
Kebenaran
Begitu pun, tiada siapa mampu memastikan kesahihan cerita Zouheir seperti laporan akhbar harian antarabangsa WSJ.
Apa yang jelas tentang laporan itu hanyalah dia beragama Islam dan telah berjaya menghalang pengganas daripada meletupkan lebih ramai orang di dalam stadium tersebut.
Misteri dan kekeliruan mengenai identiti Zouheir menarik minat orang ramai.
Pun begitu, tiada siapa peduli dan memejam mata akan kewujudannya.
Ada yang berpendapat, tiada siapa yang bertindak untuk mencari lelaki tersebut dan menulis tentang keberaniannya, mungkin kerana pegangan agamanya.
Ada juga yang membuat telahan lelaki itu kononnya dia telah mati semasa menghalang pengganas tersebut.
Presiden Ma Chaine Sport (MCS), sebuah syarikat yang menguruskan pusat kawalan keselamatan Stade de France, Christian Glaz semasa dihubungi WSJ berkata, dia sedang mengumpul lebih banyak maklumat berkenaan serangan itu.
Tambahnya lagi, beberapa lagi pengawal keselamatannya tercedera dalam insiden itu tetapi jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan.
Pelbagai teori muncul dan ramai menyelar tindakan pihak berkuasa yang tidak mahu mendedahkan identiti Zouheir.
“Sekiranya kita tidak mahu mengaitkan agama dengan keganasan, kita juga tidak seharusnya mengaitkan kepahlawanan dengan agama,” kata seorang pengguna Twitter.
Sehingga kini, Zouheir kekal misteri. Ada pihak mendakwa, sekiranya identitinya didedahkan, nyawanya akan terancam.
BACA INI JUGA: Jika Agama Adalah Keganasan, Agama Mana Yang Paling Ganas?
Sumber: Kosmo
Gambar hiasan.

Pasukan keselamatan memberi bantuan kepada mangsa yang tercedera.