Apabila bercerita tentang isu keganasan di Palestin, perkataan Israel, Yahudi dan Zionis kerap kali kita dengar dan bermain di minda kita semua. Kita perlu memahami apakah makna dan perbezaan perkataan Israel, Yahudi dan Zionis.
Setelah memahaminya, barulah kita dapat menyimpulkan sama ada konflik yang tidak berkesudahan di bumi Palestin ini isu pertembungan agama atau nasionalisme.
ISRAEL
Israel atau Israil adalah suatu kaum atau keturunan yang juga disebut sebagai bani Israil, daripada anak keturunan Nabi Yaakub AS. Nabi Yaakub juga digelar sebagai 'Israel' yang bermaksud hamba Allah. Dalam bahasa Ibrani, 'Isra' bermaksud hamba manakala 'El' pula bermaksud Allah.
Dalam al-Quran, terdapat ayat-ayat yang menceritakan sebahagian daripada bani Israil yang kufur kepada Allah. Hal ini bermaksud tidak semua bani Israil itu kufur. Ada juga sebahagian daripada mereka yang beriman. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 87 yang bermaksud:
'Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul Qudus (Jibril). Maka patutkah tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian daripada rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?'
Ayat ini menceritakan kepada kita akan sikap sebahagian bani Israil yang kufur kepada Allah dengan mengambil ajaran agama mengikut apa yang disukainya sahaja dan menolak apa yang tidak disukainya.
Malah, kebiadaban dan keingkaran mereka terhadap Allah ini sehingga ada yang sanggup membunuh para rasul utusan Allah SWT.
Namun begitu, al-Quran juga turut merakamkan ayat yang menceritakan terdapat sebahagian bani Israil yang beriman kepada Allah SWT seperti para Nabi dalam kalangan mereka iaitu Nabi Yaakub, Nabi Ishak dan Nabi Yusuf, juga selain para nabi seperti Talut yang memerangi Jalut dan kumpulan ahli sihir Firaun yang berani menyatakan keimanan mereka di hadapan Firaun.
Firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 70 yang bermaksud: "Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka, maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa."
YAHUDI
Perkataan Yahudi pula merujuk kepada sebuah agama yang dianuti oleh golongan bani Israil yang kafir terhadap Allah. Jika kita teliti beberapa ayat al-Quran yang menceritakan tentang Yahudi, semuanya berbentuk celaan. Contohnya firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 76 yang bermaksud:
"Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata, 'Kami telah beriman.' Tetapi apabila kembali kepada sesamanya, mereka berkata, "Apakah akan kamu ceritakan kepada mereka apa yang telah diterangkan Allah kepadamu, sehingga mereka dapat menyanggah kamu di hadapan Tuhanmu? Tidakkah kamu mengerti?"
Imam as-Suyuthi dalam kitabnya, Asbabun Nuzul menyatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan segolongan Yahudi yang beriman, kemudian mereka mengingkarinya (munafik).
Ketika masih beriman, mereka sering mendatangi orang-orang beriman Arab dan menceritakan kebenaran Nabi Muhammad SAW dalam kitab Taurat, kemudian mereka saling menyalahkan.
Perkataan Yahudi juga pada asalnya merupakan nama baru yang disandarkan kepada Yahuda, salah seorang anak Nabi Yaakub. Dalam kalangan 12 suku bani Israil, suku Yahuda paling menonjol sehingga mencetuskan kemunculan sebuah kerajaan bernama kerajaan Yahuda.
Sehingga kini, penggunaan sebutan ‘Yahudi’ bukan lagi merujuk kepada orang-orang berketurunan Yahuda semata-mata, bahkan merangkumi segenap keturunan dari Israel.
Akhirnya, semua bangsa Israil digelar sebagai orang Yahudi dan penganutnya menganut agama Yahudi. Hal ini kerana agama Yahudi dkhususkan untuk kaum Israil sahaja.
ZIONIS
Perkataan Zionis pula merujuk kepada sebuah gerakan politik yang dipelopori oleh Moses Hess untuk menubuhkan negara haram Israel. Zionis juga boleh kita sebutkan sebagai sebuah ideologi politik yang menggunakan nama 'Yahudi' sebagai asas perjuangan mereka.
Gerakan Zionism ini adalah merupakan gerakan yang lahir di tengah tengah kemunculan ideologi nasionalisme yang tersebar di Eropah pada abad yang ke-19.
Secara tidak langsung, Zionis merupakan gerakan politik bagi orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula 'tanah yang dijanjikan' untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 yang ketika itu dikuasai oleh kerajaan Uthmaniyah Turki.
Hakikatnya, agama Yahudi tidak ada kena-mengena dengan gerakan Zionis. Mereka telah menunggang nama Yahudi untuk kepentingan politik semata-mata.
Oleh sebab itu, kita akan mendapati sebahagian orang Yahudi juga membantah kekejaman Zionis di Palestin. Malah ada yang turut berdemonstrasi menzahirkan bantahan mereka.
ZIONISM BUKAN JUDAISM
Pada hari ini, kita melihat semakin ramai orang orang yang beragama Yahudi menyuarakan penentangan mereka terhadap agenda Zionis yang menjajah bumi Palestin.
Gerakan Zionis itu sendiri mendapat tentangan hebat dikalangan Rabbi Yahudi (ulama dalam agama Yahudi) sendiri. Golongan Rabbi Yahudi berpendirian bahawa negara haram Israel yang diperkenalkan oleh Zionis adalah tidak sah.
Mereka bergerak secara sistematik untuk menjelaskan kepada dunia bahawa apa yang dilakukan oleh rejim Zionis di Palestin itu tidak boleh dikaitkan dengan agama mereka, kepercayaan mereka, sebaliknya ia adalah merupakan gerakan politik yang memperalatkan agama Judaism.
Mungkin persoalan membezakan di antara Zionis dan Yahudi tidak begitu ketara kepentingannya di dalam konteks di Palestin, namun di luar daripada bumi Palestin, perkara ini perlu diberikan perhatian secara khusus kerana kita perlu berlaku adil untuk tidak mengelompokkan orang orang yang beragama Yahudi sebagai golongan yang by default bersetuju dengan apa yang dilakukan di Israel.
Malah mereka juga giat bekerjasama dengan gerakan-gerakan anti kepada Zionis, bersolidariti dengan penduduk tempatan di lokasi masing masing memperjuangkan hak penduduk Palestin.
Jika kuasa Zionis memperalatkan istilah anti semitism, sebagai istilah yang diguna pakai untuk mengkritik sesiapa sahaja yang cuba mengkritik mereka dalam bentuk ketenteraan, politik dan polisi polisi lain yang menindas penduduk Palestin, khususnya umat Islam, sedangkan kritikan yang dikemukakan itu adalah merupakan kritikan terhadap Zionism, kepada gerakan Sohyuniyyah dan bukannya kepada Yahudi, agama Yahudi yang tidak menjadi asas kepada apa yang dilakukan oleh pengganas di bumi Palestin tersebut.
Hal ini perlu ditegaskan kerana ia merupakan point utama untuk diberikan sebagai satu amaran kepada Amerika Syarikat kepada negara negara Eropah yang melakukan perkara yang sama pada tidak membezakan di antara Hamas dengan penduduk Palestin sebagai juga merupakan sikap yang sama di bawah kategori anti semitism.
Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita.
Wallahu a'lam.
-Sentiasapanas.com